Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Kenapa Jari Mengundi Makin Gelap & Pekat? Ini Sebabnya...

$
0
0
Kenapa Jari Mengundi Makin Gelap & Pekat? | Assalamualaikum & selamat sejahtera semua~! Macam mana dengan jari mengundi berwarna ungu yang dicelup kelmarin? Masih warna ungu kah atau bertukar warna kah? Saya punya makin gelap dan makin pekat! Takut pula den nengoknya kahkah.


Kenapa Jari Mengundi Makin Gelap & Pekat?

Pelik kan kenapa jadi macam tu. Pelik dan scary haha. Normal kah situasi tersebut? Yes normal sebab semua orang pun jadi macam tu juga. Bukan jari saya sorang je berlaku transformasi 'menakutkan' sebegitu rupa.

And one day, I found the reason why jari mengundi kita bertukar warna. Someone beri explaination dari sudut kimia yang sangat awesome! Let's read!

Election & Chemistry (Part One)

Kenapa Jari Mengundi Makin Gelap & Pekat? Ini Sebabnya...
Kenapa Jari Mengundi Makin Gelap & Pekat? Ini Sebabnya...
Why does finger turn brown after some time? 

1. Purple Finger
- Election ink contains about 10 to 20% of silver nitrate + violet ink
- Silver nitrate reacts with salt (sodium chloride) in our skin to form silver chloride

2. Brown Finger
- Ultraviolet rays in sunlight breaks down silver chloride into metallic silver which is BROWN (similar chemical reaction used in photographic film)

- Washing with water and nail polish is ineffective as metallic silver is not soluble in both water and organic solvent

- Washing with vinegar is ineffective too, as silver is unreactive towards acid 

It is alright! It will fade as your new skin cells replace the old cells.

Election and Chemistry (Part Two) + Upgraded version with Biology

Another day flooded with curiosity! Here are some further explanations about our brown fingers Ooopppsss, so much of science! Take a deep breath ya!

Q: Why does the brown part of the skin feel tighten?
A:
🔎 Human skin is capable of producing lubricating oil [sebum]
🔎 Silver stain kills the skin cells on upper layer [epidermis]---> dead cells lose the ability in producing sebum ---> Similar to the feelings after washing dishes with detergent.

Q: Does chlorox/bleach really work in removing the stain? If yes, how does it work?
A:
🔎 Clorox releases chlorine when dissolves in water (very long chemical reactions involving sodium hypochlorite)
🔎 Chlorine acts as a good oxidising agent (Cl2 +2e → 2Cl-) 
🔎 Hence, it is capable to oxidise the metallic silver (Ag → Ag+ + e)
cara hilangkan warna jari mengundi
salah satu cara hilangkan warna di jari mengundi --> clorox
📌 BUT, some silver ion + chloride ion combine to become silver chloride again, while some stain may still left behind especially around nail bed! (refer to part one in case you have missed it/forgotten) 😝

📌 Nonetheless, to explain the success in removal of stain by fellow Netizens, it is probably due to:

1) soaking in clorox was done before full development of colour
2) the corrosive effect of bleaching agent that “eats” away the upper layer of skin (yup! Clorox is dangerous) 
3) physical scrubbing actions that remove the stained cells

Once again, reminder to all, Clorox is a harmful and strong chemical, please dilute it with water before using and wash hands thoroughly with soaps after in contact.

Cheers to all curious Netizens!


That's why kawan abi ada yang lepas sental dengan berus basuh pinggan, dah makin hilang warna gelap kat jari. Ada juga kawan yang rendam kejap dalam clorox pun dah pudar warna. Tapi saya malas la nak buat macam tu. Biar je secara natural dia akan hilang. Lagipun 5 tahun sekali je kan merasa jari gelap ala ala inai macam ni hahaha.

Itu lah penjelasannya. So kalau lepas ni ada yang masih confuse acamno jari mengundi yang dari warna purple cair boleh bertukar jadi pekat gelap macam terbakar, boleh la tunjuk explaination ni.

Tapi serius laa makin gelap jari telunjuk den ni woi HAHAHA.

Okay daa~ wassalam!

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

$
0
0

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa


Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa
KLIK BANNER UNTUK JOIN

TARIKH TAMAT: 13 Mei 2018

Right now 11:50 pm, last minit gilos join sebab busy majlis kahwin abang plus other work hehe. Apa yang saya suka tentang blog Siqah ni? Semua! Hahaha. Gambar lawa gilos. Flatlays katanya.

Cara penulisan pun best. Smooth je baca. She loves book. And me too. Overall blog okay. Cun. Cepat loading. Keep it up beautiful lady! :)

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah

$
0
0

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah




Khas buat pembaca cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 April 2018, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 14 Mei 2018 iaitu tepat jam 11.15 malamcekgunorazimah.com bersama lamanweb doudou.my bekerjasama untuk giveaway voucher pembelian pelbagai barangan di doudou.my.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Giveaway doudou.my X cekgunorazimah" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 10 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher barangan doudou.my bernilai RM30. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2018.

NAK MENANG GIVEAWAY BUKA PUASA AZLINDA X BANGI GOLF RESORT 2018

$
0
0

NAK MENANG GIVEAWAY BUKA PUASA AZLINDA X BANGI GOLF RESORT 2018


NAK MENANG GIVEAWAY BUKA PUASA AZLINDA X BANGI GOLF RESORT 2018
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 16 Mei 2018

SEGMEN Her Anniversary by Nurzariniismail

$
0
0

SEGMEN Her Anniversary by Nurzariniismail


Her Anniversary by Nurzariniismail
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 25 Mei 2018

Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri di Seluruh Malaysia

$
0
0

Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri di Seluruh Malaysia


Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri di Seluruh Malaysia
Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri di Seluruh Malaysia
Terengganu - waktu maghrib

Kelantan - waktu maghrib

Pahang - waktu maghrib

Johor - waktu maghrib

Selangor - waktu maghrib

Kuala Lumpur - waktu maghrib

Negeri Sembilan - waktu maghrib

Perak - waktu maghrib

Kedah - waktu maghrib

Perlis - waktu maghrib

Pulau Pinang - waktu maghrib

Sabah - waktu maghrib

Sarawak - waktu maghrib


Sekian saja waktu berbuka puasa bagi negeri di seluruh Malaysia. hikhikhik. Jangan marah naaa~

#lagiduahari
#berpuasasetahunhanyasekali
#MarhabanYaRamadhan

30 MENU SEDAP SEPANJANG RAMADHAN

$
0
0
30 MENU SEDAP SEPANJANG RAMADHAN | 1 Ramadhan 1439H bersamaan 17 Mei 2018; lusa! So.. dah ready untuk menyambut Ramadan? Dah tahu apakah resepi/ menu nak masak untuk berbuka puasa & bersahur nanti?


30 MENU SEDAP SEPANJANG RAMADHAN

30 MENU SEDAP SEPANJANG RAMADHAN
30 MENU SEDAP SEPANJANG RAMADHAN
1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.
11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan.
13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
14. Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik.
15. Jauhkan aktiviti yang lagha.
16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari.
18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.
19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
20. Menjaga dan menghubung silaturrahim.
21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna (bukan berpakaian tapi bertelanjang)
22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.
23. Tidak berlebih-lebihan maupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat : solat sunat rawatib.
25. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
26. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki)
27. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.
28. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang maupun susah.
29. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
30. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.

Ikhlaskan hati kerana Allah.. hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.

credit: PSLYNNDA

So.. mana satu menu yang rasanya boleh dan mampu kita buat? Saya rasa menu yang paling paling susah adalah no.1. Hee. Takpee, yang penting kita buat yang terbaik, ikhlas mengharapkan redha Allah. "Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua"~

#onestepcloser
#lagisatuhari
#MarhabanYaRamadhan

9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday

$
0
0

9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua


9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua ~ Wordless Wednesday
9 Nasihat Tun Dr Mahathir Untuk Kita Semua

antara 'azab' jadi seorang cikgu...

$
0
0
So far saya dah jadi cikgu tutor lebih kurang 2 tahun, baru tahu 'azab'nya jadi seorang tenaga pengajar (cikgu/pensyarah) ni bila student..
antara 'azab' jadi seorang cikgu...

antara 'azab' jadi seorang cikgu..

1. tak siapkan homework yang diberi
- tak mencuba langsung dah kata susah.
- tak sentuh langsung pun kat rumah/asrama. bukan sebab busy tapi sebab malas.

2. pasif time class
- tanya sepatah, separuh patah dia jawab.
- bila tanya faham ke tak faham, dia angguk faham. bila suruh buat soalan geleng geleng tak faham. eh eh.
- bila tanya ada apa apa soalan tak, geleng tak ada. bila uji sikit dengan latihan, tak tahu nak buat.
- tak bertanya langsung.

3. lambat datang kelas
- cikgu boleh on time, tapi kenapa tidak student?

4. taknak usaha
- semua nak suap. tak ada effort pun nak belek belek buku teks/ buku nota kalau jumpa soalan susah.
- kita dah bagi hint, tapi still tak berusaha untuk buat.

5. taknak study
- dah tahu jenis yang cepat lupa, taknak revise walaupun dah disuruh banyak kali.
- jenis yang 'lemah', bila disuruh study sikit, tak buat pun

6. tunjuk pandai
- bila kita nak tunjuk cara yang betul, susah nak terima
- bila kita tegur dia salah, dia tunjuk ekspresi "aku tahu lah"
- bila kita nasihat suruh improve kelemahan dia, dia buat muka

7. mak/ayah student mengharap kita untuk ajar anaknya tapi anaknya..? effort takde.
Bertambah azab bila saya ni jenis yang tak pandai nak garang, tak pandai buat muka garang, nak acah acah garang pun macam apa je hahaha.

Bila dah jadi cikgu ni, baru faham rasanya. Faham apa rasanya bila student buat hal hal di atas. Bukan semua pelajar macam tu tapi beberapa. Bukan nak kutuk, tapi itulah antara cabaran-cabaran yang dihadapi para pengajar, cikgu, pensyarah. Kena tahu so that kita lebih menghargai para cikgu & pensyarah kita gituww.

SELAMAT HARI GURU pada semua cikgu cikgi di dunia ini (secara rasmi dan tidak rasmi) terutamanya kepada cikgu-cikgu &pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya.
SEK KEB SG KERTAS,
SEK MENENGAH SG KERTAS,
MATRIK SELANGOR,
UPM.

Terima kasih semua. May God bless you all!
antara 'azab' jadi seorang cikgu...

BACA JUGA:

Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)

$
0
0
Panduan Solat Terawih Di Rumah | Malam ni malam ni! Sabar Sayidah tarik nafass hembuss haha gelojoh! Bukan apa, nervous plus teruja. Mesti ramai yang excited sama macam saya kan for tonight because masuk waktu Maghrib nanti, masuk juga la kita ke 1 Ramadhan 1439H. Marhaban Ya Ramadhan! Malam ni juga malam pertama kita (except for those yang uzur) menunaikan solat terawih. Terawih ye, bukan tawareh haha.

Kebiasaannya 10 malam pertama puasa, ramai yang berpusu pusu ke masjid/surau untuk sembahyang tarawih. Tapi ada juga yang hanya solat tarawih di rumah sahaja atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan contohnya ada anak kecil/ orang tua nak kena jaga, ada kerja penting nak buat dan lain lain. Sebenarnya, kalau perempuan tak ada la digalakkan pun pergi solat di masjid/surau. Yang digalakkan tu untuk para lelaki kaum Adam. Kita yang kaum Hawa gegirls ni sembahyang kat rumah lebih okay. Tapi tak salah pun nak pergi ke masjid/surau.

Saya memang dari dulu lebih selesa solat terawih berjemaah di rumah dengan umi. Kalau adik beradik balik lagi meriah berjemaah. Tapi 8 rakaat jela + solat sunat witir 3 rakaat. Alhamdulillah itu pun bersyukur sebab mampu kan. Kalau kat asrama time degree UPM dulu pula lebih suka turun ke dewan ada solat terawih berjemaah. Sebab kat bilik nak jemaah dengan siapa hahaha. Rindu pula saat saat tu.


Panduan Solat Terawih Di Rumah

Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
Solat terawih ni boleh kita lakukan sehingga 20 rakaat tapi paling minimum adalah 8 rakaat. Dan kebiasaannya lepas solat terawih kita buat solat witir 3 rakaat. Tapi ada juga yang tak nak sambung sebab nak buat solat witir lepas solat sunat tahajud or time qiamulail. Up to masing masing. Kalau tahu jenis yang memang liat bebeno nak solat tahajud atau tak pasti bangun ke tidak qiamullail, lebih baik buat je solat witir lepas habis solat terawih.


Panduan Ringkas Solat Terawih di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)


1. Niat

LAFAZ NIAT SOLAT TERAWIH:
niat solat terawih
Niat solat terawih bersama terjemahan
NIAT SOLAT TERAWIH DALAM RUMI (baca dalam hati sahaja):
"Sahaja aku solat terawih dua rakaat kerana Allah Taala"

Kalau jadi makmum/ imam:
"Sahaja aku solat terawih dua rakaat makmum/imam kerana Allah Taala"

2. Baca Al-Fatihah

3. Kemudian, baca mana-mana surah (tak kisah surah pendek ataupun panjang. dua dua boleh)

4. Setiap 2 rakaat disudahi dengan salam.

5. Selepas salam, baca doa selepas solat terawih."Kalau tak baca doa boleh ke?" Bolehhh. Tak wajib pun. Selawat atau apa apa bacaan tak wajib. It means.. kalau buat, dapat pahala. Kalau tak buat, tak berdosa.

DOA DI ANTARA SOLAT TERAWIH 4 RAKAAT:

doa solat terawih
Doa di antara solat terawih 4 rakaat
DOA SETELAH SELESAI SOLAT TERAWIH bersama TERJEMAHAN:

doa selepas solat tarawih
DOA selepas solat terawih
terjemahan doa solat tarawih
Maksud/erti doa selepas solat terawih

6. Selepas selesai solat terawih > solat sunat witir 3 rakaat.

Ada dua pilihan sama ada..
(i) 2 rakaat 1 salam. Kemudian, 1 rakaat 1 salam
ATAU
(ii) 3 rakaat 1 salam.

Pilih mana yang berkenan.

NIAT SOLAT WITIR - 3 rakaat, 2 rakaat & 1 rakaat:
niat solat witir
niat solat witir
Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca doa Qunut sebelum melakukan sujud rakaat terakhir.

DOA QUNUT:

doa qunut
doa qunut dibaca pada solat witir start malam 16 Ramadhan
DOA SELEPAS SOLAT WITIR bersama TERJEMAHAN:

doa solat witir
Doa selepas witir
tatacara solat terawih
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
solat terawih
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
panduan solat terawih
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
cara solat terawih
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
solat witir
Panduan Ringkas Solat Terawih Di Rumah (Bersendirian/Berjemaah)
fadhilat solat terawih
Kelebihan solat terawih
BACA JUGA:



Niat Puasa Ramadhan, Niat Puasa Sebulan Ramadhan & Doa Berbuka Puasa

$
0
0
Niat Puasa Ramadhan, Niat Puasa Sebulan Ramadhan & Doa Berbuka Puasa | Esok start umat Islam berpuasa, so.. dah niat puasa? Saya belum sebab ehemmm tak boleh. Hehe.

Tapi jangan tak tahu tau selain dari niat puasa sehari sehari, kita boleh niat puasa sebulan terus. Dengan tujuan kalau kita terlupa nak niat puasa esok hari, sah juga puasa kita sebab kita dah niat puasa untuk sebulan Ramadhan sekaligus. Tapi kalau untuk perempuan yang ada hari tak boleh puasa macam saya ni, tak dikira kot niat puasa sebulan sebab bukan full sebulan pun kita puasa. Betul tak?

And then saya pernah dengar ceramah.. kalau tak nak lafaz niat puasa pun takpe sebenarnya. Sebanya bangun sahur tu pun dah dikira niat puasa. Yelahh kan bangun sahur nak buat apa? Mesti lah sebab nak puasa. Puasa sebab apa? Mesti lah kerana Allah Ta'ala. So, in case kalau kita terlupa nak LAFAZ niat puasa tapi dah sahur, jangan panik. Don't worry. Puasa anda sah.


Lafaz Niat Puasa

"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala"

Niat Puasa Ramadhan
Niat Puasa Ramadhan

Niat Puasa Sebulan Ramadhan

"Sahaja aku berpuasa sebulan penuh untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala"

niat puasa sebulan ramadhan
Niat Puasa Sebulan Ramadhan
Doa Berbuka Puasa

"Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa, dan dengan engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

doa berbuka puasa
doa berbuka puasa
Niat puasa dan doa berbuka puasa ni nak baca dalam bahasa Arab boleh, dalam rumi boleh. Mana yang senang hafal, senang ingat, ikut lah yang tu.

Okay selamat berpuasa semua~! Alhamdulillah kita diberi peluang untuk menambah amal kebaikan pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ini inshaaAllah.

Daa~ wassalam!

BACA JUGA:




ULANGKAJI BAB PUASA - syarat sah puasa, perkara membatalkan puasa, perkara makruh, etc

$
0
0
Ulangkaji Bab Puasa | First day berpuasa! Mungkin ada di antara kita yang dah lupa sikit sikit atau nak refresh balik perkara berkaitan dengan puasa ni. What for? To make sure puasa kita lebih sempurna & lebih baik daripada puasa sebelum sebelum ni. Iyelah kan, bila kita lebih faham tentang bab bab puasa, kita akan lebih berhati hati & juga boleh memaksimakan amalan kita di bulan Ramadhan ini.

Kadang kadang orang tanya, "kalau terrrminum air sebab lupa, batal ke puasa?", "kentut dalam air batal tak puasa?", "kalau tiba tiba rasa loya dan muntah, puasa kita still sah ke?", "kalau rasa macam tak sihat boleh tak kalau taknak puasa?", "boleh berbekam tak time puasa?", "boleh pergi jumpa doktor cucuk tak?". So semuaaaa soalan ni kalau kita faham betul betul konsep dan ambil tahu tentang bab puasa, dapat lah jawapannya.


ULANGKAJI BAB PUASA

ULANGKAJI BAB PUASA - syarat sah puasa, perkara membatalkan puasa, perkara makruh, etc
ULANGKAJI BAB PUASA - syarat sah puasa, perkara membatalkan puasa, perkara makruh, etc
Syarat Wajib Puasa

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (dari haid & nifas)

Syarat Sah Puasa

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (dari haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

Rukun-Rukun Puasa

1. Orang yang puasa
2. Berniat
3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh di siang hari

Perkara Sunat Ketika Puasa

1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma/juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan sahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, zikir, selawat & membuat amal kebajikan
6. Sentiasa bersedekah
7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia & perbuatan yang tidak membawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu Subuh

Makruh Ketika Puasa

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yang berlebihan
6. Rasa makanan di hujung lidah

Mereka Yang Dibenarkan Meninggalkan Puasa

1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Orang musafir
3. Orang yang terlalu tua & amat lemah
4. Orang yang tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil/ menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudaratkan diri/ anak yang disusui itu

Golongan Yang Wajib Qada' Puasa

1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh
2. Orang yang musafir (bukan kerana maksiat)
3. Orang yang kedatangan haid & nifas
4. Orang yang meninggalkan niat puasa
5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
6. Orang yang pitam/mabuk
7. Orang yang sangat lapar & dahaga

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan

Orang yang bersetubuh pada siang hari Bulan Ramadhan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) seperti:

1. Memerdekakan seorang hamba mukmin Lelaki/ Perempuan
(sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

Walaubagaimanapun, jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa, jahil tentang haramnya/ dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat

Tingkatan Puasa

1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara di atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - merangkumi puasa di atas & disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan zahir & batin

Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa

1. Mereka yang tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadhan kali kedua (setahun tertinggal) - fidyahnya : 1 cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan di samping mengqada'kan puasa.

Kalau tidak diqada' sehingga melampaui DUA tahun maka dikenakan DUA cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)

2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh

3. Orang yang terlalu tua & tidak berdaya untuk berpuasa

4. Orang yang ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian - fidyahnya: dibuat oleh kerabat si mati atau diambil daripada harta pusakanya.

5. Perempuan yang mengandung/ yang menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana bimbangkan anaknya, perlu mengqada' puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan.

Tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya, dia hanya wajib mengqada' puasanya.

ULANGKAJI BAB PUASA - syarat sah puasa, perkara membatalkan puasa, perkara makruh, etc
FASTING SHIELD~

30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa

$
0
0
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa | Makan apa tadi? Masak kat rumah/asrama ke atau hanya beli makanan di bazar Ramadhan? Maybe sebab tiada idea atau tak jumpa resepi berbuka puasa yang mudah dan cepat untuk dibuat? Takpe takpe. Kelmarin saya ada jumpa TIGAPULUH resepi menu untuk sahur dan berbuka puasa yang awesomee semuanya.

Ada yang memang simple walawehhh petik jari je & ada juga yang ambil masa lama sikit untuk memasaknya. But its okay.. Yang mudah mudah tu boleh la masak time sahur ke atau time berbuka puasa weekdays. And on the other side, menu resepi yang take time tu mungkin boleh masak during weekend Sabtu Ahad kan. Sebab ada masa yang agak lapang untuk berperang di dapur. Ehh mana mana boleh lah. Asalkan perut kenyang hahaha.


30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa


1. RESEPI IKAN BILIS SAMBAL GARING

resepi ikan bilis sambal garing
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | digoreng garing
1 biji bawang besar | dikisar
15 tangkai cili kering | dikisar
Garam secukup rasa
Bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:
1 Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
2 Selepas itu masukkan garam secukup rasa dan bahan perasa secukupnya. Kacau sehinga rata.
3 Akhir sekali, gaul dengan ikan bilis tadi seketika.
4 Angkat dan sedia dihidangkan.

2. RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR

resepi sambal telur hancur
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
5 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit asam jawa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

3. RESEPI UDANG GORENG DAUN KARI

resepi udang goreng daun kari
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang
1 biji bawang besar | dimayang
2 tangkai daun kari
2-3 biji cili padi | ditumbuk
½cm halia | ditumbuk
2 sudu besar lada hitam | ditumbuk
3 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang. Gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Tumiskan bahan tumbuk dan bawang besar bersama daun kari.
3. Kemudian masukkan udang dan masak sehingga udang garing. 

sumber foto: www.seletsucre.com

4. RESEPI KERANG GORENG KICAP ISTIMEWA

resepi kerang goreng kicap
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
500gm kerang | dibersihkan
5 ulas bawang putih | diketuk
2 batang serai
50ml kicap masin
250ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.

5. RESEPI MI GORENG HAVOGUE

resepi mee goreng
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning
4 ketul ayam | dihiris kecil
4 ekor sotong
4 ekor udang
1 biji telur
30gm sawi
20gm tauge
30gm tauhu | digoreng
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos cili
30ml air
40ml minyak masak
3 biji cili merah | dihiris
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan ayam bersama sotong dan udang hingga masak.
2. Masukkan bawang putih dan pecahkan telur. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan cili padi dan biarkan masak seketika.
4. Setelah itu masukkan mi bersama sedikit air dan gaulkan sehingga rata.
5. Perasakan dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan juga lada sulah secukupnya. Kacau rata.
6. Masukkan sawi bersama tauge, tauhu dan cili merah kemudian digaul rata.
7. Biarkan masak seketika dan angkat.

6. RESEPI KUETIAW GORENG BEBOLA

resepi kuewtiaw goreng
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kuetiau | dibasuh dengan air panas dan ditoskan
150 gm taugeh
4 tangkai daun sawi
5 biji bebola ikan | dipotong empat
2 ketul kek ikan | dihiris
20 gm isi ayam | dipotong dadu
2 batang daun bawang | dipotong kasar
2 biji bawang besar | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
5 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dengan air
3 sudu makan kicap pekat
1 biji telur
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga berbau wangi.
2. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Bolehlah dimasukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan air, gula dan garam secukup rasa. Selepas itu, masukkan bebola ikan, kek ikan dan tepung jagung.
4. Setelah mendidih, masukkan kue teow, daun bawang, telur, tauge dan sawi. Gaul sehingga sebati dan goreng selama tiga minit.
5. Bila sudah masak, angkat dan sedia dihidang.

7. RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE

resepi ayam masak kicap
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
6-7 ketul ayam | dilumur garam dan kunyit
6 sudu makan kicap manis
1/2 biji bawang besar Holland | dihiris
2 biji cili padi | dihiris
3 helai daun limau purut
1/2 batang lobak merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | dicincang
5-6 biji tomato ceri
Pati ayam dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Dengan guna kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang Holland hingga wangi.
3. Kemudian masukkan daun limau purut, bawang putih, serai, cili padi dan halia. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah serta kicap.
5. Masukkan ayam dan perasakan dengan pati ayam serta garam dengan secukupnya. Tambahkan tomato ceri.
6. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

8. RESEPI AYAM GORENG BBQ

resepi ayam goreng bbq
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam | dibersihkan
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh herba parsli
1 sudu teh serbuk stok ayam
2 sudu makan minyak masak
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar, satukan sos tiram, sos tomato, madu, lada, herba parsli, stok ayam dan minyak masak. Kacau sehingga sebati. Tambah garam mengikut cita rasa anda.
2. Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama satu jam.
3. Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.
4. Sedia untuk dihidangkan.

9. RESEPI DAGING GORENG SERAI

resepi daging goreng serai
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang putih |dicincang
2cm halia | dihiris memanjang
3 batang serai | dihiris serong
1 biji cili merah | dihiris memanjang
½ biji cili benggala | dihiris memanjang
Sedikit hirisan lobak merah
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai, kacau hingga serai kekuningan.
3. Masukkan pula hirisan daging, kacaul lebih kurang 2-3 minit.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, tomato, garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala. 
6. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.

10. RESEPI DAGING SOS TIRAM

resepi daging sos tiram
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
300gm daging
3 biji bawang putih | diketuk dan dicincang halus
1 biji bawang Holland | dihiris kasar
200gm brokoli | dipotong kecil
1sm halia | dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 tangkai daun bawang
Sedikit air
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga garing. Ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama (cuma perlu dikurangkan sedikit), tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan daging, bawang Holland, brokoli, sos tiram, kicap manis dan serbuk lada putih. Gaul rata.
4. Masukkan air mengikut citarasa anda dan tuangkan bancuhan tepung jagung tadi.
5. Taburkan daun bawang dan bolehlah dihidang.

sumber foto: www.sbs.com.au/food/sites/sbs.com.au.food

11. RESEPI SUP BEBOLA DAGING

resepi sup bebola daging
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
10 biji bebola daging
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 cm halia | dikisar
1 sudu makan serbuk rempah sup
l/4 sudu teh serbuk lada putih
1 biji kentang | belah empat
½ biji lobak merah Garam
secukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang dan daun sup secukupnya

CARA MEMBUAT:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah sup yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air, ubi kentang. Biar mendidih hingga ubi kentang menjadi empuk.
3. Kemudian masukkan bebola daging, lobak, serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
4. Biar hingga bebola daging cukup masak. Angkat dan sedia dihidangkan.

12. RESEPI BEGEDIL DAGING

resepi begedil daging
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang bersaiz besar
250gm daging cincang
2 biji telur | diasingkan putih dan kuningnya
1 labu bawang besar | dicincang halus
1 pokok daun sup | dihiris halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
2. Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
3. Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
4. Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
5. Bentukkan adunan bulat bulat dan leperkan.
6. Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.

13. RESEPI IKAN MASIN GORENG CILI PADI

resepi ikan masin goreng cili padi
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
300gm ikan tamban masin
150gm bawang besar | dihiris bulat
100gm cili padi | diracik halus
1 biji limau nipis | diambil jusnya
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan tamban hingga garing. Ketepikan.
2. Gorengkan bawang besar dan cili api hingga layu. Angkat dan toskan minyak.
3. Taburkan bahan yang telah digoreng tadi ke atas ikan tamban. Perahkan jus limau nipis di atasnya.
4. Sedia dimakan.

14. RESEPI IKAN MERAH KUKUS KICAP HALIA

resepi ikan merah kukus kicap halia
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi ikan merah
2 sudu teh kicap cair
2 sudu teh sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Daun bawang (dihiris sebagai hiasan)
Garam dan bahan perasa secukupnya
1 biji cili besar hijau | belah sedikit di tengah

BAHAN TUMISAN:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2cm halia
50gm daun ketumbar
4 biji cili merah
4 biji cili padi
100gm mentega

CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan merah sehingga bersih dan hilang bau hanyir. Kemudian, lumurkan sos tiram dan kicap cair pada ikan dan kukus selama 5 - 10 minit. Ketepikan.
2. Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun ketumbar dicincang halus. Tumis dengan mentega dengan kepanasan api sederhana. Masukkan cili hijau besar. Kacau sebati.
3. Seterusnya, letakkan minyak bijan, garam dan bahan perasa untuk lebih enak. Ketepikan.
4. Langkah terakhir, tuang bahan tumis ke atas ikan yang telah dikukus. Siap dihidang bersama daun bawang.

15. RESEPI SINGGANG IKAN MERAH

resepi singgang ikan merah
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1 keping ikan merah
2 ulas bawang putih | hiris halus
2 ulas bawang merah | hiris halus
1 batang serai | titik
½ inci halia | hiris
½ inci lengkuas | hiris halus
2 keping asam gelugur
½ sudu teh serbuk kunyit
2 cawan air
Gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
2. Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
3. Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.

16. RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK KICAP PEDAS

resepi ikan kembung masak kicap pedas
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | bersaiz sederhana
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
1cm halia |dihiris
1 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering | dikisar
15ml kicap manis
10ml cuka
5gm kunyit | untuk menggoreng ikan

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga ia menjadi agak garing. Angkat dan asingkan seketika.
2. Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu.
3. Apabila tumisan telah naik baunya, masukkan cili kering yang telah dikisar terlebih dahulu dan biarkan sehingga naik baunya.
4. Masukkan pula kicap manis dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit cuka dan air ke dalam kuali.
5. Perisakan hidangan dengan garam secukupnya.
6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan bolehlah dihidangkan.

17. RESEPI NASI GORENG UDANG

resepi nasi goreng udang
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
6 ekor udang bersaiz besar
3 cawan nasi putih
5 tangkai cili kering | dikisar halus
2 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Secubit belacan | dikisar
1 biji telur
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan gaul hingga masak.
3. Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
4. Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati

18. RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TELUR

resepi sambal ikan bilis telur
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar.
2. Kisar kasar semua bahan tanpa air.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga sedikit garing.
4. Masukkan air asam dan perasakan secukupnya.
5. Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau rata.
6. Tutup api angkat dan bolehlah dihidangkan.

19. RESEPI TELUR KUKUS

resepi telur kukus
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair
Sedikit daun ketumbar |racik
3-5 ekor udang hidup | buang kulit dan potong kecil
Sedikit daging ayam | potong kecil
Sedikit cili benggala merah |potong dadu
Sedikit cili benggala hijau |potong dadu
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
2. Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
3. Kukus dalam 5 hingga 10 minit. Angkat dan keluarkan.
4. Potong dan sedia dihidangkan.

20. RESEPI TELUR MASIN LEMAK CILI API

resepi telur masin masak lemak cili api
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2cm kunyit hidup | kisar
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali telur.
2. Didikan kuah sehingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
4. Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
5. Tutup api dan hidangkan.

21. RESEPI TELUR DADAR TOMATO CENDAWAN

resepi telur dadar tomato cendawan
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 bij telur
5 biji tomato ceri - dibelah dua
1/2 biji bawang besar - dihiris
5 biji cendawan butang - dihiris
1 sudu besar mayones
Serbuk lada hitam dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dan masukkan mayones bersama garam. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan tomato, hirisan bawang, cendawan dan juga serbuk lada hitam. Kacau hingga rata.
3. Panaskan minyak masak dan masukkan bancuhan telur tadi. Gunakan api yang kecil dan biarkan telur masak.
4. Terbalikkan telur dengan berhati-hati dan angkat apabila ia bertukar menjadi kuning keemasan.

22. RESEPI TELUR DADAR BROKOLI

resepi telur dadar brokoli
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
100gm brokoli | dihiris halus
50 gm isi ayam rebus | dicarikkan
1 sudu besar mayones
1 biji bawang besar kuning | dicincang
1 biji cili merah | dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur didalam mangkuk besar. Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan brokoli, bawang besar, cili merah dan isi ayam. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati hingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.

23. RESEPI TELUR DADAR CENDAWAN

resepi telur dadar cendawan
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | dipukul sebati
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1/2 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh garam
20gm cendawan butang | dihiris
20gm cendawan China/Shitake
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan cili merah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang, cendawan dan kicap cair.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali lain, dan masak telur dengan api perlahan.
4. Kemudian masukkan cendawan tadi serta daun bawang semasa telur belum masak sepenuhnya.
5. Terbalikkan telur tersebut dan besarkan sedikit api untuk menggaringkan telur.
6. Angkat telur dan hiaskan dengan cili potong.

24. RESEPI UDANG BAKAR BERKEJU

resepi udang bakar berkeju
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
300gm udang segar
100gm keju mozzarella
50gm keju cheddar
50gm keju parmesan

BAHAN PERAPAN:
1 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan madu
1 sudu makan jus lemon
Herba thyme secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
2. Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
3. Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
4. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan. Sedia dinikmati.

25. RESEPI BIHUN SUP

resepi bihun sup
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun | dicelur
400gm ayam | dipotong kecil
1.5 liter air
4 biji bawang besar | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih 
1 kiub pati ayam
30gm bawang goreng | untuk hiasan
20gm daun bawang | untuk hiasan
10gm daun sup | untuk hiasan
2 biji cili merah | untuk hiasan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan juga buah pelaga hingga berbau wangi.
2. Masukkan air bersama ayam dan juga kiub ayam.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Angkat dan hidangkan bersama mihun dan juga bahan hiasan.
5. Sedia dinikmati.

26. RESEPI AYAM GORENG JAWA

resepi ayam goreng jawa
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | bersihkan dan potong
1 cawan santan
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan tepung beras
Minyak untuk menggoreng
Gula dan garam secukupnya

BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
1 sudu teh biji ketumbar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
1 batang serai
2.5cm lengkuas
2 sudu teh gula Melaka

HIASAN:
Capsicum pelbagai warna

CARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, satukan ayam, santan, air asam jawa, garam, gula Melaka dan bahan kisar. Renehkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.
2. Asingkan ayam dari kuah. Rehatkan ayam selama 4 jam di dalam peti sejuk.
3. Gaul ayam dengan tepung beras dan goreng sehingga garing.
4. Hidangkan ayam dengan kuah tadi. Tabur hirisan capsicum pelbagai warna. Sedia dinikmati.

27. RESEPI DAGING SINGGANG

resepi daging singgang
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
3 cm lengkuas | dihiris nipis
2 cm kunyit hidup | ditumbuk sehingga lumat
1 sudu makan ketumbar | disangai dan ditumbuk kasar
1 sudu teh jintan manis | disangai dan ditumbuk kasar
10 biji cili padi
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Daging dihiris nipis dan dicuci sehingga bersih.
2. Kemudian masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk. Rebus sehingga daging kelihatan lembut dan empuk.
3. Akhir sekali, masukkan cili padi dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

28. RESEPI SUP TELUR CENDAWAN

resepi sup telur cendawan
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cendawan tiram | dipotong
Sedikit bunga kubis | dipotong
Sedikit daun sup | diracik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.
2. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
3. Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.

29. RESEPI SPAGHETTI LEMAK BERKRIM 

resepi spaghetti lemak berkrim
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti | rebus dan tos
150ml susu penuh krim
50gm mentega
6 ekor udang saiz XL
50gm cendawan butang dalam tin | hiris
50gm brokoli | dadu kecil
1/2 biji bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.
4. Kemudian masukkan pula brokoli.
5. Perasakandengan garam dan lada sulah secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan spageti yang telahdirebus. Gaul rata dan angkat.

30. RESEPI AYAM GORENG BERSOS KARI

resepi ayam goreng bersos kari
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
Bahan ayam
200gm isi dada ayam | potong dadu
1 biji telur ayam
1/2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS KARI:
1 sudu makan serbuk kari ayam/daging
2 sudu besar yogurt
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun ketumbar | hiris halus
Garam dan serbuk pati ayam secukupnya
2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.
2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.
4. Seterusnya masukkan yogurt untuk memberikan rasa pedas masam.
5. Perasakan dengan serbuk pati ayam garam dan gula secukupnya
6. Sebelum angkat masukkan daun ketumbar dan kacau rata. Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.

SUMBER RECIPE: Majalah Rasa

Selamat mencuba kesemua resepi di atas! Happy cooking!

Daa~ wassalam!

perut buncit kalau mandi & baring lepas makan - MITOS atau FAKTA?

$
0
0
perut buncit kalau baring & mandi lepas makan - MITOS atau FAKTA? | Sebenarnya sejak kecil dah saya kena tegur dengan umi abi "jangan baring lepas makan, nanti perut buncit" plus "jangan lah terus mandi lepas makan. nanti perut buncit. biar lama sikit dulu baru mandi.". And I was like believe it because yelah kan. Parents dah tegur kena la ikut. Anak solehah gituu hahaa.

Since benda tu macam dah masuk dalam kepala otak, so saya pun dah terbiasa. Dah macam mindset 'oh jangan baring lepas makan, tak elok'. Because of that, lepas makan memang saya akan elakkan daripada baring or mandi sebab takut perut buncit. Sehinggakan saya spread this thing to my friends without knowing it is a fact or just nasihat-orang-tua-tua-dulu. Alahaii.


perut buncit kalau baring & mandi lepas makan - MITOS atau FAKTA?

perut buncit kalau mandi & baring lepas makan - MITOS atau FAKTA?
perut buncit kalau mandi & baring lepas makan - MITOS atau FAKTA?
Recently I found the real answer of that 'larangan'. And guess what? Mitos je rupanya! hahaha adoii.

Q:Dr. betul ke orang cakap kalau mandi lepas makan boleh menyebabkan perut buncit? Kalau ye, mengapa?

A:Mandi & baring lepas makan tidak menyebabkan perut buncit. Kalau tak, ramai yang lebih buncit bukan puasa ini sebab biasa tidur balik atau mandi untuk bersiap pergi kerja. Mohon hapuskan mitos ini secepat mungkin.

perut buncit kalau mandi & baring lepas makan - MITOS atau FAKTA?
perut buncit kalau mandi & baring lepas makan - MITOS!
Q:Tapi baring selepas makan boleh menjadi penyebab pedih ulu hati & ketidakhadaman? Acid reflux akan berlaku kan, Dr?

A: Kalau memang ada masalah itu mungkin. Kalau tak ada, takkan ada masalah.

Q:Tapi bukan ke kalau baring lepas makan akan menganggu proses penghadaman sebab kedudukan macam tu? Ke mitos juga?

A:Mitos. Tak ada kena mengena. Proses penghadaman tetap berlaku walau apa posisi.

perut buncit kalau mandi & baring lepas makan - MITOS atau FAKTA?
baring lepas makan tidak menganggu proses penghadaman - Dr. Rafidah
sumber: twitter Dr. Rafidah Abdullah

Dah jelas? Yang sebelum ni percaya dengan mitos ini, kita geng haha. But its okay, better late than never kan tahu the truth.

Okay daaa~ wassalam!

Facebook post dapat 4,284 shares & 462 likes!

$
0
0
FIRST TIME! Pertama kali Facebook post saya mendapat 4,284 shares, 462 likes & 174 comments! Jakun? Of course... nope! Hahaa. Just rasa excited & happy. Dan tak sangka pun sebenarnya Facebook post saya tersebut nak jadi hits sebegitu rupa, ramai share and tag bagai. Terkejut giloss. Haa.. korang nak tahu apakah FB post tersebut? Lets check it out!

Ini lah Facebook post yang ramai orang suka dan terhibur baca:

Facebook post dapat 4,284 shares & 462 likes!
Facebook post dapat 4,284 shares & 462 likes!
Facebook post dapat 4,284 shares & 462 likes!
Facebook post dapat 4,284 shares & 462 likes!

p/s: Hashtag tu yang mahal yeee -- #LiteratureReviewVersiBawang hahaha.

Tapi sangat sangat bersyukur la sebab FB post tu bukannya omong kosong ataupun bukannya mengutuk orang ke apa, tapi ianya berilmiah & bermanfaat. walaupun topiknya gosip a.k.a membawang kan haha. But indirectly, it is useful. Membantu mereka yang bergelar student terutamanya untuk lebih faham dan lebih nampak bagaimana cara membuat literature review yang sangat terkenal dengan tahap KESUSAHAN yang tahap gaban tu.

And then, bila saya tengok sekali imbas siapa yang share, dalam banyak banyak tu.. bukan sekadar student je yang share tapi yang pangkat Dr. (maybe lecturers) pun ada share juga. Perghh walawehh. Syukur syukur bermanfaat.

Okay tu je nak cerita hahaha. Sebab first time dapat beribu share. Mungkin first and the last? Tu yang nak sematkan memori berharga ni dalam blog. Nanti boleh la throwback. Tapi harapnya lepas lepas ni ada la lagi post Facebook yang bermanfaat yang ramai ramai orang share Aminn.

Daaa~ wassalam!

poem #8 love, actually.

$
0
0
Saya suka puisi a.k.a poem; tak kira la short or long poem. So, let me (and we) being immersed in this poem (p/s: of course not made by mine) ..


poem #8

poem #8 love, actually.
poem #8
Love, actually.

You can't force anyone and everyone;
to like you, love you, adore you,
respect you, treasure you, appreciate you,
want you, need you or grow old with you.

You can't please everyone.

But you can pray to Allah S.W.T,
for He is the turner of hearts;
Pray to the one who created us,
our hearts and our feelings.

And MAYBE, if He thinks it is the best for us;
He will let the right people;
feel the right way about us,
in the right place, at the right time.


by: @sweetaugust

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway

$
0
0

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway


Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 31 Mei 2018

Giveaway DouDou.my X #CeritaMak

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

$
0
0

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA


SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 24 Mei 2018


"I just need your help to tell me what do you like about my blog or what you don't like about my blog or what I should improve about my blog or what topic do want me to write or you can write any suggestions and feedbacks about my blog."

Overall saya suka blog akak. Simple tapi memikat dengan cara yang tersendiri. Dengan gambar-gambar yang flatlay adoii jeles nengoknya sebab lawoo lawo belaka haha.

Yang tentang improvement, saya just nak beri satu suggestion..

Yang part ARCHIVE kat blog akak tu lagi best kalau akak buat supaya readers boleh nampak tajuk-tajuk entri akak. Contohnya macam kat ARCHIVE saya, orang yang berkunjung boleh nampak & terus boleh tekan. Ataupun contoh lain macam part TRAVELOGUE, PULAU PERHENTIAN, PULAU RENDANG, PENANG, SOUTH KOREA kat blog akak. Senang macam tu. orang boleh nampak tajuk-tajuk and terus klik mana satu yang berkenan di hati. Much better from ARCHIVE akak yang sekarang hehe.

Tapi tu hanya sekadar cadangan saya. Maaf kalau terasa huuuuhuu.

Okay adioss~!

Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com

$
0
0
Giveaway Anniversary by Annur Syuhadah dot Com | Giveaway simple ini dianjurkan khas bagi meraikan bulan ulangtahun pernikahan AS dengan suami iaitu bulan Mei. Syarat untuk join giveaway ni sangat mudah. Korang cuma perlu jawab soalan di bawah ni dan siarkan entri giveaway kat blog korang dengan cara copy-paste template coding yang AS bagi tu, ke dalam new post blog korang dalam mod HTML.

parenting blogger malaysia
Giveaway akan tamat pada 31 Mei 2018.

Sekeping syiling ¼ Dinar bakal di giveaway kan bagi yang bertuah! Tudia, tatabahasa kelaut!.hahaha

Korang dibenarkan teka seberapa banyak yang korang nak tapi dengan syarat, setiap jawapan mesti disertai dengan satu entri. 

Bermakna jika korang teka tiga tarikh yang berlainan, maka korang akan ada 3 entri giveaway ni kat blog korang.

Jelas?

Bagus. 

Ok. Untuk pemilihan pemenang.

AS akan pilih berdasarkan jawapan paling tepat dan paling hampir.

Pemenang akan dimumkan pada 1 Jun 2018 nanti.

So selamat berjaya ye korang!

  • Soalan : AS menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke?

              
  • Jawapan : 6!


Jangan lupa tinggalkan link entri korang kat ruangan komen ye?! Kalau rajin, korang follow la sekali blog ni. Takde lah nanti korang terlepas update pasal pemenang giveaway ni  ^_^

Viewing all 2993 articles
Browse latest View live