Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

tanda-tanda si perempuan suka si lelaki

$
0
0

tanda-tanda si perempuan suka si lelaki


*background music : Perfect by Pink*

"Aku suka dia lah"
"Aku rasa aku dah jatuh dot dot la dengan dia"
"Aku tertarik la dengan sorang mamat ni"
"Aku minat la kat dia. Agak-agak dia minat kat aku tak?"

"Kalau kau suka dia... macam mana kau boleh pasti dan tahu kau suka dia?"

Yeazzahh that's the point! 

Wahai wanita/gadis/perempuan sekalian..macam mana kita nak tahu kita suka dekat seseorang lelaki ni?
Dan...
Wahai lelaki/pria sekalian...macam mana anda nak tahu perempuan tu suka anda ke tak?


tanda-tanda si perempuan suka si lelaki
tanda perempuan suka lelaki


Ehem..Sebelum tu, jom kita tengok .. jenis-jenis wanita di dunia ni.

11 Jenis/Sifat Perempuan


  • garang
  • manja
  • lemah lembut dan sopan
  • tomboy-like
  • peramah
  • nakal (bad girl)
  • straight-forward
  • sombong
  • alim 
  • pemalu
  • pendiam


Girlss.. Anda jenis yang mana satu? Ermm ermm ermmm.. *jawab dalam hati lah eh haha*

Setiap jenis perempuan, ada cara dia sendiri dia untuk tunjuk kalau suka/minat seseorang lelaki ni. Lain jenis, lain cara. Tak percaya? 

Okay. Jenis yang perempuan garang a.k.a tegas ni.. agak-agak cara dia sama tak macam perempuan peramah? Of course not right? 
Jenis yang pemalu+manja pun cara dia lain. 
Jenis yang garang+sombong+straight-forward pun lain.

So, saya akan memberi pendapat yang umum. Yang general. Yang tidak secara spesifik. Yang kebanyakan kaum Hawa akan menunjukkan ciri-ciri begini jika mereka jatuh suka terhadap kaum Adam. 

Dan mahu saya tegaskan di sini bahawa.. Tanda-tanda perempuan suka lelaki di bawah ini ialah hanya pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang tak sependapat dengan saya. Tetapi tanda-tanda ini bukan saya saja-saja create. Ianya berdasarkan pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman saya sendiri. 

Gulppp...Pengalaman? Ehem ehem..yelahh saya perempuan jugak kan hahaha mesti lah pernah mengalami benda-benda ni kan. Ehem ehem ehem tetibe tekak gataii kekekke~

8 Tanda Perempuan Suka Lelaki

tanda-tanda si perempuan suka si lelaki
girls are complicated



1. Hati mudah tersentuh a.k.a sensitif (touching)


Perempuan ni memang hati nya rapuh, mudah tersentuh, sensitif dan jenis cepat terasa. Tapi hatinya lebih lebih lebih mudah tersentuh dengan lelaki yang dia suka. Mungkin sebab dia dah lembut hati dengan lelaki dia suka dan jiwa dia dah lebih terbuka dengan lelaki yang dia suka, so.... Kalau hal-hal yang kecil pun, dia nak merajuk. Benda-benda remeh pun dia nak tacing lebih. Kekadang lelaki yang dia suka tu gurau-gurau pun dia nak ambil serius. Lebih kurang begitu lah.


2. Cemburu

Perempuan dan cemburu memang tidak boleh dipisahkan. Perempuan ni kalau kawan baik(perempuan) dia rapat dengan perempuan lain pun kekadang boleh cemburu.. apatah lagi jika lelaki yang dia suka rapat dengan perempuan lain. Kekadang lelaki yang dia suka rapat dengan kawan baik(perempuan) dia pun cemburu. Yelaa perempuan ni kan sangat gemar feeling "insecure" a.k.a rasa tidak selamat. 

Lagi satu.. beza cemburu lelaki dengan perempuan ialah.. cemburu lelaki selalunya bertempat manakala cemburu perempuan kebiasaannya tidak bertempat.Haha. 

Yelah, kalau perempuan ni kan.. lelaki yang dia suka mesra sikit dengan perempuan lain..mesti akan jealous ..walaupun tak ada pape pun sebenarnya (kecuali perempuan yang tahap sporting dia menggunung tinggi setinggi bangunan Burj Khalifa, dia tak akan jealous). Tapi kalau lelaki pula.. biasanya dorang lebih sporting dan..erm tak bersangka buruk kot hahahaha.


3. Mahukan perhatian lebih 

Perempuan ni suka kan perhatian. Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang dia suka. Nak selalu message, pentingkan dia berbanding perempuan lain, mesra lebih, peramah lebih. Semua lebih lah, tapi jangan melebih-lebih pulak kan hahaha.


4. Tak tunjuk perangai tak senonoh/kekurangan

Biasanya yang saya jumpa, jarang la perempuan ni nak tunjuk perangai tak senonoh depan lelaki yang dia minat. In other words, dia tak tunjuk perangai sebenar dia. Mungkin perempuan akan beritahu kepada lelaki yang dia suka tu tentang perangai-tak-senonoh tu tapi dia takkan tunjuk depan lelaki dia suka tu. Kalau perempuan tunjuk sifat tak senonoh dia maksudnya.. dia tak suka lelaki tu atau dia memang jenis yang tak kisah even depan lelaki yang dia suka pun. Antara dua tu lah.


5. Perempuan ni suka kalau lelaki yang dia suka ada depan mata dia

Kalau nak tahu perempuan tu suka lelaki tu ke tak kan, senang je nak uji. Tengok perubahan muka dia bila lelaki yang dia suka ada depan mata dia dan juga kalau tak ada macam mana. Kalau mata dia bersinar-sinar dan muka dia gembira benar bila lelaki tu ada depan mata dia, betul la tu. Kalau muka dia sama je reaksi ada ke takde, sama je..maksudnya dia anggap lelaki tu kawan biasa je. 

Tapi ada juga perempuan yang jenis poker face. Jenis yang pandai kawal riak muka. Okay kalau jenis muka-tak-ada-perasaan macam ni,boleh uji dengan ushar pergerakan mata dia. Tengok dia tercari-cari someone ke tak. Tengok mata dia gerak sana sini macam sedang mencari seseorang ke tak. Tengok mata dia ushar ke mana. Kekadang kita boleh perasan dengan cara macam tu. Kalau dia duk sibuk ushar ushar, jeling jeling ke lelaki tu..haa suka lettuwww~


6. Cerita kat kawan/kenalan rapat 

Perempuan ni biasanya akan luahkan perasaan dia kat kawan baik dan rapat dia. So, kalau para lelaki nak tahu perempuan tu suka anda ke tak, anda boleh tanya kawan baik perempuan tu. Ada cerita ke tak pasal anda. Kalau ada cerita, apa ceritanya? Kena tahu juga lah ceritanya kan. Kot-kot cerita dia biasa-biasa je, tak ada fenfeeling butterfly kat perut kalau selisih dengan anda.. okay perempuan tu tak ada lah minat kat anda. *yeah the truth is hurt*

Tapi ada juga jenis perempuan yang suka berahsia, memendam rasa sorang-sorang, pemalu-malu malu kucing.. Ada jugak yang jenis pendiam tak suka kecoh-kecoh bila suka sorang laki. Jenis macam ni memang susah sikit nak dikenalpasti.


7. Perkenalkan kepada ibu bapa

Okay ni hint yang sangat crucial (penting). Perempuan ni kalau betul betul betul suka dekat seorang lelaki ni, dia akan beritahu dekat parents dia. Sooner or later. Sekarang atau pada masa yang akan datang perempuan akan bercerita juga siapa yang dia suka kepada ibu bapa dia. Jika dia beritahu kat mak ayah dia, maksudnya perempuan tu memang serius suka dekat lelaki tu. Kalau saja suka-suka main-main suka dia tak akan beritahu dekat mak abah dia. 

8. Masuk dalam doa 

Yang ni hint untuk para wanita sendiri. Kalau kita.. para perempuan..teringat nama seorang lelaki ni ketika berdoa tentang JODOH atau MASA DEPAN atau berKELUARGA , maksudnya kita memang suka kat dia.

tanda-tanda si perempuan suka si lelaki
love as long as you live


Okay cukup lah lapan. Ada lagi sebenarnya nak list. Tapi kang saya tambah lagi kang..takut sampai esok tak habis lagi taip hahaha.

Tapi korang korang...
tanda-tanda ni tak semestinya betul tau. 
Tak semestinya sama untuk semua perempuan. 
Tak semestinya boleh diapply kepada semua situasi. 
Ini secara umum sahaja. ye? :)

Oraitt  adioss~wassalam.


Boleh juga baca entri:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993