Mungkin ada di antara pelajar tajaan JPA yang hendak menyambung semester baru atau hendak melanjutkan lagi semester hadapan dengan niat mahu ulang/repeat subjek atau mahu mengambil subjek yang baru. Jangan risau, anda boleh memohon melanjutkan biasiswa JPA anda yang sedia ada terima sepanjang pengajian anda sebelum ni. Dengan syarat, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan kemudian mengisi satu borang ni, namanya borang permohonan pelanjutan biasiswa JPA. Haa macam mana nak download borang ni? Mudah je, klik SINI atau pergi ke laman web eSILA JPA (esilav2.jpa.gov.my) dan klik Borang Permohonan Pelanjutan Biasiswa JPA di bahagian muat turun.
Cara Mengisi Borang Permohonan Pelanjutan Biasiswa JPA
![]() |
di bahagian muat turun, klik Borang Permohonan Pelanjutan Bisiswa JPA |
- ada 5 bahagian - Bahagian A (untuk dipenuhi oleh pelajar), Bahagian B(perlu dipenuhi oleh ketua jabatan/pensyarah), Bahagian C (untuk dipenuhi oleh ketua jabatan/pensyarah), Bahagian D (untuk dipenuhi oleh pejabat HEP/Hal-Hal Pelajar/KBM/JPM), Bahagian E(plan of study-untuk dipenuhi oleh pelajar)
- anda perlu mengisi ruangan bahagian A dan bahagian E sahaja. Selebihnya beri kepada ketua jabatan/pensyarah dan BHEP untuk isi.
- selepas selesai isi semua bahagian, hantar dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah ini kepada BHEP atau terus ke pihak JPA di Putrajaya.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Bagi Permohonan Pelanjutan Biasiswa JPA
1. Borang Permohonan Pelanjutan Biasiswa yang lengkap diisi
2. Surat Rasmi (sila nyatakan sebab permohonan perlanjutan biasiswa dibuat)
3. Plan Of Study (subjek yang akan diambil bagi semester pelanjutan (subjek baru/ulangan) dan jumlah jam kredit berbaki)
4. Transkrip/Keputusan Peperiksaan setiap semester (dari awal pengajian sehingga kini)
5. Surat Perakuan/Pengesahan Universiti mengenai baki jam kredit
6. Salinan Laporan Perubatan (jika pelanjutan disebabkan masalah kesihatan)
7. Dokumen-dokumen lain berkaitan yang difikirkan perlu (jika ada).
Dokumen tersebut boleh dihantar terus ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) atau menghantar terus ke jabatan ini melalui alamat di bawah :
Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidamatan Awam Malaysia
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
62510 Putrajaya
(U.P. : Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara))
Peringatan : Permohonan hendaklah menggunakan borang yang ditetapkan dan dikemukakan kepada pihak JPA melalui Pos, Emel atau melalui pejabat HEP. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Baca juga entri : Borang Tuntutan Elaun Tesis