Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Wordless Wednesday : Hidup kosong bukan sebab takde kawan di sisi,tapi…..

$
0
0

Hidup kosong bukan sebab takde kawan di sisi,tapi…..


Hidup kosong bukan sebab takde kawan di sisi,tapi…..
credit to : akuinsanlemah91.blogspot.my

Hidup kosong bukan sebab takde kawan di sisi,tapi…..
Hidup kosong bukan sebab takde kawan di sisi,tapi…..

Betul kan apa yang dikatakan ? #deep


Wordless Wednesday : Main giant bubble di Tasik Kepong

$
0
0

Main giant bubble di Tasik Kepong

Main giant bubble di Tasik Kepong
Anak buah, Raef syok main giant bubble

Main giant bubble di Tasik Kepong
Budak comel main giant bubble


Wordless Wednesday : Lunch Bihun Sup Tulang Daging Sambal Cili Begedil

$
0
0

Lunch Bihun Sup Tulang Daging Sambal Cili Begedil

Lunch Bihun Sup Tulang Daging Sambal Cili Begedil
Kalau dah jumpa bihun sup umi buat, memang diet lupa dah haha


Lunch Bihun Sup Tulang Daging Sambal Cili Begedil
Bihun sup tulang daging + sambal cili + begedil

Psssttt awak, sila terliur kihkih

Wordless Wednesday : Petua mengurangkan nafsu membeli pakaian mahal

$
0
0

Petua mengurangkan nafsu membeli pakaian mahal


credit to : says.com
"Because when I shop, the world gets better"

Petua untuk kurangkan nafsu beli pakaian mahal, amek kau sebijik! Haha 

Tips Berguna Pada Hari Test JPJ

$
0
0

Tips Berguna Pada Hari Test JPJ 

Ramai yang tak tahu apa yang nak buat pada hari test JPJ, macam mana keadaan semasa hari kejadian, apa yang nak kena bawa, apa yang tak payah bawa. Jadi, saya ada tulis 16 tips yang saya rasakan sangat berguna dan penting untuk orang yang nak ambil test JPJ.

Tips Berguna Pada Hari Test JPJ
Lulus Test JPJ

 16 Tips Berguna Pada Hari Test JPJ

 Apa perlu anda buat pada hari test JPJ?

1    1.       Datang ke tempat kejadian (tempat kita ambil test JPJ) dengan jayanya dulu hehe.

2    2.       Pastikan datang awal 

  • supaya boleh ambil aura memandu gituu, hilangkan nervous macam kita pergi final exam, boleh tengok keadaan sekeliling dulu, tidak terlepas dari dengar talk tentang procedure test JPJ)


3    3.       Mintak lah restu dan doa mak ayah keluarga kengkawan sebelum hari test JPJ. 
  • Doa seorang ibu ni tak de hijab tau dengan Allah.


4    4.       Kalau rasa anda pendek, saya sarankan bawa bantal 
  •  letak di belakang badan. Cikgu yang suggest saya buat macam tu. Sebab saya pendek. Okay saya akui saya pendek =.= 147cm je. Alhamdulillah at least ada ketinggian ye dak? :P


Tips Berguna Pada Hari Test JPJ
Lesen L

5    5.       WAJIB bawa kad pengenalan, lesen L & lesen L renew (jika ada)  
  • kalau lupa bawak, pergi cepat ambil. 
  • kalau takde 3 benda ni tak boleh ambil test JPJ. Merana badan wehh!


6    6.       Ambil nombor giliran  
  • biasanya cikgu yang buat


7    7.       Pergi tengok enjin kereta yang akan digunakan untuk test RSM&RPM 
  • kalau tak faham, tanya cikgu di situ / cari di internet sahaja. Kalau boleh pergi tengok, pergi je tengok. Takyah nak malu-malu rimau atau segan nak pergi tengok. 
  • supaya tak terkejut sangat semasa test JPJ yang real nanti 
  • supaya familiar dengan bentuk enjin viva/kancil.


8    8.       WAJIB dengar talk sebelum test JPJ (around pukul 8-8.45am) 
  • Talk tu sangat berguna sebab encik/cik JPJ yang bagi talk tu akan terangkan apa yang perlu buat semasa test JPJ, apa yang perlu ada untuk mendaftar test JPJ. 
  • Senang cerita dia akan bagitahu perjalanan pada hari itu, tips, intipati penting, amaran dan sedikit details test JPJ di litar dan jalan raya. 
  • Sangat penting talk ni. Jangan skip! Dengar setiap patah abam JPJ tu cakap apa. 
  • Kalau rasa isi-isi dia penting dan bermanfaat untuk test JPJ kita nanti, catat je terus dalam buku/handphone.


9    9.       Daftar test JPJ di kaunter berkaitan.

1    10.   Duduk di kerusi yang disediakan.

1    11.   Menunggu nombor giliran dipanggil 
  • Please be alert! Jangan leka. Fokus pada panggilan no giliran kita. 
  • Jika kita terlepas no giliran, maka kita dikira tidak hadir pada hari itu. Kita perlu membayar & menempah tarikh untuk test JPJ yang seterusnya. 
  • So please please jangan biarkan perhatian anda diganggu semasa menunggu nombor giliran.


1    12.   Jika di tempat test JPJ saya, dia akan buat RSM dahulu baru start test JPJ di litar & jalan raya &RPM. 
  • Jika di tempat lain, saya tidak sure – sila rujuk pada cikgu.


1    13.   Tengok orang lain buat test JPJ macam mana  
  • Jangan duduk sibuk message boyfriend ngadu “itewww tatutttt la awakk. Itewww ta kuad.” Err geli haha. 
  • Jangan juga sibuk tengok facebook lah, duk sibuk skrol twitter, duk selfie muka itik. Takyah takyah buat benda-benda alah tu sekarang. 
  • Fokus tengok orang lain buat RSM& test litar macam mana lagi bermanfaat. Manfaat untuk awak jugak, bukan untuk orang lain. *dah kenapa aku bebel macam nenek kebayan ni haahaha.


1    14.   Kalau di tempat test JPJ saya, kitorang boleh pilih nak kereta viva/kancil untuk test kat litar. So, pilih lah kereta yang kita dah biasa/mudah nak memandu. Tapi semasa test jalan raya, semua orang kena guna kereta Axia.

1    15.   Doa banyak-banyak 
  • Doa dipermudahkan urusan, dapat abam/akak JPJ yang baik dan bermurah hati bagi lulus, dapat kereta yang okay, tidak panik ketika test.


1    16.   Selepas test JPJ selesai  
  • Kalau gagal, kita kena fotostat 3 benda - IC&lesen kereta L&renew lesen L dan beri pada cikgu yang jaga kita pada hari kejadian. 
  • Kalau lulus, ada dua pilihan sama ada kita buat sendiri lesen P di Pejabat JPJ atau kita nak cikgu(pihak tempat memandu kita) yang buatkan. 
  • Jika buat sendiri, tak silap saya harga nak buat lesen P ialah RM60. 
  • Jika di tempat memandu saya, kalau cikgu yang buat, cikgu akan charge RM20. So, total bayar RM80 lah kat cikgu. **psstt saya tak buat lagi lesen P haha.


Macam mana keadaan hari test JPJ? : sangat havoc, nervous,cuak, takut, debar dengan orang JPJ yang garang, prepared for the worst & bersedia untuk kecewa.

Saya ada buat satu benda ni dan saya sangat suka untuk uols yang nak ambil test JPJ ni buat jugak benda ni. ‘Benda’ tu ialah tengok result RSM & RPM & test di litar & jalan raya kita sendiri. Kalau sempat tangkap gambar, go ahead! Why not. Oh. Apa gunanya nak tahu result tu? At least kau tahu kau salah part mana. At least kau tak akan buat kesilapan yang sama kalau kau kena repeat test JPJ. At most pun, untuk kenang-kenangan nak tunjuk kat anak cucu cicit muahahaha.

Sediakan tisu pada hari kejadian, yelaa kot-kot gagal hahaha. Saya lah tu yang gagal tiga kali test JPJ kuang kuanggg. Sadiss. Cerita penuh kegagalan saya boleh baca di SINIye. Tapi mungkin saya jenis yang ‘positif-minded’ atau hati sado (but its not), saya tak pernah sekali pun nangis atas kegagalan saya dalam test JPJ. Because I know Allah’s plan is better than mine. So chill beb! J Tapi kena tahan la kalau ada orang ‘perli’ kita kena repeat hahaha. Yang penting, don’t give up. Setiap kesusahan pasti selepasnya ada kesenangan. *okay ceramah pulak haha.

Tips Berguna Pada Hari Test JPJ
tiada kaitan dengan tajuk


Entri berkaitan test JPJ :

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

$
0
0

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang


Pernah tak tengok situasi di mana apabila azan dilaungkan ‘Allahuakbar allahuakbar…’, orang pun mulakan solat. Dia tak tunggu pun azan tu habis dulu. Dia tak jawab pun azan tu. Ada juga situasi di mana kita tengok jam kita dah masuk waktu azan, disebabkan kita nak cepat sebab kejap lagi ada tetamu nak datang, kita pun terus solat tanpa menunggu azan di surau berkumandang. Ketika solat baru lah azan di surau kedengaran. Persoalan di sini ialah … boleh ke kita solat ketika azan sedang berkumandang?
Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang
credit to : islamicinfo.altervista.org

Boleh ke solat ketika azan?

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

1) Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Soalan : Boleh kah kita terus solat fardhu bila azan berkumandang? Tak tunggu habis azan, kita solat dulu

Jawapan :
Hukumnya harus. Takde masalah. Cuma kata sesetengah ulama, kalau tiada hal apa-apa, tunggu habis dulu azan, baru kita mulakan solat. Kalau kita ada hal seperti nak musafir atau sebagainya, takde masalah (boleh solat ketika azan).  Sebab bila kita tunggu azan dulu, kita boleh jawab azan dulu. 'Allahuakbar allahuakbar'..kita pun jawab Allahuakbar allahuakbar. Lepas habis jawab azan, kita berdoa dan mulakan solat. Tapi kalau kita sembahyang ketika orang tengah azan, tiada masalah. Toksah (jangan) duk kata bid’ah dan sebagainya. Hukumnya HARUS.

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

2) myMetro

Soalan : Apakah hukumnya menunaikan solat ketika azan masih berkumandang?

Jawapan :

Solatnya sah dan harus meneruskan solat, sama ada solat wajib atau solat sunat. Bagaimanapun, adalah lebih baik tidak menunaikan solat ketika azan berkumandang kerana kita digalakkan supaya mendengar dan menjawab azan. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila kamu semua mendengar azan, sebutlah sepertimana yang disebut oleh muaz­zin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) 

Ia juga bertujuan berjaga-jaga atau berhati-hati supaya solat yang dikerjakan dalam waktu sebenarnya. Wallahualam - myMetro

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

3) Sinar harian 

(dipetik dari artikel Sinar Harian Online)
Mungkin sudah ramai yang tahu, namun masih ada yang khilaf tentang hukum-hukum solat ketika mendirikan solat. 

Kisah bermula ketika penulis singgah di sebuah stesen pam minyak di bandar ini untuk mendirikan solat Asar. Solat Asar pula dilakukan sudah agak lewat kerana terlalu lama tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan. Tergopoh-gapah penulis mengejar waktu untuk ke ruang solat yang disediakan di stesen minyak tersebut. 

Penulis masuk ke ruang solat yang agak kecil. Di dalam bilik solat tersebut, sudah ada dua wanita yang lengkap bertelekungBarangkali bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib. Sebelum menunaikan solat, sempat penulis mengerling ke arah jam yang tersedia. Hanya ada lagi 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang. 

Selesai solat Asar disempurnakan, penulis menunggu tibanya azan Maghrib yang bakal berkumandang pada bila-bila masa. Tidak sampai tiga minit menunggu, azan Maghrib mula kedengaran. Dua wanita di kiri dan kanan penulis tidak menunggu lama. Mereka bangun dan terus solat sebaik sahaja azan kedengaranPenulis yang berada di kedudukan di tengah-tengah antara keduanya hanya diam terpaku. Tertanya-tanya sendiri. Bukankah solat itu sepatutnya didirikan selepas azan berakhir? Dan apa pula hukumnya mendirikan solat ketika azan?


Beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku, penulis mengambil keputusan untuk menghubungi seorang ustaz bagi bertanyakan perihal tersebut. Dr Mohd Azhar Abdullah namanya. Beliau yang Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra, menjawab tenang ketika dihubungi untuk menjawab persoalan tersebut. 

Menurutnya, antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat dan mengerjakan solat ketika azan waktu solat baharu sahaja berkumandang menjadikan solat tersebut sahBagaimanapun mengerjakan solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki, manakala wanita pula disunatkan untuk menunggu selesai azan sebelum mengerjakan solat. 

“Dari sudut sunnah para sahabat Nabi, solat dilakukan selepas usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan membolehkan kita melakukan beberapa prinsip seperti menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat sunat dua rakaat selepas azan. Solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan ‘tercicirnya’ lelaki tersebut daripada jemaah yang bakal menunaikan solat bersama. Bagi kaum wanita pula, adalah sebaiknya menunggu azan selesai kemudian baharulah solat dikerjakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Jelas beliau lagi, solat yang didirikan dipenghujung waktu sehingga masuk waktu solat fardhu lain juga masih dikira sah“Sebagai contoh, kita solat Asar di hujung waktu, tiba-tiba azan Maghrib kedengaran, maka solat kita perlu diteruskan. Tidak ada sebab untuk menghentikan ibadah. 

Solat masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat di akhir waktu itu (sama ada) qada atau tunai adalah sempat rukuk atau tidak pada rakaat yang pertama, jika ia solat Asar dan rukuk dan sempat tama' ninah seketika dalam rukuk dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada,” jelasnya.
Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang
credit to : leaderstandard.com

Untuk mengukuhkan lagi, saya ada dengar di YouTube berkaitan dengan hukum menjawab azan oleh Ustaz Anwar Hussain.

Soalan : Apakah hokum jika kita tidak menjawab azan. Adakah saya berdosa? Mohon jawapan daripada Ustaz.

Jawapan :

Hukum menjawab azan.. adakah wajib ataupun sunnah? Kita (para ulama) mengatakan menjawab azan itu SUNNAH Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Dan jika kita menjawab azan, inshaaAllah kita akan diberi pahala oleh Allah S.W.T. 

Allah mengatakan di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Perkataan siapa  yang lebih baik daripada mereka-mereka yang menyeru manusia kepada Allah”. Sebahagian para sahabat  mengatakan ini yang dimaksudkan dengan muazzin (tukang azan). Diturunkan ayat ini atas muazzinin (mereka-mereka yang melaungkan azan). Maka diSUNATkan untuk kita menjawab azan oleh muazzin. Kalau sekiranya seorang tidak menjawab azan, kita mengatakan tidak berdosa.

SUNNAH ini adalah apabila kita melakukan dapat pahala, kalau kita tidak melakukannya kita tidak mendapat dosa.

Maka, kita mengatakannya (menjawab azan ketika solat) tidak wajib.

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

Bak kata ustaz saya dengar haritu, jika ada banyak pandangan, kita stick(pegang) pada satu pandangan yang kita nak. Dan jika kita dah pilih untuk stick satu pandangan tu, stick dengan pandangan tu hingga bila-bila. Jangan tukar-tukar pula.

Semoga bermanfaat entri ini. Saya buat entri ni sebab saya rasa ramai yang masih ragu-ragu hukum solat ketika azan dan mungkin masih yang duk argue kata pandangan kau salah, pandangan ni salah, pandangan aku betul. Tapi hakikatnya, jika pandangan ustaz/para ulama ada banyak, kita boleh pilih nak berpegang pada satu pandangan.

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang
credit to : nurhidayah.tumblr.com

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan

$
0
0

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan

Ada orang kata perempuan yang mulakan first step ni perempuan tak malu, terhegeh-hegeh, gelojoh dan ‘bagai perigi mencari timba’. Yelah biasanya dalam kamus manusia ni – lelaki mesti kena mulakan dulu dalam sesuatu perhubungan. Lelaki yang kena confess dulu, lelaki yang kena meminang, si perempuan kena tunggu si lelaki kata ‘I love you’ baru lah perhubungan yang terjalin boleh di bawa ke fasa yang seterusnya. Dalam masyarakat Melayu terutamanya, segala-galanya lelaki lah perlu buat semua ini. Perempuan kena jaga adab dan sikap malu.

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
first step

Tapi ... Mungkin kita lupa pada cerita Siti Safura dan Nabi Musa. Mungkin kita terlepas pandang kisah Siti Khadijah dan Nabi Muhammad S.A.W. Jika kita menelusuri kisah cinta perkahwinan mereka, siapakah yang memulakan dahulu? Siapa yang ambil first step dulu? Siapa yang masuk meminang siapa? Disebabkan terpikat pada sifat amanah dan fizikal yang kuat yang ada pada Nabi Musa, Siti Safura meminta ayahnya, Nabi Syuib untuk mengambil Nabi Musa sebagai pekerjanya. Daripada situ lah, akhirnya.. 10 tahun kemudian seperti yang dijanjikan Nabi Syuib, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safura. Kita tengok pula Siti Khadijah yang sangat berani pergi meminang Nabi Muhammad disebabkan sifat amanah dan bijaksana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad di dalam perniagaan mereka. Walaupun Siti Khadijah berumur 40 tahun manakala Nabi Muhammad berumur lebih muda daripada Siti Khadijah (25 tahun), Siti Khadijah yakin dengan Nabi Muhammad justeru meminang Nabi Muhammad untuk menjadi suaminya.

Cuba bayangkan kalau pada zaman sekarang ni, perempuan tua 40 tahun pergi meminang lelaki muda berumur 25 tahun? Rasa-rasa apakah reaksi masyarakat kita kan? Walhal benda tu tidak langsung memalukan pada zaman Nabi, kenapa kita nak malu pula pada zaman sekarang?

Tapi kalau kita tenung dan tenung dan tenung dengan lebih mendalam lagi terhadap kisah cinta Safura&Nabi Musa dan Siti Khadijah&Rasulullah, Safura terpikat dengan Nabi Musa kerana beliau kuat dan amanah dan Siti Khadijah terpikat dengan Rasulullah kerana Baginda amanah dan bijaksana. Disebabkan sifat-sifat itu lah, mereka yakin bahawa lelaki seperti itu  yang boleh membimbing mereka dengan baik menuju ke Jannah. Bukan kerana tall dark handsome dan juga bukan kerana nafsu semata. Jadi, di situ lah kita boleh ambil pengajarannya.

Si perempuan boleh nak mulakan first step di dalam perhubungan. Tetapi! Tetapi kita kena lihat adakah “betul aku nak pilih dia menjadi suami aku?” Tanya soalan dekat diri sendiri “mampukah dia membimbing aku ke jalan yang benar?” Tanya jugak “eh sebab apa aku suka dia? Sifat dia yang manakah memikat hati aku?” Jika benar kita sebagai orang perempuan nak mulakan first step, analisis dan nilai dulu supaya kita yakin dengan pilihan kita. Jika dah yakin, baru lah mulakan first step.

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
tanda-tanda jatuh cinta 


Bukan senang nak si perempuan nak mulakan langkah pertama dalam perhubungan kalau tidak kuat dan kena tebalkan muka. Yelah kalau si perempuan confess dulu dekat lelaki, macam mana kalau lelaki tu  reject? Kalau si perempuan pergi meminang si lelaki, kang si lelaki tolak rombongan meminang, mana nak letak muka si perempuan malu uiii. Tapi kita kena ingat, FIRST STEP di sini tidak hanya bermaksud meminang atau confess sahaja, boleh jadi kau bagi hint dekat si lelaki pun boleh dikira FIRST STEP.

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
be yourself


Yang pasti, first step yang si perempuan ambil, kesannya si perempuan kena lah bersedia unuk terima. Jawapan untuk first step itu boleh jadi suka atau duka. Boleh jadi gula atau peria. Boleh jadi cerah atau mendung. Boleh jadi gembira atau sedih. Boleh jadi hati terapung apung di awanan atau jiwa retak pecah seribu sejuta. Si perempuan must prepare for the worst. 

Tak segala yang kita rancang akan mengikut seperti yang kita rancang. Kerana sesungguhnya perancangan Allah lebih baik. Mungkin first step yang diambil oleh kita kepada si lelaki A tidak berjaya kerana sudah terlukis di luh mahfuz si lelaki A bukanlah jodoh kita. Boleh jadi ketika kita mengambil first step pada si lelaki C, si lelaki D yang sebenanrnya untuk kita sedang mengambil first step kepada kita. Mana tahu kan. Jodoh dan pertemuan rahsia Allah.

Kseimpulannya, bak kata Ustaz Don, tidak salah untuk si perempuan mengambil first step dalam perhubungann. Makanya, si perempuan jangan lah duk takut atau duk kalut fikir macam mana lah kalau orang tahu aku yang confess dulu kat laki tu. Macam mana lah kalau orang tahu aku yang pergi minang si mamat tu. Pedulikan kata orang lain. Jika kau benar, buat apa nak takut. Jika betul tindakan kau, buktikan tindakan kau betul. 

Tak salah perempuan ambil first step dalam perhubungan
kuat itu apa?


Oh saya tulis entri ni bukan bermaksud saya nak galakkan si perempuan ambil first step dalam perhubungan mereka tetapi saya nak beritahu tak salah jika si perempuan mulakan first step

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kan? Ermmm ermmm ermmm okay tak kena peribahasa ni dengan tajuk. Kbai hahaha.


Wordless Wednesday : Anak bongsu ni unik sikit

$
0
0

Anak bongsu ni unik sikit

Anak bongsu ni unik sikit
credit to : typicalbongsu.com
Anak bongsu ni unik sikit
Anak bongsu ni unik sikit ehem!


Anak bongsu ni unik sikit
contoh anak bongsu. senyum cikeddddd :D

Wordless Wednesday : Kalau rindu suami, ambil segelas........

$
0
0

Wordless Wednesday : Kalau rindu suami, ambil segelas........


Kalau rindu suami
amour. love.

Kalau rindu suami
jika rindu suami, jangan lupa buat macam ni tau haha

Wordless Wednesday : KFC Set Baru Ayam Kicap Meletop!

$
0
0

KFC Set Baru Ayam Kicap Meletop!

KFC Set Baru Ayam Kicap Meletop!
KFC cawangan seremban
KFC Set Baru Ayam Kicap Meletop!
KFC Ayam Kicap Meletup RM11.95 (12pm-3pm & 6pm-9pm), normal hours RM12.95
2-pc Combo + Nasi Seaweed/Regular Fries


KFC Set Baru Ayam Kicap Meletop!
First time merasa !

KFC Set Baru Ayam Kicap Meletop!
Apa rasa nasi seaweed ni? Saya rasa biasa-biasa aje. Ayam kicap pulak? Biasa-biasa jugak. Haha.

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

$
0
0

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER
KLIK BANNER UNTUK JOIN

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

Tarikh tutup penyertaan 10/2/2016. Jom join ! :)

Giveaway Sugarscarf by zeeralily

$
0
0

Giveaway Sugarscarf by zeeralily

Giveaway Sugarscarf by zeeralily
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Seperti yang dijanjikan juga, here there goes... Second giveaway by zeera lily



SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @zeeralily cari gambar ini dan tag rakan anda

3) Like Facebook :
 
4) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Sugarscarf by zeeralily'

5) Copy banner diatas & back link pada entry ini

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Lastly, tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini



HADIAH UTAMA

Sugarscarf Lana Basic Premium Shawl - Lana Ash Pink
Hope By Sugarscarf - Hope Kate Ribbon Red



SAGUHATI
Skin Care Product 

Bagi berlaku adil, Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw

Segmen Ucing Nak Url 3

$
0
0
http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-ucing-nak-url-3.html
Segmen Ucing Nak Url 3

Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

 Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!

dah kenapa ramai duk tanya result final aku

$
0
0

dah kenapa ramai duk tanya result final aku

Tadi kakyong message

"Tokcik
Pointer kau berapa?"

Tokcik dia panggil aku =.=
Saya jawab lah belum dapat lagi, maybe esok kot.

Semalam pulak umi tanya "bila dapat result kakcik?"
Gulp gulp 
banyak kali.
dah kenapa ramai duk tanya result final aku
gambar tiada kena mengena

Haritu pun abi tanya result dah dapat ke.
Aik abi pun tanya.

Adehhh time time sem yang aku tak berapa nak cerdik la ramai orang duk tanya result den. Sebelum-sebelum ni time subjek tak susah tak de lah dorang nak tanya berapa pointer den haha. 
dah kenapa ramai duk tanya result final aku
result exam result. dengg!

Tengah takut sebenarnya ni. Takut result jatuh teruk sem ni. Subjek susah-susah belaka. Ermmm. Nak sedih pun tak guna sebab dah berlalu. Nak menyesal ambil subjek tu pun tak guna sebab result dah keluar. Nak meraung merengek kang macam tak redha pulak haha. So, berserah je result berapa dapat nanti.

Haih haih haihhhh~ tak pernah rasa macam ni. Rasa takut nak tahu dapat pointer berapa. Rasa tak nak beritahu result kat family. Rasa nak bakar result ni hahaha. Tak pernah tau rasa macam tu rupa.

Bukan apa, takut kecewakan abi umi dengan result teruk ni. Yela sebelum ni result okay je so dorang mesti expect more for my next result.

Takpelah sekali sekala result teruk kan, redhooo jelah den hehe.

Mungkin esok kot result keluar, nantikannn~

Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah

$
0
0

Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah

Hot giloss drama melayu slot Akasia TV3 Cinta Si Wedding Planner sekarang ni! Hot sangat sampai hampir semua tengok lah cerita ni. Siapa yang tak tengok Cinta Si Wedding Planner ni? Ce bagitahu kat saya siapa? Siapa siapa? Saya lah tu ! Hahaha. 

Bukan tak nak tengok tapi saya memang jenis yang susah sikit nak follow drama melayu kat televisyen setiap hari. Geng nak tengok pun tak ada. Umi pulak jenis yang pukul 7 alih TV Al-Hijrah atau Oasis hehe. Soooo, makanya saya tunggu kawan saya download cerita ni hahaha. Lepastu marathon tengok sampai habis. Tapi sadisss la kan sebab bila orang lain dah habis tengok, saya baru nak terhegeh-hegeh tengok. 
Sobsob.

Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah
Cinta Si Wedding Planner

Jom ushar apa Sinopsis drama melayu hitsss di Malaysia sekarang ni!

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.
Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah
Hero heroin

Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah

Pelakon Utama Cinta Si Wedding Planner

Adi Putra melakonkan watak Fariz Adryan
Mira Filzah sebagai Izara Batrisya

Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah

Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah
Adi Putra & Mira Filzah

Lama-lama tengok cantik pula Mira Filzah ni. Saya yang gadiss pun terpikat tengok muka comel polos putih kecik Mira Filzah ni, apatah lagi lakilaki di luar sana kan kan. Adi Putra? Ermmmmmm no komen. Hehehe. Bukan taste saya kot :P

Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah

Sekarang ni rasanya dah nak habis kan drama ni. Sebab drama ni semuanya ada 28 episod. Dan tak silap saya jugak drama Tundukkan Playboy Itu yang akan ganti drama ni. Kan kan? Kalau silap maafkan saya ye. Sebab dekat instagram saya folllow instagram Uqasha Senrose so memang penuh dengan update dia pasal drama Tundukkan Playboy Itu. Ermm macam best juga. Novel dia tak baca lagi. Macam novel Cinta Si Wedding Planner ni saya dah baca dulu-dulu.

Cinta Si Wedding Planner Adi Putra&Mira Filzah

Okay itu saja! Tengok drama ni jangan emosi terlebih pula ye. Hahaha.

gambar credit to : adpadiputra.com

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort

$
0
0

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort

Haa uolss jom join Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort yang hadiahnya gempak bak hanggg ! Pemenang akan dapat hadiah penginapan selama 3 hari 2 malam di Swiss Garden Resort Lumut/Kuantan ! Best kan hadiah dia? Syarat nak join pun mudah. Apalagi~ !

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort
nanti kena jawab satu soalan berkaitan dengan Shaklee Collagen Powder ni 



Segmen Bersama Leya Yeolly

$
0
0

Segmen Bersama Leya Yeolly


KLIK BANNER UNTUK JOIN
Tarik tamat segmen akan diumumkan bila-bila masa saja. So jom pantas pantas join !

Saya nak Leya edit template blog saya ni secara percuma sebab saya sangat la tak mahir bab-bab tukar template ni. Mungkin tukar template pandai tapi nak bagi cun tu adehhh dah lah bukan seorang yang tak kreatif apatah lagi tak terer bab bab coding moding ni. Lagipun kan, saya teringin nak cuba template saya bertemakan denim template. Sebab ada pernah seseorang komen kat blog saya bahawa blog saya ni sesuai sangat kalau buat denim template and saya tak tahu pun macam mana denim template ni. So, saya nak sangat sangattt orang edit template saya ni bagi cun kedebabomm hehe.

Okay lastly, saya tag si amateur hiker dan si ukhti Nurliyana :)

KESAN MINUM AIS SELEPAS MAKAN

$
0
0

KESAN MINUM AIS SELEPAS MAKAN


Lepas makan, pekena nescafe ais atau neslo ais atau carrot susu ais atau teh tarik ais perghh sedap walaweh. Sedap sampai menusuk ke perut hehe. Orang sekarang ni memang sudah menjadi kebiasaan untuk minum air selepas makan walhal sepatutnya tunggu 1-2 jam kemudian baru lah boleh meminum air selepas makan. Ditambah lagi sekarang ni orang ramai yang gemar memakan di restoran/gerai makanan order air manis yang berais atau air kosong yang berais untuk diminum selepas makan. Budaya ini sebenarnya tidak begitu baik kerana....

KESAN MINUM AIS SELEPAS MAKAN
credit to : www.guatv.com
ais sangat digemari oleh orang ramai


Kesan minum ais selepas makan

  • membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. 
  • akan memperlahankan penghadaman kita.
  • bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul 
  • semakin gemuk 
  • mendapat pelbagai PENYAKIT.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas

Jalan penyelesaian terbaik ...

  • minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!



Tanda-tanda serangan jantung 

  • mula terasa pada tangan sebelah kiri.
  • pada permulaan : sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada.
  • mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
  • keletihan  
  • berpeluh  

60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur!
Info dari DR.HAIRUL AZMAN.

Tapi saya confuse la dekat sini. Minuman yang dimasukkan di dalam peti ais untuk jadikan dia sejuk sama kah tarafnya/keburukannya/ertinya dengan minuman yang diletakkan ketulan ais di dalam minuman? Sama ke dua dua ni atau berbeza? Apa pandangan anda?


Okay adios!

Resepi Begedil Goreng Mudah Dan... Auumm!

$
0
0

Resepi Begedil Goreng Mudah Dan Auumm!

Kalau petang-petang takde idea apa nak masak untuk makan petang/malam yang santai , jom buat begedil goreng jom! Sedap, lembut, mengenyangkan dan sangat aummm! Anak-anak dan suami pasti suka. Ataupun tetamu datang singgah sekejap dan kita tak ada apa nak hidang untuk menjamu mereka makan, boleh buat begedil ni. Mudah je resepi dia. Bahan-bahan nya pun senang untuk didapati dan tidak begitu mahal. Ataupun nak bawak bekal ke sekolah atau potluck di tempat kerja, haaa kalau nak cepat dan pantas, boleh cuba masak begedil goreng ni. Tak menyesal punya lah !

Resepi Begedil Goreng
Begedil goreng

Resepi Begedil Goreng

Bahan-bahan

Daun sup (daun bawang juga boleh digunakan)
Daging ayam kisar
Bawang
Kentang
Telur
Garam


Cara memasak

1. Potong halus daun sup dan bawang.


Resepi Begedil Goreng
daun sup


Resepi Begedil Goreng
bawang, daun sup dan daging ayam kisar

2. Gaulkan bersama (bawang + daun sup) yang telah dipotong, daging ayam kisar, kentang yang sudah dilenyek dan sedikit garam.

Resepi Begedil Goreng
kentang dicampurkan dengan daun sup

Resepi Begedil Goreng
ramuan yang sudah digaulkan

3. Bentukkan ramuan yang kita sudah gaulkan tadi mengikut bentuk yang kita mahu.

Resepi Begedil Goreng
begedil yang sudah dibentuk cantik

4. Sediakan 1 atau 2 telur. Kacau telur itu sehingga kembang.

Resepi Begedil Goreng
telur ayam

Resepi Begedil Goreng
telur ayam yang sudah dikacau

5. Sebelum begedil dimasukkan ke dalam kuali untuk digoreng, celupkan dahulu di dalam telur yang sudah dikacau.

Resepi Begedil Goreng
begedil yang sedang digoreng

6. Siap untuk dimakan !

Resepi Begedil Goreng
saje je taknak rotate gambar begedil ni. seni namanya :P

Mudah kan kan?

Tiada sukatan yang tertentu kerana berapa banyak nak isi terpulang pada citarasa masing-masing. Kalau nak rasa kentang tu lagi menyerlah dari daging ayam kisar, makanya tambahkan amount kentang di dalam ramuan. Jika tidak suka sayur (daun sup), takyah masukkan. Kalau suka pedas-pedas, boleh masukkan cili merah. Kalau suka kosong je, takyah letak daun sup atau cili, just masukkan daging ayam kisar dan kentang dan garam sahaja.

Untuk bentuk juga.. terpulang pada masing-masing. Nak bujur ke, nak bulat ke, nak lonjong ke, nak bentuk love acah acah romantik pun boleh. Ikut citarasa dan kesenangan membuat masing-masing.

Resepi Begedil Goreng
makan bihun sup dengan begedil perghh torbaekk!

Entri resepi yang lain :

Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day

$
0
0

Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day

Dulu-dulu saya tak tahu pun tanggal 14 Februari ni ialah Hari Valentine. Okay okay maksud saya time saya tak tahu tu time sekolah rendah la tapinya haha. Time sekolah menengah dan ke atas kalau tak tahu Valentine's day ni tipu la weh. Dulu saya tak ambil tahu pun pasal Valentine's Day ni. Haram ke tidak. Nak sambut ke tak. Tak de nak kisah pun. Tapi tak tahu lah bila, pada satu masa tu saya ada terdengar hukum sambut Valentine ni haram. Saya pelik aik kenapa haram? Bukannya dorang buat apa pun, just bagi bunga atau hadiah kepada kekasih je pun. Just wish Happy Valentine's Day je. Kan?


Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day
Valentine's Day 14 Feb

"Betulkan yang salah. Salahkan yang betul"-Ustaz Pahrol Muhd Juoi

Mungkin ada yang dah tahu Valentine Day telah disepakati haram menyambutnya. Mungkin ada yang tak tahu. Mungkin juga ada yang tahu tapi still nak sambut sebab tak nampak mana salahnya. Mungkin ada yang memandang remeh dengan benda ni so mereka menyambutnya secara diam-diam. Untuk menyakinkan hati-hati yang sedang ragu-ragu adakah benar umat Islam tidak boleh meraikan hari kekasih ini, saya telah mengambil pandangan Ustaz Azhar Idrus dan Majlis Fatwa Malaysia untuk menjawab persoalan ni.

Pada tahun 2005, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah membincangkan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day) .Mereka telah memutuskan bahawa umat Islam dilarang meraikan hari tersebut.

Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day
Ouchh



Kenapa dan mengapa umat Islam dilarang meraikan hari tersebut?


Di sini saya mengambil keterangan dan hujah yang telah disenaraikan oleh Majlis Fatwa Negeri Johor di Portal Rasmi Fatwa Malaysia yang last update nya pada 10 Februari 2016.

Keterangan/Hujah: 


  • Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
  • Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat   menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
  • Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
  • Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
  • Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
  • Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
  • Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
  • Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari sebagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.

Hukum Umat Islam Menyambut Valentine's Day
LOVE


Ustaz Azhar Idrus (YouTube UAI)


Soalan : Terangkan mengapa berlakunya Valentine? Ramai orang Islam membantu menyambutnya sedangkan tarikh itu tarikh paderi Kristian?

Jawapan

Valentine ni adalah satu hari Kristian, hari upacara orang Kristian. HARAM orang Islam sambut main-main saja. HARAM sambut memuliakan hari tersebut jadi kafir laknatullah. Budak-budak muda, hok kolej, hok sekolah terlibat dalam Valentine. Sebahagiannya menjadi kafir murtad wal iyazubillah. Orang ulamak pesan, dorang lawan balik. 

Nama dia Paderi St Volentino, paderi tak boleh nikoh, haram kahwin. Jadi, dia bercinta dengan seorang perempuan namanya Isabella. Isabella ni kekasih kepada paderi St Valentino. Jadi, gereja-gereja Europe, gereja2 perancis, gereja Sepanyol, gereja UK, England membenarkan dia kahwin. Kenapa benarkan? Sebab jasa paderi ni besar. Dia telah memeurtadkan sejuta orang Islam di Sepanyol, masuk agama Kristian. Yang marahnya, gereja di Rom. Rom ni macam mekah la.

Akhirnya, St Valentino dinikahkan dengan kekasihnya Isabella pada tarikh 14 Februari. Jadi, masuk dalam kalendar orang Kristian. Walaupun dia membuat satu dosa iaitu berkahwin dengan Isabella, tapi jasanya memurtadkan sejuta orang Islam maka dibenarkan satu-satunya paderi besar boleh berkahwin dalam agama Kristian.

Jadi bila kita sambut je Valentine, haram. Kalau kita sambut dan kata Valentine ini adalah satu perayaan , jadi kafir.

....


Haa itu lah jawapan dan penjelasan nya. Kita memang fikir alaa bukan buat apa pun time Valentine's Day ni, tapi sebenarnya Islam larang bukan sebab tu tapi sejarah Valentine's Day ni lah yang membuatkan kita tak boleh sambut.

Alaaa takyah sambut la Valentine's Day ni. Tiap-tiap hari pun hari kekasih kan buat pasangan suami isteri ? ;)

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live