sekolah dulu.. kalau tak masukkan peribahasa dalam karangan rasa macam.....
Saya ingat lagi masa sekolah dulu. Time nak buat karangan Melayu je, mesti fikir peribahasa Melayu apa lah nak masuk dalam karangan ni. Yelah kalau ada peribahasa, cikgu bagi extra marks. So, di mana boleh sumbat peribahasa/pepatah/simpulan bahasa, saya sumbatkan aje haha.
Tapi peribahasa yang saya biasa tulis ialah yang kat bawah ni. Kira macam..peribahasa-peribahasa bawah ni dah memang ada dalam otak la. Tinggal nak selit selit dekat tempat yang sesuai je. Yang lawaknya, kawan-kawan pun guna peribahasa yang sama. Memang popular la senarai peribahasa kat bawah ni.
1. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya
maksudnya : mendidik atau mendisiplinkan anak-anak lebih baik bermula dari kecil, jika sudah besar susah untuk dibentuk.
2. Alah bisa tegal biasa
maksud : perkara yang sukar apabila kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir
3. Bagai mencurah air ke daun keladi
maksud : pesanan atau nasihat yang tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar
No 1,2 dan 3 ni biasa saya guna dalam karangan yang bertemakan mendidik atau mengajar. Mendidik anak-anak, mendidik pelajar. Selain tu, karangan yang membincangkan cara menangani masalah sosial atau budaya kurang baik seperti dadah, rogol, pembuangan bayi, dan lain-lain memang sesuai kalau nak selitkan peribahasa-peribahasa ni.
4. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
maksud : bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga
5. Hangat-hangat tahi ayam
maksud : bersungguh-sungguh pada awalnya sahaja, tapi tidak bersemangat atau tidak habiskan hingga ke akhir.
Haaa no.4 & 5 ni sebenarnya takde lah selalu sangat saya guna, tapi kalau diarah buat karangan yang berunsurkan kisah yang direka sendiri (fiksyen), haaa boleh la selit peribahasa ni.
6. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang ke tepian
maksudnya : supaya mendapat kesenangan di masa hadapan, harus berani bersusah payah dahulu.
7. Bagai aur dengan tebing
maksud : hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling bantu-membantu
8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
maksud : menghadapi susah dan senang
No. 6,7 dan 8 ni memang favourite ramai student. Peribahasa-peribahasa yang ni biasanya diaplikasi dalam karangan yang bertemakan kejiranan, kerja berkumpulan, gotong-royong, kerjasama dan sifat tolong-menolong antara satu sama lain.
9. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
maksud : hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.
10. Nasi sudah menjadi bubur
maksud : sesuatu hal yang sudah terlanjur terjadi dan tidak dapat diubah lagi
11. Sudah terantuk baru terngadah
maksud : sudah ditimpa musibah baru hendak bertuah
No 9,10 & 11 ni pula biasa diselitkan dalam ayat yang kita nak tunjuk akibat kalau tak bersungguh-sunguh dalam membanteras sesuatu hal atau kesan bila suka membuat masalah/onar/benda buruk.
![]() |
kalau dapat masukkan peribahasa walaupun satu dalam karangan, rasa macam bagus sangat dah hahaha |
Perghh boring betul entri ni kan hahahaha. Saya sebenarnya just nak share je peribahasa apa yang biasa saya selalu guna dekat sekolah dulu. Dan bagi saya, kalau tak masukkan sekurang-kurangnya satu peribahasa dalam karangan, rasa macam loser gila lah hahaha. Kalau tak ada peribahasa dalam karangan rasa macam tak lengkap je karangan tu nak hantar kat cikgu. Rasa macam maluuu je nak hantar. Rasa malu dengan kawan-kawan yang ada banyak peribahasa dalam karangan dorang.
Tapi tak semestinya banyak peribahasa dalam karangan menjamin karangan kita tu A++. Peribahasa tu macam rempah la. Penyedap rasa. Penambah umphhhh dalam karangan gituuuuw~
Tapi tak semestinya banyak peribahasa dalam karangan menjamin karangan kita tu A++. Peribahasa tu macam rempah la. Penyedap rasa. Penambah umphhhh dalam karangan gituuuuw~
Haaa nak tahu jugak.. Peribahasa apa pula korang suka guna time sekolah sekolah dulu? :)