Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

STUDENT TIBA-TIBA MENANGIS DALAM KELAS TUTOR MATEMATIK!

$
0
0

Student Tiba-Tiba Menangis Dalam Kelas Tutor Matematik Saya!


My own experience.

Pernah sekali tu.. time kelas tusyen Math Form 2, saya ajar Paridah (bukan nama sebenar) & suruh dia buat soalan latihan tapi banyak yang dia tak dapat nak jawab. Padahal topik tu baru je ajar tadi. Saya pun 'YaAllah menguji kesabarankuuuuuu betuii!'.

Then, bila tengok dia macam tak fokus dan distracted sampai tak boleh nak jawab soalan, saya pun nasihat lah. And saya ni memang tak pandai nak buat muka garang mahupun bersuara kasar tapi time tu saya acah acah garang la ketika beri teguran + nasihat. Ada lah dalam 1000 patah perkataan macam tu.

Tiba tiba.. saya tengok ada air keluar dari mata dia. "HAH? DIA NANGIS?!".

Setitik.. dua titik.. tiga titik.. Eh kenapa macam makin lebat je dia nangis ni. Alamakk kenapa ni? Tak pernah pernah ada student nangis dalam kelas den sebelum ni hahahaha *gelak nervous.

Saya pun dah cuak.

Tanya kat dia"akak garang sangat ke? kenapa sampai nangis ni?".

Dia geleng menidakkan. (fuh lega sikit den haha. at least bukan salah saya). tapi dia diam je. Still nangis. TERESAK-ESAK dia nangis.
STUDENT TIBA-TIBA MENANGIS DALAM KELAS TUTOR MATEMATIK
STUDENT TIBA-TIBA MENANGIS DALAM KELAS TUTOR MATEMATIK! | image: Google
Haih. Umi dah tengok tengok kami. Umi pandang saya dengan pandangan 'maut' sebab umi ingat saya yang buat dia nangis. hahaha. Takk. Its not me! Saya just nasihat dia je. Bukan MARAH or tengking dia pun. 

Saya biarkan dia dulu. Biar dia tenang sikit. Then saya tanya lagi 'kenapa ni? Ada masalah ke? Nangis sebab akak ke tadi?' Dia geleng. Diam juga. Air mata still keluar.

Waduh waduh resah ku gini.

And then lepas dipujuk pujuk pujuk pujuk pujuk.. finally dia pun beritahu yang dia nangis sebab family matter. Mak ayah dia terlalu pressure dia supaya buat yang terbaik dalam exam math (sebab markah exam math dia agak lemah). Parents dia juga suka banding banding kan dia dengan adik beradik dia yang pandai dalam semua mata pelajaran. Sehingga dia rasa tension, stress dan takut. Takut dia akan kecewakan parents dia dan tak boleh buat dengan baik macam adik beradik dia yang lain.

Haih kesiannya. Lepas saya beri kata semangat dan motivasi kat dia, dia pun stop nangis.

So, MORAL OF THE STORY is.. para ibu para bapa, jangan lah terlalu pressure anak-anak, marah-marah dan banding-bandingkan prestasi anak-anak. At least slow talk dengan anak-anak if they have any problem or kalau pencapaian di sekolah tak memberasangkan.

Takut nanti bila asyik marah-marah dan terlalu pressure.. dorang pendam, takut jadi kemurungan and lead to severe depression. Nauzubillahi min zalik~

Moga bermanfaat hendaknya kisah benar ku ini.

Till next time, daa~ wassalam! :)
STUDENT TIBA-TIBA MENANGIS DALAM KELAS TUTOR MATEMATIK
NAK HANTAR ANAK KE TUTOR CLASS/ KELAS TUISYEN MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN? Whatsapp saya di 0172008642!



Bila Malam Lailatul Qadar 2019? Ini 5 Tanda dalam Hadis Rasulullah SAW!

$
0
0
Bila Malam Lailatul Qadar 2019? Ini 5 Tanda dalam Hadis Rasulullah SAW! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pejam celik pejam celik dah masuk kita ke 10 malam terakhir Ramadhan 1440H. Nope. Its actually already 5 malam terakhir Ramadan! Allahu.. pantasnya masa berlalu kan? Malam ni adalah malam yang ke-26 dalam bulan Ramadhan 2019. Dan apa yang special nya yang ada pada malam akhir Ramadhan? Malam Lailatul Al-Qadr~ Dapatkah kita jumpa dengan malam Lailatul Qadr yang SANGAT ISTIMEWA ini? Semalam rasanya confirm bukan malam Lailatul Qadar sebab hujan lebat guruh kilat semua ada haha.

Apa Maksud Lailatul Qadr?

- Lailatulqadr bermaksud.. secara literalnya diterjemahkan sebagai malam (al-layl) ketetapan/ kemuliaan (al-qadar).
- Pada malam itu lah al-Quran telah diturunkan dari langit dunia kepada Rasulullah SAW, bersesuaian dengan ayat 1 surah al-Qadr.
bila malam lailatul qadar
Bila Malam Lailatul Qadar 2019?
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Carilah Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam terakhir dari Ramadhan"
(hadis Riwayat Bukhari)

Kenapa kita nak kena cari Malam Al-Qadar?
Apa kelebihan yang ada di dalam malam Lailatul Qadr?
Mengapa kita digalakkan membuat amalan double triple pada malam istimewa tersebut?

Allah S.W.T berfirman:
"Malam Al-Qadr lebih baik dari seribu bulan"
(Al-Qadr: 3)

Apa maknanya? 

Sekiranya kita ditakdirkan bertemu dengan malam yang agung itu, ibadah kita akan dikira seolah-olah kita beribadah 1000 bulan lamanya dan diampunkan segala dosa kita yang lalu! MashaAllah!


Bila Malam Lailatul Qadar 2019?

5 malam terakhir dah pun berlalu, tinggal lagi 5 malam yang paling akhir. Dah terjadi ke belum malam lailatul qadar pada tahun ini? Dah lepas ke? Atau belum lagi datang?

Wallahualam~


Tarikh 10 malam terakhir Ramadhan 2019:
10 malam terakhir ramadhan 2019
Tarikh 10 Malam Terakhir Ramadhan 2019
Apakah yang perlu kita lakukan andai bertemu dengan lailatulqadr? 

Berdoalah dengan doa:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu'anni

Terjemahan doa (Bahasa Melayu):
“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku."
(HR Tirmidzi dan Ibn Majah)

Apakah Tanda Tanda Malam Lailatul Qadr?

TANDA DAN HUKUM MENGKHABARKAN MALAM AL-QADAR - Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan: Apakah tanda dan hikmah dirahsiakan malam al-Qadar?

Jawapan Mufti:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, antara rahsia Allah SWT menyembunyikan malam al-Qadar adalah supaya menjadi pendorong kepada orang ramai agar mencarinya. Selain itu juga, supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah demi mencari dan mendapatkan malam al-Qadar. Hal ini sama sebagaimana disembunyikan masa berlakunya malam al-Qadar seperti disembunyikan juga masa yang diperkenan doa pada hari Jumaat.

Berkaitan tanda-tanda malam al-Qadar, sebahagian ulama’ telah menyebut di dalam kitab masing-masing berkenaan sebahagian tanda atau alamat yang mungkin dapat dilihat oleh sebahagian hamba Allah yang diizinkannya oleh-Nya pada setiap kali bulan Ramadhan. Ini kerana, banyak hadith dan juga pengkhabaran daripada orang yang soleh melalui riwayat mereka yang telah membincangkan berkaitan tanda-tandanya, antaranya:

Daripada Ubadah Bin Al-Somit RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَمَارَةَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَنَّهَا صَافِيَةٌ بَلْجَةٌ كَأَنَّ فِيهَا قَمَرًا سَاطِعًا سَاكِنَةٌ سَاجِيَةٌ لَا بَرْدَ فِيهَا، ولَا حَرَّ وَلَا يَحِلُّ لِكَوْكَبٍ أَنْ يُرْمَى بِهِ فِيهَا حَتَّى تُصْبِحَ، وَإِنَّ أَمَارَتَهَا أَنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا تَخْرُجُ مُسْتَوِيَةً لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ مِثْلَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، لَا يَحِلُّ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَخْرُجَ مَعَهَا يَوْمَئِذٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut." [Riwayat Ahmad (22765)]

Daripada Ubay Bin Ka’ab RA berkata, daripada Nabi SAW  bersabda:

وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا

Maksudnya: “Dan tandanya sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut bercahaya dan tidak kepanasan”. [Riwayat Muslim (762)]

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata:

فَإِنَّ الشَّمْسَ تَطْلُعُ كُلَّ يَوْمٍ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ إِلَّا صَبِيحَةَ بَدْرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam al-Qadar”.  [Riwayat Ibn Abi Syaibah (9529)]
tanda malam lailatul qadar
Bulan 30 Mei 2019 (malam ke-25 Ramadhan 1440H)
Seperkara yang penting ialah, jika seseorang itu mengetahui dan menjangkakan malam itu adalah malam al-Qadar maka adakah wajar baginya untuk mewarwarkan atau dia perlu menyembunyikannya?

Imam al-Subki telah mengistinbat (mengeluarkan hukum) dalam al-Halabiyyat daripada kisah ini (kisah Allah menyembunyikan malam al-Qadar daripada Rasulullah SAW) adalah disunatkan menyembunyikan pengkhabaran malam al-Qadar bagi sesiapa yang melihatnya. Dalilnya adalah kerana Allah SWT telah mengtaqdirkan bagi nabi-Nya untuk tidak memberitahu baginda SAW berkaitan hal ini. 

Maka sebaik-baiknya dengan apa yang telah ditakdirkan ini adalah disunatkan kita mengikutnya. Telah disebut di dalam Syarah al-Minhaj dan begitu juga di dalam al-Hawi. 

Antara hikmah disembunyikannya sepertimana yang disebut adalah kerana ia merupakan Karamah (kemuliaan) dan kemuliaan sayugia disembunyikan tanpa berlaku khilaf antara ahli al-Thariq (tarekat) daripada memandang kepada jiwa kerana dibimbangi akan dicabut, lebih besar daripada itu tidak aman daripada riyak.

Mengikut adabnya pula, janganlah dia sibuk mengsyukuri Allah dengan melihat kepadanya (hanya melihat malam al-Qadar) sahaja serta mewarwarkannya kepada manusia. Tambahan pula, hal ini dibimbangi akan berlaku hasad dengki padanya. Maka dengan itu, orang tersebut telah termasuk di dalam perkara yang ditegah untuk dihampirinya. [Lihat: Fath al-Bari, 268/4]

Telah berkata pengarang al-Hawi bahawa disunatkan bagi sesiapa yang melihat malam al-Qadar agar menyembunyikanya dan hendaklah dia berdoa dengan ikhlas serta niat dan yakin dengan apa yang lebih disukai daripada agama atau dunia. Akan tetapi, hendaklah dia berdoa kepada Allah berkaitan hal agama dan akhirat lebih banyak (berbanding hal-hal lain seperti dunia). [Lihat: al-Majmu’, 461/6]

Kesimpulannya, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah dan rasul untuk memburu malam yang mulia ini kerana ganjaran cukup besar dan ia juga merupakan anjuran Nabi SAW kepada kita berdasarkan sebuah hadith yang sahih.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فِي الوِتْرِ، مِنَ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya: “Burulah (atau carilah) malam al-Qadar pada malam ganjil daripada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan”. [Riwayat al-Bukhari (2017)]

Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita malam al-Qadar yang diisi dengan amal kebajikan dengan menghidupkan malam tersebut, seterusnya melayakkan kita mendapat rahmat, keampunan dan pelepasan azab api neraka daripada-Nya. Amin.


Wallahua’lam

Artikel asal:
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/784-irsyad-fatwa-khas-ramadhan-siri-96-tanda-dan-hukum-mengkhabarkan-malam-al-qadar
tanda malam lailatul qadar
MENCARI MALAM LAILATUL QADAR....

APAKAH DOA DAN AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN PADA MALAM LAILATUL QADAR?

Perkongsian dari Ustaz Muhadir di Radio IKIM ...
Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..

1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...
Sebaik-baiknya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam.
Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...


Tazkirah oleh:
Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah 
Tmn Seri Keramat
25 Mei 2019

- Bagi yang merasakan kurang berpuas hati dengan ibadah puasanya sejak dari hari pertama berpuasa, anda tidak perlu risau. Kerana masih ada peluang lagi yang Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pada 10 malam terakhir.

- Pada 10 malam terakhir ini, banyakkan berjaga di sebelah malam. (biarlah pada 10 malam terakhir ini, waktu kita bertukar. Sebelah siang, rehat/tidur secukupnya untuk kita berjaga/ beribadah di sebelah malam.

- Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/ cergas pada malam-malam itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.

- Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran

- Kurangkan menonton tv pada malam-malam ini

- Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 malam terakhir, jangan tinggal *doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni*"

* Sentiasa amalkan langkah-langkah ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu. Dengan 99 nama-nama-Nya
2) Berselawat
3) Istighfar
4) Doa

- Apa yang kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.

- Banyakkan berdoa dengan memuji Allah. Qadar dan Qada Allah boleh diubah dengan doa.

- Kepada wanita yang dalam haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan malam2 ini dengan ZIKIR DAN DOA.

- Jangan sibukkan diri dengan membuat kuih raya pada malam-malam ini. Buat persiapan raya pada waktu siang. Jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini.

- Sepanjang malam-malam ini, hidupkan suasana harmoni dalam rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/ isteri/ anak2/ adik beradik. Sentiasa bersabar dengan kerenah suami/ isteri/ anak2 sehingga 10 malam ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak-anak yang degil sekalipun. Allah mendengar doa ikhlas kita

- Jika tiada suasana aman di dalam rumah kita, kita tidak mungkin dapat bertemu dengan malam lailatul qadar. Kerana pernah terjadi pada zaman Nabi saw, terdapat 2 orang pemuda yang bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan untuk memberitahu bila sebenarnya malam lailatul qadar itu. *CREATE PEACEFUL IN OUR HOUSE*

- Jika kita ada merasai kelainan pada malam ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yang lain. Kejut mereka, jika mereka tidur.

- Bermula dari hari ini sehingga malam-malam tersebut:
1) Sentiasa dalam berwudhu
2) Sentiasa pakai pakaian yang bersih
3) Sentiasa dalam keadaan wangi
Why? Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dengan kita


- Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa-dosa kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dengan dosa-dosa kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah di luar bulan Ramadhan nanti.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar. Aamiin Ya Rabbal 'alaimin~!

Till next time, daa~ wassalam! :)


Cara Tukar Duit Raya Baru di Mesin ATM Maybank 2019

$
0
0
Cara Tukar Duit Raya Baru di Mesin ATM Maybank 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dah tukar duit raya untuk tahun 2019 ni? Saya belum hahaha. Tak ingat dan tak sempat. Alaaa lagipun saya tak bagi duit raya kat orang pun kihkih. Bagi kat anak-anak buah je. Tu pun saya dah bagi advance haritu sebab raya pertama nanti tak jumpa. So, kira macam dah settle la tugasanku dalam memberi duit raya hehe. Tapi.. Dengar kata ada certain bank yang dah tutup kaunter tukar duit raya 2019. Tak sure bank mana. Maybe CIMB dan Maybank kot. So, korang yang belum berkesempatan nak tukar tu, copek copek la ye hehe


BACA JUGA:

And then tadi terjumpa satu post ni. Ada orang tukar duit raya di mesin ATM Maybank. Fuhlamak! Dapat duit baru RM10. Fresh baru cetak! Syok laa.

Saya baruuu je tahu tadi boleh tukar di ATM machine. Hmm rasanya baru dibina kot (?) Baguih la kan kalau ada sistem macam ni? Mudah, pantas dan mutakhir. Tibee haha

Patutnya bank lain seperti CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam, Public Bank dan Hong Leong Bank kena buat macam ni juga. Dan buat banyak banyak. Baru senang kan. Tak payah beratur  panjang di kaunter bank dan boleh tukar pada bila bila masa sahaja. Tiada limit waktu pejabat.

Amboii suka hati aku je kan suggest. HAHAHA.
cara tukar duit raya baru di atm
tukar duit raya baru 2019 di mesin ATM | Gambar: Muhd Shukur

Cara Tukar Duit Raya Baru di Mesin ATM Maybank 2019

Oleh: Mohd Shukur

Mudahnya tukar duit raya di Maybank sekarang. Hanya di ATM Machine!
cara tukar duit raya baru di atm
cara tukar duit raya baru di mesin ATM | Gambar: Muhd Shukur
Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru:

1. Pergi ke Maybank yang besar sikit (selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam. Ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

2. Pilih ATM yang ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (seperti di gambar).
cara tukar duit raya baru di maybank
cara tukar duit raya baru di mesin atm | Gambar: Muhd Shukur
3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah note RM10 duit raya baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

4. Maximum amount per transaction ialah RM 300. So jika anda nak 60 keping note RM10 yang baru, kena buat dua kali.
cara tukar duit raya baru di bank
cara tukar duit raya baru 2019 | Gambar: Muhd Shukur
5. OK mudahkan? Sarung angpow boleh minta kat brother yang jaga kaunter depan tu. Mula-mula dia kata dah habis. Biasalah.

Lepas tu apa lagi.. cakaplah, "Saya faham dah dekat nak raya ni memang sarung angpau banyak dah habis... tapi bang, saya ni nak gunakan sarung angpau tu untuk.........."

(haa..sambung sendiri la... takkan itu pun nak ajar, nampak sangat tak datang training letew ).

HAHAHA hadehh.

Semoga bermanfaat~!

Till next time, daaa~ wassalam! :)


Gambar Huawei P30 Pro (Zoom 50x), Harga Terkini 2019 dan Kehebatannya!

$
0
0

Gambar Huawei P30 Pro (Zoom 50x), Harga Huawei P30 2019 dan Kehebatannya!


Apa yang best dengan HUAWEI P30 Pro?

huawei p30 pro gambar
Gambar terkini huawei p30 pro 2019
• Quad-Kamera
• 10x Loseless + 50x Digital Zoom
• Bateri 4,200mAh
• Pengecasan pantas 40W
• 70% dalam 30 minit
• Rekaan PREMIUM
• Warna yang sangat menawan
• Skrin Curved 6.41-inci OLED FHD+

Dapatkan tawaran hebat!
gambar huawei p30 pro
gambar handphone huawei p30 pro 2019
huawei p30 pro biru
cantik kan warna huawei p30 pro biru cair ni?
huawei p30 pro merah
gambar huawei p30 pro warna merah ni pun cung lah!


Power sangat ke "Huawei P30 Pro" ni ?

Oleh: Sufian

Nah aku share hasil gambar dia, masa sunset dekat KLCC.

Gambar:
1st - Ultra Wide lens 16mm
2nd - 1x zoom (normal lens)
3rd - 5x zoom
4th - 10x zoom

Kaki travel sure suka sebab wide lens memang terbaik!
huawei p30 pro
huawei p30 pro (ULTRA WIDE LENS 16MM)
huawei p30 pro zoom
huawei p30 pro (1x zoom NORMAL LENS)
huawei p30 pro zoom
huawei p30 pro (5x zoom)
huawei p30 pro zoom
huawei p30 pro 10x ZOOM
Seperti yang dijanjikan..

Ini hasil dari Zoom 50x:
huawei p30 pro zoom 50x
huawei p30 pro ZOOM 50x
huawei p30 pro zoom 50x
huawei p30 pro ZOOM 50x
huawei p30 pro zoom
huawei p30 pro zoom 50x maximum!
Jauh betul dia zoom. Korang janganlah bayangkn hasil dia macam guna lens camera DSLR. Tapi bagi aku okey boleh tahan jugak hasil die. Aku tak guna tripod time ni.

*p/s. Pengguna Huawei P30 Pro, diharap gunalah 50x zoom ni dengan penuh berhemah OK HAHAHAHA.

Bagi sesiapa yang berminat, bermula 6 April 2019 dah boleh start beli dekat Huawei sendiri atau telco-telco atau kedai terpilih... dinasihatkan beli elok-elok jangan berebut ok? haha.

Bagi sesiapa yang tanya harga Huawei P30 Series... Nah boleh tengok sini...
harga huawei p30 pro
HARGA huawei p30 pro
harga huawei p30 pro
HARGA huawei p30 pro
Cerita belom habis dekat sini... Huawei sendiri ada buat trade in phone Huawei yang korang tengah pakai... So bolehlah buat tambah-tambah untuk upgrade ke Huawei P30/ P30 Pro..

Ini harga untuk trade in:
huawei p30 pro trade in
HARGA TRADE IN ke huawei p30 pro

Q&A pasal Huawei P30 Smartphone

Q: Maaf menyibuk, nak tanya betul ke orang cakap jangan beli p30 sbb function tak banyak sangat. better beli p30 pro?

"Ye, terus beli pro.." - Fatin Aziz

Q: Kalau tangkap gambar dengan phone ni memang ada watermark tu ke apa?

"Boleh pilih nak letak watermark ke tak" - @waamars

Q: Aku suka kamera camni, sharp. Yang tak suka ada tulisan dekat bawah tu memang takleh nak buang ke? Sebab ada benda tu la malas nak beli huawei, dia takut orang ingat kamera lawa je iphone. Dia tulis la nama huawei dekat bawah tu haha.

"Boleh pilih samada nak letak ke tak. Bnda tu boleh buang" - muni

Q: Nak tanya, huawei p30 pro nie ada camera potrait tak?

"Function dalam phone ade portrait..." - I AM OD

Which one is better? Huawei P30 Pro vs Samsung S10+?

"Tak pernah lagi try S10. Tapi dok try p30 ni sumpah ohsem" - I AM OD

"P30 Pro menang kat Zoom Low Light je la. Ultrawide, Potrait, Video footage still Samsung S10+" - @ndybry

"Setuju. Dah test dua-dua. Selfie pun S10+ menang. P30 over sangat image processing" - @Izzatzkwn

"Dxo Mark :
1) Huawei P30 Pro
2) Huawei Mate 20 Pro
3) Samsung Galaxy S10+
4) Huawei P20 Pro
5) iPhone XS MaX" - @aidilazarian

No more dark photos with Huawei P30 Series!
By Izwan Ismail (NEW STRAITS TIMES)

If you find it difficult to take photos in the dark, try using the new HUAWEI P30 Series to light up your shots.

The HUAWEI P30 Series will solve the problem for you! Even if you are in a dim environment, you can still capture incredible super low-light photos. Not just that, you can also record memorable videos in the dark too! Find out more about the low-light mode in HUAWEI P30 Series below.

You can see the unseen in the dark with HUAWEI P30 Pro! Photos taken in a dim environment or in the dark completely:
huawei p30 pro in dark
Gambar dalam gelap pun huawei p30 pro boleh snap!
huawei p30 pro dalam gelap
cantik gambar huawei p30 pro shoot dalam gelap!
Also, it’s not a problem to do video recording in the dark!

Let’s have a look on how incredible the video recording mode in the HUAWEI P30 Series!

p/s: Boleh tengok video tersebut di artikel asal NST di SINI

Follow the steps below to activate the video recording mode in HUAWEI P30 Series:

Step 1: Turn on [ Camera ] app in a dim environment
Step 2: Select [ Video ] mode
Step 3: Capture the colourful and detailed dark view

Amazing night shot with HUAWEI P30 Series, reflects the prosperity of the city:
huawei p30 series
Pix courtesy HUAWEI P30 PRO of Amsyar Naaif.
Stunning aurora shot with HUAWEI P30 Pro, capture the breathtaking moment:
huawei p30 series
HUAWEI P30 PRO | Pix courtesy of Carson
Brighten the rich layers in the underground world with HUAWEI P30 Pro:
huawei p30 pro underground world
HUAWEI P30 PRO | Pix courtesy of Liu Sangen
So.. what do you think of keluaran the latest Huawei P30 ini? :)

Sedekah paling afdhal adalah sedekah pada bulan Ramadan

$
0
0
"Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat & anak soleh yang mendoakan untuknya"

Tinggal berapa hari je Ramadhan 2019, jangan lepaskan peluang kejar pahala berlipat kali ganda dengan bersedekah! RM1 pun boleh. Even RM0.50. Yang penting ikhlas. InshaaAllah.

Here we go~ 12 places/people that I know to give the derma:

1) MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM)

Hulurkan sumbangan anda di https://mvm.org.my/ dan tekan klik butang "Donate Now"/ "SUMBANG SEKARANG"

Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut:

Maybank : 564801647699
CIMB Islamik : 8602 5378 07
Bank Islam : 12300010003065
Affin Bank : 106020038503


2) ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (IRM)

Salurkan SEDEKAH RAMADAN #10MalamTerakhir di http://bit.ly/sedekah-10malamterakhir


3) SUMBANGAN UNTUK AINUL MARDHIAH (bayi perempuan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor', surgery lebih 1juta)

Maybank 554110509928 (Ahmad Saifuddin bin Ahmad Razak)
Sedekah paling afdhal
AINUL MARDHIAH
4) DAYANG DENO (penghidap penyakit SLE - Need to do Heart Surgery 150K as soon as possible)

Beri sumbangan di sini: https://www.simplygiving.com/appeal/pleasehelpdayangdeno
Sedekah paling afdhal
Sedekah paling afdhal
5) HIDAYAH CENTRE FOUNDATION (pusat dakwah dan sokongan Mualaf)

Bank Islam 12113010054320
Maybank Islamik 562209624421


6) PERTUBUHAN PRIHATIN ORANG KURANG UPAYA 1MALAYSIA

Bank Rakyat 1105 5100 2801


7) PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM BAILTUL JANNAH (Kodiang Kedah)

Maybank 5621 0621 1166 (Muhd Kamil Ibrahim)
Bank Islam 02039010089884 (Bailtul JANNAH)


8) RAUDHATUS SAKINAH (Pusat Bimbingan Remaja Puteri)

Maybank 5621 0672 0426
Emel rsakinah@gmail.com


9) MAAHAD TAHFIZ SAHABAT PRIHATIN SABAH

Maybank 560102650186 (Sahabat Prihatin Management)
Bank Islam 10016010094733 (Persatuan Prihatin Sahabat Sabah)


10) YAYASAN IKHLAS

- sasaran 4,000 orang asnaf (fakir, miskin, mualaf, anak yatim, ibu tunggal)
- Set Sumbangan RM200/ keluarga (warga tunai RM100, barangan makanan RM100) atau berapa RM pun tak kisah
- setiap sumbangan anda layak untuk diberikan resit pengecualian cukai
- maklumat lanjut hubungi Farhan 018 202 1463

Maybank 5628 3463 6228
CIMB Islamic 8600 601 366
Bank Rakyat 1108 0100 1514


11) AMAN PALESTIN

Sumbangan ramadan anda boleh dibuat melalui bank transfer ke akaun Aman Palestin Berhad:

Maybank 5622 6301 0787
Bank Islam 12029010047880
CIMB 8600460353

Atau hubungi 03-89267019 atau 018 2903013


12) SYRIA CARE

MAYBANK 562106653575
RHB 26225000021775
CIMB 8601894560

Atau just click here: http://syriacare.org.my/donate/


"Apakah sedekah yang paling afdhal?"
Nabi S.A.W menjawab: "Sedekah pada bulan Ramadan"

Blog dah 9,019,453 pageviews!

$
0
0
Blog dah 9,019,453 pageviews! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ohyeahhh long time no see! Lama ke Sayidah Napisah bercuti blog? Hmm ada lah dalam 10 hari. Last update 1 Jun 2019. Ohmaiiiii lamo bona den cuti wehh haha. Sampai tak sedar blog sendiri dah cecah 9 juta pageviews! Yesss. Terlebih 'khusyuk' sangat berhari raya Aidilfitri di kampung Perak sehingga tak ingat langsung nak buka dashboard blogger kihkih.

Raya kelima kot baru tergerak hati nak buka Google Chrome di phone and ushar blog sendiri. Tu pun sebab dah jejak kat rumah Seremban, tu yang 'sedar' diri semula selepas dah melantak kuih raya, lemang, rendang ayam daging, nasi impit, kuah kacang, nasi minyak dan sebagainya hahaha.


BACA JUGA:


Blog dah 9,019,453 pageviews!


Just now, pukul 2 lebih, saya tengok pageviews blog udah mencecah 9,019,453! Yeayy Alhamdulillah syukur. CLAP CLAP CLAP *tepuk tangan kat diri sendiri muehehe.

Walaupun Raya 2019 ni saya baru je nak update seketul entri (which is this entry), PV pun sendu sebab tak update blog langsung dan orang ramai pun tengah mood Raya tapiii.. ayuh! Marilah kita bangkit! Tibee hahaha.

Setelah 3 hari (since Ahad) goyang kaki melayan Youtube channel Niana Guerro & Ranz Kyle (feat Natalia), baca novel online di Wattpad, tengok Running Man & episod Run BTS.. so todayyy let's go back to work work work *insert lagu Rihanna - Work.

Tengahari tadi saya dah start 'kerja'. Share entri Resepi Rendang di group-group Facebook memandangkan sekarang tengah mood raya kan. Walaupun rasanya dah terlambat (7 Syawal sudaaa), tapi ramai je orang like dan share. Maybe mereka ada berniat untuk buat Rendang time open house nanti.

p/s: take note tips di atas.. lets share entri yang ada kaitan dengan 'Raya' di FB groups. resepi, info, fakta, lagu, review movie or anything else. mana tahu boleh meletopssss!


BACA JUGA:
Blog dah 9,019,453 pageviews
Blog dah 9,019,453 pageviews
Oh before I forgot.. inshaaAllah saya akan anjurkan satu segmen special bloglist 9 juta dalam masa yang terdekat.

Bilakah? Esok? Lusa? Maybe tulat? Doakan saya rajin untuk publish esok. Syarat mudah je. Saya dah fikir nak request apa untuk blogger jawab hehehe.

Nantikannn~

Till next time, daa~ wassalam! :)


BACA JUGA:


Datuk Lee Chong Wei bersara dari dunia Badminton atas faktor kesihatan

$
0
0
Datuk Lee Chong Wei bersara | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pemain legend Badminton No.1 Malaysia (legend kerana LCW satu satunya pemain Badminton yang dapat kalahkan Lin Dan!); Datuk Lee Chong Wei; hari ini (13 Jun 2019) secara rasmi telah mengumumkan persaraan beliau selepas 19 tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia. Ramai yang terkejut dan turut bersedih apabila berita Malaysian badmintom star Lee Chong Wei bersara (officially retire) & seterusnya tidak sempat untuk menyertai pertandingan Olimpik 2020.

Lagipun umur Lee Chong Wei kan dah 36 tahun.. agak tua dah. Tapi bukan faktor usia pun beliau berhenti Badminton. Tapi atas sebab nak berehat.


Datuk Lee Chong Wei bersara dari dunia Badminton atas faktor kesihatan


lee chong wei bersara
Pemain Badminton Malaysia no.1; Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraan. Di sebelahnya Syed Saddiq. | image: New Straits Time
Berita dari Kosmo, Metro, Utusan, Sinar Harian dan Astro AWANI mengatakan bahawa keputusan Lee Chong Wei untuk bersara adalah disebabkan faktor kesihatan. Secara specific nya, keputusan itu diambil selepas pemeriksaan perubatan terbaru dilakukan di Taiwan.

Kerana seperti yang kita semua maklum, bekas pemain nombor 1 dunia tersebut telah disahkan menghidap penyakit kanser hidung pada tahun lalu.

Lee Chong Wei dalam satu sidang akhbar di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya sebentar tadi berkata, keputusan itu merupakan satu yang sukar setelah menimbangkan selama sebulan.

"Saya memberitahu Persatuan Badminton Malaysia yang saya mahu meluangkan lebih masa dengan keluarga," katanya.
Lee Chong Wei bersara
Datuk Lee Chong Wei bersara
Datuk LCW yang 3 kali meraih pingat perak di Sukan Olimpik berkata beliau sudah pun membincangkan hal itu dengan isterinya; Wong Mew Choo (bekas pemain badminton Malaysia) .

"Dia menasihatkan saya berehat. Saya berehat dan turut berbincang dengan Syed Saddiq (Menteri Belia dan Sukan). Saya berkata, selepas Hari Raya, saya akan bersara," kata Lee dalam nada penuh emosi.

"Kesihatan saya lebih penting"

"Terima kasih kepada semua jurulatih saya selama ini terutama Datuk Misbun Sidek dan semua yang telah membantunya selama ini," jelasnya dalam nada sebak.
Datuk Lee Chong Wei bersara
Datuk Lee Chong Wei sah bersara
Saya juga turut bersimpati dan sedih atas keterpaksaan jaguh Badminton Malaysia untuk bersara. Tapi tidaklah sampai berasa ralat, kecewa mahupun tidak puas hati dengan keputusan tersebut kerana bak kata beliau "kesihatan lebih penting".

Saya percaya Datuk LCW telah pun berfikir masak-masak dan membuat decision yang terbaik dan tepat buat beliau dan keluarga.

Lepas ni mesti rindu.. dah tak boleh lah nak tengok Lee Chong Wei beraksi di 'pentas' badminton kan? Tak boleh dah nak tengok beliau kalahkan Lindan lagi. Takde dah 'adegan' melepaskan 'geram' kat LCW sebab asyik bagi bulu tangkis shuttlecock keluar gelanggang hahahaha. 
Datuk Lee Chong Wei retire
Datuk Lee Chong Wei officially retire
So next... adakah 'musuh' utama Lee Chong Wei iaitu Lin Dan akan turut retire dari bermain badminton selepas Olimpik 2020? Wallahua'lam~ I don't know.

Sebab saya ada terrbaca dari Berita Harian bahawa Lin Dan memberi bayangan dia hanya akan bersara jika seterunya Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusan yang sama.

"Saya ingin mencabar diri sendiri untuk mengetahui sampai mana tahap yang saya boleh capai. Saya juga ingin menunjukkan contoh yang baik kepada pemain muda agar mereka boleh melakukan perkara sama. Lagipun, Chong Wei masih belum mahu bersara, jadi saya fikir perlu terus beraksi," kata Lin Dan yang memenangi pingat emas Olimpik Beijing 2008 dan London 2012.

Okay itu sahaja, apa-apa pun I wish Datuk Chong Wei all the best!

Till next time, daa~ wassalam! :)

WOW! Lirik Lagu Ikhlas - Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan, Taufik Batisah

$
0
0
Lirik Lagu Ikhlas - Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan, Taufik Batisah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tudiaa tudiaa! Lagu raya 2019 yang sangat special jatuh kepadaaaaa lagu Ikhlas Siti Nurhaliza! Eh ehh bukan Dato Siti Nurhaliza je yang ada dalam muzik video lagu Ikhlas ni tau.. Ianya merupakan gabungan 3 penyanyi terkenal dari 3 buah negara; Malaysia, Indonesia dan Singapore fuhhh! Tu yang istimewa tu. Meletopp uolss! Plus, lirik lagu  dan komposer Ikhlas dibuat oleh Ikhwan Fatanna (bersama dengan Omar K dan Jeevas) uolss.. lagi lah saya suka walaupun intro rentak melodi lagu Ikhlas ni macam Anta Permana haha.
ikhlas siti nurhaliza
lirik lagu ikhlas siti nurhaliza, nissa sabyan, taufik batisah
Penyanyi dari Malaysia bukan calang calang.. my favorite singer Dato' Sri Siti Nurhaliza. Penyanyi dari Indonesia yang viral, sangat famous amos dengan lagu cover 'Deen Assalam' - Nissa Sabyan. Penyanyi dari Singapura pula Taufik Batisah yang terkenal dengan lagu awak kat mana, awak awak kat mana?


Lirik Lagu Ikhlas - Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan, Taufik Batisah

lagu ikhlas gabungan 3 negara
lirik lagu ikhlas siti nurhaliza, nissa sabyan, taufik batisah
Ikhlas Lyrics:

Sedingin salju
Selembut bayu
Menenangkan hatiku
Cahaya malam
Terangi alam
Memuji kebesaran

Prechorus
Saat gembira
Hari bahagia
Nikmat disyukuri bersama
Tabah berdoa
Mohon afwahNya
Moga dirahmati semua

Chorus
Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Verse
Gema suara
Syahdu irama
mewarna suasana
Lautan rindu
Berombak pilu
Membawaku padamu

Prechorus
Saat gembira
Hari bahagia
Nikmat disyukuri bersama
Tabah berdoa
Mohon afwahNya
Moga dirahmati semua

Chorus
Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Bridge
Ku yakin akan ada hikmah
Di sebalik segala resah
Ku besyukur atas nikmatMu Yang Esa

Chorus
Pelita hati yang terbuka
Sahut kemenangan akhirnya
Setelah ku harungi dugaanNya
Ikhlaskan jiwa dan setia
Ku laung namaNya dengan cinta
Bergema keagungan di dunia

Official Music Video Lagu Ikhlas - Dato' Sri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan, Taufik Batisah:


Tittle : Ikhlas
Artist : Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan & Taufik Batisah
Composer : John Jeevas, Ikhwan Fatanna & Omar K
Lyrics : John Jeevas, Ikhwan Fatanna & Omar K

Music Video Credits:--
Production: Kharya Media
Executive Producer: Universal Music Sdn. Bhd.
Producer: Khairul Hazwan
Director and Creative Concept: Khairul Hazwan
lagu ikhlas nissa sabyan
lagu ikhlas nissa sabyan
ikhlas siti nurhaliza
lagu ikhlas Siti Nurhaliza
Best tak best tak?

Of course la bestt haha. Tapi terpulang pada taste masing-masing lew. Saya ni kalau ada Siti Nurhaliza je, mesti suka, mesti best hehehe.

Yang pasti, ada beberapa part suara Siti menenggelamkan suara Nissa dan Taufik yang lembut dan agak perlahan.

Ada pula some part yang saya tak boleh beza eh ni suara Siti Nurhaliza ke.. suara Nissa Sabyan? Hahaha. Dia macam nak sama sikit. Tapi lama lama tu boleh beza lah sebab vokal Dato' Siti lebih kuat, jelas, berlemak dan lantang berbanding Nissa.

Yang penting.. outfit pakaian, dress ketiga-tiga semua lawa lawa segak bergaya! Warna pun soft je.

Dengan berlatar belakangkan konsep yang cantik menarik dan kreatif ala ala alam bunian? Kayangan? Fantasy? Wallahualam~
siti nurhaliza nissa sabyan taufik
Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan, Taufik Batisah gabungan istimewa lagu Ikhlas
siti nurhaliza taufik batisah
Aloloo comel je Nissa Sabyan kat tengah tengah antara Taufik Batisah dan Dato Siti Nurhaliza
lagu ikhlas siti nissa taufik
vokal harmoni Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan dan Taufik Batisah dalam lagu Ikhlas
Till next time, daa~ wassalam! :)



Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple, Sup dan Berkuah SEDAP!

$
0
0
Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayyyy.. tiba tiba resepi sayur kan pagi pagi ni. Padahal saya ni sangat sangat tak ngam dengan segala jenis sayur-sayuran terutamanya jantung, terung, lobak putih, pucuk ubi, sawi, tauhu, labu, cendawan dan sayur campur. On the other hand, sayur seperti pucuk paku, petola, bayam, kangkung, kobis, taugeh, kacang panjang, buncis, brokoli dan bendi.. yeap saya boleh telan dengan rela. Satu je yang I love so soo muchh! Timun jepun hahahaha. Serius.. timun jepun sedap. Saya boleh ratah ngap ngap ngap macam tu je. Tapi, dalam saya tak suka sayur tu.. nak juga lah share aneka resepi sayur goreng simple, yang berasaskan sup dan juga berkuah.

Mudah ke tak penyediaannya? Some of masakan sayur di bawah ada yang sangat simple dan cepat. Mudah gilos step nya. Some of it banyak sikit lah step dia tapi okay je rasanya hee.

Sedap ke tak? Hmmmmmmm bagi mereka yang minat dan suka makan sayur, memang sedap lazat dan delicious lew. tapi kalau tanya kat saya sedap ke tak?

......

.......

Krik krikk~ hahaha!

Takpe takpe. Abaikan diri saya yang 'terpaksa' makan sayur setiap hari ni. soooo lets!


Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple, Sup dan Berkuah


Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram

Resepi Oleh: Che' Nom

Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram, menu sayur yang mudah dan cepat disediakan. Cuma celur sayur dan tuang kuah ke atas sayur dan siap dihidangkan. Untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itu yang membuatkan rasa masakan sayur ini sedap dan special.
resepi pak choy tumis
resepi sayur pak choy tumis sos tiram
Bahan-Bahan:

4-5 pokok sayur Pak Choy
4 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih, cincang halus
satu hirisan nipis halia, cincang halus
sedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
sedikit bawang goreng
hirisan cili api

Cara Penyediaan:

Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.

Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.

Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.

Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.

Tips:
Che Nom tidak masukkan garam ke dalam kuah sos tiram kerana sos tiram dan serbuk pati ayam sudah masin rasanya.

sumber Iresepi.com

RESEPI SAYUR CAMPUR
resepi sayur campur
resepi sayur campur Mat Gebu
Bahan-bahannya :
Seikat kacang buncis (atau 12 batang)
1 batang carrot
Bunga kobis
2 biji Tauhu.
1 biji dipotong 9
5 ekor Udang size M

Bahan-bahan untuk ditumbuk : 
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
7 tangkai cili merah/ api
1 genggam ikan bilis
2 cm belacan yang telah dibakar
gula1/2 sudu teh

Bahan-bahan untuk memasaknya :
Garam secukup rasa
2 sudu sos tiram
1 sudu teh perasa ayam maggie
1 sudu teh perasa ikan bilis maggie
1 senduk minyak masak

Caranya : 
1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yang disenaraikan.
2. Goreng tauhu (tak perlu garing sangat). dan ketepikan
3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yg ditumbuk hingga naik bau. Masukkan semua sayur sayur.
4. Jika perlu, campurkan 4 sudu air. tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis. Tutup kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi 'empuk'. masukkan udang dan tauhu yang telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.

#sayurcampur #resepi

Resepi Kailan Ikan Masin dan Udang
resepi kailan ikan masin
resepi sayur kailan ikan masin dan udang
Bahan-bahan:

1) Sayur kailan-dipotong
2) 5 ekor udang - buang kulit
3) 1 keping ikan tenggiri jeruk - potong kecil
4) 1 sk air dari botol ikan masin jeruk
5) 1 biji bawang besar- dimayang bulat
6) 1 inci halia-diketuk
7) 3 ulas bawang putih-diketuk
8) 1 sb sos tiram
9) 1 sb sos ikan
10) Sedikit air asam limau nipis
11) Sedikit serbuk lada sulah

Cara Memasak

1) Panaskan minyak dan tumis ikan masin tenggiri hingga naik bau sambil dikacau rata.
2) Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan udang dan sos tiram.
3) Masukkan batang kailan dulu dan tambah air dr botol ikan masin tadi. Akhir sekali, masukkan daun kailan, sos ikan dan dikacau rata.
4) Masukkan dalam 2 sudu besar, biarkan seketika dan angkat. Semasa dihidangkan, tabur sedikit lada sulah dan perah air asam limau.

RESEPI SUP SAYUR BEBOLA DAGING

Salam semua. Resepi hari ini saya mahu berkongsi yang paling mudah dan ringan sahaja. Selain sedap dimakan bersama nasi, sup sayur bebola daging ini juga enak dihirup begitu saja. 

Selamat Mencuba! 
resepi sup sayur
resepi sup sayur bebola daging
BAHAN-BAHAN:

12 biji bebola daging dibelah 2
3 rumpun sawi bunga dipotong kecil 
5 biji tomato ceri dibelah 2
5 keping cendawan tiram dicarik kecil 
1 batang chineese leek dipotong kecil 
1/2 biji bawang besar holland dicincang halus 
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelage
1 sudu teh pes cili 
3 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis 

CARA PENYEDIAANYA:

1. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, bunga lawang, bawang putih & bawang besar hingga naik bau. 

2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan air, garam, gula, perasa & bebola daging, biarkan hingga 
mendidih. 

4. Masukkan semua sayur diatas. Kacau 2 minit dan angkat. 

5. Hiaskan dengan taburan bawang goreng & daun ketumbar. Sedia untuk dihidang. 

#CorNadiECP
#ECPJantungSihat

RESEPI KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS
resepi kacang buncis
resepi sayur kacang buncis sambal tumis
Bahan:
1/2kg kacang buncis potong serong
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
3 sudu cili kisar
garam & aji
sedikit gula

Cara:
tumbuk bahan2 bertanda (*).. 
panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..
masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..
masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
bila kacang dah agak lembut.. tutup api
sedia untuk dihidang..

RESEPI KARI IKAN BENDI TANPA SANTAN
[ unclenublikumz ]
resepi kari ikan bendi
resepi kari ikan bendi
Bahan-bahan :
Ikan apa-apa je (contoh: ikan tongkol)
3 sudu besar rempah kari
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Rempah 4 sekawan
Air asam jawa
1 biji tomato -belah 4
4 biji bendi
2 biji lada hijau/merah
Daun bawang 
Garam 
2 tangkai daun kari

Bahan kisar :
5 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2 biji bawang besar 

Cara cara :
Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris dicampur rempah 4 sekawan dan daun kari sehingga wangi... Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak... 

Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap. 

Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.

RESEPI SAYUR CENDAWAN GORENG
resepi cendawan goreng
resepi sayur cendawan goreng
BAHAN-BAHANNYA;-
Cendawan(ikut nak sebanyak mana)
50 sen daun sup serta daun bawang
5-6 ekor udang sedang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebiji cili merah
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA-CARANYA;-
- cendawan dicarikkan jika besar saiznya
- tumiskan bawang putih serta bawang besar yang dihiris
- masukkan udang..masukkan cendawan.
- masukkan garam, sedikit air serta cili merah yang dipotong serong.. akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong agak-agak 1 inci...siap 

Selamat mencuba dan kalau suke boleh share resepi ni

RESEPI SUP SAYUR TELUR
resepi sup sayur telur
resepi sup sayur telur
Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

Cara:

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

RESEPI SAYUR BETIK MUDA
resepi sayur betik muda
resepi sayur betik muda
Sapa suka lauk betik muda macam ni?
Layankan dengan nasi lembik sikit
Ada pulak ikan goreng.
Sedapkan?

Senang je bahan dia..
Bahan tumbuk:
Cili padi
Bawang putih
Bawang merah
Ikan bilis

Cara-cara:
Tumiskan bahan tumbuk.
Masukkan betik sagat 
Tambah air & asam keping
Perasakan dengan garam

Sumber Resepi: Nurain Ain

RESEPI PAKCHOY TUMIS SIMPLE

Alhamdulillah cukup sekadar alas perut tengah malam dengan sayor pakchoy.. ada yang suka tak sayur masak macam ni simple tapi sedap anak-anak suka ratah sayur..
resepi pakchoy tumis
resepi sayur pakchoy tumis simple
Resepi:
Pakchoy dibelah dua
Seulas bwg putih dicincang
3 tangkai cili padi dicincang
1 sudu mkn myk masak
3 sudu besar oyster sos
Secubit garam

1. Tumis bawang putih dan cili hingga garing. angkat ketepikan..
2. Dalam minyak tumisan tadi letak air sikit. masukkan sos tiram prasakn dan masuk pakchoy celur je sayur manja-manja. angkat masukkan dalam pinggan..
3. Taburkan dengan bawang dan cili goreng tadi.. siap

RESEPI MUDAH TAUHU GORENG BROKOLI
resepi tauhu goreng brokoli
resepi sayur tauhu goreng brokoli
Nak resepi tak? Nahhh ni resepinya..

Tauhu tu potong-potong, gaul tepung jagung pastu goreng bagi ada crispy-crispy sikit...ke tepikan.

Cara buat Sos:
Bawang putih cincang & cili padi.. tumis-tumis pastu letak air & sos tiram.. garam tambah sikit je.. sebab sos tiram dah masin.. saya tambah minyak bijan 2 3 titis.. ada orang tak suka. Lepas tue bagi kuah dia pekat. masukkan brokoli & tauhu jepun tu...siap!

Sumber Resepi : Roziyanty Juhari

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Api
resepi nangka masak lemak cili api
resepi nangka masak lemak cili api
Bahan-Bahan:
1 kg nangka muda, bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
2 batang serai- dititik
1 helai daun kunyit- disiat
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1 keping asam gelugor
Air secukupnya untuk merebus nangka

Bahan Kisar:
1/2 cawan ikan bilis, buang kotoran dan cuci
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
10 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus

Cara Memasak:
- Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
- Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
- Sementara itu masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yang telah direbus tadi.
- Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
- Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
- Rasa. kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.

Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.

Recipe oleh Yatiememories.com

RESEPI SAYUR CAMPUR CHINESE STYLE
Oleh: Zamilah product

Pening nanti berbuka nak Masak Sayur apa? Nah kita share sikit cara Masak Sayur campur Chinese Style..
resepi sayur campur chinese style
resepi sayur campur chinese style
Cara simple mak mentua kita, auntie Chew. semudah ABC!

Bahan ;
1. Shitakae Mushroom (rendamkan Ssmalaman, kalau malas, rendam air panas. Kalau malas juga..Tak payah makan la haha)
2. Brokoli
3. Carrot

Bahan hiris & tumis ;
1. Bawang Putih - Hiris nipis dalam 3 ulas 
2. Halia - 1 hiris
3. Sos Tiram
4. Tepung jagung (dalam 1 sudu teh kecik, larutkan dengan air setengah cawan)
5. Minyak *untuk menumis

Cara-cara ;
1. tumis halia & bawang putih. Dah naik bau & kekuningan . Masukkan sos tiram sikit. kacau sampai naik bau, masukkan air.. api sederhana kecik & kacau lagi. Masukkan shitakae mushroom (Shitakae mushroom nak potong boleh. Tak nak potong boleh. Janji batang dia buang. Sebab keras)

2. Kacau..pastu masukkan carrot. Kacau lagi. Masa ni boleh la nak letak garam sikit atau serbuk perasa. Optional. Kalau rasa dah tak nak pun tak pe sebab sos tiram dah ada rasa masin manis tu. Pastu kecikkan api sikit.

3. Masukkan brokoli. Kacau.. Pastu last masukkan air tepung jagung tadi.. kacau sikit sampai sebati then siap! Sedia utk dimakan.

Selamat mencuba.Halal Dunia Akhirat..

#ShitakaeMushroom
#iCook

Kredit Resepi : nini kimi via mahn

RESEPI CENDAWAN GORENG CAMPUR ASPARAGUS
resepi cendawan goreng asparagus
resepi sayur cendawan goreng asparagus
Resepi :

Bawang putih 3,4 ulas
Cili padi ikut cita rasa nak pedas mana
Lengkuas sedikit
Bilis sedikit, udang kering sikit sangat
Asparagus
Garam
Serbuk perasa (sedikit sangat) kalau suka

Caranya:-

Tumbuk dan tumis bahan-bahan hingga separuh garing, masukkan cendawan. tumis hingga cendawan separuh masak, masukkan asparagus. tak perlu masukkan air sebab air akan keluar daripada cendawan yang telah kita basuh tadi.. selamat mencuba.

Selamat mencuba.. Jangan lupa share..
Resepi Sheila Rusly

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
resepi kobis goreng
resepi kobis goreng ala mamak
Bahan-Bahan:
1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
1/2 batang karot, potong halus memanjang
1 sudu kecil biji sawi
2-3 tangkai daun kari
cili kering dan cili hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
- Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
- Masukkan pula kubis dan kunyit. Masak kubis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.

Tips:
Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Che Nom lebih suka gunakan kobis Cameron berbanding Kobis Beijing yang nipis.

Resepi Asal: https://iresipi.com/

Resepi Dalca Sayur
resepi dalca sayur
resepi dalca sayur
Bahan-bahan:
Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)
Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)
Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang), buah pelaga takyah
Santan
Sayur yang digemari

Cara-cara :

1) Rebus kacang dal sampai empuk. Kalau ikut Masterchef, campak kat dinding, dal tu melekat maknanya dah empuk..hehe.. penuh dinding korang ngan dal kang...
2) Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis
3) Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau
4) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing
5) Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras
(aku guna carrot, kacang panjang dan kentang)
6) Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. Aku letak terung je
7) Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan
8) Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. Boleh la tutup api.

RESEPI LABU MASAK LEMAK DAUN SELASIH
resepi labu masak lemak
resepi labu masak lemak daun selasih
Bahan-bahan :
500 gm labu kuning - potong dadu
8 batang kacang panjang - dipotong
5 tangkai daun selasih
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu makan biji lada hitam - ditumbuk
Segenggam ikan bilis - ditumbuk kasar
1 biji cili merah - dihiris
1 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 cawan santan
Garam secukupnya

Cara-cara :
- Masukkan santan kedalam periuk. Satukan bahan semua bahan yang dihiris, ditumbuk dan serai.
- Masak diatas api perlahan sambil kacau hingga mendidih.
- Masukkan labu, cili merah dan kacang panjang dan perasakan garam secukupnya.
- Masukkan daun selasih dan kacau hingga labu masak.

Sedia dihidang.

Resepi Petola Ular Goreng Belacan & Telur
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
resepi petola goreng
resepi petola ular goreng belacan dan telur
Bahan-bahan :

2 biji/ batang petola ular (yang panjangnya kira-kira 18 inci setiap satu)
2 biji telur
minyak masak secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
1 cawan air

Bahan-bahan tumbuk :

7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
5 biji cili padi
½ inci belacan

Cara-cara Menyediakan :

1. Petola ular hendaklah dikikiskan kulit luarnya dengan menggunakan pisau sehingga bersih. Potong pepat petola anggaran 1 inci/ 2 cm tebal. Potong sehingga habis. Masukkan air ke dalam besen berisi petola ular tadi dan cuci bersih dengan menyaring petola menggunakan tangan ke dalam tapisan sayur. Cucur air paip & tos.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi & garing. Pecahkan telur & biarkan seketika sehingga telur beku sikit lepas tu baru kacau2 sikit.
3. Masukkan garam (jangan terlajak sebab dah ada belacan tu) & perasa secukupnya & kacau rata. Masukkan sayur petola & air sambil dikacau rata. Biarkan sehingga petola empuk sikit. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah. Tutup api & sedia dihidangkan.

RESEPI TERUNG BAKAR SAMBAL ASAM
resepi terung bakar
resepi terung bakar sambal asam
Bahan Untuk terung:
3 biji Terung 
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu minyak zaitun

Bahan Sambal Asam:
1 biji tomato potong dadu
5 biji cili api hijau atau merah sukahati 
1 sudu cili boh
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar potong bulat2
sedikit sos cili
sedikit garam 
2 sudu gula

Cara :
-Terung di bersihkan, belah dua dan perapkan dengan serbuk lada hitam, garam dan minyak zaitun. Biarkan dalam 10 minit.
-Blend cili api, cili boh, bawang putih, bawang merah dan tomato.
-panaskan minyak dan tumis bahan blend, masukkan sos cili, bawang besar dan garam serta gula, akhir sekali masukkan air asam jawa.
-kalau nak pekat biarkan lama sikit. ok dah siap sambal asam.
-terung grilkan je atas nonstick pan, senang hehehe macam gambar kat atas. grill la setakat mana kita mahu, tapi jangan la jadi hitam cam arang lak hehhehe

Resepi Kulit Tembikai Masak Tumis Air
resepi kulit tembikai
resepi kulit tembikai masak tumis air
Bahan-bahan:

sebiji tembikai (jangan ambil kulit keras yang bewarna hijau, ambil kulit berwarna putih kira-kira 1.5 inci di antara isi buah tembikai dan kulitnya)

1 biji cili besar
10 biji lada hitam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
secubit belacan (agak-agak la. jangan banyak sangat, jangan sikit sangat)
1 batang serai
garam dan serbuk perasa secukup rasa
ikan bilis (segenggam tapi jangan banyak sangat)
air (dalam 2-3 cawan)

Cara-cara:

- masukkan air dalam periuk, serai dan tunggu mendidih
- sambil tunggu air mendidih, tumbuk semua bahan lain kecuali kulit tembikai, garam dan serbuk perasa (untuk menjamin keenakan, jangan blender ye.. guna lesung batu)
- bila air mendidih, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan biarkan sekejap.
- masukkan kulit tembikai, biar sampai empuk kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
- kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan sayur kubis dan pucuk manis untuk rasa yang lebih istimewa
- kalau family kami, bila makan kulit tembikai kena ada hidangan sampingan macam ikan masin dan sambal belacan.. barulah terangkat!

SELAMAT MENCUBA!

Till next time, daa~ wassalam! :)


Related: aneka koleksi resepi masakan sayur sayuran, resepi sayur campur berkuah, koleksi resepi lauk sayur goreng mudah dan sedap, resepi sayur goreng simple, aneka resepi masakan sayur sedap dan mudah, koleksi resepi sayur mudah dan ringkas, resepi sayur campur goreng, koleksi resepi sayur, resepi sayur berkuah, resepi sayur kobis goreng, resepi sayur kampung, resepi sayur campur sos tiram, resepi sayur campur, resepi sayur goreng, resepi sayur kubis, resepi sayur paprik, resepi sayur masak lemak, resepi sayur manis, resepi sayur masak air, resepi sayur mudah, resepi sayur murah, resepi sayur mudah dan cepat,

Segmen 9 Juta Special Bloglist

$
0
0
Segmen 9 Juta Special Bloglist | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Alhamdulillah masih diberi peluang untuk anjurkan satu segmen sempena kejayaan blog Sayidah Napisah melepasi angka 9 juta pageviews.

Lets!

Banner Segmen 9 Juta Special Bloglist:

Segmen 9 Juta Special Bloglist
Segmen 9 Juta Special Bloglist
Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog, instagram, facebook dan twitter Sayidah Napisah (kalau takde salah satu, its okay)

2. Buat satu entri bertajuk 'Segmen 9 Juta Special Bloglistdi blog anda. Letak banner dan pastikan backlink kan ke entri ini yeww!

3. Jawab satu soalan "nyatakan TIGA first impression orang terhadap anda; yang biasa anda dengar"

First impression means.. bila orang jumpa kita for the FIRST TIME (sebelum kenal kita dengan lebih rapat), apa yang orang tu nampak kat kita? Apa orang tu fikir tentang kita?

CONTOH:

First impression orang terhadap Sayidah Napisah:
Peramah,
Easy going,
Clumsy (kelam kabut),
Ceria,
Suka senyum,
Comel.
ehhh hahaha.

Nak bagi lebih dari tiga pun saya okay je. Biar lebih, jangan kurang yew haha.

Tujuan saya tanya soalan ni adalah untuk kenal dengan lebih rapat dengan para blogger semua. Sebab most of the blogger saya tak pernah jumpa. Tak pernah face to face. Hanya pernah bertegur sapa di blog and other media social. So teringin nak tahu apakah 'sifat'  sebenar(?) rakan bloggerss in real life hehehe.

4. Selepas dah buat entri dan jawab soalan di atas, beri link entri tersebut di ruangan komen entri segmen ini ye :)

p/s: sesiapa yang tak follow semua syarat, penyertaan CANCELLED okay?

Tarikh penyertaan:
14 Jun 2019 - 4 Julai 2019

Done!

Eh jap..

PEMENANG DAPAT APA?
Nama pun segmen bloglist so takde hadiah cash haha.

10 pemenang will be chosen dan akan dimasukkan ke '9 JUTA SPECIAL BLOGLIST' sehingga lah blog pinky saya ni mencecah 10 juta pageviews.

Semuaaaa blogger dijemput join. Sangat dialu-alukan. Jemput kawan kawan, jiran sebelah. ehhh tu untuk open house hahaha.

Okay till next time, daa~ wassalam! :)


Isu Video Azmin Ali dan Haziq Aziz.. Mufti Wilayah beri komen & teguran berhikmah..

$
0
0
Isu Video Azmin Ali dan Haziq Aziz | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Beberapa hari yang lepas kecoh tentang viral isu video Azmin Ali dan Haziq Aziz. Tersebar sehingga masuk berita dan other social media. Panas panas! The latest.. Haziq Aziz telah release video ke-2 (out of 4) dan claim lelaki di dalam video itu adalah dia dan seorang Menteri Kabinet. Kebenarannya? Wallahualam~ Saya pun malas nak komen lebih lebih sebab tak tahu betul ke tidak, fitnah atau benar 'skandal' tersebut.

Pada 13 Jun 2019 yang lepas, seorang ulama' Malaysia yang dihormati dan disegani; Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah membuat satu post di Facebook dan Twitter berkaitan dengan video intim Azmin Ali dan Haziq Aziz.


Komen Mufti Wilayah Persekutuan tentang Isu Video Azmin Ali dan Haziq Aziz

video azmin ali dan haziq aziz
Mufti Wilayah membuka 'mulut' tentang isu video azmin ali dan haziq aziz
Angin politik Malaysia kembali bertiup kencang dengan timbulnya isu video yang mengaitkan seorang lelaki dengan seseorang yang didakwa sebagai menteri kabinet. Seawal tersebarnya video tersebut, hati ini amat gusar kerana terfikirkan 1001 masalah yang bakal mendatang kepada umat ini dek sebaran video berkenaan.

Oleh kerana merasakan perlunya satu panduan yang tuntas kepada umat Islam di Malaysia, saya meluangkan sedikit masa untuk membuat kajian dan menyiapkan 4 buah artikel Bayan Linnas berhubung isu ini petang tadi.

Memetik kata YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato' Seri Mujahid Yusuf Rawa, "Apa yang lebih membimbangkan ialah masyarakat kita kini langsung tidak mempunyai rasa malu apabila secara terbuka dan terang-terangan membuat pengakuan melakukan maksiat. Tindakan seperti ini bukan sahaja memalukan tetapi menjejaskan kesucian Islam."

Saya mencadangkan agar kita semua sentiasa bermuhasabah dengan mengingati Allah SWT kerana setiap perbuatan kita pasti akan diperhitungkan satu persatu oleh Allah SWT. Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, marilah sama-sama kita bermaaf-maafan dan mencari keredhaan Allah SWT selepas kita disucikan dengan ibadat puasa, zakat fitrah dan qiam pada Ramadhan yang lalu.

Kepada YB Dato' Seri Azmin Ali, Haziq Abdul Aziz, sesiapa sahaja yang berkaitan dan seluruh umat Islam di Malaysia, terimalah buah fikiran daripada saya, Zulkifli Mohamad al-Bakri, hamba-Nya yang Maha Mengetahui (al-'Alim), Maha Melihat (al-Basir), Maha Mendengar (al-Sami') dan Maha Adil (al-Adl).

Inilah tanggungjawab yang telah saya lunaskan selaku Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyampaikan apa yang termaktub dalam al-Qur'an dan al-Sunnah berhubung isu ini.

1. Peristiwa al-Ifki (Fitnah Terhadap A’isyah RA): Pengajaran dan Petunjuk dalam Menghadapi Fitnah Semasa
fitnah video azmin ali dan haziq
Peristiwa al-Ifki (fitnah terhadap Aisyah R.A.) - Mufti WP
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Akhir zaman menyaksikan begitu banyak fitnah dan penipuan berleluasa. Ada pihak yang tuduh menuduh tanpa bukti yang kukuh dan ada pihak yang begitu dangkal mempercayai berita yang tiada pucuk pangkalnya. Nabi SAW pernah memberikan amaran kepada sesiapa yang suka bercakap tentang perkara yang tidak diketahui kebenarannya. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda :

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِق

Maksudnya : "Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur.”

Riwayat Al-Bukhari (6477)

Di dalam riwayat yang lain menyebut bahawa Nabi SAW bersabda :

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لاَ يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ

Maksudnya : "Seorang hamba yang bercakap tentang satu perkataan yang diredhai Allah yang mana dia tidak terlintas (untuk bercakap tentangnya) maka Allah akan mengangkat darjatnya. Manakala seorang hamba yang bercakap tentang satu perkataan yang dimurkai Allah yang dia sendiri tidak terlintas (untuk bercakap tentangnya dan tidak dipastikan kebenarannya) maka dia akan terjatuh ke dalam neraka Jahannam.”

Riwayat Al-Bukhari (6478)

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menukilkan pandangan Ibnu Battal ketika mensyarahkan hadis ini.Ibnu Battal menyatakan hadis ini memberikan isyarat bahawa di antara ujian yang paling besar ke atas manusia adalah lidah dan kemaluannya. Sesiapa yang menjaga dari dua perkara tersebut maka dia telah menjaga dirinya daripada ditimpa kejahatan yang paling besar. (Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 11/308)

Oleh itu, amat penting untuk mendepani fitnah-fitnah yang berlaku sesuai dengan cara yang telah ditunjukkan dan diajarkan oleh Nabi SAW. Ini supaya fitnah-fitnah tersebut dapat dihadapi dengan penuh tertib, berhati-hati serta tidak melampaui batas sehingga tidak membelakangi panduan yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.

Justeru itu, Bayan Linnas pada kali ini akan mengupas tentang satu peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman Nabi SAW iaitu peristiwa Al-Ifki (tuduhan dusta terhadap Aisyah). Kita dapat melihat bagaimana Nabi SAW menguruskan dan mendepani konflik fitnah yang berlaku pada ketika itu. Semoga Bayan Linnas pada kali ini mampu memberikan pencerahan kepada umat Islam keseluruhannya seterusnya menjadikannya pedoman dalam menghadapi tribulasi dan mehnah kehidupan.

Latar belakang peristiwa al-ifki.

Dari segi bahasa, Al-Ifki merupakan perkataan bahasa arab yang berasal dari perkataan أَفِكَ. Ianya mempunyai beberapa makna. Di antaranya adalah apa yang disebutkan oleh Al-Raghib Al-Asfahani[1]. Beliau menyebut perkataan أَفِكَ bermaksud memalingkan iktikad yang betul kepada iktikad yang batil. Dipalingkan daripada bercakap benar kepada bercakap bohong.Ia juga membawa makna dipalingkan daripada perbuatan yang baik kepada perbuatan yang keji. Penggunaan perkataan أَفِكَ dengan makna yang disebutkan oleh Al-Raghib Al-Asfahani banyak digunakan di dalam Al-Quran. Di antaranya adalah di dalam Surah Al-Zariyat ayat 9. Firman Allah :

يُؤْفَكُ عَنْهُ مَنْ أُفِكَ

Maksudnya :”Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).

Begitu juga firman Allah di dalam Surah Al-Ahqaf ayat 22 :

قَالُوٓا۟ أَجِئْتَنَا لِتَأْفِكَنَا عَنْ ءَالِهَتِنَا فَأْتِنَا بِمَا تَعِدُنَآ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ

Maksudnya :”Mereka menjawab: "Adakah engkau datang kepada kami untuk memesongkan kami dari menyembah tuhan-tuhan kami? Maka bawalah azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Jathiyah ayat 7 :

وَيْلٌ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

Maksudnya :” Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa.”

Perkataan ini juga digunakan untuk menyifatkan berita yang dibawa oleh kaum munafik ketika mana mereka menyebarkan fitnah tentang Aisyah. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Nur ayat 11 :

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ

Maksudnya :” Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu.”

Secara ringkasnya perkataan الإِفْك membawa maksud dusta, bohong, sifat yang keji dan memalingkan orang ramai dari kebenaran kepada penipuan nista.

Peristiwa Al-Ifki ini berlaku pada tahun keenam hijrah setelah tamatnya perang Bani Mustoliq. Ianya merupakan satu peristiwa di mana orang-orang munafik menuduh Aisyah R.Anha melakukan zina dengan seorang sahabat yang bernama Sofwan Bin Mu’attol R.A. Perkara ini pada asasnya menimbulkan kacau bilau dalam masyarakat di Madinah pada ketika itu. Ada di antara sahabat yang tidak mempercayai berita tersebut. Ada juga yang tidak mengeluarkan apa-apa pendirian dan ada juga yang mempercayai bahawa Aisyah R.Anha benar-benar berzina dengan Safwan Bin Mu’attol.

Di antara sahabat yang mempercayai berita ini dan terlibat dalam penyebaran ialah Mistoh Bin Uthathah,Hammanah Binti Jahsyi dan Hasan Bin Thabit. Keadaan ini berlarutan sehingga sebulan lamanya dan wahyu tertahan tidak turun. Sehinggalah kemudiannya Allah menurunkan ayat ke 11 daripada Surah Al-Nur membebaskan Aisyah daripada tuduhan jahat kaum munafik. Firman Allah SWT :

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُم مَّا ٱكْتَسَبَ مِنَ ٱلْإِثْمِ ۚ وَٱلَّذِى تَوَلَّىٰ كِبْرَهُۥ مِنْهُمْ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: ” Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).”

Aisyah menceritakan secara terperinci peristiwa yang berlaku

Sedia maklum bahawa ayat ke 11 daripada Surah al-Nur diturunkan untuk membebaskan Aisyah R.Anha daripada tuduhan keji dan jahat kaum munafik. Peristiwa ini telah pun diceritakan oleh Aisyah R.Anha sendiri secara terperinci dan panjang.Kisah ini terlalu masyhur dan ianya diceritakan di dalam kebanyakan kitab hadis yang muktabar.

Antaranya Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Al-Nasaie, Al-Sunan Al-Kubra oleh Imam Al-Baihaqi dan lain-lain lagi. Pada asasnya kisah ini diriwayatkan oleh empat orang daripada Aisyah R.Anha. Mereka ialah Ubaidullah Bin Abdullah Bin Utbah Bin Mas’ud, Urwah Bin Zubair, Sa’id Bin Musayyib dan Alqamah Bin Waqqas. Walaupun mereka meriwayatkan daripada Aisyah R.Anha dengan lafaz yang berbeza namun ianya mengandungi makna yang sama.

Di antara yang masyhur adalah lafaz yang dinukilkan oleh Imam Al-Bukhari dengan sanadnya sendiri di dalam kitab sahihnya. Imam Al-Bukhari[2] menyebut :

Abu Rabi’ Sulaiman Bin Daud menceritakan kepada kami : Sebahagian cerita ini dijelaskan lagi oleh Ahmad : Fulaih Bin Sulaiman menceritakan kepada kami daripada Ibnu Syihab Al-Zuhri daripada Urwah Bin Zubair,Sa’id Bin Musayyib, Ubaidullah Bin Abdullah Bin Utbah dan Alqamah Bin Waqqas Al-Laithi daripada Aisyah R.Anha yang merupakan isteri kepada Baginda Nabi SAW ketika mana beliau ditanya oleh orang ramai tentang apa yang diperkatakan pada ketika yang mana kemudiannya Aisyah R.Anha dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Kata Aisyah R.Anha :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ سَفَرًا أَقْرَعَ بَيْنَ أَزْوَاجِهِ فَأَيَّتُهُنَّ خَرَجَ سَهْمُهَا خَرَجَ بِهَا مَعَهُ فَأَقْرَعَ بَيْنَنَا فِي غَزَاةٍ غَزَاهَا فَخَرَجَ سَهْمِي فَخَرَجْتُ مَعَهُ بَعْدَ مَا أُنْزِلَ الْحِجَابُ فَأَنَا أُحْمَلُ فِي هَوْدَجٍ وَأُنْزَلُ فِيهِ فَسِرْنَا حَتَّى إِذَا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ غَزْوَتِهِ تِلْكَ وَقَفَلَ وَدَنَوْنَا مِنْ الْمَدِينَةِ آذَنَ لَيْلَةً بِالرَّحِيلِ فَقُمْتُ حِينَ آذَنُوا بِالرَّحِيلِ فَمَشَيْتُ حَتَّى جَاوَزْتُ الْجَيْشَ فَلَمَّا قَضَيْتُ شَأْنِي أَقْبَلْتُ إِلَى الرَّحْلِ فَلَمَسْتُ صَدْرِي فَإِذَا عِقْدٌ لِي مِنْ جَزْعِ أَظْفَارٍ قَدْ انْقَطَعَ فَرَجَعْتُ فَالْتَمَسْتُ عِقْدِي فَحَبَسَنِي ابْتِغَاؤُهُ فَأَقْبَلَ الَّذِينَ يَرْحَلُونَ لِي فَاحْتَمَلُوا هَوْدَجِي فَرَحَلُوهُ عَلَى بَعِيرِي الَّذِي كُنْتُ أَرْكَبُ وَهُمْ يَحْسِبُونَ أَنِّي فِيهِ وَكَانَ النِّسَاءُ إِذْ ذَاكَ خِفَافًا لَمْ يَثْقُلْنَ وَلَمْ يَغْشَهُنَّ اللَّحْمُ وَإِنَّمَا يَأْكُلْنَ الْعُلْقَةَ مِنْ الطَّعَامِ فَلَمْ يَسْتَنْكِرْ الْقَوْمُ حِينَ رَفَعُوهُ ثِقَلَ الْهَوْدَجِ فَاحْتَمَلُوهُ وَكُنْتُ جَارِيَةً حَدِيثَةَ السِّنِّ فَبَعَثُوا الْجَمَلَ وَسَارُوا فَوَجَدْتُ عِقْدِي بَعْدَ مَا اسْتَمَرَّ الْجَيْشُ فَجِئْتُ مَنْزِلَهُمْ وَلَيْسَ فِيهِ أَحَدٌ فَأَمَمْتُ مَنْزِلِي الَّذِي كُنْتُ بِهِ فَظَنَنْتُ أَنَّهُمْ سَيَفْقِدُونَنِي فَيَرْجِعُونَ إِلَيَّ فَبَيْنَا أَنَا جَالِسَةٌ غَلَبَتْنِي عَيْنَايَ فَنِمْتُ وَكَانَ صَفْوَانُ بْنُ الْمُعَطَّلِ السُّلَمِيُّ ثُمَّ الذَّكْوَانِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْجَيْشِ فَأَصْبَحَ عِنْدَ مَنْزِلِي فَرَأَى سَوَادَ إِنْسَانٍ نَائِمٍ فَأَتَانِي وَكَانَ يَرَانِي قَبْلَ الْحِجَابِ فَاسْتَيْقَظْتُ بِاسْتِرْجَاعِهِ حِينَ أَنَاخَ رَاحِلَتَهُ فَوَطِئَ يَدَهَا فَرَكِبْتُهَا فَانْطَلَقَ يَقُودُ بِي الرَّاحِلَةَ حَتَّى أَتَيْنَا الْجَيْشَ بَعْدَ مَا نَزَلُوا مُعَرِّسِينَ فِي نَحْرِ الظَّهِيرَةِ فَهَلَكَ مَنْ هَلَكَ وَكَانَ الَّذِي تَوَلَّى الْإِفْكَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ ابْنُ سَلُولَ فَقَدِمْنَا الْمَدِينَةَ فَاشْتَكَيْتُ بِهَا شَهْرًا وَالنَّاسُ يُفِيضُونَ مِنْ قَوْلِ أَصْحَابِ الْإِفْكِ وَيَرِيبُنِي فِي وَجَعِي أَنِّي لَا أَرَى مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللُّطْفَ الَّذِي كُنْتُ أَرَى مِنْهُ حِينَ أَمْرَضُ إِنَّمَا يَدْخُلُ فَيُسَلِّمُ ثُمَّ يَقُولُ كَيْفَ تِيكُمْ لَا أَشْعُرُ بِشَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ حَتَّى نَقَهْتُ فَخَرَجْتُ أَنَا وَأُمُّ مِسْطَحٍ قِبَلَ الْمَنَاصِعِ مُتَبَرَّزُنَا لَا نَخْرُجُ إِلَّا لَيْلًا إِلَى لَيْلٍ وَذَلِكَ قَبْلَ أَنْ نَتَّخِذَ الْكُنُفَ قَرِيبًا مِنْ بُيُوتِنَا وَأَمْرُنَا أَمْرُ الْعَرَبِ الْأُوَلِ فِي الْبَرِّيَّةِ أَوْ فِي التَّنَزُّهِ فَأَقْبَلْتُ أَنَا وَأُمُّ مِسْطَحٍ بِنْتُ أَبِي رُهْمٍ نَمْشِي فَعَثَرَتْ فِي مِرْطِهَا فَقَالَتْ تَعِسَ مِسْطَحٌ فَقُلْتُ لَهَا بِئْسَ مَا قُلْتِ أَتَسُبِّينَ رَجُلًا شَهِدَ بَدْرًا فَقَالَتْ يَا هَنْتَاهْ أَلَمْ تَسْمَعِي مَا قَالُوا فَأَخْبَرَتْنِي بِقَوْلِ أَهْلِ الْإِفْكِ فَازْدَدْتُ مَرَضًا عَلَى مَرَضِي فَلَمَّا رَجَعْتُ إِلَى بَيْتِي دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَلَّمَ فَقَالَ كَيْفَ تِيكُمْ فَقُلْتُ ائْذَنْ لِي إِلَى أَبَوَيَّ قَالَتْ وَأَنَا حِينَئِذٍ أُرِيدُ أَنْ أَسْتَيْقِنَ الْخَبَرَ مِنْ قِبَلِهِمَا فَأَذِنَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَيْتُ أَبَوَيَّ فَقُلْتُ لِأُمِّي مَا يَتَحَدَّثُ بِهِ النَّاسُ فَقَالَتْ يَا بُنَيَّةُ هَوِّنِي عَلَى نَفْسِكِ الشَّأْنَ فَوَاللَّهِ لَقَلَّمَا كَانَتْ امْرَأَةٌ قَطُّ وَضِيئَةٌ عِنْدَ رَجُلٍ يُحِبُّهَا وَلَهَا ضَرَائِرُ إِلَّا أَكْثَرْنَ عَلَيْهَا فَقُلْتُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَلَقَدْ يَتَحَدَّثُ النَّاسُ بِهَذَا قَالَتْ فَبِتُّ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى أَصْبَحْتُ لَا يَرْقَأُ لِي دَمْعٌ وَلَا أَكْتَحِلُ بِنَوْمٍ ثُمَّ أَصْبَحْتُ فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ وَأُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ حِينَ اسْتَلْبَثَ الْوَحْيُ يَسْتَشِيرُهُمَا فِي فِرَاقِ أَهْلِهِ فَأَمَّا أُسَامَةُ فَأَشَارَ عَلَيْهِ بِالَّذِي يَعْلَمُ فِي نَفْسِهِ مِنْ الْوُدِّ لَهُمْ فَقَالَ أُسَامَةُ أَهْلُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا نَعْلَمُ وَاللَّهِ إِلَّا خَيْرًا وَأَمَّا عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ يُضَيِّقْ اللَّهُ عَلَيْكَ وَالنِّسَاءُ سِوَاهَا كَثِيرٌ وَسَلْ الْجَارِيَةَ تَصْدُقْكَ فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَرِيرَةَ فَقَالَ يَا بَرِيرَةُ هَلْ رَأَيْتِ فِيهَا شَيْئًا يَرِيبُكِ فَقَالَتْ بَرِيرَةُ لَا وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ إِنْ رَأَيْتُ مِنْهَا أَمْرًا أَغْمِصُهُ عَلَيْهَا قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ أَنَّهَا جَارِيَةٌ حَدِيثَةُ السِّنِّ تَنَامُ عَنْ الْعَجِينِ فَتَأْتِي الدَّاجِنُ فَتَأْكُلُهُ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَوْمِهِ فَاسْتَعْذَرَ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أُبَيٍّ ابْنِ سَلُولَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَعْذُرُنِي مِنْ رَجُلٍ بَلَغَنِي أَذَاهُ فِي أَهْلِي فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ عَلَى أَهْلِي إِلَّا خَيْرًا وَقَدْ ذَكَرُوا رَجُلًا مَا عَلِمْتُ عَلَيْهِ إِلَّا خَيْرًا وَمَا كَانَ يَدْخُلُ عَلَى أَهْلِي إِلَّا مَعِي فَقَامَ سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَا وَاللَّهِ أَعْذُرُكَ مِنْهُ إِنْ كَانَ مِنْ الْأَوْسِ ضَرَبْنَا عُنُقَهُ وَإِنْ كَانَ مِنْ إِخْوَانِنَا مِنْ الْخَزْرَجِ أَمَرْتَنَا فَفَعَلْنَا فِيهِ أَمْرَكَ فَقَامَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ وَهُوَ سَيِّدُ الْخَزْرَجِ وَكَانَ قَبْلَ ذَلِكَ رَجُلًا صَالِحًا وَلَكِنْ احْتَمَلَتْهُ الْحَمِيَّةُ فَقَالَ كَذَبْتَ لَعَمْرُ اللَّهِ لَا تَقْتُلُهُ وَلَا تَقْدِرُ عَلَى ذَلِكَ فَقَامَ أُسَيْدُ بْنُ حُضَيْرٍ فَقَالَ كَذَبْتَ لَعَمْرُ اللَّهِ وَاللَّهِ لَنَقْتُلَنَّهُ فَإِنَّكَ مُنَافِقٌ تُجَادِلُ عَنْ الْمُنَافِقِينَ فَثَارَ الْحَيَّانِ الْأَوْسُ وَالْخَزْرَجُ حَتَّى هَمُّوا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَنَزَلَ فَخَفَّضَهُمْ حَتَّى سَكَتُوا وَسَكَتَ وَبَكَيْتُ يَوْمِي لَا يَرْقَأُ لِي دَمْعٌ وَلَا أَكْتَحِلُ بِنَوْمٍ فَأَصْبَحَ عِنْدِي أَبَوَايَ وَقَدْ بَكَيْتُ لَيْلَتَيْنِ وَيَوْمًا حَتَّى أَظُنُّ أَنَّ الْبُكَاءَ فَالِقٌ كَبِدِي قَالَتْ فَبَيْنَا هُمَا جَالِسَانِ عِنْدِي وَأَنَا أَبْكِي إِذْ اسْتَأْذَنَتْ امْرَأَةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَأَذِنْتُ لَهَا فَجَلَسَتْ تَبْكِي مَعِي فَبَيْنَا نَحْنُ كَذَلِكَ إِذْ دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَلَسَ وَلَمْ يَجْلِسْ عِنْدِي مِنْ يَوْمِ قِيلَ فِيَّ مَا قِيلَ قَبْلَهَا وَقَدْ مَكَثَ شَهْرًا لَا يُوحَى إِلَيْهِ فِي شَأْنِي شَيْءٌ قَالَتْ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ فَإِنَّهُ بَلَغَنِي عَنْكِ كَذَا وَكَذَا فَإِنْ كُنْتِ بَرِيئَةً فَسَيُبَرِّئُكِ اللَّهُ وَإِنْ كُنْتِ أَلْمَمْتِ بِذَنْبٍ فَاسْتَغْفِرِي اللَّهَ وَتُوبِي إِلَيْهِ فَإِنَّ الْعَبْدَ إِذَا اعْتَرَفَ بِذَنْبِهِ ثُمَّ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَقَالَتَهُ قَلَصَ دَمْعِي حَتَّى مَا أُحِسُّ مِنْهُ قَطْرَةً وَقُلْتُ لِأَبِي أَجِبْ عَنِّي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَاللَّهِ مَا أَدْرِي مَا أَقُولُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ لِأُمِّي أَجِيبِي عَنِّي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا قَالَ قَالَتْ وَاللَّهِ مَا أَدْرِي مَا أَقُولُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ وَأَنَا جَارِيَةٌ حَدِيثَةُ السِّنِّ لَا أَقْرَأُ كَثِيرًا مِنْ الْقُرْآنِ فَقُلْتُ إِنِّي وَاللَّهِ لَقَدْ عَلِمْتُ أَنَّكُمْ سَمِعْتُمْ مَا يَتَحَدَّثُ بِهِ النَّاسُ وَوَقَرَ فِي أَنْفُسِكُمْ وَصَدَّقْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ قُلْتُ لَكُمْ إِنِّي بَرِيئَةٌ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنِّي لَبَرِيئَةٌ لَا تُصَدِّقُونِي بِذَلِكَ وَلَئِنْ اعْتَرَفْتُ لَكُمْ بِأَمْرٍ وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَنِّي بَرِيئَةٌ لَتُصَدِّقُنِّي وَاللَّهِ مَا أَجِدُ لِي وَلَكُمْ مَثَلًا إِلَّا أَبَا يُوسُفَ إِذْ قَالَ {فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ} ثُمَّ تَحَوَّلْتُ عَلَى فِرَاشِي وَأَنَا أَرْجُو أَنْ يُبَرِّئَنِي اللَّهُ وَلَكِنْ وَاللَّهِ مَا ظَنَنْتُ أَنْ يُنْزِلَ فِي شَأْنِي وَحْيًا وَلَأَنَا أَحْقَرُ فِي نَفْسِي مِنْ أَنْ يُتَكَلَّمَ بِالْقُرْآنِ فِي أَمْرِي وَلَكِنِّي كُنْتُ أَرْجُو أَنْ يَرَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّوْمِ رُؤْيَا يُبَرِّئُنِي اللَّهُ فَوَاللَّهِ مَا رَامَ مَجْلِسَهُ وَلَا خَرَجَ أَحَدٌ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ حَتَّى أُنْزِلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فَأَخَذَهُ مَا كَانَ يَأْخُذُهُ مِنْ الْبُرَحَاءِ حَتَّى إِنَّهُ لَيَتَحَدَّرُ مِنْهُ مِثْلُ الْجُمَانِ مِنْ الْعَرَقِ فِي يَوْمٍ شَاتٍ فَلَمَّا سُرِّيَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَضْحَكُ فَكَانَ أَوَّلَ كَلِمَةٍ تَكَلَّمَ بِهَا أَنْ قَالَ لِي يَا عَائِشَةُ احْمَدِي اللَّهَ فَقَدْ بَرَّأَكِ اللَّهُ فَقَالَتْ لِي أُمِّي قُومِي إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ لَا وَاللَّهِ لَا أَقُومُ إِلَيْهِ وَلَا أَحْمَدُ إِلَّا اللَّهَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى {إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ} الْآيَاتِ فَلَمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ هَذَا فِي بَرَاءَتِي قَالَ أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَانَ يُنْفِقُ عَلَى مِسْطَحِ بْنِ أُثَاثَةَ لِقَرَابَتِهِ مِنْهُ وَاللَّهِ لَا أُنْفِقُ عَلَى مِسْطَحٍ شَيْئًا أَبَدًا بَعْدَ مَا قَالَ لِعَائِشَةَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى {وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا إِلَى قَوْلِهِ غَفُورٌ رَحِيمٌ} فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ بَلَى وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لِي فَرَجَعَ إِلَى مِسْطَحٍ الَّذِي كَانَ يُجْرِي عَلَيْهِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُ زَيْنَبَ بِنْتَ جَحْشٍ عَنْ أَمْرِي فَقَالَ يَا زَيْنَبُ مَا عَلِمْتِ مَا رَأَيْتِ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحْمِي سَمْعِي وَبَصَرِي وَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ عَلَيْهَا إِلَّا خَيْرًا قَالَتْ وَهِيَ الَّتِي كَانَتْ تُسَامِينِي فَعَصَمَهَا اللَّهُ بِالْوَرَعِ

Sekilas berkaitan peristiwa al-ifki

Pada kebiasaaannya, apabila Rasulullah SAW pergi keluar untuk berperang atau bermusafir, Baginda SAW akan membuat undian bagi isteri-isteri Baginda SAW bagi memilih siapa dalam kalangan mereka yang akan menemani Baginda SAW dalam permusafiran tersebut. Pada ketika permusafiran Baginda SAW ke peperangan Bani Mustaliq tersebut, undian tersebut memihak kepada Saidatina Aisyah R.Anha dan beliau terpilih untuk menemani Baginda SAW.

Dalam perjalanan pulang daripada peperangan tersebut, Baginda SAW dan tentera Islam berhenti seketika di satu tempat yang tidak jauh daripada Madinah al-Munawwarah dan bermalam di situ. Apabila rombongan berhenti di situ, maka Saidatina Aisyah R.Anha keluar bagi menunaikan hajatnya dengan memakai rantai di lehernya. Setelah dia pulang daripada menunaikan hajat, dia mendapati rantai di lehernya hilang tanpa disedari olehnya. Oleh itu, dia kembali ke tempat itu semula untuk mencari rantai yang hilang tersebut.

Dalam ketika dia mencari rantainya yang hilang, rombongan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW tersebut telah bersiap untuk bertolak pulang ke Madinah al-Munawwarah. Haudaj iaitu yang dibina untuk membawa Saidatina Aisyah di atas unta tersebut diangkat oleh para Sahabat tanpa menyedari bahawa Saidatina Aisyah tiada di dalamnya. Ini kerana keadaan fizikal Saidatina Aisyah yang kecil dan ringan menyebabkan para Sahabat tidak dapat membezakan bahawa Saidatina Aisyah ada di dalamnya ataupun tidak.

Lantas, apabila rombongan tersebut mendengar sahaja panggilan untuk bergerak, mereka terus berangkat tanpa memeriksa haudaj tersebut.

Apabila Saidatina Aisyah kembali ke tempat rombongan tadi berada, dia mendapati bahawa rombongan tersebut telah pun beredar menuju ke Madinah. Lalu dia duduk dan terbaring di situ dengan membungkuskan dirinya dengan kain jilbabnya. Ini kerana apabila rombongan tersebut menyedari ketiadaan Saidatina Aisyah R.Anha, mereka akan kembali mencarinya di tempat tersebut.

Dalam keadaan Saidatina Aisyah seperti itu, maka selepas itu datang Saidina Safwan Ibn al-Mu’atthil al-Sulami RA yang ketinggalan di belakang kerana melaksanakan tugasannya. Apabila beliau sampai di tempat rombongan Rasulullah SAW tadi berada, beliau mendapati ada sebuah benda yang disangkanya barang yang tertinggal daripada rombongan Rasulullah SAW.

Lalu beliau datang mendekati benda tersebut dan mendapati bahawa itu ialah isteri Baginda SAW, Saidatina Aisyah R.Anha. Beliau bertanya, apakah yang menyebabkan dia tertinggal, namun Saidatina Aisyah tidak menjawabnya. Beliau pun mendekatkan kuda kepada Saidatina Aisyah R.Anha untuk dia naik menunggangi kuda. Kemudian dia naik ke atas kuda tersebut dan Saidina Safwan menarik kepala kuda tersebut dan bertolak dengan segera menuju kepada rombongan yang telah beredar tersebut.

Fitnah ini merupakan satu peristiwa yang sangat pahit untuk dihadapi oleh Ummu al-Mukminin Aisyah R.Anha. Ia menimpa rumah tangga dan keluarga manusia yang paling mulia, iaitu Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga sahabat terdekat baginda SAW iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA. Fitnah ini berlarutan selama sebulan.

Walaubagaimanapun, Aisyah R.Anha tidak tahu-menahu walaupun sedikit berkaitan fitnah yang telah tersebar mengenai kesucian maruahnya tersebut. Dia hanya merasai perubahan sikap dan suasana disekelilingnya dan juga perubahan yang ada pada Rasulullah SAW setelah kepulangannya daripada peperangan Bani Mustaliq.

Saidatina Aisyah R.Anha pada satu ketika keluar bersama-sama Ummu Misthah menuju ke tempat menunaikan hajat di malam hari. Pada ketika itu, Ummu Misthah tergelincir disebabkan pakaiannya sendiri dan beliau melatah, “Celakalah Misthah!”.

Apabila Saidatina Aisyah mendengarkan perkataan itu, Saidatina Aisyah R.Anha menegurnya dengan tegas kerana Misthah merupakan ahli Badar. Lantas, Ummu Misthah menyedari bahawa Aisyah masih tidak mengetahui mengenai berita tersebut, lalu menerangkan dan menceritakan segala perkara yang berlaku dan tuduhan kaum munafiq padanya.

Lalu setelah Saidatina Aisyah mendengar cerita itu, dia segera pulang dan menemui ibunya dan meminta penjelasan. Seorang wanita Ansar pun datang menemui mereka dan menceritakan segala-galanya dengan terperinci sehinggakan kejutan yang diterima ini menyebabkan Saidatina Aisyah R.Anha jatuh pengsan.

Ketika beliau sedar dari pengsan, Rasulullah SAW datang menjenguknya, namun beliau meihat perubahan pada baginda kerana bagida hanya memberi salam dan bertanyakan keadaan Aisyah lalu lantas keluar. Disebabkan melihat kepada perubahan tersebut, beliau meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk menetap sementara waktu di rumah orang tuanya dan Rasulullah SAW membenarkan.

Apabila fitnah masih lagi berterusan yang tidak menunjukkan hentinya, Baginda SAW mengambil keputusan untuk meminta pendapat sahabatnya. Baginda SAW memanggil Saidina Ali bin Abi Thalib RA dan Usamah bin Zaid RA. Usamah bin Zaid RA menegaskan bahawa beliau tidak dapat membenarkan tuduhan tersebut terhadap Saidatina Aisyah R.Anha kerana tuduhan berat itu dianggap sebagai satu perkara yang pembohongan dan rekaan semata-mata. Tambahan pula, kesemua sahabat dan Rasulullah SAW sendiri mengenali Saidatina Aisyah sebagai seorang wanita yang solehah, taat dan bertaqwa.

Berbeza pula keadaannya dengan Saidina Ali Ibn Abi Talib disebabkan oleh rasa simpatinya dan kecintaannya kepada Rasulullah SAW, beliau menjawab: “Ya Rasulullah, masih banyak lagi wanita lain.” Lalu beliau menyarankan kepada Nabi agar bertanyakan tentang Aisyah kepada pembantu Aisyah sendiri iaitu Barirah kalau-kalau ia mengetahui tentang apa yang sebenarnya terjadi. Lalu Barirah dibawa untuk menemui Baginda SAW.

Maka Baginda SAW pun bertanyakan tentang hal Saidatina Aisyah R.Anha kepada Barirah. Lalu dia berkata: “ Aku selalu menjaga pendengaran dan penglihatanku. Demi Allah, Aisyah sungguh lebih baik daripada emas yang baik.”

Setelah mendengar penjelasan Barirah, Rasulullah bertanya pula kepada isteri Baginda SAW iaitu Zainab binti Jahsy RA mengenai peribadi Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah. Sebagaimana yang telah diketahui, Zainab Bint Jahys RA sering bersaing dengan Aisyah R.Anha memenangi hati Rasulullah SAW.

Namun begitu, ketika Rasulullah SAW bertanyakan mengenai Aisyah berhubung peristiwa fitnah ini, Zainab RA menjawab dengan baik, “Wahai Rasulullah, aku selalu menjaga pendengaran dan penglihatanku. Aku tidak ketahui daripada diri Aisyah ini melainkan kebaikan semata.”

Setelah mendengar pelbagai pandangan, Rasulullah SAW mengambil keputusan untuk bertemu dengan Saidatina Aisyah R.Anha sendiri di rumah mertuanya dan bertanyakan kepadanya secara langsung. Bagi Rasulullah SAW, kaedah ini dilihat sebagai satu kaedah yang terbaik untuk memperolehi kebenaran. Di rumah Abu Bakar RA Rasulullah SAW telah berkata kepada Saidatina Aisyah R.Anha, jika dia benar melakukannya maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT menerima taubat yang dilakukan oleh hamba-hambaNya.

Kata-kata Rasulullah SAW tersebut membuatkan Saidatina Aisyah terluka dan berkecil hati kerana seolah-olah Baginda SAW mempercayai tuduhan tersebut. Saidatina Aisyah kemudiannya memandang kepada kedua orang tuanya, untuk melihat reaksi mereka terhadap apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW.

Akan tetapi keduanya berdiam diri tanpa sepatah kata. Aisyah mengerti mengapa keduanya berdiam diri kerana hanya dirinya sahaja yang mampu menjawab kata-kata Rasulullah SAW tadi.

Aisyah menjawab kepada Rasulullah SAW dalam keadaan menangis dengan menafikan tuduhan tersebut dan enggan bertaubat kerana dia tidak melakukan maksiat tersebut. Dia berkata bahawa bersabar lebih baik dan hanya kepada Allah sahajalah dia memohon pertolongan atas apa yang dituduhkan kepadanya.

Ketika Rasulullah SAW ingin pulang, wajah Baginda SAW mula berubah dan keadaan Baginda SAW pada ketika itu nampak begitu berat dan berpeluh, sedangkan ketika itu adalah musim sejuk. Selepas daripada itu, lahir kegembiraan daripada wajah Rasulullah SAW, Baginda SAW tersenyum gembira dengan berkata: “Wahai Aisyah, bergembiralah kerana Allah ‘Azza wa Jalla telah membebaskan dirimu.”

Lalu Saidatina Aisyah mengucapkan tahmid kepada Allah SWT.

Sesungguhnya Allah SWT telah membersihkan nama Saidatina Aisyah R.Anha daripada fitnah itu dengan turunnya wahyu iaitu ayat 11-19, Surah al-Nur bagi menjelaskan hakikat sebenar yang berlaku. Ayat selepas itu menerangkan tentang hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan (qazaf) terhadap wanita yang suci dengan menghukumnya dengan hukuman sebatan. Hukuman qazaf dilaksanakan ke atas sahabat yang membicarakan dan mempercayai fitnah tersebut seperti Saidina Hasan Ibn Thabit RA, Masthath RA dan Hammanah RA. [3]

Pengajaran daripada kisah

Banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah yang telah diceritakan oleh Aisyah. Ianya sangat berkait rapat dengan apa berlaku di zaman kita ini. Apatah lagi pada zaman kita berkembangnya teknologi dan ianya boleh dimanipulasi sesuka hati oleh sesiapa pun.

Al-Qadhi Iyadh menyatakan bahawa di dalam kisah ini banyak faedah dan pengajaran yang boleh kita ambil. Antaranya ialah:

berhukum dengan yang zahir,

sentiasa bersangka baik dengan orang mukmin khususnya mereka yang terkenal dengan kebaikan dan soleh seperti Aisyah dan Sofwan Bin Mu’attal.

Begitu juga, jangan pedulikan pembohongan yang secara terang-terangan dibuat seperti mana yang ditunjukkan oleh kebanyakan kaum muslimin ketika mana Aisyah R.Anhanha dituduh.

Beliau juga menyebut bahawa di dalam kisah ada isyarat agar segala apa yang diuji dan dituduh serahkan sepenuhnya pada Allah SWT,

Banyakkan berdoa dan bertaubat kepada-Nya. (Rujuk Kamal Al-Mu’lim Syarh Sahih Muslim, 8/142)

Imam Al-Bukhari meletakkan kisah ini juga di dalam bab ‘ Jika seseorang membuat pengakuan dengan mengatakan : tidak kami tahu tentang orang ini melainkan yang baik-baik sahaja’ (باب: إِذَا عَدَّلَ رَجُلٌ أَحَدًا فَقَالَ لاَ نَعْلَمُ إِلاَّ خَيْرًا، أَوْ قَالَ مَا عَلِمْتُ إِلاَّ خَيْرًا) yang dimuatkan di dalam Kitab Penyaksian (الشهادات).

Yang menariknya Maulana Zakariya Al-Kandahlawi menyatakan bahawa jika orang ramai sudah mengaku bahawa seorang individu sememangnya terkenal dengan kebaikan maka pengakuan itu boleh diambil. (Rujuk Al-Abwab Wa Al-Tarajim Li Sahih Al-Bukhari, 4/142).

Kita juga boleh belajar daripada sikap Ummu al-Mukminin Zainab Binti Jahsyi ketika mana Aisyah R.Anha dituduh berzina. Ketika Rasulullah SAW bertanya kepada beliau tentang apa yang berlaku pada ketika itu beliau menyebut :

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحْمِي سَمْعِي وَبَصَرِي وَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ عَلَيْهَا إِلَّا خَيْرًا قَالَتْ وَهِيَ الَّتِي كَانَتْ تُسَامِينِي فَعَصَمَهَا اللَّهُ بِالْوَرَعِ

Maksudnya : Wahai Rasulullah aku menjaga telinga dan mataku. Tidak aku tahu berkenaan Aisyah melainkan yang baik-baik sahaja. Dia memang sentiasa menyaingi aku akan tetapi Allah menjaganya dengan kewarakan yang ada padanya.”

Riwayat Al-Bukhari (4381)

Melihat sikap Zainab sudah cukup menginsafi kita. Walaupun Aisyah merupakan pesaing Zainab namun Zainab tidak langsung bercakap buruk tentang Aisyah. Boleh sahaja beliau memburuk-burukkan Aisyah agar Rasulullah SAW tidak lagi melebihkan Aisyah seperti sebelum-sebelum ini, namun iman dan akal yang sihat mendahului nafsu. Beliau sentiasa mengatakan yang baik tentang Aisyah tatkala keadaan pada ketika itu menjadi kacau bilau dek kerana fitnah yang sedang melanda.

Sheikh Abu Hasan Ali Al-Nadwi menyatakan lagi beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini. Antaranya :

Pertama : Fitnah yang tersebar luas dan tidak dapat dibendung akan menimbulkan implikasi yang buruk dengan menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam kalangan masyarakat. Ini kerana masyarakat akan saling berprasangka dan menuduh di antara satu sama lain pada perkara yang belum pasti samada ia benar ataupun tidak. Lalu menimbulkan perasaan yang kurang senang antara satu sama lain.

Kedua : Tuduhan jahat dan fitnah walaupun ia merupakan sesuatu yang sukar dipercayai, namun masih sahaja terdapat golongan yang terpengaruh dan mempercayai bahawa fitnah tersebut benar-benar berlaku. Ini seperti yang terjadi kepada beberapa orang sahabat yang mempercayai fitnah Hadith al-Ifk tersebut seperti Misthah RA, Zaid Ibn Thabit RA, Hammanah Binti Jahsy RA dan lain-lain.

Ketiga : Tipu-daya dan komplot daripada golongan kafir dan munafiq untuk memecah-belahkan umat Islam daripada dalam, selepas mereka terhina dengan kekalahan peperangan Al-Ahzab. Apabila mereka mendapati bahawa mereka tidak dapat mengalahkan Nabi Muhammad SAW dengan kekuatan ketenteraan dan persenjataan, maka mereka menggunakan serangan saraf yang melemahkan umat Islam daripada dalam dengan menimbulkan fitnah. Ini menyebabkan umat Islam tidak lagi bersatu hati dan timbul perasaan tidak senang dalam kalangan mereka.

Keempat : Tujuan golongan munafiq menyebarkan fitnah ini dalam kalangan masyarakat adalah untuk menyakiti Nabi SAW dengan menuduh orang yang paling disayangi oleh Nabi SAW iaitu isterinya, Saidatina Aisyah R.Anha. Sekaligus, ia menimbulkan ketidakpercayaan masyarakat terhadap ahli keluarga yang rapat dengan Baginda SAW, yang pada akhirnya akan menggugat kepercayaan kepada Baginda SAW sendiri.

Kelima : Tindakan para Sahabat yang membela Saidatina Aisyah R.Anha untuk menjaga maruah dirinya daripada dipermainkan oleh golongan munafiq merupakan sesuatu yang wajar dipuji kerana ia memberi kekuatan kepada orang yang dituduh oleh fitnah yang besar tersebut. Ini seperti yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA yang membela anaknya tersebut daripada tuduhan tersebut.

(Rujuk Sirah Al-Nabawiyah Li Al-Nadwi, hlm 273)

Kami melihat suasana yang berlaku pada hari ini hampir membetuli apa yang diutarakan oleh Abu Hasan Ali Al-Nadwi

Saranan al-quran dalam menghadapi fitnah

Apabila kita selusuri satu persatu ayat daripada Surah Al-Nur kita akan dapati bahawa Al-Quran memberikan saranan dan cara bagaimana menghadapi fitnah yang sedang melanda. Saranan-saranan ini datang sejurus selepas Allah membebaskan Saidatina Aisyah daripada tuduhan zina bersama Sofwan Bin Mu’attol pada ayat yang ke 11. Antara saranan tersebut ialah :

Pertama : Sentiasa bersangka baik dengan orang mukmin. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT :

لَّوْلَآ إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا۟ هَـٰذَآ إِفْكٌ مُّبِينٌ

Maksudnya :” Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".

(Surah Al-Nur : 12)

Inilah yang dilakukan oleh sebahagian sahabat Nabi ketika mereka mendengar berita tentang Aisyah dan Sofwan Bin Mu’attol. Di antaranya ialah Abu Ayub Al-Ansari dan keluarganya. Mereka tidak langsung terlibat dalam komplot penyebaran mahupun mempercayainya. (Rujuk Al-Kasyaf ‘An Haqaiq Ghawamid Al-Tanzil, 3/212)

Kedua : Datangkan bukti atas setiap berita yang datang. Firman Allah SWT :

لَّوْلَا جَآءُو عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَآءَ ۚ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا۟ بِٱلشُّهَدَآءِ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ عِندَ ٱللَّـهِ هُمُ ٱلْكَـٰذِبُونَ

Maksudnya :” Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.”

(Surah Al-Nur : 13)

Ketiga :Jangan sesekali memperkecilkan dan meremehkan fitnah yang berlaku. Ini adalah perkara yang amat penting untuk diamati. Sikap orang Islam sepatutnya tidak melibatkan diri dalam apa-apa komplot untuk memburukkan orang lain dengan melemparkan tuduhan yang tidak berasas. Ini dapat dilihat melalui firman Allah :

إِذْ تَلَقَّوْنَهُۥ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّـهِ عَظِيمٌ

Maksudnya :” Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.”

(Surah Al-Nur : 15)

Keempat : Nasihat orang ramai agar jangan bercakap dan menyebarkan fitnah. Ini juga adalah sikap yang paling penting dalam menghadapi fitnah yang sedang melanda. Orang beriman lidahnya penuh dengan tanggungjawab. Dia tidak akan sewenangnya percaya dan menyebarkan berita fitnah yang datang. Dia juga menasihati orang lain agar jangan terlibat dalam penyebaran fitnah yang tidak diketahui kebenarannya. Firman Allah SWT :

وَلَوْلَآ إِذْ سَمِعْتُمُوهُ قُلْتُم مَّا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّتَكَلَّمَ بِهَـٰذَا سُبْحَـٰنَكَ هَـٰذَا بُهْتَـٰنٌ عَظِيمٌ

Maksudnya :” Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".

(Surah Al-Nur : 16)

Dan termasuklah menyebarkan berita melalui media massa tanpa usul periksa di samping masing-masing mengutarakan pendapat tanpa pengetahuan yang sebenar.

Semoga Allah tunjukkan kita perkara yang sebenar. Banyakkan berdoa :

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya :” Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

Wallahu’alam.


2. Bahaya Fitnah
bahaya fitnah mufti
BAHAYA FITNAH - Mufti WP
Mutakhir ini, negara kita dikejutkan dengan pelbagai berita yang belum dipastikan akan kesahihannya di media sosial. Hal ini amat membimbangkan kerana ia mampu memecah belahkan perpaduan sesama manusia secara umumnya dan umat Islam itu sendiri secara khususnya. Justeru, agama kita telah menggariskan beberapa panduan kepada kita dalam berinteraksi dengan perkara sebegini. Oleh itu, kami terpanggil untuk menulis sebuah artikel di dalam ruangan Bayan Linnas yang bertajuk “Bahaya Fitnah.”

Semoga Allah SWT selamatkan kita dari sebarang fitnah.

Definisi Fitnah

Fitnah berasal daripada perkataan bahasa arab yang mengandungi beberapa makna. Antaranya disebutkan oleh al-Azhari, Ibn Faris, dan Ibn Manzur bahawa fitnah yang membawa makna seperti ibtila’ atau ujian. [Lihat: Tahzib al-Lughah, 14/296] [Lihat: Maqayis al-Lughah, 4/472].

Ibn Athir pula menambah bahawa asalnya fitnah digunakan oleh kebanyakan bangsa arab sebagai ujian, kemudian penggunaanya juga masyhur bagi menunjukkan makna kufur, pembunuhan serta kebakaran. [Lihat: al-Nihayah, 3/410]

Untuk itu, fitnah dari segi istilah mempunyai pelbagai maksud sesuai dengan situasi ia digunakan. Ibn Hajar menyebut bahawa:

إِنَّ الفِتَنَ غَالِبًا إِنَّما تُنْشَأُ عَنِ التَّبْدِيْلِ وَالإِحْدَاثِ

Maksudnya: “Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka.” [Lihat: Fath al-Bari 27/3]

Dalam masyarakat Melayu perkataan fitnah memberi makna yang lebih spesifik. Ia hanya merujuk kepada sebarang tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau sesuatu pihak yang membawa kepada porak-peranda. [Lihat: Kamus Dewan Edisi Keempat]

Berdasarkan takrifan ini, hukum fitnah jelas haram dan ditegah. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat Muslim (105)]

Ciri-Ciri Fitnah Dalam Konteks Semasa

Pada hari ini, fitnah berleluasa dengan cara yang lebih mudah berbanding pada masa lampau. Hal ini kerana, perkembangan teknologi yang semakin rancak menjadikan amalan fitnah ini semakin mudah tersebar. Fitnah berlaku dalam dua keadaan:

Pertama, apabila seseorang mengada-adakan suatu berita mengenai seseorang lalu menyebarkannya kepada orang lain dengan tujuan untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan maruah orang tersebut.

Kedua, apabila seseorang menerima berita mengenai seseorang tanpa menyelidiki kesahihannya lalu menyebarkannya kepada orang lain sama ada dengan niat untuk memburuk-burukkan atau tidak.

Dalam kedua-dua situasi inilah fitnah berlaku dan ia dilihat berleluasa sekali dalam masyarakat kita pada hari ini. Sebagai contoh, Kasim mereka cerita kononnya Harun telah berzina dengan teman wanitanya, lalu cerita itu disebarkan ke dalam laman blognya dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah Harun.

Lalu apabila berita itu dibaca oleh Abu, tanpa sebarang usul periksa tentang kesahihannya, Abu menyebarkannya di dalam facebook tanpa apa-apa niat tetapi sekadar menukil dan menyampaikan berita. Dalam situasi ini, kedua-duanya iaitu Kasim dan Abu telah menjadi pelaku dan penyebar fitnah terhadap Harun.  

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam era masa kini, dengan kemudahan serba canggih, sebarang bentuk maklumat amat mudah sekali disebarluaskan terutamanya menerusi whatsapp dan internet.

Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah konvensional dilihat masih lagi menjadi penyumbang tersebarnya berita fitnah seperti menerusi laporan akhbar dan televisyen yang tidak tepat, ceramah-ceramah yang semberono, sembang-sembang santai di warung atau kedai kopi, perbualan sesama rakan sepejabat dan sebagainya. Kesemua medium ini dilihat masih lagi menjadi pilihan bagi mereka yang berkenaan melakukan fitnah disebabkan ianya mudah membentuk persepsi tanpa akan dinilai atau dipersoal kesahihannya oleh sesiapa.

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Gejala Fitnah

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada fitnah sesuai dengan kategori orang itu, sama ada dia adalah pereka fitnah atau semata-semata sebagai penyebar. Bagi pereka fitnah, banyak faktor yang boleh diandaikan seperti persaingan dalam merebut sesuatu sama ada meraih jawatan, mendominasi perniagaan, kepentingan politik, kedengkian terhadap kelebihan orang lain dan pelbagai lagi.

Pokok pangkalnya fitnah terbit daripada hati seseorang yang kotor, bermasalah dan tidak dibenteng dengan iman yang teguh. Sesungguhnya syaitan sememangnya tidak pernah berdiam agar manusia sentiasa berbalah dan berkonflik antara satu sama lain. Ia sebagaimana firman Allah SWT:

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.” [Surah al-Maidah : 91]

Oleh itu, fitnah adalah salah satu perbuatan yang amat disukai syaitan lantaran ia boleh memecahbelahkan umat Islam sehingga tiada lagi kesatuan sesama mereka.

Bagi kategori penyebar fitnah pula, faktor utama daripada perbuatan mereka ini adalah cuai dalam menukilkan berita atau cerita yang didengar tanpa meneliti kesahihannya terlebih dahulu. Orang yang melakukan perbuatan seperti ini dianggap oleh Rasulullah SAW sebagai pembohong. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”. [Riwayat Muslim (4482)]

Malah perbuatan menyebarkan berita tanpa usul periksa ini pernah ditempelak oleh Allah SWT di dalam kisah fitnah terhadap Sayyidah Aishah R.Anha, firman Allah SWT dalam surah al-Nur:

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ ﴿١١﴾ لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَـٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya, dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [Surah al-Nur : 11-12]

Balasan Bagi Orang Yang Membuat Fitnah

Di dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini, mengatakan ayat ini membawa makna orang-orang yang mendengar berita buruk, kemudian menyampaikan dan menyebarkan berita tersebut. [Lihat: Tafsir al-Quran al-‘Azim (10/195)]

Demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمَنْخِرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فَإِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ

Maksudnya: “Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.); “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” [Riwayat Ibn Hibban di dalam Sahihnya (655)]

Selain itu, Nabi SAW juga bersabda seperti mana yang diriwayatkan oleh Abdullah R.A:”

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ“.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏‏”

Maksudnya: “Celakalah golongan-golongan pelampau. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali” [Riwayat Muslim (2670)]

Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebut golongan-golongan pelampau yang disebutkan di dalam hadith ialah golongan melampaui batas dalam pengucapan mereka. [Lihat: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim (16/461)]

Pandangan Ulama Berkaitan Fitnah

Berikut adalah beberapa pandangan berkaitan dengan fitnah:

Syeikh Azhar Dr. Sheikh Ahmad Tayyib Hafizahullah berkata: “Fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam telah melahirkan golongan yang berfahaman keras dan melahirkan gejala kafir-mengkafirkan antara umat Islam dan terrorisme”[1]

Sheikh Dr. Yusof al-Qaradhawi Hafizahullah berkata: “Para Sahabat akan melarikan diri jika terzahirnya fitnah pada sesuatu tempat seperti yang dilakukan oleh Abu Darda’ R.A”[2]

Sheikh Saad bin Turki al-Khaslan Hafizahullah berkata: “Hendaklah umat Islam mengetahui jalan-jalan yang membawa kepada kejahatan dan menjauhinya seperti mana kita dikehendaki untuk mengetahui jalan-jalan yang membawa kepada kebaikan. Kejahilan terhadap perkara ini akan membawa kepada berlakunya kejahatan, seterusnya akan berlaku fitnah dalam keadaan dia tidak menyedarinya”[3]

Sheikh Abdul ‘Aziz bin Baz Rahimahullah berkata: “Fitnah terjadi disebabkan syubhat dan syahwat, berapa banyak fitnah yang terjadi pada kebanyakan manusia disebabkan oleh syubhat-syubhat yang tiada padanya asas seperti mana yang telah menimpa kumpulan-kumpulan sesat seperti Jahmiyyah, Muktazilah, Syiah dan Murji’ah dan jalan untuk menyelamatkan diri daripada pelbagai jenis fitnah adalah dengan berpegang teguh dengan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW.[4]

Kesan Daripada Fitnah

Perbuatan fitnah ini akan menatijahkan pelbagai kesan buruk dan membawa kerosakan yang amat dahsyat ke atas masyarakat dan negara. Antaranya ialah:

Perasaan cemburu yang diakhiri dengan pembunuhan seperti mana yang berlaku dalam peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman Bin Affan R.A.

Memecahkan perpaduan masyarakat hingga melahirkan golongan yang terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan dengan golongan yang mempertahankan. Ini secara tidak langsung akan menatijahkan perpecahan yang jelas sehingga merugikan umat Islam itu sendiri.

Perbuatan fitnah akan menjadikan seseorang itu buta daripada kebenaran dalam menilai sesuatu perkara dari kebenaran yang hakiki.

Fitnah akan menyebabkan muslim itu tenggelam dalam konspirasi kuffar yang bercita-cita memecahbelahkan umat Islam.

Orang yang termakan dengan fitnah itu adalah orang-orang yang menjadikan syaitan sebagai sahabat mereka.

Fitnah itu akan menjauhkan seseorang itu daripada agamanya.

Langkah-Langkah Dalam Menangani Fitnah

Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan diri, keluarga dan masyarakat terhindar daripada fitnah, adalah seperti berikut:

Mendalami ilmu agama secara berterusan seterusnya mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari.

Sentiasa mengingatkan diri bahawa segala perbuatan kita akan dicatat dan dihisab oleh Allah SWT.

Memotivasikan diri bahawa fitnah adalah suatu pendustaan dan pendusta balasannya adalah neraka Allah SWT, maka menolaknya adalah wajib.

Mendekati para alim ulama’ dan orang-orang soleh serta menjauhi orang-orang yang suka menyebarkan fitnah.

Melakukan tabayyun dan bertanya setiap isu yang berbangkit kepada ahlinya.

Memastikan kesahihan setiap maklumat yang diperolehi sebelum disebarkan.

Sentiasa mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri supaya timbul keinsafan untuk memelihara keaiban orang lain tanpa mengira kawan atau lawan.

Kenyataan Mufti

Alhamdulillah, berdasarkan kepada kenyataan kami di atas, kami ulangi agar kita sentiasa menghindari sebarang bentuk fitnah serta sentiasa menginsafi bahawa saudara-saudara kita adalah sejuzuk daripada diri kita semua. Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita, maka Allah SWT akan menyayangi kita.

Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:

رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir.”[Surah Yunus: 85-86]

Artikel asal: http://bit.ly/bfitnah

3. Isu Qazaf: Adakah Termasuk Tuduhan Liwat?
isu qazar tuduhan liwat
Isu Qazaf: Adakah termasuk tuduhan liwat - Mufti WP
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Oleh kerana isu qazaf berbangkit semula dan menjadi hangat, justeru dalam Bayan Linnas pada kali ini, kami tajukkan dengan Isu Qazaf: Adakah Termasuk Tuduhan Liwat? Semoga sebuah kefahaman yang jelas dipandu kepada kita semua. Amin.

Takrif Qazaf

Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji, qazaf dari sudut bahasa membawa erti lontaran tuduhan. Dalam Mukhtar al-Sihah, qazaf dengan menggunakan batu adalah melontar menggunakannya. Manakala dari sudut istilah, qazaf adalah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/427)

Manakala sebahagian ulama’ mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab. 

Hukum Qazaf

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (3/427) menyebut: Haram ke atas seorang Muslim untuk menuduh saudara seislamnya dengn tuduhan melakukan perbuatan yang keji (الفاحشة) sama ada tuduhannya itu benar atau pun dusta dari pihak dirinya. Dalam keadaan dusta, sesungguhnya hal tersebut adalah suatu fitnah dan kezaliman dan pendustaan merupakan antara perkara haram yang paling keji.

Manakala dalam keadaan tuduhan itu benar, seseorang itu membuka perkara yang tersembunyi serta mencemarkan maruah. Oleh yang demikian, Syarak menganggap perbuatan qazaf termasuk antara dosa-dosa besar. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ الرِّبَا وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلَاتِ

Maksudnya: Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Lalu para sahabat bertanya: Apakah perkara-perkara tersebut wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan melainkan dengan adanya hak, makan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari medan perang, dan menuduh wanita yang telah berkahwin yang beriman melakukan zina.

Riwayat al-Bukhari (2766) dan Muslim (89)

Bahkan perbuatan qazaf merupakan antara jenayah yang dikenakan hukuman hudud ke atasnya iaitu pelakunya disebat sebanyak 80 kali sebatan dan gugur penyaksiannya. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya: Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.

Surah al-Nur (4)

Antara hikmah disyariatkan hukuman hudud terhadap perbuatan Qazaf adalah kerana Islam menggesa ke arah penjagaan maruah daripada perkara-perkara yang mencemar dan memburukkan maruah.

Adakah Qazaf Meliputi Liwat?

Definisi Liwat

Liwat dari sudut bahasa merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut disebabkan tidak ada yang melakukan perbuatan jenayah ini sebelum kaum Lut. Ini seperti yang difirman oleh Allah SWT:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّنَ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

Surah al-A’raf (80)

Syeikh al-Maraghi berkata: Perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu pada mana-mana zaman pun tetapi perbuatan itu termasuk dalam perkara baru yang kamu buat dalam soal kerosakan sehingga kamu merupakan contoh dan teladan dalam perbuatan yang jahat. Oleh itu kamu akan menerima dosa dan dosa daripada sesiapa sahaja yang mengikut kamu dalam melakukan perbuatan-perbuatan jahat itu sampai hari kiamat.

Ini merupakan keterangan bahawa keburukan-keburukan yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan tuntutan-tuntutan fitrah. Keadaan ini sememangnya tidak diingini oleh hati sesiapa pun daripada umat sebelum mereka, malah hal itu bertentangan dengan petunjuk agama. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/2279)

Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebut: Ungkapan “أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ” adalah istifham pengingkaran dan penghinaan. (Lihat Tafsir al-Munir, 8/514)

Hukum Liwat

Para ulama’ telah bersepakat akan pengharaman liwat dan menyatakan bahawa ia merupakan antara sebesar-besar perbuatan yang keji. Antara dalil-dalil yang menunjukkan kepada pengharaman liwat adalah seperti berikut:

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ.

Maksudnya: Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut. Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut. Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Lut.

Riwayat al-Nasa’ie (7297)

Hadis ini menunjukkan bahawa pelaku perbuatan liwat dilaknat oleh Allah SWT dan amaran laknat ke atas sesuatu perbuatan menunjukkan kepada haram dan dosa besarnya perbuatan tersebut.

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
اقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ

Maksudnya: Bunuhlah peliwat dan yang diliwat.

Riwayat al-Tirmizi (1456)

Berdasarkan hadis di atas, wajah dilalah ke atas pengharaman liwat adalah apabila disertakan hukuman bunuh ke atas pelaku perbuatan tersebut.

Menurut mazhab Jumhur ulama, tuduhan liwat ke atas seseorang adalah kesalahan qazaf, jika tidak dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki atau pengakuan ikrar orang yang dituduh. Kami nukilkan daripada kitab al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (33/9):

وَمَنْ قَذَفَ رَجُلاً بِعَمَل قَوْمِ لُوطٍ إِمَّا فَاعِلاً أَوْ مَفْعُولاً، فَعَلَيْهِ حَدُّ الْقَذْفِ؛ لأَِنَّهُ قَذَفَهُ بِوَطْءٍ يُوجِبُ الْحَدَّ، فَأَشْبَهَ الْقَذْفَ بِالزِّنَا، وَهَذَا قَوْل الْحَسَنِ وَالنَّخَعِيِّ، وَالزُّهْرِيِّ وَمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ، وَأَحْمَدَ وَأَبِي يُوسُفَ، وَمُحَمَّدِ بْنِ الْحَسَنِ وَأَبِي ثَوْرٍ

“Barangsiapa yang menuduh seorang lelaki dengan perbuatan kaum Lut, sama ada dengan tuduhan sebagai peliwat atau yang diliwat, maka ke atas orang yang menuduh itu hukuman had qazaf. Ini kerana dia menuduh seseorang melakukan persetubuhan yang mewajibkan hukuman had, maka ia menyerupai tuduhan qazaf dengan zina. Inilah pendapat al-Hasan, al-Nakhaie, al-Zuhri, Malik, al-Syafie, Ahmad, Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan, dan Abu Thaur.”

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah dalam kitab Raudhah al-Tolibin (10/90):

قَوْلُنَا: إِيلَاجُ الْفَرَجِ فِي الْفَرْجِ، يَدْخُلُ فِيهِ اللِّوَاطُ، وَهُوَ مِنَ الْفَوَاحِشِ الْكَبَائِرِ، فَإِنْ لَاطَ بِذَكَرٍ، فَفِي عُقُوبَةِ الْفَاعِلِ قَوْلَانِ، أَظْهَرُهُمَا: أَنَّ حَدَّهُ حَدُّ الزِّنَا، فَيُرْجَمُ إِنْ كَانَ مُحْصَنًا، وَيُجْلَدُ وَيُغَرَّبُ إِنْ لَمْ يَكُنْ مُحْصَنًا،

“Pendapat kami (mazhab Syafie): tenggelamnya faraj (alat sulit) dalam faraj (alat sulit) termasuk dalamnya ialah perbuatan liwat, yang merupakan salah satu daripada perbuatan keji dan dosa besar. Jika seseorang meliwat seorang lelaki, maka tentang hukuman pelakunya ada dua pendapat; pendapat yang azhar adalah hukumannya sama seperti hukuman zina. Maka direjam sekiranya dia seorang yang muhsan, atau dirotan serta dibuang negeri sekiranya bukan muhsan.”

Beliau berkata jua:

إِذَا رَمَى بِالْإِصَابَةِ فِي الدُّبُرِ، كَقَوْلِهِ: لُطْتِ أَوْ لَاطَ بِكِ فُلَانٌ، فَهُوَ قَذْفٌ، سَوَاءٌ خُوطِبَ بِهِ رَجُلٌ أَوِ امْرَأَةٌ

“Jika seseorang menuduh seseorang mendatangi seseorang pada dubur, seperti dia berkata: “Kamu telah meliwat” atau “Seseorang telah meliwat engkau.”, maka itu adalah qazaf, sama ada jika ia ditujukan kepada lelaki atau wanita.” Rujuk Raudhah al-Tolibin (8/311)

Qazaf Liwat Menurut Undang-undang Syariah di Malaysia

Peruntukan berkenaan liwat diperuntukkan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen 25 memperuntukkan ‘mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.’

Manakala Seksyen 41 memperuntukkan bahawa ‘kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.’ [1]

Semoga sebuah kefahaman berkenaan qazaf kepada kita semua menjadi jelas dan nyata. Kami berdoa kepada Allah agar kita semua mengelakkan diri daripada terjebak kepada qazaf kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.

[1] Walau bagaimanapun, berdasarkan kes-kes yang diputuskan sebelum ini, Mahkamah Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan Selangor enggan menerima tafsiran bahawa tuduhan liwat untuk dimasukkan di bawah kesalahan qazaf di bawah Seksyen 41. Ini kerana menurut para hakim Syarie, akta atau enakmen berkenaan hanya menafsirkan zina sebagai hubungan kelamin antara lelaki dan wanita sahaja, dan tidak memasukkan perbuatan liwat. Justeru, pihak Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes qazaf melibatkan tuduhan liwat. Wallahua’lam.


4. Tabayyun Dalam Penerimaan dan Penyampaian Berita
tabayyun dalam sampaikan berita
Tabayyun dalam penerimaan dan penyampaian berita - Mufti WP
Mutakhir kini, dalam era globalisasi yang serba maju, seiring dengan kecangihan teknologi global, tidak menjadi satu kemustahilan dan kesukaran bagi seseorang untuk menyebarluaskan sesuatu maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat.

Bahkan manusia kini lebih banyak berinteraksi kepada alam maya yang terkumpul didalamnya limpahan berita yang diperoleh melalui pelbagai saluran seperti surat khabar, majalah, Media massa (WhatsApp, Facebook, Instagram, YouTube) dan sebagainya. Taip sahaja kata kunci pada enjin carian internet, setiap perincian maklumat yang diperlukan akan dipamerkan. Isunya, adakah maklumat yang mudah untuk diperoleh ini, mampu untuk ditapis dan dipastikan kebenarannya?.

Jika perkhabaran itu merupakan satu kebenaran, maka ia adalah baik bagi yang menerimanya, namun jika ia adalah sebaliknya maka pasti mengundang kepada permusuhan dan perselisihan.

Kehidupan bermasyarakat pada hari ini tidak lekang daripada membincangkan isu-isu semasa sebagai bahan gosip dan hujah dalam mengadu domba diantara manusia. Keadaan ini diperkeruhkan dengan kehadiran sekelompok masyarakat yang menjadikan gosip dan aib orang lain sebagai bahan dagangan untuk mengaut keuntungan dunia dalam meraih populariti. Akhirnya, masyarakat akan hidup dalam keadaan bermusuhan dan kucar kacir.

Kita sering terlupa bahawa Allah SWT berpesan di dalam firmanNya bahawa umat Islam perlu bersikap hati-hati dengan cara meneliti dan mencari bukti yang berkait dengan isu mengenai sesuatu tuduhan atau hal yang menyangkut tentang identiti seseorang.

Adab atau sikap yang terkait dengan “tabayyun” ini ditekankan agar kita tidak terjerumus dalam kancah fitnah termasuk juga mengelakkan daripada mendengar atau membaca berita yang membahas keaiban dan membahayakan pemikiran. Demikianlah akhlak dan prinsip al-Quran untuk sentiasa bersangka baik dan tidak gopoh dalam membuat kesimpulan akan sesuatu perkhabaran.

Justeru penulisan bagi kali ini bertujuan untuk menyebarluaskan kefahaman dalam memahami konsep tabayyun dalam menerima segala berita dan maklumat, seterusnya diharapkan penulisan ini dapat dihayati dan sedikit sebanyak memberi kefahaman.

Definisi Tabayyun

Tabayyun merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud menthabitkan dan menyemak asas kebenarannya. Berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan terlebih dahulu kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti fitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan. Perintah untuk “tabayyun” merupakan perintah yang sangat penting agar kita dapat mengelakkan dari berprasangka.

Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata,

“Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Lihat kitab Fathul Qadir, 5:65)

Syariat Tabayyun

Allah SWT memerintahkan supaya menyelidik serta mendapat kebebaran berita yang disampaikan seseorang. Ini kerana bagi mengelak daripada terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku. Allah SWT menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran,

Firmannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa. Allah SWT telah mengajar hambanya supaya beradab mulia dalam soal agama ataupun dunia. Dan berhubung dengan perkara itu, apabila seseorang yang fasik datang memberitahu sesuatu berita yang bertentangan dengan syiar agama. Oleh itu jangan mempercayai beritanya itu melainkan dengan menyelidik serta menelitinya dahulu. (Lihat: Tafsir al-Maraghi, 26/126)

Syeikh Ali al-Sobuni di dalam tafsirnya menyatakan jika datang kepada kamu seorang lelaki fasiq yang mana ia tidak boleh dipercayai dengan kebenaran dan keadilannnya, dengan apa yang diberitakan, maka hendaklah kamu menyemak akan kesahihan beritanya itu. Ini supaya kamu tidak menghukum atau menuduh sesuatu kaum sedangkan kamu jahil tentang hakikat sebenar. Ketika itu, jadilah kamu menyesal tak sudah atas perbuatan kamu. (Lihat: Sofwah al-Tafasir, 3/216)

Dr. Wahbah Zuhaili dalam mentafsirkan ayat di atas menyatakan: Allah SWT menyeru kepada umatnya yang beriman, apabila datang orang fasik menyampaikan berita sebaiknya mencari kebenaran berkenaan dengan berita itu dan janganlah terlalu cepat menghukumnya dan menyebarnya. Ini kerana takut akan keburukan dan perkara yang tidak diingini berlaku di atas keputusan yang salah serta memberi kemudharatan ke atas orang lain. (Lihat: al-Tafsir al-Munir oleh Dr.Wahbah al-Zuhaili, 26/227)

Akibat Tidak Tabayyun

Tidak bertabayyun di dalam sesuatu berita itu boleh menyebabkan terjadinya prasangka yang buruk berlaku di kalangan masyarakat serta keadaan yang kurang tenang. Allah SWT melarang daripada melakukan perbuatan ini sepertimana firmannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖوَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

(Surah al-Hujurat, 12)

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di mentafsirkan akan di atas bahawa Allah SWT melarang berprasangka buruk terhadap saudara muslimnya. Dengan sebab berprasangka buruk ini akan menyebabkan berlaku pengumpatan dan mencerca. Melakukan perkara yang diharamkan sehingga tertanam di dalam hatinya perasaan yang buruk terhadap rakan muslimnya dan menimbulkan permusuhan sesamanya. (Lihat: Tafsir al-Sa’di, 1/801).

Ini menunjukkan bahawa bertapa pentingnya megetahui kebenaran sesuatu berita yang disampaikan. Ia bagi menjaga ikatan persaudaraan sesama muslim itu satu perkara yang harus dititik beratkan. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚوَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya

(Surah ali-Imram, 103)

Oleh itu penelitian di dalam menerima sesuatu berita itu mestilah diambil berat bagi memastikan kebenarannya. Ini supaya dapat mengelak daripada berlakunya penyebaran berita palsu dan perbuatan ini akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT serta tergolong dalam golongan yang pendusta. Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Hafs bin Asim RA, sabda Nabi SAW:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun)

Riwayat Muslim (5)

Adab Menyampaikan Berita

Dalam menyampaikan berita, seseorang itu harus bertanggungjawab dalam segala ucapan dan penyampaiannya. Oleh itu seharusnya berhati-hati dalam setiap aspek yang dilakukannya. Hal ini kerana Allah SWT memandang berat terhadap perbuatan ini dan Nabi SAW memperingati umatnya supaya berhati-hati di dalam menyampaikan sesuatu berita seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.”

Riwayat al-Tirmizi (2314)

Selain itu, berita yang disampaikan itu mestilah benar serta tidak akan mengundang kepada keaiban dan pembohongan. Ini supaya tidak mengundang kemurkaan daripada Allah SWT dan berlaku kekacauan di dalam masyarakat. Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

(Surah An-Nur, 11)

Kaedah Menerima Berita

Akhlak dan prinsip yang terkandung di dalam al-Quran mengajar manusia sentiasa bersangka baik dan tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan dalam sesuatu pengkhabaran. Hal ini ditekankan oleh Baginda SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ، وَلاَ تَحَسَّسُوا، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا ‏"

Maksudnya: Jauhilah daripada berprasangka buruk, kerana prasangka buruk merupakan penipuan yang besar. dan janganlah melihat kesalahan orang lain, dan janganlah suka mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah saling membenci, dan janganlah memutuskan hubungan persaudaraan akan tetapi jadikanlah kalian hamba Allah yang bersaudara.

Riwayat al-Bukhari (6724)

Allah SWT memperingati bahawa janganlah meyakini sesuatu perkara itu sebelum memastikan kebenarannya. Dan tidak mengikuti prasangka dan khabar berita yang buruk. Ini kerana setiap pancaindera dan hati manusia akan diperhitungkan di hari Akhirat kelak. 

Firman Allah SWT:

ولَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

(Surah al-Isra’, 36)

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di menyatakan “Janganlah mengikuti apa yang tidak kamu ketahui. Bahkan perkara ini bergantung di atas apa yang dikatakan dan dilakukan. Ini kerana setiap perbuatan serta anggota tubuh itu akan di pertanggungjawabkan sama ada dari segi perbuatan atau percakapan. Dan tujuan penciptaannya adalah bertujuan untuk ibadah kepada Allah SWT dan berkerja untuk agama”. (Lihat: Tafsir al-Sa’di, 1/457)

Oleh itu, memastikan sesuatu pengkhabaran itu merupakan satu tuntutan bagi mengelak terjadinya fitnah dan permusuhan diantara manusia. Satu kaedah yang masyhur ada menyebut:

إِنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ    وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ باِلدَّلِيلِ

Maksudnya: “Jika sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti.”

Selain itu, terdapat kata-kata hukama’ yang menyatakan:

وَاتْرُكِ القَالَ وَ القِيلَ

Maksudnya: Tinggalkanlah apa yang orang kata, dan apa yang dikatakannya.

Peringatan Oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan di dalam kitabnya “Al-Halal Wa Al-Haram” di mana Rasulullah SAW bersabda:

شِرَارُ عِبَادَ اللهِ المَشَّاؤُونَ بِالنَمِيمَةِ، المُفَرِّقُونَ بَيْنَ الأَحِبَّةِ، البَاغُونَ لِلبُرَءاءِ العَيْبَ

Maksudnya: Sejahat-jahat hamba Allah SWT ialah mereka yang berjalan membawa mulut, iaitu mengadu domba, yang suka memecah belah antara orang-orang yang berkasih sayang, yang mencatatkan orang-orang yang suci dengan kata-kata yang jahat.

(Riwayat Imam Ahmad)

Pada hakikatnya apabila Islam berperanan untuk melenyapkan permusuhan dan mendamaikan antara dua orang yang berselisih faham, juga membenarkan pendamai itu menyembunyikkan apa yang didengar dari kata-kata yang buruk, yang dikatakan seseorang itu kepada yang lain, dan menambah pula kata-kata yang baik dari mulutnya sendiri, yang tidak didengarnya dari salah seoarang antara kedua dalam suatu hal atau perkara, kerana hal tersebut dinyatakan di dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:

لَيْسَ بِكَذَابٍ مَنْ أَصْلَحَ بَيْنَ اثْنَينِ فَقَالَ خَيْرًا أَوْ نَمَّى خَيْرًا

Maksudnya: “Tidaklah dikira berdusta, sipa yang mahu mendamaikan antara dua orang yang berselisih, lalu dikatakannya segala yang baik-baik atau dia menambah apa yang baik.”

Islam sangat marah terhadap orang yang gemar mendengar perkataan yang buruk, lalu segera menyampaikan kepada orang lain untuk bermusuh-musuhan atau kerana ingin menimbulkan fitnah, atau bertujuan untuk memporak perandakan hubungan antara satu sama yang lain supaya hancur binasa.

Orang seperti ini tidak hanya cukup untuk menyampaikan apa yang didengarnya sahaja, malahan perasaan ingin memporak perandakan yangad apada diri mereka itu akan mendorong mereka untuk menambah sesuatu benda yang lain daripada apa yang mereka dengar, iaitu dengan mencipta sesuatu yang tidak didengarnya itu.

إِنْ يَسْمَعُوا الخَيْرَ أَخْفَوْهُ, وَإِنْ سَمِعُوا شَرّاً أَذَاعُوا وَإِنْ لَمْ يَسْمَعُوا كَذِبُوا

Maksudnya: “Jika dengar baik mereka sembunyikan, sebaliknya dengar yang buruk mereka hebahkan, jika tidak dengar, lalu dusta.”

Suatu ketika seorang lelaki datang kepada Umar bin Abdul Aziz RA, lalu dia menyampaikan sesuatu yang tidak baik tentang seorang temannya. Lalu Umar bin Abdul Aziz RA berkata kepadanya: Sekarang kami terpaska menyiasat perkara ini! Jika kamu dusta, maka kamu termasuk dalam golongan orang yang dinyatakan dalam firman Allah SWT:

إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا

Maksudnya: “Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.”

(Surah al-Hujurat: 6)

Jika sekiranya kamu bercakap benar, maka kamu tergolong dalam kumpulan orang yang dikatakan dalam firman Allah SWT:

هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ

Maksudnya: “Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)”

(Surah al-Qalam: 11)

Tetapi, jika kami memaafkan kamu dengan syarat kamu tidak akan melakukannya lagi? Lelaki itu menjawab: Maafkan sahaja, hai Amirul Mukminin, saya tidak akan mengulanginya lagi perbuatan itu. (Lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, 604-606)

Adab Menulis dan Menerima Berita

Kemelut pada zaman ini menyaksikan fitnah dan penyampaian berita sudah berkembang dengan pantas melalui media sosial yang membolehkan sesiapa sahaja melayarinya dan menerima berita di seluruh dunia pada sepanjang masa.

Kecanggihan pelbagai alat komunikasi dibantu media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram, blog, dan seumpamanya mempercepat penyampaian segala maklumat dan juga berita. media sosial seperti ini adalah termasuk alat komunikasi bagi memudahkan perhubungan sesama manusia.

Hukum asal menggunakannya adalah HARUS jika tujuan dan kaedah penggunaannya tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Ini berdasarkan kaedah fiqh, “Asal pada segala sesuatu itu harus.”

Namun, sesetengah masyarakat menggunakan media sosial ini dengan menyampaikan berita dan juga menerimanya tanpa memeriksa kesahihan sumber dan maklumat dalam berita tersebut. Maklumat atau berita yang diperoleh itu adakalanya membawa kepada perselisihan dan ada juga yang menyatakan kebenaran.

Namun secara pasti, limpahan maklumat pada hari ini yang mudah untuk diperoleh, tidak lagi mampu untuk ditapis dan dipastikan kebenarannya. Segala berita atau perkhabaran yang diperoleh tanpa asas kebenaran dan kepastian yang jitu, dapat mengundang kepada permusuhan dan perselisihan sesama kita.

Oleh itu, khabar yang benar, maklumat yang tepat dapat menjadikan kita sebagai seorang yang mampu untuk menilai, berfikir dan yang paling utama adalah bertindak di atas asas kebenaran yang kukuh dan menepati kehendak umum. Perselisihan yang berlaku akibat daripada kekaburan maklumat atau berita yang diperoleh menjadikan seluruh masyarakat hidup dalam keadaan sentiasa syak wasangka terhadap sesama sendiri, namun lebih mudarat lagi apabila melibatkan keluarga atau kerabat yang terdekat. Inilah bala dan perkara yang mesti di ambil peduli dan sikap yang tegas dalam mencari dan menyampaikan maklumat dan berita yang betul dan tepat. 

Menurut kamus Dewan edisi keempat berita bermaksud perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian. 

Antara Adab dalam menulis dan menyampaikan berita:

Tidak tergesa-gesa menyampaikan khabar dan berita tanpa mengetahui selok belok serta kepastian berita tersebut. Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan sebagai pendusta apabila dia bercakap mengenai semua yang didengar.”

Riwayat Muslim (4)

Begitu juga dengan sikap terburu-buru dalam menyampaikan berita, kerana sikap tergesa-gesa itu datang daripada syaitan sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

التَّأَنِّي مِنَ اللهِ، وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ

Maksudnya: “Ketenangan datangnya dari Allah, sedangkan tergesa-gesa datangnya dari setan.”

Riwayat al-Baihaqi (20270)

Tidak menyampaikan berita dengan tujuan al-Namimah (mengadu domba). Sesungguhnya perbuatan al-Namimah itu sangat dicela di dalam Islam kerana ianya boleh memecah belahkan masyarakat, sebagaimana larangan Nabi SAW berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَلَا أُنَبِّئُكُمْ مَا الْعَضْهُ؟ هِيَ النَّمِيمَةُ الْقَالَةُ بَيْنَ النَّاسِ

Maksudnya: “Mahukah aku ceritakan kepada kamu apa itu al’adhhu (الْعَضْهُ)? Itulah namimah, perbuatan menyebarkan berita untuk merosakkan hubungan antara sesama manusia”

Riwayat Muslim (2606)

Imam al-Nawawi dalam syarahnya menukilkan kata-kata ulama’ mengenai makna al-Namimah:

النَّمِيمَةُ نَقْلُ كَلَامِ النَّاسِ بَعْضِهِمْ إِلَى بَعْضٍ عَلَى جِهَةِ الْإِفْسَادِ بَيْنَهُمْ

Maksudnya: “al-Namimah adalah menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosakkan hubungan di antara mereka” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/112)

Penyampaian berita itu tidak membuka aib orang lain.

Dalam sebuah hadith daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.

Riwayat al-Tirmizi (2032)

Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.

Riwayat Muslim (1017)

Berdasarkan hadith ini, sekiranya sunnah sayyiah atau perbuatan buruk itu seperti menyebarkan berita palsu itu, disebarkan pula kepada orang lain dan ianya makin berkembang dan bertingkat-tingkat, maka orang yang memulakan perbuatan buruk dan berdosa itu akan menanggung dosa yang dilakukan oleh orang yang lain disebabkan perbuatannya membuka aib orang lain dan menyebarkan berita yang palsu dan tidak benar.

Antara Adab dalam menerima berita:

Menyemak berita tersebut serta bertabayyun mengenainya dengan konsep tabayyun di dalam Islam. Berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan dahulu kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti menfitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan. Perkara ini menjadi salah satu agenda al-Quran di mana Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Surah al-Hujurat (6)

Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata: “Allah memerintahkan agar kita benar-benar menyemak berita dari orang fasik dengan mewaspadainya supaya tidak berlaku sebarang pendustaan dan kekeliruan. Kebanyyakan ahli tafsir menyebut turunya ayat ini kepada al-Walid bin ‘Uqbah bin Abi Mu’ith ketika menjadi utusan Rasulullah untuk memungut zakat daripada Bani Mustaliq.(Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 7/476)

Imam al-Syaukani rahimahullah berkata: “Yang dimaksudkan dengan tabayyun adakah memeriksa dengan teliti yang dimaksudkan dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan khabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Lihat Fath al-Qadir, 5/65).

Tidak menerima berita daripada orang yang fasiq dan juga sumber berita yang tidak berautoriti. Dalam menerima maklumat, lihatlah kepada mereka yang berautoriti agar maklumat yang diberikan benar dan tepat. Hal Ini bagi mendidik masyarakat untuk merujuk serta menerima berita dan juga menyemaknya kepada yang sepatutnya.

Imam Al-Sobuni berkata: Jika datang kepada kamu seorang lelaki fasiq yang mana ia tidak boleh dipercayai dengan kebenaran dan keadilannnya, dengan apa yang diberitaka, maka hendaklah kamu menyemak akan kesahihan berita. Ini supaya kamu tidak mengenakan hukuman atau musibah kepada satu-satu kaum sedangkan kamu jahil tentang hakikat sebenar. Ketika itu, jadilah kamu menyesal tak sudah atas perbuatan kamu. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 3/216)

Tidak mudah menyebarkan berita yang diterima sewenang-wenangnya terutama jika ianya melibatkan aib dan maruah orang lain. Hal ini berdasarkan hadith yang riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.

Riwayat Muslim (2590)

Demikianlah akhlak dan prinsip al-Quran untuk sentiasa berakhlak dan bersangka baik dan tidak gopoh dalam membuat kesimpulan akan sesuatu perkhabaran. Kegagalan mengamalkan dalam menerima dan menyebarkan berita yang tidak berlandaskan syariat Islam dan konsep tabayyun akan menatijahkan musibah kepada diri dan ummah sehingga membawa kepada penyesalan diri yang teramat di dunia dan akhirat. Inilah diisyaratkan Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat keenam sebagaimana ulasan di atas.

Justeru dalam berhadapan dengan zaman fitnah ini, dengan bantuan teknologi maklumat begitu canggih masa kini, umat Islam seharusnya lebih berhati-hati dan mengamalkan prinsip tabayyun sebelum menyebarkan, menerima, mahupun berkongsi satu-satu berita.    
Di samping itu juga, pemberitaan atau perkhabaran yang mudah diterima pada hari ini melaluiFacebook, emel, twiter, surat khabar, majalah atau sebagainya tidak pasti akan ketepatan dan kesahihan maklumat.

Tambahan dari itu juga, medium seperti ini juga dijadikan tempat untuk memburukkan seseorang individu, penyebaran berita palsu yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan sesama manusia.

Oleh itu satu kaedah menyatakan:

إِنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ باِلدَّلِيلِ

Maksudnya: “Jika sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti.”

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kepada kita semua kefahaman yang tepat dalam beragama. Ameen.

Isu Perundangan

Seksyen 499 Kanun Keseksaan (Akta 574) mendefinisikan “fitnah” sebagai:

“Barang siapa, sama ada dengan perkataan yang dituturkan atau yang dimaksudkan untuk dibaca atau dengan isyarat, atau denganpenyataan zahir, membuat atau menyiarkan apa-apa tohmahan mengenai seseorang, dengan maksud hendak merosakkan, atau dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayai bahawa tohmahan itu akan merosakkan nama baik orang itu, adalah dikatakan, kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, memfitnah orang itu."

Selain itu, penyebaran maklumat berunsur fitnah atau menjatuhkan maruah orang lain boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan. Seksyen 499 turut menghuraikan bahawa:

"Tiadalah apa-apa jua tohmahan dikatakan merosakkan nama baik seseorang, melainkan tohmahan itu, sama ada dengan tepatnya atau tidak, pada hemat orang lain, menjatuhkan watak akhlak atau watak kecerdikan orang itu atau menjatuhkan watak orang itu mengenai kastanya atau pekerjaannya, atau menjatuhkan keamanahan orang itu, atau menyebabkan supaya dipercayai bahawa tubuh orang itu ada dalam keadaan menjijikkan, atau dalam keadaan yang pada amnya dipandang keji."

Manakala Seksyen 500 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan fitnah sebagai: “Barang siapa memfitnah seseorang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”

Selain itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial kerana ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 Akta tersebut.[1] Seksyen berkenaan memperuntukkan:

Larangan terhadap pemberian kandungan jelik

Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kesimpulan

Dalam konsep menerima atau menyampaikan sesuatu berita itu, untuk memastikan kebenaran dan keabsahan sesuatu berita itu mestilah melalui beberapa proses supaya dapat memperhalusi dan meneliti khabar itu. Oleh itu, beberapa faktor-faktor yang patut diambil berat ialah:

Mestilah berhati-hati di dalam menyampaikan sesuatu berita.

Memastikan tidak akan berlakunya salah faham dan kesalahan dalam fakta yang boleh menyebabkan fitnah.

Memastikan kesahihan dan kebenaran berita yang diterima atau yang akan disampaikan.
Tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan sesuatu berita.

Menanamkan prasangka yang baik dan menjauhi su’u zhon sesama manusia.

Menjaga silaturrahim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim diantara masyarakat.

Allah SWT melarang menyakiti saudara muslim dan menjanjikan azab yang berat kepada siapa yang mencemarkan kehormatan saudaranya. Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Maksudnya: Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.

(Surah al-Ahzab: 58)

Wallahualam

[1]https://www.skmm.gov.my/media/press-clippings/berhenti-sebar-sms-palsu-atau-sedia-didakwa-skmm


Moga bermanfaat untuk semua.

Akhukum fillah,

Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Siapakah Ted Bundy? Ini Kisah Benar Hidup Individu Syaitan Bertopengkan Manusia...

$
0
0
Membunuh sekurang-kurangnya 30 orang wanita dengan memukul kepala mangsa dan jasadnya dibuang ke hutan terpencil. Pada masa sama, dia akan datang ke tempat pembuangan mayat untuk melakukan seks dengan mayat yang mereput. 


Kisah Benar Hidup Individu Syaitan Bertopengkan Manusia - Ted Bundy

Pada musim bunga dan musim panas tahun 1974, polis di Pacific Northwest, US berada dalam keadaan panik. 

Wanita-wanita kolej di seluruh Washington dan Oregon telah hilang paling kurang sorang dalam masa sebulan & polis mempunyai beberapa petunjuk tentang siapa dalang di sebalik semua ini.

Dalam tempoh 6 bulan, enam wanita telah diculik dan beberapa wanita lain telah melaporkan bahawa mereka cuba diumpan oleh seorang lelaki.

Kebanyakkan mangsa menggambarkannya sebagai seorang yang kacak dan berkarisma, Ciri-ciri yang digunakannya untuk mendapatkan kepercayaan mereka.

Satu-satunya keterangan yang dimiliki oleh pihak polis adalah bahawa wanita-wanita ini didatangi oleh seorang pemuda yang tampan dan menarik serta memakai anduh pada lengannya, cuba mengumpan mereka ke arah sebuah kereta Volkswagen Bettle berwarna coklat.

Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Ted.

Selepas mendedahkan laporan ini kepada orang ramai, pihak polis dihubungi oleh empat orang yang mengenal pasti lelaki tersebut, bernama Ted Bundy.
Ted Bundy movie
Siapakah Ted Bundy?
Empat orang tersebut adalah bekas teman wanitanya, kawan rapatnya, salah seorang rakannya, dan profesor psikologi yang mengajar Ted.

Walaupun ia merupakan satu amaran, namun polis tak merasakan bahawa Ted adalah suspek dalam kes kehilangan pelajar wanita tersebut sebab fikirkan tak mungkin seorang pelajar jurusan undang-undang tanpa rekod jenayah boleh melakukan perkara sebegitu.

Perkara ini memberikan banyak peluang kepada Ted Bundy sepanjang kerjayanya sebagai seorang pembunuh yang membolehkan dia membunuh sekurang-kurangnya 30 mangsa di 7 buah negeri dalam tahun 1970-an.

Ted Bundy telah menipu ramai orang, termasuk polis yang tidak mengesyakinya, pengawal penjara yang dia berjaya larikan diri, wanita-wanita yang dimanipulasi, isterinya yang dinikahinya selepas ditangkap.

Malah, dia sendiri berkata, "Saya adalah anak har*m yang paling kejam pernah anda semua temui,".

KEHIDUPAN AWAL TED BUNNY

Ted Bundy dilahirkan di Vermont, 4,485 kilometer dari tempat di mana dia melakukan pembunuhannya yang pertama. Ibunya bernama Eleanor Louise Cowell dan bapanya tidak diketahui.
ted bundy kisah benar
Ted Bundy semasa muda remaja
Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, dia dibesarkan oleh nenek dan datuknya yang kejam sebagai anak mereka sendiri.

Lebih buruk, Ted percaya yang ibu kandung dia merupakan kakak kandung sebab dah lama membesar bersama semasa tinggal dengan atuk dan nenek.

Ted dan ibunya selalu dipukul datuknya, mereka pon larikan diri ke Washington untuk tinggal bersama sepupunya ketika Ted berusia 5 tahun.

Di sana, Eleanor bertemu dan berkahwin dengan seorang tukang masak hospital, Johnnie Bundy, secara rasminya menjadikan Ted sebagai anak angkat.

Ted tak suka bapa tirinya itu sebab dia cakap Johnie Bundy ni orang yang tidak bijak dan bergaji rendah.

Tak banyak yang diketahui mengenai zaman kanak-kanak Ted sebab dia bagi penerangan yang bercanggah namun gambaran boleh dibuat bahawa dia mempunyai zaman kanak-kanak yang biasa.

Walaupun Ted menyifatkan dirinya sebagai seorang yang suka alone dan suka mengintip wanita pada waktu malam, namun ramai yang mengenali Ted dari sekolah menengah menggambarkannya sebagai seorang yang terkenal dan sangat disukai.


KEHIDUPAN DI KOLEJ DAN SERANGAN PERTAMA

Ted Bundy tamat sekolah menengah pada tahun 1965 dan selepas mendaftar di Universiti Puget Sound sebelum berpindah ke University Washington untuk mempelajari bahasa Cina.
pelajaran ted bunny
Kehidupan Ted Bundy di kolej
Pastu dia berhenti sekejap daripada belajar pada tahun 1968 tapi kembali ke kolej dalam jurusan psikologi.

Time Ted berhenti belajar untuk seketika, dia balik rumah & time itulah dia dapat tahu buat pertama kalinya bahawa wanita yang dia anggap sebagai kakanya, adalah ibu kandungnya.

Sekembalinya Ted ke Universiti Washington, dia bercinta dengan Elizabeth Kloepfer yang bekerja sebagai setiausaha di kolej perubatan kampus tersebut. Elizabeth adalah antara 4 orang yang melaporkan Ted sebagai suspek dalam pembunuhan di Northwest Pacific.

Di antara empat orang yang lain ialah bekas pegawai polis Seattle, Ann Rule, yang bertemu Ted ketika mereka berdua bekerja di pusat panggilan di mana mereka membantu orang yang ingin membunuh diri.

Pada tahun 1973, Ted diterima masuk ke University Puget Sound dalam jurusan undang-undang, tetapi lepas beberapa bulan, dia stop pergi kelas. Ketika inilah kehilangan wanita yang pertama bermula.

Serangan pertama Ted Bundy pada bulan Januari 1974 bukanlah pembunuhan sebenar sebaliknya serangan terhadap Karen Sparks, seorang pelajar dan penari berusia 18 tahun di University of Washington.

Ted pecah masuk ke apartmen Karen dan memukulnya menggunakan rod besi sehingga tidak sedarkan diri sebelum menggunakan objek yang sama secara seksual ke atas mangsanya itu.

Serangan tersebut membuatkan Karen berada dalam keadaan koma selama 10 hari dan mengalami kecacatan kekal.


PEMBUNUHAN PERTAMA TED BUNDY

Mangsa Ted seterusnya yang juga merupakan mangsa pembunuhan pertama adalah Lynda Ann Healy, pelajar Universiti Washington.

Sebulan selepas serangan pertama terhadap Karen Sparks, Ted memecah masuk ke sebuah apartmen pada awal pagi, memukul Lynda sehingga pengsan dan membawanya masuk ke dalam kereta Ted.

Sejak itu, Lynda tidak pernah lagi dijumpai namun beberapa tahun kemudian serpihan tengkoraknya dijumpai di salah satu lokasi di mana Ted buang mayatnya. 

Selepas itu, Ted terus jadikan pelajar perempuan di kawasan tersebut sebagai sasaran.

Taktik biasa dia adalah tumpangkan pelajar wanita yang muda atau menghampiri wanita dengan memakai anduh lalu meminta tolong mereka memasukkan sesuatu ke dalam keretanya. Ted akan memukul mangsanya sampai pengsan sebelum mengikat, merogol dan membunuh mangsanya.

Mayat tersebut kemudiannya akan dibuang di kawasan hutan yang terpencil. Tapi, mayat-mayat tu tak ditinggalkan macam tu je. 

Kadang-kala Ted akan datang tempat pembuangan mayat tersebut untuk buat hubungan seks bersama mayat yang mereput.

Dalam beberapa situasi, Ted akan potong kepala mangsanya dan menyimpan tengkorak di dalam apartmentnya. Ted juga tidur bersama-sama tengkorak tersebut.
ted bundy tengkorak
Koleksi tengkorak mangsa yang disimpan oleh ted Bundy
Dalam tempoh lima bulan berikutnya, Ted telah menculik dan membunuh lima lagi pelajar perempuan di Northwest Pacific.

Mangsa-mangsa tersebut adalah Donna Gail Manson, Susan Elaine Rancourt, Roberta Kathleen Parks, Brenda Carol Ball, dan Georgann Hawkins.

Disebabkan kehilangan yang begitu kerap ini, polis minta siasatan besar-besaran dilakukan dan minta beberapa agensi kerajaan yang lain untuk bantu mencari mangsa-mangsa yang hilang.

Salah satu daripada agensi tersebut adalah Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Washington, tempat di mana Ted bekerja ketika melakukan jenayah tersebut.

Di situ, Ted bertemu dengan Carole Ann Boone, di mana dia jalinkan hubungan cinta untuk beberapa tahun ketika pembunuhan diteruskan.

PERPINDAHAN DAN PENANGKAPAN TED BUNDY

Ketika pencarian terhadap penculik diteruskan, banyak keterangan saksi muncul yang tunjukkan Ted adalah pelakunya tapi time beberapa mayat ditemui di dalam hutan, Ted diterima masuk ke sekolah undang-undang di Utah dan berpindah ke Salt Lake City.

Kat sana, dia teruskan addiction dia untuk merogol dan membunuh wanita muda, termasuk seorang wanita yang menumpang keretanya di Idaho dan 4 remaja perempuan di Utah.

Mengetahui tentang pembunuhan yang berlaku serta perpindahan Ted ke lokasi jenayah tersebut berlaku, bekas kekasihnya Elizabeth Kloepfer menghubungi pihak polis buat kali kedua untuk menegaskan semula syak wasangkanya terhadap Ted Bundy, sebagai pembunuh tersebut.

Amaran kedua ini tidak membawa kepada penahanan Ted, namun ketika para penyiasat mengumpulkan makluamat berkaitan dengan 5 pembunuhan terbaru di Utah dan Idaho itu, nama Ted muncul sebagai salah satu suspek utama.

Tidak hiraukan apa yang berlaku, Ted teruskan pembunuhannya. Kali ini menghala ke Colorado dari rumahnya di Utah di mana 3 lagi wanita dibunuh.

Akhirnya, pada Ogos 1975, Ted Bundy ditahan oleh pegawai polis ketika memandu melalui pinggir bandar Salt Lake City, dan polis menemui topeng, gari, serta objek tumpul di dalam keretanya.
pembunuhan ted bundy
Senjata serangan dan pembunuhan Ted Bundy
Walaupun barang-barang tersebut tak mencukupi untuk menahanannya, seorang pegawai polis menyedari bahawa Ted juga merupakan suspek dalam pembunuhan yang terdahulu lalu meletakkannya di bawah pengawasan.

Pegawai-pegawai polis tersebut kemudiannya menemui kereta Volkswagen Beetle yang telah dijual oleh Ted, di mana mereka menemui rambut yang secocok dengan 3 daripada mangsanya.

Dengan bukti ini, mereka masukkan nama Ted ke dalam senarai suspek yang mana dia kemudiannya dikenalpasti oleh salah seorang wanita yang cuba diculiknya.

Ted Bundy telah disabitkan atas kesalahan menculik & menyerang lalu dihantar ke penjara sementara polis menguruskan kes pembunuhannya.
ted bundy ditangkap
Ted Bundy ditangkap polis

TED BUNDY MELARIKAN DIRI DARI PERBICARAANNYA

Bagaimanapun, ini bukanlah merupakan penamat terhadap pembunuhan oleh Ted Bundy. Tak lama kemudian, Ted berjaya melarikan diri daripada jagaan pihak berkuasa. Malah ia berlaku sebanyak dua kali.

Kali pertama pada tahun 1977 yang mana dia melarikan diri dari perpustakaan undang-undang di mahkamah di Aspen.

Dia dibenarkan untuk masuk ke dalam perpustakaan tersebut tanpa gari kerana dia bertindak sebagai peguam bagi pihaknya dalam kes tersebut.

6 hari kemudian, Ted ditangkap semula. Enam bulan lepas melarikan diri buat kali pertama, Ted sekali lagi meloloskan diri.

Kali ini dengan melalui ruangan merangkak di bahagian syiling yang dihasilkannya menggunakan gergaji. Dia berjaya melarikan diri ke Florida.
ted bundy tangkap
Ted Bundy ditangkap
Pada 15 Januari 1978, selepas 2 minggu pelariannya, Ted memecah masuk ke sebuah rumah dihuni pelajar-pelajar wanita di Universiti Florida .

Dalam hanya 15 minit, Ted serang secara seksual dan membunuh Margaret Bowman dan Lisa Levy, manakala Kathy Kleiner dan Karen Chandler cedera teruk.

Masih dalam pelarian selepas 3 minggu melakukan pembunuhan di Florida, Ted culik Kimberly Diane Leach berusia 12 tahun dari sekolahnya, lalu dibunuh.

Seminggu kemudian Ted diberkas oleh pihak polis yang menjumpai bukti dikaitkan jenayah Ted di Universiti Florida di dalam sebuah kereta

Sepanjang perbicaraannya, Ted sabotaj dirinya sendiri dengan mengabaikan nasihat peguamnya dan mengambil alih dalam mempertahankan diri.

Malah orang yang at first pertahankan Ted kemudiannya akan berpaling dan dedahkan apa yang mereka gambarkan tentang Ted.

Joseph Aloi, pegawai penyiasat yang berusaha bagi pihak Ted pernah berkata, "Gambaran saya terhadap Ted adalah dia seorang yang hampir sama dengan syaitan."

Ted Bundy akhirnya disabitkan atas kesemua tuduhan dan diletakkan dalam senarai hukuman mati di penjara di Florida.

Semasa dalam penjara, dia didera oleh tahanan lain termasuklah dirogol oleh oleh empat banduan. Ketika perbicaraan sedang berlangsung, Ted berkahwin Carole Ann Boone yang mana mereka mendapat seorang anak.

Ted Bundy's wife and Ted Bundy's daughter:
ted bundy wife
Ted Bundy with his wife and daughter
Ted Bundy akhirnya menemui ajalnya di atas kerusi elektrik pada 24 Januari 1989. Ratusan orang berkumpul di luar mahkamah untuk meraikan kematiannya.
mayat ted bundy
Mayat ted bundy
ted bundy mati
Ted Bundy mati di atas kerusi elektrik
Antara gambar-gambar mangsa yang dibunuh oleh Ted Bundy dengan sangat kejam: (sorry saya tak letak di sini, kalau nak tengok, klik link artikel asal di bawahhh sekali ye)

Kalau nak tengok full documentary kes Ted Bundy ni korang boleh je search kat Netflix, Conversations With A Killer The Ted Bundy Tapes.
ted bundy tapes
Conversations with a killer ted bundy tapes on Netflix
Filem Extremely Wicked Shockingly Evil and Vile yang berdasarkan kisah pembunuhan Ted Bundy ni pon keluar bulan January 2019 kalau tak silap. Korang boleh tengok juga dah release kat Malaysia.

Dilakonkan oleh Zac Efron.
ted bundy movie
TED BUNDY MOVIE - filem extremely wicked shockingly evil and vile
ted bundy zac efron
Watak Ted Bundy dilakonkan oleh Zac Efron


Puasa Sunat Hari Putih 2019 bergabung dengan puasa sunat Syawal dan ganti

$
0
0
Puasa Sunat Hari Putih 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tahu tak esok (17 Jun), lusa (18 Jun) dan tulat (19 Jun) adalah hari putih 2019 untuk bulan Syawal 1440H? Haa actually, kita digalakkan untuk puasa sunat hari putih pada setiap bulan. Jika tak nak puasa sunat putih, its okay. Tak paksa. Its just puasa SUNAT. Buat.. dapat pahala. Tak buat, tak berdosa pung.


Apa itu puasa sunat hari putih?


Mungkin ada yang masih belum tahu maksud hari putih ni. Saya dulu pun tak tahu, tapi lepas dengar kat radio Ikim.fm baru lah dapat ilmu berharga ni. Okay back to the point..

Menurut Islam, puasa sunat hari putih ini adalah puasa sunat yang dilakukan pada setiap 13, 14 dan 15 Bulan Hijriah (kalendar Islam). 12 nama bulan dalam kalendar Islam : Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah. Okay, so setiap pertengahan bulan - 13,14,15 bulan Hijriah dinamakan hari putih.

Sebab apa hari putih?

Yang saya tahu, sebab bulan pada malam hari 13,14,15 tu merupakan bulan penuh; bulan mengambang dan cerah (putih).
puasa sunat hari putih 2019
apa itu puasa sunat hari putih?
Bila Puasa Sunat Hari Putih 2019?

13, 14 dan 15 Syawal 1440H bersamaan Isnin 17 Jun, Selasa 18 Jun dan 19 Jun.

Kita disunnahkan berpuasa dalam sebulan sekurang kurangnya tiga hari. Dan yang lebih utama adalah melakukan puasa pada "ayyamul bidh", yaitu pada hari ke-13, 14, dan 15 dari bulan Hijriyah (Qomariyah).

Puasa tersebut disebut "ayyamul bidh" (hari putih) karena pada malam-malam tersebut bersinar bulan purnama dengan sinar rembulannya yang putih.

Dalil: 

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata,

أَوْصَانِى خَلِيلِى بِثَلاَثٍ لاَ أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ صَوْمِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَصَلاَةِ الضُّحَى ، وَنَوْمٍ عَلَى وِتْرٍ

“Kekasihku (Rasulullah SAW) mewasiatkan padaku tiga nasehat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati: 
1- berpuasa tiga hari setiap bulannya, 
2- mengerjakan shalat Dhuha, 
3- mengerjakan shalat witir sebelum tidur.” 
(HR. Bukhari no. 1178)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda,

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ

“Puasa pada tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” 
(HR. Bukhari no. 1979)

Dari Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda padanya,

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

“Jika kamu ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada 13hb, 14hb, dan 15hb (dari bulan Hijriyah).” 
(HR. Tirmidzi no. 761 dan An Nasai no. 2425. Abu ‘Isa Tirmidzi mengatakan bahwa hadits hasan).

Dari Ibnu Milhan Al Qoisiy, dari ayahnya, ia berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ . وَقَالَ هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ

“Rasulullah SAW selalu memerintahkan kami untuk berpuasa pada ayyamul bidh yaitu 13hb, 14hb dan 15hb (dari bulan Hijriyah).” Dan baginda bersabda, “Puasa ayyamul bidh itu seperti puasa setahun.” 
(Hadith Sahih riwayat Abu Daud no. 2449 dan An Nasai no. 2434)

Dari Ibnu ‘Abbas ra, beliau berkata,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُفْطِرُ أَيَّامَ الْبِيضِ فِي حَضَرٍ وَلَا سَفَرٍ

“Rasulullah SAW biasa berpuasa pada ayyamul biidh ketika tidak musafir maupun ketika bersafar.” 
(HR. An Nasai no. 2347. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan.).

Namun dikecualikan berpuasa pada 13hb Dzulhijjah (sebahagian dari hari tasyriq). Berpuasa pada hari tersebut diharamkan. Oleh itu diganti ke 16hb.

Referensi:
Al Fiqhu Al Manhaji ‘ala Madzhabil Imam Asy Syafi’i, 
Penyusun: 
Dr. Musthofa Al Bugho, dkk, 
Perbitan: 
Darul Qolam, cetakan kesepuluh, tahun 1431 H, hal. 357-358

Kredit FB: Mohammad Haidzir Hussin
puasa sunat putih
puasa sunat hari putih
Macam mana lafaz niat puasa sunat Hari Putih?

Ada tiga atau lebih, suka hati nak niat ikut mana satu. Boleh pilih mana-mana.

1. Sahaja aku puasa pertengahan bulan kerana Allah Ta'ala

ATAU

2. Sahaja aku berpuasa sunat kerana Allah Ta'ala (paling simple)

ATAU

3. Sahaja aku puasa pada hari-hari putih, sunat kerana Allah Ta'ala.

ATAU

4. Sahaja aku berpuasa Sunat Hari Putih kerana Allah Taala.

Kalau nak gabungkan niat puasa-puasa sunat dan puasa wajib (contohnya puasa ganti Ramadan) pun boleh.

Contohnya: "Sahaja aku berpuasa ganti/ qadha fardhu Ramadhan, Sunat Hari Putih, Sunat Syawal/ Puasa 6 dan Sunat Hari Isnin kerana Allah Taala"

p/s: memandangkan Hari Putih esok jatuh pada hari Isnin, boleh niatkan sekali puasa sunat Isnin. Bagi yang perempuan, niat sekali dengan puasa ganti.
puasa sunat hari putih 2019
puasa sunat hari putih 2019
Bagi yang berkesempatan, jangan lepaskan puasa pada hari esok dan hari seterusnya! Puasa 4 pahala in 1 day! Hehehe inshaaAllah~

Till next time, daa~ wassalam! :)


Trafik blog Mei 2019 (UV, PV, Bounce Rate, bilangan entri)

$
0
0
Trafik blog Mei 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! "Aikk.. dah lebih separuh bulan Jun, baru nak buat entri trafik blog bulan Mei?" Ohh saya memang gini. Sesuka hati nak update bila bila hahaha. Walaupun dah terlambat, nak juga tulis. Nak juga abadikan kisah pencapaian UV (Unique Visitors), PV (Pageviews), BR (Bounce Rate) dan how many blog entries did I write last month di blog ini! (amboi over kau sayidah hahaha). 


Trafik blog Mei 2019 di Google Analytics (GA)

performance blog
trafik blog mei 2019 di Google Analytics
UV: 73,103
PV: 215,306
BR: 18.88%

p/s: PV blog di Google Analaytics dan di dashboard blogger lebih kurang sama je actually. Cuma bezanya stats pageviews blog di dashboard blogger lebih sikit daripada yang di GA. Nak tengok PV either one or both pung bolehhh. 

BACA JUGA:

Alhamdulillah trafik blog untuk Mei melepasi 200K! Dan mencatatkan PV paling tinggi 2019 setakat ni berbanding bulan-bulan yang lain. Maybe sebab banyak entri bulan lepas yang saya tulis 'kena' dengan taste netizen dan menarik minat ramai orang untuk klik baca.

Contohnya: resepi biskut raya 2019, tarikh bonus Raya 2019, tarikh tukar duit raya 2019, resepi air minuman berbuka puasa, bekas Sultan Pahang kelima mangkat, pembayaran duit BSH 2019 Fasa 2, dan few entries related with kemusykilan hal puasa.

Nampak tak semua entri hot di atas berkaitan dengan hal hal puasa, raya dan berita semasa? Hahaha.

Ada juga beberapa entri yang ramai orang cari di Google.

Contohnya: lirik lagu Alif Satar dan Raihan Sesungguhnya 2019, tarikh tukar duit raya (ranking on first page Google bulan lepas), cara semak keputusan UPU online dan bonus raya 2019.

BACA JUGA:

On the other hand, Alhamdulillah, dengan berbekalkan masa free yang banyak + mood rajin update blog yang membuak buak.. bulan lepas dapat update 63 ENTRI BLOG! sekaligus mencatatkan bilangan entri paling banyak 2019 hoyeah! Pemegang 'rekod' sebelum ni adalah bulan Januari 60 entries.
trafik blog sayidah napisah
BILANGAN ENTRI BLOG MEI 2019
Bulan Jun ni? Ehemm.. baru 10 entri hahaha.

Maklumlah Raya Aidilfitri kannn. Pergi balik kampung, beraya rumah orang, open house everywhere, kenduri kahwin, orang nak datang rumah beraya.. so mood tu more to RAYA. 

Plus, kelas tutor matematik & addmath saya makin busy. Ada beberapa student baru yang datang. So, kinda hectic there. Tak boleh nak fokus sangat dengan updating blog walaupun idea melimpah ruah haha. (ceyt.. alasan je lebih ni wakakakakakaka)

Tapi inshaaAllah lepas ni saya cuba update dengan lebih kerap jika ada masa (dan mood) hehehe.

BACA JUGA:

Pada sesiapa yang belum join Segmen 9 Juta Special Bloglist saya, dijemput join :)

segmen 9 juta special bloglist
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Okayy till next time, daa~ wassalam!



bestnya lirik dan lagu Aman RA - Berada ft. Altimet, Noh Salleh!

$
0
0
bestnya lirik dan lagu Aman RA - Berada ft. Altimet, Noh Salleh! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Selepas single lagu BANGUN, Aman RA muncul pula dengan lagu terbaru; BERADA. Sebenarnya lagu Aman RA Berada (feat Altimet dan Noh Salleh) ni dah lama keluar, rasanya awal tahun ni; bulan Januari. Tapi official music video lagu berada baru saja di-release-kan pada 2 minggu yang lepas (7 Jun 2019) di Youtube. Dan yang den hairan wa pelik wa ajaib kenapa lagu yang berkualiti seperti BERADA ini tak on top 10 trending?! Hahaha. Sebab best tau lagu ni. Rap dan lirik lagu yang ditulis sendiri oleh ketiga-tiga penyanyi ni fuhhh! Ada 'isi'! Deep! Mantop! Power! Padu!

Muzik video? Kreatif dan membawa mesej bermakna.

Melodi rentak lagu? is my taste surely!
aman ra berada altimet noh
Lagu Aman RA - Berada feat Altimet, Noh Salleh
maksud berada aman ra
lagu aman ra berada feat Altimet, Noh Salleh
Tajuk lagu ni ada double meaning? Bukan double sebenarnya tapi MANY meaning behind of it haha. Tapi double meaning yang baik la. Bukan yang ehem ehem.

Maksud BERADA yang pelbagai:

brother (brader),
selesa (tak semestinya kaya),
bertempat.

Cool, isn't it?

Muzik Video Lagu Aman RA - Berada ft. Altimet, Noh Salleh


Lirik Lagu AMAN RA - BERADA ft. Altimet, Noh Salleh

Aman RA:
Apa maksud hidup penuh makna?
naik air terjun sampai jumpa takhta.
Jadi yang terbaik yang kita boleh jadi
mintak apa saja dari Tuhan boleh bagi
aman ra berada noh salleh
NOH SALLEH dalam lagu Berada Aman RA
Noh Salleh :
atap usang tempat ku berteduh
kedinginan malam ku berlabuh
yang pasti kumasih rasa berada..
dimakan usia kita rapuh
berdiri tak selamanya utuh
yang pasti kita semua berada

Altimet :
2 roti canai pagi, 2 lagi untuk petang
Cakap terang budak bawah tanah mimpi nak terbang,
Oh ragu dalam hati menyerang
Fokus mata pada piala jadi aku maintain tenang

Duit cukup cukup makan tapi kalau aku cukupkan makan
takde duit minyak kereta tak jalan
kereta tak jalan macam mana nak cari makan
Suara hati aku jadi waze jom cari jalan

Cetak biru dalam otak lepas tu orak
Gerak luar kotak hustle ni sunyi takde orang sorak
Flat semarak 12 2 blok sepuluh
november reign biar musim tengkujuh aku menyeluruh

Mama kata tulis guna hati elok elok
Baba kata berniaga fahamkan selok belok
Brader tanya altimet dah kaya ke belum,
Brader aku berada meh aku sedekah satu senyum
altimet berada
ALTIMET dalam lagu Berada Aman RA
Noh Salleh :
atap usang tempat ku berteduh
kedinginan malam ku berlabuh
yang pasti kumasih rasa berada..
dimakan usia kita rapuh
berdiri tak selamanya utuh
yang pasti kita semua berada

Kita semua berada x8

Aman RA :
Air bersih, makan bersih, dan udara bersih.
ada tempat tinggal untuk rehat bila letih
3 bilik, 1 bilik air, 1 dapur
ada pinggan mangkuk, ada kipas, ada lampu
akhir bulan, lambat bayar bil, apa ada hal
janji duit makan, duit minyak ada takda hal.
jiran tetangga riuh rendah bukan huru hara
tak perlu iri hati, rezeki sama rata
anak bini riang, sihat hati senang
rasa syukur cukup makan minum pagi petang
masa lapang, jumpa kengkawan & berketawa
hujung minggu, jalan jalan bersama keluarga

Noh Salleh :
atap usang tempat ku berteduh
kedinginan malam ku berlabuh
yang pasti kumasih rasa berada..
dimakan usia kita rapuh
berdiri tak selamanya utuh
yang pasti kita semua berada

Kita semua berada
Kita semua berada
Kita semua berada
Kita semua berada
Kita semua berada
Kita semua berada
Kita semua berada
Kita semua berada

Aman RA:
ada nama, tak tentu ada harta
ada harta, belum tentu senang
hancur badan bila dikandung tanah
budi baik tetap akan dikenang

Song : Berada
Artist : Aman RA ft. Altimet & Noh Salleh
Composer : Navigator (Keramat Publishing Perkonsian Liabiliti Terhad)
Lyricist : Altimet, Noh Salleh, Aman RA (Kartel Music Publishing / Noh Phrofile Enterprise / Keramat Publishing Perkongsian Liabiliti Terhad)

Part yang paling best dalam official MV Berada ni adalah Aman RA, Altimet dan Noh Salleh versi muda remaja!

Whoaa pandai ehh dorang cari orang muka mirip iras iras dengan penyanyi asal. Torbaek!
aman ra muda berada
AMAN RA versi muda
noh salleh muda berada
NOH SALLEH versi muda
altimet muda berada
ALTIMET versi muda
aman ra dulu dan sekarang
AMAN RA dua version di dalam MV lagu Berada
altimet dulu dan sekarang
ALTIMET dua version dalam MV lagu Berada
noh salleh dulu dan sekarang
NOH SALLEH dua version dalam MV lagu Berada
Tapi kan.. rentak melodi lagu part chorus Noh Salleh tu macam familiar lah.

Korang tahu tak macam lagu apa? Have any idea?


Resepi Rumah Terbuka Aneka Menu Makanan Sedap Pergh Terangkat!

$
0
0
Resepi Rumah Terbuka Aneka Menu Makanan Sedap | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Yezzahh entri resepi rumah terbuka yang dinanti-nanti~! Raya kan sebulan? So selagi tak habis Raya, selagi tu lah rumah terbuka sentiasa terbuka untuk semua lebih lebih lagi pada hujung minggu hahaha. Yelah kan, open house time hari raya ni tujuannya untuk mengeratkan silaturrahim, mana yang jauh kita dekat dekatkan. Masa ni lah mana yang dah lama tak jumpa, buat reunion gathering berjemaah kann.

Tetamu datang rumah tapi tak tahu nak masak apa?

Nak buat rumah terbuka untuk jiran tetangga dan kawan terdekat tapi tak ada idea menu makanan yang sedap untuk dihidang?

Tiba-tiba hilang semua resepi bila saudara mara, sepupu sepapat beritahu secara mengejut nak mai rumah?

Sekali sekala nak masak makanan 'berat' lain daripada yang kebiasaan, yang tak pernah dicuba sebelum ni?

Masa limited dan nak jimat, tapi ada ke menu masakan yang mudah, senang, simple dan cepat; yang ramai orang suka?

Don't worryyy.. here we go~ pelbagai resepi menu rumah terbuka yang ada di bawah ini! Ada yang berkuah, goreng, pedas, makanan tradisional Melayu, makanan barat, makanan berasaskan nasi, bihun, mee dan sayur. Haa macam macam adaaa!


Aneka Resepi Rumah Terbuka Menu Makanan Sedap Pergh Terangkat!


1. RESEPI NASI LEMAK SAMBAL BILIS
(untuk 8 orang )
resepi nasi lemak
resepi rumah terbuka - nasi lemak
Cara masak nasi lemak:

5 cawan beras
Santan sederhana pekat dari kelapa fresh
Garam
Gula
1 inci halia diketuk
3 helai daun pandan disimpul

- Basuh bersih beras kemudian masukkan santan ikut beras yang anda guna.. masukkan garam, gula sikit, halia dan daun pandan biarkan dalam 15 minit sebelum dimasak. tujuan nya hasil nasi lembut
resepi nasi lemak sedap
Resepi nasi lemak sedap sambal ikan bilis!
BAHAN SAMBAL BILIH SEDAP

3 biji bawang besar dimayang
4 biji bawang besar di kisar
1 labu bawang putih dikisar
1- 2 cekak lada rebus dan kisar ikut kepedasan
Sedikit air asam jawa (saya guna pes asam jawa adabi)
Garam
Gula
Bilis goreng 1 mangkuk kecil
1 cawan @ lebih sikit minyak masak
Air (bila perlu sahaja)
resepi sambal ikan bilis
resepi sambal ikan bilis sedap
CARANYA

1. Panaskan minyak masak.. dan perlahankan api dapur tapi jangan perlahan sangat kira tahap sederhana ... Masukkan bawang besar yang dimayang tadi sehingga layu sahaja kemudian masukkan bawang kisar .. sebab apa hanya layu sahaja? nanti hasilnya bawang mayang tu dia akan hancur sendiri .. Tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar tadi tumis lagi hat ni kena lama tumis tau tak perlu isi air lagi.. biar dia pecah minyak.. kalau tak pecah korang tambah minyak lagi.. nampak ia agak kering tambah sikit air .. kacau nampak lagi kering tambah lagi sedikit air .. begitulah sehingga 2 jam atau lebih..
3. Last sekali baru masukkan gula dahulu kemudian air asam jawa, garam, bilis goreng dan nak masuk ajinomoto pun ikut suka korang...
4. Biasa sambal bilis ni sedikit manis baru ngam dengan nasi lemak.. dan kuah sambal ni jangan pekat sangat dan jangan cair sangat..

Kredit: tahrunnisa

2. RESEPI LONTONG GORENG
resepi lontong goreng
resepi rumah terbuka - resepi lontong goreng
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 tangkai cili kering
1 genggam ikan bilis
Kobis sikit je
1 biji telur
2 bungkus nasi impit nona (nak guna brand lain pun boleh)
Bawang goreng.
Daun sup
Daging @ayam
Kiub ayam

Blend bawang, bawang putih, cili kering dan ikan bilis pastu tumis dan letak kiub ayam macam buat nasi goreng pastu pecah telur then masuk nasi impit tadi bersama sayur kacau rata letak 2 sudu kicap manis.. last skali letaklah daun sup dan bawang goreng... Lebihan nasi impit tu kita tak membazir la atau buang bleh NGAP terus masuk perut..

Kredit: nur aina insyirah

3. RESEPI STEAMBOAT (SEAFOOD, FISHBALL, SAYUR)

First time buat STEAMBOAT.. Pakai pes ADABI je.. Sedap bak hang! Kalah restoren Johnny's tau.. Jimat duit lepas ni.. :)

Boleh buat menu rumah terbuka nanti...
resepi steamboat
resepi rumah terbuka - resepi steamboat
resepi steamboat
bahan bahan steamboat
bahan steamboat sedap
bahan steamboat sedapnya!
cara masak steamboat
antara bahan steamboat
resepi steamboat homemade
sosej, fishball dan sayur sayuran masuk dalam steamboat
cara buat steamboat
meriah bahan steamboat atas meja!
resepi steamboat mudah
cara buat steamboat mudah di rumah
Resepi :
- 2 paket tomyam Adabi
- 1 paket asam pedas Adabi
- Serai
- Daun limau purut
- Bawang holand ( dihiris )
- Cili padi
- Bahan-bahan steamboat pilihan sendiri

Kredit : Rizsya Zwa

4. RESEPI NASI ARAB SUPER SIMPLE La'nina
(portion untuk 4 orang makan)
resepi nasi arab
resepi rumah terbuka - resepi nasi arab simple
Bahan-bahan untuk rebusan :

4 potong ayam (saya guna whole leg)
4 mangkuk air bersih
1 kiub ayam
1 biji tomato (potong 4)
1 labu bawang besar (potong 4)
2 biji lada hijau (potong 4)
1 batang kulit kayu manis
1/2 camca ketumbar biji
1 /2 camca jintan manis biji
1/2 camca lada hitam biji

Bahan-bahan untuk tumis:

1 1/2 mangkuk basmathi extra panjang
1/2 camca ketumbar
1 /2 camca jintan manis
1/2 camca lada hitam biji
1 helai daun pandan

Cara-cara :

1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam, ajinamoto atau cukup rasa, terpulang pada anda. pastikan air rebusan ada rasa yang secukupnya, sebab nasi arab ni tak banyak lauk, jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya. Matikan api dan keluarkan ayam.

2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit. Biarkan seketika.

3. Sementara itu, tumis kan daun pandan , ketumbar , jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . setelah naik bau , masukkan basmathi tadi dan tumis selama 1 minit . Matikan api .

4. Ambil periuk nasi, masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi diikuti dengan bahan rebusan pula. Susun ayam tadi di bahagian atas .
*untuk sukat air rebusan sila ikut jenis beras yang digunakan ye .

5. Masak nasi tersebut menggunakan rice cooker dan siap untuk dihidangkan dengan lauk yang anda suka contoh dalca atau sebagainya .

Kredit Resepi : lina kasmani

5. RESEPI NASI KERABU KELANTAN BIRU
resepi nasi kerabu
resepi rumah terbuka - resepi nasi kerabu
Bahan-bahan:

Nasi Biru:
1 cawan nasi
8 bunga telang
2 daun limau purut
1 serai

Sambal Ikan Kerisi:
1 Mackerel, keluarkan dagingnya
80 gram kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
4 bawang merah
1 cm halia, dikupas
1/4 sudu kecil serbuk lada putih

Sambal Kelapa:
3 biji cili kering, direndam dengan air panas untuk melembutkan
4 bawang merah, dikupas
300 ml santan
1 keping Asam Gelugur
1 batang serai
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil sos ikan bilis

Cara memasak nasi biru:
1. Cuci beras lalu toskan.
2. Rendam beras dengan air bunga telang selama 10 minit.
3. Masukkan daun limau purut dan serai, lalu masak beras seperti biasa.

Cara memasak sambal ikan kerisi:
1. Goreng kering kelapa parut di dalam kuali hingga kekuningan
2. Tumbuk halia dan bawang merah di dalam alu.
3. Masukkan kelapa parut dan bahan-bahan lainnya, tumbuk hingga gaul dengan baik.
4. Jika anda tidak mempunyai alu dan mortar, gunakan pengisar atau blender.

Cara memasak sambal kelapa:
1. Campur cili kering dan bawang merah ke dalam pengisar.
2. Masukkan santan ke dalam periuk lalu tambahkan campuran cili kering dan bawang merah, asam gelugur, dan serai.
3. Reneh perlahan-lahan, kacau senantiasa selama 10 minit sehinga memisahkan minyak.
4. Tambah gula, garam, dan sos ikan bilis
5. Hidangkan nasi biru, sambal kelapa, dan sambal ikan kerisi bersama ulam, keropok, telur masin, ikan goreng tepung, daging bakar dan ayam goreng.

6. RESEPI NASI BERIANI AYAM
resepi nasi beriani
resepi rumah terbuka - resepi nasi beriani
Bahan nasi:

4 cawan beras basmati - dicuci bersih, ditoskan (sebaiknya guna beras basmati Faiza)
1/4 cawan susu cair
6 cawan air biasa
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia tua dikisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
>< 3 sudu besar minyak masak
1 pokok daun saderi - patah-patahkan
1 pokok daun bawang - patah-patahkan
1 tangkai daun pudina - patah-patahkan
1/4 cawan kismis - goreng dan toskan minyaknya
1/4 cawan gajus - goreng dan toskan minyaknya
segenggam bawang goreng
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan susu cair, air dan beras. Tambahkan sedikit garam. Kacau sebati.
3. Bila sudah mendidih kacau lagi dan tutup periuk.
4. Bila air nasi sudah kering buatkan lubang-lubang menggunakan chopstick dan titiskan beberapa titik pewarna kuning. Taburkan atasnya dengan gajus dan kismis yang digoreng tadi bersama daun saderi, daun bawang, bawang goreng dan daun pudina. Tutup periuk.
5. Agak-agak nasi hampir tanak, buka tudung periuk dan gaul sebati dengan bahan-bahan tadi.
6. Masak nasi hingga tanak dan sebelum dihidang buanglah segala macam dedaun tadi.

Bahan ayam masak beriani:

>< 1 kg ayam - potong ikut suka
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 biji bawang besar dadu kecil
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
1/2 inci halia muda tumbuk lumat
1 paket kecil rempah beriyani faiza
2 biji tomato dadu kecil
2 biji kentang potong 8
1 batang lobak merah potong ikut suka
rempah tumis 4 sekawan
1 pokok daun pudina - ambil daunnya
1/4 cawan yougart
air secukupnya
1 kiub ayam
garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit serbuk. Goreng separuh masak, ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan tomato dan kacau sebati. Masak lagi.
4. Masukkan rempah beriyani dan kacau sebati. Bila naik bau masukkan yougart dan air.
5. Masukkan juga lobak dan kentang.
6. Bila lobak dan kentang mulai empuk masukkan kiub ayam dan ayam yang sudah digoreng tadi, kacau sebati. Tutup kuali dan perlahankan api supaya ayam dan lainnya masak dengan mesra.
7. Masukkan daun pudina, kacau lagi dan rasakan masinnya.
8. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.

Bahan acar mentah:

1/2 biji nenas - buang empulur, potong kecil
1 biji timun - buang empulur potong panjang
1 biji lobak merah - potong panjang halus
1 biji bawang merah - belah 4 dan hiris
2 batang lada merah - hiris
3 sb cuka - saya guna cuka kurma
garam
gula
sedikit air panas

Cara-caranya:

1. Masukkan lada merah dan bawang besar dalam mangkuk. Tambahkan garam, cuka kurma, garam dan gula. Masukkan juga air panas. Kacau sebati.
2. Masukkan nenas, timun dan lobak merah dan gaul merata dengan bahan-bahan tadi.
3. Rehatkan dahulu sebelum dihidang.

7. RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU
resepi nasi dagang
resepi rumah terbuka - resepi nasi dagang
Bahan-bahan untuk Nasi:-

4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus-halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi untuk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan

Resepi Gulai Ikan Aya:

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai :

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Acar Timun:-
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang

1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

8. RESEPI KUAH MI REBUS
resepi kuah mee rebus
resepi rumah terbuka - mi rebus
Resepi kuah mee rebus:
1) Rebus 4 biji bawang bombay, 5 ulas bawang putih, segenggam cili kering , 2 biji ubi keledek, 5 biji ubi kentang, 1/3 senduk kacang tanah goreng dan 1/3 senduk udang kering
2) rebus daging
3) Kisar semua bahan yang direbus tadi
4) Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah dikisar
5) Masukkan sesenduk sos tomato dan sos cili
6) Tambah air (air rebusan daging tadi)
7) Perasakan dengan gula dan garam secukupnya
bahan mee rebus
bahan mee rebus
resepi mi rebus sedap
resepi lengkap mee rebus
cara masak mi rebus
cara masak mee rebus
Kredit: somad musa

9. RESEPI NASI AYAM PALING SENANG
(untuk 10 orang makan)
resepi nasi ayam
resepi rumah terbuka - resepi nasi ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
*blend dan lumur pada ayam (ayam seekor jangan potong). perap jap 1/2 jam atau lebih.

Rebus ayam dalam air panas meggelegak 5-6 minit.. air dah panas baru masuk ayam.. kalau nak kulit cantik glowing wajib tutup periuk.

Angkat ayam dan sapu dengan:
5 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu madu
1 sudu minyak bijan
*pastu gantung jap ayam dalam 1/2 jam atau lebih bagi ayam kering jap.. nanti goreng kulit cantik dan tak la meletop-letop..

Cara goreng saya:
Jirus ayam dengan minyak yang betul-betul panas dan kulit ayam dah kering sikit, baru benamkan ayam dalam minyak panas.. dah siap goreng, sapukan ayam dengan madu bagi kilat.

NASI:

Beras 4 pot
*1biji bawang besar
*3ulas bawang putih
*1inci halia
(Semua * diblend)
Kiub ayam 2
Garam 2 sudu teh (sdt)

- Cairkan majerin 2 sudu.. tumis bahan blend dan daun pandan.. masuk kiub ayam dan garam.. serbuk kunyit hujung sudu teh. masuk air rebusan ayam.. dan masuk beras.
- Sukatan air 2 kali ganda dari masak nasi biasa.

SOS CILI:

Cili kering dah blend 1/2 senduk nasi
Cili merah besar 4 biji blend dengan 5ulas bwg putih
Sos cili 1/2 cawan
Gula lebih.. garam.. cuka

- Masak semua bahan tambah air sikit. Dah masak cili letak air tepung jagung agak-agak nak pekat mana

KICAP AYAM:

Bawang putih 5 ulas cincang
Sos tiram 1/2 cawan
Kicap manis 1/2 cawan
Gula lebih

- tumis bawang putih.minyak sikit je.. masuk kicap sos tiram gula dan tambah air.. pekatkan dengan air tepng jagung

Resepi sup macam biasa laaaa hehe.

Haaaa. Senang tak?
#sayapenjualnasiayam

Kredit FB : Sur Aida

10. RESEPI KUAH LONTONG KUNING
( untuk resepi 1 tong flask)
resepi kuah lontong
resepi rumah terbuka - resepi kuah lontong
Bahan-bahan:

Terung - 5 batang (potong serong)
Tauhu - 20 bji ( 1 biji potong 8 ) - di goreng
Tempe - 6 ketul ( potong nipis2) - digoreng
Suhuun - 3 pek kecik - rendam
Pucuk - 6 pek sederhana - rendam
Kacang panjang - 1/2kg - (potong serong)
Lobak merah - 6 batang ( potong memanjang)
Kobis - ikut suka nak banyak mana
Halia- seinci
Serbuk kunyit
Garam
Cili merah - 5 bji ( hiris nipis)
Bawang besar - 3 labu ( hiris nipis )
Santan sawit jenama khalis pek besar - 4 pek
Udang kering - segengam (rendam)
Bawah putih - 1 labu (hiris nipis)

Cara-cara masak
1) tumis bawang putih, bawang besar, halia, udang kering , cili merah sehingga layu dan tumis bsama kunyit..
2) masukkan semua sayur tumis sikit...
3 ) masukkan santan. Ikut pekat yang kita nak. Letak air sikit sikit dan garam.
4) bila sudah mngelegak masukkan suhun, tempe & tauhu ..
5.) Rasa secukupnya. Masukkan suhun dan pucuk. Masak shingga sayur empuk...

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahannya:
1) RM3 cili kering buang biji dan rebus bagi lembut *
2) RM2 bawang besar *
3) sedikit belacan kalau suka *
4) ikan bilis goreng garing dan ketepikan

Cara memasak
1) blend semua bahan-bahan bertanda * sampai hancur
2) panaskan minyak anggarkan dan tumis cili kering yg telah diblend tadi smpai garing dan pecah minyak
3) masukkan sedikit asam jawa, garam, gula dan juga ajinomoto kalau suka. biarkan hingga masak dan sedikit pekat dan perasalah sambal tersebut
4) biarkan sejuk sekejap baru masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng tadi.

dah siap...

Sila share. tak payah minta izin. halal dunia dan akhirat.

11. RESEPI MEE KARI SIMPLE DARI KAKMAR
resepi mee kari
resepi rumah terbuka - resepi mee kari pekat
Bahan-bahan:

- 1/4 ekor ayam ( siap-siap suruh penjual ayam cincangkan. Balik basuh bersih-bersih)
- Udang
- Daging hiris nipis
- Kerang direbus ambil isinya - kalau nak
- Fishball dan fishcake - kalau nak tapi KakMar letak.
- 2 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 bungkus kecil rempah kari daging babas warna hijau ( KakMar bancuh dengan sesudu cili blend dan air)
- 3 tangkai daun kari
- 1 batang kayu manis
- Bunga lawang
- Santan pekat paket kecik. Anggaran sebijik KakMar beli kat pasar.
- Air
- Sedikit air asam jawa
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan lain:
Mee kuning - basuh dan stimkan
Taugeh - basuh je tak perlu celur sebab lebih rangup.
Kacang panjang - stim
Daun sup, daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Telur rebus
Tauhu kering - dipotong potong

Cara menyediakan kuah:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih & kayu manis.
2. Agak garing masukkan daun kari dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air dan cili blende.
3. Masak hingga naik minyak. Masukkan ayam, daging dan udang dan kacau sebentar.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Kemudian masukkan santan.
6. Tunggu mendidih masukkan tauhu kering dan kerang.
7. Kemudian tambahkan gula dan garam ikut perasa korang.

Selamat Mencuba!

12. RESEPI Bihun Sup Utara (Sup Tulang)
resepi bihun sup
resepi rumah terbuka - resepi bihun sup utara (sup tulang)
Bahan bahan:
1 peket bihun
1 sudu makan atau kurang serbuk kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah serbuk kunyit tadi.. dah agak-agak lembut bihun terus bilas dengan air paip..dan kemudian ditapis..

Bahan-bahan Sup Tulang:
1 kilo tulang dicampur sedikit daging pejal atau urat atau lemak lagi sedap supnya
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci atau 3 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya menutupi daging..kalau lagi banyak air lebihkan ya bahan2 sup di atas..
Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..

**lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup.. kalau taknak buat pon tak apa..

Bahan-bahan Cabai Merah:

Cili kering yang telah siap di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili.. masak sampai pecah minyak.. masukkan asam keping atau air asam jawa atau cuka.. garam dan gula. boleh juga masukkan sedikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bahan-bahan sampingan untuk dimakan bersama bihun:
Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goreng
Tauhu digoreng

Selamat mencuba :)

p/s: Bihun sup utara.. cabainya mesti merah.. bihunnya mesti kuning

13. RESEPI BIHUN SINGAPORE
resepi bihun singapore
resepi rumah terbuka - resepi bihun singapore
Bahan-bahan:

- Sebungkus bihun.. rendam dengn air paip.. saya rendam  1jam. bihun tu ikut taste brand masing-masing ye. (jangan sesekali dok pi rendam dengan air panas noo.. tu bihun hampa lembek kalau guna aiq panas.. guna aiq paip biasa saja..)

- Sayur-sayur pon ikut citarasa masing-masing.. (saya guna jagung kecik, caroot, taugeh..)
- Lada hitam.. saya blend kering 1 peket kecil tu..
- Sedikit udang..
- Sedikit isi ayam yang di potong kecil.
- Daun bawang/ daun sup..
- Sebiji bawang besar & 5 ulas bawang putih.. (ikut selera masing-masing banyak mana nak letak bawang putih..blend kedua-dua nya. saya letak air sikit je masa blend..)

Cara memasak:

- panaskan kuali. letak sedikit minyak..
- tumiskan bawang yang di blend.. sampai naik bau..
- masukkan serbuk lada hitam.. ikut hampa nak pedas mana noo.. takmau pedas boh sikit jala.. saya boh banyak sebab baru sedap.
- masukkan isi ayam & udang..kacau seketika..
- masokkan jagung kecil & karot..
- masokkan sedikit air paip.. air tapis (coway/cuckoo/etc) pon boleh. saya boh air dalam anggaran 1 cawan lebih sikit cmtu jer.. saya guna cawan teh tu yer.
- masukkan garam & pak aji.. saya guna pak aji.. kalau yang tak guna, tak pyah bubuh la noo.. boh gula la kut kan..dah letak suma perasa neh try rasa sikit masin ok ke terlebeh masin ka.. adjust la noo.. saya main agak ja bila bab-bab boh garam neh...
- dah ok rasa suma .. masuk la bihun yang dah disejat air tuu.. jangan tak sejat pulak air rendam bihun tadi.
- pastu goreng la sampi bihun tu lembut... api jangan kuat sangat.. sedang-sedang dah laa..
- last sekali masok taugeh dengan daun sup daun bawang.. kacau-kacau sikit tutup api..

Siap untuk dimakan hehe..hampa hias la dengan bawang goreng pastu tabur sikit daun sup daun bawang.. nak lagi sedap hampa buat la cabai kicap..

Selamat mencuba...tiap kali nak masak bihun singapore ni saya memang guna resepi neh ja..harap-harap hampa masak pon jadi la macam saya masak noo..

14. RESEPI NASI TOMATO
resepi nasi tomato
resepi rumah terbuka - resepi nasi tomato
Bahan-bahan:
7 cawan beras basmati basuh dan rendam selama 1/2 jam
10.5 cawan air biasa
1 tin susu cair
1 tin tomato puree
2 labu bawang holand
4 biji tomato
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
Sedikit minyak sapi
Sedikit minyak masak biasa
Gula dan garam
Akar daun ketumbar

Cara-cara:
Bahan tumis:
Panaskan minyak biasa + minyak sapi
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bawang holand , tomato dan akar daun ketumbar
Tumis hingga wangi dan sedikit garing
Masukkan susu dan tomato puree
Masak hingga mendidih tambah gula dan garam

Alih kan ke dapur elektrik untuk masak nasi
Masukkan 10.5 cawan air dan bahan yang telah ditumis sebentar tadi bersama 7 cawan beras yang telah direndam dan kacau sedikit
Tekan cook...masak seperti biasa
Bila masak, tabur bawang goreng dan daun ketumbar
Boleh jugak tabur kismis jika suka

*sila guna cawan sama sukat air dan beras
Nisbah 1 cawan beras =1.5 cawan air

Kredit Resepi : mas salleh via mahn

15. RESEPI MEE GORENG BASAH
resepi mee goreng basah
resepi rumah terbuka - resepi mee goreng basah
Bahan-bahan:

Mee kuning 1 bungkus | dibilas dan tos
Sotong 10 ekor | dibersihkan potong dan tos
Fish ball 1 paket | dibersihkan potong dan tos
Sayur sawi jepun 1 ikat | dibersihkan potong dan tos
Tomato 1 biji | dibersihkan dan dibelah enam
Cili kisar 4 sudu besar
Sos cili 5 sudu besar
Sos tiram 1 sudu besar
Sos ikan 1 sudu besar
Kicap pekat 1 sudu besar
Kicap manis 5 sudu besar
Kicap mee 2 sudu besar
Air putih 1 cawan kecil
Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis

Bahan-bahan tumbuk:
Cili api 10 biji
Bawang putih 3 ulas

- tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat

Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar
2. Dan tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil
4. Masak dan kacau kacau bagi sebati... masukkan sayur dan kacau-kacau lagi.. pastu masukkan mee kuning dan tomato... kacau-kacau bagi sebati dan masak.. siap!

p/s: masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji.. sebab rasa kicap kicap tu semua dah cukup.

Kredit: Resepi Orang Kampung


16. RESEPI MEE REBUS PEKAT SIMPLE DAN CEPAT

"Assalamualaikum.. dah siap mee rebus kita.. dulu kita jual kat johor RM2.50 je tau sebungkus. teringat orang panggil gelaran makcik mee rebus walaupun masa tu muda lagi.. jual mee rebus ni dalam dewan kuliah cari pendapatan lebih masa tu.. harini mak kita rindu mee rebus ni.. kita buatkan untuk bonda tersayang.. #selamatMenjamuSelera #mengimbauKenanganZamanBelajar"
resepi mee rebus pekat
resepi rumah terbuka - resepi mee rebus pekat sinple
Bahan:
1. kentang + keledek (rebus)
2. cili kering
3. udang kering
(blender halus semua bahan 1,2,3)
sos cili
sos tiram
asam keping

Cara memasak:
- rebus semua sekali (tak perlu tumis, tambah air shaja)
- gula melaka, gula, garam (secukup rasa)
- dah menggelegak tambah air lagi, bancuh tepung ubi dengan air masukkan (pekatkan kuah)

Bahan lain:
mee (celur)
telur rebus
tauhu goreng
cucur tepung + daun bawang
bawang goreng
cili hijau besar
limau kasturi/nipis

Boleh juga tambah:
sawi rebus
tauge celur
fishcake goreng
cili padi

BACA JUGA:




ARAK vs ALKOHOL

$
0
0
ARAK VS ALKOHOL | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Arak vs alkohol. Adakah maksud arak dan alkohol ni sama? Atau lain? Jika berbeza kategori, macam mana nak membezakan arak dan alkohol? Bagaimana pula dengan status halal dan haramnya? Kandungan alkohol takat mana yang dibenarkan di sisi undang undang Islam Negara Melaysia? Berapa peratus kuantiti alkohol yang boleh dimasukkan di dalam makanan atau minuman supaya tidak jatuh hukum haram (kerana najis dan membawa mudarat)?

Pernah tak korang tertanya-tanya atau ragu-ragu, rasa was was
"eh boleh ke guna minyak wangi beralkohol ni?",
"sah ke solat jika pakai perfume yang ada alkohol di pakaian/ telekung?",
"aik, dalam aiskrim dan coklat ni ada ethanol (sejenis alkohol) tapi kenapa boleh makan pula ni? bukan ke alkohol tu arak?",
"makanan tapai atau minuman tuak ni kalau simpan lama lama dalam tempoh yang panjang akan jadi memabukkan, so hukumnya halal atau haram untuk dimakan/ diminum?".

Persoalan yang kedua tu memang biasa saya musykil dan timbul syak wasangka untuk pakai perfume ketika solat haha.

Alkisah~ pagi tadi saya terdengar 'ceramah' di Radio Ikim.fm dari seorang Doktor UTM menceritakan pasal arak dan alkohol ni. Its not ceramah actually, maybe more on a show or a segment sharing knowledge.

Alhamdulillah, selepas dengar talk tu dari Dr tersebut, rasa lega. Sebab hilang rasa was was dalam hati bila segala tanda tanya dan persoalan selama ini sudah terjawab.

So, di sini saya share secara ringkas kesimpulan info penting yang saya dengar tadi; berkaitan dengan arak alkohol, halal haram dalam Islam.

ARAK vs ALKOHOL

beza arak dan alkohol
ARAK vs ALKOHOL
ARAK memang confirm haram
ALKOHOL tak semestinya haram

PANDUAN:

1. bila NIAT masukkan alkohol tu sebab nak buat arak hukumnya HARAM . erti kata lain, kalau cara proses pembuatan SAMA dengan proses membuat arak - HARAM. ((walaupun alkohol tersebut sudah disuling/ penyulingan alkohol).

2. kuantiti alkohol/ kandungan ethanol tak lebih dari 1% - TAK NAJIS (boleh guna/pakai) TAPI TAK BOLEH DIMAKAN. kalau lebih dari 1% boleh memabukkan.

3. jika alkohol itu terjadi dengan sendirinya ketika dalam proses - TAK NAJIS DAN BOLEH DIMAKAN contohnya: tapai, tuak. tapi kalau simpan lama-lama, akan jadi haram dimakan walaupun awalnya halal (ada tempoh masa)

4. kuantiti alkohol yang DIBENARKAN dalam perisa (makanan/minuman) tidak lebih 0.5%

5. cuka beras - mirin (biasanya di Japan) mengandungi kandungan alkohol lebih 14% so HARAM dimakan. contohnya: sushi di Jepun; celup dalam mirin. Orang Islam tak boleh consume.
mirin haram di malaysia
Cuka beras MIRIN haram di malaysia kerana kandungan alkohol melebihi 14%
Question and Answer Session (Sesi Q&A)

Q: Ada alkohol ethanol dalam minyak wangi dan ubat ubatan.. apa hukumnya? boleh ke guna?

A:
- ethanol dalam minyak wangi tujuannya untuk melarut dan menghasilkan bau wangi. alkohol dalam pewangi sebagai bahan pelarut - TIDAK NAJIS DAN HARUS PAKAI. (boleh bawa ke solat)
- alkohol dalam ubat ubatan hukumnya HARUS dan BOLEH DIMINUM. (yang overdose tu adalah disebabkan salah guna sendiri)

Q: Kalau takde tanda halal - kita syubhah (was was) nak guna/makan macam mana?

A:
1. tanya yang lebih expert okay ke tidak? kalau rasa tenang semasa makan/minum, teruskan. kalau rasa resah dan was was, tinggalkan.
2. tengok ingredient. check. sekarang kan zaman dah makin maju.


Itu sahaja, moga bermanfaat dan jangan lupa share dengan orang lain ilmu penting ni yew!

Till next time, daa~ wassalam! :)


TERBARU! Cara Transfer Duit Paypal ke Akaun Bank Cimb, Maybank (2019)

$
0
0
TERBARU! Cara Transfer Duit Paypal ke Akaun Bank Cimb, Maybank (2019) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pada akhir tahun 2016 dulu, saya ada buat entri tentang ini juga. tajuknya 'cara mudah transfer duit dari akaun paypal ke akaun bank'. Habistu, kenapa nak buat topik yang sama pula ni? Kenapa nak buat dua artikel tentang cara transfer duit paypal ke akaun bank?

Alkisah haritu, selepas dah pendam perap kepam  duit hasil job blog di dalam akaun paypal beberapa bulan, niat di hati ini untuk keluarkannya. Yela kan haritu nak Raya, perlukan duit lebih sikit muehehe. And then saya pun withdraw duit paypal ke Cimb account saya. One thing saya perasan ketika withdraw duit paypal tersebut adalah 'format' proses pengeluaran wang paypal telah berubah. Guna format baru. So, this entry adalah new version (a.k.a the latest) of how to withdraw paypal money to bank account lew.

Senang ke susah nak transfer wang paypal secara online ke akaun bank Cimb, Maybank, Bank Islam or other account bank?

Sangat mudah, simple, cepat, pantas dan mutakhir! acewahh hahaha. Poyo bebeno bunyi nya kann. Tapi, ada one part yang saya macam 'culture shock' sikit; bila nak masukkan berapa value amount of paypal money yang kita nak keluarkan. Terkial-kial sikit, tak tahu nak klik kat mana. Tapi okay je lepastu hehhhehehe.

Before that, just a quick info on APA ITU PAYPAL?

Apa yang saya tahu... paypal ni adalah salah satu medium yang mudah dan selamat untuk orang luar dari Negara kita (foreigner) transfer duit kepada kita secara Online. Kebiasaannya kalau kita nak transfer duit sesama kita dalam Malaysia ni, kita guna cimbclicks, maybank2u dan lain-lain account banking online kan?

Tapi kalau orang luar negara contohnya Singapore, Indonesia dan Amerika Syarikat (SGD DOLLAR, IDR RUPIAH, USD DOLLAR) yang menggunakan mata wang yang berbeza dengan kita (MYR RINGGIT).. 'kaedah' untuk transfer duit kepada kita adalah dengan menggunakan paypal ni lah.

p/s: kalau kita nak masukkan duit ke dalam akaun paypal kita pun boleh (untuk shopping online contohnya). kalau sesama kita dalam Malaysia ni nak transfer guna paypal pun boleh....... KOT. saya pun tak sure. HAHAHAHA.

Banyak lagi faedah dan kegunaan paypal ni tapi saya tak explore pun hehe.


Cara Transfer Duit Paypal ke Akaun Bank Cimb (TERKINI 2019)

[cara ini juga boleh dilakukan untuk transfer ke mana mana akaun bank selain dari CIMB contohnya Maybank, Bank Islam dan sebagainya yeee]

Login Paypal Malaysia
https://www.paypal.com/my/home

Under PAYPAL BALANCE, klik Transfer Funds > klik Transfer to your bank > Transfer funds from.. pilih which one yang kita nak > Next > klik nombor akaun bank kita contohnya CIMB BANK BERHAD, MAYBANK BERHAD, etc > Next > masukkan berapa nilai wang paypal yang kita nak keluar > Next > Transfer Now

Done!

p/s: make sure masukkan dulu details nombor akaun bank kita di Paypal account ye.
cara transfer duit paypal ke cimb
cara transfer duit paypal ke akaun bank cimb
cara transfer duit paypal ke bank cimb
cara transfer duit paypal ke bank cimb
cara transfer duit paypal ke cimb
cara transfer duit paypal ke akaun cimb

 
cara transfer duit paypal ke cimb
cara transfer duit paypal ke bank cimb
cara mudah transfer duit paypal
cara mudah transfer duit paypal
how to withdraw paypal
how to withdraw paypal money
Successful!

Jika masih blur blur, kurang jelas akan 'arahan' di atas, boleh tengok video di bawah ini. Video ala ala tutorial step by step cara saya transfer duit paypal ke cimb saya.

VIDEO:


Moga bermanfaat~!

Daa~ wassalam! :)


BACA JUGA:

10 Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara

$
0
0

MENGEJUTKAN! 10 Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara

Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
10 Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
1. Gaya Rambut

Mereka hanya memberi 28 jenis gaya rambut sahaja. Dan yang paling penting tidak boleh mengikut gaya rambut Kim Jong Un.

Kepada wanita yang sudah berkahwin perlu memotong rambut paras leher dan yang belum berkahwin dibenarkan berambut panjang!
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
2. Rakyat biasa tidak boleh tinggal di Ibu Kota Pyeongyang

Sebagai contoh, orang yang tinggal di Johor, Kedah sebagainya tidak boleh berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur. Orang yang dibenarkan tinggal di Pyeongyang adalah orang-orang atasan, dan ada jawatan tinggi dalam negara.
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
3. Semua Wajib Mengundi

Semua rakyat korea utara diwajibkan mengundi, kalau tidak keluar mengundi akan dibunuh, dipenjara. Mereka disuruh untuk mengundi hanya seorang sahaja iaitu pilih salah satu antara adik beradik Kim Jong Un. Tiada pilihan lain selain hanya keluarga itu.
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
4. Undang-undang Televisyen (TV) Dikawal Ketat

Rakyat korea utara hanya dapat melihat siaran dari dalam negara sahaja, tiada siaran dari luar negara lain. Apa yang dilihat di tv hanya lah propaganda, dan benda-benda yang mengagungkan supreme leader iaitu Kim jong Un.

Pihak atasan brainwash rakyatnya untuk mengubah persepsi bahawa negara Korea Utara adalah negara terhebat dan terkuat di dunia.

Jika ada event sukan negara, korea utara akan menyertai tapi mereka akan memberi berita kepada rakyatnya di tv bahawa korea utara juara pingat emas sedangkan tidak menangi pingat .
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
5. No Religion

Kalau rakyatnya ada buku Bible, buku agama lain akan dihukum mati. Sehingga mereka menyifatkan pemimpin itu sebagai tuhan, dan mereka pernah diceritakan bahawa pemimpin mereka tidak pernah membuang air besar .

6. Keluarga Dihukum Bersama

Keluarga anda akan dihukum jika ada seorang dalam keluarga anda melakukan kesalahan jenayah. Itu salah satu cara kerajaan untuk mengawal rakyatnya dari membuat kesalahan, jenayah.

Jika anaknya membuat kesalahan, ibu bapanya juga akan dihukum!
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
7. No Driving

Rakyat biasa tidak dibenarkan memandu kereta jika tidak bekerja kerajaan, askar dan jawatan yang tinggi. Dan disana juga, jalan tidak sesak disebabkan undang undang seperti ini .
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
8. No International Call

Sebagai rakyat, tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa yang berada dalam luar negara. Jika ingkar, ibu bapa anda akan ditangkap. Ini adalah langkah untuk menjaga rakyat dan negara.
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
9 . Pendapat Adalah Satu Jenayah

Di negara Korea Utara, rakyat tidak dibenarkan untuk memberi apa apa pendapat tentang hal negara.

Jika memberi pendapat, anda akan dipenjara!

10. Tidak Dibenarkan Untuk Keluar Dari Negara Walaupun Hanya Untuk Travel

Anda sebagai rakyat tidak dibenarkan untuk keluar ke mana mana negara, kecuali anda adalah atlet yang akan bertanding di negara lain.
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
Undang-Undang Tak Masuk Akal Di Korea Utara
Source : Marjans Tv


Scary kan? Waduh waduhh. Bersyukurlah kita hidup di Negara Malaysia yang mengamalkan hidup demokrasi dan tiada undang-undang yang sangat ketat.

Alhamdulillah~

BAHAYA baca artikel kesihatan Bidadari ni! Mohon percayakan saya..

$
0
0
BAHAYA baca artikel kesihatan Bidadari ni! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Apa yang bahaya bahaya ni Sayidah uiitt? Kenapa bahaya baca artikel kesihatan Bidadari? Ada kesan memudaratkan kesihatan ke macam mana? Uishh~

Tapi.. first of all.. siapakah gerangan Bidadari yang dikatakan? Bidadari turun dari mana pula nii? hahaha. Jangan maciam maciaam heh.

Alkisahhh, semalam.. Saya ada terjumpa satu website yang bernama Bidadari; yang memuatkan pelbagai artikel yang menggoda, memikat, mengancam dan 'mengusik' nafsu membaca ku. Tengok tajuk ni, rasa nak baca. Tengok tajuk lain, eh wajib baca ni. Tengok lagi tajuk kat bawah tu, weh best nii. Klik. Dan klik. Dan klik lagi.

Ada yang I was like 'ha? apa dia? pardon' setiap kali terjumpa tajuk yang menggunakan term 'pelik'; yang baru first time jumpa.

Ada yang 'woww ilmu baru nih'. Bagus bagusss!

Ada yang 'wahh dah lama den nak tahu pasal benda ni, akhirnya jumpa juga!'

In fact, ada some artikel kesihatan Bidadari yang saya takut nak klik sebab nak tahu 'kebenaran' nya hahaha kelakar kan? Yelah sebab ada yang terjadi pada saya sendiri so macam ermm ermm.. ni baca kemudian lah.

Tapi last last baca juga haha. Because curiosity kills the cat! Gitchuww.

Habistu apa yang bahaya baca artikel kesihatan Bidadari.my?


Yelah, dah lepas baca satu, nak baca lagi satu entri. Sampai tak sedar dah pukul berapa. Kan 'bahaya' tu hahaha. Terleka gitu. Cuba bayangkan time tu tengah masak di dapur? Haaa kan naya jadinya haha.

Kesimpulannya, baca lah ketika waktu lapang dan masa tengah free takde buat apa.. memang torbaekk!

Yang paling menarik minat saya adalah artikel artikel kesihatan dan tips di Bidadari.my ni. Best best semua!


Ni top 5 artikel Bidadari yang paling saya suka!


1) 12 Punca Telinga Berdesing, Bahaya Rupanya!
punca telinga berdesing
PUNCA TELINGA BERDESING, BAHAYA RUPANYA! | image: google
Apa maksud telinga berdesing?

Telinga berdesing atau istilah perubatannya Tinnitus merupakan satu keadaan di mana seseorang mendengar bunyi seolah-olah siulan, dengungan atau desiran yang tidak didengari oleh orang lain yang berada di tempat yang sama.

Keadaan ini boleh berlaku sesekali dengan sekejap, atau boleh juga berlaku dengan kerap dalam masa yang lama.

Apakah punca telinga berdesing?

- terdedah kepada bunyi yang terlampau bising untuk tempoh masa yang lama
- tahi telinga yang terlalu banyak sehingga tersumbat telinga (impacted earwax)
- tekanan darah tinggi
- masalah tiroid
- jangkitan kuman pada bahagian telinga
- ketumbuhan pada saraf yang membawa maklumat pendengaran
- ubat-ubatan (antaranya aspirin, antibiotik, anti-depressi)
- penuaan
- otosclerosis
- kecederaan pada kepala
- kerosakan saraf rahang
- terlampau stress

BACA JUGA:

2) Darah Haid Berketul Dan Banyak, Adakah Ianya Merbahaya?
bidadari.my
DARAH HAID BERKETUL DAN BANYAK, BAHAYA KE? | image: Google
Dalam artikel ni ada banyak kupasan dan info yang kita boleh dapat. Ada banyak persoalan demi persoalan yang diberi antaranya:

Apakah yang dimaksudkan dengan darah haid?
Apakah yang dimaksudkan dengan darah haid yang banyak?
Apakah yang dimaksudkan dengan darah haid berketul?
Apakah kesan sekiranya darah haid terlalu banyak dan berketul?
Apakah punca darah haid berketul?
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah darah haid berikut?

Haa semuaaa jawapan bagi soalan di atas boleh baca di https://www.bidadari.my/darah-haid-berketul/

BACA JUGA:

3) Tips Kecilkan Lengan Mudah dan Berkesan!
tips kecilkan lengan
TIPS KECILKAN LENGAN MUDAH DAN BERKESAN | image: mfadhly
Lengan yang besar dan menggeleber akan menyebabkan penampilan anda kurang menarik. Akan berasa rendah diri dan menjejaskan tahap keyakinan diri semasa berdepan dengan orang ramai. Nak shopping baju baru pun tidak seronok.

LIMA tips kecilkan lengan dengan cepat yang sudah terbukti berkesan:

1. Kawal kalori yang masuk ke dalam tubuh badan setiap hari

Boleh muat turun aplikasi/ apps calori counter seperti:

Android - My Fitness Pal, Lose It!, My Net Diary, Easy Fit, Fat Secret

Iphone - My Fitness Pal, Calorie Counter By Fatsecret, Calorie Counter Pal Step UK, Myplate Calorie Counter, My Diet Diary Calorie Counter

2. Lompat tali (skipping)
- skipping adalah salah satu senaman yang membantu mengecilkan lengan paling cepat!

3. Tekan tubi/ pumping
4. Lompat bintang atau jumping jack
5. Senaman lengan dengan pemberat atau dumbell

4) Tips Kesuburan: 9 Kesilapan Tentang Kesuburan (Mengandung) 
tips subur
TIPS KESUBURAN | image google
- terlalu bimbang
- terlampau (atau kurang) melakukan persetubuhan/ hubungan intim
- beralih kepada produk menarik
- menyalahkan diri sendiri
- bergantung kepada kiraan "betul"
- cuba untuk kekal mengikut jadual
- cepat bangun selepas 'bersama'
- abaikan kebimbangan gila anda
- bersukaria sebelum hamil

Okay sebenarnya setiap 9 point di atas ada dia punya penerangan dan penjelasan yang tersendiri tapi panjang sangat. Tapi memandangkan saya belum kahwin lagi... ehemm hahaha.

So, pada yang dah married, boleh klik link ini untuk tahu details setiap point: https://www.bidadari.my/tips-kesuburan-9-kesilapan-tentang-kesuburan/

BACA JUGA:

5) 9 Tanda Sakit Jantung Pada Wanita Yang Ramai Tidak Perasan

Ni artikel paling scary saya baca hahaha. Sebab ada beberapa tanda yang pernah terjadi pada saya.

Korang pun lebih baik pergi check apa semua tanda-tanda tersebut.



Korang pula.. mana satu artikel yang korang suka di bidadari.my? Hehehe.

Till next time, daa~ wassalam! :)


Viewing all 2993 articles
Browse latest View live