Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

TENANG LAH DIA DI SANA

$
0
0
Terkejut
Terkesima
Tergamam
Terkaku
Beku
Tidak percaya
Adakah ini betul atau tipu
Adakah ini realiti atau mimpi

Baca banyak kali
Hati masih mahu menidakkan
Berulang kali baca
Allah.

Berlinangan air mata
Membayangkan perasaan si kakak ketika itu
Mahu saja aku memeluk si kakak saat itu juga
Memberi kata semangat
Mengesat air mata nya
Memberi harapan kepada beliau

Bila ditanya "are u okay?"

Si kakak menjawab "no. Separuh dari semangat akak dibawa pergi"

Si kakak menambah lagi "baru sejam sebelum tu dia wassap akak minta resipi nak bukak puasa. Tak sangka lepas tu mak dia call cakap dia dah tak de."

Menitis air mata ku membayangkan jika aku berada di tempat si kakak.

Ya Allah berilah kekuatan pada kakak ku.
Berilah ketenangan kepada kakak ku itu.
Pulihkan lah semangat beliau.
Kuatkan kebergantungan beliau kepada Engkau.
Rawat lah hati beliau yang sudah berantakan terkilan sedih kecewa.
Engkau Maha Kuasa dan Berkuasa atas segala tiap sesuatu.

Semoga si 'dia' yang kakak ku sayang itu tenang di alam sana bersama orang orang yang beriman. Amin. Al-fatihah.


My dear kakak, you know who you are. Take your time to heal yourself. We-efgiers-are here for you. We love you. We support you. Don't forget that :')





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993