Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live

Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!

$
0
0
Teringat zaman sekolah dahulu.. menunggu bas sekolah datang selepas waktu Subuh bersama-sama dengan kawan adalah antara pengalaman manis yang tak dapat dilupakan. Seperti yang kita semua maklum, bas sekolah adalah salah satu perkhidmatan pengangkutan yang sangat sinonim di negara Malaysia bagi pelajar yang hendak pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu.

"Ilmu Jambatan Hidup" dan "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" -- itulah antara dua kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalam hidup manusia. Jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan kesannya, mereka akan mengalami kesusahan dalam kehidupan. Untuk memperoleh serta mendalami ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.

Bas sekolah merupakan keperluan wajib bagi ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah. Semakin ramai bilangan anak, semakin tinggi kos pengangkutan anak-anak ke sekolah. Tinggi lagi harapan ibu dan ayah supaya anak-anak rajin belajar demi mengubah nasib keluarga.


Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!

Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!
Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!
Sejak awal tahun 2017 hingga kini, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma kepada semua anak-anak penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara.

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!
Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!
Rata-rata menyifatkan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Wilayah tersebut jelas merupakan bantuan yang diperlukan dan lahir daripada denyut nadi rakyat. Justeru, ia terus dimanfaatkan oleh golongan sasar khususnya penduduk yang tergolong dalam kalangan berpendapatan rendah.
Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!
Pelajar yang terpilih dalam program Bantuan Bas Sekolah Percuma dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan (DBKL) - UTUSAN ONLINE
Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!
Program Bantuan Bas Sekolah Percuma banyak memberi manfaat terutamanya kepada penduduk miskin bandar - UTUSAN ONLINE
Usaha murni pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan. Mereka tak perlu risau lagi mengenai kos pengangkutan anak ke sekolah. Malah, peruntukan sebanyak RM80 diberikan kepada setiap pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma. Terbaru, pada tahun 2018, program bas sekolah percuma meliputi 74 kawasan PPR dan PA.

Kemudahan Bas Sekolah Percuma Untuk PPR & PA!
Bantuan Bas Sekolah Percuma merupakan salah satu inisatif yang dekat dengan denyut nadi warga kota - UTUSAN ONLINE


10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - Singgang, Masak Merah, Kicap, Gulai, Kurma, ....

$
0
0
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu | Tudiaa ada SEPULUH resepi umum lauk pauk melayu yang saya bakal kongsikan; iaitu - ikan singgang, ayam masak merah, gulai lemak, gulai daging, ayam kurma, asam rebus, asam pedas, masak kicap, rendang & lastly ayam percik. Fuhhh merecikk! Boleh la save siap-siap kat sini, memandangkan bulan puasa nak dekat dah. Boleh masak untuk juadah berbuka atau sahur pun bolehhh~


10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu


1. IKAN SINGGANG

Hidangan : 5 orang
Prep time : 15 min
resepi ikan singgang
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - Ikan Singgang
Bahan-bahan:
- 4-7 ekor ikan selar kuning/ keping tenggiri/ any fish (apa-apa jenis ikan boleh)
- 1 biji sederhana bawang Holland | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 3cm kunyit hidup | titik & hiris
- 2cm halia | titik
- 2cm lengkuas | titik
- 3 keping asam keping
- 7 biji cili api | belah dua
- 7-9 cawan air

*maksud titik = ketuk

Cara memasak:

•Healthy food yang paling simple
•Panaskan air dalam periuk sampai didih
•Masukkan semua bahan, kecuali ikan
•Biarkan dalam 3 minit, untuk develop flavour
•Bila bahan semua dah sebati, masukkan ikan
•Rebus paling lama 5 minit sahaja, kalau lebih lama ikan akan hancur
•Kalau nak tambah sayur lain macam bendi atau tomato, boleh.

2. AYAM MASAK MERAH

Hidangan : 8 orang
Prep Time : 25 min
resepi ayam masak merah
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - Ayam masak merah
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 2 batang kayu manis | saiz sederhana
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 7 sudu besar pes cili
- 2 batang serai | titik
- 1 1/2 biji bawang merah | kisar
- 7 ulas bawang putih | kisar
- 2 cm halia | kisar
- 3 sudu besar tomato puree
- 1 sudu besar gula melaka (preferable)
- 4 sudu besar sos cili (optional)
- 2 sudu besar madu (optional)
- air
- garam

Cara memasak:

•Mula dengan goreng ayam dahulu, separuh masak, ikut adat kita lah, lumurkan dengan serbuk kunyit garam
•Lepastu, start tumis rempah adik beradik (kayu manis, cengkih, lawang, 2 biji pelaga)
•Tumis dalam 2 minit sampai naik bau, jangan terlampau lama nanti rempah rosak
•Settle tumis rempah, masukkan bahan kisar (bawang, halia)
•Tumis untuk 3 min sebelum tambah pes cili dan tumis lagi sampai pecah minyak
• Nak tahu bila sambal tu dah pecah minyak? Bila kita biarkan sambal tu, tengok sekeliling sambal tu, minyak akan surround sambal tu (terasing). Cara kedua adalah tengok pada perubahan warna sambal, from red to dark red, maksudnya dah ready).
•Tambah serai lambat sikit, tumis sekali dengan pes cili tadi, 2 min
•Masukkan puree & sos dan kacau rata
•Season dengan madu, garam, gula dan balance kan kepekatan dengan air
•Bila dah cukup rasa, boleh tutup api dan hiaskan dengan bijan putih (ikut kreativiti sendiri)

3. GULAI LEMAK

Hidangan : 8 orang
Prep Time : 25 min
resepi gulai lemak
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - gulai lemak
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam @ protein (udang/ketam/siput/etc)
- 8 cm kunyit hidup | kisar
- 10-15 biji cili api | kisar
- 1 kg santan pekat
- 2 helai daun kunyit| hiris
- 3 cm halia | hiris
- 4 helai daun limau
- 3 keping asam keping
- 1/2 cawan air asam jawa | 1 sudu besar asam jawa dibancuh
- 4 biji kentang | dadu besar (rebus 5-10 min)
- air
- garam
- gula

Cara memasak:
•Start dengan blend kunyit + cili api sekali
•Tumiskan bahan yang dah blend dengan sedikit minyak
•Bila dah naik bau, tambah daun kunyit, daun limau, halia
•Tumis lagi 2 minit
•Masukkan asam keping dan kacau rata
•Tambah air asam jawa, kacau rata
•Masukkan pula santan & kacau rata
•Biarkan simmered dalam +- 5 minit, untuk kuah pekat
•Balance kan dengan air untuk kawal kepekatan
•Kentang kalau tak rebus siap siap, boleh masukkan terus masa ni, biar dia empuk sekali alang alang tengah simmer tu
•Kalau dah rebus siap siap, masukkan paling last sebab kita taknak dia hancur
•Season dengan garam & gula, balance kan sendiri rasa

*maksud simmer = reneh

4. GULAI DAGING

Hidangan : 5 orang
Prep time : 30 min
resepi gulai daging
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - Gulai daging
Bahan-bahan:
- 1/2 kg daging lembu | hiris (rebus sampai empuk dengan 3 cawan air)
- 100 g daging cincang (optional)
- 2 batang kayu manis | saiz sederhana
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 5 sudu besar kari daging
- 3 sudu besar kerisik
- 2 1/2 biji bawang merah besar | kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 2 cm halia | kisar
- 1 cm lengkuas | kisar
- 2 batang serai | titik
- 3 sudu besar cili pes
- 1 cawan santan pekat
- 3 sudu besar gula merah / melaka / nisan
- 2 keping asam keping
- garam
- air

Cara memasak:

•Rebus dulu daging, dengan sedikit halia & garam sampai empuk
•Option lain kalau taknak rebus pun takpe, tapi kena simmer kan daging tu lama sikit sampai dia lembut
•Okay sambung balik, tumis rempah beradik (lawang, kayu manis, cengkih, pelaga) sampai naik bau
•Masukkan semua bahan kisar yang lain bersama serai & tumis sampai pecah minyak & naik bau
•Rempah kari tu mix kan sekali dengan cili pes, kacau rata dalam bowl untuk kita jadikan base/pes gulai ni
•Masukkan rempah kari yang dah mix, tumis lagi hingga pecah minyak
•Pakai minyak banyak sikit nak tumis ni, jangan risau habis masak minyak boleh dibuang kalau tak bahan tumis tak masak perfectly
•Kalau taknak rebus daging asing, masa ni dah boleh masukkan daging, tambah air dan biarkan mereneh
•Tambah kerisik, asam keping. Season dengan gula & garam
•Biarkan mereneh 2 min
•Kalau yang dah rebus daging siap siap tu, masukkan daging tu sekali dan air rebusan masa ni, biar air reneh kejap untuk berapa minit sampai pekat
•Tutup api, siap

5. AYAM KURMA

Hidangan : 8 orang
Prep Time : 25 min
resepi ayam kurma
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - ayam kurma
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 2 biji bawang merah besar | kisar
- 2 cm halia | kisar
- 1 ulas bawang merah besar | hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 1 biji besar bawang holland | belah empat (optional)
- 2 biji kentang besar | dadu besar
- 2 batang kayu manis | saiz sederhana
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji pelaga
- 3 sudu besar rempah kurma
- 1 cawan santan pekat
- 2 sudu kecil kerisik (optional)
- 2 keping asam keping (optional)
- air
- garam
- gula

Cara Memasak:
•Macam biasa, tumis rempah beradik tu dulu sampai naik bau
•Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak
•Tambah kerisik & asam keping, kacau rata
•Masukkan santan + air, kemudian kentang (kalau belum direbus)
•Biarkan mereneh dalam 5 min
•Season dengan garam, gula
•Masukkan bawang yang dah hiris & belah tadi, biarkan 1 min & tutup api
•Kentang yang dah rebus awal awal boleh masukkan sebelum tutup api

6. ASAM REBUS

Hidangan : 3 orang
Prep Time : 20 min
resepi asam rebus
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - asam rebus
Bahan-bahan:
- 3 keping besar ikan tenggiri (preferable) @ any fish
- 4 sudu besar pes cili
- 2 cm kunyit hidup | kisar
- 1 biji bawang merah besar | kisar
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 1 tangkai daun kesum
- 2 kuntum bunga kantan | belah dua
- 2 keping asam keping
- 1 sudu teh belacan
- 5 biji bendi sederhana
- 3 keping nanas potong
- 4-6 gelas air
- garam

Cara Memasak:
•Ni adalah asam pedas versi healthy food
•Simple, tambah semua bahan yang dikisar + cili pes bersama air
•Rebus hingga air mendidih
•Masukkan pula asam keping, bunga kantan + daun kesum, kacau rata, biarkan mendidih 1 min untuk produce flavour
•Bila dah naik bau, masukkan ikan + nenas + bendi
•Season dengan garam, biarkan didih selama 1 min dan terus tutup api

7. ASAM PEDAS

Hidangan : 4 orang
Prep Time : 25 min
resepi asam pedas
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - asam pedas
Bahan-bahan:
- 4 keping besar ikan tenggiri @ any fish
- 1 biji besar bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2 cm kunyit hidup | kisar
- 7 sudu besar cili pes
- 2 cm halia | kisar (optional)
- 2 tangkai daun kesum
- 2 gelas air
- 1 gelas air asam jawa | 2 sudu besar asam jawa (bancuh)
- 5 biji bendi sederhana
- 1 biji sawi jeruk @ lobak jeruk (optional)
- 1 sudu teh belacan
- 2 biji tomato | belah empat (optional)
- 2 batang serai | titik (optional)
- 2 kuntum bunga kantan

Cara memasak:
•Mula dengan tumiskan bahan kisar + cili pes + belacan + serai
•Bila dah pecah minyak tumiskan sekali daun kesum, enriching flavour daun kesum tu, 2 min
•Season dengan garam
•Tambah air asam jawa & kacau rata
•Tambah air sikit sikit, ikut kepekatan yang korang prefer
•Masukkan 2 kuntum bunga kantan, biarkan didih, 2 min
•Akhir sekali, masukkan ikan + tomato + sawi jeruk, 3 min, tutup api

8. MASAK KICAP

Hidangan : 8 orang
Prep Time : 25 min
resepi masak kicap
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - masak kicap
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 2 batang kayu manis sederhana
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 1/2 biji besar bawang merah | kisar
- 2 sudu besar pes cili
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2 cm halia | kisar
- 1/4 cawan kicap manis
- 5 sudu gula melaka/merah/nisan
- air
- garam
- 1 biji sederhana bawang holland | hiris bulat (hiasan)

Cara Memasak:
•Tumiskan rempah beradik dulu, hingga naik bau
•Tambah bahan kisar + cili pes & tumis sampai pecah minyak
•Tambah kicap manis & kacau rata
•Season dengan gula + garam
•Masukkan air, biarkan sampai didih
•Masukkan ayam, biarkan sampai masak (selalu dalam 5-10 min)
•Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland dan terus tutup api
•Resepi ni kena lebihkan gula sikit sebab untuk dapatkan rasa lemak manis dia

9. RENDANG

Hidangan : 8 orang makan
Prep Time : 35 min
resepi rendang
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - rendang
Bahan-bahan:

Bahan kisar:
- 3 biji besar bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 cm kunyit hidup
- 3 batang serai
- 6 cm halia
- 6 cm lengkuas

Bahan Masak:
- 1 ekor ayam
- 2 cawan santan pekat
- 3 sudu besar kerisik
- 2 helai daun kunyit | hiris
- 1 biji besar bawang merah | hiris
- 4 ulas bawang putih | hiris
- 2 batang serai | titik
- 2 keping asam keping
- garam
- gula merah/melaka/nisan

Cara Memasak:
•Tumis kan semua bahan yang dikisar, hingga pecah minyak & naik bau
•Tambah kerisik + bawang merah + putih + serai + asam keping
•Kacau rata dan biar selama 3 min
•Season dengan garam + gula, kacau rata
•Tambah ayam + santan, biarkan mereneh sampai kering sikit
•Jangan terlampau lama nanti ayam boleh hancur (biasa dalam 5-10 min)
•Guna api kecil sahaja
•Tambah daun kunyit, kacau rata, tutup api

10. AYAM PERCIK

Hidangan : 8 orang
Prep Time : 1 hour
resepi ayam percik
10 Resepi Umum Lauk Pauk Melayu - ayam percik
Bahan-bahan:

Ayam:
- 1 ekor ayam
- 4 ulas bawang putih | titik
- 2 cm halia muda | titik
- 4 batang serai | titik
- garam

Kuah:
- 2 cawan santan pekat
- 2 cm halia | kisar
- 2 biji bawang merah besar | kisar
- 4 batang serai | kisar
- gula
- garam

Cara memasak:
•Mulakan dengan rebuskan ayam
•Air + halia + bawang putih + serai
•Didihkan dulu, baru rebus ayam
•Separuh masak sahaja (3 min)
•Masukkan bahan yang dikisar dan tumis tanpa minyak, 2 min
•Guna non stick pan untuk mudahkan tumis
•Tambah santan, biarkan reneh sampai sedikit kering
•Season dengan gula + garam
•Season gula lebih sikit, sebab nak manis manis pada kuah
•Bila rasa dah balance & bahan tumis semua dah masak, tutup api
•Ayam yang direbus tadi dibakar atas grill, kuah percik tu pula direnjis from time to time atas ayam tu sambil dibakar
•Percik paling sedap adalah bila ayam tu dibakar dengan arang.

Check gula, blood pressure & tahap kolestrol. What's the result?

$
0
0
Check gula, blood pressure & tahap kolestrol | Haritu keluar dinner dengan umi abi & abangder's family. Selepas order makanan di restoran Mee Bandung House, Seremban.. abangder & his wife, Kak Nini teringin nak buat check up on tahap gula, tekanan darah & cholestrol dalam darah. Disebabkan dekat je tempatnya (farmasi), saya pun follow sekali. Dah lama gilos tak check gula, blood pressure & tahap kolestrol. Macam mana la sekarang ni. Harapnya semua baik baik aja.


Check gula, blood pressure & tahap kolestrol. What's the result?

Sebenarnya ingat nak check gula SAHAJA, tapi bila cik yang bertugas untuk buat pemeriksaan tu tanya "nak tak check blood pressure sekali?". And bila kami tengok pakej harga for both check up not bad.. so kami pun okay! Kami bertiga pun setuju la nak check sekali harung.

Lepastu cik tu tanya lagi "cholestrol? tak nak check?". eh ehh. Bila tengok kami macam krik krik dan blur, dia pun cepat cepat cakap "eh yang check kolestrol ni tak payah bayar pun. free je". OHHHHH kami pun angguk laju-laju sambil tergelak malu kahkahh!

Okay cukup dengan drama~ Mula dengan abangder, kemudian saya then last sekali kak Nini.

Check gula, blood pressure & tahap kolestrol. What's the result?
Check gula, blood pressure & tahap kolestrol.
Check gula, blood pressure & tahap kolestrol. What's the result?
Check gula, blood pressure & tahap kolestrol.
And my result is...

Check gula, blood pressure & tahap kolestrol. What's the result?
Check gula, blood pressure & tahap kolestrol. The result -
Gula 5.6 okay. (bacaan normal 5-7)
Blood pressure 122/84 okay.
Cholestrol 5.48 tinggi, tak okay. (tahap kolestrol yang normal adalah <5 .2="" hahaha.="" span="">5>
#silajagamakansayidah.

Alhamdulillah semua okay. Eventhough kolestrol agak tinggi tapi bagus la tahu sekarang kan. Boleh usaha untuk menurunkannya. Orang kata makan oat bagus untuk reduce tahap kolestrol dalam darah. Nasib baik memang ada stok oat kat dapur (tapi tak makan hahahaha). So, lepas ni kena berjinak-jinak makan oat kosong. Oat coklat aci tak? haha!

Okaii that's all. Daaa~ wassalam! :)

SPM Result Giveaway

$
0
0
SPM Result Giveaway

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 15 Mac 2018 lalu, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Result Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Domain DotCom X 1 pemenang
Hadiah Kedua: Kopi Pak Belalang X 2 pemenang
Hadiah Ketiga: Tudung X 1 pemenang
Hadiah Keempat: Novel Baharu X 3 pemenang
Hadiah Kelima: RM20 X 1 pemenang
Hadiah Keenam: RM10 X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: Topup RM10 X 4 pemenang
Hadiah Saguhati: Topup RM5 X 2 pemenang untuk peserta terawal dan terakhir!

Kesemuanya 15 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

2. Follow instagram berikut

3. Like Facebook berikut:

4. Follow Google Plus berikut:

5. Langgan saluran YouTube * Pokucu *

6. Buat entri bertajuk 'SPM Result Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Cuba teka berapa unit/aggregat yang Abam Kie perolehi semasa menduduki SPM tahun 1990 lalu. Sebagai 'clue', Abam Kie dapat Pangkat 1 (6 - 24 unit). Jadi pandai2lah teka, ye? Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat. Sekiranya lebih daripada seorang peserta membuat tekaan yang tepat, maka peserta terawal akan memenangi hadiah berkenaan diikuti oleh peserta seterusnya. Pemenang seterusnya akan dipilih berdasarkan tekaan yang hampir tepat

9. Terbitkan.

10. Tinggalkan pautan entri giveaway dan tekaan anda di ruangan komen entri di SINIsahaja.

11. Siap!

Jika nak join GA ini sila klik di SINI atau banner di atas. Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 22 April 2018. SEKIAN. TERIMA KASIH.


Saya teka Abam Kie 15 unit :)

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA

$
0
0

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA


SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 25 April 2018

Segmen Bloglist Blog #CeritaMak

$
0
0

Segmen Bloglist Blog #CeritaMak


Segmen Bloglist Blog #CeritaMak
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 30 April 2018

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa

$
0
0

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa


Segmen Making A Blog List by Blog Siqahiqa
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 3 Mei 2018


Yang bestnya join segmen Bloglist Siqahiqa ni, semua blog peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist beliau. PLUS, seorang blogger bertuah bakal dipilih dari para peserta untuk menerima hadiah misteri! Jangan misteri nusantara dukun pula ye hahaha. Okay daaa~ Goodluck semua! :)
 

RESEPI MILO KEPAL VIRAL

$
0
0
Resepi Milo Kepal Viral | Saya tak pernah merasa lagi milo kepal yang sangat viral sejak keluar di Majalah 3 haritu. Bukan tak ingin dan tak mahu nak rasa cuma tak ada jumpa lagi kat luar, acamno nak beli haha. Memang teringin la juga nak rasa sebab nampak sedapp. Tapi dari kata-kata orang, mereka kata milo kepal viral ni sangat manis. Kalau makan setiap hari, mahu ter kencing manis kot hahaha. Memang betul pun kan. Saya tengok gambar-gambar ais milo kepal ni pun perghhhhh banyak betul milo dia! Melimpah limpah atas ais kepal. Pekat pula tu milo dia walawehh haha.

And for those yang nak try di rumah sendiri, this resepi milo kepal viral is for you! Nanti dah siap, pos ke alamat rumah Seremban saya ye hahaha.


RESEPI MILO KEPAL VIRAL

RESEPI MILO KEPAL VIRAL
RESEPI MILO KEPAL VIRAL
Bahan-bahan penyediaan
- Milo satu tin
- Ais atau air batu sebata besar
- Susu (lagi elok kalau susu kotak rendah lemak)
- Air kosong
- Blender biasa
- Topping (mengikut kesukaan anda)

Topping yang dicadangkan
- Choc rice
- Kacang tanah hancur
- Biskut Oreo
- Nata de coco
- Jeruk buah
- Kacang gajus dikisar halus
RESEPI MILO KEPAL VIRAL
MILO KEPAL VIRAL
Cara-cara penyediaan

- Masukkan serbuk Milo secukupnya ke dalam kuali atau periuk
- Tambahkan air supaya serbuk Milo menjadi cecair. Pastikan Milo dalam keadaan pekat ye
- Jangan tambah terlalu banyak air
- Panaskan sehingga pekat. Jangan sampai mendidih
- Kisar ais menggunakan blender sehingga hancur. 
- Pastikan tidak terlalu hancur menjadi air. 
- Bila sudah kisar, keluarkan ais dan kepal menggunakan tangan anda. 
- Anda boleh kepal ais menggunakan kain yang bersih bagi mengelakkan tangan anda kesejukkan ketika mengepal.
- Tuang susu pekat pada kepalan ais anda tadi atau gunakan susu kotak dutchlady atau nestle. 
- Sekiranya anda menggunakan susu kotak, susu itu akan lebih mudah menyerap masuk ke dalam ais. 
- Susu pekat agak sukar untuk diserap masuk ke dalam ais.
- Kemudian tuang Milo dalam bentuk cecair yang sudah dipanaskan tadi di atas ais kepal anda. 
- Seeloknya cairan Milo ini dibiarkan sejuk terlebih dahulu. Akhir sekali campak topping mengikut kesukaan anda.
- Siap dan boleh dihidangkan.
milo kepal
MILO KEPAL VIRAL
cara buat milo kepal
MILO KEPAL VIRAL
credit recipe to: Resepi Makanan Malaysia

Selamat mencuba! Daa~ wassalam! :)

Beginner's Guide To Mengundi PRU | First Time Voters!

$
0
0
Beginner's Guide To Mengundi PRU | Siapa yang mengundi  Pilihan Raya Umum untuk kali pertama tahun ini (tahun 2018)? Kita genggg! Saya baru layak nak mengundi. Sebelum sebelum ni bawah umur lagi haha. So .. dah sedia ke belum nak pergi mengundi nanti? Dah check ke belum semakan daftar pemilih di laman web SPR? Dah tahu kat mana pusat mengundi? Berapa nombor saluran? Dah tahu ke serba sedikit perjalanan hari mengundi macam mana? What must we bring? How to vote? What we should do & should not do? How the process works on polling day? Saya pun mula mula tak ada idea macam mana keadaan on hari mengundi tu. But this morning, I found a video by SAYS about "Beginner's Guide To Mengundi".

Dalam video tu macam macam la dia bagi guideline. So saya catat lah semua semua yang penting and I want to share that catatan to you guys yang sejenis seperti saya - pengundi kali pertama. hehee. Here's a beginner's guide on some dos and don'ts when voting.


Beginner's Guide To Mengundi PRU (STEP BY STEP)

1. The most important thing adalah kad pengenalan (I/C). Sebelum bertolak nak pergi ke tempat mengundi, check dulu bawa ke tidak IC. Kalau dah sampai ke destinasi baru teringat lupa nak bawa, pergi patah balik rumah! Hahaa. Sebabnya nanti petugas akan minta IC untuk check nama & nombor kita dalam senarai. Then dia akan beri nombor saluran kita.

2. Queueing up at the polling station
- ini adalah zon senyap
- kena silent phone
- tak boleh bising-bising, hu ha hu ha

3. Bila dah sampai kat petugas, tunjuk IC & nombor saluran > tunjuk jari telunjuk kiri > celupkan jari ke dalam dakwat > petugas akan beri kita dua kertas undi (Negeri & Parlimen).
Beginner's Guide To Mengundi PRU | First Time Voters!
Beginner's Guide To Mengundi PRU | First Time Voters!
Kenapa kena celup jari ke dalam dakwat? So that people don't double vote. To prevent election fraud.

4. Untuk vote, hanya boleh guna simbol "X" sahaja to mark the candidate of our choice on the ballot paper. Tak boleh tick or use any other symbol.

Sebelum mengundi, check dulu kertas undi tu.. ada any kesan atau kertas pudar ke. Sebab kalau ada macam tu, kita boleh minta new ballot paper.

So, bila dah check kertas undi okay.. then mark X. Then lipat satu kali kertas undi tu. Then pergi letak ke dalam box di depan.

5. Nanti akan DUA box. One is for state, one is for parliament. Jangan tersilap masuk kertas pula. Ikut warna kertas.

YEAY DONE! Boleh balik makan tidur. ehh hahaha.

Secara kesimpulannya.. for the summary:
Beginner's Guide To Mengundi PRU | First Time Voters!
Beginner's Guide To Mengundi PRU | First Time Voters! / credit image: Maklin.
GE14: First time voters need to know the steps when casting their vote
PRU14: Pengundi yang mengundi pertama kali perlu tahu langkah ketika mengundi

Semoga bermanfaat! Daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:


puisi #54 tidak semua orang yang baik..

$
0
0
Disebabkan saya suka puisi, tapi tak cukup kreatif & tak pandai create puisi.. 
Dan juga disebabkan saya minat dengan puisi, tapi tak cukup kosa kata yang mengancam.. 
So, apalagi. Cilok puisi orang lain lah hahaha.


puisi #54

puisi #54 tidak semua orang yang baik
puisi #54
Tidak semua orang yang baik
dipandang baik
Tidak semua orang yang baik
dihargai

Pandang lah diri sendiri dengan
kebaikkan meski orang lain menafikan.

Hargai lah diri sendiri kerana itu
lebih berharga buat diri.


nukilan: @mr_msmb

Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam

$
0
0
Dislaimer: cerita pengalaman kena khianat sihir ni BUKAN CERITA SAYA ye. Kisah benar seram ni BUKAN KISAH SAYA. Kisah ni saya jumpa di Twitter dan saya tertarik untuk berkongsi di sini. Sebenarnya, it was the first time saya baca cerita sihir berkaitan House of Cat di Seksyen 7, Shah Alam. Sebelum ni tak pernah dengar pula pasal ni. Korang pernah? Okay kalau belum.. Jom kita dengar kisah benar seram dari insan yang mengalami sendiri khianat sihir sewaktu berkerja di House of Cat, bernama Asyraf Khalib. Let's!


Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam

Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Dah lama tak buka twitter. Tiba tiba rasa macam nak kongsi balik pengalaman pahit dan seram berhadapan dengan khianat sihir sewaktu bekerja di sebuah cat cafe di Seksyen 7, Shah Alam iaitu House Of Cat. Ini bebenangnya..
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Bagi yang belum tahu, House of Cat atau HOC ni dah wujud sejak 2013 lagi. Aku start kerja part time kat situ since 2014. Kalau kau nak main kejar kejar dengan kucing comel kau orang bayar RM5 je sorang, dapat main satu jam lamanya.

Semua benda gila tak masuk akal ni terjadi dalam bulan oktober 2016 selepas HOC berpindah dan beroperasi di premis baru kat Seksyen 7 which is atas Gulatis tu. Sebelum ni kat seksyen 23.

Start bulan okt16, pelanggan yang selalunya mencecah 300 orang sehari mula berkurang sampai tinggal cuma 3 orang sehari. Aku and staf lain tak nak fikir bukan bukan. Yelah, dah makin banyak cat cafe kat malaysia. Jadi kitaorang perbaiki marketing.

Bermacam cara buat, tapi semua marketing kami tak membuahkan hasil. Sampaikan ada satu masa aku dan sorang lagi staf turun jalan kaki kat area seksyen 7 tu usung kucing sebab nak bagi tahu kedai kami wujud kat public.

Satu hari tu, aku mula rasa pelik sebab ada customer call marah marah cakap penat naik tangga tingkat 3 tapi kedai tak buka. Sedangkan kami buka kedai macam biasa dan aku kat kaunter punya la hensem tersengih disebalik pintu kaca kedai dia cakap tak nampak!

Lepas aku explain cik cuba naik balik dan tekan loceng pintu. Saya ada kat kaunter je cik. Jadi orang tu pun naik skali lagi. Dia garu kepala sambil cakap "eh kejap tadi serius saya tengok gelap dan pintu besi ni tutup". Aku dah meremang waktu tu.

Petang tu aku mengadu dekat Lan (owner kedai) cakap ada customer complain nampak kedai tutup. Lan cakap tak logik la Acap sebab lampu kedai siap berkelip kelip kita. pasang kat tngga. Banner punya cantik kat entrance. Jadi dia cakap cuba kau pasang zikir.

Aku pun pasang la zikir, bersilih ganti bacaan Yassin. Tapi dalam hati aku cuma anggap mungkin customer tu salah tengok. Hari berganti hari, pelanggan makin kurang. Kedai lengang dan rasa menyeramkan.

Review facebook page menjunam jatuh bila ramai bagi bad review kata kami tak buka kedai. Komen di instagram pun sama. Call yang masuk mesti aku kena marah dengan customer punya. Kami cuba layan salah faham itu sehabis baik.

Sebulan berlalu, kami sedar kami mula diganggu kejadian aneh. Kedai kami beroperasi hingga jam 10 malam. Selepas kedai tutup biasanya kitaorang staf akan bersihkan kucing dan kemas kedai. Vacuum dan mop lantai. Kedai tak pernah tak wangi hehe.

Biasanya aktiviti bersihkan kedai akan berlarutan ke jam 11 malam. Kadang kadang sampai 12 malam. Satu malam tu sedang aku dan dua orang lagi member sibuk mop lantai. Tiba tiba ada guli dari dalam congkak berterabur keluar dan bergolek sendiri dekat lantai.

Melompat jugaklah kami kaum adam ni terkejut. Tak pernah kena macam tu. Aku beranikan diri kutip guli dan masukkan semula dalam congkak. Lepas siap kemas kami pun balik rumah. Kami bertiga stay serumah. Jadi sepanjang malam kami membisu. Tak bercakap sama sendiri.

Esoknya aku dan Lan ke kedai lebih awal. Rutin pagi pasang asma ul husna dan doa pembuka rezeki. Seorang lagi kawan iaitu Jamal (co owner) tak dapat datang sebab dia steward air asia x. Kena fly. So tinggal la aku dengan Lan berdua. Tengah kami sedap bersarapan, dengar ada orang berlari dalam kedai.

Bunyi orang berlari tu jelas dengar kat dalam tempat main kucing. Ktaorg pulak tengah makan dekat bahagian cafe. Lan cakap mungkin kucing. Tapi aku yakin bukan sebab kucing dalam cage lagi! Aku belum lepaskan kucing keluar dari bilik kucing. Serentak tu, alunan asma ul husna terhenti sendiri.

Kami berdua serentak berhenti suap makanan. Ktaorg pergi check bahagian tempat kucing. Tak ada orang. Tengok cctv tak ada nampak kucing terlepas. Check laptop yang pasang asma ul husna tadi aishh siapa pulak tekan pause.

Aku waktu tu dah tak sedap hati. Customer datang selang dua jam. Itupun ada yang datang langkah masuk kedai, hulur duit kemudian dia minta balik. Bila aku tanya eh kenapa pula cik? Dia jawab saya ada hal dan aku pun pulangkan semula duit.

Sedih weh, sale sehari RM15. Walaupun bukan kedai aku. Kesian tengok owner. Gaji aku diorg dah tak mampu bayar. Makanan kucing dah tak cukup nak beli. Aku cakap takpe Lan n Jamal. Aku keje ikhlas. Tak payah fikir gaji. Sekarang kita kena kuat.

Hari berganti hari, macam macam benda jadi dalam kedai. Makanan kat cafe baru masak jadi basi busuk satu kedai, customer complain kedai panas sedangkan aircond semua pasang macam nak beku. Kucing mula sakit.

Kami mula ikhtiar rawatan perubatan Islam untuk dapatkan kepastian, aku tak nak sebut nama pusat rawatan dalam ni. Sejak kami mulakan rawatan. Aku rasa serangan sihir mula menampakkan diri. Dah mula rasuk merasuk, muntah darah, kencing berdarah. Allah saja tahu seksanya.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Rawatan menunjukkan kesan sementara. Selepas sehari dua, gangguan datang semula. Dan paling sedih bila perawat ada yang minta kami cari ikhtiar dengan orang lain sebab mereka juga diganggu teruk.

Bab solat kami tak lupa, malah dalam premis kami siap ada surau untuk customer solat. Setiap kali masuk waktu solat kami pasang azan. Mana regular customer House Of Cat mereka tahulah.

Benda ni berlarutan lama. Masuk bulan kelima. Kami dah mula give up. Kami siap bergaduh bertumbuk dalam kedai. Mungkin sebab tertekan. Ada cadangan untuk tutup operasi. Kedai kami mula buka dan tutup tak menentu sebab kami semua sakit.

Kami masih rahsiakan dari pelanggan. Kami takut pelanggan makin lari. Kami kalau boleh tak nak kalah dengan sihir. Kami terus ikhtiar berubat. Kucing dah mula sakit teruk. Banyak kena kuarantin dan paling menyedihkan kucing yang pregnant keguguran! Sori letak gambar ni.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Untuk pengetahuan korang, waktu kerja kat sini aku final year student degree kat uitm. Tengah siapkn fyp dalam keadaan sakit. Dan benda ni berlarutan smpai aku intern kat sime darby convention centre bukit kiara. Aku ada plan nak berhenti kerja sebab tak tahan. Tapi kesian pulak kat Lan dan jamal.

Kalau korang tanya aku, apa benda yang menakutkan masa keje kat situ. Aku cuma dapat cakap aku takut nak masuk keje sebab tak sanggup tengok kucing yang aku jaga macam anak anak sendiri mati satu persatu. Aku pun tak tahu apa tujuan penyihir buat benda ni.

Ni antara kucing yang mati. Dah pegi vet, warded, doc pun cakap tak tahu sakit apa. Test macam macam buat. Last sekali kami cuma dapat pangku jasad kucing yang tak bernyawa dengan penuh rasa berdosa.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Nama pun sihir, bila kita ikhtiar untuk gagalkan kerja dia. Dia akan serang sampai rebah. Kami terus diganggu bermacam kelibat seram, nampak kepulan asap, lembaga hitam, bau hanyir dan paling teruk pernah aku terlentang waktu imamkan solat isyak dalam kedai sebab ada benda tendang.

Demi Allah, aku tak tipu. Tengah solat jemaah dengan diorg, aku angkat tangan doa kuat kuat sambil nangis "ya Allah, jika ada yang tidak baik menghuni tempat ini.. Engkau keluarkanlah" seraya itu aku rasa satu hentaman kuat kat dada sampai aku terlentang ke belakang. Aku selak baju tengok, ada kesan merah dan lebam macam kena tumbuk kat dada. Esoknya aku tak pergi kedai sebab demam.

Kami bertiga makin sakit, makan tak selera, kurus macam mayat hidup. Yalah, dah la tak makan, muntah lagi, buang air berdarah. Pernah sekali sampai merangkak ke bilik air.

April 2017, kami nekad untuk tutup perniagaan. Kami tak nak sebab ego kami untuk teruskan perjuangan House of Cat, kucing kucing kami menderita. Kami mula keluarkan wang simpanan yang ada untuk bayar hutang dan beli keperluan kucing seperti ubat.

Kami buat solat hajat ramai ramai. Minta petunjuk. Tak lama selepas tu, dengan ikhtiar perawat dan dengan izinNya Allah, satu persatu barang sihir muncul di kedai. Kami jumpa jarum, kain kapan yang berbau busuk, kertas dgn tulisan siam bersalut minyak, duit syiling lama..
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Ini duit syiling lama, ada mcm ukiran 3 bentuk tubuh. Mungkin merujuk kepada tiga orang iaitu aku, Lan dan Jamal. Allah lebih tahu setiap sesuatu.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Haa kau cuba bayangkan kau masuk kedai nampak serbuk kaca berterabur dengan gumpalan rambut datang entah dari mana. Tak ke cekak pinggang macam makcik bawang aku kat situ.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Dan pernah satu hari waktu kedai kami tutup sebab tiga orang sakit serentak, owner butik pengantin tingkat 1 which is bawah kedai ktaorg call bagitahu masa dia nak buka pintu grill utama kat ground floor awal pagi tu. Ada sorang lelaki turun tangga dari tingkat atas kedai ke pintu bawah. Siapa?

Kau bayangkan. Dari mana lelaki tu datang? Pintu bawah belum buka dia dah ada dalam kedai? Bila check cctv lelaki yang owner butik tu nampak tak wujud pun! Menangis lah akak tu takut.

May 2017, hampir 8 bulan menderita dan diganggu. Kami dengan rasmi buat notis penutupan operasi sepenuhnya di facebook page. Dan sejak itu House Of Cat viral satu Malaysia. Kami cuma buka dua hari terakhir untuk lawatan masuk.

Sebelum pengumuman penutupan tu dibuat, 'benda' tu dah mula melarat ganggu customer. Customer tengah main kucing punya sedap, 'dia' boleh pulak padam lampu kedai sendiri. Gelap. Bila buka balik, beberapa minit lepastu dia tutup balik.

Kami terpaksa refund duit customer dan minta customer balik dengan baik kononnya ada gangguan elektrik. Menipu gila padahal lutut dah menggeletar takut customer pulak meracau. Nasib baik lah tak apa apa.

Sabtu dan ahad terakhir, HOC dipenuhi ribuan orang. beratur penuh nak masuk kedai. Tapi Allah bantu, sepanjang dua hari tu customer faham keadaan kami. Semua berlangsung baik. Tak kurang ada bermacam dukun malah perawat datang offer nak tolong.

Tapi agak terkilan sebab ada perawat yang tempelak kami dengan kata kata kesat sebab kami tolak dengan baik tawaran mereka memandangkn terlalu ramai sangat dah yang kami benarkan untuk jampi-jampi dan buat apa patut dalam kedai. Kami minta bagi ruang dulu pada perawat yang sedia ada buat kerja.

Dipendekkan cerita. Selepas lebih kurang 4 tahun beroperasi, HOUSE OF CAT mengundurkn diri. Bukan tutup sebab kalah dengan sihir. Tapi sebab sayang dan kesian dengan kucing kucing yang turut jadi mangsa. Bukan berdosa pun hamba Allah ni semua.
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam
Daripada lebih 60 ekor kucing, hampir kesemuanya mati. Selebihnya kami pindah milik tuan dan ada yang kami masih jaga. Aku, Lan dan Jamal teruskn rawatan mcm biasa untuk pulihkan badan. Selepas itu kami bertiga berpisah bawa haluan masing masing. Sedihh.

Terima kasih ex customer House of Cat dan semua yang menyokong. Fb page & ig HOC pun dah kena hacked. Kenangan kami terkubur angkara sihir. Tapi kami yakin Allah sebaik baik perancang. Kepada semua diluar sana, berhati hatilah dalam bergaul. Kita tak tahu bila waktunya musibah nak jengah.

Yang nak tahu cerita lama ni, boleh google House of Cat seksyen 7, inshaaAllah ada. Siapa pun yang punya angkara. Kami maafkan kamu kerana Allah. Sihir? Dulu kami pun tak percaya. Kena sendiri, baru terduduk.

“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

House Of Cat, we miss you.

Satu lagi, kerana Allah punya kuasa, walaupun aku habiskn degree aku dalam keadaan sakit. Aku grad degree dengan first class with ANC award. Fyp aku pun dapat A. Betul la, Allah tak pernah sia siakan kita. Selepas hujan datang pelangi indah. Sujud syukur. Thanks Lan, Jamal dan Faten!
Kisah Benar Seram Sihir di House of Cat, Seksyen 7, Shah Alam

Nota buat si pelaku sihir, kami maafkan kamu kerana Allah. Biarlah kita tak bersemuka di mahsyar kelak. Biarlah Allah mengadili. Kerana tangan jahatmu itu akan menceritakan segalanya. Dengan doa doa, dengan nyawa nyawa yang pergi. Allah baik.

Guys, jangan takut dengan sihir. ALLAH BAIK - hoc

THE END--------------------------------


Moga kisah benar pengalaman dari beliau ini dapat menjadi iktibar, pengajaran dan peringatan buat kita semua. InshaaAllah :')

penyakit lambat balas komen blog!

$
0
0
Okay ni bukan tuju kat siapa siapa pun. Tuju kat diri sendiri wakaka. Sesungguhnya si Sayidah Napisah ni ada penyakit yang tak berapa semenggah iaitu penyakit lambat balas komen blog dia sendiri. Ish ish ishhh. Memang penyakit ni dari dulu lagi dah. Bukannya semalam mahupun kelmarin.

Saya memang sejenis yang lambat reply komen yang berbentuk pertanyaan. Yang bukan bentuk pertanyaan pula, saya memang sungguh jarang lah nak reply hahhaha. Bukan berlagak diva, bukan sombong, bukan taknak tapi memang itu lah diri saya haha. Mohon memahami. Tapi jangan risau.. saya baca setiap komen dan really really appreciate sesiapa yang komen entri blog saya. Saya akan cuba singgah kunjungan para pengkomen sooner or later.

penyakit lambat balas komen blog!

Cuma tu lah. Komen yang berbentuk pertanyaan tu lah masalahnya saya dari dulu hingga sekarang --> lambat balas. Bukannya tak perasan. Baca tu memang dah baca dah. Cuma tak reply reply haha. So, sekarang ni saya nak kikis penyakit ni slow slow. Dan Alhamdulillah.. makin menampakkan perubahan yang bagus. Bagus Sayidah! (puji diri sendiri apa kes). Tak macam dulu. saya pernah balas sesuatu pertanyaan di ruangan komen artikel blog pada dua bulan kemudian nya. adoiii Sayidah.

Maka nya, ehem.. bagi sesiapa yang dah pernah terkena dengan saya (walaupun saya tahu anonymous-anonymous & mereka yang terkena tak ada nya baca entri ni), maafkan lah si Sayidah ni ye. Forgive me insan yang kerdil ini.

Now, saya akan cuba sebaik yang mungkin untuk reply as fast as possible bagi sebarang pertanyaan dan permintaan mereka mereka di ruangan comment. I will try my best to ubah this penyakit tak berhemah ni hahaha. Pray for me!

Daaa~ wassalam! :)

Kata-Kata Hikmah Imam Syafi'i & Kata Nasihat Menusuk ke Jiwa

$
0
0

Kata-Kata Hikmah Imam Syafi'i & Kata Nasihat Menusuk ke Jiwa


Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.

Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.

Lidahmu jangan kau biarkan menyebut kekurangan orang lain, sebab kaupun punya kekurangan dan orang lainpun punya lidah.

Jika tidak disibukkan dengan kebaikan, maka kamu akan disibukkan dengan keburukan.

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.

Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.

Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dengan keampunanMu Ya Allah… ternyata keampunanMu jauh lebih besar.

Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit.

Letakkan akhirat di hatimu, dunia di genggaman tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.

Sebesar-besar aib (keburukan) pada diri seseorang adalah orang yang asyik mencari dan mengata keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirinya sendiri.

Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.

Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, menjadi mati lalu membusuk.

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.

Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta.

Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya.

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun.

Sesiapa yang mempelajari Quran, besar harga dirinya. Sesiapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya. Sesiapa yang mempelajari bahasa, lembut hatinya. Sesiapa yang mempelajari ilmu nisab, tajam pandangannya. Dan sesiapa yang tidak memelihara dirinya tidak bererti ilmunya.

Jika engkau punya teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah erat-erat dia jangan pernah kau lepaskannya. Karena mencari teman baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali.

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.

Jadikan akhiratmu di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.

Kurangilah kesenanganmu pada dunia, agar berkurang kedukaanmu di akhirat.

Nilai seorang pemuda, demi Allah, terletak pada ilmu dan takwa. Tanpa ilmu dan takwa, maka ia tidak memiliki harga diri.

Barangsiapa mengadu domba untuk kepentinganmu, maka dia akan mengadu domba dirimu; dan barangsiapa menyampaikan fitnah kepadamu, maka ia akan memfitnahmu.

Marahnya orang yang mulia bisa terlihat dari sikapnya. Dan marahnya orang yang bodoh terlihat dari ucapan lisannya.

Andaikan dunia dijual di pasar, pasti aku tidak akan membelinya walau dengan harga sepotong roti, karena aku melihat kejelekan di dalamnya.

Ilmu itu adalah cahaya Allah, sedangkan cahaya Allah tidak bisa bersatu dengan kemaksiatan.

Yang paling nampak pada diri manusia adalah kelemahannya. Maka barang siapa melihat kelemahan dirinya sendiri, ia akan menggapai keseimbangan terhadap perintah Allah.

Orang bodoh yang berakal nilainya sama dengan orang cerdas yang pelupa.

Pilar kepemimpinan itu ada lima; Perkataan yang benar, menyimpan rahasia, menepati janji, senantiasa memberi nasehat dan menunaikan amanah.

Keredhaan semua manusia adalah satu hal yang mustahil untuk dicapai, dan tidak ada jalan untuk terselamatkan dari lidah mereka, maka lakukanlah apa yang bermanfaat untuk dirimu dan berpegang teguhlah dengannya.

Kenyang itu akan membuat badan jadi berat, mengeraskan hati, menghilangkan kecerdasan, mengajak tidur dan melemahkan ibadah.

Manusia yang paling tinggi kedudukannya adalah mereka yang tidak melihat kedudukan dirinya, dan manusia yang paling banyak memiliki kelebihan adalah mereka yang tidak melihat kelebihan dirinya.

Siapa yang menginginkan khusnul khatimah di penghujung umurnya, hendaknya ia berprasangka baik kepada manusia.

Dunia adalah tempat yang licin nan menggelincirkan, rumah yang hina, bangunan-bangunannya akan runtuh, penghuninya akan beralih ke kuburan, perpisahan dengannya adalah sesuatu kenescayaan, kekayaan di dunia sewaktu-waktu bisa berubah menjadi kemiskinan, bermegah-megahan adalah suatu kerugian, maka memohonlah perlindungan Allah, terimalah dengan hati yang lapang segala karunia-Nya. Jangan terpesona dengan kehidupanmu di dunia sehingga meninggalkan kehidupan akhirat. Ketahuilah sesungguhnya hidupmu di dunia akan sirna, dindingnya juga hilang dan hancur, maka perbanyaklah perbuatan baik dan jangan terlalu banyak berangan-angan.

Kata-Kata Hikmah Imam Syafi'i & Kata Nasihat Menusuk ke Jiwa
Kata-Kata Hikmah Imam Syafi'i & Kata Nasihat Menusuk ke Jiwa
PETUA IMAM AL-SYAFIE

4 Perkara Menajamkan Fikiran
- bercakap dengan orang soleh
- tidak banyak berbual kosong
- bergaul dengan para 'ulama
- rajin bersugi (gosok gigi)

4 Perkara Menajamkan Mata
- duduk mengadap kiblat
- bercelak sebelum tidur
- memandang yang hijau
- berpakaian bersih

4 Perkara Menguatkan Badan
- berpakaian dari kapas
- memakai haruman
- makan daging
- kerap mandi

4 Perkara Merosakkan Mata
- memandang najis
- melihat orang dibunuh
- melihat kemaluan
- membelakang kiblat

4 Perkara Melemahkan Badan
- banyak bersetubuh
- selalu cemas
- banyak minum ketika makan
- banyak makan bahan masam


Puisi Imam As-Syafie(tentang merantau)

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berleha-lehalah, manisnya hidup terasa setelah berjuang

Aku melihat air menjadi rosak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, kan keruh mengenang.

Singa jika tidak tinggalkan sarang tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Biji emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan

nukilan-- Imam asSyafie (767~820)

puisi imam syafie
Puisi Imam Syafi'i

Best kan kata-kata hikmah, kata-kata mutiara, kata-kata nasihat, pesan dan petua Imam As-Syafie? SANGAT BEST! Dan sangat deep hokayhh haha. Tertusuk ke jiwa raga yang paling dalam. Moga jadi peringatan buat kita sama-sama dan muhasabah diri sebelum tidur.

Selamat malam! Daa~ wassalam! :)

4 Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI) ~ Wordless Wednesday

$
0
0

4 Contoh Cover Letter Email Yang Baik (Job Application) ~ Wordless Wednesday


4 Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI) ~ Wordless Wednesday
Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI) ~ Application for Account Clerk Position
4 Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI) ~ Wordless Wednesday
Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI) ~ Application for Account Clerk Position
4 Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI) ~ Wordless Wednesday
Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI) ~ PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI AKAUN
4 Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI) ~ Wordless Wednesday
Contoh Cover Letter Email Yang Baik (BM & BI) ~ Permohonan Jawatan Kerani Akaun
credit: @twt_resume

tag: 4 Contoh Cover Letter Email Yang Baik, contoh cover letter, contoh cover letter bahasa melayu, contoh cover letter english, contoh cover letter terbaik, contoh cover letter for job application, contoh cover letter melalui email, macam mana cara yang betul buat cover letter, format minta kerja melalui email, format cover letter emel, cara buat cover letter dengan betul, contoh cover letter melalui email.

"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday

$
0
0

"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday


"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday
"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday
"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday
"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday
"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday
"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday
"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday
"Writing a Literature Review is just like gossip!" ~ Wordless Wednesday
credit to: Cekgu Zac

Sayidah Napisah 2010 vs 2018 ~ Wordless Wednesday

$
0
0

Sayidah Napisah 2010 vs 2018 ~ Wordless Wednesday


Sayidah Napisah 2010 vs 2018 ~ Wordless Wednesday
Sayidah Napisah pada tahun 2010 (umur 17 tahun)
Sayidah Napisah 2010 vs 2018 ~ Wordless Wednesday
Sayidah Napisah pada tahun 2018 (umur 25 tahun)
Sayidah Napisah 2010 vs 2018 ~ Wordless Wednesday
Sayidah Napisah 2010 vs 2018 ~ #hidupbawal #maintainrendah HAHAHAAHA

6 Perkara Ayah Tak Pernah Beritahu Kita ~ Wordless Wednesday

$
0
0

6 Perkara Ayah Tak Pernah Beritahu Kita ~ Wordless Wednesday


6 Perkara Ayah Tak Pernah Beritahu Kita ~ Wordless Wednesday

6 Perkara Ayah Tak Pernah Beritahu Kita ~ Wordless Wednesday
6 Perkara Ayah Tak Pernah Beritahu Kita ~ Wordless Wednesday

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

$
0
0

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018


Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 29 April 2018

"Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini." - Bro HH

Okayhh! Ini adalah LIMA aktiviti yang saya bertekad dan bercita cita untuk lakukan dalam bulan Ramadhan tahun ni which I hope it will be better than Ramadan past year:

1. Mengaji 3 mukasurat Al-Quran everyday (kecuali time uzur). Kebiasaan hari dalam bulan selain Ramadan, saya melazimi mengaji Quran 1 mukasurat sahaja setiap hari & ketika bulan Ramadan yang lepas 2 mukasurat. So, tahun ni harapnya saya dapat mengaji 3 mukasurat aminn.

2. Bersedekah (makanan) kepada jiran jiran. Sebelum ni kawasan apartment saya agak lengang, tak ramai lagi orang duduk sebab perumahan agak baru dibina. So banyak rumah yang kosong. Depan tepi rumah saya pun kosong tak ada penghuni. Tapi tahun ni makin meriah! Rumah-rumah di blok apartment saya kebanyakannya sudah diduduki orang. So, Ramadan tahun ni saya nak beri makanan dessert atau kuih muih kepada jiran jiran (sama ada beli atau masak sendiri) inshaaAllah~

3. Memperbanyakkan menulis entri/artikel berunsurkan agama/islamik. Kebiasaannya ada je entri-entri sebegitu dalam blog saya ni. Cuma saya mahu memperbanyakkan lagi entri agama (terutama berkaitan dengan puasa) pada bulan yang penuh berkat nanti. Moga diberi semangat dan idea mencurah curah! Aminn~

4. Bangun malam solat tahajud/ qiamullail. Dalam setahun boleh kira berapa kali je saya solat tahajud. Dan kalau solat tahajud pun memang kebiasaannya pada bulan Ramadan. So, saya berazam Ramadan tahun ni menyaksikan saya sembahyang tahajud lebih kerap berbanding Ramadan tahun tahun tahun lepas inshaaAllah~

5. Mengadakan kelas/bengkel percuma mengajar para pelajar tips menjawab soalan peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan UPSR, PT3 & SPM di salah satu dewan Seremban. Saya tak menyuarakan lagi hasrat ni kepada umi abi saya. Sebab saya pun baru terfikir nak lakukan benda ni haha. Saya harap semoga tercapai dan terlaksana lah hasrat untuk saya membuat kelas tambahan percuma ni dengan jayanya pada Ramadan 2018 inshaaAllah! Amin~ Doakan!

#YOUCANDUIT! Jana Pendapatan Tambahan Digital Melalui e-Rezeki & e-Usahawan

$
0
0
#YOUCANDUIT | Masih segar dalam ingatan saya suatu ketika dulu, semasa saya baru sahaja graduate kelulusan ijazah Major Matematik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pointer 3.625. Susah betul nak cari kerja atau profesion yang ada kaitan dengan bidang saya. Makanya, dalam masa mencari kerja tu jadi lah penanam anggur dan penternak lemak yang berjaya. Dan dalam masa yang sama juga saya mula berjinak jinak menjadi agen & dropship sesuatu produk dan aktif mempromosi kelas tutor (home tutor) saya sendiri dalam media sosial. Until one night, selepas tengok berita di televisyen ayah saya suruh "Kakcik! Cuba search tentang program youcanduit ni. Ada e-rezeki, e-usahawan semua ni. Macam bagus je untuk fresh graduate macam kakcik".
#YOUCANDUIT! Jana Pendapatan Tambahan Digital Melalui e-Rezeki & e-Usahawan
#YOUCANDUIT! Jana Pendapatan Tambahan Digital Melalui e-Rezeki & e-Usahawan
Sejak tu, ayah saya selalu desak saya ushar pasal youcanduit ni. Tapi tu lah, saya ni pemalas orangnya. degil. Tak nak dengar cakap haha. Tak singgah singgah sampai lah sekarang. But now, walaupun saya dah agak stabil dan selesa mencari pendapatan bulanan dengan berkerja sendiri, saya terdetik untuk mencari wang tambahan selepas menyaksikan video Fizo Omar ini, yang diinspirasikan oleh Caprice, berkaitan dengan kempen #YOUCANDUIT.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

So selepas tengok video tersebut, ye tak ye juga apa yang beliau kata "di mana sekarang ni banyak peluang yang ada, yang kita kena cipta peluang, kita jangan tunggu peluang". Pertumbuhan ekonomi digital berkembang dengan begitu pesat, hinggakan hampir segala-galanya kini melibatkan penggunaan teknologi. Rakyat Malaysia harus mengubah cara melihat dunia, cara manusia mendidik diri mereka dan cara maklumat disebarkan serta diurus dan bagaimana perniagaan dijalankan pada era ini.

Banyak program program keusahawanan kerajaan yang dah ada antaranya program di bawah MDEC, YOUCANDUIT.

So, apakah itu #YOUCANDUIT?

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menerajui peningkatan aktiviti Ekonomi Digital dalam kalangan rakyat dengan memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital menerusi inisiatif eRezeki dan eUsahawan di bawah kempen #YOUCANDUIT. 



PROGRAM e-Rezeki

Matlamat e-Rezeki adalah untuk memberi peluang kepada netizen menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital. Senang cerita, e-Rezeki ni adalah misi untuk menambah rezeki secara online.

Program ini sesuai untuk:
- golongan B40 (isirumah berpendapatan rendah) & M40 termasuk penerima BR1M
- pelajar universiti
- graduan menganggur
- pesara
- mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi
- golongan kurang upaya (OKU)
- golongan wanita 

Sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan golongan orang kurang upaya (OKU) di dalam program eRezeki, MDEC telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan seperti Beautiful Gate Foundation for the Disabled, sebuah persatuan khusus untuk golongan OKU yang menyediakan kemudahan tempat tinggal dan pelbagai perkhidmatan berkaitan termasuk latihan kemahiran pekerjaan kepada 900 OKU yang berdaftar di pusat-pusat kemudahan mereka di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, untuk memudahkan golongan wanita khususnya ibu tunggal dan suri rumah yang memerlukan pekerjaan yang bersesuaian seperti kerja-kerja online dan digital daripada rumah, pihak MDEC telah bekerjasama dengan sebuah platform pekerjaan atas talian, HerPortal (sebelum ini dikenali sebagai Moms4Project).

MDEC juga telah berbincang dengan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bagi mempromosikan program eRezeki kepada ahli-ahli persatuan dan mendedahkan mereka dengan peluang kerjaya digital secara atas talian.

youcanduit erezeki
#YOUCANDUIT e-Rezeki
Program eRezeki dikatakan program strategik dalam meningkatkan dan menggandakan pendapatan rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 kerana menawarkan program eRezeki Global High Income (eGHI) bagi peserta eRezeki yang terpilih. Melalui program ini, peserta yang layak akan boleh menjana pendapatan secara konsisten dan sepenuh masa melalui sumber digital menerusi kaedah crowdsourcing.

Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah crowdsourcing?

Crowdsourcing atau kaedah di mana syarikat-syarikat kini mendapatkan perkhidmatan daripada warga internet (netizens) untuk melaksanakan tugasan-tugasan tertentu telah dikenalpasti oleh World Economic Forum (WEF), menerusi laporan ‘The Future of Jobs’, sebagai salah satu trend yang akan mengubah cara kerja tradisi. 

Syarikat-syarikat memilih pendekatan crowdsourcing kerana boleh mendapat tenaga kerja yang mempunyai skil dan boleh menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan kos yang kompetitif.  Secara langsung, pihak syarikat akan mendapat manfaat dari segi penjimatan masa, meningkatkan produktiviti dan berpeluang mengurangkan kos operasi.

Antara tugasan yang boleh didapati dalam sistem eRezeki adalah seperti berikut:

a) Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)
Tugasan ringkas seperti menyemak atau verify foto/imej dan memasukkan data. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.

b) Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
Kerja seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan. 

c) Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain seumpama dengannya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.

Setakat 31 Disember 2017, pencapaian program eRezeki adalah seperti berikut:

Indikator
Setakat
31 Disember 2017
Kumulatif
2015 – Dis 2017
Sasaran 2018
Bilangan peserta berdaftar
154,872
309,909
116,500
Bilangan peserta dilatih
98,580
151,198
62,700
Bilangan peserta menjana pendapatan tambahan
62,709
98,888
83,100
Jumlah pendapatan tambahan yang dijana (RM)
83.9 juta
112.9 juta
193 juta
Pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah PERCUMA dan boleh dilakukan secara online di www.erezeki.my atau www.youcanduit.mdec.my. Boleh dapatkan juga tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eRezeki di laman media sosial:

Facebook: @myeRezeki
Instagram: @rezekimy


PROGRAM e-Usahawan

youcanduit eusahawan
#YOUCANDUIT e-Usahawan
eUsahawan adalah program keusahawanan digital untuk pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital.

Setakat Disember 2017, sebanyak 778 pusat eUsahawan termasuk TVET, IPT, PI1M, PIC, RTC dan UTC telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini. Sejak bermula pada Julai 2015 hingga Disember 2017, seramai 156,580 pelajar TVET dan usahawan mikro telah dilatih, seramai 44,466 telah melapor jualan dan menjana RM227.14 juta jualan atas talian!
youcanduit eusahwan
#YOUCANDUIT e-Usahawan
Portal eUsahawan kini boleh diakses secara dalam talian – terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan percuma. Kelas ilmu keusahawanan dalam talian pertama di Asia Tenggara ini menawarkan latihan dan modul yang sama digunakan di dalam kelas fizikal malah penilaian akan dijalankan di akhir setiap modul beserta sijil.

Usahawan mikro (usahawan kecil tempatan) di seluruh negara boleh mendaftar untuk menyertai kursus sambilan (jangka pendek) eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/.

Peserta akan dipantau untuk tempoh masa tertentu. Peserta yang sering menunjukkan kemajuan yang berterusan akan ditawarkan program latihan lanjutan keusahawanan digital.

Selain insentif tersebut, peserta berpeluang untuk menyertai sesi mentor secara peribadi bersama ahli perniagaan online yang berjaya serta menimba ilmu dalam pengurusan wang yang konsistenBimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan diberi agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital.

modul eusahawan youcanduit
#YOUCANDUIT Modul esahawan
Bukan itu sahaja, di bawah program eUsahawan Marketplace, MDEC dengan kerjasama rakan kongsi program seperti MyBazar, AVANA, 11th Street, Shopee, dan Lelong.my, menyediakan platform dagangan online untuk membantu usahawan mikro menjangkau pasaran yang lebih luas.

Antara pencapaian program eUsahawan ini setakat 31 Disember 2017 adalah:

Bilangan Berdaftar/Dilatih
Bil. Peserta yang Melapor Jualan kepada MDEC
Jumlah Pendapatan yang Dijana (RM)
2015
2016
2017
2015
2016
2017
2015
2016
2017
Pelajar TVET
2,840
21,074
52,269
2,182
10,474
15,235
1,286,504.31
6,546,714.75
15,490,849.00
Usahawan Mikro
268
30,129
50,000
259
5,759
10,557
2,369,630.00
41,685,445.96
159,765,468.42
Jumlah
3,108
51,203
102,269
2,441
16,233
25,792
3,656,134.31
48,232,160.71
175,256,317.42
JUMLAH KESELURUHAN
156,580
44,466
227,144,612.44

Antara kisah kejayaan dari program eUsahawan yang boleh kita jadikan inspirasi adalah En Shathishkumar A/L Johnson. Pelajar kursus pengajian Diploma Pemasaran di Politeknik Kota Bahru, Kelantan ini membantu perniagaan dekorasi majlis milik sepupunya secara sambilan. Pada Jun 2016, beliau telah mengikuti kelas eUsahawan dan mempraktikkan pemasaran digital untuk perniagaan sepupunya. Hasilnya, jualan bulanannya meningkat hasil pemasaran digital daripada RM 10,000 sebulan, kini berjaya memperoleh jualan bulanan sebanyak RM14,000 sebulan!

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berdaftar dengan eUsahawan? Mudah sahaja.. layari www.eusahawan.mdec.my atau www.youcanduit.mdec.my. Pendaftaran dan latihan yang disediakan semua adalah PERCUMA.

Boleh juga dapatkan tips-tips dan perkembangan terbaru tentang program eUsahawan di laman Facebook @eUsahawanMY.

Mana yang berminat tu boleh layari laman web #YOUCANDUIT di www.youcanduit.mdec.my atau ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di:
Facebook: @YouCanDuitMY
Instagram: @youcanduitmy
Hashtag: #youcanduit

Cara Renew Domain Blog/ Website Melalui Online Banking

$
0
0
Cara Renew Domain Blog/ Website Melalui Kaedah Pembayaran Online Bank Transfer | Domain blog saya www.sayidahnapisah.com ini lahir pada 1 Mei 2015. Iye. Pada hari pekerja haha. Tahun ni nak masuk 3rd year anniversary. Tapi bukan nak cerita pasal tu sebab saya belum renew lagi untuk tahun ni (bakal bayar). Now, saya nak share bagaimanakah cara renew domain NetKL melalui Online banking; cimbclicks & maybank2u.


Cara Renew Domain Blog/ Website Melalui Kaedah Pembayaran Online Banking

Cara Renew Domain Blog/ Website Melalui Kaedah Pembayaran Online Banking | sumber: Google
1. Login CIMB Clicks // Maybank2U

2. Kemudian, klik Pay & Transfer > Transfer Money (untuk CIMBClicks) //
klik Accounts & Banking > Transfers > New 3rd party account transfer (untuk Maybank2u)

3. Isi details yang berkaitan

MAYBANK
Account Name: NetKL Network
Account Number: 5644 0900 2675
Recipient email: sales@netkl.com
Recipient reference: [ mention your Invoice No. or Domain Name here ]

CIMB Bank
Account Name: NetKL Network
Account Number: 8000 7552 26
Recipient email: sales@netkl.com
Recipient reference: [ mention your Invoice No. or Domain Name here ]

4. Klik Transfer Money (untuk CimbClicks) // klik Continue (untuk Maybank2u)

5. Request for TAC> isi nombor TAC XXXXXX di ruangan kosong yang telah disediakan

6. Confirm

7. Print receipt> Save

8. Macam mana nak memaklumkan pembayaran renew domain ini kepada pihak Netkl? 
Ada DUA cara:

(i) Emailkan resit bukti pembayaran melalui Ticketing System ini: https://billing.netkl.com/contact.php
ATAU
(ii) Emailkan resit bukti pembayaran kepada support@netkl.com.

Beza dua cara tu.. jika guna Ticketing System, ia sampai serta-merta, dan dijamin sampai. Jika support@netkl.com, kadang-kadang ada delay 5 minit. So, mana mana pun boleh sebenarnya. Pilihan berada di tangan anda. Undilah dengan bijak! Tibaaa masuk pasal undi hahaha. Mentang mentang nak dekat hari mengundi pilihan raya kann (PRU14).

Okay then.. kita akan terima email daripada Netkl mengatakan dia dah renew domain blog/website kita. yeayy!

DONE! So easy right?

Yang bagusnya Netkl ni servis dia mantop, cepat, memudahkan kita dan mesra alam. So, kalau ada masalah apa apa regarding domain or whatever yang ada kaitan dengan Netkl, hubungi lah Netkl. Kalau tak nak email, boleh call. Kalau tak nak dua-dua, boleh live chat (DM) di FB page mereka. Dijamin fast reply dari staff mereka. #sayabukanpromoteNetkl #pujije

Hotline : +6019-248 3858 (Call Only) (No SMS/Whatsapp)
Fax: +603-7966 5675
Email: sales@netkl.com or support@netkl.com
Facebook Page: www.facebook.com/netkl
Website: http://www.netkl.com

Working Days : Monday to Sunday (including Public Holidays)
Working Hours : 10am - 12 midnight (Email & Phone Support)

Okay itu sahaja. Semoga bermanfaat. Nite! Daa~ wassalam! :)
Viewing all 2993 articles
Browse latest View live