Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

BLOG AWARD 2016

$
0
0

BLOG AWARD 2016

BLOG AWARD 2016

Nak tag 2 akak blogger yang saya cukup kagumi dan hormati : MiaLiana dan PerduCinta

Yang lain pun dijemput join ! 
Saya tahu blog saya tak simple dan neat seperti yang lain tapi suuport blogger yang anjurkan BLOG AWARD 2016 ni. 
Kalau rasa blog tu simple dan neat lebih daripada blog saya (sudah semestinya), jom join BLOG AWARD 2016 ni ! :)


NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

$
0
0

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH


Assalamualaikum

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH
Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

Durian sedap makan sakan,
Banyak sangat nak habiskan tak larat,
Selamat hari lahir saya ucapkan,
Moga berbahagia dunia akhirat !

Jalan jalan tersepak batu,
Terpelanting jauh terkena kuda,
Umur berganjak ke duapulohsatu,
Takpe takpe muka maintain muda. (hehehhe..)

Blog izyan vogue dan lawo,
Bunga cun rasa nak serkap,
Teruskan berblogging ramai yang suko,
All the best kipidap dongibap !


SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016

$
0
0

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom join SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016 Ms Kejupenyet ! :D


Hanis Masturina mencari Bloglist ! #2

$
0
0

Hanis Masturina mencari Bloglist ! #2

Hanis Masturina mencari Bloglist ! #2
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hanis Masturina mencari Bloglist ! #2 ini akan tamat pada 27 Januari 2016.
Semoga berjaya !


Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

$
0
0

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Ehem. Dengar kata orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang daripada orang yang sering tidur lewat. Ehem ehem ehem! Okay terasa okay! Bukan terasa sebab selalu tidur awal, terasa sebab biasa tidur lewat haha. Orang kata saya burung hantu. Malam je mata segar. Tidur lewat. Pukul 1 pagi bagi saya masih awal lagi untuk tidur haha.

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Okay back to the statement "orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang" tu. Saya sangat tak setuju tau dengan statement tu! Ermm okay lah kita fikir relevannya di situ. Apa kaitan cepat dipinang dengan tidur awal ? Ada idea tak ?

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?

Okay orang atas ni dia serius bila mengatakannya. Okay nampak serius dia bila ada tanda seru hehe. Dan kenapa dia tak tulis sekali apa sebabnya haish. Kalau letak sekali sebab-sebab kenapa orang tidur awal lebih cepat dipinang, baru saya boleh argue kan. Okay lah saya cuba fikir apa kaitan dipinang cepat dengan tidur awal. Hmmm.

Mungkin ermm kalau si perempuan tidur awal, bangun pun mestilah awal. Kan? Lepas itu bila dah bangun awal, boleh lah kemas rumah, memasak sarapan, solat dhuha. Lelaki kan suka orang perempuan yang bangun awal ni kan kan. Mak mentua pun suka ada menantu perempuan yang rajin bangun awal bantu dia. Tak macam orang yang tidur lewat, bangun pun lewat. Eh tapiii..

Ada je yang bangun lewat, bangun awal. Okay saya akui saya bangun agak lewat. Saya tidur pukul 3/4 pagi lepastu bangun range pukul 8-10pagi (solat subuh bangun le, lepas subuh tidur balik hehe). Saya akui jugak saya akan bangun awal kalau ada exam esoknya je haha. Bangun pukul 9 pagi lewat eh? Hehehe. Takpe takpe saya akan berusaha untuk bangun awal lagi ! Zzzzz.

Eh cerita pasal saya pulak. Oh lagi satu saya dah fikir apa relevan dan kaitan tidur awal dengan cepat dipinang! Alaa apa dia ek. Lupa dah arghhhhh ! Oh ingat dah. Mungkin kalau tidur awal, dapat lah tidur dengan cukup kan. So, muka pun segar pada awal pagi. Muka pun bertambah cantik. So, laki pun ramai lah suka. So, dia pun dipinang. The end. Hahahaha.

Orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang ?


Syok pula saya tengok babies atas ni tidur alollooolo omey angat. Okay kesimpulannya saya tak berapa setuju dengan statement "orang yang selalu tidur awal biasanya lebih cepat dipinang daripada orang yang selalu tidur lewat". Sebab apa ? Sebabnya macam tak berapa nak nampak apa sebab dan kaitan nya haha. 

Bagi saya, REZEKI, JODOH & AJAL di tangan Allah. :)

Camana pula dengan awak ? Setuju atau tidak ? :D

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016

$
0
0

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016


Jeng jengg siapakah yang bertuah menjuarai ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 (AJL 30) 2016? Tapi sebelum tu nak bagi tahu lah bahawasanya saya tak dapat tengok ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016 malam tadii huwaaa. Yela sebab TV abi conquer tengok cerita Cina, makanya tak dapek la den nak tonton AJL 30 yang saya tengok finalis-finalis nya hebat-hebat belaka. Saya nak komen lebih tentang persembahan majlis AJL 30 pun tak mampu sebab tak tengok hehe.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : anugerahjuaralagu.com

Senarai Pemenang AJL 30 2016

Juara AJL 30 : Akim & The Majistret - Potret

Naib Juara AJL 30 : Faizal Tahir - Assalamualaikum

Tempat Ketiga AJL 30 : Caliph Busker - Hanya Namamu

Kategori Vokal Terbaik AJL 30 : Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah

Persembahan Terbaik : Akim & The Majistret - Poster

( info senarai pemenang credit to shehanzstudio.com )


Woww WOW wow ! *tepuk tangan* 
Tahniah buat semua pemenang ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2015. Bagi saya, yang menang  AJL 30 tu memang layak untuk menang. Tapi tak kata lah kalah tu memang layak untuk kalah. Mungkin cuma tidak bernasib baik dan tiada rezeki untuk menang  AJL 30 pada malam tadi.

Oh tadi sempat sikittttt je tengok persembahan Siti Nurhaliza, Yasin & Jamal Abdillah. Yang part Jamal Abdillah saya tak sempat tengok sebab tengok Running Man Ep257 kat Channel SBS haha. Tapi yang part mereka nyanyi lagu Siti Nurhaliza Cindai & Yasin Mimpi Laila saya dapat tengok. Alahaiii cantiknya Siti bertudung penuh ayu dan menari dengan budak budak comel. 

SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : http://edtv-zahidizakariya.blogspot.my/


Sempat juga tengok dua pengacara  AJL 30 2016 di TV3 tadi  Fara Fauzana & AG pada permulaan majlis. Rasanya mereka berdua memakai pakaian serba hitam. Kan? Ke saya salah tengok hehe. By the way, suka tengok Fara Fauzana bertudung ;)


SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : mediahiburan.my

Dengar khabar juga, persembahan Faizal Tahir yang paling menyentuh hati para penonton dan para peminat. Huuwwaa saya tak tengok lagi videonya. Katanya ada budak kecil lah. Ada yang sampai menangis tengok persembahan Faizal Tahir di  AJL 30 pada malam tadi. 

Oh sempat juga tengok sikit persembahan Noh Salleh yang menyanyikan lagu Angin Kencang. Nampak macam Noh Salleh sedikit tembam lah. Korang ada nampak tak? Ke hanya ilusi saya seorang sahaja? Haha. Dannnn baru tahu rupa-rupanya lagu Angin Kencang ni Noh buat untuk isteri dia. So sweet lahai. Nak juga husband yang buat lagu untuk saya. Eh. Hahahaha. #berangan
SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-30 2016
credit to : asamboi.my


Lagu Bukan Hal Aku nyanyian Kaka Azraff dan Sleeq ruginyaaa tak tengok! Saya memang minat gilos dengan lagu ni. Rasanya dah lebih seratus kali dengar lagu ni asyik ulang ulang sampai panas mp3. Sampai dah hafal dah part rap tu. Kalau saya nak nyanyikan part rap tu pun boleh. Tapi kena bersedia la kot-kot saya tersembur air liur time rap tu kahkah.

Okayy itu sahaja laporan  AJL 30 2016 dan luahan dari saya. Harap terhibur dan menghiburkan orang lain juga :D

Daaa~ assalamualaikum *tak jawab dosa* :P

RESEPI IKAN RENTUNG

$
0
0

RESEPI IKAN RENTUNG


Orang biasa buat ikan hangus terbakau je kan? Ni sepesel punya. Rentung terus ! Hahaha. Dah tahu ke belum resepi ikan rentung ni ? Rasanya ramai dah tahu resepi ikan rentung NI tapi takpe saya share resepi ikan rentung ni pada siapa tak tahu lagi dan mahu mencuba jinak jinak dan merasa ikan rentung. Yummy yummy !
Gambar hiasan

Apakah resepi ikan rentung ? Jeng jenggg~ mohon ketika buat tu pastikan air sebaldi di tepi kot kot kang terbakau terus hehe.

resepi ikan rentung

Bahan-bahan :

1) Ikan
2) Facebook

Cara-cara membuat ikan rentung :

1 ) Goreng ikan
2) Main facebook sampai lupa ikan yang tengah digoreng

Haa gitu ye. Selamat mencuba hehe.

Ni memang rentung sungguh ni hahaha.

Sebenarnya, mungkin resepi ikan rentung ni nak perli pada sesiapa yang suka sangat bermain facebook ketika memasak dan memberi pengajaran untuk tidak bermain facebook ketika memasak ikan atau sewaktu dengannya kerana ianya akan membawa kesan yang buruk contohnya hangus/rentung.

Saya pernah juga ikan/kuih jadi hangus. Tapi bukan sebab bermain facebook tapi leka melayan group di whatsapp hahhaha. Nasib baik tak jadi rentung hehehe.

Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais


wordless wednesday : Aku nak tanya, ni Malaysia ke Bangladesh?

$
0
0
wordless wednesday : Aku nak tanya, ni Malaysia ke Bangladesh?

wordless wednesday : Aku nak tanya, ni Malaysia ke Bangladesh?
credit to : creedcycle.com
Gambar hiasan tak ada kena mengena dengan tajuk

wordless wednesday : Aku nak tanya, ni Malaysia ke Bangladesh?

Ejaan kemain ha. Adoi ~
orang Malaysia memang kreatif pun kan. 


Segmen Pencarian Gambar Ucing

$
0
0

Segmen Pencarian Gambar Ucing


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/01/segmen-pencarian-gambar-uk.html

Hi Gambar Muka Ucing Sudah Hilang.! Anda Ingin Jadi Dectective.? Jika " YA" Anda Cari Di Google Dengan Menaip "muka..................."  (Ayat Bertitik tu Anda Cari Sendiri.)

Segmen ini adalah segmen pencarian gambar di google,Para blogger yang dapat Gambar Tersebut hendak lah Save dan ikuti Syarat Mudah di bawah :

1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Pencarian Gambar Ucing" Berserta Gambar.
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.

Url Post Anda Akan Saya Senaraikan Untuk Penyertaan Blogwalking Nanti.Tamat Segmen 27-1-2016.

Segmen Pencarian Gambar Ucing
muka ucing kadayan :D

Nak tag blogger Amysyeera.com & Shehanzstudio.com :)



SEGMEN 1 : PERMATABIRU- JOM FOLLOW BLOG SAYA

$
0
0

SEGMEN 1 : PERMATABIRU- JOM FOLLOW BLOG SAYA


SEGMEN 1 : PERMATABIRU- JOM FOLLOW BLOG SAYA
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh Tutup : 29 Januari 2016

Jom support dan memeriahkan segmen Permata Biru ! :D

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

$
0
0

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE


Wahhh ada drama adaptasi terbaru My Dear, Mr Dimple yang akan ditayangkan di Astro Ria gandingan pelakon lelaki yang berlesung pipit Shukri Yahaya & pelakon wanita putih cantik Emma Maembong. Mesti ramai yang suka drama My Dear, Mr Dimple ni. Mana taknya. Gabungan pelakon yang sangat hebat dan diminati ramai berlakon dalam drama My Dear, Mr Dimple ni. Saya pun tak sabar nak tengok drama My Dear, Mr Dimple !

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

Sinopsis My Dear, Mr Dimple 

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?

(sumber sinopsis : penulisan2u.com)

Para Pelakon My Dear, Mr Dimple 


Shukri Yahaya & Emma Maembong

SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE


Pelakon Utama Lelaki Drama My Dear, Mr Dimple 

Gambar SHUKRI YAHAYA :
SINOPSIS & PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : mysumber.com
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : cosmopolitan.my
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : faixalzakaria.blogspot.my

PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : diarisakuragurl.blogspot.my

Pelakon Utama Wanita Drama My Dear, Mr Dimple 

Gambar EMMA MAEMBONG :
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE


PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE

PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : sensasimalaysia.com
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : sweetyzhanieyz83.blogspot.com
PARA PELAKON MY DEAR, MR. DIMPLE
credit to : instagify.com
Fuhh bergetar la jugak tulang rusuk tengok gambar Shukri Yahaya yang berlesung pipit ni hahaha. Dan baru tahu rupa-rupanya Shukri Yahaya ni diberi gelaran Jericho Rosales versi Melaysia. haha. Bila tenung lama-lama betul juga. Memang sama pun Shukri ni dengan Jericho. Pergh hensem weh ! Dengan badan agak tough Shukri ni adoiii macam nak jatuh hati pulakk. Hahaha. Tidakkk ! Jangan tenung lama-lama Shukri sangat ye wahai wanita sekalian. Lelaki orang tu hahaha. Emma Maembong ni pulak alahai cantiknya Ya Allah. Mata dia yang ayu dan senyuman yang menawan, okayyy collapse. 

Okayy nantikan drama My Dear, Mr Dimple  ni di Astro Ria ye! Sama-sama kita nantikan ~

Segmen irrayyan | Sejarah Blog sayidahnapisahdotcom

$
0
0

Segmen irrayyan | Sejarah Blog sayidahnapisahdotcom

Segmen irrayyan | Sejarah Blog sayidahnapisahdotcom
KLIK BANNER UNTUK JOIN
 

Apa sejarah blog sayidahnapisahdotcom ye? 

Jeng jeng jenggg *unsur saspens di situ* haha.

Sejarah blog sayidahnapisahdotcom takde da lah segempak atau se-menarik atau se-bombastik seperti orang lain.Sejarah blog sayidahnapisahdotcom sangat lah lawak dan ntah-pape-pape-ntah dan sangat tidak matang. Yela budak budak lagi kan masa tu.

Okay lah sejarah blog sayidahnapisahdotcom nya macam ni..

Pada suatu hari, pada tahun 2009/2010 (tingkatan 4/ 5), si sayidah napisah ni melihat kawan-kawannya si Zatie dan juga si Afaf dan ada beberapa lagi kawannya ada blog. Blog dorang wah kemain lawa gilos. Dah lah lawa, banyak followers pula tu. Entri dorang pun kemain best. Ramai komen dekat blog dorang. Masa tu saya memang tak tahu apa-apa tentang blog ni. Zero. 

Tapi disebabkan tengok dorang ada blog dan tengok macam best je, saya pun terdetik nak buat blog. Mula lah cari tutorial segala bagai, cari doodle free segala bagai, cari shoutbox yang sesuai, cari lagu yang best nak letak kat blog. Mula-mula tu memang khusyuk la nak hias blog bagai sebab yelah tengok blog dorang semua cun-cun. Rasa tercabar pula ecehh. Nak buat entri memang masa tu ikut mood dan tengok ada idea ke tidak, tak macam sekarang kira wajib satu hari satu entri. Haha.

Oh ada lagi satu sebab kenapa saya nak buat blog ni! 

Saya suka pergi blog orang. Saya suka baca entri blog orang. Saya suka explore blog orang. Dan memang time tu memang zaman blog lah. So, lepas saya baca-baca entri blog orang tu mesti lah ada keinginan nak comment di entri tu kan. Tapi saya tak ada blog nak comment. Kalau tak ada blog, kena letak anonymous. Saya tak suka lah anonymous. Nampak macam sengal je anonymous tu. So, dari situ lah terbit rasa. “Eh nak buat blog lah. Nanti senang nak komen blog orang.” Haaa jangan tak caya pulak tau.

Disebabkan rasa cemburu & rasa best tengok kawan ada blog dan juga disebabkan ingin komen blog orang, terhasillah blog saya ni. Oh tapi masa tu URL blog saya lain. URL saya dulu memang kelakar sampai saya pun nak tergelak bila dengar haha. URL memang kedengaran sangat budak-budak lah tapi URL tu lah saya guna selama hampir 4 tahun. www.memburucintamu.blogspot.com. Huwaaaaa memburucintamu uolss! #kauhado

Tapi jangan salah faham ye. Perkataan ‘mu’ di dalam URL memburucintamu saya tu bukan lah manusia tetapi mu di situ refer kepada Allah. Haa maksudnya nak memburu cinta Allah lah senang cerita kan. Tapi saje buat gempak acah-acah mu tu orang. Lepas tu bila orang dengar je URL blog saya, mulalah nak usik saya =.= Tu sebab saya tak expose sangat blog saya dulu kat media sosial. Sekarang ni dah berdomain .com baru lah berani nak expose ke dunia luar sebab nama dah matang gitu, perangai tuan blog je tak matang lagi hahaha.

Okay tu sahaja sejarah blog sayidahnapisahdotcom. Tetapi yang boleh saya katakan, tujuan saya berblogging dulu kebanyakannya dah berubah pada masa sekarang lagi-lagi blog sayidahnapisahdotcom dah ada domain sendiri. Selain itu, tujuan saya berblogging pada masa sekarang lebih bermakna dan lebih bermatlamat dan lebih berfaedah berbanding dengan masa dulu. Tambah-tambah lagi, saya ada join #exchangefeedgroup pada tahun lepas yang membuatkan saya lebih fokus dan bertambah ilmu dalam dunia blogging ni. 

Semoga kita semua sukses dalam dunia blogging ni & memjadi saham kita di akhirat nanti amin ! :D

Ni header blog memburucintamu saya yang dulu. Hehe saya masih simpan lagi :D
Jangan memain saya design sendiri tau header ni. Oh tapi tulisan jelah saya tulis sendiri. Background (template) tu saya ambil dari blog lain haha.







Garam : Penyembuh atau Pembunuh?

$
0
0

Garam : Penyembuh atau Pembunuh?

Semalam dapat info dari group whatsapp tentang GARAM. Terdapat persoalan adakah garam itu menyembuhkan manusia atau membunuh (penyumbang penyakit) manusia. Saya pun tak pernah terfikir tentang garam ni. Yela memang setiap kali masak kira wajib la kan kita masukkan garam ni dalam masakan. Kalau tak masukkan garam dalam masakan, makanya tak ada rasa lah makanan tu. Makanan hambar nama dia. Cuma semalam baru saya tahu garam ni juga boleh membunuh manusia.
Garam : Penyembuh atau Pembunuh?
credit to : refina.co.id


GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik LAUK adalah GARAM"(Al-baihaqi)
Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul.

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!

Kesilapan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam kedalam masakan ketika minyak sedang MENDIDIH/PANAS. Ia akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik.

Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium. Jika garam dimasak dengan cara diatas, ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.

Cara yang betul penggunaan garam:

Garam : Penyembuh atau Pembunuh?
credit to : rona.metrotvnews.com

Kaedah Pertama: 

- Kacau air garam dan tuangkan kedalam kuah.

- Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai. 
Contohnya: Kari Ikan 

- Kemudian masukkan garam dalam masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam. 

Kaedah kedua:

"Antara amalan yang diamalkan oleh para Salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan "

- Masak makanan tanpa masukkan garam. - Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing2.

- Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan. GARAM IALAH MINERAL!!

Garam : Penyembuh atau Pembunuh?
credit to : suarabali.com


Antara kelebihannya ialah: 
 * mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mati mengejut.


(Imam Muda MBA)
-dr Ust.Ihsan Mohamad

Kakak terjebak dengan anak minat dan hafal lagu Didi&Friends

$
0
0

Kakak terjebak dengan anak minat dan hafal lagu Didi&Friends

Haa tahu tak lagu Didi&Friends? Saya pun tak tahu sebenarnya hahaha. Saya tengok kakyong dan kakngah saya dah terjebak sekali dengan virus lagu Didi&Friends ni. Yela mereka ada anak-anak kecil berumur 8 bulan, 3 tahun, 5tahun dan 6 tahun. Anak-anak dorang semua minat Didi&Friends ni. Perghhh hebat sungguh Didi&Friends ni. Jeles pulak makcik dorang haha. Kakngah siap dah download lagu lagu Didi&Friends - lagu Pak Atan Ada Ladang. Macam mana lagu lagu Didi&Friends ni pun saya tak pernah dengar lagi. Korang dah dengar?

Didi&Friends
Didi&Friends Pak Atan Ada Ladang

Lagu Didi&Friends


Kawan kakngah pun terjebak sekali download semua lagu Didi&Friends. Perghh hebat hebat Didi&Friends ni. Mungkin mak-mak yang lain tahu jugak kot lagu Didi&Friends ni ye?

Didi&Friends
Download lagu Didi&Friends di handphone

Oh mungkin ada yang nak download lagu Didi&Friends ni tapi tak tahu caranya macam mana. Kakngah saya ada ajar cara dia kat facebook tadi. Boleh copy paste link youtube video yg kita nak tu (contohnya lagu Didi&Friends) dekat www.youtubemultidownloader.com . Dah copy paste, lepas tu click DOWNLOAD. 

Ataupun lagi satu cara, boleh download lagu Didi&Friends ni di  en.savefrom.net . Kalau kat youtube/google search je keyword Didi&Friends haaa berlambak keluo video lagu kanak-kanak Didi&Friends.

Didi&Friends
credit to : thebabystore.com.my

Didi&Friends
Lagu Kanak-Kanak Didi&Friends

smile emotic
Didi&Friends
credit to : youtube.com

Didi&Friends
Didi&Friends Semut Berkawad

Alahaiii comelnyaa Didi&Friends nii. Lagi-lagi yang warna hijau tu. Rasa nak picit-picitttt je kahkah.



13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA

$
0
0

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA

Kita memang tak terlepas dengan emosi. Perasaan marah. Bingung. Sedih. Berfikiran negatif. Rasa takut. Tidak percaya pada diri. Suka menyalahkan orang lain. Mudah berkecil hati. Mudah tersinggung. Suka berfikir yang bukan-bukan. Cemburu tidak kena pada tempatnya. Ye kita semua tak terlepas dengan semuaaaa perasaan emosi dan permainan jiwa ni. Lagi-lagi golongan wanita yang mudah dihidapi dengan penyakit jiwa ini. Tapi sedarkah kita bahawa perasaan emosi yang tidak stabil ini mampu membawa kesan yang buruk kepada kita? Tahukah kita bahawa jika kita membiarkan emosi jiwa kita terganggu dengan perasaan-perasaan ini, ianya akan membawa kesan yang tidak baik pada diri kita sendiri?

credit to : monster-bego.blogspot.com

13 info mengenai emosi jiwa dan kesannya


1. Marah selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.
2. Dendam dan Menyimpan Kepahitan akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah ) 

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA
credit to : users2.unimi.it

3. Jika kita sering biarkan diri kita Stress, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.
4. Jika kita sering merasa Khuatir, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.
5. Jika kita Mudah Tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur). 

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA
6. Jika kita sering mengalami Kebingungan, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.
7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa takut yang Berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.
8. Jika kita suka Berfikiran Negatif, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ). 


9. Jika kita mudah Emosi & cenderung Pemarah, maka kita terdedah pada penyakit Hepatitis.
10. Jika kita sering merasa "Sombong" ( menolak kebenaran dan meremehkan orang lain ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.
11. Jika kita sering Anggap Mudah semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13 INFO PENTING MENGENAI EMOSI JIWA DAN KESANNYA
credit to : ismifaden.blogspot.com

12. Jika kita sering merasa Kesepian, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).
13. Jika kita sering Bersedih dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih ) 

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” 
By : Dr. Masaru Emoto.



Kalau berlaku dalam diri kita perasaan emosi dan negatif ini, kita jangan salahkan sesiapa tetapi salah kan diri kita sendiri kerana kita yang memilih untuk merasa yang sedemikian rupa. Kita yang pegang hati kita. Kita yang kawal hati kita. Kita sendiri yang mengubah diri kita sendiri. Allah pun sudah berfirman di dalam Al-Quran bahawa Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Dari situ kita boleh nampak. Perubahan dan keputusan terletak pada diri kita sendiri. Hanya kita yang faham diri kita sendiri.

Jadi, pilih lah untuk sentiasa berfikiran positif, damai, sikap berhati-hati, tidak bersangka buruk, bijak mengawal emosi, tidak bersikap terburu-buru, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan merasa cukup dengan apa yang ada. Memangg, memang kita manusia tidak terlepas dari perasaan-perasan negatif dan emosi jiwa, tapi tidak salah kan untuk mencuba bersikap positif?

Kita sentiasa merungut dan beremosi berbanding bersikap tenang dan cuba bermuhasabah diri sedangkan sikap yang negatif menambahkan lagi emosi dalam diri kita, bukannya menyembuhkan hati kita.

Bak kata seorang ustaz, kalau nak jaga hati.. cari ubat hati jangan cari puas hati.

Sekian :)


11 Perkara Yang Menyebabkan Fakir

$
0
0

Perkara Yang Menyebabkan Fakir


Ada satu kertas ni tau. Kertas ni umi tampal di bilik abang saya. Saya pula selalu baca isi di kertas tersebut. Dekat kertas tu ada tertulis 11 perkara yang boleh menyebabkan fakir. Bila saya tanya umi mana umi dapat tahu 11 perkara tu, umi jawab umi dengar benda tu kat ceramah ustaz di Radio Ikim.fm. Ohhh ~ saya ingat 11 perkara ni hanya dogengan atau larangan orang-orang tua zaman dulu, rupa-rupanya ustaz yang beritahu. Takkan lah tak nak percaya pula kan? Tapi saya akui ada beberapa perkara di bawah ini kebiasaannya orang suka lakukan.

11 Perkara Yang Menyebabkan Fakir

11 perkara yang boleh menyebabkan fakir 


11.       Terus bangun dari solat subuh
  • ·         Yang ni saya tak berapa nak pasti apa maksudnya. Ada idea tak maksud perkara yang pertama ni?


22.       Padam lampu dengan angin
  • ·         Lampu di sini saya tak sure apa maksudnya.


33.       Biarkan rumah dipenuhi dengan sawang
  • ·         Haaa kalau rumah tu dah Nampak ada sawang sikit-sikit, cepat-cepat lah bersihkan. Kebiasaannya sawang ni akan muncul di tempat yang kita jarang usik dan jarang bersihkan. So, kalau kita biarkan rumah kita penuh dengan sawang (tak bersih), ianya boleh meyebabkan fakir.


44.       Mendoakan anak dengan doa yang tak elok
  • ·         Kekadang kalau kita penat sangat layan anak yang suka buat hal, seorang mak/ayah jangan sesekali terkeluar dari mulut mereka doa yang tidak elok seperti ayat-ayat mencarut dan ayat yang membawa erti yang buruk. Apa yang kita cakap itu satu doa. Jadi, mak/ayah perlulah berhati-hati dengan apa yang mereka sebut. Jika tidak dijaga, kelak membawa kesan buruk kepada anak itu sendiri disebabkan doa mereka.


55.       Tidur dalam keadaan bogel
  • ·         Jangan terkejut kalau ada orang yang jenis suka tidur bogel. Kalau boleh, elakkan dari tidur dalam keadaan bogel kerana tidur dalam keadaan bogel boleh menyebabkan fakir.


66.       Makan dalam keadaan berjunub
  • ·         Tahu tak junub tu apa? Maksud junub ialah keadaan di mana selepas melakukan hubungan kelamin dan masih belum mandi wajib.


77.       Pakai serban dalam keadaan duduk
  • ·         Sepatutnya memakai serban dalam keadaan berdiri.


88.       Pakai seluar dalam keadaan berdiri
  • ·         Sepatutnya kita kena duduk ketika memakai seluar. Kebiasaannya saya tengok kita ni biasa pakai seluar dalam keadaan berdiri kan? Termasuklah saya sendiri. Haha. Saya tak tahu nak ubah macam mana sebab benda tu dah jadi habit.


99.       Memintas orang tua
  • ·         Semasa berjalan, kita dielakkan untuk memintas orang tua. Tapi kalau dah urgent sangat dan kita memang nak cepat masa tu ataupun orang tua tersebut jalan satu langkah lima minit, takkan lah kita tak memintas pula kan.


110.   Tengok muka menggunakan cermin pecah
  • ·         Haaa kalau dah cermin tu pecah, buang je. Jangan diguna pula.

111.   Sikat rambut dengan sikat patah.
  • ·         Haa yang ni saya rasa kebanyakan orang kalau satu batang sikat dia patah, dia masih menggunakannya untuk menyikat rambut. Jika boleh, elakkan dari menyikat rambut menggunakan sikat patah.


11 perkara yang menyebabkan fakir ni saya tak sure pula apa reason dia sehingga ianya boleh menyebabkan fakir. Sebab saya tak dengar ceramah ni, umi yang dengar haha. Tapi yang pasti, mesti ada hikmah di sebalik perkara-perkara ini hingga boleh menyebabkan fakir.

Kalau kita tak nak fakir, amalkan membaca surah Al-Waqiah, menunaikan solat dhuha dan mengamalkan doa Seribu Dinar setiap hari. Atau amalkan amalan-amalan yang boleh murahkan rezeki. Nak tahu apa dia? Baca di SINI.

Itu sahaja. Harap entri ini bermanfaat dan sebarkan ye ilmu ini!

Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016

$
0
0

Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016


PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Taknak ke terpilih sebagai salah satu pemenang mystery gift? Jom lah join Birthday Giveaway by Finurz Creations 2016 ! Mana tahu rejeki anda di sini :D

Goodluck uols !

First GiveAway by Encik Kidal

$
0
0

First GiveAway by Encik Kidal

First GiveAway by Encik Kidal
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah yang paling saya nak ialah topup RM10 !

Instagram saya : @sayidahlurvechoc


Azam saya pada tahun 2016 ialah saya nak MAKIN KURUS. Haaa azam nak kurus ni memang setiap tahun baru ada. Pernah lah juga tercapai azam ni tapi gemuk balik sebab saya memang jenis yang cepat naik berat badan. Haha.

Kedua, saya nak lagi POWER DALAM MEMASAK. Umur saya pun dah makin lanjut kannn, kalau masak tak power camne nak kahwin ni? Eh hahahaa. Saya bukannya tak nak memasak, cuma malas je nak tunjuk skill memasakk kekeekke~ Saya berazamm tahun 2016 saya akan belajar memasak dengan lebih mendalam dengan umi. Yosh!

Selain itu, azam saya pada tahun 2016 juga antaranya dapat GRADUATE DENGAN RESULT YANG MANTOP! Dapat segulung ijazah BACHELOR SAINS MAJOR MATEMATIK di atas pentas Dewan Besar,UPM dengan bangganya. Walaupun tidak graduate dengan first class (pointer 4.00-3.75) , saya berazam akan graduate dengan second class (pointer 3.74-3.5)! Amin amin. Doakan saya ye uolss! 

Pelajar dan sikap boros memang berpisah tiada. Makanya, saya berazam akan menjadi lebih BERHATI-HATI DALAM BERBELANJA dan menanamkan SIKAP MENABUNG dalam diri yeayhh! For your information, saya dapat biasiswa JPA setiap sem(6 bulan) sebanyak RM5K. Banyak kan? Tapi lepas bayar yuran Universiti & tolong umi abi, tak banyak pun yang tinggal. Sem-sem sebelum ni memang saya akui saya sangat suka lah berbelanja duit saya ni dengan benda-benda tidak berfaedah. Jadi, sem depan ni saya berazam akan lebih berjimat cermat haiyakkk!

Antara azam tahun 2016 saya yang penting ialah BLOG sayidahnapisahdotcom MAKIN HEBAT berbanding dengan tahun lepas 2015. Hebat dari segi content entri. Hebat dari penyampaian cerita. Hebat dari segi template yang kemas dan elegant. Hebat dari segi UV (unique visitor) dan PV(pageview) blog. Hebat dari segala-galanya lah ! Amin !

Okay itu lah antara azam saya pada tahun 2016. Di bawah ini, ada mind map azam tahun 2016 saya. Sorry kalau buruk sampai menyakitkan mata awak awak ye haha.

First GiveAway by Encik Kidal

Bagaimana pula dengan azam tahun 2016 anda? :)

Tag : Blogger Shahira& CikCandySour.

Debarnya nak tengok result simulasi!

$
0
0

Debarnya nak tengok result simulasi!

Dup dap dup dapp. Berapa lahh result simulasi saya sem ni. Adoii. Takutnya nak check. Walaupun tahu result sem ni tak sebagus sem lepas, tapi harap la tak teruk sangat. Jangan lah ada subjek yang gagal! Amin.


result simulasi UPM
SMP UPM

Oh korang tahu tak result simulasi tu apa? Simulasi result ni budak UPM memang suka check sebelum result final exam official kitorang keluar. Kitorang anggap result simulasi ni macam keputusan final exam yang tidak rasmi walau hakikat sebenarnya kami hack laman web portal rasmi kami sendiri haha.

Tak sabar-sabar sangat nak tunggu result official keluar, boleh check result simulasi ni. Tapi ada yang tak suka check result simulasi ni sebab mungkin dorang suka surprise!!!! gitu. Dorang lebih suka tunggu hari official result final exam. Bagi dorang, dorang taknak spoil hari-hari cuti mereka awal-awal dengan result dorang. Ada yang malas nak check result simulasi ni. Bagi dorang, buat apa lah susah-susah nak check, bukan boleh ubah pape pun.

Tapi bagi saya yang memang setiap sem akan check result simulasi, disebabkan alasan bukan-boleh-ubah-result-kau-pun-kalau-kau-check-result-simulasi lah yang membuatkan saya check result simulasi ni hahaha. Bagi saya, dah ada kemudahan untuk tahu result final exam kau awal-awal, apa salahnya gunakan kemudahan tu. Kan kan hehe.

Tapi kebanyakan student UPM memang akan tahu result simulasi ni dan akan check dorang punya. Tapi result simulasi ni hanya akan  keluar berapa pointer keseluruhan kitorang je, takdelah detail sangat sampai tahu apa gred subjek-subjek. Kalau nak tahu pointer sem, kena kira sendiri guna pointer keseluruhan tu dan himpunan jam kredit. Nak tahu macam mana caranya? Klik SINI. Saya ada buat entri macam mana nak kira. Tu pun kawan saya yang ajar. Bijak betul dia haha.

Okay back to the topic, saya nervous! Nebes nak check result simulasi fuh fuh puhhhh! Haihh nak tengok result pun nebes pooodah. Yelaa bukan apa. Saya rasa sem ni yang paling saya nebes sekali nak check result simulasi ni sebab subjek-subjek sem ni susah giloss! Kawan-kawan saya pun kata subjek sem ni susah-susah belaka. Saya tahu saya tak akan dapat dekan punya sem ni. Dan saya rasa saya takkan dapat pointer 3.5 ke atas. Tapi saya harap sangat janganlah sampai pointer 3.0 ke bawah. Kalau result sem ni 3.0 ke bawah memang saya kecewa sangat.

Tapi tak kisah lah berapa pointer sem ni, saya just harap janganlah ada subjek yang gagal! Ada satu subjek ni – Topologi- punyalah susah bak hanggg! Student Chinese paling pandai dalam kelas saya pun kata susah, apatah lagi saya yang suam-suam-pandai je. Carry marks Topology ni memang sadis sangat sobsob. Okay lah kalau gagal kan subjek ni (nauzubillah), sem depan subjek ni tak dibukak! So, memang kena extend lagi satu sem untuk tunggu subjek ni bukak. Kena extendddd! Saya sepatutnya habis sem depan. Kalau kena extend lagi sem, tak boleh la nak graduate sem depan dengan kawan-kawan yang lain. Hadehh nauzubillah.

result simulasi UPM
May Allah ease my result

Saya bukan meratapi nasib tapi just harap everything will be fine and I know Allah’s plan is the best. So hope the best, pray for the best. Jika itu yang terbaik buatku.. J

Okay lah saya nak check result simulasi ni. Jangan skodeng pula ye haha. Daaa~

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live