Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

tips kurus: 7 RESEPI SIHAT & SEDAP MENU DIET TANPA MINYAK ~ Wordless Wednesday

$
0
0

tips kurus: 7 RESEPI SIHAT DAN SEDAP MENU DIET MASAKAN TANPA MINYAK! ~ Wordless Wednesday


tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet
tips kurus resepi sihat sedap menu diet


Bahaya Akibat Tidur Lewat, Tak Cukup Tidur.. Kisah Benar Menakutkan! ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Bahaya Akibat Tidur Lewat, Tak Cukup Tidur.. Kisah Benar Menakutkan! ~ Wordless Wednesday


bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur
bahaya akibat tidur lewat tak cukup tidur

Jawatan Kosong 2020 Kerja LHDN Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - TETAP

$
0
0

Jawatan Kosong 2020 Kerja LHDN Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - TETAP | Assalamaualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pada awal bulan Oktober 2020 ni, syarikat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka tawaran jawatan kosong Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 taraf Tetap. Ada yang kata gaji permulaan bagi jawatan pegawai LHDN masyuk tapi kerja pun tough lah (boleh refer bidang tugas skop kerja di bawah).. Plus, susah nak dapat. Ada orang yang dah banyak kali apply mohon online, siap pergi temuduga dah tapi masih takde rezeki lagi. Jangan putus asa..!


Yang penting apa? usaha, doa dan tawakal yeahh! Rezeki takkan pernah salah alamat..


Jawatan Kosong 2020 Kerja LHDN Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41 - TETAP

jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn

Jawatan: PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 41

 

Taraf Jawatan: Tetap

 

Kelayakan Memohon:

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ATAU

Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.


DAN

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Kelayakan Tambahan:

- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


- Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Ijazah Sarjana Muda yang berkenaan.


- Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat bertaraf tetap layak dipertimbangkan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan:

a) Mempunyai kelayakan minimum seperti di atas; dan

b) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun selepas disahkan dalam jawatan sekarang.


- Pegawai LHDNM yang sedang berkhidmat secara KontrakBergaji Bulanan dan Kontrak Bergaji Harian layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai kelayakan memohon seperti di atas.


Kriteria Yang Diperlukan:

- Berdaya saing, cergas, berfikiran strategik, mempunyai minda analitikal, berupaya memacu keberhasilan, inovatif, kreatif dan fleksibel

- Mempunyai semangat kerja berpasukan yang jitu serta berkemahiran tinggi dalam komunikasi melalui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Bidang Tugas:

Menjalankan tugas pemungutan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 termasuklah:


a)   Menjalankan operasi pematuhan cukai melalui pelaksanaan audit yang berkesan, menyelaras operasi dan tinjauan ke zon ekonomi.

b)   Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan dan  pembayaran balik.

c)   Melaksanakan tugas pungutan yang merangkumi pengumpulan dan pemulihan cukai, pengembalian dana, panggilan luar dan hal ehwal berkaitan pungutan.

d)   Merancang program pendidikan cukai dengan penyediaan bahan pendidikan cukai kepada majikan, pekerja, pelajar sekolah, IPT dan agensi luar.


Gaji:

RM3,335.00


Cara Memohon:

-  SEMUA PEMOHON LUAR DAN DALAM LHDNM TERMASUK KONTRAK BULANAN DAN HARIAN YANG TELAH MEMOHON JAWATAN INI PADA IKLAN TERDAHULU BERTARIKH 5 OGOS 2019 TIDAK PERLU LAGI MEMOHON PADA KALI INI KERANA MAKLUMAT BERKENAAN MASIH SAH DIGUNAKAN.


- Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.


- Permohonan daripada calon luar, pegawai LHDNM bertaraf Kontrak Bergaji Harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://career.hasil.gov.my/.


- Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf Tetap dan Kontrak Bergaji Bulanan hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL: https://spi.hasil.gov.my/. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat di Sistem Pengurusan Insan (SPI) adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.    


Maklumat Temuduga:

- Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM www.hasil.gov.my (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.


Nota:

- Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari daripada tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.


- Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my


- Penempatan : Semenanjung Malaysia / Sarawak / Sabah


Tarikh Tutup: 16 Okt 2020


Sumber: https://career.hasil.gov.my/JrecReports/iklanjawatan.aspx?Id=RCR202010J285001

jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
jawatan kosong 2020 kerja kerajaan terkini lhdn
Moga bermanfaat! Jangan lupa share pada yang lain okayy?


Till next time, daa~ wassalam! :)

Trafik blog September 2020 pageviews (PV) 150K?! + dashboard blogger berwajah baru menguji.......

$
0
0

Trafik blog September 2020 pageviews (PV) 150K?! + dashboard blogger berwajah baru menguji....... Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! First of all, saya nak minta maaf pada yang sentiasa singgah blog saya yang comel seperti tuannya (hahaha) tapi saya tak selalu balas kunjungan. Minta maaf juga pada blogger yang ada ajak join giveaway/segmen on their blog tapi saya tak berkesempatan nak join atas sebab-sebab tertentu (salah satunya tiada mood untuk meng-update hehehe). Soryyy tau tau.


Second of all, thanksssss! Terima kasih pada mereka yang baca blog ni walaupun selalu sendu content nya kebelakangan ni hahaha. I will try my best to always update my blog for my dear readers yang setia acewahhh. Acah famous je kan ish ish..


Okay so finallyy.. back to the topic of the entry..


bagaimanakah trafik blog sayidahnapisah.com pada bulan lepas?


My blog's pageviews (PV) & unique visitors (UV) apecerr? Sihat ke tenat? Hahaha.


Dah lama kan tak buat tentang performance blog sendiri. Dulu kemain rajin update pasal ni kan. Sekarang krik krik krok krokkk.. hehee.


TRAFIK BLOG CHOCOLATE PINK Sayidah Napisah Bulan September 2020


*screenshot di bawah ini diambil pada pukul 8.35 pagi, 1 Oktober 2020*
trafik blog sayidah napisah pageviews
trafik blog sayidah napisah pageviews
Pageviews (PV) (from statistic dashboard blogger): 156,425

trafik blog sayidah napisah pageviews
trafik blog sayidah napisah pageviews from google analytics

Pageviews (PV) (from Google Analytics, GA): 102,727
Unique visitors (UV): 29,386
Bounce rate (BR): 0.99%

Terkezutt wehh sikit giloss bounce rate blog! tak tahu nak happy ke nak sedih ni. Pernah dengar kalau sikit sangat tak elok juga. hmmm lantok le hahaha. Yang penting the pageviews! Alhamdulillah more than 150K walaupun blog sentiasa diabaikan.. sobsobb sorryyy my blog!

DASHBOARD BLOGGER BERWAJAH BARU.. APA PERASAAN?


Sejujurnya saya suka sangat dengan 'wajah' blogger yang lama (classic) mungkin sebab dah biasa + menyenangkan.. tapi yang baru ni pun okay juga walaupun ada part yang menyakitkan hati hahaha.

Dia macam campur campur tau. Ada beberapa feature yang saya lebih suka sebelum ni tapi ada most features saya lebih suka yang sekarang.

Masa mula mula dulu nak biasakan wajah dashboard yang baru memang menguji kesabaran, ketabahan dan kerajinan den! Haha. Contoh macam add caption picture tu kan.. YA ALLAHH MEMANG MENGUJIII YEW!

Saya jenis yang WAJIB letak semua benda kat setiap gambar di entri - caption, alt text, title text (sebab semua ni bagus untuk SEO blog jika diisi).. Yang dashboard baru ni kalau nak add caption, kena highlight/padam text 'add a caption' baru lah taip apa yang kita nak. Macam yang sebelum ni.. kita klik je 'add a caption', boleh terus taip.. no need to delete dah.

Okay mungkin ada yang faham, ada yang tak faham maksud saya di atas ni. haha takpe yang tahu je tahu the struggle bila ada gambar banyak banyak dalam sesuatu entri.

Tapi yang lain okay je.. best je. Lebih kemas, teratur dan efisen mungkin. Cuma nak kena take time untuk biasakan. Bila dah biasa, boleh le laju laju siap entri. Bila tak biasa tu yang ambil masa, end up malas nak update hahaha. Alasannn kan!

Thats all!

Till next time, daa~ wassalam! :)

7 Tips Makanan Bersih dan Selamat dari KKM ~ Wordless Wednesday

$
0
0

7 Tips Makanan Bersih dan Selamat dari KKM ~ Wordless Wednesday


tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan
tips kkm keselamatan kebersihan makanan

KEHEBATAN AGAMA ISLAM.. INI BUKTI KEBENARAN AL-QURAN! ~ Wordless Wednesday

$
0
0

RAGU-RAGU DENGAN AGAMA ISLAM? INI BUKTI KEBENARAN AL-QURAN! ~ Wordless Wednesday


bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam
bukti kebenaran al quran agama islam

Kredit: FB Postingan Bermanfaat

424 broken links! effect SEO blog tak? cara cari & fix it?

$
0
0

424 broken links! effect SEO blog tak? cara cari & how to fix the problem? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Udah lama tak bersiaran di blog ni kan? Last update 7 oktober and today 13 November 2020. Hmm lebih sebulan juga dibiarkan begitu saja haha. But Alhamdulillah i'm back now! And the total pageviews blog sudah mencecah 11.5 juta! Right now is 11,504,671. Lagi separuh nak ke 12 juta.. syukur. InshaaAllah moga berkembang dan naik dengan jayanya lah. Aamiin. So.. apa itu broken link?


Haa sebenarnya dah lama dah nak cerita pasal broken link kat blog ni. Mungkin ada yang dah tahu, ada yang belum tentang cara cara or how to check the broken link in our blog. Dan kenapa ianya penting untuk SEO? Ok lets talk about that.


First of all.. untuk nak senang faham apa itu broken link.. Maksud mudahnya adalah pautan link (URL) yang rosak. Yang dah tak ada gunanya, yang dah tak ada lagi (sama ada link itu sudah di-delete atau orang yang komen unknown atau blogger yang deactive) tapi masih berada dalam blog kita.


It can be EXTERNAL LINK (link dari luar) atau INTERNAL LINK (link kepunyaan blog kita sendiri).


External link tu sama ada memang kita masukkan sendiri (boleh datang dalam pelbagai bentuk sama ada link blog orang lain, facebook, instagram, youtube dan lain lain) atau orang berkunjung singgah masuk ke dalam blog kita (sama ada dalam bentuk comment atau chat box).


Nak senang faham lagi.. andai kata klik link tu.. dia akan menunjukkan halaman ERROR 404. Ataupun bila kita klik profile orang yang komen di entri kita.. dia akan kata profile not available/ not publicly displayed dan lain-lain.


Ok so next.. broken link ni macam mana nak cari dan ada effect buruk ke pada blog kita?


Cara nak cari senang je.. boleh direct pergi ke https://www.brokenlinkcheck.com/ and masukkan URL website kita then klik 'find broken links now'!

cara cari broken link blog SEO
cara cari broken link blog SEO
What is the function of Online Broken Link Checker?

- Scans webpages for dead hyperlinks

- Can analyse unlimited number of pages (*  free version has a limit of 3,000 pages, and only one running request per IP address is allowed)

- Useful for SEO optimization

- Checks both internal (local) and external (outbound) URLs and finds which are stale

- Reports bad links location in your HTML code

- Validates websites online: the same way as how your users and Search Engines see those

- Detects "linkrot" and other problems of web site integrity

- Supports sub-domains

- Works on-line so can be used on Windows, Mac OSX, Linux, iOS, Android and any other OS

- Shows 404 errors and other unsuccessful HTTP response codes - for each dead or problematic hyperlink

cara cari broken link blog SEO
cara cari broken link blog SEO
Kalau jenis macam saya yang dah 10 tahun (sejak tahun 2010) memiliki blog ni.. memang akan mengambil masa yang agak lama untuk dia scan. Sebab banyak entri dan link dia kena check. Thats why haritu saya check and the result is WOW! 400 lebih wehh broken link. tu pun rasanya tak habis lagi sebab dia limit 3,000 pages je untuk check at one time.


BANYAKKKKK yang saya tengok broken link tu datang dari giveaway/ segmen/ pencarian bloglist. Mereka banyak delete the entry selepas tarikh dah tamat. So.. untuk fix the problem dan cara penyelesaiannya.. i have to delete all of the segment, giveaway dan sama waktu dengannya. Sebab kalau nak check satu satu, memang tak larat lah den. Banyak gilos! Hahaha. Saya dah lah jenis yang suka join sejak dari dulu lagi. Tapi lepas ni rasa macam dah trauma dah nak join apa-apa hahaha.


Selain tu, banyakkkk lagi link lain yang dah 'mati' (404). Link pautan dalam entri review, paid article yang saya buat job dulu-dulu, profile (terutamanya unknown) yang ada di bahagian comment entri dan macam macam lagi.


Kita boleh kenalpasti juga link mana yang bad host. Bad host ni jahat. Kena buang. Yang link error 404 tu pun kena buang/ revert to draft the whole entry (depends) atau unlink sahaja link tersebut (tak perlu buang entri).


Setahu saya, broken links ni semua memang ada beri bad effect kepada SEO website kita. Beri kesan kepada tahap performance search engine/ enjin carian untuk blog kita (orang cari blog kita di Google, etc) jadi slow kalau banyak sangat broken link yang terkumpul.


Saya cadang nak deleteee semuaaaaaaaaaa broken links dalam blog saya terlebih dahulu kemudian baru lah update semula blog ni tapi it takes a very looonggggg time so i decided to update je lah. sambil update, sambil tu delete broken links sebanyak yang boleh. Slowly but surely kan? InshaaAllah.


Minggu lepas saya check ada 424 broken links.. Harini saya check dah kurang sikit jadi 340. Alhamdulillah ada penurunan. Lepas ni nak kena buang sikit sikit sikit sehingga lahh tinggal ZERO (0) YEAHHH!

cara cari broken link blog SEO
cara cari broken link blog SEO
Okay itu sahaja.. Moga bermanfaat!


Till next time, daa~ wassalam! :)

15 Resepi PKPB Masakan Berasaskan Cheese Mudah dan Sedap!

$
0
0

Aneka Resepi PKPB Masakan Berasaskan Cheese Mudah, Cepat dan Sedap! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Harini hari Sabtu + cuti hari raya Deepavali + PKPB/ PKPD/ PKPP duduk rumah saja.. mungkin nak masak istimewa sikit. Resepi 'pkpb' special menu untuk sarapan/ lunch/ dinner/ makan petang/ kudapan.. Masak makanan yang tak selalu atau belum pernah lagi cuba; hanya selalu nampak dan makan di luar saja. Di bawah ini semuanyaaa resipi masakan berasaskan cheese. Siapa yang peminat tegar cheese ataupun suka tambah sedikit 'perasa' cheese dalam masakan, yassss boleh follow resepi sedap ni..


Resepi udang bakar cheese, pisang cheese caramel, roti goreng sosej cheese leleh, jagung cheese leleh viral lemak berkrim, chicken wrap ala KFC, cheese pizza pan (tanpa guna oven), kebab roti cheese, roti nan cheese, murtabak mini cheese, popia carbonara cheese, pisang goreng cheese, macaroni cheese baked, popia ketam cheese, roti canai cheese dan spiral cheese yummy (menu asal dari lasagna).


Without further ado, lets!


15 Resepi PKPB Masakan Berasaskan Cheese Mudah, Cepat dan Sedap!


1. RESEPI UDANG BAKAR CHEESE

resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan-bahan:-

- Udang
- Mentega
- Bawang putih (cincang halus)
- Cili merah (cincang halus)
- Daun bawang (hiris halus)
- Serbuk lada hitam
- Garam
- Mozzarella cheese (diparut)

Cara-caranya:-

1. Cuci udang kemudian belah bahagian belakangnya, susun dalam dulang pembakar dan ketepikan.

- Sementara tu, bolehlah panaskan oven dahulu.

2. Cairkan mentega kemudian gaulkan bersama bawang putih, cili merah, daun bawang, serbuk lada hitam dan sedikit garam.

3. Letakkan bahan campuran ini atas belahan udang tadi, kemudian letak pula mozzarella cheese diatasnya. Akhir sekali tabur sedikit serbuk lada hitam.

4. Bakar pada suhu 150c selama 20 - 25 minit atau mengikut suhu oven masing-masing.

- Saya tak letak kuantiti bahan sebab terpulang kepada masing-masing nak sediakan banyak mana ya.

Credit to: @rajinkedapur

#udangbakarcheese
#masakanseafood
#mozzarellacheese
#rajinkedapur


2. RESEPI PISANG CHEESE CARAMEL

resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan:
Pisang Berangan (pilih yang tak masak sangat lagi) - jenis lain tak berapa sesuai sebab bila grill akan jadi lembikk.

Belah 2 - grilled guna pan ajaib je.. sapu dulu pan dengan butter.

Sambil tu tabur gula perang atas pisang bukan atas pan.

Sos Kastard:

Bahan:
1 Tin Susu cair
1/2 Tin Susu pekat
3 - 4 Sudu Tepung kastard cap Nona
Air- 3 tin *sukat guna tin susu cair ye- boleh ikut selera nak cair or pekat ejas sendiri ye
3 biji telur- kuning telur sahaja

*Masukkan kesemua bahan kedalam periuk, masak dengan api yang kecil. Apabila semua bahan sudah sebati serta mendidih dan menjadi agak likat, tutup api..

Dah siap susun pisang tuang sos tabur dengan cheese dan nok sedap lagi buh aje buah-buahan macam strawberry, blue berries atau kiwi pun ok dan ikut selera tekak masing-masing.

kredit: diana azizan

3. RESEPI ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1. 1 bungkus roti Gardenia, nak guna roti lain pun boleh
2. Sosej
3. Cheese
4. 2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak

Resepi Viral Roti Sosej Cheese Leleh Bersalut Telur

Cara-Cara Penyediaannya:

- Sungguh mudah, boleh buat hanya melihat pada gambar. Ok, mula-mula sediakan 2 keping roti.
- Letakkan cheese dahulu di atas roti
- Kemudian letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.
- Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi
- Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.
- Kemudian celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.
- Panaskan kuali dan goreng
- Ok, siap

Kredit resepi bertulis : http://maurelaxjer.blogspot.my

4. RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH VIRAL LEMAK BERKRIM
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
– 6 tongkol jagung
– 1 tin susu cair
– 2 sudu besar susu pekat (kalau nak manis boleh tambah)
– 2 sudu besar planta
– Garam
– 5 keping keju cheesedale

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam periuk biar mendidih.
2. dah siap boleh hidangkan!

Credit: rebecca melessa

5. RESEPI CHICKEN WRAP ALA KFC
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan-bahan

1. Roti tortilla (Mission Wrap)
2. Isi ayam (Bahagian ada & potong kecik)
3. Salad
4. Tomato
5. Lobak (Hiris halus-halus)
6. Timun (Hiris halus-halus)
7. Cheese
8. Mayonis
9. Sos thousand island

Caranya mudah saja!

1. Roti mission Wrap dibakar dalam oven 2-3 minit.
2. Ayam goreng tepung, beli yang kentucky.
3. Sapu rata mayonis atas roti wrap & letak bhn2 tadi ayam, salad, lobak, timun, keju & sos thousand island.
4. Last sekali gulung roti & siap.

Selamat mencuba !

Credit: cik vespa

6. RESEPI CHEESE PIZZA PAN (TANPA OVEN)
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Cheese Pizza Pan...
Mana-mana yang takde oven tu tapi teringin nak makan pizza, boleh lah try macam saya ni..
masakan sendiri lagiii. Sedaaap.!

Bahan bahan:
- 2 cawan tepung
- 1 sb yis
- 1 sb minyak masak
- 1 sb gula
- 1 sk garam
- 1/2 air suam

(sb = sudu besar, sk = sudu kecil)

Topping:
- ikut suka nak letak apa
- 1 biji bawang besar (hiris bulat)
- 1 biji bawang putih (cincang halus)
- sos tomato (kalau nak pedas letak sos cili sikit)
- cheese

Cara cara:
-Bancuh yis dengan air suam, minyak, gula & biarkan sampai berbuih.
-Campur tepung & garam dalam bekas
-Masukan yis yang dah dibancuh tadi & kemudian uli adunan hingga tak melekat di tangan
-Tutup doh 30 minit hingga kembang kemudian tumbuk tumbuk doh
-Canai doh & kemudian masukan dalam pan yang telah disapu minyak
-Letak cheese ditepi doh & gulung
-Cucuk cucuk doh menggunakan garfu kemudian sapukan sos letak bawang, topping & cheese parut
-Tutup pan dan masak dgn api kecik 10-15 minit (hingga masak)
-Siap dah boleh hidangkan

Kredit resepi : Afriena Chamexs

7. RESEPI KEBAB ROTI CHEESE LELEH
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Pantas dan cepat aje siap!

Bahan bahan:
Minced beef sepeket
Serbuk kari - 2 sudu
Serbuk cili - 1 sudu
Bawang merah & putih potong dadu kecik kecik
Garam
Mix herbs - sikit je buat bau bau herbs
Daun sup
Telur 2 biji

Cara:
Tumis bawang merah & putih
Masuk kan minced beef...+ serbuk kari + serbuk cili + mixed herbs + garam....
Masak hingga daging dah masak. tutup api.

Baru masuk daun sup yang dipotong kecil...
Pecahkan telur dan gaul hingga sebati.

Sedia untuk dimasak menggunakan pan yang sesuai.. Gambar disediakan..

Sumber resepi: internet dan diolahkan sikit sikit

Credit: nur farrah salleh

8. RESEPI ROTI NAN CHEESE
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
1 kilo tepung gandum cap rose
1/2 cawan planta
1/2 cawan gula
21/2 cawan air
1 sudu besar yis atau mauripan..
Cheese keping secukupnya..

Cara cara membuatnya..

Masukkan gula ke dalam air kacau biar sebati ketepikan.
Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, planta, yis.. gaul sampai sebati...

Pastu tuang air + gula tadi ke dalam tepung sikit sikit.
Dan uli tepung tadi sehingga ianya tak melekat kat tangan tapi jangan keras bancuhan ya..

Tutup dengan kain tuala basah selama 1/2 jam
Bila doh dah naik, tumbuk-tumbuk buang angin..
Pastu bulat-bulatkan besar masukkan cheese ke dalam tepung dan canai leper...

Biarkan 15 minit..
Panaskan kuali pan masukkan doh tadi dan tutup tudung..guna api perlahan. bila dah nampak masak sapukan planta biar roti tu nampk berkilat....tadaaaa.. dah siap boleh cicah dengan kuah kari atau dengan apa saja yang u all suka...

Selamat mencuba...

Kredit : Rossalina Ahmad‎

9. RESEPI MURTABAK MINI CHEESE COMEY LOTEY
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Pepagi kita sebagai ibu walau macam mana malas ke rajin ke.. kena gak masuk dapur.

Sejak duduk sini memang kena la ada juga buat sarapan. Mana nak cari kedai jual sarapan macam kat Malaysia.

So pagi cuba buat murtabak style sendiri janji ada gak macam murtabak.

Meh nak bagitau bahan untuk membuatnya..

1. Daging kisar
2. Sayur campur
3. Bawang putih
4. Bawang holland
5. Serbuk Lada hitam
6. Serbuk lada sulah
7. Garam
8. Minyak untuk menumis dan goreng (sedikit sahaja)
9. Cheese Cheedar
10. Telur
11. Kulit popia

Caranya pula..

1. Panaskan kuali. Masukan sedikit minyak . Setelah itu masukkan.bawang putih dan bawang holland.
2. Dah agak layu sedikit boleh lah masukkan daging kisar. Daging dah agak masak boleh lah masukkan sayur campur serbuk lada hitam serbuk lada sulah dan juga garam.
3. Gaul kan sebati dah cukup rasa semua bolehlah angkat. Ketepikan bagi sejuk dulu.
4. Pecahkan telur dan satukan bersama inti daging yang telah disediakan awal tadi.
5. Kulit popia kirai kan satu satu senang nak buat nanti.
6. Ambil satu kulit popia letakkan inti tengah dan cheese diatas inti . Boleh lah lipat 4 segi. (Tengok gambar)
7. Buat sehingga habis inti.
8. Boleh lah digoreng dengan minyak yang sedikit.
9. Garing boleh angkat.
10. Siap.

*Balance yang tak goreng boleh frozenkan

Semoga dengan perkongsian ini boleh gak jadikan menu untuk ibu yang ketandusan idea.

#RESEPISELASA
#KELUARGAKUNMING

Credit: syikin halim

10. RESEPI POPIA CARBONARA CHEESE TARIK
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Nah sis share resepi popia carbonara cheese tarik.. aihh panjang bebeno namanya.  haha.

Bahan bahan.. (Sukatan pandai pandai korang la yer haha)

Kulit popia
Isi ayam
Sosej
Cendawan (sis guna dalam tin)
Sos carbonara prego
Serbuk lada hitam
Serbuk Oregano
Sos tiram
Butter
Bawang putih
*Cheese mozarella

Cara cara...

1. Panaskan butter. Tumis bawang putih. Masukan isi ayam. Separuh masak. Masukkan sos carbonara, sosej, cendawan, serbuk lada hitam, oregano, sos tiram. (jangan masukan garam. sebab dah masin).. Kacau. Bagi semua mix.

p/s: NAK TAMBAH CARROT PON BOLEH. TAPI KALI NI SIS TAK BUH PON

Tunggu masak.. Biarkan sejuk seketika.

2. Amik kulit popia. Bentangkan dalam talam. Sudukan inti carbonara tadi. Pastu tabur cheese. Lagi banyak cheese lagi syok nak tarik.. Gulung macam biasa. atau nak buat bentuk segi 3 pon boleh. Atas kreativiti memasing.

3. Dah siap proses menggulung. Boleh la goreng. Nak buat frozen pom boleh. Tapi goreng dulu separuh masak. And then simpan peti ais. Makan panas panas sedapp oii. Main tarik tarik cheese gituu.

SELAMAT MENCUBA SAYANG SAYANG KU..

Resepi Januari 2018. Baru harini rasa nak share sini.

Kredit: fadhilah arelah

11. RESEPI PISANG GORENG CHEESE
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Okey ni Cik Tiha nak update resepi pisang goreng cheese..

Bahan bahan:-
Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar marjerin
1 biji telur

Cairkan mentega.
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping:-
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ disagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan

Cara-caranya:

Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju..
Kacau rata.
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi.
Gaul rata.
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai.
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan.

Enak di makan ketika masih hangat. Haaaa dah jimat duit korang kat sini tak perlu beli..buat sendiri je...

Kredit: cik tiha

12. RESEPI MACARONI CHEESE BAKED
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan:-

(A) Macaroni
Rebus macaroni bersama sedikit minyak (supaya tidak melekat)

(B) Sos Merah:-
Tumis 3 ulas bawang putih, 2 biji bawang besar, 2 sudu cili kering (resepi asal bawang dipotong dadu)

Masukkan 1 botol sos spaghetti Prego, sos tiram, sos cili, oregano

Masukkan isi ayam, cendawan butang, karot, pepsicum, tomato (potong dadu)

Masukkan macaroni yang telah direbus dan kacau rata

- Tutup api dan isi dalam bekas

(C) Sos Putih:-
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
3 keping sliced cheddar cheese

- Masakkan di atas api dan kacau sehingga sebati dan sedikit pekat
- Kemudian tuang sos putih dalam bekas yang telah diisi macaroni dan kacau sebati di dalamnya.

(D) Topping - Mozarella cheese

Disebabkan lupa nak beli mozarella cheese, saya hanya guna cheedar cheese sebagai topping. Rasa lebih kurang sama cuma takde effect tarik chewy macam mozarella cheese hehe.

Credit: aisya amiruddin

13. RESEPI POPIA KETAM CHEESE
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Semalam dah buat.. Pagi ni buat lagi.. anak anak berebut-rebut.. tak cukup...

Jom try...senang sesangat.. 3 bahan jer:

KULIT POPIA
FILAMEN
CHEESE

Resepi follow gambar yea.

Credit: norhamidah abdul hamid

14. RESEPI ROTI CANAI CHEESE
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Untuk breakfast pagi tadi... roti canai cheese.

550 gram tepung gandum
250 ml air
1 biji telur
60 ml susu pekat
15 gm marjerin

Campur semua bahan.
Masuk dalam tepung.
Uli 10 minit sampai kenyal.
Rehatkan 5 min.
Uli lagi.. perap 3 jam.
Leperkan, tabur cheese.
Bakar atas kuali.
Siap!

Credit: norhamidah abdul hamid

15. RESEPI SPIRAL CHEESE YUMMY
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
resepi pkpb masakan berasaskan cheese
Bahan bahan yang saya buat ni Dapat banyak..Sebab Saya buat dalam bekas besar dan buat sekali dalam aluminium foil yang kecik kecik ..Kalau nak buat sikit boleh kurangkan kuantiti dari resepi asal..

Sebenarya resepi asal dari lasagna..Cuma saya olah guna spiral supaya lebih mudah..boleh jugak tukar ke makaroni ..bagi saya hanya 2 pasta ni saje yang sesuai dan lebih sesuai selain guna kepingan lasagna

Bahan-bahan:

Sos daging:
2 pack pasta (spiral).. rebus hingga lembut dan toskan
1 pack daging cincang
6 batang sosej - potong bulat
2 biji bawang Holland- potong dadu
5 biji bawang putih- cincang halus
4 sudu besar cili Mesin
4 sudu besar sos cili
3 biji tomato- cincang halus
3 botol sos spagethi kimball
1 tin cendawan hutang- hiris *jika suka tapi saya tak letak
1 sudu besar serbuk lada sulah
Oregano
Garam
Sedikit gula

Sos putih:
2 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
600-700 ml susu segar
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
100 gram cheese (Saya guna chedar Beqa blok)

Hiasan:
Bebola daging - grill kejap (saya letak dalam air fryer)
Lada benggala - potong dadu
Mozzarella cheese
Oregano

#resepispiralcheeselasagna
#carasaya

Kredit : Jamiah Tulisman

Moga bermanfaat dan selamat mencubaa!

Till next time, daa~ wassalam! :)

PKPB SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Kedah & Sabah

$
0
0

TERKINI! PKPB SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Kedah November - Disember 2020 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sejak dari haritu ramai orang terutamanya bakal pengantin perempuan mahupun lelaki tertunggu-tunggu bila lah SOP pernikahan akan dikeluarkan oleh kerajaan majlis agama JAIS Selangor. Katanya nak umum SOP nikah pada 10 November 2020 tapi sampai ke harini belum ada kenyataan official. Cuma saya baru dapat tahu ada certain negeri yang sudah pun keluarkan SOP majlis akad nikah, cerai dan ruju' yang dikuatkuasakan sepanjang PKPB berlangsung. Iaitu Kedah dan Sabah. Negeri lain saya tak pasti tapi setakat ni rasanya belum lagi keluarkan gambar atau file PDF berkaitan perkara ni.


[TERKINI] SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Kedah Sepanjang PKPB


"Alhamdulillah pejabat agama islam negeri kedah dah selaraskan SOP. Tunggu  Majlis agama Selangor dan negeri lain pun selaraskan SOP juga. Event hiburan boleh diluluskan. Takkan majlis Nikah dan yang tak perlu ramai orang susah nak benarkan photographer dan videographer bekerja kan." - netizen S.

sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
PINDAAN PERKARA 6 DALAM ARAHAN TATACARA PERKHIDMATAN NIKAH, CERAI DAN RUJU' (NCK) DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID) SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) BERMULA 9 NOVEMBER 2020 SEHINGGA 6 DISEMBER 2020

3. PINDAAN

Majlis hanya boleh dihadiri oleh pihak-pihak tidak melebihi lapan (8) orang seperti ketetapan berikut:

- seorang (1) Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju' (PPNCR) sebagai Jurunikah,
- dua (2) orang saksi dalam kalangan Pegawai Masjid atau Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid,
- seorang (1) pengantin lelaki,
- seorang (1) pengantin perempuan,
- seorang (1) wali dari pihak pengantin perempuan, dan
- dua (2) orang jurufoto

4. KUATKUASA

Arahan ini adalah berkuatkuasa bermula pada 11 November 2020 sehingga terdapat arahan terkini dari semasa ke semasa.
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020

[TERKINI] PKPB SOP Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Negeri Sabah


Kenyataan Media YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan II Negeri Sabah
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
C. OPERASI PENGURUSAN NIKAH, CERAI DAN RUJUK (NCR) NEGERI SABAH

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) membenarkan urusan nikah, cerai dan rujuk (NCR) tiga hari seminggu di semua pejabatnya berkuat kuasa 16 Nov hingga 12 Dis ini atau sepanjang tempoh Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti di Lampiran A:

AKTIVITI DAN PROTOKOL

1. Urusan Kaunter

- Pengunjung diwajibkan mendaftar diri dengan menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis maklumat diri ke dalam buku khas yang disediakan dan melakukan pemeriksaan suhu.
- Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka dan mengamalkan Penjarakan fizikal ketika berurusan di kaunter.
- Hanya orang berurusan sahaja yang dibenarkan masuk ke premis.

2. Akad Nikah

- Upacara akad nikah hanya dibenarkan di pejabat JHEAINS sahaja.
- Temu janji akad nikah hendaklah setelah mendapat kelulusan berkahwin dari Pendaftar NCR. 
- Upacara akad nikah hanya boleh dihadiri oleh pasangan lelaki, pasangan perempuan dan wali sahaja.
- Tarikh upacara akad nikah akan ditentukan oleh Pendaftar NCR berdasarkan kekosongan waktu yang ada.

3. Temuduga Khas Preperkahwinan Islam MBKPI

- Temuduga khas ini hanya terbuka kepada pasangan yang akan melangsungkan upacara nikah dalam tempoh PKPB sahaja.
- Pemohon hendaklah melengkapkan terlebih dahulu borang Permohonan Kebenaran Kahwin beserta dokumen-dokumen yang diperlukan.
- Yuran sebanyak RM50 dikenakan kepada peserta.

4. Kursus Praperkahwinan Online

- Terbuka kepada mana-mana individu yang belum berkahwin dan yang bermastautin di negeri Sabah sahaja.
- Yuran sebanyak RM75 dikenakan kepada peserta.
- Pautan penyertaan boleh dibuat di https://forms.gle/Xkv5jiUDbRp2KGCAA (Borang Permohonan Kursus Praperkahwinan Islam MBKPI JHEAINS - Kursus Dalam Talian (Online))
- Kursus ini mengandungi 4 tajuk utama dengan jumlah masa 5 jam sahaja.
- Maklumat lanjut boleh berhubung melalui no. Tel: 088-522222/ 522205 (Zulfadhli/ Rahatul)
sop nikah pkpb terkini 2020
sop nikah pkpb terkini 2020
Maklumat lanjut dan lampiran SOP di https://command.sabah.gov.my


Moga bermanfaat! Jangan lupa share pada yang nak membina masjid tuu hehee.


Till next time, daa~ wassalam! :)

SERAM TELAGA BARHOOT - tempat roh orang-orang kafir berkumpul (lembah) #hadis

$
0
0

SERAM TELAGA BARHOOT - tempat roh orang-orang kafir berkumpul (lembah) #hadis

Ditulis oleh: twitter @BudakKairo


TELAGA BARHOOT (بئر برهوت)


Pernah dengar tak nama telaga ni? Mesti ada yang pernah dan kebanyakan tak pernah dengar.

telaga barhoot lembah roh orang kafir
telaga barhoot lembah roh orang kafir

Telaga Barhoot ini terletak di Hadramaut, Yaman. Berada jauh dari kawasan penempatan manusia dan digelilingi gurun pasir yang luas.


Kenapa dengan telaga ni? Kan banyak lagi telaga ...


Telaga ni merupakan salah satu telaga atau punca air yang ada didalam hadith Nabi.


Rasulullah bersabda:

Sebaik-baik air di atas muka bumi ialah air zam-zam. Padanya makanan dari segala makanan dan ubat segala penyakit.


Dan seburuk-buruk airdi atas muka bumi ialah air pada lembah Barhoot berdekatan Hadramaut, Yaman.”


(Hadith Sahih riwayat At-Thabarani pada kitab Al-Kabir,  Dhiak Al-Muqaddasi pada kitab Al-Mukhtarah dan Ibnu Hajar pada kitab Az-Zawaaid)


Kenapa seburuk-buruk air?


Dikatakan Telaga ini menjadi tempat berkumpulnya roh orang-orang kafir. Beberapa orang sahabat Nabi ada meriwayatkan antaranya:


1. Sayyidina Ali ibn Abi Talib


“Sebaik-baik lembah subur bagi manusia ialah lembah Makkah. Dan seburuk-buruk lembah bagi manusia ialah lembah Ahqaf dekat Hadhramaut yang dinamakan Barhoot yang padanya ada roh-roh orang kafir.”

(Riwayat Abdul Razzaq, Ibnu Asakir dll)


2. Anas ibn Malik


“Dan segala ruh orang-orang kafir itu di satu lembah dekat Hadramaut yang disebut namanya Barhoot.” (Diriwayat oleh Ad-Dailami)


3. Abdullah ibn Amr 


“Sungguhnya segala ruh orang kafir berhimpun di Barhut.”

(Riwayat Ibnu Hibban, Ibnu Asakir & Ibnu Mandah)


Telaga ini antara tempat yang dibenci oleh Allah diatas muka bumi ini.

Bahkan para ulama mengeluarkan hukum makruh berwuduk menggunakan air telaga ini.


Kedalaman hanya 300+ kaki. Dikelilingi ular dan burung merpati. Berbau busuk dan kedengan bunyi air yang mengalir dibawah bagaikan suara yang menyeramkan.


Roh orang yang beriman akan naik ke pintu langit. Akan tetapi roh orang kafir akan berkumpul disini. Tengok la video di Youtube tajuk: Our frightening adventure in the Barhout Well بئر برهوت. [LINK]


Tempat ni bukan rekaan semata-mata tau. Tapi teringat macam cerita hantu yang keluar dari perigi tu....huhu.


Moga bermanfaat!


Till next time, daa~ wassalam! :)

23 Contoh Cover Letter (CV) & Panduan Template BM BI - Mohon Kerja, Internship

$
0
0
23 Contoh Cover Letter (CV) & Guidelines Template BM BI - Mohon Kerja, Internship/ Praktikal | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Saya pernah buat satu entri berkaitan dengan pengalaman praktikal saya di Bank Rakyat Seremban, Negeri Sembilan. Di situ ada saya bercerita macam mana cara saya apply untuk membuat latihan industri (LI) di bank memandangkan course degree saya di UPM adalah Major Matematik. Ada juga lah saya attach kan sekali contoh cover letter (CV) yang simple, ringkas tapi bukan lah yang terbaik kan haha. Dan di bahagian komen, ramai yang minta saya email kan mereka contoh cv dan resume terutamanya.

Yela kan.. as we know.. The most important thing untuk mohon internship ataupun permohonan kerja jawatan kosong; tak kisah sama ada kerajaan mahupun swasta, adalah cover letter dan resume/ curriculum vitae (CV).

Saya ingat lagi dulu dulu time study kat UPM. Kami diberi tugasan untuk buat sendiri resume dan cover letter. Sebab nak submit application of internship officially mesti lah kena ada dua benda penting tu. Dah lah tak pernah buat, tak pernah didedahkan sebelum tu.. Apa lagi.. Terus tanya abang kakak ada tak contoh resume dan CV. Tak cukup dengan tu, search google, tanya kawan kot-kot dorang tahu kan. Bertambah blur sebab tak tahu nak tulis dalam bahasa melayu ke english hahaha. Kelam kabut woi masa tu hahaha.

Sebab tu lah di sini saya ada sertakan pelbagai contoh + template cover letter (ada dua versi bahasa Malaysia BM & Bahasa Inggeris BI) yang boleh dijadikan rujukan, panduan, guideline untuk mereka yang fresh graduates, students university, pelajar sekolah yang baru habis SPM, yang baru nak berkecimpung dalam bidang kerja, yang belum lagi ada pengalaman atau tunjuk ajar dari sesiapa sebelum ni.

Ada CV yang versi surat dan ada juga template yang versi nak hantar melalui email. Email ni secara rasmi juga tapi kalau tengok situasi covid sekarang ni, pkpb pkpd pkpp pkp bagai.. the best solution is hantar melalui email dan attach kan apa yang penting.

Entri ni khas untuk cover letter.. inshaaAllah di masa lain saya buat pula untuk resume okayy?

23 Contoh Cover Letter (CV) & Template BM BI - Mohon Kerja, Internship/ Praktikal/ Latihan Industri (LI)


contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv

contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
Credit to: twitter worknco, aaizatnizam, resume_kreatif, pickusio, bicararesume.

Moga bermanfaat!

Jangan lupa share pada yang lain. Moga berpanjangan lah ilmu berguna ini yew hehe.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




tips kurus cepat PKP PKPB PKPD lelaki & perempuan ~ Wordless Wednesday

Tips Video Call Interview/ Temuduga Kerja dari Rumah ~ Wordless Wednesday

$
0
0

PENTING! Tips Video Call Interview/ Temuduga Kerja dari Rumah ~ Wordless Wednesday


tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga kerja
tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga kerja dari rumah pkpb
tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga kerja dari rumah pkp
tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga pelajar student fresh graduate
tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga kerja dari rumah pkpd

Credit to: RESUME KREATIF


BACA JUGA:


23 Contoh Cover Letter (CV) & Guidelines Template BM BI - Mohon Kerja, Internship/ Praktikal


CONTOH SOALAN TEMUDUGA SPA | SOALAN BOCOR INTERVIEW KERAJAAN


Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "kenapa nak bekerja di sini?"

Cara buat best nine 2020 instagram | How to do #2020bestnine on ig

$
0
0

Cara buat best nine 2020 instagram.. How to do #2020bestnine on ig | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! PEJAM CELIK PEJAM CELIK.. Eh dah pagi. Hahhaha. Rasanya baruuuu je haritu buat entri cara membuat best nine 2019 on instagram.. and now? Cara buat best nine 2020 sudahhh. We already berada di penghujung tahun 2020! Lagi 2 hari kita akan bertemu dengan bulan Disember. Kemudian Januari 2021! Fuhh memang betul lah. Masa berjalan dengan begitu pantas sekarang ni. Tup tup nak masuk tahun baru. Ramai yang tak sabar nak ke tahun 2021, melupakan tragis covid 2020, pkp pkpb bagai. Yeah i know.. i feel that too.


Walaupun banyak yang pahit 2020 ni.. tapi ada juga yang manis. Banyak pengajaran juga yang dapat. Banyak kali juga jatuh.. tapi inshaaAllah setiap kali bangkit tu moga semakin matang dan meningkat keimanan. Aamiin.


Cara buat best nine 2020 instagram | How to do #2020bestnine on ig

cara buat best nine 2020 instagram ig
cara buat best nine 2020 instagram ig
Okay straight to the point! Macam mana cara nak buat best nine 2020 on ig? Senang saja. Tak perlu masukkan nombor phone atau verification SMS ke. No need to sign up or daftar anything.


Just go to the..


https://bestnine2020.com/ ATAU https://bestnine.net/. Ada dua platform. Suka hati nak pilih yang mana satu. Cuma kalau bestnine.net tu lembab sungguh! Menguji kesabaran dan ketabahan jiwa haha. Yang bestnine2020 tu laju, cepat, pantas dan lebih mudah. Tak perlu nak tunggu lama lama.

cara buat best nine 2020 instagram ig
cara buat best nine 2020 instagram ig
cara buat best nine 2020 instagram ig
cara buat best nine 2020 instagram ig
Kemudian, masukkan username ig (instagram ID) anda di ruangan kosong yang disediakan. Then, klik GET atau MAKE.


Wait for a while..... DONE!


Kalau nak share keputusan best nine 2020 ig anda tu, boleh save the image / download the image first. Then, upload lah di akaun instagram masing masing with the caption #2020bestnine or #bestnine2020 or any other related hashtag that you want to put.


Cara buat best nine 2020 facebook? | How to do #2020bestnine on fb, twitter?


Best nine ni ada untuk instagram je ke? Kalau facebook, twitter atau sosial media lain takde ke? Itu saya tak pasti. Setakat yang saya tahu, tak ada pula. Rasanya best nine memang khas untuk ig. Wallahu'alam.


Sebenarnya setiap tahun ada je berlangsung 'upacara' / trend viral best nine ni. Bezanya adalah angka tahun tu saja. Saya start buat benda alah ni sejak 2017 yang lalu. And every year i love to do it. Walaupun tahun ni.. personally for me, tahun yang PALING sedikit saya upload gambar di ig, tapi nak juga buat bestnine 2020 haha.


Boleh kira berapa ketul saya letak gambar di akaun instagram saya. Tak tahu lah disebabkan faktor usia ke apa.. tapi memang dah tak ada rasa excited nak upload apa apa di sosial media. Kat facebook pun sikit je saya post.


Maybe i just love to keep mine in private. Lagipun banyak duduk kat rumah kan. Tak boleh keluar jalan jalan atau travel pun sebab covid. So nak upload gambar apa je hahaha.


keywords: cara buat best nine 2020 on instagram, how to use best nine, best nine instagram, instagram best nine 2020, cara buat 2020 best nine instagram, best nine 2020 ig, bestnine2020, best nine 2020 facebook, how to 2020 best nine, foto #2020bestnine, cara buat best nine instagram 2020, cara membuat 2020 best nine, cara buat best nine 2020, cara buat best nine 2020 instagram, cara membuat best nine instagram 2020, cara buat best nine instagram, cara membuat best nine 2020 di instagram, cara mudah membuat best nine 2020 on instagram, cara buat #2020bestnine on instagram, cara buat #bestnine2020 instagram, cara bikin best nine instagram 2020.

CINCIN MERISIK, TUNANG & NIKAH | beza, harga, contoh design, adat

$
0
0

CINCIN MERISIK, TUNANG & NIKAH.. beza, harga, contoh design, adat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ehem ehem.. cerita pasal cincin merisik, tunang dan cincin nikah ni ada apa apa ke Sayidah? Hahaha. Anggap lah ini hanya untuk menimba ilmu pengetahuan ya. Sebab dulu saya ingat cincin untuk majlis majlis tertentu sama je semuanya. Bezanya adalah dari segi harga dan bentuk sahaja. Rupanya tidak.


Kalau cincin merisik, ada jenis cincin nya. Kalau cincin tunang, lain pula jenis nya. Kalau untuk nikah pun ada jenis nya yang tertentu. Tapi yelah orang kata ni hanya lah adat orang Melayu semata-mata. Tak semestinya wajib nak kena ikut. Tiada paksaan untuk follow. Yang penting, beli lah mengikut kemampuan kewangan masing-masing kan..

cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah

Cuma di bawah ini saya share sedikit panduan (guidelines) untuk bakal pengantin yang belum tahu apa perbezaannya atau tiada idea nak mulakan dari mana.


Mungkin daripada koleksi contoh gambar design cincin di bawah boleh beri anggaran budget perbelanjaan 'one step closer' atau bantu mereka yang sedang kebuntuan nak merisik ke atau terus tunang ke.. atau tak payah susah susah terus je masuk ke fasa persediaan bernikah.


CINCIN MERISIK, TUNANG & NIKAH | beza, harga, contoh design, adat

Ditulis oleh: Lean


"hi lean, memandangkan emas tengah turun sekarang, tolong recommend range harga untuk cincin risik, tunang dan nikah"


CINCIN MERISIK, TUNANG & NIKAH


Merisik - Cincin Belah Rotan


Berat cincin ada je yang dari 0.7+g. Mungkin ada yang lebih kecil, tapi tu saiz budak la kot ya?


So tengok dari emas semasa dalam range RM 250++ boleh dapat lagi, depends on berat & padat. 


Lean sertakan contoh gambar.

cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah

CINCIN TUNANG - Cincin yang ada batu permata


Kebiasaannya orang akan beli cincin yang ada batu permata. Harga cincin ni tak ada kebergantungan pada harga emas. Selalunya, memang nett. 


Range harga dalam RM 400+ depends on design & batu yang ada.

cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
CINCIN NIKAH

- Konsep yang sama macam cincin tunang, cuma lebih extra la. Hehehe..

cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
Cincin nikah ni tak semestinya ada pon. Boleh digantikan dengan gelang tangan, rantai leher atau lain-lain.


Tapi ni semua adalah adat semata-mata. Ada je yang gunakan cincin belah rotan sebagai 2 tanda, merisik & tunang. Manakala range cincin tunang sebagai cincin nikah. 


Semuanya bergantung pada kita & pasangan mahukan cincin yang bagaimana sebagai tanda ikatan sebuah hubungan.


Credit to: twitter twtmalaywedding


Little recommended from someone:
"Kedai Emas Sri Tanah Merah. Recommended gila. Free upah all design"

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:





Kes 'pendakwah' selebriti Da'i Syed didakwa merogol.. PENGAJARAN & PESANAN BUAT LELAKI, WANITA!

$
0
0

Kes 'pendakwah' selebriti Da'i Syed didakwa merogol.. PENGAJARAN & PESANAN BUAT LELAKI, WANITA! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang tak tahu tentang 'asal usul' kes pendakwah selebriti Da'i Syed yang sedang dalam siasatan polis, yang masuk berita semalam.. Let me give you the ringkasan ceritanya. Segalanya bermula apabila minggu lepas kawan kepada si mangsa rogol Da'i Syed membuka thread di twitter. 'Spill the tea' kisah bagaimana si mangsa dirogol. Memang habis viral sampai top trending di twitter. Tapi masa tu tak masuk berita lagi. Start makin 'panas' ceritanya bila Da'i Syed buat laporan polis menafikan tuduhan/ dakwaan rogol. TAPI kemudian the plot twist.. tindakan tersebut di'balas' dengan si mangsa rogol pula pergi balas polis membuat report/ laporan. Selepas tu, makin ramai mangsa Dai Syed yang tampil memberi kenyataan dan memfailkan dakwaan berkaitan siasatan kes rogol & cabul membabitkan 'pendakwah' selebriti tersebut.


Terkejut kan? Macam tak percaya kan? Title Da'i tapi Allahu.. laporan polis yang dibuat oleh mangsa dah sampai TUJUH bilangannya setakat ni. My parents first time dengar kat berita TV semalam pun tanya saya siapa pendakwah selebriti yang kena tahan ni? Betul ke?

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol | image: twitter @DaiSyed_
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
Saya taknak komen lebih lebih tentang ni sebab belum keluar lagi keputusan akhir tentang dakwaan Da'i Syed benar atau tidak, bersalah dan dijatuhkan hukuman ataupun tidak... tapi dah ada 7 report polis dari mangsa? Hmm i don't know what to say anymore.. Wallahu'alam. Yang pasti saya takdelah support Da'i Syed dengan hashtag #standwithdaisyed yang tengah trending di twitter sekarang hahaha.

Hanya mampu berdoa moga kebenaran akhirnya akan menang dan yang menganiaya akan mendapat balasan hukuman yang setimpal!

Tapi rasa terbakar lah juga bila ada pihak yang menyalahkan si mangsa perempuan/ wanita.


Mereka kata "kalau tak melayan takde nya jadi benda tu". Ada juga yang kata "kenapa b*d*h sangat pergi ikut si Syed tu balik rumah?". Ada juga yang kata "kalau dah kena perkosa tu kenapa diam je? Tak buat laporan polis terus?" (ya Allah panasssnya hati  den bila baca komen komen ni!).

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol

Ok first of all.. PLEASE DON'T EVER SALAHKAN MANGSA JIKA MELIBATKAN JENAYAH ROGOL. It is a crime. Lelaki tak ada hak nak merogol dalam situasi apa pun. Jika dah disahkan salah, salahkan perogol. So, tak kira lah siapa pun, pangkat jawatan apa pun, kuasa tinggi ke rendah, rupa paras handsome ke tidak.. gelaran Da'i ke, ustaz ke, PU ke, Imam Muda ke, mufti ke, ayah ke abang ke... please blame the rapist, not the victim.


Second, sebelum nak komen fitnah terhadap mangsa.. READ THIS..

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
"Polis sahkan seorang Penyanyi/ penceramah bebas/ pengacara ditahan jam 11 malam tadi bagi bantu siasatan kes rogol. Suspek berusia 25 tahun akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman-Ketua Polis Daerah Shah Alam. Siasatan awal mendapati mangsa keluar dengan lelaki itu yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 11 September tahun lalu.


Tujuan pertemuan itu adalah bagi berbincang berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi mangsa dengan kaedah perubatan Islam. Lelaki itu bawa mangsa makan di kedai makan sebelum balik ke rumah dengan alasan untuk beri penerangan mengenai penyakit kemurungan. Mangsa yang didakwa diperkosa diberikan amaran supaya merahsiakan kejadian itu sebelum dihantar pulang keesokan hari guna Grab.


Seorang penceramah bebas/ penyanyi/ pelakon ditahan reman 5 hari bagi bantu siasatan kes merogol seorang wanita di Seksyen 7 Shah Alam pada tahun lalu. Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam, Mohd Zamir Suhaime sehingga selasa depan (1 Disember 2020)" - Editor/ Journalist (Wartawan) ntv7.


Bukti perbualan dengan mangsa rogol (diambil di twitter):

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
[TERKINI 30 November 2020]

Polis menerima 6 laporan kes melibatkan seorang bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan. Kes disiasat dibawah kesalahan kesalahan seksual 376 KK (rogol), 354 KK (cabul), 377 (c) (seks luar tabii) dan 323 KK (mencederakan). - Astro Awani.


[TERKINI 1 Disember 2020]

TUJUH LAPORAN SALAH LAKU SEKS MELIBATKAN PENDAKWAH SELEBRITI. Polis telah menerima tujuh laporan berkaitan kes salah laku seks melibatkan pendakwah selebriti. 7 laporan setakat ini. Ada lagi ke mangsa lain? Kalau ada sila buat laporan polis. #AWANI745 #AWANInews - Berita Astro Awani.


“Kebanyakan mangsa adalah penuntut dan ada yang sudah bekerja termasuk guru usia 22-26 tahun dan mereka adalah pengikut laman Instagram suspek” - Pengarah JSJ Bukit Aman.

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol

Kes 'pendakwah' selebriti Da'i Syed didakwa merogol.. PENGAJARAN & PESANAN BUAT LELAKI & WANITA!

Ditulis oleh: Adnin Roslan (tarbiah sentap)


Kes "pendakwah" yang didakwa merogol ni, ada beberapa benda yang KITA SAMA-SAMA boleh belajar. Kes tu siapa betul siapa salah, kita doakan Allah tunjukkan kebenaran.


Tapi, apa pengajaran yang kita boleh ambil?


Saya kongsikan beberapa noktah.


1) Noktah pertama, IKUT PERINTAH ALLAH, PASTI SELAMAT.


Dalam hal ini, saya nak umumkan isu, yang mana kes rogol di Malaysia meningkat setiap tahun, yang mana, purata dari 1500 hingga 3000 kes setahun. Itu rogol.


Zina pula? Kes anak luar nikah yang didaftarkan, purata 50,000 kes!


Dalam hal ni, apa yang Allah perintahkan? Satu ayat yang sangat famous tapi amat ramai yang pandang remeh.


"Jangan kamu DEKATI ZINA. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.."

(Surah Al Isra' ayat 32).


Sabar. Baca sampai habis tau.


Cantiknya ayat ini, Allah guna perkataan "ولا تقربوا" yang bermaksud "Jangan kamu mendekati". Allah tak kata jangan berzina. Tapi, mendekati zina pun tak boleh!


Apa apa perbuatan yang boleh mendorong dan triggerd kita ke arah zina, ianya dilarang oleh agama. Apa contohnya?


Mata. Melihat perkara yang boleh mendorong kepada zina seperti aurat ajnabi samada ringan or berat. Movie drama yang penuh unsur aurat & pergaulan bebas misalnya, hinggalah ke porno. Elakkan. Susah? Ya, tapi perlu usaha.


Kerana tu, Allah dah firman dlm surah Annur ayat 31 tentang ini. 

Pergaulan (Ikhtilat) antara lelaki dan wanita bukan mahram (ajnabi). Islam mengharamkannya KECUALI jika ada hajat atau dharurat. Itu pun wajib jaga adab dan batas. Namun, berapa ramai yang tak jaga benda ni?


Berkawan, couple, chat, video call berlainan jantina?


Telinga. Dengan mendengar lagu-lagu yang mendorong kita ke arah pergaulan bebas, cinta sebelum nikah, apatah lagi lucah, soft porn pada video clip, itu semua pun perlu kita jauhi kerana ia ada perkara yang mendekatkan kita kearah zina dan menjadi rantai-rantai zina!


Mulut. Berapa ramai masyarakat hari ini buat lawak lawak lucah, gurau lucah, punchline lucah double meaning, apatah lagi sampai phone sex dan sebagainya, ia juga satu dosa yang wajib kita hindari.


Tak lawak pun gurau benda tu.


 

Hati. Andai kita membayang-bayangkan perkara-perkara lucah, ia juga sebahagian dari zina hati yang wajib kita usaha untuk hindari.


Ini semua rantai rantai yang boleh mendekatkan kita pada zina yang Allah perintahkan untuk kita jauhi.


Kenapa?


Jom masuk noktah kedua.


2) Noktah kedua, SEMUA ORANG ADA NAFSU.


Sahabat sekalian, kenapa Allah suruh jauhi zina, sebab kita semua ada nafsu! Tak kisahlah doktor ke, ulama' ke, engineer ke, ahli politik ke, student ke, tua muda, laki perempuan, hatta ustaz yang pakai serban 18 tingkat, pun ada nafsu!


Dan, nafsu manusia ni, unexpected. Bila "dia" nak mengamuk tu, seram jugak. Sebab tu, jangan triggerd nafsu kita dengan mendekatkan diri kita pada rantai-rantai zina yang saya dah ulas tadi!


Nampak macam kecil, tapi kesannya besar. Jadilah apa yang terjadi sekarang.


Kerana itu nasihat saya, jaga ikhtilat.


Kalau korang nampak "ustaz" atau "pendakwah" yang tak jaga ikhtilat, jenis suka kacau perempuan, chatting dan video call sembang benda benda lagha dan merapu, buat pickupline dekat perempuan, nasihat saya, berhati-hatilah untuk ikut mereka.


 

Baik, 2 noktah awal ni basically adalah asas penting yang saya nak kita semua faham. So, saya nak masuk point besar pula. Sorry kalau panjang.


Tapi saya tulis ni untuk diri saya sendiri dapat amalkan. Tegur saya kalau nampak saya silap. Ok jom sama sama baca dan fahami. Tarik nafas..


3) Noktah KETIGA, KELEMAHAN LELAKI.


Wahai lelaki, tak kisahlah muda atau tua, ustaz atau orang awam, instafamous influencer atau netizen, artis penyanyi pelakon atau sesiapa sahaja, ketahuilah, kelemahan kita adalah wanita.


Tak percaya? Jangan tipu diri sendiri.


Allah berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ

(Ali-Imran:14)


Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”


Nabi saw juga pernah bersabda:

"..berhati-hatilah terhadap dunia dan wanita, karena fitnah yang pertama kali terjadi pada Bani Israil adalah karena wanita.”

(HR Muslim).


Juga, Nabi SAW bersabda: 

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]


Ada banyaak lagi dalil-dalil yang menyatakan tentang kelemahan lelaki ini. Jadi sebagai lelaki yang beriman, wajib untuk kita menjaga batas pergaulan, batas ikhtilat, menundukkan pandangan, dan menjauhi segala perkara yang boleh mendatangkan dosa atau membuka ruang fitnah.


Tapi...

Tapi... Mengapa kita tak jaga benda ni? Bahkan kita melayan nafsu kita, samada kita tergoda dengan wanita atau kita yang menggoda wanita, lalu merosakkan hati kita dan hati mereka?


Adakah kita tak rasa bersalah? Apatah lagi orang yang dapat nikmat belajar agama dan ilmu agama...

 

.. sepatutnya, sesiapa yang dapat nikmat belajar agama dan ada ilmu agamalah yang lebih cakna dan menjaga perkara ini! Agar menjadi contoh telada bagi orang awam.


Tapi, malangnya, wujud segelintir orang yang menggunakan agamanya untuk melakukan dosa dan pertahankannya. Nauzubillah. 


 

Ada yang konon-konon menjawab soalan agama si wanita, lalu mula mengambil kesempatan nak jumpa, atau mula chat benda yang private lalu ke arah phone sex, bertukar gambar tak berpakaian lalu blackmail, serta disebarkan gambar tersebut.


Ini satu fitnah pada agama apabila yang buat benda-benda ni ialah pelajar-pelajar agama. Inilah akibatnya bila kita tidak berpegang pada nasihat Nabi SAW supaya berhati-hati dengan godaan dan fitnah wanita.


4) Noktah keempat, PESANAN BUAT WANITA.


Ya, wanita ni mulia kerana islam. Kalian adalah permata dan hiasan dunia yang terindah. Namun, andai kalian tak menjaga diri kalian, kalian akan menjadi fitnah terbesar bagi kaum lelaki. Kalian kena sedar hakikat itu...


Kerana itu, sebagai wanita muslim, saya menasihatkan beberapa perkara.


a) Tanamkan sifat malu yang tinggi dalam diri. Lagi tinggi sifat malu bila berhadapan dengan ajnabi, lebih mulia disisi Allah. Namun, malu biar bertempat. Ketika ada urusan, lakukanlah dengan penuh professional & beradab.


Sifat malu ini akan mendorong seorang wanita untuk MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA kerana dia malu auratnya dipandang oleh lelaki ajnabi. Sifat malu juga akan mendorong seorang wanita untuk menjaga ikhtilat dan tidak berbicara dengan lelaki atau berduaan dengan lelaki bukan mahramnya.


Namun... Bila hilangnya sifat malu, aurat mula didedahkan dengan penuh bangga dan tak rasa bersalah.


Mudah untuk termakan dengan pujukan dan kata-kata manis lelaki lalu sanggup mengikutnya, berkhalwat, dan ikut balik rumah, naik kereta berdua, keluar malam dan sewaktu dengannya.


Ya.. Wanita, kalian tidak boleh kawal nafsu lelaki. Tapi, kalian boleh kawal diri kalian agar tidak menjadi asbab triggerdnya nafsu-nafsu lelaki yang imannya bermasalah.


Maka, jaga diri dengan tingkatkan sifat malu.


b) Nak tanya bab bab agama, tanyalah pada ustazah, atau ustaz yang kita betul-betul yakin dengan ilmunya.


Sebab kadang, ada yang hanya minat dakwah oleh "pendakwah-pendakwah muda" yang hensem hensem je. Benda ni satu tipu daya iblis yang sangat halus.. Kita sangka, kita sedang menuntut ilmu, rupanya, sedang megikut nafsu.


Lagi lagi, jika "pendakwah" tersebut belum kahwin, lagilah kena berhati-hati. Sebab banyak kes saya dengar, bermula dengan tanya soalan agama, berakhir dengan phone sex, sebar gambar tak berpakaian, hatta berzina. Datang ke rumah "pendakwah" dengan harapan nak tanya bab agama, last-last menjadi mangsa.


Kadang-kadang, soalan yang kalian nak tanya pada "pendakwah muda kesayangan" korang tu, sebenarnya korang boleh search jawapan tu di google atau youtube. Dah ramai ulama' yang lebih alim telah menjawab. Lalu mengapa nak jugak tanya yang muda-muda? Sebab hensem?


Benda ni kena muhasabah bersama.


c) Jangan sesekali terima pelawaan lelaki untuk datang ke rumah tanpa mahram.


Tak kisah yang ajak tu kawan baik korang ke, atau artis kesayangan ke, cikgu ke, ustaz ke, jangan terima pelawaan.


Ingat, manusia ada nafsu. Jangan buat benda yang boleh membuka ruang fitnah.


d) Nak curahat? Carilah sesama jantina atau keluarga. Itu lebih selamat.


Tapi tula, ada segelintir wanita yang lebih memilih untuk luah masalah dekat lelaki.. Lebih selesa katanya. Jangan. Bahaya... Jangan sampai dah "terjatuh" baru nak tinggalkan benda ni. Elakkan.


Ada banyak lagi saya nak pesan, tapi, saya nak masuk noktah kelima pulak.


5) Noktah kelima, PESANAN KEPADA LELAKI.


Kepada lelaki, artis ke pelakon ke ustaz ke sesiapalah termasuk diri saya, jangan layan nafsu. Kawal.


Nafsu ni macam bayi. Kalau semua yang bayi nak kita bagi, boleh memudaratkan bayi tu. Kalau semua yang nafsu nak, kita suap & layan, mati iman kita!


Bila timbul je kes rogol ke zina ke, tak habis-habis salahkan perempuan. Macam saya pesan tadi, sepertimana perempuan tak boleh kawal nafsu laki, laki pun tak boleh kawal nafsu perempuan.


Sebab tu, kita kawallah nafsu kita sendiri. Pernah tak korang terfikir? Bila kes zina atau rogol, yang susah siapa? Siapa yang kena hilang dara? Siapa yang ada risiko pregnant? Siapa yang ada risiko trauma? Siapa yang ada risiko malu dan maruah tercalar?


Perempuan!


Yang kita ni laki, seronok layan nafsu tak fikir apa yang akan terjadi dan betapa zalimnya kita.


Sebab tu, dalam nak kurangkan isu-isu seperti ini, lelaki dan wanita kena sama-sama main peranan. Bukan sibuk salahkah itu ini itu ini, tapi diri sendiri tak nak berubah, lalu akhirnya menjadi punca ruang fitnah terbuka dan menjadi punca rantai-rantai zina berlaku.


Kan?


6) Noktah keenam, JANGAN PUKUL RATA.


Satu lagi pesanan yang saya nak kita semua faham, bila jadi satu kes melibatkan satu-satu orang, jangan pukul rata! Bila ustaz buat kes, semua ustaz buruk nama. Siap ada kata:


"Pendakwah semua tak boleh pakai. Sama je semua!"


Jangan macam tu.


Bila ada pelakon buat kes, kita pukul rata semua pelakon tak boleh pakai. Bila penyanyi buat kes, kita pukul rata, semua penyanyi tak boleh pakai. Neraca apa yang kita pakai? Hati hati.


Benda macam ni menanam sifat SANGKA BURUK yang tinggi pada orang yang dipukul rata.


7) Noktah ketujuh, BENCI PERBUATAN, BUKAN PELAKU.


Ini susah. Banyak diantara kita, bila sorang buat hal, kita benci orang tu, tapi tak benci perbuatan. Last-last, kalau orang tu dah bertaubat pun, still dibenci jugak. Elakkan jadi orang yang macam ni.


Tapi.... 

Bila orang benci kita atas perbuatan yang kita sendiri buat, kita tak boleh salahkan orang lain melainkan salahkan diri sendiri.


Sebab kita tak boleh kawal pandangan orang terhadap kita. Yang kita boleh kawal ialah diri sendiri. Sebab tu jaga diri dan jangan buat benda yang mengundang fitnah..


8) Noktah kelapan dan terakhir, NASIHAT KEPADA PENDAKWAH ATAU USTAZ...


Ingat, tanggungjawab kita besar. Orang awam buat banyak silap, orang tak kisah. Orang awam buat 1 kebaikan, semua puji. Tapi, agamawan ni, buat banyak kebaikan, orang tak kisah, tapi bila buat 1 keburukan, semua akan benci.


Sebab tu, jagalah diri sungguh sungguh. Allah jadikan benda macam tu sebab Allah nak jaga diri pendakwah tu sendiri supaya berhati-hati melakukan walau 1 keburukan. Sebab, apa yang anda buat, akan menjadi contoh pada yang lain Buat benda baik, orang ikut. Buat benda salah, orang ikut. Hati-hati.

 

Kerana itulah, sebagai pengakhiran ni, ada beberapa nasihat yang saya nak sampaikan terutama pada diri saya.


a) Kepada penasyid, elakkanlah buat lagu-lagu cinta islamik, atau yang mendorang kepada mengagungkan wanita ajnabi. Elakkan. Ia akan mengundang fitnah yang cukup besar. 


b) Kepada pendakwah muda terutamanya, jagalah ikhtilat. Biarlah orang anggap kita poyo atau sombong, tapi hanya Allah yang tahu usaha kita untuk menjaga diri dan hati dari fitnah wanita. Sekiranya tiada hajat atau dharurat, maka elakkanlah. Dan, kalau perlu, lakukan dengan professional.


c) Kepada influencer dakwah lelaki, tak perlulah buat pickupline-pickupline dan terlalu buat ayat yang boleh mendorong perempuan-perempuan taksub dan jatuh cinta pada kalian. Bertaqwalah pada Allah.


Kita buat dakwah, nak Allah suka ke nak perempuan suka? Nak islam naik atau nak followers naik?


d) Jangan berhenti menuntut ilmu dan berguru. Jangan rasa diri dah cukup. Dan, belajar ilmu agama ni bukan untuk jadi lebih hebat berkata-kata atau berdakwah. Tapi biarlah agar kita lebih dekat dengan Allah dan lebih taat padaNya.


Ingat, tundukkan nafsu kita dengan ilmu dan iman!


e) Kepada pendakwah wanita, nak dakwah, dakwahlah dengan penuh sopan santun & professional. Bukan gedik selfie upload gambar possing make up sini sana menayang kecantikan.


Kita nak orang tertarik dengan cantiknya agama, bukan cantiknya diri kita...


... Takut takut, budaya ni akan membuka ruang fitnah yang besar. Kerana itu, bertaqwalah pada Allah dengan mengambil jalan berhati-hati. Jgn risau, kalau ikhlas dalam dakwah, tak cantik pun, insyaAllah orang akan terkesan juga dengan dakwah kalian.


9) KESIMPULAN....


Kita semua manusia. Ada nafsu. Ada aib. Sentiasa terdedah dengan godaan iblis dan syaitan. Tiada siapa antara kita yang sempurna.


Maka, usahalah jaga diri, dan jaga org lain. Baiki diri dan baiki orang lain.


Jaga aib kita dan aib orang lain.


Jangan sibuk menjaja aib orang hingga lupa aib sendiri. Kita semua dipuji manusia hanya kerana Allah tutup aib. Kerana tu, jangan sombong.


Namun... Sekiranya ada diantara kalian yang pernah menjadi mangsa rogol atau zina atau gangguan sexual atas talian atau real life, maka....


.. Maka, bertindaklah sesuatu untuk pertahankan maruah kalian. Lapor polis ke, atau dedahkanlah pelaku maksiat itu atas niat agar orang lain berhati-hati dengannya. Yang penting, pertahankanlah maruah kalian. Dan mohonlah pertolongan pada Allah.


Jangan biarkan orang zalim terus menzalimi kita.


Apapun, jadikanlah isu-isu ini sebagai muhasabah untuk diri kita semua. Saya ulang balik mukaddimah awal saya, siapa betul siapa salah dalam kes ini, kita serahkan pada Allah dan pihak berkuasa.


Yang penting, kita ambil pengajaran agar kes ini tak terjadi pada diri kita. Amin!


Wallahua'lam. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Saya minta maaf andai ada salah silap atau tersalah kata dan bahasa. Tegurlah saya juga kerana saya pun penuh dengan kelemahan.


Teguran kalian amat bermakna dalam hidup saya.


Jazakumullahu khairan kathiran..


Dan, kepada yang dah pernah terjatuh dalam dosa tak kisah kecil atau besar, belum terlambat untuk bertaubat. Jangan tangguh taubat. Bersegeralah ke arah pengampunan Allah yang Maha Pengampun.


Allah ada.


Ubah diri kerana-Nya.


Wallahua'lam.


Kepada mangsa-mangsa, nasihat akhir saya, buatlah report polis. Pertahankan maruah itu satu pahala yang sangat besar. Bantu pihak polis untuk buat siasatan, bagi segala bukti yang ada.


Moga Allah tunjukkan kebenaran dan membalas pelaku kezaliman dengan balasan yang setimpal.


Moga bermanfaat! Till next time, daa~ wassalam! :)

tips untuk mula kebun, cari duit niaga tanaman pokok & minat bidang pertanian

$
0
0

tips untuk mula kebun, cari duit niaga tanaman pokok & minat bidang pertanian | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Wahhh adakah Sayidah Napisah dah mula bercucuk tanam pokok sayuran/ bunga, membuat duit dengan berniaga, membuka kebun atau menceburkan diri dalam bidang pertanian? Jawapannya tidak. Hahaha. Saya tulis entri ni sempena komen komen yang berbunyi seperti "semenjak PKP ni teringin gila nak buka ladang tanaman & ternakan", "suka buat kerja kerja yang membuahkan hasil. pertanian pun salah satu bidang yang aku minat" dan sebagainya.


Rupa-rupanya ramai orang yang berminat nak menanam tapi takde ilmu yang betul dan tepat untuk memulakannya. Kadang-kadang orang tak minat sangat nak menanam sayur tapi suka pokok bunga. Ada juga yang niat semata-mata untuk jimat duit (tak perlu beli sayur mahal di kedai) atau buat duit (jual).


Ada juga yang just suka suka untuk hias ruang tamu, bilik, pejabat mini atau dapur. Lagi lagi sekarang ni pkpb pkpd ramai yang work from home (kerja dari rumah). Lagi lah tergoda nak membeli pokok kecil atau besar untuk menjamu mata dan mengisi masa lapang. Ada yang jadikan sebagai hobi atau aktiviti mengeratkan ikatan bersama dengan yang tersayang.


Saya personally bukan orang yang 'gila' pokok atau bunga. Lebih berminat dalam bidang makanan hahahha. Tapi ayah saya ada je mini kebun berhampiran dengan rumah.. tanam limau kasturi, limau nipis, terung, bendi, pisang, ulam ulam dan buah jambu guava. Saya tukang support beri semangat je hehee.


Tapi saya percaya semua orang boleh menanam. Tak kisah lah 'tangan sejuk' ke 'tangan panas' ke.. yang penting adalah ilmu dan cara praktikkan ilmu tu kena betul dan tepat. Tu bukan saya yang kata lah. Orang yang expert pertanian yang cakap hahaha. So, percayalah ya.


tips untuk mula kebun, cari duit niaga tanaman pokok & minat bidang pertanian

Ditulis oleh: Shahrizal Denci (Agriculture Enthusiast)


Aku terima banyak dm dari rakan-rakan yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian. Aku tak dapat jawab dengan details. Sorry.


#ThreadTani ini explain sedikit informasi untuk anda yang ingin memulakan kebun.

tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
1. PENGUMPULAN MAKLUMAT

Kau kena kumpul semua info pasal kebun, jenis-jenis tanaman, rekabentuk kebun, baca buku-buku rujukan pasal kebun, kursus, lawat kebun orang yang dah berjaya atau on-job training kat kebun orang. Join group pertanian perniagaan kat FB (facebook).


2. PILIH JENIS TANAMAN

Kalau kau nak tanaman yang cepat dapat pulangan, tanamlah sawi-sawi, kangkung, bayam, timun, buncis dan lain lain. Kalau kau minat yang 3 bulan baru tuai, tanamlah cili merah, tomato, terung dan lain-lain. Pilih jenis tanaman ikut kesesuaian lokasi juga.


3. REKABENTUK KEBUN

Ini kira kreativiti masing-masing la. Design ikut keperluan, plan mana jalan, mana blok tanaman. Ada juga aku lihat di Kuala Langat, mereka tanam 18,000 pokok cili sekaligus atas tanah 5 ekar. Ada juga kat tambunan, tanam cili 20,000 pokok pada tanah 2 ekar.


4. PLAN PERNIAGAAN

Kau kena tengok bajet, consider loan bank, apply geran kerajaan (kalau ada), fikir pasal anggaran produksi, plan nak marketing mana, e-dagang atau website, pasar borong selayang atau kundasang dan lain lain.  Ini part paling crucial. Buat Bussiness Model Canvas (BMC).


Ok, 4 part ni la yang aku duk dapat fikir subuh hari ni. Korang boleh add on suggestion kat ruangan komen.


(Q&A) Soalan berkaitan dengan kebun, tanaman  pokok, pertanian, perniagaan


Q: Yang lain semua dah ok, cuma macam mana nak prepare plan perniagaan? Tak susah ke bro kalau buat sendiri?

A: Start dengan BMC.


Q: Bro ape kata untuk galakkan masyarakat tanam sayur sendiri boleh ke buat video pendek-pendek dan pilih tanaman yang simple contoh lada ke ape yang penting tanaman very simple dan tidak perlukan space yang besar kira tepi beranda kondominium pun boleh tanam.

A: Ok. Saya cuba. Ni saya buat kat kondo ipar. Daun sup. Sekarang dah besar.

tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
Q: Kenapa dah cuba memacam teknik, tapi pokok sup susah tumbuh? Tanam melalui keratan batang memang susah tumbuh ek.

A: Ya. Cara keratan batang harus ikut akar sekali... maksudnya... batang yang dikerat mesti ada akar...


Q: Berapa lama tempoh dia untuk membesar dengan cara macam tu?

A: Dalam 2 bulan


Q: Bang.. Macam mana cara semai salad merah tu? Saya semai tak menjadi.

A: Semai kat tray pakai peatmoss.


Q: Salam bro.. kalau orang baru yang nak involve dalam bidang ni apa sayur yang bro recommend untuk 2-3 ekar tanah camtu..? TQ.

A: Kalau ada modal, saya suggest bro tanam guna teknik hidroponik atau fertigasi.


Q: Untuk teknik ni modal permulaan boleh sampai berapa puluh ribu..?

A: ......(theadmin of the twitter takde beri jawapan lagi haha)


Info tambahan dari seseorang: "Yang mana kat rumah takde tanah tapi minat untuk bercucuk tanam boleh la try check ig (instagram) http://toclan.asia ye. Boleh la try dengan fertigasi."
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian
tips kebun niaga tanaman pokok bidang pertanian

Kredit: twitter @DenciShahrizal

Moga bermanfaat! Till next time, daa~ wassalam! :)

TIPS elak scam iphone - jenis & cara check condition ip baru, secondhand, refurbished

$
0
0

TIPS elak scam iphone - jenis & cara check condition ip baru, secondhand, refurbished

Ditulis oleh: Fami

(twitter @AhmatFami)


Perkara yang korang wajib tahu sebelum nak beli iphone, sebab perkara ni ramai orang terlepas pandang. jangan beli phone mahal mahal tapi kena scam pula nanti.

tips elak scam iphone cara check condition
tips elak scam iphone cara check condition
Iphone dalam pasaran terbahagi kepada 3:

1) Baru 

2) Secondhand

3) Refurbished


IPHONE BARU (NEW)


Iphone baru terbahagi kepada 2 jenis:

1) New set

2) Telco set


New set terbahagi 2 jenis:

1) Beli dekat kedai apple 

2) Beli daripada Seller selain kedai Apple


Seller selain Apple biasanya jual 2 jenis, samaada myset or set luar yang baru (import set).


Sebelum beli pastikan phone tu bukan under telco unit walaupun baru okay, faham?


Phone baru ni tak takde masalah walaupun dia set luar, nak claim dekat Apple takde masalah pun. Cumanya untuk set Japan tak boleh nak silent camera, sebab apa?


Sebab nak elakkan orang ambik gambar spender perempuan secara senyap senyap dalam train dan ada lagi sebab sebab lain.


If korang terjumpa phone tu baru tapi under telco seller jual.. Apa perlu buat? 


Tanya phone tu buy cash or under contract.


Tapi nasihat aku jangan ambik la phone telco sebab ada segelintir seller yang tak bertanggungjawab bila phone tu jadi no service.


Telco set....

Phone telco set ni biasanya maxis, umobile or yang lain lain jual under plan dorang siap internet, so ada contract la.


Sebelum nak beli tu buat research dulu, berbaloi ke tak and mampu bayar ke tak okay. Jangan tiba tiba tak mampu bayar pergi jual dekat orang, tak elok macam tu.


IPHONE SECONDHAND/ USED (terpakai)


Iphone Secondhand subjektif sikit, apa yang korang perlu ambik berat adalah tengok condition phone tu betul betul jangan leka.


1) phone tu pernah repair tak?

2) semua benda berfungsi dengan baik tak?


Sebab phone secondhand ni ada yang dari :

1) personal unit tak pernah repair

2) import set yang seller jual

3) personal unit yang pernah rosak then dijual semula

4) import set yang seller jual tapi pernah di repair


Pernah repair atau tak pernah repair ke bukan masalah utama, yang penting iya berfungsi dengan baik.


Apa yang korang perlu buat cuma tanya, phone tu pernah rosak apa sebelum ni? Kalau pernah masuk air tu cuba elakkan la, faham?


IPHONE REFURBISHED UNIT


Refurbished ni ada 2 :

1) refurbished by Apple

2) refurbished by China 


Kebanyakkan yang dalam negara kita ni refurbished China, susah nak jumpa yang dari Apple.


Iphone refurbished ni adalah phone yang pernah rosak, then di repair semula dan jual dengan harga yang murah sikit daripada harga iphone baru.


Bagus ke tak bagus? 

Patut beli ke tak patut beli refurbished ni?


Bergantung pada anda, buat research dulu untuk tengok seller mana yang trusted or after servis nya bagus. If ada kerosakkan dekat phone yang anda beli tu, dia boleh bertanggungjawab dan tak lepas tangan.


Senang cerita proses nak claim phone lancar je takde pusing pusing kona kona.


Sebab apa yang aku selalu nampak ada seller yang suka lepas tangan dan bagi macam-macam alasan sebab malas nak claim phone tu. Apa yang dorang fikir asalkan ada sales masuk dan perut dorang kenyang.


Settle semua jenis jenis iphone yang ada dalam pasaran.


So aku masuk topik apa yang patut di ambik berat sebelum nak beli phone baru, secondhand dan refurbished ni


Benda patut ambik berat sebelum beli :


Iphone refurbished 

1) research dulu seller mana yang okay

2) tanya feedback customer lain


Iphone baru

1) if beli dari apple centre takde masalah

2) if beli dari seller, check phone tu telco unit or not

3) check warranty dah aktif ke belum


Iphone secondhand 

1) check phone tu telco unit or not

2) check condition phone


TIPS CHECK CONDITION PHONE


1) masukkan simkad anda check okay ke tak

2) bukak camera depan belakang, godek potrait mode dan semua yang ada

3) check condition battery 

4) test buat call untuk check speaker atas bawah dan microphone 

5) pastikan semua button berfungsi

6) check 3D touch

7) check fingerprint dan face iD 

8) format phone tu lagi sekali sebelum beli untuk tengok ada sangkut apple id orang lain or not

9) check touch screen 

10) check ada masalah tak untuk activate iMessage phone tu

11) check wifi dan Bluetooth

12) test buat buat video call, tengok ada masalah ke tak

13) try Shake phone, kot kot ada bunyi skru tercabut dekat dalam

14) dah puas hati dengan condition phone, check poket pulak tengok ada isi ke tak


Tips yang bagus. Tapi untuk orang yang malas nak pening kepala fikir risk itu ini, check itu ini, takut scam itu ini, beli aje lah dari kedai apple bila mampu. Kelegaan minda itu penting. Siapa yang rajin menyiasat, teruskan aje siasatan anda sebelum membeli.


Siapa nak tahu ada warranty  apple ke tak (means phone tu dah pernah pakai ke tak) boleh check dekat website. http://Checkcoverage.apple.com. Kot nanti key in serial number dekat phone.


Kalau nak legit beli kat authorized reseller.. Pastu better elakkan beli iphone preorder.


I beli phone XS MAX secara ansuran dekat kedai without set telco. Sampai la satu hari tu NO SERVICE, check dekat APPLE rupanya phone I ni registered under telco .Tuan kedai acah je tak tau kenapa and then dia bagi set baru.


Aku pun pakai Import Set New Set punya. Dah 3 tahun dah. Memang terbaik. Tak pernah ada masalah langsung Iphone aku. Apepon tq Bro ilmu jugak tu.


RT lah banyak mana sekali pun tetap akan ada yang kena scam. kadang aku pula yang geram kat kaki scam (scammer) ni. yang pembeli pula mudah terpedaya dengan ip murah. murah pun still beribu. lepastu dah kena scam melalak kat twitter.


Aku pun pernah punya tak sabar nak gak beli ip x yang refurbished tapi bapak aku cakap dia takkan tong duit kalau beli second. aku pun sabar la beli ip 11 yang apple centre punya, biar ah mahal sikit yang penting selamat dan berkualiti.


Pendapat saya kalu nak guna iphone baiklah beli dari Apple authorise seller, ada apa apa masalah masih ada tempat untuk refer, janganlah beli 2nd hand iphone. refurbish pun kalau boleh elakkan beli... most of kita tertipu ingatkan itu original set.


Bagus ilmu ni.. even saya keje dengan maxis pun tak tau sangat pasal iphone ni.. ok now dah tahu nak jawab apa when customer minta feedback pasal iphone.


Personal reference saya : (gambar di bawah ini)
tips elak scam iphone cara check condition
tips elak scam iphone cara check condition ip secondhand

Q: Kalau yang “apple id locked” pulak macam mana? Tu kira hp curi ke? Sebab kakak saya ada jumpa RM1800 iP11 and dia nak beli so dia tanya saya. Tapi dulu saya kerja tak sampai tahap ni lagi so jawapan saya taktau jelah. Hahahahaha boleh tolong jawab kan?

A: Boleh jadi


Q: Nak tanya, macam mana nak tau ip tu dah di upgrade storage?

A: Check imei


Q: Siapa pernah beli kat halomobile elok ke kat situ?

A: setakat ni elok je lagi dah setahun pakai haha.


Q: Sorry bertanya, set telco macam mana? tak paham. sesiapa ? help me.

A: Beli under telco macam maxis or umobile. Bayar bulan bulan selama contract tu habis. At least 2 tahun kot.


Q: Semua ni merujuk kepada iphone yang ori (original) kan? Macam mana ada online seller yang jual iphone baru dengan harga yang sangat murah, itu semua clone kan? Takut kat luar nampak macam iphone tapi dalam android. Kesian budak budak senang kena tipu sebab nak sangat iphone. Tq.


A: Biasanya kalau murah ni depa claim pre order.. masa menunggu mau bulan bulan jugak ni.. yang lagi lawak order direct kilang.. ada satu page tu kata apple ada kilang kt MY.. macam harreemmm.


Q: Wujud tak pre order murah yang trusted..? because one of my friend is doing the business.

A: Kalau bro tanya saya.. saya tak pasti sebab tak pernah beli pre order ni.. tapi setakat ni kalau tengok harga pre order macam tak masuk akal murahnya.. kawan bro tu tak tahu la dia buat macam mana.


Q: Nak tanya , import set tu macam mana ehh?

A: Import set tu set selain MY (malaysia).


Q: Kalau beli sendiri dekat kedai Apple, kiranye ORIGINAL ke Secondhand and Refurbished JUGAK?

A: Dah beli kt AAR ori la dik.


Q: Maksudnya  telco set  ni memang semua camera tak boleh silent ke?

A: Japan set.. Telco set tu macam beli under maxis or umobile.. Jarang/ tak pernah lagi kot jumpa under telco dari japan.


Q: Nak tanya, kalau terbeli telco set import set, if terjadi no service, apa perlu buat? Boleh dibaiki lagi ke?

A: Boleh


Q: Kalau beli dari dua kedai ni,

https://switch.com.my/iphone/ & https://machines.com.my/collections/iphone ,

trusted ke ek? ni dikira apple authorise ya?

A: Ya.. sudah tentu.


Q: Nak tanya kalau beli secondhand tu pastu dia punya screen jadi macam susah nak touch tu masalah apa? Padahal dah check ori ja fon tu.

A: tengok balik ada pasang screen protector tak kalau ada try bukak balik pastu try touch kalau sama kemungkinan lcd problem atau touch ic (board problem).


Moga bermanfaat! Till next time, daa~ wassalam! :)


BACA JUGA:

- Dilema nak beli iphone 11 atau iphone XS? Ini Perbandingan Harga, Kelebihan dan Kamera

- Panduan, Cara, Tip Beli iPhone Second Hand - model iphone 8 & ke atas

- Pengalaman Kena Tipu/ Hampir Ditipu oleh Scammer - carousel, panggilan telefon 'polis', mudah.my

- 4 KESALAHAN FATAL KETIKA CHARGE SMARTPHONE

[VIDEO] Viral Tiktok Pak Utih, Official FB - nasihat suami isteri tips rumahtangga

$
0
0

[VIDEO] Viral Tiktok Pak Utih, Official FB - nasihat suami isteri tips rumah tangga, beza lelaki vs perempuan



viral tiktok pak utih official fb page
viral tiktok pak utih official fb page

Viral Tiktok Pak Utih (Pakar Gender Intelligence Malaysia), Official FB Page - nasihat suami isteri tips rumahtangga


VIDEO :


29 Resepi Menu Makanan Ibu Berpantang Bersalin & Minuman.. Mudah, Cepat ~ Wordless Wednesday

$
0
0

29 Resipi Menu Makanan Ibu Berpantang Bersalin.. Mudah, Cepat, Sedap & Sihat #husbandtolongmasak ~ Wordless Wednesday


set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - kerabu pegaga
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - sup lobak putih
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - sup sayur
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ikan panggang
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - serunding ikan bilis halia
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ayam masak halia
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ikan merah stim halia
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - lada hitam bergaram
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ikan salmon bakar
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - sup ayam
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ikan masak pindang
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ayam masak halia
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - pais ikan tenggiri
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - minuman rebusan manjakani
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ikan panggang halia muda
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - hati goreng berempah
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - daging goreng lada hitam
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ayam masak kering
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ikan haruan goreng rempah
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ikan panggang berkari
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ayam kukus cendawan hitam
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - daging masak halia
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - steam ikan
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - sayuran sawi tumis air
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - singgang ikan
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ikan gelama masak asam
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ayam masak bijan
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - minuman pati air halia
set menu makanan dalam pantang bersalin
set menu makanan dalam pantang bersalin - ikan bilis daun kari

Keywords: resepi ibu berpantang, resepi menu masakan orang pantang, resipi makanan ibu berpantang lepas bersalin, makanan orang pantang bersalin, makanan ibu berpantang, makanan dalam pantang, resepi mudah dan sedap, resepi mudah dan cepat makanan semasa pantang, kerabu pegaga, sup lobak putih, sup sayur, ikan panggang, serunding ikan bilis halia, ayam masak halia simple, ikan merah stim halia, lada hitam bergaram, ikan salmon bakar, sup ayam, ikan masak pindang, ayam masak halia sos tiram, pais ikan tenggiri, minuman rebusan manjakani, ikan panggang halia muda, hati goreng berempah, daging goreng lada hitam, ayam masak kering, ikan haruan goreng rempah, ikan panggang berkari, ayam kukus cendawan hitam, daging masak halia, steam ikan, sawi tumis air, singgang ikan, ikan gelama masak asam, ayam masak bijan, minuman pati air halia, ikan bilis daun kari
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live