Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

dulu pernah pura-pura solat dalam bilik, padahal....

$
0
0
Kadang-kadang tu feel nak throwback tu membuak-buak kan. So, moh le kita.

Dari kecil, saya dan adik beradik saya (5 orang termasuk saya) memang dah dididik solat berjemaah. So, tiap kali nak dekat azan mesti umi teriak "kakyonggg ambik wuduk""kakngahhh ambik wudukkk""kakcikkkk ambik wuduk". Lepastu, bentang sejadah. Lepas azan, terus solat.

Alkisahhh~ ada satu petang tu saya malas nak solat tau. So, pura-pura la berak lama sikit dalam tandas. Sebab tak nak solat jemaah sama kan. Lepastu bila saya dah keluar dari bilik air tengok dah habis dah semua solat. Saya cakap la kuat-kuat "alaaa dah tak sempat nak join", padahal dalam hati bersorak gembira.

Terus masuk dalam bilik. Kunci. Yela konon-konon nak khusyuk solat kan, tak nak bagi orang masuk. Lepas kunci tu, terus baring kat kerusi. Tak sarung telekung pun. Duk silang kaki.

Lepastu cakap kuat-kuat 
"BISMILLAAAHIRRAHMAANIRRAHIIIMMM. 
ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN. 
ARRAHMAAANIRRAHIMMMM...." 

Padahal masa tengah baca surah Al-Fatihah tu, tengah syok-syok baring. Ngiring ke kanan, ngiring ke kiri hahaha. 

Ish ishhh teruk kan? Nasib baik la masa tu kecil lagi, mana tahu takut dosa ke apa kan. Tapi sekali tu jela pernah buat macam tu. Lepastu tak buat dah. Bukan sebab dah insaf. Tapi sebab tak ada kesempatan nak buat macam tu lagi haha. 

P/s: jangan tiru aksi tak bertamadun di atas ni ye haha.

Last but not least.. nak share satu video kakyong saya yang cute kat bawah ni. Cuteee sangat alahaiiii anak-anak buah den solat jemaah sama dengan ayah mereka hehe.


dulu pernah pura-pura solat dalam bilik, padahal....

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE

$
0
0

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE


GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 9 Febrauari 2017

Puisi #8 bila orang nasihat

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #8 bila orang nasihat
Puisi #8 bila orang nasihat
Puisi #8

Bila orang nasihat;
berikanlah perhatian
mungkin apa dilafazkan
ada kegunaannya

kenapa perlu pertikaikan
cakapan orang tentang kau
mereka tidak tahu; mengerti
cara apa kau jalani hidup

buat perkara yang kau rasa perlu
usah melenting;
terpapar ego kau tinggi menaik

jadilah diri seperti kau impikan
tonjolkan seperti apa kau mahu
tidak perlu berdiri atas suruhan lain
kau bertuhan, ingat

dunia mahu lihat;
aku kau kita semua
terbang tinggi-tinggi

jika jatuh;
bangkit sendiri
hirup semangat terbang semula



p/s: nite!

dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain

$
0
0
Saya suka dengan hadis Nabi ni - "...dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain". Well, dalam dunia ni kalau tak ada arah tuju dan tujuan, rasa helpless dan hopeless kan? So, dengan ada nya pendorong seperti hadis "dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain" ni indeed memberi semangat pada kita untuk terus hidup di bumi ini sebagai orang yang berguna.

dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia

dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain
dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain
Saya biasa dengar hadis ini disebut-sebut oleh Ustaz dalam ceramah-ceramah.

Dan setiap kali kata hadis itu disebut, setiap kali tu lah.. saya terangguk-angguk. 

Bermula lah monolog dalaman dalam hati saya: 

"kau nak jadi manusia apa kat dunia ni sayidah? Jadi lah manusia yang bermanfaat pada orang. Itu sebaik-baik manusia. Buat dengki kat orang, buat jahat dekat orang.. kau dapat apa? Dapat dosa, dapat susah, dapat penyakit hati. Cuba kau selalu buat baik, cuba kau selalu tolong orang. Ganjarannya mungkin tak nampak sekarang. Tapi ingat lah, perbuatan baik dan memberi manfaat tu lah menjadikan kau sebaik-baik manusia. Kau tak nak? 

Setidaknya nanti, bila kau mati ada orang yang mendoakan kau, ada orang yang ingat kau. Cuba kau buat naya kat orang.. nanti bila kau mati, tak ada orang nak kisahkan pasal kau. Tak ada orang nak doakan kau. Tak ada orang nak sedekahkan Al-Fatihah pada orang. Apa kau dapat? Sengsara.

So, berazam lah. Berniat lah. Bertekad lah sayidah. Yang kau akan cuba untuk jadi sebaik-baik manusia. Manusia tak ada yang sempurna kecuali Rasulullah. Tapi kau boleh cuba untuk menjadi sebaik-baik manusia. Tolong orang, bantu orang, belas kasihan pada orang pada setiap masa dan ketika. Bantu mana yang mampu. Beri ilmu sebanyak mungkin. Nescaya...

kebaikannya nanti kau akan dapat lihat."

"Sebaik-baik manusia.. mampukah aku kecapi?" - Sayidah, Januari 2017

dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain
dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain

tips tingkatkan trafik blog #2

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okay semalam saya dah share tips tingkatkan trafik blog yang pertama kan? Mana yang tak baca lagi, boleh baca di SINI. Hari ni saya nak share tips tingkatkan trafik blog yang kedua pula. Ready guys?


tips tingkatkan trafik blog #2
tips tingkatkan trafik blog #2


tips tingkatkan trafik blog #2


Make sure SEO Blog 100%


Ape benda alah SEO tu?

SEO - Search Engine Optimization. SEO ni adalah satu tool atau teknik membantu entri-entri blog kita melekat di Carian Internet seperti Google, Yahoo Bing. So, sila pastikan SEO blog anda 100% dahulu. Baru lah probability untuk blog kita naik di page Google atau seangkatan dengannya tinggi.

Mana nak tahu peratus SEO blog kita berapa?

Haa kalau nak check berapa percentage SEO blog kita, boleh check di laman web Chkme

Cara check SEO blog:

Bila dah masuk ke chkme tu, dia akan keluar seperti di bawah. Then, masukkan URL blog kita ke tempat kosong tu. Kemudian, klik Check SEO Score. 

Contoh: www.sayidahnapisah.com

tips tingkatkan trafik blog #2
tips tingkatkan trafik blog #2

tips tingkatkan trafik blog #2

Yeay 100%! Hahaha. Dulu dulu time saya masih jahil tentang SEO blog ni, SEO blog saya rendah sangat. Ada la dalam 20% macam tu. Which is not good. Tapi sekarang dah 100% hehe. 

So.. macam mana cara nak buat SEO blog 100%?

Ada dua entri yang boleh korang rujuk dalam bab ni. Boleh ushar di entri dua blogger otai yang saya hormati ini:


Follow je step dan cara-cara yang telah diajar oleh dua blogger tersebut. InshaaAllah sekelip mata je SEO blog boleh dapat 100%!

Susah la nak buat. Tak faham step-step dia.

Tak boleh la den nak tolong kalau cenggitu tapiii kalau korang tak berapa nak faham dan tak tahu nak buat sangat.. sama lah situasinya macam saya dulu hahaha. Saya faham step-step yang ditunjuk tu tapi bila nak buat sendiri macam blur dan tak pasti kan? Insecure gitu. So, apa saya buat? Saya minta tolong expert AFB (Abe We/ Peceyyel) ajarkan hahaha. Bila saya tak faham, mereka tolong jelaskan. Mereka lah yang guide saya sehingga SEO blog saya dapat 100%.

Eh, apa pula AFB tu?

AFB - Auto Feed Blog. AFB ni satu group blogger. Kalau korang perasan kan, di sudut atas blog saya ni ada AFB FEEDS. Nampak kan? Haaa itulah dia. AFB Feeds ni konsep nya adalah blog kita akan mempamerkan minimum 5 entri terkini blog lain secara AUTO SCHEDULE FEED. Setiap hari feed akan bertukar sesama ahli AFB secara AUTOMATIK. 

Alaa AFB ada AFB Feeds je ke? Ada apa lagi yang menarik?

Faedah-faedah or advantages join AFB:

  • promote blog dalam kalangan AFBians (meningkatkan trafik UV PV blog)
  • kembangkan network blogger yang positif 
  • ketahui lebih mendalam tentang ilmu blog (SEO blog, SEO entri, template responsive, Adsense, Google Analytics)
  • ada medium untuk memberi dorongan dan nasihat berblog (boleh bertukar-tukar pandangan&pendapat)


Kalau nak join AFB boleh ke?

Boleh, apa salahnya. Tapi ada term & condition nya. Tak susah pun, mudah je. Kalau nak tahu lebih lanjut atau berminat nak join AFB, boleh whatsapp saya di 017-2008642 atau Kak Irra (www.irrayyan.com) 013-3560192.

Saya tengah promote AFB ke ni?

Iye saya hahaha. Sebab bagi saya, AFB lah yang banyak tolong saya yang dulunya hanya UV seciput tapi sekarang makin meningkat. Kerana saya terapkan ilmu SEO & ilmu blog yang saya belajar dari AFB ke dalam entri saya. Bila saya down dalam berblogging, ahli-ahli AFB lah yang banyak beri sokongan dan galakan. So sweet kan? Eheee well semanis kurma gituu~

Okay tu je untuk tips kedua tingkatkan trafik blog harini, iaitu pastikan SEO blog 100%!

Esok saya share tips ketiga pula. Stay tuned~ :)

Senarai Nama Bank & MEPS Bank Routing Code/SWIFT-BIC

$
0
0
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera semua~! Kita biasa kalau isi maklumat tentang akaun bank secara Online atau Offline mesti pernah pernah dengar term-term di bawah ni kan?

Account holder name:
Bank name: 
SWIFT-BIC/MEPS Bank Routing Code:
Account number:
Re-type account number:

Kalau account holder name tu kita letak nama penuh kita. 
Kalau account number, kita tulis nombor akaun kita yang ada lebih kurang 10-12 digit. 
Kalau Bank Name tu kita tahu la kan letak nama Akaun bank kita contohnya CIMB BANK BERHAD. 
Kalau SWIFT-BIC? Nak letak apa ye?

Definition of SWIFT Bank Identifier Code (BIC) : a unique identification code for a particular bank or branch. It should contain 8 or 11 characters. 

Senarai Nama Bank & MEPS Bank Routing Code/SWIFT-BIC
Nama Bank & MEPS Bank Routing Code/SWIFT-BIC

Senarai Nama Bank & MEPS Bank Routing Code/SWIFT-BIC
Nama Bank & MEPS Bank Routing Code/SWIFT-BIC
Ada juga sesetengah nya tulis MEPS Bank Routing Code instead of SWIFT-BIC. Tahun lepas pun saya tak tahu apakebendaaa la SWIFT swift ni. Saya jumpa time saya nak isi maklumat akaun bank di akaun Adsense & Paypal. Tapi, sekarang saya dah tahu laa hehe *flip tudung.

So, saya nak share la kepada semua tentang SWIFT kod ni. 

Senarai Nama Bank & MEPS Bank Routing Code/SWIFT-BIC


AFFIN BANK BERHAD - PHBMMYKL

ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD - MFBBMYKL

AMBANK BERHAD - ARBKMYKL

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD - BIMBMYKL

BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD - BKRMMYK1

BANK MUAMALAT BERHAD - BMMBMYKL

BANK OF AMERICA - BOFAMY2X

BANK SIMPANAN NASIONAL - BSNAMYK1

CIMB BANK BERHAD - CIBBMYKL

CITIBANK BERHAD - CITIMYKL

DEUSTCHE BANK - DEUTMYKL

EON BANK BERHAD - EOBBMYKL

HONG LEONG BANK BERHAD - HLBBMYKL

HSBC BANK MALAYSIA BERHAD - HBMBMYKL

MALAYSIAN BANKING BERHAD (MAYBANK BERHAD) - MBBEMYKL

OCBC BANK (M) BERHAD - OCBCMYKL

PUBLIC BANK BERHAD - PBBEMYKL

RHB BANK BERHAD - RHBBMYKL

STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD - SCBLMYKX

THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) - ABNAMYKL

UNITED OVERSEAS BANK - UOVBMYKL


Itu sahaja, semoga mendapat input yang saya nak sampaikan. Adios!

Alang dah ada kereta baru Honda City, den bila lagi?

$
0
0
Baru-baru ni alang baru beli kereta baru - Honda City. Full spec. Sebelum ni dia guna kereta viva pinjam je. Sekarang.. perghh jeles betul den tengok abam askar den ni hahaha. Dah la lawa, warna maroon pula tu. Mana tak jealous. 

Saya ni dah la tak pernah drive lagi sejak dapat lesen P tahun lepas, kereta pun tak ada haha. Tak apa lah, target tahun ni nak sewa kereta seketul lepastu pusing-pusing Seremban guna kereta sewa tu hehe. #azam2017 #doakansaya

Alang dah ada kereta baru Honda City, den bila lagi?
PATRIOT 1791 HONDA CITY
Alang dah ada kereta baru Honda City, den bila lagi?
bergambar dengan alang yang tersayang heee.
Apa maksud no plat PATRIOT alang? Ianya sempena Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM). No plat khas.

Nombor 1791 pula apa signifikannya? 
- 17 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja - Tentera Darat)
- 91 adalah Tahun Lahir alang

Lastly.. agak-agak berapa harga nombor plat alang saya ni? Ce teka..

Puisi #9 aku mempunyai mimpi

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #9 aku mempunyai mimpi
Puisi #9 aku mempunyai mimpi
Puisi #9

Aku, aku mempunyai mimpi

Meskipun terbuang dan terkoyak
bahkan tersobek
Mimpi itu tersimpan bersama harta
terpendam dalam hatiku

Mungkin suatu saat seseorang
Tanpa sepengetahuanku
berkeinginan mengejek
di belakangku ketika aku menangis

Aku harus bertahan dan bersabar demi
hari itu

Nukilan: @sariiphuesvhie



p/s: Good nite!

tips tingkatkan trafik blog #3

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Semua dah start buat tips tingkatkan trafik #1 & #2 yang saya share pada hari kelmarin dan semalam? Kalau dah start, haaa amacam? Ada perubahan sikit tak dari segi trafik blog? Hehe. Okay harini kita teruskan dengan tips tingkatkan trafik blog yang ketiga. Check it out!

tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #3

tips tingkatkan trafik blog #3


Apply teknik SEO dalam entri blog


Seperti yang saya katakan semalam.. SEO (Search Engine Optimization) ni satu alat / teknik yang membantu entri atau artikel para blogger untuk melekat di Search Engine (such as Google, Yahoo, Bing).

Kebanyakan dari entri blog saya, saya apply teknik SEO. Tak ada la S.E.M.U.A entri saya apply teknik SEO. Penat sebenarnya kalau nak apply teknik SEO dalam setiap entri. Penat nak fikir hahaha. Tapi saya mostly nya memang saya apply lah teknik SEO. Lagi-lagi kalau entri tersebut berbentuk fakta atau perbincangan atau tips atau isu semasa. Jika ianya entri job/paid review pun saya akan apply teknik SEO.

Antara cara nak tahu seseorang tu apply teknik SEO atau tidak.. cuba bandingkan entri beliau dengan entri orang lain di Google. Mana yang berada di awal-awal page Google? Contoh laa entri beliau berada di 1st page Google dan entri orang lain berada di 3rd-5th page Google, kemungkinan beliau terapkan SEO dalam entri beliau atau SEO entri beliau lebih kuat dari yang belakang-belakang tu.

Tu yang kadang-kadang kalau ada pertandingan/Giveaway/segmen berbentuk SEO, pemenang akan dinilai berdasarkan entri siapakah yang berada paling atas di Search Engine dengan menggunakan sesuatu keyword.

Keyword?

Yeap, SEO dengan keyword ni memang berkait rapat. Keyword a.k.a kata kunci. Keyword, heading, subheading, permalink, search description, image properties, caption, external link, internal link.. semua ni adalah antara teknik SEO dan perkara yang mempengaruhi SEO. 

Nak belajar teknik-teknik SEO!

Okay.. Jangan suruh saya cerita pula di blog ni tentang teknik-teknik SEO tersebut ye hahaha. Susah kalau nak ajar secara one-way communication ni. Pembelajaran SEO ni akan jadi lebih berkesan dan mudah faham jika ianya terjadi secara two ways communication. Komunikasi dua hala.

So.. kat mana boleh belajar tentang teknik-teknik SEO ni?

Rasanya.. ada je kot kelas-kelas berbayar di luar sana yang mengajar tentang SEO dan sewaktu dengannya. Tapi kalau saya, saya tak mampu la nak pergi sebab tak boleh nak keluar rumah + tak ada duit banyak nak bayar. 

So.. dari mana saya belajar tentang SEO?

As I said semalam, saya belajar tentang SEO ni dari AFB (AFB dulunya dikenali sebagai EFG). Ilmu-ilmu SEO ni saya tak pernah tahu pun dulu. Pernah lah dengar tapi tak tahu dan tak ambil tahu haha. Dulu jealous la tengok entri orang lain berada di first page Google, 2nd page, 3rd page Google. Tapi selepas saya belajar SEO dalam AFB Network, saya terapkan dalam penulisan entri blog saya & Alhamdulillah boleh nampak hasilnya sekarang. Iye, sedikit sebanyak memang saya nampak hasilnya sekarang bila apply teknik SEO.

Tak percaya?

Okay cuba search 'jpj test' atau 'test jpj' atau 'jpj test kereta' atau 'ujian jpj' atau 'rsm dan rpk' di Google. Kat first page ada tak entri blog saya? Cuba search pula'filem munafik' atau 'munafik sinopsis' atau 'munafik lagu' atau 'lirik kalah dalam menang' di Google. Ada tak entri blog saya di 1st page? Cuba search pula 'tanda lelaki suka perempuan' atau 'tanda perempuan suka lelaki'. Ada tak entri saya di 1st page Google? Okay okay last.. cuba search 'resepi badak berendam', 'resepi biskut tiramisu'& 'resepi kuih kaswi' kat Google. Ce tengok ada tak blog saya tersenarai di first page? Kalau ada, that's the power of SEO.

tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #3


Bestnya! Nak belajar juga lah SEO!

Minta maaf le saya tak boleh nak ajar teknik SEO yang saya tahu di blog ni. Sebab bak kata saya tadi, susah kalau nak ajar satu hala je. Tapi pada sesiapa yang zero tentang SEO atau berminat sungguh-sungguh nak belajar, jom daftar AFB. Boleh belajar ilmu SEO dalam AFB. Ada term&conditionnya untuk join AFB. Boleh whatsapp saya di 0172008642 atau ketua AFB - kak irra 0133560192 untuk pendaftaran batch kedua.

Bagi sesiapa yang dah tahu teknik-teknik SEO...

Mungkin ada yang dah tahu teknik-teknik SEO ni. Nasihat saya, kalau nak trafik tinggi sila lah rajin-rajin buat banyak entri + apply teknik SEO. InshaaAllah.. kalau tak nampak hasilnya sekarang, akan akan datang who knows right? Entri-entri saya yang berada di 1st page Google pun bukan mengambil masa sebulan dua bulan untuk berada di sana tapi banyak banyak bulan. Yang penting, it's your effort and hard work.

"Usaha tangga kejayaan"

Usaha bila kena dengan teknik yang betul inshaaAllah meletop kebabom; you will be successful. Saya tak kata saya dah jadi a successful blogger. Of course not. Yet. Tapi saya berusaha ke arah itu.

tips tingkatkan trafik blog #3
kata hikmah Ustaz Pahrol
"Bina lah kehidupan dengan memberi" - Ustaz Pahrol Mohd Juoi

And that's what I'm trying to do also. That's why saya share tips-tips tingkatkan trafik blog ni kepada semua blogger-blogger di luar sana untuk kita sama-sama menuju ke arah kejayaan. 
**Wahh gituuu. Penat nak perah otak keluarkan kata-kata motivasi ni hahahaha.**

Okay itu saja. Tips ketiga harini - apply teknik SEO dalam penulisan entri blog.

Bersambung esok pula untuk tips yang seterusnya, stay tuned~ :)

Baca juga:

KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN

$
0
0
Siapa yang tak nak kurus kan? Siapa yang tak nak turunkan berat badan kan? Siapa yang nak perut buncit kan? Saya pun sekarang ni sedang menjalankan misi menurunkan berat badan + mendapatkan tubuh yang sihat. Nak diet makanan tu memang bukan saya laa haha. So, perkara yang paling saya konsisten buat dalam misi ni adalah melakukan exercise hampir setiap hari. Buat workout waktu petang. Bukan mudah sebenarnya buat eksesais ni. Sakit tau! Haha. Tapi dalam menurunkan berat badan ni.. no pain, no gain right?

Sukar Untuk Menurunkan Berat Badan?


Replace excuses with EFFORT
Replace laziness with DETERMINATION

And everything else will fall into place

KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN
konsep sebenar dalam menurunkan berat badan

Konsep Sebenar Dalam Menurunkan Berat Badan:


20%:
  • kardio
  • body weight workout
  • senaman pemberat
  • aktif sepanjang hari

80%:
  • bawa bekal sihat
  • banyakkan sayuran
  • lebih protein
  • cukup kanji (carbohydrate)
  • minum air kosong selepas makan
  • kurangkan makanan berminyak - kuah/santan
  • jaga jumlah makanan
  • jaga masa makan (jangan skip-skip waktu makan)
  • kurangkan minuman manis
  • pilih makanan sihat di luar
  • buah sebagai snek
  • seimbang
  • sederhana
  • pelbagai

Antara tips lain:
  • semangat kuat setiap hari
  • tidur cukup (susah betul saya nak buat ni =.=)
  • kawalan emosi
  • mindful eating (ni pun susah nak buat haha)

KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN
konsep sebenar dalam menurunkan berat badan
Part 80% tu ada yang kadang-kadang saya buat, kadang tak buat. Kadang-kadang ada disiplin, kekadang main tibai je haha. 
20% tu inshaaAllah memang konsisten sekarang ni. 
Tips lain tu pula haaa seperti yang saya beritahu kat atas.. tidur cukup tu susah nau haha. Sebab saya dah biasa tidur lewat kan. Paling awal saya boleh tidur pun pukul 1 pagi. Lepastu nanti bangun subuh, umi bagitahu jangan tidur lepas subuh pula. So, tidur tu rasanya kadang-kadang tak cukup pun haha.

KONSEP SEBENAR DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN
reason to lose weight
Oh lagi satu yang saya nak sarankan pada sesiapa yang nak turunkan berat badan - amalkan minum green tea + lemon. InshaaAllah membantu bakar kalori & meningkatkan metabolism badan.

Chaiyok myself and chaiyok uols! :)

Baca juga:

Puisi #10 saat kau berpuisi dengan bahasa

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #10 saat kau berpuisi dengan bahasa
Puisi #10 saat kau berpuisi dengan bahasa
Puisi #10

Rembulan di ujung cakrawala
menanti embun bersemi
di pucuk-pucuk daunan,

Cahayanya murni berkilauan
memberi bumi nafas kehidupan.

Sama seperti
saat kau berpuisi dengan bahasa
rindumu yang masih untuknya

Meski tanpa sua,
rindumu membahana
ke seluruh semesta.

Nukilan: @naruta.kendo



p/s: Goodnyte :)

BACK TO SCHOOL GIVEAWAY

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, penganjur BACK TO SCHOOL GIVEAWAY dah mula start buat bisness baru yang amik masa bertahun jugak nak dok pikir betul-betul, and this year she manage to step out of her comfort zone and be bold!

Dengan ini, penganjur BACK TO SCHOOL GIVEAWAY akan buat satu giveaway untuk semua readers beliau yang berminat untuk dapat benda free, well haaha, nothing free la in this world, ada syarat-syarat yang korang wajib ikut untuk join :D
BACK TO SCHOOL GIVEAWAY
Syaratnya :-

1. FOLLOW BLOG ( * letak link di comment untuk penganjur check balik * )

2. FOLLOW INSTAGRAM PENANJUR ( * letak link di comment untuk penganjur check balik * )

3. CLICK NUFFNANG DI BLOG.

4. REPOST BALIK ENTRY " BACK TO SCHOOL GIVEAWAY " DAN TINGGALKAN LINK DI RUANG COMMENT DI BAWAH * Hanya di post ini sahaja *

Hanya yang tepati semua syarat diatas sahaja yang layak untuk join dan berpeluang untuk menang hadiah-hadiah dibawah !!

Senarai Hadiah :-

Image result for notebook custom
x1 CUSTOM MADE NOTEBOOK
( Boleh order design notebook macam mana yang awak suka )
Image result for notebook custom
X2 READY MADE NOTEBOOK
Image result for cute makeup bags
X2 CUTE MAKE UP BAG / PENCIL BOX

Related image

X5 RANDOM STATIONARY FOR SCHOOL

Okay gambar kat atas cuma contoh sahaja, tapi barang dia memang nak dekat sama dengan gambar yang penganjur tunjuk, penganjur tak tunjuk sebab nak surprise korang so jangan rasa tetipu lak.

So wish you guys goodluck.

Giveaway akan tamat bila penganjur rasa macam nak tamatkan. So cepat-cepat join :D

Keep smiling, Assalamualaikum.

tips tingkatkan trafik blog #4

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Termasuk harini dah 4 hari berturut-turut saya buat entri tips tingkatkan trafik blog, yeayy Alhamdulillah mendapat sambutan agak hangat gituww haha. Okay, harini kita sambung tips tingkatkan trafik blog yang keempat. Let's!

tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #4

tips tingkatkan trafik blog #4: 

Ping (share) entri di Google+

tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #4
So far saya ada 4,008 followers Google+. Anda pula? 
Ke tak ada pun Google+ Followers? Kalau tiada, boleh lihat Tutorial Memasang Widget Google+ Followers di SINI.

Apa yang penting sangat dengan Google+?

Fungsi utama Google+ ni adalah bagi menaikkan index blog kita di Google. Maksudnya kalau orang lain +1 (share) entri kita, entri kita akan lebih melekat di carian Google. Entri kita akan lebih mudah dicari di Google. So, jangan pandang sebelah mata Google+ ni. Ianya sangat penting dan sangat membantu.

Saya pernah buat eksperimen tau. Entri yang saya ping di Google+ VS entri yang saya tak ping di Google+. PV kedua-dua entri tersebut sangat berbeza! Memang akan nampak perbezaan agak ketara bila share entri di Google+ dengan tidak share.
(melainkan entri tu betul-betul hits tengah hot, kalau tak ping entri pun memang meletop PV). 

Macam mana cara nak share entri di Google+ ?

Sebelum nak share entri di Google+, anda perlu tahu Google+ Community yang wujud untuk anda share entri di sana. Yes, mungkin ada di antara anda yang ingat.. jika share entri di Google+ , hanya share PUBLICly sahaja. Yeap, yang utama sekali memang kita akan share entri secara PUBLIC, kemudian untuk tambahan.. share juga entri kita di Google+ Community. Google+ community ni lebih kurang macam group-group Blogger di Facebook tapi versi Google+ punya.

Senarai Google+ Community (ni je la yang saya tahu hehe)


*kalau nak follow group G+ di atas ni, klik je nama group tu.

Cara-cara share entri di Google+

1. Pergi ke All Posts di dashboard blog > Klik 'share' di bawah entri 

tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #4
 2. Klik Public > Klik share

tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #4
 3. Kemudian, untuk share entri di Community Google+.. sila klik di tepi Public yang tadi tu.. then kalau kita scroll, akan ada senarai g+ community yang kita dah join.

4. Klik je mana-mana Google+ Community yang kita mahu. Then, klik 'share'

tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #4
5. Ada sesetengah Google+ Community yang akan keluar seperti gambar di bawah. Kalau ada macam tu, klik je yang ada word Discussion atau yang sewaktu dengannya. Then, klik Replace. Then, share.

tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #4
Alaaa.. malas la nak ping entri kat banyak-banyak Community G+ tu.

Tak apa, saya tak paksa pun suruh ping hahaha. Kadang-kadang saya pun malas sebab banyak sangat group nak ping kan. Tapi konsep nya senang je. Kalau nak trafik tinggi, kena rajin kan diri la ping entri di group-group G+. Kalau malas, it's okay.

Saya bukan malas, tapi tak ada masa la nak ping ping ni.

Saya pun kekadang tak cukup masa juga nak ping entri kat setiap G+ community. So, kalau tak ada masa tu.. Yang paling penting, ping dulu secara PUBLIC. Then, ping group-group G+ yang memiliki lebih banyak members. Atau pun share entri di Group G+ yang selalu +1 entri kita.

Macam mana nak tahu group G+ yang mana yang selalu +1 entri kita?

Kita boleh tengok dan pantau nya di notification. Notification berada di sudut atas kanan (sebelah muka profile g+ kita). Klik situ dan kita boleh tengok lah dekat situ siapa yang follow G+ kita, siapa yang +1 entri, siapa yang komen dan sebagainya. Kalau nak tahu orang tu dari group G+ yang mana, just klik je nama dia. Dan tengok Group mana.

tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #4


Itu sahaja tips untuk meningkatkan trafik blog pada hari ini - share entri di Google+

Saya dah cuba terangkan tentang Google+ ni sebaik yang mungkin. Kalau ada ayat yang tak faham atau kurang jelas, saya minta maaf. 

Cadangan saya.. kalau anda nak lebih faham..sila buat praktikal secara langsung semasa baca step-step saya di atas. Buat terus apa yang saya ajar di atas. InshaaAllah anda akan nampak dengan lebih jelas dan nyata.

Itu sahaja, adios!

Baca juga:

tips tingkatkan trafik blog #5

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Maaf harini lambat sikit up entri tips tingkatkan trafik blog sebab ada hal pada waktu pagi hehe. Okay harini dah masuk tips tingkatkan trafik blog yang kelima. Jom teruskan perjuangan!

tips tingkatkan trafik blog #5
tips tingkatkan trafik blog #5

tips tingkatkan trafik blog #5


PING ENTRI KE GROUP FACEBOOK(FB) BLOGGER / FB PAGE / FB PERSONAL

p/s: ping=share

Rasanya semua blogger mesti dah biasa dan tahu kot dengan tips ni kan? Sebab saya biasa nampak para blogger ping entri mereka ke group-group blogger di FB setiap hari. Saya pula hampir setiap hari ping entri di group-group FB & FB page saya (www.facebook.com/sayidahnapisahdotcom/) & FB personal. 

51 Group Blogger di FB (yang saya tahu & join)


Phewww~ banyak kan? HAHAHA. Kawan saya pernah ternampak list group blogger di bahagian tepi FB saya, dia kata "banyaknya kakcikkk group blogger. sampai ada nama kentut tu HAHAHAHA". Den pun tergelak setiap kali nampak group Kentut Bersama Blogger tu haha.

CARA PING ENTRI DI FACEBOOK

Cara dia mudah sahaja.

1. Highlight URL entri blog yang kita nak share tu > Copy (Ctrl+C)

tips tingkatkan trafik blog #5
tips tingkatkan trafik blog #5
 2. Pergi ke FB Group / FB Page / FB Personal yang kita mahu > Paste (Ctrl+V) link URL tadi > Klik Publish

tips tingkatkan trafik blog #5
tips tingkatkan trafik blog #5
DONE!

Haa mudah kacang goreng kuda je kan? Hahaha. 

Honestly, saya bukanlah rajin pun buat tips yang kelima ni. Tapi, saya cuba untuk ping entri at least 2 atau 3 atau 4 tempat di FB setiap hari. Kebiasaannya di FB Personal saya, FB Page saya & beberapa group Blogger je. So, kesimpulannya ping lah mana yang termampu dan sempat.

Bukan apa, walaupun penat kan nak ping di banyak-banyak tempat.. tapi kalau ada yang response atau like atau sedar tentang kehadiran entri yang kita ping tersebut, rasa penat kita tu terbalas. Rasa berbaloi. Lagi-lagi bila ada orang share entri kita.. lagi lah rasa seronok sangat dan rasa macam nak buat gimrama berima kat tengah-tengah rumah kan? Hahaha. Rasa di awang-awangan gituu bila ada orang hargai hasil kerja kita.

So, tips kelima ni saya tak tekankan sangat tapi saya galakkan untuk buat. Aikk macam mana tu kan? Hahaha. Apa-apa pun.. usaha tangga kejayaan.

tips tingkatkan trafik blog #5

Orait itu sahaja, bersambung esok inshaaAllah :) Daaa!

Baca juga:

hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian~

$
0
0
Memandangkan sekarang ni saya agak aktif dalam buat dropship Biobax, so memang ramai customer yang nak beli Biobax beritahu/tanya saya..
"cik ada nombor akaun maybank?", 
"tak ada ke maybank? senang sikit nak transfer duit guna Maybnak2u je", 
"oh ada nombor akaun CIMB je ye? saya tak ada CIMBclicks", 
"maaf la saya transfer lambat sikit sebab kena pergi ATM transfer. saya tak ada akaun CIMB"

Benda yang cepat boleh jadi lambat & proses yang mudah boleh menjadi agak sukar apabila kebanyakannya sekarang guna Maybank2u. Jarang-jarang yang ada cimbclicks. So, that's why la saya bertekad nak buka akaun semasa personal Maybank pada tahun 2017 ni! Untuk memudahkan kerja customer yang hanya ada akaun Maybank.

So.. pagi tadi dalam pukul 9 lebih macam tu saya pergi la Maybank Seremban (mesti la abi yang drive hahaha) dengan semangat yang berkobar-kobar. Saya tak ada la sediakan dokumen apa-apa. Just bawa diri dan IC dan duit sikit. Duit deposit pun saya tak tahu berapa. Saya ingat nanti nak cucuk duit kat Maybank je. 

So, saya masuk je Maybank, terus pergi ke kaunter pertanyaan. Nampak seorang lelaki tu macam bertugas untuk menjawab soalan-soalan orang yang datang je. So saya pergi la ke dia tanya 

"Encik.. kalau nak buka akaun Maybank berapa ye kena bayar?". Then encik tu jawab

"RM250. Cik ni belajar lagi ke?"

Saya: "Tak. Saya baru je habis belajar"

Encik Maybank : "Ohh kalau student, kena tunjuk kad matrik / kad pelajar. Kalau dah bekerja, kena bawa offer letter atau dokumen pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)"

Saya: "Tapi saya bukan student dan saya belum lagi bekerja. Jadi, macam mana ye? Takkan la saya tak boleh nak buka akaun personal Maybank?"

Encik Maybank : "Iye tak boleh cik."

Den dah buat muka terkejut dah + tak percaya T-T

hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian~
credit image: totsintawhero.wordpress.com
Umi mencelah: "Habistu kesian la siapa yang tak belajar dah dan tak bekerja lagi."

Encik Maybank : "Tu lah makcik. Memang tak boleh. Memang prosedure nak buka akaun Maybank macam tu sekarang."

Saya: "Habistu macam mana ye? Saya baru je habis belajar haritu"

Encik Maybank : "Ohh kalau macam tu, cik boleh bawa result exam last haritu (transkrip) lah"

Saya: "Ohhh transkrip boleh ye?"

Encik Maybank : "Boleh boleh"

Phewww~ walaupun tak dapat nak buka akaun pagi tadi, lega lah juga tahu diri ini qualified untuk buka akaun. Kalau takkkkk.. sobsobsob!

Umi pula keluar je dari Maybank terus membebel tak puas hati haha. Tak puas hati kenapa sistem buka akaun bank macam tu pula sekarang. Menyusahkan aje.

Ermm. Tak pelah.. ada la kan reason Maybank buat peraturan macam tu kan? Kita ni redhoo je le haha.

so, next week InshaaAllah pergi lagi sekali untuk buka akaun. Moga dipermudahkan urusan Amin :)

Membeli-belah Secara Online Di Shopback Memberikan Pulangan Tunai Sehingga 30% !

$
0
0
Membeli-belah Secara Online Di Shopback Memberikan Pulangan Tunai Sehingga 30%? Biar betul! Tapi... Apa benda Shopback ni? Shopback ini adalah salah satu perintis yang memperkenalkan cara membeli-belah dengan serba baru ke arena membeli-belah secara online di Asia Tenggara sejak September 2014. Mempunyai beribu pejabat di Singapura dengan pejabat beroperasi di Amerika Syarikat, Malaysia, Filipina, India, Indonesia dan Taiwan.

Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Dengan pasukan khusus lebih dari 85 orang yang lengkap dengan pengalaman luas dalam industri e-dagang, Shopback telah berjaya mewujudkan kehadirannya di 5 pasaran, dengan pelan di masa depan untuk meluaskan kedudukannya di peta serantau.

Bertambah kagum apabila Shopback telah menerima 3 Anugerah Hebat pada tahun-tahun lepas, iaitu

September 2016 : Emerging Enterprise Award, pada Emerging Enterprise Award kali ke-9 anjuran The Business Time dan OCBC Bank.
Oktober 2015 : Gold Award, kategori Best Start-up (Growth Stage) & Silver Award, kategori Best Innovative Infocomm Products (Consumers), pada Anugerah Singapore Infocomm Technology Federation (SiTF) kali ke-7 anjuran SiTF.

Dengan memberikan pulangan tunai (Cashback) sehingga 30% kepada pelanggan apabila mereka membeli-belah di lebih 1,000 stor online. Shopback telah menghubungkan penjual dan pembeli dengan sistem ganjaran yang menguntungkan kedua belah pihak.

Konsep Shopack ini secara keseluruhannya.. apabila pembeli berjaya membuat transaksi pembelian di mana-mana stor yang berhubung dengan laman Shopback, penjual online yang membuat keuntungan dari pembeli akan memberi komisyen kepada Shopback. Kemudian, Shopback akan berkongsi komisyen ini dengan pembeli, yang akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai.

Langkah-langkah Membeli-belah Secara Online Di Shopback

Langkah 1: Pilih mana yang berkenan dari lebih 500 peniaga di Shopback.

Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Selepas anda create akaun Shopback (Sign Up), anda akan dapat melayari pelbagai pilihan peniaga di Shopback. Macam-macam kategori ada, kategori Fashion, travel, Food & Bevarage, Electronics, Lifestyle dan lain-lain.

Langkah 2: Anda akan dibawa (redirected) ke laman web peniaga (merchants).


Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Membeli-belah Secara Online Di Shopback
Membeli-belah Secara Online Di Shopback


Bila dah pilih store mana yang anda suka, klik "Shop Now" untuk pergi ke official laman web store tersebut. Di sana, just shopping online dan urus jual beli seperti biasa.

Langkah 3: Earn cashback

Setelah pembayaran telah dibuat di laman web peniaga, cashback (rebat tunai) akan dimasukkan ke dalam akaun Shopback anda secara automatik dalam masa beberapa hari.

Setelah ditebus, wang tunai di akaun Shopback boleh di-cash out via transfer ke akaun bank anda.

Mudah dan menarik kan? Jika kurang jelas penerangan di atas, boleh refer to tutorial video cara online shopping di Shopback di bawah ini:


More info:

cara kira waktu haid yang betul dalam Islam

$
0
0
Dari dulu memang persoalan tentang haid ni tak pernah selesai kan? Ada je persoalan dan kemusykilan tentang haid. Sebab apa? Sebab hal-hal tentang haid ni kadang-kadang rumit dan sukar untuk dijangka. Lagi-lagi pada wanita yang mempunyai masalah haid - contohnya lambat datang haid dari waktu yang sepatutnya, darah haid keluar sikit-sikit, jarak waktu haid pertama dan haid kedua adalah sangat singkat. Tapi... dari dulu memang saya nak tahu satu perkara berkaitan dengan haid ni iaitu macam mana cara kira waktu haid? Kadang-kadang keliru kan sebab tarikh datang haid tu tak konsisten. Berubah-ubah. Tapi kadang-kadang tarikh keluar darah haid sama bulan ni dengan bulan lepas. So, jom kita ushar cara kira waktu haid yang betul dalam Islam.


Soalan: Kalau haid tu berhenti, lama mana pulak nak mari pulak? (maksud soalan: berapa hari untuk haidh seterusnya selepas haidh pertama?)


cara kira waktu haid yang betul dalam Islam



cara kira waktu haid yang betul dalam Islam
cara kira waktu haid yang betul dalam Islam; credit image : wanita.fieraiesya.com
Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Paling awal dia mari pula selepas haid yang pertama - 15 hari mesti kosong daripada darah. Maknanya, kalau dia berhenti (haid) pada 31haribulan, mari pulak (haid) adalah 15 haribulan.. Bukan. Itu darah istihadhah. (Sepatutnya) kena mari pula pada 16 haribulan.

Antara haid pertama dan haid kedua mestilah jarak 15 hari (15 hari suci dari darah). Cuma, kebiasaannya lebih kurang 24 hari. Sebab sebulan ada 30 hari, haid 7 hari, 23 hari cuti (tak ada haid). Cuma, paling cepat 15 hari (15 malam).

Maksudnya, kalau berhenti 31hb.. nak mari pula paling awal (keluar haid) adalah pada 16hb.


cara kira waktu haid yang betul dalam Islam
doa wanita ketika datang haid dan nifas
Baca juga:

Bolehkah potong kuku / cukur bulu ketika datang haid/junub?
Bolehkah Perempuan Haid mengaambil Wuduk?
Kuning, kelabu, keruh, hijau : warna haid kah?

Segmen BLOGLIST Februari 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

$
0
0

Segmen BLOGLIST Februari 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.


Segmen BLOGLIST Februari 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 31 Januari 2017 @8.00pm 

Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer? - Ustaz Azhar Idrus

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Seperti yang kita tahu, antara syarat untuk jamak qasar semasa bermusafir adalah jarak antara rumah kita dan destinasi musafir tersebut mestilah lebih dari 2 marhalah. Kalau kurang dari 2 marhalah, tak boleh nak jamak qasar. Persoalannya : berapakah jarak 2 marhalah tersebut? Ukuran dua marhalah bersamaan berapa kilometer? Memang ramai yang masih confuse atau tak tahu dua marhalah bersamaan berapa kilometer. Ada yang kata 80km plus plus. Ada yang kata 90km plus plus. So, which one yang betul ni?

Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer? - Ustaz Azhar Idrus


Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer?
Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer?
Soalan: Dua marhalah bersamaan 81 kilometer atau 91 kilometer? Kerana kawan saya kata 91 kilometer. Betul ke?

Jawapan:

Yang hadir dalam hadis bukan kilometer, bukan dengan batu. Tapi dengan marhalah. Jadi, dua marhalah namanya.

Dan dua marhalah nak kira macam mana sekarang?

Ulama-ulama tolong sukat dah, tolong convert jadi sukatan baru. Sekarang kita guna kilometer.

Beberapa orang ulama termasuk bekas mufti Mesir, ulama Syria & Dr. Wahbah al-Zuhaili ada ukur di zaman moden ni. Lebih kurang 90 kilometer. 89.988 kilometer. Lebih kurang. Dan ukuran yang paling pendek lebih kurang 81 kilometer.

Jadi, jarak antara 80-90 kilometer tu lah 2 marhalah. Haaa paham dop?

Jadi, tak ada tahdid. Tak ada keputusan yang tepat. Lebih kurang antara 80 hingga 90 kilometer. Antara dalam 50-56 batu. Lebih-lebih kurang.


Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer?
Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer?
Baca juga:

tips tingkatkan trafik blog #6

$
0
0
Yeayyy yeay! Tips tingkatkan trafik blog dah sampai yang keenam dah! Maaf ye, semalam saya cuti daripada tulis entri berkaitan tips tingkatkan trafik blog ni haha. Okay tanpa buang masa, jom!

tips tingkatkan trafik blog #6


tips tingkatkan trafik blog #6
tips tingkatkan trafik blog #6
tips keenam: 
blog guna Responsive Template


Apa itu Responsive Template?

Responsive Blogger Templates help to blog elements automatically adjustable with the various user's devices like laptops, tablets, mobiles, etc. 100% Responsive Blogger Templates design help your readers to gain access to your blog/website on any device.

When we talk about responsive website templates, we talk about a website layout that is coded so as to respond to the current device that is being used by the person viewing the template online. If a person is currently using a smartphone to view your website, the CSS (Cascading Style Sheet) uses the preset styling for that devices viewport size.

Haa tu lah maksud responsive template yang sebenar yang saya dapat dari Internet haha. Maksudnya.. kalau kita apply responsive template di blog atau website kita, layout blog kita akan berubah-ubah mengikut current devices yang pengunjung guna. Haaa lebih kurang macam tu lah maksud dia haha.

Ada apa dengan Responsive Template?

Responsive template ni digalakkan untuk guna sebab dia ada ciri-ciri yang bagus untuk blog. Antara ciri-ciri nya :

  • Responsive,
  • SEO Friendly (SEO ready),
  • Mobile friendly,
  • Ads ready,
  • Minimal,
  • Simple design,
  • Fast loading,
  • clean layout,
  • Drop Down Menu,
  • Social Bookmark Ready
& macam-macam lagi. Semuanya ni somehow somewhat mempengaruhi trafik blog/website kita.

Website yang menyediakan Free Responsive Blogger Templates:

Sora Templates, Gooyabi Templates, Odd Themes & banyak lagi. Search je kat Google - free responsive templates /  free responsive website template / free responsive blogger templates / responsive templates, nanti ada la keluar banyak pilihan. Macam template saya ni, saya ambil dari Sora Templates.

free responsive templates
tips tingkatkan trafik blog #6
free responsive blogger templates
tips tingkatkan trafik blog #6


2 perkara penting kena buat selepas apply Responsive Template dalam blog:

1. Jadikan SEO Blog 100% (boleh baca di SINI tentang SEO blog 100%)
2. Masukkan code Google Analytic (GA) dalam edit HTML blog (kalau ada GA)

ATAUpun, kalau takut-takut kan.. cuba buat satu blog tipu-tipu lepastu apply Responsive Template dekat blog tu. So, kalau ada salah atau nak main-main susun layout kat situ pun tak jadi apa. Hahaha.

AMARAN!

1. Sebelum nak download Responsive template ke blog, pastikan backup/restore dulu template lama kita untuk safety (supaya kalau kita tak suka template baru, kita boleh masukkan balik template lama)

tips tingkatkan trafik blog #6
backup/restore template
2. Mungkin pada permulaan penggunaan Responsive Templates, trafik blog kita akan menurun. Tapi takpe, don't worry. Teruskan istiqamah buat entri setiap hari + ping entri semua. Nanti lama-lama trafik blog akan naik semula. Malah lagi tinggi daripada yang sebelum-sebelum ni InshaaAllah.

Dulu-dulu saya pakai Custom Template blogger yang biasa je. Tapi lepas join AFB (dulunya EFG), saya belajar tentang Responsive Template. Di AFB, saya belajar macam mana cara nak download, macam mana cara nak apply template dalam blog, macam mana nak edit dan sebagainya. So, thanks to AFB! Hehe.

Pada sesiapa yang nak join AFB Network, pendaftaran ahli baru AFB untuk batch kedua kini dibuka. Kalau berminat nak join, boleh whatsapp saya 0172008642 atau ketua AFB kak irra0133560192.

Kelebihan join AFB boleh ushar di SINI.

Okay, that's all for today. See you when I see you next! Daaa~

Baca juga:
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live