Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Pernah dengar tak nasi vanggey? Saya tak  pasti sama ada Restoran Nasi Vanggey ni hanya ada di Sri Gombak or ada cawangan kat tempat lain juga. 

Tapi yang pasti, it was a first time saya dengar nama Vanggey haritu. So.. what does it look like and how does it taste?


Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Nasi Vanggey di Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Haaa macam nasi lemak je kan. Saya pun tak sempat nak temuramah pekerja kat situ apakah maksud di sebalik nasi vanggey ni dan kenapa nama dia nasi vanggey. Tapi yang saya boleh simpulkan, ayam dia yang memberikan nama menu itu ialah nasi vanggey.

Sebab kita kat situ boleh pilih nak lauk yang mana. Dan tak silap saya, kalau kita order nasi vanggey.. dia akan beri nasi dan ayam tu. So, saya assume ayam tu adalah ayam vanggey. Masakan vanggey mungkin hahaha. Serius tak pasti. Tu hanya anggapan saya sahaja.

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Nasi Vanggey Sri Gombak + telur mata
Saya order nasi vanggey + telur mata. Tapi tak habis makan pun sebab:

1. masa tu breakfast dan masih awal pagi lagi
2. banyak gilos nasi dia & ayam dia besar
3. mungkin sebab nervous nak jumpa ketua editor Physics & Matematik Oxford Fajar selepas sarapan tu.

Saya ni jenis yang memang akan habis makan licin. Kalau tak habis tu, something wrong somewhere. Sama ada saya sakit atau nervous atau tengah period. Dan berdasarkan kes saya tak habis makan nasi vanggey ni, saya rasa sebabnya nervous hehehe.

Tapi memang amount nasi yang diberi banyak dan saiz ayam vanggey dia memang besar. Confirm kenyang lah lepas makan nasi vanggey ni.

Kalau taknak nasi vanggey, nak roti canai or nasi lemak biasa ada je disediakan. Kuih muih, kuey teow bagai semua ado hehehe.

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
abi order nasi lemak di Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Harganya? Okay maaf sebab dah lupa harga nya berapa hahahaha. Sorrryy. Sebab dah agak lama juga sebenarnya saya pergi Restoran Nasi Vanggey di Gombak Prima ni. So, kinda not remember exactly how much the price is. Tapi dalam range RM8-12 macam tu laaa. Yang pasti, under RM15 nasi vanggey + telur mata.

Ohh.. sedap ke tak sedap ek Nasi Vanggey ni?

Bagi saya.. sedap. Delicious. Tapi tak ada laaa perasaan WOW SEDAP GILOS RASA NAK BELI LAGI 2 BUNGKUS BAWA BALIK RUMAH! Haa takdelah perasaan menakjubkan gitu hahaa. Sedap yang errrmmm dapnye! Then, okay thats all. hahaha.

Tapi, kena ingat yang.. kena cuba sendiri kerana lain orang, lain taste dia. Heee.

Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Restoran Nasi Vanggey Sri Gombak
Daaa~ wassalam! :)


Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera~! Lebih kurang dua minggu je lagi peperiksaan sebenar SPM 2017 di seluruh negeri akan bermula! Woww nak dekat dah hehe. So, macam mana persediaan uollsss calon-calon SPM subjek Matematik Tambahan ni? Dah try jawab soalan percubaan SPM 2017? Kalau tak tahu jawapan bagi soalan percubaan SPM tersebut, ushar je skema jawapan, tengok macam mana jalan kerja dan jalan kira dia bagi.

Sebelum ni saya ada share soalan-soalan percubaan SPM 2017 addmaths + skema jawapan bagi negeri Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan. Boleh klik di SINIfor those yang tak ushar lagi. 

Kali ni, saya nak kongsikan soalan trial 2017 dan skema jawapan bagi negeri Pahang, Terengganu dan Perlis pula.


Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis

Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis
don't give up! ::: Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis
KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2017 PAHANG


KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2017 TERENGGANU


KERTAS SOALAN PERCUBAAN SPM 2017 PERLIS



Saya ada jumpa yang soalan peperiksaan percubaan SPM 2017 negeri JOHOR punya; both soalan kertas 1 dan kertas 2 tapi...... tak ada skema jawapan =.= So, saya decide tak payah la letak link soalan trial Johor kat sini sebab answer sheet bukan ada pun. Kalau nak buat nanti, tak tahu jawapan salah ke betul sebab takde skema. 

Tapi in case kalau ada yang nak jugaaakk, boleh klik SINI. Jangan kata hakakkkkk comel tak payung korang kay? Hahahaha.

Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis

Goodluck adik adikkk SPM! ;)

Soalan Percubaan SPM 2017 Matematik Tambahan + Skema Jawapan | Pahang, Terengganu & Perlis

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Yeayyy finally! Akhirnya saya dapat juga tonton filem Tombiruo : Penunggu Rimba di pawagam yang kini menjadi bualan hangat rata-rata rakyat Malaysia. But first of all, tahniah buat filem Tombiruo: Penunggu Rimba kerana telah berjaya memungut kutipan RM4 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan sejak 12 Oktober 2017 yang lalu. You deserve it, Tombiruo!

Tombiruo: Penunggu Rimba menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat kali pertama selaku penerbit. Filem ini menyaksikan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Kusyairi dan ramai lagi.

Seperti yang kita semua tahu.. filem Tombiruo: Penunggu Rimba diadaptasi dari karya novelis thriller nukilan Ramlee Awang Murshid. So, siapa yang dah baca novel Tombiruo yang pertama ni mesti dah pun tahu dan acknowledge bahawa cerita Tombiruo is amazingly memang best dan penuh dengan debaran. Cumanya persoalan di sini.. adakah filem Tombiruo best ataupun tidak? Biasa-biasa sahaja ataupun setaraf antarabangsa?


Sinopsis Filem Tombiruo : Penunggu Rimba

Sebelum den review, moh le baca sinopsis Filem Tombiruo : Penunggu Rimba ni dulu. So that korang boleh dapatkan gambaran dan feel sikit.

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017) | credit gambar: Astro Awani
Secara ringkas, filem ini menceritakan tentang Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci penduduk. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya buat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo.

Sementara Amiruddin anggap Tombiruo punca keperitan hidup keluarganya. Wartawan Wan Suraya ikuti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan.

Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi bela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Bagaimanapun satu demi satu rahsia mula terbongkar selepas pertemuan mereka itu. Apakah rahsia itu? Saksikan filem ini di pawagam!

credit sinopsis: Sinar Harian.
pelakon tombiruo
krew dan pelakon Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | credit gambar: Astro Awani
Para Pelakon & Nama Watak Filem Tombiruo : Penunggu Rimba

Zul Ariffin - Ejim @ Tombiruo.
Farid Kamil - Amiruddin
Nabila Huda - Wan Suraya
Faizal Hussein - bapa Ejim
Hasnul Rahmat - Uncle Juslan
Farah Ahmad - Bobohizan
Atu Zero - Ondu
Michael Chen - Wong
Datuk M Nasir - Tan Sri Berham
Datin Marlia Musa - Bonda
Dynas Mokhtar - Baizura


Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba - Filem Aksi Thriller No.1 Malaysia A++

Secara jujurnya, saya sangat sangat enjoy menonton filem ni. Tak ada masa laa nak rasa boring atau mengantuk. Penuh dengan aksi dan thriller. Penuh dengan debaran dan tension. Saya bagi A+ overall.

Yang saya kagum, scene pukul memukul dan lawan melawan nampak real & bukan fake. Nampak ganas & bukannya lembik. Nampak tough & bukannya hanya "kau pukul aku sini sikit, kau pukul aku sini sikit" hahaha. Bila Wan Suraya kena tolak dengan Wong pun memang real. Bukannya just tolak-tolak sotong. Dari segi tu, memang patut dipuji.

Dari segi CGI (imej janaan komputer) yang diterapkan dalam filem ni pun memang harus dipuji. Babak terbakar, babak yang melibatkan api, babak akar pokok, babak lantai hutan terbelah, babak rumah Ejim dalam hutan. Nampak sooo real!

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Scene paling best? Mesti lah scene six pax Ejim wakakakaka. Okay gurauu.. Actually, semua scene best. Tapi scene yang pada saya "perghhhhh walawehh!" adalah:

1. scene di mana sesi kereta kejar mengejar di jalan raya. Seriussss babak ni DAEBAKKKKK! Ejim mendaratkan dirinya ke atas kereta konco Wong. Lepastu Wong tembak kereta belakang. Then Ejim pun jadi tak stable then bergayut kat pintu kereta. Lepastu time jatuh dari kereta pun perghhhh soo dramatic and real! Dan macho hahahahaha.

2. scene di mana Ejim terkurung dalam satu tempat oleh Wong & konco-konconya. Haa tu memang best. Dengan scene kaca gelas pecah + dinding kayu pecah + Ejim keluar dari tempat tu dengan macho nya.. perghhh dah macam taraf antarabangsa dah aksinya hehehe.

Tapi ada satu je scene yang saya agak kureng.. Scene 'kelakar' +  agak 'tak menjadi' bagi saya adalah ketika scene Ejim menyelamatkan Wan Suraya daripada terkena letupan di dalam hutan. Alaaa scene yang di mana Wong tembak dua ketul fire extinguisher yang diikat di batang pokok, then peluru tu memantul ke arah Wan Suraya. Wan Suraya dah kata STOPPPP kat Ejim supaya Ejim tak pergi situ tapi Ejim tetap pergi berlari selamatkan Wan Suraya. Haa start dari Wan Suraya kata STOPPPP tu lah yang kelakar. Maybe sebab slow motion nya lamaaaaaaa sangat & riak muka Wan Suraya time tu kelakar, haa kan saya dah tergelak masa tu. scene tu sepatutnya jadi scene yang mendebarkan dan serius tau, tapiii tu lah. hahahhaa.

Oh baru saya ingat ada satu scene yang berjaya mengalirkan air mata saya sobsob. Time Ejim menangisi ayahnya yang meninggal dunia dan pada masa yang sama Amiruddin  pun menangisi isterinya yang juga telah meninggal dunia. Perghhh serius time tu rasa menusuk gilos kesedihan dalam hati. Saya ni kalau melibatkan ahli keluarga yang mati, memang feeling sedih tu natural je datang. Plus, dengan lakonan Ejim & Amiruddin yang menangis bersungguh-sungguh, real dan nampak sangat terseksa apabila kehilangan orang yang paling disayangi..

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Saya tak boleh nafikan yang saya nampak visual dan imej Ejim ni serupa Ong Bak. Lagi-lagi bila Ejim berlari dan berlawan. Kenal tak Ong Bak? Bukan tom tom bak ye hahaha. Ong Bak -- berlakon watak hero dalam filem Thailand, Ong Bak yang sangat ganas dan cekap berlawan hanya dengan menggunakan anggota badan. Disebabkan saya suka Ong Bak, so saya suka sekali si Ejim ni hahaha.

Rasa macam sekejap je masa berlalu bila cerita dah sampai penghujung. Rasa macam nak panjangkan lagi je duration filem Tombiruo tu hahaha.

Tapi satu je yang saya nak tahu.. adakah pemandangan-pemandangan yang lawa dalam filem ni real atau CGI semata? Benar atau fake sahaja? Sebab kalau the scenery was real, perghhhh memang menakjubkan! Kalau fake, kbaii haha.

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
tiket wayang Filem Tombiruo : Penunggu Rimba di TGV Cinemas Aeon Seremban 2, Negeri Sembilan
By the way.. at the veryyyyyy end of the film.. ada hint yang menunjukkan lepas ni bakal ada sambungan. Sebab kalau diikutkan novel, memang ada sekuel Tombiruo pun. Ada 3 novel.

Mengikut sumber yang saya dapat dari berita Astro Awani:


Penulis thriller tersohor negara Ramlee Awang Murshid berharap sekual untuk filem Tombiruo : Penunggu Rimba akan dapat diterbitkan tidak lama lagi.


Katanya, beliau percaya semua pihak yang terlibat dalam filem "Tombiruo: Penunggu Rimba” akan memutuskan mengenai sambungan filem berkenaan sekiranya ia mendapat sambutan hangat.

Jelasnya beliau sudahpun membayangkan skrip bagi filem sekuel terbabit yang akan diadaptasi dari novel Tombiruo: Semangat Hutan.

Begitupun, pembikinan filem ini mungkin lebih sukar memandangkan ia akan melibatkan babak pertarungan yang lebih mencabar.

ramlee awang murshid tombiruo
novelis thriller Filem Tombiruo : Penunggu Rimba - Ramlee Awang Murshid
Tudiaaa tudiaaa. Akan ada sambungan! Okayy kalau macam tu, saya kena khatam lah novel yang kedua pula hahahaha. Baru faham jalan cerita.

Okay itu sahaja~ Daaa wassalam :)

Pendiam tak bermakna dia tu sombong

$
0
0
Saya bukanlah seorang yang pendiam. Tapi ada certain certain masa, jadi pendiam juga lah hahaha.

Sebelum ni saya pernah buat satu entri berkaitan dengan sifat pendiam. Saya menceritakan tentang cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam. Boleh baca di SINI.


"Pendiam tak bermakna dia tu sombong"


PENDIAM
tak bermakna dia tu sombong,
cuma kadang pendiam sebab dia lebih selesa begitu.

Orang pendiam jenis suka perhati,
kalau dia mula berkata, terdiam seribu bahasa yang lain dengar.

Dia hanya berkata, apa yang perlu.

Pendiam tak bermakna dia tu sombong

Saya ada je kawan dan saudara yang jenis pendiam. Tapi okay je berbual dengan rancak dan seronoknya bila kita dah mulakan perbualan hehhee.

Step by step Istikharah

$
0
0
Jika kita merasa tiada keberkatan dalam kerjaya sekarang atau berniat untuk beralih kepada profesion lain, lakukanlah istikharah. Jika kita merasa keliru dalam membuat keputusan dalam apa jua hal (jodoh, tempat tinggal, tempat kerja, further study, keluarga, pelajaran dan lain-lain), lakukanlah istikharah. Minta petunjuk dari Allah Yang Maha Mengetahui masa lalu dan masa hadapan.

Step by step Istikharah

Step by step Istikharah
Step by step Istikharah

Cara Istikharah:


1. Berwuduk dengan sempurna

2. Laksanakan solat dua rakaat

3. Selepas solat, berdoa seperti berikut:

Step by step Istikharah
Step by step Istikharah
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung. Kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlab ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkat kepadaku dalam menjalankannya.

Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang, maka jauhkanlah urusan itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, redakanlah aku dengan ketetapan tersebut."
Kemudian sebutkan hajat itu.

(Riwayat al-Bukhari)

4. Yakinlah bahawa Allah yang akan memberi petunjuk.

5. Ulangi pada masa yang lain (jika perlu).

6. Selepas hati telah yakin, laksanakan niat anda dan bertawakal.

Step by step Istikharah

Thruthfully saya tak pernah pun solat istikharah tapi doa minta petunjuk tu selalu la dari Allah hehehe.

Sebenarnya, istikharah ni menunjukkan kita hanya bergantung kepada Allah. Kita berharap hanya kepada Allah supaya dapat pilih keputusan yang terbaik. Kita minta petunjuk dari Allah. Kita minta Allah bantu gerakkan hati kita dalam membuat keputusan yang tepat. Kita minta Allah kuatkan hati dalam memilih keputusan yang diberkati inshaaAllah.

puisi #31 tidak disapa bukan dilupa

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #31 tidak disapa bukan dilupa

puisi #31 tidak disapa bukan dilupa
puisi #31 tidak disapa bukan dilupa
KAWAN

kawan,
tak semestinya harus selalu berjalan seiringan
kau di depan,
aku dibelakang pun tak mengapa
asalkan aku tak terus kau tinggalkan,
terus dibuang ingat tiada.

seorang kawan,
untaian doa jadi senjata
tidak disapa bukan dilupa
walau perahu tidak berdayung
ombak bergunung tetap ditempuh

dua orang kawan,
janjinya terpahat di langit
ada kala datang hujan, kilat dan ribut menghias
angkasa
tapi sampai masa
akan tetap bersinar juga

nukilan: Wan Nurhidayat Wan Muhamad


p/s: selamat malam! :)

puisi #31 tidak disapa bukan dilupa
puisi #31 kawan

Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sebenarnya dah lama nak buat entri lagu Dato Siti Nurhaliza yang best bangeettt; Aku Bukan Malaikat ni. Tapi asyik tanguh-tanguh je dan perap dalam draft hahaha. Disebabkan banyak kali dah dengar lagu Aku Bukan Malaikat keluar di radio ikim.fm dan tiap kali keluar tu lah, saya ikut Siti menyanyi dengan penuh perasaan, emosi dan penghayatan hahaha.. makanya, marilah kita menghayati lagu islamik ciptaan Opick ni bersama-sama.


Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick

Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick
Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick

Lirik Lagu Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza


Aku bukan malaikat
Yang tak pernah berbuat salah
Aku bukan bidadari
Yang selalu menyenangkanmu

Aku adalah separuh sayapmu
Bawalah aku selalu bersamamu
Menuju keabadian yang bahagia
Selamanya

Chorus:
Kau bisa syurga,
bisa neraka.
Kau bisa malam,
bisa siangku
Kau bisa luka,
bisa bahagia
Dalam hidupku.
Kau bisa syurga,
bisa nerakaku.
Kau bisa tawa,
bisa tangisku.
Hantarkan aku dengan cintamu..
pada Sang Maha Cinta

tenangkan aku kekasih
jangan biarkan merapuh
jagalah diriku
jagalah jiwaku

tenangkan aku kekasih
jangan biarkan merapuh
jagalah diriku
jagalah jiwaku

chorus

Aku bukan malaikat, yang tak pernah berbuat salah
Aku bukan bidadari, yang selalu menyenangkanmu.

Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick
Aku Bukan Malaikat - Dato Siti Nurhaliza | lagu ciptaan Opick
Best kan lagu Dato Siti ni? paling best part yang "aku bukan malaikat, yang tak pernah berbuat salah"

Yeahhh right. kita bukan malaikat.. kita hanya manusia. yang selalu berbuat salah, melakukan kesilapan dan tak sentiasa menyenangkan.

Tapi rasanya lagu ni tentang suami dan isteri. Suami dan isteri harus saling melengkapi; bukannya hanya mengharapkan kesempurnaan dari pasangan semata. :)

puisi #32 sepucuk rindu

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #32 sepucuk rindu

puisi #32 sepucuk rindu
puisi #32
Kelmarin,
ada kutuliskan sepucuk rindu,
yang kukirim,
ke alamat hatimu,
ke daerah jiwamu,
ke negeri batinmu.

Hari ini,
sudahkah engkau,
menerima sepucuk rindu itu,
yang didalamnya,
punya sebelah hatiku.




p/s: goodnite! :)

Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Hari Raya Haji yang lepas meriah kat rumah dengan adik beradik and the family berkumpul. Waktu last day mereka di Seremban, kakyong saya ada buat air koktel buah yang sangat mudah dan simple dan senang je untuk dibuat. Saya yang hanya tolong kakyong buka tin-tin kat situ pun rasa "ohhh mudah je nak buat air koktel buah ni" cewahhh berlagakkk bak hang hahaha.


Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!

Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Bahan-bahan:

Laici tin
Susu pekat
Susu cair
Nata de coco (bekas besar)
Sumi, sumi mangga
Buah-buahan campur 1 tin
Buah anggur
bahan-bahan Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Bahan-bahan untuk membuat air Koktel Buah | Mudah dan Sedap!
Cara-cara membuat air koktel buah:

1. Masukkan sekali semua ke dalam jag/ bekas: susu pekat setengah tin + susu cair satu tin + satu cawan air panas + satu tin laici + satu bekas nata de coco + sumi + buah-buahan.

2. Kemudian, masukkan air sejuk ke dalam campuran koktel tersebut.

3. Kacau hingga sebati.
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
4. Masukkan ais ketul supaya koktel menjadi sejuk so that bertambah sedap! (p/s: jangan masukkan ais ketul awal-awal ye)

Siap untuk dihidang!

Air koktail ni syok kalau buat time ramai orang ada. Time majlis ke, party ke, open house ke, time saudara mara datang rumah ke, time raya, time semua berkumpul.. memang best!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Koktel Buah siap untuk dihidang!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
siapa yang nakkk air koktail buah ni? meh cawan hehehe
Boleh adjust berapa banyak susu pekat kita nak masuk. ikut suka kita nak masuk banyak mana. Kalau jenis yang tak suka manis sangat, boleh kurangkan. Kalau jenis suka manis sweet sweet, boleh banyakkan. No problem.

Haritu kakyong masukkan setengah tin susu pekat pun rasa perghhh dah manis ngatttt. Yelaaa sebab air tin laici + nata de coco dah sedia manis. Ditambah lagi dengan susu pekat, lagi laa bertambah manis. Tapi orang lain suka je air koktel manis-manis. Saya je jenis yang suka tak berapa manis. So, saya ambil air koktel sikit je dan banyak ratah nata de coco hahahaha.

Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Resepi Koktel Buah Mudah dan Sedap!
Tapi ALERT dan WARNING ye.. bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis a.k.a diabetes, dilarang sama sekali minum air koktail buah ni even sesudu pun hahahhaa sebab manis sangat ya rabbi. Kang gula dalam badan naik mendadak, siapa yang susah? Diri sendiri jugaa.

Okay, selamat mencuba!

Daaa~ wassalam :)

UV PV sayidahnapisahdotcom Oktober 2017

$
0
0
Yeayyyy this is the first entri for bulan November ni! Tepuk tangan sikittt hahaha. Okayyy first entri ni moh le kita santai-santai dulu, goyang goyang mata dulu.. ushar berapa UV PV sayidahnapisahdotcom untuk bulan lepas, bulan Oktober. Yang pasti.. tak banyak mana pun hahaha.


UV PV sayidahnapisahdotcom Oktober 2017

UV PV sayidahnapisahdotcom Oktober 2017
UV PV sayidahnapisahdotcom Oktober 2017
Unique visitors (UV) : 54,633
Pageviews (PV): 159,074
Bounce rate (BR): 16.49%
Jumlah entri Oct: 66

Alhamdulillahhhh menaik sikit UV PV berbanding bulan September 2017. Bounce rate pun makin menurun yeayyy! Jumlah entri pun lebih banyak berbanding bulan sebelumnya yeayyy!

Saya nak target 100 entri pada bulan Nov ni tapi macam banyak sangat je kan hahahaha. Takut tak capai target. So, moh le saya target 80 entri untuk bulan ni

Kalau saya tak capai 80 entri bulan ni, korang boleh denda saya. Dendanya? contoh denda macam.. tulis satu entri tips atau petua macam mana nak naikkan trafik blog; sebanyak 500 patah perkataan. Haaa contohnya macam tu lah.

So, korang tulis lah denda apa nak bagi kat saya (di bahagian komen) kalau saya tak update 80 entri bulan Nov ni. Nanti saya pilih satu hehehe.

Okay wish me luck~! Daaa wassalam :)

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

$
0
0

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa


October Book Giveaway by Blog Siqahiqa
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 12 November 2017

Paling suka dan paling teringin nak menang hadiah buku Hati Ini MilikMu - Yasmin Mogahed (versi BM) yang ditawarkan. Perghhh Yasmin Mogahed tu! Mesti besttt gilos hehehe.

Jom laa join siapa yang tak join lagi. Hadiahnya buku + hadiah misteri untuk 2 pemenang. Best tau hee. Rugi tak join. Mana tahu rezeki kita menang ;)

Goodluck! :)

pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa

$
0
0
Okayyyy sayidah napisah. Tajuk entri tu memang dah tak boleh nak seram dan saspens lagi ke? Siap ada suatu malam lagi hahahhaa. Tapi ni kisah benar tau. Bukan kisah rekaan atau fiksyen. This is the real story dan baru je berlaku malam tadi.

Tapi sebelum tuu.. meh saya cerita dulu siapakah student tutor saya tu..Dia adalah seorang student Tingkatan 4; a girl; namanya Sofea. Saya ajar dia subjek Matematik Modern. Dia kata dia lemah dalam maths dan minta saya ajar. Memandangkan final exam nak dekat, saya ajar mana yang saya rasa dia boleh catch up. Sebab kalau nak fikir mana satu topik yang penting, rasanya semua penting dan semua masuk haha. Memandangkan dia lemah matematik, so saya memang memerlukan kesabaran yang tinggi la bila explain kat dia semua haahha. Tapi yang penting, dia bersemangat nak belajar. Thats what I like.

Saya sempat ajar Sofea sekali je. Satu kelas; 2 jam je. Lepas tu dah takde. mungkin family dia atau dia ada hal tak boleh nak pergi kelas until peperiksaan akhir. Saya pun okay je lah. Takkan nak paksa paksa kan heee.


pada suatu malam, mak kepada Sofea whatsapp saya.. berdebar rasa


Okay ni bukan kisah hantu mahupun tahyul ye sampai saya rasa nak berdebar hahaha. Tapi, disebabkan permulaan perbualan tersebut lah saya rasa dup dap dup dap.

"Assalam. 

Busy ke"

Perghhh pertanyaan apakah itu? hahaha. Serius .. sejurus selepas saya baca tu, saya rasa berdebar la juga. Saya fikir "apa laa salah saya" sampai mak Sofea tiba-tiba tanya macam tu.

Bukannya tak biasa mak kepada student-student saya whatsapp saya.. cuma kali ni persoalan tu macam tak mesra alam kan hahahaha. Macam nak cari gaduh pun ada juga. Tapi saya balas jelah.

So ni perbualan antara saya dengan mak Sofea (kak hayati):



"Assalam.
-- Busy ke"

"Wassalam.
Kenapa kak
Hehe"


"Nak bagi tahu dan nak share.
-- Exam akhir tahun, math sofea lulus.. alhamdulillah ada peningkatan walaupun dapat D..
-- Syukur terima kasih ya sayidah..
-- Walaupun baru sekali belajar dengan sayidah.."


"Wahh iyeke alhamdulillah. 
Tahniah sofea. 
Yang penting tak gagal hehe."


"Tu lah.. bersyukur. dia pun ada meluahkan perasaan.. yang dia faham dan selesa dengan sayidah ajar.. jika diletakkan bintang untuk sayidah.. sofea kata tahap kefahaman dia, apabila sayidah mengajar adalah 4/5 bintang ;)"

pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa
pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp..
pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa
pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp..
Alhamdulillah syukur!

Bukan niat saya untuk berlagak yee, tetapi untuk berkongsi kegembiraan hehe. Nanti bulan 12, lepas cuti sekolah, Sofea akan kembali kelas tusyen dengan saya untuk Maths Modern & Matematik Tambahan Form 5 :)

Saya pun sebenarnya tengah tunggu result UPSR salah sorang student saya (Daniel) yang saya dan dia target A untuk subjek matematik. Sebab sepanjang dia kelas tuition dengan saya, banyak improvement dia. Trial UPSR pun dia dapat B. So moga the real UPSR dia dapat A aminnn hehhee.

Okay itu je nak share kkekeke. 

Daaa~ wassalam :)

pada suatu malam, mak kepada student tutor saya whatsapp.. berdebar rasa
hire me as math/ addmath Tutor (Seremban) -- sekolah rendah, menengah, matrik, kolej, universiti degree

Segment Thank You, 200,000 Visitors

$
0
0

Segment Thank You, 200,000 Visitors


Segment Thank You, 200,000 Visitors
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 2 November 2017

6 Resepi Bubur Manis - Pulut Hitam, Durian, Sagu, Chacha, Somsom, Nangka Keladi

$
0
0
Apabila tekak terasa ingin makan sesuatu yang manis selalunya bubur manis sering menjadi pilihan. Sesuai dijadikan sajian pencuci mulut, bubur manis juga mempunyai aneka pilihan yang pasti menambat selera. 

Cara penyediaannya yang mudah dan cepat menjadikan sajian bubur manis sebagai pilihan menu yang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Saya kat rumah biasa umi buat bubur labu, pengat pisang, bubur kacang hijau. Memang aummm! hehehhe.


6 Resepi Bubur Manis Pemecah Selera - Pulut Hitam, Durian, Sagu, Chacha, Somsom, Nangka Keladi




1. BUBUR PULUT HITAM
bubur pulut hitam
Resepi Bubur Pulut Hitam | credit image:  iresepi.com
Bahan-bahan:
1 cawan pulut hitam
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
Air secukupnya
Sedikit garam

Cara membuat:
1. Rebus pulut hitan bersama air secukupnya. Ketepikan.
2. Masak gula merah dan gula putih bersama santan cair hingga hancur. Tapis.
3. Masak gula yang telah siap ditapis tadi sekali lagi.
4. Masukkan santan pekat bersama sedikit garan. Kacau rata.
5. Masukkan pulut hitam yang siap direbus dan biarkan masak sebati. Sedia untuk dihidangkan.

2. BUBUR DURIAN
bubur durian
resepi bubur durian | credit image: kakinakl.wordpress.com
Bahan-bahan:
2 cawan air
1 kotak santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan | disimpul
Sedikit garam
5 ulas durian
2 sudu besar tepung gandum

Cara membuat:
1. Satukan air bersama santan pekat, gula pasir, daun pandan dan sedikit garam di dalam periuk.
2. Masukkan isi durian dan sedikit tepung gandum.
3. Gaulkan rata dan kacau sentiasa.
4. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Angkat dan hidangkan.

3. BUBUR SAGU
bubur sagu
Resepi Bubur Sagu | credit image: IntanBerliaN
Bahan-bahan:
1 cawan sagu | direndam
150 ml air
3 sudu besar gula pasir
Sedikit pewarna hijau

Bahan kuah:
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir

Cara membuat:
1. Satukan sagu bersama air, gula pasir dan sedikit pewarna hijau sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
3. Biarkan sejuk dan potong empat segi kecil. Ketepikan.
4. Satukan santan bersama air dan gula pasir di dalam periuk. Biarkan hancur.
5. Kacau sentiasa dan masukkan sagu yang siap dipotong. Biarkan mendidih dan angkat. Hidangkan.

4. BUBUR SOM SOM
bubur som som
Resepi Bubur Som som | credit image: jintan-manis.blogspot.com
Bahan sirap gula merah:
3/4 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1/2 cawan air

Bahan som som:
1 cawan tepung beras
4 cawan santan pekat
3 sudu besar gula pasir
Sedikit garam

Cara membuat:
1. Satukan semua bahan sirap gula merah ke dalam periuk dan biarkan sehingga gula hancur. Tapis.
2. Untuk som som.. satukan tepung beras, santan pekat, gula pasir dan garam secukupnya dan kacau sehingga pekat di atas api kecil.
3. Apabila pekat, tuangkan ke dalam mangkuk kaca dan biarkan sejuk.
4. Hidangkan bersama sirap gula merah yang telah siap dimasak tadi.

Related search: resepi bubur som som, resepi bubur som som lembut, resepi bubur som som sukatan cawan, resepi bubur som som santan, resepi bubur som som sedap.

5. BUBUR NANGKA KELADI
bubur nangka keladi
Resepi Bubur Nangka | credit image: www.rasa.my
Bahan-bahan:
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
Sedikit garam
3 helai daun pandan | disimpul
5 ketul keladi | dipotong kecil
8 ulas isi nangka | dihiris kecil
2 sudu besar sagu | direbus hingga kembang

Cara memasak:
1. Campurkan air bersama santan pekat, garam dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Kacau rata dan masukkan keladi bersama nangka.
3. Sentiasa kacau hingga mendidih.
4. Masukkan sagu dan biarkan mendidih.
5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

6. BUBUR CHACHA SAGU
bubur chacha sagu
Resepi Bubur Cha cha | credit image: nusha1706.blogspot.com
Bahan-bahan:
2 cawan chacha kering
1/2 cawan biji sagu | direbus sehingga kembang
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
3 helai daun pandan | disimpul

Cara memasak:
1. Rebus chacha sehingga empuk dengan air secukupnya. Toskan.
2. Rebus biji sagu sehingga kembang kemudian toskan. Ketepikan.


all of these recipes - full credit to akhbar Sinar Harian; ruangan wow!rasa :)


Selamat mencuba! :)

total pageviews blog dah melepasi 5,000,000 !

$
0
0
Assalamualaikum semua~! Okay just a quick and short entry. I just want to share that blog saya yang pinky pinky ni dah cecah 5,000,000 pageviews! Yeayyyy! Tepuk tangan cikeddd. Alhamdulillah syukur. Hhehe. Rasa macam kejap je, haritu awal bulan Julai saya update entri pageviews blog cecah 4 juta. Pejam celik pejam celik pejam celik, aik dah 5 juta. Thank you Allah :)


total pageviews blog dah melepasi 5,000,000

Ni total pageviews blog sayidahnapisahdotcom yang saya screenshot petang semalam:
total pageviews blog dah melepasi 5,000,000 !
total pageviews blog dah melepasi 5,000,000 !
Kalau nak diikutkan kronologi PV blog saya acewahhh..

pageviews 2 juta - 21 Ogos 2016
pageviews 3 juta - 20 Februari 2017
pageviews 4 juta - 18 Julai 2017
pageviews 5 juta - 1 November 2017

Wahhh ada peningkatan! Dari 4,000,000 PV ke 5,000,000 PV hanya mengambil masa 3 bulan lebih sahaja. Lebih singkat berbanding sebelumnya. Alhamdulillah hehehe.

Lepas ni target 6 juta pulak Sayidah! haiyak! Chaiyok! hehehe.

Okay daaa~ wassalam :)

BACA JUGA:





“Kau yang dulu bukan yang sekarang” - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mesti kenal kan siapa Ustaz Pahrol Mohamad Juoi? Beliau ialah salah seorang ustaz yang saya hormati dan segani. Kata-kata beliau tak pernah tak best haha. Ceramah beliau pun tak pernah lah nak rasa boring ke apa. Rasa menusuk ke hati je semua. Pagi tadi saya ada baca the latest entri Ustaz Pahrol di blog beliau, bertajuk KAYA HARTA MISKIN JIWA.

Ayat pertama dan kedua entri tersebut pun dah memanggil-manggil saya untuk meneruskan pembacaan. Ayat first dan second nya adalah: "Kita tidak akan mendapat dua perkara pada satu-satu masa. Apabila kita mendapat sesuatu, maka kita akan kehilangan sesuatu yang lain."

Perghhhhhhh best betul ayat tu hahaha. So, point saya sekarang ni haha sebenarnya... saya nak share isi kandungan artikel tersebut. Sebab memang best dan sangat bermanfaat. Saya hampir menitiskan air mata di akhir penulisan beliau.

#muhasabahdiri


“Kau yang dulu bukan yang sekarang” - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

“Kau yang dulu bukan yang sekarang” - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Artikel penuh Ustaz Pahrol:

tajuk: KAYA HARTA MISKIN JIWA

Kita tidak akan mendapat dua perkara pada satu-satu masa. Apabila kita mendapat sesuatu, maka kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Justeru pastikan apa yang kita dapat lebih berharga berbanding apa yang kita hilang. Itulah yang sering dipesankan oleh ahli hikmah. Pesanan tentang kehidupan. Itulah inti permasalahan yang saya bincangkan bersama seorang sahabat lama beberapa bulan yang lalu.

Sepi Dalam Kesibukan

Sungguh, dia kelihatan berbeza sekali hari itu. Sinar matanya yang dulu bercahaya kini redup. Pakaiannya walaupun daripada jenama yang mahal agak kusut. Rambut di bahagian hadapan kepalanya kian jarang. Hampir botak. Dia memang kelihatan lebih kaya, tetapi kehilangan gaya.

“Aku sibuk sungguh tiga empat tahun kebelakangan ini. Perniagaan menjadi-jadi.  Aku semakin diburu masa,” katanya terus terang.

“Sudah lama kita tidak bertemu,” tingkah saya perlahan.

“Bukan kau seorang sahaja, ramai rakan baik aku yang lain pun tidak dapat aku temui. Sibuk.”

“Kau okey?” tanya saya pendek.

Dia diam. Diam yang panjang.

“Tidak tahulah, okey ke tidak.”

Dengan jawapan itu saya tahu dia keliru. Mungkin terlalu keliru sekarang.

“Mesti okey. Rumah-rumah, kereta-kereta dan harta yang kau kumpul sekarang sudah cukup untuk diwariskan kepada anak-anak,” ujar saya.

“Ikut aku belum lagi. Aku mahu cucu-cucu aku juga menikmati harta peninggalanku. Aku mesti berniaga lebih gigih lagi.”

“Baguslah, kita bekerja atau berniaga seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi,” dorong saya.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini aku kesepian.”

“Kesepian dalam kesibukan? Mana mungkin.”

“Betul. Aku rasa semakin keseorangan.”

“Bukankah rakan-rakan perniagaan kau banyak? Urusan perniagaan kau pun sering membuka ruang untuk keluar negara. Keseorangan, apa maksudmu?”

“Aku tidak ada rakan-rakan seperti kau. Boleh berbual-bual tentang diri, anak-anak dan lain-lain perkara yang lebih intim sifatnya.”

Saya terus menjadi pendengar. Biar dia meluahkan. Sudah jarang sekali saya bertemu dengannya. Hampir setahun tidak bertemu walaupun jarak rumah kami tidaklah begitu jauh. Dia jarang di rumah. Sering ke luar negara dan berada di luar kawasan mengurus perniagaan.

Dulu Lain, Sekarang Lain

“Tidak mengapa, berbual-bual soal perniagaan pun banyak baiknya. Keuntungan bertambah,” gurau saya.

“Kau lihat aku bagaimana sekarang?” tanyanya tiba-tiba.

“Lihat yang bagaimana?” balas saya.

“Terus terang sahaja. Aku yang sekarang dan aku yang dulu. Ada perbezaannya?”

“Kau yang dulu bukan yang sekarang,” ujar saya masih bergurau.

Dia ketawa. Mungkin teringat lirik lagu nyanyian Tegar.

“Terus terang, bagaimana aku sekarang?”

“Kau lebih kaya. Lebih berjaya. Kau jauh meninggalkan aku daripada segi harta.”

“Bukan itu maksud aku, tetapi soal lain. Ketepikan soal rumah, tanah, kereta dan aset. Aku mahu kau nilai aku sebagai manusia, seorang sahabat, seorang yang seperti kau kenal dulu,” pintanya terus terang.

“Kau berubah.”

Akhirnya saya bersuara. Saya perlu jujur dalam bersahabat. Dia mendesak dan itulah sewajarnya saya luahkan. Sahabat bukan seorang yang hanya berkata yang manis-manis, tetapi sanggup berkata benar walaupun pahit.

“Kau berubah. Wajahmu tidak seceria dulu. Tutur katamu pun semakin kaku. Tidak selunak dulu; lembut, dekat dan mesra. Sekarang kata-katamu agak keras, pendek dan mengarah. Dulu kau banyak memujuk, sentimental dan meraikan. Kini kau semakin formal.”

Dia terkejut. Matanya merenung mata saya dengan tajam. Tersinggung? Biarlah, kata saya dalam hati. Saya tidak punya apa-apa kepentingan selain menjaga hak bersahabat. Dia berhak mendapat kebenaran. Mungkin itu yang semakin kurang didengarnya.

Ya, betapa ramai orang yang berjaya dan berada di atas rosak peribadinya dek kata-kata yang hanya memuji, memuja dan mengampu daripada bawahannya. Betapa ramai atasan keliru antara kesetiaan dengan sikap mengampu bawahannya.

“Salahkah aku menjadi kaya?” soalnya. Kali ini dia mula menyuarakan kekeliruannya.

Tetapi saya mula tersenyum. Selalunya kita diterjah oleh soalan “kalau aku kaya”, tetapi sekarang “salahkah aku jadi kaya?”

Pengorbanan Untuk Kaya

“Untuk jadi kaya kau tentu telah banyak berkorban,” kata saya tanpa menjawab soalannya.

“Ya, aku telah banyak berkorban masa, tenaga dan lain-lain,” akuinya.

“Itu biasa. Setiap yang diburu pasti ada harganya. Tetapi mungkin harga yang kau bayar terlalu mahal.”

“Maksud kau?”

“Kau kehilangan masa bersantai dengan kawan-kawan, melakukan aktiviti yang menyegarkan dan ceria seperti dulu.”

“Maksud kau lepak-lepak di masjid, berekreasi dengan kawan-kawan, menanam pokok-pokok bunga dan menjala ikan di sungai?”

Saya mengangguk kepala.

“Itu aku akui. Aku tidak ada masa lapang.”

“Mungkin kau perlu melapangkan masa,” tegur saya.

Dia diam. Merenung jauh. Jiwa sentimentalnya mula terserlah kembali. Itulah wajah sahabat yang sering mengalirkan air mata apabila kami berbual tentang cita-cita, harapan, kehidupan, kematian, solat, zikir dan hal isteri dan anak-anak.

“Untuk apa kau cari harta?” terjah saya.

“Untuk kesenangan.”

“Walaupun terpaksa mengorbankan sedikit ketenangan?”

“Pada aku kesenangan itulah memberi ketenangan.”

“Jadi mengapa kau menoleh ke belakang? Teruskanlah mara ke hadapan.”

“Sesekali aku dilanda jemu dan sedikit keliru.”

Saya senyum. Ingin saya katakan, jangan cuba-cuba membeli ketenangan dengan kesenangan. Kualiti jiwa tidak akan dapat diganti oleh kuantiti harta.

“Kejemuan, kesepian dan kekeliruan itu adalah satu isyarat.”

“Isyarat? Maksud kau?”

“Isyarat untuk kau berfikir dan bermuhasabah kembali.”

“Itulah sebabnya aku bertemu dengan kau sekarang. Kita sering bermuhasabah. Kau seorang yang berani bercakap benar sejak dulu. Aku menunggu saat ini sahabat,” katanya berterus terang. Dia semakin sentimental. Matanya berkaca.

“Setahun terlalu lama. Dekat tetapi jauh.” Kali ini saya pula terus-terang.

Memang saya juga terasa sedih melihat sahabat rapat yang sudah menjarak. Setahun terlalu lama, dan jarak rumah antara kami yang hanya puluhan kilometer itu tidak jauh sebenarnya. Mungkin semua itu kerana jaraknya hati. Namun alhamdulillah, kini jarak hati itu terasa ingin rapat kembali. Asas persahabatan yang terbina puluhan tahun sejak di universiti dulu masih kukuh. Pangkal persahabatan yang kukuh itu kini dirujuk kembali.

“Bantu aku bermuhasabah,” pintanya.

“Mencari kekayaan sesuatu yang tidak ada penghujungnya. Terutamanya apabila RM 1 juta sudah dimiliki. Peluang akan semakin terbuka, jalan semakin jelas. Dua, tiga juta yang kedua akan menjadi semakin mudah. Pada waktu itu kita seolah-olah kita sudah jadi ‘King Midas’. Apa yang disentuh semuanya menjadi emas,” jelas saya.

“Ya, ya. Benar. Mengapa kau begitu arif? Kau pernah berada di tahap itu?”

“Aku hanya belajar daripada orang yang arif,” pintas saya.

“Aku berada di tahap itu sekarang,” katanya terus terang.

Dilema Seorang Jutawan

“Pada ketika itulah kau berada di satu persimpangan, untuk menjadi lebih kaya dengan pecutan yang semakin laju tanpa menoleh ke belakang lagi. Atau memperlahankan sedikit pecutan untuk menilai kembali apa yang telah kau tertinggal.”

“Aku rasa ada yang aku tertinggal. Maksudnya, ada perkara yang telah aku korbankan.”

“Berbaloikah pengorbanan kau?”

“Maksud kau?”

“Apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat dua perkara pada satu masa yang sama.”

“Jadi?”

“Pastikan apa yang kau dapat lebih berharga berbanding apa yang kau hilang.”

“Apa yang aku hilang? Aku punya kawan-kawan baharu. Aku punya gaya hidup yang baharu. Rumah, kereta dan rutin hidup yang baharu.”

“Kau gembira? Kau puas dengan semua yang baharu itu?”

Dia tersentak. Matanya terjegil sedikit.

“Harta yang melimpah tetapi disertai kesibukan. Rumah yang besar tanpa kesantaian. Kawan baharu menghampir, kawan lama meminggir. Serius, fokus sepanjang waktu tanpa gurauan dan ketawa yang menghiburkan. Sahabatku, sangat sukar memburu kesenangan tanpa kehilangan ketenangan.”

“Jadi kau rasa aku berubah?”

“Ya, kau berubah.”

“Berubah ke arah yang lebih buruk atau baik?”

“Terpulang. Buruk atau baik terpulang pada tafsiran dan pilihan kau. Tetapi yang pasti kau tidak akan dapat semua.”

“Apakah nasihat kau?”

“Pecutlah terus ke hadapan. Tetapi sebelum itu lihat apa yang telah tertinggal. Kutip semula apa yang telah tercicir tetapi sangat berharga. Jadilah jutawan yang tidak kehilangan keceriaan, kesantaian, senyuman, ketawa dan masa lapang.

Carilah semula sahabat-sahabat lama. Ziarah yang sakit, penuhi undangan, hadir pada hari kematian untuk solat jenazah dan akhirnya ke pusara sebagai penghormatan terakhir. Jangan memburu duit sehingga tidak sempat menikmati duit. Jangan kau katakan kekayaan ini untuk ummah jika dalam pemburuannya kau alpa menunaikan hak kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan.”

“Wah, panjang nasihatmu.”

Saya memeluk dan merenung matanya. Mata kami sama-sama basah dan berkaca. Air mata mengalir tanpa sedar. Sama-sama kami jadi sentimental seperti masa lalu. Pada ketika itulah saya bisikan ke telinga, “…panjang, sebab aku menyimpannya sejak setahun yang lalu!”


kaya harta miskin jiwa
“Kau yang dulu bukan yang sekarang” - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

puisi #33 ganti

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #33 ganti

puisi #33 ganti

Kelmarin aku bisik pada Tuhan
Minta dipulangkan hati pecah semalam
Minta dipulangkan jiwa rompong semalam
Minta diberikan sisa nyawa semalam
Yang tersia-siakan oleh sang pengkejam

Hari ini Dia pulangkan kembali
Dalam satu jasad,
iaitu kamu.

-unknown


p/s: selamat malam! :)

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

$
0
0

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler


Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 20 November 2017

Salam hi semua!

Dah lama rasanya tak buat GA. So kali ni aku nak open lagi GA untuk semua blogger yang sudi singgah..Nak memeriahkan lagi blog aku yang agak sunyi sepi sebab jarang update, sejak akhir-akhir ni... huhu

GA aku simple jer yer..

Nak join, follow syarat berikut;

1. Follow fb saya. Klik button dibawah ni,
  
2. Follow blog AkuSeorangTraveler

3. Like page @kedaiom

4. Buat entry dalam blog korang, bertajuk "Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler"

5. Copy banner dibawah, dan link kan sekali post ini di blog korang.


6. Repost entri ini dan tinggalkan url post anda di ruangan komen kat bawah ni.

Hadiah-hadiah nya!

3x Pemenang, Topup RM10 setiap sorang
2x Pemenang, Topup RM5 setiap sorang
2x Pemenang, sebuah buku terpilih setiap sorang
2x Pemenang, **Tunggu 2 tambahan lagi hadiah!

Tarikh tutup: 20 November 2017

Good luck semua!

P/S: Yang mana sy dapat follow dekat fb, saya follow! :) Then yang mana yang sy tak invite, pun boleh join, sangat di alu-alu kan :D

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

$
0
0

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN


GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 20 November 2017


Macam mana saya boleh berkenalan dengan blog kak mia? Melalui giveaway MiaKassim.com 10 tahun ni! Hehe. Tapi saya dah lama follow blog kak mia cuma mengenali lebih rapat adalah bila join giveaway ni. So, thanks to giveaway ni, saya acknowledge blog kak mia & diri kak mia sendiri (follow ig).

Overall, blog kak mia nice. Biru hitam putih gituwww. Speed loading blog pun okay. Tak lembab, tak lambat. Hehe.

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?

$
0
0
Siapa yang tak kenal lagi Spray Ajaib Biobax ni? Dah pernah masuk televisyen, akhbar-akhbar. Dipuji keberkesanannya oleh Irene Nadia, Heliza Helmi dan yang terbaru Nora Danish yang sedang mengandung. Memang best tau spray ajaib biobax ni! Kenapa best? Meh saya cerita sikitt hehe.


Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
- wangi dan tidak berbau ubat
- tanpa bahan kimia (100% organik)
- mesra ibu mengandung
- mesra wuduk
- mesra umrah
- halal JAKIM
- lulus KKM
- berangin dan rasa panas yang sedap
- hanya spray dan sapu - kesan positif seawal 3 minit!



Pelbagai testimoni berkesan selepas menggunakan spray ajaib biobax:


1. GUNA SEMASA UMRAH

- selepas puan spray biobax ni ada perubahan ke?

- iye. terasa lega lepas pakai. 1 botol dah habis. asyik sakit pinggang je. lenguh-lenguh kaki pun saya sapu. sapu 1 badan da tu yang cepat habis. pergi umrah baru-baru ni tu yang satu badan tu. balik dari masjid terus spray je, baru lega.

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
2. TAK WAS-WAS GUNA BIOBAX DI BULAN RAMADHAN NI!

- saya pn Nina pengguna biobax. saya nak bagi feedback tentang produk ni. Alhamdulillah kandungan saya dah masuk 7 bulan. So, dah selalu sakit belakang, badan, peha dan betis. Tambah pula dengan puasa, badan jadi banyak angin.. so saya sangat kerap guna biobax ramadhan ni.

Sebelum tidur memang suami akan sapu dan urut minor.. keluar lah semua angin-angin. Bila nak bangun siapkan makanan sahur dah tak ada masalah sakit-sakit badan. Segar je badan lepas dah kena urut dan sapu biobax.. dengan izin Allah.

Tak was-was guna biobax walaupun dia macam minyak angin.. bau pun sedap.. thanks sebab jadi trusted seller. nanti dah habis saya akan repeat order lagi.

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
3. LEPAS 10 MINIT SAKIT PINGGANG TERUS HILANG!

- saya dah guna memang berkesan. saya preggy 5 bulan. sembur kat belakang pinggang dalam 10 minit terus hilang.

- sebelum guna biobax sis rasa macam mana? sis spray kat mana lagi ye?

- kat pinggang je sis. saya ni suri rumah sepenuh masa. selalu sakit belakang pinggang ni. lepas spray je biobax ni dalam 10 minit hilang dah. ni nak beli satu botol lagi.

- alhamdulillah. dapat bantu sis :)

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
4. MEMANG BEST! TIDUR LENA, DAH TAKDE SAKIT BELAKANG

- assalam sis.. saya dah cuba guna produk tu. memang best la.. tido pun lena sebab takde dah sakit-sakit belakang. kalau tak..nak ngiring ke kiri kanan pun sakit.

- waalaikumussalam. alhamdulillah biobax dapat puan :) puan spray kat mana ya?

- kat belakang dengan kat lutut.

- selepas puan spray kat bahagian tu memang ada perubahan ke?

- aha.. takde dah rasa sakit sakit ke apa. rasa sejuk je.. berangin.

- alhamdulillah puan :) nanti kalau ada kawan ada masalah macam puan.. puan boleh rekomen pakai

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
5. PINGGANG AYAH DAH TAK LENGUH!

- Alhamdulillah, malam tadi ayah tidur lena. Bangun pagi ni ayah mintak sapu lagi. Memang puas hati. Ayah cakap malam tadi langsung tak rasa lenguh. Ayah niny pesakit saraf dah lebih 10 tahun. Setiap malam tidur asyik sedar-sedar lenguh lenguh. Asalkan ayah dapat tidur lena. Kalau tak lena, kesian jugak ummi pun sedar sedar jadi tak cukup tidur kena urut-urut kaki ayah.

- Alhamdulillah syukur bila mendengar Feedback begini.

- Alhamdulillah.. Niny sapu dari belakang lutut hingga buku lali. Pastu kat tulang pinggang. sebab ayah saraf disebabkan tulang pinggang berselisih.

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
6. BIOBAX INI MUJARAB, TAK MENYESAL BELI!

-Assalamualaikum sis. barang dah sampai semalam. just nak share saya bulan depan dah nak bersalin memula fikir macam rugi je kalau beli sebab sakit pinggang mostly time preggy je. tapi sebab tak tahan dan tengok testimoni macam tak menyesal. ubat ni macam magic. harini boleh jalan dan bangun katil senang sangat still ada sakit tapi kurang banyak. thanks for introducing this medication.. husband PID teruk pun kata ubat ni mujarab.

- waalaikumussalam. Alhamdulillah sampai :) puan spray kat mana ya biobax ni?

- kat tulang pinggul dengan kat belakang pinggang

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
7. "MAK SAYA SUKA PAKAI. SAKIT LUTUT BOLEH SEMBUH"

- Assalamualaikum mira.. boleh bagi feedback tentang penggunaan Biobax?

- wksalam. alhamdulillah okay. mak saya suka pakai. siap suruh beli satu botol lagi. kalau lenguh-lenguh pakai sedap je rasa.

- alhamdulillah.. biasanya mak ira lenguh di bahagian mana?

- bahagian kaki , kadang-kadang pinggang. nak solat kadang sakit lutut.

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
8. MASA DALAM WAD PUN GUNA!

- Saya tak sihat ni still alahan lagi tu muka pucat.

- laa ya ke

- 2 kali masuk hospital admit wad sebab hyprem. masa dalam wad guna biobax. nurse tanya guna spray ni ok ka. saya cakap ok.. best sangat.

- wahh. nurse pon tanya ya?

- yup. spray dok sebelah bantal je.

- hihi.. alhamdulillah sampai bawa tidur ya.

Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Mengapa Anda Harus Memiliki Spray Ajaib Biobax Ini?
Harga 1 botol Biobax? -- RM80 (Semenanjung Malaysia), RM85 (Sabah Sarawak)

p/s: 1 botol biobax = 50ml

Kalau beli 2 atau 3 botol Biobax ada diskaun tak? -- eh, mestilah ada. 
2botol Biobax RM150 (Semenanjung), RM155 (Sabah Sarawak)
3 botol Biobax RM225 (SM), RM230 (SS)

Berminat nak order? Nak try? Mahu beli?
-- Boleh contact atau whatsapp saya di nombor hp 0172008642. 
-- COD area Seremban.


Daaa~ wassalam! :)
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live