Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)

$
0
0
Maksud FAMA - Federal Agricultural Marketing Authority - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Ehhh tiba tiba je kan muqaddimah bagitahu FAMA maksud nya apa hahaha. Kekadang orang ramai tak tahu each of that initial stands for what. Tu yang mula-mula dah bagi terus makna nya apa hikhik.

Sebenarnya dari haritu saya dah dapat info tentang kerja kosong FAMA Malaysia ni, tapi sekarang baru berkesempatan nak share. Tarikh tutup permohonan pun Isnin depan. So, siapa yang rasa berkelayakan dan nak mohon tu, cepat-cepat la yee. Mohon secara online sahaja. Saya ada bagi link pendaftaran di akhir entri ini.

13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan bagi jawatan bertaraf Tetap seperti berikut:

Klik pada Nama Jawatan di bawah untuk melihat syarat-syarat kelayakan dan pengalaman yang diperlukan.

BilJawatanGredJadual GajiTaraf Jawatan
1Pegawai Ehwal EkonomiE41RM2,083.00 – RM9,549.00TETAP
2JuruteraJ41RM2,529.00 – RM9,643.00TETAP
3Pegawai Teknologi MaklumatF41RM2,315.00 – RM9,618.00TETAP
4AkauntanWA41RM2,820.00 – RM9,585.00TETAP
5Penolong Pegawai TadbirN29RM1,493.00 – RM5,672.00TETAP
6Setiausaha PejabatN29RM1,493.00 – RM5,672.00TETAP
7Penolong JuruauditW29RM1,498.00 – RM5,678.00TETAP
8Pembantu Ehwal EkonomiE19RM1,353.00 – RM4,005.00TETAP
9Pembantu Tadbir (P/O)N19RM1,352.00 – RM4,003.00TETAP
10Pembantu AkauntanW19RM1,353.00 – RM4,005.00TETAP
11Pembantu JuruauditW19RM1,353.00 – RM4,005.00TETAP
12Juruteknik KomputerFT19RM1,377.00 – RM4,052.00TETAP
13Penjaga Jentera ElektrikJ19RM1,377.00 – RM4,052.00TETAP

Penetapan gaji permulaan: Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon.

Elaun:

ELAUN (RM)GRED 41GRED 29GRED 19
Imbuhan Tetap Perumahan
300.00
300.00
300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam
300.00
160.00
115.00
Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150.00 – RM300.00 (Tertakluk kepada penempatan)
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 5% daripada gaji pokok bagi jawatan Jurutera dan 10% daripada gaji pokok bagi jawatan Penjaga Jentera Elektrik.

SYARAT-SYARAT UMUM

Umur: Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Keperluan Bahasa:

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penempatan:
Ibu Pejabat FAMA / Pejabat FAMA Negeri / Pejabat FAMA Daerah / Pusat Operasi FAMA seluruh Malaysia.

Tempoh Percubaan: Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Secara Lantikan hendaklah:

(i)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
(ii)berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii)berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi ppegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA PERMOHONAN

(i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja.
(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil (hard copy) sehingga dihubungi oleh pihak Lembaga.
(iii) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
(iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 22 JANUARI 2018 (Isnin).

PERTANYAAN/HELPDESK

Sebarang permasalahan/pertanyaaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia di talian:

Encik Azmirmuzaffar bin Ahmad: 03-61262020 / Samb. : 2206
Puan Siti Fareza binti Sutiman: 03-61262020 / Samb. : 2323
Puan Nuriqtiyani binti Othman: 03-61262020 / Samb. : 2338
Puan Norain binti Abdul Wadud: 03-61262020 / Samb. : 2030

Atau emailkan PERTANYAAN kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan anda.

Sila klik di sini untuk pendaftaran pemohon baru atau login bagi pemohon sedia ada.

SUMBER Iklan Kekosongan Jawatan: LINK
13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
13 Jawatan Kosong FAMA Malaysia (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
Goodluck semua yang memohon~! :)


Saya Nak Masuk Bloglist January

$
0
0

Saya Nak Masuk Bloglist January


Saya Nak Masuk Bloglist January
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: anytime on Januari 2018

when she asked me soalan Matematik kelmarin.. hmm agak mencabar~

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Malam kelmarin tiba-tiba terima call dari kakak sulung, kakyong. "Aikk awat yong call ni". Den pelik dah. Bila angkat, kakyong terus cakap "kakcik, tengok Baiti (group family) sekarang". Okay okay. saya tengok lah ada apa kat Baiti. Rupa-rupanya soalan Matematik! Kakyong suruh saya selesaikan soalan Matematik tu cepatt sebab group kerja dia yang tanya soalan tersebut. Hahaha. ingatnya apa laa urgent sangat tadi.


Soalan Matematik apakah?

when she asked me soalan Matematik kelmarin.. hmm agak mencabar~
when she asked me soalan Matematik kelmarin.. hmm agak mencabar~ 
Haaa ce teka jawapannya berapa? hahaha.

Agak lama juga la saya tenung soalan tu. Fikir macam mana 1 + 4 jadi 5. Macam mana 2 + 5 jadi 12. Macam mana 3 tambah 6 jadi 21? Hmmm.. Saya fikir adakah ini soalan Matematik the real maths or just a trick? Saya rasa soalan betul ni.

Saya fikir macam mana eh nak solve. Then, I remember soalan macam ni mesti ada formula dia tersendiri. Dalam matematik, ianya dipanggil induction. Maksudnya daripada case & result yang diberi, kita kena induce jadi satu rule (mechanism/formula). So, bila di-ushar dan ushar dan ushar.. saya simpulkan






1 + 4 (1) = 5
2 + 5 (2) = 12
3 + 6 (3) = 21
4 + 7 (4) = 32
5 + 8 (5) = 45
.
.
.
.
n + (n+3)(n) dimana n=1,2,3,4,5,.....

Tu lah inductionnya. So, jawapan bagi soalan tu adalah 45~! Yeayy hahaha.

Tapi yang saya pelik tu.. apa maksud kat gambar tu only ENGINEERS can solve that problem? Menipu sangat tau hahaha. Sepatutnya MATHEMATICIANS lah dapat solve soalan tu. Tak puas hati pula kan kihkih.

Okayy itu sahaja kelas Math kita harini hahaha. Daaa~wassalam! :)

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

$
0
0

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies


Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 31 Januari 2018

Cik Anies request - TULIS SEBUAH CERITA YANG ADA KAITAN DENGAN 'LIMITED EDITION' ATAU 'SPECIAL EDITION' ATAU 'EDISI TERHAD' ATAU 'EDISI ISTIMEWA'.

Okayy so.. limited edition eh? Or edisi istimewa. hmmm. Let me think..

Ha!

sayidah napisah
sayidah napisah
Yezzzzahh my name! Nama saya - Sayidah Napisah. Tak ada Nur mahupun Siti di depan. Bukan Sayyidah, tapi sayidah. Satu 'y'. Bukan Nafisah, tapi Napisah. Huruf  'p' yew, bukan 'f'. Saya tak pernah jumpa lagi orang lain yang nama sebijik macam saya iaitu Sayidah Napisah. Kalau search 'sayidah napisah' kat Google (use Incongnito) pun, memang muncul pasal saya je kat first and second page (page lain malas nak tengok hahaha!). Takde orang lain.

Biasa yang saya jumpa adalah yang seakan-akan sama dengan nama saya je, such as- sayyidah nafisah, sayidah nafisah, saidah nafisah, saiyidah nafisah. But I've never met yet nama yang sejibikkkk macam saya anywhere; in Internet or face to face. Mungkin ada la kat dunia ni kan cuma saya tak pernah jumpa lagi. Kalau ada pun, mungkin sikit je. That's why my name is limited + special edition haha. 

Okay laa.. saya bagi bukti lebih sikit ehh. Saya search kat Facebook:

limited edition
sayidah napisah FB
There is no other sayidah napisah yang muncul. Tapi kan kan.. bila saya klik "sayidah napisah" kat ruangan search FB tu, saya scroll scroll.. ada jumpa sorang! hahaha. Nama FB dia - sayidah napisah (visa). First time nih saya jumpa nama sama dengan saya haha. Tapi dia orang Indonesia kottt. Kot laa hee.

Tapi conclusionnya.. itu lah story limited edition saya. Diterima kan? :P

sayidah napisah
ni kak Amy (amysyeera.com) yang buatkan gif nama saya ber-background kan my favs sado celeb: The Rock & Kim Jongkook hahahaha!

puisi #47 jangan mempersempit dengan keluhan

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #47

puisi #47 jangan mempersempit dengan keluhan
puisi #47
Akan selalu ada alasan
untuk tetap mensyukuri kehidupan
Sungguh, yang harus dilakukan
adalah meluaskan hati dan pikiran
Jangan mempersempit dengan keluhan
Jangan sedikit-sedikit
menyalahkan keadaan
Jangan apa-apa dijadikan beban

Bersyukurlah
Bersyukurlah
Terus bersyukurlah
Pasti ada pelajaran dan hal indah
dalam ketentuan Allah

Percayalah
Selalu ada hal baik
dalam ketentuan Allah
Pasti ada hikmah indah
di balik air mata
Selalu ada pelajaran berharga
mengiringi tawa dan bahagia.

nukilan: @arent.354 



p/s: Selamat malam! :)

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

$
0
0

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM


GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 31 Januari 2018

bila lambat vs bila orang lain lambat ~ Wordless Wednesday

$
0
0

bila lambat vs bila orang lain lambat ~ Wordless Wednesday


bila lambat vs bila orang lain lambat ~ Wordless Wednesday
bila lambat vs bila orang lain lambat ~ Wordless Wednesday | credit: @hxsm 
bila lambat vs bila orang lain lambat ~ Wordless Wednesday
propa lebih


Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

$
0
0
Kenapa ramai yang teruja dengan kedatangan Super Blue Blood Moon (a.k.a Gerhana Bulan Penuh 100%) ni? Apa yang special? Kerana ianya sangat sangat sangat jarang berlaku dan kali terakhir berlakunya fenomena bulan penuh ini adalah pada 31 Mac 1866 yang lepas. Perghhhh 152 tahun ago tuu! Lama tuuu. Haa itu lah sebabnya. Tapi kan... Apa itu Super Blue Blood Moon yang bakal berlaku pada malam  ni?

Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018

Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Fenomena Gerhana Bulan - Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018
Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018
Super Blue Blood Moon merupakan gabungan fenomena: Supermoon + Bloodmoon + Bluemoon.

Supermoon
- bulan berada paling hampir dengan bumi
- saiz bulan kelihatan lebih besar daripada biasa

Bloodmoon
- matahari, bumi dan bulan dalam garisan selari
- warna kemerah-merahan akibat biasan cahaya matahari

Bluemoon
- berlakunya dua kali fasa bulan penuh dalam bulan yang sama
- 1 Januari & 31 Januari

Bilakah range masa Super Blue Blood Moon ini akan berlaku?
-- Fenomena gerhana bulan  ini akan berlaku pada hari Rabu malam Khamis, 15 Jamadil Awal 1439H, bersamaan 31 Januari 2018. Specifically berlaku selama 5 jam 17 minit; 6.51 petang (31 Januari 2018) - 12.08 tengah malam (1 Februari 2018).

Tambahan info dari Mufti Wilayah Persekutuan pula, bagi kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya gerhana mula kelihatan bermula jam 7.20 malam (bulan terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam 48 minit. Manakala, bagi kawasan sekitar Labuan gerhana mula kelihatan bermula jam 6.50 malam dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 5 jam 28 minit. [SUMBER].

Sehubungan itu, Solat Sunat Gerhana Bulan akan bermula pada jam 8:39 - 9:33 malam (selepas solat Isyak).
               
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

Ada banyak cara solat sunat gerhana sebenarnya. Ada yang panjangg bebeno sekali dengan tasbih semua & ada yang simple sahaja takde tasbih. So, boleh nak buat mana-mana. Jangan nak duk gaduh-gaduh. 

Meh saya share cara yang full lengkap dahulu.

Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى 

Maksud: "Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."

Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram (berserta niat dalam hati).
2. Membaca doa Iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara dua sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua

14. Membaca surah al-Fatihah.
15. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
16. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
17. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
18. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
19. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
20. Iktidal.
21. Sujud dan membaca tasbih.
22. Duduk antara dua sujud.
23. Sujud kembali.
24. Membaca tasyahud akhir.
25. Memberi salam.

Sumber rujukan:
Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan) http://falakonline.net/semesta/2018/01/maklumat-lengkap-fenomena-gerhana-bulan-penuh-31-januari-2018/

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Rakaat Pertama

1. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua raka'at menjadi Imam/ Makmum kerana Allah Ta'ala."
2. Takbiratul Ihram (serta niat dalam hati)
3. Membaca doa Iftitah
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca surah al-Kafirun (atau mana-mana surah)
6. Ruku'
7. I'ktidal
8. Membaca surah al-Fatihah
9. Membaca surah al-Ikhlas
10. Ruku'
11. Iktidal
12. Sujud
13. Duduk antara dua sujud
14. Sujud kedua

Rakaat Kedua

15. Membaca surah al-Fatihah
16. Membaca surah al-Falaq
17. Ruku'
18. Iktidal
19. Membaca surah al-Fatihah
20. Membaca surah an-Nas
21. Ruku'
22. Iktidal
23. Sujud
24. Duduk antara dua sujud
25.Sujud kedua
26. Duduk tahiyat akhir
27. Memberi salam.

*Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah

*Memperbanyakkan Istighfar

*Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.

*Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.

*Dibacakan "Assolatul Jamiah" sebagai ganti Iqamah.

Sumber : Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 & Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
MAKLUMAT GERHANA BULAN PENUH DI MALAYSIA - 31 JAN 2018

Detik-detik Gerhana Bulan penuh:

7:50 Petang : Bulan mula memasuki bayang gelap bumi

8:22 Malam: Gerhana bulan dengan kadar 50%

8:53 Malam: Gerhana bulan dengan kadar 100%

9:33 Malam: Kemuncak gerhana bulan penuh

10:28 Malam: Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi

11:10 Malam: Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi

Sumber : Pejabat Mufti Negeri Johor.

Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah

$
0
0

Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah


Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 15 Februari 2018

HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM

$
0
0
HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM


Hai awak awak semua. Kalau nak tahu SIS HAWA sedang meraikan ulangtahun blognya yang pertama sekarang ini. Awak semua turut di undang untuk memeriahkan lagi suasana dengan menyertai contest HAPPY BIRTHDAY SIS HAWA DOT COM yang awesome!


Contest ni terbuka pada semua blogger Malaysia dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat-sangat lumayan. Antaranya, WANG TUNAI $$$ dan lain-lain hadiah sampingan yang menarik dan best!! Seramai 10 pemenang akan di cari dan hadiah akan di tambah sekiranya jumlah peserta berjaya melepasi sasaran yang telah di tetapkan. Yang lebih menariknya lagi, semua peserta yang mengambil bahagian akan di masukkan ke dalam bloglist SISHAWA.COM untuk tahun 2018.   


SYARAT UNTUK MENYERTAI
1. Buat entry yang bertajuk - " HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM "

2. Follow blog SIS HAWA dan SISHAWA DESIGN

3. Follow semua blog dan IG milik sponsor yang terlibat dengan contest ini:

FOLLOW BLOG ( Wajib!! klik icon untuk follow) :
          

FOLLOW INSTAGRAM (jika ada akaun IG)




6. Publish entry dan tinggalkan URL ENTRY , URL IG berserta EMAIL ke ruangan komen di bawah.

7. Jangan lupa Share entry contest ini ke facebook masing-masing berserta dengan hashtag #sishawadotcom . untuk mengajak rakan-rakan yang lain

Senarai semua hadiah akan di umumkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, hadiah untuk contest kali ini akan ada wang tunai $$$$ untuk di rebut. Tunggu apa lagi, jom join segera beramai-ramai.


CONTEST AKAN TAMAT PADA : 08 FEBRUARI 2018

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka

$
0
0

Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka


Giveaway Novel #MengintaiAkuDiNeraka
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 15 Februari 2018

HUKUM BERALIH TEMPAT DUDUK KETIKA KHUTBAH JUMAAT - Mufti Wilayah Persekutuan

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Saya tak pernah menunaikan solat Jumaat, mahupun mendengar full khutbah Jumaat. So saya tak tahu pun ada rupanya perkara yang dilarang ketika mendengar khutbah Jumaat; ianya dipanggil lagha. Tapi apakah perbuatan ataupun perkataan yang dikira/dianggap sebagai lagha?


HUKUM BERALIH TEMPAT DUDUK KETIKA KHUTBAH JUMAAT - Mufti WP

HUKUM BERALIH TEMPAT DUDUK KETIKA KHUTBAH JUMAAT - Mufti Wilayah Persekutuan
HUKUM BERALIH TEMPAT DUDUK KETIKA KHUTBAH JUMAAT - Mufti Wilayah Persekutuan | credit: muftiwp.gov.my
SOALAN:

Assalamualaikum, saya kadangkala berasa mengantuk ketika mendengar khutbah jumaat. Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan hal ini?

JAWAPAN:

Alhamdulilah, segala puji dan syukur kami ucapkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti baginda sehingga hari kiamat.

Mendengar khutbah jumaat adalah dituntut. Sekalipun para fuqaha berbeza pendapat tentang hukumnya di antara wajib dan juga sunat, akan tetapi tetap menjadi tuntutan dan keutamaan bagi mereka yang hadir untuk mendengar khutbah dengan teliti.

Secara asasnya, terdapat dua perkara umum yang menjadikan seseorang itu dianggap sebagai lagha solat jumaatnya. Kami nyatakan perinciannya seperti berikut:

Pertama: Perkataan

Sebarang ucapan dan perkataan yang berlaku semasa khutbah Jumaat sedang berlangsung, akan menyebabkan pelakunya menjadi lagha. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَنْصِتْ‏.‏ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ ‏

Maksudnya: Apabila kamu berkata kepada sahabat kamu: “Diamlah” ketika imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka sesungguhnya kamu telah lagha.

Riwayat al-Bukhari (934)

Hadis di atas ini menjadi dalil bahawa sebarang ucapan sekalipun berbentuk amar makruf (arahan kepada kebaikan) adalah dilarang semasa khutbah sedang berlangsung serta menyebabkan pelakunya menjadi lagha. Dan pengertian lagha di sisi para ulama membawa kepada makna yang berikut:

- Tidak mendapat sebarang pahala.
- Fadilat jumaat seseorang itu terbatal.
- Solat jumaatnya menjadi solat zohor sahaja.

Berdasarkan hadis di atas juga, dalalah al-muwafaqah (petunjuk yang bertepatan) membawa kepada larangan berkata-kata semasa khutbah. Sekalipun ucapan ‘diamlah’’ itu suatu amar makruf, ia dianggap sebagai lagha. Maka ucapan-ucapan selain dari itu adalah lebih utama untuk dinilai sebagai lagha.

Kedua: Perbuatan Anggota Badan

Sebarang pergerakan dan perbuatan yang menyebabkan hilang tumpuan dan fokus kepada khutbah yang disampaikan turut menyebabkan seseorang itu menjadi lagha. Hal ini berdalilkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ وَزِيَادَةُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ لَغَا

Maksudnya: Sesiapa yang berwuduk dan dia perelokkan wuduknya, kemudian dia pergi menuju solat jumaat serta mendengar (khutbah) dengan teliti, dan diam (semasa khutbah), akan diampunkan dosa-dosanya dalam tempoh antara dirinya dan juga hari jumaat (yang akan datang), serta pertambahan 3 hari lagi. Dan sesiapa yang bermain dengan batu kecil, maka dia telah lagha.

Riwayat Muslim (857)

Berdasarkan hadis di atas, dapatlah difahami bahawa perbuatan bermain-main batu kecil ketika khatib sedang berkhutbah adalah dilarang, serta menjadikan pelakunya lagha. Hal ini diluaskan lagi kepada perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan hilangnya fokus dan tumpuan dalam mendengar khutbah. Ia seperti bermain telefon bimbit, sibukkan diri dengan tasbih, dan seumpamanya.

Perbuatan Yang Membantu Fokus Untuk Mendengar Khutbah

Namun, di sana terdapat pengecualian ke atas perbuatan-perbuatan yang membantu menambahkan fokus untuk mendengar khutbah. Terutamanya perbuatan yang dapat menghilangkan perasaan mengantuk bagi seseorang itu semasa khutbahnya. Sandaran bagi hal ini adalah sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

 إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَتَحَوَّلْ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ إِلَى غَيْرِهِ

Maksudnya: Apabila salah seorang kamu mengantuk semasa dia berada di dalam masjid (pada hari Jumaat) maka hendaklah dia beralih kedudukan dari tempat duduknya itu kepada tempat yang lain.

Riwayat Abu Daud (1119)

Hadis ini menunjukkan, tidaklah semua pergerakan anggota badan itu dilarang semasa khutbah. Akan tetapi, perbuatan seperti beralih kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain itu dibolehkan bahkan disunatkan, dengan tujuan untuk mengelakkan mengantuk serta dapat terus fokus mendengar khutbah. Berikut adalah hikmah kepada perbuatan beralih kedudukan ini:

- Pergerakan dapat menghilangkan rasa mengantuk.
- Tempat duduknya yang menyebabkan dia tidur itu terdapat padanya syaitan.

Dua hikmah di atas ini disebutkan oleh al-Sayyid Muhammad Siddiq Hasan di dalam kitabnya Al-Diin al-Khaalis (4/145-146).

Maka perbuatan dan pergerakan seperti ini tidak dilarang dan dianggap sebagai lagha. Bahkan ia suatu yang dituntut lagi disunatkan.

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami simpulkan bahawa seseorang yang berasa mengantuk semasa khutbah, disunatkan kepadanya untuk beralih kedudukan tempat duduknya ke tempat yang lain di dalam masjid. Walaupun begitu, memandangkan suasana setempat kita pada hari ini yang mana saf telahpun penuh semasa khutbah, maka tidaklah perlu untuk seseorang yang mengantuk itu beralih ke tempat lain sehingga menyebabkan gangguan kepada jemaah lain. Akan tetapi, boleh untuknya melakukan perbuatan lain yang dapat menghilangkan perasaan mengantuk seperti memicit lehernya, atau badannya, dan selainnya.

Semoga pencerahan ini memberikan kefahaman yang jelas dan tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.


p/s:  Para lelaki terutamanya sila hadam betul-betul perkara di atas yee hehe.

Wassalam :)

bertambah malas nak update blog bila....

$
0
0
Setiap blogger mesti ada saat dia rasa "yaALLAH ya Tuhanku.. berilah aku semangat untuk update blog!" hahaha. Mesti okayyy.. mestii punya lah! Mesti ada satu masa kita rasa malas gilosss nak update blog, tak ada mood nak mengarang entri. Dan saya dah start rasa malas tu pada 20 Januari yang lepas dah actually haha.

"Eh nampak je update blog semalam & kelmarin"

Entri 31 Jan 2018 tentang Super Blue Blood Moon tu pun den paksa diri juga update. Tu pun lambat bebeno dah (lambat maksudnya lepas Manghrib baru publish. padahal topik tu nak basi dah hahaha). Kelmarin pun saya just update pasal join Giveaway/segmen. Ohh tanda-tanda saya malas update blog adalah publish entri Giveaway/segmen pada waktu weekdays haha. Iyelaa kan entri join bagai ni mostly ianya tak memerlukan karangan banyak-banyak patah perkataan pun.

Semalam pula buat entri keagamaan/islamik pun banyak copy paste je jawapan dari Mufti Wilayah. Tak banyak sangat kerah otak untuk menaip. Hahaa.

bertambah malas nak update blog bila....

Starttt malas tu bila haritu pergi merewang kat rumah cousin di Subang. And two days before pergi merewang tu pun busy selesaikan apa yang patut. So bila busy sana sini, busy merewang.. memang tak ada idea berkembang untuk mengarang + tak ada masa untuk hadap lappy. Maka, lama kelamaan saya jadi malas + takde mood sehinggalah sekarang haha. Tapi paksa kan juga diri ini menaip. Huuuu.

Yang lagi parah dan bertambah malasnya tu kan.. bila time saya tak update beberapa hari haritu, earnings Adsense dan Innity saya agak kencang! Tapi bila dah update ni, earnings kedua-duanya turun pulak. Rasa GRRRR sangat tau! hahahhaa. Dah kenapa kan. ceyt.

Tapii takkan la saya kena fikir nak update hanya semata-mata kerana duit earnings tu je kan. Kena la niat juga kerana Allah. Niat nak kongsi info dan maklumat bermanfaat pada semua kan kan (Sayidah Napisah dah mula ceramah kat diri sendiri haha). Niat nak bantu mereka yang memerlukan motivasi dan inspirasi. Niat nak share pengalaman so that yang lain boleh ambil iktibar. Okay done ceramah kat diri sendiri hahaha.

InshaaAllah start harini Sayidah! rajinkan diri andaa! Haiyakk! Chaiyok! Semangat semangat!
a few moments later....



bertambah malas nak update blog bila....

kihkihh.. Okay daaa~ wassalam :)

puisi #48 emosimu redakanlah

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #48

puisi #48 emosimu redakanlah
puisi #48
Jika marah, berdiamlah
Emosimu, redakanlah
Atur sebisa mungkin hatimu
Tenangkan dan jangan terburu nafsu
Jangan pernah memutuskan sesuatu
Hanya berdasar yang terlintas dalam pikiranmu
Kendalikan kata-kata
Tak boleh asal bicara
Karena saat kata telah terucap
Tak lagi bisa dikembalikan

Dan tak semua maaf
Bisa menyelesaikan keadaan
Ingatlah, satu kata yang menyakiti
Bisa membuat cinta pergi dan melayang
Yang sudah terlanjur pergi
Tak semua bisa kembali datang
Andai mau kembali pun itu tak gampang

nukilan: @arent.354

notakaki:
gampang = mudah, senang


p/s: Selamat malam! :)

SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 SAYA - DITERIMA !

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mentang mentang le first payment brim 2018 adalah pada bulan Februari, tu yang sibukk nak semak status permohonan BR1M 2018 tu haha. Diterima ke idok kann. Umi abi pun suruh saya semak status permohonan BR1M 2018 mereka. Takut laa juga kann tiba-tiba tak lepas.


SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 SAYA - DITERIMA !

SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 SAYA - DITERIMA !
SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 SAYA - DITERIMA !
Dan alhamdulillah! Status brim saya diterima (dalam kategori individu bujang RM450). Status brim 2018 umi & abi (kategori RM1,200) pun diterima. Syukur!

SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 SAYA - DITERIMA !
SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 UMI - DITERIMA !
SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 SAYA - DITERIMA !
SEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M 2018 ABI - DITERIMA !
Tapi honestly, mula-mula tu blur juga la bila tengok status DITERIMA tu. Sebab sebelum ni, status yang saya dapat - LULUS. Ini diterima? Apa maksudnya? Lepas ke tak lepas? Dapat ke tak duit brim nya? Haha.

Nota Penerangan Status BR1M 2018

DIDAFTARKAN - Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini
DITERIMA - Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima
DALAM PROSES - Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan
DITANGGUHKAN - Pemohon perlu membuat kemas kini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan
LULUS - Permohonan telah diluluskan/ berjaya
TIDAK LULUS - Permohonan tidak diluluskan tidak diluluskan/ tidak berjaya
STATUS KREDIT TIDAK BERJAYA - Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

p/s: tak keluar lagi tarikh masa bila rayuan brim 2018 dibuka. akan diupdate kemudian.

Apa yang saya faham.. status diterima ni maksudnya maklumat yang dah dikemaskini haritu dah updated dalam sistem. Maksudnya okay dah lah haha.

Yang sebelum ni (BR1M 2017), status LULUS sebab saya buat permohonan baru. Tapi yang brim terkini (BR1M 2018) saya just kemaskini permohonan yang dah sedia ada di dalam sistem. Okay belit- belit den cerita ni, harap faham la ye hahaha.


"nak tanya..status permohonan saya ialah *DIDAFTARKAN* sekarang kerana saya tidak update info saya (kerana berdasarkan Q&A di laman LHDN, saya hanya perlu kemaskini sekiranya ada apa-apa perubahan)~ adakah bermakna ia dalam proses?"

"nak tanya, apakah erti status *DIDAFTARKAN*? adakah bermakna dalam proses juga?"

Ada sesetengah orang tanya saya tentang status DIDAFTARKAN apa maknanya? Saya pun tak berapa nak sure, tapi berdasarkan penerangan yang pihak BR1M nyatakan.. DIDAFTARKAN ni means Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini

Apa yang saya faham, DIDAFTARKAN ni sama je maksud dengan DITERIMA. maksudnya layak untuk mendapat brim. the difference between DIDAFTARKAN & DITERIMA adalah.. didaftarkan - pemohon tak kemaskini (sebab takde apa yang nak dikemaskini), manakala diterima pula - pemohon kemaskini maklumat mereka. That's all.

Semoga bermanfaat. Okay daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tengahari tadi sebelum makan lunch, ada minum apa-apa tak? Ha? Minum Femingra? Apa dia Femingra tu? Adakah Femin stands for feminin? Eh ehhh pandai pandai je kan reka haha.

Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita
Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita
FEMINGRA adalah minuman kesihatan yang diperbuat khas daripada ramuan 100% sumber semulajadi yang organik dan diperkaya dengan agen perangsang hormon terbaik, iaitu Pine Pollen (Debunga Pain).

Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita
Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita

Abi- "Kakcik, kat dapur ada kotak Femingra tu.. nampak macam bagus je abi tengok kandungannya"
Me- "Memang le abi. Diperbuat daripada 100% bahan organik"
Abi- "Okay lah tuu. Esok abi nak try minum lah"
Me- "Eh abiii! Femingra ni untuk wanita je hahaha"
Abi- "Ishhh. Kenapa tak bagitahu awal-awal? Nasib baik abi tak minum lagi" HAHAHA.

Alkisahh di atas.. abi (ayah saya) hampir-hampir nak minum produk minuman wanita ni hahaha adoii. Jangan buat naya abii.. Femingra ni dirumuskan khusus untuk membantu meningkatkan libido dan tahap kesuburan dan mengimbangkan hormon wanita. Kang nanti lelaki try, lain pula kesannya haha.

KANDUNGAN FEMINGRA & MANFAAT KESIHATANNYA

Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita
kandungan Femingra
Ini kandungan  dan kelebihan 8 bahan organik yang terkandung di dalam sekotak Femingra (1 kotak mempunyai 15 sachet) untuk memelihara kesihatan wanita atau memulihkan masalah wanita (jika ada):

1. Debunga Pain [Pine Pollen]
+ Mengandungi 8 jenis asid amino penting
+ Trend terkini dalam Superfood
+ Agen anti penuaan
+ Pemulihan keinginan seksual
+ Menyeimbangkan hormon
+ Mengembalikan stamina & kecergasan
+ Mencegah penyakit

2. Buah Markisa [Passion Fruit]
+ Kaya dengan nutrisi, mineral dan vitamin
+ Tinggi kandungan antioksida
+ Membantu meningkatkan peredaran darah
+ Melancarkan pencernaan
+ Merangsang sistem imun tubuh
+ Memperkuatkan tulang

3. Horny Goat Weed (Epimedium)
+ Merangsang libido & daya seksual wanita
+ Menggalakkan aliran darah
+ Membantu mengimbangi hormon semasa PMS atau menopause
+ Mengandungi icariin yang membantu mengurangkan gejala menopause

4. Akar Maca [Maca Root]
+ Afrodisiak yang hebat
+ Mengimbangi hormon seks
+ Meningkatkan keinginan seksual
+ Melaraskan gejala menopause seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh ketika malam, dan kemurungan
+ Perangsang kesuburan wanita

5. Manjakani
+ Mengetatkan tisu dalaman wanita
+ Menegangkan kulit
+ Terbaik untuk faraj atau prolaps rahim, gejala pendarahan rahim tidak normal, masalah keputihan dan lendiran tidak normal di dalam faraj
+ Menghapuskan bau di kawasan kemaluan
+ Membantu menegangkan payudara 6. Habbatus Sauda
+ Membantu mengawal pendarahan haid
+ Mengawal intensiti kitaran bulanan
+ Mengurangkan masalah penghadaman
+ Pelembap yang baik untuk kulit & rambut
+ Mempunyai ciri-ciri anti-radang
+ Sangat tinggi antioksidan

6. Habbatus Sauda (jintan hitam)
+ membantu menyembuhkan segala penyakit kecuali kematian (dipetik dari pelbagai teks-teks kuno termasuk Al-Quran)
+ faedah terlalu banyak termasuk sakit kepala, sakit gigi, hidung tersumbat, kanser, arthritis, menambahkan berat badan, penurunan berat badan, keguguran rambut.
+ mengawal kitaran haid
+ membantu mengawal pendarahan dan intensiti kitaran bulanan
+ membantu masalah penghadaman wanita mengandung
+ pelembap yang baik untuk kulit dan rambut
+ membantu badan mencegah semua jenis jangkitan
+ tinggi antioksidan - melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas

7. Tribulus Terrestris
+ Meningkatkan prestasi seksual dan sensitiviti wanita
+ Mengurangkan gejala menopause seperti panas badan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi
+ Mengawal insomnia, tekanan darah tinggi, cepat marah, dan kehilangan minat seksual

8. Pueraria Mirifica
+ Melegakan gejala menopause
+ Merangsang nafsu seks
+ Meningkatkan kelembapan faraj
+ Meningkatkan saiz payudara
+ Menggalakkan penghasilan kolagen
+ Memberi kesan awet muda

Mungkin ada sesetengah orang bila tengok kandungan & benefit Femingra, mereka tertanya-tanya.. adakah wanita yang sudah berkahwin sahaja boleh consume Femingra? How about wanita yang masih belum berkahwin?

Bolehhh. Para wanita yang belum kahwin or yang dah kahwin semua boleh try. Selamat digunakan bagi wanita pelbagai peringkat usia. Kerana femingra ni bukan fokus just satu kebaikan sahaja, tapi banyak kegunaan. Ianya memberi tenaga yang cukup untuk kita stay aktif, cergas dan tak cepat rasa letih. Sesuai sangat for those girl yang suka bersukan/ bersenam. Selain dapat membekalkan tenaga, selalunya kalau kita penat, keputihan keluar banyak kan? Don't worry! Femingra juga dapat membantu para wanita mengurangkan keputihan tersebut.

Bagi wanita yang sudah berkahwin pula, ehem.. Femingra boleh membantu mengeratkan dan menghangatkan lagi hubungan intim suami isteri. Uhuk! Okay move to the testimony section terus la ye untuk topik tu sebab den tak kahwin lagi hahaha.


TESTIMONI BERKESAN FEMINGRA

1. Rasa relax, kurang stress, tidur lebih lena, semakin bertenaga & hubungan intim lebih erat!
testimoni femingra
Testimoni Femingra
2. Hubungan intim makin mesra & badan rasa ringan
Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita
Testimoni Femingra
3. Mood lebih baik, rajin dan makin bertenaga.
Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita
Testimoni Femingra
4. Lebih senang membuang, haid lebih lancar & teratur
testimoni
testimoni Femingra
Nak baca lebih banyak feedback dari pengguna yang lain? Klik SINI.

CARA PENGGUNAAN FEMINGRA

Bancuh sepeket Femingra di dalam 120 ml air sejuk atau suam. Minum sekali sehari sebelum makan.

cara minum femingra
Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita
Kalau rahim jatuh / prolapse, boleh amalkan ke benda ni?
-- selamat. Untuk yang ada masalah cyst pun digalakan. Sebab tiada complication.

Waktu puasa, sesuai minum waktu bila?
-- waktu puasa time sahur sebelum makan sahur.

Kalau amalkan setiap hari memang selamat ye?
-- ye memang digalakkan. It will boost ur energy and healthy. Sebab benda ni mengembalikan kewanitaan sebenar kepada kita. Femingra dibuat di Makmal muslim pakar pharmacy. Ada kelulusan termasuk di bawah makanan tambahan.
fungsi femingra
Femingra Mengimbangkan Hormon & Meningkatkan Libido dan Kesuburan Wanita

DETAILS FEMINGRA

EMAIL: info@maxwellhealth.com.my
NO TEL: +6012-326 3304
ALAMAT:
MAX WELL HEALTH SDN BHD (1187418-K)
21-1, Jalan Cempaka SD12/2, Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia.

UV PV Januari 2018 Blog sayidahnapisahdotcom

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! I'm back with this kind of entry! Haha. Bulan lepas saya tak buat pun UV PV Bulan Disember 2017 sebab ingatkan nak ganti dengan entri khas "UV PV Bounce Rate Tahun 2017" tapiii pemalas bak hanggg Sayidah Napisah nii. Asyik tanguh-tanguh lepastu hilang entah ke mana ntah mood dan semangat nak buat entri tu haha. So, bulan ni moh le den buat comeback gituwww ye.

UV PV Januari 2018 Blog sayidahnapisahdotcom


Statistik yang diambil dari Google Analytics (GA):

Unique Visitors (UV) = 61,615
PageViews (PV) = 186,374
Bounce Rate (BR) = 11.14%
UV PV Januari 2018 Blog sayidahnapisahdotcom
UV PV Januari 2018 Blog sayidahnapisahdotcom
Jumlah bilangan entri blog for Jan 2018 = 42 entries total. Sikit je kan? Waduh waduh Sayidahhh. Sila lah rajin sikit bulan ni hahaha. InshaaAllah. Banyak je idea nak tulis tapi tu lah. Tu lahhh hahaha. Doa-doakan lah ye.

Ohh bulan lepas saya ada tulis tiga entri berkaitan dengan tips blog. Jemput baca yee pada sesiapa yang belum baca hehe.




InshaaAllah bulan ni, saya cuba buat entri yang akan saya kongsikan beberapa tips & ilmu blogging. Dalam perancangan memang dah ada & ada yang dah dalam draft pun..cuma minta semua doakan Sayidah Napisah rajin dan rajin dan rajin dan ada mood untuk mengarang ye Aminn. kekeke.

Okay daaa~ wassalam.

Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code & Tracking ID Ke Dalam Blog

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Memandangkan ada beberapa orang yang tanya saya tentang Google Analytics, okay.. Google Analytics (GA) ni banyak fungsinya. Kita boleh tengok users online (berapa orang yang sedang berkunjung ke blog kita), keyword blog (search engine), UV (unique visitors), PV (pageviews), bounce rate (BR) & lain-lain lagi. Tapi biasanya saya ushar UV, PV & BR je kat GA ni. Keyword tu kekadang je saya ushar haha.

Pada sesiapa yang tak ada lagi akaun GA, boleh ikut step by step cara mendaftar GA oleh Blogger Abe We ni: (http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-register-google-analytics.html). Then, bila dah ada GA, the next step is - insert the tracking code & tracking ID GA ke dalam blog so that GA boleh detect aktiviti & pengunjung blog kita semua. Kalau tak masukkan, takde lah data diperoleh.

CARA MASUKKAN TRACKING CODE GOOGLE ANALYTICS KE DALAM BLOG

1. Login akaun Google Analytics (GA) di https://analytics.google.com.

2. Di bahagian tepi kiri, klik Admin (bentuk gear).
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code & Tracking ID Ke Dalam Blog
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code Ke Dalam Blog
3. Under PROPERTY, klik Tracking Info > Tracking Code.
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code & Tracking ID Ke Dalam Blog
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code Ke Dalam Blog
4. Di bahagian Website Tracking, highlight semua code GA dalam kotak tu then, copy.
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code & Tracking ID Ke Dalam Blog
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code Ke Dalam Blog
5. Buka new tab. Login Blogger.com > Dashboard > Theme > Edit HTML

6. Paste code GA tadi di bawah head > klik Preview theme. Jika tiada error, klik Save theme.
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code & Tracking ID Ke Dalam Blog
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code Ke Dalam Blog
7. Refresh. Kalau ada popup muncul shows "Do you want to reload this site? Changes you made may not be saved", klik je "Reload".

Selepas masukkan Code GA, moh le masukkan pula tracking ID GA pula.

Sambungan dari step tujuh di atas...


CARA MASUKKAN TRACKING ID GOOGLE ANALYTICS KE DALAM BLOG

8. Pergi semula tab yang kita copy code GA tadi. Hightlight pula Tracking ID kita (UA-XXXXXXXX-X) then, copy.
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code & Tracking ID Ke Dalam Blog
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking ID Ke Dalam Blog
9. Dashboard blog > Settings > Other > Google Analytics > Analytics Web Property ID > paste tracking ID tadi ke dalam kotak.
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code & Tracking ID Ke Dalam Blog
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking ID Ke Dalam Blog
10. Save settings
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking Code & Tracking ID Ke Dalam Blog
Tutorial Google Analytics: Cara Masukkan Tracking ID Ke Dalam Blog

DONE!

Kalau nak lebih faham & lebih jelas, boleh tengok video tutorial saya di bawah ini yang menunjukkan step-step di atas. Goodluck! Daaa~ wassalam.





Galah Panjang versi 2018 ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Galah Panjang versi 2018 ~ Wordless Wednesday


Galah Panjang versi 2018 ~ Wordless Wednesday
HAHHAAHA. Galah Panjang versi 2018 ~ Wordless Wednesday | credit: @SamadSaidWhaat 

RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~!  Siapa yang pernah merasa takoyaki? Atau anda memang jenis kaki takoyaki? Hahaa. Saya pun kekadang suka juga makan takoyaki ni cuma tak adalah sampai craving or kena pekena sebulan sekali. Biasa-biasa jelaa. Yang pasti takdelaaa saya nak buat takoyaki ni kat rumah hahaha. Beli je kot kat luar.

But for those yang memang peminat tegar takoyaki or nak try something new or ada yang tengah preggy tiba-tiba mengidam makanan Jepun or anak-anak suka Japanese food, here! this recipe is for you~!

p/s: Resipi takoyaki ni full credit to Resepi Makanan Malaysia yang saya ushar di twitter. Nampak yummy ngat.. tu yang nak share kat sini heehe.


RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas

RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas
RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas

RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam
3 tsp (teaspoon) kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

Caranya:
1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
4. Sediakan bahan lain/inti pula

BAHAN INTI
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat

Cara masak:
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas

BAHAN HIASAN ATAS
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga..
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea

Cara hias:
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi

sos takoyaki
RESEPI TAKOYAKI MUDAH DAN SEDAP - Adunan, Inti, Sos, Hiasan Atas
RESEPI SOS TAKOYAKI
1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair
1/4 cawan air asam jawa
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

Caranya:
1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)

This takoyaki recipe credit to: Resepi Makanan Malaysia


-- "Dia punya kuali tu boleh dapat kat mana eah?"

Mungkin ada yang tertanya-tanya.. kat mana nak beli takoyaki pan? Sebab yela kan, kalau tak ada tempat masak takoyaki tu, macam mana nak buat? Nak buat takoyaki kena ada alat tu. Kalau takde, tak jadi la bulat-bulat comel & bukan namanya takoyaki lah. Berdasarkan info yang saya dapat, takoyaki pan/ kuali/ acuan takoyaki/ plate takoyaki grill pan cooking ini boleh didapati/dibeli di Lazada dan GM Klang. Harga? Not sure le pula hikhik.

Okay itu sahaja, selamat memasak! Selamat mencuba di rumah! Goodluck! Daaa~ wassalam :)

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live