Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Lirik Lagu Altimet ft. Takahara Suiko - Janji (Inspirasi 25 Rasul)

$
0
0
Lirik Lagu Altimet ft. Takahara Suiko - Janji (Inspirasi 25 Rasul) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Lagu Altimet ni sebenarnya lagu lama. Released on 18 April 2016. 3 tahun yang lalu. Lagu ini adalah sebahagian dari program Astro Oasis Inspirasi 25 Rasul (Klip 25 Rasul). Lagu ni,  unfortunately, tak ada official video lirik dan official music video pun.
lagu altimet takahara suiko
lirik lagu altimet takahara suiko - JANJI
Saya jumpa lagu ni pun sebab Youtube yang recommend kan. Kat radio pun setakat ini hmmm if I'm not mistaken, saya tak pernah dengar lagi. Kat TV apatah lagi kan? hahaha.

Tapi lagu ni best!

Rentak muzik dia macam dalam cerita P.Ramlee yang para lanun nyanyi hoi hoyya hoi. Suka juga dengan lirik lagu yang menceritakan tentang sirah Nabi Musa dan Firaun.


Lagu Janji - Altimet feat Takahara Suiko [VIDEO] :



Lirik Lagu Altimet ft. Takahara Suiko - Janji (Inspirasi 25 Rasul)


Yamin, Semaw, Yamin, Semaw
Yamin, Semaw, Yamin, Semaw
Yamin, Semaw, Yamin, Semaw

Yamin, Semaw, Yamin, Semaw
(yamin & semaw adalah bahasa Hebrew. maksudnya kanan, kiri, kanan, kiri)

Dengarkan cerita anak angkat raja
Dilantik ketua siapa semua hamba
12 rumah yahud bangsa mereka
Bawakan kami ke tanah merdeka
Dengar cerita dia utusan Yang Esa
Patutnya dibunuh tapi firaun leka
Terlepas dibesarkan di dalam istana
Penyelamat kita dari hidup merana

Yang konon pembunuh aku sudah tiba
Tak sangka dulu ku timangnya diatas riba
Bagai ahli sihir dia penyilat mata
Aku boleh matikan dia bila-bila masa
Panggil menteri binakan menara setinggi mentari
Aku mahu lihat tuhan si bodoh ini
Tak nampak pun batang hidung tuhan yang lembik
Tuhan ku hamba dah lari menteri ku bertepik

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Dikejar tenteranya jadi kita lari

Kanan kiri kanan kiri
Kejar dihamba kepunyaan tuhan kami
Depan ada laut hey mana mahu lari
Tuhan kami akan tewaskan si nabi

Yamin, Semaw, Yamin, Semaw
Yamin, Semaw, Yamin, Semaw

Dihentak tongkatnya di atas tanah
Laut terbelah kami redah
Antara dua dinding air kami mencelah
Kepada nabi dan tuhannya kami berserah
Sampai ke seberang kami pandang belakang
Firaun dan tentera mengejar menyerang
Dinding air runtuh mereka kabur kelam
Cuba berenang dipaksa menyelam

Ni yang buat aku meradang
Yang mulanya surut sekarang sudah pasang
Dah tiada pilihan apa boleh buat
Terpaksa aku akui tuhannya lagi hebat

Nyawa mereka terbang
Badan timbul tenggelam
Tombak dan pedang masih di dalam genggam
Kami terus berjalan pagi petang siang malam
mencari halaman untuk bercucuk tanam

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kita dijanjikan pembalasan Ar-Rahman
40 tahun dalam perjalanan
Menuju cahaya dipimpin Nabi Musa
Membelah lautan dengan tongkatnya
Firaun yang tenggelam menghuni jahanam
Yang karam bersama kesumat dan dendam
Raja yang bertakhta karam tanpa berita

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti
lagu altimet takahara suiko
lirik lagu altimet takahara suiko -JANJI
Best kan?

Yang untuk Nabi Adam pula, saya pernah buat entri sebelum ni. Boleh baca di sini: Lagu Adam Nyanyian Faizal Tahir Menenangkan Jiwa.

Untuk lagu Nabi yang lain, ada artis lain yang nyanyikan. Korang cuba search kat Youtube, mesti muncul hehe.

Okay itu sahaja.

Till nex time, daaa~ wassalam! :)


BACA JUGA:




nak apply Pensyarah PTFT Matematik UiTM Shah Alam tapi....

$
0
0
nak apply Pensyarah PTFT Matematik UiTM Shah Alam tapi.... | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Rindunyaa kat blog! Beberapa hari dah kena tinggal hahaha ciannn dia. Takpe takpe, mood blogging dah masuk merasuk balik ke dalam diri ini haha. So.. Alkisah pda minggu lepas, pensyarah matematik Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) saya, Puan Rosmawarni berbaik hati share tentang permohonan pensyarah ptft matematik UiTM Shah Alam di status Facebook saya:


TAWARAN PENSYARAH PTFT MATEMATIK DI UITM SHAH ALAM

Assalamualaikum semua kakak-kakak, kawan-kawan dan adik-adik...

Pusat Pengajian Matematik, UiTM Shah Alam sedang mencari Pensyarah Matematik PTFT, dengan kelayakan Masters Math (Degree Math CGPA 3.0 ke atas) bagi mengisi 13 kekosongan untuk Sem September 19 - Januari 20 2019.

Sesiapa yang ada anak-anak, menantu, saudara mara yang ingin memohon, silalah kemukakan dokumen di bawah:
1. Borang permohonan PTFT
2. Resume
3. Salinan academic transkrip
4. Salinan IC (identification card = kad pengenalan)

Hantar kepada:
Sumarni Abu Bakar (Dr.)
Koordinator Matematik Servicing
Pusat Pengajian Matematik,
UiTM Shah Alam,
40450 Shah Alam, Selangor

ATAU

Boleh juga e-mailkan kepada sumarni@tmsk.uitm.edu.my

sebelum 31 Julai 2019.
apply pensyarah ptft matematik uitm
nak apply pensyarah ptft matematik uitm shah alam tapi........ | GAMBAR SEKADAR HIASAN
Sebenar-benarnya, selama ni saya tak tahu pun ada kewujuduan pensyarah PTFT dalam dunia ni hahaha. Mula-mula dengar "PTFT".. aik mende tu?
Lecturer apakah itu?
Pensyarah istimewa ke?
Apa skop kerja nya?
Apa beza pensyarah ptft dengan pensyarah tetap?
Atau sama saja kah?

Saya pun search kat Google. Yela kan.. malu bertanya sesat jalan. So, kita tanya google lah haha.

And yezzah I got it!

Saya jumpa satu entri yang paling menjawab soalan saya; berkaitan dengan jenis jenis pensyarah UiTM. Dalam tu, baru saya tahu apa itu pensyarah PTFT. Tapi entri tu dah lama. Published on 2014.

So, kalau ada maklumat yang 'berbeza' (dari segi gaji, elaun, bonus dan slip gaji) berbanding tahun terkini 2019 ni, maafkan ye.

And if ada salah, tolong betulkan!

JENIS-JENIS PENSYARAH UITM

Pensyarah UiTM sebenarnya terdiri daripada beberapa jenis atau kelas. Ini bergantung kepada tawaran yang dibuat oleh universiti. Kampus utama UiTM terletak di Shah Alam dan kampus-kampus cawangan boleh didapati di kesemua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam sebuah negeri, bilangan kampus cawangan mungkin dua atau tiga atau lebih.

Terdapat TIGA jenis pensyarah di UiTM:

1. PENSYARAH TETAP

Pensyarah tetap adalah pensyarah-pensyarah yang telah disahkan jawatan di dalam UiTM.

Rata-rata pensyarah UiTM adalah berkelulusan sarjana. Walaubagaimanapun, mungkin masih ada lagi pensyarah yang berkelulusan ijazah (ambilan lama) yang sedang berkhidmat. Mereka menikmati gaji asas ( ~ RM2000), elaun-elaun, kemudahan kesihatan dan sebagainya. Rata-rata daripada mereka adalah berpendapatan ~ RM 5000 - RM 6000 sebulan selepas ditambah kenaikan elaun tahunan.

Dari segi umur pula, rata-rata adalah di awal 30-an ke 40-an.

2. PENSYARAH KONTRAK

Pensyarah kontrak mungkin terdiri daripada dua kumpulan kecil sama ada daripada pemegang biasiswa Tenaga Pensyarah Muda (TPM) UiTM atau pun daripada pensyarah yang telah lama berkhidmat dan dilantik ke jawatan kontrak.

Bagi TPM, pensyarah kontrak yang dimaksudkan disini adalah tempoh percubaan sebelum disahkan jawatan ke tetap. Buat masa sekarang kelayakan minimum untuk menjadi pensyarah kontrak adalah sarjana (master). Apabila tempoh belajar telah tamat, TPM akan dipanggil untuk mengajar walaupun TPM tersebut masih belum menamatkan pengajiannya.

Sebenarnya, masih ramai pensyarah UiTM yang telah berkhidmat, tetapi belum menghabiskan pengajian dalam bidang master. Mereka bernasib baik kerana dibayar mungkin berdasarkan kelayakan degree dan elaun-elaun yang sepatutnya dinikmati oleh staf-staf yang lain.

Gaji permulaan termasuk elaun bagi TPM yang mendaftarkan diri adalah ~ RM 4300 (dengan kelayakan master).

3. PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)

Di sesetengah tempat, ianya juga dikenali sebagai pensyarah pakej.

Setiap tahun, berlaku pertambahan bilangan pelajar ke UiTM disebabkan dasar-dasar politik yang ditetapkan. Kewujudan UiTM juga banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor politik. Dari satu sudut, kewujudan UiTM ini perlu untuk memajukan golongan bumiputera dan masyarakat kampung.

Walaubagaimanapun, ianya juga menimbulkan kesan negatif yang memerlukan perhatian serius ahli akademik dan ahli politik.

Pertamanya, bilangan pelajar yang diambil tidak bersesuaian dengan nisbah bilangan pelajar. Dengan kata lain bilangan pelajarnya lebih ramai daripada bilangan pensyarah tetap.

Keduanya, kewujudan UiTM perlulah selaras dan seiring dengan kemudahan infrastukturnya. Dengan kata lain, bilangan pelajarnya sesuai dengan infrastruktur. Inilah yang menyebabkan UiTM perlu menggaji pensyarah-pensyarah untuk menampung kekurangan pensyarah yang mungkin juga serius bagi sesetengah bidang.

Mungkin inilah idea asal kewujudan pensyarah PTFT dimana mereka hanya diperlukan sementara menunggu kepulangan TPM dan kontrak mereka adalah mengikut semester.

Perlu diingatkan juga, pensyarah PTFT tidak mempunyai sebarang gred malah tidak mempunyai slip gaji. Slip gaji /cetakan gaji bulanan hanya akan dibuat apabila diminta kepada bendahari. Gaji pensyarah PTFT ini adalah dibayar oleh UiTM.

Berbeza dengan pensyarah tetap/kontrak, gaji mereka dibayar oleh kerajaan Malaysia. Sekiranya kerajaan mengumumkan bonus, bonus ini hanya dinikmati oleh staf tetap/kontrak sahaja. Oleh kerana UiTM adalah badan berkanun, mereka memilih untuk tidak membayar bonus kepada PTFT.

Sebenarnya, PTFT hanya mendapat gaji asas semata-mata. Sekiranya kelulusan seseorang ptft adalah ijazah sarjana muda, maka ia dibayar RM1800 sebulan. Gaji ini akan ditolak dengan EPF, dan seseorang PTFT hanya akan mendapat gaji bersih RM1600.

Manakala bagi PTFT yang memohon dengan kelayakan sarjana (master) ia akan dibayar sebanyak RM2300 sebulan. Apabila ditolak EPF, gaji bersih adalah sebanyak ~ RM2000 sahaja.

Mereka tidak mendapat apa-apa keistimewaan atau apa-apa elaun.

Sekiranya mereka sakit disebabkan penat mengajar (deman, dan lain lain), mereka tidak boleh menuntut daripada UiTM dan kos perubatan ditanggung sendiri.

Dari segi bebanan kerja adalah hampir sama dengan pensyarah tetap. Walaupun banyak kekurangan pada PTFT, mereka terpaksa terima kerana kebanyakkan mereka memerlukan pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Berikut merupakan ringkasan perbandingan antara pensyarah tetap, kontrak dan PTFT:
apply pensyarah ptft matematik uitm
apply pensyarah ptft matematik uitm

Back to the main topic..

Asalnya.. bila saya baca tentang tawaran permohonan Pensyarah Matematik Sambilan tersebut, I was soooo excited! Sebab wow saya boleh jadi lecturer  maths walaupun hanya ada degree in Mathematics sahaja! Yeay yeayy.

Bila tengok syarat kelayakan pun, inshaaAllah saya ada peluang yang cerah untuk diterima kerana CGPA saya above 3.6. 

Tapi bila difikirkan balik.. rasa macam ermm teragak-agak pula. nak mohon ke tidak.

Kenapa saya ragu ragu untuk apply?

Sebab utama.. gaji basic pensyarah PTFT untuk ijazah adalah lebih kurang RM1,800 kan? Takde elaun, takde dapat bonus. And then, bila saya kira kira duit pendapatan hasil kelas tusyen Maths saya pada bulan ini.. (anggaran) nak dekat RM1.8K juga. So, bila saya compare, hmm nak dekat sama je gaji yang akan saya dapat.

Yes yes yes I know.. pengalaman yang diperoleh nanti lebih penting dan lebih bermakna. Yess den tahuu. Sabar sabar. Jangan kecam dulu hahaha.

Actually saya bukan consider setakat gaji sahaja, tapi from every aspect. Jarak yang jauh dari Seremban (tempat tinggal saya) dan Shah Alam. Nanti nak kena cari rumah sewa lagi, transport nak pergi ke tempat kerja lagi.. semuanya tu nak kena keluarkan wang juga.

Lagipun, saya tak rasa umi dan abi akan 'lepas'kan saya sorang sorang ke sana. Mestilah mereka risau kan. Dan tak mustahil kalau mereka pun nak ikut sekali saya ke sana haha. Honestly, saya langsung tak kisah kalau mereka nak follow tapi.. saya fikir itu akan menyusahkan mereka. buat apa nak susah-susahkan orang tua kita kan?

So takpelah. Saya decide untuk tidak memohon. 

Saya stay on this position je lah haha.
apply pensyarah ptft matematik uitm
TUTOR MATEMATIK & ADDMATH (MATEMATIK TAMBAHAN) Seremban
For those yang berminat nak apply, dialu-alukan. Tarikh tutup 31 Julai 2019.

Sebar-sebarkan pada lain lain yang berkelayakan!

PANDUAN CARA MOHON PENSYARAH PTFT di UiTM

(dari Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM)
apply pensyarah ptft matematik uitm
cara apply pensyarah ptft matematik uitm
https://hea.uitm.edu.my/v3/images/downloads/info_graph/Panduan_mohon_ptft.jpg

Itu sahaja!

Till next time, daa~ wassalam! :)

Istiwa Adzam 2019 (Matahari atas Kaabah) & Cara Semak Arah Kiblat

$
0
0
Istiwa Adzam 2019 (Matahari atas Kaabah) & Cara Semak Arah Kiblat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Mungkin ada yang dah tahu, ada yang belum tahu. Sebenarnya setiap tahun, kita ada tarikh dan masa yang sesuai & paling tepat untuk membuat semakan arah kiblat; iaitu pada semasa berlakunya Istiwa Adzam/ Istiwa 'Adzam/ Istiwa A'zam/ Istiwa' Adzam/ Istiwa Kaabah.


Apa itu Istiwa Adzam?


Maksud Istiwa A'zam - kedudukan matahari berada di titik Zenith ketika Istiwa'.

Nilai sudut istiwa' Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah di mana Kaabah terletak.
istiwa adzam 2019 matahari atas kaabah
istiwa adzam 2019 (matahari atas kaabah) | image: malaysianreview.com
PERISTIWA ISTIWA ADZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT - Mufti Wilayah Persekutuan

Peristiwa ini akan berlaku 2 kali dalam setahun. Kedudukan matahari berada tepat (tegak) di atas Kaabah.

Apabila Istiwa 'Adzam berlaku, bayang bayang objek tegak akan menunjukkan arah ke Kaabah (kiblat).

Semakan boleh dibuat di premis atau kediaman masing-masing.

Semakan perlu dibuat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu di mst.sirim.my.

Waktu di Malaysia:

28 Mei (5:16 petang) & 16 Julai (5:28 petang) - SETIAP TAHUN

27 Mei (5:16 petang) & 15 Julai (5:28 petang) TAHUN LOMPAT
istiwa adzam 2019 matahari atas kaabah
peristiwa istiwa adzam (matahari tegak di atas kaabah)

Bilakah Istiwa A'dzam 2019?

- yang belum lagi berlaku adalah pada 16 Julai 2019 (13 Zulkaedah 1440H); Selasa 5:28 petang.

CARA SEMAK ARAH KIBLAT

Mufti Wilayah memberi sedikit panduan semakan arah kiblat kepada kita semua.. 

"Tepat pada waktu kejadian, lihatlah kepada bayang bayang yang terhasil. Bayang-bayang yang menghala ke arah matahari menunjukkan arah kiblat yang tepat."

Ketua Unit Kembara Angkasa, Persatuan Falak Syarie Malaysia, Mohd Razlan Ahmad, berkata kedudukan Kaabah Masjidilharam ketika itu pada kordinat latitud 21 darjah, 25 minit dan 24 saat (utara) manakala longtitud 39 darjah, 49 minit dan 24 saat (timur).

“Jika berada di sana (Masjidilharam), umat Islam akan lihat kaabah serta apa saja yang berdiri tegak di persekitarannya seolah tidak ada bayang-bayang dan ketika itu waktu di sana adalah sekitar jam 12.16 tengahari.

“Jika di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna sedang menghadap tepat ke arah kiblat,” katanya.

Katanya, cara untuk tentukan kedudukan adalah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan serta apa saja benda tegak 90 darjah sebagai panduan.

“Umat Islam perlu mengambil peluang ini dan memanfaatkan kejadian yang menunjukkan kebesaran tuhan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat,” katanya.
cara semak arah kiblat
istiwa adzam 2019 (matahari atas kaabah) | CARA SEMAK ARAH KIBLAT
"Habistu kiblat yang kita guna sekarang ni tak betul ke?"

Untuk menjawab persoalan tersebut.. lebih baik kita dengar pada yang lebih arif dan bijaksana kan kan?

Sila baca artikel HMetro di bawah ini sehingga habis:

Istiwa Kaabah boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di seluruh dunia.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad berkata, Istiwa Kaabah berlaku disebabkan laluan peredaran matahari pada dua waktu ini setiap tahun di mana akan melalui tepat garisan Kaabah.

“Tidak timbul dakwaan sama ada arah kiblat berbeza atau sebagainya."

“Penggunaan kompas sering digunakan untuk menentukan arah kiblat dan kadang kala berlaku ketidaktepatan menentukan arah itu disebabkan tarikan magnet kompas itu sendiri."

“Begitu juga arah kiblat di masjid apabila berlaku kekeliruan arah kiblat. Pembinaan sebuah masjid adalah berdasarkan batu sempadan masjid yang kadangkala tidak begitu tepat bagi menentukan arah kiblat,” katanya.

Katanya, fenomena Istiwa Kaabah dimanfaatkan untuk umat Islam menyemak dan menentukan kedudukan arah kiblat berdasarkan tiang, bangunan dan sebagainya.

Sumber: Harian Metro

Subhanallah. MashaAllah. Hebatnya Allah!

Semoga bermanfaat! Jangan lupa sebar sebarkan ilmu ini.

Till next time, daaa~ wassalam! :)


Selamat Pengantin Baru Tuanku YDPA & Tuanku Permaisuri Agong Malaysia!

$
0
0
Selamat Pengantin Baru Tuanku YDPA & Tuanku Permaisuri Agong Malaysia! | First time kan dengar Sultan/ Permaisuri Agong Malaysia ada akaun twitter? hahaha. Saya pun terkejut. Pagi tadi terrjumpa satu tweet dari akaun username azizah iskandar (@cheaminahsayang) yang memuat naik gambar cantik dan segak tuanku Yang Di Pertuan Agong (YDPA) & Tuanku Permaisuri Azizah Aminah.

Tweet tu seriusss comel dan sweet!

"maaf... terdelete kerana tidak check terlebih dahulu samada gambar rasmi boleh dishare atau tidak. Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya! Selamat Pengantin Baru.. *emoji loveeed*"
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa & permaisuri agong!
Tuanku YDPA bersama Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Daulat Tuanku. Dirgahayu Tuanku.

Akan diadakan Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI (Royal Coronation) pada 30 Julai 2019. Semoga Allah permudahkan segala urusan pertabalan YTM Yang Di Pertuan Agong.
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa & permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa & permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa & permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
TWEET TUANKU PERMAISURI AGONG MALAYSIA
Permaisuri Agong juga turut share gambar gambar lama dulu dulu; semasa waktu majlis perkahwinan diraja di istana.
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa & permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa & permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
Turut berkongsi gambar Sultan Baginda Paduka (SBP) YDPA yang ke 7, 8 dan 16.
gambar agong malaysia
gambar sbp ydpa Malaysia
gambar agong malaysia
gambar SBP YDPA Almarhum Sultan Ahmad Shah

"a very very very pic of my father wearing the muskat... borrowed from my father in law Almarhum Sultan Ahmad Shah.. The only muskat worn by 2 Kings for their installation ceremony! Handsomenya ayah saya!"
selamat pengantin baru tuanku ydpa permaisuri agong
SBP YDPA MALAYSIA (ayah Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah)
Ramai yang memuji kecantikan, kesopanan dan ke-sporting-an Tuanku Permaisuri Aminah di dalam twitter hehe. Daulat Tuanku.

**semua gambar di atas diambil dari twitter Tuanku Permaisuri @cheaminahsayang**

Till next time, daa~ wassalam! :)


Tips blog: cara buat entri personal 'laku keras' sampai beribu pageviews!

$
0
0
Tips blog: cara buat entri personal laku keras sampai beribu pageviews! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Disebabkan ada blogger yang menulis entri personal; termasuk saya (walaupun bukan selalu) so harini saya nak share tips 'sikit' how to attract people to read entries yang 'genre' nya adalah lebih kepada berbentuk personal.

Personal ni sebenarnya ada banyak cabang. jangan ingat personal ni hanya 'kaku' dan terikat pada satu tempat je. jangan ingat personal ni pasal diri sendiri buat aktiviti harian sahaja. jangan ingat kalau entri personal je.. mesti bosan, boring, bosan, boring, bosan dan boring. nope.

Kita kena buang mindset bahawa entri personal ni "hmmm confirm lah tak ramai orang nak baca!". nope. buang buang fikiran begitu.

In fact, entri personal ni ada kekuatan dia yang tersendiri. its just we have to know and learn how to takle it.

how to make it powerful?
macam mana cara nak bagi orang klik baca?
macam mana cara nak bagi melekat di Google?
macam mana nak jadikan ianya sentiasa dicari orang ramai?
apa caranya untuk buatkan entri personal cecah more than 100 or lebih 1,000 views?

Cuma .. suka untuk saya ingatkan.. benda ni take time. Tapi, kalau nak kesan yang cepat, sangat digalakkan untuk share di banyak banyak group Facebook (FB).

Kalau malas atau sibuk sangat sangat sampai takde masa nak share kat FB, its okay. just let it be. dan kena sabar lah untuk keyword entri tu naik di Google. hahaha.
tips blog entri personal
tips blog cara buat entri personal hits! | image: Google
Mungkin ada yang macam "eleh dia ni. banyak cakap. dia pun tak banyak entri personal". Ada ke yang nak tanya macam tu kat saya? hahhaa. Kalau ada, my answer is.. first of all, blog saya ni adalah lifestyle blog. So mesti la campur-campur hahaha.

Second, saya TAKKAN share tips blog yang saya tak buat sendiri. Disebabkan ada entri personal saya yang hits & dapat ribu riban views lah, saya nak kongsi sedikit tips kepada semua.

Antara entri personal saya yang sudah cecah beribu views (PV):

TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM! (PV 44,164) LINK

hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian~ (PV 42,465) LINK

Yeayy Lesen Memandu P dah siap buat! (PV 36,725) LINK

Pengalaman Praktikal di Bank Rakyat Seremban (PV 6,748) LINK

Duit BSH Fasa 2 2019 (RM150) dah masuk akaun CIMB (PV 6,582) LINK

Study di Matrikulasi.. senang ke susah? (PV 5,979) LINK

nervous nak interview di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) (PV 2,104) LINK

"kalau jumpa telur lipas, pecahkan dia" (PV 1,888) LINK

melepasi syarat-syarat semasa bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PV 1,456) LINK
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal

Tips blog: cara buat entri personal laku keras sampai beribu pageviews!


Entri personal ni sangat banyak cabang dan ranting nya
- pengalaman, cerita apa yang kita buat seharian, tips atau 'rahsia' yang kita amalkan, benda yang baru sahaja terjadi kat diri sendiri, cerita kita pergi trip/travel/melancong, cerita seram/pelik yang pernah kita lalui dan macam macam lagi.


'RESEPI'(TIPS):

'Bahan-bahan' dan 'perencah' (point):

1. kena kreatif dan bijak selitkan content entri personal dengan tips, info yang tengah hot atau berita semasa yang sedang ramai orang bualkan.

2. tajuk pun kena catchy, menarik, tertarik, kau memang dabom! ehh lagu Ruffedge pula haha. (yang penting, tajuk jangan lebih 12 patah perkataan tauuu - for good SEO)

3. banyakkan keyword - boleh tengok di 'related search Google'.
tips blog entri personal
CONTOH KEYWORD
4. WAJIB letak gambar. (jangan lupa kecilkan gambar di Compress Image sebelum upload di blog. supaya blog tak berat)

5. digalakkan untuk tulis panjang-panjang. nak tulis pendek pun boleh tapi kalau boleh jangan lah pendek sangat (except wordless entri) & banyakkan masuk keyword yang 'mengena'.

Cara-cara 'menggoreng' (penerangan lebih jelas untuk pointss di atas):

Okay point 1 & 2 tu saya gabungkan explaination ye. Susah saya nak terangkan sebenarnya hahaha so..

saya bagi idea tajuk dan isi apa yang boleh masukkan jela eh supaya nampak gambaran apa yang saya cuba nak sampaikan.

CONTOH tajuk entri personal (idea tajuk ni 100% ori datang dari kepala saya ye haha) yang ada kaitan dengan cerita semasa atau kisah viral yang boleh anda buat:

1. ramai dah dapat duit BSH, akaun maybank saya belum lagi!

Okay entri ni contoh lah kalau kita buat time duit fasa 2 BSH sudah diagihkan dulu.. dan share di group-group FB.. percayalah. Mesti laku keras! Lagi-lagi orang yang sama nasib dengan kita.. lagi lah ramai yang klik.

2. 10 kali gagal temuduga kerja, akhirnya lulus!

Entri ni boleh ceritakan 10 temuduga tu kat mana, kerja apa. Kenapa boleh gagal. Selitkan juga tips lulus temuduga, apa do & don't semasa interview. Suggest website yang boleh dipercayai untuk orang ramai cari kerja atau jawatan kosong. Yelah sekarang kan memang ramai orang yang sedang mencari kerja terutamanya lepasan graduasi (fresh graduate).

3. 'senang' je jawab 100 soalan ujian PTD!

'senang' means senang in sarcasm. Sarkastik senang = susah atau senang sebab main tembak je hahaha.

Orang yang pernah jawab soalan PTD je faham betapa menipunya statement tu hahaha. okay entri ni kita cerita lah pengalaman kita ambil test PTD. susah ke tak. kalau susah, kenapa susah? apa contoh soalan susah? kalau senang dan lancar jee jawab, apa yang senang? contoh soalan senang? ada tips atau persediaan apa apa ke sebelum ujian PTD tu?

Jangan terkejut kalau entri personal yang menceritakan pengalaman kita sendiri boleh hot di Google. as we know, memang ramai orang yang ambil test berkomputer PTD. and mereka mungkin search 'tips jawab soalan PTD' or something like that. kalau kena dengan keyword, tak mustahil boleh hits!

4. pengalaman pernah kena curang selama 5 kali!

Maybe entri ni boleh 'meletop' ketika selebriti terkenal dicurangi suaminya? Dalam entri ni selain dari share pengalaman kena curang, boleh selitkan juga cara untuk move on atau tips move on dengan mudah.

Tak cukup dengan tu, masukkan juga tanda-tanda pasangan curang, tanda-tanda lelaki ada 'pasang' lain atau cara detect pasangan tiada 'hati' lagi dengan kita. And beri nasihat ke, dorongan ke. Quotes. Ayat Quran, hadis atau kata hikmah untuk menenangkan orang yang sedang frust selepas break up.

Nampak tak? Entri personal boleh selit macam-macam benda. Padahal topiknya satu sahaja - curang. Asalnya cerita sedih nak cerita pasal kita kena curang, tapi kita panjangkan lagi dengan tips, pengajaran dan kata-kata semangat akhirnya.

Percayalah.. entri macam ni lah orang ramai suka search kat Google tau. pasal hati dan perasaan. pasal relationship antara lelaki dan perempuan.

5. tak pandai semasa di sekolah, tapi sekarang gaji lebih 4K!
6. lepas SPM, sambung matrikulasi.. dapat pointer tinggi!
7. tak sangka dapat pointer 3.5 semasa di Universiti
8. selalu kena buli dan perli, sekarang saya berjaya!
9. gagal di sekolah, tak bermakna gagal selama-lamanya
10. dapat pointer rendah, tapi sekarang kerja gaji beribu
11. sambung belajar dalam bidang tak minat tapi......
12. menyesal tak sambung belajar!
13. cara saya study di Universiti sehingga dapat pointer tinggi
14. tak hebat pelajaran di sekolah? sama lah kita tapi.....
15. diploma tak perform tapi berjaya dapat kerja best!

5-15 tu CONTOH tajuk je tau haahha. Actually semuaaaa tajuk dan isi no.1 hingga 15 ni adalah just contoh idea dalam otak saya sendiri. Just from my imagination and suggestion. Just nak bagi idea dan 'jalan' yang jelas pada korang macam mana cara nak tackle entri personal supaya ramai orang cari.

Macam idea no.5-15 tu. student sekarang kan ada sesetengahnya ada yang kureng pandai dan ada setengahnya dah pandai tapi tak tahu cara nak survive belajar selepas sekolah menengah.

Cuba bayangkan mereka macam unsecure and don't know what to do in their future. Nak jadi apa? Nak kerja apa? Lepas habis SPM, nak buat apa? Kat matrik, macam mana nak jadi hebat? Life as a student Universiti, apa yang perlu dititikberatkan supaya jadi pelajar yang boleh skor dalam course mereka.

So, bila mereka search di Google untuk dapatkan idea apa yang perlu mereka buat... akan jumpa lah entri entri yang sebegitu. Entri-entri tu adalah berbentuk personal; menceritakan pengalaman kita sendiri tapi dalam pengalaman tu, kita share seberapa banyak cara, tips, info, fakta, nasihat dan apa saja yang kita nak 'adik-adik' generasi masa hadapan tahu.

Senang cerita.. entri macam tu tak lapuk dek zaman lew hehe.

16. cara bezakan lelaki sejati dan lelaki yang........... ehem!

Okayyyyyyyy mungkin sensitif sikit la topik ni sebab melibatkan seksualiti orang lelaki (gay, bi). Tapi truthfully, idea ni kan dah lama saya fikirkan tau hahaha. Disebabkan saya tak tahu apa caranya untuk bezakan. Dan sebab saya bukan lelaki HAHAHAH so I don't know.

Tapi I think topik ni mungkin orang yang ada 'ilmu' atau sense macam mana nak bezakan.. boleh la buat. Atau orang yang ada pengalaman sekeliling? Boleh la share kot. Demi agama, bangsa dan negara. Ehh. haha

17. mencuba cendol durian viral RM100.. sedap ke tak?
18. cuba resepi Azlina Ina.. ramai puji sedap!
19. anak bawa bekal makanan sedap dan menyihatkan!
20. 20 menu makanan popular yang saya selalu jumpa di rumah terbuka! [KOLEKSI]

No.17-20 ni contoh untuk mereka yang suka memasak, suka makan dan suka mencuba sesuatu yang baru.

Okay.. kalau nak list idea tajuk sebenarnya memang banyak, sampai esok tak habis hahaha. Yang saya terangkan atas ni untuk point 1 & 2 je tau haha.

BACA JUGA:

Conclusionnya.. entri personal ni kita boleh gain views yang banyak tapi tu lah yang tadi tu. Yang saya terangkan kat atas tu haha.

And..

Lagi sekali saya nak tekankan dan ingatkan.. benda ni take time.

Tapi, kalau nak kesan yang cepat, sangat digalakkan untuk share di banyak banyak group FB.

Kalau malas atau sibuk sangat sangat sampai takde masa nak share kat FB, its okay. just let it be. dan kena sabar lah untuk keyword entri tu naik di Google. hahaha.

Teruskan usaha, usaha, usaha dan usaha. Cuba update setiap hari satu entri (lebih banyak lebih baguih), kalau ada masa share entri di group FB, doa dan tawakkal tu 'ala ALLAH.

Don't give up! Chaiyok! Fighting! Hehehe.

Okay itu sahaja.

Moga bermanfaat! Sharing is caring!

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:


25 Resepi Kuih Muih Sedap Tak Lapuk Den Zaman ~ Wordless Wednesday

$
0
0

25 Resepi Kuih Muih Sedap Tak Lapuk Den Zaman ~ Wordless Wednesday


resepi kuih muih sedap
resepi kuih muih sedap tak lapuk dek zaman | images: Google
resepi tepung gomak kacang merah
resepi kuih muih sedap TEPUNG GOMAK INTI KACANG MERAH
resepi kuih kasturi
resepi kuih muih sedap KUIH KASTURI
resepi cucur roti ikan bilis
resepi kuih muih sedap CUCUR ROTI IKAN BILIS
resepi cara berlauk
resepi kuih muih sedap CARA BERLAUK DAGING
resepi kuih peneram kuali telinga
resepi kuih muih sedap KUALI TELINGA/ KUIH PENERAM
resepi cucur jawa
resepi kuih muih sedap CUCUR JAWA
resepi pau sambal
resepi kuih muih sedap PAU SAMBAL
resepi kuih tiram kertas
resepi kuih muih sedap KUIH KERTAS/ HIPSTER/ KAPAL TERBANG
resepi kuih bom bijan
resepi kuih muih sedap KUIH BOM/ BIJAN inti kelapa/ kacang
resepi kuih angkoo
resepi kuih muih sedap KUIH ANGKOO
resepi kuih keria gula melaka
resepi kuih muih sedap KUIH KERIA GULA MELAKA
resepi kuih nona manis
resepi kuih muih sedap NONA MANIS
resepi kuih ketayap batang buruk
resepi kuih muih sedap KUIH KETAYAP/ BATANG BURUK
resepi cucur jawa gula merah
resepi kuih muih sedap CUCUR JAWA GULA MERAH & CUCUR JAWA PANDAN
resepi cucur sayur
resepi kuih muih sedap CUCUR SAYUR
resepi epok epok sayur
resepi kuih muih sedap EPOK EPOK SAYUR
resepi kuih abok abok
resepi kuih muih sedap KUIH ABOK-ABOK/ TEPUNG GOMAK inti kelapa
resepi cakoi kundas
resepi kuih muih sedap CAKOI KUNDAS
resepi cara manis
resepi kuih muih sedap KUIH BAKAR/ CARA MANIS
resepi ulunthu vadai
resepi kuih muih sedap ULUNTHU VADAI/ ULUNDU VADAI
resepi kuih onde onde
resepi kuih muih sedap KUIH BOM/ ONDE ONDE INTI KELAPA
resepi cucur udang
resepi kuih muih sedap CUCUR UDANG
resepi chutney kelapa
resepi kuih muih sedap CHUTNEY KELAPA
resepi kole kacang
resepi kuih muih sedap KOLE KACANG
resepi ubi keledek
resepi kuih muih sedap UBI KELEDEK OREN
Disclaimer: segala resepi dan gambar di atas.. credit to its owner.

Lirik Lagu Benzooloo - Nyalakan ft. Mimifly | lirik Malique mantap!

$
0
0
Lirik Lagu Benzooloo - Nyalakan feat Mimifly | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dua bulan lepas (April 2019), saya tertarik nak klik satu video lagu kat youtube ni. Lagu Nyalakan Benzooloo feat Mimifly. Yelah, dah asyik lalu kat recommended video kan. Lagi satu.. sebab namanya yang agak unik "Benzooloo" + curious nak tahu kenapa views lagu ni boleh cecah hampir 1 juta pada masa tu padahal penyanyi lagu tu tak ada lah terkenal sangat pun? And then, bila saya first time tengok video muzik dan dengar lagu tu.. dalam hati terdetik "wah rap mantoooppp! boleh tahan juga lirik lagu Benzooloo ni. power". Saya pun ushar lah dekat description, siapa penulis lirik Nyalakan yang best ni?

Siapakah?
lirik lagu benzooloo nyalakan mimifly
lirik lagu benzooloo nyalakan featuring Mimifly
"Lyrics: Malique, Mimifly, Benzooloo"

Rupa-rupanya ada nama Malique kat situ! PATUT LA ADA SOME PART OF LYRICS YANG 'LUAR BIASA' unik dan ada yang tak pernah saya dengar kosa kata nya! kena buka kamus Bahasa Melayu baru faham hahaha.

Kalau sekilas dengar lagu ni sambil hayati lirik dia, memang kita automatik boleh detect which part Malique punya. Penggunaan 'bahasa' lirik Malique fuhhh! Tak pernah mengecewakan!

Btw, Benzoolo & Mimifly pun best juga lirik mereka :)


Nyalakan - Benzooloo ft Mimifly (Official Music Lyric Video)


LIRIK LAGU BENZOOLOO - NYALAKAN FEAT MIMIFLY

(Mimifly)
Nyalakan obor dihati,
Jalannya penuh raksasa,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala.

(Benzooloo)
Terasakan sinaran mentari menyentuh kulit
Adrenalin kelabut janjikan tiada yang sulit
Renjisan kelenjar berfungsi dengan penuh makna
Suntikan darah kembara membara bagai magma

Tuangkan lebih suntingan kalau langsai produksi
Kudus dari penyulingan dan perilaku proaksi
Tapi, bukan cerita tentang osmosis terbalik
Nanti kalian singkat akal bagai tiada lampu trafik

Bertembung laluan yang tengah berkelikir
Berkelit dengan kencang hingga tidak sempat fikir
Gendong kelambu dan lampu satu tepung sagu
Sedia masuk dalam tu dan berlabuh labur lagu

Pengakuan yang disumpah wajib diakhiri
Bukan lagi budak kecil tarik cuping telinga kiri
Cuma lembaga biasa mencari entiti
Berdiri depan kaca tuk menilai kendiri

(Mimifly)
*Chorus
Nyalakan obor dihati,
Jalannya penuh raksasa,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala
Nyala nyala
Obor itu biar menyala,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala.

(Benzooloo)
Lain orang lain cuaca laksana gian ganar
Perit berkata "tidak" tanpa buat orang tergusar
Hanya krusial labur waktu, dalam lubuk kutubkhanah
Agar saat dikerumun mampu laga tutup mata

Kutub mana yang ketara lebih kontras
Wajib tanya sentimen jika belum ada kompas
Tersayat di dalam punca luar tiada parut
Tiada kimia yang cukup unggul buat semua larut

(Mimifly)
Jalan yang mana jalan mana yang harus ku
Pilih kanan atau kiri ku keliru
Rupa macam manusia
oh rupanya serigala kelaparan
Dan aku hanyalah diriku
Dan mereka hanyalah mereka
Demi ilham yang dipinjamkan
Aku teruskan melangkah mewarnakan kegelapan.

(Mimifly)
*Chorus
Nyalakan obor dihati,
Jalannya penuh raksasa,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala
Nyala nyala
Obor itu biar menyala,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala.

(Benzooloo)
Cuba kira berapa berhimpun
Bawah bola disko, kontradiksi bertimbun
Sudah boleh rasa aura sang juara
Kuterapung di udara, didalam bentuk suara

Digegendang telinga, hilang mana mungkin
Itu satu sumpah pasti tidak mungkir
Yakin mampu tembus lubang masa
Dengan medium yang ada senang saja

Gelas separuh kosong siapa tolong tuang?
Kalau malas cari lubang untuk gali peluang
Ruangan waktu diluangkan untuk kamu
Bagi sama rata supaya tidak gaduh

(Mimifly)
*Chorus
Nyalakan obor dihati,
Jalannya penuh raksasa,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala
Nyala nyala
Obor itu biar menyala,
Harungi liku hidup yang berduri,
Obor itu biar menyala.

(Mimifly& Benzooloo)
Nyalakan obor kembara,
Nyalakan roh dan nawaitu,
Nyalakan akal dan jiwa,
Nyalakan obor semangat hatimu.

Nyalakan obor kembara,
Nyalakan roh dan nawaitu,
Nyalakan akal dan jiwa,
Nyalakan obor semangat hatimu.

Composer: Malique , Tripdisz
Lyrics: Malique, Mimifly, Benzooloo
Music arrangement : Tripdisz
#Nyalakan #Benzooloo #Mimifly
benzooloo nyalakan mimifly
lirik lagu benzooloo nyalakan ft. Mimifly
KAMUS

Adrenalin: adrenaline (adrenalina, sebetulnya). Adrenalina adalah hormon yang merangsang aliran darah ke otot, yang buat kita rasa nak cabut lari atau terajang orang.

Kelabut: kelam kabut

Magma: lava bawah tanah(sains)

Kudus: suci, bersih, murni

Proaksi: tak ada perkataan 'proaksi'& 'krusial' tu dalam Bahasa Melayu. Yang ada 'proaktif'& 'penting'.

Osmosis: pergerakan cecair pelarut (sains)

Kontradiksi: bertentangan, berlawanan

Ganar: bingung, daripada Bahasa Minang.

Gusar: marah

Krusial: kepincangan

Labur: labur tu laburlah. 'Labur waktu'& 'labur lagu' tak ada maksud lain.

Kutubkhanah: perpustakaan

**semua 'terjemahan' maksud di atas ini saya ambil dari internet**
lirik lagu benzooloo nyalakan mimifly
lirik lagu benzooloo nyalakan feat Mimifly

Harap-harap lepas ni lebih banyak Malique tulis lirik lagu. Sebab lirik dia lain maciammm aura dia hehehe.

Okayy.. Till next time, daaa~ wassalam! :)

Jangan korek telinga! Kenapa tak elok amalkan tabiat mengorek telinga?

$
0
0
 Jangan korek telinga!Kenapa tak elok amalkan tabiat mengorek telinga? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang suka korek telinga kat sini? Tak kira lah korek guna cotton bud ke, guna jari tangan ke atau 'tarik' tahi telinga dengan 'batang' besi ke.. siapa yang ada macam satu habit atau satu kebiasaan rasa nak korekkk je telinga almost everyday? Rasa macam gatal je telinga. Rasa macam tak sah kalau satu hari tu tak 'bersih'kan telinga.

Siapa yang macam tu? Baik mengaku cepat! Hahahaha.

Saya dulu dulu memang suka korek telinga. Dengan jari terutamanya. Baru feel gitu hahahaha.

Tapi sekarang takdelah kerap dah. Dalam seminggu tu, 2 atau 3 kali je saya korek telinga. Den dah insoffff haha. tu pun selepas baca kisah pengalaman padah 'buruk' orang yang suka korek telinga dan nasihat dari Doktor yang tak menggalakkan perbuatan tersebut,

Nak tahu kenapa Doktor tak benarkan kita selalu mengorek telinga?

Let's read!
kenapa tak elok selalu korek telinga
kenapa tak elok selalu korek telinga? | GAMBAR SEKADAR HIASAN | image: bidanku.com

Kenapa tak elok amalkan tabiat korek telinga?


Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini.

Gegendang telinga ‘ear drum’ boleh mengalami kebocoran!
kenapa tak elok selalu korek telinga
kenapa tak elok selalu korek telinga? - gegendang telinga eardrum boleh bocor!
Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga. Tak kira sama ada menggunakan besi, cotton bud dan apa sahaja.

Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri.

Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?

1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.

2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.

3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.

Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN (KECUALI) dua sebab iaitu:

1. Mengalami kurang dengar
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’

Moga bermanfaat. Sila kongsi jika anda rasa tulisan ini berharga~!
kenapa tak elok korek telinga
kenapa tak elok korek telinga dengan kerap? - Dr Ezairy M.Salih

Soal Jawab (Q&A) dengan Dr. Ezairy

berkaitan dengan masalah telinga/ sakit telinga orang dewasa, bayi dan kanak-kanak.


Q: Salam Dr, anak saya kerap telinganya keluar nanah. dah pergi check kat hospital hanya bagi ubat titik dan ubat makan. Baik sekejap lepastu kena balik. Kiranya kerap kena telinga bernanah.

A: Kena betul-betul periksa gegendang telinga, kalau ada terkoyak pada gegendang, pastikan air tak masuk telinga supaya cepat sembuh.

Q: Doc telinga saya takde ear wax, kenapa doc..? Kalau saya guna putik kapas takde pape pun, kenape doc ? Saya dah lama nak tanya.

A: Kalau tak ada apa-apa masalah, tak perlu risau.

Q: Doktor saya selalu jugak korek telinga sebab gatal melampau kadang-kadang sampai ada darah dekat cotton buds .. hampir setiap hari saya korek telinga sebab rasa gatal .. ada jalan pnyelesaian?

A: Beberapa sebab gatal seperti alahan, resdung, kulat dan lain-lain. Jumpa doktor dan jangan korek lagi.

Q: Kalau tak korek telinga rasa gatal sangat-sangat.. Mungkinkah disebabkan resedung? Saya tak mampu tahan rasa gatal tu.. rasa mcam telinga berair kat dalam.

A: Beberapa sebab gatal seperti alahan, resdung, kulat dan lain-lain. Jumpa doktor dan jangan korek lagi.

Q: Doc.. telinga saya selalu berdesing.. bunyi citttttttttt yang berpanjangan.. macam mana ya?

A: kena periksa doktor dulu.

Q: Habis macam mane nak kasi betul-betul bersih dan selamat ?

A: Kalau rasa gatal sangat boleh bersihkan bahagian luar saja. Tak perlu dikorek sebab cerumen ada fungsinya. Kalau sakit atau tak dengar, jumpa doktor untuk check. Ada ubat titis untuk lembutkan ear wax tu. Sebenarnya tahi telinga cuma orang kita saja sebut. Lebih tepat ialah lilin telinga atau cerumen/earwax.

Q: Kalau baby umurnya below 1 year asyik garu telinga macam mana pulak?

A: Beberapa sebab gatal seperti alahan, resdung, kulat dan lain-lain. Jumpa doktor dan jangan korek.

Q: Dok.. ear drop boleh guna berapa kali sebulan untuk baby 11 bulan..?

A: Ear drop ada banyak jenis. Ear drop antibiotik atau untuk lembutkan wax?

Q: Habis if telinga dah berkerak.. kotor nak biar je?

A: Bersihkan kerak dan kotoran di bahagian luar. Tak perlu dikorek kecuali sebab-sebab saya sebut pada artikel, banyak mudaratnya. Luka pada salur telinga, infection, bocor gegendang telinga dan lain-lain.

Q: Doc, kalau telinga bocor camana?

A: Boleh tertutup perlahan-lahan, ambil masa. Pastikan telinga kering. Pembedahan tampal gegendang yang bocor ‘myringoplasty’ boleh juga buat kalau ia terlalu besar.

Q: Kerak-kerak telinga tu macam mana nak hindarkan ye Dr?

A: Boleh bersihkan bahagian kerak luar telinga tu. Tapi tak perlu korek dalam telinga

Q: Dr... saya nak tanya anak saya dari baby sampai la umur 3 tahun ni saya tak pernah korek telinga dia guna cotton bud.. kalau cuci pun bahagian luar yang kita nampak tu je.. takut nak masuk dalam sangat plus anak pun rasa geli..

so ade pape effect ke kalau saya terus tak korek telinga anak saya?

A: Tak perlu risau. Bersih bahagian luar sahaja. Kalau ada masalah seperti tak dengar atau sakit, periksa dengan doktor.

Q: Doktor, dalam telinga saya selalu gatal gatal. Takde apa pun sebenarnya. wax pun takde. tiap-tiap hari mesti kena pusing-pusing dengan putik kapas. baru lega gatal. kenapa ye doktor?

A: Banyak sebab. Tak perlu korek lagi dan periksa doktor.

Q: Assalammualaikum dr. Saya nak tanya.. Jika dalam telinga ada jerawat tu antara sebab kerap korek telinga ke? Ubat apa yang sesuai dan adakah boleh didapati di farmasi?

A: Kena periksa doktor dulu

Q: Hai doc.. Sebelum ni saya pernah kena tonsil masa mengandung.. Lepas sembuh telinga saya berdengung.. Macam dalam kapal terbang baru belepas.. Sekarang dah 5 tahun berlalu.. Apa saya perlu buat doc? Kena jumpa doktor?

A: Kalau mengganggu, periksa doktor.

Q: Assalam doktor.. nak tahu.. kenapa yer lubang telinga saya gatal-gatal yer? adakah kerap kali mengorek telinga menyebabkan gatal?

A: Banyak sebab. Kerap korek boleh menyebabkan lebih gatal juga. Kalau berterusan, boleh periksa doktor.

Q: salam dr.. telinga saya rasa macam berdengung.. dah jumpa dr.. di berikan ubat titis & antibiotik.. tapi telinga still rasa berdengung.. apa yang perlu saya lakukan?

A: Boleh dapatkan penjelasan daripada doktor yang memeriksa.

Q: Salam doc.. Then, apa cara terbaik untuk bersihkan earwax yang keras? Especially for kids aged 2 years old? Kalau dibiarkan, tak ke nanti kena infection?

A: kalau selalu korek lagi boleh sebabkan infection, otitis externa. Jumpa doktor ada ubat titis lembutkan ear wax.

Q: maksudnye cukup sekadar letak ubat titis? Langsung tak payah korek bersihkan?

A: ya. Saya sudah kongsikan pada posting-posting sebelum ini. Penggunaan cotton bud akan menyebabkan ear wax lebih masuk ke dalam sehingga menutupi ear drum dan impacted wax boleh berlaku. Jika guna besi dan alatan lain boleh sebabkan injury to the ear canal and ear drum.

Jadi kalau ada masalah, jumpa doktor.

Q: Baby setahun dah boleh pakai ubat titis tu doc? Ada tahi telinga kerak kat anak saya.

A: Boleh, tapi perlu periksa doktor dulu.

Q: Di farmasi ada jual tak ubat titis tu? Lagi 1 soalan, bila dah letak ubat itu ke dalam telinga dan ear wax kembali lembut, kemudian dengan cara yang macam mana pulak untuk keluarkan ear wax tersebut? Tak kan nak biar ear wax keluar sendiri?

A: Ada jual di farmasi tapi elok jumpa periksa doktor dulu. Fisiologi normal ear wax memang akan keluar sendiri, jadi tak perlu risau. Hanya jika ada masalah pendengaran baru dikeluarkan oleh doktor.

Q: Nak tanya doc . telinga saya dah dekat 10 tahun tapi tak baik-baik . dulu saya pernah korek sampai berdarah . mulanya keluar cecair putih jernih berlendir . then disusuli darah . lepas seminggu pendengaran saya semakin kurang . tapi sekarang alhamdulillah dah ok . 

cuma masih tak boleh menyelam . kalau air dah msuk telinga , yang keluar sikit je . lepas tu jalan pun dah tak seimbang n pening . minta penjelasan doc . apa patut saya buat?
insan buntu

A: Kena dapatkan penjelasan daripada doktor yang sudah memeriksa dan sedang merawat. Perlu regular follow up.

Q: Anak saya sekarang dah 6 tahun.. telinga dia selalu berkuping.. maksudnya bukan taik telinga.. tapi area dinding-dinding tu macam kerak-kerak.. dia selalu gatal telinga.. baru ni dia terasa sakit sangat-sangat bawak pergi hospital takot telinga luka sebab saya selalu korek buang yang kerak-kerak tu.

Doc cakap taik telinga anak banyak dalam tu.. dia bagi ubat titis je.. sekarang ni yang kerak-kerak tu hari hari ada.. tak lalu nak buang dah. kalau tak buang dia macam tak dengar.. jadi apa harus saya buat ya?

A: Kalau sampai mengganggu pendengaran, sakit atau lain-lain masalah, puan elok bawa semula periksa doktor. Nanti doktor akan rawat dengan cucian telinga atau ubat selepas diperiksa.

Q: Salam dr.. kalau telinga terasa gatal, bole saya tahu guna apa je bersihkan?

A: Banyak sebab dan punca. Kalau fungal infection, doktor akan bersihkan dan beri ubat. Kalau masalah alahan, ada juga ubat. Jumpa doktor untuk periksa ya.

Q: Saya pernah dengar seorang doktor marah pada seorang ibu dalam ward sebab tak bersihkan telinga baby nya menyebabkan tahi telinga anaknya melekat pada alat cek suhu. Doc tersebut suruh jaga kebersihan.

A: Jaga kebersihan dengan bersihkan kerak-kerak dan kotoran di bahagian luar sahaja. Ear wax dalam telinga tak perlu dikorek kalau tak ada masalah seperti saya sebut dalam artikel (post).

Q: Saya ada masalah tahi telinga terlalu banyak. Kadang kala sehingga menggangu pendengaran. Bagi yang normal, tahi telinga akan keluar sendiri. Untuk keadaan saya, tahi telinga tidak keluar dan perlu dicuci bagi mengelakkan telinga tersumbat.

Adakah apa-apa solusi Dr?

A: Jumpa doktor untuk pemeriksaan. Ada ubat untuk lembutkan ia dan boleh dicuci.

Q: Telinga saya pun asyik gatal doktor.. sebab tu saya korek.. dulu pakai cotton bud tapi lepas 3 kali impacted, saya pakai besi pulak.

A: Sangat bahaya ni

Q: Kalau kita sekadar bersihkan earwax yang luaran telinga tanpa masukkan cotton bud ke dalam telinga baby takpe ke? Kalau tak bersihkan, nampak kotor pula.

A: Boleh

Q: doctor, saya ni resdung agak teruk. sampai kadang-kadang gatal dalam telinga tersangat rasa macam banyak benda dalam telinga tu. bila dikorek takde apa-apa pon. lepas tu hidung sentiasa berair bila bangun pagi. diteruskan dengan bersin dan gatal hidung & telinga yang tersangat.

Ada tak cadangan ubat yang baik untuk hilangkan resdung ni doctor? saya pernah ke klinik doc cuma bagi ubat alahan. tahan sekejap je.

A: Ada ubat yang sesuai. Dapatkan nasihat daripada doktor yang periksa ya. Elakkan juga punca alahan.

Q: Saya nak tanya 2 soalan..

1. Ada masa telinga saya akan rasa gatal.. Dan saya mesti nak korek telinga menggunakan cotton bud.. Kenapa ye ? Ada kah jangkitan kuman?

2. Tahi telinga anak saya akan keluar warna kuning-kuning.. Seminggu sekali saya mesti korek telingga anak saya.. Kalau tak tahi akan keluar kat tepi-tepi lubang telinga.. Kenapa ye doc?

A:

1. Beberapa sebab seperti alahan, resdung, kulat dan lain-lain. Jumpa doktor dan jangan korek lagi.

2. Setiap orang tak sama penghasilan earwax. Bersihkan luaran saja. Kalau sakit dan tak dengar bawa periksa doktor

Q: Saya ingin bertanya. baru nie telinga saya dimasuki air ketika mandi.. selepas itu pendengaran saya macam tidak berape clear. masalah ini sudah hampir seminggu Dr .. adakah ia akan pulih atau pon perlu saya mendapat kan rawatan?

A: Kena periksa doktor dulu.

Q: Telinga saya sebelah kanan sekarang rasa macam tersumbat macam masuk air. dah sehari macam ni. saya dah ke klinik kesihatan. katanya telinga saya bersih.

A: Kalau masih tersumbat, kena proper periksa untuk tahu punca termsuk check hidung. Boleh jumpa semula doktor atau minta rujukan ke ENT.

Q: Kalau gatal telinga doktor? Biasanya kalau gatal telinga baru korek guna besi, itu pun sekitar lubang telinga je. Tak berani korek dalam telinga.

A: Kalau gatal sangat, tak boleh korek juga. Periksa doktor dulu untuk tahu punca.

Q: doc... saya nak tanye saya mengalami luka di dalam telinga dan menyebabkan kini kurang pendengaran dan jika suhu dalaman panas telinga akan mengeluarkan cecair... apa pandangan doc?

A: Kena periksa dan check dulu baru tahu. Takut ada infection.

Q: Dr... semut api suka sangat masuk telinga anak.. apa sebab ye? anak yang lain tak kena pulak.. yang no 4 tu je.

A: Kena selalu periksa tempat tidur anak.

Q: Kalau baby 4 bulan ada kuning, tahi telinga di lubang telinga dia lepas cuci esoknya ada lagi. tu maknanya tahi telinga banyak ka, perlu ke klinik ka doc?

A: Kalau kuning bernanah, demam, selsema perlu dibawa periksa doktor.

Q: Kalau terpaksa dibuang, apa cara yang trbaik untuk buang ? kena guna apa doc ? terima kasih.

A: Ada ear drop untuk lembutkan ia, nanti ia keluar sendiri. Jumpa doktor untuk periksa.

Q: Sinus ada kaitan dengan pendengaran telinga Dr.? Saya hadapi masalah ni. Bila check di klinik, Dr cakap ok je saluran telinga.

A: Ya, ada kaitan. Kena check doktor. Masalah hidung boleh menyebabkan masalah telinga juga.

Q: Saya nak tanya.. baby saya baru nak masuk 3 bulan.. saya nak tanye baby saya ni kerap garu-garu kepala dia.. itu salah 1 masalah telinga ke Dr??

A: Tak semestinya. Kalau berterusan, boleh bawa periksa doktor.

Q: Dr,saya ada prob ear wax keras la.. 3 hari sekali saya korek mesti banyak dahh.. dah penah suci sekali dah dulu.. macam mana nak buat? elok ke kerap-kerap korek kalau prob macam saya?

A: Tak boleh korek. Bahaya. Kalau sakit dan tak dengar, jumpa doktor.

Q: Doc, saya kadang-kadang cuci telinga sndri, flushing air garam guna syringe.. so far buat ok la. Tapi ada side effect lain ka doc?

A: Boleh buat pening kepala dan vertigo. Teknik kena betul, elok dan sepatutnya doktor yang buat.

Q: Adakah tindakan mengorek telinga juga boleh menyebabkan atau boleh menjadi salah satu punca belpalsy? Sorry kalau ejaannya salah... almaklumlah tak familiar dengan istilah medic.

[Bell's Palsy]

A: Boleh effect kepada saraf muka.

Q: doktor.. umur saya 33, masa saya form5 dulu pernh ada masalah wax yang terlalu keras sampai bedarah telinga. lepas jalani rawatan alhmdulillah ok. sekarang pun masalah wax yang trlalu keras dan susah nakk dikeluarkn.

Telinga jadi kurang selesa. solusinya macam mana? kalau pegi klinik hanya diberi ubat titis yang semacam minyak sahaja.

A: Ya betul. Bila ia lembut, akan keluar sendiri. Kalau masih keras baru doktor akan cuci.

Q: Doktor.. telinga saya berdesing sudah 3 minggu.. kejadian tu berlaku selepas saya batuk dan selsema yang panjang... (kepala sakit berdenyut-denyut, hingus berwarna kuning dan pekat. Selsema dan batuk sudah berkurang... tapi telinga berdesing sampai sekarang.

A: Ya. Ia ada kaitan dengan eustachian tube, saluran yang menghubung belakang hidung dan telinga. Boleh berlaku kepada pesakit yang alami selsema teruk dan resdung. Boleh baca artikel-artikel (post) saya sebelum ini untuk penerangan yang lebih terperinci.

Q: Maaf Dr. Saya pernah doktor di klinik Uni beritahu, at least bersihkan seminggu sekali mggunakan cotton bud. Sebabnya, ada kes dia tak pernah korek telinga sehingga 1 tahap, dia tak boleh dengar (pekak). Bila cek Dr, Dr terpaksa vakuum sebab earwax dah terlalu keras.

So macam mana pulak ye Dr?

A: Setiap orang memang tak sama pembentukan ear wax. Jika kerap sangat berlaku impacted earwax, kena dapatkan follow up dan pemeriksaan doktor. Ada ubat titis untuk lembutkan ia. Jika perlu doktor akan buat ear cleaning di klinik.

Q: Nenek saya dah tak dengar dah sekarang sebab tak pernah dikoreknya.. nak bercakap ngan dia, kena cakap kuat-kuat.. alahaiii..

A: Untuk mereka yang berumur dan berusia, masalah pendengaran biasa berlaku disebabkan oleh ‘natural aging of auditory system’ atau dipanggil ‘presbycusis’. Ia tak sama dengan masalah ear wax.

Q: Saya nak tanya la doktor... anak saya umur dia dah 5 tahun.. dari baby sampai sekarang tak pernah ada tahi telinga... selalu jugak tengok dalam telinga dia.. tapi tak nampak pun macam ada tahi telinga.. perlu ke saya bawa dia gi check ngan doktor?

A: Kalau tak ada masalah, tak sakit dan sebagainya, tak perlu risau. Tapi kalau nak periksa, boleh juga.

Q: Anak saya umur dah 11 tahun.. kalau saya tak korek telinganya dalam masa dua ke tiga minggu.. tahi telinganya terlalu banyak sampai nampak terkeluar dari telinga.. macam mana tu? saya terpaksa korek setiap 3 minggu sekali.

A: Bahaya dan boleh cederakan salur atau gegendang telinga. Kalau kerap sangat ear wax berlaku, boleh bawa periksa doktor, akan diberi ubat titis untuk lembutkan ia. Tak perlu dikorek lagi.

Q: Macam mana kalau ada tabiat korek telinga hari hari? tapi telinga jenis takde tahi telinga yang warna keperangan tu.. dia jenis macam kulit menggelupas je dalam salur telinga. hari-hari mengelupas. yang tu gatal dan lepas dibuang hari-hari baru ok..

Cuma boleh nampak ada kepingan kulit atau tahi telinga yang keras di dasar lubang telinga kalau disentuh sakit.. tabiat suka dikorek telinga macam ni saya layankan saja sebab suami kan.. takut affect lain pulak kat telinga dia.

A: Tak perlu dikorek selain sebab-sebab saya sebut pada artikel. Kena buang tabiat tu.

Q: Saya sedang menghadapi sakit telinga, selepas guna cotton buds, telinga berasa sakit kembang.. Sampai sekarang belum elok, dah bawa pergi klinik, doktor check ada nanah... Kemudian di bagi antibiotik & ubat titis... habis dah ubat, telinga still tak ok..

Rasa masih berdesing bising...apa lagi yang perlu saya lakukan doktor? Apakah yang sedang berlaku di telinga ini..?

A: Kena teruskan follow up dengan doktor. Bila selalu korek telinga, boleh sebabkan jangkitan salur telinga, otitis externa atau luka pada ear drum. Sebab itu sakit sangat. Dan ia ambil masa untuk sembuh.

Q: Dr.. saya nak tanya.. 3 hari lepas telinga saya masuk binatang masa tido.. mungkin semut @ anak kelkatu yang halus tu. terlalu sakit dan saya titiskan air.. kemudian benda asing makin bgerak aktif.

Saya titiskan minyak zaitun.. dah takde bergerak.. saya suruh mak checkkan siang tu takde nampak apa-apa.. adakah benda tersebut akan mati, mereput dan ada effect pada telinga saya?

A: Ia mungkin dah mati selepas letak minyak. Tapi still perlu dikeluarkan untuk elak jangkitan. Perlu jumpa doktor untuk periksa.

Q: Anak saya penah masuk cengkenet dalam telinga.. pergi kat emergency doc refer ent for follow up.. pergi ENT doc ada sedut sekali ngan tahi telinga. sebab dah tutup lubang telinga.. doc ada bagi ubat cairkan tahi telinga.

Miggu lepas p follow up ent lagi, doc cek gegendang telinga dah pecah.. nak sembuh ambil masa bertahun-tahun.. betul ke? Apa kesan sampingan bila gegendang telinga pecah?

A: Gegendang telinga pecah boleh sebabkan kurang sedikit pendengaran dan risiko jangkitan. Cuma perlu pastikan ia kering dan tak masuk air. Ia akan tutup tapi ambil masa. Usia kanak-kanak lebih cepat berbanding dewasa.

Q: Doc, apa perbezaan otitis externa dengan otitis media?

A: Externa pada salur telinga luar (luar gegendang telinga). Otitis Media jangkitan di bahagian telinga tengah (selepas bhgian gegendang telinga).

Q: Doc... boleh saya tahu apa pendapat doc dengan produk pencuci telinga? jenis As Syifa.. yang viral di Facebook (FB) tu.

A: Tak perlu dicuci dan dikorek. Jumpa doktor jika ada masalah.

PHEWWWWWWWW~!

Sebenarnya banyak lagi tapi tu je yang den termampu nak copy paste and edit. hahaha. Harap berguna dan bermanfaat pada orang ramai. Aamiin InshaaAllah~

Okay itu sahaja. Jangan lupa sharing is caring with other people okayy?

Till next time, daa~ wassalam! :)



bahaya 'main' Face App! #FaceApp

$
0
0
bahaya 'main' Face App! #FaceApp | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang dah terjebak dengan FaceApp angkat handphone! Ehh tibe haha. Sekarang ni memang sana sinun face app. Scroll scroll social media dan status whatsapp, story instagram.. Semua layan face apps.

Kenapa boleh hangat panasss viral dan hot si face app ni?

Saya pun taktahu. Tiba tiba je 'meletop'. Tiba tiba ramai orang buat. Sana sini post.

Tapi actually.. Dalam banyak banyak fungsi face app ni, 'editor' paling famous adalah yang boleh tukarkan muka kita menjadi lebih tua (old) dan lebih muda (young).

Paling banyak yang saya nampak, muka tua lah. Maklumlah, keinginan untuk melihat bagaimana keindahan paras rupa kita versi warga emas membuak buak kerana belum lagi berlaku haha.

Ramai yang sudah terjebak.

Tak terkecuali...

Saya. Ye. Saya.

Mula mula tu memang saya buat tak kisah. Tak terjejas gituhhh.

Tapi bila dah adik beradik dan abi (kawan abi tolong buatkan) faceapp muka tua, saya pun... Nak jugak! Hahaha.

Last lastt, tak 'tahan'... pagi tadi saya install faceapp! Muahaha.
bahaya main face app
bahaya main face app!
Tapi hmmm..

Selepas saya try tukarkan muka selfie saya kepada wajah tua.... Baru saya sedar.

Face App ni bahaya rupanya!


Sebab lepas try satu, tak cukup. Rasa nak main lagi dan lagi.

Lepas cuba satu, cuba lagi satu. Lagi satu. Lagi satu. Sampai lah dah 10 keping gambar den toraii, baru stop hahaha.

Bahaya bahaya ish ish ishhh...

Ini adalah hasil nya taraaaa~!

face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
bahaya main face app editor
Moga takde sesiapa yang nightmare lah lepas tengok gambar gambar face app saya di atas HAHAHAHAHHAA.

Ada sesetengah memang mengejutkan dan agak scary kihkih.

Sesiapa yang belum cuba lagi dan teringin nak terjebak sama tapi tak tahu caranya macam mana..

Meh saya ajar 'tutorial' sikit.

Cara Buat 'Wajah Tua' Guna FACE APP Editor

1. Pergi ke PlayStore.
cara guna face app
cara guna face app
2. Search Face App. Kemudian, install.
cara guna face app
cara guna face app
cara guna face app
cara guna face app
3. Dah selesai download apps, open it. Mula mula buka tu, swipe swipe swipe ke tepi and klik START.

4. Klik GALLERY (koleksi gambar). Pilih gambar mana yang nak.
cara guna face app
cara guna face app
Boleh juga klik 'All Media'dan pilih tempat/file yang kita mahu.

Lebih mudah, senang dan efektif mencari gambar yang sesuai.
cara guna face app
cara guna face app
5. And then pilih editor Age.
cara guna face app
cara guna face app
6. Klik 'Old'. Tunggu sekejap beberapa saat biar dia process.

Lepas face App dah siap 'transform' muka kita, klik Apply.
cara guna face app
cara guna face app
cara edit faceapp
cara guna face app
7. Kemudian, klik bahagian atasssss kanann sekali. Simbol download.

Click that to save our edited photo.
cara guna face app
cara guna face app YEAY BERJAYA!
And yezzahh udahh saved successfully! Berjaya!

You can share it with others too. Taknak share takpe, simpan buat kenang-kenangan hehhee.

And last but not least..

Perlu diingatkan.. FaceApp ni hanyalah sekadar suka suka sahaja. Just for fun. Don't take it seriously. Okayyyy?

Till next time, daa~ wassalam! :)

Tips Lulus Matematik SPM: Fokus Jawab Soalan 13 Bab Ini Sahaja!

$
0
0
Tips Lulus Matematik SPM: Fokus Jawab Soalan 13 Topik Ini Sahaja! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Dah lama tak tulis entri blog pasal Math or Addmath kan? haha. Sorry sorry! Memandangkan trial exam/ peperiksaan percubaan SPM is just around the corner (mula 1 Ogos 2019), so saya nak share 'sedikit' tips untuk SPM Matematik. Harap-harap dapat membantu pelajar Tingkatan 4 & Ting 5 di luar sana yang selalu dapat gagal math. Sebelum ni saya ada share tips addmath SPM - cara skor lulus kertas peperiksaan matematik tambahan SPM dengan hanya fokus 12 bab sahaja, so, kali ni saya share tips lulus Matematik SPM pula dengan fokus study dan jawab soalan 13 bab sahaja.

Tahun ni saya ada 5 student SPM (setakat ini) yang tusyen matematik (personal tutor matematik) dengan saya dan almost of them memperoleh gagal dalam exam. So saya ajar mereka topik-topik yang saya rasa mereka boleh catch up & agak senang faham.

Bila saya senaraikan all of those topics, there are total 13 chapters yang saya utamakan dalam mengajar mereka.

Tapi perlu diingatkan.. ini hanyalah SUGGESTION/ CADANGAN saya sahaja. Saya beri tip cara lulus SPM Matematik ini adalah berdasarkan analisis saya sendiri.

Walaupun saya bukan lah cikgu di sekolah, tapi selepas saya buat kira kira dan berdasarkan pengalaman mengajar kelas tusyen matematik lebih 3 tahun, I come out with this tips.
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm


Tips Lulus Matematik SPM: Fokus Jawab Soalan 13 Bab Ini Sahaja!


Bentuk Piawai/ Standard Form
Ungkapan Algebra/ Algebraic Expression
Rumus Algebra/ Algebraic Formulae
Ketaksamaan Linear/ Linear Inequalities
Graf Fungsi II/ Graphs of Functions II
Set/ Sets
Statistik I & II/ Statistics I & II
Statistik III/ Statistics III
Matriks/ Matrices
Ungkapan dan Persamaan Kuadratik/ Quadratic Expressions and Equations
Persamaan Linear Serentak/ Linear Equations
Penaakulan Matematik/ Mathematical Reasoning
Pelan dan Dongakan/ Plans and Elevations

Kenapa saya suggest 13 topik yang pelajar inshaaAllah senang skor berbanding bab lain?

Sebab.. ada ramai pelajar yang dapat GAGAL final exam matematik Tingkatan 4. Bila masuk form 5, buat ujian demi ujian, still.. FAILED. Ada yang markah sipi sipi je nak jejak angka 40% . Serius sayang kalau jadi macam tu.

So, bila pelajar yang last minit 'tersedar' dari lena dan tengok tengok ada masa yang singkat (beberapa bulan) sahaja untuk study, dia jadi kalut. Tak tahu nak mula dari mana. Tak tahu nak belajar bab mana. Tak tahu which topic is so much easier. Tak tahu nak fokus bab apa. Tak tahu nak tekankan topik mana.

That's why saya sudah sediakan 13 topik untuk adik adik SPM study. So that adik adik SPM FOKUS buat banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk soalan latihan (soalan di buku, soalan trial percubaan SPM, soalan past year SPM) untuk 13 topik tu SAHAJA.

Target markah penuh untuk soalan 13 bab itu SAHAJA.

Then, inshaaAllah CONFIRM sekurang-kurangnya LULUS sudah berada di genggaman tangan anda. Percayalah!

Gituhh teknik rahsia lulus math SPM hahaha. Dah macam kempen dah.
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
Okay mungkin ada yang tak percaya. Takpe takpee. Saya akan beri 'bukti' analisis saya.

Dan automatically akan terjawab soalan macam mana dengan skor full marks soalan-soalan 13 topik di atas boleh buat student lulus math SPM.
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm

KERTAS 1 - 40 soalan - 40 markah (1 jam 15 minit)

Bentuk Piawai (2 - 3 markah/marks)
Ungkapan Algebra II &III + Rumus Algebra (3 - 4 markah)
Ketaksamaan Linear (1 - 2 markah)
Set (1 - 2 markah)
Graf Fungsi II (1 markah)
Statistik I & II - piktograf, palang bar, carta pai, mod, median, min (2 - 3 markah)
Matriks (2 markah)

Total marks: 12 - 17 markah
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm

KERTAS 2 - 16 soalan - total 100 markah (2 jam 30 minit)

Kertas 2 ada DUA section:

Bahagian A - 52 markah - 11 soalan (kena jawab semua soalan)
Bahagian B - 48 markah - 5 soalan (jawab 4 soalan sahaja)

BAHAGIAN A

Set ATAU Ketaksamaan Linear (3 markah)
Ungkapan dan Persamaan Kuadratik (4 markah)
Persamaan Linear Serentak (4 markah)
Penaakulan Matematik (5 - 6 markah)
Matriks (6 markah)

BAHAGIAN B

Graf Fungsi II (12 markah)
Statistik III (12 markah)
Pelan dan Dongakan (12 markah)

Total marks: 58 markah
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm
So, bila dikumpulkan.. Jumlah markah Bahagian A dan Bahagian B di atas yang kita target untuk full marks = 12 + 58 = 70

70/140* x 100 = 50% (gred C)

*140 adalah jumlah markah untuk kertas peperiksaan matematik Section A + Section B
tips lulus matematik spm
tips lulus matematik spm

Pengiraan Markah Lulus Matematik SPM:

Untuk dapatkan AT LEAST lulus SPM paper matematik, pelajar perlu skor 56 total marks.

Sebab kalau kira kira..

56/140 x 100 = 40% (LULUS)

Maksudnya di sini.. student perlu target SEKURANG-KURANGNYA 56 markah (bahagian A + bahagian B).

Semoga bermanfaat! Jangan lupa sharing is caring tips matematik SPM ini kepada orang lain yang memerlukan atau ke group group berkenaan.
tips lulus matematik spm
TUTOR MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN (ADDMATH)
Last but not least, perlu saya ingatkan lagi sekali.. tips ini 100% idea dari saya. Jika ada yang takmo follow, silakan. Siapa yang nak ikut, dialu-alukan. Because lain orang, lain pendapat. Lain pelajar, lain tahap kefahamannya. So.. it is just an opinion :)

Yang baik itu semuanya datang dari Allah, yang buruk adalah dari saya sendiri.

Thats all.

Till next time, daaa~ wassalam! :)

Sultan Kelantan, Rihana Oksana cerai talak 3. Apa maksud TALAK TIGA?

$
0
0
Teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan wanita Rusia; model yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Moscow (2015), Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab! Menerusi kenyataan terkini, peguam Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 lalu.
sultan kelantan rihana oksana talak 3
sultan kelantan rihana oksana bercerai talak 3 | image: Astro Awani
Menurut Tien Hua, firma guaman Eversheds Harry Elias LLP yang berpangkalan di Singapura itu sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Oksana.

Sijil perceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Oksana, 26 tahun, bertarikh 22 Jun di Singapura sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

"Dimaklumkan bahawa baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah mengeluarkan Surat Perakuan Perceraian pada 1 Julai 2019 mengikut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002,” kata Tien Hua.
sultan kelantan rihana oksana cerai
sultan kelantan rihana oksana cerai talak 3
Terdahulu, khabar angin mengenai perkahwinan Yang di-Pertuan Agong ke-15 itu kecoh di laman sosial selepas timbul dakwaan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu telah bercerai talak tiga.

Pada 22 Mei lalu, Sultan Muhammad V dan Oksana selamat dikurniakan putera sulung diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.


Sultan Kelantan, Rihana Oksana talak 3. Apa maksud TALAK TIGA?

TALAK 3 (talak Ba'in Kubra)

- Jika suami menjatuhkan talak tiga kepada isterinya, maka perempuan itu tak halal lagi baginya sebelum perempuan itu kahwin dengan lelaki lain (dalam erti kata kahwin yang sebenar mengikut syariat Islam)
sultan kelantan rihana oksana cerai
3 JENIS TALAK
Perceraian yang berlaku di mahkamah syariah khususnya bagi perceraian yang dibenarkan mahkamah lazimnya terdiri daripada perceraian secara talak, fasakh atau tebus talak.

Apabila mahkamah memerintahkan sesuatu perceraian, mahkamah juga akan menentukan tempoh idah isteri yang membolehkan suami merujuk isterinya.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan untuk rujuk bergantung kepada jenis perceraian yang berlaku.

Sekiranya perceraian secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), maka suami berkuasa merujuk isterinya selama tempoh idah itu.

Sekiranya perceraian yang diperintahkan bukan secara talak sama ada secara fasakh atau tebus talak, maka ia tergolong dalam perceraian yang tidak boleh dirujuk talak bain.

Talak bain tidak boleh dirujuk. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu talaq bain kubra dan talak bain sughra.

Talak bain kubra adalah talak yang berlaku kepada pasangan sebanyak tiga kali iaitu suami menceraikan isterinya sebanyak tiga kali.

Pasangan itu tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya melainkan isteri menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami isteri yang sah.

Jika ditakdirkan isteri berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal dunia, maka barulah suami pertama berhak menikahi bekas isterinya itu.

Kategori kedua adalah talak bain sughra. Ia adalah talak yang diucapkan suami kurang daripada tiga kali, tetapi pasangan tidak boleh rujuk semula melainkan dengan pernikahan yang baru walaupun isterinya dalam idah.

Sebahagian daripada talak bain sughra adalah:

1. Talak yang diputuskan oleh hakam.

2. Talak melalui khulu’.

3. Talak yang difasakhkan oleh hakim.

Terdapat beberapa ayat dalam al-Quran yang menyentuh mengenai talak.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Talak (yang boleh dirujuk) dua kali. Setelah itu bolehlah ia (rujuk dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik. (Surah al-Baqarah, ayat 229)

Ayat itu menyatakan perceraian (yang boleh dirujuk) itu adalah dua kali.

Selepas itu hanya boleh dirujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.

Justeru, dalam isu perceraian yang diputuskan oleh mahkamah melalui permohonan fasakh, isteri termasuk dalam kategori talak bain sughra dan tidak boleh dirujuk.

Jika pasangan suami dan isteri sudah berbincang dan bersetuju untuk kembali dalam perkahwinan, maka hendaklah berakad nikah yang baru dan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan pejabat agama Islam setiap negeri.

Penulis ialah peguam syarie

Sumber: Artikel Harian Metro; 28 Jun 2018.

umur dah 26 tahun.. bila nak kahwin Sayidah?

$
0
0
Selain daripada soalan paling susah nak jawab di dunia "nak makan apa?", ada lagi satu.. "bila nak kahwin?". Hahahhaa. Berapa kali dalam hidup anda pernah diajukan dengan soalan "bila nak kahwin?" ?

Cepat kira berapa kali! Haha.
umur dah 26 tahun.. bila nak kahwin?
umur dah 26 tahun.. bila nak kahwin? | image: Google
Kalau jenis mak ayah yang tak kisah sangat bab bab ni, okay lah. Tapi kalau kena kat parents yang hampir setiap masa nak tanya, payah juga tu haha. Walaupun sudah dijawab dengan pelbagai jawapan.. masih lagi tidak berputus asa. Masih lagi tanya soalan yang sama.

Kalau orang luar yang tanya soalan 'bila nak kahwin?' ni saya tak kisah sangat. Senang la sikit nak 'tepis' sebab tak selalu jumpa dan mereka tak 'korek' secara details. Boleh la saya beri jawapan cliche "kalau ada jodoh, tak kemana" // "ajal, jodoh dan pertemuan di tangan Allah" // "bagi la calon satu". haha.

Tapi.. kalau family yang tanya? Kalau parents asyik risau yang kita tak kahwin lagi? Hmmmmm susah bona den nak elak.

Just like a concept of hypothesis in science; semakin lanjut umur, semakin kerap orang tanya soalan bila nak kahwin. Lagi-lagi bila dah lepas usia 25 tahun, haaa memang makin selalu lah akan ditanya.

Macam saya lah. Tahun ni dah masuk 26 tahun, lagi laa bertambah tambah bilangan soalan nya hahaha. Bukan sahaja soalan.. malah cadangan, galakan, dorongan, nasihat dan ugutan juga ada terselit sekali.

"moga kahwin tahun ni"
"buat majlis majlis simple je"
"nikah dulu pun takpe, majlis tahun depan boleh buat"
"jangan lambat sangat, nanti andartu"
"bagi masa sampai 28, kalau tak kahwin juga.. umi abi cari calon sendiri"

Perghh siap bagi tempoh masa sehingga sekian sekian umur. Kau hado parents gituu? Haha.

Nak melawan kata, den tak pandai. Nak merungut, tak baik pula. Nak membantah, takde kekuatan dan keazaman yang tinggi. Nak bagi cadangan lain, ditolaknya. Hah nak apa lagi Sayidah? haha.

So... Tolong doa yang baik baik untuk saya jela ye? Heee.

Doa moga dapat jodoh yang terbaik pada waktu yang terbaik. Aamiin~ Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Kita merancang, Allah pun ada perancangan dan sesungguhnya perancangan Allah lah yang lebih baik.

Kan? :)
umur dah 26 tahun.. bila nak kahwin?
umur dah 26 tahun.. bila nak kahwin? | image: Google
Siapa yang geng macam saya ni.. bertabah lah ye jika diasak bertubi tubi dengan soalan cepugangsa "bila nak kahwin?". Walaupun pahit dan payau, tetapi yakinlah! Selepas kesusahan, pasti ada kesenangan. Gitchuuww. Hahaha.

Oh.. Siapa-siapa yang nak naik kereta pergi jumpa jodoh hahahaha tapi tiba-tiba kereta rosak di tepi jalan raya atau kereta tak berfungsi dengan baik (probably disebabkan oleh bateri), don't woryy. jangan takut, jangan cuak.

Relaks, cool and steady fuhlamak.. Just whatsapp/call bateriku.com!

More info: www.bateriku.com

bateriku.com
BATERIKU.COM FREE > DELIVER > CHECK > INSTALL
Itu sahaja..

Sekiannn haha.

Till next time, daa~ wassalam! :)

Tips Survival, Tips Camping (Perkhemahan) di dalam Hutan | Panduan Jika Sesat !

$
0
0

Tips Survival | Tips Camping (Perkhemahan) dalam Hutan | Panduan Jika Sesat Masuk Hutan

Ditulis oleh: Faqihah Rahman
(Bacelor Sains Taman & Rekreasi, Fakulti Perhutanan, UPM)


1. Ular tak suka api, tapi dia suka bara.

Sebab ular kan reptilia dan berdarah sejuk. ada masa dia nak "kehangatan" yang sesuai dengan badan dia. so, bara api antara yang dia suka. kalau api, terbakarlah dia.

Sepanjang kem 2 minggu kami guna kayu api untuk masak. lepas selesai masak, kami memang akan matikan semua api dan bara. ketuk-ketuk dulu kayu api biar jadi ketulan-ketulan kecil, kalau kayu masih saiz besar, biar je.

Pastu tarik ke bawah. tempat masak kami tu tinggi sikit daripada tanah. lepas tarik, terus siram dengan air. make sure tak ada yang tertinggal jadi bara sikit pun. risiko untuk haiwan datang tu tinggi.
tips camping perkhemahan dalam hutan
tip survival, tips camping perkhemahan di dalam hutan | image: Google
2.Compass ada 2 jenis.

satu, mirror compass.
dua, orienteering compass.

Kalau masuk hutan, compass tak ada untuk cari kiblat, guna 3 benda ni (jarum, air, lighter/ mancis).

1. panaskan salah satu bahagian jarum.
2. letak dalam air.
3. perhatikan arah bahagian jarum yang kita panaskan.itu arah barat.

Bearing Mekkah dari Malaysia adalah 292°. Kalau ada compass, you guys boleh terus shoot lah bearing tu. tak ada masalah.

3. Kalau berdekatan dengan sungai, perhatikan pokok yang ada lumut.

Pokok berlumut-menunjukkan ke arah timur.
Pokok tidak berlumut-menunjukkan ke arah barat.

Nak buat ni untuk cari kiblat pun boleh. dah tak ada apa sangatkan, compass tak ada, 3 benda tu pun tak ada... so guna yang ni.

Nak hidupkan api, nak guna apa untuk jadi sebagai "fire starter"?

- kayu/ranting kering
- resin dipterocarp
- dahan pelepah kering (isi dalam)
contohnya: pokok bertam (sila google).
- kasut getah.
- kapas

Macam kem haritu, kami majoriti pakai kasut getah. jadi, waktu survival 3 hari 2 malam, kami dibekalkan dengan 5 batang mancis sahaja dan 5cm tiub getah (ye eh?). lupaaa. once benda tu habis, kasut salah seorang daripada kamilah yang jadi mangsa.

4.Bila masuk hutan lama-lama dan nak bawa makanan macam ayam, itik apa semua tu. Ada beberapa cara nak bagi bahan tu tahan lama.

- lumur garam
- salai
- pes asam jawa

Sebelum lumur apa semua tu, pastikan bahan kering dulu. kalau takkk, hurmmm satu hal pula nak kena cari port tandas.

Bila nak makan, you guys nak basuh bahan yang dilumur tu pun boleh, tak nak pun takpe.

5. Ikatan

Yang ni kalau aku taip panjang pun tak bagi kesan apa-apa kot haha. Kena belajar depan-depan atau tengok youtube.

Antara ikatan yang kami guna untuk ikat apa-apa:

- manok (clove hitch) - paling banyak guna.(sebagai pemula ikatan)
- fisherman knot.
- Figure of eight.
- bowline.

6. Ni bahagian kewanitaan sikit.

Kalau yang datang bulan, anda dilarang sama sekali untuk tanam "roti" dalam tanah. Hanya perlu basuh dan simpan dalam plastik dulu.

Cara basuh:

- gali lubang dalam-dalam sikit. sebab nak elak binatang bau. kedalaman tu, lebih kurang 1 jengkal lebih tangan. lagi dalam, lagi okay.

- bila nak basuh, masukkan "roti" dalam lubang dan baru basuh. selagi tak selesai basuh, jangan naikkan "roti". risau air-air yang masih bercampur darah tu jatuh dekat permukaan tanah dan menyebabkan binatang boleh bau.

7. Pemilihan tapak khemah

(i) elakkan kawasan tinggal babi. bukan sebab babi tu, tapi sebab kutu dia (kutu babi).
(ii) minimum 5 meter dari punca air
(iii) kawasan berkhemah lebih tinggi dari kepala air.

Bila sampai tempat tu, tengok dulu pokok-pokok sekeliling. paras mana air boleh naik.

Kalau tak nampak dekat pokok, tengok dekat batu yang besar-besar. kang tengah elok duk membakorrr makanan, tetiba kepala air. mana nak lari oiii?

8. Burung

Dunia burung berbeza daripada manusia.

Burung jantan lagi colourful berbanding betina. sebab jantan dia nak attract burung-burung betina (macam nak ngoratlahhh).

Bagi sarang burung tempua, ada 2 jenis. satu, yang mempunyai 1 lubang. dua, yang ada 2 lubang.

Yang 2 lubang tu sarang untuk burung jantan. sebelah kanan dan kiri ada lubang dan tengah-tengah macam ada jambatan.

Kat situ burung jantan bertenggek sambil duk "phewwiittt" burung betina. lubang satu untuk burung betina sebab dalam lubang tu sebagai tempat letak telur je.

Tahukah anda? jeng jeng jeng~

Kalau dekat hutan tu ada burung, bermaksud hutan tu sihat dan ekosistem dia dalam keadaan baik. Hutan tu lagi sihat kalau ada hornbill (burung enggang).

Kalau boleh, digalakkan bawa wisel. Cara tiup wisel waktu kecemasan, 3 kali, dan sekali tiup tu panjang lebih kurang 3 saat. faham kan? :D

9. Kalau masuk hutan ramai-ramai, waktu malam tu digalakkan ada sentri(berjaga malam).

Buatlah 2 jam, 2-3 orang yang jaga ke.

Kalau ramai yang pergi, buatlah 12am-2am group 1, 2am-4am group 2, 4am-6am group  3. Ni contohlah. tapi pandai-pandailah you guys manage ;)

10. Penggunaan password waktu sentri

Contoh password untuk malam tu "pokok hijau". bila tengah sentri 2-3 orang, pastu jumpa sesape waktu tu, orang nak menyapa tu akan sebut "pokok", dan yang disapa tu akan sambung "hijau".

Kalau kau sapa dia "pokok" tapi tak ada sambungan "hijau", mohon beredar daripada situ secepat mungkin. dan sekiranya kau sapa tapi orang tu tak sambung, pastu orang tu terus tarik kau, jerit "pokok" lagi sekali. kalau tak sambung jugak, mohon reti lepaskan diri sendiri haha.

11. Jika sesat bila masuk hutan?

Kami tak diajar untuk cari satu bearing dan kalau sesat guna bearing tu je. Kami diajar, kalau sesat..

1. boleh ikut je arus sungai
2. pastu pandai survive cari kayu api apa semua, then buat asap untuk bagitahu kita sesat pada orang lain.
3. yang pasal bearing tu, once kita ada compass, kita kena tahu cara macam mana nak cari bearing arah utara dulu. bila dah tahu utara, kita tahulah yang lain.

Moga bermanfaat~! Sharing is caring!

Till next time, daa~ wassalam! :)



Blogwalking time~! Drop your blog's link!

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaa~! Rindunyaa blog pink ku ini! 6 hari kena tinggal alololoo sian dia. Ada sesiapa yang rindu saya ke? Ahhemmm ahhaha. Sorryy dah lama tak update blog (acah acah ada 'peminat' muehehe).

Senyap sunyi kusam je kan blog ni sekarang?

Bukan apa.. haritu busy dengan kerja as an editor of Mathematics. Few days juga pulun siapkan. Then, lepas dah finished job tu, ada 'problem' sikiiittt. Just my personal thing. Shhhh~ It is a secret. Takleh bagitahu hahaha.

Hujung minggu pula 'sibuk' melayan anak buah yang datang ke rumah. Family-time gituhh lahh.

Takpe takpee.

Harini baru start semula. STAY FOKUS YE SAYIDAHHHH! Jangan be distracted sangat dengan 'benda' tak penting kat sekeliling tu hahaha. Stay positive haiyyakk!

Lepas ni saya cuba meriahkan semula blog ini dengan meng-update setiap hari inshaaAllah okay?
blogwalking time
Blogwalking time~! Drop your blog's link!
Bila dah lama tak 'tulis' entri blog, blogwalking juga dah lama saya tak buat.

So... pleasee drop your URL blog di bahagian komen yee. Nanti saya blogwalking semuanya inshaaAllah :)

Itu sahaja.

Daa~ wassalam!

Lirik Lagu Mimpi - K-Clique feat Alif, Kaka Azraff

$
0
0
Lirik Lagu Mimpi - K-Clique feat Alif, Kaka Azraff | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayy.. banyak sangat lagu baru dah keluar sekarang ni and ada beberapa lagu kegemaran yang saya dah pun play on repeat 'beribu'*HIPERBOLA* kali setiap hari hahaha. Setakat ni belum jemu lagi lah dengar. I will update all of them at my blog sooner or later inshaaAllah.

So.. perkenalkan lagu yang saya tengah 'asyik' layan sekarang.. one of my MOST favorite song.. lagu MIMPI. Lagu terbaru K-Clique Mimpi (feat Alif). Lirik Mimpi ni ada campur rap (K-Clique: rappers Sabah) dan menyanyi.
lirik lagu mimpi k-clique
lirik lagu mimpi k-clique feat Alif
Muzik, rentak melodi, the beat as usual.. kalau Alif yang buat memang on fireee~! Memang den minat.

Soooo my taste! Hehehehe.


[VIDEO] K-CLIQUE - MIMPI (feat Alif, Kaka Azraff)


Lirik Lagu Mimpi - K-Clique feat Alif, Kaka Azraff

lirik lagu mimpi k-clique
lirik lagu mimpi k-clique feat Alif
Lyric: MIMPI (FEAT ALIF) – K-CLIQUE

(ALIF)
Hidup aku bagai mimpi
Hidup aku bagai mimpi
Banyak sudah ku lihat
Semua nya ku ingat

Hidup aku bagai mimpi
Betul betul macam mimpi
Banyak sudah ku lihat
Semua nya ku ingat

(SOMEAN)
Dah tak macam realiti dulu kini berbeza,
Macam dalam fantasi, aku tak dapat beza,
Eh rasanya menarik biar kerja bawah terik,
Dulu kerja habis tarik hasil untuk hujung tarikh,

(FAREEDPF)
Aku...
Semalam termimpi
She neo-Noir scene ni
She plays Sin City,
Lafaz SAFE, she’s next to me, aku
Ride around white Viva, ooh yes I tease her
When she said “I need ya”
G, vista la vista hah!

(SOMEAN)
Eh I got shocked!, Jadi aku layan aku jadi syok,
Syok macam mimpi, jadi aku terus lock,
Rockin with my clique now you know we don’t stop,
Takkan pernah stop cause we rockin at the top.

(FAREEDPF)
Lady, you know how we do, when we do
‘Macam Mimpi’
Money in the clouds jangan lupa kata Umi
“Belajar elok-elok” walau belok dapat degree
Milly milly, mari sini twenty 20 yea!

Chorus
Hidup aku bagai mimpi
Betul betul macam mimpi
Banyak sudah ku lihat
Semua nya ku ingat

(NOKI)
Kapal kami dah berlabuh gempa akan datang
Turun kota yang di tumpu penuh satu padang
Cerita tentang aku kamu takkan faham
Baik duduk diam aku pendam simpan dalam

Kini, ramai sangat nak mengaku tahu aku kawan dulu sama sama naik jatuh sekali buka payung ramai datang nak tumpang berteduh ayyy
Mula dari benih tumbuh pokok penuh buah
Sampai tahap ini bukan senang tapi banyak sangat hadap susah

(GNELLO)
Banyak drama wow, terima kasih emm.
Tak kejar nama wow, tapi K di kejar emm.
Hustle hustle, kerja keras
Tapi mereka tak nampak ayy
Mata mata, mereka buta.
Jadi biar gerak ku jadi sejarah
Dulu cakap G kau tak akan ke mana.
Aku tanya G ay kau di ada mana?
Pandang rendah G sekarang siapa gila
Jangan bilang G kita ni kawan lama.

[Chorus: Kaka Azraff & Alif]
Hidup aku bagai mimpi (hidup aku bagai mimpi)
Hidup aku bagai mimpi (hidup aku bagai mimpi, yeah)
Banyak sudah ku lihat (banyak sudah ku lihat)
Semuanya ku ingat, ingat, ingat
lirik lagu mimpi k-clique
lirik lagu mimpi k-clique feat Alif
(MK)
Aku langgar scene langgar tak peduli siapa
Macam dalam mimpi realiti nya berbeza
Kalau dulu duduk belakang sekarang nak sapu rata
Kalau dulu beli ticket sekarang panggung kita punya!

Itu dulu lain macam , cara kerja lain salam lain macam
Macam salam lain kerja cara lain lain macam
Macam kau tak akan faham benda yang kami buat
Back to back with ma clique posisi paling kuat.

(TUJU)
Hidup wayang jalan ku like a musical,
Tak buat langkah untuk jadi terkenal,
Tiba masa aku GO dan blow dan set a GOAL,
Pecutan terkawal under control,

Terbang atas langit,
Pembawaan terkawal,
Rendah diri bangkit,
Tak kira siapa awal,
Realiti terbalik,

Chorus
Hidup aku bagai mimpi
Hidup aku bagai mimpi
Banyak sudah ku lihat
Semua nya ku ingat

Hidup aku bagai mimpi
Betul betul macam mimpi
Banyak sudah ku lihat
Semua nya ku ingat

Lagu: Alif
Lirik: MK, Gnello, Noki, FareedPF, Tuju, Somean, Alif
Penerbit Muzik: Alif
#mimpi #kclique #alif
lirik lagu mimpi k-clique
lirik lagu mimpi k-clique feat Alif
Amacam?

Bestt?

Saya bagi 5 BINTANG! Hahahaha.

My personal opinion regarding this 'Mimpi' song.. I love it! Lirik dan muzik memang blend well together.

Kalau ditanya, which rapper yang saya paling suka? Hmmmm hmmmm susah nak pilih. Sebab semua part best, semua K Clique's rapper ada style, 'lenggok' rap dan identiti yang tersendiri. 
lirik lagu mimpi k-clique
lirik lagu mimpi k-clique feat Alif
Secara jujurnya, saya suka semuaaa. Semua bestt!

Tapi paling 'menarik' hati saya.. part Noki, MK dan Tuju.

Kalau nak kena pilih lagi antara tiga tu.. I choose NOKI hahaha. Sebab Noki ni.. dari segi suara, aura, lirik dan kelajuan rap memang TORBAEK!
lirik lagu mimpi k-clique
NOKI K CLIQUE
Itu sahaja!

Daa~ wassalam! :)



KOLEKSI RESEPI WESTERN FOOD/ MASAKAN BARAT - meatball ala IKEA, burger, pizza, pasta

$
0
0

KOLEKSI RESEPI MASAKAN BARAT/ WESTERN FOOD - meatball ala IKEA, burger, pizza, etc

resepi western food masakan barat
resepi western food masakan barat mudah dan sedap
1. Resepi Swedish Meatballs Ala IKEA

Bahan-bahan:

Meatballs secukupnya (guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake di dalam oven.
2 (sb) sudubesar butter
2 (sb) sudubesar tepung gandum
1 biji bawang holland, dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 cawan fresh milk
1 cawan air
3 sudubesar sos tomato
3 sudubesar sos tiram
2 sudubesar kicap manis
2 sudubesar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)
1 kiub pati daging
1 kiub pati ayam
1 sudubesar gula

Cara Penyediaan:

1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.
2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.
4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus.

Sedia untuk dihidangkan!
resepi meatball ala ikea
resepi western food masakan barat - meatball ala IKEA
Tips: Gravy ini boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru blend dia. Dan gravy ini juga boleh dimakan dengan chicken chop. Cuma tambah hirisan mushroom ya.

Sumber: Danish Harraz via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resipi Muffin Telur

Bahan-Bahan:

5 biji telur gred B
2 keping Cheese – Boleh guna Cheesedale
1/2 batang carrot – dipotong kecil
Sedikit timun – dipotong kecil
Sedikit lada benggala – dipotong kecil
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:

1. Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat.
2. Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin.
3. Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap.
4. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada.
5. Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)
6. Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C). Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah.
7. Tunggu hingga sejuk dan hidangkan.
resepi muffin telur
resepi western food masakan barat - muffin telur

3. Resipi Burger Homemade Yang Mudah dan Sihat

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahannya yang diperlukan adalah seperti berikut:

2 ketul dada ayam @ daging
2 ketul kentang @ carrot
2 biji telur
1 labu bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil hilal @ kiub ayam
1 sudu kecil serbuk soda *
3 sudu kecil tepung gandum *
2 sudu kecil tepung ubi*
resepi burger homemade sedap
resepi western food masakan barat - burger homemade sedap
CARA BUAT BURGER ‘HOMEMADE’: LANGKAH DEMI LANGKAH

Ini langkahnya:

1. KISAR
Kisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda*.

2. CAMPURKAN SEMUA BAHAN

Setelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati.
Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya yang bertanda *.

3. MASUKKAN DALAM ACUAN

Bentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam gambar ini.

Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai.

4. KUKUS

Kukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk.

5. SEJUKKAN

Seterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian ‘freezer’ untuk disimpan lebih lama.

Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa.

6. BAKAR

Selepas disejukkan, anda bolehlah membakarnya seperti biasa di atas kuali leper. Siap untuk dihidangkan mengikut citarasa anda.

- cara buat burger -

HIDANGKAN MENGIKUT CITARASA

Mudah, bukan? Terpulanglah nak bubuh ‘cheese’, salad, tomato, sos dan sebagainya, macam burger yang dibeli di kedai.

Tapi kalau di rumah, bolehlah buat ikut selera masing-masing. Lebih puas hati dan berbaloi!

Untuk lebih sihat, gunakan kiub/ stok ayam yang dibuat sendiri.

4. Resepi LambChop Black Pepper
resepi lamb chop
resepi western food masakan barat - lambchop black pepper
Bahan-bahan untuk perap lamb shoulder (anggaran 7 keping):

● 6 keping lamb shoulder
● Bahan kisar: 5 cm halia,
● 1 cm kunyit hidup,
● 4 ulas bawang putih dan
● 4 ulas bawang merah
● 3 sudu besar madu
● 4 sudu besar Sos tiram
● 4-5 sudu besar lada hitam kisar
● 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
● 1/2 sudu kecil jintan putih
● 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
● Sedikit kicap cair penganti garam

Cara menyediakannya:

1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.

Bahan-bahan sos:

1. Saki baki bahan perapan
2. 2 sudu teh sos tiram
3. 2 sudu teh sos tomato
4. 4 sudu besar lada hitam kisar
5. 2 sudu teh brown sugar

- semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos dengan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.

Sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yang diingini.
resepi lambchop
resepi western food masakan barat - LAMB CHOP

5. Resepi Seafood Spaghetti Aglio e Olio
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

500 gram spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp (maksud: teapoon) red pepper/dried chilli flake
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper

Seafood:
8 scallops
8 mussels
Udang, sotong atau apa apa yang disukai
resepi spaghetti aglio e olio
resepi western food masakan barat - seafood spaghetti aglio e olio
Cara cara:

1. Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.

2. Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dengan api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.

3. Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing.

4. Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula lain lain seafood. Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.

5. Bila seafood hampir masak, masukkan pasta. Pasta hanya direbus 3/4 masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali. Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.

6. Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper.

Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.

6. Resepi Pizza Homemade TANPA OVEN Sedap Macam Pizza Hut!
resepi pizza tanpa oven
resepi western food masakan barat - PIZZA homemade tanpa oven
Pizza kuali lagi, kali ni untuk bekal anak pergi sekolah..
100% masak atas api, tak perlu oven..

Resipi untuk 5x pizza:

Tepung gandum 1 kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam

*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ye. Berpeluh-peluh la jugak haha.

Bahan topping:
Sos pasta tradisional- jenama bebas.
Boleh letak macam-macam topping - Hot dog/ ayam/ cendawan butang/ nanas/ tomato/ cheese/ seafood

Tumis bawang, bila dah wangi.. masuk bahan basah yang lain. Perasakan dengan garam dan lada hitam- ketepikan.

Step by step:

1. Gaul tepung dengan minyak.

2. Tambah air. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah tak melekat kat tangan, tutup dengan tuala, rehatkan 1 jam.

*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1 cawan air tu, tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula.. lepas 2-3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.

Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.

3. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.

4. Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.

5. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk.

6. Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping..

7. Kalau suka lembut gebu macam roti, letak topping atas doh mentah, baru masak.. susun siap-siap atas kuali ye.. baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu.. sebab topping tu berat.. nanti berat dan susah nak letak atas kuali/ pan pulak..

8. Cheese tu ambil masa 3-4 minit untuk cair ye..

*nak cepat.. buat pakai roti nan/ arab..
*resepi doh ni boleh buat donut, roti dan pau..

Kredit resepi ini kepada murni rahmat #MAHN

7. RESEPI Pasta Spiral Goreng Lada Hitam
resepi pasta spiral goreng
resepi western food masakan barat - PASTA spiral goreng lada hitam
Bahan-bahan:

1 peket spaghetti
1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang carrot
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat boleh tambah ikut selera sendiri
1 kiub perasa daging - boleh tambah
Garam secukup rasa
Daun bawang atau daun sup secukupnya

* tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya. Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti pasta ni jadi pedas menyengit pula hehehe

CARA MEMASAK:

Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat. Rebus speghetti sampai empuk dan ditos . Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi. Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging.

Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis.

Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api.

8. Resepi Spaghetti Carbonara
resepi spaghetti carbonara
resepi western food masakan barat - SPAGHETTI carbonara
Bahan-bahan diperlukan:

1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego
Sedikit isi ayam atau daging (ja guna yang kisar punya)
Bawang putih (cincang)
Bawang merah (cincang)
Mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
Lada sulah

Cara menyediakan dan memasak:

1. Macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin atau minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
2. Tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
3. Masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
4. Masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
5. Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
6. Letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya, untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.

9. Resepi Cheezy Wedges Kentang Ala KFC
resepi cheezy wedges kfc
resepi western food masakan barat - CHEEZY WEDGES kentang ala KFC
CARA BUAT WEDGES KENTANG ALA KFC OLEH SALIMAH OLIE

Berikut adalah bahan dan resepi yang diperlukan untuk membuat cheesy wedges ala KFC yang sedap dan lazat.

BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.
Mixed herbs
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

CARA-CARA:

1. Potong Kentang
Pertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.

2. Kukus
Kemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.

3. Gaulkan Mixed Herbs
Selepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh. Gaulkan biar sebati.

4. Taburkan Tepung Jagung
Seterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.

5. Goreng
Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.

Di bawah ini adalah cara membuat sos cheesy homemade:

CARA BUAT SOS CHEESY HOMEMADE

Berikut adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba.

BAHAN-BAHAN:

3-4 sudu makan mentega / marjerin
250ml susu segar / susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
Sedikit serbuk lada hitam & lada putih
Sedikit pewarna kuning (optional)

CARA-CARA:

1. Panaskan Bahan
Mula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.

2. Masukkan Kepingan Keju
Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.

Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.

3. Siap

Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.

*Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi sos.

10. Resepi Mushroom Soup & Garlic Bread Ala Pizza Hut
resepi mushroom soup garlic bread
resepi western food masakan barat - MUSHROOM soup Garlic bread ala Pizza Hut
CARA BUAT MUSHROOM SOUP DAN GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT

Menurut Puan Yatie, inilah permintaan anak-anaknya yang demam apabila tak lalu makan nasi. Walaupun nampak simple dan ringkas, tapi tetap menyelerakan.

RESEPI MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT

Pertama sekali, mari kita lihat cara membuat mushroom soup atau sup cendawan. Bahan-bahannya adalah seperti yang disenaraikan di bawah.

Bahan-bahan:

300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar mentega
1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
sedikit serbuk perasa

Cara-cara:

1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam.
2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit.
3. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.
4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk.
5. Kacau sebati. Reneh agak lama supaya semua bahan dapat masak dengan elok. Sup akan menjadi pekat. Siap!

RESEPI GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT

Baiklah, sup cendawan dah siap. Sekarang, kita buat pula garlic bread untuk dimakan bersamanya.

Bahan-bahan:

Roti Perancis – hiris (Saya guna roti Gardenia)
2 sudu besar mentega
Secubit daun parsley / oregano / mixed herbs
1 ulas bawang putih – bakar sekejap dan tumbuk halus

Cara-cara:

1. Mula-mula, bakar sedikit bawang putih dan tumbukkan halus-halus.
2. Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah lumat dengan mentega dan daun parsley.
3. Sapukan pes ini ke atas roti anda.
4. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan. Siap untuk dihidangkan.

11. Resepi Pasta Spiral Goreng Ringkas
resepi pasta goreng
resepi western food masakan barat - PASTA GORENG
BAHAN A:

1 paket pasta spiral
Sedikit mentega dan minyak zaitun
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar – dihiris dadu
Sedikit sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Nampla
Garam secukup rasa
Sedikit kiub pati ayam (pilihan)

BAHAN B:

Aneka makanan laut ( sotong / udang dll )
3 keping daging burger – dihiris dadu
Bebola ikan
Cendawan shiitake – dipotong kecil

BAHAN C:

Lada benggala
Brokoli
Tomato ceri
Lobak Merah

CARA MEMASAK:

1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.
3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri.
4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan!

12. Resepi Ayam Grill Mushroom Sos
resepi ayam grill mushroom sos
resepi western food masakan barat - AYAM GRILL mushroom sos
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4)
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 cm halia(tumbuk kasar)
Sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak

Cara-caranya:-

1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
2. Bahagian dada/isi cucuk-cucuk sedikit dengan garfu/ apa-apa yang tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. Kalau nak kelar pun boleh juga.
3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah. saya guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar. Kalau ayam kecil atau yang debond guna setengah jer (agak-agak).
4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
6. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
7. Perap daging paling kurang selama 1 jam. Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam... memang best!
8. Bakar daging sehingga masak. Saya guna pan jerr.. gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.

RESEPI MUSHROOM SOS

Bahan-Bahan:

Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-

Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara. Tambah air.
Masukkan kiub ayam. Masuk sedikit jer. Kacau hingga pekat.
Sesuaikan rasa. Tutup api.

Sumber: Resepi Sheila Rusly

13. Resepi Baked Cheese Carbonara Meatball
[Carbonara Meatball Cheese Recipe]
resepi meatball cheese carbonara
resepi western food masakan barat - CARBONARA meatball cheese
Bahan-Bahan:
Bebola Daging/ Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland

Cara Membuat:

1. Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.

2. Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.

3. Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe.

4. Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit.

Dan taraaa siap dimakan!
resepi carbonara meatball
resepi western food masakan barat - MEATBALL CARBONARA CHEESE

14. Resepi Pasta Seafood

BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta Linguini
500 gm udang
500 gm sotong
1 kilo kupang
1 biji bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
2 tin tomato soup
1 tin kecil tomato puree
1-2 ketul kiub stok ikan bilis
4 helai daun bay kering - dikoyak
1/2 sudu kecil herba thyme
1/2 sudu kecil herba oregano
1/2 sudu kecil herba basil
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun - menumis
Keju parmesan - tabur bila nak makan

* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri

CARA MASAK PASTA:

Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu besar butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan digaul rata supaya pasta tak melekat .
resepi pasta seafood
resepi western food masakan barat - PASTA SEAFOOD
CARA MASAK SOS:

Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang , basuh dan ditos ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.

Masukkan semua tomato sup , tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra . Masukkan bay leaf , herba - thyme/ basil/ oregano serta kiub daging dan kacau sos supaya semua bahan cukup sekata .

Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan sotong/ udang/ kupang kemudian kacau semua bahan . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sos . Bila sos dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis . Boleh hidang pasta linguini dengan sos seafood ni bersama parutan keju parmesan.


15. RESEPI Spaghetti Bolognese
Oleh MyResipi

Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang
Resipi tradisi orang Itali - kegemaran saya sebab rasanya yang 'authentic'!
resepi spaghetti bolognese
resepi western food masakan barat - SPAGHETTI BOLOGNESE
Bahan-bahan diperlukan:

500 gram spaghetti (sepeket)
500 gram daging lembu cincang
200 ml susu
1 labu bawang besar kuning - dicincang halus
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
4-5 tomato segar ranum - didadu
1 batang lobak merah - didadu kecil
2 batang saderi - didadu kecil
1 tin cendawan butang - dihiris (jika suka)
1 kiub stok daging lembu (jika suka)
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau tak nak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar mentega
Parutan keju parmesan - untuk menghidang

NOTA : Semua bahan bernota 'jika suka' tidak ada dalam resipi asal Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml wain. Saya selalu gantikan dengan jus prun kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada, tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara menyediakan dan memasak:

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Bila mentega cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
resepi spaghetti bolognese
resepi western food masakan barat - SPAGHETTI BOLOGNESE
NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Perlu diingat, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos tersebut.

Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renehkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.

Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

NOTA : Orang Itali secara tradisi, mereneh sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma reneh 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasa 'authentic' Itali!

Selamat mencuba!

Selamat memasak! Hehehe.

p/s: semua resipi dan gambar di atas adalah bukan hak milik saya. Kredit to its owner. :)


Lirik Lagu 'Berhantu' Kasihku Selamanya - Siti Nurhaliza (OST Dendam Pontianak)

$
0
0
Lirik Lagu 'Berhantu' Kasihku Selamanya - Siti Nurhaliza (OST Dendam Pontianak) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! One of my favorite song right now.. lagu Siti Nurhaliza Kasihku Selamanya ohyeahh! Dah dengar lirik dan lagu single terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza Kasihku Selamanya? Kenapa saya kata OST Filem Dendam Pontianak; lagu Kasihku Selamanya Siti Nurhaliza ni 'berhantu'? Sebab mula mula dengar rentak muzik lagu ni pun, macam uishhh SERAM! Hahaha. Ditambah dengan vokal Siti yang POWER fuh! As expected from Penyanyi Kesayangan No.1 Malaysia!
kasihku selamanya siti nurhaliza
LAGU BERHANTU kasihku selamanya siti nurhaliza
Gabungan komposer (Aubrey Suwito), penulis lirik (Ad Samad) dan our lovely queen (Siti Nurhaliza) dalam lagu OST Dendam Pontianak ni memang torbaekk! Rentak muzik yang slow, saspens, seram + suara merdu berlemak, vokal Siti Nurhaliza yang BERHANTU memang A+! Best!

Saya rasa kan.. secara jujurnya, kalau dengar lagu ni sambil layan muzik video Kasihku Selamanya pada waktu malam malam, CONFIRM meremang bulu roma hahaha.

Maklumlah lagu untuk cerita hantu pontianak kan. 'Aura' dia pun lain maciamm.

Jelingan tokti dalam MV Kasihku Selamanya ni pun 'lain' macam hah. Seram semacam hahaha.
kasihku selamanya siti nurhaliza
kasihku selamanya siti nurhaliza
kasihku selamanya siti nurhaliza
kasihku selamanya siti nurhaliza
kasihku selamanya siti nurhaliza
kasihku selamanya siti nurhaliza
kasihku selamanya siti nurhaliza
kasihku selamanya siti nurhaliza



Dato' Sri Siti Nurhaliza - Kasihku Selamanya (Official OST Music Video):


OST Dendam Pontianak (Revenge of the Pontianak)

KASIHKU SELAMANYA
Composed by Aubrey Suwito (Cranky Music Sdn Bhd)
Lyrics by Ad Samad (TariPerang Publishing S/P Luncai Emas Sdn Bhd)
Performed by Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Produced & Arranged by Aubrey Suwito
Recorded at Cranky Music Studio

DENDAM PONTIANAK (REVENGE OF THE PONTIANAK)
Directed and written by Glen Goei and Gavin Yap
Starring Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah, Nik Harraz Danish
kasihku selamanya siti nurhaliza
kasihku selamanya siti nurhaliza

Lirik Lagu Kasihku Selamanya - Siti Nurhaliza


Sayangi ku...Sayang ku
Seperti sayangnya ku padamu

Ku tagih kasihmu
Ku raih dari mu
Semangat cinta paling agung

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Sayangi ku... Sayang ku...
Sayangi hanya aku.. Sayang ku

Ku dendam rindu mu
Ku idam darimu
Kasmara cinta paling pijar

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta
kasihku selamanya siti nurhaliza
LIRIK LAGU kasihku selamanya siti nurhaliza
Ku di dalam kerasukkan
Kau begitu mengasyikkan
Maaf kiranya ku tersimpang

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Komposer: Aubrey Suwito
Penulis Lirik: Ad Samad
Penyanyi: Dato Sri Siti Nurhaliza
#KasihkuSelamanya #SitiNurhaliza #OST #DendamPontianak
kasihku selamanya siti nurhaliza
LIRIK kasihku selamanya siti nurhaliza
Secara keseluruhannya, my personal opinion..
official muzik video, lirik dan melodi lagu Kasihku Selamanya (part awal dan chorus terutamanya) memang tak cukup sekali dengar. Nak ulang banyak banyak kali.

Tapi bahaya juga.. sebab lepas dengar, terus teringat-ingat terngiang-ngiang gituuuuhh.

'Bahaya' kan? hahaha!
kasihku selamanya siti nurhaliza
kasihku selamanya siti nurhaliza
Okay itu sahaja.

Daa~ wassalam!


nak tanya apa pasal blog? pasal saya (?)

$
0
0
nak tanya apa pasal blog? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Harini cuti kann? Yelah, sempena pertabalan Agong Malaysia 30 Julai 2019. Thats why 'cuti cuti' Malaysia harini. So, buat apa je cuti? Update blog tak? Ke just blog - walking je? Hehe.

Saya tak sempat lagi nak blogwalking (bw). InshaaAllah saya cuba bw kesemuanya (yang drop the link semalam) tonight yew!

Memandangkan ramai yang cuti today, kita relaks relaks santai santai sikit..

Korang nak tanya apa pasal blog kat saya?


Apa apa je. tak kisah soalan apa.

Apa yang selama ni korang teringin nak tanya berkaitan tentang blog dan masih belum tahu jawapannya?

Apa soalan yang korang segan segan nak tanya fasal blog tapi nak juga tanya? Haha.

Silakan silakan.

Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab dengan seikhlas hati in my point of view lah ye hehe.
nak tanya apa pasal blog
nak tanya apa pasal blog
Kalau ada yang TAKNAK tanya pasal blog, tapi nak tanya pasal diri saya sendiri?

Eh.. Ada ke? Hahahhaa.

Boleh bolehhh tapii.. Kalau soalan cepucemas sangat atau boleh menimbulkan kontroversi membawang, akan ku tepis jauh jauhh yew kihkih.

Okay..

3..

2..

1.

Go!

Ask me your question/s.
nak tanya apa pasal blog


Lirik Lagu HAA TEPOK - MeerFly ft. MK K-Clique & Kidd Santhe

$
0
0
Lirik Lagu HAA TEPOK - MeerFly ft. MK K-Clique & Kidd Santhe | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Top trending at Youtube right now - video lirik lagu HAA TEPOK HAA TEPOK! Tak pasti lah lagu Meerfly Haa Tepok ni diinspirasikan dari 'trademark' Sharifah Sakinah atau tidak, but I think so haha.
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
First time dengar lagu ni, saya rasa biasa-biasa je. Tapi dah lama lepas tu, play semula... Rasa macam best giloss! Beat, muzik, rap, lirik mantop!

Officially, this song becomes one of my favorite song!


MeerFly - "HAA TEPOK" (Ft. MK | K-Clique & Kidd Santhe) [OFFICIAL LYRICS VIDEO] :


Lirik Lagu HAA TEPOK - MeerFly ft. MK K-Clique & Kidd Santhe


Aku ada bran aku tara run
Aku ada loud bang macam ada gun
Aku ada rival aku ada enemy
Dia nak beef aku bagi sekali bun
Aku ada heat dia nak lagi
Korang nak skrtt skrtt? Aku ada key
Ya ku local kepala oversea
Pukulan aku gila macam aku bruce lee

Kalau barang aku boek aku mantul
Aku ada flight tank sentiasa full
Aku ada kick gila gila memang goal
Acara ku lain bukan internet troll
Okay dengar!!
Aku tak dah plug tapi lagu penuh elektrik
Taknak deal sama lu, lu penuh dengan dirty trick
Brother semua gila dope gila macam bawa brick
Semua sihat belaka tapi dalam lagu semua sick

*KORUS
HALAMAK!
Punya lah susah susah sampai sini
HALAMAK!
Boleh plak dia main benci benci
HALAMAK!
Cakap lah apa kau nak ku tak henti
HALAMAK!
Sorry bhai hari ni ku menang lagi

HAA TEPOK×6

Cuba halang,
Aku langgar,
Tara masalah

KIDD SANTHE
Aku ada awek sibu Sarawak ugh
Cuba try tackle i apa nama
Muka macam masuk tv pernah nampak
Kidd santhe anak laki sarukhan haa
Dulu korang kata aku tak bakat, huh?
Sekarang cuba claim macam mak angkat, huh?
Ayo kidd mana studio dekat, huh?
Ku malas angkat, Ah!

Budak india bawa kereta mewah bukan valet
Budak india bawak kereta mewah, bukan bukan valet
Budak india bawak kereta mewah bukan bawak teksi
Bukan duit bapak kau ini semua duit gue
Ku buat saja kau buat sajat
Santhe sudah belikan rumah untuk mak bapak
Bawak awek makan apa ja
Pakwah dia takleh chill
Boleh chudiya makan dalam belanja bill

*KORUS
HALAMAK!
Punya lah susah susah sampai sini
HALAMAK!
Boleh plak dia main benci benci
HALAMAK!
Cakap lah apa kau nak ku tak henti
HALAMAK!
Sorry bhai hari ni ku menang lagi

MK K-CLIQUE
Aku ada geng profesional
Running with my clique haa international
Terlalu banyak YES yaa jarang dapat NO
Terlalu banyak show yaa jarang tak penuh
So making move we make it move
Tak ada jalan singkat tak ada jalan pintas
Nak duit tingkat tingkat terpaksa kerja keras
Awek awek korang terpikat macam ku pakai susuk

Tercucuk, dah masuk, tak undur dah masyuk
Tengok bawa dia duduk tak kisah dia angguk
Halamak lupa nama halamak siapa dah?
Gua cut tak kisah lu nak what oh pakwe dia
Banyak mulut nak benci cakap lah apa ku tak henti
Susah susah sampai sini nak langgar ku tak lari
Sorry bro hari ni kami menang lagi

*KORUS
HALAMAK!
Punya lah susah susah sampai sini
HALAMAK!
Boleh plak dia main benci benci
HALAMAK!
Cakap lah apa kau nak ku tak henti
HALAMAK!
Sorry bhai hari ni ku menang lagi

HAA TEPOK×6

Cuba halang,
Aku langgar,
Tara masalah

HAA TEPOK×6

Cuba halang,
Aku langgar,
Tara masalah

Beats : @meerflymusic (@tailongbeats)
Lyrics : MeerFly, MK, Kidd Santhe
Composer : MeerFly, MK, Kidd Santhe
Mixing/Mastering : @meerflymusic @kiddsanthe
@tailongbeats @monstersoundmy
Lyrics Video : @meerflymusic

#MeerFly #KiddSanthe #MK #KClique #HaaTepok
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
Paling favorite part:

haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
lirik lagu haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
lirik lagu haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
lirik lagu haa tepok meerfly mk k clique kidd santhe
"So making move we make it move
Tak ada jalan singkat tak ada jalan pintas
Nak duit tingkat tingkat terpaksa kerja keras"


For haters:

"HALAMAK!
Punya lah susah susah sampai sini
HALAMAK!
Boleh plak dia main benci benci
HALAMAK!
Cakap lah apa kau nak ku tak henti
HALAMAK!
Sorry bhai hari ni ku menang lagi"

Hehehe.

Daa~ wassalam! :)


Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM mati ditekap seterika #JusticeForZulfarhan

$
0
0
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM mati ditekap seterika #JusticeForZulfarhan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tarikh 31 Julai 2019 - keputusan kes Zulfarhan UPNM yang meninggal dunia kerana ditekap seterika (ya Allah kejamnya huwaa!) telah pun keluar. Sedang top trending di twitter sekarang dengan hashtag 'justice for zulfarhan'selepas video sujud syukur si bapa Allahyarham Zulfarhan tersebar. ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH~ a good news menjadi penutup Julai 2019!


Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM mati ditekap seterika #JusticeForZulfarhan


"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 18 daripada 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain membela diri. Tarikh 2 Oktober mula perbicaraan.

Alhamdulillah, OKT 1 sampai 6 dibawah seksyen 302 berjaya dibuktikan bersalah dan dipanggil untuk membela diri. Beberapa OKT dibawah seksyen 330 dilepaskan dan yang selainnya berjaya dibuktikan bersalah dan dipanggil membela diri.

302 KK - HUKUMAN MATI MANDATORI

Mereka hanya dapat dibuktikan bersalah sahaja bukan dijatuhkan hukuman. Hukuman masih belum dijatuhkan lagi. Kes akan disambung dengan panggilan untuk pembelaan.

Hanya seorang OKT dibawah seksyen 330 sahaja dilepaskan sepenuhnya. Tertuduh Akmal Akif Alias dilepaskan dan dibebaskan di bawah Seksyen 330 (mendatangkan kecederaan)"
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Sejurus selepas keluar mahkamah mendengar keputusan kes kematian anaknya Allahyarham Zulfarhan.. si bapa, Zulkarnain Idros sujud syukur, menadah tangan dengan penuh kesyukuran, air mata kegembiraan mengalir keluar, wajah lelah yang kelegaan..

Sebak nengok :'(

Ini videonya:



"Sujud syukur bapa Allahyarham Zulfarhan, Zulkarnain Idros. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 18 daripada 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain membela diri. Tarikh 2 Oktober mula perbicaraan. @501Awani"


CREDIT INFO BERITA & VIDEO:
Adilah @adhaqh

"Keputusan mahkamah 31/7/2019. Semua OKT ada bukti bersalah dan diperintahkan membela diri di bawah seksyen 302 KK (6 orang) dan Seksyen 330 KK (13 orang). Salah seorang OKT 330 KK bebas. Alhamdulillah. Bersyukur Ya Rabbi permudahkan dan mendengar doa hamba-hamba Mu. #justiceforfarhan"
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
"6 orang OKT 302KK yang disabitkan kesalahan perlu hadir ke mahkamah bulan 10 untuk sesi bela diri"

- Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
- Abdoul Hakeem Mohd Ali
- Muhammad Najib Mohd Razi
- Azamuddin Md Sofi
- Muhammad Afif Najmudin Azahat
- Mohamad Shobirin Sabri
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Q: Mohon pencerahan. kalau diarah bela diri tu, dah confirm hukuman mati ye? kalau masa bela diri tu, hujah dia kuat, ada possibility tak untuk hukuman mati tu dibatalkan? curious nak tahu, bukan nak sebelahkan si pesalah.

A: Keputusan yang diputuskan hari ini adalah di peringkat pendakwaan. Bermakna geng Pendakwaan berjaya buktikan tertuduh adalah prima facie bersalah dan tertuduh diarah untuk membela diri. Hukuman gantung belum dijatuhkan di peringkat ini. Nanti kes pembelaan baru sembang pasal hukuman.

Q: Maaf bertanya.. prima facie tu apa?

A: Bahasa mudah, presumption yang tertuduh membunuh arwah zulfarhan ni sudah pun di established hence 'prima facie bersalah'. Jadi, di kes pembelaan nanti tertuduh pulak perlu disprove/rebut this fact.

Dalam bahasa bola sepak, sekarang masih half time. Pendakwaan 1 - 0 Tertuduh.
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Q: Anyone yang tahu kenapa mereka perlu 'MEMBELA DIRI' ?

A:
Tertuduh diarah bela diri sebab pihak pendakwaan sudah dapat buktikan adanya elemen pembunuhan.. Peguam bela akan bela tertuduh untuk membuktikan elemen-elemen pembunuhan sebenarnya tak terjadi.. sekarang barulah peguam bela akan berhujah adanya keraguan dalam kes bunuh.

Sekiranya peguam bela dapat bukti adanya keraguan yang munasabah dalam kes bunuh, tertuduh akan terlepas.. beban pembuktian now shifted to peguam bela untuk menyangkal keputusan mahkamah harini yang menyokong pihak pendakwaan bahawa elemen-elemen pembunuhan telah terjadi.

Q: Kalau ada keraguan yang munasabah, and tertuduh terlepas.. means tertuduh terlepas dari digantung and ada hukuman lain ke? Or terlepas tu memang takda apa-apa hukuman dah?

A: Dilepaskan dan dibebaskan daripada sebarang hukuman dan sabitan.. acquitted and discharged.
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Dorang ni dah terbukti bersalah kan?Sekarang sebelum hukuman betul-betul dilaksanakan keatas OKT, mahkamah akan arahkan bela diri untuk pihak defendant menimbulkan "reasonable doubt" untuk tuduhan tu.

Kenapa bela diri?DPP dah berjaya bukti kan kes prima facie ke atas OKT

Prima Facie ni pula adalah bukti yang munasabah. Jika wujudnya prima facie terhadap kes jenayah, OKT tidak terlepas. Lalu diarahkan bela diri. Pada ketika ini lah OKT boleh membela diri dengan berdiam diri, membela diri dalam kandang pesalah & membela dengan bersumpah.

Kita sebagai rakyat marhaen yang taktahu sistem dan proses kehakiman serta pendakwaan ada eloknya bertanya mengenai terma dalam proseding jenayah yang kita tidak ketahui dan bukannya mengeluarkan kenyataan "BILA NAK HUKUM?!" - Sabar, proseding mahkamah bukan sejam dua.

Kalau saya salah maafkan saya, saya bukan student Law. Tapi ini sedikit pengetahuan sewaktu saya belajar Pengajian Am dulu.

Side notes : DPP tu Deputy Public Prosecutor : Timbalan Pendakwa Raya
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM

"... one of the 330KK defendants yang dilepaskan ialah Akmal Akif.

Akmal yang tolong Aiman Aufa dengan dua (2) surat layang kepada superiors (tapi kantoi dengan pesalah). They couldn't send more in fear of their own safety."

Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Mesej daripada bapa Allahyarham Zulfarhan. Say no to bully!

#saynotobully
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
"Setiap malam saya dengar (terngiang-ngiang) suara arwah".
- Hawa Osman, ibu Allahyarham Zulfarhan.

Laporan penuh di saluran @501Awani
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
"Pembunuh yang tidak berperikemanusiaan, dah lah diikat kedua-dua tangan dan kaki, disepak terajang serta dipukul tidak cukup dengan itu dengar pula dari mulut puaka bomoh mengatakan nampak bayangan arwah, itu yang mereka seterika arwah.

Arwah ZULFARHAN OSMAN kalau dia tak ambil, dia akan cakap dia tak ambil demi mempertahan diri"
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM
Keputusan kes buli Zulfarhan UPNM

Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Mari kita sama sama doakan keadilan Zulfarhan dan kebenarannya. Aamiin.

Wassalam.

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live