Borang Tuntutan Elaun Tesis (Pelajar Tajaan JPA)
Semalam, godek godek laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).. terjumpa lah ... eh ehhh ~ borang tuntutan elaun tesis! Eh eh ~ untuk pelajar ijazah pertama IPT Dalam Negara lah! Eh ehhh.. macam best je borang nii *sambil kelip kelip mata* haha.
Elaun tesis ni boleh dituntut oleh pelajar tahun akhir tajaan JPA (pelajar ijazah pertama) Institut Pengajian Tinggi (IPT) selepas selesai menyiapkan tesis final year project. Tesis ni merupakan sebahagian daripada keperluan pengajian dan diwajibkan mengambil sebanyak 6 jam kredit untuk bergraduat (3 jam kredit sem pertama tahun akhir dan 3 jam kredit sem kedua).
Macam seorang akak blogger ni.. Dia mohon tuntutan elaun tesis JPA dan lulus permohonannya. Dia mendapat elaun tesis sebanyak RM300. Pesanan akak ni juga.. jangan lupa sertakan juga borang tuntutan elaun tesis ni bersama salinan muka depan cover tesis yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/Dekan Fakulti atau CD soft copy thesis.
![]() |
Borang Tuntutan Elaun Tesis JPA |
Borang ni boleh hantar by hand sendiri ke bangunan JPA di Putrajaya atau by pos atau email. Untuk yang hantar terus directly ke pejabat JPA senang lah, tak payah susah susah fikir permohonan dah sampai ke belum kepada pihak JPA. Tapi yang hantar melalui pos dan email, kena update sentiasa la dengan pihak JPA tentang status penerimaan borang tuntutan elaun tesis.
Untuk makluman lagi, sekarang ni boleh check di laman web MySelf (http://myself.jpa.gov.my) untuk tahu tarikh kredit. Kata orang yang dah berpengalaman, sebulan selepas tarikh hantar, pihak JPA akan update tarikh kredit di portal MySelf kita. Bila dah diupdate tarikh kredit tu, tunggu je pihak JPA masukkan duit elaun ke dalam akaun bank.

Boleh download (muat turun) Borang Elaun Tesis di SINI
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
credit sebahagian info : bidadariyangterpelihara.blogspot.my & hauramarisa.blogspot.my
Baca juga : Tuntutan Elaun Latihan Amali JPA (praktikal)
Baca juga : Tuntutan Elaun Latihan Amali JPA (praktikal)