Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2017 SAYA - DALAM PROSES

$
0
0
Kelmarin saya tergerak hati nak semak status permohonan BR1M 2017 walaupun baru je mohon 30 Disember 2016 haritu hahaha. Oh, permohonan baharu BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 13 Januari 2017. Tahu kan? By the way, korang dah semak ke belum permohonan brim? Kalau nak buat semakan status permohonan BR1M 2017 boleh klik di SINI

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2017 SAYA - DALAM PROSES


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2017 SAYA - DALAM PROSES
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2017 SAYA - DALAM PROSES
Nanti bila nak check, dia akan suruh masukkan No.Kad Pengenalan (takde dash - ) & akan tanya dua soalan keselamatan. Goodluck!

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2017 SAYA - DALAM PROSES
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2017
Nota Penerangan Tentang Status Permohonan BR1M 2017

DITERIMA
-permohonan telah didaftar. Bagi penerima BR1M 2016, status permohonan DITERIMA tidak menunjukkan permohonan telah diterima terutama bagi penerima BR1M 2014 yang tidak mengemas kini maklumat BR1M 2015 dan 2016. Kegagalan pihak tuan mengemas kini permohonan berisiko permohonan BR1M 2017 tuan/puan tidak diproses kecuali bagi permohonan warga emas sebatang kara.

DALAM PROSES
-permohonan DALAM PROSES semakan dan verifikasi kelayakan

DITANGGUHKAN
-pemohon perlu membuat KEMAS KINI maklumat permohonan

LULUS
-permohonan telah diluluskan / BERJAYA

TIDAK LULUS
-permohonan tidak diluluskan / TIDAK BERJAYA

STATUS KREDIT TIDAK BERJAYA
-surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

So, status permohonan brim 2017 korang apa? Hehehe.

Baca juga:


Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?

$
0
0
Persoalan yang biasa kita dengar - boleh ke upload gambar bayi yang baru lahir di Facebook/media sosial. Kan? Tapi kali ni.. Satu perkara yang saya tak pernah terlintas pun untuk mempersoalkan hukumnya - tunjuk gambar scan bayi pada orang. Boleh atau tidak? Apakah hukum meng-upload gambar scan bayi di Facebook atau di media sosial yang lain? Serius tak pernah terfikir sebelum ni. Ingat okay je, tapi ada tengok orang post berkaitan dengan perkara ni. Then, baru macam "oh tak boleh ke? Ingat boleh". Tapi tak nak la make conclusion terus. So, saya selidik dulu. Tengok ceramah Ustaz dan tanya Ustaz berkaitan dengan persoalan "boleh ke upload gambar scan bayi di Facebook?"

Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?


Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?
Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?
credit image: shafidamama.com

Soalan : Apa hukum isteri upload gambar perut isteri yang ada janin dalam Facebook untuk tatapan umum? Bukankah ia termasuk aurat?

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Jawabnya.. jika kelihatan aurat, maka hukumnya HARAM. Kalau tidak kelihatan aurat, TIDAK HARAM. Kalau black and white sahaja (gambar), hitam atau putih saja, nampak macam bentuk budak lepastu gelap. Haaaa yang tu BUKAN AURAT. Tapi kalau nampak bentuk aurat (perut si isteri), hukumnya haram.

Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?
Boleh ke Upload Gambar Scan Bayi di Facebook?
credit image: azlindaalin.com
Soalan: Ustaz, boleh ke tunjuk gambar scan bayi pada orang ramai?

Jawapan: (Ustazdin Al-Haj)

Tunjuk gambar scan bayi kepada yang bukan muhrim adalah HARUS. Tetapi jatuh HARAM jika yang ditengok itu perut atau susuk tubuh si ibu yang hamil. 

Wallahualam~

Moga memperoleh ilmu yang bermanfaat dan sebar-sebarkan la ye. Mungkin ada yang tak tahu. Wassalam :)

Puisi #3 lebih dari itu

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #3 lebih dari itu
Puisi #3 lebih dari itu
Credit image: Google
Puisi #3

sementara di luar waktu berjalan tergesa-gesa
hujan melumat segala yang basah
aku menutup kedua mata pintu
bersembunyi dari yang tergesa-gesa
bersembunyi dari yang basah

hujan bukan hanya perihal air sayang
lebih dari itu, kita berdua adalah
sepasang bunyi yang menutupkan sunyi

nukilan jikusore



p/s: Selamat malam! :)

Algebra Calculator & Quartic Equation Calculator

$
0
0
Apakebenda algebra calculator & quartic equation calculator ni? ALGEBRA CALCULATOR ni ialah kalkulator untuk menyelesaikan soalan/equation algebra. Tak kisah la highest degree bagi equation algebra tu satu atau dua atau tiga atau empat atau lima atau enam, boleh guna algebra calculator ni. QUARTIC EQUATION CALCULATOR pula adalah kalkulator untuk solve problem/equation yang highest degree nya adalah empat (general equation: ax^4+bx^33+cx^22+d^x+e=0). So, kadang-kadang kan ada equation yang highest degree 4 yang kita tak tahu nak factorize macam mana, tambahan pula dekat kalkulator saintifik fx-350MS & fx-570MS tak boleh nak kira sampai degree 4.. haaa boleh la guna quartic equation Calculator ni. Mudah je.

Algebra Calculator & Quartic Equation Calculator


Contoh soalan (4th degree equation): 1/2m^4 + 20m - 457/4 = 0 



Steps:

Algebra Calculator & Quartic Equation Calculator
Algebra Calculator

Algebra Calculator & Quartic Equation Calculator
Algebra Calculator

Algebra Calculator & Quartic Equation Calculator
Algebra Calculator

2. Quartic Equation Calculator: http://www.1728.org/quartic.htm

Steps:

Algebra Calculator & Quartic Equation Calculator
Quartic Equation Calculator

Algebra Calculator & Quartic Equation Calculator
Quartic Equation Calculator

So, jawapan bagi 1/2m^4 + 20m - 457/4 = 0 ada empat solution. Dua daripadanya adalah imaginary root.

1. 3.1743
2. 0.66044 + 3.9468i
3. 0.66044 - 3.9468i
4. -4.4952

Kelebihan algebra calculator : ada tunjuk langkah-langkah jalan penyelesaian bagi equation tersebut
Kelebihan quartic equation calculator: jawapan lebih tepat berbanding algebra calculator (sebab algebra calculator tak masukkan sekali jawapan imaginary)

Okay itu sahaja, moga mendapat manfaat bagi students maths di luar sana. Bukan apa, haritu saya ada jumpa equation yang x^4. Lepastu ternganga tak tahu nak factorize macam mana. Sebab biasa jumpa equation x^4 yang senang, yang mudah difactorise. Tapi, haritu jumpa equation yang susah. Tu yang search Google macam mana cara nak selesaikan. Tup tup terjumpa dua calculator online ni. Sangat membantu!

That's all, adios!

asyik sedu je, nak membesar ke?

$
0
0
Kalau bayi sedu, kita biasa cakap "biasalah baby. sedu tanda nak membesar la tu". 

Kalau baby dewasa sedu? Kalau orang dewasa yang dah cukup membesar dan mengembang (seperti saya) sedu, tandanya apa ya? Hahaha.

Saya biasa sedu lepas makan. Umi kata kalau kita sedu, tandanya kita ni kekurangan air dalam badan. Tapi kalau kita rasa kita dah cukup minum air tapi still juga sedu? Hmmm.. Anggap lah sedu itu nikmat yang Allah beri hehe. Sebab kekadang saya dah minum banyak air, tapi lepas makan still sedu juga. So, sabau jela.

asyik sedu je, nak membesar ke?
credit image: giphy.com
Kalau kita biarkan je sedu tanpa ada usaha nak hilangkan sedu tu.. lama kelamaan kita akan rasa nak sedu sendiri tau hahaha. Pernah tak rasa? Yela biasanya kalau sedu ni, cara nak hilangkannya adalah minum air tanpa bernafas (nak bernafas pun boleh). Nak biar kan aje pun takpe, sebab sedu akan hilang dengan sendirinya. Tapi kalau kita biar lama-lama, bila dia dah berhenti pun, kita still akan rasa nak sedu sendiri hahaha.

So, kalau sedu tu, minum je air banyak-banyak. Immediately sedu akan hilang. 

Sedu tau! Bukan sendu! Hahaha. Kbai!

asyik sedu je, nak membesar ke?
credit image : giphy.com

Puisi #4 baiknya aku berhenti sekarang

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #4 baiknya aku berhenti sekarang
Puisi #4 baiknya aku berhenti sekarang
Puisi #4

Baiknya aku berhenti sekarang

Setiap diri punya batas kekuatan,
begitupun hati
Setiap orang punya batas penantian,
begitupun mencintai
Dan bila untukku, ku pasrahkan pada Tuhan,
aku percaya bila rasaku akhirnya berhenti,
itu karena Dia menentukan usai

Aku yakin, apapun yang ku terima
sudah Tuhan gariskan
Termasuk perasaan

Dan untuk saat ini istirahatlah
Ku kira kita tetap bisa saling mendoakan

Semoga selalu dalam perlindungan
Amin

Nukilan @arent.354



p/s: nyte! :)

www.sihatsihat.com : Gedung Produk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Diyakini Berkesan!

$
0
0
Laman web www.sihatsihat.com  adalah laman web rasmi Shafzan Online Enterprise. Laman web www.sihatsihat.com ini menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan (produk akan diupdate dari semasa ke semasa) sesuai dengan moto mereka “Memenuhi Kehendak Pelanggan”.


www.sihatsihat.com : Gedung Produk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Diyakini Berkesan!



www.sihatsihat.com : Gedung Produk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Diyakini Berkesan!
www.sihatsihat.com : Gedung Produk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Diyakini Berkesan!
Laman web ini menjual pelbagai produk seperti produk kecantikan kulit, produk atasi jerawat, set bersalin, produk rawatan sakit sendi, produk pemakanan dan lain-lain lagi. Bertepatan dengan moto "Memenuhi Kehendak Pelanggan", mereka mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 100 produk terbaik di pasaran untuk memudahkan anda membeli pelbagai produk bagi menyelesaikan pelbagai masalah anda.


ANNOUNCEMENT FACEBOOK PAGE WWW.SIHATSIHAT.COM


www.sihatsihat.com : Gedung Produk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Diyakini Berkesan!
www.sihatsihat.com : Gedung Produk Kesihatan Dan Kecantikan Yang Diyakini Berkesan!
Tidak seperti Lazada, Lelong dan 11 Street yang menjual secara general, website sihatsihat ini hanya mengumpul dan menjual produk-produk terbaik dengan testimoni-testimoni pelanggan yang terbukti berjaya menyelesaikan masalah mereka! 

Selain itu, anda juga akan dilindungi dengan 100% Jaminan 14 Hari Pulangan Wang (Kecuali Dinyatakan) untuk semua produk di page ini beserta penerangan lebih mendalam tentang produk. Terdapat juga bonus istimewa untuk anda selain servis yang baik.

Antara produk yang pihak sihatsihat.com kumpulkan adalah seperti berikut:

1) Set Bersalin Nona Roguy – penjagaan selepas bersalin
2) Biobax – mengatasi masalah sakit belakang
3) Produk Kecantikan Cosmoderm
4) Produk Kesihatan dan Kecantikan Secretleaf
5) Refinity Acne Hydrogel – mengatasi masalah jerawat
6) SG SX STEMCELL - untuk kecantikan kulit dan wajah
7) Penawar Buasir NomoreRhoids
Dan macam-macam lagi!

Saya telah mencuba sendiri produk Biobax tersebut. Memang terbukti berkesan dalam melegakan dan merawat sakit belakang, sakit sendi, terseliuh, tergeliat dan sebagainya. Tak rugi tau beli Biobax ni.

Apalagi, jom lawati laman web mereka di sini: www.sihatsihat.com!


SINGGAH WEBSITE WWW.SIHATSIHAT.COM SEKARANG!


http://sihatsihat.com/

KLIK BANNER UNTUK MAKLUMAT LANJUT

RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Sebelum ni saya ada buat entri tentang RPK dan RSM JPJ, tapi saya nak buat lagi sekali entri RPK dan RSM JPJ dengan lebih lengkap, kemas, mudah dihafal dan diingati oleh mereka yang nak menghadapi ujian JPJ. Jom baca!

RPK dan RSM JPJ: cara mudah ingat dan keterangan lengkap

kereta axia jpj
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
credit image: belajarmemandu.wordpress.com
RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)

RPK ni ada empat bahagian. Mulakan dari depan kereta, kemudian kanan, kemudian belakang, kemudian bahagian kiri kereta. Make sure ikut turutan tu untuk mudah ingat. Dan lagi satu! Jangan lupa semasa terangkan komponen-komponen RPK, sila sentuh dan pandang apa yang kita terangkan tu. Kalau tengah terangkan tentang tayar, make sure kita sentuh dan pandang tayar tu.

axia jpj
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
1. Bahagian hadapan kenderaan

a. Cermin - "CERMIN HADAPAN dalam keadaan baik/retak"
b. Bonet - "BONET HADAPAN dalam keadaan baik/kemek"
c. Lampu - "LAMPU HADAPAN KANAN&KIRI dalam keadaan baik/pecah"
d. Lampu isyarat - "LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN&KIRI dalam keadaan baik/pecah"
e. No. plat pendaftaran - "NOMBOR PLAT PENDAFTARAN HADAPAN XXX1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah"
f. Bumper - "BUMPER HADAPAN dalam keadaan baik/pecah"

2. Sisi kanan kenderaan

a. Tayar hadapan - "TAYAR HADAPAN KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
b. Lampu isyarat sisi & cermin sisi - "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KANAN dalam keadaan baik"
c. Cermin pintu hadapan & belakang - "CERMIN PINTU HADAPAN & BELAKANG, KANAN dalam keadaan baik"

*buka pintu hadapan (pemandu) dan tarik tuil bonet hadapan, boot belakang
*tutup pintu

d. Tayar belakang - "TAYAR BELAKANG KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"

3. Bahagian belakang kenderaan

a. Cermin - "CERMIN BELAKANG dalam keadaan baik"
b. Lampu brek ke tiga, lampu brek & lampu belakang - "LAMPU BREK KE TIGA, LAMPU BREK & LAMPU BELAKANG KANAN&KIRI dalam keadaan baik"
c. Lampu isyarat - "LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN&KIRI dalam keadaan baik"
d. Bonet - "BONET BELAKANG dalam keadaan baik" (merujuk kepada penutup boot)
e. No. plat pendaftaran - "NOMBOR PLAT PENDAFTARAN BELAKANG XXX1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah"
f. Bumper - "BUMPER BELAKANG dalam keadaan baik/pecah"

*BUKA BONET (PEMERIKSAAN RUANG BOOT)

g. "Dilengkapi dengan SEGITIGA AMARAN"
h. "Dilengkapi dengan TAYAR GANTIAN, tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
i. "Dilengkapi dengan TOOLS - spana pembuka tayar / pemutar jek / jek / jumper"

*TUTUP BONET

4. Sisi Kiri Kenderaan

a. Tayar belakang - "TAYAR BELAKANG KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
b. Cermin pintu hadapan & belakang - "CERMIN PINTU HADAPAN & BELAKANG, KIRI dalam keadaan baik"
c. Lampu isyarat sisi & cermin sisi - "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KIRI dalam keadaan baik"
d. Tayar hadapan - "TAYAR HADAPAN KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"

(optional) Tempoh sah cukai jalan - "cukai jalan masih sah tempoh sehingga XX/XX/XX"

5. Bahagian hadapan kenderaan (ruang enjin)

*BUKA BONET (PEMERIKSAAN RUANGAN ENJIN)

ruang enjin kereta viva
pemeriksaan ruang bonet/enjin perodua viva
a. Bateri

+ "BATERI SEL BASAH dalam keadaan baik" , (buka salah satu penutup) - "paras air bateri/ elektrolit mencukupi/tidak mencukupi" (ada tanda min/max)
+ "BATERI SEL KERING dalam keadaan baik", (jika ada penunjuk) - "warna penunjuk berwarna hijau/hitam/putih, bateri dalam keadaan baik/perlu dicaj"

**apa beza bateri sel basah dan sel kering?

sel basah

  • ada penutup kat atas. 
  • ada aras elektrolit (air), ada min/max

sel kering

  • tak ada penutup. dia rata je di bahagian bateri tu. 
  • ada indikator warna (optional).

b. (buka penutup) "Paras AIR TANGKI SIMPANAN RADIATOR mencukupi/tidak mencukupi"
**kalau mencukupi - air di aras maksimum

air tangki simpanan radiator
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
c. (buka penutup) "Paras AIR TANGKI RADIATOR mencukupi/tidak mencukupi"

air tangki radiator
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
d. (picit hos) "HOS AIR dalam keadaan baik/retak"
**bentuk hos macam paip hitam

hos kereta
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap 
e. (cabut dipstick yang panjang hitam tu, bersihkan dengan tisu, masukkan semula, cabut semula) "Paras MINYAK PELINCIR/ENJIN mencukupi/tidak mencukupi"

**WAJIB sediakan tisu awal-awal atau kalau ada tisu disediakan di tempat RPK tu, ambil je kat situ.

f. (tekan ke bawah) "TALI SAWAT dalam keadaan baik/terlalu tegang/terlalu kendur"

g. (jika ada)(buka penutup) "Paras MINYAK STEERING mencukupi/tidak mencukupi"

h. (buka penutup) "Paras CECAIR BREK mencukupi.tidak mencukupi"

i. (buka penutup) "AIR WIPER mencukupi/tidak mencukupi"

*TUTUP BONET

Macam kalau saya time JPJ test haritu, RPK dilakukan sebelum RSM. Time RPK tu, bonet ruangan enjin dan boot memang dah tersedia buka. So, saya buat pemeriksaan ruang enjin sejurus selepas menerangkan komponen/item bahagian hadapan kenderaan (No.1). 

Maksudnya... kebiasaannya kan saya dilatih untuk ikut turutan mula-mula bahagian hadapan > kanan > belakang > kiri > ruangan enjin. Tapi time rpk jpj ni, dia ikut turutan : bahagian hadapan > ruangan enjin > kanan > belakang > kiri. Mungkin pihak pemeriksa nak mudahkan kerja kita dan kerja mereka.

Tapi! Apa-apa pun tengok lah orang sebelum kita dia buat macam mana. So that kita pun boleh ikut turutan dia macam mana hehe.

Nota:
1) Time saya test JPJ haritu, kereta viva digunakan semasa RPK. Kereta kancil/kereta viva pula digunakan semasa ujian di litar. Manakala, kereta axia digunakan semasa ujian di jalan raya.
2) Klac (cekam) bagi kereta viva dan kereta kancil lama memang tinggi. Saya haritu ujian JPJ dapat kereta kancil di dalam litar, saya dah lepaskan banyak klac pun kereta still tak gerak-gerak. So, kena lepaskan banyak-banyak klac, baru kereta jalan. =.= okay tak ada kaitan dengan topik, abaikan haha.


RSM (Rutin Sebelum Memandu)

Bilakah nak buat RSM? 
Dua kali kena buat RSM ni. First, buat sekali dengan RPK. Second, buat RSM sebelum memulakan ujian memandu di jalan raya.

18 rutin sebelum memandu:

1. Masuk kereta, duduk dan HANDBREAK (brek tangan) dalam kedudukan brek (jika kereta manual, handreak ditarik)

2. Laraskan TEMPAT DUDUK (seat)

3. Tentukan kedudukan tangan pada STERENG dengan betul - kedudukan pukul 10-2 atau 9-3

cara pegang stereng dengan betul:

a) kedudukan tangan pada stereng pada pukul 9 & pukul 3

cara pegang stereng dengan betul
cara pegang stereng dengan betul
credit image : pandulaju.com
b) kedudukan tangan pada stereng pada pukul 10 & pukul 2

teknik memegang stereng dengan betul
teknik memegang sterengan dengan betul
credit image: shannons.com.au


4. Laraskan CERMIN PANDANG BELAKANG DAN SISI (cikgu saya ajar pastikan tangan sentuh cermin pandang belakang dan sisi walaupun sedikit semasa melaraskan. Yang penting, kena nampak effort tu!)

*ON-SUIS KERETA*
panel instrumen kereta
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap
panel instrumen kereta
penunjuk pada panel board kereta
penunjuk pada panel board kereta
rsm jpj papan pemuka saga automatik
panel board untuk kereta saga (automatik) JPJ


5. TOLOK BAHAN BAKAR (ada huruf E F) berfungsi/tidak berfungsi

tolok bahan bakar jpj
tolok bahan bakar
6. TOLOK SUHU ENJIN (bentuk macam termometer, ada huruf C H) berfungsi/tidak berfungsi

tolok suhu enjin jpj
tolok suhu enjin
7. LAMPU AMARAN HANDBREAK (bentuk tanda seru) berfungsi/tidak berfungsi

lampu amaran brek tangan jpj
lampu amaran brek tangan
8. LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK ENJIN (bentuk macam bekas siram bunga) berfungsi/tidak berfungsi

lampu amaran tekanan minyak enjin jpj
lampu amaran tekanan minyak enjin
9. LAMPU AMARAN BATERI (ada caj + - ) berfungsi/tidak berfungsi

lampu amaran bateri jpj
lampu amaran bateri
panel instrumen axia
panel instrumen pada board kereta Axia
10. Pastikan GEAR dalam keadaan bebas (N-neutral) bagi kereta manual (kedudukan 'P' bagi kereta auto)

11. HIDUPKAN ENJIN dengan menekan klac(manual)/brek(auto) tanpa menekan pedal minyak

pedal clutach, pedal brek dan pedal minyak
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap
credit image: nazrulentertainment.blogspot.com
12. LAMPU ISYARAT berfungsi/tidak berfungsi

13. LAMPU HADAPAN berfungsi/tidak berfungsi

lampu hadapan kereta
lampu kereta
14. LAMPU HAZARD berfungsi/tidak berfungsi
*kalau kereta kancil, lampu hazard berdekatan dengan stereng, kedudukan di tengah-tengah.

lampu hazard
lampu hazard / lampu kecemasan
15. HON berfungsi/tidak berfungsi

16. PEMANCUT AIR/pengelap cermin (wiper) berfungsi/tidak berfungsi

17. TAKOMETER (meter RPM) berfungsi/tidak berfungsi

takometer / meter rpm
takometer
18. MENGUJI keadaan tali pinggang keledar kenderaan (dengan cara MENYENTAP dan MENARIK TALI PINGGANG kenderaan)  & MEMAKAI tali pinggang kenderaan dengan sempurna.

maksud indikator kereta
maksud indikator pada panel board kereta
Fuhhh~ semoga berjaya! Yang penting jangan cuak sangat time nak buat RPK & RSM, terutamanya RSM. Yela RSM lagi cuak sebab pegawai JPJ duduk sebelah kita kan. Tapi tarik nafasss hembus, bertenang. Tunjukkan confident anda, terangkan satu-satu dengan tenang dan teratur seperti yang saya ajarkan susunan rpk dan rsm di atas. InshaaAllah full marks! 

Goodluck guysss!


Baca juga entri berkaitan dengan lesen kereta:


Puisi #5 hati-hati dengan keindahan fisik

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #5 hati-hati dengan keindahan fisik
Puisi #5 hati-hati dengan keindahan fisik
credit image: Google
Puisi #5

Hati-hati dengan keindahan fisik
Ketampanan dan kecantikan bukanlah ukuran mulia
Rupa dan jasmani bukanlah segalanya
Betapa banyak keindahan fisik
justeru mengantarkan seseorang pada dosa
menjadikan maksiat pada pemiliknya
Maka, seperti apapun fisik, rupa dan wajahmu
Jangan merasa rendah hati
Jangan kecil hati
Selalu syukuri
Semua anugerah yang Allah telah beri
Lebih baik, indahkan iman
Indahkan hati dan akhlakmu

Dunia semakin mempesona
Tapi iman dan akhlak mulia semakin langka
Jadilah yang utama
dengan taat allah dan menjaga

Nukilan @arent.354

notakaki: 
1. fisik - fizikal
2. langka - jarang didapati, jarang ditemui



p/s: selamat malam! :)

ANTARA SEBAB-SEBAB GAGAL PERMOHONAN BR1M

$
0
0
Kalau sesiapa yang nak buat semakan status permohonan BR1M 2017, boleh klik SINI. Status permohonan brim saya masih lagi dalam proses hehe. So, in case jika ada para pemohon yang gagal permohonan BR1M, boleh lihat di bawah ini antara sebab-sebab gagal permohonan BR1M.

ANTARA SEBAB-SEBAB GAGAL PERMOHONAN BR1M


sebab gagal permohonan brim 2017
sebab-sebab gagal permohonan BR1M

1. Kemaskini Permohonan - tidak mengemaskini permohonan BR1M bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (2014)*

*Nota: Penerima BR1M perlu mengemaskini maklumat peribadi mereka sekiranya terdapat perubahan atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun bagi mengelakkan permohonan ditolak.

2. Maklumat Peribadi - maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan no.kad pengenalan

3. Dokumen Peribadi - tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, dokumen pengesahan penceraian dan penyata gaji

4. Maklumat Pasangan - tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin

5. Tanggungan - maklumat tanggungan yang tidak tepat

6. Jumlah Permohonan - memohon lebih dari satu kali (suami & isteri membuat permohonan berasingan)


So, conclusionnya kalau nak mohon brim ni haruslah jujur dan telus sebab dia boleh detect kalau kita menipu. Dan juga pemohon yang lama jangan lupa untuk kemaskini!

Adios!

Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah?

$
0
0
Pernah tak time sekolah/kolej/Universiti dulu kawan duk kata "weh jangan baring ketika azan berkumandang la, nanti mayat berat", "bangun duduk, jangan baring time azan. nanti mayat jadi berat bila mati", "tak baik la baring time tengah azan, nanti mayat kau berat"? Benarkah statement itu? Statement - mayat jadi berat apabila baring ketika azan berkumandang.

Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah?


Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah?
credit image: rosepeach.wordpress.com
Soalan: Apakah mayat seseorang itu jadi berat bila dia baring ketika azan berkumandang?

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Tak betul. Yang betul masalah baring ini.. dia baring maknanya dia tidur. Orang azan subuh pun, tidur lagi. Lepas pukul 8 baru bangun. Haaa jangan amal gitu.. berat mayat kamu jap lagi nak bawak ke kubur. Sebab apa? Kerana tidak mahu bangun untuk solat.

Adapun masa orang azan, dia tak bangun. Dia baring gitu je (saja-saja baring). "Allahuakbar Allahuakbar". Dia jawab la semasa baring "Allahuakbar, Allahuakbar". Tak ada masalah.

Bahkan, sunat dan sunnah untuk kita berbaring semula selepas sembahyang sunat Subuh sebelum solat fardhu (Subuh) kerana Nabi mengamalkan. Lepas solat sunat subuh, Nabi baring.

Jadi, baring yang dilarang ini maknanya tidur. Orang azan , tidur lagi. Haa yang tu berat nanang.

Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang
Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang
Ooooooo.. So, maksudnya statement mayat berat tu betul la. Cuma maksud BARING di sini adalah TIDUR & TAK MENUNAIKAN SOLAT ketika azan berkumandang (kira macam melambat-lambatkan solat atau hingga terlajak ke waktu solat yang lain). 

Yela, kalau si wanita tak boleh solat sebab period. Then, dia tidur. Time dia tidur tu, azan berkumandang. Itu dikira okay, tiada masalah sebab dia period.

Tapi, kalau si lelaki tidur time azan. Then, bangun time nak akhir-akhir waktu dah. Haaa yang tu lah antara kes yang dikira dalam statement tersebut.

Hee ada faham? 

p/s: sepatutnya tajuk entri ni "Mayat JADI berat bila baring ketika azan berkumandang.. betul kah?". Sorry, tertinggal perkataan 'jadi' hahaha.

Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang
Mayat berat bila baring ketika azan berkumandang
Baca juga:

tanda penyakit melibatkan pundi kencing

$
0
0

tanda penyakit melibatkan pundi kencing


tanda penyakit melibatkan pundi kencing
tanda penyakit melibatkan pundi kencing
credit image: xxhighriskxx.blogspot.my
Soalan: Baru sudah kencing, rasa nak kencing pula. Bila ambil wuduk, rasa nak kencing pulak. Bila nak sembahyang, rasa nak kencing pulak. Bila kencing, keluar sikit. Nak buat macam mana?

Jawapan: (Ustaz Azhar Idrus)

Ini masalah pundi pundi kencing ni. Kena berubat (jumpa doktor). Kadang-kadang kuman dalam pundi-pundi kencing. Penyakit ni kalau kita nak tahu.. dia akan rasa sakit di bahagian belakang (bahagian bawah belakang). Haa kalau sakit tu maknanya melibatkan pundi kencing. Sebab dari pundi kencing, dia akan pergi ke buah pinggang. 

Kalau kencing sikit sikit sikit, ada tak berasa sakit kat bahagian belakang? Jangan urut. Kena berubat. Pergi beli ubat di hospital atau farmasi. Ataupun kena minum air bersih yang banyak

Sebabnya banyak sebab (faktor penyakit melibatkan pundi kencing). Antaranya, sebab kita tahan kencing. Rasa nak kencing, tahan. Rasa nak kencing, tahan.

Jangan tahan. Kalau rasa nak kencing, pergi kencing. Jangan kencing kat luar, pergi kencing kat tandas (hahahaha). 

Kalau duk tahan, nanti rosak. Sebab pintu yang berada di antara hujung air kencing dengan pundi kencing (simpanan air kencing) nak pergi ke kemaluan tu, ada satu pintu kecil. Pintu tu bila kita kencing, dia akan buka. Bila kita dah selesai kencing, pintu tutup. Dia sensor. Automatik. So, pintu ni bila kita tahan tahan nak kencing, dia akan longgar. Haaa bila longgar, air menitik. Air kencing tak banyak. 

Tapii hok yang ni (soalan tersebut), kuman ni. (kuman) Duduk dalam pundi kencing. So, kena banyak minum air masak atau makan ubat.


p/s: ni nak beri peringatan pada semua orang (terutamanya saya) untuk tak selalu sangat tahan kencing. Bila rasa nak kencng tu, terus zuppppp masuk tandas haha.

Puisi #6 pengkhianatan

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #6 pengkhianatan
Puisi #6 pengkhianatan
Puisi #6

Kita tak lagi bertemu di halte itu
seperti janjiku padamu
tempat yang dikunjungi puluhan bus tiap Sabtu
tempat menebus rindu sejak dulu

Sebab kini aku tak bisa terlelap
aku geragap
setiap mencium bau keringatmu
di spreiku

Sebab aku tak lagi mampu menelan biji nasi
setelah kenyang disuapi janji basi
ah basi!

Sebab aku tak lagi mampu mereguk segar kelapa
setelah kembung dengan dusta
ah dusta!

JAKARTA, 5Januari2017

Nukilan sajak: @persianagalih

notakaki:
1. halte - tempat perhentian bus/kereta api (bus stop)
2. geragap - tidak tahu apa yang harus dikatakan, gugup, terkejut
3. sprei - lembaran kain yang biasa digunakan untuk menutupi/melapisi tempat tidur
4. reguk - teguk



p/s: goodnite! :)

Kenapa wanita mengandung tiada haid?

$
0
0

Kenapa wanita mengandung tiada haid?


Kenapa wanita mengandung tiada haid?
Kenapa wanita mengandung tiada haid?
credit image: etikaseorangmuslim.com
Petang tadi jam 5.15pm ada segmen baru, Hayatus Sahabah bersama Ustaz Mohd Hazry Hashim Al- Bindany di IKIM FM. Perkongsian tentang kisah wanita hebat, Ummu Sulaim (ibu kepada Anas bin Malik RA).

Satu soalan menarik ustaz tanya, "Kenapa wanita mengandung tiada haid ?"

Kalau aku yang jawab dari sudut perubatan, ialah sebab kadar hormon progesterone meningkat naik (dinding uterus makin menebal), so takde lah period.

Jawapan beliau "Itulah kasih sayang Allah pada wanita..supaya selama 9 bulan takde haid boleh beribadah penuh, solat, baca Al Quran..sebagai tarbiah kepada anak yang sedang dikandung"


Nukilan: Khairul Faizie Mohammad Kamar - 9 Januari 2017

sakit wanita mengandung
seorang ibu menahan sebanyak 57 del kesakitan ketika bersalin
credit image: mama-batrisyia.blogspot.com

surah-surah amalan untuk ibu mengandung
surah amalan untuk ibu mengandung

p/s: Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Dibuat khas untuk ibu mengandung. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout, slip disc, gusi bengkak. RM80 termasuk postage untuk 1 botol. RM150 untuk 2 botol. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINI

Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah).



sakit pinggang semasa pregnant
sakit pinggang semasa pregnant?  jangan risau.. spray ajaib ni kan ada!

Wordless Wednesday (11/1/17): BEZA ANTARA JODOH & BODOH

$
0
0

Wordless Wednesday (11/1/17): BEZA ANTARA JODOH & BODOH


Wordless Wednesday (11/1/17): BEZA ANTARA JODOH & BODOH
beza antara jodoh dan bodoh
"Jodoh bila dia bawa kau dekat dengan Allah"
"Bodoh bila dia bawa kau dekat dengan maksiat"
#deep

Atasi rasa sakit Slipped Disc dan Scoliosis dengan Biobax !

$
0
0

Atasi rasa sakit  Slipped Disc dan Scoliosis dengan Biobax !


Atasi rasa sakit Slipped Disc dengan Biobax!

Apa itu slipped disc? 

Definition of slipped disc : when a disc herniates or ruptures, it may create pressure against one or more of the spinal nerves which can cause pain, weakness or numbness in the area of the body served by those nerves. 

Other names for slipped (herniated) disc : prolapsed and ruptured disc.

Maksudnya, slipped disc ni adalah.. disc (cakera) dalam badan menjadi rosak. So,disc tu akan tergelincir.

simptom-simptom slipped disc
symptoms of slipped disc
credit image: epainassist.com
Apakah simptom-simpton slipped disc ?

  • sakit dan kebas, kebiasaannya pada sebelah badan
  • sakit yang rasa sakitnya meliputi tangan dan/atau kaki
  • sakit terasa lebih teruk pada waktu malam
  • sakit bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
  • berasa sakit walaupun berjalan dalam jarak yang pendek
  • kelemahan otot yang tidak dapat dijelaskan

TESTIMONI CUSTOMER BIOBAX YANG ADA SLIPPED DISC

1) Alhamdulillah dah boleh kerja!

"Assalamualaikum.. tuan apa khabar? Semoga sihat selalu. Tuan, macam mana ya kesan penggunaan biobax pada masalah slip disc yang tuan alami?

"Wassalam. Alhamdulillah dah boleh kerja tapi tak sepenuhnya lagi."

"Bertambah baik ya lepas penggunaan biobax ni?"

"Ye tuan,tq"

slipped disc treatment
testimoni biobax - slipped disc
2) Rasa okay kat pinggang walaupun ada slip disc

"Salam puan. Nak tanya, puan dah cuba ke biobax itu?"

"Wassalam. Maaf semalam sibuk dengan adik nikah. Kak pakai biobax ni rasa ok. Terima kasih."

"Puan spray kat mana ya?"

"Kat pinggang... kenapa? Kan akak ada slip disc"

"Alhamdulillah dapat membantu kurangkan sakit puan"

biobax melegakan rasa sakit slip disc
3) Memang ada kesan positif

"Oh okay encik. Nanti lepas dah guna, encik bagi feedback sikit ye"

"Memang ada kesan positif. Kurang sakit slipped disc.. juga pakai untuk lenguh sendi dan lain-lain. Terbaik setakat ini. Saya dapat info daripada Mr. Google aje. Mak saya recommend suruh beli sebab dia dah pakai 6 botol."

kesan positif biobax slipped disc
kesan positif bagi yang ada slipped disc selepas menggunakan Biobax

Atasi rasa sakit Scoliosis dengan Biobax!

Apa itu scoliosis?

Definition of scoliosis : abnormal lateral curvature of spine.

Maksudnya, kelengkungan tulang belakang penghidap scoliosis ni tidak normal. Dia bengkok melengkung.

scoliosis
scoliosis - sideways curvature of the spine
credit image: warrenchiro.com
Kalau tengok gambar bawah ni, perbezaan tulang belakang normal dan tulang belakang scoliosis:

perbezaan tulang belakang normal dan scoliosis
beza tulang belakang between normal & scoliosis
credit image: spinecor.com
Baru tahu sebenarnya wujud Scoliosis di dunia ni. Tahu pun sebab saya ada nampak orang yang menghidapi Scoliosis memberi testimoni feedback positif selepas menggunakan Biobax.


TESTIMONI CUSTOMER BIOBAX YANG MENGHIDAPI SCOLIOSIS

"Dah cuba tadi. So far Alhamdulillah. Sebab saya ada scoliosis, tu yang dok sakit pinggang dari sebelum ada anak. Bila pregnant yang first lagi teruk. Nak baring pun tak boleh.. sama ada tidur sebelah kiri atau kanan."

"Selepas puan guna biobax ni puan ada kurang sakit ke?"

"Ada Alhamdulillah. Selalu bila terbaring flat memang susah nak bangun tapi sekarang lepas pakai biobax senang sikit nak ubah position. Kalau tidak.... Allah saja yang tau sakit macam mana."

"Puan spray kat bahagian mana ya?"

"Pinggang ke bawah."

scoliosis treatment
testimoni berkesan oleh penghidap Scoliosis selepas menggunakan Biobax
Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Dibuat khas untuk ibu mengandung. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat, gout, slipped disc, scoliosis, gusi bengkak. RM80 termasuk postage untuk 1 botol. RM150 untuk 2 botol. RM225 untuk 3 botol.

Testimoni berkesan yang lain boleh tengok (klik) di SINI

Sesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah) anytime.


melegakan sakit belakang dengan pantas
biobax melegakan sakit belakang dengan pantas

Welcoming January GiveAway

$
0
0

Welcoming January GiveAway


Welcoming January GiveAway

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 17 Januari 2017

Puisi #7 pernahkah sedikit saja engkau berpikir

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

Puisi #7 pernahkah sedikit saja engkau berpikir
Puisi #7 pernahkah sedikit saja engkau berpikir
Puisi #7

pernahkah sedikit saja engkau berpikir
kenapa senyap duniamu?
ke mana lenyap celoteh karibmu?
meninggalkanmu dalam ruangi sunyi & bisu

oh tidak..
jangan begitu..
sedikitpun Allah tidak pernah kejam padamu

DIA hanya rindu...
pada tangismu,
sedu sedan itu

Sungguh, DIA sedang rindu denganmu
yang selalu menyenandungkan cinta bagi-Nya
dulu....

Nukilan: @yantynaw



p/s: Selamat malam dunia~

Pencarian Bloglist aerillhassan.com Januari & Februari 2017

$
0
0

Pencarian Bloglist aerillhassan.com Januari & Februari 2017


Pencarian Bloglist aerillhassan.com Januari & Februari 2017

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 12 Januari 2017

tips tingkatkan trafik blog #1

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okay pagi ni jom kita cerita tentang tips tingkatkan trafik blog dari segi UV (Unique Visitors) & PV (PageViews). Saya pernah suatu masa dulu PV sehari tak sampai 1,000 pun. Tapi sekarang... PV blog dah boleh cecah 5K+ sehari. Dulu UV blog saya ciput sangat. 200 macam tu je. Sekarang dah boleh tarik nafas lega sikittt sebab UV blog cecah 2K+ sehari. Ramai yang tanya saya "macam mana nak dapatkan PV UV beribu macam kakcik?", "apa rahsia dapat trafik tinggi?", "ada apa-apa tips tingkatkan trafik blog tak?". Mestilah ada. Dengan itu, saya share...

tips tingkatkan trafik blog #1


tips tingkatkan trafik blog #1
tips tingkatkan trafik blog #1

Tips tingkatkan trafik blog yang pertama: 

PERBANYAKKAN BUAT ENTRI BLOG


Itu first tips. Kena selalu up entri blog. Kena rajin taip entri di blog. 

Kenapa nak kena selalu update entri pula? 

Yela, cuba kalau tak update? Agak-agak ada orang nak baca entri di blog? Agak-agak ada tak orang nak masuk blog kita? Ada orang datang blog nak komen entri? 
**Oh ya, kalau orang komen di blog kita pun boleh meningkatkan trafik blog kita tau. 

Saya sangat-sangat galakkan blogger untuk selalu update entri blog sebab .. dengan harapan moga-moga antara entri-entri yang kita up tu ada lah yang tersangkut beberapa ketul dekat Mr Google. Yela, mungkin kita tak nampak hasilnya sekarang, tapi nothing impossible. Jangan terkejut, mungkin suatu hari nanti entri-entri yang anda buat akan meletoppp! Ramai yang kunjung.

Tapi...

Tak ada idea nak buat entri?

Banyak sangat sebenarnya benda nak dikarang dalam entri tau. Resepi, makanan, tempat yang pernah dilawati, tutorial blog, tips, kata hikmah, review movie/drama/novel/games/produk, ulasan buku, persoalan agama, cerita seram, isu semasa, wordless, lagu, lirik lagu, giveaway/segmen, viral.

Okay kalau tak ada idea sangat nak buat entri, saya sarankan supaya pergi blogwalking. Sebab bila kita blogwalking, tengok entri blogger lain, ushar tajuk entri di bloglist blogger lain.. mungkin kita akan dapat idea atau ilham nak karang entri apa.

Kalau tak ada idea juga selepas blogwalking, sila up entri perkara yang sedang anda fikirkan ketika itu. A.k.a personal. Entri yang lebih berbentuk peribadi/pandangan/perbincangan. Spontaneous. Keluarkan je apa yang anda fikir masa tu. Atau perkara yang sedang merungsingkan anda. Atau perkara yang anda suka ke. or whatever. Any topic you want. Just write.

Tapi...

Takut tak ada orang nak baca entri kita?

Eh sama lah dengan saya! Saya pun bimbang tak ada orang nak baca entri saya ni. Lagi-lagi kita ni hanya blogger picisan , blogger ikan bilis kan.. siapa la nak baca entri kita ni.

Okay stop!

Please jangan fikir macam tu. Boleh je nak beranggapan begitu, tapi sila jadikan benda tu sebagai motivasi pada diri sendiri untuk lebih giat karang entri. Kena la fikir 
"peduli apa tak ada orang nak baca, who cares", atau 
"mungkin sekarang tak ada orang nak baca, tapi nanti in the future kot-kot entri ni ada beri inspirasi kat orang ke", atau 
"aku niat tulis entri ni kerana Allah".

Haaa deep tak yang last sekali tu? Hahaha. 

tips tingkatkan trafik blog #1
tips tingkatkan trafik blog #1
Okay tu saja, ingat ye.. antara cara nak dapat UV PV ribu riban - selalu lah up entri di blog.

Esok kita sambung tips yang kedua pula ye. Stay tuned ~ :)

Baca juga:

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live