Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

puisi #28 membunuh mimpi

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #28 membunuh mimpi

puisi #28 membunuh mimpi

Usiamu menghampiri sunti dara
mengibarkan rasa di selendang sutera
menyembunyikan malu di bilik terkunci
diselubungi rindu lagu dan tari
seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah kerana itulah mimpi.

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah
tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
terasing di cermin kenyataan
kehidupan yang ganas dan kejam.

Sunti daraku,
jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah
yang kini kubenci sebab begitu lemah
selamanya mimpiku hidup itu serba indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakku
kau membunuh segala palsu
lagu dan rindu
yang selalu menipumu.

Dapatkan keberanian hidup baru
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu

Nukilan: Usman Awang, 1987



Cikgu restock 3 botol Biobax (COD Seremban)

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera uols~! Sabtu lepas ada seorang cikgu restock 3 botol biobax dari saya! Ohh beliau bukan cikgu sekolah saya ye, tetapi acik ni kerjanya adalah seorang cikgu hehehe. Acik ni mula-mula call kata nak restock dua botol. Tapi bila dah jumpa, saya promote la kata kalau beli 3 botol biobax lagi banyak murah sebab ada diskaun. Memandangkan sebelum ni beliau pernah beli satu botol dan sangat berkesan, beliau pun bersetuju untuk re-stok 3 botol sekaligus! Alhamdulillah :)

Cikgu restock 3 botol Biobax (COD Seremban)

Cikgu restock 3 botol Biobax (COD Seremban)
Cikgu restock 3 botol Biobax (COD Seremban)
Acik ni duduk Seremban juga, tak jauh dari rumah saya. Jadi, COD jelah hehe. Selepas dah bertukar kotak Biobax dan duit, saya minta acik posing sikit dengan biobax. Nasib baik beliau setuju. Sporting habis! Haha.

Oh, acik ni cerita lagi.. biobax yang sebelum ni beliau beli telah suami beliau bawa dan guna di Mekah sana. Alhamdulillahh, biobax berkesan melegakan sakit ketika menunaikan umrah!

Alkisahhh, mak kepada acik ni jatuh di rumah. Cerita secara details macam mana boleh jatuh tu tak ada lah saya tahu.. Tapi selepas jatuh tu, tempat yang jatuh tu bengkak besar. Maybe jatuh kuat sangat kot. Acik ni teringat la kat biobax dan bercadang untuk guna. Unfrotunately, stok kat rumah pula dah  takdok. Tu yang datang beli kat saya. 

Kat rumah saya memang sentiasa ada stok. Kebetulan, saya baru je restock 10 botol biobax baru-baru ni. Hehehe.

Cikgu restock 3 botol Biobax (COD Seremban)
Stok botol Biobax di rumah saya
Biobax Cool Theraphy berfungsi dan bertindak sebagai:

- penawar sakit lutut
- penawar resdung
- penawar sakit pinggang
- penawar sakit belakang
- penawar sakit sendi
- penawar gout
- penawar kebas kebas
- penawarlenguhbadan
- penawar sakit tapak kaki
- penawar selesema
- penawar sakit perut
- kejang
- terseliuh
- gusi bengkak

biobax spray
Botol Biobax - spray, sapu & sembuh!
Harga biobax: 
1 botol RM80, 2 botol RM150, 3 botol RM225 (Semenanjung Malaysia)
1 botol RM85, 2 botol RM155, 3 botol RM230 (Sabah Sarawak)

Siapa yang berminat nak try biobax, boleh whatsapp/contact saya 0172008642 untuk order. COD Seremban area.

Daaa~ wassalam~ :)

Merdu & Unik Lagu Hannah Delisha - Esok Masih Ada

$
0
0
Siapa tak kenal penyanyi dan pelakon Hannah Delisha ni? Habaq mai sikittt siapa yang tak kenaii haha. Sebenarnya saya tak tahu pun Hannah Delisha adalah dari Akademi Fantasia (AF). Saya kenal pun sebab dia adalah heroin drama Mencintaimu Mr. Photographer. Then, haritu saya ada dengar dia nyanyi live di satu rancangan hiburan, menyanyi lagu Jampi dengan Hael Husaini. Serius best gilos suara dia! Saya betul-betul tertarik dengan suara dia time tu. Lantang, unik dan stabil. Ada sikit je dia lari pitching. Normal la kan bila live. Tapi most of the time, suara dia smooth je. Kagum!

Merdu & Unik Lagu Hannah Delisha - Esok Masih Ada

Merdu & Unik Lagu Hannah Delisha - Esok Masih Ada
Merdu & Unik Lagu Hannah Delisha - Esok Masih Ada
Dan hoyeahhhh! Terjumpa official Music Video (MV) yang baru je di-release lima hari yang lepas. As expected, lagu Esok Masih Ada ni sangat sangat memukau! Dengan vokal Hannah yang tinggi dan merdu + melodi lagu yang seakan misteri dan beralun-alun.. hasilnya superb!

Hannah Delisha - Esok Masih Ada [Official MV di Youtube]



Lirik Lagu Esok Masih Ada - Hannah Delisha

Sempurna
Apakah maknanya?
Mungkin sekadar rasa yang dijanji
Seketika

Cinta ku
Benar untuk dia
Namun apakah sudahnya bersama?

pre
Hadirnya rindu ini
Akhirnya ku mengerti
Bayang kenangan kita berdua
Di ruang ini
Cinta ku bertemu

chorus
Mengertilah 
kasih kita sempurna,
Biar masa terhenti,
Rinduku masih ada,
Walau malam berganti,
Bahagia menanti lena mu,
Kerna esok diriku masih ada..

Percaya
Terukir takdirnya
Bukannya dusta 
cinta ku untuk mu
Selamanya

Pre
Chorus

Dalam hilang ku cari
Setia ku berjanji
Jiwa kita bersama
Kasihku dikau segala

Chorus

Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok diriku masih ada
Kerna esok driiku masih ada
Kerna esok driiku masih ada

Komposer: Akir Hyper Act
Penulis lirik: Frozen

Merdu & Unik Lagu Hannah Delisha - Esok Masih Ada
Merdu & Unik Lagu Hannah Delisha - Esok Masih Ada
Actually, ada some part dalam lagu Esok Masih Ada ni saya rasa suara Hannah macam suara Francissca Peter. Alaaa Francissca Peter yang penyanyi lama tuu.. yang terkenal dengan lagu Sekadar Di Pinggiran suatu masa dulu tu. Kenal kan? Haaa.. saya rasa ada persamaan suara high tone Hannah dengan Francissca. Sikit la hehe.

Apa-apa pun, thumbs up lagu baru Hannah Delisha ni!

Okay daa~ wassalam :)

Tip bibir merah jambu dan segar

$
0
0
Siapa yang tak mahu bibir merah jambu kan? Perempuan mahupun lelaki, semuanya idamkan bibir merah jambu dan segar bugar tanpa bantuan lipstick. So, here we are...


3 tip bibir merah jambu dan segar

Tip bibir merah jambu dan segar
Tip bibir merah jambu dan segar | credit: weheartit.com
1.Campurkan satu sudu makan madu dan serbuk penaik dan oleskan ke bibir. Biarkan selama 10 minit, kemudian basuh bibir dengan air suam.

2.Gunakan campuran satu sudu makan gula pasir dan campurkan dengan setengah sudu makan air. Gosok perlahan bibir dengan campuran ini untuk meninggalkan sel mati. Kemudian, biarkan selama 5 minit untuk mencerahkan warna semula jadi bibir.

3. Gunakan jus lemon. Ambil 5 titis jus lemon dan campurkan dengan titis gliserin. Oleskan campuran ini ke bibir, biarkan kering selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.

p/s: tiga tips yang saya kongsikan di atas ini saya dapat dari akhbar.


No.3 tu saya pernah dengar, tapi petua semula jadi no. 1 dan 2 tu baru saya tahu hahaha.

No.3 tu saya pernah cuba tapi tak sempurna. Sebabnya.. saya hanya titiskan jus lemon di bibir tapi tak campurkan dengan gliserin. Iyelah saya tak tahu masa tu. Lagipun, gliserin memang tak wujud kat rumah saya, so what did you expect? Hahaha. Tapi takpelah, jus lemon sahaja pun boleh kot tapi hasilnya tak secepat bila campur dengan gliserin la kan. Heehe.

Korang pula, pernah buat yang nombor berapa? Atau ada tip lain?

:)

kenapa dilarang meniup makanan/ minuman panas? here's the reason why..

$
0
0
Kalau makanan yang kita nak makan tu panas, apa yang biasa kita akan buat untuk sejukkan makanan panas tersebut? Kalau kita nak minuman panas tu cepat sejuk, apa yang biasa kita buat? Kita tiup betul tak? Pernah tak sebelum ni ada orang larang supaya jangan tiup pada makanan/ minuman? Kalau ada, tahukah awak kenapa dan mengapa perbuatan meniup makanan/minuman dilarang sama sekali?


kenapa dilarang meniup makanan/ minuman panas? here's the reason why..

kenapa dilarang meniup makanan/ minuman panas? here's the reason why..

Dulu saya selalu sangat buat tau.. selalu tiup makanan/ minuman panas untuk cepat sejuk, so that cepat la juga boleh makan atau minum. Tapi sejak umi saya melarang saya, saya dah tak buat dah. Sama ada saya akan pasang kipas angin atau self-kipas dengan suratkhabar/paper for cooling it.

Why?

Kenapa tak boleh tiup?


1. Bila kita tiup.. gas apa yang akan keluar dari mulut kita? Yeap! Karbon dioksida (carbon dioxide). Bila kita meniup makanan/minuman, gas karbon dioksida akan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. 

Bagus ke tak makan/minum sesuatu yang mengandungi karbon dioksida? Of course not!

Sebab mengikut sains, manusia mengeluarkan gas karbon dioksida dari mulut dan menyedut gas oksigen ke dalam paru-paru untuk bernafas dengan baik dan sempurna.

Makanya, apabila kita menyedut karbon dioksida, which is melawan arus.. ianya akan effect pada perjalanan nafas udara di dalam badan kita & kesannya pada badan or kesihatan kita sendiri.


2. Saya ada dengar ceramah minggu lepas & perkara ini telah dibincangkan. The main point ustaz tu kata.. Nabi melarang para sahabat untuk bernafas di dalam cawan minuman ketika hendak minum. 

Sebab apa? 

-- Untuk mengelakkan nafas atau bau kurang enak masuk ke dalam cawan minuman. Ini menunjukkan, di dalam Islam sangat menitikberatkan hal kebersihan (hygiene).

kenapa dilarang meniup makanan/ minuman panas? here's the reason why..

Itu adalah dua reason yang saya tahu. So, lepas ni jangan tiup tiup ye ke dalam makanan/minuman! Elakkan kalau boleh hehehe.

Okay daaa~ wassalam :)

Black Roses | Bunga Ros Hitam ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Black Roses | Bunga Ros Hitam ~ Wordless Wednesday


Black Roses | Bunga Ros Hitam ~ Wordless Wednesday
Black Roses | Bunga Ros Hitam
Black Roses | Bunga Ros Hitam ~ Wordless Wednesday
Black Roses | Bunga Ros Hitam
Black Roses | Bunga Ros Hitam ~ Wordless Wednesday
Black Roses | Bunga Ros Hitam
Black Roses | Bunga Ros Hitam ~ Wordless Wednesday
Black Roses | Bunga Ros Hitam
Black roses exist naturally only at Halfeti, Turkey.. SOOO BEAUTIFUL!


credit image: twitter @TheFlowerWorld 

2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC

$
0
0

2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC


2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 30 Oktober 2017

puisi #29 memejamlah sayang

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.



puisi #29 memejamlah sayang

puisi #29 memejamlah sayang
puisi #29
Atau jika kau setuju,
bagaimana jika
kita mengenggam bahagia
seerat mimpi
yang melelapkan tidur malam ini.

Agar kenangan 
tak kembali menyentuh
Atau malah menjadi utuh.

Memejamlah sayang
Entah dengan doa 
seperti apa
Semoga itu baik untukmu

Nukilan: @charlozdaniel 


p/s: Selamat malam! :)

Lirik Lagu OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayyy. Walaupun saya tak berkesempatan lagi nak tengok filem Tombiruo : Penunggu Rimba di pawagam T.T.. tapi saya nak share juga lagu OST Tombiruo : Penunggu Rimba yang sayu, melankolik/ melankolis, mendayu-dayu + suara merdu penyanyi lagu OST Tombiruo (Aina Abdul) yang bertajuk Ribut Hati. Sesuai dengan tajuk lagu, irama dan rentak melodi lagu Tombiruo ni pun boleh bikin ribut perasaan di hati hahahaha. Tapi, best lagu ni! I love it!
Lirik Lagu OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul
ni bukan penyanyi OST tombiruo : Penunggu Rimba, Aina Abdul ye hahaha. ni hero filem Tombiruo : Ejim (lakonan Zul Ariffin)


Lirik Lagu OST Tombiruo : Penunggu Rimba | Ribut Hati - Aina Abdul


Takkan ada yang memahami
Kegelapan yang menyelubungi
Menutupi sinar matahari
Menjagaku
Melindungiku

Namun kan tiba di suatu masa
Terpaksa ku meninggalkan semua
Kegelapan yang sedia ada
Menjagamu lindungimu

Chorus
Dengar bisikkan kasih di hati
Ribut dan hujan takkan abadi
Tenanglah sayangku
Agar hatimu berpandukan cinta

Semua yang jadi ada hikmahnya
Hatiku resah dan tak bermaya
Ketakutan tanpa tujuan
Kau beriku kekuatan

Chorus

kemana jua kita berada
impian yang dikecapi
apapun jua yang kan terjadi
kita bersama berpandukan kasih

tenanglah sayangku
agar hatimu berpandukan cinta

Lirik Lagu OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul
Penyanyi OST TOMBIRUO : PENUNGGU RIMBA | Ribut Hati - Aina Abdul
Saya tak familiar sangat sebenarnya dengan penyanyi Aina Abdul ni. First time saya dengar lagu OST Tombiruo ni di TV pun saya tak cam siapa yang nyanyi. And bila dapat tahu penyanyi yang nyanyi lagu ni pun, saya macam eh siapa Aina Abdul ni?

Siapakah sebenarnya Aina Abdul? Saya ada buat research sikit tentang biodata Aina ni haahhaa.

Nama penuh: Nurul Aina Binti Abdul Ghani

Nama panggilan: Aina

Umur: 21 Tahun

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Pencapaian: Pemenang pingat World Championship of Performing Arts Award 2014 di Hollywood (2014 Senior Grand Champion - Vocalist of the World)

-- Aina merupakan protege Ratu Rock Malaysia, Ella di dalam program Mentor Legend.

Perghhhh pemenang pingat world championship tuuu! Bukan calang-calang! Tak percaya? Boleh rujuk SINI: http://www.wcopa.com/sweden/item/57-2014-winners. Patut lah suara Aina sedap bangat. Menang dalam kategori vokal hehe. 

Dan tak silap saya, Aina ni naib juara Mentor Legend. Harapnya betul lah fakta saya dapat ni hahaha.

Okay itu sahaja, daaa~ wassalam! :)

ada ke orang nak baca blog aku?

$
0
0
Bila dah siap syok-syok tulis entri sesedap rasa ditambah pula dengan perencah emosi.. mesti terfikir "eh ada ke orang nak baca blog aku?". Ataupun tak buat entri pun lagi, tapi duk risau "alaaa ada ke orang nak baca blog aku".. "ada ke orang nak komen entri aku?".. "ada ke orang nak baca kisah dan cerita ku ini huwaaa" - contoh. hahahhaa.


ada ke orang nak baca blog aku?

Itu lah pertanyaan-pertanyaan dan juga kerisauan pada setiap blogger kot kan. Tak tahu lah blogger lain tapi saya lah yang selalu bermonolog dalaman sebegitu rupa hahaha. Kadang-kadang tu dah publish dah pun tapi rasa ragu-ragu "ada ke orang nak buka entri aku ni"dan rasa macam nak delete je entri pada saat tu hahahha. Tapi tak ada la delete betul-betul. 'Rasa macam nak' je. Ehe.

Normal la kan berperasaan begitu. Just a normal feeling for all of us. Tapi jangan lah sampai tak nak buat entri pula. Kita kena ignore je perasaan tu. Lantak la orang nak baca ke taknak, nak komen atau tidak.. yang penting teruskan mengarang entri. Teruskan produce entri-entri yang kita suka nak share, yang kita mahu kongsi pengalaman atau apa-apa jelah. Terus memeriahkan blog kita dengan artikel kita.

ada ke orang nak baca blog aku?

Kekadang kita rasa je macam tak ada orang nak baca blog kita, tapi sebenarnya ada je orang berminat dan menanti-nantikan entri kita setiap hari or setiap minggu. Ada je orang yang memang follow blog kita dari dulu dan ushar perkembangan blog kita. Ada je orang yang duk perhati dari jauh blog kita. Ada je orang yang duk judge setiap entri yang kita hasilkan di blog hahaha.

Yang penting...

stay positive. 
stay motivated.
Keep on writing. 
Do not give up. 
Find your own style.
Believe in yourself.
Betulkan niat.
Teruskan usaha.

Tahu salah apa, perbetulkan.
Tahu kurang kat mana, pertingkatkan.
Tahu teknik dan cara, apply kan.
Tahu kelebihan dan kekuatan kat mana, istiqamah.

Tak tahu ilmu, cari ilmu.
Tak ada semangat nak update entri, seru semangat datang.
Tak ada idea, mulakan dulu menulis.
Tak ada masa? Cari masa.

ada ke orang nak baca blog aku?

Keep remind at ourselves that.. ITS OKAY.

Its okay kalau tak ada orang nak baca blog kita pun. Doesn't matter walaupun IT DOES MATTER actually hahaha. Tapi iyelah.. do you expect setiap entri yang kita tulis akan meletop? Do you expect setiap entri yang kita publish mesti mendapat pageviews yang tinggi?

We don't know which one of our entries yang akan hits betul tak? We can predict but we never know. That's why kena karang je entri. Kalau boleh satu entri setiap hari. Kalau nak tiga entri setiap hari pun lagi digalakkan. Yang penting, jangan biar kosong dan kosong dan bersawang entri kita.

Walaupun kita rasa "ada ke orang nak baca blog aku?".. pedulikan. Ignore it. Pedulikan rasa itu. Atau jadikan rasa itu sebagai satu cabaran buat kita. Take it as a challenge to keep on writing and getting better. Keep istiqamah.

Kalau kita tak update entri kat blog, memang la tak ada orang nak datang blog betul tak?  Jangan salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri jika itu terjadi.

Tapi... kalau kita dah tulis entri setiap hari, tapi tak ada orang pun nak datang baca kat blog kita?
-- Audit balik entri-entri kita dan cara kita market blog kita.
-- Muhasabah :)

ada ke orang nak baca blog aku?

"Kegagalan ialah jambatan kepada kejayaan. Jangan sedih berduka atas kegagalan ya? Be positive, keep hustle and be humble ;D" #TheCEOtips

Alright daaa~ wassalam! :)


BACA JUGA:

WARNA ASAS SELENDANG KONVOKESYEN MENGIKUT AKADEMI/ FAKULTI/ INSTITUT/ PUSAT

$
0
0
Tahun lepas time saya pergi rehearsal konvo, I saw ramai graduan yang bergambar berhampiran dewan. Pelbagai aksi ada. Semua ghairah nak dapatkan gambar yang terbaik untuk pre-convo hahaha. Kat situ juga lah nampak macam-macam warna selendang konvokesyen ada. Lepastu duk jealous laa sebab warna selendang konvokesyen dorang lagi cun dari selendang den hahahaha. Oh warna selendang konvo saya adalah warna emas. Well, I am a student of Major Mathematics course, Faculty of Science. Thats why warna emas ehee.


WARNA ASAS SELENDANG KONVOKESYEN MENGIKUT AKADEMI/ FAKULTI/ INSTITUT/ PUSAT

(Color of lapel according to the Academy/ Faculty/ Institute/ Centre)

Lepasni dah toksah pening-pening warna selendang kawan or adik beradik or saudara mara or junior/senior yang nak konvo nanti. Ni ha senarai warna asas selendang mengikut pengajian:

Akademi Pengajian Islam (Academy of Islamic Studies)
- hijau tua (deep green)

Akademi Pengajian Melayu (Academy of Malay Studies)
- hijau kekuningan (yellowish green)

Fakulti Alam Bina (Faculty of Built Environment)
- hijau zamrud (emerald green)

Fakulti Bahasa & Linguistik (Faculty of Languages & Linguistics)
- firus (turqoise)

Fakulti Ekonomi & Pentadbiran (Faculty of Economics & Administration)
- perak (silver)

Fakulti Kejuruteraan (Faculty of Engineering)
- oren tua (deep orange)

Fakulti Pendidikan (Faculty of Education)
- putih (white)

Institut Kepimpinan Pendidikan (Institute of Educational Leadership)
- gangsa berkilau (glitter bronze)

Fakulti Pergigian (Faculty of Dentistry)
- merah tua (scarlet)

Fakulti Perniagaan & Perakaunan (Faculty of Bussiness & Accountancy)
- biru langit muda (light sky blue)

Fakulti Perubatan (Faculty of Medicine)
- merah lembayung (crimson)

Fakulti Sains (Faculty of Science)
- emas (gold)

Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (Faculty of Computer Science & Information Technology)
- ungu (violet)

Fakulti Sastera & Sains Sosial (Faculty of Arts & Social Sciences)
- merah muda (light cerise)

Fakulti Undang-undang (Faculty of Law)
- biru muda terang (medium light blue)

Institut Antarabangsa Polisi Awam & Pengurusan (International Institute of Public Policy & Management)
- biru tua (dark blue)

Institut Asia-Eropah (Asia-Europe Institute)
- hitam & putih (black & white)

Institut Pengajian Siswazah (Institute of Graduate Studies)
- pic (peach)

Pusat Kebudayaan (Cultural Centre)
- merah jambu coral (coral pink)

Pusat Sukan (Sports Centre)
- kuning terang (bright yellow)

WARNA ASAS SELENDANG KONVOKESYEN MENGIKUT AKADEMI/ FAKULTI/ INSTITUT/ PUSAT
WARNA ASAS SELENDANG KONVOKESYEN MENGIKUT AKADEMI/ FAKULTI/ INSTITUT/ PUSAT
Credit picture: twitter @twt_um_

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

$
0
0

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: Anytime.

SYARAT-SYARAT

1. Follow blog ana ANALIFESTYLES

2. Like facebook page ana CUCKOO-PAGE

3. Follow instagram ana  RAIHANARAMLAN

4. Repost entry penganjur dan tinggalkan link di comment.


HADIAH-HADIAH

1. Beg makeup X3

Related image


2. Buku Nota yang comel X2


Image result for NOTEBOOK COMEL


3. HADIAH SPECIAL!!!
* Untuk peserta awal & akhir


Good luck untuk yang nak join, simple je giveaway ni, tapi join kalau berminat ye :)

p/s: Obviously I'm not the first peserta and also not the last. Harapnya dapat lah menang hadiah notebook comel T-T because i love notebook hehehe.

Okay daaa~! Wassalam :)

Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat

$
0
0
Mungkin ada yang dah jelas berkaitan dengan hukum pemakaian minyak wangi beralkohol ketika solat dan mungkin ada yang kurang jelas & tidak pasti boleh atau tidak membawa/ memakai minyak wangi beralkohol ketika solat.

Soalan-soalan yang sering ditanya ataupun kekeliruan yang sering kita dengar dalam masyarakat Melayu Islam kita :

Apa hukum memakai minyak wangi mengandungi alkohol ketika solat?
Apakah hukum memakai minyak wangi beralkohol ketika solat?
Bolehkah pakai minyak wangi alkohol ketika solat?
Apa hukum guna minyak wangi semasa solat?
Sahkah solat jika memakai perfume mengandungi alkohol semasa solat?
Bolehkah pakai minyak wangi untuk solat?
Apa hukum memakai minyak wangi mengandungi alkohol, pakai minyak rambut mengandungi alkohol ketika solat?


Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat

Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
Saya ada dengar ceramah di Radio Ikim.fm yang mengatakan boleh memakai perfume beralkohol ketika solat. Tapi memandangkan saya lupa reason ustaz tu apa hahahaha, so saya pun search dan kaji beberapa jawapan daripada ustaz-ustaz dan penceramah yang alim.

This is their answers..


Dr. Rozaimi Ramle(Pensyarah Hadis UPSI)

"Bagi mereka yang memegang pendapat 'alkohol itu najis', maka ramai orang tanya "apa hukum pakai perfume ada alkohol?". Perfume yang ada alkohol tu kan, kalau dia pegang pendapat 'arak itu najis', boleh tak pakai?

Boleh.

Kerana alkohol dalam perfume tu bukan alkohol dalam arak. Alkohol dalam perfume tu adalah alkohol yang dibuat dalam makmal. Bukan alkohol yang berasaskan kepada tindakbalas jus dengan yeast apa benda ntah kan. Jadi, dia ada dua tu.. satu methanol, satu ethanol. Alkohol yang dalam perfume tu tak boleh minum. Kalau tuan-tuan minum satu tenguk membahayakan. Kalau minum 1 liter memang kojol lah. Secara adatnya, memang tak boleh minum lah. Bahaya. Dia racun. 

Jadi, perfume yang ada alkohol ni tak termasuk dalam perbahasan najis ke tak najis kerana alkohol walaupun nama dia sama  alkohol tetapi dia yang lain."



Ustaz Harun Din (dalam rancangan agama - Tanyalah Ustaz)

Soalan: Adakah minyak wangi beralkohol boleh digunakan dalam solat?

Jawapan:

 "............... Bahkan ada hadis mengatakan digalakkan pakai minyak wangi (ketika solat). Minyak wangi mana? Minyak wangi altar; yang tiada alkohol. Cuma soalannya.. bila pakai minyak wangi yang ada alkohol sekarang ni; yang spray tu.. Ada DUA PENDAPAT:

1. Tidak boleh sama sekali sebab alkohol najis.

2. Boleh. Guru saya dulu kata boleh sebab ..

(i) alkohol yang ada dalam minyak wangi bukan alkohol yang najis, yang arak tu. Dia (spray perfume) minyak.
(ii) bila kita spray, sebelum dia kena baju kita, alkohol tu dah habis dah. Yang kena hanya wangi-wangian sahaja. Jadi, maknanya yang kena bukan alkohol.
Tu sebab dia kata harus (guna minyak wangi dalam solat).

Jadi.. ada DUA PENDAPAT. Kesimpulannya, ada pendapat kata HARUS, boleh pakai. Ada pendapat kata tak boleh pakai. 

Kalau macam tu, kita nak pakai yang mana?
-- kalau kita rasa "oh saya pegang pendapat yang kata boleh ".. pakai lah.
-- kalau rasa syak "eh ustaz alkohol tu ada najis ustaz".. haa toksah pakai. Senang."


Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
DR. ASRI

"Kita pakai perfume yang ada alkohol. Ada perbezaan pendapat dalam kalangan fuqahak. 

Sebahagian fuqahak kata tak najis. Saya sokong pendapat yang ni kerana bukan semua yang haram itu najis. Emas haram lelaki pakai tapi tak najis. Sutera haram lelaki pakai tapi tidak najis. Kita pergi pokok mana-mana dalam hutan ke, makan-makan mabuk. Kalau kita ambil buah pokok tu dalam poket, sembahyang sah tak? Sah. Kita ambil daun ketum masuk dalam poket, sembahyang sah tak? Sah. Bubuh daun ganja dalam poket sembahyang sah tak? Sah, walaupun makan tak boleh. Beri kesan yang lain."

Penjelasan penuh dan lebih details Dr Asri: https://www.youtube.com/watch?v=qkUx90HFyQE



Ustaz Fauzi Mustafa

Hukum Pakai Minyak Wangi Beralkohol Ketika Solat
Sah solat guna pewangi beralkohol - Ustaz Fauzi Mustafa
So... Semoga kita semua jelas lah lepas ni ye berkaitan dengan perkara ini dan tak ragu-ragu lagi hehehhee. Lepas ni kalau ada orang nak argue dengan kita berkaitan minyak wangi alkohol, tunjuk je entri ni hahaha.

Resepi Talapia Masak Masam Manis

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera~! Haaa makan tengahari apa tu nanti? Ada yang makan tengahari nanti lauk ikan talapia merah ka? Bagi korang kan..  ikan talapia merah masak apa sedap? Stim? Kicap cili api? Masak lemak? Talapia 3 rasa? Sambal sos? Macam-macam boleh kan hahaha. Semua sodap, semua mengena dengan tekak dan perut. Tapi kalini saya nak share resepi talapia masak masam manis. Sebenarnya dah lama nak masuk kat dalam blog cara-cara memasaknya. Sebab kakyong saya ada masak ikan talapia masam masam manis ni time Raya Haji haritu. Sekarang baru lah berkelapangan nak update sini. So... Lets check it out!


Resepi Talapia Masak Masam Manis

Resepi Talapia Masak Masam Manis
Resepi Talapia Masak Masam Manis

RESEPI TALAPIA MASAK MASAM MANIS

Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus


Bahan-bahan:
2 ekor talapia merah
2 keping potongan nenas dalam tin - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 pokok daun ketumbar - dihiris
2 helai daun limau purut - dihiris
6 biji cili api merah - hiris
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
2 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 inch halia - dihiris
Garam dan gula secukupnya


Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan kemudian dilumur bersama kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan.
2. Tumis semua bahan yang dicincang hingga wangi kemudan masukkan cili kisar. Kacau rata.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, tomato biji dan nenas. Tuangkan air.
4. Perasakan garam dan gula secukupnya.
5. Taburkan daun limau dan daun ketumbar.
6. Tuang keatas ikan yang telah digoreng.
7. Sedia dihidang.

p/s: Selamat mencuba resepi ikan talapia masak masam manis ni! Kakyong saya follow resepi ni haritu, hasilnya sedap gilos tau! Okay mungkin juga sebab saya yang tolong kakyong masak, tu yang sedap tu kekekekkeke. Kbai! :P

Resepi Talapia Masak Masam Manis
Resepi Talapia Masak Masam Manis menjadi!
Resepi Talapia Masak Masam Manis
siap dihidang Talapia Masak Masam Manis!
Resepi Talapia Masak Masam Manis
Ikan Talapia Masak Masam Manis
BACA JUGA:



Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna

$
0
0

Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna


Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 8 November 2017

Tag: Sishawa& CCL


Pandangan saya tentang blog kak Intan adalah:

+ sejukkkk mata memandang because of gabungan warna pink cair dan biru cair. ditambah pula dengan bunga-bungaan gitchuww

+ blog cepat loading. senang nak skrol dan ushar hehehe.

+ suka dengan tagline kat header kak intan "jangan bertanya siapa yang kita suka tapi rasakan siapa yang membuat kita bahagia"

+ cadangan saya: di bahagian sidebar blog, naikkan kotak "Popular Posts" ke atas kotak "My Prince" :D


Wish beday: Selamat hari lahir yang ke-30 tahun kak intan! Semoga umur, rezeki dan hidup kak intan sekeluarga diberkati oleh Allah. Dan moga semakin sukses dalam dunia blogging amin! :)



puisi #30 bolehkah aku masuk sejenak?

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #30  bolehkah aku masuk sejenak?

puisi #30  bolehkah aku masuk sejenak?

Andai hatimu serupa ruang
Bolehkah aku masuk sejenak?
Kan ku letakkan setumpuk rinduku
Di sudut hatimu

Dan ku harap
ada sapamu,
Di situ
Untukku
..

Nukilan: @bulir_rasa 



p/s: selamat malam! :)


tip buang lemak dengan mudah

$
0
0
Walaupun lemak dan wanita berpisah tiada, tapi tak suka jugak. Kalau boleh nak kurangkan dan nyahhhhh kan lemak jauh-jauh dari badan. So, how? Bagaimanakah caranya? Tiada cara lain ke selain dari cara exercise/workout, diet makan atau kurangkan stress?

Ada! No need diet atkin ke, buat eksesais everyday ke..

tip buang lemak dengan mudah


tip buang lemak dengan mudah
tip buang lemak dengan mudah


Tip buang lemak: 



Sayang lemak anda, sebab semua benda yang kita sayang, mesti pergi dari hidup kita.

Jangan benci, lagi benci lagi dia datang.


kekekkekeke. kbai :P

"suami lebih peduli ego sendiri"

$
0
0
Biasa kita dengar ego lelaki lebih tinggi dari perempuan kan? Ni kita up level sikit. Para suami lebih ego dari para isteri. Benarkah? Betulkah? Saya pun tiada jawapan sebab saya belum kahwin lagi hahaha. Tapi.. saya just nak share satu status dari seorang lelaki yang bergelar suami...


"kerana, suami lebih peduli ego sendiri"


Statusnya berbunyi:


Kalau isteri marah.

Kita tampar dia.

Kita pun herdik sekuat hati kita.

Kita buat isteri diam tanpa melawan.

Ya!

Yang puas kita!

Tapi yang akan terus melepas amarah, adalah isteri.

Apa yang di balas isteri lebih teruk dari yang kita bagi.

Dia takkan balas penampar yang dia dapat, sebab dia tahu dia tak mampu.

Tapi dia akan melepaskan marah dia pada sekeliling yang ada.

Dia akan luah di fb.

Dia akan upload gambar-gambar seorang diri di fb.

Dia akan layan semua lelaki-lelaki.

Dia akan buat seperti mana marahnya suami pada dia tadi.

Kita tahu?

Kita peduli?

Kita ambil berat tentang ni?

Tak!

Sebab kita ego dan buta serta tuli.

Maaf cakap sekali lagi.

Itu yang berlambak cerita di KRT.

itu yang menyemak segala komen di fb.

Itu yang membuak amarah sang isteri.

Kerana, suami lebih peduli ego sendiri.

Dari hancur dan rosaknya perasaan seorang isteri.

Kita mungkin boleh blah ikut dan buat hal sendiri, tapi isteri akan hidup tapi hakikatnya semakin hari semakin mati!

Saya bercakap tentang seorang lelaki dan suami.

Saya itulah juga, adalah diri saya sendiri!

Titik!



KRT: Kisah Rumah Tangga

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Rawat Jeragat

$
0
0
Jika diberi pilihan untuk menggunakan produk anti jeragat yang berkualiti, mendapat kelulusan KKM & HALAL, bebas hydroquinone dan merkuri serta ringkas penggunaannya, adakah saya akan menolak? Of course not! Produk macam ni lah yang kita cari! Eh, produk apa yang saya maksudkan tu? -- Royale Nu Diamant Serum Plus+ lah. Royale Nu Diamant Serum Plus+ ni diperkaya dengan Apple Stem Cell & rumpai laut tau! Kedua-dua bahan ni merangsang penghasilan sel kulit baru untuk merawat sel kulit mati. Tambahan lagi, campuran dua bahan utama ni menyebabkan dua kali ganda lagi berkesan!

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Haa mesti nak tahu kan apa kelebihan dan keunikan produk kecantikan Royale Nu Diamant serumplus ni..


Keunikan & Kelebihan Royale Nu Diamant Serum Plus+


Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+
1. Bahan utama Apple Uttwiller Spatlauber hanya terdapat di Pergunungan Alps Swiss Utara. Merangsang penghasilan sel baru merawat jeragat & kedutan

2. Diadun dengan rumpai laut (Phycojuvenine) yang merangsang pembentukan sel baru & kolagen kulit (Double Effect Serum).

3. Teknologi PhytoCellTecTM mengambil ekstrak terbaik sahaja dalam sebiji apple. Lebih pekat dan berkualiti dengan 1 botol untuk memberi kesan optimum.

4. Dihasilkan dalam bentuk serum iaitu molekul halus. Mudah meresap sampai ke akar kulit dalam supaya kesan lagi cepat. Kesannya, lebih cepat merawat jeragat, parut jerawat.

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
tarikh expired produk Royale Nu Diamant Serum Plus+ lagi tiga tahun hehhee
5. 3 in 1 (toner, serum & moisturizer). Mudah, jimat wang & jimat masa dengan hanya 1 botol serum. Tidak perlu guna toner & moisturizer. Hanya guna pencuci muka (cleanser) dan serum dah cukup.

6. Moisturizing effect, melembapkan kulit (mengatasi masalah kulit kering), mengelakkan kedutan di muka dan meghilangkan garis-garis halus

7. Bahan asas yang diuji di dalam makmal dan dikaji secara klinikal serta penghasilan produk dipantau oleh “in-house doctor”

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
BUKAN SEKADAR EPAL BIASA.. Ujian makmal membuktikan ektrak Malus Domestica (Apple Stem Cell) mampu merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru)
8. Halal dari JAKIM (MS2200-2008 1042-03/2015). Gunakan tanpa was-was. Don't worry, selamat!

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
kotak produk Royale Nu Diamant Serum Plus+
9. Diluluskan oleh KKM (NOT160101410K). Tidak perlu risau tiada barang terlarang. Bebas hydroquinone dan merkuri. Jangan ragu-ragu.

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+ : serum dalam bentuk spray
10. Bungkusan dalam bentuk spray. Kemas, rapi dan tidak akan tertumpah. Mudah untuk dibawa ke mana-mana.

11. Sumbangan ke Kompleks Tahfiz Darul Tuba bagi setiap pembelian Serum Plus+ membeli sambil beramal.

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Merawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+ exclusive
4 Manfaat Serum Plus+ Royale NuDiamant

1) Membantu kulit muka bebas jeragat punca tona muka tak sekata dan bermisai supaya muka kelihatan bersih dan sekata. (ISU INI DIHIGHLIGHTKAN)

2) Menghilangkan kedutan punca muka nampak kusam & tua dari usia supaya muka kembali remaja

3) Mengecilkan liang pori punca muka berminyak & berjerawat supaya muka nampak flawless dan glowing

4) Memudarkan parut & 'stretchmark' punca kecacatan kulit agar kulit nampak bersih dan licin


Cara Penggunaan:

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Rawat Jeragat
cara menggunakan Royale Nu Diamant Serum Plus+ 
+ bersihkan muka dan keringkan

+ sapu pada muka secara bulatan

+ kekerapan: 1-2 kali sehari

Testimoni Sebenar  Royale Nu Diamant Serum Plus+


Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni Royale Nu Diamant Serum Plus+
Testimoni yang saya tunjukkan di atas tadi kebanyakannya pelanggan berumur 30 tahun ke atas. Serum plus ini memang sesuai dan mesra untuk kulit wanita matang. Tapi yang berumur bawah 30 tahun pun digalakkan memakainya. Seperti saya.. walaupun baru berumur 24 tahun, saya guna serum ni bagi mengelakkan kedutan dan garis halus di muka saya.

Serum Royale ni memang best tau! Selepas 7 hari saya menggunakan serum plus Royale, perubahan yang paling ketara adalah tona kulit muka saya makin sekata dan bertambah baik. Kulit muka saya menunjukkan kesan yang positif selepas saya mengamalkan serum ini setiap kali selepas mencuci muka everyday.

Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Rawat Jeragat
Royale Nu Diamant Serum Plus+ : Produk Terbaik Rawat Jeragat
Apa yang saya boleh simpulkan, serumplus Royale Nu Diamant ni banyak manfaatnya dan boleh merawat:

✔Jeragat
✔Tona tak sekata
✔Kulit kering
✔Kulit kusam
✔Kedutan
✔Kulit kering
✔Liang pori terbuka

✔Parut jerawat

Berminat? Boleh order di 0196963296.


#serumplus #beauty #beautyskin #produkkecantikan #skincare #antiaging #nakcantik #awetmuda #healthyskin #serumhalal #serum3in1 #instagram #instabeauty #applestemcell #royalenudiamant #royalenudiamanthq #antijeragat #cantik #serum #jeragattiada

lazy girl's workout ~ Wordless Wednesday

$
0
0

lazy girl's workout ~ Wordless Wednesday


lazy girl's workout ~ Wordless Wednesday
lazy girl's workout
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live