Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

DOA BULAN REJAB DAN TERJEMAHANNYA

$
0
0

DOA BULAN REJAB DAN TERJEMAHANNYA


Selepas maghrib tadi, kita semua sudah masuk ke bulan Rejab. Alhamdulillah kita masih bernafas di bumi ini. Berpeluang lagi untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan tidak lama lagi. InshaaAllah.


DOA BULAN REJAB DAN TERJEMAHANNYA
Selamat Datang 1 Rejab & Doa Bulan Rejab & Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab
credit foto : islamic4lovers.wordpress.com


Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab :


1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat & waktu difardhukan ke atas Umat Islam (malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk ( terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah)

DOA BULAN REJAB DAN TERJEMAHANNYA
Doa bulan Rejab dan Terjemahan

Doa Bulan Rejab & Terjemahannya


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Allahumma baarik lanaa fii Rajab wa Sya'baana wa ballighnaa Ramadhaan."
(Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami dengan bulan Ramadan).
آمين اللهم آمين.

DOA BULAN REJAB DAN TERJEMAHANNYA
Hadis Nabi berkaitan doa Bulan Rejab

Doa ni sering saya dengar dalam ceramah-ceramah dan sangat dianjurkan oleh Ustaz untuk kita membacanya.

Selamat Menyambut Bulan Rejab semua!

dan semoga kita semua diberkati Allah pada bulan Rejab ini dan Syaaban dan sampai ke bulan Ramadhan AMIN :)

Giveaway by Xechalogy

APAKAH MAKSUD JAZAKALLAHU KHAIRAN? APAKAH IANYA UCAPAN TERIMA KASIH?

$
0
0

APAKAH MAKSUD JAZAKALLAHU KHAIRAN? APAKAH IANYA UCAPAN TERIMA KASIH?

Sering kita mendengar kalimat 
1. "Jazaakallah khairan atau 
2. "Jazaakallahu khairan katsiiran" atau 
3. "Jazaakallahu Ahsanal Jazaa".
Apa maksudnya ? Apakah ucapan terima kasih ?
APAKAH MAKSUD JAZAKALLAHU KHAIRAN? APAKAH IANYA UCAPAN TERIMA KASIH?
apakah maksud jazakallahu khairan?
Bersabda Rasulullah S.A.W : 

"Apabila ada seseorang mengucapkan kepada saudaranya 'Jazaakallah', maka sesungguhnya dia telah sangat menyanjungmu (sangat berterima kasih kepadamu karena dia menyerahkan kepada Allah untuk membalas kebaikanmu)."

Jazaakallah adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan di sisi Allah.

Jazaakallah artinya : semoga Allah menganugerahkan kepadamu surga-Nya.

Jazaakallah artinya : semoga Allah menganugerahkan kepadamu kenikmatan melihat wajah-Nya kelak di surga.

Jazaakallah artinya : semoga Allah menyelamatkanmu dari neraka jahannam

Jazaakallah artinya : semoga Allah memberikan keselamatan untukmu di saat huruhara hari kiamat.

Jazaakallah artinya : semoga Allah melindungimu dari syaithon yang terkutuk.

Jazaakallah artinya : semoga Allah memberimu rezeki yang penuh barkah.

Jazaakallah artinya : semoga Allah menjadikan engkau orang yang berbakti kepada orang tuamu.

Jazaakallah artinya : semoga Allah menjadikan engkau senantiasa mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

Jazak Allahu Khair
Berkata Umar Ibn Khatthab r.a: 
"Jikalau seseorang tahu apa yang terkandung dari ucapan 'Jazaakallah', niscaya akan memperbanyak untuk mengucapkannya satu sama lain."

APAKAH MAKSUD JAZAKALLAHU KHAIRAN? APAKAH IANYA UCAPAN TERIMA KASIH?
Hadis Jazakallahu Khairan
Jazaakallah kita sampaikan kepada yang memberitahukan faedah ini.
Jazaakallah kita sampaikan kepada yang menerima faedah ini.
Dan Jazaakallah juga kita sampaikan kepada yang menyebarluaskannya.

APAKAH MAKSUD JAZAKALLAHU KHAIRAN? APAKAH IANYA UCAPAN TERIMA KASIH?
Cara nak jawab ucapan Jazakallahu Khairan

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3

$
0
0

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3

Hola hola! Ada drama baru pulak niii yang menggantikan drama Tundukkan Playboy Itu Slot Akasia TV3! Waktu tayangan Isnin-Khamis pukul 7.00 malam. Haa tengok tak Tundukkan Playboy Itu (TPI)? Kalau nak tahu sinopsis dan pelakon TPI ni boleh baca di SINI

Kenapa saya buat entri ni? Sebab saya dah baca Novel Duda Terlajak Laris ni, tapi masalahnya saya tak ingat saya dah habis baca ke belom haha. Saya memang ingatt sangat haritu saya ada pinjam kawan novel Duda Terlajak Laris ni. Ingat lagi cover novel ni gambar abam muscle ketak ketak. Saya juga ingat jalan cerita mula-mula novel ni tapi kenapaa..kenapaa saya tak ingat akhir cerita novel ni arghhhh! Ke.. sebab saya baca separuh jalan je? Tapi jarang saya nak baca novel separuh jalan ni ermm..melainkan cerita tu tak best.

Tapi......Duda Terlajak Laris ni tak best ke cerita dia? Erm...

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3
Duda Terlajak Laris Akasia TV3

SINOPSIS DUDA TERLAJAK LARIS

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3
Novel Duda Terlajak Laris
credit foto : eizzara-eizzaty.blogspot.com
Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack  mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

credit sinopsis : myinfotaip.com

SENARAI PELAKON DUDA TERLAJAK LARIS

Haaa tahu tak pelakon-pelakon drama Duda Terlajak Laris ni? Yang pasti heroin dia saya sukaaa! Yela sejak tengok heroin ni berlakon kat drama Tuan Anas Mikael, ehem terus jatuh suka sebab dia berlakon dengan slumber dan tak cover cun. Hero Duda Terlajak Laris ni? Ermm not bad gak hensem dia kihkih.

Idris Khan membawa watak Zafran Aldrin(Zack) -HERO
Zara Zya membawa watak Pehah/Inas -HEROIN
Bella Nazari membawa watak Idayu
Wawa Zainal membawa watak Anis Nabihah

Oh lagi satu, pengarah drama Duda Terlajak Laris ialah Fairuz Loy. Saya ingat beliau ada kena mengena dengan Elfira Loy. Tapi bila saya check kat google, macam tak ada kena mengena je mereka berdua ni hehe.

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3
Zack & Pehah a.k.a Inas

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3
Geng Kulaan Watun

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3
Para Pelakon Duda Terlajak Laris

Sinopsis Dan Pelakon Duda Terlajak Laris TV3
Zack, Idayu dan Anis

Okay tak sabar-sabar nak tengok Duda Terlajak Laris ni! Sebab apa?

1. Nak tahu ending dia sebab saya lupa gilos apa ending novel Duda Terlajak Laris arghhhhhh grr!

2. Sebab Zara Zya berlakon hehehe.


Okay mohon kawanku, Yunie download drama ni hahaha. Tak sedar diri dah final year sayidah napisah ni =.=

Selamat menonton! 
Jangan lupa drama ni start tayangan harini 11 April 2016, 7PM :)

saya pernah tipu tak boleh nak jalan kecik-kecik dulu

$
0
0

saya pernah tipu tak boleh nak jalan kecik-kecik dulu

Masa kecik-kecik dulu korang pernah menipu tak? Saya pernah ..

Sekali tu saya pernah-masuk dalam bilik, kunci bilik lepastu ... baca alfatihah dan surah kuat-kuat sambil baring kat kerusi, goyang goyang kaki..konon konon tengah solat la. Hahaha. 

Yela saya dilahirkan dalam keluarga yang umi(mak) dan abi(ayah) yang agak alim. Kami solat jemaah pada setiap kali masuk waktu solat. So, memang tak boleh nak lari tak solat sama kecuali kalau berak atau alasan lain yang munasabah. Memang kalau hampir hampir dah azan, umi akan suruh anak-anaknya ambik wuduk, siap-siap bentang sejadah solat sama sama. Alhamdulillah. 

Kami adik beradik kecik-kecik dah diajar dengan solat ni. Paksa solat. Kalau tak solat, mahu kena tibai dengan abi. Abi garang wohhhh. Tengok muka abi pun dah kecut rahim haha.

Tapi tu lah kan. Masa kecik-kecik kan memang tak berapa nak suka solat ni hahaha. Tu yang baca kuat-kuat dalam bilik sambil pintu kunci act like tengah solat laa haha adehhh lawak gilos lah.

Okay tu satu.

Lagi satu yang paling saya ingat - saya buat buat tak boleh nak jalan. Sebab jari kaki saya sakit (memang ada kesan bengkak/benjol dekat jari kaki saya tapi takdelah sakit mana sampai tak boleh nak jalan pun). 

So, saya merangkak je lah macam baby sebab tak boleh nak berjalan. KONONNYA.
Kalau nak berdiri pun, kena ada bantuan orang atau kena pegang something seperti meja ke..kerusi ke... KONONNYA.

Sebab apa saya buat-buat tak boleh nak jalan? 
Sebab saya malas nak solat berdiri. 
Kalau sakit kaki, tak boleh berdiri.. soooo, ada lah alasan untuk solat duduk. Solat duduk senang sikit daripada solat berdiri. 

Choiiii sangat alasan tu kan! Hahaha. Tapi memang betul saya pernah buat macam tu. Takde lah lama pun. Tak sampai berapa hari pun rasanya. Masa tu ermm umur saya berapa ek. Tadika ke ek? Ke belum tadika lagi? Saya tak berapa pasti. Tapi memang time tu saya kecik lagi lah.

Dan sampai sekarang saya tak tahu keluarga saya tahu ke tak saya menipu masa tu. Saya rasa macam tahu sebab ermm.. Saya pernah terkantoi ..kot.

Saya masa tu tengah pakai telekung. Dalam bilik. Depan almari. Saya mungkin lupa yang saya tengah berlakon tak boleh berdiri. Saya pun slumber (tak kisah) je pakai telekung sambil berdiri. Lepastu saya pandang belakang .. saya tengok adik beradik saya tengah tengok saya kat pintu bilik! Homaii. Saya pun terus macam buat-buat pegang kat almari. Ala-ala macam nak jatuh. KONONNNYA.

Tapi tu lah. Saya tak tahu saya dah kantoi ataupun tak .. sebab lepastu macam adik beradik saya takde pun kata pape.

Tapi kalau betul lah terkantoi kan.. mesti kelakar gilos keadaan saya time tu. Berlakon buat buat tak leh nak berjalan. Merangkak macam apa jee.

Sebab satu je saya buat semua tu - Malas nak solat berdiri.

Tapi tuu time kecik la. Time JAHIL sangat tu. Sekali tu je buat-buat sakit jari sangat. 
Dah besar-besar ni takdelah nak buat perangai senonoh macam tu kan. Hahaha.

 saya pernah tipu tak boleh nak jalan kecik-kecik dulu
The memories are...fly fly awayy

Saya bukan nak bukak pekung di dada sendiri tapii... 
mengimbau memori zaman kecik dulu dulu je. Heheh 
#jangankecamsaya #jangantiruaksiini

DAPATKAN TERAPI HIPNOSIS DENGAN YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE

$
0
0

DAPATKAN TERAPI HIPNOSIS DENGAN YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE


Apa itu Terapi Hipnosis
Terapi Hipnosis ialah satu ilmu program kawalan minda bawah sedar.

Apa itu Hipnoterapi?
Terapi yang menggunakan hipnosis bagi membantu memprogramkan kembali fikiran bawah sedar untuk tujuan kemajuan dan kesihatan dalam kehidupan.

Apa itu Hipnosis?
Keadaan apabila sebuah saranan atau informasi itu diterima dengan baik ke fikiran bawah sedar diri sendiri dan juga orang lain.

Apa pula minda bawah sedar
Minda bawah sedar ialah diri anda yang jujur bukan di buat buat ataupun lakonan. (natural)

DAPATKAN TERAPI HIPNOSIS DENGAN YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE
Masalah manusia

DAPATKAN TERAPI HIPNOSIS DENGAN YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE
maksud hipnosis

Sebagai contoh yang Pengasas Yusmizee Naturopathic Centre, DrN Yusmizee berikan..
Semasa anda sedang memandu, sekiranya fikiran anda terlalu buntu dan runsing, anda akan cuma sedar anda sudah sampai di tempat yg dituju. 

Dan Dr Yusmizee mengajak kita berfikir...
Siapakah yang membawa kenderaan tersebut sedangkan fikiran anda bukan fokus pada jalan raya?

Dr Yusmizee memberi jawapan...
Ia itu lah Kawalan minda bawah sedar.

Saya seperti teringat pada beberapa situasi kawalan minda bawah sedar yang lebih kurang sama dengan situasi Dr beri contoh tadi.

  • kadang-kadang dalam solat. kita tak sedar pun yang eh ehh..kita dah sampai ke rakaat ke empat.
  • adakalanya kita bangun pagi, kita tak ingat macam mana dan bilakah kita tidur semasa kita bermain handphone pada waktu malam semalam.
  • di dalam kelas (kuliah), kita terlalu khusyuk memikirkan sesuatu hingga tak sedar pensyarah di depan memanggil kita.
Itu semua ialah.. kawalan minda bawah sedar.

Antara masalah yang boleh dirawat dengan Hipnoterapi :

  • melatah
  • gagap
  • merokok
  • fobia
  • trauma
  • kecemasan
  • depresi (tertekan)
  • kesedihan
  • masalah anak
  • insomnia
  • sakit kepala
  • payudara
  • berat badan
DAPATKAN TERAPI HIPNOSIS DENGAN YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE
Masalah yang boleh dibantu dengan Hipnoterapi


hypnotherapy

Saya amat tertarik dengan tanda pengenalan diri dan potensi diri yang selalu diperkatakan dan diketengahkan oleh DrN Yusmizee.


"Dulu saya selalu lihat ramai insan insan berjaya, akan membuat satu tanda pengenalan diri mereka. Dalam ilmu Terapi Hipnosis tanda tanda ini insyaallah akan membantu anda untuk lebih POSITIF dan mengeluarkan potensi diri anda yang sebenar. Hidupkan potensi diri anda yg sebenar" - DrN Yusmizee.

DAPATKAN TERAPI HIPNOSIS DENGAN YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE
DrN Yusmizee Bin Yusoff
Gambar di atas ialah tanda trade mark Dr Yusmizee kepada perniagaan beliau. Tanda tersebut juga merupakan tanda positif beliau dan beliau mahu berkongsi energy (tenaga) positif yang ada dalam diri beliau kepada orang ramai di luar sana. 

Kata beliau juga, tanda tanda pengenalan diri ini sebenarnya ada energy nya yang tersendiri.

Haaaaa menarik bukan?
Jika anda tertarik, boleh kunjungi Facebook beliau untuk mengikuti pembelajaran menarik ini di dalam kursus Hipnosis.

The Art of Hypnosis Program

Kumpulan Perubatan Yusmizee Naturopathic Centre

Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu, Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Rawatan yang disediakan : Bekam, akupuntur, HIPNOSIS, urutan tradisional melayu, homeopati, kursus dan ceramah perubatan Naturopati.
Hubungi no telefon : 012-3556736
FacebookYusmizee Naturopathic Centre **klik
Instagram:

#NATURAL  #HEALTHY #SPECIALIST

Pusat Naturopati yang pertama ditubuhkan di Melaka - Yusmizee Naturopathic Centre

MUDAH MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN DENGAN AL-QURAN AL-MUMAYYAZ

$
0
0

MUDAH MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN DENGAN AL-QURAN AL-MUMAYYAZ


Ada Al-Quran tetapi tidak lancar membaca Quran?
Ada Al-Quran tetapi naskah Al Quran yang ada sekarang tidak membantu proses kefasihan anda membaca Quran?
Ada Al-Quran tetapi tidak bersemangat untuk membaca sebab tulisan tiada berwarna warna?
Ada Al-Quran tetapi tidak tahu tajwid yang mahu digunakan?
Ada Al-Quran tetapi tidak tahu maksud/terjemahan ayat yang di baca?
Jangan risauuu! Al Quran Al Mumayyaz by The Violet Sofia ada untuk menyelesaikan masalah-masalah anda.

MUDAH MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN DENGAN AL-QURAN AL-MUMAYYAZ
Mudah membaca dan memahami Al-Quran dengan Al-Quran Al-Mumayyaz

Isi dalam Al-Quran Al-Mumayyaz


Al Quran Al Mumayyaz ni memang sesuai untuk orang yg mahu mendalami lagi ilmu Quran tetapi tidak mampu atau tiada masa utk pergi ke kelas-kelas belajar ilmu Quran.
Mungkin juga ada yang tergagap gagap dalam membaca Quran disebabkan tidak ada guidelines atau panduan dalam membaca cara yang betul. 
Mungkin juga ada yang merangkak rangkak untuk membaca certain certain ayat Al Quran yang susah dan tiada tempat untuk dijadikan rujukan.
Jangan bimbang! Al Quran Al Mumayyaz ada menyediakan banyak kelebihan...

MUDAH MEMBACA AL-QURAN DENGAN AL-QURAN AL-MUMAYYAZ
Al-Quran Al-Mumayyaz

MUDAH MEMBACA AL-QURAN DENGAN AL-QURAN AL-MUMAYYAZ
The Violet Sofia

Kelebihan Al-Quran Al-Mumayyaz


✔ Khat Utsman Thaha


  • Tulisan KHAT Uthsmani Taha yang terang dan jelas, memudahkan untuk dibaca.


✔ Tajwid Warna


  • Di bawah setiap muka surat Quran Mumayyaz disertakan bersama petunjuk warna tanda tajwid. 
  • Ini adalah bagi memudahkan utk membuat rujukan pantas sekaligus mengenalpasti hukum setiap tajwid yg telah dikelaskan dengan 5 warna berbeza.


✔ Transliterasi Per Kata


  • Transliterasi rumi (tulisan rumi warna merah jambu) di bawah setiap perkataan jawi sangat2 membantu lidah kita mampu menyebut dengan betul dan tepat suatu2 perkataan jawi yg kita tak pasti.

Terjemah Per Kata


  • Terjemahan per kata di bawah setiap ayat Quran membantu kita memahami maksud tiap2 perkataan di dalam Al-Quran dengan lebih mendalam.


✔ Terjemah Per Ayat


  • Terjemahan per ayat di bahagian tepi setiap muka surat pula membantu kita memahami maksud ayat2 di dalam Al-Quran secara menyeluruh.


✔ Asbabun Nuzul
✔ Etika Membaca Al-Quran
✔ Indeks Doa dalam Al-Quran
✔ Indeks Alfabet
✔ Sejarah Pengumpulan Al-Quran
✔ Panduan Hukum Tajwid
.

Kawan saya dah beli dah Al-Quran Al-Mumayyaz ni. Teruja sangat dia nak baca Al-Quran Al-Mumayyaz!


Berminat utk memiliki Al-Quran Almumayyaz ini juga? Tunggu apa lagiii~ Cepat WhatsApp Puan Sofia utk order! Ataupun ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Puan Sofia di talian :

019-999 9597

Macam nak pergiii je..Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016!

$
0
0

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Wah wah wahhh. Bagi penggilaa dan pencinta buku, boleh la mai sini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 a.k.a Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2016. Bertempat di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang.

Save the date! 17 hari lagi untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di MAEPS!

MASUK ADALAH PERCUMA


29 April 2016 hingga Isnin, 9 Mei 2016. Selama 11 hari. 

Isnin - Khamis (10 pagi - 7 mlm) | Jumat - Ahad & Cuti Umum (10 pagi - 9 mlm)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Saya ada lagi satu je baucer buku tinggal. RM50 je. Ermm kalau beli buku novel FIXI/Lejen Press, boleh dapat tiga ketul gak ni. Macam nak habiskan je baucar sekeping ni dekat Pesta Buku. Hehehe.

Sesiapa yang nak pergi pesta buku kat MAEPS ni, boleh la singgah UPM jumpa saya haha. Nak dekat dah tu MAEPS dengan UPM :)

Lagi satu, kalau sesiapa nak tebus baucar buku dengan  duit pun boleh dilakukan di pesta buku ni. Yang penting jangan lupa bawak kad pengenalan dan kad matrik :)

Okay..selamat bershopping buku!

KETAHUI TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN DAN MAKSUD DI SEBALIKNYA

$
0
0

KETAHUI TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN DAN MAKSUD DI SEBALIKNYA

Kita selalu ada sakit-sakit badan. Kita selalu bersin. Kita selalu keluar tahi mata dekat mata. Kita selalu rasa kebas kaki. Kita selalu rasa malas atau lenguh-lenguh badan. Adakalanya kita rasa seronok atau rasa takut atau bimbang secara tiba-tiba. Adakalanya badan kita rasa ringan dan bersemangat. Adakalanya bibir kita pecah-pecah dan rasa sangat kering. Adakalanya kita rasa telinga berdengung.
Dan macam-macam lagi.

Biasanya kalau kita mengalami tanda-tanda di atas, kita tidak tahu pun apa sebabnya. Kita tak tahu pun punca atau reason di sebalik tanda-tanda tersebut. Kan?

Baru-baru ni saya ada terbaca satu artikel ni dekat satu website. Disediakan oleh Pn. Rusnani Omar, Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Beliau menyenaraikan semua tanda-tanda sakit di badan. Dari rambut sehingga kaki.

Sangat menarik. Jom bacaaa~

KETAHUI TANDA-TANDA SAKIT DI BADAN DAN MAKSUD DI SEBALIKNYA
tanda-tanda sakit di badan dan maksud tanda-tanda itu
credit foto: keluarga.com

Tanda-Tanda Sakit Di Badan

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras racun yang tinggi. Mata jadi merah mengisyaratkan tubuh kita lagi tengah dalam sistem pembuangan racun.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Mengisyaratkan sistem penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Manfaat hati lemah, pembuangan toksin tengah berlaku. Ini dapat tunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Masalah emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung memiliki jalinan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi racun yang terlalu berlebih. Umumnya kahak pekat keluar selepas beberapa hari mengonsumsi RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Sistem buang racun di bahagian kerongkong dan paru-paru, umumnya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah pada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Sistem buang racun sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah signal bahawa badan kita membutuhkan(memerlukan) banyak air untuk buang racun. 
b) Sakit kerongkong. Seperti diatas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan manfaat sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) System penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang dikarenakan oleh system penghadaman yang kurang sempurna serta menyebabkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan manfaat penghadaman dulu dengan RG saat sebelum mengonsumsi zat besi.
b) Bibir kering serta pecah. Perut mengandungi banyak bahan racun.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan system pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Tunjukkan jantung memiliki permasalahan, seperti lemak yang terlalu berlebih, injap jadi lemah, saluran koronari tersumbat dan sebagainya lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi jadi pecah-pecah (ulser). Mengisyaratkan darah mengandungi asid terlalu berlebih.
c) Mulut berbau busuk. Sistem penyeimbangan manfaat perut untuk pembuangan racun.

7. TELINGA : Terkait dengan buah pinggang.
a) Telinga merasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi racun terlalu berlebih.
b) Telinga berdengung : Tengah menjaga buah pinggang yang lemah. Umumnya tapak kaki merasa sakit saat bangun pagi serta sakit itu hilang sesudah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Tubuh mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Tubuh singkirkan racun lewat perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Tubuh singkirkan racun yang berlemak serta racun yg tidak larut di air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Sistem singkirkan racun lewat kulit disebabkan terlampau banyak mengonsumsi obat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Sistem pembuangan racun yang larut di air. Oleskan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Mengisyaratkan manfaat buah pinggang yang lemah. Selepas sistem gugur, rambut bakal tumbuh awal mulanya dengan lebih sihat serta subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Tunjukkan ada luka di bahagian sendi berkenaan serta tanda- sinyal penyakit pirai (gout).
ii) Tak rasa panas Signal tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Mengisyaratkan saluran darah sudah jadi keras serta manfaat metabolisme tak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas tubuh tak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Sinyal tanda lemah atau sakit jantung. Bila rasa kebas jadi sakit di bahagian lengan serta abadi disana, ini mengisyaratkan serangan sakit jantung mungkin saja berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah tubuh tak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Mengisyaratkan buah pinggang lemah. Umumnya dikarenakan oleh kekurangan senaman serta duduk terlampau lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Tunjukkan kekurangan manfaat alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan manfaat buah pinggang disebabkan lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Tunjukkan sinyal awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis


Sebenarnya saya ada jugak beberapa perkataan yang tak faham- term term Medical (rasanya) digunakan contohnya RG, Ganoderma. Lagi macam tak faham bila ada ayat yang digunakan dalam bahasa Indonesia haha. Tapi 90% daripada info di atas saya faham lah. Dan sangat kagum. Rupa-rupanya ada maksud di sebalik rasa sakit badan manusia ni. 

Subhanallah.

HADAPI GANGGUAN MAKHLUK HALUS? DAPATKAN RAWATAN RUQYAH DI PUSAT TERAPI SYIFA!

$
0
0

HADAPI GANGGUAN MAKHLUK HALUS? DAPATKAN RAWATAN RUQYAH DI PUSAT TERAPI SYIFA

Jom baca dulu : Cara Mengesan Jin Dalam Badan 


TEMUJANJI: SMS @ WHATSAPP.
PN NOTT @ 019-285 2849
BEKAM LELAKI / WANITA:
LAST APPOINTMENT:
DAY: Before/by 530pm
NIGHT: Before/by 930pm

GURAH RESDUNG LELAKI / WANITA
LAST APPOINTMENT:
DAY: Before/by 5pm
NIGHT: Before/by 9pm



TEMUJANJI: SMS @ WHATSAPP.
EN ZUL @ 012-918 1195
✔ URUT LELAKI
✔ RUQYAH GANGGUAN
✔ RAWATAN AURA SERI



HADAPI GANGGUAN MAKHLUK HALUS? DAPATKAN RAWATAN RUQYAH DI PUSAT TERAPI SYIFA!
Pusat Terapi Syifa

ALAMAT :
PUSAT TERAPI SYIFA
No.13B Jalan Plumbum Q7/Q
Section 7 Shah Alam. 
(Belakang Jakel/Gulatis (sblm i-city) sebaris PappaRich, GeniusAulad, BellaAmmara-kedai atas.)

WAKTU OPERASI:
Isnin-Sabtu @ 11am-6pm / 8pm-10pm
Ahad @ 3pm-6pm/ 8pm-10pm
REHAT/TUTUP: 6pm-8pm
CUTI/TUTUP: Setiap Jumaat


maklumat lanjut? 

BLOG:
www.pusatterapisyifa.com
www.rawatanbekam.net
www.bekamresdung.com
www.rawatanterapigurah.blogspot.com

Info:

  •  Urut Wanita sudah STOP sejak bulan April 2015.

cuti midsem tinggal empat hari je lagiiii?!

$
0
0

cuti midsem tinggal empat hari je lagiiii?!


Midsem break ada seminggu. Bila dicampur hari sabtu ahad lepas jadi 9 hari. Tapi sekaranggg... dah tinggal empat hari je.

Esok..Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad.....

Andwaeee~!! Kejapnya masa berlalu. Ermmm. 

Bagi yang senasib dengan saya ni, yang tengah cuti midsem ni jugak.. uollss buat apa? 
Iollsss ... dah semangat dah bawak bahan-bahan FYP(final year projek) ke rumah ni. Tapii. ehemm, tak bawak keluar dari beg lagi sejak sampai rumah hahahah. Terukk betuii.

cuti midsem tinggal empat hari je lagiiii?!
credit foto : www.universityexpress.co.in

Macam biasa lah rutin di rumah time time cuti nii. Tolong umi apa yang patut-sapu sampah, bilas kain, basuh pinggan, potong bahan-bahan masakan, potong sayur. Petang senam. Malam urut umi abi. Tengok movie/drama. Baca novel/buku. Main game-candy crush, subway surf. Taip entri kat blog. Ping entri kat fb/g+. Solat. Baca Quran. Tidur.

Okayy tu jelah rutin harian. Kalau saya rajin, aktiviti 'buat homework' akan saya selitkan di dalam list-list di atas hehhe.

Sekejap je masa berlalu....


So, tinggal empat hari je ni....So....
Sayidah Napisah, pleaseee do your FYP!

Gulp

Kenapa Blog Perlu Ada Domain Sendiri?

$
0
0

Kenapa Blog Perlu Ada Domain Sendiri?


*background music : Gerua Dilwale*

Sebelum cerita lebih-lebih, saya nak inform yang entri ni saya nak fokuskan pada blogger yang masih blog blogspot. Dulu saya pun tak tahu apa kebaikan ada blog domain sendiri ni. Saya ingat blogger power power je guna .com. Tapi hakikatnya...semua blogger boleh. Termasuk blogger picisan macam saya ni.

Okay lah. Meh saya kongsikan sebab kenapa perlunya blog kita ada domain sendiri.

5 Sebab Blog Perlu Ada Domain Sendiri


Kenapa Blog Perlu Ada Domain Sendiri?
Kenapa perlu memiliki domain sendiri?
credit foto : www.infozub.com
  1. Pihak Google akan sesuka hati delete/padam blog yang ber-dot-blogspot pada bila-bila masa sahaja dia nak. Tanpa notis, tanpa diberitahu oleh Google, dia boleh tiba-tiba je delete blog blogspot yang dia mahu. Sebab apa? Sebab blog yang .blogspot ni kan free, tidak berbayar. So, Google boleh la delete sesuka hati.
  2. Lebihyakin berblogging sebab dah ada domain sendiri.
  3. LebihPROFESSIONAL.
  4. Menunjukkan kita lebih serius dalam dunia blogging.
  5. Lebih berani untuk mempromosikan nama blog

Ada 5 reason. Tapi reason yang paling utama kenapa anda HARUS membeli domain blog sendiri (.com) ialah reason yang pertama.

Sebagai contoh : Blog myinfotaip yang terkenal dengan info-info hiburan nya telah didelete oleh Google pada bulan-bulan yang lepas (tak pasti bila). Dan kini, saya tengok balik myinfotaip dah buat blog baru. Berwajah baru. Dan juga mempunyai DOMAIN sendiri dah! Dulu www.myinfotaip.blogspot.my.. sekarang dah www.myinfotaip.com.

Blogger AkuPenghibur pun pernah kena delete blog beliau. Sehinggakan beliau merayu rayu kat Google untuk publish balik. Adehh tragisnya. Mungkin dah serik dengan pengalaman blog pernah dibuang, sekarang ni blog beliau dah berdotcom. www.akupenghibur.com.

Ramai dah blogger kena macam tu sebenarnya. Ada yang hampir hampir blog kena delete. YaAllahh kalau lah saya yang kena, mahu meraung. Yelaa penat-penat kita bina blog, taip entri semua, berkerah tenaga edit template blog, bertungkus lumus apply nuffnang adsense.. Tiba-tiba blog hilang macam tu je? Susah payah kita nak kumpul followers banyak-banyak, tup tup musnah macam tu je? Semua gara-gara sebab Google dah delete. Nauzubilahi min zalik!

Iye. Memang ada blogger blogger terkenal yang masih menggunakan blogspot. Tu saya tak mahu komen. Mungkin mereka ada sebabnya yang tersendiri.

Entri ni saya hanya share kan pada semua apa kepentingan ada domain blog sendiri. Itu sahaja. Yela ilmu ni kena share, baru berkembang kan :)

FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN

$
0
0

FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN

FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Okayy Miss Oren, yang syarat ke empat tu. Dengan tak malunya.... saya dah jerit.

Kuat tau saya jerittt.

Saya dah jerit kat shoutbox awak hehehe. Check it out

Korangg, tarikh tamat FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN ni tak tahu lagi. Tapi entri GA ni dipublish pada 27 March. So, ada banyak masa lagi nak join ni. 

Jom?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

$
0
0

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?


Orang kata… tak kenal maka tak cinta. Kalau dah kenal, kena cinta ke? Eh.

Tapi lepas dah kenal blogger Nik Nor Izzati a.k.a Izzati Suhaide ni, jangan jatuh cinta pulak sebab beliau dah berpunya, ehem! Kekeke~

First of allll.. Jom la buat sesi taaruf sikit dengan akak comey nii. Saya panggil akak comey ni kak jati. Panggilan manja gituuuww~

  • mula berkecimpung dalam dunia blog pada tahun 2010. So, dah 5 tahun beliau berblogging.
  • menjadi ahli KBBA dan EFG dalam 9 bulan lebih macam tu.
  • niche blog : lifestyle.
  • umur 25 tahun. Comey. *tapi tak boleh lawan kecomelan saya la muehehe*
  • tinggal di Tanah Merah, Kelantan
  • pernah study degree di UiTM Kota Bharu, course Statistik

Okay tu sedikit muqaddimah. So…sekarang nii jom kita lebih ke dalam lagi.....

Ada Apa Dengan Blogger Bernama Izzati Suhaide?


Kak jati ni kan cantik tau. Comel. Muka innocent. Awet muda. Kurus pulak tu. Ketinggian pun 155cm. Jeles tauu titeww.

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?


Kak jati suka bab-bab design ni. Bab-bab edit template blog. Pandai main coding. Header blog beliau buat sendiri. Template pun beliau edit sendiri. Ubah coding sana ubah coding sini. Disebabkan power bab coding, tu yang berani banyak kali tukar template. Hebak kan?

Kak jati ni seorang yang tabah. Cekal. Kuat. Walaupun beliau kata Izzati yang sekarang tak sekuat Izzati yang dulu.. tapi saya percaya kekuatan beliau yang sekarang masih kuat. Level confident turun..itu biasa. Kekadang naik, kekadang turun. Itu biasa. Kak jati tidak mudah berputus asa atau mengalah dalam apa keadaan jua sekalipun. Walaupun memiliki hati yang cepat tersentuh dan sensitif, beliau hidup dengan memegang satu matlamat hidup : sentiasa pandang ke hadapanwalau apa jua cabaran yang mendatang dan yang penting jangan putus asa.

Kak jati ni jugakkk..kecik-kecik cili padi. Walaupun dah hantar resume dan minta kerja di banyak tempat, tetapi masih lagi tiada kerja. Jika ada peluang pun, ada pula halangan yang lain. Kak jati tidak mahu hanya membuang masa di rumah goyang kaki.. jadi beliau mengambil risiko memulakan agent dropship perniagaan beliau..IZ Hijabist.

Entri-entri kak jati sekarang lebih kepada tentang diri sendiri, perasaan, cinta, dan wanita. Bersifat lebih kepada permainan jiwa dan emosi. So,lelaki-lelaki luar sana kalau nak lebih mengenali hati wanita boleh la baca entri-entri beliau. Haa pada wanita-wanita pun boleh baca juga untuk memahami diri sendiri.

Saya suka pada satu entri beliau ni…"Wanita Tabah Itu Bukanlah Aku” Selain bercerita tentang diri sendiri, beliau juga membiarkan pembaca merasai apakah erti dan maksud di sebalik tabah dan sabar. Beliau memberi saya satu semangat. Entri tersebut memberi satu pengajaran pada diri saya sendiri...'kalau kita rasa kita susah, ada orang lebih susah dari kita'

Kak jatii seorang yang...Easy going. Senang untuk ajak berbual. Senang berkongsi cerita. Tidak kokek ilmu. Friendly. Tak sombong.

Cuma…!

Haaa asyik puji je kan, nak kutuk pula ni. Hahahah. Eh takde lah kutuk punnn.

Cuma..

Kak jati ni mood diaa suka swing (berubah-ubah). Tetiba bad mood. Kekadang tiada mood. Suka spam sticker kat telegram. Suka buat icon mata ke atas kalau malas nak berbual. Suka makan lewat malam.

Hahahaha. Comel je kan. Dengan adanya habit/tabiat macam ni lah, saya suka usik beliauu hahaha.

Okay okay serius balik.

Saya suka kak jati. Saya sayang beliau. Saya dah anggap beliau macam kakak sendiri. Jadi..nasihat saya… Banyakkan lah buat entri! HAHHAHAHA. Saya suka dengan penulisan dan penceritaan beliau. Jadi, rugi lah kalau beliau tidak tonjolkan bakat tu dalam penulisan. Kalau nak tonjolkan, kena la buat banyak-banyak entri ye dak? Hehehe.

So, kak jatiii sila la target entri bulan ni lebih banyak dari bulan bulan lepas yeee hehe.


Okbai love you kak jati.Muah cikeddd!

ADA APA DENGAN BLOGGER IZZATI SUHAIDE?


Nama blog: Izzati Suhaide
Instagram personal: www.instagram.com/zatiesuhaide
Facebook page : coretan izzati suhaide
: IZ Hijabist
Facebook personal: Izzati Suhaide

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016

$
0
0

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016
KLIK SINI UNTUK JOIN

Mudah sangat syarat-syaratnyaa. Jom join!

Tarikh tamat : 15 April 2016

1st Giveaway by Semanis Anggur

$
0
0
Assalamualaikum….

1st Giveaway by Semanis Anggur
http://greenfarra.blogspot.my/2016/03/assalamualaikum.html

Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !! #250


Hadiah :
Topup RM10 X 2 pemenang
Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog
Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog
BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog
BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog
*2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri #250

Date : 24 Mac – 15 April 2016

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

$
0
0

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Di zaman serba moden kini, setiap wanita semakin menitikberatkan soal penampilan mereka dalam apa juga situasi. Dalam bab berfesyen, wanita muslimah juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya anggun dan menawan apabila mengenakan sesuatu busana. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak fesyen muslimah yang diketengahkan oleh para designer khusus untuk wanita muslimah.Selain butik muslimah yang semakin banyak tumbuh bagaikan cendawan, jualan secara online juga tidak kurang hebatnya dan menjadi pilihan kebanyakkan peniaga dan pereka pakaian muslimah untuk memasarkan dan memperkenalkan  pakaian keluaran mereka. Dengan akses yang lebih mudah menggunakan internet dan telefon pintar memudahkan  wanita muslimah membuat pilihan fesyen pakaian yang mereka inginkan pada bila-bila masa di mana jua. Justeru itu, IZ Hijabist juga tidak melepaskan peluang untuk menambahkan lagi koleksi busana muslimah anda


IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist menyediakan perkhidmatan jualan baju untuk para wanita secara online. Busana yang disediakan pastinya menepati citarasa terkini bagi anda yang sering tampil dengan imej muslimah. Anda boleh mendapatkan beberapa koleksi jubah dan blouse labuh dengan harga yang berpatutan. Antara material kain yang terdapat di IZ Hijabist ialah Cotton, Wolly Creepe, Dull Satin dan macam-macam lagi.

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini


IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini


IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini

IZ Hijabist | Koleksi Fesyen Muslimah Terkini



A photo posted by IZ Hijabist (@iz_hijabist) on


Gambar-gambar tersebut merupakan antara jubah dan blouse yang anda boleh dapatkan di IZ Hijabist. Baju-baju ini didatangkan dalam pelbagai jenis saiz yang mana sesuai untuk semua jenis potongan badan.

Koleksi Akan Datang Untuk Hari Raya

Musim perayaan akan menjelang tidak lama lagi dan sudah pasti setiap wanita ingin kelihatan anggun menawan di hari raya nanti. Semua itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana IZ Hijabist juga menawarkan beberapa koleksi terbaru khusus untuk anda yang ingin bergaya di hari raya nanti. Bukan setakat baju sahaja, IZ Hijabist juga akan menyediakan beberapa koleksi shawl dan tudung khusus untuk dikenakan bersama baju raya anda.

Kelebihan Berurus Niaga Bersama IZ Hijabist

-Tidak perlu pre order kerana barang adalah ready stock. Hari ni order esok barang akan di poskan. 
- Sesuai dipakai untuk ibu yang menyusu kerana baju BF Friendly
- Labuh dan jenis kain yang tidak jarang
- Pakaian yang menutup aurat


Untuk info lanjut mengenai IZ Hijabist anda boleh melayari media sosial berikut:
Facebook Page : IZ Hijabist


Instagram: www.instagram.com/iz_hijabist

Hukum menutup aurat ketika membaca Quran

$
0
0

Hukum menutup aurat ketika membaca Quran

Ramai di antara kita yang masih confuse. 
Aku baca Quran ni kalau pakai telekung bahagian atas je ..tapi kain telekung bahagian bawah tak pakai boleh ke? 
Aku pakai tudung time baca Quran... tapi berlengan pendek boleh ke?
Aku pakai tuala, kaki terdedah... boleh ke?

Dan saya pula biasanya lepas solat ..baca Quran. Then tanggal kain telekung, tapi telekung bahagian atas biarkan je. Kekadang macam terfikir jugak, boleh ke aku pakai camni time baca Quran, sopan kah?

Kawan saya sorang ni pula pernah gak baca Quran tak pakai tudung pun. Maksudnya free hair la time mengaji tu. Dia ada tanya jugak kat saya ..boleh ke?

And that's why.. Saya tulis entri ni.

Hukum menutup aurat ketika membaca Quran
hukum menutup aurat ketika membaca Al-Quran

soalan:

Bolehkah saya membaca Quran tanpa tutup aurat dalam bilik sendiri?


jawapan (Ustaz Azhar Idrus):

Hukum menutup aurat ketika membaca Quran adalah sunat, Bukan wajib. Apa makna aurat?

Aurat : anggota badan yang wajib kita tutup.

Daripada siapa kita wajib tutup? Dari orang yang haram melihat sahaja. 

Daripada Quran? Tak wajib. 
Daripada kitab? Tak wajib. 
Daripada masjid? Tak wajib. 
Daripada binatang? Tak wajib. 
Daripada malaikat? Tak wajib. 

Hanya wajib tutup aurat pada manusia ataupun orang yang tak boleh lihat. Tu lah makna aurat.

Yang kata haram bertelanjang - daripada penglihatan orang. 

Baca Quran -> sunat menutup aurat -> tanda menghormati Quran

Kalau dia pakai seluar pendek ketika membaca Quran? Tak dosa tetapi kurang fadhilatnya (kelebihan).

Hukum menutup aurat ketika membaca Quran
Bacalah Al-Quran
So...pilihan berada di tangan andaa. 

Sekian terima kasihh :)

Bagaimana anda boleh bermula mencari pekerjaan selepas keluar daripada kolej?

$
0
0

Bagaimana anda boleh bermula mencari pekerjaan selepas keluar daripada kolej?


Bagaimana anda boleh bermula mencari pekerjaan selepas keluar daripada kolej?

Universiti atau kolej tidak semestinya menyediakan anda untuk kehidupan yang sebenar. Jika anda seorang pelajar sepenuh masa, anda mungkin tidak mempunyai banyak peluang atau masa untuk menyertai sebarang kerja sambilan masa dalam jadual sibuk anda. Walau bagaimanapun, pinjaman pelajar membuat ia mustahil bagi anda untuk menumpukan perhatian dalam kelas anda kerana hutang yang sebegini semakin menaik dan menjadi lebih tinggi, menyebabkan anda menjadi lebih miskin. Dengan masa tamat pengajian menjadi semakin dekat dan lebih dekat, pelajar biasanya mula panik. Apa sekarang? Apakah yang saya akan buat? Saya berhutang begitu banyak wang, bagaimana saya akan membayar balik pinjaman ini? Menurut satu tinjauan baru-baru ini, hanya 16% daripada graduan kelas 2013 mendapat tawaran kerja pada sebulan sebelum tamat pengajian. Walau bagaimanapun, peratusan ini telah meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 8% dalam tempoh dua tahun yang lepas.

Rahsianya merupakan menyelesaikan latihan industri atau co-op dengan cemerlang sebelum menamatkan pengajian. Pada tahun 2013, hampir separuh daripada graduan mendapat pekerjaan akibat daripada latihan industri. Oleh itu, kelas 2015 telah menggenggam idea ini disebabkan oleh hakikat bahawa lebih daripada 70% siap menyelesaikan latihan industri, perantisan atau co-op semasa masih berada di dalam universiti atau kolej.

Ia adalah benar-benar terpulang kepada pelajar untuk mencari pekerjaan selepas tamat universiti atau kolej. Kerja idaman anda tidak akan muncul dengan ajaib, anda sebenarnya perlu berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Dapatkan ironinya? Anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan pekerjaan, terutama yang sebenarnya memenuhi jangkaan anda dan itu adalah dalam bidang pilihan anda. Tetapi tidak kehilangan semua harapan lagi, masih ada sedikit cahaya di hujung terowong.

Bagaimana anda boleh bermula mencari pekerjaan selepas keluar daripada kolej?

Janganlah lupa kita adalah generasi milenium, kita sentiasa dikelilingi oleh teknologi.dan peranti yang lebih elektronik daripada kita yang sedia ada. Terdapat banyak agregator pencarian kerja dan papan pekerjaan di web, aplikasi dan blog yang boleh membantu anda dalam carian anda. Kebanyakan daripada mereka juga menyenaraikan semua pekerjaan atau latihan industri di bandar anda. Anda boleh mula mencari mengikut lokasi, syarikat atau kata kunci. Internet adalah penuh dengan kemungkinan yang belum diterokai! Anda juga boleh melawat pusat kerjaya kolej anda  untuk meminta nasihat daripada profesional dan bagaimana untuk mencari pekerjaan. Hanya tahu bahawa anda perlu bersedia untuk apa yang akan datang. Jadi, untuk mendapat keputusan yang sangat baik, anda harus sentiasa mempunyai Resume anda yang mengenai hal, menyediakan pakaian yang sesuai untuk situasi itu, melakukan kajian tentang syarikat sebelum temuduga dan yang paling penting,

Pencarian pekerjaan anda bermula di sini: Uni Emirat Arab | Argentina | Austria | Australia | Belgium | Bahrain | Brazil | Kanada | Switzerland | Chile | Colombia | Republik Czech | Jerman | Ecuador | Mesir | Sepanyol | Perancis | UK | Greece | Hong Kong | Hungary| Indonesia | Ireland | India | Itali | Jepun | Korea Selatan | Kuwait | Kazakhstan | Luxembourg | Maghribi | Mexico | Malaysia | Nigeria | Netherlands | Norway | New Zealand | Oman | Peru | Poland | Portugal | Qatar |Romania | Rusia | Arab Saudi | Sweden | Singapura | Turki | Taiwan | Ukraine | US | Uruguay | Venezuela | Vietnam | Afrika Selatan


Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live