Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

kenapa saya lebih suka "Your comment will be visible after approval" ?

$
0
0
Dalam sesebuah blog tu, kalau tak ada kotak komen tak sah la kan. Kerana salah satu penghubung antara seorang blogger dengan pembaca blog nya adalah melalui kotak blog. (tapi sorry saya bukan jenis yang selalu reply komen kat blog saya wakakaka ampunnnnn! tapi saya baca semua komen tau! hehhee). Seperti yang saya pernah kata dulu.. antara google+, blogger dengan disqus comment, saya memang sangat sangat prefer dan lebih suka blogger comment kerana ianya lebih mudah, cepat dan 'tak banyak songeh'. 

Dan specifically.. untuk blogger comment pula, saya lebih suka blog yang setting komen mereka jenis kena approve dulu, baru muncul. Why?

kenapa saya lebih suka "Your comment will be visible after approval" ?


CONTOH:
kenapa saya lebih suka "Your comment will be visible after approval" ?
kenapa saya lebih suka "Your comment will be visible after approval" ?
Saya sebenarnya bukan nak salahkanatau tak suka pada blog yang setting komen jenis terus publish. Cuma saya LEBIH suka yang jenis kena masuk "Comment awaiting moderation" dulu, baru publish.


kenapa saya lebih suka "Your comment will be visible after approval" ?
kenapa saya lebih suka "Your comment will be visible after approval" ?
SEBAB UTAMA: ianya lebih cepat, pantas dan efisien. Takpayah kita nak tunggu lama-lama. Tak perlu kita nak tunggu blog tu loading untuk munculkan komen kita tu. 

Kalau jenis blog yang cepat loading okay lagi lah, ni jenis yang menguji tahap kesabaran tertinggi hahahha. Based on my own experience, saya pernah jumpa blog yang astaghfirullahhh, ya Rabbiiii lama beno nak tunggu blog dia loading untuk komen saya tu muncul. Bukan seminit, bukan 2 minit dan bukan juga 3 minit. Berminit minit. Sampai mood nak komen entri dia yang lain pun dah hilang. Takde mood dah nak komen entri best-best dia yang lain. Kan dia dah rugi kat situ?

Lagi satu, cuba bayangkan orang yang internet lambat, lembab.. nak komen. Kan lebih mudah kalau kotak komen blog tu jenis yang bila tekan Publish, terus dia tunjuk "Your comment will be visible after approval". Tak perlu nak loadinggggg lama.

Itu hanya pendapat saya lah hehehe. Lain orang lain pendapat. Dan mungkin ada yang sependapat dengan saya. Tapi secara jujurnya, dari dulu saya lebih suka dan lebih prefer jenis komen yang kena approve dulu. kerana ianya memudahkan para pengomen di seluruh negara hahaha.

Oh for your information, komen juga antara penyumbang kenaikan trafik blog kita tau. So, kita kena mudahkan orang nak komen entri blog kita. Nanti kalau susah, takut dorang lari pulak. kita yang rugii hehehe :)

Korang pula suka jenis yang macam mana? 
Jenis yang kena approve dulu atau terus je publish?



mydiary #2 menulis untuk kebaikan

$
0
0
mydiary #2 menulis untuk kebaikan

Di saat aku terlalu mengejar keuntungan, 
di saat aku terlalu stress dengan rezeki blogging,
di saat aku terlalu pressure untuk membuktikan sesuatu,
di saat aku terlalu bergantung selain daripada Allah,
di saat aku hilang sedikit keyakinan dan kepercayaan,
di saat aku terumbang-ambing keseorangan,
di saat aku meletakkan dunia di dalam hati,
di saat aku terlalu eager mencari dan mencari dan mencari,
di saat aku hilang kawalan dalam pencarian,
di saat aku cemburu dengan kejayaan orang lain,
di saat aku rasa dunia tidak menyebelahi aku,
di saat aku terlalu memikirkan benda yang tak perlu dirisaukan,
di saat aku rasa hati tidak senang,
di saat aku memerlukan petunjuk..
Dia.. 
Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang datang. 

memberi teguran. 
memberi soft reminder. 
memberi aku kesedaran. 
membawa aku ke landasan semula.
memaksa aku menyemak semula.
membantu aku untuk betulkan niat semula.

petang tadi aku terjumpa status whatsapp..


menulis untuk kebaikan - Prof Muhd Kamil



zappp!
dushhh!

Teringat lah aku.. apa yang selalu mendorong aku dahulu untuk terus menulis dan menulis. apakah ia? ---niat untuk membantu orang. untuk memberi ilmu pengetahuan dan info bermanfaat pada orang lain.


Tentang rezeki pula, Dia tegur aku secara halus dan lembut .. aku terbaca ini pagi tadi:

mydiary #2 menulis untuk kebaikan

Terima kasih Allah. 
kerana mengingatkan aku. 
kerana menenangkan aku :)


BACA JUGA: mydiary #1 ingat balik kau blogging sebab apa

puisi #35 lompong

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.

puisi #35 lompong

puisi #35 lompong
puisi #35 lompong
Moga kau,
tak angkat kaki pergi,
saat kau ketemukan,
sisi lompongnya diri.

Seperti Tuhan,
yang terus mencintai,
walau aku,
punya cacat sana sini.



p/s: Selamat malam! :)

Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017

$
0
0
Semalam kakyong saya pergi ke Perodua Showroom Adenium Bukit Beruntung. Sempat laa beliau ushar jap kereta new myvi yang baruuu je dilancarkan pada bulan ni, November 2017.. Tapiii ushar jelah ye haha. Lepas cuci mata tu, apalagi.. beliau hantar gambar myvi baru yang beliau snap ke group whatsapp family. Cun sehh hahaha. Ada warna biru, dark purple, silver. Tangkap sekali gambar myvi baru dari depan, belakang, tepi bonet dan enjin. Cantikkk! Harga myvi baru ni pun cantik juga laa kekeke.


Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017


Gambar MYVI Baru - Biru Turqoise
Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru - Merah
Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru 2017 | credit picture to the owner
Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru 2017 | credit picture to the owner
Gambar MYVI Baru - Dark Purple
Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru - Silver
Gambar MYVI Baru & Harga MYVI Baru 2017
Gambar MYVI Baru 2017
Harga MYVI Baru 1.3 (Auto)
Harga MYVI Baru 1.3
AD3XZ MYVI-1300 X Z(A) RM49,737.00



Harga MYVI Baru 1.5 H (Auto)

Harga MYVI Baru 1.5 2017
AD5HZ MYVI-1500 H (AT) RM53,366.45

Harga MYVI Baru 1.3 G (Auto)

Harga MYVI Baru 1.3
AD3GZ MYVI-1300 G (AT) RM47,687.40
(COMPLETE) Harga Perodua Myvi Baru 2017 - PRICE OF THE ALL-NEW MYVI: klikSINI

Nak terang lebih-lebih pun saya tak tahu sebab saya bukanlah seorang yang minat gila-gila  dengan kereta mahupun curious tentang spesifikasi kereta ke apa hahahhaa. 

Makanya, kalau nak tahu lebih dalammmm tentang kereta myvi baru ni, boleh check it out kat website perodua sendiri ye hehhee - www.perodua.com.my :)

Okay daaa~ wassalam! :)

apa itu saat al istijabah?

$
0
0

apa itu saat al istijabah?


apa itu saat al istijabah?
apa itu saat al istijabah? | credit image: Google
.
saat—
waktu
.
al-istijabah—
dimakbulkan / dimustajabkan / diluluskan permintaan / doa.
.
dari riwayat jabir ra;
Rasulullah saw bersabda (yang bermaksud):
.
jumaat dibahagikan kepada tujuh. satu daripadanya seandainya seorang muslim meminta dari الله, nescaya akan diperkenan. carilah ia di waktu akhir ‘asar.
.
sunan abi dawud (1048)
sunan al-nasa’i (1389)
.
setiap jumaat, di waktu antara ‘asar dan maghrib—
DOA.
.
minta apa saja.
kalau dapat—
syukur.
kalau tak dapat—
syukur.
.
mana-mana, الله jua yang tau apa yg terbaik untuk kita.
.
selamat berdoa semuanya.


apa itu saat al istijabah?
apa itu saat al istijabah? | credit image: Fynn Jamal

payment first job Sushivid dah masuk wallet!

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Bila group whatsapp AFB petang tadi ada cakap pasal sushivid, terdetik rasa nak ushar akaun susivid sendiri. nak juga tahu payment first job dah masuk ke belum. Sebab haritu kata dalam masa sebulan, duit masuk. Dan alhamdulillah! check checkkkk.. finally payment first job Sushivid dari MYCYBERSALE udah masuk wallet! Wallet akaun Sushivid la tapi nyaa.. belum masuk wallet real lagi hahaha.


payment first job Sushivid dah masuk!

payment first job Sushivid dah masuk wallet!
payment first job Sushivid dah masuk wallet!
Cover harga job tu sebab nak jaga hati sendiri dan hati orang lain juga. Hati sendiri sebab tak nak riak dan bangga diri hahahaha. 

Dapat first job tu pun, lepas dah banyak kali saya duk propose selalu. Alhamdulillah ada jugaa rezeki satu proposal saya yang diterima dan melekat. #rezekitakpernahsalahalamat

Ni dua blogpost job tersebut saya buat haritu sempena MYCYBERSALE:

Siapa yang nak join Sushivid? Meh mehhh. Syarat nya mudah je.

Hanya perlu sekurang-kurangnya satu daripada yang berikut:
-- YouTubers: 250 subscribers 
-- Instagrammers: 2,000 followers
-- Bloggers: 2,000 visits every month

Siapa yang nak join Sushivid, boleh daftar di SINI.


Kalau ada keluar macam kat gambar bawah ni, klik yang "I'M AN INFLUENCER" untuk sign up. Then klik 'JOIN US TODAY'. Kemudian, ikut lah arahan yang seterusnya kekekeke.

payment first job Sushivid dah masuk wallet!
Klik SINI untuk daftar.
Okayyy goodluck! Hehehe.

Daaa~ wassalam :) 

#pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam

$
0
0
Assalamualaikum semua~! Pagi-pagi ni moh le kita exercise mulut dengan senyum atau ketawa kecil membaca pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam (17 November 2017) ni hihi. Al-maklumlah semua channel Astro tengah free kan sekarang. Tu yang boleh laa layan Sepahtu Reunion Live channel 132 Astro Warna 10-11 malam.

Episod semalam serious best gilos! Penat gelak. sampai senak perut sebab kelakar sangat hahaha. Ada 3 tetamu undangan semalam. 1 guest utama & 2 lagi tu hanya special guest (special guest means masuk berlakon kejap je). Main guest tu adalah Elizad. Yang lagi dua tetamu istimewa tu adalah A. Galak dan Norlia Ghani. 

Tapi episod sepahtu reunion live semalam patut dipuji sebab lawak-lawak mereka tak memaksa kita untuk gelak pun. Memang kelakar semulajadi dan tidak dibuat-buat. Idea lawak Rahim, Jep, Shuib dan Ilya Buang pun ada yang fresh dan unexpected.

Dan ofcourse lah.. the best part dan juga my favourite part in this show is.. pickupline ! hahaha.


#pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam

#pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam
#pickupline Sepahtu Reunion Live 2017 semalam | credit image: gempak.com
Elizad: abang nak order air apa?
Shuib: air teh
Jep: air suam
Ilya: cukuplah beri hati Fatimah (nama watak Elizad).

CIACIACIA. Arghh geli! hahahaha.

Shuib: Berapa hutang abang dekat kedai Fatimah ni?
Elizad: Ada la dalam 43 ringgit.
Shuib: Ohhhhh. Hmm. Tolong sekalikan lah 43 ringgit tu dengan duit hantaran nanti.

WAKAKAKA ciaciaaa~!

Jep: Fatimah.. tahu tak apa persamaan Fatimah dengan nyamuk?
Elizad: Apa dia?
Jep: Dua-dua menganggu malam saya.

Ciaciaciaaaaaaaaaaaaa!

Rahim: Apa beza Fatimah dengan formula matematik tambahan?
Elizad: Apa dia?
Rahim: Formula mtematik tambahan susah nak ingat. Fatimah susah nak lupa.

Ceyttt hahaha. Sempat lagi masuk part addmath tu.

Tapiii.. ada juga pickupline yang tak menjadi atau tak mengena langsung hahaha!

Elizad: Apa beza abang dengan belon?
Rahim: Apa dia?
Elizad: Kalau belon, boleh meletop. Kalau abang, tak boleh meletop

Macam tak kena je Elizad haha.

Ilya:  Tahu tak kenapa saya tak suka durian?
Elizad: tak tahu. kenapa?
Ilya: Sebab saya kencing manis.

KRIK KRIK KRIKKK~ hahaha sungguh tak mengena pickupline Pak Ilya ni.

Elizad pun ada buat 'pickupline' yang kejam tau:
"Bestnya dapat kahwin dengan abang. Macam no choice je." 

HAHAHAHAH sooo savage Elizad. Lepastu, kena ketuk dengan Rahim hahaha.

Okay tuu je. Daaa~ wassalam! :)

PENCARIAN BLOGLIST BARU BY THISNI3ZA

$
0
0

PENCARIAN BLOGLIST BARU BY THISNI3ZA


PENCARIAN BLOGLIST BARU BY THISNI3ZA
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 26 November 2017

Giveaway Bday Anum 2017

$
0
0

Giveaway Bday Anum 2017


Giveaway Bday Anum 2017
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 24 November 2017

Giveaway First Ever ainniah.blogspot.my

$
0
0

Giveaway First Ever ainniah.blogspot.my


Giveaway First Ever ainniah.blogspot.my
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 24 November 2017

Resepi Masakan Cina - sotong telur masin, siakap stim, sayur campur, kailan, sup & tauhu

$
0
0
Menu yang biasa dan paling familiar saya pernah dengar kalau berkaitan dengan Cina ni ialah Nasi Goreng Cina je hahaha. Rupa-rupanya banyak lagiii menu nya. Masakan Cina sentiasa menambat selera lebih-lebih lagi apabila berkumpul bersama keluarga. Hidangan ini tidak begitu pedas & boleh dinikmati  oleh anak-anak kecil yang jenis tak tahan atau tak suka pedas.. Selain mudah disediakan & tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak, sajian menu masakan Cina juga berkhasiat untuk seisi keluarga. Sesekali apa salahnya mencuba menu-menu yang luar daripada kebiasaan. kan kan kan ;)


6 Resepi Masakan Cina Mudah dan Sedap


SOTONG TELUR MASIN
sotong telur masin
Resepi Masakan Cina - resepi sotong telur masin
Bahan-bahan:
1 cawan tepung ubi
2 biji telur putih
500gm sotong | dihiris
2 biji kuning telur masin
2 tangkai daun kari
7 biji cili padi | dicincang
3 sudu makan mentega
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:
1. Salut sotong dengan putih telur dan tepung ubi.
2. Panaskan minyak dan goreng separuh masak.
3. Masukkan daun kari, cili padi dan gula secukup rasa.
4. Seterusnya masukkan kuning telur masin yang telah dikukus dan dicincang.
5. Masukkan mentega dan gaul rata. Goreng sehingga sotong menjadi rangup.
6. Angkat dan hidangkan.



SIAKAP STIM NYONYA
siakap stim ala nyonya
Resepi Masakan Cina - resepi siakap stim nyonya | credit image: sariyusa.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap | dibersihkan
2 biji terung | dipotong
5 biji bendi | dipotong
3 tangkai kacang panjang | dipotong
1 biji tomato | dipotong
2 biji cili merah | dihiris
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dihiris
1 batang serai | diketuk
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan air asam jawa
Gula dan garam secukupnya
Sedikit minyak masak

Cara membuat:
1. Kukus ikan siakap sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili merah, serai, bunga kantan, jus limau nipis, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika.
3. Dalam kuali lain, goreng bendi, kacang panjang, terung, tomato dan cili merah dengan sedikit minyak.
4. Masuk ke dalam kuali berisi tumisan yang pertama tadi. Gaul rata.
5. Tuang bahan-bahan yang digoreng tadi ke atas ikan yang telah dikukus. Sedia untuk dinikmati!

LOH HON ZHAI (SAYUR CAMPUR)
loh hon zhai sayur campur
Resepi Masakan Cina - resepi sayur campur loh hon zhai | credit image: sayapenggemarmakanan.blogspot.com
Bahan-bahan:
60 gm kubis bunga
60 gm brokoli
60 gm cendawan
60 gm lobak merah
50 gm kacang sepat (pea)
2 keping Taukan
1 sudu makan stok ayam
Gula dan garam secukupnya
Sedikit minyak masak

Cara membuat:
1. Celur semua sayur beberapa minit.
2. Goreng semula sayur-sayuran tadi dengan sedikit minyak
3. Masukkan Taukan, stok ayam, gula dan garam dengan secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan

HONG KONG KAILAN YING YONG
hong kong kailan ying yong
Resepi Masakan Cina - resepi hong kong kailan ying yong | credit image : intizhar-kalamhati.blogspot.com
Bahan-bahan:
250 gm sayur kailan
2 ulas bawang putih | dihiris
200ml air
1 sudu makan tepung jagung
400ml minyak sayuran
1 sudu teh sos tiram
Garam dan lada sulah secukupnya

Cara membuat:
1. Asing batang dan daun kailan. Batang kailan dibelah dua dan dipotong memanjang.
2. Panaskan minyak sayuran dan goreng daun kailan sehingga garing dan rangup. Angkat dan letak dalam pinggan hidang.
3. Keluarkan minyak masak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang tiga sudu makan.
4. Apabila minyak sudah panas, masuk batang kailan dan bawang putih. Kacau rata.
5. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga batang kailan lembut.
6. Tambah sos tiram, garam dan lada sulah.
7. Jika ingin sos yang pekat, anda boleh tambah campuran tepung jagung dan air.

SUP XI CHUAN
sup xi chuan
Resepi Masakan Cina - resepi sup xi chuan
Bahan-bahan:
2 sudu makan stok ayam pekat
200 gm cendawan black fungus
2 keping tauhu | dipotong dadu
3 hiris halia
2 ulas bawang putih | dihiris
2 sudu makan sos soya
4 biji cili padi | dipotong
1 sudu makan minyak bijan
2 batang daun bawang
Sedikit daun ketumbar
3 sudu makan cuka putih
2 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
Air secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan kuali dan tuang stok ayam pekat, air, cendawan black fungus, halia, bawang putih, sos soya dan cili padi. Tutup kuali dan biar mendidih.
2. Besarkan api dan masukkan tauhu. Masukkan telur dan kacau perlahan.
3. Campur tegung jagung dengan cuka, kemudian tuang ke dalam kuali dan kacau. Masak sehingga sup pekat.
4. Tuang ke dalam mangkuk hidangan. Tabur daun bawang dan daun ketumbar.

TAUHU MUKMIN
tauhu mukmin
Resepi Masakan Cina - resepi tauhu mukmin
Bahan-bahan:
500ml air soya
2 biji telur
200gm sayur manis
200gm jeruk daun salad
6 tangkai cili kering
50gm isi ayam
2 sudu makan kicap air
Sedikit daun bawang
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:
1. Untuk menyediakan tauhu, campurkan telur dan air soya dan kukus selama 20 minit sehingga pejal.
2. Untuk membuat sos, panaskan minyak, masukkan cili kering, isi ayam, sayur manis dan jeruk daun salad. Ketepikan.
3. Di dalam kuali yang berasingan, goreng tauhu yang disediakan tadi sehingga garing dan berwarna kuning keemasan.
4. Angkat tauhu dan letak dalam pinggan hidangan. Tuangkan sos di atas tauhu goreng tadi.
5. Masukkan kicap air dan taburkan daun bawang. 
Sedia untuk dihidangkan!

sumber all of these recipe: akhbar Sinar Harian/ ruangan rasa WOW!



DOA SUSAH TIDUR

$
0
0
In case kalau sesiapa yang rasa susah nak tidur malam-malam, boleh lah baca doa susah tidur ni. Or in case yang susah nak lelapkan mata or dah tutup mata pun, selepas sejam tak tidur-tidur lagi.. boleh la amalkan doa susah tidur ni. Moga dengan membaca dan mengamalkannya, boleh la tidur dengan lena. inshaaAllah :)


DOA SUSAH TIDUR

DOA SUSAH TIDUR

Bismillahirrahmanirrahim~

"Ya Allah, bintang-bintang telah redup, mata-mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup lagi Maha Terus-menerus mengurus makhluk. Tidak menimpa-Mu rasa ngantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha mengurusi makhluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku"


Aminnnn~


doa susah tidur
DOA SUSAH TIDUR |  credit image: sinarfm
Selamat malam!
Wassalam :)

8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat

$
0
0
Parut biasanya terbentuk melalui proses penyembuhan luka di bahagian kulit termasuklah parut jerawat. Kulit wajah yang bersih tanpa cela tentunya menjadi idaman bagi setiap wanita. Parut jerawat sememangnya boleh menjejaskan kecantikan wajah seorang wanita. Ambil masa untuk membelai wajah anda bagi memastikan kulit wajah kekal terjaga. Ianya boleh dilakukan sendiri di rumah.


8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat


1. MINYAK KELAPA

Lebih mujarab jika anda gunakan minyak kelapa dara. Sapukan pada parut dan dibiarkan begitu saja. Amalkan sehingga parut hilang. Jika kulit anda jenis berminyak, elok jangan guna cara ini terutamanya pada muka. Takut nanti semakin banyak jerawat yang tumbuh. Amat sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

2. SAPUAN GULA TEBU ORGANIK

Anda boleh buat sendiri sapuan gula ini dengan menggunakan gula tebu organik asli yang boleh dibeli di pasar raya. Campurkan gula tersebut dengan minyak zaitun dara dan lumatkan supaya menjadi seperti losyen. Titik sedikit jus lemon supaya ia basah sedikit. Sapu atau lurut pada parut dan biarkan selama 15 minit kemudian basuh dengan air bersih.

3. JUS UBI KENTANG

Potong nipis ubi kentang. Sapu pada parut dengan jus dan urut dengan kepingan kentang nipis tadi perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit sebelum membasuh dengan air bersih. Buat sekali sehari sudah memadai.

4. TIMUN

8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat
8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat - timun
Hiris nipis kepingan timun dan urut pada kawasan parut perlahan-lahan. Amalkan selalu dan lihatlah hasilnya.. Untuk sensasi yang menyegarkan anda boleh menyimpan kepingan timun terlebih dahulu ke dalam peti sejuk sebelum digunakan.

5. SERBUK PENAIK

Ambil tepung penaik, campur dengan sedikit air dan kacau supaya jadi seperti losen. Kemudian, sapukan pada kawasan parut dan urut perlahan-lahan. Biarkan sapuan losen kering pada kulit wajah sebelum dibersihkan dengan air suam. Amalkan dua atau tiga kali seminggu.

6. KAYU MANIS

Tumbuk atau kisar sedikit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Tambahkan dengan sedikit air kemudian sapukan pada bahagian kulit yang berparut. Untuk hasil yang lebih berkesan, tambahkan sedikit bedak sejuk.



7. KACANG HIJAU

Ia mempunyai khasiat tersendiri dalam rawatan kulit wajah. Caranya, kisar kacang hijau sehingga menjadi serbuk. Campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke kawasan kulit yang berparut. Amalkan setiap hari untuk melihat hasilnya. Serbuk kacang hijau ini juga boleh dijadikan masker untuk merawat kulit wajah berjerawat.

8. LIDAH BUAYA

8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat
8 Tip Cara Mudah dan Murah Hilangkan Parut Jerawat - lidah buaya
Ia mempunyai kebaikan tersendiri untuk merawat kulit yang berparut. Anda hanya perlu sapukan lendir daun lidah buaya pada bahagian kulit berparut. Biarkan kering kemudian barulah dibersihkan dengan air biasa.


sumber: Akhbar Sinar Harian | ruangan Tip Cantik

4 kos utama perkahwinan yang perlu dipertimbangkan

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa nak kahwin angkat jari! Hahahaa. Yang pasti, entri ni tiada kena mengena dengan saya lah kan (sebab tak ada calon T-T hahaha). Tapi bagi saya, entri ni penting. Untuk merancang. untuk plan. untuk nampak apa dan berapa kos utama perkahwinan yang perlu dipertimbangkan bagi mereka yang nak kahwin; sooner or later. Yelaahh better tahu awal-awal daripada nanti gelabah tak tahu kos kos utama perkahwinan yang perlu diambil kira.



Empat kos utama perkahwinan yang perlu diambil kira


4 kos utama perkahwinan yang perlu dipertimbangkan
4 kos utama perkahwinan yang perlu dipertimbangkan
1) Kursus kahwin dan majlis nikah

Seperti yang kita maklum, setiap pasangan beragama Islam yang hendak mendirikan rumah tangga hendaklah menghadiri kursus perkahwinan untuk mendapatkan sijil kursus pra-perkahwinan yang dikeluarkan oleh jabatan agama Islam di negeri masing-masing.

Walaupun kos kursus ini boleh dianggap rendah, iaitu sekitar RM100 ke RM150 seorang, ia tetap menjadi beban kepada pengantin yang kurang berkemampuan.

Kos tambahan seperti kos pengangkutan ke lokasi kursus, kos penginapan and kos makan minum juga perlu diambil kira sekiranya bakal pengantin bekerja di luar negeri atau luar negara dan terpaksa menghadiri kursus ini di daerah asal mereka.

Selain itu, terdapat juga pengantin yang ingin mengikut trend terkini, lalu melangsungkan majlis akad nikah dan majlis resepsi pada hari yang berlainan.

Kos bagi majlis akad nikah boleh mencecah sehingga RM5,000, termasuk bayaran pakej pelamin, pakaian pengantin, fotografi dan katering makanan.

Kos fotografi dianggarkan dari RM800 sehingga RM2,500, seperti yang dinyatakan dalam laman planetpengantin.com.

Bayaran katering makanan bagi 300 tetamu, dianggarkan boleh mencapai di antara RM2,000 ke RM5,000.

Walaupun majlis akad nikah dipandang ringkas, ianya memerlukan kos yang agak tinggi.

Oleh itu, bakal pengantin perlulah mengambil kira kos majlis pernikahan ini, selain perbelanjaan untuk majlis resepsi  sekiranya kedua-dua majlis diadakan pada hari dan di tempat yang berbeza.

Pengantin setentunya boleh menjimat wang sekiranya kedua-dua majlis ini dijalankan dengan serentak atau akad nikah diikuti dengan majlis resepsi di lokasi dan hari yang sama.

4 kos utama perkahwinan yang perlu dipertimbangkan
4 kos utama perkahwinan yang perlu dipertimbangkan | credit image: Astro Awani
2) Barang Hantaran

Selain itu, kedua-dua pihak perlu mengambil kira kos yang diperlukan untuk membeli barang hantaran sebagai pemberian kepada pasangan masing-masing.

Kos pembelian barangan hantaran ini tidak termasuk dalam wang hantaran.

Mengikut perkembangan semasa, kebanyakan pengantin akan memilih hantaran dalam bentuk pakaian, aksesori, set wangian, buah-buahan dan manisan serta barang kemas terutamanya untuk pengantin perempuan.

Kos barangan hantaran ini mungkin melonjak tinggi sekiranya hantaran yang berjenama dipilih.

Oleh itu, pastikan kos barangan hantaran dimasukkan dalam bajet perkahwinan, dan pastikan barang yang dibeli berpatutan dengan kos yang anda mampu.

3) Makanan dan minuman

Penyediaan makanan dan minuman adalah aspek penting dalam persediaan sesuatu majlis perkahwinan.

Di sini, bakal pengantin mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada menggunakan khidmat katering atau menyediakan sendiri makanan secara ‘rewang’ atau gotong-royong.

Kedua-dua pilihan mempunyai perbelanjaan tersembunyi masing-masing.

Pihak pengantin perlu berhati-hati ketika memilih pakej katering agar tidak terperangkap dengan caj tambahan seperti sewaan kanopi, pelayan, peralatan hidangan, kek dan sebagainya.

Jangan terpedaya dengan pujukan penyedia katering untuk menambah jumlah makanan ataupun perkhidmatan lain seperti bufet manisan, sudut pencuci mulut, trak aiskrim, dan sebagainya dengan caj berganda.

Sebaik-baiknya, kamu perlu menyelidik terdahulu harga servis tambahan sekiranya dilanggan secara berasingan.

Makanan majlis yang disediakan sendiri menpunyai kos yang tidak dijangka termasuk bayaran tukang masak, bayaran tukang cuci pinggan dan sewa peralatan untuk menghidang.

Selain itu, makan dan minum anggota rewang perlu ditanggung semasa penyediaan makan dan minum untuk majlis perkahwinan.

Untuk mengelakkan perbelanjaan melangkau jauh daripada bajet anda, bakal pengantin perlulah peka akan kos-kos ini, selain daripada kos belanja ‘hangus’ dalam pembelian bahan basah serta risiko peningkatan harga bahan mentah terutama sekali sekiranya majlis perkahwinan dijalankan pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah.

Sebaik-baiknya, pihak pengantin perlu membuat tinjauan harga barangan mentah, dan barangan-barangan masakan boleh dibeli secara pukal untuk mendapatkannya pada harga borong yang lebih murah.

4) Bunga telur dan uncang hadiah (goodie bag)

Pemberian bunga telur kepada tetamu amat sebati dengan majlis perkahwinan Melayu dan dianggap sebagai suatu elemen yang menunjukkan kesantunan dan budi pekerti masyarakat Melayu.

Bunga telur juga menjadi tanda penghargaan kepada tetamu yang datang.

Pada masa yang sama, trend perkahwinan terbaru ialah pemberian bunga telur yang disertakan bersama uncang hadiah atau goodie bag.

Uncang ini biasanya diisi dengan hadiah seperti buku surah Yasin, tasbih, gula-gula, coklat, sapu tangan kecil dan sebagainya.

Kos pembelian bunga telur dan uncang hadiah sering dipandang remeh dan tidak dimasukkan ke dalam bajet perkahwinan.

Puan Ida, 27, daripada Selangor menyatakan bahawa beliau sangat terkejut apabila menyedari yang beliau dan bakal suaminya telah membelanjakan ribuan ringgit untuk uncang hadiah dan bunga telur sahaja.

Ulasnya, “kami membeli bunga telur terdahulu sebelum membeli bahan-bahan lain seperti beg kertas, botol kaca, kacang, dan gula-gula.

Kami juga menambah kandungan goodie bag kami dengan membeli coklat pada saat akhir, dan tanpa disedari kos goodie bag kami telah mencecah RM5,000, iaitu RM5 bagi setiap goodie bag untuk tetamu”.

Untuk mengelakkan perbelanjaan luar jangka seperti ini, bakal pengantin boleh membuat inventori dan senarai yang tepat bagi setiap bahan yang hendak dimasukkan ke dalam uncang hadiah.

Sebaik-baiknya, bahan untuk uncang hadiah dibeli secara pukal untuk mendapatkan harga borong. Elakkan juga penambahan item pada saat-saat akhir.

Kesimpulannya, terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan bajet perkahwinan.

Oleh itu, bakal pengantin perlulah peka akan kos majlis perkahwinan, terutamanya kos-kos yang disenaraikan di atas.

Dengan perancangan yang teliti, majlis yang sederhana belanjanya juga boleh berlangsung dengan meriah dan eksklusif.

Akhir kata, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan terlalu taksub mengikuti trend terkini sehingga berhutang semata-mata untuk memenuhi majlis impian anda.

p/s: bak kata abang pertama saya - lepas kahwin, lagi banyak duit nak guna. yang penting JANGAN BERHUTANG. tu pantang tu hahaha. Daaa~ wassalam! :)

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

$
0
0
Malam-malam ni best juga kalau layan teka teki kan. Kebetulan tadi saya tengok BTS Run episod 27, dia ada beri soalan kuiz. Tapi 3 soalan jelah teka teki nya hahahaha. Korang try lah jawab. Kalau betul semua, saya bagi hadiah kay?


mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

1. If a poisonous snake accidentally bites it's own tongue, will it die from it?

YES or NO?

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

Translate: kalau ular yang beracun terrrgigit lidah dia sendiri tanpa sengaja, adakah ular beracun tersebut akan mati?

YA ATAU TIDAK?


2. Can a snake move backwards? Can it go in reverse?

CAN or CANNOT?

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!Translate: bolehkah ular bergerak ke belakang? bolehkah ular undur ke belakang?

BOLEH ATAU TIDAK?


3. Do snails have teeth?

HAVE OR HAVE NOT?

mungkin korang tak tahu teka teki ni.. cuba jawab!

Translate: adakah siput mempunyai gigi?

ADA ATAU TIDAK?



Dah fikir jawapannya?

Nak tahu jawapannya apa?

....
...
..
.

Okay let's check it out!

Answer:
1. YES. The snake will die.
2. CANNOT. Snakes cannot move backwards.
3. YES. Snails have teeth!

Haaa berapa betul? 3 out of 3? Kalau betul semua, meh saya bagi hadiah..

...

...

...

...


Hadiah senyuman dari saya terlebih cukup la kan? hahahahha. 

Ok daaa~ wassalam! :)

"ustaz, cemana nak kenal sifat warak seorang lelaki?" ~ Wordless Wednesday

$
0
0

"ustaz, cemana nak kenal sifat warak seorang lelaki?" ~ Wordless Wednesday


"ustaz, cemana nak kenal sifat warak seorang lelaki?" ~ Wordless Wednesday
  
"ustaz, cemana nak kenal sifat warak seorang lelaki?" ~ Wordless Wednesday
"ustaz, cemana nak kenal sifat warak seorang lelaki?" ~ Wordless Wednesday

sifat orang yang suka tidur sambil peluk bantal ~ Wordless Wednesday

$
0
0

sifat orang yang suka tidur sambil peluk bantal ~ Wordless Wednesday


sifat orang yang suka tidur sambil peluk bantal ~ Wordless Wednesday

sifat orang yang suka tidur sambil peluk bantal ~ Wordless Wednesday
sifat orang yang suka tidur sambil peluk bantal ~ Wordless Wednesday


Sport Check kat sekolah ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Sport Check kat sekolah ~ Wordless Wednesday


Sport Check kat sekolah ~ Wordless Wednesday

Sport Check kat sekolah ~ Wordless Wednesday
Sport Check kat sekolah ~ Wordless Wednesday




segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah

$
0
0

segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah


segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 11 Disember 2017

Giveaway by Yanieninie

$
0
0

Giveaway by Yanieninie


Giveaway by Yanieninie
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tamat: 14 Disember 2017
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live