Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

DETIK CEMAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA

$
0
0

DETIK CEMAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA


Assalamualaikum~!

DETIK CEMAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA
credit : www.petuanenek.com

Kak Nini dah bersalin! Alhamdulillah! Baru je semalam buat entri kak nini dah nak bersalin di SINI

Anak pertama abangder dan kak nini ialah baby girl. 2.8 kg. Bersalin normal. Nama diberi Anna Sofea. Sedap kan Anna Sofea? Bila ditanya siapa yang bagi nama tu. Abangder kata mereka berdua. Anna tu daripada nama kak nini -Nurul Iman Anna Henry (for your information my kak nini is mualaf. Orang Sarawak). Sofea tu pula abangder letak sebab suka dengan nama Sofea tu. Bila ditanya kenapa suka nama Sofea. Beliau kata sebab orang yang nama Sofea ni biasanya cantik hahaha. Lepastu, abangder cerita lagi kalau anak lelaki, mereka nak beri nama Aaron Siddiq. 

Der, kau minat Aaron Aziz ke sampai nak letak nama anak Aaron?
Bukan lah. Aaron tu nama inggeris bagi Harun. 
Ohhh I see. Ingatkan minat pelakon Aaron Aziz yang sado tu sampai nak letak nama anak dengan Aaron hehehe.

Malam semalam pukul 12.30 tak silap, abangder sampai ke rumah. Masa dia balik tu den terlelap. Abangder balik je cepat-cepat aku disuruh bersiap-siap. Pergi hospital. Kak nini pun dah kerap sangat rasa sakit contraction.

Okay cepat-cepat siap semua kemudian bertolak lah ke hospital. Di dalam ereta, kak nini duduk di seat belakang bersama aku. Umi suruh "Kakcik, picit picit belakang kak nini tu". Okay dengan mengambil posisi yang sesuai di sebelah kak nini aku pun letak tangan di belakang kak nini, mula memicit belakang beliau.

Masa tu kereta bergerak laju sebab abangder pecut nak cepat sampai hospital la katakan. Mesti dia tak tenang bila dengar kak nini asyik mengaduh kesakitan hahaha. Aku ni yang duduk belakang dengan kak nini dah macam roller coaster pun ada. Goyang sana goyang sini. Aku yang tengah picit ni pun tak tenang dibuatnya haha. Nasib baik kak nini kata "sedap kakcik.sedap". Alhamdulillah at least aku tahu aku urut dengan betul sebab aku main urut je masa tu haha. 

Bila rasa sakit contraction tu datang kak nini mengerang kesakitan dengan push badan beliau ke belakang. Tersepit tangan aku kat belakang weh! Hahaha. Sakit la jugak tapi hati kena kental bro #tetibe kihkih. Tahan sajalah labu. Sikit sangat sakit tangan aku tersepit belakang tu jika nak dibandingkan dengan sakit yang dialami kak nini ketika itu. Wah nampak tak adik ipar mithali di situ? *angkat bakul sendiri kbai*

Selepas beberapa minit kemudian yang aku rasa cukup panjang, kami selamat sampai tiba di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Lepastu masuk labor room semua. Abangder kena tunggu luar bersama-sama aku dengan umi. Masa tu doktor kata 5cm dah buka. Kena tunggu lagi setengah jam. 

Time tu aku tanya. "Der, camne perasaan? Debar tak?" 

Dia tersenyum tersengih je. Acecehhh debar leettuuwww. Anak pertama katakann.

Setengah jam kemudian, abangder dipanggil masuk. Dan beberapa belas atau puluh minit kemudian, abangder keluar. Dia senyum. Alhamdulillah baby girl. Katanya putih. Heheehe. Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar. Smooth je.

2.30 am lebih kot kami pulang ke rumah.Abangder datang balik hospital subuh nantinya.

Dan itu lahh. Aku sudah makin menjadi makcik sekarang ni *flip tudung* hahaha. Bertambah sorang anak buah menjadikan anak buah aku 6 orang kesemuanya. Wahh makcik sangat iolss. Hehehe. Tahniah sayidah :p

Okay that's all. Daaa~wassalam :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.