Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger

$
0
0

Segment Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger 

Syarat-syarat penyertaan:

1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com& https://cariblogger.com di dalam bloglist korang
4. Pilih satu resepi dalam blog korang yang korang nak share dengan mama dan paste perkataan beserta link ni di bawah post resepi korang tu.

My recipe entry:

5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkan link penyertaan korang di post ini. Tu je,, Senang kan.

Tarikh tutup penyertaan pada 10 May 2020


P/S: Kalau korang takde entry resepi dalam blog, jangan risau ye, korang boleh ambil mana-mana resepi dalam blog mama dan letak dalam post korang. Jangan lupa letak credit utk mama tau. Resepi mama di sini

Dari semasa ke semasa mama akan random pilih resepi peserta dan share dalam blog mama ni. Jangan risau nanti mama akan credit pada owner nanti. Mama akan senaraikan nama peserta mengikut link resepi di blog mereka nanti. So, bolehlah kita tengok-tengok resepi yang ada dalam segment ni kan.. 

Hadiah:

4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.

Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.


Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela

$
0
0

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 15 Mei 2020

Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie

$
0
0

Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie


Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 10 Mei 2020

SEGMEN : UCAPAN BUAT FRONTLINERS COVID-19

$
0
0

SEGMEN : UCAPAN BUAT FRONTLINERS COVID-19


SEGMEN UCAPAN BUAT FONTLINERS COVID19
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 31 Mei 2020

"Buat ucapan kepada frontliners Covid19 seluruh Malaysia mengikut kreativiti anda."

Uhmmm.. to be truth, i am so sucked at being creative. Either kreatif dari segi perkataan mahupun perbuatan... dua dua saya tak kreatif hahaha. Tak kreatif, tak witty, tak funny. ish ish ishh.

Saya join segmen ni just because I want to support my blogger friends.. So, sorry kalau tak kreatif mana ya. I will just give my sincerest ucapan from bottom of my heart :)

Okay ehemm..

Dear Malaysia's hero and heroin..

Terima kasih di atas segala pengorbanan, perjuangan, tanggungjawab, usaha, kesabaran dan ketabahan sepanjang bertugas.

Terima kasih korbankan masa untuk diri sendiri, masa untuk bersama dengan keluarga tersayang, masa untuk tidur, masa untuk makan minum dengan teratur, masa rehat, masa cuti.

Terima kasih sanggup risikokan kesihatan, nyawa diri sendiri.. bergelumang dengan suasana yang penuh dengan virus covid-19.

Terima kasih korbankan waktu rehat, pulang rumah lewat, buat kerja lebih masa.. demi Negara yang tercinta.

Dear frontliners covid-19..

Maybe you never know that we are so so so grateful to have you here.

Did you see.. kempen cahaya biru on that day? The hashtag light it blue? Pancaran cahaya biru yang cantik menawan? Yeap thats for all of you. Untuk menghargai jasa, pengorbanan dan titik peluh anda semua.

Bak dalam lagu Basyirah by Dato' Sri Siti Nurhaliza, lirik nukilan Fedtri Yahaya..


"Hadir insan berterusan hulur firasat sejati,
Perisaikan diri menjaga nyawa tak terganti,
Budi yang terpuji... kesabaran yang mulia."

YEAP. The lyrics ditujukan khas buat anda semua; barisan hadapan COVID-19. Because we know that, kejayaan membendung wabak penyakit ini daripada menular sebahagiannya adalah hasil berterusan, penat lelah frontliners.

Thank you. Thank you. And thank you... May God bless you and us.

:)

Nasihat padu, puitis si bapa buat si anak daranya "Kakak Sayang...."

$
0
0

Nasihat padu, puitis si bapa buat si anak daranya

Nukilan: Ahmad Fedtri Yahya
nasihat padu bapa fedtri yahya buat anak daranya
nasihat padu si bapa fedtri yahya buat anak daranya
Kakak Sayang..

Nanti dewasa miliki rasa,
mahalkan cinta sebelum binasa.

Jangan merindu pada yang tak sudi,
jangan meratap pada yang dah pergi.

Jangan mengharap pada yang tak pasti,
jangan merayu pada yang dah benci.

Serasi bukan terletak di mata,
tetapi sepadan di dalam jiwa.

Jangan terkesan bandingan orang,
selami sendiri si dia tersayang.

Jika getaran telah berputik,
impian bersatu selalu berdetik.

Jangan serah segala hati,
simpan separuh sebagai sakti.

Jangan mudah termakan harapan,
simpan iman sebagai penampan.

Jika nanti rekah jalinan,
ada bekalan untuk bertahan.

Jika nanti hambar hubungan,
ada penawar meluput kenangan.

Jika nanti cintamu zulmat,
tak perlu tabur dendam kesumat.

Bangkit dan julang seribu maaf,
tadabbur makna pasrah dan khilaf.

Usah rebah sebelum nikah,
usah berlebih dalam bercanggah.

Yang terkurang disantuni cermat,
yang menawan jadikan azimat.

Usah berteman si dia yang dayus,
dilanda gelora terus menikus.

Semua insan miliki nafsu,
bijaklah mentafsir tulen dan palsu.

Pancarkan pesona pada yang halal,
tutup laluan ke jalan yang dangkal.

Tak rugi tidak dipuji,
hidup bukan mainan janji.

Jangan menangis di dalam hati,
luahkan rasa pada yang mengerti.

Andai tertutup telinga manusia,
keluh dan kesah hamparkan padaNya.

Jangan menanti terlalu lama,
tegaskan diri bak dewi kesuma.

Jangan jadi bunga murahan,
sebelum kembang ditimpa dahan.

Jangan pudar sebelum menguntum,
simpan kejutan mustika terharum.

Jangan mengorak kelopak terluka,
sucikan diri setulus cempaka.

Kalau seroja damailah di tasik,
beralun tenang air berbisik.

Kalau dipuja bagaikan mawar,
jadikan duri perisai yang tegar.

Ingat sejarah semalu di tanah,
dalam malu senjata memanah.

Namun tak perlu simalakama,
racun rahsia di hati kama.

Menjadi apa pun biarlah berpada,
walau diri di puncak persada.

Kerana dirimu tetap indah,
sutera syurga lambaian jannah.

Naiklah ke langit dengan cinta,
bukan di bumi tersilau mata.

Ada takdir kasih mulia,
berkat doa munajat padaNya.

Bidadari terhormat taman firdausi,
puncak segala nikmat abadi.

#langitsutera
#indahsuterajannah
#fedtriyahya
#menikamdenganpuitis


Perghhhh tepuk tangan semuaaaaa! FUHHHHH SUNGGUH MANTOP, PADU, POWER, DAEBAK, AMAZING, FANTASTIC, PUITIS, DEEP nasihat 'a masterpiece' Fedtri Yahya di atas.

Disebabkan ada beberapa perkataan yang saya dop pahe, saya terpaksa buka google, cari makna di sebaliknya; untuk lebih menghayati gitchuw haha. Walaupun nasihat tersebut khas buat anak daranya tapi actually nasihat tu juga ditujukan untuk kita semua yang bergelar 'anak' :)

KAMUS:

Maksud penampan = penahan, penyekat, penghalang
Maksud zulmat = gelap, sesat
Maksud mustika = permata yang berharga, yang bernilai
Maksud simalakama = serba salah dalam memilih pilihan
Maksud kama = cinta, asmara

Lirik Lagu Aisyah Istri Rasulullah - Siti Nurhaliza | COVER PADU!

$
0
0
Lirik Lagu Aisyah Istri Rasulullah - Siti Nurhaliza | COVER PADU! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Lagu 'aisyah istri Rasulullah' mesti sounds sooo familiar right? Lagu viral ni actually originally from Projector Band. And then Hasbi Haji Muh Ali; known as Mr. Bie, gubah lirik lagu aisyah istri Rasulullah - yang famous amos sekarang ni. Ramaiiiiii sangat yang buat cover aisyah ni. Penyanyi Indonesia, Malaysia, Arab tak terkecuali. To be honest, at first saya takdelah kisah sangat pun.. until... Dato' Sri Siti Nurhaliza make a cover; uploaded at her Youtube channel. Baru saya macam tertarik nak pay more attention on it.

Pada mulanya, saya try dengar cover dari Nissa Sabyan dulu. Tapi macam entah.. takde feel. No emotion yang sampai kat saya. Then, baru lah saya tengok yang cover Siti Nurhaliza punya. Fuhhh! Penghayatan, the feels, alunan suara, vokal mantap + lyric.. memang A+. The first cover yang make me cry haha.

Bila sampai part lirik "dengan Baginda kau pernah main lari lari", i cried. Menitik air mata. I don't know why. It feels like... rasa macam sayu, sebak, goosebumps, cemburu (dapat dekat dengan Nabi Muhammad) bercampur baur. Made my tears falling down.

Lirik Lagu Aisyah Istri Rasulullah - Siti Nurhaliza (COVER)

lirik lagu aisyah istri rasulullah siti nurhaliza
lirik lagu aisyah istri rasulullah siti nurhaliza

LIRIK AISYAH ISTRI RASULULLAH:


Ya Aisyah..

Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merah di pipimu
Dia Aisyah.. Putri Abu Bakar,
istri Rasulullah

Sungguh sweet Nabi mencintamu
Hingga Nabi minum di bekas bibirmu
Bila marah, Nabi kan bermanja
Mencubit hidungnya

Aisyah…
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan Baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga hujung nyawa
Kau disamping Rasulullah…

Aisyah…
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau istri tercinta.. Ya Aisyah Ya Humairah…
Rasul sayang, Rasul cintamu.

Sungguh sweet Nabi mencintamu
Hingga lelah Nabi baring di jilbabmu
Seketika kau pula bermanja
Menyikat rambutnya

Aisyah…
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan Baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga hujung nyawa
Kau disamping Rasulullah…

Aisyah…
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau istri tercinta.. Ya Aisyah Ya Humairah…

Ya.. Ya Allah...

Aisyah…
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan Baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga hujung nyawa
Kau disamping Rasulullah…

Aisyah…
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau isteri tercinta.. Ya Aisyah Ya Humairah…
Rasul sayang, Rasul cintamu.

Original Song by : Projector Band
Lirik : Hasbi Haji Muh Ali (Mr.Bie)

Aisyah Istri Rasulullah | Siti Nurhaliza | Lirik | Lyric | Video
#aisyahistrirasulullah #cover #sitinurhaliza #lirik #lagu

VIDEO Siti Nurhaliza - Aisyah Istri Rasulullah Lirik


Lirik Lagu Maher Zain - Antassalam Lyrics | Ramadan 2020

$
0
0
Lirik Lagu Maher Zain - Antassalam Lyrics | Ramadan 2020 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang tak kenal Maher Zain dia tipu hahaha. Yelah mungkin ada yang tak kenal. For your information, dulu dulu, di awal karier Maher Zain, beliau umpama BTS (the famous Kpop group) tau. Populariti meletup letup di Malaysia. Hampir semua lagu beliau hits. Saya siap duk hafal almost semua lirik lagu. Maher zain ni dah la hensem, lagu best (islamik, selawat, motivational song), lirik best, muzik best, personaliti pun baik, no cheap controversy, romantik. Ehh tibe puji lebih lebih pula kan hahaha. Ehem, maklumlah.. peminat sejak sekolah hehe. And recently, Maher Zain has released new single - lagu Antassalam! Lirik lagu antassalam? BESTTTT GILOSSSSS!

The music? Not gonna lie and be biased, but the music, the beat, the melody of this Antassalam song... is totally sooo GOOD!

Calming and beautiful. Catchy and attractive. Modern and addictive.
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
And lagu ni bukan sekadar lagu. Part chorus is actually you can consider it as a du'a (doa). Or zikir.

Bagi hati tenang, sejuk. Bagi jiwa jangan resah dengan segala apa yang ada di dunia. To calm our worries, make our insecurities go away; even it is just for a while :)


"Ramadan Kareem! I hope you enjoyed my new single Antassalam. May God fill our hearts and minds with peace in this blessed month and protect and bless us all. Salam (Peace)!"

- Maher Zain

Lirik Lagu Maher Zain - Antassalam Lyrics | Ramadan 2020 ماهر زين - أنت السلام | رمضان

lirik lagu maher zain antassalam lyrics
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
Lyrics:

There’s something on my mind, on my mind
I just can’t get it right, can’t get it right
It doesn’t go away, doesn’t go away
Even though I try to ignore it
I just want peace of mind, I want peace of mind
I feel like breaking down time after time
And it keeps coming back, always coming back
All my life doubting was a part of me
Day and night I fight my insecurities
Asking: "Why?""Why am I?""Who am I?"
I just want some peace of mind

Antassalam (You [God] are Peace)
Wa minkassalam (And from You comes all peace)
Tabarakta ya (Blessed are You)
Ya Thal Jalali wal Ikram (O Lord of Majesty and Bounty)

O God I need Your peace, I need Your peace
I still believe with hardship comes ease
Make this stress go away, go away
Go away, go away, yeah!

All my life I know You’ve been guiding me
You’re the One, the One who knows my destiny
I’ll be alright, I’m sure that You’ll look after me
You know what’s inside of me

All my life I know You’ve been blessing me
You’re the only One, the One who knows my destiny
I’ll be alright, I’m sure that You’ll look after me
You know what’s inside of me


Maher Zain - Antassalam Official Video | Ramadan 2020 ماهر زين - أنت السلام | رمضان




Composed and produced by Maher Zain
Lyrics by Maher Zain and Bara Kherigi
Directed by Guy Aslan
#Ramadan #MaherZain #Antassalam #Salam #SalamCharity
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
What is my favorite part of this song?

Hmmmmm susah nak pilih specific because almost all of the part i LOVEEEEEEE it!
I mean there are sooo many lyrics that i (read: we) can relate.

The first paragraph of the lyric? Uh.. You can't deny it is correct. It is happening in our life. And most of the time, it hurts........

There’s something on my mind, on my mind
I just can’t get it right, can’t get it right
It doesn’t go away, doesn’t go away
Even though I try to ignore it
I just want peace of mind, I want peace of mind
I feel like breaking down time after time
And it keeps coming back, always coming back
All my life doubting was a part of me
Day and night I fight my insecurities
Asking: "Why?""Why am I?""Who am I?"
I just want some peace of mind
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
Lepastu, kita mengadu pada Allah.. kita mohon, kita minta desperately......

O God I need Your peace, I need Your peace
I still believe with hardship comes ease
Make this stress go away, go away
Go away, go away, yeah!
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
After that, untuk pujuk hati kita yang sedang rapuh, gelisah dan mood tengah down......

All my life I know You’ve been guiding me
You’re the One, the One who knows my destiny
I’ll be alright, I’m sure that You’ll look after me
You know what’s inside of me
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
And last but not least... as i said before.. we pray/zikr to remind us that after all, lets come back to Him........

Antassalam (You [God] are Peace)
Wa minkassalam (And from You comes all peace)
Tabarakta ya (Blessed are You)
Ya Thal Jalali wal Ikram (O Lord of Majesty and Bounty)
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
lirik lagu maher zain antassalam lyrics
Kesimpulannya.. can i say that this song is PERFECT? A MASTERPIECE? Oh yeahhzzz. Hahaha.

Okayy.. till next time, daa~ wassalam! :)

Contoh ucapan, cara 'halus' berkias elak tetamu datang beraya

$
0
0
Contoh ucapan, cara 'halus' berkias untuk elak tetamu datang beraya di rumah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Aik? Belum lagi tiba hari raya tapi dah ada ucapan raya ke? Ho ho ho.. yang saya maksudkan bukan ucapan raya beshe beshe tetapi ni adalah template/ contoh ucapan 'khas' menolak tetamu yang ada hajat yang tinggi untuk datang beraya ke rumah. Tips elak tetamu datang raya, cara halus tolak tetamu raya, cara sopan tolak kawan ajak raya, cara berkias bila keluarga rancang berkumpul hari raya, contoh ucapan raya pkp 2020, contoh ucapan tolak orang nak datang beraya, contoh ucapan raya 2020 mco. Fuhhh!

But.. awat tetibe je muncul pasal ni?
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Recently, Perdana Menteri (PM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan bahawa perjalanan merentas negeri balik kampung tidak dibenarkan tapi beraya satu negeri / pergerakan merentas daerah dibenarkan.

Maka, bergembiralah mereka yang keluarga duduk dekat dekat, sanak saudara yang duduk dalam 1 negeri.. kerana boleh sambut Raya sama sama. Tapi tahukah anda?

Walaupun PKPB dijalankan, kita seharusnya perlu menjaga jarak sosial, elak dari berkumpul ramai-ramai, gathering or 'open house' Raya untuk memutuskan rantaian covid-19.

Mungkin ada sesetengah daripada kita ada kesedaran sivik yang bagus dan tak berniat pun nak datang raya ke rumah orang lain kerana itu boleh membawa mudarat TETAPI....!

Tetapi ada je sesetengah orang yang dah plan nak berkumpul Raya sama-sama, masak lemang ketupat rendang daging ayam sama-sama, bersalam-salaman di pagi Raya, datang ziarah rumah jiran, buat mini open house kumpul kawan kawan yang dekat........ermmm..

Boleh tak cancel kan perancangan tersebut? hahaha.

Okay lah mungkin ada yang takde hati pun nak join tapi taktahu macam mana cara nak tolak.

Tak tahu nak balas apa kalau ada yang whatsapp "boleh tak nak datang beraya?".

Tak tahu nak cakap apa kalau ada yang mengajak beraya sama sama.

Tak tahu nak tolak tetamu raya secara sopan, halus dan berkias.

Okay takpe, mungkin suggestion kat bawah ni anda boleh ikut hehehe.

Contoh ucapan, cara 'halus' berkias untuk elak tetamu datang beraya di rumah


- - MAAF dari hujung rambut sampai hujung kaki. Walaupun beraya 1 negeri dibolehkan, kami tak terima tetamu tahun ni ye. Harap jangan ada yang berkecil hati, memandangkan dalam rumah kami ada insan-insan yang berisiko mudah terkena jangkitan. Demi keselematan bersama kita patut elakkan.

#kitajagakita
#stayathome
#dudukrumah
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya | sumber: Hifzanur Azzyati
Kalau rasa macam ucapan kat atas ni agak kasar atau tak sampai hati nak tulis macam tu, okay takpe.

Anda boleh beri gambar screenshot kat bawah ni kepada mereka mereka. Haa.. share pesanan Public Health Malaysia ni di group-group whatsapp ya.

Senang. Ringkas tapi padat. Mudah dan cepat. Pantas dan efficient.
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
"Perhimpunan keluarga ini dihadiri oleh salah seorang yang telah dijangkiti (tidak bergejala). 7 individu telah dijangkiti, 4 maut termasuk ibu dan 3 anaknya. Kongsikan gambar ini kepada ahli keluarga anda yang telah merancang untuk berhimpun secara besar besaran hari raya nanti"
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Tak cukup dengan tu, boleh juga share artikel yang bertajuk:

"Buka Puasa Beramai-Ramai, Gagal Patuh SOP, 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid-19 Di Bahrain"

Haa tudiaa. Nampak tak kesan kalau langgar peraturan yang ditetapkan SOP? Kesannya boleh lihat di atas.

Nauzubillahi min zalik~

Kita bukanlah nak putuskan silaturrahim atau nak bersikap kurang ajar ke apa kan... Tapi dah kalau dalam rumah tu ada golongan yang mudah terkena penyakit contohnya bayi, kanak-kanak, orang tua, warga emas, atau yang ada penyakit kronik.. tolonglah.

Tolonglah jangan korbankan nyawa semata-mata nak jaga hati orang lain atau terima tetamu luar yang mahu datang beraya.

Ingatlah orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya. InshaaAllah Aamin. Usaha tangga kejayaan ye dak? Allah pun suruh kita berusaha. Bukannya menyerah tanpa usaha :)

Okay itu sahaja, till next time, daaa~ wassalam! :)


Panic Attack vs Anxiety Attack | apa beza? tanda, simptom? + TIPS

$
0
0

Panic Attack vs Anxiety Attack | apa beza? tanda/ simptom?

Ditulis oleh: Mr MSazriman

Rasa berdebar-debar, gelisah, takut sangat secara tiba-tiba? So is it Anxiety attack or Panic Attack?

I make this thread sebab perasan ramai yang tak tahu bezakan between these two condition dan I'll share few tips for you guys.
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom
Okay, first of all korang kena tahu yang anxiety attack ni bukan macam anxiety yang biasa.

Even terms anxiety attack ni pun sebenarnya bukan clinical term, dia bahasa pasar yang orang mula gunakan bila dorang rasa anxiety ni ganggu kehidupan dorang.

So ramai pesakit yang guna term ni bila  jumpa doktor & psychologist. Lepas tu professional healthcare pun mulalah bagi definisi yang lebih dalam untuk anxiety attack.

So, anxiety attack ni level mana?

Anxiety attack ni ialah keadaan yang lebih teruk dari anxiety biasa. Anxiety biasa tu macam rasa nervous bila nak presentation or bercakap dpn orang ramai. Tapi anxiety tidak seteruk panic attack.

Anxiety attack ni rasa gelisah yang tiba-tiba dan hebat ataupun rasa gelisah yang berpanjangan. Next I will explain more on the simptoms.

Sekarang simptom-simptom anxiety attack pulak, biasanya orang yang alami anxiety attack ni dia tak boleh nak rehat, tak boleh nak relax, mudah rasa letih, susah nak fokus or kadang-kadang fikiran jadi kosong, korang jadi cepat marah, otot rasa lesu,

Pastu korang susah handle kerisauan korang, dan yang paling stress korang susah nak tidur or rasa tidur tu tak cukup.

Senang cerita, anxiety attack ni ialah ketakutan/ kerisauan korang terhadap sesuatu yang akan berlaku di masa akan datang. Dan kadang-kadang benda ni akan sebabkan korang dapat panic attack.

Tapi diingatkan lagi ye, anxiety attack bukan panic attack.

Anxiety attack ni bukan semestinya tanda korang ada anxiety disorder. Apa pulak ni? Maksud dia, tak semestinya korang tak normal.

So anxiety ni ialah keadaan yang jadi bila ada faktor perangsang (stimuli) iaitu macam situasi yang buatkan korang risau dan biasanya orang yang dah alami anxiety attack ni dia akan cuba elakkan punca anxiety dia tu contohnya orang yang ada sosial anxiety akan cuba elakkan orang ramai.

Okey. Panjang lebar baru Anxiety attacks.

Now, Panic attacks pulak.

Okey ni ada official definition daripada Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. "Serangan panik adalah episod ketakutan yang tiba-tiba yang mencetuskan reaksi fizikal yang teruk apabila tidak ada bahaya atau penyebab yang nyata".

So maksud dia apa?

Panic attack ni ialah satu keadaan tu bila secara tiba-tiba ja korang rasa ada bahaya pastu korang pun risau gila-gila so korang pun automatik nangis, dan rasa perlukan pertolongan orang lain untuk diselamatkan daripada ketakutan korang yang korang pun tak pasti tu.

Biasanya orang yang lalui situasi ni dia rasa macam dia kena serangan jantung pastu dia pun gelabah pergi hospital or call 999 sebab dorang takut dan tak tahu nak buat apa. In my case, aku dah tengok dua kali orang buat camni.

First tu my ex, tetibe panic attack pastu dia takut mati dia pun pergi hospital paling dekat (hospital swasta mahal namatey) masa tu dia dah tak fikir apa dah dia gi je macam "take my money I just want to live". Mak dia call aku, aku pun mintak excuse balik awal kerja haritu.

Hujan lebat aku naik motor basah lencun pergi cari dia kat hospital sebab risau dah kenapa kan tiba tiba. Rupanya panic attack *Expressionless face*. Eh melalut sudah.

Then yang second tu, patient aku datang hospital masa tu aku dekat jabatan kecemasan. Dia kata dia macam kena serangan jantung.

Dengan tinggal selipar dia, dengan kereta tak parking betul. Datang mintak doktor check with open mouth and cold sweat. Kesian tapi funny la kalau ingat balik. Erm sorry. Simpati for those yang kena panic attack.

Simptom-simptom panic attack termasuklah rasa macam korang dah dekat pengakhiran, rasa takut dah tak terkawal, rasa nak mati, laju jadi jantung gila, berpeluh, badan menggigil or bergetar, sesak nafas, dada rasa sesak namatey, dingin, rasa muka panas gila, loya, abdominal cramp,..

...sakit dada, sakit kepala, pening, rasa nak pitam pengsan, kebas atau rasa geli geli (hehe), dan rasa macam tak real semua benda.

Orang yang beberapa kali alami panic attack ni maksud dia anda telah mengalami panic disorder. So, berjumpalah doktor dengan segera okey.

Allright, so kenapa korang kena tau bezakan panic attack dengan anxiety attack padahal lebih kurang je ponn. Nope, even lebih kurang sebaiknya korang kena elakkan guna term yang salah. Sebab bila korang jumpa anxiety specialists, tapi korang cakap korang panic disorder..

Dan korang pulak percaya korang panic disorder, korang pun explain macam korang ada panic disorder padahal korang cuma anxiety.. ataupun vice versa. So untuk elakkan korang bazir masa rawat penyakit yang korang tak ada pun.

Baiklah korang fahami dan bezakan dua benda ni okey!

Disebabkan thread ni pun dah panjang. Aku explain tips dan trickyang saaaangat berguna untuk korang yang ada anxiety attack or panic attack ni next time di thread lain okey. Ciao, selamat berpuasa. Hindari covid, dekati ibadah.

Takde benda nak promote so I wish you all yang ada lalui both situation and berlarutan dapat handle and overcome it. Semoga dipermudahkan. Nanti ada masa free aku buat thread on how to overcome both situation okey! Salam ramadhan.

Hey guys. Apa-apa pun, don't self diagnose ur symptoms okay!
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom

Pengalaman kena panic attack & anxiety attack,  depression + TIPS TANGANI

Ditulis oleh: twitter @funkyfist

Saya nak share pengalaman saya waktu kena panic and anxiety attack waktu form 4.. Waktu tu rasa depressed gila sebab culture shock pindah sekolah baru (sekolah teknik) sebab asalnya dari sekolah agama so tak pernah bergaul dengan student sekolah lain. Then macam macam jadi.

Dari anxiety attacks and panic..

Terus jadi tak keruan. Hati berdebar-debar. Waktu tu la risau, sebab rasa sesak nafas gila and jantung macam rasa kena hempap, tau tau diagnosed as depressed and anxiety disorder as well.

Dari f4 sampai f5 setiap 2 minggu ada appointment, sampaikan orang kata aku mental, gila and etc.

Hari-hari aku jadi tak normal. Aku jadi restless and hari-hari risau nak jumpa orang. Sampai satu tahap tu rasa takut gila kalau nak bercakap dengan kawan kawan or cikgu cikgu.

End up jadi lagi teruk and the moment when the first panic attack strikes me, gentle aku nangis sebab sebak and sakit dada.

Simptom simptom panic attack tu pun dah banyak, sama macam bro MSazriman kata, aku disahkan oleh doktor yang aku diagnosed Panic Disorder.

Then aku nangis, rasa sebak sebab rasa macam dah jadi failure untuk diri and family. Tambah lagi aku anak sulung, rasa burden tu lagi bertambah sakit.

So ended up kena lah jumpa doctor every 2 weeks for 2 years straight. Sakit tu wujud dengan macam-macam dugaan.

Waktu aku cuba selection badminton time form 5, aku injured and unfortunately, ACL injury. So lagi la perit. Sampai kena pakai tongkat pergi class semua. Dah la waktu f5 class jauh.

Makmal jauh, bengkel jauh, bilik bahasa jauh, kantin jauh termasuklah asrama. Ya, waktu high school la zaman kegelapan yang paling perit dalam hidup aku. Termasuklah bila mana satu sekolah mostly ejek and hina aku mental, cacat, kudung, gila. Sakit tu datang dari macam-macam arah.

Sampai rasa nak suicide tu ada. Banyak suicidal attempts yang aku cuba buat,but somehow when dah sampai climax aku ingat Allah SWT.

Aku cuba istighfar, and menangis. Aku runsing, aku cuba untuk berdiri tapi tak boleh. Aku cuma harap waktu tu aku diberi sinaran harapan untuk terus hidup.

At last when dah habis highschool, akhirnya aku makin pulih lepas 2 years of hell and recovery then aku sentiasa cuba untuk positifkan minda untuk selalu fikir benda yang baik dan bukan benda yang buruk.

Alhamdulillah aku makin pulih walaupun kadang kadang masih ada anxiety symptoms.

However, panic attack tu datang balik waktu aku kat college. Rasa resah gelisah, sebak, sesak nafas and etc. Semuanya berlaku dalam waktu 2 hari berturut turut. Sampai aku terpaksa dikejarkan ke hospital kajang. Nasib baik aku masih ada kawan and lecturer yang sedar sebelum keadaan...

.. jadi bertambah buruk. Aku sedar waktu tu aku dah tak tahan. Panic disorder tu dah macam sawan.

Aku gelisah dan menangis, ibarat macam jantung aku nak tercabut. Aku takut and risau dengan keadaan sekeliling. Doctor kata maybe pressure sekeliling and sebab final semester mungkin.

Alhamdulillah semuanya dah makin okay, ubat anti depressant pun aku amalkan and lama lama aku sentiasa amalkan selawat and teknik pernafasan yang betul.

Pastu, kena selalu minum air and jaga kitaran waktu tidur. Anxiety ni bermula sebab badan and minda kita tak cukup rehat.

As a result, jadi lah gelisah. Berpeluh tak tentu pasal, badan rasa lesu, end up boleh kena anxiety and worse case scenario, depression.

So kena jaga diri dengan sebaik mungkin, amalkan gaya hidup sihat, selalu minum air and jaga waktu tidur. Kurangkan berfikir waktu malam.

Sebab waktu malam ni semua anggota kita termasuk otak perlukan rehat. Paling penting kena selalu mindset positive and jangan overthinking.

If you're muslim, its better to selawat 100x daily as amalan tu sentiasa membuatkan kita lebih dekat dengan Allah SWT and baca ayat 3 qul.

Wallahua'lam sekadar bercerita mengenai pengalaman and moga ada hikmah di sebalik penceritaan ni.
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom
panic attack anxiety attack apa beza tanda simptom
Okay itu sahaja..!

Maaf kalau ada sesiapa yang triggered selepas baca entri saya ini ya. Niat saya hanya untuk sharing dan berkongsi ilmu bagi mereka yang memerlukan.

Lagi lagi time PKP MCO ni ramai yang bercerita.. mengalami depression/ panic attack/ anxiety attack sebab lama sangat terperap dalam rumah, tak berjumpa orang. Moga entri ni berguna dan membantu menangani situasi yang dialami.

Moga bermanfaat!

Till next time, daaa~ wassalam! :)

7 Jenis Kek Tak Menjadi Elok Cantik - Kenapa? Ini Maksudnya..... ~ Wordless Wednesday

$
0
0

7 Jenis Kek Tak Menjadi Elok Cantik - Kenapa? Ini Maksudnya..... ~ Wordless Wednesday


kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud kek terlalu lembap dan leper
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud kek naik tidak sekata
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud kek menjadi bantat
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud kek menjadi keras
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud kek menjadi seperti bingka
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud kek menjadi seperti roti
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud
kenapa kek tak menjadi elok cantik maksud kek yang mendap di tengah

Credit gambar dan info kepada tuan owner nya. Bukan hak milik saya :)

Ketahui 17 Nama Syaitan; Supaya Tak Diberi Kepada Anak!

$
0
0
Ketahui 17 Nama Syaitan; Supaya Tak Diberi Kepada Anak! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Baru baru ni saya ada terjumpa satu thread di twitter; berkongsi padal senarai nama syaitan berserta tugasnya. And I thought - "oh kena tahu ni. kang kalau terrrrletak nama setan kat anak sendiri kang, naya pulak. susah nanti. takut perangai terikut sama ha" hahaha aci tak kalau macam tu? Sebab ustaz ustazah kata kalau nak bagi nama kat anak, kena bagi nama yang baik baik, ada maksud yang bagus, yang bererti. Secara tidak langsung, bila kita panggil nama dia, sekaligus kita doakan juga si anak tersebut menjadi seperti makna di sebalik namanya sendiri. Haa jangan ingat nama macam Arab-Arab, sedap disebut dan islamik semuanya baik baik maksudnya ya.

Thats why saya share sini supaya mereka mereka yang sedang menghitung hari nak menimang anak lelaki mahupun perempuan; tahu nama nama syaitan supaya tidak terrrrberi kepada si bayi comel.

Ketahui 17 Nama Syaitan; Supaya Tak Diberi Kepada Anak!


Berikut adalah Nama Syaitan Berserta Tugasnya :


1. Zalitun.
Tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja tanpa ada keperluan dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. Watin.
Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah.

3. A’awar.
Tugasnya menggoda raja atau pemimpin dan para pembesar agar zalim, rasa takbur dengan jabatan, tidak membela rakyat dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik (zina).

4. Hafaf.
Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya.

5. Murrah.
Tugasnya mendekati ahli musik agar selalu lalai dan terlena dan melenakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwudhuk agar membazirkan air, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk.

6. Masud.
Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka menyimpan dendam sesama manusia.

7. Dasim.
Tugasnya membuat suami isteri agar suka bertengkar dan bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan keburukan saudara kandung sehingga mudah bertengkar dan bermasam muka.

8. Walahan.
Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khususnya ketika seseorang itu mengambil wudhuk.

9. Lakhus.
Tugasnya mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.

10. Sabrum.
Tugasnya mengajak manusia ke jalan keburukan dan tidak sabar dengan ujian yang diterima.

11. Miswat/ Maswat.
Tugasnya mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat amal soleh. Ia gemar membawa berita dusta dan gosip liar.

12. Zaktabur/ Zaknabur/ Zalanbur.
Tugasnya menimbulkan rasa ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.

13. Khinzab.
Tugasnya mengganggu orang yang beribadat, khususnya yang sedang solat dengan membuatkan manusia merasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa mencuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. Laqnis.
Tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwudhuk sehingga jadi ragu dan tidak sempurna.

15. Abyadh.
Syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya kerana tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. Khannas.
Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingati Allah sepanjang masa.

17. Qarin.
Mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diredhai Allah.

Sumber: twitter @effie_mohamad

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK MASA BERSALIN

$
0
0
Tips Mengelakkan Koyakkan Teruk Masa Bersalin | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayy.... entri ni sangat takde kena mengena dengan saya buat masa sekarang hahaha maklumlah kahwin pun belum, calon suami pun tak nampak bayang lagi uhukk. Tapi takpe, simpan jelah sini dulu. Memandangkan saya kerap juga dengar my bestfriendsss koyak time bersalin normal and then kena jahit, and they said SAKIT WOHHH RASA  NAK MATI.. so I was like wuuuuuuu seram! hahaha. Recently, I found a thread from a doctor that share tips cara nak elak berlaku koyakkan teruk semasa bersalin, aha! Panjang umur haha.

Dalam banyak banyak tips tu, ada satu point yang umi saya selalu pesan kalau tengah bersalin "JANGAN ANGKAT PUNGGUNG".

TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK MASA BERSALIN

Ditulis oleh: Muhammad Izzat
(Doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan)

1. Jangan ler panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yang berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK.

2. Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung.
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
tips mengelakkan koyakkan teruk masa bersalin
4. Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit.

5. Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.

6. Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri.

Macam nak tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari.

7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh kluar.

Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga macam tertelan microfon.

Yee, memang saya tak pernah bersalin dan tak rasa sakit bersalin. Pelbagai karenah manusia saya dah jumpa sepanjang masa saya bekerja mengendalikan kes-kes bersalin tak mengira kes berisiko rendah atau tinggi, benda sebegini perlu dimaklumkan supaya pesakit membuat persediaan fizikal dan mental.

Amacam dah bersedia?

Moga bermanfaat pada bakal bakal ibu mak mommy bonda mother mama mami di luar sana!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Bila poslaju cuti Raya 2020? | Tarikh akhir pos sebelum Raya 2020

$
0
0
Tarikh last penghantaran pos sebelum raya 2020 | bila poslaju cuti raya 2020? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ada yang sedang menunggu postage tiba di rumah ke? Atau sedang menanti barang yang dipos sampai kepada tuan empunya badan? Haa.. Biasa lah. Pengirim dan penerima barang kedua-duanya tengah risau, resah gelisah. Makin raya makin busy pihak pos; lebih lebih lagi time PKP ni. Orang add to cart, order je - bagi mengelakkan dari keluar rumah kann.

Umi saya baru baru ni ada hantar baju kurung raya yang telah siap dijahit kepada customer melalui poslaju express. Dah lebih dari seminggu dah tapi hmphh pos masih tak sampai sampai. Yang si pelanggan pun siap whatsapp umi tanya.

Yelah kita pun faham, mestilah dia risau kan. Nak dekat raya tapi baju raya tak sampai lagi.

So umi pun semalam tanya "kakcik, boleh check pos kat mana". Umi minta saya tengok postage dah sampai mana, tersekat kang mana. Then, bila saya masukkan tracking number kat website tracking... Resultnya - paling latest tengah out of delivery.

And today i've checked again.. alhamdulillah, delievered dah!
bila poslaju cuti raya 2020
check tracking number postage poslaju sebelum cuti raya 2020
Bagi sesiapa yang taktahu macam mana cara nak periksa tracking number.. Boleh lihat di sini langkah-langkahnya:


Jangan risau mudah je step nya. Pantas dan efisen!

Bila poslaju cuti raya 2020? | Tarikh last penghantaran pos sebelum raya 2020


Bertambah rasa risau si pengirim dan penerima bila pihak courier service mengeluarkan tarikh akhir penghantaran postage Raya 2020..

TARIKH AKHIR PENGEPOSAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2020 - POS MALAYSIA


Pelanggan yang dihormati,

Pos Malaysia akan menetapkan tarikh bagi pengeposan item Pos Laju, Mei dan kad ucapan bagi memastikan serahan dapat dilakukan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah senarai item, destinasi dan tarikh akhir bagi pengeposan sempena Hari Raya Aidilfitri:

PosLaju dan Mel:
- Semenanjung Malaysia 18 Mei 2020
- Sabah Sarawak 16 Mei 2020

Kad Ucapan Hari Raya:
- Semenanjung Malaysia 20 Mei 2020
- Sabah Sarawak 20 Mei 2020

Pos Malaysia tetap menerima pengeposan sehingga 22 Mei 2020, namun serahan hanya akan dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri. Untuk sebarang pertanyaan, salurkan kepada AskPos di www.pos.com.my.

Maklumat terkini juga boleh didapati melalui media sosial rasmi kami.
tarikh akhir poslaju cuti raya 2020
tarikh last postage raya 2020 | tarikh akhir poslaju cuti raya 2020
CUT-OFF DATE DELIVERY HARI RAYA 2020

The cut-off date is the last day for orders to be shipped out in order to be delivered to buyers before Hari Raya on 24 May 2020.

*CUT OFF DATE meaning the last posting day for parcels to be deliered before Raya.

Orders posted after the cut-off date will be delivered after Hari Raya. Kindly refer to courier's operating days below:

Shipping courier Ninja Van: 15 May 2020 (Jumaat)

Shipping courier J & T Express: 16 May 2020 (Sabtu)

Shipping courier POS Laju:
- East Malaysia (Labuan, Sabah, Sarawak) 16 May 2020 (Jumaat)
- West Malaysia 18 May 2020

Shipping courier DHL: 18 May 2020 (Isnin)

tarikh akhir poslaju cuti raya 2020
tarikh last postage raya 2020 | tarikh akhir poslaju, ninja van, j&t express, DHL raya 2020
Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

10 Pengajaran Kewangan dari Drama Korea Itaewon Class (Netflix)

$
0
0
10 Pengajaran Kewangan dari Netflix Drama Korea Itaewon Class | Pernah dengar drama korea itaewon class yang sedang hangat di Netflix dan di seluruh dunia? Okay propa lebih satu dunia tahu kan. Okay lah.. drama popular di Malaysia dan Korea terutamanya. Kenapa famous? Kenapa ramai duk perkatakan, suka dengan k-drama itaewon ni? I don't know. Hahaha. Sebab saya pun tak tengok lagi cerita ni. Nak cakap acamno kan. Nak komen lebih lebih pun tak boleh sebab saya tak tonton yet. Habis tu.. kenapa nak tulis pengajaran kewangan dari drama yang belum ditonton pun lagi?

Sebab...

... suka hati saya lah! hehehe gurau gurau.

Sebab mungkin saya nak beritahu yang bahawasanya.. drama ni bukan kaleng kaleng (even saya tak layan lagi drama ni). Ianya terkenal sebab ada aura dan mesej berguna yang mahu disampaikan disebaliknya. Ada terselit pengajaran yang baik untuk kita belajar.

So, for those yang ada stereotaip tak baik terhadap drama korea.. wake up! Dah tahun 2020, kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Tetibe haha.
10 Pengajaran Kewangan dari Netflix Drama Korea Itaewon Class
Apa 10 Pengajaran Kewangan dari Netflix Drama Korea Itaewon Class?
p/s: Hero dalam drama ni adalah Park Seo Joon; membawa watak Park Saeroyi

10 Pengajaran Kewangan dari Netflix Drama Korea Itaewon Class

Ditulis oleh: Zuhair Masiran
(Web Developer & Writer theoutlook asia)

Aku baru habiskan masa aku tengok Itaewon Class.

Ini bebenang pengajaran kewangan yang boleh korang dapat dalam drama bersiri Netflix ni.

1) Tetapkan matlamat dan ulang dan ulang

Saeroyi jelas aim dia nak jadikan pub dia No 1 dalam Korea mengatasi Jangga Co. Benda ni dah jadi sebati bila dia asyik ulang benda ni.

Satu je la tak kenan sangat sebab ada unsur revenge. Penat buat benda sebab revenge, drain out energy.

2) Carum takaful

Sebenarnya pampasan takaful ni kalau pandai urus boleh jadi legasi. Sayangnya ramai gelap mata bila dapat harta pusaka ni.

Dalam kes ni, Saeroyi memperoleh pampasan kematian bapanya dan digunakan untuk labur dalam saham.

3) Santai-santai cari ilmu dulu

Orang lain tayang profit saham, kau pun gelabah nak trade juga. Rilek.

Saeroyi ambil masa bertahun dalam penjara tajamkan ilmu. Sambil-sambil atur strategi, its all about timing. Jangan gelojoh.

4) Kerja keras untuk 7 tahun pertama

Dah macam dalam kisah Nabi Yusuf pula.

Dalam kes ni, bila Saeroyi keluar penjara, dia buat kerja buruh, kumpul duit sebanyak mungkin dan labur.

Seingat aku, selama tu dia dapat kumpul 100 juta won = RM360k. Logik? mungkin..

5) Sediakan pelampung bisnes

Dah ada modal, baru lah boleh tenang buat bisnes. Lagi cantik, ada kapital yang boleh tanggung setahun kos operasi bisnes. In case berlaku krisis macam Covid19, tak pening kepala sebab memang dah mitigate risk.

Dalam kes ni, Saeroyi selamba double gaji chef dia, selamba beli bangunan kedai bila kena tekan dengan jerung.

Sebab dia tahu dia ada safety net dia dan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

6) Mulakan dengan apa yang ada

Saeroyi bermula dengan kedai yang kecil, hambar tapi sikit-sikit scale up.

Bila ada orang offer nak invest pun, mulanya dia tolak dan tak mahu franchise secara mendadak. Tapi sebab ada desakan daripada manager dia, terbuat silap juga.

7) Leverage

Kau tak perlu tahu semua benda untuk jadi power.

Saeroyi leverage marketing, pengurusan ke manager dia. Duit-duit dia, dia leverage ke kawan lama dia, Ho Jin yang jadi fund manager.

8) Fundamental vs technical

Aku perasan Saeroyi seorang fundamentalist. Walaupun saham Jangga Co jatuh teruk, tapi dia tetap buy on weakness sebab dia faham operasi bisnes syarikat tu.

Dia nampak nilai dan tunggu bila undervalue baru dia beli. Kemudian peram bertahun-tahun.

9) Tax optimisation

Bila bisnes dia dah making profit banyak, fund manager dia, Ho Jin recommend untuk incorporate supaya dapat optimize tax. Dalam masa yang sama terpaksa kembangkan bisnes.

Sekali lagi, dia leverage.

10) Networking

Saeroyi banyak tolong orang, sampaikan orang yang ditolong awal-awal bantu dia semula.

Dia bangunkan kedai-kedai sederet kedai dia, tak hantar sihir sebab dengki ke apa. Kalau kawasan kedai meriah, kedai dia pun akan ada customer.

Networking pun penting untuk dapatkan sokongan bisnes. Dalam kes ni, waktu-waktu AGM. Ada pengaruh, ada vote.

Normal praktis benda-benda melobi syarikat-syarikat ni. Just do it in proper way, don't cross the line.

Tengok apa jadi kat Jang Dae Hae, owner Jangga Co. Lingkup habis.

Overall series ni ok dan realistik sikit sebab timeline dia lama. Bertahun-tahun di penjara, 7 tahun kerja keras, 10 tahun untuk jadi top company dan take over Jangga Co.

Part-part transgender, lifestyle tu semua tak bermakna tengok cerita ni kau sokong pula.

Yang tak best ada banyak love scene menjadikan cerita ni slow... part ni boleh lah lajukan.

Sekian,
Malay Saeroyi.


Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan!

$
0
0
Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Malam ni.. malam ke-23 Ramadan 2020 / 1441H. Pejam celik pejam celik... dah nak habis dah ramadhan. Hmm. Jangan sedih sedih, ada 7 hari lagi ni nak buat amal kebaikan banyak-banyak kerana setiap kebaikan yang dilakukan dalam bulan special ni, pahala pun special. Berlipat kali ganda hehe. InshaaAllah~ So.. malam ni malam ganjil, malam yang mungkin menjadi malam lailatul qadar. Nak kena buat apa ya? Haa paling paling kurang pun.. jom kita amalkan doa yang disuruh oleh Nabi Muhammad S.A.W. supaya membacanya banyak banyak kali; terutamanya di 10 malam terakhir Ramadan.
Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan
Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan | image Google

Apakah doa yang Nabi Muhammad minta kita baca banyak banyak kali tu?


Allahummaاللْهُمَّ
Innaka إِنَّكَ
'Afuwwun عَفُوٌّ
Tuhibbulتُحِبُّ
'Afwa الْعَفْ
Fa'fu 'Anni فَاعْفُعَنِّي

Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku.
doa 10 malam terakhir
banyak banyak amalkan doa 10 malam terakhir
Dalam 10 akhir Ramadan, jangan putus dua doa ini. 

Usahakan:

1.

اللهم باركلنا في شهر رمضان و بلغنا ليلة القدر

Dalam tulisan Rumi: Allahumma bariklana fi shahri Ramadhan wa ballighna lailatul qadr

Terjemahan Melayu: “Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadhan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr"

2.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

Dalam tulisan Rumi: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’

Terjemahan maksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku”
doa lailatul qadar
perbanyakkan baca doa 10 malam terakhir; doa lailatul qadar
Dan.. saya tertarik dengan satu 'karangan' di twitter ni.. Ditulis oleh Mustaqim Jiwa.. Seorang penulis buku bestseller.

Saya nak share kat sini because I'm totally agree what he wrote :)


"Tak semestinya orang yang berjaga di malam lailatul qadr mendapatnya.."

Tak semestinya orang yang berjaga di malam lailatul qadr mendapatnya. Begitu juga tak semestinya orang yang tertidur tak mendapatnya.

Sebab yang berjaga itu dalam keadaan fajir (maksiat) dan yang tertidur dalam keadaan berzikir pada Allah.

Lailatul qadr ini ibaratkan sepeti kelas. Meskipun semua pelajar di dalam kelas yang sama. Tapi markah berbeza. Sebab ikut hati masing-masing..  

Ada yang malas belajar. Ada yang fokus. Ada sibuk bercinta. Ada yang termenung. Maka markah pun ikut kesungguhan masing masing.

Jika lailatul qadr berlaku. Tak semua yang mendapatnya. Tak semestinya yang sedang berjaga mendapat dan yang tidur itu tak dapat.

Tak semestinya yang sedang ibadah dapat. Bahkan wanita haid yang uzur juga boleh dapat walau dia tak dapat nak iktikaf/ solat.

Pernah seorang tanyakan kepada ulama..

“Bagaimana pendapatmu dengan wanita nifas, haidh, musafir dan orang yang tidur (namun hatinya tidak lalai dalam dzikir), apakah mereka bisa mendapatkan bagian dari lailatul qadar?”

Jawab ulama itu - Iya, mereka tetap boleh mendapatkan bagian. Siapa saja yang Allah terima amalannya, dia akan mendapatkan bagian malam tersebut.

(Lathoif Al Ma’arif, hal. 341)

Sekiranya jika kita dah bersungguh-sungguh nak cari lailatul qadr. Tapi kita tertidur malam tu.

InshaAllah Allah akan beri pahalanya walau dia terlepas. Kerana niatnya.

Maksud di sini bukan suruh kita tak perlu bangun solat. Sudah tentu perlu ada usaha. 

Yang penting niat itu Ikhlas. Ikhlas mencari Allah. Bukan lailatul qadr semata. Baru Allah akan bagi kita InshaAllah.

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)


Tema Hari Guru 2020 + terharu dapat ucapan Selamat Hari Guru dari student!

$
0
0
Tema Hari Guru 2020 +  terharu dapat ucapan Selamat Hari Guru dari student! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Harini hari apa? Ye betul! Hari Sabtu! Hahahhaha. okay sorry hambar. Yeap harini 16 Mei 2020; hari yang ditunggu tunggu oleh cikgu cikgi sekolah dan para pensyarah untuk mendapat hadiah dan ucapan kata kata penghargaan dari murid murid students yang pernah diajar... tak lain tak bukan.. Hari Guru! Hehhee. Apakah tema hari guru 2020 tahun ni?

Tema Hari Guru 2020:

-"Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu"

Gituuu. Sedap! Dah macam pantun dua kerat kan. Rima akhir uuu hehehe
tema hari guru 2020 ucapan selamat hari guru
tema hari guru 2020 ucapan selamat hari guru
tema hari guru 2020 ucapan selamat hari guru
tema hari guru 2020 ucapan selamat hari guru
Pada pukul 11 pagi, ada perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Guru.

Perutusan Khas YAB PM sempena Hari Guru 2020 ini boleh tengok di channel RTM, TV3, Astro AWANI.
perutusan khas sempena hari guru 16 mei 2020
perutusan khas perdana menteri sempena hari guru 16 mei 2020

Terharu dapat ucapan Selamat Hari Guru dari student!

Okayy.. jujurnya, saya tak ingat pun harini hari guru sebenarnya hahaha. Serius tak ingat langsung.

Then, bila buka whatsapp pagi tadi, nampak ada wasep dari salah seorang student yang saya pernah ajar sebelum ni for her maths PT3. And guess what? Dia hantar message wish Happy Teacher's Day and thanks me for teaching her; at 1:25 A.M! SATU DUA PULUH LIMA PAGI!

Pukul 1 pagi dia hantar huwaaaa. Iolsss terharu! T-T

Rasa dihargai gitchuw.
tema hari guru 2020 ucapan selamat hari guru
dapat ucapan selamat hari guru dari my studenttttt!
Then, later i got whatsapp from one of my bestfriend. Dia pun wish juga hari guru pada saya.

Terharu lagiii T-T.
tema hari guru 2020 ucapan selamat hari guru
dapat wish happy teachers day
Rasa macam tak layak nak dapat wish sebab saya hanya cikgu tusyen je kan tapi tu lah. Happyy, gembira, terharu juga bila dapat ucapan hari guru ni. Feels like so much appreciated! hehehe.

Last but not least,

saya juga nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada semuaaaa terutamanya cikgu cikgi teachers sir, ustaz ustazah, pensyarah pensyarah dan para ibu bapa yang telah banyak mendidik, mencurah ilmu berharga pada kami.

Terima kasih, terima kasih, thank you. Moga sentiasa mengalir pahala setiap ilmu tersebut.

kartun ucapan selamat hari guru
"rumah guru selepas hari guru" hahahahaha comel kartun ni
"Siapakah manusia yang paling berbahagia? ...

... Manusia yang berhenti nafasnya, namun tidak berhenti pahala"


Lirik Lagu Satu - Zulhilmi (OST Bukan Gadis Biasa) | "dan engkaulah..."

$
0
0
Lirik Lagu Satu - Zulhilmi (OST Bukan Gadis Biasa) "dan engkaulah...." | Siapa yang layan drama Bukan Gadis Biasa angkat tangan..? *me turun tangan* hahaha. Saya jarang nak layan drama melayu and this drama pun tak terkecuali eventhough heronya Remy Ishak. Tapi walaupun tak tengok cerita, i love their OST. Salah satu official OST Bukan Gadis Biasa adalah lagu Satu - Zulhilmi. Serius best lagu ni! Lirik dan lagu Satu ni mix very well. Bila dengar rasa semangat berkobar kobar. I don't know why. Maybe dari segi arrangement melodi muzik + lirik lagu Satu.

Well played! Good job!
lirik lagu satu zulhilmi ost bukan gadis biasa
lirik lagu satu zulhilmi ost bukan gadis biasa
Tapi serious question... siapakah penyanyi Zulhilmi ni?

Jangan ditanya sebab saya pun first time dengar nama beliau tapi muka macam familiar.. kan? Macam pernah tengok.

Ramai yang bila dengar suara lagu background intro drama Gadis Bukan Biasa ni, dorang teka oh mungkin yang nyanyi ni Khai Bahar or Naim Daniel. Maybe ada some part aura energy + genre muzik ni feels like Faizal Tahir atau Amir Masdi.

But nope. It is Zulhilmi. Suara dan rupa; dua dua macho ya hahaha.


"Dan engkaulah segalanya,
sinar menyinari..
Dan engkaulah matahariku..
Hanya engkau yang satu"
lirik lagu satu zulhilmi ost bukan gadis biasa
lirik lagu satu zulhilmi ost bukan gadis biasa
Macam mana saya boleh tahu lagu ost satu ni?

I search at the youtube heheee. Sebab drama ni kan macam tengah hot popular famous amos sekarang. Orang duk kecam pun banyak juga haha. Kecam dari segi editing & mulut agak tiada insurans si pengarah a.k.a suami Sheila Rusly.

Tapi malas lah den nak tulis pasal tu. Sebab saya tak layan pun drama tu so why bother why bother hah.

Yang saya layan sekarang adalah OST nya SAHAJA. Sebab memang best and feeling habis! Such an underrated song. That's why i share it here! Hehe.

Lirik Lagu Satu - Zulhilmi | Lirik OST Bukan Gadis Biasa

lirik lagu satu zulhilmi ost bukan gadis biasa
lirik lagu satu zulhilmi ost bukan gadis biasa
Lyric:

Terlihat bayangmu
dan lena ku didalam mimpiku
Jauh dipisah lautan
namun kau tetap di hatiku selalu

Dan engkaulah segalanya,
sinar menyinari
Duniaku terasa terang dan bererti
Dan hadirmu kan terus membakar semangatku
Untuk terus berdiri
Dan engkaulah matahariku
Hanya engkau yang satu

Terlena kerna waktu
Namun masih teguh ingatanku
Pada setiap kenangan yang telah kita lalui bersama

Dan engkaulah segalanya, sinar menyinari
Duniaku terasa
terang dan bererti
Dan hadirmu kan terus membakar semangatku
Untuk terus berdiri

Dan engkaulah matahariku
Hanya engkau yang satu
Hanya engkau yang satu
Wooohhhhh...

Dan engkaulah segalanya, sinar menyinari
Duniaku terasa terang dan bererti
Takkan pernah aku ada walau sedikit perasaan curiga
Manapun ku berada tetap setia bersama

Lirik Lagu Zulhilmi - Satu (OST Bukan Gadis Biasa) Official Music Video :


Written By : Zulhilmi & Nic Lee
Music Arrangement & Mix : Nic Lee
Pianos : Jessica Tan
Mastering : Eric Wong
#satu #zulhilmi #bukangadisbiasa
Satu is the official music soundtrack for the drama series Bukan Gadis Biasa on TV3.
lirik lagu satu zulhilmi ost bukan gadis biasa
lirik lagu satu zulhilmi ost bukan gadis biasa
Lirik lagu ni actually.. Kalau perhati betul betul.. If kita buang part ayat "terlihat bayangmu dan lena ku didalam mimpiku"...

... it can be interpreted in many ways. Boleh jadi islamik, unsur ketuhanan. Boleh jadi romantik, cintan cintun. Boleh jadi pembakar motivasi, semangat. Just choose one.

Nak tujukan lagu ni buat mak ayah atau ahli keluarga boleh. Untuk pasangan kekasih isteri atau suami pun boleh. Nak beri pada sahabat baik pun boleh. Haa gitchuw.

Tapi jangan pula bagi kat strangers. Pelik kang + dapat free gift perlian dan cacian nanti hahaha.

Okayy lah, till next time, daaa~ wassalam! :)

Apa tanda-tanda hubungan akan gagal? Kajian menunjukkan 7 ciri negatif ini....

$
0
0
Apa tanda-tanda hubungan akan gagal? Kajian menunjukkan 7 ciri negatif ini.... | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Orang kata tak kenal maka tak cinta. Bila dah cinta, boleh jadi tak kenal. Ehh. Okay okay ubah - Bila dah cinta, ada pula ujian dugaan liku liku lekuk percintaan sepanjang tu. Dan tahukah anda, ada orang yang mengkaji tentang tanda-tanda hubungan akan gagal? Saya tak tahu dan baru je tahu hehe.

So, kajian ni dibuat dalam kalangan pasangan berkahwin yang hidup bersama ya. Bukan pasangan budak sekolah cintan cintun couple 2 minggu then putus; yang takde tujuan, takde niat ke arah halal pun. Bukan. Bukan juga pasangan kekasih yang tak serius pun dalam relationship, yang kaleng kaleng, hanya bercinta sebab bosan mahupun buat 'experiment' atau just suka suki saja.

Nope.

Dan jangan lah pula selepas baca tanda hubungan akan gagal ni.. kita duk overthinking atau terlalu bersangka buruk pula "eh perhubungan antara aku dengan perempuan ni macam takkan berjaya je?",

"eh tengok ciri-ciri ni macam tak kekal je aku dengan si lelaki ni",

"adakah mahligai cinta perkahwinan aku dengan suami/isteri akan terpisah di tengah jalan?".

Ha sudah.

Jangan terlalu cepat menghukum, jangan terlalu cepat mengalah dan buat keputusan ketika sedang marah. Bawa berbincang, timbang baik buruk dan di akhirnya, jika masih tiada 'result' yang baik atau si dia tidak mahu berkerjasama.. you can go.

Move on. You deserve better and she/he too.
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
apa tanda-tanda hubungan akan gagal

Apa tanda-tanda hubungan akan gagal? Kajian menunjukkan 7 ciri negatif ini....

Ditulis oleh: Akif Basri
(Clinical Psychologist | Psychology Lecturer)

Peringkat awal hubungan percintaan, semuanya indah.

Text, call setiap masa. Rindu. 

Nak jumpa setiap masa.

Lama kelamaan, hubungan semakin pudar.

Tanpa disedari, hubungan menjadi "emotionally disconnected."

Apa tanda-tanda hubungan akan gagal?
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
apa tanda-tanda hubungan akan gagal | image gif Google
Ini kata kajian sains.

Dr John Gottman telah mengkaji hubungan percintaan dalam kalangan beratus pasangan berkahwin. 

Beliau senaraikan beberapa tanda-tanda negatif yang boleh "predict" bahawa perhubungan akan gagal.

Beliau namakannya sebagai "Four Horsemen of the Apocalypse."

Pertama, hubungan yang banyak kritikan.

Contohnya:

1. Banyak serangan peribadi (eg: tentang rupa paras, karakter)

2. Sentiasa nak betul

3. Generalisasi yang negatif (satu kesalahan menidakkan semua kebaikan pasangan)

Kedua, hubungan yang banyak penghinaan.

Gottman beri contoh penghinaan seperti memanggil dengan gelaran yang buruk, banyak menyindir, mengejek, "eye-rolling", bercakap kasar & gurauan melampaui batas.

Ketiga, hubungan bersifat defensif.

Defensif dalam erti kata selalu "play victim" dan sentiasa menyalahkan pasangan dalam keadaan apa sekali pun.

Keempat dipanggil "stonewalling".

Seseorang dikatakan stonewalling apabila dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan pasangan, bertindak seolah-olah tidak peduli dengan hubungan dan "disengage" daripada hubungan tersebut.

Antara ciri lain:

Percubaan memperbaiki hubungan yang gagal berkali-kali.

Dalam perhubungan, biasanya salah seorang akan cuba mengalah dan memperbaiki keadaan.

Namun apabila banyak kali cuba dan gagal, kedua belah pihak akan defensif agar tidak kecewa lagi di kemudian hari.

Di antara kesemua ciri-ciri hubungan ini, Gottman mengatakan bahawa "predictor" yang paling kuat bahawa hubungan akan gagal ialah:

Ciri yang kedua, hubungan yang banyak PENGHINAAN.

Dr John Gottman juga ada menyenaraikan 7 prinsip bagi memastikan hubungan berkekalan

Beliau menyebutnya sebagai "The Seven Principles for Making Marriage Work." 

Saya akan kongsi tentang prinsip ini dalam thread yang lain.

Saya sendiri bukanlah seorang pakar dalam perhubungan percintaan.

Untuk merujuk pakar, saya cadang boleh tanya kaunselor atau psikologis yang terlatih dalam terapi perhubungan atau terapi perkahwinan.

Cari ahli profesional yang sebenar ya.


RUJUKAN:

- Gottman, J. M. & Levenson, R. W. (2002). A two-factor model for predicting when a couple will divorce: Exploratory analysis using 14-year longitudinal data. Family Process, 41 (1), 83-96.
- Driver, J. L. & Gottman, J. M. (2004). Daily marital interactions and positive affect during marital conflict among newlywed couples. Family Process, 43 (3), 301-314.
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
apa tanda-tanda hubungan akan gagal | image: Google
Sekali lagi saya ingatkan..

Di atas ini hanya tanda tanda dan benda tu boleh diubah. Nothing impossible. We are all human. Make mistake in life.

Kalau ada tanda-tanda tu dalam hubungan kita dengan pasangan, boleh usaha untuk  ubah menjadi yang lebih baik. Improve ourselves.

Tapi jikalau masih benda sama yang berlaku berulang-ulang dan akhirnya bertemu jalan yang satu; iaitu perpisahan... pilih lah yang terbaik buat diri sendiri.

Yang penting jangan seksa diri sendiri.
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
apa tanda-tanda hubungan akan gagal
Okay itu sahaja.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020 Padanan 10 Warna Popular!

$
0
0
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020 Padanan 10 Warna Popular! |Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dah ada baju raya tahun ni? Dah beli tudung yang bersesuaian dengan baju kurung raya / jubah? Saya baju raya memang dah settle hantar kat tukang jahit and dah siap since bulan Mac 2020 lagi. Hahaha. Awal kan? Then, how about tudung raya? Hmm hmm not sure ada yang boleh 'masuk' ke tidak dengan warna tanah baju kurung moden raya saya tu. Takpelah.. nanti check balik. Tapi tu lah tu.. antara ke-dilema-an seorang perempuan mestilah ketika nak mix and match warna tudung dengan baju. Lagi lagi time Raya, mesti lah nak on point dan elok kan. Taknak lah nampak contra sangat tu. Tak cantik jadi. Its okay.. Bawah ni ada saya share tentang tips memilih padanan warna tudung dan baju yang bersesuaian.


TIPS PILIH WARNA TUDUNG | Padanan Warna Baju Raya 2020 oleh Puan Mary

Ditulis oleh Qyn Kamil

Since Hari Raya tinggal lebih kurang 10 hari je lagi, I nak share tips untuk pilih warna tudung yang sesuai untuk match dengan baju raya dari seorang image consultant yang famous iaitu Puan Mary.

[Padanan Warna Raya Puan Mary]
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
1. Dark Knight Blue

Favourite ramai orang selain hitam. If korang pakai any color from this group, korang boleh mix & match jugak dengan color yang ada dalam group ni.

Contoh pakai baju warna Honey Gold & tudung warna Summer Blue.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
2. Dusty Pink

Warna yang ramai ladies suka especially kalau tudung wajib ada warna ni dalam wardrobe. Betul tak? Ehihikk.

So kalau nak pakai baju color ni boleh match kan tudung dengan tiga color kat tepi tu. Atau pakai baju warna Barely Beige & pakai tudung warna Rosy Pink.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
3. Emerald Green

Warna yang pernah trending sebelum ni.

Warna ni dikira sebagai Bold Color sebab dia agak menyerlah compare to color color gelap yang lain. So kalau pakai this color kena tone down kan sikit pilihan color tudung untuk look nice & elegant.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
4. Royal Purple

Another Bold Color macam Emerald Green. Cuma this color is a bit softer compare to Emerald Green and that's why this color boleh pakai dengan satu lagi Bold Color iaitu Deep Red Velvet.

Boleh jugak match kan dengan light version of Ocean Green to soften your looks.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
5. Red Maroon

Pilihan ramai jugak selain warna Hitam, Dark Brown & Dark Blue. Warna ni agak menyerlah jugak tapi a bit darker daripada warna Merah.

So mix & match dia kena samada Chocolate atau a bit lighter color.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
6. Soft Brown

Selain Black, semua orang confirm ada warna ni dalam wardorbe korang tak kira baju, tudung or any clothes. Warna ni boleh match dengan semua color tau so kalau korang tak tahu nak pilih tudung color apa nanti this is the right choice for you.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
7. Pearl Mint Green

One of the most popular choice of color. Pastel color fans mesti suka mix & match ni.

Pastel colors semua memang sweet sangat, tak terlalu menyerlah & soft je sesejuk mata memandang.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
8. Silver Grey

Satu lagi warna wajib yang hampir semua orang ada.

Since warna ni kategori yang a bit dull, boleh mix & match dengan color color contra macam Dusty Pink, Blue Grey, & Soil Brown. Other colors pon boleh match dengan this color sebab Grey adalah universal color.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
9. Soft Yellow

Warna Yellow selalunya ramai yang kurang suka sebab agak terang. Kalau pakai warna ni confirm menarik perhatian orang sekeliling.

So kalau korang nak try pakai warna ni boleh pilih this pastel Soft Yellow & match kan dengan other pastel color for the best looks.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
10. Soft Pink

Favourite of all the pinky ladies!

This Soft Pink color selain daripada boleh mix & match dengan warna Mauve, Soft Red, & Beige kat bawah, boleh jugak match dengan pastel colors macam Pearl Mint Green, Pastel Blue, or Lilac.
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Tips Pilih Warna Tudung dan Baju Raya 2020
Ok, that's all the mix & match yang korang boleh pilih masa raya nanti.

Image credit : http://puanmary.com

PADANAN WARNA TUDUNG DAN BAJU RAYA 2020 by Puan Mary


Teknik 1 : Monochromatic

Teknik gabungan warna dalam kumpulan WARNA SAMA cuma BERBEZA TAHAP KECERAHAN.

Contoh baju korang gelap, tudung korang pakai terang sikit or vice versa Sparkles.
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
Teknik 2 : Analogous

Teknik gabungan warna baju dengan tudung korang pakai, WARNA BERBEZA TAPI TIDAK TERLALU KONTRA.

Contoh baju korang warna turquoise, tudung korang boleh pakai warna dusty pink atau coral.
teknik puan mary
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
cara tips padanan warna tudung dan baju raya 2020
Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Search keywords: tips pilih warna tudung, tips pilih warna baju, tips padanan warna tudung dan baju raya 2020, cara pilih tudung ikut warna baju, warna hot raya 2020, warna hot 2020, warna popular 2020, warna popular raya 2020, warna popular tahun 2020, tips memilih warna tudung, cara pilih warna baju dan tudung yang sesuai, tips mix and match baju dan tudung, tips mix and match baju raya 2020, cara betul mix and match tudung dan baju raya 2020, padanan warna raya 2020, padanan warna raya mary, tips pilih warna tudung puan mary 2020.

KOLEKSI RESEPI KUIH MUIH PANTAI TIMUR SEDAP RAMAI SUKA!

$
0
0
KOLEKSI RESEPI KUIH MUIH PANTAI TIMUR SEDAP RAMAI SUKA! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ada masak atau beli kuih tak untuk berbuka puasa nanti? Haa kalau takde, maybe boleh cuba resipi bawah ni hehehe. But before that.. Apa itu kuih pantai timur? Ianya membawa maksud kuih yang originally, asalnya dari 3 Negeri pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. Kalau pantai barat negeri Perak, Selangor dan Melaka. Daerah Utara: Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Selatan pula Negeri Sembilan dan Johor Bahru. Haa tetibe masuk subjek Geografi kejap hahaha. So.. apakah resepi resepi kuih muih pantai timur yang ramai orang suka ni?

18 RESEPI KUIH MUIH PANTAI TIMUR SEDAP DAN MENYELERAKAN!


1. Resepi Kuih Akok Kelantan

Bahan-Bahan: (21 biji)

5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula melaka/ gula kabung-racik halus.
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara Membuat:

1. Satukan gula kabung, air dan daun pandan. Masak hingga gula hancur. Keluarkan daun pandan. Kemudian sejukkan sebentar.
2. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender. Kemudian, blend hingga betul-betul kembang (adunan kuih akok memang cair). Tapiskan.
3. Panaskan oven selama 15 minit suhu 200’C. Griskan acuan dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven.
4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut. Isi penuh acuan. Bakar selama 15 minit, suhu diturunkan ke 180’C. Guna api atas dan bawah.
5. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. Sejukkan seketika dan hidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
2. Resepi Asam guppa / saguppa

Bahan-bahan:
4 cawan sagu
8 cawan air panas
1 biji kelapa - diambil santannya
1 inci halia - di potong memanjang
2 ulas bawang merah - di mayang
1 helai daun pandan
2 sk halba
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula
Air secukupnya untuk masak inti kacang
Daun pisang

Cara-cara:

1. masakkan kacang hijau bersama air & gula sehingga empuk dan pecah.
2. kacau sehingga kering. matikan api dan biarkan sehingga sejuk
3. bulat-bulatkan inti sebesar biji guli dan ketepikan
4. rendamkan sagu bersama air panas (air yang betul-betul mendidih). tunggu sehingga sejuk.
5. kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
6. letakkan dalam kukusan yang di alas dengan foil atau daun pisang. Kukuskan sagu sehingga masak. 15-20 minit.
7. untuk kuah, masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dan daun pandan sehingga mendidih.
8. masukkan sagu dan masakkan sebentar.
9. sejukkan dan hidangkan
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
3. Resepi Kuih Puteri Mandi

Bahan-Bahan:
1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan

Bahan Inti –
1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya

Cara Membuat:
1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan. Gaul hingga sebati dan ketepikan.
2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.
6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati. Hidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
4. Resepi Nekbat (sira)

Bahan-Bahan:-
-7 biji Nekbat kering (boleh beli yang dah siap)
-gula pasir - Kena lebih sebab kuih ni mesti kena manis
-daun pandan
-bunga cengkih
-pewarna oren atau ikut kegemaran anda
-4 cawan air

Cara memasak :
-Masak air diatas dapur. Masukkn gula, bunga cengkih daun pandan dan pewarna oren.
-Bila air gula dah mendidih, masukkan nekbat kering. jangan dikacau dikhuatiri kuih tu boleh hancur. tutup api dan angkat.

Senang kan?

Tapi kalau anda nak buat sendiri nekbat kering, anda boleh ikuti cara di bawah ini.

Yang ni pula bahan untuk buat Nekbat Kering :

Bahan-bahannya:

1 kg tepung beras
12 biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

• Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
• Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.
• Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
• Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

Selamat menjamu selera
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
5. Resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahan:

350 gm gula melaka
240 gm gula pasir
190 gm tepung gandum
120 gm tepung ubi
60 gm tepung beras
1350 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
1 cawan kelapa parut putih

Cara buat kuih muih kaswi:

Masak gula melaka, gula pasir, 450 ml air, dan daun pandan dengan api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.

Ayak dan satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras dalam satu bekas.

Larutkan ayakan tepung dengan 900 ml air, air abu, air kapur, dan pewarna coklat, kacau rata dengan wisk.

Satukan larutan gula dan adunan tepung tadi. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak.

Kukus selama 45 minit (balut tutup kukus dengan kitchen towel).

Bila lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih, letakkan kitchen towel yang baru dan biarkan ia terserap.

Angkat perlahan dan biarkan sejuk sebelum dipotong, dan sajikan bersama kelapa parut putih.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
6. Resepi Kuih Puteri Ayu

Bahan-bahan:

5 biji telur
250 gm tepung gandum
300 gm gula
250 ml santan
2 camca teh ovalatter
2 camca teh paste pandan
1 camca teh baking powder
pewarna hijau
kelapa putih secukupnya yang sudah digaul dengan garam dan tepung ubi

Cara buat kuih muih puteri ayu:

Pertama-tama pukul telur, gula dan ovalatte hingga kembang dan gebu.

Masukkan santan, paste pandan, pewarna hijau, baking powder dan tepung gandum. Kacau hingga sebati.

Sapu minyak pada acuan dan masukkan kelapa di bahagian bawah acuan. Mampatkan.

Lepas tu, masukkan adunan dan kukus selama 5 minit.

Terakhir angkat kukusan dan biarkan hingga sejuk.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
7. Resepi Kuih Lapis

Bahan-bahan:

1. 2 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung gandum
3. 1/2 cawan tepung jagung
4. 4 cawan santan (saya guna 2 cawan pekat 2 cawan cair)
5. 1 cawan gula
6. Pewarna merah dan esen ros - masa saya buat ada sirap je kat umah sirap pun jadi jugak tau
7. Garam secubit

Cara-cara:

1. Masukkan santan ke dalam periuk tambahkan secubit garam. Menggunakan api kecil panaskan santan kacau selalu dan matikan api bila telah mendidih. Biarkan santan suam-suam kuku.

2.Panaskan air dalam kukus. Pastikan kita isi air yang banyak sebab nanti takut asyik mengukus lupa nak tengok air ada lagi ke tak kang tak pasal-pasal berlobang kukus kita.

3. Satukan kesemua bahan tepung dan gula.

4. Kemudian tuang santan ke dalam adunan dan kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu dibiarkan warna asal dan satu lagi masukkan pewarna merah atau warna kegemaran kita.

6. Bila air kukus telah betul-betul mendidih boleh la mula mengukus.Tuang warna putih dulu. Berapa banyak nak tuang bergantung pada loyang dan senduk yang kita guna. Kalau ikut cara saya saya tuang agak-agak menutupi semua permukaan loyang lebih kurang 2 ke 2.5 senduk bulat saya tu.

7. Kukus dalam agak-agak 4-5 minit kemudian boleh la tuang kan lapisan merah pulak. Ikut adunan ni saya dapat 6 lapisan.

Lapisan akhir tu kita tambahkan lagi pewarna merah skit lagi nak bagi kaler dia naik. Dan teruskan mengukus lebih lama sikit dari 5 minit untuk lapisan akhir ni.

Credit : Resepi Kak Ti
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
8. Resepi Golek Lengo (Kuih Bom) Inti Kacang Hijau

Bahan Doh:

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:

Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.

Inti Kacang Hijau:

250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/ gula melaka di racik halus - guna 1 keping gula Melaka
1 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum

Cara membuat Inti:

Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering.

Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.

Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat.

Nota:
Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih gulung, koci dan sebagainya.

Cara membuat kuih bom:

Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.

Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.

Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.

Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.

Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom.

Sumber : Azie Kitchen

Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat... kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.

Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang... buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.

Jangan terlebih rehat pulak.. macam kuih bom saya kat atas tu. Buat malam hari tapi biarkan seharian maka tepung terasa masam sikit dan bentuknya dah tak bulat cantik.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
9. Resepi Kuih Tepung Pelita

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung beras
10 helai daun pandan
4 cawan Santan
Bahan perasa - gula dan garam secukupnya
Air secukupnya
Daun Pisang dibuat acuan 4 segi

Lapisan Bawah :

1 cawan tepung beras
3 cawan air
10 helai daun pandan dihancurkan – ambilnya airnya

Lapisan Atas :

1 cawan tepung beras
4 cawan santan
Sedikit garam untuk melemakkannya

Cara-cara Menyediakan

1- Adunan lapisan bawah serta 1 sudu teh gula dimasukkan memenuhi separuh acuan daun pisang.

2- Kemudian, dikukus sehingga masak.

3- Selepas lapisan bawah masak, masukkan adunan lapisan atas memenuhi acuan daun pisang

4- Kukus sekali lagi hingga masak.

5- Siap untuk hidangan
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
10. Resepi Pulut Tapai

Bahan-Bahan:

1 kg beras pulut
1/2 biji ragi ditumbuk halus
Daun getah/daun pisang secukupnya

Cara-cara Menyediakan:

1- Tanak pulut hingga masak..

TIP untuk mengelakkan pulut lembik.. samakan sukatan pulut dengan sukatan air yang dimasuk... contohnya 5 cawan pulut = 5 cawan air…

2- Apabila pulut masak, keluarkan dari periuk dan ratakan dalam dulang..

3- Biarkan pulut tadi sejuk dan ayak ragi di serata permukaan pulut..

4- Kemudian, terbalikkan pulut.. dan ayak lagi sekali agar ragi serata ke semua bahagian pulut..

5 -Bungkus pulut tadi dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama 2 hari..
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
11. Resepi Pulut Dakap

Bahan-bahannya:

3 cawan beras pulut
1 sikat pisang raja atau pisang awak yang masak ranum
3 cawan santan pekat + ½ sudu teh garam
Daun pisang secukupnya (dilayur sehingga layu)
Tali untuk mengikat secukupnya

Cara-cara menyediakannya:

1. Rendam beras pulut selama 1 jam dan kukus hingga masak. Gaul rata dengan santan ketika pulut masih panas dan ketepikan seketika.

2. Ambil pisang dan belah dua. Sendukkan pulut dan letakkan ditengah-tengah daun pisang. Ratakan pulut dan letakkan pisang ditengah-tengahnya.

3. Lipatkan daun pisang seperti membalut lepat. Pastikan pulut membalut keseluruhan pisang. Buat sehingga pulut dan pisang habis.

4. Ambil dua bungkus pulut dan kembarkan keduanya secara bersemuka iaitu lipatan bertemu lipatan. Ikat dengan tali di bahagian atas dan bawahnya sehingga habis semua berpasangan.

5. Setelah selesai bolehlah dikukus selama lebih kurang 25 minit atau 30 minit. Angkat dan hidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
12. Resipi Kuih Cara

BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

BAHAN INTI KUIH :
Gula secukupnya

CARA MEMASAK :
~ Panaskan acuan khas untuk kuih cara di atas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis untuk memastikan adunan tidak berketul.
~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isi gula ditengahnya. Tutup acuan dengan tudung periuk, tunggulah hingga masak. Gunakan api yang perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang-sepasang.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
13. Resepi Kuih Lompat Tikam

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah:
1 cawan pulut - rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah

Air gula melaka:
1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara lapisan hijau:

Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.

Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.

Cara lapisan putih:

Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap

Cara Pulut Merah:

Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut.

Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
14. Resepi Tepung Bungkus Simple

Bahan-bahan Resepi Tepung Bungkus Simple

Bahan untuk adunan tepung:

1 bungkus tepung beras siam
5 cawan air
12 sudu gula
1 sudu garam
500 gram santan

Bahan untuk inti kelapa:

3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)
500 gram gula melaka
1/2 sudu garam
250 gram gula pasir
2 sudu debu pulut
2 helai daun pandan

Cara Cara Masak Resepi Tepung Bungkus Simple

Cara membuat adunan tepung:

1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.

2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.

Cara membuat inti kelapa:

1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak

2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.

3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.

4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.

Cara membungkus kuih tepung bungkus:

1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.

2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.

3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.

4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.

5. Kukus selama 20-25 minit.

6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dihidangkan.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
15. Resepi Kuih Seri Muka Simple

Bahan-bahan Lapisan Atas :
- 1 Cawan Beras Pulut
- 1 Cawan Santan
- Sedikit Garam

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
- 1 Cawan Santan
- 5 Helai Daun Pandan
- Setengah Cawan Gula
- 1 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Tepung Gandum
- Sedikit Garam

Cara-Cara Membuat :
1. Basuh beras pulut sehingga bersih.
2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.
3. Masak guna rice cooker je, senang kan.
4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.
5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.
6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.
7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.
8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
16. Resepi Cek Mek Molek

Bahan-Bahan (10 biji)
• 400-450gram ubi keledek (2 cawan keledek lecek)
• 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
• Gula putih
• Minyak masak

Cara-cara:
1. Ubi keledek direbus hingga empuk (masukkan sedikit garam).Biarkan ubi keledek rebus sejuk, kemudian lecek halus.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk. (jangan masukkan terlalu banyak tepung, nanti kuih akan menjadi keras).
3. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian, bulat bulat (besar sikit dari bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
4. Pastu bentukkan seperti kuih cekmek molek.
5. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA.

Note:
• Pastikan ubi keledek betul betul sejuk ,barulah masukkan tepung.kalau masih suam suam.. akan menambahkan penggunaan tepung.
• Jika adunan masih melekat kat tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya kuih boleh dibentuk.
• Berhati hati kalau makan cekmek time panas panas sebab gula cair masih panas kat dalam.. nanti melecur lak
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
17. Resepi Butir Nangka Kelantan

Bahan-bahan ( 7-8 orang )

• 4 cawan tepung beras pulut ( saya buat 1 cawan jer)
• air
• sedikit kapur makan
• secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
• (bahan untuk kuah)
• santan dari setengah biji kelapa
• gula
• 1 sudu makan halba.. tak letak
• garam
• daun pandan
#5 ulas nangka dipotong memanjang - saya tambah

Cara-cara:

1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul..
5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.
9. masak butir nangka dan hirisan nangka bersama kuahnya sehingga mendidih..
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
18. Resepi Kuih Buah Peria

Bahan- Bahan:
300 gm tepung pulut
250 ml/1 cawan santan pekat (kalau guna kelapa parut - boleh kisar kelapa parut dan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma kuih yang lebih harum)
Sedikit garam
Pewarna hijau

Bahan lain:
Minyak masak
Inti kelapa atau kacang hijau
Daun pisang

Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Masukkan pewarna dan garam ke dalam santan dan kacau rata. Tuangkan santan ke dalam mangkuk tepung sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.

Resepi inti kacang hijau:

1 cawan kacang hijau (rendam 3 jam atau lebih - sesekali ganti air - kalau rendam kacang ni cepat empuk... jimat gas)
1 keping gula nise
Gula putih secukup rasa dan sedikit garam
Air untuk merebus

Rebus kacang hingga empuk. Air jangan banyak sangat dalam 3 cawan. Sesekali kacau. Kalau kacang masih belum empuk tapi air dah kering boleh tambah air.

Masukkan gula dan garam. Kacau dan pastikan gula hancur dan inti pekat dan agak kering. Sejukkan dan sedia digunakan.

Kalau buat banyak boleh simpan dalam freezer.
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap
So.. whats your favorite?

Jangan tanya saya. Sebab banyak my fav hahahaha. Tapi kuih yang paling saya rindu sekarang ni - kuih AKOK huwaaaaa~

Teringat kuih akok yang saya beli tahun lepas time bulan puasa kat bazar Ramadan.. sedap wooo. Lembut gebu sedap secukup rasa. T-T Tapi tu lah puasa tahun ni 2020 bazar tak dibenarkan buka. Nak beli kat gerai tepi jalan macam ermm takut juga time PKP ni kan hehe.

Dan dalam banyak banyak kuih pantai timur kat atas ni.. ada EMPAT kuih yang saya tak pernah rasa setakat ni lagi which are butir nangka, nekbat, pulut dakap, and kuih buah peria. Sebab rasa macam tak pernah jumpa hahaha.

Yang kuih puteri mandi & lompat tikam pula.. ye saya tahu memang dua dua ni famous amous terutamanya nama dorang yang comel + unik haha tapi hmm rasanya, saya tak pernah makan lagi. If i'm not mistaken lew. Kot kot laa masa kecik pernah makan tapi lupa kan hahaha.

Korang pula?

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live