Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday

$
0
0

"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday


"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday

"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday
"kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" ~ Wordless Wednesday


first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday

$
0
0

first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday


first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday
menu The Manhattan Fish Market: Flaming Cheesy Baked Rice - clear the docks and make room for a satisfying flame-grilled cheeesy dory fillet on a bed of Coriander and Rosemary Herb rice. RM26.90 | this is my menu yang saya order. tapi saya just makan nasi dia je sebab tak berapa gemar dory cheese tu.
first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday
menu The Manhattan Fish Market: Caesar Salad with Whitebait - crispy golden whitebait flakes on a bed of Caesar salad. Have it as a complete meal or share it with your friends as s starter. RM22.50 | disebabkan saya tak berapa suka sayur, so saya tak sentuh langsung menu ni hahahaha. umi suka sangat salad ni. sedap katanya.
first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday
menu The Manhattan Fish Market: Fried Giant - strike gold with this platter of crunchy prawns, crispy fish fingers, cherry snapper fillets, battered onion strips and calamari coated with crushed peanuts. Enjoy it all with a selection of dips -Cajun Honey Mustard, Smoky Chipote, Tartar and Onion Glory Dip. RM71.50 | saya suka fries & udang je hahaha. yang lain saya kureng. tapi alang, umi and abi suka je. just not my taste.
first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday

first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday
menu The Manhattan Fish Market: Mediterranean Baked Salmon - the hot favorite for the ladies, we love this dory fillet/ salmon baked in flavorful blend of spices and herbs, served with Garlic Herb rice and veggies. | rasa dia not bad. sedap jugak.

first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday
menu The Manhattan Fish Market: Grilled Glory Dory - good old dory with a fragrant Garlic Herb sauce.. Lite - RM17.90 Regular - RM23.90 | abi saya kata overall.. not bad

first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday
menu The Manhattan Fish Market: Chocolate Milkshake - creamy and totally indulgent sheer bliss to all chocolate lovers! RM13.50 | SERIUS SEDAP!
first time merasa menu The Manhattan Fish Market ~ Wordless Wednesday
Lokasi The Manhattan Fish Market: Palm Mall, Lot G-33B, Ground Floor, Palm Mall, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban | No. tel: 06 - 765 6213 / 06-765 6242
BACA JUGA:



"5 kepentingan hidup yang dipegang zionis di sini adalah...."

$
0
0
Berkongsi sedikit kisah dari Fynn Jamal di Palestin (full credit to her).. Jom baca kisah beliau:

5 kepentingan hidup yang dipegang zionis di sini adalah:


1. sempadan
2. keselamatan & ketenteraan
3. ruang udara
4. air
5. elektrik

dengan sukahati tanpa perlu jawapan jelas, dia boleh tolak sesiapa sahaja dari keluar masuk palestine. jemaah kami sendiri merasainya. dua daripada kami tidak diizin masuk. tiada alasan. dia cakap tak boleh. itu sahaja.
.
duduk di hotel sejarak 700m dari aqsa, kami merasa sendiri apa yang dihadapi muslim di sekitar sini. dengan sesukanya mereka padam api dan membukanya semula. sejam sekurang-kurangnya sekali akan blackout. kadang-kadang tiga kali. sekali blackout seminit. kadang-kadang 10 minit. kadang-kadang tak tau berapa lama. sebab aku terus tidur je. malas fikir nak pening kepala.
"5 kepentingan hidup yang dipegang zionis di sini adalah...."
gambar ni—
adalah antara waktu-waktu blackout.
bayangkan la mandi tengah malam balik isya’ tetiba gulitaaaa.
.
memang saja pedengki.
.
apa pun,
kuncinya di sini adalah:
setiap lima di atas diperlakukan sesuka hati.
.
tak usahlah tanya kenapa, justifikasi apa. dia punya suka. itu sahaja.
.
kalau kau rasa tidak adil,
kalau kau rasa tak ada logika;
jawapannya semudah soalan ini:
siapa je yang ada untuk buat apa-apa?
.
semoga الله permudah hidup mereka.

-- 08.01.2018 --

Saya suka nak berkongsi cerita Fynn Jamal di atas ni supaya kita rasa lebih bersyukur dengan hidup kita sekarang. Syukur dengan lima perkara yang dibincangkan di atas. Cuba bayangkan kita berada di dalam keadaan sebegitu. Mampukah kita tanggung? Merungutkah kita? Meraungkah kita? Mungkin.

The point of the story.. ada orang yang hidup lebih teruk dari kita. Marilah bersyukur dengan nikmat yang sedikit supaya kita dapat bersyukur dengan nikmat yang banyak :)


Daaa~ wassalam!

Bolehkah isteri yang belum mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?

$
0
0
Okayy tajuk kemahen haha.. saya memang tak married lagi so jangan lah salah faham saya pervert ke ape ehh hahaha tetibe. Sebenarnya pagi tadi umi dengar ceramah seorang ustaz namanya Ustaz Miftah di Radio Ikim.fm. Saya pun tumpang dengar sekali la beberapa ketika but takdela fokus all the time sebab umi kat bilik, saya kat luar bilik. Tapi ada satu soalan ni yang saya terrrdengar yang paling melekat dan paling menarik perhatian saya. Maybe sebab saya pun nak tahu jawapannya. Tu yang terus meresap dan melekat dalam otak haha. I want to share this persoalan kepada semua. Because saya rasa ramai juga para isteri di luar sana pasti nak tahu kan apakah jawapan bagi soalan tersebut. Saya pun kelak akan jadi isteri orang juga (ehem, doakan ye hehe) so tak salah pun kan bagi golongan tak-kahwin-lagi seperti saya untuk ambil tahu berkaitan perkara ni.

"Bolehkah isteri yang tak mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?"
"Bolehkah isteri yang tak mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?" | credit image: peotrysms.blogspot.my
Soalan dari seorang perempuan:

"Bolehkah isteri yang belum mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?"


Jawapan Ustaz Miftah: (saya just catat the main point & important isi apa yang Ustaz cakap je tau.) 

8 perkara perempuan datang haid (period) haram buat:
1. Solat sunat - solat sunat jenazah dan lain-lain.
2. Solat fardhu
3. Pegang Al-Quran (kalau terjemahan boleh)
4. Baca (mengaji) Al-Quran dengan niat memang nak baca Quran.
5. Tawaf
6. Masuk masjid (kalau sekadar masuk dan lintas sahaja dari satu pintu ke satu pintu yang lain tidak mengapa. yang tak boleh kalau masuk dan duduk dalam masjid)
7. Cerai (talak jatuh tapi haram)
8. Bertemu antara pusat dan lutut dengan suami (haram sampaii isteri period tu mandi wajib)

2 perkara yang haram tapi jadi halal bila darah haid dah berhenti (darah dah stop tapi tak mandi wajib lagi):

1. Puasa - contoh kalau darah haid dah takde sebelum subuh, dan kita nak sahur dulu & mandi wajib lepas azan subuh.. boleh je.

2. Talak terputus.
"Bolehkah isteri yang belum mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?"
So tu lah jawapannya. Pahe dop? hahaha. Maksudnya.. selagi tak mandi hadas besar / mandi wajib, tak boleh la melakukan persetubuhan walaupun darah haid dah berhenti.

Moga bermanfaat. Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Saya memang jenis yang payah nak pakai perfume. Malas haha. Tapii.. itu tak bermakna saya tak suka bau minyak wangi; lagi-lagi baunya yang sedap. Baru-baru ni saya ada berkenalan dengan satu perfume ni. Lepas dah berkenal-kenalan, ehemmm terpikat la pula. eh ehh. Mudahnya terpikat? Heee mestilah. Dah try, dah tahu kelebihannya, bau pula best dan harum, design cun.. siapa yang tergoda kan?


Perfume Biobax: Better Man & Falling In Love

Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!
Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!

Apa yang bestnya perfume Biobax ni?


1) Bukan botol kaca
-- diperbuat daripada high quality plastic material. Kalau perfume jatuh pun toksah gabra atau cuak sebab ianya takkan pecah.

2) Ringan dan mudah dibawa
-- boleh letak dalam poket dan senang dibawa ke mana-mana sahaja. comel dan tak memerlukan ruang yang besar jika diletakkan di dalam beg.
Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!
Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!
3) Bau tahan lama
-- saya dah cuba haritu.. spray pagi, malam pun bau lagi. perghh!

4) Bukan inspired perfume
-- formula bau dia dibuat khas untuk brand Biobax Perfumes.
perfume better man
Perfume Biobax Better Man
perfume falling in love
Perfume Biobax Falling In Love
5) Design botol dan kotak bercirikan design dari Morocco
-- cantik dan nampak eksklusif kan? Saya suka sangat dengan design kotak perfume Biobax ni lagi-lagi yang Falling in Love. Memang fall in love betul lah! hehe.

7) Bauan yang dihasilkan adalah daripada survey pihak Biobax sendiri ke atas 50 orang respondents.
Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!
Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!
Perfume Better Man direka khas untuk lelaki& Falling in Love pula baunya sangat lembut & menepati citarasa para wanita. Saya dah cuba kedua-duanya. Of course la saya lebih prefer Falling in Love sebab bau dia lebih soft and smooth. Kebiasaannya saya guna minyak wangi ini ketika tiap kali nak solat. 

Ehh kenapa sembur perfume Biobax kat telekung? Bukan time keluar jenjalan? Most of the time saya guna time nak solat sebab yelaaa bila lagi nak pakai sebab saya kerja sendiri kat rumah je, tak pergi luar pun kalau weekdays. Weekend pula selalunya duduk terperap di rumah sahaja hahaha.

Mungkin ada sesetengah yang persoalkan "bolehkah bawa minyak wangi beralkohol ke dalam solat?"

Jawapannya BOLEH. No problema. Perfume yang jenis spray, mesti ada alkohol di dalamnya. Tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Tambahan pula, alkohol tersebut bukanlah dari alkohol arak tu. Ianya adalah alkohol jenis minyak. Dan satu perkara penting tentang sifat alkohol ni ianya mudah meresap di udara. Jadi, semasa kita spray, yang melekat di baju / badan kita tu hanyalah perfume. Alkohol dah meresap di udara. Tidak perlu risau. Dan no need to was-was lagi.. Biobax Perfumes boleh digunakan semasa sembahyang.

perfume
Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!
pocket perfume
Berapakah harga satu perfume Biobax (Better Man/ Falling in Love) ni?

Harga 1 botol adalah RM30 + postage RM9 Semenanjung Malaysia/ RM10 Sabah Sarawak

2 botol tu harga asal RM50 tak termasuk postage. But sekarang ada promosi, 2 botol RM45 tak termasuk postage.

Jika berminat nak beli, boleh order dengan saya..just whatsapp 0172008642 (Sayidah). Saya akan response within 24 hours :)
perfume biobax
Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!
falling in love
Perfume Biobax Better Man & Falling In Love - serius wangi, bau best!
In my opinion.. perfume Biobax ni sesuai sangat kalau nak beri as a gift. Beri hadiah harijadi kawan, atau sempena anniversary, atau hadiah kahwin bestfriend or saudara mara, atau boleh juga hadiah konvokesyen ke.. hahaha. Just an idea. Simple and small but very nice and good gift honestly.

hadiah perfume

Ramai yang puji wangi + pocket perfume comel + saya dah ada kedua-duanya.. awak tak nak try? hehehe. 

Daaa~wassalam! :)

dari mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh baca meh..

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Untuk para blogger, dah buat entri ke belum harini? Ke masih dalam perancangan mengembangkan idea, masih dalam draft hampir nak siap atau tak ada niat pun nak update blog harini? Doesn't matter because its all up to you hikhikk. Tapi nasihat saya cuba try buat entri atleast satu sehari.

Ada orang tanya saya: "macam mana eh dapat idea untuk tulis banyak entri blog?", "macam mana boleh dapat update setiap hari?"
& ada juga orang yang suruh saya: "ce bagi tips sikit nak tulis entri banyak-banyak", "banyaknya entri setiap bulan, share la idea untuk tulis entri".


macam mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh nak share..

dari mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh nak share..
dari mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh nak share..
First of all.. bagi saya, kunci utama untuk menghasilkan entri/artikel yang banyak ialah RAJIN. Jangan malas. Jangan liat nak start menulis. Jangan fikir "ada ke orang baca entri/ blog aku ni". Sifat M & juga fikiran negatif tersebut akan membantutkan kita untuk update blog haha. Believe me.



dari mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh nak share..

Okay dah mindset positif dan juga menanamkan sifat rajin dalam diri.. moh le saya bagi tips atau cadangan entri-entri yang boleh dibuat:

1. Aktiviti rutin harian

Anything rutin harian daily yang biasa kita buat dan appropriate nak share di blog. Contoh: memasak, mengemas rumah, makan, tengok televisyen, mandi, basuh kain, lipat kain, eksesais/workout, melayan anak, kerja. Tu secara general. Then, kita spesific kan lah setiap rutin harian yang kita lakukan tu.

For example:

Memasak - share lah petua memasak yang kita tahu ke atau yang biasa mak kita pesan kat kita ke atau yang biasa kita dengar ke, share resepi memasak ke, share masakan favorite kita dan reason kenapa kita suka ke, share apa benda yang paling kita tak suka atau suka ketika memasak ke. Anything.

Mengemas rumah - tips mudah rajin kemas rumah, kenapa kena kemas rumah, atau share pengalaman pahit atau manis semasa mengemas rumah ke, atau share apa beza kita dan mak kita ketika kemas rumah, atau beri petua/tips yang kita tahu berkaitan dengan rumah ke.

Tengok televisyen - rancangan apa kita suka tengok, atau drama apa tengah hot dan kenapa dia hot, atau share iklan di televisyen paling mencuit hati kita dan menarik perhatian kita.

Dan sebagainya hahaha.

2. Apa yang kita minat?

Apa yang saya minat? Saya minat puisi or poem. So saya kebiasaannya share puisi atau poem pada waktu malam.

Apa yang saya minat? Matematik. Saya share kertas soalan peperiksaan percubaan Matematik & Addmath, saya beri tips macam mana nak skor kertas peperiksaan matematik, saya juga ada share analisis & tips skor paper addmath SPM.

Apa yang saya minat? Blogging. So saya share my blog's UV PV every month, saya kongsi ilmu yang saya tahu berkaitan dengan blogging, saya juga share permasalahan atau persoalan yang biasa blogger tanya atau curious.

So, apa yang anda minat? Share with the readers.

3. Apa yang kita teringin nak tahu? Dan bila dah tahu, kita share di blog

Contohnya.. saya teringin nak tahu adakah saya ni comel ke tak hahaha. Takdelah gurauu. Ermm okay okay serius. contohnya.. kita teringin nak tahu "apa yang kita perlu lakukan kalau terjumpa duit orang tercicir di tepi jalan? perlu biarkan atau ambil derma di surau? Atau ambil buat hak sendiri?". Then, kita cari lah jawapannya. Sama ada kita cari melalui Internet or other social media atau tanya sendiri kepada yang lebih arif dan alim. Bila dah tahu jawapan, haaa jangan lah duduk simpan sendiri. Share lah di blog. Sebab mana tahu.. apa yang kita teringin nak tahu tu tadi, orang lain pun teringin juga nak tahu. Not impossible right? So why not kita kongsikan jawapannya :)

4. Pengalaman anything.

Pengalaman ni banyak kan. Setiap orang lain pengalamannya. Pengalaman - mengandung, bersalin, berkerja, menjadi surirumah, putus cinta, putus tunang, tersepit jari kat pintu, gagal dalam mata pelajaran, cemerlang dapat anugerah, kena maki dengan bos, muka penuh jerawat, kena hina sebab miskin, menyaksikan sendiri kejadian ragut, pergi event besar, kena denda kat sekolah, buka akaun di bank, rumah pernah terbakar, hampir mati, mengalami kemurungan, dan lain lain. Pengalaman ni moment atau peristiwa yang pernah kita lalui dan pernah terjadi dalam hidup kita.

Manis atau masam, pahit atau tawar.. kalau rasa pengalaman tu nak kita nak share.. silakan. Saya pernah je buat entri share pengalaman saya untuk buka akaun Maybank di Seremban awal tahun 2017; bertajuk "hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian" [LINK] dan kini Pageviews (PV) entri tersebut hampir mencecah 20K. Other than that, saya suka-suka share pengalaman saya gagal ujian JPJ untuk kali pertama; bertajuk "TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM!" [LINK] dan kini, entri tersebut PV hampir mencecah 34K + 50 komen.

Nampak tak? Mungkin kita rasa "alaaa, siapa je nak baca pengalaman mengarut aku ni".. tapi mana tahu.. pengalaman kita membantu mereka yang sedang mengalami pengalaman yang sama macam kita, kan?

p/s: kalau nak bagi entri pengalaman menjadi panjang sedikit, boleh je masukkan beberapa tips atau cadangan atau nasihat dalam entri tersebut.

5. Personal

Personal feelings, personal activities, personal concern, personal the way of thinking.. anything kita boleh share related with tema 'personal'. And untuk jadikan entri personal tu lebih menarik, boleh tambah sedikit tips atau petua atau apa-apa je.

6. Nasihat/ mitos "orang tua tua dulu kata...", "orang kata kalau..."

"Orang tua tua dulu kata.. perempuan menyanyi kat dapur nanti dapat laki tua" - bincangkan.
"Orang kata kalau lelaki makan pindah-pindah tempat, ramai isteri" - ceyt! tetibe hahaha.
Dan banyak lagi.

7. Bentuk persoalan

Ni sama macam no.3. Cuma maksud saya no.7 ni ialah buat tajuk entri tu dalam bentuk persoalan atau pertanyaan. Contoh macam entri saya ni.. saya mulakan dengan soalan kan? Sebab soalan tu soalan yang pernah ditanya kepada saya. Dan saya menjawab persoalan tersebut. Tu lah maksud saya hehehe.

8. Resepi atau makanan

Resepi ni kalau kita tak ada resepi sendiri, minta le dekat mak atau kakak-kakak ke. Atau kita suka memasak dan kita pun search kat Internet then kita memasak guna resepi tu. Pun boleh masuk share kat blog. Jangan lah lupa pula nak credit kan resepi tu to the owner.

Ataupun tak suka memasak tapi nak juga share resepi masakan yang kita suka makan. Silakan.. tapi credit to the owner of the recipe jangan lupa ye. Kesian kat tuan punya resipi susah payah buat haha.

Tu resepi.. ni makanan pula. Kita jenis suka makan, jenis suka pergi restoran dengan kengkawan time weekend, jenis suka merasa tempat makanan yang baru.. share jangan tak share di blog ;)

9. Tempat atau destinasi - mana mana boleh

Tempat menarik, tempat pelancongan, tempat hotspot foreigner, tempat special yang best tapi ramai yang tak tahu, pusat rekreasi, tempat viral dan lain-lain.

10. Yang tengah hot issue. or benda yang bakal hot.

Contoh macam haritu hot pasal tak tun tuang. Saya pun buat entri "apa maksud tak tun tuang?".
Contoh benda yang bakal hot : BR1M 2018. Saya pun buat entri "BR1M 2018 bila dapat duit? Ini Jadual Pembayaran Mengikut Kategori.."



11. Quotes, kata hikmah

12. Pendapat or perbincangan

Saya pernah share pendapat saya sendiri mengenai macam mana nak tahu lelaki suka seseorang perempuan.. dan entri tersebut menjadi TOP 10 entri paling banyak dapat Pageviews dalam blog saya.

13. Giveaway, contest, segmen

Mungkin ada sesetengah yang tak suka join giveaway or segmen.. up to you. Tak paksa pun hahaa. Sebab saya jenis yang suka join, so setiap bulan memang wajib la ada entri jenis ni. Cuma pernah dulu time apply Adsense, saya stop kejap tak join langsung Giveaway bagai. Tapi selepas dah lulus Adsense, apalagi.. kembali aktif! hahaha.

14. Wordless wednesday or wordless any day you want haha.

Or sometimes ada yang buat Spontaneous Thursday. Ada satu entri Wordless Wednesday saya yang pernah mencecah 11K. Jangan pandang rendah kat wordless ni ye hahaha. 

Cuma nasihat saya kalau nak buat Wordless.. pastikan tajuk menarik yang boleh menarik minat orang lain untuk klik eventho it is just wordless. Selain tu, cuba letak Wordless yang best, unik atau lucu ke.. Contohnya entri Wordless Wednesday saya yang terbaru, eh kelmarin lah haha.. sudah pun hampir mencecah 1K dah pageviews. Bertajuk "kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" [LINK].

p/s: nanti saya share tips kelapan untuk tingkatkan trafik blog ye inshaaAllah.

15. Bentuk fakta or info

Boleh ambil dari majalah/ buku/ televisyen/ social media (fb, twitter, ig). Kalau boleh jangan lah salin bulat-bulat atau sebijik. tambah sikit supaya jadi menarik atau tambah sikit our personal touch in there. The most important is.. kredit kan kepada owner ye. dont forget! Or beritahu sumber dapat dari mana.

Tips lain lagi.. kalau ada jumpa gambar yang berisi info.. jangan lah kita letak gambar tu je then done. nope. Taip lah semula perkataan yang ada dalam gambar tu dan beri sedikit komen atau cadangan atau pendapat. Contoh: "Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah" [LINK], "Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan" [LINK]

16. Jenaka, lucu, prank

Sebenarnya saya suka entri yang berunsur prank hahaha. Tapi tak nak lah buat selalu, kang kena cerca pula haha! Contoh entri prank yang saya pernah buat: "Bahaya Daun Pandan!" [LINK], "tip buang lemak dengan mudah" [LINK]

17. Soalan yang kerap diajukan kepada kita

Contoh soalan yang biasa orang tanya kat saya: "kenapa tak sambung master?", "bila nak kahwin?", "dah kerja ke sekarang?", "kenapa nak kerja sendiri?".

Contoh soalan yang selalu orang tanya saya bila jumpa saya at the first time: "tingkatan berapa?", "umur berapa ni? nampak muda je lagi" eh ehhh hahaha.

Tu saya beri contoh la.. contohhh hehe. So, dengan bermodalkan soalan-soalan yang kerap ditanya tersebut atau 'first impression' yang selalu kita dapat.. boleh lah buat entri share dengan orang lain atau membuat pengakuan tetibe haha.

18. Apa yang kita expert? Kongsi tentang itu.

Expert apa? Menulis? Mengurut? Baking? Coding? Programming? Business? Memikat wanita? eh eh hahaha. So, bidang atau perkara apa yang kita expert, kita share.

19. Suka-suka

Tulis je apa-apa yang kita suka nak share. Suka nak kongsi. Suka nak buat.

20. Lagu or lirik lagu

Kalau saya, saya jenis suka share lagu atau lirik lagu yang saya suka. Tapi, saya elakkan daripada share lagu omputih hahaha. You know why. Except lagu yang betul-betul ada mesej.

Bila buat entri lagu or lirik lagu, saya lebih suka selitkan sedikit komen berkaitan lagu tu atau cerita apa-apa lah tentang lagu tu sendiri. "What I think of that song? Best atau biasa-biasa je? Not my taste or soo my taste? Muzik unik atau familiar? How about its music video? Apa rating nak bagi kat lagu ni?". Haaa tu lah soalan-soalan saya biasa tanya pada diri sendiri ketika membuat entri jenis lagu. 

Contoh: "LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI: BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI" [LINK]

21. Isu semasa, berita semasa

Entri berkaitan ni macam heavy sikit kan. Kalau saya, saya tak berapa suka nak buat haha. Tapi ada sesetengahnya suka buat entri jenis macam ni. Apa-apa pun, up to masing-masing.

22. Review

Movie, drama, rancangan/show, buku, novel, makanan, minuman, restoran, tempat, barangan, produk. Anything.

Last but not least.. Try to be creative.
- buat entri dalam bentuk perbualan.
- tarik perhatian orang untuk baca entri dengan buat tajuk yang kebabom or dalam bentuk persoalan
- gambar pun main peranan bila ping/share entri kat group FB & Google+

Okay itu sahaja tip atau idea yang saya dapat kongsi. Yang penting apa? Rajinn hahaha. Kekadang kita ada je bahan nak buat entri betul tak? Tapi malas + fikir ada ke orang nak baca. Ataupun ada kekangan lain seperti busy dengan kerja atau dengan anak-anak. Itu saya tak nak lah komen sebab saya pun kalau busy mengajar atau ada kerja editor, saya pun malas nak mengadap blog hahaha. Bila malas.. Allahuakbar.. nak taip tajuk pun maleh bebenoooo ghase. Bila malas.. nak kembangkan satu isi pun yaAllahhh tak kembang-kembang hahaha.

Yang penting lagi.. kalau tengah RAJIN nak update blog, sila manfaatkan kerajinan anda sepenuhnya. sebab rajin sekarang belum tentu berkekalan sampai ke esok. bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan". ok macam tak kena sayidah oiit. kbai! hahaha.

Apa-apa pun.. goodluck~! :)

Daaa~ wassalam.

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

$
0
0

Mek Zumbie 2k18 Giveaway


Mek Zumbie 2k18 Giveaway
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: Bila-bila masa

Satu hadiah yang saya nakkkk - Novel Dari Alam Lain [DAL004]. Well, I'm a novel lover hehhe.

novel dari alam lain

Email saya: sayidahnapisah65@gmail.com

Birthday Giveaway by Mamapipie

$
0
0

Birthday Giveaway by Mamapipie


Birthday Giveaway by Mamapipie
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 25 Januari 2018 @ 9.10malam (Mamapipie saja pilih masa ni sebab Mama lahir 9.10 malam hehee)

Salah satu entri Mamapipie yang saya sangat suka baca adalah: Bagaimana Cara Makan Begitulah Cintanya. Sangat unik dan sangat menarik. Terhibur saya bila baca. Sengih-sengih macam kerang wangi eh ehh hahaha.

Jemput join semuaaa sebab hadiah utamanyaa i loikkeeeeee. Boleh pilih buku/novel/majalah yang berharga RM50 terbitan Karangkraf! Perghhh.. sebagai seorang yang minat novel, saya berdoa semoga saya terpilih sebagai salah seorang pemenang hadiah utama ni aminnn hahahaha.

Okay daaa~ wassalam! :)

New Year Giveaway whoot whotttt

$
0
0

New Year Giveaway whoot whotttt


New Year Giveaway whoot whotttt
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 30 Januari 2018

Salah satu gambar yang paling saya suka pada tahun 2017:

Why? Sebab saya sangat sangat jarang pakai shawl. So, hargailah gambar saya memakai shawl. eh ehhh pesanan dari penaja ke apa tu hahaha.

Okayy daaa~ wassalam! :)

giveaway #1 new year 2018 by cikyan

$
0
0

giveaway #1 new year 2018 by cikyan


giveaway #1 new year 2018 by cikyan
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: sehingga diumumkan oleh cikyan

REVIEW BLOG CIKYAN

- header cun.
- inspirational quote kat header cikyan best. saya suka. "Everything will be wonderful if you appreciate it!"
- suka dengan perkataan cikyan gunakan di blog. sempoi dan santai.
- blog cepat loading. i loikeee~

just cadangan:
- kalau cikyan nak atau suka cuba sesuatu yang baru, saya galakkan cikyan guna responsive template :)
- ruangan BEST POST! cikyan tu ada tiga je kan? Saya sarankan cikyan letak banyak sikit pleaseee. Baru syokk hikhik

Azam tahun baru 2018? 

Azam tahun 2018 saya agak banyak sebenarnya hahaha. So, saya beritahu salah satunya la eh ehhh.
--- Kuruskan badannnnn~! Nak capai BMI normal. My target is.. kurus sampai boleh pakai baju kurung time sekolah menengah haha. Sek menengah den kuruihhh molek je. Laaa niii.. sihat dan comel pipi pau haha. Tapi please support iolss. Saya memang tengah bersemangat nak kuruskan badan ni. Haiyakkk! Nampak tak semangat tu? hahahaha. Pray for me and wish me luck kay! ;)


Okay itu sahaja. Daaa~ wassalam!

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ

$
0
0

GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ


GIVEAWAY BY PRINCESS FAZZ
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 31 Januari 2018

12 Fakta Pelik Tapi Menarik

$
0
0
12 Fakta Pelik Tapi Menarik | Pernah ke jumpa fakta pelik tapi tak menarik? Hahaha. Sebab mostly benda yang weird & unique ni memang interesting kan. Alkisahh.. haritu saya ada jumpa 12 fakta yang jarang kita tahu dan mungkin tak pernah tahu langsung di Facebook. And I want to share it here.. So, what is it? Jeng jengg jenggg~


Fakta Pelik Tapi Menarik

12 Fakta Pelik Tapi Menarik

1. Otot terkuat yang ada di badan kita adalah LIDAH.

2. Setiap kali bersin, jantung akan berhenti selama 1 mili-saat.

3. Bersin yang terlalu kuat mampu mematahkan tulang rusuk, memutuskan pembuluh darah di kepala atau leher dan boleh mengakibatkan kematian.

4. Jantung manusia dapat mengepam darah sejauh 30 kaki.

5. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasikan perkembangan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda.

6. Seperti jari, lidah manusia juga mempunyai ruas yang berbeza-beza.

7. Hippocrates menyarankan: "jika ingin memperbesarkan ukuran dada, seorang wanita harus selalu menyanyi dengan suara lantang".

8. Lelaki lebih selalu tersedu berbanding wanita.

9. Jika direndam sebatang rokok ke dalam air dan biarkan beberapa ketika. Kemudian suntikkan air rendaman rokok itu ke dalam pembuluh darah seseorang. Dalam masa kurang dari 1 minit, orang itu akan mati serta merta.

10. Bulu hidung anda, jika dibiarkan hingga tua nanti, ia akan memanjang sehingga 2 meter.

11. Wanita berkelip 2 kali lebih banyak berbanding lelaki.

12. Tubuh manusia mengeluarkan 25,000 gelen air liur sepanjang hayatnya.


Truthfully.. hampir semua fakta di atas saya tak pernah dengar sebelum ni. hahaha. Fakta no.2 & 3 tu mungkin tahu la juga. Tapi yang lain-lain tu are new knowledge for me hehe.

Okayy daaa~ wassalam.

Bitcoin Haram Di Malaysia Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti, Jawatankuasa Fatwa..

$
0
0
Terus terang dan sejujur-jujurnya di dalam hati lubuk paling dalam ini.. saya takde pun berminat atau teringin nak mencuba Bitcoin mahupun nak buat entri berkaitan Bitcoin haha. Tapi alkisahhh tadi saya terrrjumpa salah satu higlight di muka surat depan akhbar Sinar Harian (SH) yang bertajuk:

-Bitcoin haram dalam Islam-

Saya pun zupppp! Bulat mata. Seriouslyyy?! Saya pun nak tengok lah mukasurat yang mengandungi artikel tersebut tapi yang lawaknya, page tu dah digunakan dan selamat masuk ke dalam tong sampah =.=. So, saya pun search la kat Google 'bitcoin haram dalam Islam sinar harian'. Menjumpai satu artikel SH yang bertajuk "Fenomena mata wang kripto"yang ditulis oleh Marlissa Kamal pada 9 Januari 2018. Jom baca! [p/s: baca sampai habis ye for clearer explaination]

Bitcoin Haram Di Malaysia Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti, Jawatankuasa Fatwa..
Seorang lelaki sedang menggunakan telefon pintarnya melintasi ATM untuk matawang Bitcoin di Hong Kong, China | FOTO AFP | Credit: hmetro.com.my
2017 menyaksikan fenomena mata wang kripto dalam ekonomi politik global yang menyaksikan penggunaannya sebagai instrumen pelaburan dan kewangan.

Sistem wang digital itu direka untuk membuat transaksi yang sangat selamat dengan menggunakan kriptografi iaitu satu bentuk kod rahsia berasal daripada Perang Dunia Kedua.

Ia telah berkembang dalam era digital dengan elemen teori matematik dan sains komputer untuk menjamin keselamatan komunikasi, maklumat dan wang dalam talian.

Mata wang kripto pertama adalah Bitcoin (BTC) direka pada 2009 dan menyaksikan nilai satu Bitcoin mencecah hampir AS$20,000 (RM79,987) pada tahun lalu.

Bagaimanapun, nilainya dilaporkan menurun pada minggu lalu dan telah mencetuskan kebimbangan berlaku gelembung pasaran.      

Sejak hampir sedekad lalu, terdapat lebih 1,000 mata wang maya di internet yang didakwa memudahkan segala urus niaga kerana ia tidak memerlukan kehadiran fizikal malah tidak diselia oleh mana-mana pihak berkuasa kewangan dalam sesebuah negara.

Pengeluaran mata wang digital tersebut juga adalah terhad.

Status undang-undang mata wang kripto adalah berbeza bagi setiap negara dan ia masih belum jelas.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham Amerika Syarikat (SEC) memberi amaran kepada pelabur Bitcoin dan mata wang maya lain tentang aktiviti jenayah serta penipuan dalam sektor tersebut.

"Anda perlu sentiasa berhati-hati dan menyedari risiko kehilangan pelaburan yang dibuat menerusi mata wang digital. Kebanyakan pelaburan mata wang maya dan tawaran syiling permulaan (ICO) tidak mematuhi undang-undang keselamatan negeri serta persekutuan," kata pengerusinya, Jay Clayton.

Hal ini kerana, nilainya tidak menentu dan boleh merosot dalam sekelip mata.

Selain itu, pelabur juga berisiko menjadi sasaran penggodam dan penjenayah lain yang mencuri wang kripto melalui serangan siber.

Beberapa penganalisis percaya nilai bitcoin boleh meningkat 10 kali ganda  pada 2018 walaupun banyak pihak mendakwa mata wang maya itu kini berdepan situasi gelembung pasaran.

BTC mengalami lonjakan mendadak pada akhir 2017 mencecah AS$19,783 (RM79,124), namun nilainya mengalami kejatuhan AS$13,889 (RM55,580) menjelang Tahun Baharu.

Ketibaan 2018 menyaksikan wang digital alternatif seperti Ethereum atau Ether dan Ripple menunjukkan momentum mereka sendiri yang mana nilainya meningkat kepada 10 kali ganda sejak minggu lalu.

"Pelabur mungkin beralih kepada mata wang kripto lain selepas Bitcoin menjadi fenomena pada tahun lalu selepas nilainya meningkat lebih 1,300 peratus," kata koresponden teknologi, Arjun Kharpal.

Sementara itu, pakar Bitcoin, Spencer Bogart meramalkan nilai mata wang kripto mencecah sehingga AS$50,000 (RM199,980) dalam tahun akan datang.

Risiko disalah guna untuk kegiatan jenayah

Urus niaga Bitcoin adalah disulitkan dan ia hanya boleh dikesan pihak terlibat tanpa dipantau pihak pengawal selia.

"Terdapat risiko bahawa ia boleh digunakan untuk membiayai aktiviti pengganas atau kegiatan jenayah, sebab lain yang boleh menjadi jalan pintas untuk kawalan modal," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif penganalisis data mata wang kripto, CryptoCompare, Charlie Hayter.   

Bank Rakyat China pula mendakwa tawaran syiling permulaan (ICO) adalah ancaman kepada kestabilan pasaran kewangan.

Susulan itu, kerajaan telah mengharamkan penggunaan ICO dan bank di Beijing mempunyai kuasa untuk menutup sebarang pertukaran yang melanggar undang-undang.

Korea Selatan dan Singapura turut menyuarakan kebimbangan sama terhadap fenomena mata wang kripto tersebut dan telah menutup bursa saham mereka di mana ia didagangkan.    

Antara negara yang telah melarang penggunaan Bitcoin adalah Bangladesh, Bolivia, Ecuador, Kyrgyzstan dan Indonesia dijangka mengharamkan mata wang digital itu pada tahun ini.

"Negara terbabit tidak terkesan kepada kecairan mata wang kripto atau hala tuju industri blockchain global," ujar pengasas firma data pasaran mata wang digital dan blockchain, Brave New Coin, Fran Strajnar.

Pada 2014, Bangladesh telah mengharamkan penggunaan Bitcoin sebagai sebahagian daripada usaha antipengubahan wang haram.

"Bitcoin bukan satu tender sah. Sebarang urus niaga melalui Bitcoin atau mata wang digital lain bakal berdepan hukuman," menurut pihak berkuasa kewangan di Dhaka pada masa itu.   

Vietnam turut mengenakan larangan sama selepas mendakwa mata wang maya tersebut sering dikaitkan dengan  aktiviti jenayah lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Gergasi Kewangan Amerika Syarikat, JP Morgan Chase, Jamie Dimon menyifatkan mata wang kripto sebagai 'penipuan' kerana ia bukan 'perkara sebenar' dan akan ditutup pada satu hari nanti.

Rusia mahu cipta mata wang digital sendiri

Pentadbiran Presiden Rusia, Vladimir Putin berhasrat untuk mencipta mata wang kripto untuk membantu mengelak daripada sekatan yang dikenakan ke atas negara itu yang dilihat sebagai perubahan dalam taktik pemimpin itu.

Kremlin dikatakan sedang mengkaji teknologi blockchain di sebalik Bitcoin sebagai asas untuk cryptorouble.  

Penasihat ekonomi presiden, Sergei Glazev berkata, mata wang digital boleh digunakan untuk aktiviti sensitif bagi pihak negara.

"Transaksi bersama kesemua rakan niaga di seluruh dunia boleh dilakukan tanpa mengambil kira sekatan," jelasnya kepada Financial Times.   

Oktober lalu, Putin bagaimanapun mengancam untuk menutup laman web yang menjual mata wang maya selepas mendakwa Bitcoin berpotensi digunakan untuk kegiatan jenayah.

"Pengeluaran mata wang kripto dibuat oleh individu dan badan tanpa nama. Pembelinya boleh terjerumus dalam aktiviti melanggar undang-undang," tegasnya.

Venezuela mahu lancar Petro

Krisis ekonomi yang semakin meruncing di Venezuela menyebabkan ia bertukar kepada penggunaan mata wang digital untuk memulihkan masalah itu.

Presiden Nicolas Maduro mengumumkan pelancaran mata wang digital Petro yang disokong oleh rizab minyak dan gas, emas dan berlian yang akan digunakan untuk urus niaga serta mengatasi sekatan kewangan.

Menurut Bitcoin.com, kerajaan telah membuka pendaftaran untuk pelombong dan lebih 860,000 telah mendaftar.    

Estonia keluarkan estcoin

Negara kecil di Eropah Timur, Estonia bercadang untuk mengeluarkan mata wang kripto mereka sendiri dengan bantuan pengasas mata wang digital, Ethereum, Vitalik Buterin.

Tawaran syiling permulaan (ICO) digelar estcoin itu akan dilancarkan menerusi komuniti syiling digital dan ia adalah sama seperti tawaran awam awal (IPO).    

"ICO yang disokong oleh kerajaan akan memberi rakyat pegangan lebih besar pada masa depan dan bukan hanya menyediakan pelaburan serta kepakaran dan idea untuk membantu negara berkembang dengan pesat," ujar Pengarah Urusan Enterprise Estonia, Kaspar Korjus.    

Bitcoin haram dalam Islam

Mufti Besar Mesir, Shawki Allam mengeluarkan fatwa rasmi yang mengharamkan Bitcoin selepas mendakwa perdagangan dalam mata wang kripto adalah sama seperti berjudi.

Menurut beliau, badan di Kaherah menganggap urus niaga mata wang digital tidak boleh diterima selain penggunaan mata wang maya tersebut menghalang kuasa negara dalam memelihara pertukaran wang.

Allam turut membuat perbandingan urus niaga mata wang kripto dengan perjudian yang mana ia didakwa boleh merosakkan kewangan individu.

"Bitcoin boleh memberi kesan negatif kepada keselamatan undang-undang dan  pengubahan wang haram," jelasnya.     

Bulan lalu, ulama terkenal Arab Saudi, Assim al-Hakeem juga melihat mata wang maya sebagai haram kerana statusnya masih 'samar-samar'.

"Kita tahu bitcoin kekal tanpa nama dan ia membuka pintu kepada wang haram," katanya.   

Sebelum ini, Direktorat Hal Ehwal Agama Turki mengisytiharkan urus niaga mata wang maya bertentangan dengan  Islam kerana kekurangan peraturan selain ia mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti jenayah.

SUMBER: LINK

Bitcoin Haram Di Malaysia Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti, Jawatankuasa Fatwa..
Bitcoin Haram Di Malaysia Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti, Jawatankuasa Fatwa.. | credit image: sinarharian.com.my
Okay cukup dengan cerita di luar negara, bagaimana dengan Malaysia? Adakah bitcoin haram di Malaysia atau tidak? Apakah penjelasan Mufti-mufti di Malaysia berkaitan dengan status bitcoin ini?

Saya search search.. terjumpa lah satu artikel Harian Metro yang ditulis oleh Idris Musa pada 5 Januari 2018; bertajuk- Jawatankuasa Fatwa dapatkan pendapat pakar berkaitan Bitcoin.

Ini full artikel nya:

Keputusan sama ada menghukumkan haram atau tidak terhadap penggunaan Bitcoin iaitu mata wang kripto atau digital tidak boleh dibuat secara terburu-buru sebaliknya memerlukan kajian secara menyeluruh.

Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, perkara berkenaan memerlukan satu kajian menyeluruh oleh pakar sebelum dibentangkan dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Perkara ini tidak boleh satu negeri mendahului dengan memutuskannya secara sendirian. Ia kena ada kajian menyeluruh oleh panel pakar syariah terdiri daripada profesor dilantik di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Seterusnya hasil kajian itu dibawa ke peringkat muzakarah dihadiri mufti dan ahli dilantik. Selepas itu barulah dibawa ke peringkat negeri. Maknanya, ada tiga peringkat,"katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta menjelaskan hukum berkaitan Bitcoin selepas Mufti Besar Mesir Shawqi Allam mendakwa penggunaan mata wang kripto itu adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh menjurus kepada perbuatan jenayah.

Tambah Shawqi, mata wang itu juga boleh menjadi €˜sumber kewangan yang stabil dan terjamin™ kepada pengganas dan kumpulan penjenayah ketika ini.

Bitcoin dilancarkan pada 2009 oleh orang atau kumpulan orang tidak dikenali bawah nama Satoshi Nakamoto.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, banyak aspek perlu diambil kira dalam memutuskan sesuatu hukum mengenai perkara itu dan ia tidak boleh melihat kepada sebuah negara saja.

Malah katanya, pandangan daripada negara Arab lain seperti Arab Saudi dan Kuwait juga perlu diambil kira.

"Orang ramai kena tunggu dulu keputusan yang akan dikeluarkan nanti. Cuma yang boleh dikatakan sebagai panduan secara umum bahawa dalam hadis menyatakan sesuatu yang halal dan haram itu jelas.

"Jadi, sesuatu yang kita tidak tahu sama ada halal atau haram, kita kena berhati-hati dan lebih baik dijauhi supaya tidak jatuh kepada yang haram," katanya.

SUMBER: LINK

Itu sahaja. Conclusionnya.. for now, kena tunggu dulu keputusan Jawatankuasa Fatwa yang bakal dikeluarkan. For now, Mufti kata sebagai panduan umum - "sesuatu yang kita tidak tahu sama ada halal atau haram, kita kena berhati-hati dan lebih baik dijauhi supaya tidak jatuh kepada yang haram".

Sekian.. Semoga kita semua dapat menerima penjelasan dan juga pencerahan dari alim ulama berkaitan dengan hukum Bitcoin ini dengan hati yang terbuka. Okay daaa~ wassalam! :)

macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog? try these tips..

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Haritu saya ada tulis satu entri berkaitan dengan "dari mana saya dapat idea untuk tulis banyak entri blog". Dalam entri tersebut, saya ada kongsikan 22 tips + cadangan idea buat mereka yang ketandusan idea or tak sure nak tulis tentang apa di blog. Boleh klik SINI pada sesiapa yang tak baca lagi. Dannn.. kesinambungan dari entri tersebut, saya nak share pula macam mana cara untuk kembangkan isi sesuatu content entri.


5 TIPS - cara untuk kembangkan isi sesuatu content

macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog?
macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog? | credit image: Google
1. Banyakkan membaca

Tak kisah lah baca apa - akhbar, majalah, novel, buku, artikel/entri blog or else.. asalkan membaca haha. Kenapa kena banyakkan membaca? Supaya otak kita lebih biasa dengan struktur ayat yang betul, memperoleh vocabulary yang banyak & pelbagai, idea pun boleh berkembang dengan sendirinya bila banyak membaca tau. Plus, kita boleh belajar secara tidak langsung bagaimana orang lain mengembangkan isi content mereka. So that, ianya dapat membantu kita menulis dengan lebih lancar, teratur dan boleh mengembangkan isi content semasa mengarang entri. Bear in mind that.. kekadang kalau rasa kita stuck semasa nak kembangkan isi tu, salah satu kemungkinannya adalah sebab kita kurang membaca.

2. Search kat Google or Yahoo apa keyword yang kita nak ketengahkan

Okay saya beri contoh eh.. contoh - kita nak buat entri tentang 'mimpi'. Sebabnya pagi tadi kita mimpi seram dan feel like it was real #acahacah. hahaa. Tapi kita tak tahu nak kembangkan isi entri tersebut. 

Kita fikir "selain dari masukkan cerita tentang mimpi aku tu, apalagi aku boleh tambah? takkan tu je?". So, kita pun search di Google, taip "mimpi" atau "mimpi seram" atau "mimpi menakutkan". Then, tengok di bawahhhhh sekali Searches related to apa yang kita cari tu.

Contohnya : kita search 'mimpi seram'.

macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog?
macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog?

- makna mimpi setan
- arti mimpi berada di tempat angker
- arti mimpi berada di tempat yang seram
- mimpi seram dalam islam
- mimpi aneh pertanda apa
- penyebab mimpi buruk menurut islam
- mimpi buruk berulang kali
- mimpi buruk tidak boleh diceritakan

Bila kita tengok 'search related to' tuu, sama ada ianya beri kita idea untuk menulis atau membantu kita untuk mengembangkan lagi isi content kita atau kedua-duanya. So, andai kata nanti rasa macam idea tak berkembang atau tak tahu lagi nak tambah apa dalam sesuatu entri.. cuba buat tips kedua ni kay? :)

3. Apply kan teknik 5W + 1H - What, When, Where, Who, Why, How

Alaaa macam dulu-dulu kita nak buat karangan or essay waktu sekolah rendah dan menegah hehee. Walaupun saya jarang la guna tips ketiga ni, tapi sebenarnya ia sangat membantu tau kalau kita tengah stuck untuk kembangkan isi content sesebuah entri.

4. Bayangkan kita nak bercerita dengan orang

The fact is.. kita tulis entri ni untuk apa? Untuk nak bercerita dengan orang kan? Nak berkongsi apa yang kita tahu atau share apa-apa lah dengan readers blog kita kan? So, imagine they are in front of us. Kita bayangkan "okay aku nak bercerita dengan dorang ni. mesti kena bagi details semua so that dorang faham". 

Bayangkan juga bila kita bercerita, mesti mereka akan tanya soalan yang berkaitan. Bayangkan lagi apa benda yang readers mungkin tak faham atau perlukan penjelasan pada sesuatu topik/ fact yang kita utarakan. Secara natural, isi akan berkembang. InshaaAllah.

5. Jauhi distraction

Nama pun distraction. So, kita tak boleh nak fokus sepenuhnya kepada mengarang entri. Thats why kekadang susah nak kembangkan isi sesuatu content.

Distraction ni boleh datang dalam pelbagai bentuk dan situasi, antaranya:
- social media for example Facebook, Instagram & twitter
- whatsapp or telegram
- Youtube
- handphone
- sekeliling yang havoc dan bising
- anak or anak buah
- lagu

Lagu ni either helps you to write entry dengan lebih bersemangat atau distract you with their music/lyrics. Contohnya.. lagu yang kita mainkan tu lagu favorite kita. Kita pun duk karaoke laaa, join nyanyi sekali lagu tu semasa menaip entri. Ditambah pula dengan penghayatan emosi ketika menyanyi tu. Perghhhh.. macam mana isi entri nak berkembang bila duk syok nyanyi? hahaha. terus tergendala entri sekerat jalan.

Okay itu sahajaa. Itu antara tips yang you can give it a try. Goodluck! Daaa~wassalam :)

BACA JUGA:



telefon bimbit paling kecil di dunia!

$
0
0
Pernah terfikir atau terlintas tak nak tahu apakah telefon bimbit paling kecil kat dunia ni? Wujud ke tak? Jenama apa? Berapa harga? Ada ke orang nak beli telefon bimbit paling kecil ni? Hahaha. Bukan apa.. bila saya tunjuk artikel Akhbar Sinar Harian tentang telefon bimbit bersaiz paling kecil ni kat umi, umi kata "hishhhh. kecil nya phone. tak nampak la nanti tulisan kecil sangat" HAHAHAHA.

telefon bimbit paling kecil di dunia

telefon bimbit paling kecil di dunia!
telefon bimbit paling kecil di dunia!
Pada hari ini, kebanyakan peranti ditawarkan dalam saiz besar hingga mencecah 6 inci. Bagaimanapun, masih ada permintaan telefon bimbit besaiz kecil untuk dijadikan sebagai koleksi.

Menerusi Kickstarter, dana sedang dikumpulkan untuk bangunkan telefon bersaiz paling kecil di dunia, iaitu Zanco Tiny T1.

Peranti itu menyertakan sokongan panggilan suara dan SMS secara terbina bersama. Dengan ketinggian 46.7mm dan lebar 21mm, Zanco Tiny T1 hanya menyokong rangkaian 2G, dengan bateri yang mampu bertahan sehingga tiga hari.

Saiz yang kecil serta mudah dibawa, menjadikannya sebagai koleksi terbaik untuk mereka yang gemar bersukan.

SUMBER: Sinar Harian

telefon bimbit paling kecil di dunia!
telefon bimbit paling kecil di dunia!
Tapi tu lah saya terfikir juga, macam mana la nak balas message nanti. Tak susah ke nak tengok, kecil bebeno. Susah nak tengok satu, kang nak taip mesti button aloh aloh comel molek hahaha. 

Harga berapa saya not sure sebab tak dinyatakan sekali kat paper tu. Agak-agak mahal ke murah ek? Mahal la kot kan. Sebab unik. Ke murah sebab dia saiz kecil je? Wallahualam.

Yang pasti, saya tak berminat rasanya nak beli hahaha. Lagipun saya bukannya jenis yang gemar bersukan di luar rumah atau jenis suka aktiviti lasak (eventho suka tapi tak berkesempatan). Lebih nyaman eksesais di dalam rumah. Dasar introvert betul sayidah! hahaha. Bukann.. malas nak keluar sebenarnya kihkih.

Nanti cuba la tanya ayah or mak or suami/isteri korang.. nak tak beli the smallest cell phone in the world ni. Ce tengok apa jawapan mereka beri hahaha. 

Okay.. Daaa~ wassalam! :)


Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Bandar Baru Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday


Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Bandar yang baru dibina di Palestin; bernama Rawabi
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin is the billion dollar City! because it takes perbelanjaan sebanyak $1,400,000,000 untuk membina bandar ini
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Gambar Billionare Palestin & keluarga. Beliau lah yang membayar kos pembinaan bandar Rawabi ini
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Rawabi, Palestin - The Billion Dollar City! ~ Wordless Wednesday
Credit: Oh My Media

19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday

$
0
0

19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday



1.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
2.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
3.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
4.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
5.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
6.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
7.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
8.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
9.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
10.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
11.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
12.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
13.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
14.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
15.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
16.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
17.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
18.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19.
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hiasan Wedding Photobooth. Boleh DIY Sendiri! ~ Wordless Wednesday



Credit: Oh My Media

Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Comel sangat nih kucing pipi pau.. GRRR geram! ~ Wordless Wednesday


Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Comel sangat nih kucing pipi pau! Grrrr ~ Wordless Wednesday
Credit: Oh My Media

poem #7 and when love comes

$
0
0
Saya suka puisi a.k.a poem; tak kira la short or long poem. So, let me (or we) being immersed in this poem (of course not made by mine ehe) ..

poem #7 and when love comes

poem #7 and when love comes
poem #7
love will come
and when love comes
love will hold you
love will call your name
and you will melt
sometimes though
love will hurt you but
love will never mean to
love will play no games
cause love knows life
has been hard enough already


-written by rupi kaur


p/s: Nyte! :)

"Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Walaupun tak pernah mengandung, jauh lagi nak beranak haha.. tapi saya biasa je dengar isu tentang doktor lelaki menyambut kelahiran bayi di hospital. Isunya adalah boleh atau tidak doktor lelaki menyambut kelahiran bayi para ibu ketika bersalin? Haram kah? Atau dibenarkan sebab dah tak ada pilihan dan dikira darurat?

"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
Ada segelintir orang yang memang sensitif berkaitan perkara ini dan bertegas tak mahu doktor lelaki. "No matter what, nak doktor perempuan jugak!" Tu contoh dialog drama la ye hehe. Ada yang sanggup cari doktor perempuan walaupun tengah sakit-sakit nak bersalin, or tengah waktu kecemasan pun still risau tentang "dosa" yang bakal ditanggung bila doktor lelaki melihat aurat mereka.

Memang bagus pun untuk kita risau hal-hal berkaitan dengan aurat ni. Cuma kena tahu juga hukum yang sebenar so that tak perlu risau yang sia sia. Maka nya.. moh le kita ikuti jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli alBakri.


Soalan: Salam. Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran dan melihat faraj wanita sewaktu bersalin sedangkan di hospital yang sama masih terdapat doktor perempuan? Bagaimana aurat wanita dalam perubatan?


Soalan: Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?


"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
Jawapan: Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.

Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat...
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai.
3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.

“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin drpd Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”

Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127). Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” 

Berkata al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih, (no. 3103).

Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.

Sumber: twitter @drzul_slbakri 

"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live