Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Kali ni, moh le kita cerita tentang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) ni. Bila boleh buat pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam ni? Bila-bila masa boleh. Jawatan SPA ni boleh dipohon oleh mereka yang mempunyai kelayakan PMR/ PT3/ SPM/ SVM/ SKM/ Sijil/ Diploma/ STP/ STPM/ STAM/ HSC/ Ijazah/ Sarjana/ PHD. Calon yang mempunyai bakat tertentu, yang mempunyai minat untuk mengikuti latihan separa perubatan ATAU skim perkhidmatan polis pun digalakkan untuk memohon SPA ni. Antara jawatan SPA yang ditawarkan adalah akauntan, arkitek, guru bahasa, juruaudit, juruukur, jururawat, pegawai latihan, pegawai pertanian, pegawai perikanan, pegawai tadbir, pengurus asrama, perangkawan, pustakawan dan lain-lain lagi. Jadi, bagaimana cara untuk mendaftar akaun SPA8i? Macam mana cara nak mohon jawatan SPA ni? Jom, check it out!
PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA8i)
![]() |
PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (SPA8i) |
Langkah-Langkah Mendaftar SPA8i dan Cara Memohon Jawatan SPA
1. Pergi ke www.spa.gov.my. Klik Pemohon Pekerjaan (anak panah di gambar bawah)
![]() |
Portal Rasmi SPA > Pemohon pekerjaan |
2. Klik Server 1 ATAU Server 2.
![]() |
Boleh pilih sama ada nak Server 1 atau Server 2. Suk hati nak pilih yang mana. |
3. Macam mana nak daftar masuk SPA8i? Macam mana nak dapatkan MyID tu?
Sila klik Daftar Akaun Baru. Kemudian, masukkan maklumat asas (no kad pengenalan, nama penuh, no telefon, alamat emel), soalan keselamatan (nama ibu, negeri kelahiran) untuk tujuan reset kata laluan, maklumat kata laluan. Then, klik Daftar.
![]() |
Klik Daftar Akaun Baru jika baru pertama kali masuk SPA |
![]() |
masukkan semua maklumat semasa mendaftar akaun baru SPA8i |
![]() |
Klik OK! |
Jika ada soalan dan masalah berkaitan dengan penggunaan MyID & SPA8i seperti:
a) Bagaimana ingin mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan pendaftaran pekerjaan (SPA8i)?
b) Saya telah mendaftar untuk mendapatkan kata laluan tetapi sehingga kini belum menerima e-mel daripada pihak SPA untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?
c) Bilakah saya akan mendapat e-mel pengaktifan?
d) Bagaimana untuk menukar alamat emel yang tersilap semasa mendaftar akaun baru?
e) Kenapa bila saya daftar baru, keluar mesej 'Harap maaf! MyID telah wujud!'
f) Bolehkah pendaftaran akaun baru saya dibatalkan?
g) Bagaimana hendak dapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
h) Saya telah membuat pendaftaran MyID dan telah tersalah memasukkan no.kad pengenalan. Selepas permohonan dihantar saya dapati no.kad pengenalan yang saya masukkan salah. Apakah yang harus saya lakukan?
i) Saya telah mengisi borang daftar akaun baru tetapi malangnya saya telah terpadam e-mel SPA dan secara tidak langsung saya tidak dapat mengaktifkan semula akaun tersebut. Bagaimana cara nak selesaikan?
j) Saya menghadapi masalah apabila klik pautan untuk mengaktifkan akaun baru yang saya daftar. Apabila klik pautan tersebut, masalah pop-up blocker berlaku. Bagaimana hendak mengatasi masalah popup blocker tu?
k) Kalau saya mendaftar di JobsMalaysia adakah permohonan saya diterima?
l) Jika saya membuat permohonan baru, adakah permohonan saya yang terdahulu akan terbatal?
m) Adakah permohonan saya sebelum menggunakan myID masih sah?
n) Kenapa matrikulasi tidak diiktiraf sebagai Diploma?
o) Kenapa mesej minta saya masukkan maklumat Diploma sedangkan saya ada ijazah sahaja?
p) Sekiranya saya mendapati saya telah tersilap memasukkan maklumat beberapa hari selepas saya menghantar permohonan, bolehkah saya mengubah maklumat yang telah tersilap tadi?
q) Apa yang dimaksudkan dengan 'TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA'
r) Apakah yang dimaksudkan dengan 'TIADA URUSAN PENGAMBILAN MULAI TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN JAWATAN'?
s) Bagaimana saya hendak melanjutkan tempoh permohonan?
, boleh rujuk jawapannya di SINI.
3. Bila dah settle dafatar akaun baru, boleh la log masuk. Isi no.kad pengenalan kita di ruang kosong MyID. Then, isi semua maklumat yang patut, step by step.
+ MAKLUMAT PEMOHON
- pemohon
+ MAKLUMAT AKADEMIK
- PT3/PMR
- SPM
- Peperiksaan Tambahan
- STPM
- STAM
- Pengajian Tinggi (saya isi Keputusan 1 sahaja sebab ada Ijazah je)
- Profesional
+ MAKLUMAT KO-KURIKULUM
- sukan/persatuan
- rekacipta/pencapaian
- tiada ko-kurikulum
+ MAKLUMAT TAMBAHAN
- bakat/ kebolehan bahasa
- bekas tentera/ polis
- penerima bantuan/ kurang upaya
- tiada maklumat tambahan
+ JAWATAN DIMOHON (sila baca Maklumat Jawatan(gaji/syarat lantikan/deskripsi tugas) di Portal SPA sebelum memohon)
- jawatan SPA (bagi pelajar tajaan JPA, apply sekurang-kurangnya 5 jawatan)
- jawatan PDRM/ LAIN
![]() |
Maklumat Jawatan SPA |
+ PENGAKUAN PEMOHON
- perakuan (klik box 'Saya Setuju', kemudian klik HANTAR. Nanti akan ada keluar Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA. Klik untuk download Slip tersebut. Slip Akuan ni penting bagi pelajar tajaan JPA untuk digunakan ketika melapor diri di Myself JPA& mendaftar program STAR)
- resume
+ SEMAKAN PERMOHONAN (boleh check keputusan dan semakan status permohonan di sini)
![]() |
Maklumat Pemohon |
![]() |
Pengajian Tinggi : Keputusan-1 |
![]() |
Jawatan SPA yang dipohon oleh saya |
![]() |
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA |
Siap!
So, untuk semua pelajar tajaan JPA (termasuk pelajar yang sambung Master), anda boleh la move next to... upload Slip Permohonan SPA ke bahagian lapor diri tamat pengajian di Myself JPA (https://myself.jpa.gov.my/). Make sure complete kan dulu Keputusan Peperiksaan sebelum klik Hantar Permohonan ye.
![]() |
Done upload! |
![]() |
Lapor Diri Tamat Pengajian under status KIV |
Salinan Ijazah & Salinan Transkrip saya tak ada lagi, so.. saya biarkan jelah. Tunggu lepas dapat nanti baru saya kemaskini. So, sekarang ni pengesahan lapor diri diletakkan di bawha status KIV kerana tak lengkap lagi.
Next!
Selepas dah upload Slip untuk lapor diri, dah boleh juga email Pegawai TalentCorp (email address: star@talentcorp.com.my) untuk mendaftar STAR.
**Bagi pelajar yang sambung Master, tidak perlu mendaftar STAR.
Berdasarkan seorang hamba Allah ni, dia bagi guide apa yang perlu ada dalam email ke pengawai STAR tu:
nama, fresh grad dari mana, kos, dapat JPA & nak aktifkan akaun STAR.
Jangan lupa attach kan sekali slip akuan permohonan pendaftaran jawatan SPA/screenshot yang kita dah apply atleast 5 jawatan SPA.
![]() |
contoh yang saya dah email |
Then, tunggu la email reply dari mereka. Jika dah lama sangat tetapi tiada response dari pihak STAR, boleh call 03-8892 3800 (Syera Azlin) /email.
Okay done!
Semoga entri ni membantu anda anda yang belum lagi mandaftar SPA dan melapor diri dan daftar STAR!
Sekian, wassalam.
Baca juga entri: