Saya tak tahu kalau orang lain pernah guna cara ni ke tak. Tapi saya baru je tahu cara ni - cara mudah download lagu di YouTube tanpa menggunakan YouTube Downloader. Saya sangat sangat terkejut bila dapat tahu cara mudah ni sebab saya ni jenis yang suka dengar lagu dan download MP3 lagu-lagu yang saya suka. Yang saya tahu cara mudah download audio MP3 ialah melalui website 4shared je. Website lain susah sikit sebab mesti nanti dia suruh download macam-macam apps sebelum download lagu dari website dia. Soooo banyak songeh. Selain itu, kebanyakan dari kita kalau nak download lagu dari YouTube mesti menggunakan YouTube Downloader. Tetapi, kekadang leceh jugak guna YouTube Downloader ni. Ada masanya, sesetengah link lagu dari YouTube yang kita nak download tu YouTube Downloader tak boleh nak detect atau tak boleh nak download. So, kes macam ni boleh membangkitkan kemarahan dalam diri kita kan haha. Okay, jom saya share cara mudah download lagu d YouTube tanpa menggunakan YouTube Downloader!
Cara Mudah Download Lagu Di YouTube Tanpa Menggunakan YouTube Downloader
![]() |
Cara Mudah Download Lagu Di YouTube Tanpa Menggunakan YouTube Downloader |
1. Pergi ke video lagu YouTube yang kita nak download tu.
2. Ubah link URL video lagu tersebut dari contohnya:
https://www.youtube.com/watch?v=AZE_mv0Ruxo
kepada
https://www.ssyoutube.com/watch?v=AZE_mv0Ruxo
**Taip 'ss' di sebelum perkataan 'youtube'. Kemudian tekan ENTER.
![]() |
Cara Mudah Download Lagu Di YouTube Tanpa Menggunakan YouTube Downloader |
3. Selepas tekan ENTER, akan keluar seperti gambar di bawah ni.
Kemudian, klik anak panah sebelah perkataan 'download' tu.
![]() |
Cara Mudah Download Lagu Di YouTube Tanpa Menggunakan YouTube Downloader |
4. Selepas dah klik anak panah tadi tu, nanti akan keluar seperti gambar di bawah ni.
![]() |
Cara Mudah Download Lagu Di YouTube Tanpa Menggunakan YouTube Downloader |
5. Kita boleh pilih nak mana satu. Nak MP4 boleh, nak FLV pun boleh, nak MP3(audio MP4) pun boleh. Kalau saya, saya pilih audio MP4 (MP3) sebab senang nak masuk dalam MP3 atau handphone. Kalau anda nak video, pilih yang MP4.
6. Bila kita klik pada yang kita nak, kemudian proses men-download pun bermula.
![]() |
Cara Mudah Download Lagu Di YouTube Tanpa Menggunakan YouTube Downloader |
7. Done!
Sangat mudah bukan? Selepas ni tak payah susah susah nak download lagu guna YouTube Downloader. Hanya guna cara mudah ni. Hanya tambah dua alphabet s selepas 'www.', selepas tu hanya kena ikut beberapa step mudah untuk sampai ke proses download. Lepas tu siap! Selesai! Dah boleh download lagu lain pula.
Kadang-kadang kita dengar ceramah agama atau talk motivasi dari YouTube kan? Lepastu hanya boleh favourite video tu untuk dengar di kemudian hari sebab leceh dan lambat jika download guna YouTube Downloader. Tapi dengan adanya cara mudah di atas ni boleh la download ceramah motivasi atau agama atau kesihatan dengan cepat dan senangnya. Jimat masa dan tenaga gituwww~ Hehehe.
Baca juga entri: