↧
Blogwalking Time #August2018
↧
Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow
↧
↧
Giveaway Yeayyy, this is my birthday month!
Giveaway Yeayyy, this is my birthday month!
KLIK BANNER UNTUK JOIN
Tarikh akhir: 31 Ogos 2018
Cikla lahir 28 Ogos, den pula lahir 2 Ogos! Hhehee geng Ogos le kita ni.
Happy birthday in advance cikla! Moga bahagia dunia akhirat. Moga cikla makin berjaya dalam dunia blogging (dalam semua aspek). Aminn. Don't give up, teruskan usaha. Rezeki takkan pernah salah alamat <3 font="">3>
Wish you all the best cikla!
↧
Jom puasa esok & lusa! Isnin Puasa Tarwiyah | Selasa Puasa Arafah
Jom puasa esok & lusa! | Bersyukur sangat sangat saya berkesempatan dan berkemampuan untuk puasa esok dan lusa. Tulat? Tak bolehhh. Sebab rabu dah Hari Raya Haji/ Aidiladha hehe.
Sesiapa yang belum lagi habiskan hutang puasa ganti (qada' puasa) seperti saya, boleh la niat puasa ganti dan sunat sekaligus. pakej 2 dalam 1 gituuu. Haa jom jom korang kita puasa sama sama!
Jom puasa esok & lusa! Isnin Puasa Tarwiyah | Selasa Puasa Arafah
Eh japp jap. Ada apa dengan esok dan lusa sebenarnya? Ada apa apa yang special ke?
![]() |
Jom puasa esok & lusa! |
For your information, ESOK DAN LUSA ADA IBADAH YANG SANGAT LUAR BIASA JIKA KITA MAMPU MENGERJAKANNYA. Wohooo apakah ia?
1. PUASA TARWIYAH (Isnin, 8 Dzulhijjah / 20 Ogos 2018)
2. PUASA ARAFAH (Selasa, 9 Dzulhijjah / 21 Ogos 2018)
Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jama’ah haji. Namun, bagi jamaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 9 Dzulhijjah.
Maksud puasa Arafah adalah (mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah iaitu hari pada saat jama’ah haji melakukan wukuf di padang Arafah.
Dan maksud puasa Tarwiyah adalah (merenung atau berpikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah iakni 8 Dzulhijjah, hari sebelum hari wukuf.
KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN PUASA ARAFAH
Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadist Nabi Muhammad SAW adalah:
1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu yang telah terlewati.
2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arofah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)
3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugerahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, iaitu:
1. Allah akan memberi keberkahan pada kehidupannya.
2. Allah akan menambah harta.
3. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangganya.
4. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.
5. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya.
6. Allah akan memudahkan kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar.
9. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.
10. Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.
Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah.
Semoga kita termasuk di dalamnya. AAMIIN ~!
Semoga kita termasuk di dalamnya. AAMIIN ~!
![]() |
Jom puasa esok & lusa! Isnin Puasa Tarwiyah | Selasa Puasa Arafah |
NIAT PUASA
Niat Puasa Tarwiyah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALA
“Saya niat puasa Tarwiyah, sunnah kerana Allah Ta’ala”
Niat Puasa Arafah
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALA
“Saya niat puasa Arafah, sunnah kerana Allah Ta’ala”
Niat Puasa Ganti/ Qadha
"Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala"
ATAU
"Sahaja aku berpuasa esok hari qadha' fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala"
Niat Puasa Ganti/ Qadha
"Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala"
ATAU
"Sahaja aku berpuasa esok hari qadha' fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala"
Selamat berpuasa semua~! Moga ibadat puasa dan solat kita diterima Allah amin :)
↧
10 TIPS BELI KERETA SECONDHAND (KERETA TERPAKAI)
TIPS BELI KERETA SECONDHAND | Dalam masa terdekat tahun 2018 ni memang tak ada niat dan tak mampu lagi lah saya nak beli kereta secondhand (kereta terpakai) apatah lagi kereta baru haha. Tapi mana tahu kan.. 5-10 tahun yang akan datang ada rezeki melimpah ruah, ada peluang untuk beli kereta secondhand.. takkan nak lepas macam tu je heh!
Tapi.. kena ambil tahu juga apakah kriteria atau ciri-ciri yang perlu diperhati dan diteliti sebelum beli kereta secondhand. Lagi-lagi golongan seperti saya ataupun golongan student yang tak expert langsung bab bab kereta dari pelbagai aspek ni.. sudah semestinya lah kena alert apakah tips ataupun nasihat dari pakar jika mahu beli kereta secondhand, ye dak?
10 TIPS BELI KERETA SECONDHAND (KERETA TERPAKAI)
1. TETAPKAN BAJET
amat penting supaya tidak tersasar jauh tanpa arah tujuan.
2. BUKA KALKULATOR PINJAMAN KERETA
yang terdapat dalam carian Internet bagi memudahkan perkiraan seperti bayaran muka (down payment), kadar faedah (interest rate) dan tempoh pinjaman (loan period).
p/s: ini TOP 4 CALCULATOR yang terdapat di Google:
(i) Malaysia Car Loan Calculator: https://www.calculator.com.my/car-loan#.W3pBZ84zbIU
(ii) Pengiraan Pinjaman Kenderaan (Motor dan Kereta):
http://www.kalkulatorpinjaman.com/kalkulator_pinjaman_kenderaan.php
http://www.kalkulatorpinjaman.com/kalkulator_pinjaman_kenderaan.php
(iii) Loan Calculator (Perodua): http://www.perodua.com.my/calculator
(iv) Car Loan - Monthly Installment Calculator:
https://www.cimbbank.com.my/en/personal/banking-with-us/tools/car-loans-monthly-installment-calculator.html
https://www.cimbbank.com.my/en/personal/banking-with-us/tools/car-loans-monthly-installment-calculator.html
3. SURVEY ONLINE ATAU BUKA MAJALH, JANGAN TERUS KE KEDAI
untuk mengelakkan diri daripada 'dipukau' oleh jurujual. Hati-hati, jurujual yang bagus mampu membuatkan anda melanggar had bajet. Layari saja internet, lebih selamat dan selesa.
![]() |
10 TIPS BELI KERETA SECONDHAND (KERETA TERPAKAI) |
4. HADKAN TAHUN PENGELUARAN 5 TAHUN KE BAWAH
kerana kebiasaannya kereta kurang ragam. Biarpun, ada kereta berusia lebih 5 tahun masih baik, tetapi membuat keputusan untuk cuba kurangkan risiko lebih baik.
5. SEMAK PERBATUAN (MILEAGE)
kerana kereta yang jauh atau kerap berjalan secara normal akan cepat haus dan lusuh. Lagi tinggi nilai perbatuan lagi rendah nilai jual semula kereta itu. Cari kereta pada perbatuan rendah atau sederhana.
6. CURIGA HARGA MURAH
kerana sesiapa pun mahu jual kereta pada harga tinggi atau harga pasaran. Jika terlampau murah, mesti ada udang di sebalik batu. Banyak kes menunjukkan kereta dijual murah pernah kemalangan teruk, perbatuan terlalu tinggi dan banyak kali bertukar pemilik.
7. MINTA MAKLUMAT SERVIS
kerana untuk mengenal pasti ragam kereta. Anda dapat tahu jenis masalah yang kerap berulang. Apakah alat ganti yang sering ditukar? Apakah ada kerosakan major membabitkan kotak gear atau enjin?
8. PERIKSA RUPA LUARAN & DALAMAN
tak apa jika cerewet asalkan tidak rugi.
9. PANDU UJI
tidak kira sama ada berunding dengan pemilik terus atau penjual kereta terpakai dan ia tidak setakat hidupkan enjin dan tekan pedal minyak tetapi kereta itu mesti bergerak untuk memastikan ia selamat dipandu.
10. RUNDING SAMPAI JADI
kalau sudah puas hati, apa lagi... rundinglah sampai jadi!
sumber: pandulaju.com.my
Semoga kita semua cermat & selamat dalam membeli apa juga jenis & jenama kereta second hand seperti myvi & axia ~!
Daa~ wassalam!
BACA JUGA:
ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!
10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 Tahun Depan
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berusia 55 tahun
Daa~ wassalam!
BACA JUGA:
ADA KE CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU? INI ADA 7 TIPS!
10 Tips Persediaan Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Darjah 1 Tahun Depan
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berusia 55 tahun
↧
↧
Tarikh Cuti Sekolah untuk Ogos & September 2018
Tarikh Cuti Sekolah untuk Ogos & September 2018 | Memandangkan diri sendiri adalah cikgu tutor (private tutor, home tutor) maka nya.. kena la ambil tahu juga bab bab cuti sekolah ni walaupun saya dah lama habis sekolah hahaha.
Nak tak nak memang kena alert bab ni sebab parents student saya kebiasaannya akan tanya free ke tak time cuti sekolah, ada kat rumah ke, bolehkah ganti kelas pada hari cuti sekolah dan soalan yang sama erti dengannya.
Selain daripada cikgu cikgi, maklumat senarai cuti sekolah juga adalah sangat penting buat ibu bapa. Yela kan, senang mak ayah nak minta cuti untuk meluangkan masa dengan anak anak ataupun merancang apakah aktiviti ilmiah untuk anak-anak time cuti sekolah. Tak ada lah asyik main je kat rumah kann.
SENARAI TARIKH CUTI SEKOLAH - OGOS & SEPTEMBER 2018
![]() |
Tarikh Cuti Sekolah untuk Ogos & September 2018 | image Google |
Cuti Pertengahan Penggal 2 & Hari Raya Haji
18/8 Sabtu
19/8 Ahad
20/8 Isnin
21/8 Selasa
22/8 Rabu
23/8 Khamis
24/8 Jumaat
25/8 Sabtu
26/8 Ahad
Sekolah 4 hari lepastu...
Cuti Merdeka
31/8 Jumaat
1/9 Sabtu
2/9 Ahad
Sekolah 5 hari kemudian...
Cuti Pertabalan Agung & Awal Muharam
8/9 Sabtu
9/9 Ahad
10/9 Isnin
11/9 Selasa
Sekolah 3 hari, then...
Cuti Hari Malaysia
15/9 Sabtu
16/9 Ahad
17/9 Isnin
Perghhh meriah betul cuti sekolah di Malaysia ni! Haha.
Takpe takpe.. yang penting, jangan lupa buat homework ye adik adikkkku~! Dan for Form 5 studentss, jangan lupa study for your trial ye. Hikhik.
↧
CANNIS APP Menggabungkan 7 Fungsi Paling Popular Mobile Device
CANNIS APP | Pernah dengar berkaitan dengan Cannis App? Mungkin ada yang dah biasa dengar, dan ada yang belum familiar lagi dengan app Cannis ni. It's okay. Let me tell you a bit about this application.
CANNIS APP Menggabungkan 7 Fungsi Paling Popular Mobile Device
Menggabungkan e-dagang, membeli-belah dalam talian, penyiaran secara langsung dan blockchain, APP CANNIS meliputi asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian dan merangsang model perniagaan dan memacu gelombang baru APP.![]() |
CANNIS APP Menggabungkan 7 Fungsi Paling Popular Mobile Device |
Cannis yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia mengadakan persidangan pelancaran global di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SCCC) pada 18 Ogos 2018 yang lepas. Ia mempunyai beberapa pejabat di Taipei, Guangzhou, Hong Kong, Pulau Pinang dan kumpulan pasukan teknikal di Hangzhou. Ianya adalah APP yang paling menjanjikan kejayaan pada tahun 2018.
Pengerusi Cannis Group iaitu Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj, telah membantu beratus-ratus syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang sangat berpengalaman. Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif ialah Datuk Dr. Azman Chin.
Ong Tee Keat berkata pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dengan ketara, dan kebangkitan blokchain telah membatalkan industri semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan internet adalah antara tiga teknologi teratas yang China perlu perkukuhkan.
"Siaran langsung telah memulakan rangkaian sosialnya pada 2016. Skala siaran langsung dalam talian China hampir 58 bilion yuan. Analisa domestik China menjangka industri siaran langsung akan melebihi 100 bilion yuan pada 2018. Hari ini siaran langsung menjadi fenomena sosial, dan produk komersial juga", kata Naib Pengerusi.
Beliau percaya bahawa ekonomi siaran langsung, belanja dalam talian, dan blockchain yang dianggap sebagai teknologi baru yang akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa, pasti akan merangsang gelombang baru model perniagaan, dan Cannis akan menjadi era baru pengguna Internet, aplikasi wajib dalam telefon pintar.
"Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data. Ia mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukannya mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat".
![]() |
CANNIS APP Menggabungkan 7 Fungsi Paling Popular Mobile Device |
Sejak Mac tahun ini, Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar, dan pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan APP Cannis, dan keselamatan sistem.
Azman Chin berkata bahawa Cannis adalah platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia. Pada masa kini tidak perlu memuat turun berbilang aplikasi, selagi anda mempunyai Cannis, anda boleh memenuhi semua keperluan peminat.
![]() |
CANNIS APP Menggabungkan 7 Fungsi Paling Popular Mobile Device |
"Cannis APP menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, sosial media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia akan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam".
Beliau berkata bahawa Cannis bukan hanya pentas untuk bakat, cita-cita dan mimpi untuk orang biasa, sistem pembayaran yang dibuat boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara.
"Di China, nilai pasaran penjualan kedai dan pendapatan pengiklanan pemasaran yang dikendalikan oleh penyiaran secara langsung telah melampaui industri filem. Laporan tanah besar bahkan lebih menegaskan: pengaruh yang lebih berharga daripada bintang filem".
Banyak usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blokchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India, Rusia dan lain-lain telah menghadiri persidangan besar pelancaran Cannis APP.
![]() |
Majlis pelancaran Cannis app |
![]() |
Orang ramai turut hadir memeriahkan majlis pelancaran Cannis App |
![]() |
CANNIS APP Menggabungkan 7 Fungsi Paling Popular Mobile Device |
Para tetamu utama yang menghadiri persidangan itu termasuk industri teknologi, internet dan industri blockchain, serta pemimpin dari kalangan politik dan perniagaan, persatuan industri yang relevan di China, agensi kerajaan dan organisasi yang berkaitan. Mereka menantikan potensi pembangunan masa depan Cannis APP.
![]() |
CANNIS APP Menggabungkan 7 Fungsi Paling Popular Mobile Device |
Para tetamu utama termasuk pengasas, pengerusi dan kapitalis Aaron Tsai, yang merupakan seorang kapitalis profesional dalam membantu syarikat-syarikat Cina untuk menyenaraikan Bursa Saham New York, Nasdaq dan GEM, dan presiden Persatuan Blockchain Korea dan World Blockchain South Pengerusi Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jason H, Guangdong, Pengerusi Foshan Presidium dan Foshan CPPCC Dr. Su Zuyao, pengasas bersama pelukis dan perniagaan Indonesia Robbie Fen Geshu, dan ketua eksekutif CryptoOcean GmbH dan pengasas Yuri, dan Pani Kumar, pengasas bersama Global Blockchain Foundation dari India.
↧
puisi #57 di mananya cinta?
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi..
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam..
So, apalagi... pinjam puisi orang lain lah! hahaha.
Cinta yang cetek,
Ia terletak di dalam kocek,
Ia terletak di atas rupa muka,
Ia terletak di antara telinga tengkorak,
Ia terletak di celah kangkang.
Cinta yang tulen dan abadi,
Ia berkembang mekar di sudut prinsip dan nilai seorang diri.
ditulis oleh: Mr. Han
puisi #57 di mananya cinta?
![]() |
puisi #57 di mananya cinta? | image Google |
Ia terletak di dalam kocek,
Ia terletak di atas rupa muka,
Ia terletak di antara telinga tengkorak,
Ia terletak di celah kangkang.
Cinta yang tulen dan abadi,
Ia berkembang mekar di sudut prinsip dan nilai seorang diri.
ditulis oleh: Mr. Han
↧
DOA ARAFAH | DOA PADA HARI ARAFAH
DOA ARAFAH | Seperti yang kita semua tahu, hari ini 21 Ogos 2018 bersamaan 9 Zulhijjah adalah Hari Arafah; hari di mana para haji dan hajah melakukan wukuf di Arafah. Dan mengapakah kita digalakkan berdoa pada hari Arafah? Apakah kepentingan doa arafah?
"Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah"
-Hadis diriwayatkan oleh Malik-
"Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, Lailaha illallah wahdahula syarikalah lahulmulku wa lahulhamd wa huwa 'ala kulli syai in qadir (bermaksud: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)".
-Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi-
![]() |
DOA ARAFAH |
DOA ARAFAH
Sebenarnya tiada doa arafah yang khusus atau tetap (fixed). Tiada doa arafah yang kita wajib ikut atau baca. Kita boleh doa apa sahaja yang kita nak doa pada hari Arafah today. Tapi doa yang baik baik sahaja ye. Jangan doa untuk kejahatan dan keburukan orang lain pula.
Waktu afdhal berdoa di Malaysia adalah pada jam 8.48pm - 11.30pm. Tapi boleh je doa bila bila masa pada hari ini. Doa lah sebanyak mana. Jangan putus berdoa. InshaaAllah ..moga doa kita semua dimakbulkan amin.
Di bawah ini adalah cadangan doa-doa yang bagi saya sangat best! Indah dan menusuk kalbu.
1. Ya Allah, kurniakanlah padaku kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.
4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan Rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi Rahmat-Mu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan-Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash-Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku pada-Mu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keEsaan-Mu, kehebatan-Mu dan kekuasaan-Mu.
13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untuk-Mu dan Nabi-Mu SAW.
14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan Rezeki-Mu.
15. Ya Allah, berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaan-Mu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk-Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada-Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Ya Allah, selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Ya Allah, selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud pada-Mu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Ya Allah, Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari-Mu Ya Allah.
25. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh-Mu.
28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripada-Mu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN~
↧
↧
33 Jawatan Kosong UPM (Universiti Putra Malaysia)
33 Jawatan Kosong UPM | My dear universityyy! Hehhee. Baru-baru ni saya dapat whatsapp berkaitan dengan pelawaaan memohon jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak UPM. So.. saya share di sini. Well, sharing is caring kan hehe.
Mana mana calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP di UPM Serdang dan Hospital Pengajar UPM.
SENARAI JAWATAN KOSONG DI UPM
1PEGAWAI SAINS GRED C41
2PEGAWAI PERTANIAN GRED G41
3PEGAWAI VETERINAR GRED GV41
4PEGAWAI TADBIR GRED N41
5PUSTAKAWAN GRED S41
6PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41
7PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41
8PEGAWAI KEWANGAN GRED W41 (PEMOHON UPM SAHAJA)
9PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29 (PEMOHON UPM SAHAJA)
10PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/ PENOLONG JURUTERA GRED JA29
11PELUKIS PELAN (SENI BINA)/ PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29
12JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
13PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
14PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP19
15PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
16PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
17PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
18PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19
19PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19
20PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
21PEMBANTU AWAM GRED H11
22PEMANDU KENDERAAN GRED H11
23PEMBANTU OPERASI GRED N11
24JURUTERA GRED J41
25PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN GRED U41
26PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43/UD53
27PEGAWAI FARMASI GRED UF41/UF44
28PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
29JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
30JURURAWAT GRED U29
31JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19
32JURU X-RAY GRED U29
33JURUTEKNIK PERUBATAN GRED U19
![]() |
33 Jawatan Kosong UPM (Universiti Putra Malaysia) |
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON JAWATAN KOSONG DI UPM?
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Permohonan Jawatan (SPJ) di http://spj.upm.edu.my
Tarikh akhir permohonan hendaklah dibuat tidak lewat daripada 30 Ogos 2018 (Khamis) jam 5:00 petang.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Seksyen Pelantikan di talian 03-8947 1538 (Cik Salasiah Hashim) atau 03-8947 1539 (Cik Siti Amirah Azman).
Semoga berjaya~! :)
Daa~ wassalam!
Daa~ wassalam!
↧
HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI
HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI | Pejam celik pejam celik.. esok dah nak menyambut Hari Raya Aidiladha 2018. Daging korban dan hari raya haji memang tak dapat dipisahkan. Mana mana rumah mesti meriah dengan daging kurban. Kadang-kadang ada jiran bagi. Saudara bagi. Pihak surau bagi. Fuhh penuh kat peti sejuk.
Bila dah orang bagi, mestilah kita terima dengan hati terbuka kan. Tapi kalau kita simpan daging korban tersebut melebihi 3 hari boleh kah? Adakah kita dilarang untuk simpan stok daging korban di dalam freezer lebih dari 3 hari? Kalau tak mampu nak masak banyak-banyak sekaligus dan terpaksa simpan, macam mana? Boleh kah?
HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI
![]() |
HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI | image credit to the owner |
SOALAN:
Terdapat hadith daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW melarang untuk menyimpan daging korban lebih dari 3 hari. Bagaimana untuk memahami hadith tersebut?
JAWAPAN dari MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa para ulama telah berbeza pendapat terhadap hukum menyimpan daging korban melebihi 3 hari 3 malam kepada DUA PENDAPAT YANG MASYHUR iaitu:
1. Haram menyimpan daging korban melebihi 3 hari
Ini adalah pendapat Ali RA dan juga pendapat Ibn Umar R.Anhuma. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim iaitu daripada Abu Ubaid bahawa beliau berkata:
شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَبَدَأَ بِالصَّلاَةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَانَا أَنْ نَأْكُلَ مِنْ لُحُومِ نُسُكِنَا بَعْدَ ثَلاَثٍ
Maksudnya: Aku telah bersama’Ali bin Abi Talib ketika hari raya (korban) maka beliau memulakannya dengan solat sebelum berkhutbah dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah kita daripada memakan daging korban melebihi 3 hari”. [Riwayat Muslim (1969)]
Seterusnya, Ibn Umar R.Anhuma juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
لاَ يَأْكُلْ أَحَدٌ مِنْ لَحْمِ أُضْحِيَّتِهِ فَوْقَ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ
Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu memakan daripada daging korban melebihi 3 hari. [Riwayat Muslim (1970)]
Di dalam sebuah athar juga ada menyebutkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma tidak memakan daging korban melebihi 3 hari dan ini diriwayatkan sendiri oleh anaknya Salim.
2. Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadith mengenai larangannya itu telah dimansukhkan.
Ini adalah pendapat jumhur (majoriti) para ulama’.
![]() |
HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI | image credit to the owner |
Terdapat banyak hadith yang menunjukkan kepada keharusan menyimpan daging korban melebihi 3 hari, antaranya..
Riwayat daripada Abdul Rahman bin ‘Abis daripada bapanya telah bertanyakan kepada ‘Aisyah R.Anha adakah Rasulullah SAW telah melarang dari memakan daging korban melebihi 3 hari dan jawab ‘Aisyah R.Anha:
مَا فَعَلَهُ إِلاَّ فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ
Maksudnya: Tidaklah Rasulullah SAW melakukannya (iaitu melarangnya) pada tahun di mana manusia berasa lapar dan demikian itu Rasulullah SAW mahukan akan yang kaya dapat memberi makan kepada yang miskin. Namun kemudiannya kami juga menyimpan bahagian kaki kambing dan memakannya 15 hari kemudiannya. [Riwayat Al-Bukhari (5423)]
Begitu juga dengan beberapa hadith yang menunjukkan bahawa larangan tersebut telah dimansukhkan, antaranya:
Daripada Salamah bin al-Akwa’, telah berkata Rasulullah SAW:
مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَفِي بَيْتِهِ مِنْهُ شَىْءٌ. فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ الْمَاضِي قَالَ : كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا فَإِنَّ ذَلِكَ الْعَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan korban janganlah kamu menyimpan sesuatu pun daripada daging tersebut di rumah. Ketika mana tibanya tahun hadapan, para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, adakah perlu kami melakukan sepertimana tahun lepas. Jawab Baginda SAW: “Makanlah kalian, berikanlah makan kepada orang lain dan simpanlah kerana pada waktu itu (tahun yang lepas) manusia berada di dalam kesusahan (iaitu kelaparan) dan aku menginginkan agar kamu membantu yang lain”. [Riwayat Al-Bukhari (5569) & Muslim (1974)]
Daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ لاَ تَأْكُلُوا لُحُومَ الأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلاَثٍ. وَقَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ . فَشَكَوْا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّ لَهُمْ عِيَالاً وَحَشَمًا وَخَدَمًا فَقَالَ كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَاحْبِسُوا أَوِ ادَّخِرُوا .
Maksudnya: Wahai ahli Madinah. Janganlah kalian makan daging korban melebihi tiga (hari). Maka para sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW sesungguhnya mereka mempunyai anak-anak dan juga hamba yang perlu diberi makan maka Rasulullah SAW berkata: “Makanlah, dan berikan makan kepada orang lain dan simpanlah (daging tersebut)”. [Riwayat Muslim (1973)]
KESIMPULAN MUKTAMAD
Melihat kepada perbahasan ini, kami katakan bahawa pendapat kedua lebih tepat dan ianya telah memansukhkan pendapat yang pertama sepertimana yang telah dinukilkan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya sebelum ini.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan:
“Dibolehkan untuk menyimpan sebahagian daripada daging korban. Adapun larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari dilarang oleh Nabi SAW kemudian Baginda SAW telah mengizinkannya dan ianya thabit di dalam hadith yang sahih lagi masyhur.”
[Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, 8/418]
Ianya juga melihat kepada ‘illah (sebab) mengapa Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Sekiranya daging korban di simpan melebihi tiga hari, maka tujuan memberi makan mereka yang memerlukan tidak tercapai. Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’.
Wallahu a’lam~
![]() |
HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI |
Selamat Hari Raya Aidiladha semuaa! :)
↧
Signature Flowers On Display And Ready To Go From A Better Florist Malaysia
Signature Flowers On Display And Ready To Go From A Better Florist Malaysia
Lovely flowers make every room smell and look more inspiring, and they make every festivity and occasion just a little bit more beautiful and fun. A the end of the day, who doesn’t love getting a bouquets of stunning, fresh flowers? A Better Florist is a florist that takes the art of making floral bouquets to a whole other level, being the only Malaysia flower delivery that manages to create flowers that set them apart from everybody else.
![]() |
Signature Flowers On Display And Ready To Go From A Better Florist Malaysia |
As the best florist in Malaysia, A Better Florist has a carefully curated selection of floral bouquets and arrangements, all of different sizes, flowers and differently themed. You won’t have to scroll through pages and pages and pages of flower bouquets, because we all know that gets boring and unnecessary. With a beautiful collection, A Better Florist will be able to give you everything you could ever need. Their KL flower delivery, their flower delivery to JB and their florist in Ipoh and florist in Penang, all have the same signature flowers on display and ready to go, but they all also thrive on giving you authentic bouquets and arrangements that you need. Their imagination truly runs wild, and they are the only team that can bring flowers from your dreams to life.
![]() |
Signature Flowers On Display And Ready To Go From A Better Florist Malaysia |
They brought their business to perfection, and starting off as the best flower delivery Singapore has gave them the advantage of becoming the unrivalled, best Singapore flower delivery. Their website always has their predesigned options ready to be ordered, but they always have some in stock at their flower shop too. Whether you shop online, or not, they always give you the chance to take advantage of their fantastic flower delivery. This flower delivery made them famous as the best Hong Kong flower delivery, the best UAE flower delivery and the best flower delivery Brisbane has.
You have the option of picking between their same day flower delivery, which is free, and their express flower delivery, which isn’t free, but comes incredibly handy if you need something delivered within 90 minutes. There’s no other flower shop that is able to give you this kind of a delivery, at such a small price. There’s no price that can be put on such convenience.
![]() |
Signature Flowers On Display And Ready To Go From A Better Florist Malaysia |
At A Better Florist, you can also find hampers and a fruit basket, making this a flower and gift delivery. Why not hit two birds with one stone, while you’re shopping? Grab a baby hamper for the baby shower, a birthday hamper with the favourite things packed for the birthday boy and girl, and let A Better Florist’s flower delivery take care of it all. No muss, and definitely no fuss.
![]() |
Signature Flowers On Display And Ready To Go From A Better Florist Malaysia |
As the best florist in HK, the best flower delivery in UAE and the best florist in Dubai, it’s no wonder that A Better Florist took the title of the best florist in Kuala Lumpur. It’s a business like no other business in the floral industry, so it’s the perfect time to check them out.
↧
Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat
Berebut Nak Guna Facial Valet Roll-On Serum | Alkisah haritu.. saya nak try satu produk baru ni - Facial Valet Roll-On Serum. Tertarik sebab sebelum ni tak pernah jumpa lagi serum yang jenis roller. Plus, ianya khusus untuk merawat kulit yang bermasalah dengan jeragat degil. Siap ada kelulusan KKM lagi. Selamat untuk digunakan.
![]() |
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat |
Then, mak saya yang nampak serum baru di atas meja saya pun apalagi.. tertarik juga nak cuba! Haha. Kebetulan time tu umi baru je kehabisan krim malam & tak ada lagi serum dalam koleksinya, lagi la kan.. dah jadi macam berebut dengan saya pun ada juga. Saya nak try, umi pun nak try sama.
Tapi keadaan jadi tenteram semula selepas tahu kekerapan pemakaian serum tersebut. Pheww lega tak payah berebut haha! Senang. Hanya apply serum di muka 3 kali seminggu sahaja. Selang satu hari, tak boleh pakai setiap hari (contoh: pakai pada hari isnin/rabu/jumaat) & pakai pada waktu malam sahaja, sebelum tidur.
Kenapa tak boleh pakai di siang hari? Kenapa tak boleh pakai setiap hari? Kerana serum ini bertujuan untuk merawat. Bila merawat, kulit haruslah dalam mode berehat dan ada gap masa untuk merawat. Baru lah berkesan.
Facial Valet Roll-On Serum | Khusus untuk Masalah Jeragat
Jeragat dengan kebanyakan perempuan memang tak dapat dipisahkan kan? Kadang-kadang pelik.. macam mana laa boleh terbentuk jeragat di wajah kita?
Banyak punca jeragat bermaharajalela di muka.. Antaranya berpunca dari ubat-ubatan, sinar matahari, hormon, keturunan & akibat guna produk yang mempunyai bahan terlarang.
For your information, jeragat ada 3 jenis: jeragat bertompok, jeragat berbintik dan jeragat hyperpigmentation. Haa kat muka ada jenis yang mana satu?
Tapi saya dan umi tak perlu risau dah lah dengan jeragat di muka sebab ada facial valet serum yezzz! Hanya perlu roll-on sahaja pada permukaan jeragat sebelum tidur. Tak payah susah susah picit serum letak di atas tangan kemudian sapu then nanti nak kena basuh tangan pula. Tak perlu. Itu antara kelebihan utamafacial valet roll-on. Menyenangkan dan memudahkan. Nak bawa ke mana-mana pun tak susah sebab saiznya yang comel.
![]() |
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat |
Disebabkan first time guna serum jenis roller, jakun la juga kan haha. 'Rasa' bila pakai tu pun berbeza dengan jenis yang biasa. Apa yang boleh saya katakan.. tekstur serum facial valet ni sangat ringan dan mudah menyerap. Ini kerana molekul bersaiz nano membantu penyerapan hingga ke lapisan kulit ketiga. Kalau guna secara konsisten, kesan boleh dilihat seawal 14 hari!
Lagi satu sebab saya suka facial valet roll-on ni adalah kerana ianya menggunakan bahan semulajadi.
Dua kandungan utama di dalam serum ini:
Dua kandungan utama di dalam serum ini:
1. Hibiscus Flower Extract (bunga raya)
- menganjalkan kulit, menegangkan kulit dan melambatkan proses penuaan
2. Advance AHA
- natural acid yang boleh didapati dari citrus fruit seperti lemon. dapat membantu untuk mencerahkan kulit
![]() |
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat |
![]() |
Facial Valet Roll-On Serum | Khas untuk Masalah Jeragat |
Harga bagi 1 FV roller serum: RM99.00. Jika berminat macam saya, boleh beli secara online di official website Facial Valet.
DETAILS FACIAL VALET ROLL-ON SERUM
Facebook, FB: FACIAL VALET
Instagram, IG: FACIALVALET_HQ
Official Website: www.facialvalet.com
↧
↧
#tips LANGKAH-LANGKAH AWAL jika serangga masuk telinga!
Langkah-langkah awal jika serangga masuk telinga | Orang kata kalau serangga masuk telinga, telinga sakit. Ada yang sakit sangat sangatt, sampai menggelupur!
Saya tak pernah lagi mengalami situasi di mana serangga masuk ke dalam telinga secara sedar. Ketika tak sedar, tak tahu la kan haha. Tapi sakit telinga tu pernah lah, cuma saya andaikan kalau saya sakit telinga, ianya disebabkan penggunaan earphone yang kerap atau selalu korek telinga. Pernah sekali paling teruk telinga sakit sangat sehinggakan effect tekak - bila telan apa apa even air liur pun sakit. Bila check rupanya ada jangkitan di telinga. Lepas makan ubat semua pulih sediakala.
Kes sakit telinga disebabkan serangga masuk tak pernah lagi Alhamdulillah. Tapi apa salahnya kan ambil tahu? Kalau bukan kita kena pun, mungkin family members atau kawan kita ke..
So.. apakah langkah mudah atau cara yang boleh kita buat sendiri (tanpa bantuan orang lain) untuk keluarkan serangga seperti semut & lipas dari dalam telinga? Bagaimana cara nya? Apa first thing first nak kena buat jika serangga masuk telinga?
So.. apakah langkah mudah atau cara yang boleh kita buat sendiri (tanpa bantuan orang lain) untuk keluarkan serangga seperti semut & lipas dari dalam telinga? Bagaimana cara nya? Apa first thing first nak kena buat jika serangga masuk telinga?
LANGKAH-LANGKAH AWAL jika serangga masuk telinga
![]() |
LANGKAH-LANGKAH AWAL jika serangga masuk telinga! |
By: Dr Mohd Shaiful Nizam
"Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak macam ada serangga. Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga" - Ini adalah situasi yang saya alami di klinik 2 hari yang lepas.
Ingin tahu apa LANGKAH-LANGKAH AWAL jika seranggan memasuki telinga anda?
1) JANGAN PANIK/KALUT
- Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak-kanak, tetapi untuk orang dewasa juga (jangan terkejut, saya pernah dapat pesakit dewasa yang sangat agresif). Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan.
2) JANGAN CUBA MASUKKAN "CoTToN BUDs" / BESI / KUNCI KE DALAM TELINGA
- Ini perkara yang sangat biasa berlaku. ELAKKAN!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.
3) TITISKAN OLIVE OIL / MINYAK ZAITON KE DALAM TELINGA
- Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.
4) ANDAI NAMPAK IA DILUAR, KELUARKAN
- Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.
5) MASIH DI DALAM, SEGERA KE HOSPITAL
- Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu SEGERA ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.
6) ANDAI INI BERMANFAAT, KONGSIKAN
- Kongsikan pada semua termasuk kawan-kawan, saudara-mara, Cikgu sekolah termasuk sekolah memandu :)
#MedTweetMY
Soal Jawab (Q&A) dengan Dr Saiful berkaitan topik serangga masuk telinga
Q: Doc, kalau rasa dalam telinga bergerak gerak tapi dah lama more than 1 week tu pulak apa ye? Kekadang bunyi macam ada main drum kat dalam sebelah telinga.
A: Ada banyak punca..salah satu tahi telinga keras, jangkitan kuman, luka salutan telinga.. nasihat saya pegi jumpa Dr untuk buat pemeriksaan otoskopi.
Q: Doktor, eardrum saya pecah tahun 2008, sekarang dah 10 tahun, boleh buat lagi ke operation? Telinga kurang dengar dan tak boleh menyelam sebab air mudah masuk.
A: Boleh.. tiada masalah dengan syarat telinga kering.
Q: Assalamualaikum doktor. 2 tahun lepas telinga saya masuk serangga. Awal tahun ni saya pergi klinik untuk tanya, tapi doktor tu cakap jangan risau sebab serangga tu dah reput dalam telinga. Macam mana ya?
A: Kalau masih ada lagi dalam telinga kena keluarkan.. tak boleh biarkan walaupun dah mati/ reput.
Q: salam doc. saya daripada kecik kalau semut masuk telinga mesti letak air. sebab nanti semut tu akan lemas dan timbul. cara tu berbahaya ke?
A: Boleh. (boleh letak air dalam telinga)
Q: Salam doktor, macam mana pulak kalau rasa sakit dalam gegendang telinga, then bila bangun tidur semua berpusing. Adakah berkait rapat dengan vertigo?
A: Yup.. possible..
Q: Kita boleh letak any oil ke instead of olive oil? Let's say, minyak masak? Ke bahaya?
A: Tidak digalakkan.. kemungkinan akan ada reaksi dalam saluran telinga sebab kandungan minyak masak berbeza.
Tag: pertolongan pertama ketika telinga kemasukan serangga, cara mengeluarkan semut dan serangga dari telinga dengan cepat, cara mengeluarkan semut atau serangga dari dalam telinga, langkah mudah keluarkan serangga di dalam telinga, cara mengeluarkan serangga dari telinga, langkah awal bila serangga masuk dalam telinga, langkah awal jika serangga masuk ke dalam telinga, tanda tanda serangga masuk telinga, ciri ciri telinga kemasukan serangga, cara cepat mengeluarkan serangga dari telinga, cara mengeluarkan serangga yang mati di dalam telinga, cara mengeluarkan serangga yang sudah mati di dalam telinga, cara mengeluarkan serangga dalam telinga, cara mengeluarkan sesuatu dari telinga
↧
tips tingkatkan trafik blog #8 (EXTRA)
tips tingkatkan trafik blog #8 | Long time no see this series of 'tips tingkatkan trafik blog'! Dah lama ada dalam draft, just tak complete dari haritu. Rasa bersalah sangat simpan lama lama tapi tu lah.. nak sempurnakan satu entri ni sebenarnya agak susah sikit. Banyak benda nak cerita kahkah. Sehinggakan bila dah complete entri ni, saya rasa total semua lebih kurang 1000 patah perkataan hahaha. Sorry kalau rasa panjang gilos tapi I had tried to make it 'short' and mampat dan sampai maksudnya pada pembaca.. Moga bermanfaat buat semua inshaaAllah.
Tarik nafas duluuuu.. fuhh!
So.. apakah tips kelapan untuk meningkatkan trafik/ pageviews blog/website kita?
![]() |
tips tingkatkan trafik blog #8 | image Google |
tips tingkatkan trafik blog #8
-> ping atau share entri ke group Facebook (FB) yang mempunyai banyak members.
Banyak means berjuta atau beratus ribu atau berpuluh ribu ahli.
Banyak means berjuta atau beratus ribu atau berpuluh ribu ahli.
Biasanya kita fikir "ohhh aku blogger, so aku kena ping kat group FB blogger jelah". Yes, I admit it dulu saya pun HANYA post kat group-group FB blogger. Tapi saya fikir.. dalam group FB blogger tu mostly adalah blogger sendiri. Habistu dah semua blogger ping kat group tu dengan niat ada orang baca tapi hakikatnya most of the blogger HANYA ping entri then terus keluar. So, siapa yang nak baca?
Jangan salah faham ingat saya nak boikot group FB blogger ke apa ye hahaha. Saya bukan nak salahkan atau ketepikan group-group blogger yang ada di FB. NO NO NO.
I just want to give an useful suggestion dan taktik yang lebih efektif inshaaAllah. Ianya adalah hasil dari eksperimen yang saya lakukan sendiri untuk meningkatkan trafik pengunjung ke blog pink saya ini. So, result nya Alhamdulillah ada ketika mantop, ada ketikanya so-so, ada ketikanya krik krikkk juga hahaha. Tapi usaha, rajin & don't give up uols. Tu yang paling penting. (doa, tawakal of course lah kan).
Disebabkan eksperimen saya membuahkan hasil yang positif (ada ketika biasa je), so saya nak share pada semua blogger tentang cara yang saya biasa buat selepas karang entri blog.
My tip is..
My tip is..
-- kalau kita nak ping/share entri yang berunsurkan tema atau genre blog - tips blogging, masalah blogging, ilmu blogging, topik yang ada kaitan dengan blog, entri blog, atau apa-apa sahaja lah yang berkaitan dengan blog.. ping link entri kita tersebut ke FB group blogger.
DAN
-- bila kita nak ping entri yang berunsurkan SELAIN daripada topik blog/blogging.. ping/share lah link entri tersebut ke FB group yang bukan blogger (non-blogger)
Jangan misunderstand yang "ohhh group ni ramai members, mesti bila aku post sini akan ramai yang view atau like atau response". TIDAK SEMESTINYA. Banyak members tak menjamin akan ramai yang klik untuk baca entri kita. Tidak tentu juga. Kekadang group yang tak ada banyak mana pun members, tapi alih-alih aikk group tu yang ada orang like/response. So.. sila lah buat eksperimen sendiri terlebih dahulu ye.
Macam saya.. saya akan uji bila saya ping entri ke group ni, ada like ke tak. Ada orang response ke tak. Ushar macam mana engagement entri tu.
Macam mana nak tarik orang ramai untuk klik entri kita? Macam mana nak pengaruh irang untuk baca entri kita? Antara X-factor nya adalah: tajuk & genre entri.
Kekadang tengok entri kita tu juga. Tajuk menarik perhatian ke tak? Hot ke tak entri yang kita nak ketengahkan tu? Kalau kita rasa agak-agak hmm ramai orang nak baca entri ni sebab tengah hot, silakan.. post je kat semua group FB non bloggers yang banyak members haha.
Kalau 'kena' tajuk/topik entri kita dengan selera orang, jangan terkejut entri kita tersebut boleh capai 1K sekelip mata. Tak percaya?
BUKTI:
1. Entri 'Jadual Pembayaran BR1M' saya haritu tak sampai 24 hours hampir mencecah puluh ribu pageviews/PV.
2. Entri 'Tommy Thomas sebagai Peguam Negara' hampir cecah 10K PV tak sampai 24 hours.
3. Entri 'Hukum Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari' cecah lebih 2K PV tak sampai 24 hours.
4. Entri simple yang tajuknya pancing orang nak klik iaitu 'student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!' sekejap je dapat 1K views.
5. Entri yang tersangat lah simple tapi tajuk mengundang curiosity orang which is 'Bahaya Daun Pandan!' sangat laku. Tak sampai 24 hours dapat 11K PV.
6. Entri cerita seram pernah dapat hampir 2K views.
Semua di atas ni saya dapat bila saya ping/share entri ke group-group FB non bloggers yang banyak members. Bukan 5, bukan 10 group. Tapi lebih dari itu. Rajin atau tak rajin je sebenarnya.
Kalau 'kena' tajuk/topik entri kita dengan selera orang, jangan terkejut entri kita tersebut boleh capai 1K sekelip mata. Tak percaya?
BUKTI:
1. Entri 'Jadual Pembayaran BR1M' saya haritu tak sampai 24 hours hampir mencecah puluh ribu pageviews/PV.
2. Entri 'Tommy Thomas sebagai Peguam Negara' hampir cecah 10K PV tak sampai 24 hours.
3. Entri 'Hukum Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari' cecah lebih 2K PV tak sampai 24 hours.
4. Entri simple yang tajuknya pancing orang nak klik iaitu 'student gurau kasar sampai si cikgu rasa nak resign!' sekejap je dapat 1K views.
5. Entri yang tersangat lah simple tapi tajuk mengundang curiosity orang which is 'Bahaya Daun Pandan!' sangat laku. Tak sampai 24 hours dapat 11K PV.
6. Entri cerita seram pernah dapat hampir 2K views.
Semua di atas ni saya dapat bila saya ping/share entri ke group-group FB non bloggers yang banyak members. Bukan 5, bukan 10 group. Tapi lebih dari itu. Rajin atau tak rajin je sebenarnya.
Tapiiii... warning warning! Nak beri pesanan penaja.. Kena hati-hati juga. Sebab FB sekarang ni, kalau kita ping entri banyak-banyak sekaligus tanpa tokmaninah (berhenti sekejap), dia tak bagi kita ping dah pada waktu yang sama. Kena tunggu masa lain pula or kekadang keesokan hari baru boleh.
Ataupun kalau gelojoh sangat ping tanpa rehat, FB akan beri notification entri kita tu as a spam. Haa jangan panik, klik je noti tu then pilih 'it's not spam'. Tapi bila noti spam tu keluar, tandanya kita perlu lah stop. Takut nanti kalau teruskan juga ping, kita akan dihalang untuk ping entri di mana mana group FB (yang owner nya bukan kita). FB akan beri notification RESTRICTION ON. Ketahuilah bila ada noti tu kita tak boleh share entri di group FB selama 2-3 hari lamanya.
Thats why saya suruh buat eksperimen at first. So that kita tahu ohhh kalau group ni, ramai like. Or kalau group ni, ada juga la orang like walaupun tak ramai tapi okay lah tu. Or ada group yang takde langsung response/like. Haaa mana yang group kurenggg response tu lah yang kita kena abaikan dan nyahhh kau dari hidupku! tetibe emo hahaha.
Ohh ada juga isu group FB yang kena ada ID. Kalau tak ada ID, tak boleh post. Or ada syarat tertentu kalau nak post kat group FB tersebut. Macam mana saya handle group sebegini?
Saya post je wakakakaka. Selagi dia tak remove or block kita, kita manfaatkan peluang yang ada hikhik. Tapi kalau group FB tu dah lah ada syarat kena ada ID kalau nak beriklan/post + pending (kena ada approval dari admin), saya memang malas nak ping entri kat situ. Buang masa. So, just leave the group terus.
Group FB mana-mana pun.. kalau rasa ianya tak beri benefit kat kita atau hanya menyakitkan hati kita, just klik "Leave Group". Mudah dan easy dan senang haha. Toksah pening-pening.
Okay sayidah cukup lah tu membebelnya hahaha.
So, right now saya nak share senarai Group-group FB yang ada beribu-ribu members yang saya follow dan jadi members (with link). Group FB blogger & non-blogger.
Kekadang kalau saya nak cepat atau malas atau nak jimat masa, saya akan ping entri di group yang banyakkkk members + group yang kebiasaannya bila saya ping mesti akan ada like/response. Saya ada juga share group FB yang saya jarang post tapi saya masuk je dalam list kat bawah ni untuk awak awak buat eksperimen sendiri hehe.
GROUP FB NON-BLOGGER
(berserta link)
Group FB 500K members dan ke atas:
Group FB 100K-499K members:
Group FB 50K-99K members:
Group FB 50K members ke bawah:
GROUP FB BLOGGERS
16K-30K members:
5K-15K members:
1K-5K members:
Kurang 1K members:
GROUP FB BERKAITAN DENGAN MAKANAN, RESEPI, MASAKAN
500K members dan ke atas:
101K-500K members:
51K-100K members:
10K-50K members:
10K members dan ke bawah:
GROUP FB YANG BERUNSUR ISLAMIK
Mungkin laa. mungkin ada segelintir yang fikir "alaaa, kalau tinggi trafik blog pun income Adsense/Nuffnang/Innity sikit pun buat apa?"
So, ni jawapan saya untuk soalan yang sebegitu rupa (kalau ada lah):
1. sebelum kita share entri tu, mungkin lebih baik niat yang elok-elok kot kan. "Aku nak share entri ni sebab entri ni bermanfaat". "moga ramai yang dapat benefit dari entri aku ni." sesungguhnya salah satu amalan yang boleh bantu kita di alam sana adalah ilmu yang bermanfaat.
2. kepuasan bagi seseorang blogger tu lain-lain dan pelbagai kan. bagi saya, kepuasan seseorang blogger bukan hanya terletak pada income semata.
- trafik blog tinggi,
- orang like entri kita di social media,
- orang share entri kita,
- orang komen entri kita,
- orang puji entri kita
- entri kita bagi inspirasi dan semangat pada orang lain
- entri kita membantu orang di luar sana
pun adalah kepuasan bagi saya sebagai seorang blogger.
3. bila trafik sesuatu entri tu tinggi, possibility ranking entri tersebut di enjin carian seperti Google&Yahoo bing pun akan naik.
4. 'value' blog kita akan meningkat. orang luar akan lebih nampak dan pandang.
5. bila orang (a.k.a PR/Client) perasan blog kita, job pun masukkk. mereka yang akan datang offer job kat kita. dan kita pun boleh demand bayaran tinggi based on our blog's pageviews.
Yang penting don't give up! Usaha dan usaha. Rajin dan rajin. Ikhlas kan niat beri manfaat pada orang lain inshaaAllah.
Kalau rasa malas nak karang entri, update blog.. just ping je entri-entri lama. Ping popular posts ke. Rasa-rasa macam entri tu menarik, ping je.
Last but not least..
5. bila orang (a.k.a PR/Client) perasan blog kita, job pun masukkk. mereka yang akan datang offer job kat kita. dan kita pun boleh demand bayaran tinggi based on our blog's pageviews.
Yang penting don't give up! Usaha dan usaha. Rajin dan rajin. Ikhlas kan niat beri manfaat pada orang lain inshaaAllah.
Kalau rasa malas nak karang entri, update blog.. just ping je entri-entri lama. Ping popular posts ke. Rasa-rasa macam entri tu menarik, ping je.
Last but not least..
"Kebanyakan orang mahu elak kegagalan. Mereka percaya kegagalan tanda kekalahan. Pemimpin tahu kegagalan tidak bermaksud akhir. Kegagalan bermakna sudah tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang baharu. Apabila gagal, pilih untuk berdiri dengan berani, kesat peluh dan bersihkan dari debu kotor, dan bergerak ke arah matlamat seterusnya. Malah dalam Islam tiada perkataan gagal dalam hidup".
-- Datuk Roslan; Presiden dan Ketua Strategi Paul Penders International Sdn. Bhd.
Chaiyokk! Saya bukan lah blogger hebat, tapi saya hanya berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada. Moga kita semua maju dalam dunia blogging aamiin :)
Daaa~ wassalam!
BACA JUGA:
tips tingkatkan trafik blog #1
tips tingkatkan trafik blog #2
tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #5
tips tingkatkan trafik blog #6
tips tingkatkan trafik blog #7
Chaiyokk! Saya bukan lah blogger hebat, tapi saya hanya berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada. Moga kita semua maju dalam dunia blogging aamiin :)
Daaa~ wassalam!
BACA JUGA:
tips tingkatkan trafik blog #1
tips tingkatkan trafik blog #2
tips tingkatkan trafik blog #3
tips tingkatkan trafik blog #4
tips tingkatkan trafik blog #5
tips tingkatkan trafik blog #6
tips tingkatkan trafik blog #7
↧
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' ~ Wordless Wednesday
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' ~ Wordless Wednesday
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #1 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #2 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #3 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #4 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #5 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #6 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #7 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #8 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu'#9 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #10 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #11 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #12 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #13 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #14 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #15 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #16 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #17 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #18 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' #19 |
![]() |
Photographer Hidupan Liar Diganggu oleh 'Sesuatu' |
~ credit all photos to the owner ~
↧
Segmen Bloglist Blog Nieyl
↧
↧
Guess My Weight Giveaway
↧
makanan sate.. kenapa dinamakan sate / satay ?
Ketika kelas addmath baru baru ni.. student saya tanya satu soalan kepada saya. mungkin dia nak segarkan mata dia yang makin nak tertutup atau maybe saja nak 'kenakan' saya kan.
Her: kak.. saya ada teka teki untuk akak.
Tiba-tiba je budak ni.
Me: apa dia?
Her: akak tahu kan satay? yang makanan satay tu.
Me: iye mestilah tahu.
Her: okay. teka teki nya.. kenapa dinamakan satay?
Me: *mengulang semula soalan teka teki yang diberi*
Her: hah apa jawapan?
Me: sebab dah orang bagi nama tu?
Her: salah
Me: hmm.. ulang balik soalan (sengaja la kan suruh dia ulang. boleh drag masa sikit, acah acah tengah fikir hahaha!)
Her: satay yang kita makan tu.. kenapa.dinamakan.satay ?
Me: jawapan dia kelakar ke?
Her: teka jelah kak haha.
Me: ermm ermmmm hmmmmmm.
Her: give up eh?
Me: kejap laaa! *acah acah sedang berfikir deeply
Her: okay takpe. fikir lah. *sambil sambung buat soalan latihan dalam buku addmath
Setelah beberapa minit berlalu dengan senyap nya.
Her: cepat la kak teka!
Me: yelah yelah. give up!
Her: jawapannya....
*saya menunggu dengan sabarnya. agak agak apa lahh jawapan dia kan*
Her: jawapannya.. mana lah saya tahu kak. tanya lah dina.
Me: HA?
Her: yelah. yang makan satay tu dina, bukannya saya.
... *setelah dapat catch up apa yang dia maksudkan*...
Me: DAH AGAK DAH JAWAPAN ADA KAT SOALAN! CISKEKKK! CISKUTTT!
korang dapat tangkap tak jawapan tu? hehe.
-> kenapa DINA MAKAN satay? (Dina = nama orang)
p/s: korang teka betul tak? hahaha.
Daa~ wassalam!
↧
done beli 4 novel penulis-penulis bestseller di Lazada!
Iye, saya memang kaki novel dan peminat tegar novel sejak dari sekolah.
Walaupun kat blog ni saya jarang dan tak banyak sangat tulis review tentang novel, tapi ketahuilah bahawa saya memang gila novel. Novel yang saya dah baca dari dulu sehingga sekarang rasanya dah ratusan banyaknya. Tak kisah novel dari publisher apa pun, semuanya saya baca. Alaf 21, penulisan2u, karya Seni, fixi, dan lain-lain.
Dulu time sekolah, matrik dan Universiti saya hanya pinjam novel kawan-kawan atau saudara mara tetapi sekarang ni dah ada duit sendiri, dah mampu nak beli novel sendiri.. saya pun 'berjinak-jinak' lah mengumpul koleksi novel sendiri.
Jinak la sangat kan, padahal saya ni kalau mood beli novel datang menghantui plus ada duit.. memang SANGAT BAHAYA. Masuk kedai buku such as MPH & Popular kadang kadang boleh angkut 4/5 novel ke kaunter. Terkejut kawan saya tengok haha.
Macam sekarang ni.. tengok lah. kena rasuk lagi sekali, beli online 4 novel terus!
Alaa bukannya apa, sebenarnya haritu saya ada join Blogger Lazada Contest dan memenangi empat voucher - 1 voucher RM40 & lagi 3 voucher bernilai RM20. Apalagii... beli novel laaa! Heh.
Lagi-lagi sekarang ni sedang berlangsungnya 'Merdeka Sale' di Lazada (https://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) sempena meraikan 61 tahun Malaysia merdeka, dari 28 Ogos - 31 Ogos 2018. Menawarkan pelbagai tawaran ekslusif dan diskaun up to 80% off pelbagai produk dan barangan; termasuk tawaran dari local brand kesukaan netizen Malaysia seperti Habib, VOIR, Bonia, Siti Khadijah, Neelofar Hijab, LOL, PONEY & juga dari jenama antarabangsa.
Tengahari tadi time saya ushar-ushar novel apa yang nak dibeli, ada ternampak flash sales & voucher offer. Free shipping pun ada bagi sesetengah barang! Perghh bestt gilos. Tu yang lama den skrol pilih novel mana satu nak beli. Sebab rambang mata dengan barang sales yang lain hahaha.
Tak cukup dengan tu, saya try Merdeka Shakin' Deals Game. Nak la juga cuba nasib kot kot dapat menang RM15 voucher kan. Siapa yang untung? Saya jugaaa hehehe.
Caranya senang je. First, download (install) Lazada App kemudian log masuk. Second, just stay kat homepage. Then, shake (goncang few times) handphone. Boleh shake setiap hari until 31 Ogos. Tapi jangan shake pada siang hari dan tengah malam. Tawaran shake ni dibuka dari pukul 1 petang hingga 9 malam sahaja. (maklumat lanjut klik SINI)
done order 4 buah novel penulis-penulis bestseller di Lazada!
Dari 4 novel ni.. ada 2 novel yang baru keluar & 2 novel yang takde lah baru tapi saya teringin sangat nak baca.
1. AKU LELAKIMU
Novelis: Sara Aisha
(penulis novel bestseller JODOH ITU MILIK KITA, PEMBUKA HATI, SALJU KYOTO, SYURGAKU TAK SEMPURNA, Dheo's)
![]() |
Novel AKU LELAKIMU - SARA AISHA |
Sinopsis novel:
"I'm the only PhD in serial murder." - Ted Bundy
"You could smell the blood." - Richard Ramirez
Membaca pengakuan daripada pembunuh bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi, bagaimana kalau anda yang jadi sasaran?
Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya.
"Tihani Rose, suara kau memang manis."
Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang langsung tidak dijangka-jangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan pengakuan...
"I am obsessed with serial killers."
Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar itu. Datangnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga dan melindungi. Tetapi, benarkah dia sekadar seorang pelindung?
"Izinkan I ambil mood musim luruh ni, izinkan I guna keberanian yang tiba-tiba muncul ni, untuk luahkan apa yang ada dalam hati I." - Tihani Rose
"Tia, don't do this. You're hurting yourself." - Alexander Aryan
Bila seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mengetahui kebenarannya. Mereka semua dijadikan bahan latihan sebelum White Killer mendapatkan dia.
"You shall be my masterpiece, Tihani Rose." - White Killer
Tetapi White Killer tersilap besar. Tihani Rose tidak akan semudah itu menyerah. Untuk setiap titis air mata yang mengalir, setiap titis darah yang menitik dan setiap penderitaan yang dia tanggung, Tihani akan melawan semula.
"Kau nakkan nyawa aku? Baik. Bring it on. Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat." - Tihani Rose
Cabaran akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Dan Alex semakin terdesak! Mampukah dia jadi sang penyelamat? Atau dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri? Kerana sesungguhnya, dia juga bukan manusia biasa.
2. I Love You Stupid! Extended Version 1
Novelis: Melur Jelita
(penulis novel bestseller I LOVE YOU STUPID!, MY PRECIOUS IRIS, AWAK SUKA SAYA TAK?, THE UNSUNG HERO, THE ONE, mikayla, AWAK SUKA SAYA TAK? 2)
![]() |
Novel I LOVE YOU STUPID! EXTENDED VERSION 1 (bonus unpiblished deleted scene!) |
Sinopsis novel:
KISAH KEMANUSIAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG.
Perjalanan hidupku mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hati.
Aku, Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang. I'm bad and dangerous!
"Apalah sangat dengan saman tiga ratus ringgit? Lebih dari itu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hottie ni. Handsome dan pedassss!"
IRIS
"Kesalahan keempat cuba mengoda polis.
Kesalahan kelima, menghina kerja polis,
Kesalahan keenam, menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas.."
INSPEKTOR EBRAHIM A.K.A ABANG PEDAS. MR PARFAIT! PERFECT!
"Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh seksi Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris."- DOKTOR AIDAN
Abang pedas sudah hilang, hidupku sunyi. Tiada lagi hiburan.
Dari pembunuh senyap lelaki tanpa bayang aku bertukar kepada pembunuh lanun tanpa ampun!
Gara-gara dia! Ya, dia. FIRMAN the lanun! Mulutnya ya rabbi! Ufff pedas pijar!
Di Kemboja, aku dihadiahkan seorang bodyguard yang serabut serabai bagai roti kirai! Persis seorang lelaki tua gelandangan yang tidur di atas kotak. Nak melalak aku! Teruk betul taste papa! Langsung tidak memahami jiwa seorang anak. Tiada yang handsome sikit ke?
Dia lupa ke siapa aku? Seorang SUKSIS yang bersemangat kental. Salah satu produk Polis Diraja Malaysia yang paling berjaya! Setakat lanun selebet seperti dia, aku sesah tanpa ampun!
Demi misi, aku terpaksa bersabar. Dan aku berdoa kesabaranku tidak menipis. Jika tidak, pasti kami berbunuhan!
Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku.
3. Cik Isteri Dan Encik Suami
Novelis: airisz
(penulis novel bestseller Cik Bunga dan Encik Sombong, Cik Cinderella dan Encik Tengku, Cik Blur dan Encik Ikhlas, Cik Calla Lily dan Encik Bos, Cik Sederhana dan Encik Segak, Cik Juliet & Encik Romeo)
![]() |
novel CIK ISTERI DAN ENCIK SUAMI - airisz |
Sinopsis novel:
AKU? Nama aku Cantek Safia. Muda lagi, tapi dah jadi janda. Siapa kata perkahwinan pilihan orang tua akan kekal hingga akhir hayat? Tipu semua tu.
Semua marahkan aku kerana alasan aku bercerai dengan menantu pilihan nenek sangat tidak boleh diterima akal. Hanya kerana dia lelaki sejuk bekudan aku rasa dia suami tanpa perasaan, aku tarik diri dari hidupnya. Hidup seorang Hud Khusairi.
Dua tahun pegang status janda, tiba-tiba bertemu dengan dia semula. Di tempat kerja yang sama dan lebih menyakitkan hati, dia ialah ketua aku sekarang. Entah apa mimpi dia, dia macam cuba berbaik semula dengan aku.
“Esok abang jemput Fia.”
“Tak payah. Fia pergi dengan Kak Nor. Kak Nor sebulan kena kerja kat Shah Alam.”
“Jangan menyusahkan orang, Fia.Abang kan ada.”
“Abang siapa buat Fia?”
“Bukan sesiapa, tapi abang sentiasa ada untuk Fia.”
“Abang dah hilang akal ke?”
Dan akhirnya aku tahu Hud bukan cuba berbaik dengan aku, sebaliknya lain ceritanya. Kak Mona, teman sekerja aku kata, Hud selalu akhir-akhir ini menghimpit makan sekali dengan geng kami waktu tengah hari. Dia dengan yakinnya berkata, Hud nak mengurat Annisa yang cun itu.
Huh! Buat penat aje aku perasan. Dahlah Cik Aida pun duk target lama dah Hud tu. Memang Hud Khusairi digilai di sini dan dianggap duda yang seksidan hot. Kalau ikut menyampah, aku dah nak letak jawatan, tapi mak paksa aku bertahan pula.
Macam mana aku nak jalani hari-hari dengan menghadap bekas duda aku di tempat kerja? Lagi satu, aku kena rahsiakan hal aku ini janda Hud sebab semua orang ingat bekas isteri Hud tu jahat orangnya. Sakit hati betul!
4. Jadikan Aku Yang Terakhir
Penulis: E-Man Sufi
(penulis novel bestseller SUAMI YANG KUBENCI, PABILA REMOE VS JULIET, HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI, BUKAN KERANA AKU TAK CINTA, JEBAT)
![]() |
novel JADIKAN AKU YANG TERAKHIR - E-MAN SUFI |
Sinopsis novel:
Kisah bermula apabila Deniz diarahkan oleh ayahnya, Aziz bekerja di kafe yang terletak di kawasan jauh dari Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan ayahnya yang bekerja di Madinah, Deniz telah bertukar tempat dengan adik tirinya, Aisyah Nadine. Sementara Aisyah menyamar sebagai dirinya, Deniz pergi ke Izmir untuk bertemu ibu kandungnya tanpa pengetahuan Aziz.
Kerana terlalu sayangkan kakak tiri, Aisyah sanggup menyamar sebagai Deniz. Dia yang merupakan graduan dalam bidang veterinar terpaksa bekerja sebagai bakeri di kafe milik Iskandar.
“Kalau untuk Deniz, bukan setakat madu... Dengan sarang kelulut, satu ladang ni abang bagi percuma... Syaratnya... Jadi isteri abang nak?” - Reyhan
“Eee... Abang Reyhan ni kan banyak sangat makan madulah ni! Cakap pun merepek aja… Orang seriuslah!” – Aisyah
Tanpa dirancang, Aisyah jatuh cinta dengan Reyhan, abang kepada Iskandar hingga dia lupa kehadirannya di kampung itu hanya sementara. Bahkan dia sendiri tidak bersedia berdepan dengan Reyhan jika identiti sebenarnya terbongkar. Sungguh dia tak berniat menipu sesiapa!
“Awak tak patut libatkan Reyhan... Apa salah dia? Awak tahu kan yangawak dah perbodohkan dia... Perasaan dia macam mana pulak? Awak ingat dia nak bertepuk tangan kalau tahu awak tipu dia? Awak bukan Deniz! Awak Aisyah...”- Iskandar
Cinta... Bukankah asasnya keikhlasan dan kejujuran? Mampukah Aisyah terus berahsia tatkala semuanya mulai berubah? Masihkah cinta Aisyah menjadi yang terakhir buat Reyhan?
![]() |
Tempahan novel berjaya dibuat! |
Alhamdulillah dah place order semua novel di atas.
Moga sampai dengan selamatnya aamiin. Sebab first time ni order novel kat Lazada. Biasa order barangan lain.
Selepas dah order, saya pun..
![]() |
Merdeka Shakin' Deals Game di Lazada App! |
shake it, shake it! Hahaha. Tak dapat pun voucher ciss. Kena cuba lagi nih di masa lain.
Jangan lupa Merdeka Sales di Lazada! Jangan lepaskan peluang sebab ada banyak barang murah murah selepas potongan diskaun tau! Last esok.
Jangan lupa Merdeka Sales di Lazada! Jangan lepaskan peluang sebab ada banyak barang murah murah selepas potongan diskaun tau! Last esok.
↧