Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa! Budak final year student sekarang semua dah tak sabar-sabar nak habiskan belajar, nak habiskan final exam, nak graduate dan juga menyiapkan tesis final year project (FYP)! Alhamdulillah saya dah settle buat hardbound tesis FYP dengan jayanya yeay! Then, pada sesiapa final year student yang under tajaan JPA, boleh la minta elaun tesis JPA kepada pihak JPA. Rugi kalau tak apply tau. Dapat elaun tesis JPA RM300 wohh. Hanya hantar beberapa dokumen dan benda yang diperlukan kepada JPA, haa tunggu beberapa minggu duit masuk ke bank Islam. Senang je nak buat tuntutan elaun tesis JPA ni, cuma mungkin leceh sikit bila kena minta tandatangan dan cop Ketua Jabatan (KJ)/ Ketua Dekan di borang tuntutan elaun tesis JPA.
maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
![]() |
tuntutan elaun tesis JPA |
Apakah dokumen/benda yang diperlukan untuk tuntut elaun tesis JPA?
1. Borang elaun thesis JPA yang lengkap diisi.
**Borang boleh ambil di website esilav (http://esilav2.jpa.gov.my/) atau boleh download di SINI
**Borang boleh ambil di website esilav (http://esilav2.jpa.gov.my/) atau boleh download di SINI
2. CD softcopy full thesis
**CD yang mengandungi full thesis (complete) mestilah dalam bentuk PDF file.
Kenapa dalam PDF file? Supaya memudahkan proses dan tidak lari tulisan jika dibuka di komputer lain.
p/s: cara-cara untuk burn CD boleh dilihat di SINI
3. Salinan bahagian perakuan thesis yang ada tandatangan supervisor SV (certification).
**BUKAN cover depannn sekali (hard cover) tu ye. tetapi page belakang hard cover tu (kebiasaannya), yang ada "as certified by SV". contoh seperti gambar di bawah ini.
![]() |
certification of supervisor |
4. [UNTUK MAKLUMAN] Tak perlu sertakan nombor akaun bank Islam / slip penyata bank Islam. Sebab dalam borang elaun thesis tu ada nombor IC kita, jadi.. orang JPA boleh tahu nombor akaun bank Islam kita melalui no IC tu sahaja.
![]() |
Sila catatkan nombor kad pengenalan pelajar pada bahagian RUJUKAN FAIL JPA |
Q: Berapa jumlah tuntutan elaun tesis JPA?
A: RM300.
Q: Jumlah tuntutan di dalam borang elaun tesis tu kita letak RM300 atau ikut pada resit print thesis hardbound?
A: Tidak perlu letak apa-apa. Tak payah isi RM300 di situ. Biarkan sahaja kosong. Pengawai JPA yang bertugas akan letak amount di situ.
![]() |
Biarkan saja kosong di tempat RM tu |
Q: Apakah alamat bersurat JPA?
A: Boleh tengok alamat tersebut di borang elaun thesis JPA atau...
Alamat JPA :
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MALAYSIA
Q: Boleh ke just email dokumen-dokumen yang diperlukan tu ke JPA?
A: Rasanya tak boleh by email. kalau nak make sure, boleh call pihak JPA sendiri. hantar by hand atau by pos(pos laju) sahaja.
Q: Nak apply elaun tesis ni ada last date atau due date ke? Atau bila-bila boleh asalkan dah submit thesis?
A: Tiada last date atau due date. Yeap. Boleh apply bila-bila masa asalkan selepas dah submit thesis hardbound.
Q: Tarikh credit elaun tesis tu bila? Berapa lama?
A: Tarikh kredit adalah tarikh arahan bayaran dari pihak JPA akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh 1-3 minggu selepas tarikh kredit, tertakluk kepada pihak bank.
Ada yang dah dapat duit elaun tesis JPA katanya ... dalam masa 2 minggu macam tu kalau hantar by hand.
Ada sorang tu submit by pos pada 8 Jun dan 20 Jun ialah tarikh kredit nya.
Q: Macam mana nak tahu dah kredit?
A: Boleh check di website Myself (https://myself.jpa.gov.my/).
**Jika nak tahu maklumat berkaitan MySELF JPA ni boleh klik SINI
e-SILA ID : No kad pengenalan kita.
![]() |
tuntutan elaun tesis JPA myself JPA |
Hubungi JPA/ Contact JPA : 03-88853445 / 03-88853049/ 03-88853489
E-MEL JPA : ictbmi@jpa.gov.my
Saya pun khamis (23/6/16) ni baru nak pergi submit 3 benda tu ke bangunan JPA. Kawan saya ada yang dah dapat dah pun elaun tesis tu bestnya! Hahaha.
Yang lain, goodluck!
Baca juga entri : BORANG PERMOHONAN PELANJUTAN BIASISWA JPA