Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020

$
0
0
Alkisah tengahari semalam, dua orang jiran datang bertandang ke rumah. Dalam berbual-bual dengan umi, mereka meminta tolong saya untuk semak keputusan pendaftaran sekolah murid Tahun 1 anak dan cucu mereka. Yela kan.. kena semak keputusan pendaftaran sekolah murid Tahun 1 secara Online (atas talian), mereka tak tahu menahu sangat berkaitan dengan IT, komputer, internet bagai. Atas dasar semangat tolong menolong sesama jiran yeahhh, petang tu saya buat semakan keputusan permohonan pendaftaran tahun 1 2019-2020 untuk anak dan cucu mereka.


Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020


Mula-mula tu blur juga la kan sebab first time nak check keputusan penempatan murid ke Darjah 1 semua ni. Tapi.. nasib baik senang je cara semak nya.

1. Log masuk (login) laman web SPATKPM (Sistem Pendaftaran dalam Talian KPM) di https://public.moe.gov.my/
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
2. Selepas masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan (password), klik DAFTAR MASUK. Jika lupa password, klik LUPA KATALALUAN.

3. Kemudian, klik Pendaftaran/Penyemakan> Rekod Permohonan> SEMAKAN
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Cara Semak Keputusan Pendaftaran Sekolah Murid Tahun 1 2019/ 2020
Apa maksud tanda soal tu?

Tanda soal sebab tiada dicatatkan sekolah yang dimohon di bahagian 'Sekolah Ditempatkan'. Makna nya.. diterima ke tak sebenarnya ye? Selepas tanya orang yang berkemungkinan tahu tentang ini.. saya andaikan haritu jiran saya tersebut tak hantar surat permohonan ke sekolah yang dipohon untuk diperakui.

So.. kena buat Permohonan Rayuan Sekolah la nampaknya. Tarikh rayuan dibuka pada 1 Ogos 2018 hingga 30 September 2018. Okay ada masa lagi! Doakan semoga proses permohonan rayuan sekolah bagi anak jiran saya dipermudahkan Amin.

P/s: Buat panduan ibu bapa, permohonan online murid Tahun Satu (Darjah 1) bagi ambilan 2019 dan 2020 telah dibuka pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 yang lalu. Permohonan secara online ini terbuka kepada murid seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Dan bermula tahun 2018, permohonan secara online juga dibuka untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang sebelum ini melalui sekolah secara manual. 

Ibu bapa/penjaga yang bercadang untuk mendaftarkan anak mereka untuk sesi berikutnya boleh berbuat demikian sekitar Mac/April tahun hadapan, 2019 (tertakluk kepada perubahan yang akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh KPM) - credit info www.permohonan.my

Okay semoga bermanfaat. Daa~ wassalam!

Tag: public.moe.gov.my semakan, public.moe.gov.my login, public.moe.gov.my tahun 1, public.moe.gov.my keputusan, sistem pendaftaran atas talian, sistem pendaftaran atas talian kementerian pendidikan malaysia, borang pendaftaran tahun 1, pendaftaran tahun 1 2020

Segmen Bloglist 2018 A Secret Journey

$
0
0

Segmen Bloglist 2018 A Secret Journey


Segmen Bloglist 2018 A Secret Journey
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 7 Ogos 2018

"Ceritakan sedikit tentang diri anda"

Takut tercerita banyak je ni hahaha. But here.. serba sedikit tentang saya..

Nama diberi Sayidah Napisah. Boleh panggil sayidah atau kakcik atau si comel.. ehh hahaha.

Umur 25 tahun. Tapi disebabkan saya pendek (tinggi 147 cm) + baby face (UHUKK), orang selalu ingat saya budak sekolah menengah or baru lepas habis SPM muahaha.

Asal Perak, membesar di Selangor, selepas matrik pindah ke Seremban and live there until now.

Kerja kat mana? Saya kerja sendiri, kerja di rumah. Menjadi tutor (private/home tutor) subjek Matematik, Addmath, Statistik & Calculus, freelance editor Math&Addmath under syarikat Oxford Fajar dan last but not least.. an enthusiastic blogger.

Dah kahwin ke belum? Not yet. InshaaAllah bila dah tiba masa, datang lah dia meminang bunga di taman. tetibe haha.

Suka macam macam benda dan perkara dalam hidup ni. Suka baca novel, dengar lagu, baca novel, suka k-drama, BTS (kpop group), Running Man, 2 Days 1 Night, suka puisi, awan, langit, sunset, hujan, suka makan, suka gilos warna coklat pink & pastel, suka peluk umi, suka merajuk, suka tengok gambar cantik cantik, suka dengar masalah orang, suka tengok cerita hantu, suka awak. ehhh hahaha. 

Tu je la kot 'sedikit' tentang diri saya. Sedikit la sangat kan haha. By the way, yeayy umur baby sis dah genap 3 bulan today. Alhamdulillah. Moga membesar dengan sihat dan solehah/soleh hendaknya aminn :)

Daaa~!

22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! ~ Wordless Wednesday

$
0
0

22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! ~ Wordless Wednesday


22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #1
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #2
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #3
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #4
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #5
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #6
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #7
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #8
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #9
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #10
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #11
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #12
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #13
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #14
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #15
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #16
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #17
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #18
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #19
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #20
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #21
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss!
22 Idea Pelamin Simple Tapi Lawa Giloss! #22

image credit fully to: thetanjak.com

Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja ~ Wordless Wednesday


Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja #1
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja #2
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja #3
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja #4
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja
Tips Makeup Cantik Sesuai untuk ke Tempat Kerja #5

credit: MauKerjaMY

Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini... ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Sakit & rasa tak sedap badan? Cuba urut/tekan di titik/kawasan ini...


p/s: pijat = urut

Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini #1
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini #2
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini #3
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini #4
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini #5
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini #6
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini #7
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini
Sakit & rasa tak sedap badan? Urut di titik/kawasan ini #8

Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun

$
0
0
"Umur umi dah 55 tahun? Tak percaya lah", "Tak nampak macam 55 tahun pun. Awet muda sungguh!", "Umi masih cergas dan kekal aktif walaupun dah mencecah 55 tahun".. itulah antara yang biasa saya dengar daripada orang yang baru pertama kali jumpa mak saya. Walaupun umi ada penyakit kencing manis, selalu kebas kebas kaki tangan dan lenguh lenguh badan tapi saya pelik. Saya jarang sangat nampak umi sakit lutut. Jarang lah saya dengar umi mengadu, merungut atau tanya saya bagaimana cara menghilangkan sakit lutut. Sehinggakan saya terfikir.. adakah umi mempunyai tips tersendiri atau menyimpan top secret cara menghilangkan sakit lutut yang kami tak tahu dalam diam?

Yela kan kita pun tahu semakin berusia seseorang itu, semakin berkurang antibodi dan kecekapan beberapa bahagian badan untuk berfungsi. Lagi lagi di bahagian lutut. Nak naik tangga pun makin susah dan lelah, bila solat makin terasa sakit lutut, dan kadang kadang berjalan terlalu lama pun rasa tidak mampu kerana lama kelamaan lutut meminta untuk berehat.

Terbalik pula dengan umi yang berumur separuh abad -- hampir setiap pagi melakukan senaman, hampir setiap petang berjalan/jogging dengan menaiki treadmill, sangat suka berjalan (a.k.a shopping hehe), pantas bergerak menyiapkan kerja rumah seperti membasuh & menyidai pakaian, mampu memasak (dengan keadaan berdiri) pelbagai menu dalam satu satu masa tanpa rehat, pernah solat tarawih 20 rakaat sekaligus dan .. eh penat pula lah den nak senaraikan lagi hahaha.
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Apa yang saya nak tunjukkan di sini.. kemampuan umi membuat perkara perkara di atas menunjukkan umi tiada sakit lutut. Tapi bukan lah tak pernah langsung sakit lutut dari dulu sehingga sekarang. Mustahil la kan? Lagi lagi bila dah bergelar seorang wan (nenek) kepada 7 orang cucu. Kadang kadang sakit lutut juga bila terlebih buat kerja yang mostly menggunakan kaki; contohnya menjahit. Umi seorang tukang jahit, ada masa tempahan baju kurung bertimbun timbun bila nak dekat raya. Masa tu lah sakit lutut menunjukkan belang.

Then.. kalau umi sakit lutut, apa yang umi buat untuk merawat sakit lutut? Adakah membiarkan sahaja dan lama kelamaan akan sembuh? Atau ada alternatif lain yang umi lakukan untuk menghilangkan sakit lutut yang memeritkan? Ada guna apa apa ubat sakit lutut ke?


Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun


Umi jenis yang tak suka (a.k.a takut) nak pergi klinik/hospital bila sakit. So.. sebelum sakit lutut atau sakit apa apa pun merebak, umi akan berusaha dengan cara tradisional atau makan/minum/guna sesuatu dari bahan organik.

In case of sakit lutut, umi guna minyak spray Biobax Cool Theraphy yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Plus, bau nya wangi dan fresh juga adalah salah satu reason why umi setia dengan Biobax sehingga sekarang. Bau nya bukan macam minyak angin biasa di pasaran. We loikeee~
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
BIOBAX - Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Senang je cara umi untuk melegakan sakit lutut.. Umi hanya spray minyak Biobax tadi tu di bahagian depan dan belakang lutut, sapu dan urut urut sikit. Kalau umi tak larat, umi minta saya yang sapukan Biobax di lutut beliau sebelum tidur. Begitulah setiap kali umi sakit lutut.

Dan Alhamdulillahh.. tak sampai seminggu pun, sakit lutut umi beransur pulih. Mentang mentang lah Biobax ni guna nano technology kan. Mudah je meresap ke dalam kulit justeru memberi kesan yang segera.
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
BIOBAX COOL THERAPHY - Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Kadang kadang saya tak perasan pun umi guna minyak Biobax ni. Pantas. Sebab cara pakai nya sangat senang dan mudah. Tidak rumit. Seperti yang saya sebut tadi.. hanya spray Biobax di sekeliling lutut, sapu perlahan lahan dan kemudian urut lah sikit sikit bagi lega otot otot yang penat tu. Lebih afdhal pakai 3 kali sehari secara konsisten.

Bila pergi travel atau balik kampung ke, kadang kadang umi suruh saya sumbat sekali Biobax dalam beg saya. Saya pun tak kisah sebab tak berat pun. 1 botol 50ml. Alahaii ringan. Tak makan banyak space pun. Senang nak bawa mana mana. Nak masuk dalam handbag pun boleh untuk pakai bila-bila. Nak guna in public pun tak risau sebab tak berminyak pun lepas pakai. Tidak melekit di tangan. Easy.
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
BIOBAX - Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Biobax ni bertahan lebih kurang dalam 2-3 bulan jika selalu guna. Boleh tahan lama juga kan. Berbaloi baloi lah walaupun harga agak mahal. Lagipun banyak kelebihan dan kegunaan nya. Saya pun guna bila sakit sakit badan selepas workout dan lenguh lenguh badan selepas penat berjalan/travelling. Tak rasa rugi pun beli seriously. Amboii Sayidahhh dah macam promote pula kau kan hahaha. Bukan bukann.. ini namanya recommendation plus berkongsi pengalaman gituu.
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Spray biobax, badan pun relax!
For your information, saya dan umi dah guna Biobax ni hampir 2 tahun dan sudah pun merasai sendiri kesan positifnya. Lepas habis 1 botol, beli botol yang baru. That's why saya highly recommended this 'minyak mujarab' to all of you.

Lagi lagi sekarang ni senang je kan, boleh beli secara online. Tak payah susah susah, terus beli di website utama https://biobax.my/product/biobax/.

Bertambah syok bila sekarang ada offer diskaun RM20 untuk pembelian 2 botol. Masukkan sahaja kod kupon "RM20" di ruangan yang disediakan selepas kita pilih untuk beli 2 unit Biobax. Settle. Yeahoo!
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun
Cara Menghilangkan Sakit Lutut versi Umi yang berumur 55 tahun - BIOBAX
Oraitt. Selamat mencuba sprayy Biobax!

Daa~ wassalam!

PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP! [Kisah Benar]

$
0
0
Sekarang ni semua orang asyik melekat dengan gadget. Tak kira la orang dewasa, kanak-kanak malahan baby pun dah terbiasa dengan gadget di tangan.

Bila budak nangis, salah satu nak diamkan atau tenangkan dia.. gadget. Nak pujuk.. bagi gadget. Nak beri ganjaran sebab buat baik.. nah main gadget. Nak suruh behave.. tak perlu risau sebab ada gadget. Nak umpan buat sesuatu.. umpan dengan gadget. 

Kesimpulannya.. apa apa situasi dan keadaan mesti nak guna gadget (tapi tidak lah semua orang begitu).
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP! [Kisah Benar]
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP!
Saya tak salahkan 100% ibubapa atau insan lain yang menggunakan cara begitu. Kadang kadang saya pun guna cara itu hahaha. Yelah, sebab dah tak ada idea nak tarik perhatian budak-budak. At least kalau guna smartphone, boleh buka video kartun kegemaran mereka - Upin Ipin, Umar dan Hana, Baby Shark, Didi & Friends. Confirm punya lah.. confirm kalau buka je kartun-kartun tu, mesti bulat mata mereka. even tengah menangis pun boleh senyap.

Jika dah terdesak, okay lah kan guna cara beri gadget ni. Tapi kanak-kanak yang main gadget hampir setiap masa tanpa keperluan? Scary sebenarnya. SANGAT MENAKUTKAN.

Sebab apa?

1. Social life dengan orang sekeliling terbantut
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP - tidak mahu bermain di luar 
Cuba bayangkan.. budak budak lain sibuk main aktiviti yang berbentuk fizikal (bola sepak, bola jaring, main guli, badminton, skipping, main masak masak dan sebagainya) tapi, budak yang sudah syok dengan gadget tak turut serta bermain dengan budak budak lain tadi.

Dia melekat je depan gadget hingga tak bergaul dengan sesiapa. Mak ayah atau adik beradik yang berada di sekeliling pun dia buat tak tahu je bila gadget dah ada di tangan. Bila nak bersosial nya?

2. Lack of communication skill

Bila tidak bergaul dengan orang lain, sudah pastilah kurang kemahiran berkomunikasi. Bila duduk dengan orang, at least kita bercakap juga walaupun sedikit ataupun kita boleh perhati macam mana orang berkomunikasi dengan baik.

Tapi kalau asyik mata ke gadget, minda khusyuk dengan gadget, tangan asyik bermain di gadget, mulut terkatup rapat.. bagaimana nak berkembang communcation skill kan? Lagi lagi budak-budak sedang develop skill.

3. Tak nak buat kerja lain

Kadang-kadang bila dah addicted dengan gadget, tak fikir benda lain dah. Tak peduli kerja lain dah. Homework cikgu beri dah letak ke tepi. Exam nak dekat tapi buat buat lupa. Ni semua bahana bila gadet dah terlalu serasi dengan kanak-kanak.
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP - kurang membaca
4. Effect mata atau saraf muka

Bila mata terlalu lama berhadapan dengan cahaya yang tak sihat dari gadget (lebih-lebih lagi tengok gadget dalam gelap), boleh memberi kesan yang buruk kepada mata; seperti cepat rabun jauh/dekat.

Then, baru baru ni ada kisah benar - padah seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang selalu bermain gadget hingga menyebabkan gangguan saraf di muka; mata dan bibir kanak-kanak tersebut sering bergerak di luar kawalan.

PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP
PADAH KANAK-KANAK BERMAIN GADGET TERLALU KERAP
Nauzubillahi min zalik.

Semoga kita dan semua kanak-kanak di dunia ini dijauhkan dari kejadian tersebut. Aminn~

Jangan salah faham.. entri ni bukan niat saya untuk salahkan mana mana pihak atau menyuruh semua orang anti-gadget.. NO.

Saya hanya berkongsi kesan buruk apabila kanak-kanak/budak-budak TERLALU KERAP bermain gadget, bila mereka TERLALU BIASA menghadap gadget pada usia masih muda. Dengan harapan kita semua akan lebih alert dengan kekerapan penggunaan gadget dalam kalangan budak-budak.

Sekian.. daa~ wassalam! :)

HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - adakah ianya najis? halal atau haram dimakan?

$
0
0
Terjumpa helaian akhbar (bertarikh Mac 2018) yang membincangkan tentang hukum memakan pasi (dakwat) sotong. Aikk.. awat pasal pasi sotong pun boleh ada pertikaian? Kenapa tiba tiba boleh muncul pula persoalan tentang status halal haram dakwat sotong ini?

Ianya berpunca daripada kenyataan viral seorang pelayar di media sosial Facebook yang menyifatkan pasi sotong adalah najis dan menjatuhkannya sebagai haram. Pelayar tersebut menjelaskan pasi sotong sebagai najis yang tidak boleh dimaafkan jika banyak, namun sebaliknya dimaafkan jika kuantitinya sedikit. Pelayar terbabit juga berkata ada mufti dan fatwa mengharuskan, walhal Kitab Fiqh Mazhab Imam al-Syafie mengharamkan kerana ia najis.

Ohh really? Seriously? Betul kah apa yang diperkatakan oleh pelayar tersebut? So, apakah yang sebenarnya? Boleh makan ke tak sotong yang ada pasi (dakwat)? Haram atau halal dimasak dan dimakan?

Tiba-tiba saya jadi curious pula nak baca keseluruhan artikel walaupun saya bukan lah peminat tegar sotong & tak pernah pun makan dakwat sotong haha.
HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - adakah ianya najis? halal atau haram dimakan?
HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - adakah ianya najis? halal atau haram dimakan? | credit image: Harian Metro


HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - adakah ianya najis? halal atau haram dimakan?

HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG mufti
HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
By: Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan pandangan ulama, pihak ulama lebih cenderung berpandangan memakan sotong adalah diharuskan begitu juga dengan pasinya. kerana ia sebahagian hidupan laut.

Dalam konteks pasi sotong, ia sebahagian anggota sotong yang boleh dimakan dan diambil manfaat daripadanya kerana tiada sebarang nas syarak yang jelas melarang memakannya.

Sehubungan itu, ia tertakluk kepada asal sebagaimana kaedah Fiqh yang menyebut berdasarkan kepada nas umum yang din bermaksud 'asal pada sesuatu adalah harus sehinggalah terdapatnya dalil yang mengharamkannya.'

Justeru, masakan sotong beserta pasinya juga adalah sejenis masakan yang telah sedia maklum menjadi uruf setempat. Oleh itu, ia dikira sebahagian daripada uruf yang diiktiraf pada kaca mata syarak sebagaimana kaedah menyebut maksudnya 'Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum'.

Oleh itu, dengan mengambil kira faktor ini, memakan pasi sotong bukanlah ia sesuatu yang kotor dan menjijikkan, malah ia telah menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat meskipun tidak diterima masyarakat lain.

Para ulama berbeza pandangan, antaranya sesetengah ulama Mazhab Hanafi menjatuhkan hukum memakan sotong sebagai haram kerana bukan tergolong daripada jenis ikan.

Berdasarkan hujah ulama-ulama tersebut, kami mengqiyaskan habitat sotong sama seperti tikus kerana sotong memakan semua jenis makanan sama ada baik atau kotor di dalam laut dan apabila tikus diharamkan, maka tikus laut (sotong) juga diharamkan.

Qiyas kedua bagi ulama Mazhab Hanafi tersebut ialah sotong mempunyai dakwat hitam yang kotor, sehubungan itu memakan sotong adalah haram.

Namun begitu, ia bukan pandangan majoriti mazhab ini, bahkan terdapat sebahagian ulama Mazhab Hanafi yang mengharuskan makan sotong.

Dalam Mazhab Syafie pula, hukum memakan sotong adalah harus dan ia sebahagian daripada haiwan laut yang diharuskan untuk dimakan.

SUMBER: Al-Kafi Li Al Fatawi ke-464: Hukum Makan Dakwat Sotong, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga kita semua lebih jelas selepas mendengar pencerahan fatwa dari Mufti  di atas inshaaAllah. Moga bermanfaat!

Daa~ wassalam! :)


Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa.com

$
0
0

Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa.com


Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 12 Ogos 2018

Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah

$
0
0

Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah


Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 23 Ogos 2018

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com

$
0
0

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Tarikh akhir: 18 Ogos 2018

    Giveaway by vitaminsyaza.blogspot.com : Teka Tong yang Mana

    $
    0
    0

    Giveaway by vitaminsyaza.blogspot.com : Teka Tong yang Mana


    Giveaway by vitaminsyaza.blogspot.com : Teka Tong yang Mana
    KLIK BANNER UNTUK JOIN

    Tarikh akhir: 20 Ogos 2018

    Saya teka tong nombor 1! Hehehe.

    Segmen Bloglist Blog Nieyl

    $
    0
    0

    Segmen Bloglist Blog Nieyl


    Segmen Bloglist Blog Nieyl
    KLIK BANNER UNTUK JOIN

    Tarikh akhir: 19 Ogos 2018

    Guess My Weight Giveaway

    $
    0
    0

    Guess My Weight Giveaway


    Guess My Weight Giveaway
    KLIK BANNER UNTUK JOIN

    Tarikh akhir: 22 Ogos 2018

    Teka berat abam kie: 83.1kg

    Senarai Pemenang Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom

    $
    0
    0

    Senarai Pemenang Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom


    Senarai Pemenang Segmen Special Bloglist 7 Juta by sayidahnapisahdotcom
    10 blogger yang terpilih untuk masuk ke dalam Special Bloglist 7 Juta di blog saya jatuh kepadaaaaaa:











    3 blogger bertuah pula yang memenangi hadiah cash RM10 jatuh kepadaaaaaa:




    Pemenang cash sila email saya (sayidahnapisah65@gmail.com) nama, nombor akaun bank & email address.

    Pemenang dipilih dengan cara saya selak pages dalam buku. Page yang saya selak itulah pemenang nya. Tiada berat sebelah atau tidak adil ye. Fair and square hehe.

    Tahniah semuaaa yang menang! Yang tak menang, jangan cedih cedih. InshaaAllah nanti bila blog ni dah mencapai 8juta jumlah pageviews, saya akan buat lagi sekali segmen bloglist yang baru.

    Maksudnya.. 'special bloglist 7 juta' tersebut akan diletakkan di blog saya sehinggalah total PV blog saya mencecah 8 juta. Then, saya akan buat special bloglist yang baru for 8 million pula.

    Till then.. chaiyok chaiyok! :)


    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik [KISAH BENAR]

    $
    0
    0
    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik | Kisah seram true story ini bukan terjadi pada saya ye. Mangsa yang mengalami cerita seram ini adalah seorang girl yang bernama Jie yang share cerita tersebut di akaun twitter beliau sendiri. Dan saya nak share pula di sini untuk dijadikan pengajaran dan tauladan buat kita semua; terutamanya orang perempuan. Bukan tujuan untuk menakutkan of course.


    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik [KISAH BENAR]

    By: Jie

    So guys, nak cerita benda yang paling seram dalam hidup aku stakat ni, i don't know who's number he used but this is my bf using his dad's phone. so pagi pagi aku bangun tidur aku dapat DM (direct message) from him said "pukul 3.30 i call u tapi orang laki yang angkat"

    Lepas aku dapat DM tu aku cepat cepat cek call log, so memang betul it stated aku ada angkat call pukul 3.25am but, the thing is, who the heck picking up the phone?
    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik [KISAH BENAR]
    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik [KISAH BENAR]
    Aku memang jenis kalau tido senang terjaga, even bunyi noti pun aku dah terjaga ni lagi ringtone, mustahil aku tak dengar and before this banyak kali je aku angkat call dia pagi pagi buta, but this time, aku tahu and aku ingat yang aku memang tidur mati semalam.

    And usually pagi pagi dalam pukul 6 my parents akan ketuk pintu kuat kuat since aku kunci pintu and diorang nak kejut solat subuh, tapi harini pukul 7 baru aku tersedar. So tu dah buktikan aku tidur mati but back to the point, siapa yang angkat call?

    Masa aku buka mata dari bangun tidur je without knowing the current exact location of my phone, terus dengar fon jatuh atas lantai while aku memang sebelum tidur letak fon bawah bantal, so memang mustahil dia nak jatuh.

    Before this waktu kitorang OTP (on the phone) memang Acad pernah kata "i dengar suara laki" tapi aku suruh ignore sebab aku sendiri pun takut.

    Aku taktau la benda apa yang im going through, but sumpah scary and now tengah tuggu my bf bangun dari tidur to ask him how and what the "suara laki" tu said :)

    The explanation:
    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik [KISAH BENAR]
    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik [KISAH BENAR]
    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik [KISAH BENAR]
    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik [KISAH BENAR]
    THE NEXT DAY

    Semalam is the climax where aku memang tak tidur langsung sebab pkul 3 pagi camtu dengar bunyi ketuk ketuk tingkap. So aku decide untuk tak tutup lampu bilik and tak tidur sebab nak pejam mata pun takut.

    Pagi tadi, i told my dad and he said memang betul, benda tu ada dekat bilik aku, dia nak kawan dengan aku. sebab tu la aku hari hari gaduh dengan Acad, sebab dia tak suka so dia naikkan baran aku.

    So ayah kata, "jangan tidur lewat sangat, kalau lepas ni kau nampak kelibat ke apa, means dia memang dah sukakan ko" aku cam speechless.

    To girls out there, jangan seksi seksi sangat even dalam bilik pun, orang lain memang tak nampak, tapi bukan kita je makhluk yang hidup kat dunia ni. so please behave.

    Also, jangan tidur lewat lewat sebab nanti dia ingat kita nak kawan dengan dia. Lagi lagi stok stok yang stay up tak buat apa apa termenung ke teringat bulan ke, paling penting, don't cry! Benda ni jadi pun sebab sebulan ni aku before tidur asyik nangis je.

    So romours yang kalau kita nangis before tidur, ada jin yang intai and teman kita tidur tu, i can say its true. Nak nangis siang siang, jangan before tidur okey ?

    Not intended to scare anyone, i'm just reminding gurls so tak kena apa yang aku kena. its holy damn scary and you don't even want to feel it, night everyone.

    - THE END -

    JIN PANTANG LIHAT WANITA SEKSI

    Kebanyakan wanita yang kerap masuk perangkap nafsu jin & makhluk halus ialah yang gemar berpakaian seksi, gemar bersolek, mandi telanjang dan tidur dalam keadaan mendedahkan aurat.

    "Wanita jenis ini mudah menjadi mangsa rogol jin", kata Ustaz Dasuki.

    Jin juga seperti manusia pantang melihat wanita seksi pasti nafsu mereka cepat terangsang. Lazimnya wanita yang menjadi mangsa buas nafsu jin tidak dapat melihat si pelakunya.

    Mangsa hanya dapat merasakan tubuh mereka digomol, disentuh dan seterusnya merasai nikmat bersetubuh.

    Ada beberapa kesan pada wanita selepas dirogol. Kalau jin itu bertindak agresif ketika merogol mungkin terdapat kesan kemerah-merahan, biasanya di bahagian paha.

    Ustaz menasihati para suami supaya memeriksa pangkal paha isteri masing-masing jika terdapat perubahan pelik, antaranya suka marah dan enggan melayani suami di tempat tidur.

    Wanita yang menjadi mangsa rogol jin tidak merasa puas dengan layanan suami. Kebanyakan mangsa rogol jin adalah wanita yang sudah bersuami.

    Ustaz Ahmad Dasuki yang juga pengamal perubatan Islam mengaku menerima beberapa kes pesakitnya dirogol jin, malah ada yang telah mengandung.
    Cerita Seram Suara 'Lelaki' Misteri di dalam Bilik [KISAH BENAR]
    JIN PANTANG LIHAT WANITA SEKSI

    PENUTUP AURAT DARI PANDANGAN JIN

    Dalam buku al-Adzkar Imam Nawawi disebutkan bahwa diriwayatkan oleh Ibnu Sunni bahwa Anas R.A. berkata, bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda:

    "Tirai penutup antara pandangan jin dan auratnya anak cucu Adam ketika ia melepas pakaian adalah ucapannya: Bismillaahil ladzi laa ilaaha illaa huu (maksud: Dengan nama Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia)"
    penutup aurat dari pandangan jin
    PENUTUP AURAT DARI PANDANGAN JIN
    Umi pernah ajarkan saya ucapan di atas ini dulu-dulu. Umi kata itu adalah doa buka pakaian dan suruh saya membacanya setiap kali buka pakaian. Sejak itu, Alhamdulillah saya masih mengamalkannya sehingga sekarang. Tak kira lah nak buka baju seluar telekung stokin tudung atau nak buka apa apa pun dari badan, saya akan baca. Mungkin sebab dah biasa. Dah menjadi habit.

    So... yang lain lain pun jom kita biasakan dengan ucapan tersebut setiap kali membuka pakaian. Bagi menutup pandangan jahat jin dari aurat kita.

    Moga kita, family dan keturunan kita dielakkan dari kejahatan nafsu buas jin AAMIIN.

    TIPS MENULIS TESIS 4 BULAN

    $
    0
    0
    TIPS MENULIS TESIS 4 BULAN | Boleh dikatakan status hubungan antara saya dan thesis pada masa degree (ijazah) dahulu adalah love-hate relationship. Kadangkala smooth, kadangkala not going so smoothly. Kadangkala happy bila dapat siapkan beberapa part, tapi kemudian kecewa dan sedih bila kena reject or kena ubah on the spot. Yess I know.. Bagi sesiapa yang dah mengalami pengalaman menulis tesis, mesti boleh relate with that feeling kan? Hahaha.

    "Kenapa tak sambung master?" - pertanyaan yang sering ditanyakan kepada saya. Percayalah bahawa salah satu reason nya adalah sebab saya trauma dengan tesis hahaha. Bagi saya ianya sangat sukar eventhough my grade of final year project (with tesis) tak ada lah seteruk mana. Dapat B+. But still, tak dapat A & I think my thesis was not good enough. So, I was traumatized by it until now hahaha funny kan. Yet true.

    Okay so.. back to the topic. Of course saya tak layak nak bercakap tentang tip tulis tesis ABSOLUTELY. Thats why I'm just sharing the Facebook post yang saya terjumpa semalam bertajuk "Tips Menulis Tesis 4 bulan". Written by someone yang layak memperkatakan hal tersebut. Since I think it is useful for others especially for students degree, master & PHD, here we are....


    Tips Menulis Tesis 4 Bulan

    TIPS MENULIS TESIS 4 BULAN
    TIPS MENULIS TESIS 4 BULAN | image by Masilah

    Alhamdulillah akhirnya fasa penulisan tesis master saya sudah sampai kegarisan penamat, semoga ada rezeki lagi untuk membuat kajian ilmiah. Ada beberapa tips yang boleh dikongsikan untuk semua khususnya pelajar yang single dan full time study. Kalau yang dah berkeluarga mungkin mempunyai cara yang berbeza mengikut kesesuaian dengan status masing-masing.

    Saya mengambil mode mixmode iaitu kena ambil 10 subjek+ tesis (249 mukasurat bahasa arab, alhamdulillah masalah bahasa tidak menjadi masalah yang besar sebab saya ambil degree dekat tanah arab). Saya habiskan kelas selama dua sem dan sem ketiga adalah menulis disertasi ataupun tesis.

    Antara tips yang saya boleh kongsikan semasa menulis antaranya:

    1) Fokus & Matlamat

    Menentukan halatuju yang jelas dan fokus dengan matlamat yang kita nak capai. Jangan terlalu melayan sangat konflik dalaman hati, kena selesaikan dengan cepat. Fokus pada realiti.

    2) Musyrif (supervisor SV @ penyelia)

    Mencari musyrif yang sesuai dengan kita antara faktor yang menjadikan perjalanan kita menggembirakan. Semasa menulis, sampai satu tahap kita pening dengan musyrif kita, hari ni dia cakap macammni, esok macam lain pula, tu tidak termasuk dengan pemeriksa yang lain pula, nak macam lain pula.

    Sebenarnya semua itu adalah normal dalam fasa penulisan ini. Apa yang perlu buat? Ikutkan sahaja kehendak dia.

    Kalau kita ada pendapat kita sendiri yang berbeza dengan musyrif macammana pula? Kita lontarkan dengan penuh beradab, kalau dia terima alhamdulillah, kalau dia tidak menerima jangan membantah, nanti gagal tesis kot, haha... (kalau tak setuju jugak, tulis buku sendiri yang mengikut corak pemikiran kita, ingat naih buku tak sama dengan tesis).

    Tapi alhamdulillah musyrif saya dia menerima pendapat saya bahkan kembangkan lagi idea saya.

    3) Perancangan yang terancang

    Masa sem pertama saya dah mula fikir tajuk-tajuk yang saya nak buat kajian. Boleh dikatakan juga tajuk sentiasa berubah-ubah mengikut kecenderungan hati.

    Bila dah masuk sem dua saya dah nampak nak pilih siapa jadi musyrif saya, jadi saya terus jumpa musyrif bincang dengan musyrif berkenaan tajuk cadangan saya.

    Selepas final exam sem dua, saya terus buat khuttoh bahas (proposal). Memang musyrif dia akan tunjukkan jalan yang mana kita tak jelas bukan tolong buatkan ya, hatta proposal sekali pun (hang tak tau, hang habaq hang tak tau, hang jangan berlagak pandai) Itulah fungsinya musyrif. Kena manfaatkan betul-betul!

    4) Temujanji dengan musyrif

    Kena tetapkan berapa kali nak bincang dengan musyrif pasal tesis dalam sebulan, kalau tak boleh secara berdepan boleh gunakan teknologi. Saya senang nak jumpa sebab saya talaqqi kelas tafsir dan i'rob alquran dengan musyrif setiap minggu, senanglah nak berurusan, lepas kelas bolehlah nak selitkan tesis.

    5) Pengurusan masa menulis

    Tetapkan masa yang khas setiap hari, letakkan waktu minimum untuk menulis dan membaca. Contoh kalau dah bekerja boleh letak 2-3 jam untuk fokus pada penulisan, ikut kesesuaian masa masing-masing.

    Saya full time study saya letak minimum 6 jam fokus (tanpa gangguan gadjet) dalam sehari. Kalau saya nampak punca nak menulis apa, masa saya menulis lagi lama. Waktu memang kena disiplin betul-betul jangan langgar.

    Macam mana pula bila lost dalam penulisan? Rasa macam tak boleh bergerak dah, blurr.. Berehat sebentar bersama kit kat haha,.. Ambillah masa dua tiga hari rehat jangan fikir langsung pasal tesis, maksimum seminggu. Tetapi jangan rehat lama sangat, rehat lama-lamalah boleh menyebabkan orang rehat sampai berbulan-bulan, bertahun pun ada.

    6) Gangguan gadjet

    Kalau nak main gadjet kena ada waktu, contohnya selepas 1@2 jam menulis, waktu rehat tu letakkan berapa minit, ikutlah nak main gadjet ka, game ka, urusan lain, tanam pokok ka, siram pokok, makan ka, lena (tidur) ka. Yang ni kena lagi tegas tentang pengurusan waktu rehat.

    7) Pengumpulan maklumat

    Saya mendapat maklumat melalui pembacaan yang meluas daripada penulisan orang lain yang berkaitan dengan tajuk kita. Dari situ saya tengok rujukan penulis dan ambil tajuk-tajuk buku yang dirujuk oleh penulis.

    Selepas itu saya akan cari buku pdf dekat internet. Baca balik dengan lebih terperinci di dalam buku asal. Musyrif saya bagi salinan buku pdf dalam seribu lebih buah buku, pdf alukah (buku bahasa arab). Buku rujukan Bahasa Arab dan Inggeris sangat banyak dalam iternet yang berbentuk pdf. Kadang-kadang kita pergi perpusatakaan pun, buku yang kita nak tidak ada.

    8) Printer

    Apabila rujukan kita banyak berbentuk pdf, jadi penggunaan printer menjadi penting. Tajuk-tajuk yang berkaitan dengan tesis, saya print dan baca, boleh tanda, conteng-conteng sikit. Kalau tak print, memang payah sikit nak bersengkang mata membaca dekat laptop dalam masa yang panjang.

    9) Hakcipta buku

    Buku arab ni selalunya tahun ke lima selepas pencetakan buku, dia dah benarkan buku itu disebarkan dalam apa jua bentuk. Sebab tu mudah kita nak jumpa buku arab berbentuk pdf dalam internet. Saya lebih suka buku pdf berbanding maktabah syamilah.

    10) Plagiat

    Jauhi plagiat, meniru mengupah orang dalam penulisan. Semua ini adalah jenayah dalam penulisan, kalau kantoi habislah. صدق الله العظيم

    11) Proposal kena reject, kena perbetul banyak dalam tesis, musyrif details sangat

    Tekanan tu ada, tapi kena tenangkan diri, positif, sentiasa motivasi diri, semakin susah dan mencabar sesuatu perkara itu semakin nikmat kemenangan itu. Cabaran itu satu peluang untuk meningkatkan kemampuan dan kebolehan diri.

    Rasulullah bersabda: "Allah sangat mencintai seseorang itu apabila dia melakukan sesuatu perbuatan, dia melakukan dengan itqan (bersungguh-sungguh, profesional)".

    Akhir sekali fasa ini juga mengajarkan kita tentang kehidupan, bukan sekadar ijazah sarjana, tetapi membentuk kita menjadi seseorang. Apabila masuk bidang kajian, baru kita nampak ilmu tu sangat luas dan kita ni sangat kecil.

    Setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman saya yang masih muda dan sedikit dalam fasa penulisan ini, minta maaf tulis panjang sangat. :)

    Masilah binti Muhamad
    Sarjana Bahasa Arab (pengkhususan linguistik)

    Semoga bermanfaat.. Daa~ wassalam!


    5 Life Hack Jibrail RA bagi pada Rasulullah

    $
    0
    0
    5 Life Hack Jibrail R.A bagi pada Rasulullah
    By Fynn Jamal

    Life hack yang Jibrail R.A. bagi pada Rasulullah yang ketika disampaikan pada Baginda, tidak ada lain yang dilakukan Rasulullah melainkan amin amin dan amin.

    1) Hiduplah sesuka hati. macammana cara hidup pun— hidup je. cuma ingat. kita akan mati akhirnya.

    2) Cintailah manusia ikut rasa. nak macammana gaya pun pengharapan dan jula-juli pada mereka— ingat. kita akan terpisah jua.

    3) Buatlah apa sahaja. Macammana yang difikirkan ok— buatlah ikut hendak. cuma ingat. baik atau buruk yang kita buat— semua ada balasnya.

    4) Tak ada kemuliaan yang lebih tinggi untuk seorang mu’min melainkan kemampuan dia berdiri di malam hari untuk bersujud pada Pencipta.

    5) Maruah termahal adalah mereka yang hidupnya bebas dari pendapat manusia.

    Allahu akbar.

    You know what is funny?
    tak ada SATU pun yang baru untuk kita.
    tak ada SATU pun yang buat kita rasa “oh ye ke?”.

    kita tau lama dah.
    tapi tetap—
    kita buat-buat tak apa.

    haih...
    5 Life Hack Jibrail R.A bagi pada Rasulullah
    5 Life Hack Jibrail R.A bagi pada Rasulullah

    #muhasabahdiri
    #selamatmalam

    6 Tips Check Surat Tawaran Kerja ~ Wordless Wednesday

    $
    0
    0

    6 Tips Check Surat Tawaran Kerja ~ Wordless Wednesday


    6 Tips Check Surat Tawaran Kerja ~ Wordless Wednesday
    6 Tips Check Surat Tawaran Kerja ~ Wordless Wednesday
    6 Tips Check Surat Tawaran Kerja ~ Wordless Wednesday
    Tips Check Surat Tawaran Kerja #1
    Tips Check Surat Tawaran Kerja
    Tips Check Surat Tawaran Kerja #2
    Tips Check Surat Tawaran Kerja
    Tips Check Surat Tawaran Kerja #3
    Tips Check Surat Tawaran Kerja
    Tips Check Surat Tawaran Kerja #4
    Tips Check Surat Tawaran Kerja
    Tips Check Surat Tawaran Kerja #5
    Tips Check Surat Tawaran Kerja
    Tips Check Surat Tawaran Kerja #6

    Resepi Murtabak Maggi Ayam

    $
    0
    0
    Resepi Murtabak Maggi Ayam | Samar samar dalam ingatan saya.. adakah saya pernah masak (lebih tepat lagi - bantu memasak) murtabak maggi dulu dulu? Rasa macam pernah sekali - di kolej asrama UPM bersama coursemates. But.. tak pasti.

    Atau adakah saya pernah tengok je orang buat murtabak maggi tapi tak pernah memasaknya? Besar kemungkinannya iye haha. Teringin sebenarnya nak try satu resepi murtabak maggi ayam yang saya jumpa haritu di Facebook. Serius nampak sedap gilos! Resepi nya pun nampak macam agak senang tapi biasanya yang 'nampak senang' tu lah agak susah in reality. But who knows..

    Disebabkan saya peminat murtabak, tu yang tergoda tuh. Apa apa jenis murtabak rasanya saya boleh je sumbat dalam perut haha.

    Since tak tahu lah bila saya nak cuba masak murtabak maggi bercampur ayam tu.. let me simpan dulu resepi tersebut dalam blog kesayanganku ini hahaha. Bila sudah sampai seru, saya akan try. Yassss!


    Resepi Murtabak Maggi Ayam

    Resepi Murtabak Maggi Ayam
    Resepi Murtabak Maggi Ayam
    Bahan-bahan:

    4 peket maggi - direbus mee saja
    1 biji bawang merah
    1 ulas bawang putih
    5 biji telur
    1 batang carrot
    Isi ayam dan chicken ball secukupnya
    3 sudu besar tepung jagung
    4 peket serbuk perisa maggi
    Sedikit daun sup dan bawang

    *Paket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.

    Cara-cara:

    1. Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil. Kupas semua bawang dan diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil. Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga. Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu.

    2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau, masukkan chicken ball, carrot, daun sup/ daun bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak. Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau.

    3. Masukkan semua mee maggi, tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni. Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata. Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat.

    4. Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak. Angkat dan tos serta boleh dihidangkan.
    Resepi Murtabak Maggi Ayam
    Resepi Murtabak Maggi Ayam
    Kredit resepi & gambar: Foodink Carteen

    Nampak mudah dan sedap je kan kan resepi dan gambar-gambar marvelous di atas ni?

    Gulp. Tak boleh tengok lama lama ni, nanti mengidam susah hahaha.

    Okay selamat mencuba semua~! Daa~ wassalam!


    Viewing all 2993 articles
    Browse latest View live