Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

CARA MENGURUSKAN URI

$
0
0

CARA MENGURUSKAN URI



CARA MENGURUSKAN URI
credit : https://jelitaselepasbersalin.wordpress.com


Cara bersihkan uri


1) Mulakan dengan baca Bismillahirrahmanirrahim

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-daraah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersbut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (untuk hilangkan bau hanyir darah) 

Nota: Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.

6) Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya.

8) Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjkut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempta yang hendak ditanam.

Cara menanam uri


1) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti.

2) Baca Bismillahirrahmanirrahim dan sleawat semasa meletakkan uri dalam tanah dan timbus.

3) Tanam di tempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

4) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang-binatang lain.

5) Jangan di letak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat,.


Info ini diambil dari blog daddy cool dan diubah suai sedikit demi kesejahteraan negara. :p  

Semalam abangder tak tahu nak buat apa dengan uri anak nya yang baru lahir tu-Anna Sofea. Tu yang tanya kakak-kakak dan abang ipar, mereka pun beri tips di atas. Baru lah tahu macam mana prosedur yang betul menguruskan uri. Kalau tak, tak tahu juga ye macam mana. 

Tapi saya macam pernah dengar kat mana entah yang uri ni boleh dimanfaatkan di hospital? Simpan kat mana entah namanya tu. Ada ke? Ke saya yang salah dengar informasi. Hehhehehe wallahu'alam.

Apa itu uri?


Secara asasnya, uri atau tembuni atau dalam istilah biologi dikenali sebagai plasenta, merupakan organ yang melekat pada dinding rahim ibu yang sedang hamil. Fungsi utamanya adalah untuk membekalkan oksigen, membenarkan pertukaran gas respirasi berlaku serta membekalkan nutrien dan zat untuk tumbesaran daripada ibu kepada janin yang berada dalam kandungannya. Uri ini berada bersama-sama janin selama tempohnya berada dalam kandungan. Biasanya, uri akan dikeluarkan dari rahim ibu sejurus selepas kelahiran. Gambar di bawah menunjukkan dimana uri berada dalam tubuh ibu yang sedang hamil dan juga rupa bentuk uri yang dikeluarkan dari rahim ibu selepas kelahiran.


CARA MENGURUSKAN URI
credit : https://jelitaselepasbersalin.wordpress.com

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.


Semoga info ini bermanfaat bagi yang memerlukan. Amin! :)

Daaa~wassalam 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear