Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Ohsem Giveaway by Mrs Pip (22/11/17 - 6/12/17)

$
0
0

Ohsem Giveaway by Mrs Pip (22/11/17 - 6/12/17)


Ohsem Giveaway by Mrs Pip
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 6 Disember 2017

Saya nak menang Ohsem Giveaway by Mrs Pip kerana hadiah giveaway yang bakal diberi sangat sangat ohsem! Which are.. hadiah khas dari laman web simplyohsem.com sempena Xmas 'Shop and Win' Campaign + hadiah khas dari mrs pip sendiri! Ohsyyemmmm!

Blog Hop! Giveaway By Yasmin Aris

$
0
0

Blog Hop! Giveaway By Yasmin Aris


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 7 Disember 2017

"Tuliskan tentang apa yang memberi inspirasi dalam hidup korang"

-- doa umi (mak) & abi (ayah) saya

Mak & ayah memang individu yang sangat penting dalam hidup kita semua kan? Walaupun kekadang sakit telinga atau sakit hati dengar 'nasihat' dan teguran mereka, tapi doa mereka lah yang paling berharga & mujarab. Kalau tiada doa yang baik baik daripada mereka (secara terang terangan ataupun rahsia), lompong lah hidup saya. Saya yakin.. kalau tiada doa daripada mereka buat saya, cacat lah inspirasi dalam hidup saya.

-- kejayaan orang lain

Pelik tapi benar. Antara inspirasi terbesar dalam hidup saya adalah bila melihat ataupun membaca kejayaan orang lain. Tak kira lah kejayaan tu dalam bidang atau kerjaya apapun,  tapi jalan cerita & hasil kejayaan tersebut  lah yang memberi saya inspirasi dan semangat untuk saya terus berjuang dalam hidup ni. Saya merasakan "mereka boleh, kenapa saya tidak?", "saya boleh buat seperti mereka!", "saya pun nak berjaya seperti dia!". Berbekalkan perasaan-perasaan seperti tu, I feel very inspired and be able to do things that sometimes I do not like.

-- nasihat/ ceramah & dorongan

Hidup kita ni seperti roda kan? Ada ketika kat atas, ada ketika kat bawah. Ada ketika kat tengah-tengah. Nasihat/ ceramah & dorongan dari orang sekeliling ataupun dari orang yang kita tak kenal (ustaz, penceramah) sangat penting bila kita berada di atas, bawah mahupun di tengah tengah. Ketika berada di atas pun, untuk mengelakkan daripada 'lagha', nasihat-nasihat ni lah yang beri inspirasi buat saya. Tika berada di bawah, ceramah & dorongan dari 'mereka' lah yang membantu saya.

-- kata kata hikmah & motivational quotes

Dalam dunia ni sangat banyak kata kata hikmah & quotes. Boleh dapat kat internet, buku, radio, televisyen dan hatta novel sekalipun. It is everywhere! bagi saya, saya suka baca dan kekadang kalau saya suka sesuatu quote tersebut, saya akan salin masuk dalam notes phone. So that when I want some inspiration, I can look back at them.

-- pemandangan & nature

okay last lasttt hahaha. Pemandangan yang breathtaking (such as sunset or clouds) & nature yang nyaman (udara segar, pokok hijau) beri saya inspirasi & ketenangan dalam hidup saya. Kalau tak tengok even sehari pun, mahu terbantut ispirasi saya hahahaha!

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Lamanya rasa tak mengarang entri (selain Giveaway/segmen) hehe. Okayyy.. lets talk about this catchy song -- lagu Pematah Hati Nabila Razali. Lagu ni #1 trending tau kat YouTube sekarang& views untuk official Music Video (MV) single terbaru Nabila Razali ni sudah pun mencecah hampir 2.5 juta dalam masa tak sampai 10 hari! Sebenarnya saya memang dah suka dan minat dengan lagu ni sejak official lyric video lagu pematah hati - Nabila Razali ni keluar. Walaupun sometimes rentak dalam lagu ni macam familiar tapi sometimes ianya unik. Catchy dan comel. Plus, dengan suara Nabila Razali yang best memang my taste!

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Kau mencuba lagi
Memanggil kembali
Disaat kau sunyi
Lagi kau cuba lagi ku tak peduli

Aku tak mengerti
Apa kau mahu lagi
Kau pematah hati
Mahu tak mahu, mahu dirimu lagi
Cumi 7x
Cumi 7x

chorus:
Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Walau pernah berbeza
Langit dan udara
Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Pasti kau tak tahu aku tahu
Tentang perangaimu

Kau mencuba lagi
memanggil kembali
Disaat kau sunyi
Lagi kau cuba lagi ku tak peduli

Aku tak mengerti
Apa kau mahu lagi
Kau pematah hati
Mahu tak mahu, mahu dirimu lagi
Cumi 7x
Cumi 7x
Woo oooooo

chorus

Mungkin kau suatu hari kah
akan berubah
Mungkin juga saat itu
Kembali cinta kita

Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Walau pernah berbeza
Langit dan udara

Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Pasti kau tak tahu

Kadang ku rindu
Kadang tak rindu
Kadang ku cinta
Kadang tak cinta
kamu

Kerna ku cinta
Akhir terluka
Pernah janji untuk setia
Pasti kau tak tahu aku tahu
Tentang perangaimu

Lagu/Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong


p/s: saya suka Nabila Razali tapi tak berapa suka bila beliau terlalu rapat & pegang-pegang tangan dengan Aedy Ashraf dalam MV tersebut. I mean boleh je kot nak elak benda tu hahahaha. Sedikit kecewa sebab beliau bertudung kan. So hope lepas ni moga beliau lebih berjaga jaga dalam batas antara lelaki dan perempuan hehehe.

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?

Kalau perasan, ada suara comel nyanyi lirik part "cumi cumi cumi" in between lagu ni kann? Mungkin ada yang ingat cumi cumi cumi tu just macam a kind of expression or just rentak comel untuk memeriahkan lagu tu je.. tapi sebenarnya ada maksud tau cumi tu! Haa apa maksud cumi cumi cumi dalam lagu Pematah Hati ni?


-- Nabila Razali bagitahu makna di sebalik CUMI tu adalah shortform bagi missed call. CU = cuba, MI = missed call. 

Ehhh.. Apa kaitan cuba missed call dengan lagu ni pula? Iyelaa lagu ni kan berkisarkan ex-boyfriend (dalam MV - pelakon Aedy Ashraf) nak try get back balik dengan ex-girlfriend (Nabila Razali) dia. So, ex-bf ni banyak banyak kali call tapi perempuan ni.. macam sayang lagi tapi marah, taknak angkat call. Nak tapi taknak gituuu hahaha.

Nabila Razali juga ada beritahu (SUMBER) yang dia ada cuba masukkan pengalaman beliau sendiri di dalam lagu tu. Kebetulan, recently beliau memang baru je putus cinta (bukan dengan Aedy Ashraf ye), tapi tidak lah sampai ex-bf cari balik kan. Tapi perasaan marah tu semua beliau terapkan dalam lagu heartbreaker tersebut.

Bila saya dengar dan tengok klip MV +  lirik lagu Nabila pematah hati ni, sebenarnya saya teringat kaan lagu New Rules - Dua Lipa. Sebab lagu New Rules pun dia suruh jangan angkat call bila ex-boyfriend call kan. Tu yang macam flashback kejap ke MV New Rules bila tengok MV Pematah Hati hahahaha.

Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Lirik Lagu Pematah Hati - Nabila Razali | apa maksud cumi cumi cumi?
Ohhh nak cerita ke juga ke video gimik Nabila Razali yang nangis untuk mempromosikan lagu Pematah Hati ni? hahaha. Alaaa tak payah lahhh hahahaha malas dennn. Tapi yang pasti, sudah ramai tipah tertipu dengan video beliau nangis kata "lelaki memang tak pernah cukup kan?". Kalau nak tengok video nangis putus cinta tu, boleh ushar kat sini: LINK.

Okay itu sahaja. Daaa~ wassalam! :)

puisi #40 itu dialog diriku

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.




puisi #40 itu dialog diriku

puisi #40 itu dialog diriku
puisi #40
Bila aku lemah,
tugasmu menguatkanku.
Bila kamu resah,
aku akan mendakap dan menenangkanmu
Begitupun sebaliknya,
selalu.

Itu dialog diriku
dan hatiku.
Di suatu saat yang tepat nanti,
ku berharap itu akan menjadi dialog
antara diriku dan kamu (yang ada di hatiku)

nukilan: @arent.354



p/s: Selamat malam!


Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

$
0
0
 Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.comActually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

sejuksedap lawa cara moden
SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]
Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 
sejuksedap lawa cara moden
Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 
Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.

Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 
Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!
TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.

UV PV sayidahnapisahdotcom November 2017

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Maaf lambat buat entri wajib bulanan ni ha- UV PV sayidahnapisahdotcom. Hahaha. Busy sikittt. Tapi kannn.. sebenarnya saya eksaited + seronok sikit nak share UV PV sayidahnapisahdotcom bulan Nov sebab ada peningkatan berbanding bulan sebelumnya hehehe.


UV PV sayidahnapisahdotcom November 2017

UV PV sayidahnapisahdotcom November 2017
UV PV sayidahnapisahdotcom November 2017
Unique Visitors, UV (users) : 62,724
PageViews, PV : 182,677
Bounce Rate, BR : 11.52%

UV PV bertambah beberapa ribu. Bounce rate menurun beberapa percent. Alhamdulillah :)

Tapi.......!

Bilangan entri sayidahnapisahdotcom Nov tak sampai 80 punnnn! Hahahaha. Jom flashback sat entri UV PV Oktober haritu...

UV PV sayidahnapisahdotcom November 2017

So, disebabkan entri November saya hanya 66 sahaja, tak capai 80 entri.. makanyaaaaaa! Denda denda denda! Hahaha. Takpe, kita ushar dulu apakah denda yang blogger letak kat ruangan komen entri tersebut.

denda
denda yang dicadangkan oleh para blogger #1
denda sayidah
denda yang dicadangkan oleh para blogger #2
denda
denda yang dicadangkan oleh para blogger #3
Senarai denda yang dicadangkan:
1- bagi tips nak tulis entri banyak banyak ~ kak Lina
2- tulis entri cara letak Google Analytics di blog ~ Mrs pip
3- share macam mana boleh dapat traffic kebabom ~ Mamapp
4- blogwalking ke 100 blog dalam sehari ~ Mr Hanafi
5- share tips dapat traffic banyak ~ NIA
6- share macam mana dapat idea untuk tulis banyak entri ~ Atiah
7- bagi tips macam mana nak rendahkan bounce rate ~ kak Mia Zain



Okayyy ada 7 suggestion. Saya kan katataip haritu akan pilih salah satu je kan. Tapi saya rasa macam nak buat semuaa. Sebab no.1 & 6 tu boleh sekalikan. No.3 & 5 tu pun boleh sekalikan. So.. inshaaAllah i'll try to do it all. tapi saya tak janji tau hee. Saya akan cuba untuk buat kesemua denda tersebut dalam bulan Disember ni (check it out nanti!). Doakan saya yee hahaha.

So, sayidah napisah.. berapa target entri awak bulan Disember 2017?
-- errrr.. macam takut je nak target dah. takut denda menanti hahahaha! Plus, bulan Dis bulan cuti sekolah agak ramai juga yang datang hantar kelas tutor saya hehe. Tapiii! Saya nak juga target. Hmmm hmmmm ermmm.. saya nak target 75 entri lah untuk bulan Disember 2017!

Kalau saya tak capai 75 entri pada bulan Disember? Nak buat apa ek? Denda lagi? hahahaha. Pun bolehhh. Why not kan?

Korang nak denda saya apa kalau target 75 entri saya tak tercapai? (boleh letak di ruangan komen hehehe).

Okay daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



puisi #41 tidak mudah terpukau hati

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #41

puisi #41 tidak mudah terpukau hati
puisi #41
tajuk: Senja

Pada setiap hadirmu,
aku belajar untuk tidak mudah terpukau hati,
agar senyumku tak tenggelam seperti mentari.

Pada setiap adamu,
aku belajar untuk mensyukuri apa yang terjadi,
bahwasanya semua pasti punya arti.

Pada setiap pergimu,
aku belajar berbaik sangka
bahwa ada yang indah mungkin akan pergi,
tapi yang lebih baik akan datang
dan dihadirkan Allah
esok hari.

nukilah: @arent.354 



p/s: Nite!



ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan?

$
0
0
Assalamualaikum semua~! Bulan Disember; hujung-hujung tahun ni memang banyak majlis kahwin, majlis pernikahan dan ada juga yang buat majlis pertunangan. Dan yang bakal melangsungkan majlis pernikahan & perkahwinan next year pun mesti tengah plan nak buat bila kan. Mesti nak tetapkan bulan berapa, tarikh bila dengan mengikut kelapangan kedua-dua belah pihak dan juga kesesuaian masa itu sendiri.


ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan?


ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan?
ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan? | sumber image: Google
Mungkin ada yang tak pernah terfikir pun akan perkara tersebut (sesuai ke tak tarikh majlis nikah dalam Islam) sebab saya pun sebenarnya tak pernah terlintas nak fikir benda tu haha. Tapi mungkin ada orang ataupun keluarga yang menitik beratkan hal tersebut.

So, yang berkaitan dengan hukum hakam ni, seeloknya kita dengar dari yang pakar/ alim ulama. Moh le kita baca apakah jawapan Mufti Selangor berkaitan dengan hal ini..

Soalan:Saya dan pasangan dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Mei 2005. Namun kami berdepan dengan masalah menentukan tarikh dan hari yang sesuai untuk majlis akad nikah. Tarikh awal yang dipersetujui adalah pada 28 Mei 2005 (Sabtu) bersamaan dengan 19 Rabiulakhir 1426H.

Terdapat sesetengah pendapat menyatakan hari tersebut tidak sesuai atau tidak elok dibuat majlis pernikahan. Disini, saya ingin bertanya mengenai kaitan hari-hari dan bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan. Adakah ia telah dinyatakan dalam Al-Quran dan adakah tarikh diatas sesuai untuk majlis pernikahan kami?

Besarlah harapan saya sekiranya tuan sudi menghurai permasalahan ini.

Jawapan:

Al-Quran dan Sunnah tidak pernah menyatakan secara khusus hari-hari yang tidak harus seseorang itu melakukan sebarang perbuatan seperti nikah kawin. Malahan Rasulullah telah bersabda yang maksudnya :  "Tidak ada jangkitan penyakit, tidak ada sialan pada burung, tidak ada musibah pada burung hantu dan tidak ada bala' dalam bulan Safar"

Dengan ini sebarang kerja bolehlah dilakukan pada waktu yang sesuai berpandukan pandangan dan kelapangan manusia itu sendiri. Dalam Islam semua hari adalah sesuai untuk majlis perkahwinan.

Walau bagaimanapun ada baiknya tidak dilakukan majlis tersebut dalam bulan Ramadhan kerana setiap orang Islam berusaha merebut fadhilat Ramadhan atau hari-hari yang hampir ke Ramadhan, kerana dikhuatiri akan berlaku perbuatan salah laku yang menyebabkan kifarah seperti bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.

Oleh itu apabila majlis akad nikah yang dijadualkan pada 28 Mei 2005 itu tiada sebarang halangan, maka harus dijalankan. 

Apa yang penting, kita memohon kepada Allah S.W.T. agar perkahwinan itu berpanjangan hingga ke akhir hayat, hidup aman daman dengan mendapat zuriat soleh dan solehah disamping restu daripada kedua ibu bapa anda. 

Wallahu a'alam.



Soalan & jawapan di atas diambil di portal Mufti Negeri Selangor: 

ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan?

Moga jelas jawapan yang diberi Mufti dan tiada keraguan dah lepas ni berkaitan dengan hal tarikh sesuai dalam Islam untuk majlis nikah yeee. InshaaAllah heee.

Okay daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




Muslim Volunteer Malaysia (MVM) - Persatuan Sukarelawan Muslim Malaysia

$
0
0
MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM) yang didaftarkan pada 30 Disember 2014 ini memfokuskan pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat. MVM memfokuskan kepada pembangunan ekonomi penerima bantuan secara berkala.


PROGRAM-PROGRAM & BANTUAN MVM

MVM banyak menyantuni golongan-golongan ini dengan pelbagai program seperti PureHeart, Di Sebalik Pintu, Jejak Mahabbah, MVM Apprentice, Qurban MVM dan banyak lagi. Setakat ini hampir 80 buah program kebajikan telah dijalankan dan hampir 6000 buah keluarga penerima bantuan telah menerima manfaat dari dana yang telah berjaya dikumpul daripada sumbangan rakyat Malaysia yang pemurah.

Bantuan yang diberikan tidak hanya tertumpu di Malaysia sahaja malahan bantuan telah diperkembangkan lagi ke luar negara seperti Syria, Jordan, Rohingya dan lain-lain melalui misi-misi kemanusiaan bersama dengan rakan-rakan NGO lain. Tahun ini sahaja untuk misi UnityConvoy, 87 buah ambulans dan tujuh buah darinya adalah sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin ini telah berjaya dihantar ke Syria dan telah digunakan untuk membantu mereka di sana dan ini adalah antara inisiatif oleh Gabungan Anak Muda yang diwakili NGO seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Malaysia LifeLineforSyria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ). Terbaru 100 buah rumah perlindungan sedang giat dibina untuk etnik Rohingya di Bangladesh

IKON MVM 2018 - PENGARUH SELEBRITI & USAHAWAN DALAM KEBAJIKAN SOSIAL MVM

Golongan selebriti mempunyai pengaruh tersendiri yang kuat terutamanya dalam laman media sosial, ini diakui kerana setiap gerak-geri dan perkongsian mereka mampu menjadi tular dan bualan generasi kini dalam masa yang singkat. Sebaran berbentuk positif seperti nasihat dan juga aktiviti kebajikan memberi impak yang besar dalam kehidupan masyarakat hari ini terutamanya anak-anak muda.

Melihat peluang ini, MVM segera membina ruang  kerjasama dengan para selebriti dan usahawan dari pelbagai latar belakang yang secara umumnya dilihat dapat membantu, membuka peluang dan membentuk kesedaran untuk sama-sama membantu mencipta gelombang dan seterusnya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap peranan MVM dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui penyebaran di laman media sosial. 

Para selebriti seperti Dato’ Dr. Hj Mohd FadzilahKamsah (Pakar Motivasi), Datin Alyah (Penyanyi), Dila Mubarak (Pengasas Mamadil), Mila Jirin (Penyanyi dan Ahli Perniagaan), Syamel AF (Penyanyi), Diana Amir (Pelakon dan Pengacara), Lah Ahmad (Penyanyi), dan Azmi Saat (Penyanyi) bersetuju untuk sama-sama berganding bahu menjadi Ikon MVM 2018 untuk memainkan peranan mereka menyebar kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

ikon mvm 2018
IKON MVM 2018 - Diana Amir
ikon mvm diana amir
IKON MVM 2018 - Diana Amir
ikon mvm 2018
Ikon MVM 2018 - Datin Alyah
ikon mvm datin alyah
IKON MVM 2018 - Datin Alyah
ikon mvm 2018
IKON MVM 2018 - DILA MUBARAK
ikon mvm dila mubarak
IKON MVM 2018 - DILA MUBARAK
ikon mvm 2018 dato dr fadzilah kamsah
IKON MVM 2018 - DATO' DR FADZILAH KAMSAH
ikon mvm 2018
IKON MVM 2018 - LAH AHMAD
ikon mvm lah ahmad
IKON MVM 2018 - LAH AHMAD
ikon mvm 2018 azmi caliph busker
IKON MVM 2018 - AZMI SAAT
ikon mvm 2018 syamel
IKON MVM 2018 - SYAMEL
Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-2 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun lepas MVM telah berjaya bekerjasama dan sehingga kini masih terus bersama dengan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, Datin Sri Nur Shahida D’Herbs, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Datin Sri Umie Aida dan Amsyar Azman.

Barisan-barisan selebriti yang dipilih menjadi Ikon MVM ini mempunyai kekuatan dan pengaruh masing-masing. Kehadiran mereka membawa satu signifikan baharu bahawa kerja-kerja kemanusiaan ini tidak terbatas kepada golongan-golongan tertentu sahaja.

Berkait dengan itu, Ikon-ikon ini akan menjadi suara MVM bagi menyeru orang ramai untuk turun padang dan menghulurkan bantuan melalui hebahan di media sosial dengan menggunakan medium laman media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Menurut Presiden MVM, Muhammad Jantan, majlis perlantikan Ikon MVM 2018 hari ini merupakan salah satu usaha MVM untuk melebarkan sayapnya sebagai sebuah NGO yang bukan sahaja menyantuni golongan asnaf tetapi juga memberi ruang dan peluang kepada golongan selebriti dan usahawan untuk memanfaatkan pengaruh yang dimilikinya bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Bulan ini, kami baru sahaja selesai program agihan bantuan asas PureHeart MVM 2017 selama setahun kepada hampir 170 buah keluarga di SK Puchong Utama 1 dan turut merasmikan Kelas MVM Alaf 21 bagi meningkatkan nilai insaniah dalam membentuk sifat kepimpinan yang hebat dan menerapkan kesukarelawanan kepada murid-murid. 

Hari ini kami bukan sahaja merasmikan Ikon MVM 2018, malah turut  merasmikan Tabung Prihatin MVM yang telah ditandatangani oleh Penasihat MVM 2018, WebDonation MVM dan Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang. Untuk makluman,  WebDonation MVM merupakan alternatif saluran sumbangan bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk menderma manakala Tabung Musim Sejuk Syria Kami Datang bertujuan untuk menghantar bantuan makanan dan pakaian kepada saudara kita di Syria.

Sejujurnya program-program ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sumbangan rakyat Malaysia. Saya amat berharap jalinan kerjasama seperti ini dapat digunakan sebaik mungkin ke arah jalan yang diredhai Ilahi dan diteruskan dari semasa ke semasa. Terima kasih Malaysia” tambah Muhammad.

MVM dengan berbesar hati mengajak orang ramai untuk bersama-sama dengan ikon-ikon ini memberi harapan dan wajah baru kepada dunia kesukarelawanan dan kebajikan dengan menyumbang tenaga, wang ringgit dan juga idea-idea bernas yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

sidang media ikon mvm 2018
sempat bergambar dengan Dato' Dr Fadzilah Kamsah di Sidang Media Ikon MVM 2018
sangat easy going dan baik si akak Diana Amir ni heehe.
APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG MVM?

-- pertubuhan MVM adalah pertubuhan bukan kerjaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014 dan mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18-24 tahun.

-- 2017; MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 -Anugerah Perdana Menteri yang dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

-- pada tahun 2016, MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala pada tahun 2017, MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan inshaaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.

-- MVM memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.

-- MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.

-- berpaksikan 'Tindakan Hari Ini, Mengubah Masa Depan', program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi seperti fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.

-- harapan MVM : mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksankan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.

-- MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain.


MAKLUMAT AKAUN SUMBANGAN MVM
Nama - Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
No akaun Maybank - 56480 164 7699
No akaun CIMB - 8602 5378 07
No akaun Bank Islam - 1230 0010 0030 65
Emel - account@mvm.org.my

MEDIA SOSIAL MVM
Laman rasmi (official website) - http://www.mvm.org.my
Laman sumbangan - https://donation.mvm.org.my/
Facebook - https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram - https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter - https://twitter.com/volunteermvm

SEBARANG MAKLUMAT/ PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN MELALUI:
email salam@mvm.org.my
telefon 603-8074 0434
alamat 
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2,
Bandar Puchong Jaya,
47170 Puchong,
Selangor.

30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday

$
0
0

30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday


30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
1 - matching baju & accecories kertas
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
2 - main lompat tikus
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
3 - tiup buat jadi belon
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
4 - lompat getah
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
5 - congkak tanah
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
6 - jadi dracula kejar budak sekolah
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
7-  tepuk kad sampai terbalik
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
8 - galah panjang
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
9 - main penutup botol
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
10 - liga super bola sepak jadian, guna kertas keras/ manila kadHAHAHA
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
11 - main pondok-pondok
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
12 - pakai earring guna stick punya
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
13 - perlawanan sengit di buku tulis matematik
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
14 - tingting
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
15 - main nyorok-nyorok
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
16 - tumbangkan tin
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
17 - main pemadam. siapa yang duduk di atas pemadam yang lain, dia menang
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
18 - jam jadian
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
19 - main tembak tembak bola kertas masuk gol
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
20 - main guli
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
21 - main tikam
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
22 - main cop cop tiang
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
23 - SOS game
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
24 - lawan tayar
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
25 - tarik kawan dengan pelepah
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
26 - lastik
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
27 - panjat galah
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
28 - berangan jadi askar main benda ni
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
29 - baling/ lempar selipar
30 jenis mainan zaman budak tahun 80/90 an dulu-dulu ~ Wordless Wednesday
30 - mandi sungai
credit info: Mohd Nurudin
pictures credit to its owner

Kad KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Syarat Kelayakan & Cara Mendaftar

$
0
0
Terpampang besar perkataan KISS di tajuk entri ni. Tapi bukan kiss muahhh muah ye hahahaha. So what is it? Lets check it out! p/s: saya pun baru je tahu benda ni tengahari tadi melalui whatsapp yang diviralkan haha.


APA ITU KISS?

Kad KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Syarat Kelayakan & Cara Mendaftar
KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | credit image: www.kiss.com.my
Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).


MANFAAT KAD KISS

kad kiss
kad kiss #smartselangor | credit image: www.kiss.com.my
​-- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
-- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
-- Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
-- Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
-- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan  hadapan
-- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik


SYARAT KELAYAKAN KISS

1.  Warganegara Malaysia; dan
2.  Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan 
3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan 
3.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
4.  Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

syarat kelayakan kiss
KISS - Kasih Ibu Smart Selangor Syarat Kelayakan | credit image: www.kiss.com.my

CARA MENDAFTAR KISS

1. Secara atas talian
--menerusi laman web www.kiss.com.my (akan datang. belum ada lagi); 

atau
2. Secara manual
--lengkapkan borang pendaftaran program KISS kemudian serahkan kepada Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.

SENARAI ALAMAT PEJABAT AHLI DEWAN NEGERI KERAJAAN DAN PENYELARAS DUN : klik SINI

Di mana nak dapatkan BORANG PENDAFTARAN KISS (KISS Selangor Application Form) ?

muat turun sahaja di SINI.

ATAU

boleh diambil di:
​1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
4. Pusat Wanita Berdaya

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
​1. Beras
2. Mi dan Bihun
3. Roti
4. Biskut
5. Telur
6. Gula dan Garam
7. Rempah ratus
8. Tepung
9. Minyak masak
10. Sayur-sayuran
11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya
Take note!
Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

PANDUAN HARGA PENGGUNA: klik SINI

Ada sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan? Hubungi KISS.
NO TELEFON: 03-55256600     
NO FAKS: 03-55256900 
EMEL: admin@selcare.my


info tambahan dari unknown--> 

1. Sebelum isi borang KISS, pastikan si penama seorang pengundi atau telah pun mendaftar undi di negeri Selangor agar borang KISS anda diterima.

Kad KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Syarat Kelayakan & Cara Mendaftar
borang pendaftaran KISS - Kasih Ibu Smart Selangor

2. RM200.00 boleh ditebus dalam masa sebulan walaupun bagi pembelian awal bulan ada berbaki RM30.00. Boleh ditebus.


BACA JUGA:

Lazada Online Revolution Blogger Contest

$
0
0

Lazada Online Revolution Blogger Contest


Lazada Online Revolution Blogger Contest
KLIK BANNER UNTUK JOIN

The contest start from 1 Nov 2017 until 14 December 2017. Lets!


a. Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience?

Sebenar-benar-benar-benarnya tak ingat! hahahha. Tapi kalau first product yang saya beli online di Lazada, saya ingat lah; iaitu beg (backpack) berwarna coklat.

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Senang je nak beli barang secara online di Lazada ni. Add To Cart > Checkout Now > isi details nama, alamat,no telefon semuaa > bayar guna debit banking (CimbClicks, Maybank2u, etc) > DONE!

12/08/2017 complete order.
14/08/2017 barang sampai rumah.

Cepat kan? Hahaha. Sebab backpack tersebut dijual oleh Lazada sendiri. Thats why cepat sampai rumah hehe.

Lazada Online Revolution Blogger Contest
barang Lazada sampai di rumah! Sooo efficient!
Lazada Online Revolution Blogger Contest
backpack yang dibeli secara online di Lazada sampai dengan selamatnya
Sangat berpuas hati dengan servis dan proses pembelian di Lazada. Highly recommended :)

b. Which types of products would you prefer buying online?

Saya lebih prefer membeli secara Online barangan seperti baju, kasut, beg dan seluar/ kain. Kebiasaannya, kalau saya nak online shopping.. memang saya akan singgah ushar di bahagian produk-produk tersebut . Kira dah macam WAJIB pun ada hahaha.

c. What to you love about online shopping?

Mudah, pantas, jimat masa, jimat wang, banyak pilihan boleh dilihat dengan hanya satu klik sahaja. Kekadang nak pergi kedai di luar sana, tak ada kenderaan + tak ada kawan or family members nak teman. Lagipun, tak payah nak mengharung jammed atau beratur panjang-panjang di kaunter. Online shopping lebih senang dan save time.



d. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

Okay ada satuuu benda yang saya memang dah aim nak beli time Lazada Online Revolution. What is it? Mobile Phone berjenama Huawei P9 Lite! Hahaha. Kebetulan sekarang saya tengah cari dan nak beli handphone baru. Orang kata camera Huawei lawa & tak fake. Budget saya memang RM800 ke bawah. So, masih within range budget. Yeahhh!

Lazada Online Revolution Blogger Contest
aim nak beli handphone baru semasa Lazada Online Revolution berlangsung!
Eh..

Kenapa eh ramai suka Lazada Online Revolution ni? Sebab... ada potongan diskaun tau!  Memang rambang mata barang banyakkkk murah hehe. Plus, ada voucher off RM25 dengan pembelian RM100 ke atas special sekarang ni. Jom jom!

p/s: Online Revolution (https://www.lazada.com.my/online-revolution) that will take place from 11 November to 14 December 2017.

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018 & RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2018

$
0
0
Walaupun saya berkerja sendiri; bukan kakitangan awam.. tapi nak share juga hahaha. Moga jadual gaji kakitangan awam 2018 ini + sedikit ringkasan perbelanjaan bulanan yang perlu di-consider dalam merancang belanjawan 2018 dapat membantu mereka di luar sana :)

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018 & RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2018
JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018 & RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2018 | credit image: Google.
1. 25 JANUARI 2018 (KHAMIS)
2. 08 FEBRUARI 2018 (KHAMIS)
3. 22 MAC 2018 (KHAMIS)
4. 25 APRIL 2018 (RABU)
5. 24 MEI 2018 (KHAMIS)
6. 07 JUN 2018 (KHAMIS)
7. 25 JULAI 2018 (RABU)
8. 14 OGOS 2018 (SELASA)
9. 25 SEPTEMBER 2018 (SELASA)
10. 25 OKTOBER 2018 (KHAMIS)
11. 22 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
12. 24 DISEMBER 2018 (ISNIN)


RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN YANG PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA SEMUA DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2018.

21 DIS 2017 - 24 JAN 2018 = 35 HARI
25 JAN 2018 - 07 FEB 2018 = 14 HARI
***08 FEB 2018 - 21 MAC 2018 = 42 HARI
22 MAC 2018 - 24 APRIL 2018 = 34 HARI
25 APRIL 2018 - 23 MEI 2018 = 29 HARI
24 MEI 2018 - 06 JUN 2018 = 14 HARI
***07 JUN 2018 - 24 JULAI 2018 = 48 HARI
25 JULAI 2018  - 13 OGOS 2018 = 20 HARI
***14 OGOS 2018 - 24 SEPT 2018 = 42 HARI
25 SEPT 2018 - 24 OKT 2018 = 30 HARI
25 OKT 2018 - 21 NOV 2018 = 28 HARI
22 NOV 2018 - 23 DIS 2018 = 33 HARI

***Bulan February (Tahun Baru Cina), Jun (Hari Raya Aidilfitri) dan August ( Hari Raya Aidiladha/ Haji) sangat kritikal kerana selang hari yang sangat besar! Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti & selamat berkerja 2018!

sumber: Whatsapp

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018 & RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2018

menggoda... dan aku tergoda. akhirnya tewas!

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Apa ni kan tajuk menggoda tergoda niii? Jangan tergoda dengan kecomelan saya sudah lah. eh. hahaha.


menggoda... dan aku tergoda.. akhirnya tewas!

menggoda... dan aku tergoda. akhirnya tewas!

Siapa pula yang berani cuba menggoda Sayidah Napisah ni? Haihh bukan apa.. si 'dia' dari haritu dah start menggoda saya. Cuba nak mengelak tapi tak berjaya. Bukannya tak cuba tapi makin ditolak, makin dekat godaan.

Lagi-lagi nak dekat 14 Disember, desakan si 'dia' untuk saya melakukan sesuatu makin kuat. Iye. Saya hanya manusia biasa, tak sempurna. Oleh itu...

Dengan berat hati tapi penuh dengan rasa teruja.. saya pun terpaksa buat satu keputusan. Moga keputusan ini memberi kegembiraan pada semua dan juga saya sendiri.

Ini lah dia keputusan saya..

menggoda... dan aku tergoda. akhirnya tewas!
tergoda dengan tiga benda ni
Semalam saya membeli 3 barang dari Lazada..

1. Huawei P9 LITE Anti Shock Transparent Back Case Soft Thin TPU Casing Cover (Clear) RM16.92
2. Premium Tempered Glass Screen Protector for Huawei P9 Lite RM12.90
3. Huawei P9 lite 3GB+16GB ROM [Free Superman Hard Case] RM789.00

Ini semua gara gara si 'dia' --> LAZADA ONLINE REVOLUTION! hahahhaa. Goda saya dengan potongan diskaun best-best. Mana tak cair nya.

By the way, saya memang dalam perancangan nak beli phone baru pun. So, alang-alang tu Lazada tengah buat sales, apa lagiiii hehee. First time beli phone secara Online. Semoga sampai ke rumah saya ni dengan selamat dan jayanya aminnnn! Actually nak beli Huawei je. Lepastu kakak dan abang saya nasihatkan.. beli sekali tempered glass & anti shock. Dua perkara tu kira wajib kena beli untuk phone. So saya pun order la sekalii. End up RM800++ dikeluarkan dari akaun Maybank2u saya hahahaha. Takpelaa sekali sekala.

Okay daaa~! Wassalam :)

poem #1 but darling

$
0
0
Saya suka puisi a.k.a poem; tak kira la short or long poem. So, let me (or we) being immersed in this poem..


poem #1 but darling

poem #1 but darling
poem #1

but darling,
in the end,
you've got to be
your own hero,

because everybody's
busy
trying to save
themselves

--by (c.t)


p/s: Goodnight! :)


KOLEKSI 20 RESEPI NASI GORENG MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
Siapa yang tak suka nasi goreng kan? Semuaaaa suka. Muda ke tua ke. Kat rumah saya ni pun, kalau tengahari biasa nasi putih, then kalau rasa petang nak nasi goreng, masak je lebihan nasi yang ada. Ringkas, mudah dan sedap. Kekadang main campak campak je bahan tapi sedap je kan hahhaa. Ni saya nak share 20 resepi nasi goreng yang biasa kita dengar atau biasa makan di restoran-restoran. Mungkin ada yang suka mencuba benda baru, boleh la ushar resepi nasi goreng yang tak pernah buat lagi; contohnya nasi goreng kerabu atau nasi goreng hawaii ke. hehehe


KOLEKSI 20 RESEPI NASI GORENG MUDAH DAN SEDAP


RESEPI NASI GORENG HAILAM

nasi goreng hailam
Resepi Nasi Goreng Hailam
Bahan-bahan

Nasi Goreng:

Nasi putih
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Kuah Hailam:

1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

Cara-cara untuk memasaknya

NASI GORENG:
1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata.
2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
3. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

KUAH HAILAM:

1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.

Artikel asal: http://bit.ly/2rWyfxq

RESEPI NASI GORENG CILI KERING

nasi goreng cili kering
resepi nasi goreng cili kering
Bahan-Bahan

1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak
2. Bawang besar | ditumbuk
3. Bawang putih 3 ulas | ditumbuk
4. Belacan sikit
5. Ikan bilis tumbuk
6. Cili kering 5, 6 helai rebus | ditumbuk
7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa.
8. Garam secubit

Cara-Cara Memasak

1. Dah tumbuk semua bahan² tadi, panaskan kuali, letak minyak.
2. Dah panas minyak, tumis bahan² tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.
3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.
4. Siap dan boleh dimakan.

Kredit : Mastura Ahmad

RESEPI NASI GORENG AYAM GORENG KUNYIT

nasi goreng ayam kunyit
resepi nasi goreng ayam goreng kunyit | credit image: ayiewiyah.blogspot.my
Bahan-bahan nasi goreng

1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
1/2 inci belacan - dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api - diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam goreng kunyit

200g isi ayam - dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili besar - dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat nasi goreng

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi. Kacau.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Angkat.

Cara-cara memasak ayam goreng kunyit

1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
3.Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.

Sumber: #ResepiUmmi

RESEPI NASI GORENG CINA

resepi nasi goreng cina
resepi nasi goreng cina | credit image: tiffinbiru.com
Bahan bahan

1 mangkuk nasi putih
1 - 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
Isi ayam - potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
2 biji telur

Bahan Sayuran

Lobak - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus

Cara cara

1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.
2. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.
3. Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.
4. Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.
5. Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Artikel asal di sini: http://bit.ly/20kOtZu

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

resepi nasi goreng kampung
Resepi Nasi Goreng Kampung
Bahan-bahan

4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
5 tangkai kacang panjang, potong kecil
1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris

Bahan Tumbuk Halus

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
Secubit belacan

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna. 
2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali. 
3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi.
5. Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit. 
6. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.

Resepi asal di sini: http://bit.ly/1TOi2hw

RESEPI NASI GORENG BELACAN

resepi nasi goreng belacan
resepi nasi goreng belacan
Bahan-bahan

2 mangkuk nasi sejuk ~ diperoikan
1 biji telur
1 sudu besar kicap cair
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecik dalam 5 ulas
5 biji cili padi
5 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut
3 cm belacan

Bahan dah pun tersedia.. apalagi yok kita mula memasak

Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam.
Ita tak letak garam, ita letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula.

Resepi Oleh: Fiza's Cooking
Resepi asal di sini: http://bit.ly/242fCkS

RESEPI NASI GORENG PATTAYA

resepi nasi goreng pattaya
resepi nasi goreng pattaya | credit image: resepibonda.com
Bahan-Bahan

Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih di-blend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat

1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur

1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Artikel asal di sini: http://bit.ly/1NEjEO8

RESEPI NASI GORENG PAPRIK

resepi nasi goreng paprik
resepi nasi goreng paprik | credit image: rawangpost.com
Bahan Nasi Goreng (3 orang makan)

3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 senduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur

Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)

Cara Memasak

Nasi Goreng:

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering sikit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.

Paprik campur:

1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hidangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.

Artikel asal di sini: http://bit.ly/258LB5h

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN

resepi nasi goreng ikan masin
resepi nasi goreng ikan masin
Bahan-Bahan

4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
Sebesar 2 ibu jari orang dewasa - isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
1 camca besar sos tiram
2 sudu makan cili kisar
2 biji telur, dipukul sedikit
2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan

Cara Memasak

1. Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
2. Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.
3. Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.
4. Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.

Artikel asal: http://bit.ly/1NEjKW6

RESEPI NASI GORENG BIASA
resepi nasi goreng biasa
resepi nasi goreng biasa | credit image: tugaserauas.blogspot.my
Bahan-Bahannya

1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - dibersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap. Gaul rata.
6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
9. Tutup api dan hidangkan.

Artikel asal: http://bit.ly/1NEjWVf

RESEPI NASI GORENG THAI

resepi nasi goreng thai
resepi nasi goreng thai | credit image: selerasa.com
Bahan-bahan

* 2 mangkuk nasi (4 cawan nasi sejuk)
* 2 biji telur
* 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
* 2 sudu kecil pes tomyam/ 1 kiub pati tomyam
* 1/4 cawan sayur campur/ lobak & kacang dihiris halus
* 2 sudu besar cili kisar
* 8 tangkai cili padi - tumbuk
* 2 helai daun limau purut - hiris halus
* 2 sudu besar kicap manis
* 1 batang serai - dihiris halus
* 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
* 10 ekor udang basah (terpulang nak letak berapa)
* Hirisan isi ayam
* Minyak masak

Cara Memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telur dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Resepi asal oleh Yatie di sini: http://bit.ly/1XpbfQC

RESEPI NASI GORENG MAMAK STYLE

resepi nasi goreng mamak
resepi nasi goreng mamak style
Bahan-bahan

4 cawan nasi putih
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
3 paket serbuk rencah Maggi kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
2 batang sayur sawi dan kobis – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan isi ayam – dipotong dadu ** Nina tambah
Minyak untuk menumis

Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak

Cara penyediannya

1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, sos tiram, serbuk kari maggi, tauhu, fish cake dan isi ayam. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan nasi putih, kobis dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga nasi dan sayuran masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, tomato, limau kasturi dan bawang goreng.

Resepi oleh: Nina Mirza
Resepi asal di sini: http://bit.ly/1RgtH6S

RESEPI NASI GORENG SARDIN

resepi nasi goreng sardin
resepi nasi goreng sardin | credit image: aziekitchen.com
Bahan-bahan

1 mangkuk besar nasi
1 labu bawang besar dimayang
1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap.

Selamat mencuba.

Oleh: Surianti Ramli
Resepi asal di sini: http://bit.ly/27M8VrR

RESEPI NASI GORENG TOM YAM

resepi nasi goreng tomyam
resepi nasi goreng tomyam | credit image: infokini.my
Bahan-Bahan

Bahan untuk nasi goreng:

• 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
• 1 biji telur
• 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
• 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
• 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
• 2 batang serai, hiris nipis
• 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
• 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
• sayur kobis, potong kecil
• carrot, potong dadu kecil
• 2-3 helai sawi, hiris nipis

Bahan untuk tumbuk kasar:

• 4 ulas bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 6 biji cili padi

Bahan untuk hiasan tambahan:

• keropok goreng
• telur goreng mata

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna). Kacau seketika di atas api perlahan.
3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.

Resepi asal di sini: http://bit.ly/1NEnffa

RESEPI NASI GORENG HAWAII(hawaiian fried rice)

resepi nasi goreng hawaii
resepi nasi goreng hawaii | credit image: guiltypleasure-recipes.blogspot.com
Bahan-Bahan

3 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah hiriskan
3 ulas bawang putih
1 biji cili capsicum potong dadu
2 biji cili merah
1 cawan mix-vege
2 batang frankfurter [potong dadu]
5 biji chicken ball [potong kecil]
1 s/b (sudu besar) lada hitam
2 biji telur
2 s/b majerin
1 pokok daun bawang [potong kecil] -- untuk hiasan

Cara-cara

1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati.
4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati.
5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
7. Sedia untuk dimakan.

Resepi asal di sini: http://bit.ly/1TzV4yH

RESEPI NASI GORENG KERANG

resepi nasi goreng kerang
resepi nasi goreng kerang | credit image: burpple.com
Bahan-bahannya

semangkuk kerang rebus
sepinggan penuh nasi putih
1 biji bawang besar (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
fishball belah dua
2-3 sudu makan cili kering yang sudah dikisar
kacang botol kerat kecik-kecik

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak, tumis bawang tumbuk, dah layu sikit masuk cili kering goreng hingga masak.
2. Masukkan fisball dan kerang. Goreng seketika.
3. Masukkan garam secukupnya.
4. Masukkan nasi dan goreng rata.
5. Akhir sekali masukkan kacang botol, kacau sekejap je..biar makan nanti bunyi kruk kruk ..baru best..

Resepi asal di sini: http://bit.ly/1OGnVM3

RESEPI NASI GORENG KERABU

resepi nasi goreng kerabu
resepi nasi goreng kerabu | credit image: kakinakl.com
Bahan-bahan

Nasi putih secukupnya
daun limau purut
serai
cili padi
bunga kantan
1 kiub ikan bilis
1 biji telur
kacang botol secukupnya/ boleh ganti dengan kacang panjang dan lain-lain.
sedikit isi ayam
3-4 ulas bawang putih.. diketuk
1 biji bawang sederhana besar - dimayang/ potong kiub
garam secukupnya dan maggi cukup rase (suka hati nak letak ke tak)
sos tiram (kalau suka) -- saya tak letak pun.
minyak untuk menumis

Cara-caranya

1. Panaskan minyak untuk menumis.. Agak-agak la untuk menumis. Bila minyak dah panas, pecahkan telur dan hancurkan. Angkat dan ketepikan.
2. Bunga kantan, serai, daun limau purut dan cili padi dimayang halus macam nak buat bunga rampai. Cili padi tu agak-agak la potongnya kan.
3. Potong juga kacang botol.
4. Tumis bawang putih dan diikuti bawang merah/besar.
5. Bila bawang dah naik bau, masukkan isi ayam. Kacau sekejap hingga ayam masak.
6. Masukkan cili padi dan bahan yang dimayang tadi.serta sayur kacang botol.
7. Masukkan juga telur yang dah digoreng tadi.
8. Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau sekejapppp je.. dalam seminit je.. taknak bahan dimayang layu sangat.
9. Last sekali, masukkan nasi dan kacau rata. Rasakan dengan garam. hati-hati kerana kiub ikan bilis dah masin. Kalau tak cukup masin, baru lah letak sedikit garam. Hati-hati ye... jangan masin sangat, nanti kena darah tinggi.
10. Kaup balikkan nasi tu biar serata. Tutup api dan sedai untuk dihidang.

Artikel asal di sini: http://bit.ly/1qBRpVi

RESEPI NASI KETUPAT GORENG

resepi nasi ketupat goreng
resepi nasi ketupat goreng | credit image: sweetmaple-foodlover.blogspot.com
Bahan-bahan (Ikut suka banyak mana. Macam buat nasi goreng)

1 mangkuk ketupat - dipotong dadu
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering di rendam
1 cawan peas (kalau diganti dengan taugeh lebih sedap)
2 biji telur
1 kiub pati ayam
Garam

Cara-cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga halus.
2. Tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan ketupat dan gaul rata.
3. Masukkan peas dan kiub ayam serta garam
. sekali masukkan telur dan kacau lagi hingga masak sempurna dan dihidang.

Artikel asal: http://bit.ly/1U6vSyj

RESEPI NASI GORENG TELUR MASIN

resepi nasi goreng telur masin
resepi nasi goreng telur masin | credit image: fizalgk.blogspot.com
Resepi nasi goreng special ni admin dapat dari group "MASAK APA HARI INI" moga bermanafaat dan dihalalkan. Share la, admin dah cuba masak, memang sedap!

Bahan-bahan

2 biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang - dipotong pendek
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas

Cara menyediakannya

1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.
5. Kacau udang/ ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.

Artikel asal: http://bit.ly/2s6TL11

RESEPI NASI GORENG SEAFOOD SPECIAL

resepi nasi goreng seafood special
resepi nasi goreng seafood spesial | credit image: malaskeluar.com
Bahan-bahan

2-3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dipotong)
1 genggam isi kerang
5-6 ekor udang (sederhana besar)
4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
1 sudu cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
Sedikit minyak masak/minyak bijan
Garam dan secukup rasa
Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/ hiris. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Credit: Anika Resepi

SELAMAT MENCUBA!
p/s: terliur pula tengok nasi goreng sedap-sedap ni hahahhaa

poem #2 three kinds of heartbreak

$
0
0
Saya suka puisi a.k.a poem; tak kira la short or long poem. So, let me (or we) being immersed in this poem (of course not made by mine ehe) ..



poem #2 three kinds of heartbreak

poem #2 three kinds of heartbreak
poem #2
there are 3 kinds of heartbreak

The first is when
someone is reckless with
your heart
and it breaks and it shatters
in ways
you never thought it could

The second is when
you break
someone's heart
because you'll never
know pain
like the type that has you
look into their eyes
but they look away

And the worst kind of heartbreak
is the kind that comes along
when you have to watch
the person you love
be happy
with someone else

--by c.p


p/s: nyte! :)

SEGMEN BLOGLIST BY KAELLA

$
0
0

SEGMEN BLOGLIST BY KAELLA


SEGMEN BLOGLIST BY KAELLA
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 20 Disember 2017

-- First masuk masukkk je blog Kaella.. best! Speed loading laju hehe. 
-- Plus, terpampang header blog Kaella yang cun; gambar arrow terasa seperti menusuk ke hatiku hahaha! 
-- "never give up on the things your really want" - yesss agree!
-- Black & white. Simple and i love it. 
-- Kemas. Tersusun, tak serabut, tak semak.
-- Overall, thumbs up for blog Kaella! Keep on blogging! :)

GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE

$
0
0

GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE


GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 30 Disember 2017

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017

$
0
0

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017


Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 31 Disember 2017
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live