Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Pengguna Huawei disekat guna Android - Google, Youtube, Gmail, Playstore?

$
0
0
Pengguna Huawei disekat guna Android - Google, Youtube, Gmail, Playstore? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! BERITA HANGAT TERGEMPAR pada hari ini tentang huawei and google issues bila keluar headline utama "Breaking News: Huawei loses access to Andoid and Google, effective immediately". First time saya baca tajuk tu kat Facebook malam semalam. Tapi i was like "HA?". macam blur haha. Huawei Google? Google Huawei? Huawei kena banned? Google ban huawei? Kalau betul lah berita pengguna Huawei disekat guna Android yang berkuatkuasa serta merta.. kenapa saya yang menggunakan Huawei Nova 2 Lite boleh akses Google, Youtube dan Gmail di phone?
huawei google
Pengguna Huawei disekat guna Android Google | image Google
Adakah berita viral itu sekadar cerita palsu atau bagaimana?

Kalau betul, apa nasib pengguna handphone Huawei (termasuk keluaran terbaru P30 & P30 Pro), Honor, Mate di seluruh dunia? Apa update terkini dan terbaru tentang kisah Huawei vs Google ni? Kalau Huawei tiada google, kita nak guna apa? Apa ending cerita 'hubungan' Huawei dan sistem operasi Android?

Eh, banyak pula soalan kau kan hahaha. I'm just curious okayhhh!


Pengguna Huawei disekat guna Android - Google, Youtube, Gmail, Playstore?


Rata rata yang saya jumpa artikel berkaitan isu 'Huawei dan Google' di Facebook dan twitter adalah yang berbahasa Inggeris. Pening saya baca hahahaha. Sebab ada term yang saya tak faham. So, saya search Google dan artikel Harian Metro Online menjadi pilihan saya.

Okay.. memandangkan benda ni fakta dan ada term term tertentu, saya ambil sebijik sejibik petikan dari artikel HMetro tersebut untuk korang baca di bawah ni ye.

Reuters (Isnin, 20 Mei 2019 @ 5:36 PM)

Huawei bakal disekat guna Android

New York: Syarikat gergasi teknologi, Google dilaporkan menggantung perniagaannya dengan Huawei yang memerlukan pemindahan perkakasan, perisian dan servis teknikal kecuali sumber awam melalui lesen terbuka, kata sumber kepada Reuters semalam.

Perkembangan terbaru itu memberi tamparan kepada syarikat teknologi China itu selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) berusaha mengharamkan produknya di seluruh dunia.

Jurucakap Google berkata, syarikat itu mematuhi arahan berkenaan dan melihat aplikasinya.

Bagaimanapun, jurucakap itu tidak menjelaskan secara terperinci.

Langkah itu mungkin menjejaskan perniagaan telefon pintar Huawei di luar China kerana syarikat itu kemungkinan dihalang daripada mengakses sistem operasi Android milik Google.

Pengguna telefon pintar Huawei yang menggunakan sistem operasi Android juga bakal tidak boleh menggunakan perkhidmatan popular Google seperti Play Store, Gmail dan YouTube.

“Pengguna Huawei hanya boleh menggunakan versi terbuka Android dan tidak boleh mendapatkan akses ke aplikasi serta perkhidmatan Google,” kata sumber itu.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menambah Huawei Technologies Co Ltd dalam senarai hitam perdagangan yang menyebabkan sangat sukar untuk syarikat itu menjalankan perniagaan dengan rakan niaga dari AS.

google huawei
Pengguna Huawei disekat guna Android Google | image: Google
Reuters (Isnin, 20 Mei 2019 @ 5:45 PM)

Huawei ikrar sediakan kemas kini

London: Huawei akan terus menyediakan kemas kini perkhidmatan dan perlindungan keselamatan untuk telefon pintar dan tablet keluarannya selepas Google memutuskan mematuhi arahan kerajaan Amerika Syarikat daripada berurusan dengan syarikat China itu membabitkan kemas kini terbaru sistem operasi Android.

“Kami sudah melakukan sumbangan besar kepada pembangunan dan pertumbuhan Android di seluruh dunia.

“Huawei akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan kepada semua telefon pintar dan tablet Huawei dan Honor, meliputi yang sudah dijual dan yang berada dalam simpanan di seluruh dunia.

“Kami akan berterusan membina sistem perisian ekosistem yang yang selamat dan boleh diharap bagi memberi pengalaman terbaik kepada pengguna di seluruh dunia,” kata jurucakap Huawei, semalam.

huawei google
Pengguna Huawei disekat guna Android Google | image Google
(Isnin, 20 Mei 2019 @ 6:25 PM)

'Hongmeng' ganti Android?

Huawei Central hari ini mendedahkan gergasi telekomunikasi Huawei telah membangunkan dan mempunyai sistem operasi sendiri yang dikenali sebagai ‘Hongmeng’ yang dimulakan sejak 2012.

Menurut Huawei Central, syarikat pengeluar telefon pintar yang berpangkalan di China itu juga sudah mula menggunakan perisian terbabit namun ia hanyalah disebalik tabir.

Malah, sumber Huawei Central itu berkata, nama ‘Hongmeng’ itu hanya sekadar nama kod atau nama yang berkait rapat dengan sistem operasi itu dan nama sebenar sistem operasi itu tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, setakat ini, Huawei masih belum memberi maklum balas mengenai laporan ini namun telah menjangkakan penggantungan sokongan oleh Google dan Android sebelum ini memandangkan syarikat itu sedang membangunkan pengganti sistem pengendalian Android.

Huawei Central adalah salah satu sumber utama berita Huawei yang menyediakan liputan berita Huawei paling komprehensif dan mendalam mengenai telefon pintar, tablet, komputer riba, aplikasi dan teknologi mudah alih. Ia bekerjasama rapat dengan Huawei dalam menyampaikan maklumat berkaitan produk keluaran Huawei.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan oleh akhbar Jerman, Die Welt pada beberapa minggu lalu, syarikat itu berkata, sistem operasi sendiri itu adalah sebagai alternatif sekiranya Huawei disekat sepenuhnya daripada menggunakan produk buatan Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Richard Yu dipetik sebagai berkata, pihaknya telah menyediakan sistem operasi sendiri dan bersedia sekiranya berlaku sebarang sekatan.

Gergasi internet AS, Google yang menguasai pasaran telefon pintar dengan sistem operasi mudah alih Android, memutuskan hubungan bersama firma China, Huawei yang dikatakan ancaman negara oleh Washington.

Selain larangan perkhidmatan Google pada peranti Huawei, AS turut melarang kerjasama antara syarikat teknologi besar lain seperti Qualcomm, Intel dan NVIDIA.

Huawei kini menggunakan sistem operasi Android untuk peranti pintar, dan Windows untuk komputer riba serta tablet.


Haaa sudah jelas dengan apa yang sedang berlaku sekarang berkaitan Huawei dan Google?

Moga lepas baca semuaaa info ni, terlerai lah sudah persengketaan kita. Eh bukann haha. Dapat lah kita faham situasi dan keadaan Huawei yang sedang 'panas' ini. Topik ni bukan saja tengah hot di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

So, what? Hahhaha. So.. saya yang pengguna telefon Huawei ni kena lah alert sikit bab ni kan. Kang kalau tak tahu, nak update di Playstore atau nak guna apps Android tak boleh kang haa siapa susah? Saya juga hahaha.

Okay that's all.

Till next time, daa~ wassalam! :)


dulu dulu.. malu nak mengaku ada blog, segan nak promote entri

$
0
0
Blog ini ditubuhkan pada tahun 2010; time saya Tingkatan 5 (sekarang umur dah 26 hehe). URL blog saya ketika itu teramat lah 'comel' dan memalukan! Memalukan sebab sentiasa mengundang ketawa dan usikan orang. 


memburucintamu.blogspot.com.

Actually, maksud 'mu' di situ adalah Allah, tapi orang salah faham. Mereka ingatkan 'mu' itu adalah kaum Adam. Eeuuww. Hahaha.

Niat nak buat blog - sebab nak ikut kawan sekelas yang ada blog. Seronok tengok blog dorang. Lawa lawa. Ramai orang komen. Ada chatbox. Blink-blink. Header lawa. Siap ada lagu. Fuh time tu saya amazed gila kot hahaha. Hmm saya pun nak juga macam tu. Thats why saya sign up blogger.com.
blog
Blog | GAMBAR SEKADAR HIASAN
Disebabkan saya ZERO ilmu tentang blog. So, saya pun tanya lah kawan kelas saya yang ada blog tu. Mana nak cari template blog cun cun. Macam mana nak buat header. Chatbox kutip mana.

Tapi takkan semua benda nak tanya kawan. Saya explore sendiri. Macam mana nak tulis entri. Apa yang nak diletak dalam blog. Macam mana nak follow blogger lain. Kalau nak buat bloglist, nak tekan apa. Dan sebagainya.

Nama pun blogger baru kan. Follower berapa je. Ciput. So, lepas SPM kan takde buat apa. Nak kerja, abi tak bagi. Saya pun apalagi. Memang pulun follow blog orang hahaha. Join semuaaa giveaway, segmen yang tengah berlangsung. Saya follow semua peserta giveaway dan tinggalkan jejak di situ. Siap tulis komen "done follow. jangan lupa followback ye". Lebih kurang macam tu lah 'pesanan penaja' dari saya hahahha.

Gigih pagi petang malam follow blog. Target harini berapa orang, esok berapa. Bila ada orang follow blog sendiri, mula lah gembira tahap gaban! Haha. Bila nampak ada peningkatan follower blog walaupun sedikit, fuhh rasa excited tu toksah cakap la. Senyum sampai ke telinga. Siapa yang melalui je boleh faham that feeling haha.

On the other hand, kat facebook saya tengok ada blogger yang saya friend post entri blog di wall mereka. Saya macam hmmm jealous nya. I want like that too. Tapi follower blog saya sikit baru. Malu lah nak beritahu orang lain saya ada blog.

Tengok follower blog mereka hmm masing masing dah beratus, beribu. Jealous nya.

Bilangan komen orang drop di blog mereka banyak. Hmm bestnya. Nak juga macam tu. Ni blog saya.. orang takde komen pun. Kalau ada pun, sikit je. Malu nak cerita kat kenalan & family members saya yang saya ada blog. Nanti mesti dorang gelakkan saya sebab takde visitor pun kat blog saya.

Self-esteem saya as a blogger at that time was very low. I don't have enough confidence to introduce my own blog. I don't have courage to proudly say to my friends that "aku ada blog".

Hahaha masa tu saya blogger baru nak up + masih 'budak' (well 17 tahun kan) so.. time tu cepat down. Cepat jealous. Cepat dengki. Cepat rasa tak puas hati bila tengok blogger lain 'lebih' dari saya. Tapi well, saya ni memang positif orangnya haha. Thankful to that.. I never give up. And just move forward. Bila rasa negatif tu datang, saya cepat cepat tepis.

Saya usaha almost everyday. Tulis entri, follow blog orang, tinggalkan komen di blog yang saya blogwalking. I learn new thing about blogging. Ambil nasihat blogger yang lebih senior dan otai.

Lepas saya rajinnnnn buat semua benda tu and then masuk matrikulasi Selangor selama setahun. Saya slow down and at one point, saya stop semua aktiviti blog. Nak fokus belajar kan.

Lepas matrik, ada waktu 'rehat' sebelum masuk ke UPM sambung degree. Haa time rehat tu lah, saya buka balik blog. Catch up things. Buat apa yang patut. Tapi tak lah aktif sangat.

Tak silap saya waktu saya second year kat UPM kot saya start aktif blog. Semangat update entri tu toksah cerita laa. Satu hari lebih dari 3 entri tak silap saya update. DARAH MUDA gitchuw hahaha. Padahal, bila fikir balik time tu dah la busy study bagai, tapi sempat juga curi masa nak update blog. Nampak tak? "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". hahaha.
blog
i love blogging
And then tahun 2015, saya ada join EFG (sekarang nama AFB) group. Di situ, ilmu blog saya makin bertambah. Makin semangat lah saya update blog haha. Makin confident untuk share my blog entries on public (i mean Facebook). Circle of positive bloggers ketika itu sangat best. Sama sama nak naik. Bersaing secara sihat.

And then, saya berani untuk beli domain blog sendiri. Tukar URL jadi www.sayidahnapisah.com. My own name. My own identity. Tak malu nak guna nama penuh saya sendiri.

And then, tahap kerajinan saya tu Alhamdulillah saya kekalkan. Of course ada masa saya malas. Lagi lagi kalau ada final exam, memang mood nak buka blog takde. Ada je waktu saya tak peduli tentang blog.

Ups and downs.. here I am. Masih kekal dengan blog kesayangan saya.
Dari pageviews blog sehari less than 10, and now dah beribu.
Dari follower 0, sekarang dah 1000 lebih.
Dari total blog pageview 100, sekarang dah lebih 8 juta.
Dari blog yang kosong tiada iklan apa, sekarang dah ada Adsense & Innity.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
never give up
Even Disney inspires me :)
Apa yang saya boleh kata.. bukan senang nak berada di tahap sekarang. Orang nampak kita yang sekarang indah je, tapi tak pernah tahu apa yang kita dah lalui. Pahit manis masin masam. Masa yang telah dikorbankan.

Apa yang penting? Cari ilmu dan apply it. Rajin. Usaha. Semangat. Pandai cari peluang. Take the risk. Never give up. Positif!

Apa yang lebih penting? Identiti blog. Apa yang kita nak dengan blog kita sekarang? Apa 'batas' yang kita tetapkan dalam menulis entri? Apa niat kita update blog? So that bila kita 'tersasar', kita boleh 'kembali'.

'Batas' tu i mean.. contohnya kalau saya.. saya taknak buat entri gosip retis retis sebab takut jadi fitnah. Saya juga cuba elak letak gambar yang tidak menutup aurat (yang nampak muka). Takut nanti saya 'kena' di Akhirat sana.

Tu saya lah. Lain orang, lain 'rules' nya hehe.

Okay itu sahaja, harap entri ni bermanfaat dan dapat beri sedikit semangat & motivasi pada mereka yang sedang 'menaikkan' pageviews blog masing masing. Saya pun banyak lagi benda perlu perbaiki. Perjalanan saya pun masih jauh lagi.

Jom kita 'jalan' sama sama menuju kejayaan eh? Hehee.

Chaiyok chaiyok! Keep on what you're doing. You're doing good. You're doing fine. Its okay to fail. You may fall but you have to rise again. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru, okay?



Cara Semak BSH Bujang 2019 (Bantuan Sara Hidup RM100)

$
0
0
Cara Semak BSH Bujang 2019 (Bantuan Sara Hidup RM100) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa tiba tiba cerita pasal Bantuan Sara Hidup (BSH) Bujang 2019 ni awatnya? Bukan apa.. Semalam ada orang tanya kat saya bila tarikh Fasa 2 BSH 2019? Saya pun tak teringat langsung sebab saya kan bujang, mana ada fasa 2 bagai ni haha.. malah, tak layak pun nak mohon BSH 2019 so takde la nak excited sangat. Kalau ikut jadual pembayaran BSH Fasa 2, memang bulan Mei 2019 + sebelum raya. Tapi specific date tu pihak kerajaan belum umumkan lagi so, saya pun tak boleh nak komen lebih lebih lah bab tu. Walaupun ada yang menjangkakan duit bsh fasa 2 masuk akaun bank pada 23/24 Mei 2019.. tapi saya takmau lah beri harapan palsu haa. Tunggu confirm keluar berita, baru boleh update.

Sementara pengumuman official bila tarikh bayaran fasa 2 BSH, kita cerita dulu lah BSH para bujang.

Saya yang single and not available ni Alhamdulillah sudah pun terima RM100. Lama dulu dah. Hujung bulan Mac 2019 haritu. Saya ingatkan semua orang berstatus bujang dah dapat RM100 ni. Tapi bila baca di Maklumat Terkini BSH..

"BSN dalam proses meningkatkan sistem BSH diperingkat BSN. Oleh itu, sebarang urusan pembayaran Fasa 1 termasuk bagi penerima Bujang dan tuntutan SKK BSH 2019 adalah tidak boleh dilakukan buat sementara waktu di kaunter BSN dalam tempoh 16 sehingga 28 Mei 2019 (13 hari). Urusan pembayaran ini akan dibuka semula di kaunter BSN mulai 29 Mei 2019."

Saya pun consider, ohh masih ada orang bujang yang belum terima lagi. Mungkin yang belum dapat ni sebab status kredit nya - Gagal Kredit.


Bagaimana Cara Semak Status Kredit BSH Bujang 2019?



2. Di bawah 'Semakan Penerima Bujang', masukkan nombor kad pengenalan (No. MyKad).
semak bsh bujang 2019
cara semak bsh bujang 2019
3. Klik icon 'Search' di tepi itu. Then, scroll bawah sikitt.. here is the result!
bsh bujang semak 2019
keputusan semakan status kredit BSH Bujang 2019

Pada mereka yang bujang tapi berstatus Gagal Kredit.. boleh baca info terkini BSH di bawah ini untuk makluman lanjut:

Pemohon Kategori Bujang (RM100) yang berstatus Gagal Kredit akan menerima Surat Makluman Gagal Kredit mulai 22 April 2019 dan perlu membawa surat berkenaan ke BSN bagi tujuan penunaian.

Walau bagaimanapun, sekiranya Pemohon Kategori Bujang (RM100) masih belum menerima Surat Makluman BSH 2019 untuk penunaian di BSN, penerima boleh membuat penunaian terus (tanpa Surat Makluman) di BSN dengan hanya membawa MyKad Asal berdasarkan status pengkreditan seperti di bawah mulai:
  • 25 April 2019 – bagi pemohon yang Tidak Mempunyai Maklumat Akaun
  • 2 Mei 2019 – bagi pemohon yang berstatus Gagal Kredit

Penunaian di BSN adalah berdasarkan Nombor Siri yang boleh disemak pada Portal BSH > Semakan Penerima Bujang. Cetakan Salinan Surat Makluman BSH 2019 berkenaan tidak akan dikeluarkan.

Pembayaran BSH 2019 Sebanyak RM100 secara one – off bagi Kategori Bujang akan dibayar mulai 28 Mac 2019. Semakan status kelayakan boleh dibuat pada Menu Semakan Penerima Bujang. Pembayaran berkenaan akan dilakukan berdasarkan maklumat BSH 2018 seperti berikut:

Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018

Tiada Akaun – Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon

Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh contact pihak BSH.

Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.


Okay thats all. Semoga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)


Lirik Lagu Safiyyah - Darwish feat Fareast | Ustaz Pahrol tulis lirik!

$
0
0
Lirik Lagu Safiyyah - Darwish feat Fareast | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang dah tengok MV lagu Safiyyah oleh Darwish feat Fareast di Youtube?! Kita gengg hehe. First day lagu Safiyyah ni di-release, saya dah tengok dah. And my 'first impression' was like "okay, not bad". Maybe time tu saya tak hayati pun lagu tu. Tengok pun sekerat jalan hahahaha. Excited nak tengok pun haritu sebab ada Ardell Aryana yang manis, cantik berhijab (one of my idol! hehe).

Then, petang tadi saya buka balik Youtube. Tengok semula MV sambil menghayati lirik lagu Safiyyah yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Md. Juoi (one of my favorite penceramah).. perghh.. aura tu lain macam bak hang!
lirik lagu safiyyah
lagu safiyyah darwish feat fareast
Lebih lebih lagi lepas baca kisah pendek Safiyyah di ruangan komen MV Safiyyah ni:


Safiyyah merupakan seorang wanita yang tabah dan cekal dalam menghadapi setiap dugaan, termasuklah kehilangan saudara kandungnya; Hamzah bin Abdul Mutalib dalam Perang Uhud.

Ketika Rasulullah s.a.w melihat Safiyyah mendekati jasad Hamzah, Baginda pun menyuruh az-Zubair untuk memintas ibunya dari tempat itu.

Namun, Safiyyah menjawab dengan sabar;
“Mengapa aku tidak boleh melihatnya. Aku telah mendengar saudaraku dibunuh secara sadis dan itu di jalan Allah…”

Lalu, Rasulullah s.a.w pun mengizinkan Safiyyah untuk melihat keadaan jasad Hamzah bin Abdul Mutalib.

---------------------

Selepas tahu siapa itu Safiyyah, saya ulang balik dengar lagu tersebut. Tengok MV sambil menghayati lirik.. subhanallah!

Dengan suara Darwish dan Fareast yang bergema dengan penuh penghayatan.. rasa sebak tu sampai ke dalam hati. Hingga menitis air mata den huhuuu.
lagu safiyyah darwish feat fareast
lagu safiyyah darwish feat fareast
Sebelum ni industri nasyid Malaysia sudah tertulis lirik dan lagu yang menceritakan tentang wanita-wanita srikandi, mujahadah yang terkenal dengan peribadi mereka yang hebat.

Lagu Sumayyah - Hijjaz, Zinnirah, Rabiatul Adawiyah, Balqis, Ainul Mardhiah, Aisya Humaira - UNIC, Halimatus Saadiah, Siti Khadijah, Ratu Syahadah (Asiah) - INTEAM, Zahra (Fatimah Az-Zahra) - Far East, Sesuci Hati Masyitah - Saff One, Sesuci Maryam - Nice, Demi Cinta Zainab - Mestica, Pesona Zulaikha - Suhaimi.

Kini.. lagu terbaru memperkenalkan seorang lagi wanita hebat. Safiyyah...
lagu safiyyah darwish feat fareast
lagu safiyyah darwish feat fareast


(Official Music Video) Lagu Safiyyah - Darwish feat Fareast




Lirik Lagu Safiyyah - Darwish feat Fareast

lirik lagu safiyyah darwish feat fareast
lirik lagu safiyyah darwish feat fareast
Di Uhud itu kau laksana singa yang garang
Menerjah berani ke medan perang
Kau bukti mujahidah nan waja
Berjuang demi Allah dan RasulNya

Kelibat pedang mu sungguh menggerunkan
Menyambar bagaikan kilat yang memancar 
Kemenangan musuh kau calarkan
Kau wanita pertama membunuh kesyirikan

Walau di hati mu ada gundah
Tapi kau sembunyikan dengan tabah 
Melihat jasad Hamzah yang dirobekkan 
Kau relakan segunung kesedihan 
Demi tersebarnya lautan keimanan 

Oh Safiyyah
Keayuan mu pada ketabahan
Keindahan mu pada keberanian 
Kaulah lambang mujahidah
berkalung pedang!
lagu safiyyah darwish feat fareast
lagu safiyyah darwish feat fareast
Oh Safiyyah
Kaulah citra mujahidah sejati
Gerak hati mu umpama angin 
Buat teman kau menjadi bayu yang membelai 
Buat musuh kau menjadi badai yang menghancurkan

SAFIYYAH BY DARWISH FEAT FAREAST
Composer: Frizdan
Lyricist: Ustaz Pahrol Md Juoi
@2019 FMC Music Sdn Bhd



Siapakah Safiyyah dalam hidup Rasulullah S.A.W?

Saya ada baca di Google siapakah gerangan Safiyah dan peribadi beliau. Saya letak di bawah ni ye. Kalau ada yang salah, betulkan ye.
siapa safiyyah
Siapakah Safiyyah? Apakah kisah Safiyyah?
SAFIYAH binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad. Ayahnya, Abdul Mutalib bin Hasyim adalah pemimpin kaum Quraisy yang disegani. Dia adalah adik kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar ‘Singa Allah’ dan digeruni oleh pihak musuh Islam.

Safiyah melibatkan diri dalam perang mengikut batasan-batasan yang dibenarkan oleh Islam. Dalam Perang Uhud, Safiyah dan wanita Muslimah membantu tentera Islam yang berperang dengan memberikan air minuman dan merawat mereka yang luka.

Pada awalnya, tentera Islam meriah kemenangan. Namun kemudian mereka ingkar perintah Nabi lalu turun dari Bukit Uhud bagi mendapatkan harta rampasan perang. Apabila pihak musuh melihat hanya tinggal seorang dua tentera Islam yang mengawal Bukit Uhud, mereka berpatah balik menyerang tentera Islam semula.

Akibatnya, tentera Islam mengalami kekalahan mengejut sehingga ramai tentera Islam lari menyelamatkan diri daripada dibunuh pihak musuh.

“Mengapa kamu semua lari dari medan perang dan meninggalkan Rasulullah seorang diri,” jerit Safiyah dengan mengangkat tombak di tangan. Beliau mengarah kepada tentera Islam yang melarikan diri.

Namun, tiada seorang tentera Islam yang mempedulikan jeritan Safiyah dan terus lari meninggalkan medan peperangan. Hanya beberapa pahlawan Islam bergadai nyawa menyelamatkan Nabi daripada kepungan tentera pihak musuh. Hamzah terbunuh dalam perang ini dan berita kematiannya sampai ke telinga Safiyah.

“Suruh ibu kamu pulang ke rumah supaya dia tidak sedih dan terkejut melihat keadaan mayat ayah saudara kamu yang diperlakukan dengan kejam,” kata Nabi kepada Zubir apabila mengetahui Safiyah sedang menuju ke tempat jasad tentera-tentera Islam yang dikumpulkan untuk dikebumikan.

“Nabi meminta ibu pulang ke rumah.” Zubir menyampaikan pesanan nabi apabila bertemu dengan ibunya.

“Ibu sudah mengetahui tentang keadaan mayat ayah saudara kamu. Insya-Allah, ibu dapat bersabar dan tabah melihat mayatnya sebelum dia dikebumikan,” balas Safiyah dengan nada tenang.
siapa safiyyah
lagu safiyyah darwish feat fareast
Sifat kepahlawanan Safiyah terserlah dalam perang Khandak. Apabila Nabi dan angkatan tentera Islam keluar dari kota Madinah bagi menentang pihak musuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dalam satu rumah sebagai benteng pertahanan. Hasan bin Thabit, penyair pada zaman itu ditugaskan bagi melindungi rumah itu daripada bahaya.

“Saya mahu pergi mengintip rumah yang menjadi benteng pertahanan pihak Islam. Seandainya tidak ada kaum lelaki di dalam rumah itu, kita dapat serang dan menangkap semua kaum wanita dan kanak-kanak bagi dijadikan tebusan. Sudah tentu tentera Islam yang berjuang di luar itu mengaku kalah,” kata ketua kaum Yahudi keturunan Quraizah kepada pengikutnya.

“Kami akan menunggu di bawah benteng ini dan menunggu arahan tuan,” balas pengikutnya yang bersetuju dengan cadangan ketua mereka.

“Saya melihat ada seorang Yahudi yang sedang mundar-mandir rumah kita. Saya bimbang sekiranya dia perisik kepada orang Yahudi berketurunan Quraizah,” komen Safiyah kepada Hasan yang masih duduk mendiamkan diri.

“Saya minta kamu keluar dari rumah ini dan bunuh Yahudi itu sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita semua,” pinta Safiyah kepada Hasan yang belum menunjukkan apa-apa reaksi.

“Kamu sahajalah keluar dan bunuh Yahudi itu,” balas Hasan dengan muka bersahaja.

“Kamu lupa saya ini adalah seorang wanita.” Safiyah mengingatkan statusnya kepada Hasan apabila mendengar kata-kata Hasan itu.

“Safiyah, saya hanya penyair dan bukannya pahlawan. Seandainya saya pahlawan, sudah tentu saya mengikuti Nabi ke medan peperangan,” Hasan mendedahkan perkara sebenar tentang dirinya.

“Sekiranya begitu, biar saya mencari jalan lain bagi menghapuskan Yahudi itu.” Safiyah kecewa dengan jawapan Hasan itu.

Dia mencari sebatang kayu yang paling keras dan keluar dari rumah itu dengan penuh berhati-hati. Safiyah berjalan perlahan-lahan mencari orang Yahudi yang mengelilingi rumah itu.

Apabila dia berjaya menemuinya, dia memukul kepala Yahudi itu dengan kuat sehingga Yahudi itu rebah menyembah bumi.

“Saya sudah bejaya membunuh Yahudi itu. Sekarang, kamu pergi ambil barang-barang yang ada pada mayat Yahudi itu,” kata Safiyah kepada Hasan.

“Mengapa kamu tidak mengambil barang-barangnya selepas kamu membunuhnya tadi?” tanya Hasan dengan pantas.

“Tidak manis sekiranya saya mengambil barang-barang daripada badan seorang lelaki,” balas Safiyah dengan nada sindiran.

“Saya tidak memerlukan barang-barang Yahudi itu. Kamu sahajalah ambil barang-barangnya,” Hasan menolak permintaan Safiyah itu.

Safiyah yang kecewa dengan kata-kata Hssan, keluar sekali lagi dari rumah itu. Dia menghampiri mayat Yahudi itu. Dia mencampakkan Yahudi itu ke bawah benteng itu.

“Lebih baik kita beredar dari sini. Saya rasa Rasulullah sudah menempatkan beberapa pahlawan Islam bagi melindungi kaum wanita dan kanak-kanak di rumah itu,” lapor salah seorang Yahudi Bani Quraizah.

“Lihat buktinya sekarang!” kata salah seorang pengikut mereka apabila melihat mayat ketua mereka di bawah benteng.

“Mungkin benar kata kamu. Lebih baik kita melarikan diri sebelum kita menjadi mangsa pahlawan Islam,” ajak seorang lagi pengikut kaum Yahudi yang mula melarikan diri.

Safiyah adalah wanita Islam pertama yang berjaya membunuh musuh Islam. Dia tidak gentar walaupun tiada seorang lelaki pun yang membantunya semasa menghadapi Yahudi itu.
lagu safiyyah darwish feat fareast
lagu safiyyah darwish feat fareast

Best kan lagu Safiyyah ni? Hebat kan kisah Serikandi Safiyyah? Allahuakbar..


"Aku ingin menjadi seorang wanita yang berani seperti.. Safiyyah"

Till next time! Daa~ wassalam! :)

Sultan Pahang Kelima Mangkat di IJN (Sultan Ahmad Shah)

$
0
0
Sultan Pahang Kelima Mangkat (Sultan Ahmad Shah) | Pagi tadi abi tanya betul ke berita Sultan Pahang mangkat ni? Ada tersebar di whatsapp. Yelah kadang kadang berita viral orang meninggal dunia di wasep ni sekadar palsu. Saya pun tak pasti kesahihannya sebab takde heboh pula. Then, terjumpa kat twitter Sinar Harian 22 Mei 2019 bahawa "Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Sultan Pahang kelima dilapor kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 9 pagi tadi - Istana Pahang".

Innalillahiwainnailaihiraji'un. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum~

Merafak Sembah Takziah kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat Diraja Pahang dan seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur di atas kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.
Sultan Pahang Kelima Mangkat
Sultan Pahang Kelima Mangkat

Sultan Pahang Kelima Mangkat (Sultan Ahmad Shah)


"KUANTAN 22 Mei - Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dijangka membuat pengumuman rasmi mengenainya dalam masa terdekat." - Utusan Online

Akhbar Kosmo dan Harian Metro juga sudah mengesahkan berita kemangkatan ayahanda Sultan Pahang terkini adalah benar dan bukannya palsu.

Meninggal dunia dalam bulan Ramadhan dan jatuh pada hari Nuzul Al-Quran 1440H.. subhanallah.

Moga bekas Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tergolong dalam kalangan mereka yang beriman dan dirahmati Allah di Akhirat sana Aamiin~


Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath, Calculus & Statistik

$
0
0
Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath, Calculus & Statistik | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Saya dah jadi cikgu tusyen Math and Matematik Tambahan selama hampir 4 tahun. Dalam masa itu.. ramai yang tanya macam mana pengalaman menjadi tutor matematik dan mengajar kelas tusyen addmath? Macam mana handle kelas tutor? Susah tak ajar subjek math & addmath? Mengajar student sekolah darjah dan tingkatan berapa? Pelajar sekolah je ke? Pelajar kolej, matrik or universiti ada tak? Apa tips untuk mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam bidang private tutoring? Bagaimana untuk meletakkan upah mengajar? per jam, per month or per class? Lokasi terbaik untuk mengadakan kelas (buat di rumah sendiri/ datang ke rumah pelanggan)? Bahan pengajaran yang digunakan (buku teks/ past year questions/ buku latihan/ modul pembelajaran sendiri)?

Perghh gitu list soalan nya hahahaha.

Okay meh saya cerita pengalaman saya, serba sedikit basic penting tutor class for a beginner, apa yang perlu buat dan beberapa tips how to be a home tutor..


PENGALAMAN MENJADI TUTOR MATEMATIK, ADDMATH


Macam mana boleh terjebak dengan home tuition ni?

Selepas habis degree di UPM selama 4 tahun pada tahun 2016, saya decide untuk bekerja instead of sambung Master. Mula mula memang lah saya semangat cari kerja kerajaan, swasta. Apply jawatan kosong sana sini. Bila dapat invitation untuk interview di luar kawasan Seremban, hmm abi saya yang sangat protective terhadap anak bongsu nya (iaitu saya haha) tak izinkan. Senang cerita abi susah nak lepaskan saya haha.

So dari situ lah.. Saya fikir untuk mengajar tusyen di rumah. Lagipun saya ni memang suka mengajar orang. Kat Matrik Selangor and UPM dulu pun saya suka ajar kawan kawan.

Itu lah 'asal usul' penglibatan saya di dalam 'industri' home tutor ni.

Kenapa pilih subjek Math & Addmath untuk diajar? Subjek lain tak ajar ke?

Okay.. the main reason why I teach math & addmath because I love these two subjects so much berbanding dengan subjek subjek lain hahaha. Saya ambil degree course Major Matematik di UPM. My SPM result in Modern Mathematics & Additional Mathematics was A+. So, thats why lah haha.

Subjek lain seperti Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Agama.. minta maaf saya tak ajar. Saya hanya fokus pada subject yang related dengan maths SAHAJA.

Macam mana orang boleh tahu tentang kelas tutor math & addmath Sayidah Napisah?

Awal awal tu memang takde yang tahu lah kan haha. So saya promote habis habisan di sosial media FACEBOOK. Saya post di group group FB Negeri sembilan, seremban, ampangan, Seremban 2, senawang, sikamat, rembau, nilai. Haa tak cukup group N9, group negeri lain pun saya post haha. Sebab nak sebarkan tentang my personal tutor class.
Pengalaman Menjadi Tutor addmath
MY POSTER - TUTOR MATEMATIK, ADDMATH
Selain FB, of course le saya promote juga di blog. Apa guna jadi blogger tapi tak manfaatkan blog sendiri kan? Hahaha. In fact, war warkan di blog is one of the most effective way to promote any kind of business. Sebab bila buat entri di blog automatic akan keluar di carian enjin seperti Google, Yahoo.

Orang sekarang kan kalau nak cari apa apa, mesti search kat Google kan? Haa so you know what I mean hehe.

Dan ia memang terbukti because.. Ada mak/ayah student yang contact saya beritahu mereka tahu tentang kelas tusyen saya dari Google. Alhamdulillah.


Pengalaman Menjadi Tutor addmath
Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar kelas Tusyen Addmath

TUTOR CLASS/ KELAS TUSYEN STYLE SAYIDAH NAPISAH


Buat kelas tutor kat mana? - di rumah saya (i mean my parents' house haha). Lokasi: Seremban, Negeri Sembilan.

Datang ke rumah student atau.. ? - memandangkan saya takde transport & abi tak izinkan pergi ke rumah student, so.. Student lah yang datang ke rumah saya. Ada je yang minta saya datang ajar ke rumah mereka, tapi.. dah abi tak kasi. Nak buat acamno. Cakap ayah kena lah dengar kan. Baru berkat hee.

Tapi kalau rumah pelajar tu dekat dengan rumah saya, haa saya akan pergi mengajar di rumah mereka. Contohnya kalau area Warisan Puteri, Taman Seremban Putra.

Ajar subjek apa? Cover untuk tingkatan berapa? - dulu dulu time mula berkecimpung dalam bidang tutor ni, saya ajar macam macam juga. BI, sains bagai. Tapi sekarang saya memang fokus subjek berkaitan matematik sahaja. Math, addmath, math modern, calculus, statistics. And saya terima student dari almost semuaaa 'level'. Sek rendah, menengah, matrikulasi, diploma, ijazah, teknik or kolej. Yang lemah ke, sederhana ke sila sila.

Bila? - disebabkan saya full time tutor so.. Hari, masa pukul berapa semua terpulang pada mak ayah student. Kalau masa yang dia nak tu tak selisih dengan masa student lain, okay deal. Weekdays malam boleh, pagi boleh, hujung minggu boleh. Selalunya kelas penuh weekend la. Thats why bagi saya, saya 'kerja' sabtu ahad haha.

Berapa jam satu kelas? - bak kata saya tadi. Terpulang pada students. Kebiasaannya 1 jam atau 2 jam. Tapi ada je yang nak kelas 3 or 4 jam straight. Yang tu biasanya kes student yang susah nak datang (duduk asrama/ tinggal jauh) atau nak dekat exam. Contohnya, sorang student Calculus saya yang belajar kat Serdang. So dia datang sekali sekala tapi sekali dia datang, kelas 4 jam terus.

Ajar ramai ramai atau..? - Saya ajar secara personal. Means.. kelas one to one dengan student. Sebab kebanyakan mak ayah yang hantar memang nak saya ajar anak dia seorang sahaja. Supaya lebih fokus dan dia lebih mudah untuk bertanya jika tak faham.

Tapi ada juga kes yang parents nak hantar 2 orang anak sekaligus. Yang tu saya terima lah jika students adik beradik. Sebab kesian pula kat parents nak hantar 2 orang anak pada waktu yang berbeza beza.


Berapa rate? Macam mana nak tetapkan? - bayaran berapa tu sebenarnya depends on tempat/negeri masing masing. Kalau saya kat seremban ni, rate takdelah semahal kat KL or Shah Alam. Saya charge RM20/jam for sek rendah. RM25/jam form 1-3. RM30/jam form 4&5. RM60/jam untuk matrik, diploma, ijazah.

Memang kira per hour ke? Bukan per pax, per bulan or per class? - disebabkan saya ajar one to one, so saya charge per hour. Senang. Tapi kalau anda nak buat satu kelas ada 10 orang ke.. Maybe boleh kira per month or nak letak pakej harga sekian sekian ke.

Duit bayar pada hujung bulan atau lepas kelas? By cash or transfer online? - kalau saya.. Bayar CASH setiap kali selepas kelas habis. Tapi kadang akdang ada je yang request nak bayar pada hujung bulan (lepas dapat gaji). Boleh je. Tapi pastikan orang tu dipercayai la haha. Dan ada juga mak pelajar yang minta transfer online sebab takde duit pecah. I'm totally okay with that. So.. sebenarnya bab ni ikut budi bicara masing masing gitu.
Pengalaman Menjadi Tutor addmath
Pengalaman Menjadi Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath
Guna buku student atau sendiri punya? Ada modul ke? Bahan latihan cari kat mana? Silibus? - sebelum my first class dengan student, saya kebiasaannya akan minta mereka bawa kertas peperiksaan, buku tulis, buku teks, buku latihan (jika ada).

Daripada bahan yang student bawa, saya akan 'nilai' dulu dia berada di tahap mana. Jika lemah sangat sangat, saya akan ajar basic dulu tanpa bergantung sangat pada buku. Tapi ikut silibus la haha.

Atau tanya je direct kat student "mana topik yang awak rasa lemah? Atau bab mana yang tak faham langsung kat sekolah?". Tengok lah dia tunjuk kat topik mana. Dan kita pun kena bersedia lah untuk ajar on the spot. So, don't forget to study balik la ye subjek yang kita nak ajar.

Atau incase dapat student yang 'sopan' a.k.a pendiam bangatttt.. Bila kita tanya dia taknak jawab. So kaedahnya.. Suruh dia jawab soalan. Soalan mana nak ambil? bagi je soalan dari buku teks atau buku latihan yang dia bawa. Atau provide je soalan kita sendiri. Ikut style masing masing.

Any tips? Or advice? - hmm nak kata tips bukan.. Maybe more to nasihat la. Banyakkan bersabar. Sabar. Sabar. Dan sabar. Haha. Sebab student ni kan banyak ragamnya. Dan kita akan jumpa bermacam macam jenis, perangai, tingkah laku dan tahap pemahaman pelajar.

Ada student yang cepat catch up, ada yang lambat. Ada yang tangkas, ada yang blur. Ada yang aktif, ada yang pasif. Ada yang bijak, ada yang lemah. Ada yang bersemangat nak belajar, ada yang hanya sekadar kerana mengikut arahan parents suruh datang. Ada yang buat homework, ada yang lupa, ada yang sengaja tinggalkan. Ada yang mata segar bugar time kelas, ada yang mengantuk. Ada yang dengar kata, ada yang banyak kali tegur pun buat tak endah je. 

So, dari situ memang akan menguji kesabaran kita dan juga skill mengajar serta communication kita. 

Haa tapi bukan setakat student, ragam mak ayah student pun banyak juga haha. So.. kita nak kena layan dengan sebaik mungkin dan secara professional. 

Phewww~ itulah details penting yang anda nak tahu. so pada sesiapa yang nak buat kelas tutor sendiri, harap dapat lah gambaran macam mana lepas baca ni hee. Goodluck!

Kalau ada soalan apa apa lagi, drop je kat komen okay?
tutor matematik seremban
Tutor Matematik, Ajar Kelas Tusyen Addmath, Calculus & Statistik
Till next time, daa~ wassalam! :)



Resepi Ketupat Palas Guna 6 Bahan & Cara Balut Daun Ketupat Palas!

$
0
0
Resepi Ketupat Palas Guna 6 Bahan & Cara Balut Daun Ketupat Palas! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa tak kenal ketupat kan? Kalau tak kenal memang nak kena cepuk haha. Ketupat ni ada banyak jenis (jagung, kacang mata hitam, dan lain lain), ikut style Negeri masing masing. Ada yang masak ketupat palas pahang, ada ketupat palas Utara, ada yang masak lemak versi Kelantan dan sebagainya. Tapi resepi ketupat palas yang saya nak share ni.. yang versi normal punya ye haha. Ketupat pulut biasa yang dibalut dengan daun palas; yang menggunakan bahan biasa-biasa sahaja.
resepi ketupat palas 6 bahan
resepi ketupat palas

RESEPI KETUPAT PALAS GUNA 6 BAHAN & CARA BALUT DAUN KETUPAT PALAS

Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
4 cawan beras pulut dicuci bersih dan rendam selama 1 jam. Toskan.
2 cawan santan pekat*
2 cawan santan cair*
2 sudu besar mentega*
1 sudu besar gula*
1 sudu besar garam*
Daun palas secukupnya, dibuka  lebih awal untuk memudahkan proses membalut

Cara penyediaan :

1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam periuk. Didihkan dengan api sederhana.
2. Masukkan beras pulut dan sentiasa dikacau supaya permukaan periuk tidak hangit.
3. Kacau hingga kering. Tutup tudung periuk.
4. Perlahankan api dan biarkan anggaran 3 - 5 minit. Kacau lagi dan tutupkan api.
5. Beras pulut memang separuh masak kerana selepas balut nanti, kita akan merebus lagi.
6. Balut dengan daun palas hingga habis.

#Sue tak sempat snap gambar waktu proses membalut, maklumlah sebelah tangan membalut, nak pegang kamera pun tak boleh. Di bawah ini nanti, Sue sertakan gambar ehsan dari Google cara untuk membalut daun ketupat palas.
resepi ketupat palas
resepi ketupat palas

Cara merebus ketupat palas:

Alas dasar periuk dengan daun palas dan beberapa helai daun pandan. Bertujuan untuk mengelakkan permukaan periuk menjadi hangit. Susun ketupat palas di atas daun tadi. Masukkan air hingga paras permukaan ketupat. Tutup tudung periuk dan rebus anggaran 30 - 40 minit. Angkat dan toskan.

Sedia dihidang bersama kari daging atau rendang. 
resepi ketupat palas pulut
resepi ketupat palas bersama rendang daging
*petua supaya ketupat ini tidak bertukar kekuningan, semasa proses merebus, jangan buka tudung periuk kerana asap dari api akan menukar warna asal pulut.


Cara Ikat Ketupat Daun Palas (11 Langkah sahaja):
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
cara balut daun ketupat palas
Ketupat palas nak makan dengan apa?

Hmm.. Orang kata kalau nak sedap makan dengan kari daging. Nak makan dengan rendang dan serunding pun sodap. Ikut tekak masing masing.

Yang pasti.. saya tak sentuh sangat ketupat ni kalau ada dihidangkan. Saya lebih suka lemang instead of ketupat. Kenapa? Maybe sebab saya orang Perak? Ehh. Ada kaitan tak agak agak? Hentam jela labuu haha.

Okay itu sahaja. Till next time, daa~ wassalam! :)


(On My Way VERSI DAKWAH) Autotune Band feat Ikhwan Fatanna - Menghantui

$
0
0
(On My Way VERSI DAKWAH) Autotune Band feat Ikhwan Fatanna - Menghantui | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang subscribe Tarbiah Sentap mesti tahu yang mereka ada cover lagu omputih, Korea dan juga Melayu. Tapi lirik lagu tersebut akan ditukarkan kepada lirik yang lebih baik lah. Yang berbentuk islamik, more to ketuhanan. Antara lagu yang mereka dah cover: Kill This Love - Blackpink, Sweet but Psycho - Ava, Way Back Home - SHAUN, Without Me - Halsey, Flower Road - BIGBANG, You Are The Reason - Calum Scott dan Kiroro Mirae. Yang terbaru paling latest Tarbiah Sentap cover lagu On My Way by Alan Walker, Sabrina Carpenter & Farruko.

On my way PUBG? Yeah that song hahaha.

(p/s: lagu Alan Walker On My Way ni dikatakan lagu tema PUBG. ? Hmm.. I don't know the truth behind it so don't ask me betul ke idok hahaha)
on my way versi dakwah tarbiah sentap
on my way versi dakwah - Autotune Band feat Ikhwan Fatanna MENGHANTUI
Lagu cover On My Way versi dakwah ni yang paling caught my interest sebab:

1- Ada Ikhwan Fatanna haha
2- Originally, I love the music of 'On My Way' song. best kan rentak melodi dia?
3- Lirik oleh Ustaz Adnin best. Ada selit sekali sepotong hadis time rap. perghh.
4- Mesej lagu yang sangat bermakna; sesuai dengan current issues - mental ilness yang makin meningkat bilangannya sekarang. such as depression, anxiety, etc.


(On My Way VERSI DAKWAH) Autotune Band feat Ikhwan Fatanna - Menghantui


MENGHANTUI adalah cover "On My Way Alan Walker" versi dakwah, berkisarkan tentang seseorang yang tertekan, resah gelisah, dan tak tenang dengan kisah silam yang sering menghantuinya. Ya, semua orang ada aib dan silam masing-masing. Persoalannya, apa usaha kita untuk kembali kepadaNya? Setiap orang yang berhijrah, pasti ada kisahnya yang tersendiri. Yang pasti, orang yang soleh bukanlah yang tiada dosa, tetapi yang bertaubat atas dosa dan usaha menjadi hambaNya yang terbaik. - TARBIAH SENTAP

VIDEO:


Lirik Lagu MENGHANTUI - Autotune Band ft Ikhwan Fatanna
(On My Way Alan Walker cover VERSI DAKWAH)

(HAFIZ)
Aku penat..
Dan aku tak
Mampu luahkan padamu
Kerna ia personal
Ia bermain menghantui fikiran.
Dan ku tak mampu lupakan.
Aku tertekan.

Ku terus menangis
Hatiku terguris
Mengenang kisah lalu
Hidupku sendiri
Bagaikan terhimpit
Tiada yang fahamiku

(IKHWAN)
Tuhan Kau yang ku cinta,
Aku lalai dan terleka
No, ku mahu lari dari dosa,
Yang menghantui
TanpaMu tak bernilai,
Segalanya tak bermakna
No, ku mahu lari dari dosa yang menghantui..
on my way versi dakwah tarbiah sentap
on my way versi dakwah - Autotune Band feat Ikhwan Fatanna MENGHANTUI
(AIMAN LUQ)
Teman kau mujur,
Tak tersungkur..
Berkata tuhan padamu tuk memujukmu:

(AFIF)
"Jika engkau datang kepadaku
Dengan membawa
Dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi
kemudian engkau bertemu denganku
dalam keadaan tidak duakanKu,
Nescaya,
Aku datang padamu dengan
Memberikanmu keampunan,
Meberikanmu ampunan
sepenuh bumi!"
(Mafhum Hadith qudsi riwayat Tirmizi)

(IKHWAN)
Tuhan Kau yang ku cinta,
Aku lalai dan terleka
No, ku mahu lari dari dosa,
Yang menghantui
TanpaMu tak bernilai,
Segalanya tak bermakna

No, ku mahu lari dari dosa yang menghantui..

(BRIDGE)
Allah tuhanku,
padaMu ku berserah
jangan tinggalkanku
walau sekelip mata
aku perlukanMu
tanpaMu aku lemah
bebaskanku dari
silam yang MENGHANTUI

(IKHWAN)
Tuhan Kau yang ku cinta,
Aku lalai dan terleka
No, ku mahu lari dari dosa,
Yang menghantui
TanpaMu tak bernilai,
Segalanya tak bermakna

No, ku mahu lari dari dosa yang menghantui..

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu Asal: Alan Walker On My Way
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Music Video: Azeem Razali & Aidil Azhar
Producer: Ustaz Adnin
TARBIAH SENTAP RECORDS
on my way versi dakwah autotune band
on my way versi dakwah - Autotune Band feat Ikhwan Fatanna MENGHANTUI
Best kan?

Mesej di sebalik lirik tu yang penting sebenarnya.

Till next time, daa~ wassalam! :)


SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA.COM

$
0
0

SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA.COM


SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 24 Mei 2019

Tag blogger: Ray, Perdu Cinta, Muhammad Naim Abdullah, Farhana Jafri, yeaslmn, Warisan Petani, Sha Mohamed, Jannah Ramli.



road to 9 juta total pageviews blog!

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Bulan lepas time saya jarang update blog, selalu je jenguk blog sendiri haha. Tengok total pageviews blog lembab bergerak hmm. Yelah dah tak aktif berblogging selama 3 bulan (Februari - April 2019), what do you expect Sayidah Napisah binti Mar Ramli? (amboi nama full haha!). Memang le susah nak naik angka total pageviews blog tu. Padan muka dengan diri sendiri muehehe.

Bulan lepas tak silap saya.. total pageview (all time history) around 8.4 juta.. and then now saya tengok dah hampir 8.9 juta! Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana telah hidupkan 'jiwa' berblogging semula kepada saya; untuk kembali aktif update blog pada bulan Mei ni. Berkat Ramadhan mungkin, aura rajin plus semangat berkobar kobar tu menyerap masuk dalam badan saya hehhee.
9 juta total pageviews blog
road to 9 juta total pageviews blog!
road to 9 juta total pageviews blog
road to 9 juta total pageviews blog!
Saya pernah cakap tak.. "saya ni kalau malas, malas sungguh. kalau rajin, rajin sungguh". hahaha. Kalau rajin tahap gaban tu datang.. saya pernah buat 6 entri dalam 1 hari. Kalau malas? 2 entri dalam 1 bulan. hahaha.

Masuk je bulan Mei.. Saya pulun buat entri blog hampir setiap hari. Fikir nak cerita pasal apa, buat kisah apa, nak beri tips apa, share info best apa. Berteka teki nak cipta tajuk macam mana yang boleh menarik perhatian orang. Cari bahan. Brainstorming idea. Sentiasa stay alert on isu panas atau berita semasa yang sedang berlaku. Analisis what people like and dislike. And so on.

Lepas buat entri, sibuk pula share entri di group-group Facebook (FB) one by one. Kalau entri resepi makanan atau minuman, saya share di group FB yang related dengan masakan. Kalau entri berbentuk fakta, berita semasa atau any cerita, saya share di group FB yang bersesuaian.

Lepas share, balas komen komen yang orang komen di post FB tersebut. What for? Untuk naikkan engagement post tu. So that orang lain akan nampak post kita tu and then they will like it, comment and share (if they want).

Nasib baik bulan Ramadhan ni saya tak banyak job mengajar kelas tutor Math & Addmath, so I can focus more on my blog. Maklumlah bila masa puasa, hujung minggu kebanyakan student mesti nak balik kampung. Malam weekdays pula nak bertarawih. Petang weekdays pula mesti mereka dah penat belajar di sekolah dari pagi hingga petang. Dengan kelas tambahan lagi. Tu yang masa ada banyak free dan saya lebih banyak luangkan untuk meng-update blog & blogwalking.

And right now.. Alhamdulillah dah hampir 50 entri sudah dipublish untuk bulan ini. Target saya 60 something untuk menjadikan bulan ini adalah bulan paling banyak entri dihasilkan dalam tahun 2019. InshaaAllah wish me luck! Hehee.

InshaaAllah juga, sempena total PV blog saya yang hampir mencecah 9 juta, saya akan buat satu entri special macam mana cara untuk dapatkan pageviews BERIBU-RIBAN dengan mudah (plus rajin) dalam SATU hari. (berdasarkan pengalaman dan cara saya sendiri hee)
road to 9 juta total pageviews blog
if not now.. then when?
Okay itu sahaja.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



ALHAMDULILLAH REZEKI RAYA DARI PTPTN!

$
0
0
Semalam jumpa satu tweet di Twitter berkaitan dengan 'MAKLUMAN LEBIHAN BAYARAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN'dan rezeki raya. I was like WOW! Apa ni? Dapat duit selepas langsaikan hutang PTPTN ke? Bestnyaa! Nak jugak nak jugakk hahaha. Sebab saya pun peminjam duit PTPTN time matrik dulu. So nak lah tahu juga apakah 'ganjaran' yang akan kita peroleh kalau bayar habis sekaligus?
REZEKI RAYA DARI PTPTN
REZEKI RAYA DARI PTPTN! | image: Google
Saya pun excited la nak tahu. Berapa dia dapat dari lebihan bayaran tu? Banyak kah? Sebab kawan saya dulu pernah dapat 'bonus' lepas bayar lump sump hutang PTPTN. Beratus juga la but less than RM500 if i'm not mistaken.

Haa.. Nak tahu tak cerita 'rezeki raya dari ptptn' orang tu?

Jom baca kisah full beliau!



ALHAMDULILLAH REZEKI RAYA DARI PTPTN!


I received this email from PTPTN.
REZEKI RAYA DARI PTPTN
REZEKI RAYA DARI PTPTN
I WAS ESTATIC! ALHAMDULILLAH REZEKI RAYA! 

Rasa bersyukur sebab ada hikmah bayar full. Kita pulang balik duit yang kita hutang, dan dapat bantu mereka yang lain memerlukan.

Boleh pulak terbayar lebih, REZEKI DAPAT BALIK PULANGAN!!!

Ha, dah lah nak dekat raya. Mula fikir balik, apa nak dibeli dengan duit refund tersebut.

Nak beli kasut baru.
Nak beli baju baru.
Nak beli seluar baru.

Kita buatlah permohonan.

Then I got curious, I DM PTPTN on Twitter. Here's my conversation with them.
REZEKI RAYA DARI PTPTN
REZEKI RAYA DARI PTPTN
This is the reply. Quite effective.
REZEKI RAYA DARI PTPTN
REZEKI RAYA DARI PTPTN
Then I asked the most important question.
REZEKI RAYA DARI PTPTN
REZEKI RAYA DARI PTPTN
REZEKI RAYA DARI PTPTN
rm0.01
REZEKI RAYA DARI PTPTN


HAHAHAHAHAHA.

Okay serius saya tergelak kuat lepas tengok angka tu.

Tengah gigih follow cerita dia dan dengan gigihnya ku baca.. nak tahu apa ending nya. semangat nak tahu berapa jumlah yang diberitahu oleh pihak PTPTN, kot kot memang banyak sangat kan. Rupanya...

Haihh sabar lah ye Faiz Bahruddin haha.

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa 2 masuk akaun bank 28 Mei

$
0
0
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa 2 masuk akaun bank 28 Mei | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tudiaa.. berdasarkan berita Sinar Harian, pengumuman official sudah pun dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa tarikh pembayaran bantuan sara hidup (BSH) 2019 Fasa 2 akan mula dibayar pada hari Selasa depan; 28 Mei 2019. Wah bestnyaaa! Bantuan sara hidup bujang? Okayy teman bujang sekalian.. kita kena ke tepi sikit.. Utamakan yang lebih utama hahaha.


Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa 2 masuk akaun bank 28 Mei

bantuan sara hidup 2019 fasa 2
bantuan sara hidup bsh 2019 fasa 2
PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei ini.

Menterinya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pembayaran itu berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai yang akan diterima.

"Pembayaran fasa kedua melibatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 bilion. Kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019," katanya di sini hari ini.

Beliau menegaskan, BSH diberikan kepada mereka yang benar-benar layak mengikut kategori pendapatan yang telah ditetapkan.

"Setiap tahun, Kementerian Kewangan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuat semakan permohonan BSH termasuk maklumat penerima sedia ada bagi memastikan maklumat yang dikemukakan oleh pemohon adalah tepat dan hanya yang layak sahaja akan menerima BSH.

"Bagi memastikan BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini," katanya.

Artikel Penuh:
bantuan sara hidup 2019 fasa 2
bantuan sara hidup bsh 2019
Agak agak saya yang bujang ni boleh buat permohonan rayuan BSH tak? Hahaha. Rasanya memang tak boleh sebab dah tergolong dalam kalangan mereka yang tak layak BSH 2019 (bujang berumur 50 tahun ke bawah).

Hmm takpe.. sis redha heee.

Till next time, daa~ wassalam! :)


Tips Blog: Cara Dapatkan 1,000 Pageviews Dalam Masa 1 Hari

$
0
0
Tips Blog: Cara Dapatkan 1,000 Pageviews Dalam Masa 1 Hari | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ramai yang tanya saya macam mana nak dapat pageviews (PV) tinggi? Ada cara mudah untuk naikkan PV tak? Ada tips untuk tingkatkan PV blog dalam masa yang singkat tak? Apa rahsia dapat trafik blog tinggi? Bagi la tips blog sikit...

Okay saya jawab tau. Saya akan beri tips dan cara cara naikkan trafik blog berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya berani nak share di sini pun sebab saya dah pun tengok hasil positifnya.

So.. marilah kita sama sama amalkan hehe. Yang penting keyword dia.. usaha dan rajin. Gitchuw.

Siapa yang pernah baca entri Tips Tingkatkan Trafik Blog #8? Kalau ada, kat situ saya ada bagi tips which is perbanyakkan ping/share entri kita di group Facebook. Tip yang saya nak beri ni pun ada kaitan dengan yang itu.


Tips Blog: Cara Dapatkan 1,000 Pageviews Dalam Masa 1 Hari

tips blog trafik tinggi
Tips Blog: Cara Tingatkan Trafik Blog
Langkah-langkahnya (gitchuww. dah macam tutorial haha):

1. Buat entri yang hot dan dapat tarik minat orang. Terutamanya yang berkaitan dengan isu semasa, berita terkini, benda baru orang tak tahu.

Ni terpulang pada individu. What kind of topic or what niche do you write. Yang penting entri tu mestilah menarik perhatian orang ramai untuk klik dan baca. Tak kisah lah isu semasa ke.. Parenting topic ke.. Tips ke.. Berita panas ke.. Resepi ke.. Tempat pelancongan ke.. Review ke.. Yang penting benda tu kena WOW!

Saya beri contoh entri hits yang saya tulis:

(i) Berkaitan dengan resepi
- Koleksi 20 Resepi Nasi Goreng Mudah dan Sedap
- resepi biskut raya
- resepi air berbuka puasa
- 30 resepi menu lunch, dinner

(ii) Berkaitan dengan berita semasa:
- tarikh tukar duit raya 2019 di bank
- pengasas DNARS meninggal dunia
- Sultan Pahang kelima mangkat di IJN
- Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Fasa 2

(iii) Berkaitan agama/islamik
- Keluar air mani di siang hari Ramadhan

For example.. entri terbaru BSH 2019 Fasa 2 tu.

Malam semalam pukul 10 gigih buat entri hahaha. Sebab berita tentang tu masih baru dan panas. Tambahan lagi, netizen memang tengah tunggu bila tarikh tersebut. So saya tahu mesti entri tersebut akan hits. Walaupun time tu dah malam, tapi saya tahu penghuni Facebook ada yang tak tidur lagi hehe.

Buktinya.. saya share entri tu di banyak group FB sehinga lah around pukul 11.30 malam (ye.. kena rajin ye haha) dan bila saya bangun pagi tadi.. check.

Tengok pageview entri tersebut dah 1,000 lebih!
tips blogging trafik tinggi
Tips Blog: 1,000 PV in less than 24 hours!
Tu just contoh tau haha. dan hanya nak share pengalaman saya sahaja.

2. Pastikan tajuk entri catchy dan 'mengundang'

p/s: mengundang MINAT ye. bukan mengundang fitnah mahupun cacian haha.

Okay yang ni..  Tengok juga lah.

Kalau nak cerita pasal berita semasa.. tak perlu tajuk yang gah dan panas pun. Just direct. Straight to the point.

Contoh entri latest tentang BSH. just direct tajuk pasal tarikh BSH 2019 Fasa 2. Tak perlu bersimpang siur.

Selain dari tu.. Kena buat tajuk yang bila orang tengok, orang nak tahu lebih lagi. Buat tajuk yang bila orang baca, orang terus "HA?!" atau"wah apa ni? Tak tahu pun pasal benda ni". Lebih kurang macam tu la reaksinya hehe.

Contoh tajuk entri yang saya pernah buat:
- kahwin baru sebulan tapi usia kandungan dah 4 minggu? Apa maksudnya?
- bahaya daun pandan

Jadikan tajuk yang kalau kita baca pun, kita akan tertarik.

3. Letak first gambar yang menarik

Kenapa kena letak gambar pertama yang menarik?

Sebab first gambar tu lah yang akan jadi thumbnail picture entri blog kita.

Gambar thumbail tu yang akan muncul bila kita share entri di mana mana tempat mestilah kena menarik perhatian orang kan?

4. Bila dah siappp semua step di atas.. Share entri tersebut di group group Facebook yang bersesuaian.

Kalau entri makanan, masakan, resepi.. Share lah di group resepi.

Kalau entri selain dari tu.. Share lah di group FB yang lain.

Tak tahu group FB apa yang ada?

Boleh lihat di SINI. Saya ada senaraikan. Saya pun memang akan rujuk di situ.

Tak faham lah. Macam mana nak share entri kita kat group FB?

Okay takpe. saya ada buat video (ada 3 bahagian) pada sesiapa yang masih kurang jelas bagaimana nak ping entri:

PART 1


PART 2


PART 3


Takde ping entri secara automatic ke? Memang kena manual?

Yeap. Saya share one by one.

Kalau dapat notification 'spam' dari Facebook macam mana?

Okay benda alah spam ni akan berlaku kalau kita lamaaaaaa tak buka FB atau kita share entri yang sama banyak kali di banyak tempat.

Bila kena label spam, post kita tu jadi tak visible di dalam group. First of all, kita klik pada notification tersebut dan klik yang post tu not spam. Then, beberapa hari lepas tu try lagi. Dan lagi. Sehinggalah kita boleh post.

Lagi satu tips elak spam.. Jangan sign in di dua (atau lebih) tempat yang sama. Contoh kalau sign in FB di laptop.. Jangan sign in kat handphone. Thats why saya tak install apps FB di phone. Untuk elakkan spam terjadi hehe. Saya hanya login FB kat lappy je. Sebab saya update blog share entri semua guna lappy. Senang, mudah.

5. Lepas dah share, jangan biarkan terus.

Klik like. Dan kalau komen sekali pun bagus.

Bagus untuk apa?

Untuk naikkan engagement post tersebut. Post kita akan jadi top di timeline group tu.

6. Kalau ada orang komen post kita tu.. Jangan tak layan.

Kita kena like and reply comment tersebut. Even its just a smile pun dah okay.

Sebab apa?

Untuk naikkan engagement  post tersebut. Nanti kita yang untung hehe. Trafik blog naik. Earnings Nuffnang/Adsense/Innity pun akan naik inshaaAllah.
tips blogging trafik tinggi
FOKUS! DAN RAJIN! hehehe
Thats all! InshaaAllah kalau entri tu 'kena' dengan 'taste' orang, memang laku. Nak tahu topik apa orang suka.. Itu kita kena ber-experiment sendiri lah hehe.

Tapi so far yang saya dah experiment..

Hasilnya, orang suka entri berita semasa yang tengah hot, berkaitan dengan duit, kemudahan rakyat.. Entri resepi, makanan, minuman.. Benda viral.. And entri yang ada tajuk 'mengundang' kecaman orang haha.

Thats why kena pandai main dengan tajuk. Sebab dengan tajuk tu.. Orang boleh tertarik nak baca.

Moga bermanfaat! Kalau ada salah dan silap, i'm sorry. Yang baik semuanya dari Allah. Yang buruk of course datang dari saya.

Kalau ada apa apa soalan, drop di ruangan komen okay?

Till next time, daa~ wassalam!

Padah main bunga api bahaya! Tangan bengkak jumpa doktor..

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Bulan Ramadhan belum habis lagi, tapi budak budak dah request nak main bunga api, nak main mercun. Biasa lah tu kan. Anak anak buah saya pun selagi tak dibeli, selagi tu lah setiap hari minta sampai dapat. Siapa je tak suka main bunga api? Lagi lagi bunga api yang jenis ada percikan api tu.. syok uh. Saya yang 'budak' besar pun suka hahaha.

Tapi rasa macam ragu ragu pula nak main bunga api sekarang ni. Dengan cerita tragis yang saya baca baru baru ni.. tangan seorang kanak-kanak bengkak akibat terkena bunga api yang dimainnya. Fuh seram.

Ibu kepada mangsa share pengalaman tersebut dan beberapa gambar di Facebook. Saya tengok tapak tangan anak beliau.. seriau rasanya.
Padah main bunga api bahaya
Gambar tangan bengkak lepas main bunga api

Tak sangka bahaya main bunga api boleh jadi sampai begitu sekali!

Walhal selama ini main bunga api jenis macam tu.. okay je. Takde apa yang kena. Tak ada meletup atau mengakibatkan kecederaan. Bukan lah kita tak bersyukur, cuma pelik macam mana benda tu boleh terjadi?

Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
"Ingatkan bunga api ni tak bahaya..tapi bahaya. Meletop wei anak den main! Kau dengar bunyi meletop.. Eh macam. Mercun plakk.

Tak tahu la masuk angin ke... Telebih dos ke..

Citenye tak payah la lepas ni beli bunga apiiii. Tak pepasal.. Jadi. Gini"

Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Padah main bunga api bahaya
Kesian budak tu. Mata berair nangis. Mesti sakit.

Haih sedih nengoknya. Moga dia cepat sembuh Aamiin.

Bila saya tanya abang ipar saya.. macam mana boleh jadi macam tu?

Dia kata maybe sebab serbuk di dalam bunga api tu diisi terlalu padat dan mampat. Itu yang boleh kena macam tu.

I was like ohhh...

Betul ke?

Wallahualam~

So, moral of the story.. pada ibu ayah kakak abang, kalau nak beli bunga api, jangan beli yang jenis warna merah tu. Beli lah jenis yang lain. Ada je kat kedai kedai.

Kelmarin saya baru je main bunga api (tapi jenis lain) dengan anak buah di Gombak hehe. Walaupun sebatang je sorang satu tapi seronok. Kenangan manis antara kau dan aku. tibee haha.
bunga api
Main bunga api dengan anak buah hehehe.
bunga api anak buah
Nampak tak bunga api jenis yang saya main ni bukan yang macam warna merah tu? Haa beli lah yang macam ni hhehee
Oh! Lepastu, acara bermain mercun pop pula haha. Tak tahu lah kenapa, tapi rasa macam bunyi mercun pop sekarang ni lagi kuat berbanding dulu dulu? Ke.. telinga den yang makin kurang tahi telinga? Hahaha.

Hah.. Korang ada main bunga api tak? Haa baik ngaku haha.

Till next time, daa~ wassalam!

Cara Daftar Cimb Click Online 2019.. buat akaun CIMBClicks mudah saja!

$
0
0
Cara Daftar Cimb Click Online 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Semalam umi minta tolong saya buat akaun cimb clicks untuk beliau. Saya pun 'okay....... serius kakcik tak ingat macam mana nak buat akaun cimb click'. HAHAHA. Yela mana tak nya.. saya buat cimb clicks saya sendiri pada 5-6 tahun yang lalu. Sekarang dah tahun 2019. Mesti ada perubahan dari segi procedure dan cara cara buka akaun cimb clicks online banking. Untuk tidak menghampakan permintaan umi, saya pun try lah. acah acah tahu macam mana cara daftar cimb click Online haha. Senang je kot kan? Sekarang zaman dah maju. Semua melalui mobile internet saja. Heh.

Saya pun buka web CIMB Click Malaysia then ternampak 'register for CIMB Clicks'. Okayhhh cun! Klik situ and then follow je the flow. Eh mudah je rupanya cara mendaftar akaun cimbclick ni! Just few steps and.. done! Easy bohh.


Cara Daftar Cimb Click Online 2019.. buat akaun CIMBClicks mudah saja!


1. Layari web CIMB Clicks Malaysia https://www.cimbclicks.com.my/

Klik 'Register for CIMB Clicks'.
cara daftar cimb click online 2019
cara daftar cimb click online 2019
2. Klik 'CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD'. Kemudian, isi maklumat berkaitan:

ATM/ Debit/ Credit Card Number: 16 nombor di kad CIMB yang warna merah tu
ATM PIN: 6 nombor password yang kita letak bila nak keluar duit di mesin ATM
Enter text as per above: taip nombor&huruf yang diberi

Dah selesai isi semua.. klik (tick) di kotak kecil yang tertulis 'By agreeing, I confirm that I have read and accept all the terms & condition therein'.
cara daftar cimb click online 2019
cara daftar cimb click online 2019
cara daftar cimb click online
cara daftar cimb click online 2019
3. Masukkan maklumat yang berkaitan.

CIMB Clicks ID - tulis gabungan apa-apa perkataan/nama & nombor (contoh: fatihah8)

CIMB Clicks Password - macam biasa lah. password untuk security. pastikan password ada sekurang-kurangnya 8 character. Terdiri daripada gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (seperti . , / = ).
Contoh password: Fatihah.081199

Re-enter Password - masukkan balik password yang anda bina tadi

Mother's Maiden Name - yang ni soalan security. jawab je soalan yang diberi

Email address - emel anda. contoh: ghany7819@gmail.com

Dah siap isi semua.. klik 'I agree & submit'.
cara daftar cimb click online
cara daftar cimb click online 2019
4. Klik 'Request TAC'. 6 nombor TAC akan dihantar ke handphone anda. Letak nombor tersebut di ruangan yang disediakan. Klik submit/confirm.

Done!

Congratulation! Anda telah punmemiliki akaun CIMB CLICKS sendiri yezzaah! Hehe.

Kalau nak login for the first time nanti, akan keluar Terms & Conditions. Just click 'I Agree'.

Kalau nak baca boleh, tapi serius panjang gilossssssssss! HAHAHA. Saya scroll scroll scroll.. eh tak sampai lagi. Scroll scroll lagi for a few minutes baru sampai ke bawah haha. Lenguh jari den.
cara daftar cimb clicks online
cara daftar cimb click online 2019
Haa.. umi saya yang dah berumur 56 tahun (golongan warga emas) dah daftar cimb click. Anda bila lagi? Hehe

Bagi saya, internet online banking seperti CimbClicks dan Maybank2u (M2U) sangat memudahkan 'kerja' kita.

Bukan setakat orang yang dah berkerja di syarikat swasta mahupun kerja kerajaan, tapi pelajar lepasan SPM yang bakal masuk ke kolej/ matrikulasi/ Universiti & bekerja sendiri niaga/ bisnes pun kena buat.

Okay.. mungkin sesetengah orang yang tak tahu apa fungsi CIMB Clicks/ M2U ni? Apa kegunaan cimb click? Apa kelebihan kalau ada akaun cimb online internet banking? Penting sangat ke untuk daftar cimb click? Kenapa nak kena buat cimb click online?

- boleh tengok transaksi masuk dan keluar (transaction money), check baki akaun ada berapa, transfer money dengan cara mudah dan selamat (ada nombor TAC) anytime you want.

- tak perlu susah susah pergi ATM bank kalau nak transfer duit. tak perlu beratur panjang untuk masukkan duit ke dalam akaun, tak perlu hadap jammed untuk tengok gaji dah masuk ke belum, boleh check terus duit customer bank in.

- senang nak bayar bil ASTRO (tak perlu pergi ke pejabat pos), EPF KWSP, insurans, Tabung Haji, buat pembayaran balik pinjaman PTPTN tanpa perlu pergi ke pejabat. Nak topup pun boleh. Tak perlu pergi kedai atau minta kawan topup kan.
cara daftar cimb clicks 2019
cara daftar cimb clicks online 2019
Thats why orang kata sekarang ni semuanya di hujung jari sahaja acewah.

Okay thats all!

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

keyword: cara daftar cimb online, cara daftar cimb clicks 2019, cara daftar cimb click 2019, cara buat cimb click 2019, cara daftar cimb clicks, cara buat akaun cimb clicks, cara daftar cimb clicks mobile, cara daftar cimbclicks secara online, cara mendaftar cimb clicks 2019, cara daftar cimb bank, cara mudah daftar cimb clicks 2019, cara daftar cimb clicks malaysia, cara daftar cimbclicks online, cara daftar cimb online banking, cara daftar cimb klik, cara login cimb click, cara guna cimb clicks mobile, cara daftar cimb clicks via internet, cara daftar cimb click guna phone, cara membuat cimb click 2019, cara buat akaun internet banking online cimb, cara buat password cimb click, cimb clicks login id, cara nak tukar password cimb click, reset password cimb click, cara daftar cimb online 2019


My duit raya 2019 yang pertama!

$
0
0
Kalau orang lain dapat duit raya 2019 yang pertama dari bantuan khas kewangan dari kerajaan (bonus raya) atau dari Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 2.. saya pula dapat dari kakngah saya! Hehehe. Memandangkan minggu pertama Aidilfitri nanti tak dapat nak jumpa, dia pun bagi lah advance duit raya 2019 pada Ahad lepas.

Aik, dah besar panjang pun dapat duit raya?

Saya ni walaupun dah berkerja sendiri dan sudah berumur 26 tahun, tapi still MINTA duit raya dari dua kakak & dua abang saya hahaha. Nasib baik  saya ni adik bongsu mereka yang comel dan manja (ehem).. so merasa lah juga saya duit raya setiap tahun weee~

So.. this is my first duit raya 2019!
duit raya 2019
duit raya 2019 saya yang pertama?
Eh tak tak.. atas ni bukan duit raya yang kakngah bagi ye haha. Banyak nau tu.
duit raya 2019
My first duit raya 2019!
Ha ni baru betul!

Berapa amount dalam sampul raya tu?

Jeng jenggg.. rahsia! hahaha.

Korang ada yang dah dapat duit raya advance ke?

Lirik Lagu Buta - Caliph Buskers ft. Faizal Tahir | jangan buta hati...

$
0
0
Lirik Lagu Buta - Caliph Buskers ft. Faizal Tahir | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! One of my fav song! Lagu BUTA by Caliph Buskers feat Faizal Tahir. But such an underrated song! ugh whyyy? Tibe emo haha. Bukan apa.. kekadang lagu ntah pape tapi boleh berjuta juta views di Youtube. Ni lagu yang best, siap ada mesej ketuhanan yang bagus dalam lirik lagu Buta.. tapi tak sampai 2 juta pun views walaupun dah 1 tahun lagu ni release. Emo tak emo tak? Haha.

Dah la lagu Buta ni dinyanyikan oleh dua penyanyi vokal power; Caliph Buskers dan Faizal Tahir. Lirik pun best. Music video (MV) pun sangat menyentuh hati sehingga berkaca kaca air mata den.

Tak tahan huwaaa sedih! Sedih sebab MV tu plus lirik yang sangat bermakna & deep.
lirik lagu buta caliph buskers faizal tahir
lagu buta caliph buskers ft. faizal tahir
Kalau nak 'feel' tu sampai ke dalam lubuk jiwa yang paling dalam acewahh.. kena dengar music video BUTA + hayati lirik sekali tau. #tips

Official MV Lagu Buta - Caliph Buskers ft. Faizal Tahir:


Lirik Lagu Buta - Caliph Buskers ft. Faizal Tahir

Pejamkan mata dengarkan saja
Apa di minda
Apakah semua yang zahir dimata
Takkan pernah berdusta

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan
Segalanya telah engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
mensyukuri semuanya

Andai mampu ku lihat semua
Adakah ku sempurna
Atau kerna mataku yang leka
Membuat ku berdosa

Ceritakanlah pada aku
Agar ku faham dunia

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tuhan
Segalanya telah Engkau berikan
Tetapkan saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tanpa Kamu, siapalah aku
Tanpa aku, tetap saja Kau sempurna
Dan satu.. terangilah hatiku

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Tuhan
Segalanya telah Engkau tentukan
Terangi saja hatiku
Maaf ku selalu terlupa
Mensyukuri semuanya

Maafkan aku
Selalu terlupa
mensyukuri semuanya

Pejamkan mata
Dengarkan saja
Apa di minda

Written & Produced by: The Faithmen
liril lagu buta faizal tahir
lagu buta caliph buskers, faizal tahir
Dalam MV Buta tu.. paling DEEP sekali part ni:
lagu buta caliph buskers faizal tahir
"Bila aku tak ada.."
lagu buta caliph buskers faizal tahir
"... kau jaga diri eh?"
lagu buta caliph buskers faizal tahir
"Engkau..."
lagu buta caliph buskers faizal tahir
".. Jaga hati"
"Kau.. jaga hati eh?"

Fuhhh!
lagu buta caliph buskers faizal tahir
lagu buta caliph buskers faizal tahir
"It is not the eyes that are blind, but the hearts"
- Al-Quran (22:46)


"dan siapa berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yg sempit, dan Kami akan himpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta"
- Surah Taha 124

"mereka berkata 'ya tuhanku mengapa engkau mengumpulkan aku dalam keadaan buta padahal aku dahulu dapat melihat'"
- Taha 125

"Allah berfirman 'demikianlah, dahulu telah datang kepadamu ayat ayat Kami, dan kamu mengabaikannya, jadi begitu pada hari ini kamu diabaikan'"
- Taha 126.




Muka Iras Siti Nurhaliza dan Elfira Loy!

$
0
0
Dari haritu sebenarnya saya perasan seorang wanita ni. Nak tahu siapa dia? Macam mana boleh terjumpa si 'dia'?

Alkisah.. Macam biasa lah, mood instagram-walking datang, saya scroll scroll lah timeline Instagram. And then, terkaku saya kat satu sponsored post nih. Dalam hati.. wah cantiknya perempuan ni! Wajah dia ada iras iras Siti Nurhaliza dan Elfira Loy. Seriously.. bila sekilas pandang, eh eh Siti Nurhaliza kah? Bukann. Dua kali pandang.. eh macam Elfira Loy pun ada sebab kening tebal dan gigi tajam kat tepi tu. Pandang kali ketiga.. sah! Muka gabungan Siti Nurhaliza dan Elfira Loy ni. So beautiful! Siap ada lesung pipit tu fuh.
muka iras siti nurhaliza dan elfira loy
muka iras siti nurhaliza dan elfira loy!
wajah siti nurhaliza dan elfira loy
muka iras siti nurhaliza dan elfira loy!

Siapakah dia? Apa nama dia?

Ada orang beritahu dia ni model tudung yang famous dan pernah viral di Twitter. Saya pun tak tahu dia pernah viral hahaha. Saya 'kenal' pun sebab terrrjumpa post 'sponsored' di IG.

Namanya.. Qasrina Karim. Hah jangan tanya lebih lebih. Umur berapa, tinggal mana dan segala biodata, personal things about her. I DON'T KNOW haha.
muka iras siti nurhaliza dan elfira loy
muka iras siti nurhaliza dan elfira loy!
Semalam scroll scroll .. terserempak lagi sponsored post 'alhumairacontemporary'. Ter'jumpa' dia lagi haha.

Senyuman dia sebiijik macam Dato' Siti Nurhaliza! Memandangkan saya adalah peminat tegar ctdk, so I was so amazed by this girl's visual. Her face is very stunning! Cute plus cantik.
muka iras siti nurhaliza dan elfira loy
muka iras siti nurhaliza dan elfira loy!
Haritu ALHUMAIRA post premium shawl raya Noele. Kali ni tudung bawal/ Premium Square Scarf Envy pula. Simple je kan gaya tudung ni tapi labuh menutup dada. Baguih baguih. Hijab jenis yang menutup aurat macam ni lah yang kita nak!

Wahh kau Sayidah.. Gaya macam tengah promote je hahaha. Tak tak. Ni bukan paid entry or review ke apa ye. Just an opinion. My 2 cents.

So korang.. dah beli tudung raya ke?

Tudung raya 2019 saya.. kakyong belanja hehehe. Untung ada kakak yang baik hati ni kan kihkih. Ingatkan nak pakai tudung yang lepas lepas je.. tapi dah ada yang nak tolong belikan. Rejeki jangan ditolak muehehe.


Check 'search keywords' di Google.. blog muncul kat page berapa?

$
0
0
Check 'search keywords' di Google.. blog muncul kat page berapa? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa haritu kita belajar macam mana cara nak tengok keyword entri blog dan apa kepentingannya kan? Kalau tak baca lagi, boleh ushar kat SINI. Kalau dah baca, okay boleh proceed to.. let's check that 'search keywords' di Google and see.. entri blog kita muncul di page Google yang ke-berapa? Ada atau tidak?

Contohnya.. kita taip keyword di Google tapi bila scroll scroll scroll hingga ke page keenam eh.. takde pun blog kita? Tipu ke Google ni? Nak babab ni haha.

Okay.. jangan emo emo. Itu maksudnya.. orang jumpa blog kita kat bahagian IMAGES melalui that keyword. Yeap, mungkin entri blog kita di page Google belakang-belakang. Tapi di images Google, gambar dalam entri blog kita duduk kat atas atas. Tu yang orang boleh klik and directly go to our website.


Cara yang betul untuk check 'search keywords' blog di Google


Ramai orang salah faham. Terus buka www.google.com and terus search di situ. SALAH!

Kenapa salah? - sebab kita buka Google dengan AKAUN GOOGLE kita sendiri. Bukan as an anonymous.

So.. what we suppose to do? Kena sign out dulu kah, baru Google search?

Tak perlu sign out pun. Just pergi ke INCOGNITO mode. How?

Klik 3 titik di bahagian atas kanan (terletak di bawah pangkah X) and then klik'New incognito window'.

Pahe dop? Hehehe.


Check 'search keywords' di Google.. blog Sayidah Napisah muncul kat page berapa?


1. tukar duit raya 2019

- first page Google. image pun ada kat atas-atas.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
2. sultan pahang mangkat

- kat page takde. kat image ada tapi tu pun kena scroll ke bawahhh bawahhhhhhhh.

3. bsh 2019 fasa 2 bila masuk

- kat Google page takdok. kat Google images ada.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
4. kalau tak solat jumaat kena solat zohor lelaki

- ni pun sama. page tak keluar blog den tapi kat Images Google ada. tu pun seketul je haha.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
5. lagu raihan sesungguhnya - sama juga dengan no.4

6. mi tulang sedap

- 1st page Google. image pun ada bahagian paling atas.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
7. bank yang boleh tukar duit raya area johor bahru

- 1st page Google
- the result is same with no.1

8. beza bercinta dengan bercouple

- 1st page Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
9. bsh fasa2 2019 - same with no.3

10. gagal test jpj kereta

- 4th page Google tapi kat bahagian Images, agak banyak gambar entri den punya haha.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
11. bsh fasa 2 2019 - same with no.3

12. bolehkah kita buat praktikal di branch bank

- 1st page Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
13. cara daftar online banking bank islam

- 1st page Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
14. cara untuk semak keputusan upu 2019

- 6th page Google. kat image pun ada.

15. http://hotlink.com.my/r beli pas internet - page takde, image pun takde

16. dalam rajah di bawah, ab ialah tangen sepunya kepada dua bulatan yang masing-masing berpusat p dan q - page takde, image pun tak ada

Pelik kan no.15 & no.16 tu? Hahaha. Saya pun tak faham macam mana keyword tu boleh melekat kat blog saya. Pelik wa hairan wa ajaib.

Eventhough yes, saya memang pernah buat entri pasal Matematik, Hotlink Hour & pas internet mobile Maxis tapi tak jumpa pun entri saya bila search keywords tersebut. Hmmm. Lantak pi lah haha.

Korang pun kalau nak check, sangat dialu-alukan. Selain memberi motivasi dan menambahkan semangat kita untuk update blog, kita juga boleh add to our achievement as a blogger hehe.
search keywords blog di Google
search keywords blog di Google
Kalau kurang faham macam mana nak search keywords blog kita di Google, saya ada buat 'tutorial' video how to do it. Ada 3 part total. Boleh lihat di bawah ini:

PART 1:



PART 2:



PART 3:



So.. MORAL OF THE STORY lepas saya search keyword-keyword entri blog di Google..

- gambar itu penting! wajibkan diri sendiri untuk letak gambar sekurang-kurangnya satu di dalam entri blog. lebih banyak, lebih bagus.

- watermark di gambar itu penting! apa itu watermark? yang ada nama / URL blog kita di gambar itulah watermark. saya kekadang tak rajin juga nak letak hahaha. tapi better letak sebenarnya. kalau tak letak, orang senang senang boleh 'curi' tanpa letak kredit ke kita.

- update je apa apa entri di blog! update lah APA APA topik, dicsussion,info, things you like. anything. just... update. sebab percayalah.. ada few entries dalam blog saya yang saya tak sangkapun  akan berada di first page Google. Ada artikel ringkas yang saya just suka suka update tapi orang ada datang baca.

- keep on usaha and be patient. ada entri blog saya yang dah beberapa tahun lepas baru hits sekarang. ada yang dua tahun lepas, baru sekarang ramai yang cari. maksudnya.. IT TAKES TIME. just sabar dan betulkan niat. usaha akan buahkan hasilnya juga inshaaAllah.

Chaiyok chaiyok! hehe. okay thats all.

Moga bermanfaat.

Till next time! Daa~ wassalam! :)

Duit BSH Fasa 2 2019 (RM150) dah masuk akaun bank CIMB

$
0
0
Duit BSH Fasa 2 2019 (RM150) dah masuk | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Semalam abi tanya umi "duit BSH fasa 2 2019 dah masuk akaun bank ke?". Umi belum sempat nak jawab, saya dah tolong tengokkan dah masuk ke belum & berapa dapat jumlah wang untuk fasa kedua hehe. Den login akaun CIMB Clicks umi and then klik kat transaction history.. 28 Mei 2019; bayaran BSH 2019 FASA 2 sebanyak RM150 sudah pun masuk pada pukul 7:14 pm! Hehehe. Alhamdulillah.

Saya yang bujang ni tolong check kan jela untuk bsh umi abi (kategori berkahwin) haha.

Transaction History - BSH FASA 2 2019 RM150

duit bsh fasa 2 2019
Kalau yang mempunyai akaun maybank, tak sure dah masuk ke belum. Rasanya sama je dengan CIMB dan yang lain-lain kot. tarikh masuk still 28 May 2019.

So next.. Mengikut jadual bayaran bsh 2019, fasa 1 Februari, fasa 2 Mei and the last one.. bila duit masuk untuk fasa 3 adalah pada bulan Ogos 2019. Hujung bulan Ogos mungkin? Atau pertengahan Ogos? Wallahualam. The exact tarikh belum diumumkan lagi officially.
Pada yang tiada akaun bank, ada yang kata pihak BSH tolong buatkan and then kalau dah siap, mereka akan dimaklumkan? Saya tak pasti.

Tapi better call sendiri BSH untuk kepastian. Berapa nombor contact BSH?

Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH)

Okay itu sahaja. Moga bermanfaat.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:

- Tarikh Tukar Duit Raya 2019 di Bank CIMB, Maybank dan lain-lain
- Cara Daftar Cimb Click Online 2019.. buat akaun CIMB Clicks mudah saja!

bsh 2019 fasa 2 bila masuk
Memerlukan cikgu tutor kelas tusyen Matematik atau Matematik Tambahan (addmath) di area Seremban.. whatsapp saya di 0172008642!


Viewing all 2993 articles
Browse latest View live