Pernah seorang kawan saya ni tanya saya "kakcik, orang koma dengar tak apa yang kita cakap kat dia? Sebab saya nak ajar abah mengucap dua kalimah Syahadah". Time tu saya tengah call dia sebab ayah dia masuk hospital, koma. Second time kena strok. Time tu memang dia menangis teruk la, habis saya sekali menangis. T.T
orang koma dengar tak apa yang kita cakap?
![]() |
orang koma dengar tak apa yang kita cakap? *sekadar gambar hiasan* |
Then, saya tanya umi soalan tersebut. Umi jawab "orang koma ni boleh dengar apa yang kita cakap sebenarnya. Kalau kita berbual-bual dengan dia atau berbisik kat telinga dia, dia boleh dengar."
So, yang tentang mengajar orang koma mengucap tu..kalau kita selalu sebut dan ajar mengucap di telinga mereka, mereka boleh mengikutnya dalam hati inshaaAllah. Eventhough tak ada response, saya percaya orang koma boleh dengar apa yang kita cakap dan apa yang kita bisikkan di telinga dia.
Tu sebab kita digalakkan berbual atau bercerita atau memberi galakan & semangat kepada orang yang sedang koma. Kerana ianya secara tidak langsung boleh membantu mereka, selain daripada kita berdoa kepada Allah untuk menyedarkan mereka dari koma. InshaaAllah :)
Apa pendapat korang pula?