Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com

$
0
0

Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

$
0
0
Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

$
0
0

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat : 29 Februari 2016.

Jom ramai-ramai support blogger KHEZMAIRA ! :)

wordless wednesday : Ibn Al Jawzi said if you find darkness..........

$
0
0

Ibn Al Jawzi said if you find darkness..........


Pagi-pagi ni jom kita isi dada kita dengan ilmu dan muhasabah diri jom ! :)
Ibn Al Jawzi said if you find darkness..........
credit to barelysupermommy.com


Ibn Al Jawzi said if you find darkness..........
Ibn Al Jawzi saying...

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan!

$
0
0

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan!

Kalau orang tanya time dulu-dulu kat saya, apa tempat makanan yang best kat Paroi? Saya tak boleh nak jawab sebab saya tak tahu di mana. Tapi sekarang ni saya boleh jawab! Saya dapat tahu ada satu tempat makanan cendol yang paling best mantop meletopp dekat Paroi ni. Namanya Cendol Retro. Abi pun dah pernah cuba cendol kat situ. Abi kata tempat cendol ni laku sampai kena beratur panjang, ada la sampai dua line kena berbaris. Perghh kemain hebak gerai cendol ni. Apa yang menariknya cendol kat situ? Jom layan gambar dulu bagi penambah rasa. Ouch!

Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan!
Cendol Retro ada pulut durian pekena pula dengan Cendol Durian

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol Retro ABC campur aiskrim pergh

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol Retro

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Pulut Durian

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol Durian

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Pulut Mangga

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol penuh satu mangkukkk!

Haaa amacam? Terliur tak? Hahahaha. Den pun terliur sekali ni sodapnyaa. Oh gambar-gambar ni saya ambil dari facebook cendol retro sendiri dan yang sudah mencubanya semua puji sedap. Saya tak pernah pergi lagi walaupun duduk di Seremban. Tak ada rezeki lagi nak pergi. 

Ohhh mungkin ada ramai yang confuse, cendol retro ni dekat batu kikir ke.. dekat Paroi? Sebenarnya Cendol Retro ada dua cawangan yang telah dibuka. Satu di Pekan Batu Kikir Negeri Sembilan dan lokasi baru Cendol Retro telah dibuka di Kampung Paroi, Seremban - bersebelahan NKI Bistro Paroi (berdekatan SK Paroi).

Tapi serius la kan~ katanya gerai Cendol Retro ni laku sangat sampai kena beratur panjang, Sedap sangat la tu kan? Teringin sangat nak rasa. Kalau pekena ABC atau cendol durian time panas-panas, perghhhhh sejuk tekak den. Harga pun berpatutan. 

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Tengok tuu, ramai beratur tunggu giliran nak beli

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
bersih tempat Cendol Retro ni

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Cendol Retro juga dibuka pada waktu malam sekarang ni
  
Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Tak putus-putus orang datang

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Gambar gerai Retro Cendol

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Meriah betul haa gerai Retro Cendol ni!

Menu di Cendol Retro Paroi, Seremban Sangat Menggiurkan
Lokasi baru Retro Cendol

Retro Cendol di Paroi
Selain bermacam-macam jenis ABC & Cendol, ada bermacam macam lagi kat Gerai Cendol Retro ni, ada pulut,durian,jagung,laichikang,laksa,mee sup,bihun sup, cucur udang. Pergh perghhh semua menu ni buat den terliurrrr je malam-malam ni haha. 

Cendol Retro Batu Kikir

NKI Bistro
Mungkin ada yang nak tahu lebih lagi tentang cendol retro ni, atau nak berhubung dengan owner/pekerja Cendol Retro ni, boleh contact atau message di official page Cendol Retro dan hubungi di talian no telefon 012-2696680 /011-35628094. Jangan risau kalau anda Personal Message (PM) di page Cendol Retro ni, anda pasti akan dilayan. Soalan anda akan dijawab oleh pihak Cendol Retro. Sebab saya pernah PM di situ :)

Official Page Cendol Retro

Tak boleh nak cakap lebih-lebih dari segi servis atau kesedapan nya sebab saya pun tak rasa lagi. Saya share ni pun sebab nak semua tahu kewujudan Cendol Retro yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Kot-kot ada pergi ke Negeri Sembilan ke kan, haa boleh la singgah sini pekena macam-macam makanan dan jenis minuman di sini. Kalau kena beratur panjang ke, kalau worth it, apa salahnya kan. Tapi kalau ada anak-anak kecil leceh la juga kan. 

Okay itu sahaja. Kalau sesiapa yang pernah rasa mungkin boleh bagi komen sedap ke tak sedap cendol di Cendol Retro ni hehehe.


Entri SEDAP yang lain :

Black Canyon di Palm Mall, Seremban
Sopoong IOI Putrajaya-Restoran Makanan Korea
Sushi King The Mines Serdang-first time!

Banana Boat di Port Dickson

$
0
0

Banana Boat di Port Dickson

Pernah naik banana boat di Port Dickson(PD) tak? Saya pernah dua kali naik. Sekali tu naik dengan classmates matrikulasi. Lagi satu kali tu naik dengan kawan-kawan UPM pula. Perghh dua-dua best! Walaupun saya jenis takut air yang dalam dan tak pandai berenang, tapi berani nak naik sebab ada pakai jaket keselamatan. Yela kot kot terjatuh time dia bawak lelaju tu, atleast ada la jaket keselamatan nak bagi kita terapung. 

Banana Boat di Port Dickson
Kami sempat lambai time ambik gambar ni. Nampak saya tak kat belakang tu?

Pengalaman naik banana boat di Port Dickson


Tapi serius best! Best sebab bila di bawa keliling pantai tu, memang laju la dia bawak. Sampaii kering rasa muka. Kalau kita jerit kuat-kuat pun, tak dengar sangat sebab bunyi angin lagi kuat. Kalau tak jerit masa naik tu memang tak sah la. Sebab yela kadang-kadang kan badan kita macam henjut-henjut sikit kan, masa tu lah rasa nak jerit gila-gila sebab rasa macam nak jatuh tapi tak jatuh pun haha.

Tapi yang tak bestnya bila…. Grrr! Geram pulak bila ingatkan benda tu haha. Yang paling den geram nya, kami dah kata kat orang yang bawak banana boat tu yang kami tak nak dilepaskan di dasar pantai. Sebab kebanyakan dari kami tak reti berenang. Dan tak pandai kawal badan kan. Tapi tapi grrr. Dia lepaskan jugak kami kat air tu. Walaupun tak dalam mana, tapi still la takut sebab tak reti berenang dan still kaki tak jejak ke tanah mesti lah takut kan. Dan arghhh! Bila teringat balik, nak nangis rasa. HAHA. Walaupun lepas buat tu, rasa macam seronok sebab ada pengalaman dilepaskan dari banana boat ke laut.. Tapi still rasa arghh! Dah lah masa dia lepaskan tu dengan tak bersedianya nak tarik nafas dalam-dalam, dengan air masuk hidung telinga, dengan tak boleh nak kawal jaket keselamatan terapung tu, dengan cuaknya tetiba kena lepas kat situ. 

Ya Allah hanyaa Allah je yang tahu betapa nak gugur jantung masa tu. Haha. Dah la dua kali dia lepaskan tu. Grrr sangat tau ish haha tak boleh move on lagi. Satu kali abang banana boar lepaskan tu bila nak dekat-dekat pulau dia lepaskan. Lepastu naik balik banana boat, pergi ke tempat asal, dia lepas kan juga. Nasib baik yang kali kedua lepas tu dia lepaskan dekat agak cetek air dia. Kalau tak, saya dah meraung kat situ kuat-kuat haha. Degil tau abang bawak boat tu eeiii! Hahaha masih geram lagi. #sisgeram

Banana Boat di Port Dickson
Muka-muka lepas kena baling dekat laut =.=

Okay cukup lah dengan pengalaman pahit-pahit-pahit-pahit-manis tu. Hahah banyak nau pahitnya.

Berapa harga naik banana boat ni? Harganya RM100 dan 10 orang boleh naik banana boat ni. So, sorang RM10 la kalau nak kongsi-kongsi duit kan. Worth it la kalau nak merasa sekali sepanjang hidup. Tapi kalau jenis orang yang lemah semangat bila berhadapan dengan iar atau trauma pernah lemas dalam air ke.. saya sarankan tak payah la naik. Bahaya. Tapi ada je orang yang jaga keselamatan kita time naik banana boat tu.

Banana Boat di Port Dickson
Mandi manda dekat Port Dickson yang paling best.
Pelampung wajib hahaha. Pelampung tu kena sewa.
Tak ingat berapa hinggit kalau nak sewa pelampung besar hitam tu.
Sooooo, ada niat tak nak naik banana boat? Hehe.


Entri BEST yang lain :

Buku #Projek100Buku Buku Bergambar Kanak-Kanak Berkualiti Dan Murah

$
0
0

#PROJEK100BUKU | BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
#Projek100BUKU


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Buku #Projek100Buku Buku Bergambar Kanak-Kanak


     Peranan buku dalam kehidupan sangat penting. Sejak dari alam persekolahan lagi kita telah berdamping dan bersahabat dengan buku. Buku merupakan aset paling penting dalam dunia pembelajaran. Ia memberikan kita ilmu dalam pelbagai bidang. Walaupun zaman telah berubah kepada dunia moden dan teknologi, buku masih menjadi pilihan di sekolah mahupun Universiti. Buku sentiasa dekat dan terus menerus bersahabat dan memikat hati kita, dari kita kecil hinggalah dewasa.


   Pernah kah kita lihat kanak-kanak tidak berminat dengan buku? Cuba kita bawa anak-anak kecil berlalu di hadapan kedai buku, adakah mereka akan berhenti untuk melihat dan menyelak buku-buku yang dipamerkan ataupun tak tertarik lansung dengan buku. Pastinya mereka akan tertarik hati dengan buku, dan membelek-belek buku yang dipamerkan lebih-lebih lagi buku-buku yang berwarna warni atau mempunyai watak kartun yang comel. Buku sememangnya sangat dekat di hati kanak-kanak tapi untuk memupuk budaya membaca di kalangan kanak-kanak hingga dewasa memerlukan sokongan dari kedua ibubapa.

   Atas kesedaran pentingnya budaya membaca di kalangan kanak-kanak dan juga memberikan ilmu bermanfaat yang menarik untuk kanak-kanak, Karangkraf telah menganjurkan #projek100buku bagi menyediakan bahan bacaan berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Khusyuknya dia 

ISTIMEWANYA BUKU #PROJEK100BUKU


* dihasilkan oleh penulis dan pelukis tempatan dengan bimbingan pelukis seni naif  dan penulis buku kanak-kanak berpengalaman, Yusof Gajah yang pernah memenangi pertandingan ilustrasi kanak-kanak di Pulau Nami,Korea dan kini berperanan sebagai juri dalam pertandingan tersebut.


* dengan bimbingan Yusof Gajah, buku buku ini di hasilkan mengikut format buku kanak-kanak di peringkat antarabangsa.


* Berkonsepkan buku bergambar yang menitikberatkan gambar/ilustrasi, yang mana walaupun kanak-kanak tak mampu membaca tapi masih boleh memahami jalan cerita hanya dengan melihat gambar.


* Sangat dekat dengan dunia kanak-kanak ,yang mana buku ini dihasilkan dari sudut pandangan seorang kanak-kanak dan menitikberatkan apa yang disukai dan gemari kanak-kanak.


* memberikan kanak-kanak ilmu tentang budaya hidup melayu ,dan kisah masyarakat di Malaysia yang kebanyakkan nya tidak diketahui oleh kanak-kanak disebabkan kurang pendedahan.


*buku bergambar ini bukan sekadar membantu kanak-kanak belajar membaca,tetapi juga berperanan menyelesaikan permasalahan yang di hadapi ibubapa dalam mendidik anak-anak dari segi kebersihan, kesihatan, pemakanan dan juga emosi.



#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

    #PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

MENGAPA BUKU #PROJEK100BUKU WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH

*mempunyai 100 judul buku yang menarik untuk dipilih

*mempunyai 5 kategori buku untuk memudahkan pemilihan

*ilustrasi yang comel dan berwarna warni 

*harga mampu milik, hanya RM3 sebuah

*saiz buku yang kecil dan ringan sesuai dengan kanak-kanak

*cerita pendek sebanyak 16 mukasurat yang padat dengan ilmu pengetahuan dan nilai murni

*didatangkan dengan kotak menarik untuk simpanan koleksi 100 judul buku sekiranya anda membeli 100 tajuk

#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Nilai Murni


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Motivasi


#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Sains&Kesihatan

#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Kreatif



#PROJEK100BUKU BUKU BERGAMBAR YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH
Siri 20 Buku : Kisah Haiwan & Serangga

Untuk  dapatkan buku-buku #projek100buku secara online boleh dapatkan dengan melawati blog salah seorang pelukis ilustrasi #projek100buku ini di www.housewifearts.blogspot.my .Untuk maklumat lanjut tentang buku #projek100buku boleh juga ikuti laman sosial pelukis ini di FACEBOOK dan INSTAGRAM . Buku-buku #projek100buku ini boleh juga didapati di kedai-kedai buku milik Karangkraf.

Lirik Lagu HANCUR AKU - ESTRANGED feat FAZURA

$
0
0

Lirik Lagu HANCUR AKU - ESTRANGED feat FAZURA

First time dengar semalam sebab ada seorang blogger ni namanya nbla suruh dengar. Katanya sedap, boleh tahan gak lagu dia. So, saya pun memang jenis yang layan lagu kat youtube pergi la search kat youTube. Mula-mula layan lagu Pencuri Hati dulu hehe pastu baru search lagu Official Music Video Hancur Aku by Estranged feat Fazura. Lepastu terkejut gak! Kenapa saya terkejut? Jengjengjeng~ jom layan lirik lagu ni dulu!

Lirik Lagu Hancur Aku by Estranged ft. Azura
Lagu Hancur Aku nyanyian Estranged feat Fazura


Lirik Lagu Hancur Aku by Estranged ft. Fazura


Apa khabar teman

Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu
Apakah ertinya
Kesemua ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hooo.

Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Sepatutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku
Hancur. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Bila engkau tiada(bila engkau tiada)
Rindu kau bicara
Hancur. hancur aku

Bila teringatkan mu(oh teringatkankan mu)
Hancur, hancur saja
Bila inginkan mu
Hancur aku
Hancur aku


credit lirik to : www.lirikcinta.com

Lirik Lagu HANCUR AKU - ESTRANGED feat FAZURA
Penuh penghayatan gitu Fazura
Okay back to the question kenapa-saya-terkejut tadi? Saya terkejut sebab Official Music Video Lagu Hancur Aku ni belum sampai dua bulan pun lagu ni dimuat turun di YouTube, sudah pun hampir mencecah 2 juta view! Hebat la tu kan? Hebat sebab lagu ni bukan lagu OST mana-mana drama atau movie pun tapi surprisingly mampu mendapat view lebih dari 1 juta dalam masa 1 bulan lebih je. Hebat sebab lagu-lagu Melayu ni memang susah nak dapat berjuta-juta melainkan atas faktor-faktor tertentu kan. Tu pandangan saya la. Kagum la juga dengan lagu ni. Boleh tarik berjuta-juta pendengar.

Lirik Lagu HANCUR AKU - ESTRANGED feat FAZURA
hancur hancur aku bila bila saja~ hancur hancur aku.

Lagu ni bagi saya, memang best. Memang kena dengan taste saya haha. Suara Estranged memang terbaik! Ala-ala Indon suara dia, tu yang best tu. Suara Fazura pun bagi saya sedap dan kena dengan lagu ni. Harmoni je dengan suara Estranged. Dah lebih 10 kali gak saya ulang lagu ni kat YouTube. Pakai wifi UPM kan, boleh la ulang banyak kali haha. Memang layak la lagu ni dapat juta-juta view. Sebab sangat sedap lagu dia. Walaupun word 'HANCUR' duk banyak kali ulang kan, hahaha tapi best gak.

Nak dengar lagu ni? Klik SINI

Okay selamat melayan lagu ni~ :)

Yeay duit JPA sem akhir dah masuk!

$
0
0

Yeay duit JPA sem akhir dah masuk!

Semalam kawan jeritt.. "KAKCIKKK! DUIT JPA DAH MASUKK!". Saya terkebil-kebil. Likee seriousslyyy?! Ha?! Duit JPA dah masuk? Yeayy yeay yeayy alhamdulillah. Gembira terlebih sebab memang dah pokai dah ni haha. Dengan lecturer suruh beli buku nyaa, nak fotostat nota nya kan. Memang memerlukan duit sekarang ni. Dan alhamdulillah semalam dah masuk :D
Yeay duit JPA sem akhir dah masuk
Duit JPA untuk student UPM dah dikreditkan :D

Sebenarnya duit JPA tak masuk bank lagi, tapi duit JPA sudah dikreditkan ke pihak UPM. So, maybe 1 atau 2 atau 3 minggu selepas tarikh semalam, duit JPA masuk ke dalam akaun bank Islam. Tapi tahu benda tu pun cukup menggembirakan! Sebab boleh tahu bila duit JPA nak masuk bank.

Ohh ada orang yang nak tahu macam mana nak check duit JPA bila masa dia kredit kan. Kalau saya, saya tak payah check pergi ke mesin Bank Islam tengok dah ada duit ke belum. Yela malas nak menapak ke kafe semata mata nak tengok duit JPA dah masuk ke belum. So, saya check guna apa? Jengjengjengg~

Macam mana nak check duit JPA dah masuk?

Saya check dengan MySelf! Apa itu MySelf? Malaysian Student Engagement Online Feed. Kalau nak ambil maksud full di laman web MySelf sendiri, katanya

MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah 'Single Sign-On'.
Yeay duit JPA sem akhir dah masuk
Laman Web Rasmi MySelf

Apa fungsi MySelf ni?

  • Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan
  • Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Status Senarai Hitam
  • Lapor Diri Atas Talian
  • Permohonan Penangguhan Kontrak
  • Permohonan Pertukaran Penjamin
  • Permohonan Elaun Tambahan
  • Permohonan Pelanjutan Pengajian

Sesiapa yang belum lagi mendaftar, boleh klik di SINI dan klik pada tempat yang tertulis 'Klik sini untuk mendaftar' (seperti di gambar atas). Haa lepastu daftar lah. Nanti untuk next next nak masuk, log masuk (login) je. Tak perlu daftar-daftar dah. 

Kalau yang dah daftar, tapi lupa laa pulak password aduyaii. Yang e-sila ID, memang la ingat sebab bubuh nombor IC je kat situ. Cuma password yela kadang-kadang mesti lupa. Tapi takpe jangan risau, boleh klik pada 'lupa kata laluan'. Nanti pihak MySelf akan email password baru. Haa password baru tu jangan lupa pula! Hahaha. Tetapi biasanya password baru dia bagi mesti pelik-pelik dan susah sangat nak ingat. So, ada dua cara sama ada catat password tu dekat mana-mana atau tukar password dekat MySelf kita. Kalau saya, saya catat dekat notes handphone saya hehe.

Haa soo senang je apa-apa hal, bukak je MySelf. Nak semak ke nak kemaskini ke nak lapor diri ke nak mohon ke.. segalanya ada di situ. Mudah kan sekarang ni? Tak payah susah-susah. Hanya memerlukan data internet, boleh akses ke MySelf ni. 

Okay itu sahajaaa~ senyum tak hilang lagi tengok duit JPA dah dikreditkan. Kuikuikui.


Entri lain yang berkaitan dengan JPA:

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE

$
0
0

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum semua.

Kimmie dalam proses untuk dapatkan senarai terbaru blog. Jadi bila Kimmie nak blog walking senang sikit kan. Untuk membolehkan kitaaa semua masuk dalam bloglist Kimmiesenang saja. Kitaaa semua cuma perlu ikut langkah dibawah:

1) Tolong 'LIKE' page facebook . Klik je Like button tu, senang kan.

2) Follow salah satu daripada berikut:
  • Twitter (@kimmie2713)
  • Instagram (@rose_zha)
  • Google +
  • Google Friend Connect
3) Buat satu entri dengan tajuk "SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA   KIMMIE". Jangan lupa letak banner di atas dalam entri kitaaa nanti.


Lepas tu, tinggalkan link entri kitaa dalam ruangan komen Kimmie ya. Boleh Kimmie pergi melawat pulak blog kitaaa nanti.

Tempoh segmen ini dari 1 Februari 2016 hingga 29 Februari 2016

Kimmie akan pilih 20 blog berdasarkan entri kitaa yang menarik. Blog ini akan Kimmie masukkan dalam bloglist Kimmie.

Sekian terima kasih.

Semoga berjaya semuaaa! :)

9 Essential Things To Pack When You Are Traveling To India

$
0
0

9 Essential Things To Pack When You Are Traveling To India 

India is a vast country with beautiful landscapes, cultures and historical places to see. The terrain is diverse, and you can experience the highest mountain range in the world, the Himalayas, the most beautiful beaches in Goa and the exotic greenery and backwaters in Kerala.

Other than natural beauty, India has one of the oldest and diverse historical structures. From forts, palaces, temples, masjids, mahals you can see monuments which shows a mix of culture in the country. So you should make a trip in India to experience this diversity. You can book your trip to India from Expedia Malaysia. They have offers and deals which make travelling quite affordable.

9 Essential Things To Pack When You Are Traveling To India
Expedia Malaysia couponbelanja,com

There are some general things to take care when you are travelling to India


The sun is strong. Take proper protection

9 Essential Things To Pack When You Are Traveling To India
The sun is really strong in India
India remains warm for most part of the year and if you are traveling in summers you have to be extra careful. The sun is really strong and you have to be well prepared for it. Cover yourself well in the heat. Carry sun glasses, sunscreen, caps, scarves, anything that protects you from the direct exposure to the sun. Travel early in the mornings if you are traveling outdoors or after the sun sets. Drink a lot of water and drinks from time to time.

Wear comfortable shoes

9 Essential Things To Pack When You Are Traveling To India
There are many kinds of flip flops

You need to be comfortable in your shoes if you are traveling and visiting a lot of places. Avoid fancy shoes. A pair of flip flops is a must. It is comfortable and easy to wash. If you are visiting religious places, you might need to open your shoes and then flip flops comes to use. Sneakers are also a good choice if you have to walk a lot.

Chargers and Adapters

9 Essential Things To Pack When You Are Traveling To India
Example of chargers and adapters

In this digital age, chargers need to be carried everywhere. Whether you are charging your mobile phone or tablet or laptop, you would have the need to charge these electronic instruments from time to time. You have to take care to see that you have converters which will help you convert the voltage needed for your electronic devices.

Medicines

This is something every traveller should carry anywhere. Indian food has all those spices which you might not be used to if you are travelling for the first time. The weather is also quite different. So take the medicines that you usually have when you are not well.

Earplugs

9 Essential Things To Pack When You Are Traveling To India
Earplugs is really help you if the place is so noisy

India is noisy. It is either the traffic honks or the popular Bollywood music playing almost at all public places. It is not easy to get accustomed to this noise the first time you visit. It is better to carry your earplugs if you are not used to sound.

Insect repellants

It is tropical country and living creatures are generally more than you would see in the western countries. Have insect repellants with you specially if you travelling with kids.

Try travelling off-season away from the crowd

India is the most populous country in the world and you would find an immense number of people anywhere you travel. If you travel during the peak seasons you might not get the best hotels to stay at reasonable prices. You can book hotels at Hotels.comor Expedia.

9 Essential Things To Pack When You Are Traveling To India
Hotels.com

Wet wipes

There are many functions of wet wipe
Wet wipes are something which helps you to stay clean.You can also stay cool too by using these wipes.

India is different and there is a lot to see. You have to plan well and be prepared before you travel. I am sure you would like some things which you would not have seen anywhere in the world.

Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016

$
0
0

Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016

Pencarian bloglists bagi bulan Mac 2016 di blog azlindaalin.com 


Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016


Syarat-syaratnya :
 Follow blogazlindaalin 
Add To CircleGoogle+ Azlindaalin ,  


Masukkan blog www.azlindaalin.comke dalam bloglist anda.

Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen DI SINI

10 bloglists akan di pilih. Keputusan pemenang akan di beritahu pada 1 Mac 2016. Akan di masukkan terus ke dalam bloglists www.azlindaalin.comdan InsyaAllah Azlinda Alin akan blogwalking setiap hari.

Tarikh mula dari 26 Februari 2016(Jumaat) sehingga 29 Februari 2016 (Isnin, Jam 11 Malam)

Senang je,kan...

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016 #AME2016

$
0
0

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016 #AME2016

Anugerah Meletop Era 2016 diadakan di CIDB Convention Centre pada 28 Februari 2016.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Empat hos #AME2016 : Jihan Muse, AC Mizal, Neelofa, Nabil

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Meletop Era 2016



ANUGERAH DRAMA MELETOP


1. M.A.I.D
2. Tuan Anas Mikael
3. Cik Bunga Encik Sombong
4. Isteri Separuh Masa
5. Isteriku Bukan Tukang Masak



Pemenang : M.A.I.D

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang Anugerah Drama Meletop #AME2016 : M.A.I.D



ANUGERAH ARTIS LAWAK MELETOP

1. Johan
2. Jihan Muse
3. Jep Sepahtu
4. Emma Maembong
5. Mark Adam



Pemenang : Johan


SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang Anugerah Artis Lawak Meletop : Johan



ANUGERAH HOS MELETOP

1. Nabil Ahmad
2. Jihan Muse
3. Zizan Razak
4. Dato AC Mizal
5. Fara Fauzana



Pemenang : Dato AC Mizal


ANUGERAH PELAKON MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Zara Zya
3. Emma Maembong
4. Amyra Rosli
5. Amar Baharin



Pemenang : Ayda Jebat

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang Anugerah Pelakon Meletop : Ayda Jebat



ANUGERAH PROGRAM MELETOP

1. Gegar Vaganza 2015
2. Super Spontan All Stars Akhir
3. Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir
4. Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015
5. Pencetus Ummah 2015



Pemenang : Gegar Vaganza 2015

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang Anugerah Program Meletop :Gegar Vaganza 2015



ANUGERAH LAGU MELETOP

1. Ayda Jebat - Siapa Diriku
2. Akim & The Majistret - Potret
3. Syamel AF - Hidup Dalam Mati
4. Dato’ Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu
5. Hazama - Sampai Mati



Pemenang : Ayda Jebat - Siapa Diriku

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang Anugerah Penyanyi Meletop : Ayda Jebat(Siapa Diriku)



ANUGERAH PENYANYI MELETOP

1. Ayda Jebat
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Hazama
4. Syamel AF
5. Ezad Lazim



Pemenang : Ayda Jebat


ANUGERAH GRUP/DUO MELETOP

1. Akim & The Majistret
2. Cakra Khan feat Dato’ Siti Nurhaliza
3. Caliph Buskers
4. De FAM
5. Elizabeth Tan ft Faizal Tahir



Pemenang : Akim&Majistret

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang Anugerah Duo/Group Meletop : Akim&The Majistret



ANUGERAH PENYAMPAI RADIO MELETOP

1. Johan
2. Abby Fana
3. Haniff
4. Feeya
5. Ray



Pemenang : Johan


ANUGERAH PROGRAM RADIO MELETOP

1. JoHaRa Pagi Era
2. SATE
3. Top 40 ERA
4. Sembang Sinar
5. Ceria Pagi



Pemenang : Johara Pagi Era


SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang : Anugerah Program Radio Meletop : JoHaRa Pagi Era



ANUGERAH FILEM MELETOP

1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby



Pemenang : Polis Evo

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang Anugerah Filem Meletop : Polis Evo



ANUGERAH BINTANG FILEM MELETOP

1. Polis Evo
2. Suamiku Encik Perfect 10
3. Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Hantu Bungkus Ikat Tepi
5. Gila Baby



Pemenang : Zizan Razak (Polis Evo)

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang Anugerah Bintang Filem Meletop : Zizan Polis Evo



ANUGERAH FESYEN MELETOP

1. Neelofa
2. Shaheizy Sam
3. Dato’ AC Mizal
4. Fattah Amin
5. Nabil Ahmad



Pemenang : Dato' AC Mizal


ANUGERAH ARTIS BAHARU MELETOP

1. Azrel Ismail
2. Mira Filzah
3. Syamel
4. Hafreez Adam
5. Zahirah Macwilson



Pemenang : Mira Filzah


ANUGERAH BINTANG ONLINE MELETOP

1. Zizan Razak
2. Emma Maembong
3. Dato’ Siti Nurhaliza
4. YB Khairy Jamaluddin
5. Shaheizy Sam



Pemenang : Dato' Siti Nurhaliza

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Pemenang Anugerah Bintang Online Meletop : Dato Ct Nurhaliza



ANUGERAH COUPLE MELETOP

1. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
2. Johan & Ozzlyn
3. Nabil Ahmad & Zira
4. Lisa Surihani & Yusry
5. Yana Samsudin & Fadzil Zahari


Pemenang : Johan&Ozzlyn

ANUGERAH SEGMEN KHAS : Pengulas lagenda bola sepak-Zulkarnain Hassan

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Anugerah Segemn Khas : Zulkarnain Hassan


Anugerah Top Top Meletop Wanita : Ayda Jebat

Anugerah Top Top Meletop Lelaki : Johan

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Anugerah Top Top Meletop : Johan&Ayda
SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Eleena Harris di #AME2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Elizabeth Tan di #AME2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Kamal Adli & Emma Maembong di #AME2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Scha & Awal & Lara Alana

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Tasha Manshahar di #AME2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Wani Kayrie di #AME2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Hairul Azreen & Hanis Zalikha di #AME2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Persembahan KRU di #AME2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Persembahan Mark Adam di #AME2016

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016
Stacy&Akim di #AME2016

SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

$
0
0

SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat : 5 MAC 2016

Semoga Berjaya!

Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my

$
0
0
Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my
Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my
klik banner untuk join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari ini saya ingin melancarkan satu lagi segmen iaitu Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my untuk pertama kalinya diblog biskutsemperit ini untuk ada bloglist.

Apa syarat-syaratnya adalah :-
  1. Tulis entry bertajuk "Pencarian Bloglist Bulan Mac Biskutsemperit.my"
  2. Tag dua rakan blogger anda dan pastikan dia tahu
  3. Hadiah

    15 blog akan dipilih secara random
    untuk dimasukkan dibloglist biskutsemperit.my sehingga 31 Mac 2016

    Mula : 24 Feb 2016 Tamat : 2 Mac 2016

    Terima kasih kerana sudi join segmen ini. Semoga berjaya.


EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0 PELUANG KERJAYA MENANTI ANDA!

$
0
0

EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0 PELUANG KERJAYA MENANTI ANDA!

Ekspo Ekstravaganza Johor 2.0 (EEJ 2.0) akan diadakan di Angsana Johor Bahru Mall,Johor yang bertarikh pada 4-6 Mac 2016 (Jumaat-Ahad). EEJ 2.0 ini dianjurkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) Syarikat di dalam Kumpulan Johor Corporation. Berita Baik kepada Anak Watan Negeri Johor, Graduan Universiti, Pelajar Lepasan SPM/STPM dan anda yang sedang mencari peluang pekerjaannn~ PELUANG KERJAYA OLEH JOBSMALAYSIA SEMPENA EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0!

EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0
EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0 2016
credit to www.ippj.com.my

Matlamat Penganjuran EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0 2016

1. Menggabungkan usahawan dari pelbagai kluster industri di bawah satu bumbung. 
2. Platform perkongsian maklumat, idea dan strategi bagi mengetengahkan produk usahawan ke tahap yang lebih tinggi. 
3. Melahirkan ramai usahawan baru, bahkan mewujudkan jaringan perniagaan yang maju dan lebih kompetitif di Malaysia. 
4. Mewujudkan peluang perniagaan dan rangkaian usahawan di Angsana Johor Bahru Mall dalam memasarkan produk dan barangan mereka. 
5. Menjana pemikiran usahawan yang proaktif, idealisme dan kreatif melalui pelbagai aktiviti & program motivasi yang akan dijalankan sepanjang EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0 berlangsung. 
6. Memberi peluang kepada para pengunjung untuk mendapatkan variasi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh para usahawan di EEJ 2.0 

EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0

10 Senarai Majikan :

1) Johor Corporation
2) Ranhill Water Services Sdn Bhd
3) GCH Retail (M) Sdn Bhd (Giant Hypermarket)
4) UM Land Berhad
5) Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd
6) Mewaholeo Industries Sdn Bhd
7) Pos Malaysia
8) Themes Attraction Resort & Hotel
9) Salutary Avenue Maunfacturing Services Sdn Bhd
10) Hotel Jen Puteri Harbour Johor

*sila bawa resume bergambar dan berpakaian kemas

EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0
Booth A12 Booth Seqy Beauty di EEJ 2.0

EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0
Booth A24 Booth Sutra Shoppe di EEJ 2.0

EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0
Pelan lokasi EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0
Untuk mendapatkan Pelan Tapak dan Borang Tempahan Booth sila hubungi kami melalui emel di inquiry@convenue.com.my 

Atau terus menghubungi pihak kami bagi sebarang pertanyaan (Call / SMS / Whatsapp) : 
07-222 1767 / 68 (Pejabat) 
016 - 715 2609 (Hazali) 
012 - 714 5156 (Sofia) 
012 - 751 3601 (Norlina) 

EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0
EKSPO EKSTRAVAGANZA JOHOR 2.0 di Angsana Johor Bahru Mall

Wahh bagusnya ada program sebegini rupa yang membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sekarang ni. Sebar-sebarkan kepada orang terdekat info program ini! :)

Tips Kesihatan Makanan Dan Diri Dari Prof Muhaya

$
0
0

Tips Kesihatan Makanan Dan Diri Dari Prof Muhaya

Tips Kesihatan Makanan Dan Diri Dari Prof Muhaya
tips kesihatan dari Prof Muhaya

19 Tips Kesihatan Makanan Dan Diri Dari Prof Muhaya

 

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Tips Kesihatan Makanan Dan Diri Dari Prof Muhaya
#pickupline cia cia cia

pelik pelik pelik

$
0
0

PELIK

pelik
credit to budakpelik.tumblr.com

Pergi Pinang Tunggal
tengok dikir barat
tapi dedah aurat
solat tidak tinggal

tetamu datang ziarah
Goreng keropok lekor
duit nombor ekor
orang minta sedekah
pergi buat umrah

Ramai tepi jalan
perut lapan bulan
bos sangat garang
baru akad nikah

Pergi kedai barang
beli serbuk kari
dapat anugerah cemerlang
tapi takut isteri

Main bilang- bilang
bilang bunga seroja
kononnya amal Islam
tapi tak buat kerja

Keluar waktu malam
pergi makan capati
sayangnya tak reti

sampai rumah pukul tiga
Pungut buah delima
himpun dalam raga
punch card pukul lima

Pergi Cherok Tala
urut tangan berkedut
jumpa Awang Pendekar
pekerja keras kepala
bos minta tukar

Tengah malam gelemat
sudah jelas hukum haram
selepas doa selamat
pasang lagu dangdut

Sayang sampan karam
karam di Tanjung Jaga
suami pula jadi imam
ketegar nak buat juga

Pergi rumah nelayan
ziarah nelayan demam
isteri kerja pelayan

Guni sangat berat
suami seluar pendek
berisi ubi keledek
isteri tutup aurat

......

Rasanya PELIK ni ialah pantun kot. Tapi bila tengok rima akhir takde a,b,a,b pun. HAHA. Mungkin syair? Sajak? Puisi? Saya pun tak tahu. Saya ambil PELIK ni dari group whatsapp. Saya tertarik dengan PELIK ni sebab ada banyak maksud tersirat di sebalik setiap rangkap. Rasa macam nak je orang yang buat puisi PELIK ni sambung lagi buat sampai puluh-puluh rangkap.

Anda faham tak maksud setiap rangkap tu? Saya macam ada yang faham, ada yang macam PELIK haha. Pelik sungguh ni. Patut la tajuk dia pelik. Saya tak berani nak explain satu-satu rangkap sebab takut salah maksud yang saya faham tu. Kang pening pula jadinya.

Justtt~ hayati jelah puisi atas ni. Masing-masing boleh interpret sendiri maksudnya :)

pelik
credit to iezajihah.tumblr.com

Semak Online Dan SMS Keputusan SPM 2015 Pada Mac 2016

$
0
0

Semak Online Dan SMS Keputusan SPM 2015 Pada Mac 2016

Jeng jenggg 3 Mac 2016 ialah hari yang mengggeetarrrkan jiwa-jiwa pelajar yang telah mengambil exam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Getar sangat ni. Ketaq. Cuak. Nervous. Takutt. Macam-macam ada kan. Ye saya tahu perasaan ketaq nak check result tu. Sebab pernah mengalaminya. Lagi-lagi result bila melibatkan exam besar-besar ni contohnya PMR, SPM, Matrikulasi. Sekarang kat Universiti pun, cuaknya sama je. Tapi bezanya dekat Universiti boleh tengok simulasi(unofficial) result, dekat sekolah tak ada. Okay lah okay lahh. Result SPM  2015 saya baru dapat tahu boleh check guna SMS dan Online. Macam mana caranya?

Semak Online Dan SMS Keputusan SPM 2015 Pada Mac 2016
credit to ohspm.com

Oh sebelum tu, untuk makluman, keputusan PT3 haritu boleh check melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) kan? Tapi untuk SPM, tidak sesekali boleh untuk student semak atau check result di SAPSWalaubagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia KPM akan menyediakan semakan peperiksaan online melalui laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di mana ia akan memaparkan keputusan SPM 2015 anda secara peringkat. Untuk keputusan yang lebih lengkap tetap hanya akan diperolehi terus dari sekolah ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Okay lah kalau tak boleh semak result dengan SAPS, melalui SMS dan online pun boleh kan? Kalau yang cara semak melalui online tu, saya dah jelaskan di atas. Sekarang ni jom tengok...


Cara Semak Keputusan SPM 2015 Melalui SMS


Taip SMS(jarak)No Kad Pengenalan(jarak)No Angka Giliran dan hantar ke 15888

ContohSPM 971403025778 KC007B067 dan hantar ke 15888.

Tapi kalau nak check result SPM ni secara online dan SMS, kena tunggu pada hari kejadian : 3 Mac 2016 (Khamis) pada 10 pagi

Info tentang cara semak keputusan SPM melalui SAPS, Online & SMS ni saya ambil dari ohspm.com.

Okay selamat berjayaa pada adik-adik yang nak check result SPM tu. Baca bismillah time nak check tu. Atau kalau nak surprise pun boleh, tak payah check-check. Just pergi ke sekolah untuk tahu resultnya. Masa akak dulu dulu, akak pergi je sekolah terus untuk ambil result walaupun hati dan jiwa bergegar-gegar gitu kan. 

Nak pesan siap-siap pada adik-adik di luar sana kan, kalau keputusan SPM tidak berapa memberangsangkan atau tidak mendapat seperti yang dikehendaki atau sangat rendah hingga tidak mampu pandang ke dunia ni sebab malu sangat, DON'T GIVE UP! Kehidupan lepas SPM lagi mencabar. Walaupun keputusan SPM penting, tapi diri awak sendiri tu pun penting juga. Prepare fizikal dan mental. Jangan ingat dunia dah berakhir bila result SPM awak tu teruk. Ada ramai je pelajar Universiti/Diploma yang result teruk di SPM. Lagi-lagi sekarang ni dah banyak tempat belajar :swasta/kolej vokasional/teknik dan banyak lagi. Grab peluang dan minta je semua tu. Berusaha sehabis daya lepas dapat result SPM ni.

Mana yang mendapat keputusan baik tu, haa jangan riak sangat pula haha. Say syukur first dan kena fikir yang terbaik nak pilih mana. Matrikulasi atau diploma atau asasi ke. Atau nak sambung SPM ke Form 6 pun boleh. Cuma kena yakin dengan pilihan awak tu. Jangan ikut kawan. Tetapkan pendirian! Macam akak dulu time lepas SPM, akak memang nak sangat apply matrikulasi tapi ramai orang sekeliling akak kata matrik susah la, tak galakkan akak apply la sebab takut tak boleh survive. Tapi family akak bagi full support dan nasihat kan akak jangan dengar kata-kata orang lain tu. Just go on with your plan. Kalau betul nak matrikulasi, just pergi apply matrik dan masuk matrik. Cara nak survive dalam tu, sebenarnya kunci kejayaan ialah rajin dan usaha

So, sama je awak pergi Universiti ke, Form 6 ke, Matrik ke, Asasi Ke, Diploma ke.. Kalau tak rajin dan usaha, awak tak berjaya juga melainkan awak genius. So, kalau orang kata macam-macam, situ susah la, sini susah la.. Balas kat mereka balik "benda apa yang senang dalam dunia ni?". Subjek pelajaran mana yang senang dalam dunia ni? Kalau nak difikirkan semua susah kan. Tinggal rajin dan usaha je. So... believe in yourself :)

Okay maaflah bebel pula nenek moyang ni hahaha. Tu lah 'sedikit' guide dan nasihat yang akak Sayidah comel ni boleh bagi. Redho dan bersyukur je dengan result SPM tu, jangan meroyan sangat dan yang paling dilarang-bunuh diri. Haroooommm tahu tak!

Okay okay saya stop dari teruskan bebelan yang panjang ni. Hahaha. Selamat berjaya adik-adik SPM semua. Muah ciked!

Wassalam.

Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor

$
0
0

Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor 

Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor
Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor 
  

CSR PROGRESS SMART Selangor

Salah seorang blogger EFG, Amysyeera dari www.amysyeera.com telah menyertai Programme on Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART Selangor. Program ini ditaja khas oleh kerajaan Selangor dengan kolaborasi bersama Irshad HR Consulting untuk memberi kursus selama sebulan kepada anak-anak Selangor yang baru sahaja beberapa bulan tamat pengajian tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan. Di samping belajar mengenai Project & Event Management, Effective Business Writing dan lain-lain, peserta juga perlu mengadakan satu program untuk menjayakan kursus PROGRESS SMART Selangor. Kumpulan Amy membuat membuat Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor.
Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor
Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor

Seramai 100 orang peserta dari Programme on Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART Selangor akan pergi ke Pulau Carey untuk membuat khidmat komuniti servis. Community service yang dijalankan ini lebih dikenali sebagai Smart Bakti.
Mereka akan menderma buku/majalah kepada kaum orang Asli di Pulau Carey. Tujuan mereka ke sana adalah untuk membina satu mini perpustakaan supaya penduduk di pulau itu dapat bersantai sambil membaca buku-buku ilmiah yang akan didermakan.
Jadi, tunggu apa lagi.
smile emoticon
Jom ambil peluang ini datang ke tempat yang dinyatakan dalam gambar di bawah dan menderma buku.

SUMBANGAN BUKU TERPAKAI DIPERLUKAN!! . . Anda mempunyai banyak buku yang sudah dibaca? Tiada ruang lagi untuk disimpan? JANGAN BUANG!!!!!! . . Kami dalam usaha mengumpul buku-buku terpakai untuk disalurkan kepada Perpustakaan Mini di Perkampungan Orang Asli Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey bagi Program CSR yang akan diadakan pada 6 Mac 2016. . . Buku-buku diperlukan : - Buku teks / rujukan akademik - Buku bacaan umum - Majalah - Buku ilmiah . . Sumbangan buku - buku boleh dibuat dengan cara : 1. Serahkan buku-buku tersebut pada kami di alamat yang tertera (Hotel Carlton). . . Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : - Atiqah Jafri (013-2254675) - Elmi Farhana (011-18623632) E-mail : smartbakti2016@gmail.com . . Kami memohon jasa baik anda semua untuk membantu kami menghebahkan kepada orang ramai tentang usaha ini. Mari menderma, selain dapat berkongsi anda juga mendapat pahala. . . #ThePaybackTime #bookdonation #dermabuku #SMARTBAKTI2016

SUMBANGAN BUKU TERPAKAI DIPERLUKAN!! . . Anda mempunyai banyak buku yang sudah dibaca? Tiada ruang lagi untuk disimpan? JANGAN BUANG!!!!!! . . Kami dalam usaha mengumpul buku-buku terpakai untuk disalurkan kepada Perpustakaan Mini di Perkampungan Orang Asli Kg. Sg. Bumbun, Pulau Carey bagi Program CSR yang akan diadakan pada 6 Mac 2016. . . Buku-buku diperlukan : - Buku teks / rujukan akademik - Buku bacaan umum - Majalah - Buku ilmiah . . Sumbangan buku - buku boleh dibuat dengan cara : 1. Serahkan buku-buku tersebut pada kami di alamat yang tertera (Hotel Carlton). . . Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : - Atiqah Jafri (013-2254675) - Elmi Farhana (011-18623632) E-mail : smartbakti2016@gmail.com . . Kami memohon jasa baik anda semua untuk membantu kami menghebahkan kepada orang ramai tentang usaha ini. Mari menderma, selain dapat berkongsi anda juga mendapat pahala. . . #ThePaybackTime #bookdonation #dermabuku #SMARTBAKTI2016
A photo posted by Smart Bakti (@smartbakti) on



Carlton Hotel Holiday and Suites ni betul-betul berada bersebelahan dengan Pusat Akuatik dan juga Tesco Shah Alam. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera.
 
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live