↧
Segmen Bloglist by Cik Miela
↧
#First Giveaway by Shazhoniee
#First Giveaway by Shazhoniee
![]() |
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
Saya dah follow semua syarat-syarat GA Shaz. Nak bukti ye? Hehehe nah~
![]() |
done follow IG mashu dia tak approve lagi time ni hehhe |
![]() |
done follow IG shop Shaz IG saya : sayidahlurvechoc |
![]() |
done follow blog Shaz. saya yang merah hati dup dap dup dap tu >.< |
![]() |
done follow blog Mashu |
![]() |
done follow IG Shaz |
Tag : PerduCinta, MrsYatie
SEMOGA BERJAYA !
↧
↧
Giveaway 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi
Giveaway 2016 TAHUN IMPIAN KITA by Mawar Assufi
![]() |
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
Impian tahun 2016 yang saya nak capai ye?
1) Dapat 4 flat pointer sem 8!
For your information, saya final year student UPM. And also final sem for this outcoming 22Feb16. Saya target nak dapat pointer 4.0 final sem ni! So, saya ambik extra tiga subjek bahasa yang senang untuk menaikkan pointer keseluruhan saya - Arab, Myanmar & Thailand. Selain itu saya ambik subjek matematik satu dengan Final Year Project (FYP).
2) Kurus kurus kempis
Ni impian sepanjang hidup saya hahaha. Sebab saya jenis yang suka makan. Lepastu makan. Ermm lepastu makan lagi. As a more simple word - selera besar. Haha. So, saya ambil inisiatif exercise setiap hari, minum teh hijau, kekadang minum air lemon, minum aloe vera gel. Tapi exercise tu kekadang malas gak nak buat. Kuikuikui
3) More success in blogging-world
Saya sangat mengimpikan blog saya ni menjadi rujukan ramai orang. Memang saya tak nafikan saya suka kalau trafik blog saya tinggi tapi saya lebih puas hati sebab blog saya memberi manfaat pada orang lain. Walaupun job untuk blog takde, tapi saya suka bila tengok setiap hari ada je benda dan info orang nak cari dalam blog saya. Saya suka bila orang komen dekat entri saya "nice sharing, keep it up" atau "terima kasih sangat untuk info ini, dah lama saya cari jawapan nya". Bagi saya, ianya satu penghargaan buat saya bila entri di dalam blog saya ni menambah pengetahuan orang lain. So, saya berazam nak buat entri-entri yang bagus pada tahun 2016 ni hehe.
4) Nak Adsense ada dalam blog!
Okay dari dulu tau saya minta AdSense ni. Tapi tak approve-approve. Baru-baru ni je bila saya minta tolong dari yang expert, Google Adsense memberi email yang cukup positif. InshaaALLAH lagi beberapa step akan AdSense tempek iklan dia kat blog den amin!
.....
OK tu jelah ekk Mawar Assufi hehe. Kang bagitau panjang-panjang tak direalisasikan, buat segan jee hehe.
Btw, doakan saya :D
Tag : DYLLAREZAN, SyaMimie, SuriaAmanda, anakdenesor, Cammylia
Semoga berjaya!
↧
#1 SEGMEN FROM ME
↧
Giveaway Cash RM30 Feb 2016 by AHBAR
Giveaway Cash RM30 Feb 2016 by AHBAR
![]() |
Klik Banner untuk join giveaway |
![]() |
Biskut Semperit |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Anda tengah mencari biksut semperit tradisional sedap untuk dinikmati musim perayaan ini?
- Mari cuba produk keluaran kami, dijamin kepuasan memakan biskut semperit ini sehingga tahap 90% puas hati.
- Ingin mencari biskut semperit apabila makan cair di dalam mulut? Jawapanya adalah biskut semperit keluaran kami.
- Bahan yang digunakan ketika proses ini adalah butter, tepung, gula dan telur.
Biskut Semperit AHBAR telah mempunyai pengalaman semenjak 2006 dimana resepi secara turun temurun dan Berjaya menambat hati pembeli.
Jadi jangan lepaskan peluang ini, mari merasai kenikmatan memakan biskut semperit yang mempunyai citarasa tradisional dikekalkan.
KINI HANYA
RM25.00
50 KEPING
FREE COD AMPANG / KUALA LUMPUR
↧
↧
#2 GiveAway by My New Blogger
#2 GiveAway by My New Blogger
Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Alhamdulillah, kita di beri peluang lagi untuk adakan GiveAway pada bulan ini. Insya Allah, GiveAway pada kali ini lebih menarik sebab ada hadiahnya!!!! Siapa yang JOIN confirm untung badan... Kalau menang lagi untung!!!
Syarat-syaratnya :-
- Follow Blog : My New Blogger
- Follow Blog Sponsor : QasehMuslimah-Munirah & FR Katering
- Follow Page Facebook : QasehMuslimah-Munirah , QMM - Wardrobe
- Follow Google+Badge My New Blogger , QasehMuslimah-Munirah , FR Katering
- Buat satu entry bertajuk '#2 GiveAway by My New Blogger'
- Copy & Paste Gambar & isi kandungan entry ini (^_^)
- Publish!!!
- Masukkan URL entry korang di ruangan komen entry ini...
Hadiah yang Bakal di menangi???
- UTAMA ~ 15 kupon voucher bagi Pembelian Koleksi Handbag di Page FacebookQasehMuslimah-Munirah
- SAGUHATI ~ 5 kupon voucher bagi Pembelian Koleksi Handbag di Page Facebook QasehMuslimah-Munirah
Tempoh Penyertaan :-
11/02/2016 ~ 18/02/2016
Jangan lupe support & join GiveAway kita kali ini... Insya Allah jika sambutan amat menggalakkan kita akan tambahkan lagi hadiah misteri di situ...hehehehehe
Jemput JOIN semua... Jangan lupa tolong sebar-sebarkan...
Kita meriahkan GiveAway kali ini sambil menambah bilangan sahabat blogger kita...
Terima kasih sudi singgah & baca entry kita pada kali ini...
↧
Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL
Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL
CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN
salam and hye people :),
. This is farahdeena second giveaway. Dan giveaway kali ini dibuat semperna birthday blogger
farahdeena pada 9 february ni. So, nak cari 5 orang blogger yang bertuah untuk memenangi HADIAH MISTERI.
Tapi kalau ramai yang join mungkin jumlah yang bertuah akan berubah. hehe.
Untuk join Birthday Giveaway By FARAHDEENA FISAL ini. mudah ja syarat dia :)



Tmat pada 19 february 2016, jom join ramai-ramai
↧
Pencarian Bloglist 2016
Pencarian Bloglist 2016
![]() |
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
Blog Hanah dah cantik beautyful dah. Takde tips nak bagi.
Tapi saya nak sugeest satu je.
Hanah letak la popular posts dekat tepi blog Hanah. Boleh cuci cuci mata entri hits Hanah ;)
Tag : ZatieSuhaide
Tag : ZatieSuhaide
↧
Segmen Bloglist NrlSyazwana
↧
↧
Cara nak tahu apa yang orang cari dalam blog kita
Cara nak tahu apa yang orang cari dalam blog kita
Kita mesti nak tahu kan apa yang orang cari dalam blog kita tiap-tiap hari kan? Apa yang orang duk ushar dalam blog kita ni sebenarnya? Keyword apa kah mereka search dekat google search sehingga mereka boleh sampai ke blog kita? Ye, kita tahu apa popular posts kat blog kita, tapi kita mesti nak tahu juga word apa yang di entri kita yang matching dengan keyword mereka search di Google sehingga entri tu jadi famous.
![]() |
credit to : theotherkhairul.blogspot.com apa keywords yang orang cari di blog kita? |
Banyak medium yang boleh kita tahu keyword apa orang search di blog kita.
Yang saya tahu ada empat. Dan saya biasa check di empat-empat tempat ni.
1) Google Analytics (GA)
step : acquisition - overview - all traffic - channels:organic search
![]() |
Keywords Google Analytics blog sayidahnapisahdotcom 14 Feb 2016 |
2) Dashboard blog
step : dashboard - stats - traffic sources - search keywords
![]() |
Keywords Dashboard blog sayidahnapisahdotcom Today |
3) Histats
step : login ke akaun Histats kita - control panel - klik website kita (contoh : sayidahnapisah.com) - search engines
![]() |
histats.com Control Panel |
![]() |
Keywords Histats blog sayidahnapisahdotcom 15 Feb 2016 |
4) Nuffnang
step : login akaun Nuffnang kita - My Nuffnang - Keywords
![]() |
Keywords Nuffnangblog sayidahnapisahdotcom Today |
Apa kelebihan check di GA berbanding dashboard blog&nuffnang?
- Di GA kita boleh tengok lebih banyak search keywords orang di blog kita. Kalau di dashboard blog&nuffnang, hanya beberapa kerat sahaja.
- Di GA kita boleh tengok keyword pada tarikh tertentu yang kita nak. Kalau di dashboard blog hanya ada now, day, week dan all time sahaja. Di nuffnang pula hanya ada today, this week, last week, dan last month je. Contohnya hari ni kita nak tengok keyword semalam punya.
- Kalau di GA kita boleh tengok yang lepas-lepas punya. Jika di dashboard blog & nuffnang, kita tak boleh check keyword semalam punya. Kelmarin ke, minggu lepas punya ke.. tak boleh.
- Maklumat di GA lebih detail –bounce rate, session, average session duration, pages
- Saya paling suka check dekat GA sebab banyak keywords boleh tengok di situ.
Apa kelebihan check di histats?
- Boleh tengok keyword blog kita setiap saat. Boleh juga check entri apa yang orang tengok pada saat itu juga.
......
Siapa yang tak daftar lagi GA boleh daftar di GA. Mungkin ada yang tak tahu dan mungkin ada yang tahu tapi tak tahu macam mana nak buat Google Analytics. Kalau nak tahu bagaimana cara nak daftar GA, klik SINI.
Kebanyakan dari kita tahu dan ada akaun Nuffnang, jadi tidak menjadi masalah kan?
Histats pula mungkin ramai yang tak buat atau tak tahu pun apa benda alah tu. Kalau nak buat histats ni senang je, pergi ke histats.com dan buat akaun (signup). Selepas buat akaun, baru lah login dan ikutlah seperti step-step di atas untuk mengetahui apakah search engines di blog kita.
Dashboard blog pula semestinya lah semua ada. Jangan risau. Tak payah nak pening-pening fikir nak signup atau daftar ke apa hehe.
......
Okay itu sahaja perkongsian ilmu blog untuk hari ini. Semoga bermanfaat dan selamat menge-check ! :)
Entri blog lain yang menarik :
↧
Sinopsis Dan Pelakon Tundukkan Playboy Itu
Sinopsis Dan Pelakon Tundukkan Playboy Itu
Wah wahhh dah ada drama baru lah ! Tundukkan Playboy Itu adalah drama yang akan menggantikan slot Akasia TV3, Cinta Si Wedding Planner pada pukul 7-8 malam. First time tahu drama ni dari instagram Uqasha Senrose sebab dia banyak upload gambar dan ada hashtag #tundukkanplayboyitu #akasia #tv3. Tu yang saya tahu drama ni. Dan katanya drama ini adaptasi daripada Novel nukilan Anjell. Anjell tuuuu~!! Setakat ni novel-novel Anjell semua best-best woh contohnya Eksperimen Cinta dan Suamiku Paling Sweet. Tu yang tertarik nak buat entri drama tundukkan playboy itu ni.
![]() |
Tundukkan Playboy Itu |
Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu
Drama Tundukkan Playboy Itu mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Harraz Naufal. Jika ada wanita yang ingin mendampinginya, wanita itu perlulah cantik dan seksi. Suatu hari, Nurin Areesa datang ke syarikat milik Harraz Naufal untuk temuduga jawatan arkitek. Harraz meletakkan satu syarat, Nurin Areesa perlu membuka tudung untuk jawatan tersebut.
Nurin Areesa redha, jawatan arkitek itu bukan untuknya. Dia berdoa agar suatu hari nanti Harraz yang berlagak itu akan bercinta dan berkahwin dengan seorang wanita bertudung.
Doa Nurin Areesa dimakbulkan. Harraz mula gila bayang pada seorang model wanita misteri yang bertudung. Tanpa mengetahui model tersebut sebenarnya adalah Nurin. Beginilah sedikit sedutan Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu. Bagimana kesudahannya nanti? Nantikan siaran drama ini di slot Akasia TV3.
Hendak dijadikan cerita, ibu Harraz pula meminta Nurin menundukkan anaknya, seorang playboy yang pantang nampak perempuan cantik. Mampukan Nurin melakukannya. Adakah Harraz akan terus jatuh cinta pada Nurin?sumber : www.notainfo.com
Gambar Pelakon Tundukkan Playboy Itu
Menggandingkan Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose sebagai teraju utama, drama Tundukkan Playboy Itu telah diarahkan oleh Keoi Hj Khalid dan diterbitkan oleh A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd.
Drama Tundukkan Playboy Itu yang akan bersiaran selama 30 episod turut dibintangi oleh Alif Satar, Mawar Rashid, Ridzuan Hashim, Marisa Yasmin, Maria Farida dan ramai lagi.
![]() |
Peneraju utama Tundukkan Playboy Itu |
![]() |
Hafidz Roshdi |
![]() |
Hero Tundukkan Playboy Itu |
![]() |
credit to : beritapremium.com |
![]() |
suka sangat angkat kening Hafidz ni hehe |
![]() |
Uqasha Senrose |
![]() |
Hafidz & Uqasha |
![]() |
Harraz Naufal & Nurin Areesa |
![]() |
Daripada instagram Uqasha |
![]() |
Para Pelakon Tundukkan Playboy Itu |
![]() |
Pelakon Lain Tundukkan Playboy Itu |
![]() |
Bila Alif Satar & Uqasha Senrose bergabung haha |
![]() |
Uqasha & Alif |
![]() |
Uqasha dan Mawar Rashid |
![]() |
Di set pengambaran Tundukkan Playboy Itu |
![]() |
Bergaya Uqasha ni peewit |
![]() |
Godek godek instagram Uqasha haha |
![]() |
Rakaman babak #tundukkanplayboyitu |
![]() |
bersama ayah dan adik dalam Tundukkan Playboy Itu |
![]() |
IG : uqashasenrose2 |
Wah hensem juga hero Tundukkan Playboy Itu ni, Hafidz. Ehem! Hahaha. Rasa macam pelakon baru je sebab jarang nampak. Ke pelakon lama dah? Hehe. By the way, cantik lahai Uqasha Senrose ni. Putih, comel dan pandai bergaya. Okay jeles jeles haha.
Tak sabar la juga nak tengok drama ni. Sebab nampak macam best. So, kita tungguuu 17 Februari ni, drama Tundukkan Playboy Itu akan ditayangkan di TV3 :)
↧
Giveaway February Daebak by Aku Bukan Innocent
Giveaway February Daebak by Aku Bukan Innocent
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

(klik SINI kalau nak join)
Giveaway February Daebak dibawakan oleh Aku Bukan Innocent selaku penganjur dan Radhia Razali, Aienie Nka, Yun Sing, Eintan Nurfuzie, Abam Kie, Ct Roxalynna NH, Keju Penyet dan Mohd Noor Shawal sebagai penaja giveaway ini.
!!TARIKH PENTING!!
Dilancarkan : 8 Februari 2016 Jam 12 Tengah Malam
Tamat : 27 Februari 2016 Jam 10 Malam
Pengumuman Pemenang : akan diumumkan kemudian
↧
Cara-cara merawat demam denggi
Cara-cara merawat demam denggi
Saya ingat lagi dulu semasa umi saya kena demam denggi, sedih sangat saya tengok keadaan umi. Lemah badan, tak selera makan, panas badan, tak larat nak jalan, gatal-gatal, muntah-muntah, mata berair dan sakit kepala. Saya yang tak pernah tengok umi macam tu memang nangis laa. Umi punya keadaan bertambah teruk sebab umi juga ada penyakit kencing manis/diabetes. Jadi, tahap gula umi semakin tinggi + platlet darah umi semakin menurun menjadikan keadaan umi sangat azab saya tengok. Nasib baik jus daun betik dan sup ketam menyembuhkan umi dan hanya duduk di wad hospital hanya dua hari sahaja.
![]() |
credit to www.vitamin4u.com.my Gejala demam denggi |
Memang ubat dari hospital itu penting. Jangan tak makan pula ubat doktor bagi! Tapi untuk rawatan dan penawar sampingan untuk demam denggi, terdapat 4 kaedah yang saya nak kongsikan.
4 Rawatan Demam Denggi
Sup Ketam
![]() |
Sup ketam dan jus daun betik |
Boleh buat sendiri atau beli. Tapi kalau beli di kedai mengandungi banyak ajinomoto tak sesuai untuk orang yang ada penyakit diabestes contohnya MSG dan bahan-bahan perencah yang lain yang boleh meningkatkan tahap gula. Kalau orang yang tiada penyakit diabetes atau sewaktu dengannya / memang tiada masa untuk masak sup ketam sendiri / tak larat nak buat sendiri, boleh lah beli di kedai sahaja.
Tapi ada orang kata ada sesetengah badan yang tak boleh menerima jus ketam ni. Sejauh mana kebenarannya wallahua’lam. Tapi masa umi saya demam denggi dulu, mula-mula tu beli dekat kedai. Umi muntah-muntah lepas makan sup ketam. Mungkin sebab badan umi lemah dan tidak selera makan. So, makanan sup ketam tu keluar balik. Keesokannya, kakak saya buat sendiri sup ketam di rumah dan beri kepada umi baru lah umi boleh makan. Tu pun tak lama selepas tu umi muntah-muntah. Tak tahu lah sebab jus ketam tu atau memang perut umi yang tak selesa.
Oh mungkin ada yang nak tahu macam mana cara nak masak sup ketam ni. Kakak saya kata mudah je.
Resepi Sup Ketam
1) Bawang putih sebiji, bawang merah sebiji, dan halia sikit. Semuanya dipotong kasar. *nak potong halus pun boleh
2) Masukkan bahan yang telah dipotong tadi ke dalam periuk.
3) Masukkan air
3) Masukkan garam secukup rasa
4) Dan akhir sekali masukkan ketam ke dalam periuk.
5) Kacau-kacau hingga dah masak.
Siap!
Ye. Sangat mudah cara penyediaan sup ketam. Tapi jangan lupa untuk basuh ketam tu betul-betul. Takut kalau tak basuh betul-betul, dia jadi tak bersih justeru tak sesuai untuk orang yang sakit.
Resepi sup ketam yang saya bagi di atas juga adalah yang basic (asas) sahaja. Yang paling simple tu. Kalau nak campur bahan-bahan lain untuk menyedapkan lagi pun boleh. Nak tambah sayur-sayur ke, kentang ke, fishball ke.. terpulang pada citarasa individu. :)
Jus Daun Betik
Boleh buat sendiri jus daun betik ini atau beli di kedai - minuman herba pati daun betik-
Resepi Jus Daun Betik
Bahan-bahan : 2 helai daun betik matang
Cara-cara membuat jus daun betik
1) Sediakan tempat untuk meneydiakan jus daun betik yang bersih
2) Ambil 2 helai daun betik yang matang dan buang tangkai daun. Basuh daun dengan air bersih yang mengalir.
3) Rendamkan daun dalam bekas berisi air untuk 15 minit
4) Bilas daun dengan air bersih sekali lagi.
5) Tos/keringkan daun untuk menyingkirkan air bilasan
6) Potong daun sehingga menjadi kepingan yang kecil
7) Kisar daun dalam mesin pengisar jus TANPA menambah air. Kemudian, jus daun betik telah siap!
ATAU
Tumbuk kepingan daun betik TANPA tambah air sehingga halus. Kemudian, tapis untuk asingkan jusnya.
![]() |
Langkah penyediaan jus daun betik dari Kementerian Kesihatan Malaysia |
Untuk pengetahuan semua, dua helai daun betik dapat menghasilkan sebanyak 30ml atau dua sudu besar. Jadi, kalau nak buat untuk keluarga atau saudara yang demam denggi, jangan lah buat dua sudu je ye. Buat lah dalam setengah botol kea tau satu botol kalau ada daun betik yang banyak. Makin banyak minum jus daun betik lagi cepat darah platlet akan naik.
Jus Jambu Merah
Pesakit yang mengalami demam denggi dan juga yang menghidap penyakit diabetes, disarankan untuk meminum jus jambu merah selain daripada jus daun betik. Kerana jus jambu merah telah terbukti keberkesanannya merawat penyakit demam denggi apabila ada orang yang demam denggi boleh sembuh dengan hanya mengamalkan minuman jus jambu merah.
Minuman 100 Plus
Minuman 100 Plus juga ramai yang sarankan jika nak sembuhkan demam denggi. Abang saya dulu pun ketika demam denggi, bila amalkan makan sup ketam dan minum 100 Plus ni alhamdulillah pulih setelah beberapa minggu selepas itu.
Tapi, bagi orang yang berpenyakit kencing manis, tidak disarankan untuk mengambil 100 plus sebagai rawatan kerana terdapat sejumlah gula yang banyak di dalam kandungan 100 Plus.
…….
Okay itu sahaja 4 rawatan demam denggi yang saya tahu. Empat-empat kaedah ni sesuai untuk semua pesakit demam denggi yang tiada penyakit serius yang lain seperti diabetes. Semoga bermanfaat dan jangan risau adakah cara-cara ini berkesan atau tidak.
Saya membuat entri ni setelah mengkaji keberkesanannya kepada pesakit yang telah merasai pengalaman mengalami demam denggi. Contohnya, umi dan abang saya dan juga beberapa orang sekeliling saya yang telah memberi feedback yang positif terhadap empat rawatan di atas.
Semoga berjaya dan semoga kita semua dilindungi oleh-Nya amin :)
Entri menarik yang lain :
↧
↧
Dinner Capati Cicah Rendang Daging
Dinner Capati Cicah Rendang Daging
Malam-malam kekadang tak ada mood nak makan nasi, nak makan yang light-light je . Light ke capati cicah rendang daging? Hahaha. Beli capati frozen dekat kedai, lepastu kalau kat rumah ada 2,3 orang je malas nak masak daging rendang banyak-banyak, beli je rendang daging sikit kat kedai. Haa lepastu moh le kita melantak!
![]() |
sedapnya capati cicah rendang daging! |
Capati frozen yang atas ni jiran saya yang buat sendiri. Dia jual. Lembut woh capati dia! Budak-budak remaja macam saya ni kan jenis tak suka makan capati tapi saya rasa capati jiran saya ni fuh! Lembut dan sedap. Dua keping saya makan! Pernah sekali tu lapar sangat tiga keping saya balun. Tapi memang senak la perut tiga keping. Saya nasihatkan bilangan maksimum untuk makan capati 2 keping je. Jika tidak, anda akan merasakan perut anda ada belon di dalamnya haha.
![]() |
capati ni sedap dimakan panas-panas. |
Disebabkan lambat sangat ambil gambar, saya sempat la ngap satu dua gigit capati tu haha. Capati frozen ni kalau nak kekalkan kelembutan dia dan tak nak keras sangat, jangan masak terlalu lama di dalam kuali. Balik-balikkan capati tu dalam 2-3 minit angkat. Api sederhana. Kalau masak lama sangat pun, tak sedap. Tapi mungkin bergantung juga pada jenis capati tu sendiri. Sebab jenis capati jiran saya buat ni memang dah lembut dan hanya perlu masak sekejap sahaja.
Okay lah perut pun dah kenyang telan dua keping capati cicah rendang daging, jom kita pekena air kopi panas! Hehehe.
Selamat makang semua :)
↧
KISAH BENAR CERITA SERAM DI ASRAMA
KISAH BENAR CERITA SERAM DI ASRAMA
Ada satu member ni dia ceritakan pengalaman first time dia jumpa dengan benda ghaib a.k.a hantu ni. Di bawah ni perbualan saya dengan dia. Oh dia tu lelaki ye. Single. Kalau nak berkenalan dengan dia, PM saya haha. Okay okay jom baca...
![]() |
gambar takde kena mengena dengan tajuk. nak tunjuk kecomelan kucing ni je haha |
"Okay lah pada suatu malam jeng jenggg~"
=.=
"Biasalah dekat asrama ada waktu prep, study malam. So masa tu aku sorang je kat bilik study kat bawah sekali. Dorm kat tingkat 3. Malam tu aku buat la keje sorang-sorang. Lama lepas aku buat homework tu, tiba-tiba ada orang tegur aku dari belakang. Tengok-tengok ada orang, tengah duduk. Bunyi masuk tak dengar, bunyi tarik kerusi pun aku tak dengar langsung."
Masa tu pukul berapa?
"Dalam pukul 1 pagi lebih macam tu rasanya. Muka dia aku kenal, macam pernah nampak tapi aku aku tak pasti dia tu siapa."
Kau tak syak pape ke masa tu?
"Takde pun sebab aku macam kenal dia tapi tak tahu siapa. Lagipun aku cuma ingat dia budak asrama jugak."
Okay. Lepastu?
"So, aku buat la kerja, dia pun buat kerja. Sambil tu sembang-sembang macam biasa. Bahan orang, sembang benda lain. So bila kerja aku dah siap, aku still sembang dengan dia. Sambil tu jari aku main-main pen pusing-pusing. Lepastu pen aku terjatuh kat lantai. Aku pun nak kutip lah."
Kau sembang dia pandang muka dia tak?
"Pandang lah. Kenapa?"
Oh takde ape, saje tanya hehe. Okay lepastu?
"Tak pandang macam mana aku nak sembang weh. Okay lepastu time aku nak kutip tu, aku terpandanglah kerusi yang dia duduk tu. Aku perasan dia takde kaki. Macam bayang-bayang je. Aku dah mula takut. Bila aku pandang atas tengok dia aku fikir dia berubah muka atau takde muka ke kan. Tapi nasib baik macam biasa je, tak berubah pun. So aku dah tahu dia takde kaki, apalagi aku pun cakap “eh kerja aku dah siap, nak gerak dah balik bilik. Ngantok.” Pastu dia balas .. “ betul ke ngantuk? Ke dah tahu?” sambil dia senyum."
*meremang bulu roma membayangkannya*
Gila ah! Pastu kau kata apa?
Gila ah! Pastu kau kata apa?
"Time tu scary gila aku! Tapi aku bajet cool je jawab .. “tahu apa? Kau datang pun nak sembang je kan? Kau tak buat apa-apa pun kat aku”. Dia senyum je. Aku pun cakap “okay lah aku gerak naik dulu lah”. Pastu dia balas ..”nanti kita jumpa dan sembang lagi ye..” sambil senyum."
Tak buat apa-apa pun kat aku? Maksudnya?
"Yelah maksudnya dia takde pun kacau aku ke…takutkan aku ke.. dia just nak sembang-sembang je. Bila aku nak keluar dari bilik study tu, aku toleh belakang.. kau tahu apa yang aku nampak?"
*berdasarkan segala cerita movie novel yang saya pernah tengok*
Dia dah takde?
Dia dah takde?
"Haa pandai! Dia dah takde dah. Hehe sekian~~"
.......
Perghh terbaik la dia ni. Kalau saya, mahu dah pengsan kat situ haha. Dia ada nasihat kalau jumpa benda-benda ni jangan takut sangat, jangan confident sangat. Haa bila kita takut sangat, lagi senang dia nak kacau kita sebab kita lemah semangat. Kalau kita confident sangat, lagi suka lah dia nak sakat kita sebab terlebih yakin kan tak takut.
Okay itu sahaja, seram tak cerita kisah benar ni? Hehehe. Selamat malam :D
Entri cerita seram lain :
↧
wordless wednesday : kenapa badan manusia tidak boleh dilangkah?
↧
wordless wednesday : not all will love you!
↧
↧
wordless wednesday : 5 waktu yang dilarang tidur oleh Rasulullah SAW
↧
Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ
↧
CARA MEMOHON LATIHAN INDUSTRI DI BANK RAKYAT
CARA MEMOHON LATIHAN INDUSTRI DI BANK RAKYAT
Sejarahnya, saya pernah menjalani praktikal di bank rakyat jadi saya tahu serba sedikit perjalanan dan cara nak memohon untuk berpraktikal di bank rakyat (BR). Kenapa saya nak mintak praktikal di Bank Rakyat? Sebab saya ambil course mathematic dan lagi satu sebab Bank Rakyat Seremban dekat dengan rumah saya hahaha. Senang sikit kalau tempat praktikal dengan rumah dekat kan.
![]() |
Lokasi : Bank Rakyat Seremban |
Cara Memohon Latihan Industri di Bank Rakyat
Dari FB Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda :
Untuk makluman, saudara saudari boleh memohon Latihan Industri di Bank Rakyat dan untuk permohonan, sila hantar ke alamat seperti di bawah atau cawangan Bank Rakyat berdekatan:
Jabatan Pengurusan Bakat, Pelan Penggantian & Pembangunan Kerjaya
Tingkat 22, Menara 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No 33 Jalan Bank Rakyat,
50470 Kuala Lumpur
No telefon untuk urusan Latihan Industri Bank Rakyat: 032612900
No telefon untuk urusan Latihan Industri Bank Rakyat: 032612900
Syarat dan kelayakan pemohon bagi latihan Industri adalah:
- CGPA adalah 3.5 dan ke atas bagi diploma dan 3.25 dan ke atas bagi ijazah
- Tempoh minima Latihan Industri adalah 2 bulan dan ke atas
- Course yang kita ambil mesti lah ada kaitan dengan bank contohnya : akaun, matematik
**kalau rasa-rasa pointer kita hampir-hampir nak layak untuk memohon, jangan risau mohon je. Kalau ada rezeki kita, inshaaAllah kita diterima. Kerana ianya bergantung pada kekosongan Bank Rakyat tu sendiri. Kot-kot ada 5 kekosongan pelajar praktikal, dan kita seorang je yang minta di cawangan itu, mestilah mereka akan ambil kita juga.
![]() |
Kaunter pertanyaan Bank Rakyat Seremban |
Di bawah ini, ada Q&A (Question and Answer) tentang permohonan praktikal di BR. Soalan-soalan ini ialah soalan yang pernah ditanya oleh kawan saya dan kebiasaan orang yang hendak membuat Latihan Industri (LI) di BR. Dan jawapan itu berdasarkan info yang telah saya dapat sendiri dan sudah diconfirmkan dengan pihak Bank Rakyat. Saya juga ada menambah sedikit pengalaman saya semasa memohon praktikal di BR Seremban.
Q: Call dulu Bank Rakyat before apply atau terus hantar borang permohonan praktikal?
A: Call dulu dan tanya apa yang perlu kita buat kalau nak apply praktikal di situ. Time call tu, perkenalkan diri dulu nama apa, dari Universiti mana lepastu baru bagitahu hajat kita apa.
Q: Kalau kita nak buat praktikal di cawangan, call branch (cawangan) dia eh?
A: Mula-mula call cawangan BR yang kita nak praktikal. Cakap dengan dia yang kita nak praktikal kat situ. Kalau macam BR, nak apply melalui ibu pejabat BR (HQ) di Kuala Lumpur (KL) pun boleh, cawangan pun boleh.
Q: Kena apply kat ibu pejabat maksudnya?
A: Yela. Contohnya.. macam saya dulu, saya nak apply kat BR cawangan Seremban so saya call dulu BR Seremban. Lepastu, dorang kata kena apply melalui BR HQ kat KL, bukannya hantar borang permohonan/resume di BR Seremban. Lepastu, saya pun call BR HQ.
Q: So, sekarang ni alamat dekat borang permohonan Latihan Industri (LI) ni nak letak alamat HQ atau branch?
![]() |
contoh borang permohonan Latihan Industri |
A: Kalau nak mohon di cawangan Bank Rakyat, boleh terus mohon di cawangan tu sendiri atau di HQ. Kalau nak apply di HQ, letak alamat lengkap Bank Rakyat HQ then, kat hujung alamat tu tulis dalam bracket cawangan BR mana yang kita nak buat praktikal.
Contoh : Alamat Bank Rakyat HQ (Seremban)
Ataupun tak nak susah-susah, hantar je dokumen yang diperlukan ke cawangan dan cawangan akan hantar ke HQ.
Ataupun tak nak susah-susah, hantar je dokumen yang diperlukan ke cawangan dan cawangan akan hantar ke HQ.
Q: Boleh apply melalui online ke?
A: Tidak
Q: Berapa lama proses untuk keputusan dibuat bagi LI di peringkat HQ?
A: Mohon hubungi Jabatan Penyumberan & Pengambilan di talian 03-26129600. Biasanya 2-3 minggu daripada tarikh permohonan kita sampai ke bahagian HQ. Tapi kalau ikut pengalaman saya, proses akan jadi lama kalau kita tak push mereka. So, advice saya - selalu lah call tanya perkembangan macam mana dan adakah proses permohonan sedang dijalankan. So that mereka akan lebih alert dan nampak la kita ni seorang yang bersungguh-sungguh kan hehe.
Q: Dokumen apa yang diperlukan untuk LI?
A: Dokumen yang diperlukan adalah resume, salinan transkrip pengajian, salinan kad pengenalan, borang permohonan Latihan Industri dan surat kebenaran (cover letter) dari universiti untuk permohonan Latihan Amali.
Q: Boleh ke nak terus hantar face to face atau walk in permohonan Latihan Industri ke cawangan atau HQ?
A: Boleh.
Q: Macam mana kita nak tahu kita diterima ke tak?
A: Kebiasaannya jika kita diterima, pihak mereka akan hubungi kita untuk maklumkan. Tetapi kalau lama menunggu (lebih dari 2-3 minggu daripada tarikh dokumen kita sampai ke bahagian HQ) masih tiada jawapan, seeloknya hubungi lah mereka bertanyakan status permohonan kita. No tel 03-26129600.
![]() |
Kaunter atas -bahagian permohonan loan di tingkat satu Bank Rakyat Seremban |
Alamat umum BANK RAKYAT HQ: Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
No Telefon BANK RAKYAT HQ: 1-300-80-5454
No Fax BANK RAKYAT HQ: 03-2264 7272
Website: www.bankrakyat.com.my
Entri lain yang berkaitan dengan praktikal:
PELAJAR PRAKTIKAL HARUS BERSIKAP TIDAK MALU
KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
MERASA ELAUN PRAKTIKAL UNTUK KALI PERTAMA
Entri lain yang berkaitan dengan praktikal:
PELAJAR PRAKTIKAL HARUS BERSIKAP TIDAK MALU
KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
MERASA ELAUN PRAKTIKAL UNTUK KALI PERTAMA
↧