TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM !
![]() |
Pusat memandu saya di Dengkil |
Wahh tajuk *tepuk tangan* begitu menyayat hati sekali haha. Pagi semalam saya gagal test Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tu. Pada belah petangnya, saya update status di Facebook tentang kegagalan saya dalam test JPJ. Wah gituw kegagalan! hahaha. Tak tahu lah kenapa rasa macam lama-lama tak sedih pula sebab gagal test JPJ sebab mungkin boleh terima kenyataan kot saya mungkin tak bersedia lagi time test JPJ semalam #kononnya hehe.
![]() |
abg FR tulis haha je kat status den. Ciss. |
Rupa-rupanya ramai je yang gagal test JPJ untuk pertama kalinya. Dan ada yang sampai 4 kali repeat test JPJ. Saya pun lega la kan sebab dikira sebagai normal la kan gagal test JPJ untuk kali pertama hehehe. Ingat nak up entri tentang test JPJ saya gagal semalam tapi macam takde mood pulak nak membebel pasal test JPJ saya gagal ni. Pagi ni baru ada mood nak membebel haha.
Mula-mula, semua yang mengambil test JPJ kena dengar taklimat dan mendaftar di pejabat JPJ. Bahagian 1 ialah Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK). Kena periksa kereta di bahagian depan, kanan, belakang dan kiri. Kena periksa ruangan enjin. Di ruangan enjin, kena kenal 8 komponen dan memeriksa tiap-tiap satunya. Di dalam bonet juga kena periksa dan pastikan 3 benda kena ada dalam bonet - tayar ganti, perkakas tools dan peralatan kecemasan segi tiga amaran.
Kemudian, pergi ke bahagian 2- Litar. Saya gagal bukit di litar ni! hahaha. Masa nak turun bukit tu saya terundur ke belakang sikit. Walaupun sikit tapi dah lebih 50% maknanya gagal lah bahagian 2 saya sobsob.
Dah la ketaq lutut time ni sebab gagal kat bukit kan. Ingat nya terus gagal tau. Baru la nak frust tertonggeng kan. Tapi tiba-tiba abang kat pejabat tu panggil "No 3!". Aik ada lagi ke. Ohhh rupa-rupanya saya kena buat Bahagian 3 pula iaitu jalanraya. Fuhh ada peluang lagi la nak lulus kat jalanraya.
Saya pun diarahkan masuk ke kereta no 26. Dalam hati duk doa la harap-harap dapat abam JPJ, bukannya ahkak JPJ. Selepas beberapa minit kemudian, sorang abam JPJ masuk. Fuhhh selamatt. Okayy taktik untuk mengambil hati abam/ahkak JPJ yang pertama ialah bila dia masuk kereta je, kita ucap "assalamualaikum encik" atau "selamat pagi encik". Haa mana tahu kot-kot sejuk hati dia dengar kita cakap macam tu.
Al-kisahnya lepastu saya pun pergi la masuk ke jalanraya. Saya diarahkan untuk mengikut Jalan A. Dia ada dua jalan. Jalan A dan Jalan B. Bagi saya, jalan A lagi senang sebab jalan dia tak berliku-liku dan hanya perlu U-turn sekali sahaja selepas melepasi kawasan sekolah. Jalan B lagi mencabar sebab ada bonggol dan banyak belok-belok.
Okay laa selepas dah masuk jalanraya, kembali lah ke pusat memandu kan. Abam JPJ tu bagitahu la apa kesalahan-kesalahan yang saya buat sepanjang jalanraya tadi. Dengan penuh redha, saya pun menadah telinga untuk dengar kesalahan-kesalahan saya. Antara kesalahan saya yang menyebabkan saya gagal di jalanraya ialah
1) Saya hanya jalan separuh jalan sahaja. Jalan A ni ada 2 U-turn tau. Sepatutnya saya U-turn di U-turn yang kedua tetapi saya U-turn yang U-turn di pertama hahaha. Yela dekat jalanraya tadi saya tanya dekat abam JPJ tu "U-turn yang ni (merujuk kepada U-turn pertama) ke kena lalu?". Tapi dia diam je. Cisss! Sampai hati tak nak bagitahu jawapan atau hint sikit-sikit ke. Bukan nak tolong! *tak puas hati* hahahaha. Nasib badan le dapat abam JPJ yang tak sporting.
2) Saya ada langgar beberapa kali garisan putih di tepi jalan.
3) Saya pasti akan melihat di kawasan gear jika hendak menukar gear. Haa tu pun salah kata abam JPJ tu sebab kalau kita tengok gear semasa kita tukar gear, takut kita terhilang fokus sekejap dan akan masuk ke laluan sebelah which is bahaya la kan kepada kita dan juga penumpang kenderaan yang lain. Tu lah dia nasihatkan saya kena supaya banyak praktis lagi. Kalau selalu praktis, takdelah dah tengok gear bila nak tukar gear.
4) Saya rasa ini kesalahan saya yang utama kot. Sebelum masuk ke pusat memandu tu. Kena belok ke kanan tau. Ermm macam mana nak cerita ye. Okay macam biasa kita tengok kat jalanraya kan, kalau kita nak belok ke kanan/kiri, kita mesti kena ada masuk ke laluan yang kecil tengah-tengah supaya tak ganggu kenderaan lain di belakang kita untuk mereka meneruskan perjalanan kan.
Tapi saya tak masuk situ *mungkin sebab saya tak perasan*, saya berhenti betul-betul kat tengah-tengah laluan kiri tu. Memang bahaya la sebenarnya sebab kereta-kereta kat belakang kereta saya pun boleh tahan juga lajunya tu. Abam JPJ masa tu marah saya "kenapa awak berhenti kat sini! Nampak tak kereta belakang tu tak boleh nak teruskan jalan! Kalau dorang langgar awak macam mana! ". Adehhh telan air liur jelah time tu. Masa tu lupa dah segala gear klac bagai haha. Fikir nak belok je masa tu.
Ermm yang tu jelah abam JPJ tu tegur kesalahan saya di jalanraya. Lagi satu dia nasihatkan saya untuk kawal stereng dengan lebih baik lagi.
Tu lah saya pun perasan saya macam tak mahir lagi kawal stereng. Hahaha.
Saya dah booking dah untuk the next JPJ. Tarikhnya 24 November. Kena bayar RM170 untuk repeat JPJ dan kalau nak kelas memandu tambahan, kena bayar RM40 rasanya untuk satu jam or dua jam kot. Apa-apa pun doakan saya ye dan seorang lagi kawan saya yang kena repeat jugak tu lulus ye 24haribulan nanti ! Amin !
Okay daa~ wassalam :)