Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
sedar sedang tersenyum/ketawa dalam tidur .. scary atau normal? |
Biasa kita tengok baby je kan yang kadang-kadang tersenyum dalam tidur. Kejap-kejap baby sengih, kejap-kejap dia tercebik cebik senyum. Eeeii geram rasa nak cubit pipi dia! Hahaha okayokay sabar ye makcik sayidah.
Tapi ingat baby je ke senyum dalam tidur? Baby versi dewasa pun ada juga terjadi macam tu tau. Buktinya ----> saya sendiri. Haha.
Situasi tu tak ada lah kerap berlaku. Cuma bila berlaku, memang asyik senyum je. Tapi yang lawak dan MISTERI nya.. saya boleh rasa yang saya tengah senyum masa tu. Walhal pada masa saya senyum tu, saya masih dalam mimpi.
Selepas senyum kejap, kembali ke alam mimpi semula. Lepastu senyum balik. Okay mungkin senyum dalam tidur tu tak ada la pelik sangat. Yang pelik tu, saya SEDAR yang saya tengah senyum.
Dia macam 5-10 saat saya sedar yang saya tengah senyum, lepas tu zuppp terus kembali ke minda bawah sedar semula (mimpi).
Kekadang tu.. bukan senyum tapi saya gelak tengah-tengah bermimpi tu. Tak ada la gelak terbahak-bahak. Just tergelak kecil je. Sebab mimpi yang saya tengah mimpi masa tu memang kelakar. Kelakar tahap yang saya tak boleh nak kawal pun senyuman/ketawa saya tu. Saya tak ingat mimpi apa. Tapi yang pasti mimpi tu memang kelakar. Dan saya SEDAR yang saya tengah gelak.
Okay....... tak tahu nak scary ke apa sebenarnya haha. But at the same time, rasa amazing. Rasa macam satu pengalaman yang best.
Tu nak tanya ni.. keadaan seperti tu pernah berlaku pada korang ke?
Kalau pernah.. okay. saya normal. Hahaha.