Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

pabila Doktor korek cerita silam patient diabetes...

$
0
0
Diabetes. Kencing manis. Paras gula dalam badan menaik dengan mendadak bila makan makanan or minum minuman manis. Sejenis penyakit yang berbahaya jika tidak dikawal. That's diabetes. Rasanya semua orang tahu kan hahaha. Saje je nak muqaddimah tu.

Semalam ada mak saudara share something kat whatsapp group. TRUE STORIES dari seorang doktor wanita yang berkerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya nak share status doktor ni sebab nak sama sama kita ambil iktibar dari status beliau tersebut. Apakah status beliau?


pabila Doktor korek cerita silam patient diabetes...

pabila Doktor korek cerita silam patient diabetes...
gambar sekadar hiasan. sumber: Google
Ini adalah status Doktor Ain. full status:

Bila saya jumpa patient diabetes, terutama sekali yang didiagnose pada umur yang muda, (definisi muda saya ialah bawah 35 tahun).. saya akan korek lagi cerita silam mereka..

Soalan wajib saya...

Boleh share tak apa yang u makan sehari-hari sampai boleh dapat diabetes pada umur yang muda...

True stories

1. 30 tahun, kerja jual nasi lemak. Hari-hari secara purata akan minum 1.5 litre teh o sepanjang bekerja. Mengamal cara hidup begitu selama 4 bulan sehingga di sahkan diabetic

2. 31 tahun, executive. Gaya hidup suka minum coolblog dan chatime (1 week atleast 2 or 3 times), kek seminggu sekali , ice cream seminggu sekali,chocolate lebih kurang hari hari... 8 bulan...diagnose diabetis

3. 27 tahun, jurutera. Memang suka minum coke. Boleh kate seminggu 4 ke 5 tin coke itu pasti. Frappucino starbucks semasa hari minggu bila keluar dengan kawan kawan.. 6 bulan diagnose diabetes

Sudah terang lagi bersuluh, cara pemakanan kita akan memepengaruhi kesihatan kita. dan saya rasa cara pengambilan makanan seperti 3 contoh di atas ni menjadi norma masyarakat sekarang..tak perlu setahun pun hidup macam ni, dan dah dapat diabetis

Coconutshake double scoop ice cream with whip cream
Burger bakar with tripple cheese
Milkshake with extra nuttela chocolate and chocolate sprinkle
Cakoi peanut butter..

Sedap memang la sedap.tapi you are slowly killing yourself

Kalau kita tak tukar cara pemakanan kita, tak terkejut la klinik diabetes saya akan dibanjiri pesakit-pesakit muda diabetis.. dan lagi mengerikan ialah komplikasinya sendiri.....

Sumber : Dr Ain Mohd Ghazali
diabetes
pabila Doktor korek cerita silam patient diabetes...
Scary kan? Conclusionnya.. mari lah kita sama sama menjaga pemakanan kita. Makanan and minuman manis tu kawal-kawal lah. Terutamanya kita yang makin lanjut usia ni kan. Saya ni pun nasib baik la duduk rumah & ayah pun jenis kawal pemakanan dan peminuman saya. So, terjaga la juga. Kalau kat asrama Universiti dulu.. favourite memang coolblog and kekadang chatime cekelat perghhh memang sedap kan hahaha.

Tapi kat rumah saya ni.. bila saya minum or makan benda tak berkhasiat sikitt, mesti kena tegur dengan abi. Mesti abi tak bagi sangat. Nasib baik ada abi hahaha.

Okay lah, so.. selamat mengawal diri dan nafsu daripada terlalu banyak ambil makanan&minuman manis! Daaa~

SEGMEN MENCARI BLOGLIST BY KINAH

$
0
0

SEGMEN MENCARI BLOGLIST BY KINAH


SEGMEN MENCARI BLOGLIST BY KINAH
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 14 Mei 2017

dapat surat 'cinta' dari PTPTN

$
0
0
26 April 2017 yang lepas, saya terima satu surat 'cinta' dari PTPTN. Ohhh fyi, saya ambil PTPTN time saya study matrikulasi setahun & first n second year study at UPM. 3rd n 4th year study UPM saya dapat JPA. Lega sikit dapat biasiswa JPA. Eh, okay back to the topic.. Seram sejuk la juga bila dapat surat 'cinta' tu. Kenapa pula nii PTPTN nak bagi surat chenta kat aii. Ada apa apa kah? What if I do something wrong then kena denda? ANDWAEEE!


surat 'cinta' dari PTPTN

surat cinta
dapat surat 'cinta' dari PTPTN
Surat 'cinta' tersebut mengatakan ....


BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Berdasarkan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan PTPTN, adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk membayar balik Pembiayaan mengikut jumlah dan temooh yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun berdasarkan rekod PERBADANAN sehingga tarikh 25/04/2017, tuan/puan gagal membuat bayaran balik dengan tunggakan sebanyak RM165.16.

Sekiranya PERBADANAN tidak menerima bayaran balik daripada tuan/puan dalam tempoh 30 HARI daripada tarikh surat ini, tindaklan undang-undang akan diambil terhadap tuan/puan.

Sila abaikan notis ini sekiranya bayaran balik telah dibuat atau permohonan penangguhan bayaran balik telah dikemukakan. Sebarang pertanyaan sila rujuk dengan Pejabat PTPTN Negeri (PPN) yang berhampiran dan maklumat mengenai PPN boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN. Sila layari htttp://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2 untuk muat turun Kaedah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN dan Borang Kebenaran Potongan Gaji bagi peminjam PTPTN.

ptptn
surat 'cinta' dari PTPTN: bayaran balik pembiayaan pendidikan PTPTN
Ohhhh ingat apa laa tadi kan.. rupanya suruh saya bayar balik duit pinjaman PTPTN hehe. 

Tapi agak panas sikit laa. Sebab haritu.. bulan Januari yang lepas, saya pergi kaunter PTPTN, orang situ kata oleh kerana saya baru je konvo (degree) pada bulan 10 yang lepas.. so 6 bulan selepas itu, baru boleh start bayar hutang PTPTN. Sebelum 6 bulan tersebut, tak boleh bayar. And beliau nasihatkan saya pergi balik kaunter PTPTN tersebut pada bulan Mei untuk bayar balik PTPTN & re-schedule bayaran monthly.

So, saya ingat saya boleh start bayar balik PTPTN bulan 5 la kan. Ni tup tup dapat surat dari PTPTN beritahu saya ada tunggakan selama 2 bulan (bulan Mac&April). Hahaha 'lawakkkk' sangat. Tapi tak apa lah. Saya maafkan staff tersebut for the wrong info and =.= advices.

kaunter ptptn seremban
Kaunter PTPTN at Seremban
Semalam saya pergi cawangan PTPTN Seremban yang terdekat (berhampiran dengan building Seremban Getaway) untuk menjelaskan bayaran tunggakan sebanyak RM100++ tersebut. Alhamdulillah everything was going smoothly. Tunggakan sudah dilangsaikan. Plus, saya bayar untuk bulan 5 dan 6 sekaligus. Senang tak payah fikir dah nak bayar untuk bulan depan. 

Oh lepas ni saya dah tak perlu nak ke ofis PTPTN untuk bayar balik PTPTN for the next next month. Just bayar melalui online banking (Cimbclicks,Maybank2u,etc.) je. Mudah dan cepat.

Memandangkan saya kerja sendiri dari rumah, so saya tanya la staff PTPTN kat situ. "Boleh ke nak bayar monthly PTPTN RM50?". Then staff tu jawab tak boleh. Minimum amount wang yang boleh dibayar adalah RM80. Memandangkan saya wajibul bayar RM82.58 every month (yang telah dijadualkan dalam sistem PTPTN), so saya tak jadi lah nak re-schedule my payment monthly. Sebab beza hanya RM 2.58 kan. Tak perlu lah nak re-schedule. Ikut jela jadual yang dah ditetapkan oleh sistem.

Phewww~ lega satu part of my life regarding to PTPTN ni hahaha. 

Kalau ikut jadual tu kan, lagi 15 tahun baru selesai semua hutang (12K tak silap). Okay so uolss pray for me. Semoga saya dapat langsaikan hutang PTPTN ini sebelum den mati hee aminnn :)

Okbai. Adios~!

the most delicious Asam Pedas Patin I've ever taste

$
0
0
Okay I know. The title of this entry is quite.. over ? But nope! I strongly affirm that asam pedas patin yang saya nak ceritakan ni adalah asam pedas patin yang paling sedap yang pernah saya makan. No doubt ;)


the most delicious Asam Pedas Patin I've ever taste


Sebelum ni saya pernah share satu tempat yang menu ikan patik tempoyak dia memang best gilos, which is Restoran Beriani Warisan - Seremban (boleh baca di SINI). Dan sekarang ni dia tambah lagi satu menu mantop : ikan patin masak asam pedas.

Tengahari semalam, lepas selesai urusan PTPTN.. saya dan umi abi lunch di Beriani Warisan ni. Umi order set ikan patin tempoyak (nasi putih + patin tempoyak (bahagian badan) + tempoyak + timun) . Abi & saya pula order set ikan patin asam pedas (nasi putih + asam pedas patin + cili + timun). Abi order ikan patih bahagian kepala punya. Abi kata the best part of ikan patin is the head. Sebab kat kepala tu la banyak lendir-lendir patin yang sedap tu.

asam pedas patin
the most delicious Asam Pedas Patin I've ever taste

asam pedas sedap
the most delicious Asam Pedas Patin I've ever taste

restoran asam pedas seremban
the most delicious Asam Pedas Patin I've ever taste
Malas nak cerita panjang-panjang, korang kena rasa sendiri asam pedas patin ni. Taste it first, then you know what I mean. Eat it first, then only you know what I feel. Serius sedapp! Susah nak cari asam pedas sedap cenggini tau.

Ohhh.. Sorry laa sempat tangkap gambar patin asam pedas 1,2 keping je. Tak menyabo nak terkam hahaha!

Landmark gerai Beriani Warisan ni adalah Petronas Ampangan. Memang depan Petronas tu je.

lokasi asam pedas

lokasi restoran yang menyediakan asam pedas patin sedap  berhampiran dengan Petronas
beriani warisan asam pedas
gerai Beriani Warisan


So korang.. kalau teringin nak rasa asam pedas yang sedap, mai la rasa kat sini. 
Kalau mengidam sangat sangat nak makan patin sedap, mai sini. 
Kalau datang ke Seremban, korang kena singgah sini for lunch. 
Kalau tak percaya cakap saya, mai rasa sendiri kesedapan dan kelazatan asam pedas patih (&patin masak tempoyak) kat Beriani Warisan ni.

Murah pun murah. RM6 for set patin tempoyak. RM6 also for set patin asam pedas. Kalau kat keyyel tu, mahu RM7,8 kot?

Okay saya dah share lokasi makanan ikan patin best kat Seremban ni, jangan kata saya tak payung yeww :P okay daaa~!

(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK

$
0
0
Pernah dengar tak ayat penggerak ni? Sebelum ni saya tak tahu pun dan tak pernah dengar. first time I knew about this bila baca buku DIAGNOSIS FOBIA. Di dalam buku tersebut, ada tertulis tentang ayat penggerak pada muka surat 291.



AYAT PENGGERAK




"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha  Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Riwayat Abu Daud, 4/323; At- Tarmidzi, 5/465 dan Ahmad)

+ Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko, atau bermusafir/hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko/pulang ke rumah dari melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.

+ Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat, baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar dan teruskan perjalanan/pekerjaan tersebut.

Haaa itulah info tentang ayat penggerak yang saya jumpa di buku DIAGNOSIS FOBIA.

diagnosis fobia
(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK dalam buku Diagnosis FOBIA
Sebenarnya (doa/zikir) ayat "bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi........." tersebut dikenali juga sebagai wazifah. Ayat ni memang famous. Betul tak? Korang mesti kenal dan biasa dengar doa wazifah ni kan? Para Ustaz pun memang galakkan kita amalkan setiap hari ayat ni. Why?

Safety against Sihir
Menjadi benteng dan pelindung kita daripada Sihir/santau/benda tak baik/perkara yang boleh memudaratkan. 
Ayat "bismillahillazi...." ni membantu kita daripada diganggu makhluk halus.

zikir ayat penggerak
(ZIKIR) AYAT PENGGERAK

kelebihan ayat penggerak
(doa) AYAT PENGGERAK

doa ayat penggerak
(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK

doa pagi dan sore
(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK

doa halang santau
(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK - halang dari terkena santau makanan/minuman
Banyak kan advantage ayat ni? So, sila sila lah hafaz zikir bismillahillazi.... ni dengan tajwid yang betul & amalkan setiap hari selepas solat + fahamkan maksudnya (lebih afdhol). InshaaAllah~ 

Moga kita dipelihara daripada perkara yang tidak elok dan tidak diingini. Amin :)

Sihat, Bertenaga & Cergas dengan Nu-Caffe Tongkat Ali

$
0
0
Minuman kesihatan dan kecergasan yang makin meningkat nama dan makin mendapat perhatian masyarakat kini, Nu-Caffe Tongkat Ali. Adunan sempurna kopi 100% Arabica dan krimer dengan ekstrak 50mg PHYSTA® dalam setiap hidangan Nu-Caffe Tongkat Ali, berupaya memberikan khasiat Tongkat Ali sebenar.


nucaffe
Sihat, Bertenaga & Cergas dengan Nu-Caffe Tongkat Ali
KELEBIHAN TONGKAT ALI PHYSTA:

1. Bahan Mentah Asli
100% ekstrak Tongkat Ali, dikering sejuk-beku. Memastikan kandungan bahan bioaktif tidak musnah.
2. Proses Ekstrak
Teknologi pengekstrakan berasaskan air yang dipatenkan. Mengasingkan dan mengekalkan komponen bahan Bioaktif. 
3. Dos Konsisten
50mg ekstrak Tongkat Ali dalam setiap hidangan. Dos yang memberi kesan berdasarkan kajian klinikal. 
4. Dipiawaikan
Dipiawaikan berdasarkan SIRIM MS:2409:2011. Memastikan bahan aktif hadir dan konsisten.

PENSIJILAN/PENGIKTIRAFAN PHSYTA®:
1. Dipaten di 4 negara : Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan Malaysia
2. Adalah hasil penyelidikan ahli saintis Malaysia dengan saintis di Massachusetts Institute of Technology (MIT) USA.
3. Mengikuti standard SIRIM (MS2409:2011)
4. Dihasilkan di facility bertaraf GMP, ISO 220000, dan HACCP serta satu-satunya facilityi penghasilan ekstrak di Malaysia yang melepasi pemeriksaan oleh Food Drug Admistration Amerika Syarikat (USFDA).

physta nucaffe
Nu-Caffe Tongkat Ali

tongkat ali
Nu-Caffe Tongkat Ali kopi arabica 100% dan krimer
KELEBIHAN TONGKAT ALI:
Tongkat Ali digunakan secara tradisional untuk:
* Membekalkan tenaga berpanjangan
* Memperbaiki pengaliran darah dan fokus
* Meningkatkan kesihatan lelaki keseluruhan
* Meningkatkan libido


Sihat, Bertenaga dan Cergas dengan Nu-Caffe Tongkat Ali


Untuk pengetahuan semua, abi (my dad) sudah berumur 54 tahun. Kekadang abi mengadu juga bila usia dah makin meningkat ni, imuniti badan makin drop. Cepat rasa letih dan badan tak bertenaga. Tak seaktif muda mudi dulu. So, kalau abi kena drive jauh (abi ialah seorang pemandu), abi mudah rasa penat dan mengantuk. Lesu dan tidak cergas.

Saya pun apalagi.. saya perkenalkan lah Nucaffe Tongkat Ali pada abi. Nak kasi abi kekal bertenaga dan aktif berkerja sehari-hari bak orang muda.

testimoni nucaffe
khusyuk abi bancuh Nu-Caffe Tongkat Ali hehe

bancuh Nu-Caffe Tongkat Ali memalam
Abi suka minum 1 sachet Nucaffe pada malam hari selepas penat melakukan aktiviti seharian. Untuk menambah tenaga yang telah habis digunakan pada pagi & petang.. Nucaffe lah jawapannya! Baru lah abi dapat spend a good quality time with family after that.

Bau aromanya yang menyegarkan dan rasa kesedapannya yang mengasyikkan membuatkan abi bertimpa-timpa jatuh hati pada Nucaffe Tongkat Ali.

nucaffe tongkat ali
Nu-Caffe Tongkat Ali best!
CARA PENYEDIAAN: 
Larutkan 25mg Nu-Caffe (1 sachet) di dalam 200ml air panas.
Kacau hingga sebati.
Siap!

nucaffe sachet
Ada 5 sachet dalam 1 kotak kecil Nu-Caffe Tongkat Ali
Bila orang sebut tongkat ali, mesti ingat perkataan KUAT. Bila orang sebut tongkat ali, mesti orang ingat tongkat ali ni untuk lelaki je kan? 

Ehem, kekadang saya cilok 1 sachet Nucaffe tanpa pengetahuan abi. Yelaa saya pun nak kekal bertenaga seharian hehe. Lagipun, Nucaffe ni kan minuman kesihatan. Jadi, wanita macam saya dan awak awak pun boleh kalau nak minum. Tak salah pun. 

minuman kesihatan

Tapi take note ye..wanita yang menyusukan bayi & mengandung tidak dibenarkan minum nucaffe ni kerana terdapat 50mg tongkat ali.. takut panas pada baby sebab herba.

HARGA NU-CAFFE TONGKAT ALI:
1 kotak 5 sachets RM18.50
1 kotak 15 sachets RM52.50

harga nucaffe
Harga Nu-Caffe Tongkat Ali. boleh beli di website denaisell
Haaa siapa yang berminat nak beli Nucaffe Tongkat Ali ni, shoot je ke https://www.denaisell.com/product/nu-caffe-tongkat-ali/. Boleh beli secara Online di situ. Mudah dan cepat.

Selamat bertongkat ali! Hehehe. Adios~

malam ni malam Nisfu Sya'ban

$
0
0
Harini, hari khamis bertarikh 11 Mei 2017 bersamaan 14 Sya'ban 1438H. Selepas maghrib, masuk 15 Sya'ban. Jadi, malam ini adalah malam Nisfu Sya'ban. Whats the meaning of nisfu? nisfu bermaksud pertengahan. in the middle. Thats why tarikh tengah-tengah iaitu 15 pada bulan Sya'ban dipanggil nisfu Sya'ban. So, apa kelebihan malam tersebut?


Malam Nisfu Sya'ban

malam ni malam Nisfu Sya'ban [gambar sekadar haisan]
Muaz bin Jabal RA, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya "Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisgu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan." 
[Sahih Ibn Hibban, no Hadith 5665]

Berdasarkan sumber dari Mufti Wilayah Persekutuan (Dr. Zulkifli),dari sudut fiqah hadis.. 
kita, umat Islam, dituntut pada malam ini (malam nisfu syaaban) untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Untuk itu, tidak dinafikan bahawa pada malam tersebut mempunyai kelebihan dan padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi yang memohon amoun dan yang berdoa kepada-Nya. Disebabkan itu, Imam al-Syafie mengatakan sesungguhnya berdoa padanya iaitu malam nisfu Sya'ban adalah mustajab.

nisfu sya'ban
malam Nisfu Sya'ban
Haa itu lah fadhilat malam nisfu sya'ban yang memang ramai ternanti nanti. Sebab tu kalau kita perasan kan, ramai yang minta maaf dan mohon halalkan makan minum bila nak menjelang nisfu Sya'ban. So, saya pun dengan rendah hati nak minta maaf pada semua semua yang ada terrrkecil hati atas kata-kata dalam blog saya ni. Maafkan kekhilafan saya ye :(

Oh, jangan lupa juga baca Doa Nisfu Sya'ban ye!


DOA NISFU SYA'BAN DAN MAKNA TERJEMAHANNYA:



doa nisfu sya'ban
doa nisfu sya'ban

terjemahan doa nisfu syaaban
makna terjemahan doa nisfu sya'ban
Selamat menikmati kelebihan yang terdapat pada malam Nisfu Sya'ban malam ni! Wassalam :)


tanya sendiri.. kau nak orang ingat blog kau sebagai apa?

$
0
0
Every blog have their own story, their own style, their own niche. Masing-masing ada brand sendiri. Masing-masing ada target sendiri untuk dicapai dalam dunia blogging. Masing-masing ada tujuan sendiri while updating entries in blog.

Tapi ni saya just nak share my own story & what I have learned in past that make me what blogger I am right now. Sudi la baca eh hehe.



tanya sendiri.. kau nak orang ingat blog kau sebagai apa?



tanya sendiri.. kau nak orang ingat blog kau sebagai apa?
gambar sekadar hiasan. sumber: Google
Teringat satu ketika dulu.. masa tu saya baru la juga join EFG (sekarang AFB). Ketua EFG (www.irrayyan.com) suruh kami semua ahli EFG"state apa benda yang korang ingat pada blog setiap EFGiers?"

And most of them tulis apa yang mereka ingat tentang blog saya: 
drama, 
download drama melayu, 
sinopsis drama, 
berita semasa, 
isu artis. 

Thats all. Memang masa tu saya suka buat entri yang berkaitan dengan download/watch online drama melayu dan yang berkaitan dengan drama Melayu & berita hot. sebab yela kan.. kalau nak dapat trafik kencang dan tinggi update jela pasal drama & berita semasa hahaha.

Tapi YES. Walaupun hakikat tu betul but I feel bitter. Saya rasa tak best. I keep on asking myself and 'muhasabah'.. "Orang nampak blog aku macam tu eh? Eeeeii tak bestnya!"

And then saya fikir lagi.. saya nak ke bila orang ingat blog saya, mereka ingat tentang drama Melayu? 
Saya nak ke bila orang pandang blog saya, mereka terus fikir "banyak berita semasa je dia ni"? 
Saya mahu ke blog saya ni diingati dengan pandangan yang sebegitu rupa? 
Kalau saya usaha sungguh-sungguh buat entri setiap hari pasal download/watch online drama, apa yang saya dapat selain dari trafik tinggi? Tak ada apa. None. Nothing special about that.

Bak kata seniors.. tetapkan brand blog anda. Okay honestly, I dont know at all about brand. Sebab saya bukan la mahir bab-bab ni. Tapi tu takpe. Yang penting.. saya tak nakorang ingat blog saya adalah blog drama, blog berita semasa, blog isu panas, blog pasal retis. I kinda not like that.

So, mungkin Allah nak tolong kan.. ada satu masa tu, saya wajib delete OR jadikan entri pendek (mostly entri berkaitan download/watch on9 drama) sebagai draft sebab saya nak apply Adsense. Kalau nak Adsense lulus, antaranya blog kena ada entri panjang-panjang je (more than 300 words) yang ada dalam blog. Then, I decided to delete all of entri yang drama-drama tu. Walaupun seriously said kan, masa tu UV PV blog saya mantop dengan update entri-entri tersebut. Tapi tu lah, saya tanya la balik kat diri sendiri. Kau nak blog kau dikenali sebagai apa? Thats why I let it goooo let it goooo~ 

Sejak dari tu.. saya update entri yang lebih tulus ikhlas dari hati saya. Bukan hanya kejar trafik semata. 
Sejak dari tu.. saya update entri yang lebih bermanfaat dan lebih berpahala inshaaAllah.
Sejak dari tu.. saya banyakkan update entri yang lebih dekat dengan jiwa saya.
Sejak dari tu.. saya cari peluang untuk share pengalaman dan kisah hidup saya yang mungkin my silent reader want to know.
Sejak dari tu.. saya cuba dan cuba untuk tulis entri yang tak sia sia.

Sebab apa?

Sebab saya nak orang ingat blog saya blog yang bagus. 
Saya nak orang ingat blog saya bukan sekadar omong kosong. Ada manfaat dan banyak input berguna yang boleh diambil. 
Saya nak orang ingat blog saya blog yang dapat beri inspirasi dan aura positif.
Saya nak orang ingat blog saya sebagai blog yang boleh belajar banyak benda & tahu benda baru.


do it now :)
And Alhamdulillah, saya lebih bahagia dan 'bangga' dengan blog saya sekarang berbanding masa dulu. Malah, UV PV saya sekarang lebih tinggi dari dulu. Yang penting, USAHA USAHA DAN USAHA. Dan yang lebih penting lagi, just wrote what you want (tapi berpada-pada la ye hehe). Jangan tiru orang. And last but not least.. sebarkan AURA POSITIF through our blog. Remember a quote for life : "A positive man (an optimist) builds an aeroplane while a negative man (a pessimist) makes a parachute".

Okay sorry story panjang macam nak apa je kan hahahha. Tapi apa-apa pun, setiap blog lain visi misi nya. I just share my own blog of visi dan misi hehe.


Adios!

tarikh sebenar Hari Ibu & Hari Bapa

$
0
0
11 Mei yang lepas, kakyong saya wish Selamat Hari Ibu di group whatsapp. Saya dah pelik "aikk, harini ke hari ibu? Macam bukan je. Tapi kalau bukan, bila?".


tarikh sebenar Hari Ibu & Hari Bapa


tarikh hari ibu

Mesti ramai yang confuse kan bila sebenarnya hari ibu ni. Kang wish pada hari yang salah buat malu je haha. Then, abangder beritahu actually.. tarikh sambutan Hari Ibu adalah pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan May. Sunday 2nd week every May pada tahun ni jatuh pada 14 Mei 2017. Sooo esok lah Hari Ibu nye haha. Jangan lupa wish ye pada mak ibu umi omma mommy kita yang susah payah penat lelah melahirkan kita dan membesarkan kita. 

Hari Bapa pula bila tarikhnya? Sambutan Hari Bapa adalah pada setiap hari Ahad minggu kedua bulan June. Means, 18 Jun 2017 lah kita wish Happy Father's Day kat ayah bapa abi abuya daddy kita. 


Boleh atau tak sambut Hari Ibu & Hari Bapa?


Oh.. mesti ada yang takut-takut atau masih was was lagi boleh ke tak sambut Mother's Day & Father's Day ni kan? Its okay. Boleh baca jawapan dari Fatwa Malaysia berkenaan dengan Hukum Sambutan Hari Ibu di SINI


Ada sesetengah orang mungkin rasa "alaaa tak penting pun hari ibu hari ayah ni. Setiap hari adalah hari ibu. Everyday is hari bapa. Tak payah wish lah". Helloo awak..

Yeap, memang tak wajib pun nak wish. Tapi apa salahnya kita raikan dan wish Selamat Hari Ibu / Selamat Hari Bapa kepada parents kita? At least bila kita wish tu, mereka rasa dihargai dan happy. Happy lah anak ingat dia. Don't be surprised tau.. dengan hanya satu line wish mampu buat parents kita senyum sepanjang hari. Siapa dapat pahala? Kitaa juga. 

So, save the date! And give them hadiah or bunga ke or hugs ke or card ke. Moga dengan hadiah yang tak seberapa tu dapat membalas 0.00001% jasa mereka pada kita.

Nak bagi hadiah apa? Saya ada suggestion! Beri lah hadiah biobax ;)

Yelaa mak ayah kita kan makin lanjut usia. Mesti ada sakit-sakit belakang/lutut/pinggang/kaki/tangan/betis/sakit sendi/kepala, lenguh-lenguh badan, kebas-kebas kaki, gout, cramp. Dengan spray & sapu minyak Biobax ni, inshaaAllah dapat melegakan dan menyembuhkan sakit-sakit tersebut. Umi saya selalu guna kalau mengalami sakit kepala or sakit belakang or kebas kaki tangan or sakit dada or badan masuk angin or kaki kejang. Memang banyak membantu. Sangat berkesan!

hadiah
Biobax Cool Theraphy - boleh beri hadiah pada Hari Ibu & Hari Bapa

hadiah hari ibu
umi saya pengguna tegar Biobax ni :)

testimoni biobax
penawar sakit belakang/tulang pinggul

penawar sakit tapak kaki
boleh beri hadiah Biobax pada hari ibu untuk legakan sakit tapak kaki mak
So, boleh lah beri hadiah Biobax ni pada mak ayah sempena Hari Ibu and Hari Bapa ni. 

Kat mana nak beli ? Boleh order kat saya, whatsapp/contact je 0172008642 (Sayidah). 

Okay itu sahaja. Don't forget to wish tau pada mereka yang bergelar ibu dan ayah di dunia ni pada Hari Ibu & Hari Bapa nanti! Adios!



6 perkara berlaku gara gara Hari Ibu semalam...

$
0
0
Semalam tak ada update blog langsung hahaha. Sebab busy dari pagi sampai malam. Pagi spent time dengan family sebab family kakyong ada balik. Then petang and malam mengajar kelas tutor. Total 4 students. Phewww penat juga la sebab paginya riadah basikal then tak rehat langsung, terus mengajar haha.

Walaupun kepenatan sesangat, ada happy nya juga. Walaupun semalam tak buka blog semalam, tapi syiok. Sebab apa syiokk? 

Sebab.. Gara-gara entri tentang Hari Ibu yang saya pernah update tahun lepas & kelmarin, ia menjadi famous amos semalam. Yelaa semalam kan Hari Ibu. Tu yang blog hangat semalam, ramai orang cari entri berkaitan hari ibu.

Hasilnya...

1. UV PV agak tinggi

UV (unique visitors) : 4,241
PV (pageviews) : 10,432

gara gara Hari Ibu semalam...
gara gara Hari Ibu semalam...
6 perkara berlaku gara gara Hari Ibu semalam...
6 perkara berlaku gara gara Hari Ibu semalam...

2. Adsense Earnings cecah $7.20

Kebiasaanya, earnings adsense saya kurang dari $1 atau lebih sikit dari $1. Tapi Alhamdulillah semalam dapat $7.20. Sangat-sangat menyumbang. Dan harapan untuk saya cash out Adsense pada bulan depan sangat tinggi hahahaha.

gara gara Hari Ibu semalam...
gara gara Hari Ibu semalam...

3. cecah 70 Users Online di blog at one time

As usual, setiap hari saya ushar histats blog saya di website Histats. Semalam kebetulan time saya check tu, ada 70 users online di blog saya! Perghh what a rare moment! Haha. Susah kott nak tengok 70 orang yang online kat blog saya pada satu satu masa. Biasa 20, 30 lebih je.


4. banyak keywords berkaitan tarikh ibu

gara gara Hari Ibu semalam...
gara gara Hari Ibu semalam...

gara gara Hari Ibu semalam...
gara gara Hari Ibu semalam...

gara gara Hari Ibu semalam...
gara gara Hari Ibu semalam...

5. the most searched entri yesterday

Dua entri which are:
&

dapat sambutan hangat semalam. Alhamdulillah.

gara gara Hari Ibu semalam...
gara gara Hari Ibu semalam...

6. Berada di 1st page Google

Ada few keywords yang menempatkan entri Hari Ibu saya di first page Google.

gara gara Hari Ibu semalam...
gara gara Hari Ibu semalam...

gara gara Hari Ibu semalam...
gara gara Hari Ibu semalam...
Penangan Hari Ibu semalam & penangan beberapa teknik SEO yang saya terapkan dalam entri Hari Ibu.. merasa la saya 6 perkara di atas. The power of SEO hhehe.

Kan best kalau semua entri mengena macam ni muahahaha #berangan.

And you know what? Korang pun boleh macam ni. Jom sama sama usaha. Chaiyok! :)

Okay lahh adioss!

Badak Berendam Pandan

$
0
0
Boring badak berendam warna putih? Takde hal lah. Jangan tak tahu badak berendam ada versi warna hijau tau. Badak berendam pandan namanya (sesuka hati aku je beri nama tu haha). Nama officialnya bukan badak berendam pandan ye. Saya main bubuh je nama yang agak-agak sesuai haha.

Badak Berendam Pandan


Badak Berendam Pandan
Badak Berendam Pandan

Kenapa badak berendam pandan?

Sebab masa kita nak buat doh tepung tu, kita masukkan air tapisan daun pandan yang telah dikisar (blend) ke dalam tepung. Then gaulkan sama-sama. Tu yang jadi warna hijau tu.

bahan badak berendam
Badak Berendam Pandan

cara buat badak berendam
Badak Berendam Pandan

kuih badak berendam
Badak Berendam Pandan

bentuk badak berendam
Badak Berendam Pandan

badak berendam bulat
Badak Berendam Pandan

badak berendam santan
Badak Berendam Pandan

badak berendam tapis santan
Badak Berendam Pandan

resepi badak berendam
Badak Berendam Pandan
Yelaa kan. Mana laa tahu kot kot rasa jemu or biasa biasa je badak berendam warna putih, haaa boleh la try yang versi pandan ni haha.

Atau.. jiran or saudara bagi daun pandan tapi tak tahu nak buat apa selain daripada untuk masak nasi lemak&air sirap&many else, boleh la buat badak berendam warna hijau versi pandan.

Tapi rasa dia sama je sebenarnya dengan yang warna putih haha. Warna dia je yang lain. Dari segi taste, it is the same.

kukus badak berendam
Badak Berendam Pandan

masak badak berendam
Badak Berendam Pandan

badak berendam
Badak Berendam Pandan
Oraitt, kalau nak cuba.. boleh tengok resepi badak berendam mudah dan sedap di SINI. Tapi kat situ badak berendam yang normal. Cuma kalau nak buat badak berendam yang pandan ni.. just tambah je (as I said in 2nd paragraph) air tapisan daun pandan yang telah diblend hancur.


Okay goodluck kay! ;)

Baca juga:

Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim

$
0
0

Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim


Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat : 20 Mei 2017

mudah je bayar online EPF (KWSP) melalui maybank2u

$
0
0
Haritu blur sangat. Wondering macam mana laaa nak bayar caruman EPF ni. Takkan setiap bulan nak pergi kiosk KWSP semata untuk bayar EPF? Just.. not worth it you know.

Saya pun call pihak KWSP tanya "boleh ke saya bayar EPF melalui online banking?". Then dia cakap boleh transfer guna maybank. Saya pun excited la. Bila saya tanya macam mana caranya.. dia pun suruh search sendiri di website KWSP kot tak silap. Tapi saya malas kan hahaha. So, saya pun explore sendiri di maybank2u. Klik sana klik sini klik sinun, yesss jumpa!

Saya pun buat la experiment sendiri. Masuk sini masuk sana dan hasilnya Alhamdulillah menjadi. So, taknak laa pendam sorang-sorang kesenangan membuat bayaran EPF dengan maybank2u ni. I want to share with uollss.


Langkah-langkah bayar EPF ( KWPS) dengan akaun maybank2u



2. Klik tab Investment> EPF> Add EPF account

epf
mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u

mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u
mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u
Step 1: (register an EPF account as favourite)
Isi maklumat apa yang patut. Member's EPF no., member's IC no. & member's name.

Then, klik Continue.

**ini bermaksud selain bayar EPF sendiri, kita juga boleh tolong bayar EPF orang lain. Contohnya mak ayah kita. Asalkan ada details details mereka.

account epf
mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u
Step 2: (confirm the account details)
Klik Request for TAC. Tunggu message yang mengandungi 6 nombor TAC yang akan dihantar ke  phone kita. 

epf maybank2u
mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u
Then, masukkan 6 nombor tersebut di ruangan TAC.

Then, klik Confirm.

epf tac
mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u
Step 3: (confirmation status)
Check maklumat semua betul ke idok. Then, klik Return to EPF.

epf maybank
mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u
3. Klik EPF registered payment.

Step 1: (to make a registered EPF payment, enter the details below)
Untuk EPF Account Type, sila pilih antara dua. Either 01-Self Contribution or 02-1M Contribution. Memandangkan saya kerja sendiri & takde company yang uruskan, I choose Self Contribution.

Then klik Continue.

bayar epf
mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u
Step 2: (key in the amount)
Letak amount berapa kita nak masukkan dalam EPF account. Minimum RM50 for those yang kerja sendiri. So I put 100 di ruangan Amount for the first time.

Then, klik Continue.

investment epf
mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u
Step 3: (confirm the payment details)
Check betul tak details semua. Kalau betul dan tepat, klik Continue untuk transfer berlaku.

EPF registered payment maybank
mudah je bayar EPF (KWSP) melalui maybank2u
Step 4: (confirmation status)
Tengok status. If status is successful, yeayy done! If nope, check balik details. Maybe ada something wrong somewhere. Tersalah nombor ke.

step bayar epf online

Itu lah cara cara nya untuk kita buat bayaran EPF secara online melalui akaun maybank2u. Mudah, cepat dan efisien kan? Online banking lain seperti Cimbclicks saya tak sure ada ke tak untuk bayar EPF. Sebab bila saya call staff KWSP, dia mention maybank2u je.

Semoga bermanfaat. Goodluck kay! Adios!

THE AMERZING BLOGLIST: aku tak layak tapi aku syukur

$
0
0

Blog AMERZING: First time jumpa blog ni kat Group Community Google+. Tertarik dengan blog ni sebab penulisannya in English. Jarang jumpa blog Melayu yang tulis fully English dalam entri-entri mereka. Nama AMERZING tu pun buat saya tertarik. Unik + senang ingat. And like seriously, at first saya tak dapat tangkap pun meaning of AMERZING is amer+AMAZING. Tapi haritu terbaca komen kat blog tu dan ternampak perkataan "amazing". Saya pun "ha'ah laa amerzing amazing. amerzing amazing!". (Betapa lampi nya saya =.=) One more thing, template blog amerzing ni saya suka. 'suci' bersih. Warna putih and tak banyak sangat gadget. Simple. Ringan. I like~



THE MOST AMAZING THAT HAPPENED IN MY LIFE

I love maths. Maths love me. eh? Hahaha. For your information, saya study degree di Universiti Putra Malaysia (UPM, Serdang) in Major Mathematics for 4 years. Succesfully graduate pada bulan 10 2016 yang lepas. So, apa yang amazing nya?

Before konvo pada hujung bulan 10 tersebut, saya terima call dari Fakulti Sains, UPM. A man. He told me that "tahniah Sayidah. Anda terpilih menerima Hadiah Graduan Bumiputra Terbaik Major Matematik Universiti Putra Malaysia. Anda dijemput hadir ke Majlis Anugerah Graduan Cemerlang Fakulti Sains UPM yang bertempat di blah blah blah blah". Shocked. What?! Dalam hati 'ni panggilan hangit ke apa ni' hahaha. Punya la tak percaya sampai saya suruh dia ulang lagi sekali. Punya berdebar tu sampai tangan saya menggigil. Punya terkejut tu sampai staff yang telefon tu kata "awak kenapa? tak suka ke dapat anugerah ni?" haha.

Serius la kan? Ada lagi kot yang saya rasa saya lebih hebat dari saya. Saya pointer 3.625 je. Tak dekan pun (pointer dekan di UPM: 3.75).

And then, pada hari yang sama. Petang tu rasanya seorang pensyarah Maths, Dr Afifah call. Suruh saya email beliau gambar yang sesuai untuk guna di Majlis tu nanti. Saya pun ambil kesempatan tanya "Dr, kenapa saya terpilih untuk terima Anugerah Graduan Bumiputra Terbaik ni? Bukan ke Syazana (my friend yang sangat bijak dapat pointer 3.9++) pointer lagi tinggi dari saya?". 

Lepastu, Dr Afifah tu pun terangkan la bahawa sepatutnya Syazana tu yang dapat anugerah tersebut tapi cancel sebab Syazana ada terima anugerah lain. So, takkan nak pilih orang yang sama dan untuk beri peluang pada orang lain, semua pensyarah di Jabatan Matematik sepakat setuju untuk pilih pelajar yang mendapat pointer kedua tertinggi untuk terima anugerah ni (kategori Bumiputra) which is me. Saya pelajar bumiputra yang pointer kedua tertinggi lepas Syazana iaitu 3.625.

Saya pun ooooooooooooo. Selepas penerangan tu, saya rasa macam laaa aku tak layak pun dapat anugerah ni. Bukan aku yang terbaik pun. Bukan pointer aku paling tinggi pun dalam kalangan student Maths bumiputra.

graduan terbaik matematik

anugerah matematik

Tapi....

Walaupun tak layak untuk dapat Anugerah Graduan Bumiputra Terbaik Major Matematik ni, tapi saya syukur. Syukur sebab terpilih. Syukur because atleast I know saya di tempat kedua terbaik bumiputra di Jabatan Matematik (Fakulti Sains). Walaupun tak dapat di tempat yang pertama dan tak layak untuk naik pentas terima anugerah tersebut, tapi saya syukur. Syukur dapat banggakan my umi abi & my pensyarah yang ajar saya. Like seriously, saya dapat rasa mereka bangga dengan saya bila saya terima Anugerah tersebut daripada wajah mereka. Syukur dapat rasa terima anugerah hebat macam mana di hadapan orang ramai hahaha.

sayidahnapisah

One last time.. saya tak layak untuk terima Anugerah ni tapi saya syukur. Syukur Allah gave me a chance to feel and experience that AMAZING moments in my life. Alhamdulillah.


THE AMERZING BLOGLIST


THE AMERZING BLOGLIST
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 18 Mei 2017 @ 10.00PM

SEBENARNYA.MY : Tidak Pasti Jangan Kongsi (Viral)

$
0
0
Benda paling scary sekarang ni : perkara viral yang tak pasti kesahihannya tersebar hangat laku seperti pisang goreng. Berita viral dicanang sana sini, copypaste di whatsapp, share di laman-laman sosial, sibuk bercerita tapi sahih ke tidak benda benda semua tu?

"Entah lah. Saya dengar dari orang tu. Saya hanya share je" 

Bukti tak ada tapi bercerita bagai nak rak macam betul sangat. Isu panas yang kita dengar kalau rasa rasa macam betul, terus share. Lepastu jadi viral sekelip mata. Tapi entah palsu entah benar isu tersebut. Scary kan? Yeap menakutkan tapi itulah yang terjadi sekarang. Malah makin menjadi-jadi. Jadi trend.


SEBENARNYA.MY : Tidak Pasti Jangan Kongsi (Viral)


sebenarnya

Nasib baik laa ada portal sebenarnya.my. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melancarkan portal Sebenarnya.my bagi menentang penyebaran berita tular palsu. Dengan moto “Tidak Pasti Jangan Kongsi”, laman ini diharap dapat memberikan maklumat setempat yang tepat bagi menafikan berita-berita palsu yang terlalu mudah dikongsi oleh masyarakat Malaysia tanpa usul periksa.


Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.

viral

Antara artikel berita PALSU yang hangat diviralkan :
+ Mesin ATM seluruh negara ditutup akibat serangan Ransomware?
+ MCMC dan KDN rakam serta pantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat malaysia?
+ satu kesalahamn trafik, dua hukuman adalah tidak berpelembagaan?
+ pekerja KFC memijak ayam menggunakan kaki?
+ dua wanita dicukur kepala akibat mencuri?


BUKAN SEMUANYA BENAR DI INTERNET! 

Iya. Saya sangat setuju. Kekadang tak tahu fakta dari mana diambilnya, tapi orang boleh percaya. Lepastu sibuk duk viralkan kat orang ramai. Kalau betul tak apa juga. Kalau salah? Dah jadi fitnah. Very dangerous.

So, lepas ni korang (dan juga saya) kalau terima sesuatu berita, pergi dulu kat portal sebenarnya untuk mengesahkan kesahihan maklumat berita tersebut. Betul ke idok. Benar ke palsu. Fakta atau auta. 


Habis tu, boleh percaya ke berita kat Sebenarnya.my ni?

Boleh. Sebab setiap artikel dan penjelasan bagi setiap berita tersebut adalah daripada sumber yang boleh dipercayai. Siap bubuh link lagi kalau nak tengok original news daripada source tersebut. InshaaAllah boleh dipercayai.


Okay itu sahaja, daaa~!


Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi

$
0
0

Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi


Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat : 20 Mei 2017

Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi

$
0
0

Segmen Pencarian Bloglist by Ombak Bergigi


Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 25 Mei 2017

Segmen Mencari Bloglist by Mya

$
0
0

Segmen Mencari Bloglist by Mya


Segmen Mencari Bloglist by Mya
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat : 26 Mei 2017

GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW

$
0
0

GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW


GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat : 26 Mei 2017 

Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani

$
0
0

Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani


Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat : 27 Mei 2017



"Anda suka tak kalau Sha buat Giveaway dan bagi hadiah buku? Kenapa?"

Mestilah suka sangat sangat sangat sangatt! 
First, sebab saya memang suka buku. Suku kumpul buku dan baca buku. 
Second, sebab saya tahu kak Sha miliki banyak koleksi buku best hehe.
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live