Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Segmen Menu Pilihan Ramadan

$
0
0
Segmen Menu Pilihan Ramadan | Segmen Menu Pilihan Ramadan yang dianjurkan oleh blogger Hasrul Hassan ni udah lama ku ushar tapi baru harini berkesempatan nak join hehe. Korang nak join, moh lekas. Kang penyertaan ditutup haa.

Bila tarikh tutup penyertaan? There is no specific date. Dibuka sehinggalah ruang komen di post segmen tersebut ditutup oleh blogger HH.

Syaratnya pun mudah.

"Senaraikan 1 hingga 3 menu terbaik yang anda rasa sesuai untuk berbuka puasa Ramadan. Kalau disertakan gambar menu lagi bagus. Bila senaraikan, boleh linkkan ke blog post menu tersebut supaya saya boleh rujuk resepi tersebut."


3 Menu Pilihan Ramadan 2019 + Resepi Berbuka Puasa


1. Kuih Badak Berendam dalam 'Air'

This is one of my favourite kuih! Sedap wohhh. Kalau nak berbuka puasa, haruslah kena ada some dessert atau kuih kan. Baru lah terasa complete gitchuw.
menu pilihan ramadan
Menu Pilihan Ramadan - Kuih Badak Berendam
Disebabkan umi dah selalu buat kuih badak berendam ni di rumah, saya sudah pun hampir hafal resepi nya. Cara nak buat senang je, cuma kena 'pandai' bermain dengan sukatan cawan air ketika mengadun tepung pulut dan tepung gandum.

Seriuss mudah je resepinya! Boleh lihat di SINI.

2. Kuih Keria Gelang dan Bulat-Bulat

Walaupun orang ramai suka kuih keria viral yang sangat viral tu, saya lebih prefer kuih keria yang dibuat di rumah. Bukan apa, sebenarnya jarang nak jumpa kuih keria yang sedap di kedai-kedai. Kuih keria yang dibuat sendiri lebih enak secukup rasa, lembut dan gebu berbanding yang dijual di gerai sana.

Jimat pun jimat. Hati pun puas bila duit yang dikeluarkan berbaloi.. kan?
Menu Pilihan Ramadan
Menu Pilihan Ramadan - kuih keria
Menu Pilihan Ramadan
Menu Pilihan Ramadan - Kuih Keria
Believe me.. senang, mudah dan easy je nak buat kuih keria ni. Boleh buat macam-macam bentuk. Bulat boleh. Seperti rupa gelang pun boleh. Resepi boleh teropong di SINI.

3. Ikan Talapia Masak Sambal

Okay, tak semestinya ikan talapia sahaja. Ikan jenis lain pun boleh such as ikan keli, ikan jenahak, ikan sardin, ikan selar, ikan patin, ikan tongkol dan ikan bawal.
Menu Pilihan Ramadan
Menu Pilihan Ramadan - ikan talapia sambal
Masak sambal ni mudah, cuma ianya take time sikit. Bergantung pada kuantiti dan berapa ketul ikan yang hendak dimasak.

Tapi yang bestnya masak sambal ni.. ianya tahan lama. Tak mudah basi. Malam-malam panaskan, keesokannya boleh makan lagi. So.. you can look the recipe at HERE.

Segmen Blog Hasrul Hassan
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Lirik Lagu Rise And Fall - Sarah Suhairi | an inspiring song!

$
0
0
Lirik Lagu Rise And Fall - Sarah Suhairi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sarah Suhairi is one of my fav singer (so far la haha). Peribadi baik, menutup aurat, tak terlalu banyak gosip, suara merdu. Lagu single beliau yang paling paling saya suka adalah lagu Pedih. Dan kedua jatuh pada lagu Rise And Fall! 

Masterpiece 'Rise and Fall' ini adalah hasil ciptaan Faizal Tahir, Mage dan Mike Chan. Penulis lirik dan composer semuaa mereka buat.

Dah banyak kali saya ulang lagu ni, tak pernah jemu. Muzik melodi dan lirik lagu yang sangat best! Lagu yang memberi motivasi dan semangat kepada mereka yang 'jatuh' dan tidak berjaya. 


Lirik Lagu Rise And Fall - Sarah Suhairi

Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi
Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi
adakah
ini harganya?
harga sebuah perhubungan
yang kau harapkan sempurna

inilah
inilah hidup
waktu mekar jadi sanjungan
saat layu hilang semua

walau selalu kurang di matamu
namun ku punya harga
yang tak mampu kau miliki

i rise and i fall
dan bukan untuk kau menilai
cause i fall but i rise
kerna ku terus percaya

i rise and i fall
dan takkan pernah ku gentar
untuk jatuh
kerana
kerna ku terus percaya
Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi
Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi
andainya
semua sempurna
kau dan aku takkan bersama
melengkapi hidup di dunia

walau selalu kurang di matamu
namun ku punya harga
yang tak mampu kau miliki

i rise and i fall
dan bukan untuk kau menilai
cause i fall but i rise
kerna ku terus percaya

i rise and i fall
dan takkan pernah ku gentar untuk jatuh
kerana
kerna ku terus percaya
Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi
Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi
somethings just don't even matter
i don't even wanna bother
what about us?
i said, what about us?

somethings just don't even matter
i don't even wanna bother
what about us?
i said, what about us?

i rise but i fall
bukan untuk kau menilai
cause i fall but i rise
kerna ku terus percaya

i rise and i fall
dan takkan pernah ku gentar
untuk jatuh
semua kerana
kerna ku terus percaya
Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi
Lirik Lagu Rise And Fall Sarah Suhairi
Tajuk Lagu: Rise And Fall
Artis: Sarah Suhairi
Composed & Written By Faizal Tahir, Mage, Mike Chan (Faithful Music Sdn Bhd)

#SarahSuhairi #RiseAndFall


Official Lyrics Video Sarah Suhairi - RIse And Fall


Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak, Pulau Pinang dan Sarawak

$
0
0
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak, Pulau Pinang dan Sarawak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haa den tahu sekarang tengah 'panas' tentang berita Aliff Aziz curang untuk kali KETIGA tapi kita abaikan jelah. Dan doakan moga Aliff Aziz tu beroleh hidayah dan insofff ya Aamiin! Okay tolak ketepi dulu gosip bawang tu hahaha. Kita cerita pasal benda happy (walaupun saya tak dapat. ish). Ramai kakitangan awam yang dah tersengih sengih tu bila dapat tahu bulan Mei ni mereka akan dapat bantuan khas Aidilfitri a.k.a 'saguhati' raya. Bilakah tarikh bonus raya 2019 yang bakal diterima?
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam | image Google
Setakat ni, bonus raya yang sudah diumumkan adalah negeri Perak, Pulau Pinang dan Sarawak. Negeri lain belum announce lagi. Saya dapat tahu pun sebab baru lepas baca (terserempak haha) di akhbar online The Star dan Awani.


CUEPACS harap Tarikh Bayaran Bonus Raya 2019 Diberi Sebelum Aidilfitri


"Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan mempertimbangkan supaya pemberian bonus raya kepada penjawat awam dan pesara kali ini diberikan sebelum sambutan Aidilfitri.

CUEPACS mohon agar setiap penjawat awam diberikan bonus RM1,000, manakala bagi pesara RM500, dan menurutnya bantuan khas itu dijangka membabitkan jumlah lebih RM1bilion.

Sebelum ini hanya mereka yang Gred 41 ke bawah sahaja yang layak dan kali ini tidak mahu ada sekatan, semua Gred 54 ke bawah (seharusnya) layak menerimanya," - Presiden, Datuk Azih Muda.

Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam Perak, Pulau Pinang dan Sarawak


PERAK

Bahagian dua bonus raya istimewa untuk penjawat awam di Perak akan dibayar pada 16 Mei 2019.

"I hope the state civil servants will use this bonus for the Aidilfitri preparations." - Ketua Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Under the 2019 Budget for Perak, state civil servants were promised bonus of one month's salary or a minimum of RM2,000, payable in two tranches, the first in December 2018, ahead of the new school year, and the second for Aidilfitri.

PULAU PINANG

Kerajaan Negeri Penang mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh bila bayaran bonus raya akan dibuat belum dinyatakan lagi.

SARAWAK

Kerajaan Sarawak mengumumkan bantuan khas Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak kepada semua penjawat awam negeri itu.

"Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan tahun 2019 sebanyak RM500 kepada penjawat Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak termasuk kepada mereka yang masih berkhidmat sebelum atau pada 31 Mei 2019. Bantuan khas kewangan itu turut merangkumi badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri," - Ketua Menteri Srawak

Specific tarikh pembayaran bantuan kewangan tersrbut adalah pada Khamis depan; 23 Mei 2019.
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam
Tarikh Bonus Raya 2019 Penjawat Awam | image: Google
Alhamdulillah. Bertambah rezeki raya buat semua yang bakal terima.

Moga bermanfaat!

Daa~ wassalam! :)



Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik (2019) - Objektif & Subjektif

$
0
0
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik (2019) - Objektif & Subjektif | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! For your information, format untuk paper exam PT3 Matematik sudah berubah mulai tahun 2019. Secara roughly nya.. format baru kertas peperiksaan PT3 Matematik adalah terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A (objektif aneka pilihan A/B/C/D), bahagian B (objektif pelbagai bentuk) dan bahagian C (subjektif). Sebelum ni, kertas PT3 ada section subjektif sahaja. Tapi sekarang ada objektif dan subjektif.

Bagus juga ada soalan berbentuk objektif ni, senang sikit hehe. Sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk skor lulus dan cemerlang dalam peperiksaan PT3.
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019 | image Google
Saya dapat tahu format baru ni pundaripada ketua Editor Matematik & Matematik Oxford Fajar. Ketika beliau meminta saya edit dan check jawapan set soalan kertas model peperiksaan PT3 2019 (fyi, selain buat kelas tutor di rumah, I'm a freelance editor Math and Addmath under Oxford Fajar), baru lah saya dapat tahu yang format kertas PT3 sudah pun berubah.

Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik (2019) - Objektif & Subjektif

Semoga semua ibu bapa dan guru sekolah termasuk cikgu kelas tusyen take note this new thing. Sebarkan pada semua pelajar supaya mereka tak terkejut bila masuk dewan peperiksaan.

PERKARA
KETERANGAN

Jenis Instrumen


Ujian bertulis

Jenis item

-Objektif Aneka Pilihan (OAP)
-Objektif Pelbagai Bentuk (OPB)
-Subjektif Respons Terhad


Bilangan Soalan

Bahagian A: 20 soalan OAP – 20 Markah
Bahagian B: 5 soalan OPB – 20 Markah
Bahagian C: 6 soalan subjektif – 60 Markah


Jumlah Markah


Jumlah: 100 Markah

Tempoh Ujian

2 jam

Konstruk
-mengingat, memahami, mengaplikasi, menyelesai masalah
Kaedah Penskoran
-dikotomus dan analitik

Jika tidak dapat lagi gambaran bagaimana format baru ni, saya ada sertakan contoh soalan daripada buku set soalan kertas model peperiksaan PT3 (SCORE in PT3) (penerbit Oxford Fajar) yang menggunakan format pentaksiran baharu DSKP & KSSM dengan sempurna.



Contoh Soalan Kertas Model PT3 Matematik Yang Menggunakan Format Baru 2019

Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Format Baru Kertas Peperiksaan PT3 Matematik 2019
Apa yang saya boleh katakan.. format yang baru ini lebih.. baik mungkin? Sebab ada bahagian A dan bahagian B yang agak mudah dan dapat memberi peluang kepada student untuk kaut seberapa banyak markah yang ada sebelum beranjak ke bahagian yang ditakuti; iaitu bahagian subjektif.

Sebab apa ditakuti oleh pelajar?

Sebab kat bahagian subjektif lah ada soalan KBAT, soalan yang mencabar, soalan yang banyak tulisan panjang-panjang, dan soalan yang boleh 'menjerat' kesalahfahaman pelajar.

Apa apa pun.. usaha tangga kejayaan! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Yang bulat tidak datang bergolek, yang pilih tidak datang melayang! Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

Gitchuww peribahasa. Hambikk. Hahhaha.

Okay.. semoga bermanfaat! Jangan lupa sharing is caring ye!

Daa~ wassalam! :)





20 Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik! ~ Wordless Wednesday

$
0
0

20 Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik! ~ Wordless Wednesday


20 Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik 
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik
Contoh Template Resume Yang Kemas dan Menarik

Kredit info: MauKerja

Amin, Aamin, Amiin atau Aamiin? Ejaan mana satukah yang betul?

$
0
0
Amin, Aamin, Amiin atau Aamiin? Ejaan mana satu yang betul? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Kemusykilan dan kekeliruan ejaan 'Amin' dan ejaan 'InshaaAllah' dari dulu sehingga sekarang tak pernah habis. Pelbagai 'fakta' dan poster yang viral. Hingga tak tahu mana satu yang betul, mana yang salah. Ada yang kata ejaan 'Aamiin' lah yang paling tepat kerana membawa maksud yang betul. Ada yang kata mana mana pun boleh. Tak kisah. Makna semua sama je. So sebenarnya.. antara 'Amin', 'Aamin', 'Amiin' dan 'Aamiin', mana satukah ejaan yang betul?


Amin, Aamin, Amiin atau Aamiin?

Oleh: Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir

ejaan Amin Aamin Amiin atau Aamiin
ejaan Amin Aamin Amiin atau Aamiin?
Telah tersebar poster ini yang mengatakan salah eja dalam bahasa melayu ini mengubah maksud.

Saya faham niatnya baik tapi ada beberapa perkara yang tidak tepat yang boleh diperbetulkan.

Sebenarnya yang mengubah makna jika salah ejaan ialah bila perkataan itu dieja dalam BAHASA ARAB sahaja.

Ini kerana perubahan huruf dan baris memberi maksud yang berlainan dalam bahasa Arab.

Adapun ejaan "sebutan Arab" bahasa melayu, ia tidak membawa sebarang makna. Ini kerana bahasa Melayu tidak mempunyai fungsi yang sama seperti bahasa Arab.

Contoh ejaan "InshaaAllah" dalam bahasa Arab terdiri daripada 3 perkataan berbeza. Kerana itu ejaan Arabnya perlu tepat.

Adapun jika dieja dalam bahasa Melayu sebagai In-Sha-Allah, perkataan In & Sha itu tidak ada makna khusus pun dalam bahasa Melayu.

Maka tidak ada masalah nak eja InsyaAllah, Insha Allah, In Sha Allah, etc.

Apa yang penting dalam bahasa Melayu ialah lafaz sebutan dan konteks perkataan Arab yang dimaksudkan dalam percakapan bahasa Melayu itu.

Contohnya bila orang Melayu berdoa dan sebut amin, maka yang dimaksudkan dan difahami di situ ialah amin sebagai "perkenankanlah permintaan". Bukan jujur atau aman.

Begitu jugalah ejaan Mohamad, Muhamad, Muhamed, etc. Yang dimaksudkan dan disebut dalam ejaan Melayu itu tetap satu lafaz dan makna yang sama, Muhammad.

Begitulah konsepnya.

Semoga berfaedah.

Wallahua'lam.


4 Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita Luar & Dalam ~ Wordless Wednesday

$
0
0

4 Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita Luar & Dalam ~ Wordless Wednesday


Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita
4 Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita
Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita
Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita
Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita
Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita
Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita
Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita
Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita
Resepi Air Rebusan Bagus Untuk Kesihatan Wanita

Khaled Siddiq - On Deen Lyrics | his meaningful rap is on fire!

$
0
0
Khaled Siddiq - On Deen Lyrics | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pernah dengar penyanyi dan rapper Khaled Siddiq? Yang pasti beliau bukan dari Malaysia haha. Khaled Siddiq is one of my favorite nasheed/islamic youtuber artist. Lagu-lagu dan rap beliau sangat fuhhh, amazing! Dan lagu On Deen ni adalah salah satu rap beliau yang paling saya suka. Beliau menceritakan bagaimana beliau boleh berubah from choir boy to practicing Muslim. Lirik nya sangat bermakna & deep!
Khaled Siddiq On Deen Lyrics
Khaled Siddiq On Deen Lyrics
Let's!

Khaled Siddiq - On Deen (Official Video)


Khaled Siddiq - On Deen Lyrics


Before I start this verse I think it’s best that I say..
I ain’t pious, I ain’t righteous, I aint one of the greats
I ain’t Umar (RA), I ain’t Ali (RA), I ain’t Ahlul Bayt (Family of the Prophet PBUH)
So now we got that straight let me express my faith

Cause all the people wanna know, how you got on deen bro?
What made you leave the scene bro?
What light did you see bro?
We see you’ve got a beard now
So we wanna hear how…
This new improved Muslim has just magically appeared now

Well let me stop you there and let me make this clear
I ain’t doing this for fame ‘cause fam I. do. not. care.
About the people, or the praise, or ‘bout how loud they cheer
Or if they’ll still remember me at all when I’m not here

Cause if it ain’t for Allah, who am I doing it for?
When the angels raise me up and ask me “Who is your lord?”
Tell me what will I say?
About the times I didn’t pray
About them nights I’d roll around like I wouldn’t see the day

When the mountains will fall
And the people will say
“Ya Rabbi (Oh my Lord) send me back to earth for one more day.”
Give us time to repent!
Time to change our ways!
THE CLOCKS WILL NOT GO BACK
AND YOU CANT SKIP YOUR GRAVE

I swear it broke my heart…
The night I heard ‘Twon died   *'Twon is Khaled's bestfriend
Cause it didn’t make no sense, how could they kill my guy?
I swear I broke straight down, why is this life so crazy?
I crumbled on the floor that night I cried like a baby
Then I wiped my tears, I swear the truth was clear
This life is temporary, just a couple of years
But then where do we go?
God, tell me what do we do?
And don’t tell me that I’m crazy cause you’re thinking it too…

So I took my time, I had to study the truth
Cause everyone was telling me that their religion was true
So I looked in deep, it’s like my heart was numb
But a light was coming out saying Allah is the one
And He ain’t no man, a human ain’t my saviour…
I don’t pray to the creation fam I praise the creator…
I’m tryna tell my cousin when I visit the Penn
Imma bring him a Qur’an next time I visit again

Cause it makes me think, how does a heart get clean?
So many man that got to jail, but somehow still find the deen.
And it ain’t by chance, there’s no smoke in the screen
When you put a man in darkness, then the light can be seen

It’s like I think about my brother when I cry and I pray
Cause I’m trying to give him daw’ah trying to show him the way
Show him partying ain’t worth it, I tell him more everyday
But then it gets to a point, when what more can you say?

Fam, I need to guide him proper gotta show him the path
Cause I didn’t have no man to show me how to pray my salah
And I didn’t have no man to show me how to connect with Allah
And I didn’t have no man to show me how to read the Qur’an

I’m just seeking out the truth, so it’s the deen that I chose
But I’m fighting my own demons I can feel them getting close
Devil whispers in my chest, trying to make my heart colder
But sometimes it feels like he’s right there on my shoulder
Telling me to go back to the life that I left
Telling me I’m missing out and that this life in the best (Dunya)
Me and you ain’t finished Khaled cause I’m still in your head…
And I’ll be right there in your ear until the day that you’re dead…

Khaled Siddiq On Deen Lyrics
Khaled Siddiq On Deen Lyrics


Ramai Tak Tahu 8 Sempadan Negara Yang Unik Ini! ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Ramai Tak Tahu 8 Sempadan Negara Yang Unik Ini! ~ Wordless Wednesday


8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik
8 Sempadan Negara Yang Unik

SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN?

$
0
0
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Biasa orang tanya "boleh ke mandi wajib selepas waktu Subuh?" atau "adakah sah puasa jika tangguh mandi junub sehingga berkumandang azan Subuh?". Soalan tu saya tak nak kupas sebab dah pernah bincangkan sebelum ni. Nak tahu jawapannya, boleh baca di entri SINI. Okay for the next kemusykilan, "jika seseorang keluar air mani di siang hari Ramadhan ketika berpuasa, batalkah puasanya atau masih sah?"

Contohnya, selepas solat Subuh kita tidur balik atau balik dari kerja waktu petang rasa penat sangat, lelap sekejap. Bangkit dari bangun eh eh tengok ada cecair (air mani) melekat di seluar. Senang cerita, ketika tidur tadi dia telah pun ber-'mimpi basah'.

Ha? Macam mana ni? Takkan burn puasa haritu? Bukannya sengaja pun. Kita bukan boleh kawal apa yang terjadi dalam mimpi?

Kalau situasi itu berlaku, jangan susah hati. Jangan panik dan gusar. Jom baca jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan!


SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN?

SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN? | image Google
Soalan:
Apakah sah puasa orang keluar mani di siang hari apabila menyedarinya ketika bangun daripada tidur?

Jawapan:

Daripada Abi Said al-Khudri RA, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak berbuka (batal puasa) sesiapa yang muntah, tidak juga sesiapa yang bermimpi dan tidak juga sesiapa yang berbekam." - Riwayat Abu Daud: 2376

Daripada kitab al-Muktamad di dalam mazhab al-Syafie:

“Keluarnya mani dengan sengaja dengan tanpa bersetubuh seperti bercium, onani dengan tangannya atau dengan tangan isterinya atau onani dengan sentuhan kerana ia dikira sebagai inzal (terpancutnya mani) dengan cara mubasyarah (berseronok dengan bersentuhan tanpa lapik).

Adapun jika mani itu keluar dengan cara tidak sengaja (bukan disebabkan perkara-perkara di atas atau dengan bermesraan) maka hal tersebut tidak membatalkan puasa. Begitu juga, jika dia melihat dengan matanya walaupun diulang-ulang penglihatan tersebut tanpa bersentuhan atau berfikir di dalam hatinya tanpa bersentuhan lalu inzal (terpancut atau keluar mani) maka hal ini tidak membatalkan puasa kerana tidak berlakunya mubasyarah.

Selain itu, hal ini sama juga bagi sesiapa yang bermimpi pada siang hari Ramadhan maka tidak membatalkan puasa secara ijma’ (ulama’) kerana perkara ini di luar kawalannya”.
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN? | image Google
Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Al-Bakri menyimpulkan:

"Tidak batal puasa bagi orang yang keluar air mani ketika tidur dengan syarat air mani itu keluar DENGAN SENDIRINYA bukannya dengan sebab-sebab kemesraan. Ini kerana, perkara ini berlaku bukan dengan kehendaknya dan ia juga di luar kawalannya. Tambahan pula, orang yang tidur taklifnya diangkat dan tidak ambil kira."


SUMBER: IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADAN #88 [LINK]
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN
SAH KE PUASA JIKA KELUAR AIR MANI DI SIANG HARI RAMADHAN? Jawapan dari Mufti WP
Moga jelas dengan penerangan Mufti di atas.

Dan jangan lupa share ilmu ini dengan anak-anak! Terutamanya anak lelaki yang sedang meningkat remaja atau yang sudah pun dewasa. Mungkin mereka mengalami situasi di atas tapi tak tahu nak buat apa atau mereka menganggap puasa mereka telah batal.. dah jadi salah faham pula.

Okay semoga bermanfaat.

Daa~ wassalam! :)

Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia | Selamat Hari Guru!

$
0
0
Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia.. Selamat Hari Guru! | Pagi tadi berderu deru mesej whatsapp saya terima. Ingatkan crush message hahaha. Rupa-rupanya ucapan 'Selamat Hari Guru' dari my family. Saya pun eh eh. Ha'ah la harini 16 Mei 2019! Sambutan Hari Guru sedunia!

Walaupun saya bukan lah cikgu sekolah mahupun pensyarah, but still. I am a Math & Addmath tutor. So, kena la tempias sikit hahaha. Happy Teachers Day buat semua cikgu cikgi pensyarah dan tutor around the world! Moga diberkati semuanya Aamiin!

Baru-baru ni saya ada jumpa artikel akhbar Berita Harian yang bertajuk 'Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia: Kajian'.

Tudiaaaaa. Tepuk tangan sikitt buat para guru di Malaysia kesayangan kita ni!
Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia
Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia
"Bancian Pendidikan global oleh University of Cambridge mendapati guru di Malaysia antara yang paling berdedikasi di dunia dalam memastikan pelajar mencapai kecemerlangan, selain paling menyukai kerjaya mereka.

Bancian Cambridge Assessment International Education (Cambridge International) itu juga mendapati tiga daripada empat guru mengadakan kelas tambahan untuk membantu murid mereka mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan.

Latih tubi menerusi soalan peperiksaan lalu ialah kaedah paling popular dalam kalangan guru di Malaysia untuk membantu pencapaian akademik pelajar."
Selamat Hari Guru
Mesti ada yang pelik kan. Dah kenapa nak buat kajian ni? Suka suka atau ada motif tertentu?

"Kajian itu dilaksanakan untuk menilai guru dan pelajar seluruh dunia. Ianya penting untuk membantu hampir sejuta pelajar di seluruh dunia yang mengikuti program University of Cambridge pada masa depan. "
Selamat Hari Guru
So.. apakah hasil kajian yang mereka dapat dari segi kemahiran guru Malaysia mengajar?

"Secara keseluruhannya, Bancian Pendidikan Global mendapatkan pandangan hampir 20,000 guru dan pelajar seluruh dunia mengenai plebagai topik mencakupi amalan kelas terbaik serta pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Selain itu, penggunaan teknologi dalam podPc, aspirasi pelajar dan motivasi guru yang mendapati semua faktor itu diamalkan oleh pendidik Malaysia".

Conclusionnya.. I'm proud of being one of 'guru Malaysia'! Hahaha tibee.
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru
Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”


(Hadis Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)


Daa~ wassalam! :)


Jom Tengok 40 Keyword Entri Blog Semalam & Minggu Ini!

$
0
0
Jom Tengok 40 Keyword Entri Blog Semalam & Minggu Ini! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Harini nak share sikit tentang ilmu blog berkaitan dengan search keywords / keyword entri blog. Apa itu keyword blog? Macam mana nak check keywords entri blog kita? Apa beza tengok keyword di traffic stats blogger.com dengan Google Analytics (GA)? Apakah maksud 'Organic Search'? Untuk apa nak tengok keyword entry blog? What the importance of it? Ada kelebihan apa apa ke? Boleh bantu untuk tingkatkan trafik blog kah? Nak tahu semuaaaaa jawapan bagi soalan-soalan tersebut, baca dari mula untilll the end of this entry okay? Hehehe.

Ada dua 'tempat' boleh tengok. Di traffic stats blog (blogger.com) dan di Google Analytics.  Ada je medium lain lagi yang boleh kita tengok keyword blog. Tapi yang biasa saya tengok, dekat dua ni je lah.

Saya tunjuk kedua-duanya ye?



Apakah Keyword Entri Blog Sayidah Napisah Semalam & Minggu Ini? Let's see!


1. TRAFFIC STATS BLOG
keyword blog
Keyword Entri Blog (Day)
Search Keyword semalam (16 Mei 2019):

- dalam rajah di bawah, ab ialah tangen sepunya kepada dua bulatan yang masing-masing berpusat p dan q.
- roti keramat resepi
- bantuan khas hari raya 2019
- bolehkah kita buat praktikal di branch bank
- bonus kakitangan awam 2019
- bonus raya penjawat awam 2019
- kelayakan memohon kerja di bank rakyat
- resepi kuih raya 2019
- rsm kereta manual

Search Keywords for this week:

- lagu sesungguhnya raihan 2019
- lirik lagu sesungguhnya2019
- pemarkahan addmath spm
- cara semak keputusan upu
- dalam rajah di bawah, ab ialah tangen sepunya kepada dua bulatan yang masing-masing berpusat p dan q.
- maksud trengkas
- nama nama air balang
- puasa telan hingus
- resepi sahur mudah 30 hari
- roti keramat resepi
keyword blog
Keyword Entri Blog (Week)
2. ORGANIC SEARCH KEYWORD di Google Analytics

Weekly (10 Mei - 16 Mei 2019):

- bagaimana puasa jika mandi wajib haid selepas azan subuh
- bantuan khas hari raya 2019
- batalkah puasa dan solat jika menelan hingus
- BOLEH KE SEDUT HINGUS TIME PUASA
- bonus kakitangan awam 2019
- cara nak cek no tracking skynet
- cara pandai matematik pt3
- doa munajat sebelum berbuka puasa
- drama my dear mr dimple
- kelayakan memohon kerja di bank rakyat
- kuih muih tradisional malaysia
- lagu sesungguhnya aliff satar
- maksud trengkas
- nama nama air balang
- resepi koktel
- resepi kuih raya viral 2019
- resepi sahur mudah 30 hari
- resipi berbuka
- sifat perempuan yang lahir bulan ogos
- solat zuhur pada hari jumaat bagi wanita
- tanda tanda perempuan suka pada kita
keyword blog google analytics
Keyword Entri Blog di Google Analytics
keyword blog google analytic
(cont.) Keyword Entri Blog di Google Analytic

Macam mana nak check keyword entri blog kita?


1. TRAFFIC STATS BLOG

Sign in blog anda (www.blogger.com) > Stats > Traffic sources > Search Keywords

Boleh pilih nak tengok senarai keyword pada masa SEKARANG (now), HARI INI (day), MINGGU INI (week), BULAN INI (month) atau SEPANJANG BLOG KITA WUJUD DI DUNIA INI (all time).

2. GOOGLE ANALYTICS

Sign in Google Analytics anda (analytics.google.com) > Under REPORTS, klik Acquisition > All Traffics > Channels > Organic Search

Saya prefer buka Google Analytics ni direct di browser Google Chrome atau Mozilla ye. Maksud saya.. pergi terus ke website. Jangan buka apps. Sebab saya tak pernah install apps Google Analytics, apatah lagi menggunakannya haha. So, tak tahu macam mana rupa dan susun atur apps tersebut.

Kot-kot ada yang kurang jelas step step nya.. boleh lihat video di bawah ni. Saya ada tunjuk cara-caranya. Mudah sajaa. Don't worry hehe.



Apa beza tengok keyword di stats blogger.com dengan Google Analytics (GA)?

Kalau kat stats blog, kita tak boleh nak tengok keyword pada hari sebelum sebelum ni. Ianya hanya ada now, day, week, month & all time. So, kita tak boleh nak tengok keyword untuk semalam, kelmarin, tahun lepas ataupun 2 tahun yang lepas.

Jika di GA pula, kita boleh pilih specific date yang kita nak tengok. Contohnya, nak tengok list of keywords pada hari kelmarin; hari Rabu. Kita just klik tarikh hari Rabu tersebut iaitu May 15, 2019 - May 15, 2019. Then, akan keluarlah semua keyword organic search on that day.

Kan tadi ada part Google Analytic tu, kita kena klik kat word organic search kan?

Apa benda ORGANIC SEARCH tu sebenarnya?

Okay.. Kita kena tahu dan faham dulu bahawa terdapat EMPAT channel/cara/medium orang boleh jumpa blog kita.

1. Social
2. Organic Search
3. Direct
4. Referral

First of all, organic search..

Organic maksudnya apa? Yeapp. Asli, original, raw. Senang cerita.. ORGANIC SEARCH ni adalah keyword yang orang taip di enjin carian/search engine (such as Google, Yahoo, etc) dan kemudian klik link entri blog kita.

Organic search ni orang yang cari kita, bukannya kita cari mereka. Contohnya, jika orang klik link yang kita share di Facebook, Instagram, Twitter or Pinterest adalah BUKAN organic search. Ianya tergolong dalam SOCIAL.

DIRECT pula orang terus taip URL blog kita. Contohnya, buka browser Google Chrome, terus type www.sayidahnapisah.com di bahagian URL.

On the other hand, jika blogger lain letak link blog kita di blog beliau (contohnya di bloglist), pengunjung yang singgah masuk ke blog beliau klik blog kita.. ianya dinamakan REFERRALKira macam backlink lah senang cerita.

Ada fahamm? Hahaha.

Tapi.. buat apa nak tengok keyword entry blog? What the importance of it? Ada kelebihan apa apa ke?

Tak wajib pun dan tak effect trafik blog kita pun honestly haha. Tapi.. takkan tak curious keyword apa yang orang cari di Google sampai jumpa blog kita? Dalam beratus/beribu views blog kita setiap hari.. takkan tak nak tahu apa bendaa laaaa mereka cari kat blog kita sebenarnya?

But in my opinion, sedikit kepentingan dan kebaikan kita tengok keywords blog adalah:

1. Bila kita tengok keyword, at least kita tahu "oh, mereka suka cerita yang macam ni", "oh, hot topik macam ni dorang suka", "wah benda macam ni pun orang suka cari". Kita boleh tengok orang suka 'tema' or niche entri yang mana. Kita boleh nampak orang lebih cenderung untuk cari certain certain topik.

So that kita boleh banyakkan lagi topik yang sebegitu. Nanti yang untung siapa? Kitaaa juga hehe.

2. Kita boleh juga kaji macam mana penggunaan dan susunan keyword yang netizen search di Google/Yahoo.

So that kita tahu nak letak keyword apa yang sesuai di bahagian 'Search Description' ketika karang entri blog (edit post).

Ianya penting dalam menaikkan entri blog kita ke page utama/ top 10 page Google. (a.k.a teknik SEO)

Contohnya:
search desciption blog
boleh letak keyword yang sesuai di bahagian 'Search Description' entri blog
Okay itu sahaja. Harapnya faham lah ye apa yang saya nak sampaikan kat atas ni hahaha.

Kalau ada yang kureng faham atau nak tanya apa-apa kemusykilan berkaitan dengan keyword blog.. silakan. Just drop the question at the comment section below! Mana yang saya tahu, saya akan jawab :)


Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai!

$
0
0
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tudiaaa time siang macam ni lah nak tunjuk aneka nasi goreng sedap sedap kan? Sengaja nak menyeksa jiwa raga kan? Hahaha. Rileksss. I'm just sharing je. Sesiapa yang masih tiada idea nak masak untuk berbuka puasa petang ni atau menu sahur esok pagi, don't worry! Bawah ni ada SEBELAS resepi nasi goreng pelbagai rasa, jenis dan favorite all time ramai orang (termasuk saya hee)! Bukan setakat budak budak, orang dewasa, orang tua pun suka tau. Mana-mana ibu ayah yang ada anak anak susah nak makan, haa boleh cuba semuaaa resipi nasi goreng mudah dan sedap sedap ini. Confirm anak suka! Kalau masak untuk mereka, pasti mereka "nak lagi!". Gitchuww.


Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai!


1. NASI GORENG KAMPUNG

nasi goreng kampung
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan:
7 senduk nasi putih untuk 4 orang
15-20 biji lada hijau ikut tahap kepedasan anda
2 biji telur ayam
4 sudu makan sos tiram
2 biji bawang merah saiz sederhana.
8 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dibakar terlebih dahulu
4 sudu makan minyak masak
-Sayur pilihan anda contoh: kangkung

Cara-cara:

1. Tumbuk bahan asas untuk perencah nasi goreng kampung. Lada, ikan bilis, bawang putih dan belacan bakar. Bawang merah masukkan last sebab dia berair. Nanti masuk mata pedih. Tumbuk. jangan blend tau.

2 Panaskan minyak goreng camtu ja isi ayam tanpa letak apa-apa. Dah nampak garing angkat. Minyak dia tu buat tumis bahan tumbuk perencah nasi goreng tadi. Guna api kecil tumis hingga nampak garing.

3. Suka telur? Masukkan telur dan biarkan sekejap dan kacau supaya sebati. Baru tambahkan 4 sudu makan sos tiram dan 2 sudu teh garam. Kacau lagi 2-3 minit guna api sederhana. Jangan besar nanti hangit tak best rasa nasi goreng kita.

4. Masukkan ayam dengan kobis atau sayur anda nak. Jangan lak masukkan terung. Tak sesuai tu. Last sekali bila dah masak layu sayur.

Ingat api sederhana ja tau sebab kita tak nak hangit di bawah. Baru masukkan nasi yang dah sejukkan tadi.

5. Kacau 4-5 minit, besarkan api sikit supaya nasi masak elok kering cantik. Masa ni kalau nak tambah bilis goreng, masukkan sekali.

2. NASI GORENG CILI KERING

nasi goreng cili kering
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan

1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak
2. Bawang besar | ditumbuk
3. Bawang putih 3 ulas | ditumbuk
4. Belacan sikit
5. Ikan bilis tumbuk
6. Cili kering 5, 6 helai rebus | ditumbuk
7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa.
8. Garam secubit

Cara-Cara Memasak

1. Dah tumbuk semua bahan² tadi, panaskan kuali, letak minyak.
2. Dah panas minyak, tumis bahan² tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.
3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.
4. Siap dan boleh dimakan

sumber : myresepi.com.my

3. NASI GORENG CINA

nasi goreng cina
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
[Kuantiti sukatan bahan adalah untuk 2 orang dewasa ya. Boleh tambah ikut kesesuaian]

Bahan-bahan:

2 cawan nasi putih (yang semalam atau dimasukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu)
1 biji telur ayam
12 batang lobak merah dipotong dadu
Lauk pilihan
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair masin
12 sudu teh garam
12 sudu teh serbuk perasa
Lada sulah lada putih secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk untuk perencah nasi goreng:
¼ bawang besarHolland
2 ulas bawang putih size sederhana
½ inci halia

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Pecahkan sebiji telur dan kacau sebati biar kuning dan putih telur bercampur. Masukkan dalam kuali dan jadikan telur hancur. Boleh tengok video. Ketepikan. Masukkan pula lauk pilihan dan goreng tanpa minyak. Bila dah masak ketepikan.

2. Masukkan minyak dalam anggaran 3 sudu makan. Masukkan bahan tumbuk nasi goreng cina kita ni, dan tumis hingga naik bau. Tambahkan sayur lobak merah yang dah dipotong dadu dan biarkan masak. Jangan tambah air ya. Nanti berair atau lembik nasi goreng. Tak sedap.

3. Bila dah masak sayur, masukkan sos tiram bersama kicap cair masin. Kita gunakan kicap cair sebab tak nak warna nasi goreng jadi gelap. Kan nasi goreng ni jernih je kan warnanya.

4.  Masukkan nasi, telur tadi bersama lauk dan lada sulah secukup rasa beserta garam.
Apa lagi ,kacau nasi goreng dengan skill yang ada ikut lah macam mana asalkan nasi tu sebati elok je hee. Rasa dan tambahkan serbuk perasa sedikit. Tengok nasi dah kering, angkat dan hidangkan.

sumber : myresepi.com.my

4. NASI GORENG TOMYAM ALA THAI

nasi goreng tomyam
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan:

2 Cawan Beras Wangi Thai – masak nasi (selalunya beras ni agak lembut jadi sukatan air selalunya sama banyak dengan beras)
7-8 ekor udang sederhana besar (suka hati nak letak banyak mana) – buang kulit
4 ekor sotong sederhana – potong bulat bulat
1/2 biji bawang besar atau 3-4 ulas bawang merah- potong nipis sesuka hati
2-4 biji cili padi – diketuk sikit (mengikut kesukaan)
4 ulas bawang putih- cincang halus
1-2 batang serai – potong kecil kalau suka kalau malas nak asingkan potong besar-besar macam aku buat tu tapi kalau nak telan sekali potong kecik
2 helai daun limau purut (wajib ni nanti tak bau tom yam kalau tak letak ni)
Sayuran mengikut kesukaaan di sini aku guna carot & kubis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes tomyam
Sedikit minyak ikan thai , gula , garam & lada sulah

CARA-CARA MEMASAK

1. Tumis bawang.. masukkan cili & serai & kacau sebentar… kemudian masukkan sos tiram, cili, pes tom yam kacau kejap dalam kuali (tambah sedikit air jika perlu)

2. Masukkan udang & sotong & kacau sampai udang & sotong masak. (tambah air supaya tak kering & hangit.)

3. Bila sotong & Udang masak, masukkan sayuran & kemudian nasi

4. Kuat kan api sikit & gaul Nasi hingga sebati, tambah perasa & sos ikan

5. Kemudian perlahankan sedikit api & masukkan daun limau purut dan kacau-kacau lagi supaya Nasik masak dengan cantik dan sedikit kegaringan. Kalau nak ala thai lagi tambah secubit daun sup + daun bawang & bawang goreng dihiris halus ketika menghidang.

sumber: myresepi.com.my

5. RESEPI NASI GORENG BIASA

nasi goreng biasa
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-Bahannya

1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - dibersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap. Gaul rata.
6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
9. Tutup api dan hidangkan.

6. NASI GORENG IKAN MASIN

nasi goreng ikan masin
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan:

Bawang putih kisar kasar/tumbuk.
Ikan masin jenis apapun boleh, cincang kasar.
Kacang panjang hiris kasar.
Minyak.
Cili padi. Untuk yang suka pedas.
Fish sos.
Sos tiram.
Garam.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin sehingga betul-betul garing.
2. Masukkan 1/2 sudu masak (sdm) bawang putih, jika masukkan 1 sdm pun boleh. Tumis sehingga bawang putih warna coklat.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, gaul sebentar.
4. Ketepikan kacang panjang di tepi kuali, selepas itu pecahkan sebiji telur. Gaul sehingga telur masak
5.Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
6. Selepas itu masukkan 2 sdm sos ikan.
7. Masukkan 1 sdm sos tiram. Akhir sekali, masukkan garam. Gaul sebati lebih kurang 10 minit. Siap!

sumber :myresepi.com.my

7. RESEPI NASI GORENG SEAFOOD SPECIAL

nasi goreng seafood
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan

2-3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dipotong)
1 genggam isi kerang
5-6 ekor udang (sederhana besar)
4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
1 sudu cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
Sedikit minyak masak/minyak bijan
Garam dan secukup rasa
Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/ hiris. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Credit: Anika Resepi

8. RESEPI NASI GORENG AYAM GORENG KUNYIT

nasi goreng ayam kunyit
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan nasi goreng

1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
1/2 inci belacan - dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api - diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam goreng kunyit

200g isi ayam - dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili besar - dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat nasi goreng

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi. Kacau.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Angkat.

Cara-cara memasak ayam goreng kunyit

1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
3.Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.

Sumber: #ResepiUmmi

9. RESEPI NASI GORENG PATTAYA

nasi goreng pattaya
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-Bahan:

Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
6. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
8. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur:

1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

sumber : myresepi.com.my

10. RESEPI NASI GORENG USA

nasi goreng usa
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Terbahagi kepada dua bahagian

1. Nasi Goreng
2. Lauk

Bahagian Pertama Nasi Goreng

Bahan-bahan

Nasi putih satu mangkuk
Bawang putih
Sayur lobak merah- dipotong kecil macam batang mancis
Minyak masak

Cara-cara

1. Masukkan minyak
2. Masukkan bawang putih
3. Masukkan 1 sudu cili boh
4. Masukkan semangkuk nasi
5. Masukkan sayur campur
6. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap masin, sedikit garam dan serbuk perasa

Nota:
* Biasanya masakan thai mengunakan 2 jens kicap.. Kicap yang masin berwarna agak jernih dan kicap pekat yang berwarna hitam pekat.
* Hanya guna sedikit garam kerana lauk ayam yang akan dimasak nanti juga masin. Gaulkan sehingga masak..

Bahagian Kedua Lauk Ayam

Bahan-bahan

Ayam (kalau nak daging pun boleh)
minyak masak
Cili boh
Cili besar merah
Bawang putih
Bawang Besar
Tomato
Sedikit daun limau purut

Cara-cara

1. Masukkan minyak
2. Masukkn cili boh
3. Masukkan bawang putih
4. Masukkan ayam- bahagian dada sahaja potong dadu gaul sehinga ayam masak
5. Masukkan sos cili, sos tomato ,sos tiram, kicap masin, garam, gula dan serbuk perasa
6. Potong bawang besar, cili besar dan tomato
masukkan daun limau purut.
7. Gaul sehingga masak

Nota:
* Boleh juga ditambah udang/sotong dalam nasi goreng
* Goreng telur mata kerbau dan letak atas nasi tersebut

Hiasan:
Potong timun, daun bawang dan tomato, dan jangan lupa taburkan sedikit lada sulah dan bawang goreng diatas hidangan tersebut.

11. RESEPI NASI GORENG DAGING MERAH

nasi goreng daging merah
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan untuk daging merah:

200 gram daging
pewarna merah
1 senduk minyak masak
1 inci halia, hiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
1/4 cawan cili kisar2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan2 helai daun limau purut
3 batang kacang panjang, potong 2 inci
4 biji jagung muda, potong memanjang
Sedikit tepung jagung
Karot (carrot), potong memanjang

Bahan untuk nasi goreng:

4 cawan nasi
Sayuran campur atau mixed vegi
2 sudu besar cili kisar
1/2 ketul kiub ayam
1 biji telur2 ulas bawang putih, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara untuk memasak daging merah:

1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis.
3. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
4. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing.
5. Angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
6. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar
8. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung.
9. Angkat dan hidang.

Cara untuk memasak nasi goreng:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati.
3. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan boleh dihidang.

sumber : myresepi.com.my

Selamat mencuba! Semoga berjayaa! heheh.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:


PENGASAS DNARS MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN DI THAILAND

$
0
0
PENGASAS DNARS SKINCARE MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tadi tengah khusyuk saya sapu sampah di bilik, terdengar berita Astro Awani: "pengasas Dnars skincare meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Pattani, Thailand". Innalillahiwainnailaihiraji'un~ Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
pengasas dnars skincare kemalangan
pengasas dnars meninggal dunia akibat kemalangan di pattani, Thailand.
Nama pengasas produk kecantikan Dnars kosmetik yang cantik berhijab adalah Faziani Rohban. Kemalangan kereta tersebut terjadi dalam perjalanan untuk menyerahkan duit zakat kepada anak anak yatim di Pattani. Allahu.. Suaminya juga turut terbabit dalam kemalangan jalan raya tersebut.

Sahabat baik arwah iaitu Datuk Seri Aliff Syukri sempat ditemuramah sebentar tadi melalui panggilan telefon di berita Awani dan berpesan kepada kita supaya jangan meratapi pemergian kak Faziani.

Moga dengan keberkatan bulan mulia ini, moga arwah dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan yang beramal soleh Aamiin Ya Rabbal 'alamin.

Lirik Lagu Tiada Dirimu - Shila Amzah (OST CARI AKU DI SYURGA)

$
0
0
Lirik Lagu Tiada Dirimu - Shila Amzah (OST CARI AKU DI SYURGA) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! One of my fav song right now is thisss! Lagu tiada dirimu dari penyanyi Shila Amzah memang mantop! Walaupun tak tengok drama Cari Aku Di Syurga, tapi lagu OST dia saya layan kat youtube hehe. 

Dari segi vokal, rentak muzik, lirik lagu, suara Shila Amzah.. Semua best. Dah banyak kali saya ulang dan ulang dan ulang lagu ni. Tak jemu walaupun dah on repeat for many times.
ost cari aku di syurga
Lirik Lagu Tiada Dirimu Shila Amzah (OST CARI AKU DI SYURGA)

Lirik Lagu Tiada Dirimu - Shila Amzah (OST CARI AKU DI SYURGA)


Ku coba mengerti
Siapa diriku
Di dalam hidupmu

Apa maunya lagi
Jika kau tak mampu
Mengingin cintaku

Biar berat ku menghadapi
Tidakkan ku ulangi
Meminta hatimu
Tak pernah ku sesali
Hadirmu di hatiku
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu

Diam tanpa bicara
Harus bagaimana
Ingin ku lewati

Biar berat ku menghadapi
Tidakkan ku ulangi
Meminta hatimu
Tak pernah ku sesali
Hadirmu di hatiku
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu

Huuuu...

Biar berat ku menghadapi
Tidakkan ku ulangi
Meminta hatimu
Tak pernah ku sesali
Hadirmu di hatiku
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu

Tak pernah ku sesali
Hadirmu di hatiku
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu

Tak ingin ku ulangi
Apa yang terjadi
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu

Walau diriku
tanpa dirimu

Lagu: Tiada Dirimu
Artis: Shila Amzah
Composer: Farouk Roman (Nova Music (M) Sdn. Bhd.)
Lyricist/ Penulis lirik: Amylea  (Nova Music (M) Sdn. Bhd.)


OST CARI AKU DI SYURGA TV3: SHILA AMZAH - TIADA DIRIMU Official Lyric Video




Kahwin baru sebulan tapi usia kandungan 6 minggu? Apa maksudnya?

$
0
0
Kahwin baru sebulan tapi usia kandungan 6 minggu? | Assalamuaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Pernah tak dengar kes pasangan suami isteri yang baru bernikah tapi selepas beberapa minggu, dah muntah muntah, menunjukkan tanda awal hamil? Usia perkahwinan baru 2 minggu tapi usia janin dah 4 minggu? Kahwin baru sebulan tapi usia kandungan dah mencecah 6 minggu? Atau ada yang menggelarkan"bunting pelamin". Sebenarnya situasi begini normal atau tidak? Ada sesetengah orang yang masih lagi tidak tahu cara betul kira usia kandungan sehingga menimbulkan salah faham terhadap pengantin perempuan. Menuduh si wanita melakukan zina dengan lelaki lain sebelum berkahwin dan mengandung anak luar nikah.

Walhal pasangan suami isteri dan keluarga seharusnya bersyukur kerana mereka subur dan diberi rezeki untuk pengantin perempuan mengandung awal.

So.. bagi mengelakkan salah faham, moh le kita tambah ilmu tentang ni ye. Terutamanya bakal pengantin dan pengantin yang baru kahwin. Let's!


Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu?

(pelajar lepasan Bachelor of Medicine di Jordan)

Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu
Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu
Kahwin baru sebulan. Tapi bila check, usia janin dah cecah 6 minggu. Pastu salahkan isteri “bersama” dengan orang lain before wedding.

Please educate yourself before judging. Ramai tak tahu yang usia janin dikira bermula hari pertama keluar haid yang terakhir. Bukan tarikh yang korang “bersama”

Sebagai contoh. Kawen 14/1/2019. Dan “bersama” pada tarikh itu. Isteri cakap hari pertama haid dia pada 1/1/2019. 5 minggu selepas 14/1, pergi cek, hamil dan usia kandungan dah dekat 7 minggu.

Hal ini kerana, usia janin adalah dikira berdasarkan USIA “telur” (ovum) yang dihasilkan oleh wanita. USIA tu pulak bermula pada hari pertama keluar haid. Bermaksud, start je haid, dah ade telur yang sedang berkembang. Cuma tak available lagi nak disenyawakan

Guys what I’ve said here is the ideal scenario that could happen. In real life, we encounter thousands of complicated cases. If you have any concern, please by all means go and talk to your doctor.

Kalau tengok kat sini, telur wanita mula berkembang pada hari PERTAMA period. Tapi tak dilepaskan untuk disenyawakan. Tengok hari ke 14 (ovulation), ia dilepaskan dan boleh disenyawakan. Kalau tak senyawa apa jadi? Telur tu akan mati. Dan kitaran baru akan bermula.
Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu
Kahwin baru sebulan tapi dah mengandung 6 minggu
Question & Answer (Q&A)

Q: Kalau kahwin baru seminggu tapi pregnant dah 6 weeks tu kira macam mana? Confuse.

A: "Yang tu kena tanya elok-elok pasangan. margin janin hanyalah 1-2 minggu lebih tua dari usia perkahwinan."

Q: Tapi kalau irregular period macam mana? Kalau last period dua bulan lepas, then.. nak kira macam mana pulak?

A: "Kalau irregular period, we will not rely on LMP (1st day of last menstrual period). We will rely on ultrasound to estimate your due date and age of fetus."

Q: Kalau jenis yang period tak stable nak kira mcm mana?

A: "Doktor akan estimate guna ultrasound. Jangan bimbang"

Q: Tapi kan sebab kira ikut last period..due date selalu tak sama dengan yang doktor bagi.. mesti nak sama dengan kiraan last bersama.

A: "Biasanya doktor akan check berdasarkan last period and also berdasarkan ultrasound. Kadang-kadang ultrasound lagi tepat disebabkan oleh beberapa faktor seperti irregular period, not sure of the date, etc etc."

Q: What do you mean by hari pertama period yang trakhir? Adakah hari yang first keluar atau hari last keluar?

A: "Hari yang first keluar haid"

Q: Ohhh good infoo.. baru tahuu.. kena ambil tahu jugak kalau tak dok bengap situ lahh, and yang saya tahu kalau nak cepat dapat baby pasangan perlu bersetubuh selepas 14 hari habis period time tu wanita tengah subur dan cepat lekat betul ka?

A: "Betul. Kalau cycle saudari 28 hari. Basically dia separuh dari cycle kita (kalau 30, so 15). Cumanya, benda ni not exactly perfect. So try and error."

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)



Tarikh Tukar Duit Raya 2019 di Bank CIMB, Maybank dan lain lain

$
0
0
Tarikh Tukar Duit Raya 2019 di Bank CIMB, Maybank dan lain-lain | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Alhamdulillah dah 14 hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Puasa, puasa juga. Persiapan raya untuk Syawal jangan dilupakan pula hehe. Mesti ramai yang sedang mencari bila tarikh tukar duit raya di bank untuk tahun 2019 ni kan? Yelah, nanti kalau lambat-lambat tukar duit kecil di bank.. duit kertas RM1/ RM5/ RM10/ RM50 ada yang dah tak ada. Nanti kalau last minit nak pecah duit kecil seringgit, 5 ringgit.. kaunter penukaran duit raya pun dah ditutup haaa baru nak menangis tak berlagu haha. So, time awal awal lah kalau nak buat tukaran duit raya dan dapat duit raya baru, cantik dan fresh 'keluar' dari bank! Kalau dah nak dekat raya baru nak pergi bank tukar duit, takut duit baru dah habis & duit kecil tak available je nanti.

Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Tukar Duit Raya 2019 di Bank

Tarikh Tukar Duit Raya 2019 di Bank:

CIMB - 22 Mei 2019
MAYBANK - 23 Mei 2019
Lain lain bank - 24 Mei 2019

Haa ingat tarikh tu. Nak dekat dah. Tak lama je lagi. Mana yang suka duit baru cetak, take note the date!


Pengalaman Tukar Duit Raya di Bank Untuk Kali Pertama! (2018)

Korang jangan jadi macam saya dan umi saya pada tahun lepas. Tukar duit raya last minute di bank, haa baru tahu erti kesal dan insaf hahaha. Terus trauma walaupun it was the first time saya tukar duit di bank.

Bayangkan.. esok lusa nak sambut hari raya, harini baru nak pergi tukar. Memang saja menempah la kan? haha.

Mula mula semangat je pergi bank CIMB (dalam hati berdoa moga kaunter still buka), tup tup penukaran duit raya dah tutup. Then, Maybank? Sama juga hasilnya. Dah tak boleh tukar duit.

Merata bank pergi.. last last rezeki kan Allah nak bagi. Pergi PUBLIC Bank. Saja nak try nasib. Fuhh FINALLY! Nasib baik kaunter masih dibuka. Tu pun berderet orang beratur nak tukar duit.
Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Al-maklumlah, baru pertama kali kan. Blur nak buat apa mula mula masuk bank tu haha. Tak tahu cara nak tukar duit. Tak tahu nak tulis apa dekat kertas yang diberi.

Tapi selepas tanya staff Bank yang bertugas di situ dan dia pun tolong terangkan.. okayy after that everything berjalan lancar je walaupun perjalanan menuju ke kaunter tu memakan masa yang agak lama.
Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Tukar Duit Raya dengan my Umi!
Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Tukar Duit Raya 2019 di Bank
Kesimpulannya.. bersusah sudah dahulu, bersenang senang kemudian. Bersusah susah sikit pergi bank awal untuk tukar duit, bersenang lenang di kemudian hari tak perlu beratur panjang.

Gitchuww haha.

Okay till next time, daa~ wassalam! :)


ANEHNYA DOA NABI YUNUS

$
0
0
ANEHNYA DOA NABI YUNUS | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dalam bulan Ramadhan ni memang kita digalakkan untuk banyak berdoa; lebih lebih lagi di waktu mustajab doa iaitu pada masa sahur dan sebelum berbuka puasa. Pada sesiapa yang tak tahu nak berdoa apa, saya suggest doa nabi yunus yang walaupun pendek tapi POWER!

Kenapa?

Jom baca~!

Anehnya Doa Nabi Yunus

ANEHNYA DOA NABI YUNUS
ANEHNYA DOA NABI YUNUS
1. Rasulullah memuji doa Nabi Yunus yang diucapkan oleh beliau ketika berlaku kesulitan buat dirinya. (HR al-Tirmizi). Doa ini direkodkan di dalam al-Quran dengan lafaz:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

2. Menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi ini, Rasulullah berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

3. Anehnya, lafaz doa Nabi Yunus ini seakan tidak berbentuk doa. Tiada lafaz “Allahumma”, dan tiada lafaz “Ya Rabbi.” Sekiranya diperhatikan, lafaz doa ini hanyalah manifestasi seorang hamba yang mengesakan dan menyucikan Allah. Nah! Inilah dia intipati doa yang terbaik.

4. Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.

5. Inilah yang seharusnya disedari oleh seorang hamba. Mereka dijadikan oleh Allah dan mereka memerlukan Allah. Mereka tidak seperti liberal yang merasakan diri mereka yang menentukan apa yang mereka hendaki. Sekiranya mereka ingin mengamalkan perlakuan terkutuk, tiada siapa yang boleh melarang mereka kerana menurut mereka ini hak asasinya sebagai manusia. Sedang Allah membimbing kita melalui panduan di dalam al-Quran dan menyedarkan diri manusia bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

6. Allah mengingatkan kepada kita bahawa para Nabi terdahulu tidak lekang dari berdoa. Nabi Ibrahim berdoa supaya dikurniakan anak, Nabi Musa berdoa supaya dipermudahkan urusan dan Nabi Yunus berdoa supaya Allah ampunkan dirinya.

Sekiranya para Nabi sendiri berdoa, apakah yang membuatkan kita sombong untuk berdoa seusai solat?

Moga Allah mengampunkan kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#MariPerbanyakkanBerdoa
DOA NABI YUNUS
DOA NABI YUNUS
DOA NABI YUNUS
DOA NABI YUNUS


Dapat Interview Kerja di 10 Scam Company Ini? Jangan Pergi Temuduga!

$
0
0
Dapat Interview Kerja di 10 Scam Company Ini? Jangan Pergi Temuduga! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pernah dengar tentang scam company a.k.a syarikat penipu? Saya pernah dengar sikit sikit tentang scammer pekerjaan ni tapi tak ambil port sangat sebab saya tak duduk KL, Selangor. Tapi disebabkan ramai yang dah terkena dengan company-company jahat ni; terutamanya fresh graduate/ lepasan pelajar SPM yang masih muda, yang masih bertatih dalam industri kerja, yang masih baru dan 'suci'; saya pun nak share di sini. Kalau tak percaya? Saya ada sertakan sekali di bawah ini hampir 50 cerita, kisah benar, review dan pengalaman dari mereka yang dah pernah ditipu dan hampir diambil kesempatan.. So that korang tak pergi interview kerja di antara SEPULUH company scam tersebut kerana ianya hanya buang masa, tenaga dan duit. Buat kerja sia sia. Gaji tak dapat. Pergi training tapi duit elaun yang dijanjikan entah ke mana. Ish, nauzubillahi min zalik.

Setelah saya teliti dan baca satu persatu cerita dan review di bawah, dapat saya simpulkan bahawa:

Kenali Ciri-Ciri Scam Company:

1. Penemuduga/ interviewer tidak berpakaian formal dan tak profesional
2. Menawarkan gaji yang tak masuk akal tinggi nya (tak sesuai dengan kerja kosong yang kita minta)
3. Mendapat kerja yang tak sama dengan jawatan yang dimohon
4. Tiada sebarang review mahupun background company di Google
5. Jumpa pelbagai cerita dan pengalaman buruk tentang tempat kerja di Google & laman media sosial (bad reputation)
Dapat Interview Kerja di Scam Company
Dapat Interview Kerja di Scam Company

Dapat Interview Kerja di 10 Scam Company Ini? Jangan Pergi Temuduga!


Kalau korang dapat interview kat 10 tempat ni, jaga-jaga. Banyak scam company.

1- Megan Avenue 1
2- Hampshire Place (Pentagon)
3- Mid Valley
4- Menara Trend, Klang
5- Orins Group Sdn Bhd (Orins Advertising Group)
6- The Horizon Phase 1, Bangsar South City
7- Optimo, Cheras
8- KL Sentral (Forex Scam)
9- Company DNMC (Liger Infinity)

Pengalaman oleh orang yang dah terkena (kisah benar) & Nasihat:

1. I pernah kena kat Hampshire. Tawarkan gaji dalam currency UAE ape ntah but scam. Nasib baik member ada keje area situ n sedarkan! :'(

Sedih bila kita datang dari jauh niat nak cari rezeki, tapi begini jadinya. Hampshire ni dia bangunan besar dan banyak office dalamnya. I'm not sure if your kakak kerja one of office dalam tu yang company kononnya offer gaji dalam amount yang banyak, dan kene training dulu dalam 3 hari baru acceptable ke tak. But if yes, SILA LA RESIGN.

Contoh message tawaran job Admin Assistant (apply kat 'Indeed') dari Hampshire Buildings, Kuala Lumpur:
hampshire buildings scam
Hampshires Buildings, Kuala Lumpur - SCAM COMPANY!
2. So kalau nak apply job, kurangkan lah cari kerja dekat indeed. Bukan nak kata tak boleh, boleh tapi kene hati-hati. Check dulu company apa before datang interview (iv).

3. Jangan lupa Horizon at Bangsar South.
the horizon bangsar south city
The Horizon Phase 1, Bangsar South City - SCAM COMPANY!
Minta gaji basic 3K dia cakap takde masalah ye. So I got the job, on the first day start kerja, baru dia bagitau company dia apa, buat apa etc. Yang lain macam “wow” but I Google-d the company profile and jeng jeng jeng. . . Please be extra careful guys. Company background: Mostly pasal gold and also forex. Dia pernah cakap dengan I, nak basic 4.5k pun dia boleh bagi. Pernah dapat gaji tak dari situ? Nope. I went off on the first day itself.

4. No 3 tu paling babi. Ada ke suruh gi iv esok tu suruh jual water filter kat depan GSC. Hanaaaaaat betul. Asiawide Pacific? HHAHAHAHAHAHAHAHA YEEEEEEEE !! Dari tadi dok ingat apa la nama company tu. dah lah paksa i habiskan teh ais yang dia belanja tu!  i chow teruss, dah la masa masuk office nak iv tuu i nampak pekerja reramai berjoget, dengan bangganya orang tu cakap tu laa cara kami motivate staff kamiii. apooooo.

5. Pernah terjadi jugak 2 bulan kerja tanpa gaji suruh jual barang, zaman sekarang takde duit tak boleh gerak.

6. I pernah kena dekat Midvalley. Nak tambah lagi 1 dekat KL Sentral.

7. Tempat yang I pergi interview tu pernah viral dekat FB and orang yang interview I tu ada sekali dalam gambar tu. I dah dapat kerja tu tau tapi sehari sebelum reporting, I terbaca pasal itu scam company. Allah masih selamatkan I. Btw company tu buat investment.

8. Hampshire ni memang confirm scam. I pernah kerja sana (level 3A).. satu hari je sebab I tak nak kerja menipu orang.. Dia tipu macam mana? Entah la bagi I investment dia tu betul dah tapi salah dari segi cara nak dapatkan client. Pancing orang-orang yang dah bersara & fresh grads untuk invest or cari orang untuk invest. Salah satu cara is to post job vacancy yang tawar gaji tinggi. Tu semua tipu. Tak dapat pun kerja yang ditawarkan.

9. Apply thru jobstreet je insyaAllah selamat.

10. Lagi satu is ORINS ADVERTISING GROUP. Masa iv tu dia kata 3 minggu permulaan ikut je staff lama jual barang pastu dia push kita jual barang 1 hari 10 barang dia terjual masa 3 minggu tu. bila kita dah jual kan, dia tak bagi komisyen tau. Tahu tak dia cakap apa? “Okay sepanjang awak jual tu, kira latihan”. HOTAK DIA!

11. Sebelum pergi google company tu kat jobstreet or glassdoor. berhati-hati semua. If takda info langsung pasal company tu, then don't go lah babe..

12. Kekdahnya ketiga tiga tempat nampak gah!

13. Yang dekat hampshire tu company ni.. Dekat indeed dia tulis "pent business centre, PBC, pent co." , pent ape benda lagi tah..
hampshire pentagon scam company
PENTAGON BUSINESS CENTRE SDN BHD - SCAM COMPANY!
Mostly dia tawar kerja customer service gaji RM5-7k, bernasib baik dia tawar sampai RM10-15k sebab gaji in USD katanya HQ dekat dubai UAE. boleh katakan 90% melayu masa masuk office tu.. dari front desk, orang yang iv dan staf staf lain mostly melayu.

Pastu nampak la foreigner 3-4 org, india 2-3 orang, cina tak pasti la ade ke tak sebab imbas gitu je tengok diorang tengah bagi talk macam MLM. Sedih tengok melayu kenakan melayu.

14. Mid Valley tingkat 13! Nasib baik i sempat blah. Staf smua melayu bodoe. Blazer colour kuning. Centrepoint, mid valley. belah CIMB, bukan maybank.

15. Aku pernah iv dekat Hampshire tu a few months ago. Masa tu bodo lagi sebab tak tanya pun recruiter tu nama syarikat. Tup-tup masuk ofis, nama company tu Starling Gold Asset Management. Google sikit je nampak dah orang kata company ni scam etc.
16. yes betul. aku pernah kena babe. memang frustrated gila.. tapi dorang target fresh graduate je.. because dorang ingat fresh graduate ni bodoh sangat.. oh no..

17. Untuk lebih dipercayai, better walk in company tu sendiri.

18. Pernah pergi iv yang dekat midvalley 2 kali. Yang 1, search dekat website nama company takde pun. So Tawakkal pergi sebab dah alang-alang area tu, sekali smpai guard cakap company tak pernah wujud. Maki hamun dekat situ, company wujud tapi dorang bagitau takde open vacancy pun. Penat je. Nama company The Gardens.

19. Dah terkena, no. 2 tu.. Aku nak pergi toilet, staff dia siap follow sekali. Pergi lunch pun sama..

20. Actuallyy ada je company yang ok cause husband i pernah kerja dalam building tu. but yaaa. mostly tak ok hahahaha . scammer bangang.

21. Baru tadi dapat call for iv kat Mid Valley esok emm. Nama company tu Pacific Asiawide Group. I text my mom dulu the day before iv and she did some research sebab dia susah nak percaya orang. And she found out that the company is actually a scam so I didn't go to the iv. The person spam me on Whatsapp asking if I still nak pergi iv.

22. Bersepah kat kl tu. i pernah kena dekat kompleks mutiara. dah semangat pakai baju kurung, jadah cakap jadi kerani. Datang datang kena jual mesin urut. jual dekat hospital pula tu.

23. No 3 tu betul. Bapak aku keje situ dia kata syarikat scammer tu office dia bawah floor syarikat bapak aku kerja sekarang.

24. Ramai gila terkono. Hahaha Hampshire tu pernah kene raid kot. Tapi lepas tu buka cam biasa. Kesian yang datang jauh-jauh, lepas interview terus kene training. Hahahha cilake.

25. Pernah zaman-zaman gigih cari keje konon nak keje office, yang megan avenue tu ade suruh datang iv.. call banyak kali suruh datang.. end up saya tak datang sebab tak suka kerja office.. lol.. naseb!

26. Aku pernah kerja kat Hampshire. Memang ada dengar ada scam situ. Tapi tak semua. Yang aku kerja tu ok je. Kat mid valley pernah pergi interview beberapa, memang scary. 1st iv dah nampak scam nya. Terus tak pergi bila kena panggil 2nd iv.

27. Baru kena haritu. Nasib baik google dulu. Last monday dia suruh datang iv around 2.30. I got their wasep on saturday or sunday lupa da. On Saturday malam around 11pm dia remind again. Pala dia. Naseb bijak nk stalk. So many people cakap scam. So terselamat.

28. Member aku pernah dapat kat KL Sentral. Forex scam. Yang best nya aku siap labur sekali. RM22k hangus dalam sebulan. Duit hutang member pulak tu. Dah la aku tak sampai sebulan lagi keje time tu. Buat loan la bayar lps tu. Cerita time aku tak berapa cerdik dulu-dulu.

29. Pernah kena baru baru ni, first day dia suruh follow akak akak tu bekerja acah acah belajar dari akak yang berpengalaman. Last-last pergi promote mesin urut, hahahahahah

30. Megan Avenue tu dulu masa Job hunters dulu selalu kena tipu.. Memang dah well known.. Belum menara cosway kat bukit bintang tu lagi.. Siap kena bayar pulak kat dia agensi tu.. Aku nak mintak keje aku kena bayar.. Hanat tul..

31. Maca mana tahu scammer? Ada staff situ mintak duit ke? Macam i kena. Dia suruh family invest since their company provide investment service guna bitcoin.

32. Office dekat midvalley, untuk gold investment. 2 minggu ulang alik pergi kerja, hari-hari pujuk suh invest, ajak famili sekali. last-last bila bagitau famili tak nak dan takkan invest eaoknya terus dapat message you've been terminated. hmm yela lepas tak berjaya scam kan.

33. Jangan dikecualikan Pacific Engineering / pecol at petaling jaya. Penipu. Haritu dapat tawaran intern dekat situ. Pastu, member call cakap tak payah sebab dia layan korang macam kuli. Yup. Betul. Teramat kuli. Pastu bila tanya elaun bila nak bayar diorang pusing pusing.

34. Betul tu. Sebab pernah terkena dekat hamsphire tuuu. kene gak berminggu training lastly dapat tahu dan dah faham takde basic semua lepastu apa lagi bla ar. dahlaa kitaorg da bayar duit namecard bagai kau tahu. 80 melayanggg duit gak oiii even 80rm tu HAAHHAHA.

35. Megan avenue 1, nama company Z*NO Global sdn. Bhd, HR macam haram J :) gaji staff main hold. Nama company lain, yang jalan project company lain. Company from korea ye guys. Until now salary aku bulan 11 still not clear. Hutang supplier materials 48k tak bayar-bayar.

36. Aku dapat iv kat hampshire place ni. Kat level 3. Mula-mula aku cakap tak dapat datang then dia okay lah. Petang tu email lain masuk suruh aku iv still kat tmpt yang sama tapi siap bagi aku pilihan nak datang bila. nama company lain-lain pulak tu, tempat sama.

37. No 2 tu takpayah la memang scam teruks . dah lah nak pegi makan pun dorang follow seriously dah macam budak tadika pula pi lunch pun nak kena ikut. pastu training dia bosan gila kena salin profit forex pastu kene download app trading la bagai buang masa buang energy.

38. Been there once at hampshire place, consult orang seorang dapat 15usd. Pentagon company if i'm not mistaken. Convert myr gaji 2.5k ke atas. Doesn't proceed it to the next level so taktau apa next.. yang penting, sangat senang dapat kerja n iv dekat meja office dengan ramai-ramai orang sekeliling.

39. Pernah kena jugak. Nama company tu orins group sdn bhd. Hati hati sebab seluruh malaysia ada. Macam i kena kat Kota Bharu

40. Hampshire - Pentagon floor 3A. Hafal dah weh. Jangan pergi tq

41. Optimo, cheras. Pun sama. Minta gaji 1500 kata boleh bagi, 1 bulan lebih kerja jual barang, sampai kena tangkap/ aim dengan security guard mall sebab takde permit niaga. Slip gaji tak de, gaji pun tak ada. Yang ada konon profit jualanan Khamis Jumaat.

42. Orins advertising group. Konon masa interview cakap buat kerja senang-senang dekat office je, masuk kerja pukul 9-5. But first day kerja kena jual barang depan bank, balik pukul 7 pftttttttt.

43. yesssss warwarkan gais!!!!!! aku hampir terkonoooooo! sebab tu pentingnya nama syarikat. Ni bila tanya nama syarikat tak bagi suruh datang iv. plus tengok review dekat google ke.

44. Hampshire Place punya IV paling tak boleh blah, dalam ofis yang sama dia buat IV ada talk pasal profit calculation dengan Bitcoin. Yes company scam, masa IV dia cakap gaji dibayar in USD, jobscope is customer support for a software company from Hong Kong, tapi yang lawaknya IV tak sampai 15 minit. They don’t really interested in our background or what we can offer, tapi lebih nak promo produk.

45. Company DNMC pun sama. tak pasal-pasal kena jual kupon dekat tepi jalan. Lain jawatan yang dipaparkan lain yang dibagi, kabor je la direct selling kan senang.

46. Kat menara MBMR pun ada scam jugak. Dok sembang letup-letup position marketing executive, bila mintak elaborate job scope rupanya dok kena buat awareness campaign Unicef tepi jalan. Liger Infinity.

47. Baru dapat email ni tadi dari GBC Sdn Bhd.. so ni company scam? YES.
gbc sdn bhd megan avenue 1
Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur - SCAM COMPANY!
48. Jangan lupa MOH academy kat The Weld.

49. Aku pernah dapat iv kat hampshire place. Aku apply position data entry tapi dia iv aku benda yang takde kena mengena. Sangat mencuriga kan. Balik pon aku buat research sekali memang betul scam. Yang kat hampshire tu aku apply dari indeed. Company tu ada banyak lagi job posting kat indeed under different position. So sesiapa nak apply kerja kat indeed hati-hati. location dia dekat hampshire place. Level 3a.

50. Dulu hampir nak kena. dah pergi iv kat klang menara trend. Dia dah panggil kerja. Rasa tak sedap hati google rupanya company scam.

Semua kisah pengalaman di atas ini diambil di SINI.

Jika nak tambah, boleh tulis di ruangan komen ye. Untuk peringatan bersama.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa share pada keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan. Sebarkan supaya tiada lagi yang terkena inshaaAllah aamiin.


16 RESEPI AIR MINUMAN BERBUKA PUASA, NAMA-NAMA AIR BALANG SEDAP

$
0
0
16 RESEPI AIR MINUMAN BERBUKA PUASA, NAMA-NAMA AIR BALANG SEDAP | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayy sebelum lihat 16 resepi air minuman berbuka puasa di bawah ini.. tarik nafas duluuu. Hembus. Tarikkk, hembus. Lagi-lagi yang tengah dahaga tu, bawa bersabar banyak banyak dengan 'killer' visual aneka air yang sedap dan menyegarkan di bawah ini haha. Haa sesiapa yang nak jimat duit tak nak beli di gerai (yela sekarang ni 1 bungkus air dah mencecah RM8/ RM10) ataupun nak berniaga jual air balang di bazar Ramadhan time puasa ni.. boleh follow aneka resepi mudah dan sedap air minuman ini. Ada nama nama air yang baru first time saya dengar dan jumpa tau. Sangat unik dan kreatif cara membuatnya! Dan ada juga nama air yang familiar dan ada yang saya suka!

Korang kalau nak try, ajak saya sekali! Hahaha. Oh, kalau nak buat untuk open house raya nanti pun boleh. Hidang kat tetamu yang datang beraya fuh mesti mereciks!



16 RESEPI AIR MINUMAN BERBUKA PUASA, NAMA-NAMA AIR BALANG SEDAP


1. RESEPI AIR KATIRA (resepi dari penjual di bazar ramadhan)

resepi air katira
RESEPI AIR KATIRA
Bahan-bahan:

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)
Pewarna hijau
Gula secukup manis
Cincau
Biji selasih (rendam bagi kembang dulu)

Cara-cara:
Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna, air, ais dan gula. Kacau dan masukkan cincau dan selasih. Siap!

Kredit to: Az za

2. Resepi Air Asam Limau


resepi air asam limau
RESEPI AIR ASAM LIMAU
Bahan:
- 5 ke 6 biji asam masin merah
- 3 biji limau nipis
- air suam secukupnya
- gula secukupnya
- ais

Cara:
- rendam asam masin merah dengan air suam sampai air jadi sejuk.
- bancuh air gula. Tambah air asam masin tadi dan perah jus limau. Kacau sebati.
- Tambah ais. Done!

#dapurfaafeefoo

3. Resepi Air Teh Tarik Madu Ais


resepi air teh tarik madu ais
resepi air teh tarik madu ais
Bahan:
- 10 ke 12 uncang teh wangi (kalau guna serbuk dalam 4 ke 5 sudu membukit)
- 1 tin susu manis
- 200gm madu (dalam 3/4 cawan)
- 3/4 tin susu cair
- air secukupnya (dalam 3 gelas besar.. dalam 1 liter)
- secubit garam

Cara:
- masukkan air dan teh dalam periuk. Biar sampai mendidih.
- masukkan susu manis, susu cair, garam & madu. Kacau sampai mendidih.
- masa panas-panas tarik sampai berparti buih-buih.
- bila dah puas tarik, tuang dalam gelas isi ais. Nak minum suam pun boleh.

#dapurfaafeefoo

4. Resepi Cendol Homemade (10-15 orang makan)


resepi cendol homemade
resepi air cendol homemade
Bahan:
- 1 cawan tepung jagung
- 3/4 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung ubi
- 1 sk (sudu kecil) garam
- 6 cawan air daun pandan (blend air dengan 10 ke 15 helai daun pandan)
- pewarna hijau dan perisa pandan
- 1 sk air kapur

Cara:
- masukkan semua bahan dalam kuali/periuk. Kacau guna whisk sampai semua sebati.
- buka api sederhana kacau selalu sampai mendidih dan pekat berkilat. Tutup api.
- sediakan air + ais atau air sejuk dalam bekas/periuk besar. Letak adunan dalam senduk besar berlubang dan tenyeh sampai habis.
- sejukkan cendol dengan airnya sekali.
- bila nak minum, cedok cendol saja tanpa airnya, minum dengan air gula melaka dan susu cair/santan. Tambah ais. Perghh!

#dapurfaafeefoo

5. Resepi Air Bandung Float


resepi air bandung float
resepi air bandung float
Bahan:
- 1 liter air masak
- 1 tin susu manis
- 1 tin ais krim soda
- 4 sudu sirap
- ais krim vanilla
- ais secukupnya

Cara:
- bancuh air dengan susu sampai sebati. Tuang aiskrim soda slow-slow sambil kacau laju-laju sampai tak berbutir.
- letak ais dalam gelas berisi ais. Tuang susu tadi sampai penuh. Letak 1 sudu sirap di atas susu dan kacau sikit je.
- letak 1 scoop ais krim. Hidang kat orang biar nganga sikit. orang tengok "berianya ko punya bandung...". Heheh.

#dapurfaafeefoo

6. Resepi Simple Air Laicikang (homemade)


resepi air laicikang
resepi air laicikang
Bahan:
- 2 liter air
- 1/2 paket gula batu
- 5 helai daun pandan
- 1 keping gula melaka
- 1 paket halwa kundur
- 2 tin laici
- sepeket kecil biji selasih (rendam dengan air suam)
- 6 ke 7 biji kembang semangkuk (basuh & rendam dengan air suam sampai kembang)
- kismis secukupnya
**Boleh tambah kacang goreng, biji sagu besar, nata de coco, cincau, etc.

Cara:
- masak air, gula batu, daun pandan, gula melaka & halwa kundur sampai semua gula melarut. Tutup api.
- campur semua bahan. Kacau rata. Nak minum suam boleh, buh ais pun sedap. Done.

#dapurfaafeefoo

7. RESEPI AIR SIRAP KELAPA MUDA


resepi air sirap kelapa muda
resepi air sirap kelapa muda
bahan-bahan:

- air kelapa + isi kelapa muda
- 2 sudu gula (ikut suka nak manis ke tak) + 1/2 cawan air suam - bancuh hingga gula larut
- beberapa titik sirap ros
- 1/2 cawan ais krim soda
- ais kiub

Cara membuatnya:

- masukkan sirap dan air gula. kacau sebati. masukkan ais krim soda.
- masukkan air kelapa dan isinya serta ais kiub. kacau sebati. hidangkan!

#dapurfaafeefoo

8. Resepi Air Mango Shake/ Mempelam Susu


resepi air mango shake
resepi air mango shake
Bahan:
- 2 biji mangga/mempelam manis (simpan sikit isi dadu untuk topping)
- 1 cawan air masak
- 4 sudu susu manis
- 1/2 cawan susu cair
- 1 cawan ais ketul

Cara:
Blend semua bahan kat atas sampai betul-betul halus. Tuang dalam gelas. isi ais, taknak isi ais pon takpe. Pastu letak susu buih (isi 1/4 cawan susu cair + beberapa ketul ais dalam botol, goncang smpai berbuih) then letak isi mangga dadu.

Done!

-- kalau anda seorang pemakan makanan berkhasiat, ganti laa susu manis dan susu cair dengan madu + susu segar. Tade hal.

#dapurfaafeefoo

9. Resepi Air Kurma Milkshake


resepi air kurma milkshake
resepi air kurma milkshake
Bahan:
- 7 biji kurma (buang biji. Rendam dengan 1 gelas air suam 2-3 jam atau semalaman)
- 2 gelas susu
- madu/ susu manis secukupnya
- ais

Cara:
- blend semua bahan sampai sebati. Tuang dalam gelas. isi ais. Boleh carik carik isi kurma dan tabur kat atas.

#dapurfaafeefoo

10. Resepi Air Longan

resepi air longan
resepi air longan
Bahan:
- 100 gm longan kering (beli kat kedai ubat cina, cuci bersih)
- 2 liter air
- 2 daun pandan (cuci dan koyak)
- gula melaka
- gula batu
- gula pasir

Cara:
-rebus longan dengan air dan daun pandan sampai mendidih. Kecilkan api. Masukkan semua jenis gula (kuantiti ikut citarasa) dan biar reneh sampai longan betul-betul kembang. Sedap minum panas atau sejuk.

#dapurfaafeefoo

11. Resepi Air Lime Mint


resepi air lime mint
resepi air lime mint
Bahan:
- 2 biji limau nipis (ambil jus)
- 3/4 jug air
- gula secukup rasa
- segenggam daun pudina (cincang kasar)
- ais secukupnya

Cara:
- bancuh air dan gula hingga larut. Masukkan jus limau (lime) dan daun pudina (mint). Kacau rata. Tambah ais. Done!

#dapurfaafeefoo

12. Resepi Air Teh Beng Cincau


resepi air teh beng cincau
resepi air teh beng cincau
Bahan:
- 2 liter air
- 15 uncang teh / 2 seduk besar serbuk teh
- susu manis secukupnya
- 1/2 tin susu cair
- secubit garam
- ais
- cincau secukupnya

Cara:
- masukkan air, teh ke dalam periuk. Buka api sederhana biar sampai mendidih. Masukkan susu manis & susu cair dan kacau selalu sampai mendidih. Tutup api dan masukkan garam. Kacau lagi. Tapis dan sejukkan.
- Letak ais dalam gelas, tuang teh dan letak cincau. Done!

#dapurfaafeefoo


13. Resepi Blue Butterfly Drink


resepi blue butterfly drink
blue butterfly drink recipe
Bahan:
- segenggam bunga telang
- 2 cawan air suam
- 3 cawan air sejuk
- gula batu secukupnya
- 1 daun pandan
- 2 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
- ais (optional)

Cara:
- basuh bersih bunga. Rendam dalam air suam 30 minit
- masukkan ke dalam periuk. Tambah 3 cawan air. Masukkan gula batu & daun pandan. Biar mendidih sampai air tinggal lebih kurang 3 cawan.
- tutup api dan tutup periuk. Biar sejuk.
- letak air bunga telang dalam gelas berisi ais, tuang jus limau. This is when the magic happen!


#dapurfaafeefoo

14. Resepi Air Soya Pandan Jelly


resepi air soya pandan
resepi air soya pandan jelly
Bahan soya:
- 200gm kacang soya (rendam semalaman)
- 2 liter air
- 1 cawan gula
- 3-4 helai daun pandan (simpul)
- 1/2 sk (sudu kecil) garam

Cara:
- Basuh dan toskan kacang soya yang direndam. Blend secawan kacang soya + 3 cawan air sampai halus. Tapis guna penapis kain (yang mamak tapis teh) or kalau takde, guna kain bersih untuk perah. Buat sampai habis. Tapis lagi sekali ke dalam periuk.
- Masukkan daun pandan dan garam. kacau air soya dengan api slow sampai mendiddih. Bubuh gula dan kacau sampai gula larut. Tutup api dan sejukkan.

Bahan pandan jelly:
- 3 helai daun pandan besar (basuh n potong kecik)
- 1/2 cawan air
- 1/2 sk perasa pandan
- sedikit pewarna hijau
- 2 sudu gula
- 1 sudu gelatine halal

Cara:
- blend daun pandan n air smpai halus. Tapis ke dalam periuk.
- tabur gelatine dan bukak api perlahan. Kacau sampai gelatine larut. Masukkan perasa pandan, gula dan pewarna hijau. Kacau sampai mendidih. Tuang dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais.
- bila dah keras, lorek-lorek pandan jelly dengan garfu dan letak dalam air soya ais. Syiokkkkk woo!

#soyahomemade #pandanjelly #DapurFaaFeeFoo


15. Resepi Air Ice Crushed Honey Lemon with Blackpearl


resepi ice crushed lemon
Resepi air ice crushed honey lemon with black pearl
Bahan homemade black pearl:

- 1 cawan tepung ubi
- 1/2 cawan air (untuk uli doh. tak guna habis)
- pewarna hitam (guna pewarna biru + merah + hijau sampai dapat colour hitam. Tapi tak hitam laa.. blue black pearl. Hehe)
- secubit garam halus
- 10 cawan air
- 1 cawan gula
- 3 helai daun pandan dikoyak

Cara:

- masukkan 10 cawan air + gula dan daun pandan dalam periuk. Biar mendidih api sederhana.

- gaul tepung ubi ngan garam sampai rata. Masukkan air sikit demi sikit sambil diuli. Uli sampai tak melekat kat tangan. Masukkan pewarna dan uli lagi.

- bila air dah mendidih gentel doh tadi bulat-bulat kecik(pastikan muat straw besar) n terus msukkan dalam air mendidih tadi.

- buat sampai habis doh. bila dah habis, kecikkan api, masak dalam 30-40 minit sampai pearl betul betul masak dan air kering. (Nak tahu dah masak, kita gigit takde rasa tepung kat tengah)

- tapis dan basuh bawah air paip lalu. Letak dalam balang dan letak air gula (air yang dimasak dengan sedikit gula). Letak dalam peti. Bila nak, just cedok. Simple kan? Jom cuba.

Ice crushed honey lemon with #homemadeblackpearl:

Blend jus lemon (dari sebiji lemon) + 1/2 cawan air + madu dan gula secukup rasa + 2 gelas ice ketul kecik. Blend sampai halus. Letak #homemadeblackpearl dalam gelas dan tuang ice crushed honey lemon. Sedut.

#dapurfaafeefoo #icecrushedhoneylemon

16. Resepi Air Pandan Herbs Cooler


resepi air pandan herbs
resepi air pandan herbs cooler
Bahan:
- 10 helai daun pandan
- 5 batang serai (bahagian yang putih dan ketuk)
- 3 inch halia (kupas kulit dan ketuk)
- 2 liter air
- 100gm gula batu (ikut tahap kemanisan anda nak. Nak tambah gula biasa pun boleh, madu pun boleh)
- beberapa helai daun pudina *optional. Kita ada tanam sebab tu isi. Lagi kick!
- 2 ke 3 biji limau nipis
- 1/2 cawan selasih (direndam)

Cara:
- basuh dan koyak-koyak @ simpul kan daun pandan. Masukkan dalam periuk berisi air. Masuk jugak serai dan halia.
- buka api kuat. Biar mendidih bahan-bahan tadi. Masukkan gula batu. Kecilkan api, tutup periuk dan biar mereneh 15 minit.
- tutup api. Biar 30 minit.
- tapiskan dan letak dalam botol berisi selasih. Perahkan limau nipis diatas penapis tadi. Letak daun pudina dan kacau. Sedap diminum suam atau sejukkan dalam peti ais.
- boleh juga dijadikan detox. Selamat mencuba!

#dapurfaafeefoo #pandancooler #pandanherbscooler

Amacam?

Tergoda tak? Hahaha.

Ujian betul saya edit entri ni time tengah puasa ni hahaha. Okayy. till next time, daa~ wassalam! :)



Viewing all 2993 articles
Browse latest View live