Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR

$
0
0


GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR 



SOALAN UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR

1. Berikan nama karakter POWERPUFF GIRLS
Jawapan: Blossom, Buttercup, dan Bubbles

2. Siapakah idola cilik (Malaysia) kepada POWFACTOR - POWERPUFF GIRLs?
Jawapan: chef cilik Danish Harraz Abd Hafiz (dikenali sebagai Abang Danish). Berumur 10 tahun, pandai baking dan cooking business online.

3.Bilakah program POWFACTOR ini di tayangkan dan di mana akan di tayangkan?
Jawapan: Setiap Jumaat 14, 21 dan 28 April 2017 dari jam 4 petang. di Cartoon Network (Astro Channel 616).

4. Lengkapkan slogan ini "Saya ingin memenangi GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR kerana ............................" (tidak melebihi 50 patah perkataan)
Jawapan: Saya ingin memenangi GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWERFACTOR kerana saya nak beri plush toys tu pada anak-anak buah saya yang comel comel belaka & juga teringin nak powerpuff girls notebook. Mesti cute :)

klik BANNER untuk SERTAI



SYARAT-SYARAT GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR


1. Warganegara Malaysia

2. Jawab semua soalan diatas.

3. Buat satu entri blog yang bertajuk GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR dan jangan lupa sertakan jawapan di entri blog masing-masing ye.

4. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.

5. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube

6. Penyertaan GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR akan di tutup pada 28 April 2017 jam 11.59 malam (Jumaat)


HADIAH UNTUK GIVEAWAY POWERPUFF GIRLS X AZLINDA ALIN - POWFACTOR





2 pemenang dari FACEBOOK dan 2 pemenang dari BLOG ini di cari. Nak tahu ke apakah hadiah untuk KEMPEN POWFACTOR ini? Ha...hadiahnya agak ekslusif juga tau.

*4 set of Powerpuff Girls plush toys (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 sets of UBS (Blossom, Bubbles, Buttercup)
*4 Powerpuff Girls notebook
*4 Powerpuff Girls stickers

Jom sertai ! Semoga Berjaya !

Selanjutnya untuk informasi, keterangan lanjut dan lain-lain pertandingan. Boleh lawati ke : Astro Circle website., www.PowerpuffYourself.com , CartoonNetworkAsia.com atau facebook.com/Asia.CartoonNetwork.


Review Movie Fast & Furious 8 ~ 5 OH(sem) saya beri!

$
0
0
Truthfully saya tak pernah berminat pun nak tengok movie Fast & Furious, dari season 1 hingga la season 7. Tak pernah tengok cerita tu dari awal hingga akhir. Kalau tengok sekilas tu ada la haha. Tak tahu la kenapa minat tu tak ada padahal ramai gilos kot tengok filem bersiri fast and furious tu. Maybe sebab kereta kot so saya rasa tak berapa nak gemar.

Tapi.. entah tiba tiba for the first time rasa nak tengok fast and furious 8 membuak buak. Sebab ramai gilosss yang puji best, bagi review mantop, bagi 5 bintang kat fast furious 8. So, I really really want to watch it!

Movie Fast & Furious 8
Movie Fast & Furious 8 ~ 5 OH(sem) saya beri!
and finally! Haritu 22/4 pergi tengok wayang cerita F8 di GSC, Palm Mall, Seremban. Dan memang ternyata, best gilosss!

memang layak la fast furious 8 ni dikatakan pecah kutipan jutaan ringgit sejak hari pertama ditayangkan di panggung, 12 April 2017.


Review Movie Fast & Furious 8 ~ 5 OH(sem) saya beri!


I tell you.. korang tak akan boring punya lah tengok cerita ni. Walaupun saya tak pernah tengok fast furious dari season 1, tapi yang saya faham fast&furious season 8 ni memaparkan hero, Dom (Vin Diesel) betray team dia. Betray his family. Because of only ONE reason. Anak kandung dia diculik dan diugut bunuh oleh watak jahat cerita Fast&Furious 8 ni, Cipher(Charlize Theron). Den memang bengang dengan si Cipher ni. Memang tak ada hati perut! Tak berperikemanusiaan! Insane! *okay sabar sayidah sabar hahaha*

Dua part/scene dalam cerita ni saya mengalirkan air mata T.T haha.

First: Dom nangis tengok exgirlfriend dia, Elena (Elsa Pataky) & anak dia dikurung oleh Cipher. Dom tak mampu nak selamatkan dorang melainkan kena ikut kata si Cipher ni. Dom kena tolong Cipher curi kod nuklear & kapal selam, baru Cipher lepaskan Elena& anak dia dengan selamat.

Second: part Letty (Michelle Rodriguez) curi briefcase dari Dom yang berisi kod nuklear. Okay part Letti rampas briefcase tu tak leleh air mata tapi part yang Letti terpaksa serahkan briefcase pada laki jahat, Rhodes (Kristofer) then Letty nangis sebab Dom still 'turn on' his back towards his family.

Dua scene ni la yang den tangkap leleh haha. But most of the time, saya ternganga la. Lagi lagi part nak ending tu, yang dorang nak selamatkan kapal selam dari dicuri oleh Cipher. Memang my jaws drop! Hahaha.

Fast & Furious 8
Fast & Furious 8
Paling best juga time plot twist cerita ni. Plot twist di mana Dom sebenarnya tak khianat pun kat team dia. Instead, Dom rancang senyap senyap & dengan teliti untuk jatuhkan plan si Cipher. Dom jumpa mak Deckard. & paling tak sangka tu ingatnya si Deckard Shaw (Jason Statham) tu dah mati rupanya =.= Penat tau den sedih time tahu Deckard tu 'mati' kena tembak dengan Dom haha.

Paling best nya lagi (berapa banyak paling best daaa) yang part Deckard main main dengan baby (anak kandung Dom) time Deckard selamatkan baby tu dalam aeroplane. Comel gilos baby tuuuu adoiiii. Pandai pula dia senyum senyum. Bila part baby tu semua tergelak haha.

Fast & furious 8 ni happy ending tapi Cipher still tak tertangkap. Okay nampak tak maksudnya lepas ni ada fast furious 9? Hahaha. Ingatnya f8 ni yang last season, rupanya ada lagi kekeke.

filem fast and furious 8
FAST&FURIOUS 8
Oh.. part ending lasttt sekali menjadi perhatian ramai juga sebab Dom namakan baby dia --> Brian. Okay firstly saya biasa je la bila Dom tu beri nama baby dia Brian. Tapi lepastu, time saya search lagu-lagu soundtrack fast & furious 8.. baru lah saya dapat tahu rupanya nama Brian tu adalah nama watak Paul Walker dalam Fast and Furious, yang meninggal dunia pada tahun 2013. So, ramai yang touching dan suka la director selitkan nama Brian tu bagi mengingati Paul Walker.

Overall, memang 5 OH(sem) saya beri movie Fast and Furious 8 ni! Tak ada satu scene pun yang saya rasa tak best or rasa mengantuk ke or rasa boring ke. Okay memang saya ada nguap tapi tu sebab saya baru lepas makan haha. Tapi tak ngantuk pun. Segar bugar je mata hehe.

In a nutshell.. Saya memang syorkan korang tonton movie ni. Tak rugi punya keluar duit sikit untuk tengok cerita ni kat wayang. Worth it. Recommended indeed ;)

Adios!

Mystery Contest by Butik Julita Anje

$
0
0

Mystery Contest by Butik Julita Anje


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: Hujung bulan April 2017

I AM BLOGLISTED BY MRS PIP

$
0
0

I AM BLOGLISTED BY MRS PIP


I AM BLOGLISTED BY MRS PIP
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 30 April 2017

Mini Giveaway By Wawa

$
0
0

Mini Giveaway By Wawa


Mini Giveaway By Wawa
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 30 April 2017

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

$
0
0

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!


Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 30 April 2017 @ 11:59 p.m.

Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed.

Kenapa nak berada di dalam bloglist Seorang Syed? Sebab saya nak peroleh ketiga-tiga kelebihan berada di dalam bloglist Seorang Syed seperti yang dinyatakan oleh Syed.

Kelebihan berada di dalam blog list Seorang Syed?
- Aku akan sentiasa terjah blog korang. Disebabkan aku ni memang jenis yang suka membaca blog orang dan tinggal komen sekali, so I'll definitely to the same to the blogs in my blog list.
- Mungkin aku tak dapat menjanjikan trafik daripada blog aku ke blog kau, haha tapi mungkin ada lah yang click blog kau bila tengok blog list aku kot? Salah sorangnya aku lah (lol)
- Dapat merapatkan silaturrahim antara kita. Dunia blog ni kecil sahaja, pergi mana-mana pun nanti akan jumpa orang yang sama juga. Apa salahnya nak tambah kawan-kawan blog kan? 


P/s: ada typo satu word kat kelebihan pertama tu hehehe.

lagipun alaaaa. Siapa laa yang taknak kan? Mesti la nak. Lagi-lagi Seorang Syed ni famous dalam kalangan blogger kerana beliau rajin komen di entri entri blogger lain. So, kalau dah famous, mesti ramai yang singgah kat blog Seorang Syed. Kot kot laa kalau saya tersenarai kat bloglist, boleh la mereka mereka yang singgah di blog beliau singgah juga di blog saya hehe. 

Short review tentang blog Seorang Syed:

+ kemas, teratur, simple, sedap mata memandang, tak semak
+ not sure why, but I feel like best, selesas & seronok sangat bila duduk kat blog dia ni #bodek. Maybe sebab dari segi penulisan dia yang boleh masuk dalam kepala den dengan mudah, tanpa dipaksa paksa & muka dia yang tersenyum lebar kat sidebar tu wakakaka.
+ walaupun tak ada la update selalu tapi bila dia update, haaaa ambik ko. Panjang berjela dia 'membebel' hahaha. Panjang + ikhlas. Thats why tak jemu bila baca. #bodeklagi #silacair
+ saya sama umur dengan dia. So feeling dengan blogger yang sama umur special sikit tau hahaha (saya tahu beberapa blog yang umur sama dengan saya & mereka semua special di hati saya). So, dengan blog dia tak terkecuali la speselnyaa :P #bodekberganda #kalautakmeltingtaktahulaa

In a nutshell, I like blog Seorang Syed ni :)

Kbai.

Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com

$
0
0

Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com


Pencarian Bloglist Mei 2017 Blog Kasihjuju.com
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 1 Mei 2017

1st Giveway By FWS

$
0
0

1st Giveway By FWS


1st Giveway By FWS
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarkikh tamat: 1 Mei 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

$
0
0
Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my
Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

Segmen Sweetlicious Bloglist #SugarTreats2017

$
0
0

Segmen Sweetlicious Bloglist #SugarTreats2017


Segmen Sweetlicious Bloglist #SugarTreats2017
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tutup: 3 Mei 2017 @ 11:59 p.m

Segmen Bloglist by Saghah

$
0
0

Segmen Bloglist by Saghah


Segmen Bloglist by Saghah
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 8 Mei 2017

Segmen Bloglist Blog Tiara Sapphire

$
0
0

Segmen Bloglist Blog Tiara Sapphire


Segmen Bloglist Blog Tiara Sapphire
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 8 Mei 2017 @ 11:59 piyyem.

47 Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah

$
0
0
Pernah dengau Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah? Haaaa ada 47 teknik hindar gangguan jin/syaitan laknatullah yang boleh kita ambil tahu dan amalkan. Nak tahu apa dia? Let's!

Kuliah Subuh
29/4/17
Mesjid IItihadiah
Ustaz Safarullah

47 Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah 

Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah
Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah
1. Jangan sidai baju dalam bilik air. Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.

2. Jangan biar baju di sidai di luar berembum. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dlm rumah. Ambil sebelum maghrib.

3. Jangan biar nasi berterabur di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah menjemput masuk dalam rumah, habis makan malam bersihkan.

4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Syaitan/jin akan masuk melalui ruang-ruang yang terbuka.

5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah kedai kopi atau masjid.

7. Jangan biarkan anak main luar rumah waktu maghrib.

8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.

9. Jangan kencing berdiri. Jin/syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambik taik dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak kencing dalam makanan terbuka lama.

12. Jangan makan makanan yang terbuka lama.

13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tido mengiring ke kanan, badan muka hala ke arah kiblat. Sihir mudah masuk kalau tidur kaki mengadap ke kiblat. Masuk melalui kaki.

14. Jangan gantung gambar bernyawa dlm rumah.

15. Jangan pamerkan patung kecuali mainan anak.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dptkan aura tawaf. ((1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah, 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka))

jam tawaf
Jam Tawaf Dinding di rumah/office/kedai

jam tawaf macam mana
jam tawaf - arah jaru jam ikut pusingan tawaf

jam tangan tawaf
jam tangan tawaf
17. Amalkan ayat Manzil.

18. Pasangkan CD ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak, jin suka makan darah.

20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.

22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau jadi apa-apa spray je.

23. Solat jemaah dalam keluarga at least 3x seminggu.

24. Masuk rumah bagi salam, auzubillah, bismillah, masuk kaki kanan.

25. Jangan tidur antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap bangun pagi.

27. Peluk dan cium anak bila pergi sekolah.

28. Tiupkan al fatihah di ubun-ubun anak-anak masa tido dan niatkan.

29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa (pusing dari kiri ke kanan) nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.

30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.

32. Mandi ais sekali skala. Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.

33. Mandi garam pagi dan petang.

34. Pakai minyak kasturi kijang gold sebelum tidur 1 keluarga, jin tak suka wangi-wangian.

35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.

37. Amalan zikir asma ul husna.

38. Sedekah selepas subuh. Untuk income byk, banyakkan bersedekah. Zakat dulu di awal bulan.

39. Makan kurma 1 hari 1 biji.

40. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.

41. Baca doa untuk lembutkan hati suami isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

42. Baca surah al falaq 11x sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.

43. Baca Bismillah 5,  3x sblm makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.

44. Selawat nabi 3x pada Nabi Sulaiman ketika nak ambik daun waktu malam.

45. Pasang lampu ketika tinggal rumah, Jangan biar gelap.

46. Pagar rumah 3x sebulan. Pakai garam.

47. Segalanya serah pada Allah Taala.. Tawakal pada dia...berdoa setiap pagi waktu subuh.

Sumber: Whatsapp


Kebanyakan dari tips tips untuk elak gangguan jin dan syaitan di atas ni saya dah pernah dengar dan juga ada yang diamalkan. Dan ada juga yang tak pernah dengar dan tak pernah amalkan. So, lepas tahu ni.. bertambah la ilmu kita kan. Tak rugi pun kalau kita amalkan. Malah dapat kebaikan dan manfaat pada diri dan keluarga inshaaAllah.

Selamat beramal! :)

Baca juga:

+ surah-surah yang menyakiti jin
+ syaitan yang mengejutkannya solat
+ jenis syaitooonnnirrajiimmm

Should We Consider Under Construction Or Sub-Sale Property?

$
0
0

Should We Consider Under Construction Or Sub-Sale Property?


Should We Consider Under Construction Or Sub-Sale Property?
Should We Consider Under Construction Or Sub-Sale Property?
Whether it is your first time to buy a property or you are a serial property investor, you should know that the process of buying an ideal house is not easy. This does not only apply in Malaysia but everywhere on the planet. You may go through a stressful experience, whether you are purchasing it for personal living or you are doing it for investment. It requires due diligence and dedication especially if you think of the high costs of the property. It’s rather simple to obtain a rough estimation of the property pricing via online search with the correct keywords (for example,kuching house for sale), which is a location based search.

Before you decide to take a big space of buying a property, the question that you need to choose an option that suits your lifestyle and your financial health. There are two major options that you can select from; buy an under construction property or buy through sub-sale. Information of these properties can be found in PropertyGuru. Which one is the best? Why should I choose a particular method and not the other one? You should not rush into choosing one method of property investment without knowing what you are getting yourself into. You may end up buying something at an exorbitant price or buy a low-quality house that you will not like.

So, between under construction and sub-sale which one should you use? Here are some key facts that you should know about these two methods of property buying that are used in Malaysia.


Under-construction property

under construction property

The method which is also referred to as "sell and build" concept has built a solid foundation in the Malaysian real estate market. Under this concept, the developers sell the property before the actual construction of the project begins. The buyers will remain anxious as they anticipate getting the best house at the end of the construction period. It is a matter of hoping for the best. Once a project has been completed, you may be lucky to get something that is worth the money that you paid.

Under construction is a very popular among house buyers because of the many goodies that come with it. You may be lucky to enjoy some discount and other freebies that the developer has offered. It has its share of bright and dark sides.

Pros for Under Construction

1. Appreciation of value

As the days go by, the value of real estate property in Malaysia keeps going up. In fact, a house is one of the fewest assets that have the highest value of appreciation. Given that you are buying the property directly from the developer, you will be able to acquire it at a lower price. Once the construction has been completed, its price will shoot up depending on the quality of the final product and the time frame that was taken. With the high rates of inflation, the price should be expected to remain high.

2.The discounts are all yours

You will be able to enjoy fantastic discount offers if you purchase property through under construction. The developer will be willing to sell off all the units within the shortest time possible so will look at the best methods to entice new buyers. Some of the discount offers that you can enjoy include VVIP discount, National day discount, early bird discount and many others.

3. Benefits of being the first owner

With this method, you will be the very first owner of the property and everything in it. The furniture and fittings will be in perfect condition. Apart from everything being good shape, you will have a peace of mind knowing that you are not cleaning after the mess of the previous occupants.

5. You will enjoy the warranty

The property that you are buying through under construction method comes with a warranty. This will give you protection for any liability of defect that will happen within the time that the warranty offers. 

Cons of under construction

1. Puts you in a financial lockdown

By buying through under construction, you will have to wait for some years till the project is completed. The worst thing is that during this time, your bank will be restricting your credit card and so as to service the loan. You won't be able to make any other significant financial move.

2. Not sure of the final product

You may be in the darkness about how the final product will look like. You don't know whether it will have the features that the developer proposed. You may also not be sure if other amenities such as roads, malls and schools will be developed in the area.

3. Tests your patience

Your virtues of patience and tolerance will be put to the test. First, you will be forced to wait for something that you are not sure about its final outlook. Even though the project comes with a warranty, the developer can take too long to respond to you in a case of defect.


Sub-Sale Properties

sub sale properties

A sub-sale property is purchased in the open market. You buy it from the previous owner of the house. It seems to be an easier and quicker way of acquiring a new property since most of the time you will be dealing with an individual. This does not mean that you handle all the process casually; you will still have to be extra-careful about the deal. First, you need to verify that the person selling is the real owner of the property. This can be done by searching for the property information at the office that is responsible for lands. Check if the property has any pending legal case and other controversies. Compare the pros and cons of sub-sale properties, and from there you will decide on what to do.

Pros

1. Your eyes won't lie

Apart from having an instant feel of the property that you are planning to buy, you will be able to get what you see. This is unlike under property where you only have to imagine about the property. You will be able to assess the finishing, the available amenities, and the neighborhood. Making a decision on whether to buy it or not would be much easier.

2. Move in faster

You won't have to wait for years before you can finally move into your dream house. Once the paperwork is done, there will be no more time to waste.

3. Saved from Hassles of construction

Constructing a property is one of the most daunting tasks that you can do during your lifetime. Apart from failing to meet the set deadlines, you may also have to deal with the fluctuating prices of construction materials. You can also run out of money and abandon the project in the midway. Buying a sub-sale property will save you from all these stress.

4. Quick cash flow

In case you are purchasing the property for investment, you may start enjoying its benefits one month after the purchase. This can be possible if you rent it out and the tenants start remitting rent.

Cons

1. Hard to get the best property

With sub-sale, you have a broad range of properties that are thrown at you. The process of searching for the ideal one is not easy. You will have to go through one property unit after another comparing their features and prices. Sometimes you may have to deal with many people before you settle on the property.

2. You can end up with a low-quality property.

You may be enticed to buy a complete house at an incredibly low price only to discover later on that it does not meet the standards that you expected. Sometimes sellers may be in a rush to dispose of their property.


Verdict

Buying a property involves big sums of money, and you wouldn't want to mess with the process. Regardless of the method that you choose, ensure that you have the right information that you will use during the process. In case you don't trust your instincts or you are not an expert in the matters of property, hire a good lawyer or a real estate agent to help you.

UV PV sayidahnapisahdotcom April 2017

$
0
0
As usual, setiap bulan mesti nak update kan UV PV sayidahnapisahdotcom yang comel ni hahaha. Walaupun tak ada la power sangat, tapi nak share juga UV PV sayidahnapisahdotcom, kot-kot boleh beri inspirasi ke pada orang lain hehehehe.

UV PV sayidahnapisahdotcom April 2017


UV PV sayidahnapisahdotcom April 2017
UV PV sayidahnapisahdotcom April 2017 di Google Analytics
UV (Unique Visitor) : 73,447
PV (PageViews) : 198,507
Bounce Rate (BR) : 24.44%

Yeayy UV PV bulan April meningkat dari bulan Mac 2017. Syabaste sayidah! Tapi bounce rate menaik sobsobsob T.T

UV PV sayidahnapisahdotcom April 2017
UV PV sayidahnapisahdotcom April 2017 di dashboard blog
Yang atas ni adalah PV dari dashboard blogspot pula. More or less nak sama dengan PV dari Google Analytics (GA) tadi.

So...

Macam mana nak dapatkan trafik beratus ribu sebulan? Boleh ushar kat entri ni: Tips Tingkatkan Trafik Blog. Saya ada share 7 tips. Kalau follow and istiqamah buat ketujuh-tujuh tips tersebut, inshaaAllah UV PV beribu ribu boleh dapat sebulan tau hehehe.

Macam mana kalau malas nak update entri? Haaa benda alah ni pun selalu terjadi pada saya hahaha. So.. saya ada share tips acamno kalau malas nak update entri blog di SINI. Boleh laa ushar kalau nak hehe.

Yang penting.. bila dah tahu teknik, amalkan. Istiqamah + rajin + usaha + doa. Chaiyok! ;)  

program myPRIHATIN : lesen motosikal (Kelas B2) cuma RM100

$
0
0
Pernah dengar tak program myprihatin? Kat surat khabar --> INISIATIF BANTU GOLONGAN MISKIN BANDAR. Lesen Kelas B2 cuma RM100. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia perkenal program MyPrihatin untuk penduduk bandar berpendapatan isi rumah bulanan kurang RM3900 (B40) miliki lesen motosikal B2 dengan kadar RM100, berbanding kadar biasa RM360 bagi bantu mereka jana pendapatan.


program myPRIHATIN : lesen motosikal (Kelas B2) cuma RM100


myprihatin
program myPRIHATIN : lesen motosikal (Kelas B2) cuma RM100
Di Facebook JPJ pun ada mengeluarkan sedikit notis berkaitan dengan Program myPRIHATIN:

Syarat-syarat permohonan myPRIHATIN

1. Warganegara yang mempunyai kad pengenalan Malaysia (biru)
2. Umur 16 tahun ke atas
3. Miskin bandar yang isi rumah RM3000 ke bawah
4. Belum pernah memiliki apa-apa kelas lesen memandu

Buat masa ini dilaksanakan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur (KL) dan masa akan datang akan dibuat 4 bandar besar seperti Pahang, Johor, Perak dan Pulau Pinang. (negeri lain secara berperingkat)

NOTA PENTING: calon yang terpilih adalah yang berdaftar di bawah Program e-KASIH atau mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Penerima bantuan Baitulmal.

#myPRIHATIN
#JPJMalaysia
#rakyatdidekatiJPJdisenangi

syarat syarat permohonan myPRIHATIN
syarat syarat permohonan program myPRIHATIN
Haa tudiaa. Nampaknya program myprihatin ni memang betul-betul nak bantu mereka yang tak mampu. Kerana calon yang terpilih adalah yang berdaftar under program e-KASIH/ dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan / Baitulmal. Tapi sekarang ni kat WP dulu dan akan dilancarkan di negeri-negeri lain secara berperingkat.

Program myPRIHATIN ni kan untuk golongan miskin penduduk bandar sahaja. Di kawasan kampung, boleh apply lesen di bawah program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) atau Program myLESEN. Mylesen RM200.

Tapi ramai juga la yang saya nampak .. complain tentang myprihatin ni. sebab ada rules kena daftar under ekasih, jabatan kebajikan, baitulmal baru boleh apply. Kalau tak, tak layak untuk mohon.

Lepastu ada yang complain kenapa harga myLESEN lebih tinggi daripada myPRIHATIN walhal mylesen untuk luar bandar manakala myprihatin untuk bandar. Patutnya yang luar bandar lagi rendah dari penduduk di bandar.

Aduyaii macam-macam kan~

Tapi, tujuan saya share entri tentang program myPRIHATIN ni untuk memberitahu pada orang yang tak tahu. Mana tahu kot kot ada yang layak ke, boleh la mohon. Mana tak layak tu, jangan salahkan atau complain kat saya ye hahaha.

Kalau anda lepas syarat-syarat myprihatin, boleh pergi di laman web JPJ (www.jpj.gov.my) untuk makluman lanjut.

Kalau anda ada sebarang pertanyaan or permasalahan, boleh tanya sendiri kat staff JPJ ke aduan@jpj.gov.my.


Sekian~ wassalam :)

30 Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur

$
0
0
Memandangkan tarikh mula puasa bulan Ramadhan 2017 di Malaysia adalah pada 27 Mei 2017 (Masihi) bersamaan 1 Ramadhan 1438H, jom la ambil tahu beberapa resepi menu berbuka puasa dan bersahur. Kot kot la nanti tak ada idea kan nak masak apa time berbuka or sahur. Blur nak masak apa ke kan. Haaa takyah risau dah. Ni ada 30 cadangan resepi menu berbuka puasa dan bersahur yang popular, yang famous amos, yang digemari, yang digilai dalam kalangan masyarakat Melayu.

Oh.. resepi-resepi di bawah ini bukan resepi saya, tetapi orang lain punya. Siapakah yang punya? Tidak lah saya tahu hahaha sebab ada saudara saya kongsi di group whatsapp. So, all recipes below credit to the owner. Saya hanya share sahaja. Harap maklong makngah makcik ye :)


30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan


1. KETAM MASAK LEMAK CILI API
ketam masak lemak cili api
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ketam masak lemak cili api (credit image: iresipi.com)
Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.

2. AYAM SOS LEMON MADU
ayam sos lemon madu
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ayam sos lemon madu (credit image: tiffinbiru.com)
Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

3. PARI ASAM PEDAS
pari asam pedas
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: pari asam pedas
Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

4. SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA
sotong sambal tumis halia
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: sotong sambal tumis halia (credit image: gedungresepi.blogspot.com)
Bahan-bahan
- sotong (direbus)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
- sedikit air asam jawa
- garam dan sedikit gula

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.

5. SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI
sambal cili ikan bilis petai
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: sambal petai cili api ikan bilis
Bahan-bahan
- ikan bilis 300g
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

6. AYAM PAPRIK
ayam paprik
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ayam paprik (credit image: resepicikguani.blogspot.com)
Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.

7. TOM YAM THAI
tomyam thai
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: tomyam thai
Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang

8. SAMBAL TUMIS DAGING
sambal daging
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: sambal tumis daging (credit image: dapurmalaysia.com)
Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
3. Masukkan gula, kacau.
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

9. AYAM MASAK HALIA
ayam masak halia
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ayam masak halia (Credit image: iresepi.com)
Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

10. SUP IKAN MERAH
sup ikan merah
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: sup ikan merah
Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara memasak
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

11. SOTONG MASAK LEMAK PADANG
sotong masak lemak padang
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: sotong masak lemak padang (Credit image: explorasa.cari.com.my)
Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.

12. AYAM GORENG MADU

Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.
ayam goreng madu
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ayam goreng madu (credit image: mimunmedia.com)
Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.

Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
sudah separuh masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

13. TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.
telur mata goreng bawang cili
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: telur mata goreng bawnag dan cili (credit image: dapurmalaysia.com)
Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

14. MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT
masak lemak cili api siput sedut
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: masak lemak cili api siput sedut (credit image: dapurmalaysia.com)
Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

15. SIAKAP STIM LIMAU NIPIS
siakap stim
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: siakap stim limau nipis (credit image: tengkubutang.com)
Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

16. UDANG KICAP PEDAS
udang kicap pedas
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: udang kicap pedas (credit image: anissdiary.blogspot.com)
Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

17. AYAM PERCIK BAKAR
ayam percik
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ayam percik bakar (credit image: fasyshane.com)
Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)

- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.

18. IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.
ikan selar goreng sambal cili api petai
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ikan selar goreng sambal cili api petai (credit image: watiefatin2707.blogspot.com)
Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

19. DAGING MASAK BLACK PEPPER

Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.
daging masak black pepper
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: daging black pepper
Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

20. SAMBAL TUMIS KERANG
sambal kerang
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: sambal tumis kerang
Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

21. UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN
udang goreng butter telur masin
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: udang goreng butter telur masin (credit image: aziejaya.blogspot.com)
Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

22. KARI AYAM NYONYA
kari ayam nyonya
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: kari ayam nyonya (credit image: tiffinbiru.com)
Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.

23. SINGGANG SOTONG
singgang sotong
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: singgang sotong (credit image: tiffinbiru.com)
Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.

24. SIAKAP 3 RASA / sweet,sour and spicy Siakap fish
ikan siakap 3 rasa
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ikan siakap tiga rasa (credit image: marketrecipe.blogspot.my)
Bahan-bahannya

Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

25. SUP TELUR
sup telur kentang carrot
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: sup telur
Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam

Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

26. DAGING GORENG BEREMPAH
daging goreng berempah
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: daging goreng berempah
Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak

Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

27. TELUR BUNGKUS
telur bungkus
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: telur bungkus ayam (credit image: blogopsi.com)
Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

28. IKAN PERCIK
ikan percik resepi
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ikan percik. (credit image: aziejaya.blogspot.my)
Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.

29. GULAI DAGING KERISIK
gulai daging kerisik
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: gulai daging kerisik
Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

30. AYAM GORENG LEMON

Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme

Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

ayam goreng lemon
Resepi Menu Berbuka Puasa dan Bersahur: ayam goreng lemon. (credit image: nakresepi.com)
Okay cukup lah 30 resepi untuk 30 hari menunaikan puasa hehehe.

Perghhhh kemain menu-menu atas ni kan. Ada yang nampak mudah, senang dan simple je nak buat, tapi cuba la try dulu hahaha. Ada juga yang macam susah dan rumit. Huhu. 

Tapii apa yang saya perasan. Menu-menu makanan di atas ni bukan setakat untuk berbuka puasa dan bersahur.. untuk buka restoran pun boleh kot hahaha. Semua menu sedap-sedap bak hang. Tertelan air liur den. Bytheway, resepi-resepi menu ni juga boleh guna untuk masak sehari hari di rumah. Untuk makan tengahari/makan malam dengan family or masak untuk tetamu ke.. pun boleh.

Tapi.. menu yang paling senang bagi saya adalah menu yang ke-13. TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI. Ni tak tengok resepi pun boleh buat kot hahaha. Tapi menu-menu yang lain tuuu ehem ehemm. Lepas dah kahwin kot nanti den masak hahaha.

Okay lah, semoga dengan aneka resepi di atas dapat mencetuskan ilham para ibu or para isteri or para anak untuk masak menu berbuka puasa dan bersahur pada bulan Ramadhan ni :)

Nak resepi untuk dessert/kuih muih? ni ada..
+ Resepi Badak Berendam
+ Resepi Kek Batik Oreo
+ Resepi Kuih Lapis

Adios! Selamat cooking!


biobax
kalau lepas penat memasak, boleh spray&Sapu biobax kat tempat sakit or lenguh

kelebihan biobax
kelebihan biobax dan isi kandungan biobax 100% oragnik

Biobax melancarkan perjalanan para jemaah Haji & Umrah

$
0
0
Berdasarkan pengalaman kawan saya, beliau pergi menunaikan Umrah di Mekah dengan keluarga. Apabila musim sejuk, memang muka akan rasa kebas, bibir kering dan mengalami batuk. Pengalaman bapa saudara saya pula...beliau cerita semasa menunaikan umrah di Tanah Makkah memang mencabar. Kena banyak berjalan. So, sakit kaki dan lenguh-lenguh tu normal. Kalau ada Biobax kan best? Sebab apa Biobax best dibawa ketika menjalankan ibadah haji dan umrah?


Biobax melancarkan perjalanan para jemaah Haji & Umrah


1. Noor Qamarrina Rina di Masjid Al Haram-Makkah Al Mukarramah
Ada yang pernah guna Biobax ni? Favorite ayah ni bila lenguh-lenguh kaki memang tak cari yang lain. Dia spray ni dulu..
biobax
Biobax melancarkan perjalanan para jemaah Haji & Umrah
2. Customer share pengalaman beliau menggunakan Biobax semasa menunaikan Umrah.

Alhamdulillah di Makkah memang banyak perherakan kaki terutama untuk tawaf dan saie. Bagi yang tak biasa jalan jauh akan rasa tegang di pelipat kaki. Sebelum tidur saya sapu biobax di kawasan tu. Dengan izin Allah, esom hilang dan boleh beribadat dengan lebih cergas.

Mak dan abang saya pun alami perubahan yang baik. Alhamdulillah biobax membantu kelancaran di tanah suci Makkah :)
biobax umrah
Biobax melancarkan perjalanan para jemaah Haji & Umrah

biobax melegakan sakit sakit
Biobax melancarkan perjalanan para jemaah Haji & Umrah
Jadi.. dengan adanya produk bumiputera Biobax Cool Theraphy, para jemaah Haji dan Umrah boleh melegakan dan menghilangkan sakit kaki, sakit belakang, sakit pinggang, sakit lutut, sakit sendi dan lenguh-lenguh badan. Biobax juga boleh menyembuhkan sakit kepala, sakit perut, sesak dada/asma & selsema.

Kalau selsema, spray (sembur) sedikit minyak Biobax di tangan kemudian gosokkan kedua belah tapak tangan. Kemudian, hidu dalam dalam bau Biobax di tapak tangan tersebut dan hembus keluar perlahan-lahan. Repeat the steps sampai rasa lega.

penawar sakit pinggang
biobax melegakan sakit pinggang

penawar sakit belakang
biobax penawar sakit belakang / tulang pinggul

melegakan sakit belakang
Biobax berkesan melegakan sakit belakang

penawar resdung
biobax melegakan resdung

melegakan sakit tapak kaki
biobax melegakan sakit tapak kaki

penawar kaki terseliuh
biobax melegakan sakit kaki terseliuh
Jangan risau.. Biobax ni 100% organik, tiada kesan sampingan, buatan bumiputera, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mesra wuduk, tidak bau ubat, kesan seawal 60 saat dan tahan lama :)

Berminat nak order biobax ATAU mahu menjadi dropshipper/agen/mini stokis Biobax? Boleh contact/whatsapp saya di 0172008642 (Sayidah).

Semoga bermanfaat, wassalam :)

macam mana nak tahu si dia is the one for you ?

$
0
0
**background music: Piano cover BTS songs** Memandangkan saya belum kahwin, saya selalu terfikir soalan-soalan antaranya.. macam mana nak tahu si dia is the one for you? 
macam mana nak tahu lelaki tu sesuai dengan kita? 
macam mana nak tahu perempuan tu adalah yang terbaik buat awak? 
macam mana nak nilai seseorang tu adalah pilihan yang betul? 
apa sebab untuk kita tetapkan hati pilih si dia untuk menjadi yang halal buat kita? 

Amboiii banyak pula soalan kan. Yela perkahwinan hanya sekali. And just curious je sebenarnya. Kot-kot la ada specification tertentu untuk memilih yang 'the one' ni kan. Kot-kot la ada signs atau tanda yang membuatkan okay she's mine or yeahh indeed he's mine! I just want to know.


macam mana nak tahu si dia is the one for you ?

macam mana nak tahu si dia is the one for you ?
macam mana nak tahu si dia is the one for you ?
Saya ada kaji tau. Saya tanya pendapat orang yang sudah berkahwin. Saya tanya ala-ala soalan sama macam tadi. And ni adalah antara jawapan mereka..



1. Si dia lah yang paling handsome/cantik di mata kita

Dalam dunia ni, ramai kan manusia yang handsome yang cantik yang jelita yang sado yang gorgeous yang awesome yang cun melecung yang muka jambu yang flawless yang cantik yang comel. Dan biasanya, kita tertarik pada yang cantik. Eh betul ke? Yeap tarikan utama kita pandang orang tu mungkin physically. Tapi untuk memilih? Untuk memilih pasangan menjadi yang halal? Kita lebih memandang ke dalam hati si dia. 

So, eventhough dia tak berapa nak handsome or cantik ATAU di sekeliling dia ada yang lebih hensem or cun.. tapi kita pilih dia. Sebab? Kat mata kita, dia lah yang paling kacak/cantik. When this moment happen, we know that he/she is the one for me.



2. Hubungan kita dan si dia untuk menjadi yang halal dipermudahkan

Biasa dengar tak "kenal dia tak lama pun. sekejap je. kenal beberapa bulan kemudian kami kahwin", Saya selalu dengar kes sebegini rupa haha. Adayang bercinta tahun lamanya tetapi terkandas akhirnya dan kemudian kahwin dengan orang yang lain yang bercinta hanya beberapa bulan. Kerana perjalanan untuk menjadi yang halal itu mudah dan smooth je.

Thats why saya pernah dengar ceramah, kalau kita ada someone special and kita nak kahwini dia.. doa lah banyak banyak "Ya Allah, ringankan (permudahkan) jodoh aku dan XXXX".



3. Si dia tak spend duit carelessly before marriage

Saya biasa terima pesanan dan message sebegini dari mereka yang dah berkahwin especially wanita --> "biasanya lelaki yang susah nak keluarkan duit untuk kita, dia memang bagus or serius dengan kita"

Atau ada married wives cerita.. suami mereka tak ada spend duit banyak-banyak sebelum berkahwin. Nak bagi hadiah pun susah. Nak belanja makan minum apatah lagi. 

Tapi mereka kata lelaki macam ni lah yang bagus sebenarnya. Lelaki yang kedekut nak keluar duit kahwin. Mereka tak carelessly spend money pada yang bukan halal dan belum tentu lagi halal. Lelaki jenis ni tahu apa priority mereka. Lelaki macam ni tahu lebih baik simpan untuk the better future OR lebih baik belanja keluarga. Lelaki sebegini is good.



4. Istikharah

Uikkk ingat tak penting ke solat istikharah? Solat istikharah ni lakukan lah bila kita rasa ragu ragu dengan choice kita. Buat la istikharah bila kita tak pasti dan rasa berat untuk meneruskan pernikahan dengan si dia.

Tapi solat istikharah dengan hati dan mata hati yang terbuka ye. Jangan tutupkan ia. InshaaAllah, moga Allah beri petunjuk yang lebih jelas :)

love

Haaa tu antara EMPAT perkara&jawapan bagi menjawab persoalan dan tanda tanya semua. Semoga dapat lah intipati nya hehe.

refresh je banyak kali bila keluar ERROR (follow blog)

$
0
0

"Ish asyik keluar error je bila nak follow blog orang"
"Tak jadi nak follow blog tu bila keluar error"
"Susah laa nak follow blog orang sekarang ni sebab time nak follow je, mesti keluar error"


Haaa itu lah antara aduan aduan yang pernah ditengok berkaitan dengan follow blog para blogger. Lagi-lagi bila kita nak join Giveaway/segmen. Mesti syarat nya, tak lain tak bukan, kena follow blog first of all kan? Sampaikan ada orang yang fed up, give up nak join Giveaway/segmen sebab tak boleh nak follow blog. Sebab bila tekan button follow, akan keluar Error yang warna oren tu, yang rasa nak tumbok dush dush tu. Hahaha.

refresh je banyak kali bila keluar ERROR (follow blog)
refresh je banyak kali bila keluar ERROR (follow blog)
Ada yang suggest suruh clear cookies, then baru masalah Error tu akan settle. Tapi saya pernah clear cookies, benda alah Error tu tak hilang hilang pun.

so... I found the solution. 
Very easy.

sebagai seorang yang berpengalaman dalam hal ni hahaha.. Nasihat dan cadangan saya adalah refresh je banyak banyak kali. Nescaya Error tu akan terhapus begitu sahaja & button follow pun akan muncul.


"Dah refresh. Tapi still keluar Error. Acamno?"


Refresh je lagi dan lagi. Refresh banyak banyak banyak kali kalau Error still ada. Refresh sampai button follow keluar. 

follow blog

Kekadang saya refresh 2 kali okay dah. 
Kadang kadang refresh 5,6,7 kali baru okay haha.

Conclusion is.. refresh je banyak kali untuk hilangkan Error bila nak follow blog. Believe me. Refresh and refresh and refresh and refresh and refresh Zzzz haha. Kbai.

Selamat ber-refresh!
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live