Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA (berkuatkuasa mulai 1 September 2016)

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera uols! Okay sebelum sebelum ni saya ada tulis satu entri tentang Syarat Tuntutan Elaun Latihan Amali JPA. And then haritu, baru saya tahu borang permohonan tuntutan elaun latihan amali JPA sudah ada yang baru. Saya tengok di Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Mereka update tentang garis panduan tuntutan elaun latihan amali dan tesis yang the latest (boleh tengok di SINI). Syarat dan borang baru tersebut berkuatkuasa mulai 1 September 2016. Maksudnya, pada sesiapa yang sudah hantar menggunakan borang lama sebelum 1 September 2016 inshaaAllah masih akan diproses. Cuma bagi yang belum dan baru nak memohon, haruslah menggunakan borang baru. Sebarang tuntutan bagi elaun tersebut yang masih menggunakan borang lama tidak akan diproses.

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
Tuntutan Elaun Latihan Amali JPA
Syarat-syarat

  • tuntutan dibayar berdasarkan hari (tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu)
  • jarak antara IPT / rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25km (mana yang terdekat)
  • tempoh latihan tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu)
  • latihan diwajibkan bagi tujuan menamatkan kursus pengajian
*Kalau praktikal 6 bulan tak boleh minta la ye? : Berdasarkan syarat, memang tak boleh. Tapi minta jela kot-kot lepas. Haha

Nota Penting!

1. Pelajar Tajaan Dalam Negara  

-pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/Agensi KERAJAAN atau di syarikat/agensi SWASTA TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali SEKIRANYA jabatan/agensi/syarikat TELAH MENYEDIAKAN Elaun Latihan Amali/Praktikal
(macam saya lah. saya praktikal di Bank Rakyat dan Bank Rakyat dah beri elaun RM500/sebulan pada saya. So, saya tak layak nak mohon elaun latihan amali JPA sobsobss)

2. Pelajar Tajaan Luar Negara

-pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani latihan amali di Malaysia TIDAK LAYAK menuntut elaun latihan amali dan tiket kapal terbang
-pelajar luar Negara yang diberikan kelulusan untuk menjalani latihan amali di Malaysia, Elaun Sara Hidup dibayar atas kadar luar negara untuk tempoh maksimum 3 bulan sepanjang berada di Malaysia dan selepas tempoh itu, pelajar hanya layak dibayar atas kadar tempatan. 
(okay saya tak faham langsung apa yang JPA ni maksudkan hahahahaboleh abaikan jika anda bukan pelajar tajaan luar Negara)

Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan

1. Borang Tuntutan (Lampiran A) 
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
Borang Permohonan Tuntutan Elaun Latihan Amali JPA
  • Kat mana nak dapatkan borang tuntutan ni? : Anda boleh ambil di BHEP universiti masing-masing atau muat turun di website esilav JPA atau boleh muat turun gambar di atas ni je kot kihkih.
  • Borang baru ni tak perlu cop dekan & majikan (SV).
  • Alamat Bank nak letak alamat mula-mula buka akaun ke? : Saya tak tahu jawapannya. Ada je orang letak hanya "Bank Islam" di ruangan tersebut. Tapi kalau lah saya kan (kalau ye kalau), saya letak je alamat bank yang saya buka akaun atau alamat bank yang berhampiran dengan rumah saya. 
  • Jenis tuntutan : elaun amali atau tesis.
  • Kalau tak ada bil/invois/resit? : Kalau tak ada, tak payah la kot sertakan.
  • Jumlah tuntutan nak letak berapa? : Saya pun tak tahu (sebab saya tak pernah minta elaun LI). Ada yang kata RM10/sehari. Ada yang kata RM15/sehari. So total hari bekerja tu darabkan dengan RM15, then jumlahkan. Nak confirmation, sila call pihak JPA. Jangan tanya saya hehe.

2. Dokumen sokongan
  • surat Universiti : Permohonan Mendapat Tempat Latihan Amali
  • surat Pengesahan Majikan 

Contoh dokumen bagi Tuntuntan Elaun Latihan Amali JPA (credit to JPA)

1. Surat pengesahan Universiti

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
[Contoh Surat Pengesahan Universiti]
2. Surat pengesahan Majikan

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
[Contoh Surat Pengesahan Majikan]
*Ini hanyalah contoh surat sahaja. Kalau nak buat ayat lain pun boleh tapi pastikan info-info/maklumat penting ada dalam surat tersebut.

**Letterhead tu nak yang original atau boleh bagi yang copy? : Ada sorang hamba Allah ni kata kalau dia (time dia mohon tu), dia simpan yang original dan dia bagi yang copy (bercolour). Kalau lah saya kan, saya beri je kot yang original letterhead punya haha.

***Selain borang dan dokumen di atas, nak sertakan sekali salinan punch card atau bukti kehadiran ke seperti tuntutan elaun LI sebelum-sebelum ni? : Wallahualam saya pun tak tahu haha. Kalau nak confirmation, sila call pihak JPA

Borang & 2 surat di atas hantar ke alamat JPA:

JABATAN PERKIHDMATAN AWAM, MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA

No telefon JPA (Unit Pembangunan Latihan Sebelum Perkhidmatan) : 03-88853347 
Emel: isham.sharuddin@jpa.gov.my

Jadual Tuntutan Pelbagai Tahun 2016

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
[Jadual Tuntutan Pelbagai - Tahun 2016]


*Ini jadual untuk Tahun 2016. Mungkin 2017 nanti JPA akan keluar jadual yang lain punya


That's all! Selepas ni saya akan update entri tentang Permohonan Tuntutan Elaun Tesis JPA yang baru pula ye. Stay tuned~ Adios!

Baca juga:


p/s:Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat. RM80 termasuk postage. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINISesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah)

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
Duta Biobax - IRENE NADIA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993