Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Apa Fungsi Google+? Penting Ke Google+ Followers?

$
0
0

Apa Fungsi Google+? Penting Ke Google+ Followers?

Ramai blogers dah pasang Google+ ni di blog masing-masing. Tetapi ada sesetengah bloggers yang belum tahu apakah kepentingan memasang google+ ini di blog dan tak tahu apa fungsi Google+ ni yang sebenarnya. Kekadang, followers G+ dah ada beribu atau berjuta tapi masih tak tahu apakah kebaikannya.


Apa Fungsi Google+? Penting Ke Google+ Followers?
Google+
credit to : www.rivaliq.com

Fungsi utama Google+ 

: naikkan index blog kita bila orang cari kat google.
Maksudnya kalau orang g+ kan blog kita, blog(entri) kita akan lebih melekat di carian enjin Google

Ce tengok berapa dah followers G+ anda? Mungkin ada yang first time ni nak tengok followers g+ dia, sebelum ni tak pernah nak peduli pun bilangan followers g+ dia. Tapi selepas ni sila pandang berat dengan bilangan followers g+ anda. Kalau saya, saya dah ada 3K lebih followers.

sayidahnapisahdotcom dah ada 3,714 followers g+

Macam mana nak perolehi followers g+ yang beribu?

  • boleh anjurkan segmen/giveaway yang syaratnya kena follow g+ anda.
  • anjurkan segmen yang bertajuk contohnya Jom Follow Google+ tu sendiri.
  • kalau malas dan tiada masa untuk anjurkan sebarang segmen atau giveaway, boleh lah menjadi sponsor segmen atau Giveaway dan meletakkan syarat follow g+ anda.
  • follow g+ blog orang lain banyak-banyak, nanti mereka follow kita balik.
Kekadang saya tengok ada blog yang menganjurkan segmen atau giveaway tapi tak meletakkan syarat follow g+. Alangkah ruginya kerana telah anda telah melepaskan peluang untuk menaikkan followers g+ anda. Sekarang ni sebenarnya followers g+ lagi penting dari followers blog yang kita tempek dekat blog kita tu. Saya takdelah kata followers blog tu tak penting, ada pentingnya. Tapi yang saya nak tekankan juga di sini, followers g+ juga sangat penting kepada blog anda.

Macam mana cara nak pasang widget Google+ Followers?

cara install widget Google+ Followers di blog

Dashboard > layout > add a gadget > Google+ Followers / Google+ Badge > tekan + > edit apa yang patut/biarkan sahaja > save

Done!

“Google+ banyak membantu”-kata Acik,tuan empunya blog terkenal www.akupenghibur.com

Mungkin ada yang tak tahu, kita boleh share entri kita di g+, ping entri di group-group community g+. Oh kebiasaannya ramai dari kita yang hanya share public je kan. Atau following / extended circles.

Apa Fungsi Google+? Penting Ke Google+ Followers?
Share entri di Google+

Tapi jangan tak tahu, ada banyak group community g+ yang boleh kita ping entri kita di sana. Nak tahu group community g+ yang saya dah follow? Klik SINI.

Oh mungkin ada yang dah tahu kewujudan group-group g+ ni tapi tak tahu bagaimana cara nak ping entri di sana. Nak tahu caranya boleh klik entri saya di SINI.

Jangan letak komen Google+ di blog pula!


Saya ada lihat sesetengah blog yang masih menggunakan komen g+ di blog mereka. Saya bukan lah nak paksa mereka tukar komen g+ mereka tu. Tapi letak komen blog macam biasa lebih banyak kebaikan dan kelebihannya berbanding komen g+. Nak tahu apa keburukan dia dan cara bagaimana nak tukar setting dari komen g+ kepada komen blog? Boleh rujuk di entri SINI.

Sekian sahaja perkongsian tentang blog kali ni. Semoga bermanfaat amin! :)

Macam mana cara memohon pekerjaan di Bank Rakyat?

$
0
0

Macam mana cara memohon pekerjaan di Bank Rakyat?

Okay pagi tadi dah update pasal Cara Memohon Latihan Industri di Bank Rakyat. Ni nak update pasal Cara Memohon pekerjaan kat Bank Rakyat pula. Dah jadi macam hari Bank Rakyat sedunia je pulak kan harini haha. Bukan apa, al-kisahnya semalam tengah korek-korek maklumat pasal LI di BR, terjumpa la soalan-soalan yang orang tanya macam mana nak tahu jawatan kosong di Bank Rakyat, macam mana cara nak mohon, boleh ke walk in hantar resume di cawangan BR semua. So, macam rugi pula nak lepaskan informasi berguna ni begitu saja. Yelahh.. Kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita kan inshaaAllah :)

Macam mana cara memohon pekerjaan di Bank Rakyat?
Bank Rakyat Bank Pilihan Anda

Berikut adalah proses-proses permohonan jawatan kosong di Bank Rakyat:

  • jawatan-jawatan kosong akan diiklankan memalui laman web jobstreet.com
  • hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga
  • sekiranya tiada panggilan atau maklum balas dari pihak Jabatn Penyumberan&Pengambilan dalam tempoh 6 bukan dari tarikh permohonan, peromohonan dianggap tidak Berjaya.
  • maklumat pemohon akan disimpan selama 6 bulan dari tarikh permohoanan selama 6 bulan dari tarikh peromohonan(semua maklumat akan dikeluarkan dari data BR selepas tempoh tersebut)

Permohonan untuk jawatan kosong di BR boleh dilakukan dengan melayari laman web korporat BR http://www.bankrakyat.com.my/career. Selain itu boleh juga dilakukan melalui carian ‘bank rakyat’ di dalam laman web www.jobstreet.com.my

Ada sedikit Q&A (Questions and Answers) berkaitan permohonan kerja di Bank Rakyat yang saya ambil dari Facebook Bank Rakyat.

Q: Kalau nak hantar resume permohonan kerja saya di bank rakyat yang berdekatan boleh ke?
Ada jugak soalan – Boleh ke kalau saya hantar resume ke bank rakyat berdekatan secara face to face?
A: Permohonan untuk jawatan kosong di BR MESTI dibuat melalui laman web korporat BR http://www.bankrakyat.com.my/career ATAU melalui carian ‘bank rakyat’ di dalam laman web www.jobstreet.com.my.

Q: Jika dah lulus interview jawatan kerani, bila boleh lapor diri untuk bekerja?
A: Mohon rujuk Jabatan Penyumberan & Pengambilan di talian 03-26129600.

Q: Jawatan yang ada cuma kontrak. Tak ada yang permanent(kekal) ke?
A: Untuk makluman, taraf jawatan adalah kontrak dan sekiranya prestasi kerja mencapai tahap yang dikehendaki, berkemungkinan akan diserap ke jawatan tetap. Permohonan perlu dibuat melalui link di atas.

Q: Macam mana nak mohon BR Smart di Bank Rakyat?
A: Boleh mohon di cawangan BR yang berdekatan.

Oh saya pernah tengok cara BR Smart bekerja. BR Smart ni dikenali juga sebagai Pengawai Pemasaran. Kena cari orang buat pembiayaan(loan) di Bank. Perghh bukan senang. Ada target nak kena achieve setiap bulan, kena pandai pujuk promote, kena petah berkata, kena yakin dengan apa yang dikatakan. Wahhh memang saya respect dengan kerja BR Smart ni.

Yang terbaru saya lihat di Laman Web Career Bank Rakyat, terdapat 20 kekosongan jawatan kosong di Ibu Pejabat dan Cawangan-cawangan seluruh Malaysia:

1. Eksekutif Sementara
2. Kerani Sementara

  • Tiada pengalaman kerja diperlukan
  • Perkhidmatan secara sambilan
  • Tempoh perkhidmatan selama 3 bulan.


Kalau nak tahu syarat-syarat jawatan kosong secara details boleh layari laman web yang saya nyatakan di atas tadi.

Apalagi .... sharing is caring! Sebarkan lah info jawatan kosong ni kepada saudara mara atau keluarga ke, mana tahu rejeki dapat kerja di situ amin :)

Entri berkaitan kerja kosong yang lain: 

Lirik Lagu Ni Bu Zhi Dao De Shi (Cover) Najwa Latif

$
0
0

Lirik Lagu Ni Bu Zhi Dao De Shi (Cover) Najwa Latif

Bermula dengan tweet-tweet di twitter yang mengatakan cover Najwa Latif yang terbaru sedap dan best. Saya hanya favourite jelah tweet tu, terfikir jugak lagu apa laa si Najwa cover ni sampai semua suka ni. Dan saya antara peminat Najwa Latif juga lah sebab muka saya pun ada iras-iras Najwa Latif kan kihkih. Semalam, saya check di YouTube 5 days ago Najwa Latif l Ni Bu Zhi Dao De Shi(Cover) l Official Music Video. Ohh lagu Cina ni. Yang saya tahu, lagu ni Shila Amzah pernah nyanyi di China & Najwa latif pernah berduet dengan penyanyi Taiwan Wang Lee Hom di konsert Music Man 2@Genting Highland pada 2 tahun yang lalu.

Lirik Lagu Ni Bu Zhi Dao De Shi (Cover) Najwa Latif
Ni Bu Zhi Dao De Shi (Cover) Najwa Latif

Lirik Mandarin

HU DIE ZHA JI YAN JING,
CAI XUE HUI FEI XING YE KONG SA MAN LE XINGXING,
DAN JI KE HUI LUO DI WO FEI XING,
DAN NI ZHU LUO ZHI JI HEN KAO JIN,
HAI TING JIAN HU XI DUI BU QI,
WO QUE MEI ZHUO JIN NI HU DIE ZHA JI YAN JING,
CAI XUE HUI FEI XING YE KONG SA MAN LE XINGXING,
DAN JI KE HUI LUO DI WO FEI XING,
DAN NI ZHU LUO ZHI JI HEN KAO JIN,
HAI TING JIAN HU XI DUI BU QI,
WO QUE MEI ZHUO JIN NI
NI BU ZHI DAO WO WEI SHIEN MA LI KAI NI,
WO JIAN CHI BU NENG SHUO FANG REN NI KU QI,
NI DE LEI DI XIANG QING PEN DA YU,
SUI LE MAN DI,
ZAI XIN LI QING XI,
NI BU ZHI DAO WO WEI SHEN MA HEN XIA XIN,
PAN XUAN ZAI NI KAN BU JIAN DE GAO KONG LI
DUO DE SHI,
NI BU ZHI DAO DE SHI


Lirik Terjemahan (English) Ni Bu Zhi Dao De Shi

Tajuk : All the things you don’t know

How many times does a butterfly blink before it learns to fly?
The sky is sprinkled over with countless stars, but how many of it will touch the ground?
Even when I got my wings and flew, you were filled with sadness
So close I can hear you breathe
I’m sorry because I did not hold you tight
You don’t know the reason why I left you
How can I ignore your every cry?
Your tears are like a downpour
Shattering the ground, and it’s clear in my heart
You don’t know the reason why I was so heartless
To circle in the sky above, out of your sight
There’re so many things that you don’t know

Lirik Lagu Ni Bu Zhi Dao De Shi (Cover) Najwa Latif
KLIP VIDEO NAJWA LATIF
Boleh tahan juga dengar lagu Cover Najwa ni banyak kali. Melodi pun lembut je. Official video pun macam kelakar (link video YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=U9D1NyQPZbg). Bukan Si Najwa tu yang kelakar. Tapi jalan cerita tu. Yela si perempuan acah-acah keras hati depan si lelaki. Si lelaki setia layan karenah si perempuan. Nasib baik ending dia happy. Buat aku sengih-sengih je part ending tu. Hehehe. Rasa macam dah boleh hafal je bila dengar banyak kali. Boleh dah rasanya nak duet dengan Najwa hahaha. #hambar

Tapi dalam video ni Nampak Najwa Latif makin kurus. Dia dah kurus. Saya ni? Huwaa~ hahaha. Apa-apa pun Najwa maintain comel. Macam saya :P


Entri menarik lain :

Sepahtu Reunion Tak Kering Gusi Ketawa

$
0
0

Sepahtu Reunion Tak Kering Gusi Ketawa

Semenjak cuti semester ni, setiap hari Khamis 10 malam lepas tengok drama korea kat SBS, mesti tukar ke channel Astro Warna 132. Ada sitkom komedi Sepahtu Reunion! Yeay! Serius memang best Sepahtu Reunion! Asyik gelak je tengok sitkom ni.

Sepahtu Reunion
Sepahtu Reunion

Sitkom Komedi Sepahtu Reunion 

Apa bestnya Sepahtu Reunion ni?

1. Lawak

-mengingatkan pada sitkom komedi dulu-dulu : Senario, Pi Mai Pi Mai Tang Tu
-slumber, tak paksa orang untuk gelak

2. Pickup line

-setiap episode akan ada pikap line yang sangat sangat geli weh! Haha.
-setiap episode akan ada 1 artis jemputan wanita yang cantik : Mia Ahmad, Uqasha Senrose, Amira Othman, Reen Hamid, Tunku Hanis, Sri Yanti

Pickup line di Sepahtu Reunion:

“Saya tak boleh la pandang awak lama-lama.
Kenapa?
Sebab bila saya terpandang awak, saya terpandang masa depan.”

Artis undangan kir : Mia Ahmad, kanan : Tunku Hanis

“Apa beza Izzati dengan matahari?
Apa beza dia?
Matahari menerangi bumi. Izzati menerangi hidup saya”

*sedang mencari something*
“Awak tengah cari apa ye?
Tengah cari jambatan.
Jambatan apa?
Jambatan ke hati awak”

Artis jemputan : Uqasha Senrose

“Uqasha jual tudung eh?
Ha’ah.
Saya nak beli.
Kenapa? Nak buat apa?
Saya nak tutup hati saya baik-baik untuk awak pakai.”

“nama saya cikgu Amira.
Nama saya alif.
Nama panjang?
Ai lif you”

“Nama Tunku Hanis penuh apa dia?
Tunku Nur Hanis.
Panjang sangat lah. Panggil sayang boleh?”

“Ayah Reen kerja buat aircond eh?
Kenapa?
Sebab bila saya pandang awak, rasa sejuk sangat hati.”

3. Skrip sendiri sendiri / spontan / tidak disediakan

-ni saya baru tahu haritu. Skrip takde. Skrip kena buat sendiri.
-apa-apa yang keluar time tu spontan time tu jugak. Sebelum datang set, tiada skrip apa-apa yang kena hafal atau disediakan. Datang set baru dorang akan briefing jalan cerita yang akan dipersembahkan nanti
-sangat kreatif dan bijak dalam membuat lawak spontan dan fresh
-support each other, teamwork yang kuat kerana saling memberi idea dan membantu antara satu satu lain

4. Mempunyai mesej tersirat di setiap episod

-walaupun banyak gelak je, tapi saya lihat Sepahtu Reunion bukan sekadar membuat lawak, tapi ada mesej baik dan juga pengajaran yang mereka nak sampaikan.
-bukan sekadar omong kosong buat habis air liur je, tapi ada tauladan yang kita boleh ambil di setiap episode.
Contohnya:

Episod yang terbaru saya tengok tadi Episod 8 –bila sorang-sorang kita akan Nampak lemah tetapi bila kita ada teamwork, kita akan menjadi lebih kuat kerana manusia ni sifatnya saling melengkapi :)

Boleh ke pejam mata ketika solat?

$
0
0

Boleh ke pejam mata ketika solat?

Persoalan ni timbul sebab saya jenis yang ketika solat suka kejap pejam mata, kejap celik, kejap pejam mata, kejap celik. Kekadang bukan sengaja pun pejam mata. Terrrrpejam! Lepas terpejam tu, mula la fikiran menerawang entah ke mana, fikir duniawi.. Lepastu bukak mata lepas TERRRpejam tu, macam blank. Eh aku dah baca tashyahud awal ke tadi. Ataupun eh ni rakaat ke berapa ni. Atau eh aku dah rukuk sekali ke dua kali ni. Hahahaha. Teruk beno la manusia ni. So, sebab tu lah macam tergerak nak mencari jawapan bagi persoalanni. Iyelah rasa bersalah pula pejam mata sebenarnya tujuan untuk khusyuk tapi memang khusyuk betul sampai tersengguk-sengguk haha.

Boleh ke pejam mata ketika solat?
Memejam mata ketika solat

Hukum Pejam Mata Ketika Solat


Ustaz Azhar Idrus

Q: Saya selalu pejam mata ketika sembahyang tanpa sedar. Saya pernah baca yang mana jika kita pejam mata ketika solat maka makruh. Tapi jika kita pejam mata untuk menghayati bacaan dalam solat?

A: Gini, kalau saje-saje pejam mata ketika solat hukumnya makruh. Tapi jika kita pejam dan kalau buka jadi tak khusyuk, maka untuk elakkan tidak khusyuk kita pejam mata – hukumnya harus. Tapi kata ulama, kalau kita pejam mata dapat khusyuk, bukak mata tak dapat khusyuk, maka sunat pejam mata.


Dr. Zaharuddin

Q: Benarkah hukumnya makruh bila solat pejam mata?

A: Ibnu Qayyim kata sebahagian ulama kata makruh atas beberapa sebab.

Yang pertama sebab menyerupai Yahudi sedang beribadat. Orang yahudi beribadat pejam mata.

Yang kedua, kerana bercanggah dengan Hadis Nabi yang Nabi ucapkan : bunuhlah dua binatang yang hitam ketika kamu solat. Iaitu ular dan kala jengking. Jadi ini bermakna Nabi suruh kita alert dengan persekitaran walaupun dalam solat. Jika kita tak alert,maka kita telah bercanggah dengan hadis Nabi.

Yang ketiga, kerana Nabi sendiri solat tidak memejamkan mata (tiada riwayat yang mengatakan Nabi memejam mata ketika solat). Malah ada riwayat yang mengatakan Nabi membuka mata. Sebagai contoh Saidatina Aisyah baru sahaja menukar langsir rumahnya dengan ada bergambar burung. Maka Nabi solat, Nabi pun memandang ke depan lalu lepas solat, Nabi pun berkata kepada Saidatina Aisyah : ‘Alihkan langsir ini. Setiap kali aku solat aku tertengok dia, aku teringat dunia. Aku tak suka ingat dunia ketika solat.’ Ini menunjukkan Nabi solat buka mata.

Yang keempat, Nabi juga pernah mengarahkan orang-orang yang sedang bersolat untuk lawan kalau ada orang yang lalu di hadapan kita dengan menghalakan tangan kita dan tolak dia. Itu menunjukkan kita kena alert supaya orang tidak lalu di hadapan kita. Kalau lalu, tahan. Kalau pejam mata, macam mana nak tahan?

Jadi atas sebab itu lah ulama kata , hukumnya makruh.

Tapi Ibnu Qayyim ada menyatakan kalau ada hajat yang kuatkamu terpaksa pejam mata.. Boleh pejam mata sekejap-sekejap. Contohnya kalau kita solat di hadapan Kaabah yang ada orang bertawaf banyak, yang  macam-mcam perangai kita akan terhilang daripada kekhusyukan.. Kita pejam mata sekejap supaya tak nampak ada pemandangan yang tak elok.. Maka hukumnya diharuskan.

Tapi kaalu solat subuh jangan pejam mata, memang sedap sikit pejam mata ketika solat subuh ni. Bukan khusyuk, khusyuk dia lain.
Hehehehe.
………


Haaa Alhamdulillah tahu dah jawapannya! Jadi, selamat beramal! :D

Entri menarik yang lain :

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih Kemasukan Secara Percuma!

$
0
0

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih Kemasukan Secara Percuma!

Al-kisahnya semalam ada viral di Facebook di mana ada pameran bunga sedang diadakan di Semenyih dan yang bestnya kemasukan ke dalam pameran ni ialah percuma! Apa yang best lagi dekat Eco Majestic, Semenyih ni? Best sebab macam-macam ada! Nak tangkap gambar pun memang sesuai sangat dengan persekitaran dan pemandangannya yang cantik.

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Pemandangan yang sangat menawan
credit to thestar.com

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
di Instagram pun, dah ada orang yang pergi

Mungkin ada segelintir pihak yang tidak percaya akan khabar berita ni. Yelahh pameran bunga kemasukan secara percuma. Tempat lawa-lawa masuk tak payah bayar? Amazing! Jadi, saya pun korek korek kat Google cari artikel yang sahih lagi benar, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. =.= Okay cukup.

Terjumpa la satu artikel yang saya boleh katakan sangat kukuh! Laman web thestar! 
Mengambil keterangan dari laman web thestar online :

PLAN a family day out to the Season’s Flower Show hosted by EcoWorld at Eco Majestic, Semenyih.


The flower show, which will be held until March 6, features four-themed activities for each weekend, offering families lots of fun activities.


They include Chinese paper-cutting, clay-painting, windmill-making and treasure hunts.


The month-long flower show also features some familiar icons around the world, such as France’s Eiffel Tower, China’s red lanterns, the Netherland’s windmills and clogs, Britain’s red telephone booth and mailbox, and Portugal’s umbrella sky.


These attractions are scattered around the Swan Lake, amid flowers such as sunflowers, gerbera daisies and lantanas.


There is also a flower market offering some of this season’s prettiest blooms for sale.

**artikel penuh di SINI

Ohhh rupa-rupanya ada Season's Flower Show diadakan di Eco Majestic, Semenyih oleh EcoWorld. Haaa betullah berita viral semalam! Okayy teringin nak pergi. Tapi jarak antara Semenyih dengan Seremban jauh nau weh. So, boleh nikmati pemandangan di dalam gambar jelah hehe.

Mengikut keterangan dari seorang yang pernah pergi ke situ dan juga yang telah mengviralkan tempat ini di Facebook iaitu kak Dila, beliau kelihatan sangat seronok pergi ke sana dan gambar-gambar yang beliau tangkap sangat cantik! Katanya dari Paris pergi ke Amsterdam lepastu pergi ke London hanya setengah jam je hehe. Beliau juga ada tangkap gambar di depan acah-acah Eifel Tower. Pergh kemain best ye kak hehe. Jom tengok gambar-gambar yang di-capture oleh beliau!

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Britain's Red Telephone and Mailbox


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Bunga-bunga yang indah dan segar


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Netherland's windmill


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Netherland's clogs


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Posing kat sini lawa wohh


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Tengah menghayati keindahan tasik nii


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Tenang je kat sini


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Luas jugak pameran bunga EcoMajestic ni kan


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Haaa pilih pilih nak pergi mana. London, Shanghai, Paris, Amsterdam. Haa pilih pilih


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
China's red lanterns


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
France's Eiffel Tower


Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
Portugal's Umbrella Sky

Ni kalau orang yang suka bunga ni, mesti suka pergi sini kan. Tengok kat gambar-gambar atas tu, wah lawa sangat bunga-bunga tu. Nak je petik haha *kejam*

Pameran Bunga di Eco Majestic Semenyih
boleh follow instagram EcoMajestic

So nak details lagi lanjut atau more info?

Alamat Pameran Bunga : No. 1, Lingkaran Eco Majestic, Eco Majestic, 43500 Semenyih, Selangor 

~ Banyak lagi masa kalau nak pergi. Pergi jangan tak pergi :D

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun

$
0
0

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun

Okay mesti ramai yang kecewa bila dapat tahu Hafiz Hamidun (HH) telah berjumpa dengan kekasih hati nya dan bercadang untuk menikah secepat yang mungkin. Ohooo saya bukan mereka cerita ye nii. Bukan ambik dekat cerita-cerita murahan ke apa. Saya ada jumpa satu temubual antara wartawan Berita Harian dengan Hafiz Hamidun sendiri yang bertanyakan status antara beliau dengan Adiela Ridzuan.

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Di YouTube Berita Harian Online


Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Bakal Isteri Hafiz Hamidun

Jom follow sikit jawapan-jawapan Hafiz Hamidun tersebut!

………Saya rasa mungkin sekarang ni baru betul-betul matang dan sebenarnya terbuka dan bertemu dengan orang yang tepat. Itu yang sebenarnya


Kali ni nampaknya saya cari sendiri. Macam dulu tanya kawan –yang mana, kenal ke tak, ada tak, tahu tak orang tu orang ni.. Tapi sebenarnya Tuhan nak saya cari sendiri, tengok dengan mata kita sendiri, hati kita sendiri.....


….Saya bukannya mencari seorang yang terlalu hebat. Saya Cuma nak Allah temukan kepada orang yang boleh menerima saya dan saya boleh terima dia tanpa menerima banyak masalah.


Kali ni kerana mudahnya keserasian tu, saya tak nak membuang masa, saya terus bagitahu yang ‘okay saya akan lead perhubungan ni sampai kepada perkahwinan inshaaAllah’.

Kalau boleh secepat mungkin. Tapi saya kena terima pandangan family dia. Tapi bagi saya, inshaaAllah kita buat di tahun 2016.

Saya hopefully boleh langsungkan sebelum puasa lah.

Saya dah kenal dia lama. Tapi yang betul-betul ni ermm probably masa raya Haji. So lebih kurang sebulan, dua bulan lah.

Mengikut sumber Berita Harian, model muslimah yang bernama Adiela Ridzuan yang telah menjadi pilihan hati Hafiz Hamidun. Kata sesetengah orang, lagu Jodoh Berdua nyanyian Hafiz Hamidun ni ditujukan buat Adiela Ridzuan. Haaa tapi kesahihannya wallahua’lam~

Jom tengok siapa yang bertuah menjadi bakal isteri HH ni! Saya stalk instagram kak Diela jap ye semalam! Hhehehe

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Adiela Ridzuan di kota Mekah

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Gaya santai Adiela Ridzuan

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Photoshoot

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Model muslimah

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Iras-iras Taylor Swift dalam gambar ni

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Special Deal March

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Lesung pipit mahaii kak Diela

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Kata kak Diela gaya macam pengawas sekolah haha

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Soooo beautiful!

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Teaser Le Pique Nique 2.5

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Tiup gambar sendiri ye kak Diela hehe

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Sleeping beauty katanya :P

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Dalamnya lesung pipit diaaa !

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Jubah cantik

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Sebahagian keluarga Adiela Ridzuan

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Simple make up lagi meyerlahkan wajah kak Diela :)

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Ayunya bakal isteri Hafiz Hamidun ni omo!

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Macam patung~ lawa~

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Jatuh hati lagi tengok lesung pipit akak nii ~

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Cheerleader versi Muslimah yee ye

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Lagi sekali muka macam Taylor Swift

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Ni iras-iras Neelofa pun ada kan hehe

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
#2015bestnine Adiela Ridzuan

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Adiela versi skema katanya hehe

Model Muslimah Adiela Ridzuan Bakal Isteri Hafiz Hamidun
Kelebihan jadi model ni boleh jenjalan ke luar Negara :P
Lawanya lahaiii Adiela Ridzuan ni. Indah sungguh ciptaan Tuhan ni :D Penat lah jeles sebab cantik sangat hahaha. 


Apa-apa pun Alhamdulillah! Semoga Allah permudahkan urusan Hafiz Hamidun dan juga Adiela Ridzuan. Yelah kan sorang artis, sorang lagi model muslimah. Sama padan, sama segak. Mesti akan aada ramai mulut-mulut atau kata-kata yang kurang enak a.k.a haters yang akan merosakkan hubungan mereka. By the way, tak sabar-sabar nak tengok Hafiz Hamidun dan Adiela bersama-sama buat press conference mengumumkan perkahwinan mereka hehe. Dua-dua ada lesung pipit haihh jeles jeles. Nak sikit lesung pipit boleh? Haha.

*gambar tidak di-crop semasa screenshot bagi mengekalkan originality gituuu~ #jangankecamsaya

Marilah kita mendoakan yang baik-baik untuk Hafiz Hamidun dan Adiela Ridzuan amin :)

JAWATAN KOSONG TUKANG MASAK

$
0
0

Jawatan Kosong Tukang Masak


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan sebagai Petugas pada Musim Haji 1437H/2016 untuk jawatan seperti berikut :-
JAWATAN : TUKANG MASAKLOKASI : MAKKAH & MADINAH ( LUAR NEGARA ) KEKOSONGAN : 40 ORANG

Jawatan Kosong Tukang Masak Di Makkah dan Madinah
Gambar hiasan
credit to www.food-ooo.blogspot.com

Kelayakan :- - Lelaki Islam - Berumur 25 hingga 45 tahun
- Sihat Tubuh Badan dan bebas dari penyakit - Darah Tinggi, Kecing Manis, Sakit Jantung, Batuk Kering ( Tibi ) Hepatitis ( A,B,C ), Gout dan penyakit Kronik.
- Tempoh Kontrak ditawarkan di antara 60 hingga 75 hari - Memiliki Sijil / Diploma dalam bidang masakan dan sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman dalam bidang masakan melayu. - Berpengalaman memasak dalam kuantiti yang banyak diantara 3000 hingga 5000 pax dalam satu masa 
- Boleh bekerja dibawah penyeliaan dn pengawasan yang minima - Berdedikasi dan bertanggungjawab di atas tugas yang di amanahkan. Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan permohonan yang lengkap dan sekeping gambar bersaiz passport ke alamat berikut sebelum atau pada 15 Mac 2016.

ALAMAT :
TH GLOBAL SERVICES SDN BHDLANTAI 17 BANGUNAN TABUNG HAJI,201 JALAN TUN RAZAK, 50400 KUALA LUMPUR. FAKS : 03-21611700 TELEFON : 03-21622700 atau emailkan kepada :- mashitah@thhotels.com.my suhailin@thhotels.com.my rozaimiabdulrahimthgs@gmail.com rozaimirahim@thhotels.com.my #PERMOHONANDISENARAIPENDEKAKANDITEMUDUGA


USTAZ KAZIM ELIAS DISERANG SAKIT JANTUNG

$
0
0

USTAZ KAZIM ELIAS DISERANG SAKIT JANTUNG

Malaysia telah digemparkan dengan berita Ustaz Kazim Elias yang telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) selepas diserang sakit jantung ketika memberi ceramah kepada khalayak ramai. Mula-mula saya ragu-ragu nak percaya ke tak dengan berita ni, yelah sekarang ni banyak sangat khabar angin yang tak betul. Tapi bila ada gambar sekali disertakan, baru lah saya percaya.

USTAZ KAZIM ELIAS DISERANG SAKIT JANTUNG
Ustaz Kazim Elias diserang sakit jantung ketika memberi ceramah

Ustaz Kazim Elias masuk hospital di Bachok


Di laman web myMetro pun ada artikel tentang Ustaz Kazim Elias masuk hospital. Saya ada memetik info-info penting di artikel tersebut :


Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada ketika memberi ceramah di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jajahan Bachok, Gunong, malam tadi.

Dalam kejadian 9 malam itu, beliau baru lebih lima minit memberi ceramah di hadapan 1,000 penonton sebelum mengadu sakit dada. Beliau kemudian di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut

USTAZ KAZIM ELIAS DISERANG SAKIT JANTUNG
UKE diuji dengan serangan sakit jantung

Mengambil lagi keterangan  dari artikel myMetro ini...

"Bagaimanpun selepas lima minit memberi ceramah beliau mengadu sakit dada dan sempat memohon maaf kepada semua pengunjung hadir kerana tidak dapat meneruskan ceramahnya. Beliau kemudian terus dibawa ke klinik sebelum dirujuk ke HUSM untuk pemeriksaan lanjut," kata Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus.

Sedih pula tengok Ustaz Kazim Elias lemah begitu. Semoga beliau cepat sembuh amin. Bestnya beliau diuji ketika sedang melakukan kebaikan. Semoga Allah merahmati beliau Amin. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Ustaz. :') 

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ

$
0
0

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ

GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ ni! 

Syarat-syarat dia mudah je. Tapi cara syarat-syarat tu diberitahu sangat unik. Dan nak tick syarat-syarat tu lagi unik! Serius UNIK! Dan kreatif. Daebakk! First time saya tengok dan merasai ke-unik-an ni. Nak tahu apa yang uniknya? Jom!

 4 DAYS LEFT!

Semoga berjaya!

Episod Akhir Drama Korea Remember~sad ending

$
0
0

Episod Akhir Drama Korea Remember~sad ending 

Drama Korea yang berjudul Remember yang ditayangkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat di channel SBS One HD sudah pun tamat! Yeayyy! Den ingat ada 24 episod drama ni sebab dapat tahu dekat satu laman web tu yang total ada 24 episod. Rupa-rupanya 20 episod je! Nasib baik sempat tengok episod akhir drama ni sebelum balik ke asrama minggu depan hehe.

Episod Akhir Drama Korea Remember
Remember-War Of The Son
credit to http://sinopsis-tamura.blogspot.my/

Sinopsis Ringkas Remember


Seo Jin Woo(Yoo Seung Ho) memiliki penyakit Hyperthymesia yang menyebabkan dia boleh mengingat setiap kejadian hidupnya secara detail dan sempurna. Untuk membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah, Jin Woo kemudian menjadi pendakwa raya dan bekerja keras untuk membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah. Tapi Jin Woo mulai kehilangan ingatannya kerana terkena Alzheimer ( Alzheimer adalah jenis demensia paling umum yang awalnya ditandai oleh lemah daya ingatan).

Episod Akhir Drama Korea Remember
Drama Korea Remember
credit to koreandrama.org

Sebahagian watak-watak penting Remember

Yoo Seung Ho sebagai Jin Woo (hero)
Park Min Young sebagai Lee In Ah (heroin)
Nam Goong Min sebagai Nam Kyu Man
Park Sung Woong sebagai Park Dong Ho
Han Jin Hee sebagai Nam Il HoUhm Hyo Sup sebagai Pendakwa Raya Hong Moo Suk

Episod akhir Remember 


Nam Kyu Man bunuh diri di penjara. Part ni serius sedih. Sedih sebab sebelum dia bunuh diri tu, dia ingat balik kata-kata Peguam Park yang kata ayahnya akan buang dia akhir sekali. Rupa-rupanya memang betul ayah dia buang dia. Dia teringat juga hero kata dia ni kelihatan sangat menyedihkan -kawan tak ada, sentiasa sunyi, dikelilingi oleh orang yang tak boleh dipercayai. Tapi saya memang sedih tengok Nam Kyu Man ni bunuh diri walaupun dia banyak buat jahat-dosa-salah-macam-setan tapi kesian la last sekali sebab tak ada seorang pun yang menyebelahi & yang ada di samping dia saat dia sedih.

Babak di mana Nam Il Ho tahu anak dia,Nam Kyu Man bunuh diri pun adoiiii~sedihnyaa! Yelaa ayah mana yang tak sayang anak kan. Walaupun dia kata dia dah buang anak dia tu, tapi mestilah saying sebagai seorang ayah tu tetap ada. Expression time ayah dia nangis serius buat kita rasa nak nangis sekali. Kita dapat rasa kesedihan dan kekecewaan dia. Tapi saya tahan air mata! Malu nak nangis depan umi abi kihkih.

Musang licik – Pendakwa Raya Hong ! Dia ingat dia boleh terlepas selepas tolong polis tangkap Nam Il Ho? Eeeii jahat betul dia ni. Bak kata heroin , peguam Hong lagi teruk dari Nam Kyu Man dengan Nam Il Ho. Ini kerana muka dia yang tak tahu malu dan tak rasa bersalah langsung mengkhianati Nam Kyu Man dan Nam Il Ho malah membantu buat kejahatan di tempat lain pula. Padan muka akhirnya ditangkap polis!

Sebelum hero hilang ingatan sepenuhnya, hero sempat beritahu Peguam Park untuk menunaikan janji kontrak yang mereka buat beberapa tahun yang lepas. Mula-mula saya tak tahu apa yang hero suruh Peguam Park tunaikan. Lepas tu akhir sekali baru tahu rupa-rupanya hero minta Peguam Park ambil alih firm guaman dia. Yela suatu hari nanti pun dia akan hilang ingatan. Dan time babak hero completely lupa Peguam Park perghhh soooo sad! Sedih sangat sampai Peguam Park pun nangis. Kakak saya pun nangis part babak ni dia kata. Yela cuba bayangkan.. segala memori masam manis yang kita dah bina dengan orang tu lepas tu pada satu hari dia completely lupa kita ni siapa. Sedih dan sadis.

Episod Akhir Drama Korea Remember
Hero dan heroin Remember
credit to asianwiki.com

Okay ni kira pengakhiran babak~ di mana heroin berjumpa dengan hero di tempat pokok gantung kad. Ni kira tempat memori mereka bersama la. Kat sini jugak lah mereka first kiss *utup mata* ngehngeh. Kira macam tempat ni saksi mereka meluahkan cinta masing-masing la. Aceceyyy. Okay back to the story. Time heroin masuk tempat tu, hero dah nak keluar dah masa tu. So, mereka berjalan bertembung sesame sendiri. Heroin dah senyum-senyum dengan mata bersinar-sinar tengok hero ada kat situ sekali. Masa ni umi,abi dan saya masing-masing sibuk teka “hero kenal dia!”, “hero mesti lalu je ni, dia tak kenal heroin”, “hero dah tak ingat dah kat heroin”, “cehh cehh cehh mesti dorang berhenti lepastu peluk, happy ending~”. Hahahah macam-macam kami teka. Dan yang sebenarnya, tekaan abi betul.

Hero tu just lalu je tepi heroin. Selisih tanpa bertegur ke ape, senyum pun tidak, completely being stranger! Perghh masa tu heroin dengan dramaticuniq nya tersentap. Dia berpaling ke belakang, memanggil hero. Tapi hero tanya “siapa awak?”. Perghhh dengan background muzik sedih nya, heroin terpaku tergamam. Lepastu hero mungkin rasa bersalah sebab tengok heroin tu macam nak nangis. Dia pun kata dia minta maaf sangat-sangat sebab ingatannya yang tak berapa nak baik. Pergh sian gila heroin masa tu. Walaupun benda ni dah dijangka akan berlaku, tapi heroin still feel sentap dan overwhelmed dengan perasaan sedih la hero tak ingat dia. Heroin pun balas “tak apa. Saya tersilap orang. Muka awak macam iras seseorang yang saya kenal”. Lepastu hero pun berlalu pergi. Si heroin melangkah ke pokok. Ambil satu kad. Dan isi kandungannya …

“I’m sure the pieces of my memory that I’ve lost are with you. Please cherish those memories forever. Wherever I am, I always wish for your happiness.”

Sejurus selepas heroin baca je kad tu, heroin pun tersenyum-menangis dan berlari pergi medapatkan hero. Dia panggil lagi sekali hero. Dia tanya “kenal tak rantai ni?” *rantai tu ialah rantai yang hero pernah bagi kat dia*

Hero pun jawab dia tak kenal.

Heroin pun tersenyum. Dan ikut jalan di belakang hero sambil tersenyum.

-THE END-

Haa ye ye saya tahu. Saya faham mesti ramai gilos tak puas hati dengan ending ni. Dah la sad ending, lepas tu tak faham motif heroin tu senyum gembira last sekali. Sepatutnya dia sedih la kan kan bila hero tak ingat dia? Kenapa dia senyum pula? Tak paham argh~! Umi paling tak puas hati dengan heroin tu hahaha. Umi banyak kali cakap “hishhh nape heroin ni senyum pula. Jadi, hero ni dia ingat ke tak sebenarnya heroin? Kat kad kata ingat, tapi bila panggil tak ingat pula. Ish”

Hahaha sian umi. Saya pun tak faham sangat sebenarnya. So, saya tanya la geng EFG yang tengok juga drama ni :Kak Niz. Kak niz pun beritahu la.. hero memang tak ingat heroin dah. Tu bila heroin panggil, dia tak kenal heroin. Hero tu dah lepaskan segala memori indah bersama heroin di dalam kad yang ditulisnya dan gantung di tempat pokok. Si heroin senyum akhir sekali sebab si hero masih ingat memori mereka bersama tetapi terpaksa lepaskannya kerana penyakit Alzheimer yang dihidapi hero.

Haaa gituu penjelasan dan maksud tersirattt sangat di sebalik ending Remember ni. Sabo jelah aku. Hahaha.
Okay tu je. Nak tonton dan muat turun full episode drama korea Remember ni? Klik SINI.
Semoga terhibur dan ni second time saya jumpa cerita Korea yang sad ending argh.

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

$
0
0

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat penyertaan : 5 Mac 2016
Jom join sapot !

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz

$
0
0

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz


TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US

First Giveaway By Nadia Syamimi

$
0
0

First Giveaway By Nadia Syamimi


First Giveaway By Nadia Syamimi
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat penyertaan : 27 Februari 2016

PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA


Awesome Birthday Giveaway

$
0
0

Awesome Birthday Giveaway

Awesome Birthday Giveaway
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat penyertaan : 27 Februari 2016 :)

FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91

$
0
0

FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91

WELCOME EVERYBODY

Hello everyone, okay today I nak buat my first mini giveaway for u all.
Alhamdulillah rezeki yang Allah s.w.t bagi kat I sebelum nih, I niat nak share ngan u all so terbitnya this giveaway. Sebab apa I nak share ngan u all this perfume??? Perfume nih perfume favorite I makna kata kat sini sharing is caring...hahhahah..

Okay, one more thing I nak hadiahkan my fellas for their feedback to myblog based on my rules in this giveaway. 

All to my friend sudi2 la support my GA yang hanya kecil pemberian nya tapi besar maknanya buat blogger baru seperti saya.

Sekiranya, penyertaan melebihi apa yang saya jangkakan akan ada surprise for u all.



Syarat :-

Follow Blog mimiebella91


Follow Blog Dibawah:




Follow Page Dibawah:








Follow Instagram Dibawah:




Senaraikan blog saya dalam Bloglist



Buat satu Entry bertajuk "FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91"

Share Tips Bagaimana anda memilih perfume yang sesuai dengan diri anda?
Minimum 150 patah perkataan.


Tinggalkan Link entry anda di ruangan komen



  • dah submit entry boleh rujuk senarai peserta bertuah


  • 2 orang pemenang dipilih berdasarkan entry bertajuk"FIRST MINI GIVEAWAY BY MIMIEBELLA91"


  • semua peserta akan dimasukkan dalam bloglist saya


  • pastikan anda ikut rules dengan tepat tanpa tercicir, Nsyallah Adorable perfume menjadi milik anda


  • Segment ini akan berlangsung pada 22 January 2016 hingga 28 February 2016


  • Tips Bagaimana Saya Memilih Perfume Yang Sesuai Dengan Diri Saya

    Okay saya berlaku jujur sekarang ni ye boleh ke? Hehe. Saya tiada perfume. Saya tak pakai perfume. Saya tak pernah beli perfume untuk diri sendiri. Saya nak pergi mana-mana, saya tak pakai perfume. Saya pernah ambil sikit-sikit je kawan saya punya atau time nak solat, umi saya akan calitkan sedikit perfume pada telekung saya. Umi pesan kalau nak sembahyang kena wangi. Nak ngadap Allah, kena wangi. Haa selain dari tu memang saya tak sentuh dan tak pakai perfume. Haa jangan tak percaya pula. Sila percaya. Jadi, untuk jawab soalan ni sangat susah sebenarnya. Sebab saya tak pakai perfume haha.

    Tapi kalau lah ye. Kalau lah saya nak beli perfume, saya akan cari bau perfume yang lembut dan tidak terlalu kuat baunya. Kan ada sesetengah perfume yang bau dia menyengat lubang hidung. Haa tu memang tak sesuai dengan hidung saya ni. Saya lebih suka bau yang lembut. Dari segi sesuai ke tak dengan kulit saya, saya jenis yang tak alah pada apa-apa. So, apa-apa perfume tidak menjadikan kulit saya ruam ke apa. 

    Tapi saya memang tak pernah beli perfume! Hahaha so saya memang tak reti nak jawab soalan ni. Kalau saya join Giveaway yang ada hadiah perfume pun, sebab niat saya nak beri hadiah pada umi saya. Umi saya suka perfume hehe. 

    Okay itu sahaja. Maaf kalau tak menjawab soalan dan tak menepati syarat ke apa ye :P

    GIVEAWAY BIRTHDAY WISHES TO ME AND BLOGLIST 2016 by Noor Akma

    $
    0
    0

    GIVEAWAY BIRTHDAY WISHES TO ME AND BLOGLIST 2016 by Noor Akma

    GIVEAWAY BIRTHDAY WISHES TO ME AND BLOGLIST 2016 by Noor Akma
    KLIK BANNER UNTUK JOIN

    Wish birthday untuk Kak Akma

    Berjalan lemah terlihat rerama,
    Terjatuh longlai dibantu lelaki
    Selamat hari lahir kak noor akma.
    Semoga panjang umur murah rezeki :)

    Pagi-pagi kena jogging,
    Tetiba rasa tekak loya,
    Teruskan sukses dunia blogging,
    Saya doakan semoga berjaya!

    Duduk bersimpuh si anak dara,
    Dipinang oleh si kacak duda,
    Hati riang jiwa gembira,
    Jangan lupa kekal awet muda,
    Hehehe


    Tarikh tamat penyertaan : 2 Mac 2016

    MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK

    $
    0
    0

    ♥ Assalamualaikum ♥

    "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "


    Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

    MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK


    klik banner - join

    Syarat-syaratnya :-


  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI(syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).


  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.


  • Buat entri bertajuk"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "


  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML


  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016


  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam


  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

  • Entri giveaway rujuk blogger : Kak Mialiana


    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016

    $
    0
    0

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016

    Wow ada Fiesta Hot Air Balloon la dekat Putrajaya! 3 hari je event ni - minggu kedua bulan Mac 2016. Saya dapat tahu tentang info ni dari kawan saya yang tag saya di Facebook. Bila saya tengok gambar-gambar Hot Air Balloon yang kawan saya tag tu, perghh macam best je! Hot air balloon dia besau besau! Ada juga yang ada bentuk kartun la. Macam-macam corak ada. Sebelum saya beritahu info berkaitan dengan Putrajaya Hot Air Balloon ni, jom tengok gambar-gambar gedebabom gojes dulu.

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2016

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    credit to FB Page 'Nak like semata mata'

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Berbagai bentuk dan saiz hot air balloon yang terdapat di sana!

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Wah bestnya!

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    credit to hotairballoon.com

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Besar betul yang satu ni

    8th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016

    Lepas dah ushar gambar-gambar menarik, mesti lah ada yang tertarik nak pergi dan nak tahu dengan lebih lanjut tentang  acara setiap tahun ni kan? Lagi-lagi tarikh ni time cuti sekolah, wahhh mesti ada yang nak bawak anak-anak ke tempat menarik macam ni. Jom jom saya bagi info details yang saya korek di laman web hotairballoon.

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    8th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2016

    Tarikh : 11-13 Mac 2016

    Alamat Hot Air Balloon Fiesta 2016 :
    Monumen Alaf Baru
    Precinct 2
    62100 Putrajaya, Malaysia 



    Bilangan balloon yang terlibat : 20



    Tahun bermulanya Fiesta Hot Air Balloon : 2009



    Mengambil petikan dari laman web rasmi myballoonfiesta.com

    Come and watch the stars of the show, the hot air balloons as they inflate and float up and leave you in awe.

    This majestic beasts will be inflated twice daily at 7am and 6pm. While there are 20 balloons up for show, the Fiesta also has tethered balloon rides as well as cold inflation where visitors can get up close and explore inside the balloons

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Ada banyak zone - Green Zone, Yellow Zone, Purple Zone, Red Zone, MyBalloonClub, Picnic Area

    Throughout the day there will be other activities such as the Extreme Zone for sports enthusiasts while for the shopaholics an area filled with bazaars as well as food and beverages stalls to curb your appetite!

    Be sure to visit our sponsors too at their corporate booths as they usually offer great deals and promotions of their products especially during the Fiesta! 

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Blue Zone Cold Inflation RM5

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Blue Zone Launch Field Access RM15

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Blue Zone MyBalloonClub RM300

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Blue Zone Night Glow Access RM25


    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Wow cantiknyaa bunga api

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Pink Zone Balloon&Breakfast Set RM30

    Apart from our family friendly attractions, we also offer areas where everybody can relax and unwind and have a picnic throughout the day. Be prepared to have fun when you join the three-day festivities with us in Putrajaya!


    Haaa lepas dah tahu apa aktiviti-aktiviti dan apa yang terdapat di sana, mesti nak tahu kat mana lokasinya ni. Di sini, saya sertakan peta lokasi untuk sampai ke tempat Hot Air Balloon Fiesta 2016 ni.


    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Event Location

    Dan yang menariknya, kalau betul-betul lost lah kan. Boleh pergi ke laman web rasmi Balloon Fiesta ni yang saya sudah nyatakan di atas tadi dan boleh tengok dia akan ajar macam mana cara nak pergi ke tempat Hot Air Balloon ni, sama ada dengan Keretapi, Bas atau Kereta.

    And last but not least, kan ada banyak event yang ada dalam tarikh 11-13 Mac ni dan ada macam-macam lah ! Ada bayaran-bayarannya yang tertentu, jom ushar Harga Ticket jom.

    PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2016
    Price List

    Kot-kot la ada yang musykil atau tak faham tentang sesuatu perkara berkaitan event ni, boleh terus pergi ke ....

    Laman Web Rasmi Hot Air Ballooon Purajayahttp://www.myballoonfiesta.com

    Atau contact / email ke....


    No telefon Hot Air Balloon Putrajaya: +6 03 9044 0002/0003
    Email: myballoonfiesta@gmail.com


    Wokeyyhh kawan-kawan saya dah ajak nak pergi sana. Macam best tapi tu lah duit tengah takdok ni haha. Mungkin kalau pergi pun, tengok-tengok je kot, takde nye nak naik Hot Air Balloon tu hehe.
    Viewing all 2993 articles
    Browse latest View live