Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler!

$
0
0

Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler!


Give Away Hadiah Misteri dari ASTraveler!
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 31 Disember 2017

Giveaway Bulan Cinta by Dilah

$
0
0

Giveaway Bulan Cinta by Dilah


Giveaway Bulan Cinta by Dilah
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 31 Disember 2017

Memandangkan saya belum kahwin, takde la ye tarikh anniversary dan anniversary yang ke berapa tahun hikhik.

poem #3 i'm too shy

$
0
0
Saya suka puisi a.k.a poem; tak kira la short or long poem. So, let me (or we) being immersed in this poem (of course not made by mine ehe) ..



poem #3 i'm too shy

poem #3 i'm too shy
poem #3
i'm too shy
to tell you
how i feel

so i'll hide behind
timid smiles and
soft hellos

i'm afraid
if i ask you
"what do you think of me?"
your reply will be







"i don't"


--by m.k.


p/s: Nyte! :)

Lirik Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat Aman Ra

$
0
0
Penyanyi Haqiem Rusli yang terkenal dengan lagu Tergantung Sepi dan Segalanya sebelum ni muncul dengan single terbaru - lagu Jatuh Bangun. Official Music Video (MV) lagu Jatuh Bangun yang di-release pada 15 Disember 2017 become #13 trending on YouTube right now. Saya pun baru dengar semalam hahaha. Terjumpa kat sidebar, recommended video. So, klik jela. Dengar-dengar.. aikk best juga haha. Catchy. Terasa nak menari sekali dengan Haqiem + dancers dalam MV tu haha. Lirik nya pun bukan kosong laa. Ada makna dan pengajaran di sebaliknya.

Lirik Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat Aman Ra
part ni (Haqiem cakap "rrraahhh") dalam lagu Jatuh Bangun remind me of  "bbrraahhh" trademark Desiigner

Official MV Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat Aman Ra




Lirik Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat Aman Ra

Perjalananku sungguh jauh
Ada jatuh ada bangun
Dan ku tempuhi
Semuanya dan terus berlari

Cause all i want is time
To know you're mine
And i want you to know
That i'm fine
Cause all i want is time time time
To know you're mine mine mine
And i want you to know
That i'm fine

Disaat ku senang datang
Kau menumpang tenang
Dulu ku susah engkau menghilang

Di saat ku senang datang
Kau menumpang tenang
Dulu ku susah engkau menghilang
Engkau menghilang

Dulu tak dipandang
Tinggal bayang
Kesedihan ku seorang
Kau tinggalkan aku
Tanpa ragu
Ku sunyi tanpamu

Cause all i want is time
To know you're mine
And i want you to know
That i'm fine

Disaat ku senang datang
Kau menumpang tenang
Dulu ku susah engkau menghilang

Aman Ra:
Sekarang makin senang
Sudah lama cuba
Sekarang makin tenang
Mana mungkin lupa (rahhhh)
Lama sudah kita tak bersemuka
Itulah lumrah bila jalan berubah
Keadaan ketika itu kejam
Tak pernah aku cuba berdendam
Dah cukup kita pernah berkenal
Takde apa dalam hidup kekal
Aku doakan kau sentiasa selamat
Moga tercapai kita punya matlamat
Dulu tak nak bagi
Muka atau hati
Sekarang jangan cari
Aku...

Cause all i want is time to know you're mine
And i want you to know that i'm fine
Disaat ku senang datang
Kau menumpang tenang
Dulu ku susah engkau menghilang

Disaat ku senang datang
Kau menumpang tenang
Dulu ku susah engkau menghilang
(2x)

Disaat ku senang
Kau datang menumpang
Dengan tenang
(2x)
Engkau menghilang...


Title: JATUH BANGUN
By: HAQIEM RUSLI feat Aman Ra
Composer: Haqiem Rusli , Omar K & Ikhwan Fatanna
Lyricist: Haqiem Rusli , Omar K , Ikhwan Fatanna & Aman Ra
Lirik Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat Aman Ra
one of  the part in Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat Aman Ra
Amacam? Best tak? For me, best laa juga. Boleh layannn. hehe.

But no wonder laa. Ada Omar K and Ikhwan Fatanna in producing this song. Thats why its catchy dan bermakna hehe.
jatuh bangun lirik haqiem
Lagu Jatuh Bangun - Haqiem Rusli feat Aman Ra
Lagu ni pun mungkin seimbas dengar, thought like "ohhh ni mesti pasal pakwe makwe niii". But nope. Lagu ni tak semestinya tuju untuk kekasih je. kawan-kawan or saudara/family pun ada mengena juga. Dan actually, kalau tengok MV lagu ni pun, memang Haqiem fokuskan "di saat ku senang datang kau menumpang tenang, dulu ku susah engkau menghilang" tu kat kawan-kawan beliau. Mungkin  based on his experience la kot kan. True story. Mungkin laa haha. Tapi memang ramai je manusia macam tu. Moga kita dijauhkan daripada fake friends/kekasih/family sebegitu aminnn!

Okay thats all. Daaaa~ wassalam! :)


poem #4 words unspoken

$
0
0
Saya suka puisi a.k.a poem; tak kira la short or long poem. So, let me (or we) being immersed in this poem (of course not made by mine ehe) ..


poem #4 words unspoken

poem #4 words unspoken
poem #4
Do not leave words unspoken.
Words are living creatures
And they will decay, rot
Fester. They will become
A weeping sore, a gory wound,
And they will never cease
To gnaw and poison the blood
Until they are set free

--by beaxo


p/s: Goodnitee! :)

Panadol boleh buat bunga hidup tahan lama?

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Waduh waduhhh. Mood nak update blog menghilang entah mana. Ni pun ku paksa gagahkan juaaa jariku untuk menaip hahaa. Tapi memang betul laa, kalau mood malas tengah melanda, nak buat satu entri (story sendiri) pun payah. Apatah lagi nak buat banyak-banyak entri kan haha. Okay lah.. lets g to the real topic of this entry. sebenarnya dah lama nak cerita pasal ni kat dalam blog...


Panadol boleh buat bunga hidup tahan lama?

Uishhh fakta ke auta ni? Saya pun tak tahu haha.
Panadol boleh buat bunga hidup tahan lama?
Panadol boleh buat bunga hidup tahan lama? | sumber image: Google
Alkisahhh.. satu hari tu ada jiran datang rumah sebab ada makan-makan sikit. Kebetulan haritu adalah hari jadi umi yang ke-54 tahun. So, tersergam indah laa bunga hidup dalam jag cantik kat atas meja rumah. Kakngah & abangngah yang hadiahkan bunga hidup tu kat umi.

Then, berbual-bual la macam biasa kat meja makan yang ada bunga hidup tu..

Then, suddenly someone (jiran - kak su).. "wahhh cantik bungaa".

Umi pun cerita laa bunga tu kakngah bagi as a birthday present. Then, kak su tu cakap lagi.. "ada orang kata kalau nak bagi bunga hidup tahan lama, isi panadol dalam air (jag berisi bunga) ni."

I was like "yekee?! betul ni? tak pernah dengar pun". hahaha. Serius la kan? Saya tak pernah baca or terjumpa orang beri tips macam tu. First time ever dengar 'cara nak bagi bunga hidup tahan lama dengan menggunakan panadol'.

Punya tak percaya tu saya tanya lah lagi "dah pernah cuba ke?"Kak Su cakap beliau tak pernah laa cuba, just pernah dengar je orang kata. 

Malam tu, saya dengan umi cerita la kat abi pasal 'tip' tersebut. Saya suruh "beli la abi panadol. Letak dalam jag ni. Boleh bunga tahan lama".

Abi kata "tak payah lah. nanti ketagih pula (bunga tu)". I was like abi =.= #lawakhambar sungguh hahaha.

Last-last tak buat pun. Memang niat di hati macam nak buat eksperimen kan betul ke 'fakta' tu atau sekadar omong kosong yang dibuat-buat? Tapi tu lah. Panadol nya siapa nak beli? hahaha. Saya memang jarang keluar rumah. So, memang harapan tinggal kenangan jelah niat nak melakukan experiment tindakbalas panadol terhadap bunga hidup. End up, bunga hidup saya tu bertahan tak sampai seminggu pun. I mean tak sampai seminggu pun dah tak lawa. Ada yang dah layu, hitam lebam. Sobsob.

So, korang pernah dengar ke 'petua' yang saya beritahu ni? Pernah cuba? Atau first time baru dengar ni macam saya? hahaha.

Okay itu sahajaaa. Kalau sesiapa yang dah buat eksperimen and indeed it is true, tell me naa haha. Daaa~ wassalam! :)

Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com

$
0
0

Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2018 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2017, iaitu tepat jam 6.00 petang sehingga hari esok, 6.00 petang 20 Disember 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2017.


Read more: http://www.mialiana.com/2017/12/segmen-24-jam-bloglist-28-mialianacom.html#ixzz51iwKQhW8

KEMASUKAN SEGERA KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH SESI JANUARI 2018

$
0
0
KEMASUKAN SEGERA KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH SESI JANUARI 2018 | Haritu bapa saudara ada viralkan tentang ni di whatsapp. Mungkin ada yang tak tahu lagi tentang pengambilan pelajar di ILP, Ipoh, Perak pada Januari 2018. Mohon war warkan ye, kot-kot ada saudara atau anak kenalan yang berminat. Sebab latihan perindustrian ni memang sesuai untuk pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang kursus yang ditawarkan.


KEMASUKAN SEGERA KE ILP IPOH SESI JANUARI 2018


KEMASUKAN SEGERA KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH SESI JANUARI 2018
Sistem Permohonan Kursus Sepenuh Masa INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP), IPOH, Perak : http://emohon.ilpipoh.gov.my/
-- Elaun RM100 /bulan
-- Makan FREE
-- Asrama FREE
-- Yuran Pengajian FREE (tak perlu buat loan belajar)

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) IPOH, Perak menawarkan kursus SKM Tahap 3.

PILIHAN KURSUS

1. Teknologi Seramik (KOD KURSUS - E02) | Bidang Kursus - Pengeluaran
2. Teknologi Foundri (KOD KURSUS - A06) | Bidang Kursus - Pengeluaran
3. Teknologi Penyenggaraan Mekanikal (KOD KURSUS - A01) | Bidang Kursus - Pembuatan
4. Teknologi CADD Mekanikal (KOD KURSUS - A15) | Bidang Kursus - Pengeluaran
5. Teknologi Fabrikasi Logam (KOD KURSUS - A09) | Bidang Kursus - Kimpalan & Fabrikasi Logam
6. Teknologi Kimpalan (KOD KURSUS - A08) | Bidang Kursus - Kimpalan & Fabrikasi Logam
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (Aircond) (KOD KURSUS - B02) | Bidang Kursus - Elektrikal & Elektronik
8. Teknologi Elektrik (KOD KURSUS - B19) | Bidang Kursus - Elektrikal & Elektronik
9. Teknologi Elektrik 3 Fasa (KOD KURSUS - B08) | Bidang Kursus - Elektrikal & Elektronik

Tempoh pengajian (umum) : 2 tahun

Had umur: 17 hingga 35 tahun

Syarat kemasukan (umum):
Lulus SPM, lulus subjek BM & Sejarah

MACAM MANA CARA MEMOHON ILP 2018?

Permohonan online di emohon.ilpipoh.gov.my


ATAU hadir ke ILP Ipoh untuk mengisi borang

PENGENALAN KURSUS

Seramik

-- Teknologi seramik mempunyai kaitan dengan Kejuruteraan/ Teknologi pembuatan, rekabentuk penggunaan material seramik. mereka bentuk pelbagai jenis produk seramik yang digunakan di  industri, isi rumah, institusi, rumah korporat dan lain-lain. Pengunaan seramik boleh digunakan sebagai hiasan atau functional purpose. Contoh produk termasuk meja, kerusi, alatan dapur, pasu bunga dan lain-lain.

-- Peluang melanjutkan pengajian peringkat Diploma di ADTEC Taiping untuk belajar lebih mendalam mengenai hasil kajian dan perkembangan seramik seperti bio material seramik, rekabentuk komponen elektronik, kaedah pemprosesan, perkembangan dan reka bentuk  pelbagai jenis seramik seperti kaca dan simen.

-- Peluang kerjaya dalam industri seramik dan industri pembuatan komponen elektronik & bio material

Foundri

-- Anda belajar pelbagai aktiviti kerja yang berkaitan dengan pembuatan corak, pasir acuan, peleburan logam, die casting dan inspection. Logam yang telah dileburkan akan dituang ke dalam acuan untuk membuat pelbagai alatan seperti sauh, spanar, hammer, blok enjin kereta, brooch, keychain dll.. Peluang kerja sebagai Foundryman di syarikat berkaitan seperti Panasonic Foundry, Proton dll

Penyenggaraan Mekanikal

-- Anda belajar repair pelbagai jenis mesin serta jentera mekanikal dan elektro mekanikal di industri.

-- Peluang kerjaya sebagai Juruteknik Mekanikal, Pembantu Jurutera di industri berkenaan peralatan mesin dan jentera, industri automasi, industri automotif, perkapalan dan industri oil & gas

Fabrikasi Logam

-- Anda belajar membuat, merekabentuk, memasang dan membaiki barangan atau berangka logam dangan cara mengimpal, merivet, memotong, melipat, menggulung dan lain-lain cara mengikut piawaian industri masa kini. Lepasan kursus ini berkemampuan membentuk struktur rangka bangunan boiler, badan bas, pintu pagar, kabinet dan lain-lain peralatan. Para lepasan kursus ini boleh menceburi bidang pekerjaan di syarikat-syarikat pembinaan dan industri berat seperti oil & gas, perkapalan dan automotif

CADD Mekanikal

-- Anda belajar lukisan teknikal, proses-proses rekabentuk mekanikal untuk menghasilkan produk & inovasi. Contohnya, boleh lukis design kereta, design mesin dan sebagainya. Anda juga belajar asas pembuatan & pemesinan seperti melarik dan asas pemesinan CNC. Boleh bekerja sebagai Mechanical Draughtman, Pembantu Jurutera & Perekabentuk Mekanikal


p/s: ILP Ipoh adalah institusi kerajaan, bukan swasta


Senarai Pegawai ILP untuk dihubungi jika ada sebarang pertanyaan atau makluman lanjut:

HAMYMUHAR NIZA BINTI MOHAMAD 
Emel: ilpipoh@jtm.gov.my
No telefon: 0125320343

LAILATON AZWA BINTI WAID
Email: ilpipoh@jtm.gov.my
Contact: 0194252454


puisi #42 yang indah belum tentu baik

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #42 yang indah belum tentu baik

puisi #42 yang indah belum tentu baik
puisi #42
Rindu memang menganggu
Kendalikan agar tak merosak imanmu
Cinta memang menggoda
Jagalah agar tak berbuah dosa

Yang indah belum tentu baik
Yang baik belum tentu benar
Yang benar jaga dan lakukan dengan baik
Yang baik peliharalah
agar sentiasa indah

nukilan: @Arent.354 



p/s: Selamat malam! :)

cara elak diri dari menangis ketika kupas bawang

$
0
0
cara elak diri dari menangis ketika kupas bawang | perghhh tajuk entri. tak tahu nak menangis ke nak gelak kan time baca tajuk entri tu hahaha. Tercetus nak buat entri ni bila malam semalam mengupas lebih 30 biji bawang and i was like i know few tips untuk elak diri dari menangis ketika kupas bawang tapi malas ahh nak buat haha. Lebih rela dan lebih suka seksa diri sendiri pedih mata then mengalir air mata daripada ikut tip tu heee.


cara elak diri dari menangis ketika kupas bawang

cara elak diri dari menangis ketika kupas bawang
cara elak diri dari menangis ketika kupas bawang
1. rendam bawang dalam air
-- ni biasa saya nampak orang Korea buat. mereka kupas bawang dalam air. dan mereka kupas with bare-hand. Maksudnya bukan guna pisau. Mereka kupas guna tangan je. Macam kita kan biasanya.. ambil bawang kat dapur then terus kupas bawang guna pisau kan. Takde maknanya kita nak guna tangan haha.

2. pakai spectacles (spek mata)
-- 'tips' ni ramai dah bagitahu dan biasa saya dengar. secara logik 'tips' ni.. bila ada penghalang/ penghadang antara mata kita dengan bawang, tak ada lah mata pedih sangat. bila tak ada direct contact mata kita dengan bawang yang sedang dikupas, tak ada la aura pedih bawang tersebut menusuk ke mata.

3. biarkan bahagian bawah bawang tak terpotong
-- cara ni saya dengar kat televisyen. tip dari pakar memasak. dia kata ketika kupas bawang, jangan potong dulu bahagian bawah bawang. that's the last part of bawang kita kena potong. baru lah mata tak pedih dan tak menangis teresak-esak.

Contoh:
cara elak diri dari menangis ketika kupas bawang
cara elak diri dari menangis ketika kupas bawang
cara elak diri dari menangis ketika kupas bawang
cara elak diri dari menangis ketika kupas bawang
Maybe ada sesetengah orang dah tahu dah petua-petua di atas ni kan tapi adakah ianya betul-betul berkesan atau ianya sekadar dari mulut ke mulut sahaja?

Saya pernah cuba tip no.2 tu je. Dan ianya terbukti AUTA! hahaha. Pakai spec pun, menangis juga. Sama je. So, memang tak boleh pakai tips second tu.

No.1 dan no.3 tu saya tak pernah cuba lagi. So, i dont know keberkesanannya. Sebab saya biasa basuh bawang lepas dah siap kupas. Bukan vice versa. Plus, saya biasa potong bahagian atas dan bawah bawang, baru lah saya potong sekelilingnya. So, benda dah biasa kan dan kita dah selesa buat macam tu. Nangis pun nangis lah, tak kisah. Boleh lah acah-acah drama sinetron atau babak melodrama time menangis kupas bawang tu hahahaha!

But I'm sure that everyone already know about the funny fact tentang bawang ni.. kalau kita kupas or hiris ia nipis/tebal, orang sekeliling kita yang menangis beria dan pedih mata tapi kita rileks je lagi haha. Kann? Kekadang orang tu tak ada lah dekat sangat dengan kita. Agak jauh juga la, tapi still dorang yang berair mata sebelum kita haha.

Tapi rasanya ikut saiz bawang juga kot ek? Ada yang bawang kecil-kecil tu senang nak nangis. Tapi kalau bawang jenis besar-besar, lambat sikit mata nak pedih.

Macam-macam kann. Padahal bawang je pun hahaha. Bukan apa, kat rumah saya ni, saya  rasa macam dah jadi pengupas bawang tak bertauliah officially haha.

Okay itu sahaja, mungkin esok boleh cerita pasal halia atau 'kunyit' pula muehehehhee. Daaa~ wassalam!

10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2018

$
0
0
10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2018 | Tudiaaa. Al-maklumlah nak masuk tahun baru tahun 2018 ni, nak jugaaa selit selit entri yang ada kaitan dengan tahun 2018 hahahaha! The main focus of this entry adalah untuk para ibu bapa yang ada anak nak masuk darjah satu 2018. Haaa boleh la ikut nasihat dan tips yang dikongsikan oleh seorang Cikgu Tahun Satu ni yang memulakan ayatnya dengan "ada anak Darjah 1 tahun 2018? Ini persiapan kau sebagai ibu bapa."


10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2018


Jom kita ikuti 10 tips cikgu ni...


1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.

Silibus KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan 'zero', pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.

Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah). KSSR ni lain macam dia punya pergi.

Bayangkan kalau anak kita masuk dengan 'zero'. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.

2)Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).

Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.

Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.

Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.

Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.

Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.

Fakta: Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

4)Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.

Fakta: Ada murid buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!

Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,

"Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan."

Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.

Fakta: Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

6)Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.

Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.

Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.

Fakta: Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.

7)Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.

Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.

Fakta: Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

8)Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.

Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!

Fakta: Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia 'out station' dan ayah tukang susun buku.

Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.

9)Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.

Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.

Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.

Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.

BERHENTI MERUNGUT!

Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.

Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala 'payahnya belajar'.

*******************************************

Banyak lagi tips yang aku nak tulis. Tapi dah penat. Cukup la dulu 10 tips ini ya. Kalau aku rajin aku tulis lagi.

Oh ya, kau yang ada tips penting silalah kongsi diruangan komen. Nanti kawan-kawan boleh pakat baca.

#MFS
- Cikgu Tahun Satu.

10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 2018
mencari guru tutor (cikgu tusyen) matematik atau matematik tambahan? boleh whatsapp saya 0172008642. lokasi: Seremban. mengajar level: sek rendah, menengah, kolej, matrikulasi.

puisi #43 penyesalan itu terasa sakit dan berat

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #43 penyesalan itu terasa sakit dan berat

puisi #43 penyesalan itu terasa sakit dan berat
puisi #43
"Masih ada waktu" katamu
Apa kamu yang memiliki waktu?
Apa kamu yang mengatur waktu?
Apa yang kamu tahu dari nanti mu dan esok mu?

Berhenti "merasa" nantimu masih ada
dan masamu masih panjang di depan sana
Berhenti menganggap remeh masalah
Jangan seenaknya mengulang salah
Bisa jadi, tiada lagi nantimu
Mungkin, tak akan kamu dapatkan lagi kesempatanmu
Bisa jadi, tak ada lagi esokmu

Manfaatkan waktu yang ada
Berbenah dan membaiklah segera
Jangan menunggu "waktu yang tepat"
Tapi jadikanlah waktumu tepat
Ingat, penyesalan itu terasa sakit dan berat

nukilan: @arent.354 

notakaki:
maksud berbenah - berkemas-kemas, memberes-bereskan.




p/s: Selamat malam! :)

Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?

$
0
0
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Kan tengah hot issue sekarang ni berkaitan dengan pemboikotan McD besar-besaran di Malaysia. Ramai juga yang masih keliru dan tertanya-tanya "perlu ke boikot McD?", "nak boikot ke tak?", "nak beli burger McD, rasa bersalah la pula". Tak kurang juga yang memang dah tetapkan hati tak mau jejak dah  ke restoran McD. Siap ajak kawan-kawan, family sekali boikot McDonald's Malaysia. Tapi apakah yang sebenarnya? Mereka yang memboikot McD habis-habisan ni.. adakah mereka boikot berdasarkan fakta yang sebenar atau sekadar berpegang dengan 'fakta'"kot", "rasanya", "tak silap laa" dari mulut orang lain?



Boikot McDonald's Malaysia: Perlu ke tidak?

Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan? | credit image: themalaymailonline.com
Kelmarin, saya terrrrjumpa keratan akhbar Sinar Harian (16 Disember 2017; Sabtu) yang highlight tajuknya: McDonald's Malaysia Memfailkan Laporan Polis Menentang Individu dan Kumpulan Tertentu Yang Membuat Tuduhan Fitnah dan Seruan Untuk Memboikot Restoran-Restoran McDonald's di Malaysia. And i was like wow! Apa ni? Saya pun teruskan  lah pembacaan saya until the end (ada dua muka surat full).

And i want to share with all of you about this. Dengan harapan moga ianya boleh menjelaskan apa yang kurang jelas dan menyelesaikan kekusutan berselirat di dalam minda yang sedang keliru.


Lets!

Boikot McDonald's Malaysia: McDonald's Malaysia Memfailkan Laporan Polis Menentang Individu dan Kumpulan Tertentu Yang Membuat Tuduhan Fitnah dan Seruan Untuk Memboikot Restoran-Restoran McDonald's di Malaysia
Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa Gerbang Alaf Sdn Bhd, anak syarikat Lionhorn Pte Ltd dan pengendali rangkaian restoran McDonald's di Malaysia, telah memfailkan laporan polis di ibu pejabat polis Jalan Dang Wangi terhadap individu dan kumpulan yang membuat dakwaan palsu serta menyebarkan informasi yang tidak berasas mengenai McDonald's Malaysia melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain. Berdasarkan nasihat undang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai isu ini.

Dakwaan tersebut di antara yang lain menyatakan bahawa McDonald's Malaysia menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar, dusta, palsu dan fitnah.

Dalam satu kenyataan yang telah kami keluarkan pada 8 Disember 2017 yang lalu, diterbitkan di laman web rasmi dan laman Facebook McDonald's Malaysia, kami telah membuat kenyataan yang sangat jelas bahawa kami sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Trump baru-baru ini.

Kami juga telah mengumumkan bahawa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar, dan sebagai sebuah syarikat kami tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara sekalipun.


Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?


Pihak kami juga telah mendapatkan pandangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa:

1. Seruan "Wajib boikot" hanyalah sah jika ianya diperintah oleh umara'/ pemerintah negara. Dalam konteks ini, pemimpin negara Malaysia dan juga mana-mana pihak autoriti Islam dalam Malaysia tidak pernah mengeluarkan apa-apa perintah memboikot McDonald's Malaysia. Maka, sebarang seruan untuk wajib boikot McDonald's adalah salah dalam perspektif Islam.

2. Boikot tanpa fakta yang sah boleh dianggap sebagi fitnah dalam hukuman Islam, oleh itu tuduhan ke atas McDonald's adalah dianggap fitnah.

3. Pihak McDonald's Malaysia adalah berhak untuk menuntut ganti-rugi daripada pihak yang telah memboikot -- sesuai dengan kerugian dari segi kewangan ke atas syarikat dan kehilangan pekerjaan yang dialami akibat daripada boikot tersebut.

4. Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menyarankan supaya pihak individu/ NGO yang telah memboikot dan/atau membuat tuduhan palsu ke atas McDonald's Malaysia agar mengeluarkan kenyataan awam/ terbuka untuk menarik balik kesemua tuduhan yang pernah dibuat ke atas McDonald's Malaysia.

Kami berharap bahawa kesemua rakyat Malaysia akan mendengar nasihat dan kata-kata bijaksana daripada pihak yang lebih berpengetahuan seperti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut mendaftar sebagai pembayar Zakat dalam melaksanakan kewajipan untuk membantu serta memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia. Kami percaya bahawa pembayaran zakat bukan sahaja dapat memberi impak positif terhadap sosio-ekonomi malah mengukuhkan sistem jaminan sosial untuk menuju satu sistem ekonomi berteraskan Islam yang sempurna.

Kami juga telah menjelaskan bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain.

Walaupun jangkauan kenyataan rasmi kami telah beredar dengan meluas kepada rakyat Malaysia, sesetengah individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab masih memilih untuk mengabaikannya dan terus menyebar maklumat palsu mereka.

Kami menganggap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini sebagai satu fitnah. Oleh itu, kami tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah seterusnya untuk memfailkan laporan polis terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawan.

Sementara itu, kami juga telah menubuhkan satu pasukan peguam penasihat luar untuk membantu kami dalam perkara ini, bagi memastikan bahawa hak-hak dan kepentingan syarikat kami dilindungi degan sewajarnya pada setiap masa.

Tindakan yang kami ambil dengan membuat laporan polis adalah terutamanya untuk melindungi para pekerja kami dan ahli keluarga mereka, serta harta dan restoran kami dari ancaman kerosakan, dan sudah tentu perniagaan dan mata pencarian kami termasuk kesemua 12,000 pekerja McDonald's Malaysia.

Salah satu tohmahan yang tidak benar adalah fitnah mengenai sumbangan McDonald's AS kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program "Matching Gift". Ini kerana di Amerika Syarikat adalah satu kebiasaan bagi banyak syarikat-syarikat menawarkan program Pemberian Sepadan ("Matching Gift") bagi menggalakkan pekerja-pekerja mereka untuk menderma kepada badan-badan kebajikan. Program ini tidak khusu kepada McDonald's kerana banyak syarikat-syarikat Fortune 500 yang mengendalikan program Pemberian Sepadan tersebut (dianggarkan 60% daripada syarikat-syarikat Fortune 500 menjalankan program tersebut).

JUF hanyalah salah satu daripada banyak badan-badan di AD yang berhak untuk menerima sumbangan derma di bawah program Pemberian Sepadan. Ini kerana JUF dianggap beroperasi bagi tujuan kebajikan di bawah landasan undang-undang AS yang berkaitan iaitu Seksyen 501(c)(3) undang-undang percukaian AS. Oleh itu, apabila seorang pekerja McDonald's AS menderma kepada JUF atau mana-mana badan kebajikan yang lain yang memunyai status kelayakan yang sama (di bawah undang-undang percukaian AS), secara amnya McDonald's AS akan menderma amaun yang sama. Perlu diingat bahawa badan kebajikan adalah dipilih oleh para pekerja dan bukan oleh McDonald's AS. Program Pemberian Sepadan ini adalah satu faedah pekerjaan yang dinikmati oleh golongan kakitangan yang layak.

Sepanjang tahun 2014, terdapat lebih daripada 2,000 sumbangan derma pekerja kepada berbagai-bagai badan kebajikan yang dipadankan oleh McDonald's AS di bawah Program Pemberian Sepadan dan daripada ribuan sumbangan derma tersebut, bilangan derma kepada JUF adalah sangat kecil (hanya tiga(3) sahaja derma pekerja kepada JUF yang dipadankan).

Adalah satu fakta bahawa terdapat juga badan-badan kebajikan Islam yang telah menerima sumbangan derma pekerja yang dipadankan. Kenyataan di atas menerangkan konteks sebenar Pemberian Sepadan dan dengan jelas menyangkal sebarang dakwaan bahawa McDonald's AS mengambil sebarang pendirian berkaitan apa-apa konflik potlitik atau keagamaan yang berlangsung. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web McDonald's Malaysia - URL http://www.mcdonalds.com.my/company/news/mengenali-mcdonals-malaysia.

Akhir kata, penyebaran pembohongan dan fitnah tentang McDonald's Malaysia serta seruan yang tidak wajar untuk memboikot terhadap restoran kami hanya kana menyebabkan lebih banyak mudarat daripada manfaat yang baik.

Telah terang lagi bersuluh dengan jelas bahawa sebagi entiti perniagaan, Lionhorn Pte Ltd melalui anak syarikatnya Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, telah memanfaatkan 'puluhan juta ringgit' melalui faedah cukai kepada kerajaan Malaysia, dan akan terus membuat pelaburan di Malaysia.
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia : Perlu ke tidak?
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia: Perlu ke tidak?
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia: Perlu ke tidak? 
Sepanjang 35 tahun di Malaysia, McDonald's juga telah melabur sejumlah wang yang besar dalam pengurusan operasinya. Kami telah mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan sepanjang tiga setengah dekad ini - dengan menawarkan peluang pekerjaan sepenuh masa dan juga separuh masa kepada graduan, pelajar kolej, golongan dewasa, warga tua dan juga golongan kelainan upaya.

Ini jelas menunjukkan bahawa manfaat ekonomi yang telah diwujudkan oleh McDonald's mampu memberi kesan domino. Bagi meneruskan pertumbuhan positif dan mengembangkan lagi perniagaan kami di Malaysia, kami akan terus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Lebih banyak peluang pekerjaan yang diwujudkan mampu menjurus kepada penggunaan domestik yang lebih tinggi dan secara tidak langsung mewujudkan ekonomi yang lebih kukuh bagi menyokong perttumbuhan negara.
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Dari kiri: Azmir Jaafar Pengarah Urusan & Pemilik Saham Tempatan McDonald's Malaysia, AbdulrahmanAlireza, Pengurus Besar Reza Food Services dan Mohammed Alireza, Pengarah Kanan Hal Ehwal Korporat Reza Food Services.
Kami juga melihat potensi yang besar di negara ini dan kami percaya bahawa pihak kami dapat menyebarkan kesan yang positif terhadap ekonomi Malaysia. Adalah penting untuk menyedari bahawa tiada entiti perniagaan yang ingin melabur di negara yang di mana mereka tidak disambut atau diberi layanan yang tidak adil. Pendek kata, apa-apa serangan terhadap kami- Lionhorn Pte Ltd dan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd sebagi pengusaha perniagaan McDonald's di Malaysia - adalah serangan ke atas rakyat kita sendiri.

-- Azmi Jaafar
Pengarah Urusan & Pemilik Saham Tempatan
Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Latar belakang McD Malaysia
LATARBELAKANG MCDONALD'S

McDonald's adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald's di Malaysia, McDonald's memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 265 restoran di seluruh negara. McDonald's menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Kekadang ada some blogger tanya "perlu ke ada domain dotcom?", "should i buy my own domain?", "apa fungsi dan kelebihan blog berdomain sendiri?". Ada juga blogger yang takut & tak yakin nak beli domain sendiri. Mungkin disebabkan beberapa momokan yang mengatakan kalau blog berdomain sendiri, pageviews (PV) & unique visitors (UV) blog jatuh dan sebagainya. Me? Saya memang galakkan blogger untuk memiliki domain blog sendiri. Toksah tangguh-tangguh hahaha.


jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)

jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)
jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)
Yes that's right. Tidak dinafikan.. Mula-mula bila blog dah dipasang dengan domain sendiri, memang UV PV akan turun sedikit (atau banyak). Why? Kenapa? Sebab dengan domain baru, ianya umpama seperti rumah baru. Enjin-enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing take time to crawl semula entri di dalam blog kita yang 'baru' tersebut.

But don't worry. Jangan gelabah, jangan panik, jangan bersedih hati, jangan berduka lara. Instead of worrying.. tingkatkan usaha dalam memperbaiki kualiti blog. Keep on writing entries, ping/ sharing entries on FB groups & Google+ communities, blogwalking and so on. Be active. And stay strong. Tetibe stay strong hahaha.

Yelaa. Ingat senang ke nak teruskan berblogging bila tengok UV PV ciput? Ingat mudah ke nak karang entri bila rasa macam takde je orang nak baca entri kita? kan kan? Haha. So stay strong dan semangat semangat!

Kalau boleh, paksa diri untuk update satu or dua entri setiap hari untuk permulaan bila blog dah dipasang domain baru. So that.. blog kita keep updated, fresh dan senang nak naik semula dengan cepat dalam enjin carian.



Kenapa blog perlu ada domain sendiri?
-- Oh mungkin ada yang tak tahu or tak nampak lagi kelebihan berdomain sendiri. Why you should have you own domain .com? Boleh baca di SINI. Hehe.

Kat mana nak beli domain?
-- ada yang guna Netkl, GoDaddy, Syokhost. Kalau saya.. Netkl (https://billing.netkl.com/). Dan Netkl tetap di hati saya. Cewahh haha. Sebab saya memang sangat berpuas hati dengan servis Netkl - tak leceh, mudah & pantas. Lagipun so far saya tiada masalah serius berkaitan dengan domain Netkl. Kalau ada pun, contact or email sahaja pihak Netkl. They will reply and response immediately. (rasa dah macam duta Netkl pulak hahahah!)



Berapa harga domain di Netkl?
-- RM45 setahun. Boleh bayar untuk setahun atau banyak-banyak tahun sekaligus. So that you don't have to renew every year. Tapi saya renew je setiap tahun. Lagipun Netkl memang akan bagi email beberapa hari sebelum tarikh yang sepatutnya kena renew for reminding us yang domain kita bakal luput.. So, kalau jenis yang lupa or payah nak ingat tarikh renew domain, tak perlu risau. Tunggu je email dari Netkl hahaha.

So apalagi? Moh leww~

jangan takut untuk berdomain sendiri (.com)

TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!

$
0
0

TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!


TENGKUBUTANG'S GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY HUBBY AND HARRAZ!
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 31 Disember 2017

Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.

$
0
0

Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac.


Segmen BLOGLIST New Year Januari hingga Mac
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 31 Disember 2017 @ 8.00PM

poem #5 salt

$
0
0
Saya suka puisi a.k.a poem; tak kira la short or long poem. So, let me (or we) being immersed in this poem (of course not made by mine ehe) ..

poem #5 salt

poem #5 salt
poem #5
what i never
learned
from my mother
was that
just because someone desires you
does not
mean
they value you.
desire is the kind of thing
that eats you
and
leaves you starving.


---- the color of low self esteem


by: nayyirah waheed



p/s: Nite! :)

10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !

$
0
0
Diet memang sinonim dengan kemahuan dan juga dalam proses untuk kurus, slim & nak sihat. Tak kisah lah perempuan atau lelaki kan. Tapi.. nak diet pun kena ada ilmu dan pengetahuan tau. Bukannya hanya membabi butaaa tuli sahaja nak ondiet.

10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !
10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !
Saya ada terjumpa post di Facebook mengenai 10 kesilapan besar ketika diet; yang ditulis oleh seorang Online Weight Loss Coach, Coach Ina. Menarik untuk dibaca dan saya juga tertarik untuk berkongsi kat sini kerana ianya yang biasa kita dengar selama ni kononnya diet yang betul. Rupa-rupanya teettttt.. tak benar!


10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !

10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET !
10 KESILAPAN BESAR KETIKA DIET ! | credit image: FB Coach Ina Fitlife
Nak kurus tapi tak berjaya? Baca 10 tips ini. Mana tahu korang selalu buat, sebab tu berat tak turun turun. Elakkan mistakes ini ya kalau nak turun berat tu.

1. SKIP HIDANGAN
-- Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting tau ! Pilih sarapan yang sihat, tinggi protein dan serat ! Elakkan sarapan yang tinggi kalori, gula dan lemak.

2. MAKAN 3x SEHARI JE ?
-- 3 hidangan sehari TAK cukup untuk mengawal nafsu makan membantu meningkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Rancang meal plan mengikut keperluan kalori seharian. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

3. MAKAN TAK CUKUP ?
-- Jangan jangan jangan tak makan. Nak turun berat kena makan. Berlapar akan membuatkan metabolisma berkurang dan menjejaskan penurunan berat badan korang tu.

4. NAK KURUS ORANG CAKAP ELAK NASI
-- Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Memang lah menggemukkan kalau sehari 4 5 pinggan nasi , TETAPI oats, buah, roti pun menggemukkan kalau diambil berlebihan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

5. IKUT ORANG CAKAP & MISS GOOGLE
-- Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini. Asal nak kurus je tanya cik google tak pun ikut orang cakap. Nak diet kena tahu dan faham apa yang korang makan. Turun berat bukan magik !

6. TAK TAHU KEPERLUAN KALORI SEHARIAN
-- Kenal pasti keperluan kalori seharian ( DCR) . Bukan main berlapar je. Bila dah tahu DCR, baru lah senang nak rancang menu makan seharian. Ye tak ?

7. NAK DIET KENA MAKAN SALMON DAN PASTA JEEE
-- Buat lah diet yang sesuai dengan kita yang duduk di Malaysia ni. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Nak makan kari ayam ? Makan je ! Ambil bahagian isi, kurangkan kuah. Ni diet makan sandwich , makan pasta kononnya ORANG CAKAP senang turun berat.

8. DIET SAYA KENA MINUM AIR DAN TAK BOLEH MAKAN NASI
-- Diet yang baik merangkumi kesemua pilihan harian yang sihat dan seimbang. Nasi tu tak salah . Yang salah kalau korang ambil berlebihan.

9. AKU NAK KURUS SEBAB NAK KAWENNN
-- Diet yang sihat bukanlah diet yang ada jangka masa. Ceee google sikit tanya "WHAT IS DIET". Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa bukan short term. Nak sihat berpanjangan, bukan sebab nak nampak cantik di hari perkahwinan je.

10. GELOJOH
-- Naik berat punyalah makan macam macam , nak kurus kalau boleh 1 minggu tu nak turun 20 KG. Penurunan berat adalah proses , bukan LIPOSUCTION .

Haaa sekarang dah tahu mistake mistake yang korang selalu buat ?

Selamat mencuba dan good luck!

by: 
Coach Ina 
Online Weight Loss Coach

So.. lepas ni toksah le kita nasihat mereka yang nak diet tu - "jangan makan nasi!", "elakkan makan nasi ketika diet", "nasi tu karbohidrat. takyah makan laa". Instead of that, nasihat lah untuk kurangkan amount nasi. Bukannya tak makan langsung. Yang penting, konsisten dan istiqamah!

Cewahhh saya ni pandai je cakap kann pasal kurangkan nasi. Hakikatnya... lebih dari segenggam nasi saya makan! kahkah. Yelaaa duduk rumah, umi masak sedap-sedap mana tak nya hahaha. Tapi takpee, workout setiap petang haiyakkk!

Okay itu sahaja. Moga ada manfaat dan share-share la ye pada sesiapa yang tengah diet tu hehehe. Daaaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



puisi #44 apa tak ingin bahagia?

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

puisi #44 apa tak ingin bahagia?
puisi #44

puisi #44


Hidup adalah perjalanan
Al Quran akan menuntunmu pada tujuan
Yang pasti benarnya
Yang pasti bahagia

Dalam hidup kita butuh teman
Al Quran akan setia menemanimu
Tak akan mengkhianatimu
Tak akan mencelakakanmu
Justru akan terus menjagamu, dunia akhiratmu

Lalu mengapa Al-Quran sering kamu lalaikan?
Coba tanya dirimu mengapa
Apa tak ingin bahagia?

nukilan: arent.354



p/s: Selamat malam! :)

19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday

$
0
0

19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday


19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday
19 Idea Hias Mini Office/ Bilik Bacaan di Rumah ~ Wordless Wednesday

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live