Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

GIVEAWAY FREE NAME CARD BY BUSYRATAKIYUDIN

$
0
0

GIVEAWAY FREE NAME CARD BY BUSYRATAKIYUDIN


GIVEAWAY FREE NAME CARD BY BUSYRATAKIYUDIN
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat : 25 Mei 2017

3 perkataan menggambarkan blog BusyraTakiyudin :
Simple
Kemas
Cun

:)

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

$
0
0

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham


Giveaway Time by Aishah Badrulhisham
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 30 Mei 2017

Segmen BLOGLIST Jun-September 2017

$
0
0

Segmen BLOGLIST Jun-September 2017


Segmen BLOGLIST Jun-September 2017
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 31 Mei 2017

Tag: Kak AnaSuhana & Mayjiee

suka entri panjang atau entri pendek?

$
0
0
Uolss suka entri panjang atau entri pendek? "Secara spesifik suka apa ye sayidah?"

Suka baca atau suka karang?

---Suka baca.

suka entri panjang atau entri pendek?
suka entri panjang atau entri pendek?

Korang lebih suka baca entri yang panjang atau entri yang pendek sahaja? Atau mana yang lebih korang prefer?

Sebenarnya depends juga betul tak? Depends on individual. Bergantung pada masing-masing punya style pembacaan. Ada orang suka baca entri panjang panjang. baru feel. Ada yang lebih suka baca entri pendek sebab nak kejar masa atau sebab lebih dekat dengan hati. 


Depends.


Macam saya, saya jenis yang tak kisah entri tu panjang atau pendek, saya akan baca pertengahan atau akhir perenggan entri tu dulu. Kalau point atau perkataan di pertengahan/akhir perenggan tersebut menarik, saya akan baca the whole entry. If not, saya akan komen yang point saya baca tu je haha. Bagi saya, good entry adalah entri yang boleh tarik orang untuk terus baca dan baca dan habiskan baca semua dengan hanya beberapa patah perkataan dalam entri tersebut (read-bait). [bila laa saya nak tergolong dalam golongan ni T.T]

Saya ni lagi satu.. jenis yang tertarik dengan entri yang bermain dengan font warna, saiz, bold, italic. Bentuk dan cara persembahan penulisan yang pelbagai (variasi). Ada selit gambar. Bukan hanya plainnnn (kosong, datar) sahaja. Thats why kalau korang perasan, saya suka bold kan beberapa perkataan dalam entri saya (highlight) or bold dengan warna selain hitam. Why? Sebab saya tak nak orang boring baca entri saya & nak orang nampak apa point yang saya cuba ketengahkan. 

Yela cuba bayangkan orang tu tengah ngantuk, dia baca entri.... 
+ entri panjang, 
+ tak ada bold ke apa, 
+ semua saiz font sama je, 
+ warna font semua hitam,
+ gambar tak ada walau seketul..
agak-agak apa laa orang tu rasa? Lebih mengantuk atau bersemangat nak teruskan pembacaan? 


Tu pendapat saya je hehe. Jangan marah naa. Saya pun enggak perfect.

Tapi yang pasti, kalau topik tu best, mesti kita tak kisah nak baca. Tak kisah la pendek atau panjang, mesti kita baca keseluruhan entri sebab kita suka topik tu.

Nak tarik orang baca entri kita dari mula hingga ke titik noktah akhir memang susah kan? hmm...

boleh ke guna inhaler & titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa?

$
0
0
Lagi 4 hari kita nak puasa! Lagi 4 hari kita nak menyambut bulan Ramadhan yang mulia! 4 more days! Semoga kita sempat sampai ke bulan Ramadhan sabtu ni dan ber puasa dengan sempurna hendaknya aminnn. 

Okay, sempena kita nak countdown lagi 4 hari nak berpuasa ni, jom kita tambah ilmu sedikit tentang masalah-masalah yang kebiasaan masyarakat kita hadapi ketika menjalani ibadah puasa. Jom kita hapuskan kemusykilan yang sering berlegar-legar di minda kita selama ni.

Antara kemusykilan nya..

boleh ke guna inhaler & titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa?


boleh ke guna inhaler & titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa?
boleh ke guna inhaler semasa puasa? creditimage: emaze.com

Soalan: Apakah hukum menggunakan 'inhaler' (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa?

Jawapan: Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat hanya bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (keadaan kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib menqqada' semula puasa tersebut.


hukum guna eye drop ketika berpuasa
boleh ke guna titik ubat mata (lens/eye drop) semasa puasa?
Soalan: Saya ingin bertanya apakah hukumnya sama ada terbatal ataupun tidak puasa sekiranya saya memakai kanta sentuh (contact lens) dibulan puasa kerana saya akan menitikkan ubat mata (lens drop) apabila mata saya kering.

Jawapan :  Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka.

[Sumber Q&A: Mufti Negeri Selangor ]

Haa terjawab sudaaa persoalan kita selama ni.

Moga bermanfaat! Esok kita kupas persoalan&kemusykilan lain yang berkaitan dengan puasa  ye. 
To be continued.....


Baca juga:

seksanya gatal tekak ! lagi-lagi bila....

$
0
0
Sebelum kita menghayati betapa seksanya bila gatal tekak. Kita kena tahu dulu macam mana rasanya.  Tahu tak bila gatal tekak, apa yang akan terjadi?

Bila kita gatal tekak, kita asyik batukkk je. Batuk batuk batuk. Lepastu rasa macam seolah-olah nak muntah tapi tak muntah pun. a.k.a terjeluak.

Bila gatal tekak datang, nak cakap pun susah. Nak habiskan satu ayat pun payah. Sebab asyik batuk je.


seksanya bila gatal tekak ! lagi-lagi bila....


gatal tekak

Bila gatal tekak tiba-tiba menyerang di 6 keadaan/situasi ni, memang terasa sungguh lahaiiii seksanya T.T

1. Ketika solat
-ohmaiii time ni rasa paling seksa sekali. Lagi-lagi bila kita solat berjemaah. Dan paling paling seksa bila kita jadi makmum. Sebab makmum kan kena ikut imam. Kalau imam rukuk, makmum kena rukuk. Imam tahiyat akhir, makmum kena duduk tahiyat akhir. Bayangkan gatal tekak tu datang time baca Al-Fatihah. Kita tak habis baca lagi, imam dah rukuk. Arghhhhh how stressful it is! T.T so, kena banyak-banyakkan doa sebelum solat tu supaya gatal tekak tidak terjadi ketika solat. haha


2. Di dalam majlis/kelas
-bayangkan ehhh. Bayangkan gatal tekak tu datang time orang tengah berucap kat stage / cikgu mengajar kat depan & time tu suasana memang sunyi sepi. Saya dah pernah melalui keadaan yang ni. Seksa wehhh T.T


3. Ketika berbual dengan orang (face-to-face terutamanya)
-kelmarin saya gayut dengan kawan perempuan saya thru the phone. Then, dah beberapa minit sesi perbualan berlaku.. uhukk uhuk uhukkk uhukk uhukkk! Tudiaaa gatal tekak dah datang! Saya pun terpaksa minta permisi undur diri kejap. Lepastu saya call dia balik. Tengah-tengok syok cerita tu.. Uhuk uhuk uhukkk! Dia datang lagi T.T tapi nasib baik sekejap je benda tu terjadi. So okay lah kan.


4. Time nak tidur
-ni serius seksa T.T lagi-lagi bila kita memang dah penat, mengantuk. Tahap mengantuk tu kalau disorongkan bantal, memang tidoq teruih la. Tapi.... gatal tekak itu datang menghantui pula ketika nak tidur. Sangat sangatttt seksa. Nak nangis rasa hahah.


5. Melepaskan hajat di tandas
-okay ni tak ada la seksa sangat kot. Haha. Okay pass!


6. Sedang makang
-ni pun jarang kot. Memang ada terjadi tapi bagi saya, tak seksa sangat la berbanding situasi/keadaan top 4 di atas. Hee.


Korang pernah tak gatal tekak? Seksa kan? T.T 

saya sedang melaluinya sekarang ni. Selalu sangat tekak tu nak gatai. Geram rasa haha. Takpelaa ujian kannn hehe.

Tapi apa korang buat kalau korang mengalami gatal tekak eh? Ada tips tak untuk melegakan gatal tekak ni?Share share laa dengan saya T.T

Benefit join AutoFeedBlog (AFB)? so many.

$
0
0
Autofeedblog (AFB) [afb.my] adalah salah satu cara untuk kita, para blogger, mempromosikan blog kita. Selama 75 hari (kerana dah 75 blog yang join) entry blog kita duduk pada blog yang berlainan. Setiap hari jam 0000 akan bertukar blog di AFB Feed di blog masing-masing automatically. 


Benefit join AutoFeedBlog (AFB)? so many.

afb
Benefit join AutoFeedBlog (AFB)? so many.

Kebaikan/faedah join AFB:


+ AFB feeds. Atleast 6 feed (entri) blog kita yang the latest akan dipaparkan di blog AFBians lain (ikut giliran) setiap hari. AFB feeds akan bertukar sesama ahli AFB secara AUTOMATIK every day.

+ menggalakkan kitaselalu update entri blog. because atleast 5 entri kita yang terbaru akan dipaparkan pada blog yang dijadualkan untuk feed blog kita. Bila kita update, orang masuk blog tu, orang nampak feed (entri kita) tu. Itu tujuannya kita kena akif menulis/update blog.

afb feeds
AFB Feeds
+ dapat belajar tentang teknik-teknik SEO (entri)
+ belajar macam mana nak skor SEO blog 100%
+ belajar tentang Google Analytics. Macam mana nak pasang, macam mana nak baca, whats the advantages
+ belajar tentang responsive template
+ learn how to lulus adsense
& many more ilmu blog inshaaAllah.
+ dapat tambah kawan blogger yang positif, kembangkan network dalam dunia blogging
+ kalau tak faham apa apa yang berkaitan dengan blog or have problem, boleh tanya ahli-ahli AFB. Kalau boleh dibantu, bantu sama sama.
+ UV PV meningkat (dengan mengamalkan ilmu yang diperolehi)
+ AFBians support each other


Blog baru boleh ke join?
Blogger bilis/blogger picisan/blogger kurang famous amos boleh ke join?

Tak kisah siapa pun anda, kita semua blogger right? Asalkan anda seorang blogger and willingly to give full commitment to learn, anda dialu-alukan untuk join AFB :)

succeed

So far dah hampir 70++ ahli yang menyertai AFB. 
Siapakah?

(1) irra
(2) anis
(3) nani
(4) bonde
(7) ewan
(8) adkdayah
(9) kc
www.sayidahnapisah.com
(10) sha
(11) cn
www.cekgunorazimah.com
(12) eny
(13) khaty
(14) azi
(15) cik T
(16) efa
(18) mas
www.masturadin.com
(19) papa
(21) along
(22) mai
(23) SA
(24) amy
(25) reen
(26) yoorin
(28) zatie
(29) KG
(30) fieza
(31) cik mijah
(32) mya
(33) lea
(34) cikla
(35) akma
(36) afizah
(37) aami
(38) wafi
(39) lia
(40) lokman
(43) cik en
(44) yana
(45) AM
(46) leyla
(47) fendi
(48) aina
(49) arz
(50) ummul
(51) ain
(52) elsa
(53) mawar
(54) fareed
(55) kak ita
(56)atikah
(57) farah
(58) maria
(59) sue
(60) ana
(61) kakcik
(62) echa
(63) suzlina
(64) kaklong
(65) auni
(66)farahsanusi
(67) marsha
(68) mamajue
(69) unni
(70) shahrul
(71) hazirah
(72) zarra
(73) annur
(74) lina
(75) wendy

afb network
AFB enterprise

Syarat utama nak masuk AFB:
- blog haruslah platform blogspot (.blogspot.my or .com). Wordpress cannot join sebab coding Auto Feed tersebut adalah untuk platform blogspot sahaja so far. Coding AutoFeed tersebut tak compatible dengan wordpress.

jika nak tahu syarat yang lain & jika awak betul betul serius berminat nak join AFB, sila contact AFB's pengemuda which is kak irra 0133560192 (www.irrayyan.com) yew. Jangan malu jangan segan :)

Okaii adios~!

if not now, then when?
if not now join AFB, then when? :)

boleh ke tidak mandi wajib selepas Subuh di bulan Ramadhan?

$
0
0
Okay ini adalah hot topik atau soalan yang agak famous di bulan Ramadhan. Ada yang masih confuse "eh boleh ke mandi wajib selepas subuh kemudian berpuasa?""Sah atau tidak berpuasa kalau mandi wajib selepas subuh?"

Soalan lain yang sering orang tanya dan musykil:
Apakah hukum orang yang mandi hadas setelah terbit fajar padahal dia berpuasa? 
Sah tak puasa bagi wanita yang dah suci haid pada waktu sahur melengahkan mandi wajib sehingga selepas azan subuh? 
Apakah hukum puasa tanpa mandi wajib?
Sahkah puasa jika belum mandi wajib?
Bolehkah menunda mandi wajib hingga terbit fajar?
Sahkah puasa bagi pasangan suami isteri berhadas besar/belum mandi junub? 
Sahkah puasa apabila mandi junub setelah masuk waktu subuh? 

So... overall persoalan bagi permasalahan ini adalah boleh ke tidak mandi wajib selepas azan subuh? Boleh ke tidak? Sah puasa ke tidak? Jom find out!

boleh ke tidak mandi wajib selepas Subuh di bulan Ramadhan?
boleh ke tidak mandi wajib selepas Subuh di bulan Ramadhan?

boleh ke tidak mandi wajib selepas  Subuh di bulan Ramadhan?



USTAZ AZHAR IDRUS


Soalan:Bolehkah melengahkan mandi wajib sehingga melepasi waktu subuh? Dan kita mengqada' kan subuh tadi setelah selesai mandi?

Jawapan: Haa ni soalan biasa di bulan-bulan puasa. Boleh tak kita mandi (wajib) lewat, mandi lepas subuh? Sebab tu bila kita pergi kuliah, ustaz akan baca kitab "dalam syarat sah berpuasa itu, hendaklah suci daripada darah haid & nifas. Adapun darah janabah, maka tidak disyaratkan suci daripadanya."

maksudnya.. hadas haid dan nifas sahaja yang menyebabkan puasa kita tidak sah. Adapun hadas janabah, dia tidak menganggu puasa kita. Janabah ni terjadi dengan sebab DUA perkara. Sama ada keluar mani tanpa jima' (jimak = setubuh) atau jima' sekalipun tak keluar mani. 

Ada tak berlaku keluar mani tapi tak jimak? Contoh.. tengah-tengah jalan tengok posmen, keluar mani. Haa yang tu dipanggil keluar mani tanpa jima'.
Perempuan & laki yang ada junub, yang janabah.. hukumnya sah berpuasa. Hadas janabah tidak menafikan sahnya puasa.

Jadi, kalau malam tu melakukan persetubuhan, esoknya dia mandi pukul 6 pagi sedangkan waktu subuh 5.45 pagi. Sah puasanya.

Yang disyaratkan suci dari junub hanyalah solat. Solat tak boleh. Kalau kerana junub, hadas janabah.. wajib mandi (wajib) dulu untuk solat.

Katakan dia mimpi basah siang hari. Adapun kalau jima' di siang hari batal puasa. Mimpi basah? Batal tak puasa kita? Tak batal. Lepas sembahyang zohor, terkejut budak main mercun, keluar mani. Tu umpamanya haha.. kalau macam tu tak ada masalah. Asar lambat lagi, sekarang baru pukul 1.30ptg. Asar kang 4.30, jadi 4.30 baru dia mandi wajib.. tak ada masalah. Kerana mandi tu tak wajib. Yang jadi wajib mandi kerana nak bersolat.

Sumber: Video


Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?

Jawapan: Hadas besar ni ada DUA. 
Yang pertama - hadas janabah. 
Yang kedua - biasa orang perempuan: hadas haid.

hadas yang menyebabkan puasa tidak sah adalah hadas haid.
hadas janabah tak ada masalah. Hadas janabah dengan sebab berlaku persetubuhan (jima') ataupun keluar air mani, sama ada laki laki atau perempuan. Sesiapa yang ada berlaku dua ni, sama ada dia jimak ATAU keluar mani.. dipanggil orang itu junub. Hadasnya nama janabah.

Jadi, hadas janabah tidak mencegah. Dia bukan penghalang.

syarat sah puasa ada banyak. Antara syarat sah puasa-suci seseorang itu daripada hadas haid. Hadas janabah tidak menjadi syarat. Maknanya, siapa yang berpuasa dalam keadaan junub kemudian baru dia berpuasa, sah.

contoh mudah: malam berlaku janabah. Suami isteri jimak. Mereka bangun pukul 6.30pagi. Subuh 5.45pagi. Mereka telah berpuasa dalam hadas besar. Hukumnya sah. Tiada masalah. 

ATAUPUN 

dia puasa okay. Dari awal suci murni. Pukul 10 pagi tu, dia letih sangat kat pejabat. Mimpi... bila mimpi keluar mani. Jadi, batal tak puasa dia? Tak batal. Sama ada dia keluar mani bangun tidur atau dalam mimpi tu keluar mani. Tak batal belaka (dua dua kes tersebut tak batal puasa). Kemudian masalah mandi wajib. Bukan untuk sahkan puasa, tapi untuk sahkan sembahyang.


sahkah puasa jika mandi wajib lepas azan subuh

DR MAZA


Soalan:Bolehkah mandi wajib dilakukan selepas azan subuh & bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?

Jawapan:
Boleh. Riwayat Aisyah R.A. Dia menceritakan bahawa sesungguhnya dia telah mandi wajib setelah bersama dengan Nabi tapi dia mandi wajib apabila telah azan subuh.

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah mendapati fajar di bulan Ramadhan (siang) , padahal beliau dalam keadaan junub kerana jima'. Lalu beliau mandi dan berpuasa" (Sahih Muslim)

Maksudnya telah azan subuh, dia mandi wajib dan kemudian sembahyang subuh lah. Tak lah kata mandi wajib time zuhur. Teruk la tu tak solat subuh.

Maksudnya, katakan lah. Contoh yang praktikal. Kita 'bersama' dengan suami kita, kemudian kita sahur dengan suami kita. Quran dah sebut dah..

"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh/mengadakan hubungan seks) dengan isteri-isteri kamu........." - Al-Baqarah (2) : 187

So katakanlah.. lepas sahur, makan makan, dia bersetubuh dengan isteri dia. Lepas selesai je bersetubuh,  tiba-tiba orang azan. Kemudian kita mandi wajib semua, pergi masjid. Boleh atau tak? Boleh.

TAPI! Kalau bersetubuh selepas orang azan, haa tu memang tak boleh.

Sumber: Video

Haaa dapat tak jawapannya?

Conclusion:
+ untuk kes wanita yang suci daripada haid & nifas pada waktu sahur.. kena mandi wajib before azan subuh. Sebab syarat sah puasa adalah kena suci daripada darah haid dan nifas.
+ untuk kes suami isteri yang bersetubuh pada waktu malam dan kemudian terrrbangun selepas waktu azan subuh keesokannya, sah puasa mereka.
+ untuk kes para lelaki yang mimpi basah di siang hari atau petang hari, sah je puasanya. cuma kena mandi wajib untuk menunaikan solat.

THE END. Semoga bermanfaat! Wassalam :)

soalan paling susah nak jawab

$
0
0
korang rasa apa soalan paling susah nak jawab dalam hidup korang? soalan apa yang korang rasa kena fikirrr lama lamaaa baru boleh dapat jawab? Mungkin masing-masing ada soalan paling susah nak jawab. But for me..

Soalan bila nak kahwin? Nope
Soalan kenapa tak sambung master? Nope
Soalan kenapa tinggi sama dengan budak darjah enam? Bukan
Soalan bila nak kurus? Tidak
Soalan siapakah anda pada 10 tahun yang akan datang? No noo.

So apakah soalan paling susah saya nak jawab?


soalan paling susah nak jawab


soalan paling susah nak jawab

Soalan - nak makan apa?/nak makan kat mana?


Bagi saya, antara dua soalan ni lah adalah soalan paling payah saya nak jawab. Tapi tak de la sesusah soalan KBAT haha. Susah sebab banyak kali kena fikir dan fikir. Lagi-lagi bila keluar dengan kawan kan. Kita tanya dia, dia tanya kita. Dia tanya kita, kita tanya balik nak makan kat mana. Lepas tu jawab "entah lah" atau "suka hati lah" atau "tak kisah mana-mana". Lepastu tanya balik soalan yang sama sebab dua-dua tak kisah and tak dapat nak decide.

Haa tak ke rasa macam nak laga kepala kat dinding? Hahaha over!


Tu je saya nak cerita kahkah! Kbai.

rasa nak buat entri 'TIPS & TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT MATEMATIK'

$
0
0
Siapa yang tak kenal dengan soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)? Famous kot KBAT ni. Mana tak nya. Jenis soalan KBAT ni lah yang paling digeruni ditakuti dan dijauhi oleh pelajar-pelajar di seluruh dunia hahaha. Especially budak sekolah rendah (tahun 1 - tahun 6).

terfikir nak buat entri 'TIPS & TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT MATEMATIK'
terfikir nak buat entri 'TIPS & TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT MATEMATIK'

For your information, saya mengajar tutor (personal) subjek matematik dan jadi freelance editor Maths&Addmaths under Oxford Fajar.. so saya selalu lah jumpa soalan-soalan KBAT ni. Dan selalu juga la menerangkan jawapan bagi soalan-soalan KBAT kepada student tutor saya. Ada yang sekali je saya terangkan, terus faham. Ada yang hampir 3 kali saya terangkan pun, dia geleng-geleng kepala tak faham. Yang buat-buat tak faham pun ado. Bila saya suruh terangkan pada saya apa yang dia faham, dia pun errrr errr haha


Oh, antara style mengajar saya kan.. kalau nak tahu student tu faham ke tak explanation saya.. saya suruh dia terangkan balik kat saya. Sebab saya ingat lagi kata-kata seorang pensyarah saya - "kalau nak lebih faham, ajar orang. kalau kamu tak boleh nak terangkan jawapan kat orang, maksudnya kamu tak cukup faham lagi". So, saya ushar kalau student tu dia boleh terangkan balik kat saya, yess maksudnya dia faham. Kalau tak.. saya akan terangkan semula. Dan suruh dia terangkan kat saya pula. Hingga dia faham sepenuhnya. 

p/s: Para ibu bapa boleh la cuba cara ni pada anak-anak ye hehehe. #tetibe

Okay back to the topic.. Disebabkan saya rasa ramai pelajar sekolah rendah yang cukup lemah dalam menjawab soalan KBAT dan di-mind set-kan soalan KBAT susah oleh orang sekeliling, I think I want to help them. Walaupun saya akui saya pernah jumpa beberapa soalan KBAT UPSR yang susah + belit-belit nak fikir, tapi the problem right now is.. soalan basic KBAT pun pelajar tak boleh nak buat.

Saya perasan soalan KBAT yang agak senang pun pelajar tak boleh nak selesaikan. Nak start jalan kira pun tak boleh. 


Contohnya: 1 buku harganya RM30. 5 buku berapa harga? Ni contoh soalan KBAT yang sangat senang tapi ramai pelajar tak boleh nak buat. Padahal senang je soalan tersebut kalau faham dan tahu teknik.

So, saya terfikir nak buat entri cara-cara/tips/teknik menjawab soalan KBAT Matematik level sekolah rendah (UPSR) di blog saya ni. Saya dah list kan dah beberapa di dalam buku nota saya. tapi tulisan tak berapa nak cun sebab tulis time idea mencurah-curah wakakaka.

tips jawab soalan kbat
tips that help you score soalan kbat
Atas ni adalah tips-tips and keyword yang pelajar wajib kena kuasai untuk membantu mereka jawab soalan KBAT + skor A dalam peperiksaan/ujian.

InshaaAllah entri tersebut saya akan buat part by part. Wish me luck! 
Adios! :)

hire me as your math/addmath tutor! -Seremban area

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!

$
0
0

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!


GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat : 28 Mei 2017

Saya tertarik dengan satu long sleeve shirt ni. Lawa hehe. 
Namanya - Spring Clearance Europe Striped Long Sleeved Top Female V Collar Shirt Size All-Match Commuter Loose Shirt Female Temperament
Haa panjang tak panjang nama baju ni ahahaha. Den copy paste je nama dia kat situ.

sgshop

Best nyaa kalau dapat beli dengan credit SGshop ni hehe. Harap-harap la menang :P

PESAN LUQMAN AL-HAKIM

$
0
0

PESAN LUQMAN AL-HAKIM




Luqman Al-Hakim memesan kepada anaknya :

"Wahai anak ku, jangan sesekali melepaskan tiga perkara ini" :

1- Makan makanan yang paling sedap
2- Tidur di tempat yang paling selesa
3- Dan tinggal di tempat yang paling baik

Anaknya pun menjawab: "Kita kan orang fakir, bagaimana dapat aku lakukan semua ini?"

Luqman pun menjawab:

1- Bila engkau makan hanya bila engkau lapar, maka makanan itu akan menjadi makanan yang paling sedap,

2- Jika engkau kerja keras tanpa mengharap belas kasihan orang lain dan tidak berdendam dengan sesiapa, maka engkau akan merasa tidur di tempat yang paling selesa,

3- Dan jika engkau telah tunaikan hak Tuhan mu dan hak manusia, dan melayan manusia dengan baik, engkau akan diingati dalam hati mereka, maka dengan ini engkau telah tinggal di tempat yang paling baik.



اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

$
0
0

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul


Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 31 Mei 2017

Username : sayidahnapisah

Barang yang ingin dibeli di SGshop Malaysia jika saya menang RM100:

1. A Spring A Air Conditioning In The Summer Of 2017 Thin Sweater Knitted Cardigan Size Modal Female Long Sleeved Clothing Sunscreen


Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

2. 2017 New Fashion All-Match Mini Small Japan New Shoulder Cross Bag Handbag Chain Bag Buns

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

3. Shipping Business Travel Bag Storage Folding Portable Shoulder Hand Travel Canvas Bag Can Set Trolley Suitcase

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

4. Oxford Waterproof Cloth Large Handbag Bag Bag Light Luggage Bags Sports Fitness Leisure Bags For Men And Women 

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Lokmanamirul

jangan lupa sembahyang tarawih malam ni! + hadis kelebihan solat tarawih palsu

$
0
0
Wah wahhh esok dah 1 Ramadhan 1438H dah! So, malam ni jangan lupa solat tarawih ye. Walaupun tak wajib, tapi solat tarawih ni besar ganjaran pahalanya tau. Yelaa mana tak nyaa, sembahyang tarawih ni hanya ada di bulan Ramadhan je. Bulan-bulan lain mana ada.

jangan lupa solat tarawih malam ni!
jangan lupa solat tarawih malam ni!

Korang pernah dengar atau baca hadith kelebihan solat tarawih setiap malam tak?


Alaaa yang kelebihan solat tarawih malam pertama yang ni.. kelebihan solat tarawih malam kedua pula sekian sekian sekian. Kelebihan solat tarawih malam ketiga blah blah blah. Okay takpe, saya beri full hadis tersebut kat bawah ni. Tapi jangan percaya tau dengan hadis ni! Hadis ini palsu. Sebab apa? Selepas hadith ni nanti, saya ada beritahu sebab apa.


Hadith berkaitan kelebihan solat tarawih setiap malam ini diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA:
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ditanya akan kelebihan solat tarawih dalam bulan Ramadhan, lalu dikatakan baginda SAW bersabda:

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah Arash menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjid al-Haram, Masjid al-Madinah dan Masjid al-Aqsa.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Bait al-Ma’mur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih  pada malam itu.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa AS serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim AS.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Dia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya seperti bulan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah SWT tidak akan menghisab mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul Arash dan Kursi akan berselawat serta mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah SWT menuliskan baginya dalam kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini seperti pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah SWT akan meninggikan darjatnya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang dukacita dan kesedihan pada hari tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah SWT akan memberinya dua puluh empat permintaan yang mustajab.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur daripadanya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam air yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama al-Kauthar.

Aku Tuhanmu dan engkau adalah hambaku”.


Sumber Hadith
Hadith ini terdapat di dalam kitab Durrah al-Nasihin pada halaman ke 19.

hadis kelebihan solat tarawih palsu

Mufti Wilayah Persekutuan (WP) mengatakan bahawa:

Hadith ini adalah palsu lagi dusta di atas nama Nabi SAW dan juga sahabat baginda SAW iaitu Ali bin Thalib. 

Di samping itu, haram bagi kita menyebarkannya kepada orang lain. Ini kerana, telah jelas tanda-tanda atau ciri-ciri kepalsuan hadith tersebut seperti yang telah digariskan oleh para ulama’. 

Antara ciri-ciri hadith palsu adalah sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Qayyim di dalam karyanya:
“Hadith palsu itu antara cirinya ialah padanya terdapat unsur berlebih-lebihan dalam menetapkan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah”. [Lihat: al-Manar al-Munif, 51]

Berdasarkan pernyataan Ibn Qayyim ini, kita dapat melihat di dalam hadith ini bahawa ganjaran yang ditetapkan bagi sesiapa yang melaksanakan solat tarawih padanya ciri tersebut iaitu berlebihan dalam penetapan ganjaran bagi amalan tersebut. Selain itu juga, hadith ini dikatakan bercampur dengan hadith-hadith yang lain.

Kesimpulannya, hendaklah kita mengenalpasti akan kesahihan sesebuah hadith sebelum ia disebarkan kepada orang lain. Ini kerana, ancaman Nabi SAW terhadap orang yang berdusta di atas nama baginda SAW adalah amat berat iaitu neraka. Untuk menceritakan akan kelebihan kita berqiyam di malam Ramadhan, di sana terdapat sebuah hadith yang sahih sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam kitabnya:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan karena keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36]

Sumber dari laman web Mufti WP. LINK

Okay itu sahaja!
Semoga kita bertemu dengan bulan Ramadhan malam ini Amin :)

Contact/whatsapp 0172008642 (Sayidah) untuk order Biobax Cool Theraphy :)

Niat Puasa Sehari & Sebulan

$
0
0
Tadi kat berita TV3, penyimpan mohor besar Raja-Raja, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan first day puasa jatuh pada hari Sabtu esok, 1 Ramadan 1438H bersamaan 27 Mei 2017. Haaa apalagi, boleh la niat puasa sekarang hihi. Nak niat puasa sehari boleh, sebulan sekaligus pun boleh. Saya biasa kalau niat puasa ni, saya nyanyi lagu Raihan je. "nawaituu sauma ghadin.....". Rentak muzik dia buat kita senang nak hafal heee.

Niat Puasa Sehari & Sebulan
jom niat puasa! esok dah puasa :)

Niat Puasa Sehari & Sebulan

Niat Puasa Sehari & Sebulan


Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

niat puasa
Niat Puasa Sehari

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:


Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

niat puasa sebulan
Niat puasa sebulan Ramadhan
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


Waktu Niat Puasa

Waktu berniat puasa bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa kerana kita sahur bangun untuk apa? Mestilah untuk berpuasa kan? Haaa tu dah dikira niat lah tu. Tapi yelaa kan kot-kot terlajak tidur, tak dapat nak sahur. Tu pentingnya niat puasa pada malam hari tu:)

Selamat berpuasa semua esok! kalau tak ada idea nak masak sahur apa, meh baca sini: 30 Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur.

Okay adios~! Wassalam.

Contact/whatsapp 0172008642 (sayidah) untuk order :)


done bayar zakat fitrah! (Negeri Sembilan)

$
0
0
Pagi tadi pergi Seremban Prima mall, shopping baju raya. Maklumlah ada orang nak belanja haha. Lepastu, terjumpa pula satu kaunter ni berdekatan dengan escalator, namanya kaunter Fitrah. Sebenarnya saya lupa langsung tentang zakat fitrah hahaha. Yela sebab baru 1st Ramadhan kan (ceh cover). Tapi alang-alang dah terjumpa kaunter ni, terus la bayar zakat fitrah terus.

kaunter fitrah
Kaunter Fitrah - tunaikan zakat fitrah

zakat fitrah seremban prima
Kaunter Zakat Fitrah di Seremban Prima


done bayar zakat fitrah!


Bayaran zakat fitrah di Negeri Sembilan adalah yang paling murah haha iaitu RM6.50, bersamaan 2.751 kg beras. Ni first time tau saya bayar sendiri zakat fitrah. Excited woh! hehhe. Sebab biasanya sebelum-sebelum ni, abang/kakak saya yang wakil bayarkan zakat fitrah bagi diri saya & umi abi. Tapi kali ni, memandangkan saya dah kerja dari rumah dan boleh jana duit pendapatan sendiri, so saya bayar la sendiri. Sedar-sedar diri sikit. Haahhaha.

Daripada Ibnu Umar (r.a.) berkata: "Rasulullah S.A.W. telah memfardhukan zakat fitrah satu gatang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa daripada kaum muslimin dan diperintahkan untuk menunaikannya sebelum keluar untuk menunaikan sembahyang (raya)" [Riwayat Bukhari-Muslim]


Lafaz Akad Zakat Fitrah


Bismillahirrahmanirrahim...

DIRI SENDIRI
"Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas diri saya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

DIRI DAN TANGGUNGAN
"Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas diri saya dna tanggungan saya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

WAKIL
"Inilah nilai harga beras fitrah yang wajib atas (nama penuh si pewakil) dan tanggungan yang mewakilkan saya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

lafaz akad zakat fitrah
Lafaz Akad Zakat Fitrah

resit zakat fitrah
Resit Zakat Fitrah

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2017/1438H di Malaysia

Sabah RM7.00
Melaka RM6.70
Perak RM7.00
Kedah RM7.00
Pahang RM7.00
Johor RM7.00
Penang RM7.00
N.Sembilan RM6.50
Perlis RM7.00
Wilayah Persekutuan RM7.00
Sarawak RM7.00
Terengganu RM7.00
Kelantan RM7.00
Selangor RM7.00

kadar zakat fitrah
kadar zakat fitrah mengikut Negeri pada tahun 2017/1438H
Zakat fitrah ni bila-bila boleh bayar dalam bulan Ramadhan. Yang penting, kena jelaskan sebelum sembahyang raya. Pagi 1 Syawal pun boleh lagi nak bayar. Tapi kang takut jammed, kelam kabut ke, haaa naya tak sempat nak bayar. 

So, don't forget to bayar zakat fitrah kay! :)

Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?

$
0
0
Dulu tak pernah tahu pun ada dua ejaan berbeza iaitu Resepi dan Resipi. Sebab dari dulu guna word resepi.

Tapi sejak haritu saya ada jumpa orang tulis resipi. So, confuse pula..

Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?


Bila translate dua-dua word tu ke english, dua-dua jadi recipe. 

Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?
Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?

Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?
Resepi vs Resipi : mana satu ejaan yang betul?

Tapi macam resipi je kan lagi tepat sebab ada tanda right kat tepi haha.

Korang rasa which one yang paling tepat ye? Atau boleh je guna dua-dua. Tak kisah mana satu?

Save Me From Myself - Harris J

$
0
0
Kenal tak siapa Harris J? Alaaa yang popular dengan lagu Salam Alaikum tu + penyanyi yang dikatakan ala ala Justin Bieber. why Justin Bieber? sebab suara Harris J yang best & pemakaian seperti JustinBieber.

Baru-baru ni, Harris J ada muncul dengan Single terbaru 2017 iaitu lagu Save Me From Myself. As expected, memang best lagu ni! Petikan gitar pada mula-mula lagu ni best. Lirik dia pun best. Dekat dengan hati sebab bait-bait lirik lagu tu saya boleh rasa. Boleh rasa kesusahan dan kepayahan menahan diri dari melakukan perkara tidak baik.

And, one more thing lagu ni lain sikit berbanding lagu-lagu Harris J sebelum ni. Lagu ni nampak kematangan dalam diri dia. Plus, suara dia! Suara dia dah matang berbanding dengan suara dia dulu time release album Salam. Dah baligh la kot kan haha. Suara lebih macho gituww~

Okay jom layan lagu baru Harris J ni!


Save Me From Myself - Harris J


Save Me From Myself - Harris J
Save Me From Myself - Harris J, image:Youtube

Lirik Save Me From Myself - Harris J


I want it all
I want it now
Forget about the consequences

I know that it's bad, it's better to wait
But sometimes I can be selfish
And the only sound I hear is right now
And all my patience gets locked out

I know that it's wrong
And I want to change
I need You here with me

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord i need Your help
Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah

harris j 2017
Save Me From Myself - Harris J
Big lights pull me in every time
And it's so hard to break a pattern
But I see it clear, what's deep inside
Is the only thing that really matters

So tell me how, how to turn it around
before my senses hit the ground
'coz I know that's it's wrong
And I want to change
I need You here with me

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord I need Your help
Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah

Save me from myself
'coz I tripped and fell
and there is nothing, nothing
that I won't do

Oh, save me from myself
'coz I need Your help
and now I'm running, running
back to You

Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Lord I need Your help
Allah, Allah, Allah
Save me from myself
Allah, Allah, Allah
Save me from myself

Official lyric Video Save Me From Myself - Harris J




Lagu ni seolah-olah menceritakan keadaan diri dia sendiri. Dan juga kita-- manusia.

Kita nak buat sesuatu. Kita tahu benda tu tak baik untuk kita lakukan. Kita tahu benda tu jahat. So, kita nak elak daripada buat benda tu & tahan diri untuk tidak buat benda tu dengan minta pertolongan Allah.

Thats why dalam lagu ni Harris J ulang banyak kali word "Allah, save me from myself".
Sebab apa? Sebab musuh yang paling susah untuk kita tewaskan adalah nafsu kita sendiri. 

So, we must always ask Allah to save us from ourselves. Because ourselves are the most dangerous enemy to us.

save me from myself song
Save Me From Myself - Harris J

jangan yakin terlalu: "ah, aku nak cakap orang-- aku sendiri belum tentu"

$
0
0
Sedikit perkongsian untuk hari keempat Ramadhan yang mulia ini. Tentang "jangan yakin terlalu". Banyak cerita or kisah zaman zaman dulu yang kita boleh ambil tauladan actually. Orang alim yang banyak beribadat tapi akhirnya kecundang, mati sia sia. Wanita jahat hanya dengan membuat amal kebaikan dengan ikhlas masuk syurga. Cerita-cerita ni semua mengingatkan kita untuk "jangan yakin terlalu". Kita tak tahu kita in the future macam mana. Kita tak tahu keadaan kita pada masa akan datang bagaimana. Thats why...


jangan yakin terlalu!


jangan yakin terlalu fynn jamal
jangan yakin terlalu - fynn jamal

copy paste dari Page Fynn Jamal :



tak ada orang tau.
.
solat dah penuh? puasa tak tinggal? tak pernah mengumpat? sentiasa sadaqah? jaga ikhtilat? alhamdulillah. hebat. memang hebat.
.
maka jawab soalan seterusnya:
berani angkat tangan tanda yakin الله redha dan nak bagi kita syurga?
i need only ONE to volunteer to say "yes i am sure".
.
takkan ada.
sbb tak ada org tahu.
.
sebanyak mana pun ibadah kita; baik yg terjelas atau tersembunyi-- kita takkan pernah tau apakah الله benar2 mau dan sudi.
.
kita SEMUA memang tak tau di mana letaknya kita akhirat nanti.
.
tak tau syurga atau neraka. kalau ke syurga-- level yang mana. kalau ke neraka-- jenis yang mana. kita tak berani nak kata pahala dosa mana yang jadi punca keputusan keabadian kita.
.
takkan, punya.
.
jadi kenapa kita boleh berani nak rasa kita lebih baik dari ahmad, atau ali, atau maisarah, atau suhaili? macammana kita dengan lantangnya menegur maki atau keringnya mengumpat perli orang2 yang kita rasa kurang dari kita?
.
"at least aku solat"
"dah dia terang2 tak tutup aurat"
.
yes. but how can you be so sure your hijab, your umrah, your quran, your sadaqah are your saviour from hellfire?
.
dan bila dikatakan pd mereka:
"jgn berbuat tak baik",
mereka berkata:
"sesungguhnya kami org2 soleh"
.
ingatlah! sesungguhnya mereka org2 tidak baik-- namun mereka tidak perasan.
(baqarah 11 & 12)
.
ini bukan entri utk kita berhenti menyeru kebaikan. no. jgn salah faham.
ini adalah ajakan utk kita sama2 pegang selalu:
jangan yakin terlalu.
.
iblis cuma SEKALI merasakan lebih baik dari adam-- TERUS dihumban dari syurga.
.
abaa wastakbar.
wa kaana minal kaafiriin.
dia enggan; dia rasa lebih hebat.
lalu terus dia kafir.
(baqarah 34)
.
SEKALI.
kita?
.
berkali2 menyalut diri dgn dosa. masih berani, masih yakin, masih tak gusar dgn bahana.
.
allahu akbar.
takut benar.
.
rendahkan diri. kurangkan perasaan terlalu pasti. selalukan "segalanya ini sekadar usahaku, ya الله. moga kau sudi".
.
dan insyaAllah. perlahan2 kau akan lebih terbuka dgn kekurangan manusia terutama yg mencuba. lebih sabar dgn kelambatan mereka. lebih redha dgn kebeluman semua.
.
sbb apa?
.
"ah. aku nak cakap org--
aku sendiri belum tentu"

motivation islamic
jangan yakin terlalu

p/s: Semoga kita beroleh rahmat dan redha-Nya Amin :)

mesej Peringatan dari Bank Negara Malaysia (BNM). take note semua!

$
0
0
11:56 am tadi satu mesej masuk. Tapi tak tengok pun lagi la mesej tu dari siapa. Then, tak lama kemudian saya dapat call dari satu nombor panjang & pelik dari Vietnam ni ----> +84918371043. Saya pula memang alert dengan amaran yang viral haritu berpesan jangan angkat nombor yang pelik pelik dan nombor dari luar negara macam tu. So, saya memang tak angkat call Vietnam tu. Saya biarkan aje.

Lepas tu, baru saya tergerak hati nak check message yang saya dapat tadi...


mesej Peringatan dari Bank Negara Malaysia (BNM). take note semua!


mesej peringatan bnm
mesej Peringatan dari Bank Negara Malaysia (BNM)

Peringatan BNM! Awas dengan panggilan & email yang anda terima. BNM, bank dan PDRM tidak akan meminta PIN anda atau meminta anda membuat pindahan wang kepada akaun lain.

So, saya assume mungkin mesej peringatan dari BNM ni suruh kita berjaga-jaga dengan sang durjana empunya nombor-nombor pelik dari luar negara ni like Singapore and Vietnam. Sebab mungkin mereka akan minta PIN bank. Dan buat jahat kat akaun bank kita. Nauzubillah~

bnm
panggilan dari nombor Vietnam
2 kali tau orang dari Vietnam tu call. Dua-dua kali tu juga la saya biarkan. Tadi pukul 1:15 petang lebih pun dia call lagi. Eeeeeii orang dah tak nak takyah la call call hahahaha. #emo

call dari nombor vietnam
beware of nombor phone yang panjang, pelik + luar negara
So, korang kalau terima call dari nombor-nombor pelik or email minta PIN akaun bank ke.. tak yah la accept & reply ye. Biaq pi dia ja hehe.

Okayy adios! wassalam :)
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live