Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

bila banyak benda kau nak buat

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Yeap yeap. Haaa kat fikiran saya sekarang ni pun banyak sangat perkataan-perkataan yang sedang menunggu barisan untuk dikeluarkan ke dalam entri ni. Hahaha. Sila bersabar ye words ku sayang.

Mesti selalu kan terjadi pada kita semua? -> Nak buat kerja ni, lepastu nak buat kerja ni. Jangan lupa pula kerja tu pun kena buat. At the same time, kena ingat juga kena buat kerja nun. Kerja di sini pun kena siapkan hari ni juga. Kerja sinun wajib kena siap esok. Lusa kena siapkan kerja ni pula. Arghhhh stress banyak sangattt benda nak buat! Banyak sangat nak kena ingat!

Ye stress. Tu baru kira kerja yang kita kena buat untuk kita sendiri. Belum kira lagi kerja atau something yang kita kena buat untuk orang lain a.k.a tanggungjawab kepada orang lain. Arghhh okay stress lagi bila kena fikir banyak-banyak ni kan. Stress stress stress!

Bila banyak benda kau nak buat, apa yang kau buat?


bila banyak benda kau nak buat
bila banyak benda kau nak buat?
credit foto: rebloggy.com
Dr Fadzilah Kamsah pernah beritahu. Bila banyak benda sangat kerja nak buat, memang kita rasa stress kalau tak diuruskan dengan betul.

So, what we have to do? 
Keluarkan. Keluarkan benda-benda yang nak dibuat tu ke..luar dari otak kita. 

Keluar ke mana? 
Ke sekeping kertas.

Tulis semua benda yang nak kena buat ke atas kertas. Catat benda penting kat situ. Mana yang perlu diutamakan. Mana yang perlu disiapkan cepat. Mana yang perlu siap esok, lusa, tulat. Tulis sekali bila dateline nya. So that kita lebih alert dengan kerja tu. 

Bila certain kerja yang kita dah siap buat, pangkah kerja tu. Nak tulis FINISH besar-besar kat situ pun boleh. Nak tulis smiley besar-besar dekat situ pun boleh. Write something to express your satisfaction kerja dah siap! Up to your creativity.

Contohnya pelajar kan. Banyak homework, assignment nak kena buat. Banyak folio nak kena buat.  Tak kira lagi tutorial nak kena siap. Boleh stress woh kalau tak catat semua tu dalam kertas. Saya experience sendiri benda ni. Kekadang kita bukan stress sebab kerja tu pun. Kita stress dengan hanya memikirkan kerja apa lagi yang aku kena buat, kerja apa lagi yang aku tak siap, kerja apa lagi yang aku kena hantar minggu ni. Stress fikir benda tu je sebenarnya. So... wajibul bagi sesiapa yang as a student.. tulis semua homework/ assignment/ tutorial/ program/ assessment/ meeting/group discussion/ aktiviti persatuan/ presentation/ folio/ dan sewaktu dengannya.. ke dalam kertas/ buku khas. 

Satu contoh lagi for those who yang bernama blogger. Saya buat benda ni - Saya tulis apa yang saya nak tulis. Topik apa saya nak bincang. Idea apa yang saya nak ketengahkan. Entri apa saya nak update di blog. Semua tu saya tulis di atas kertas. Sometimes, saya tulis di notes dalam handphone je. Walaupun, sudah semestinya lah, tak semua yang saya tulis dalam kertas tu akan saya tulis dekat blog kan haahhaa, tapi still.. it helps me to sort out entri apa saya nak tulis. Dan supaya saya tak lupa apa kebenda saya nak goreng dekat blog. Hehehe.

bila banyak benda kau nak buat
bila banyak benda kau nak buat..
credit foto: kwizoo.com
Apa faedahnya buat benda ni - tulis apa yang kita nak buat di atas kertas?

+ Supaya tak stress, tak serabut, tak tension, tak sakit jiwa, tak sakit otak.
+ Supaya tiada satu benda pun yang terlupa/ tertinggal kita nak buat.
+ Supaya kita boleh utamakan mana yang utama, keduakan mana yang kedua, ketigakan mana yang ketiga, keempatkan mana yang keempat, dan seterusnya.
+ Supaya pengurusan lebih cantik.
+ Supaya kita boleh merancang apa yang kita nak buat dengan lebih baik dan tenang.

Dari dulu saya buat benda ni. Dan saya sarankan sangat-sangat untuk korang buat. Dan juga benda ni boleh diajarkan juga kepada anak-anak. Supaya mereka tak lupa apa yang mereka kena buat and so that they can manage things well by doing that. InshaaAllah.

Chaiyok chaiyok!

Wassalam :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.