Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

LAFAZ NIAT DAN CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA

$
0
0

LAFAZ NIAT DAN CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA


SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
credit to : www.nikhasnan.wordpress.com


Lafaz Niat dan Tasbih Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

LAFAZ NIAT DAN CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
credit to : www.mysumber.com

Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha

Rakaat Pertama

1. Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidiladha di dalam hati.

2. Membaca doa iftitah.

3. Lafaz takbir 7 kali diselangselikan dengan lafaz tasbih.

4. Membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca surah al-Quran (surah al-'Alaa/al-Kafirun) -surah lain pun boleh.

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

1. Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Lafaz takbir 5 kali diselangselikan dengan lafaz tasbih.

3. Membaca surah Al-Fatihah.

4. Membaca surah al-Quran (surah al-Ghaasyiyah/al-Ikhlas) -surah lain pun boleh.

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.

Nota~! 

Ustaz Azhari Idrus kata~ Jika kita terlewat untuk masuk rakaat pertama dan tidak sempat untuk bertakbir dan bertasbih, imam pun dah baca al-Fatihah, tidak mengapa. Masuk je. Takbir dan tasbih tu hanya sunat sahaja. Kalau buat dapat pahala, tak buat tak berdosa :)

Lagi satu, jika imam takbir 7 kali (rakaat pertama) dan 5 kali (rakaat kedua) berterusan tanpa diselangselikan dengan lafaz tasbih, tidak mengapa, Jangan salahkan imam ikut mazhab salah ke ape kerana lafaz tasbih itu hanya sunat sahaja. Buat dapat pahala, tak buat tak berdosa :)

Khutbah Hari Raya Aidiladha


Selepas selesai solat sunat Hari Raya Aidiladha ni, khatib akan membacakan dua khutbah Hari Raya Korban. Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir (Allauakbar)  manakala pada permulaan khutbah kedua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan  bacaan :

Khutbah Hari Raya Aidiladha
credit to : www.shafiqolbu.wordpress.com


Ustaz Don kata wanita yang uzur disunatkan untuk pergi mendengar khutbah Hari Raya Aidiladha. Daripada tak buat apa dekat rumah atau di kereta, lebih baik la kita duduk berhampiran dengan masjid untuk mendengar khutbah yang khatib sampaikan. Dapat pahala dan dapat ilmu :)

Dan saya juga diajar untuk tidak makan sebelum pergi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha. Berbeza pula dengan Hari Raya Aidilfitri kan. Reason dia saya tak ingat la. Rasanya dulu ustaz kat kelas agama ada bagitahu kat sekolah dulu hahaha. Tapi lupa dah sebab apa tak payah makan sebelum Solat Hari Raya Aidiladha. :p

Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Minta ampun dan maaf, ku susun sebelas jari. *satu jari tu jari kaki hehehe*

Selamat Hari Raya Aidiladha
credit to : jalantikus.com




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993