Alkisah~ pada suatu malam. Pergi bilik kawan sebab nak pinjam rice cooker dia. Rancang nak masak maggi kat bilik sendiri. Dah lepas minta izin nak pinjam, saya pun balik la ke bilik. Dalam otak dah excited nak masak maggi sebab lapar sangat.
Tak lama kemudian, saya pun sediakan peralatan semua dan mulakan memasak! Saya on rice cooker, masukkan maggi dalam rice cooker, masukkan air separas maggi dan akhir sekali tutup penutup lid untuk biar wap panas terkumpul dalam tu. Cepat sikit masak.
Selepas beberapa minit kemudian, saya buka penutup rice cooker, masih tak boiling. Tutup balik.
Tak lama kemudian, saya check lagi. Eh, tak menggelegak pun lagi. Kenapa lambat sangat dia nak menggelegak. Biasa sekejap je.
Dalam duk pelik bin hairan tu, tiba-tiba ada bau terbakar menusuk ke hidung. Kembang kempis den sedut bau tu. Saya check la suis ada terbakar ke apa. Tapi okay je suis.
Saya check lagi maggi dalam rice cooker. Tak bergerak-gerak langsung. Statik je. Haihhh kenapa tak masak-masak ni. Ada kaitan dengan bau terbakar tu ke?
Ingat nak abaikan je bau terbakar tu, tapi bau terbakar tu makin lama makin kuat pula bau nya. Sehingga merebak satu bilik. Roomate chinese 2 orang kat partition sebelah dah jenguk-jenguk ke partition saya. Mereka tegur "ada bau terbakar la kak".
Saya pun senyum-senyum cover perasaan berdebar-debar. Saya angguk-angguk dan terus tutup suis plug saya. Mungkin suis bahagian saya terbakar, thats why rice cooker ni tak panas langsung dari tadi. KOT.
Kemudian, saya tergerak hati nak angkat rice cooker tu. Sebab bau terbakar tu kuat sangat di rice cooker. Bila dah keluarkan rice cooker tu dari bekasnya... YA ALLAH! Masya Allah! Subhanallah!
Cuba teka what I found? Duit yang kawan saya masukkan dalam bekas rice cooker tadi dah warna hitam-hitam! RM26 yang kawan saya letak tadi saya lupa nak keluarkan dari bekas sebelum masak maggi. Thats why la bau terbakar.
Nasib baik la tutup suis awal-awal. Kalau saya biarkan suis rice cooker tu ON lagi lama, tak mustahil boleh terbakar hangus.
![]() |
duit terbakar |
![]() |
wang terbakar di dalam rice cooker |
Sepanjang malam bau terbakar tu masih ada. Tak hilang-hilang. Walaupun dah pasang kipas volume paling tinggi & sembur perfume pun, bau terbakar tu masih berlegar-legar dalam bilik. Adehhh~ kesian roomate den.
Then, duit yang rosak terbakar tu.. saya bawa ke Bank CIMB. Sebab kawan saya search kat Google.. kalau kes duit terbakar, boleh tukar kepada duit baru di bank. Tapi ada syarat-syaratnya lah. Dan situasi wang terbakar saya tu tak pass syarat-syarat tersebut. SOBSOBSOB. T-T
Memang kisah tragis ni adalah antara pengalaman yang saya tak boleh lupakan sehingga sekarang.
Pengajarannya, pastikan tiada sebarang objek di dalam bekas rice cooker sebelum memasak ye hehe.