CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU KUNDANG KUANG YANG SEDANG VIRAL!
Siapa yang pernah dengar Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru yang lokasi gerainya di Kundang, Selangor? Alaaa yang viral dekat media sosial tu, yang char kuey teow dia betul-betul tsunami tu. Yang ada 5 ekor udang, 1 sotong & 1 ketam besar. Harganya hanya RM14! Perghhh den tengok pun terliur sebab nampak macam menyelerakan sangat! Tak caye? Okayy jom layan gambar-gambar Char Kuey Teow Tsunami yang confirm buat kita meleleh air liur!
![]() |
Char Kuey Teow Tsunami Udang Galah credit to Dieyana Nana |
![]() |
Char Kuey Teow Tsunami Ketam Udang |
![]() |
Char Kuey Teow Tsunami Betul-betul Tsunami! |
Ohh selain menu char kuey teow Tsunami, ada juga menu lain seperti Mee Goreng Melayu, cendol pop-pop dan rojak pop-pop. Yang ni pun nampak arghhhhh sedap!
![]() |
Mee Goreng Melayu |
![]() |
Char Kuey Teow Tsunami Special credit to Ugkic Nawkaz |
![]() |
Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru credit to Mohd Firdaus |
![]() |
Rojak Pop-Pop pun ada! Sedapkan nampaknyaa! |
![]() |
Ni paling geram sekali sebab arghh sedapnya! credit to chewnglow.suria |
![]() |
Mee Kari Tsunami Ketam credit to Izz Aryan Amsyar |
![]() |
Cendol Pop-Pop pun boleh pekena kat sini |
![]() |
Char Kuey Teow Tsunami Udang Galah Banjir credit to Dieyana Nana |
![]() |
Char Kuey Teow Tsunami Udang Ketam credit to Si Eyka |
Kenyang dah tengok makanan-makanan yang maha sedap tu? Hahaha. Kebanyakan dari gambar-gambar di atas saya ambil sendiri di Facebook CHAR KUEY TEOW TSUNAMI TASIK BIRU. Sambil saya skrol-skrol ushar gambar, saya lihat ada banyak komen yang puji sedap sangat dan tidak mengecewakan rasanya. Yelah kita tengok gambar tadi pun memang mewah dengan udang pun, of course sedap kan. Ada yang sarankan orang ramai pergi mencuba sendiri kesedapan char kuey teow tsunami ni.
Oh ada juga yang meluahkan kata-kata tak puas hati sebab lama tunggu, service pelanggan tak bagus la, pekerja dia tak mesra la. Mungkin betul complain-complain ni. Dan mungkin reka cerita je.
Tapi saya terfikir ..kalau dah namanya tempat ni tengah HOT, lagi-lagi diviralkan pula.. mesti lah akan ramai orang yang akan datang. Setakat tunggu sejam dua jam normal la kan? Lagi-lagi masa kau datang tu ramai gilos orang. Mestilah pakcik nak buat tu pun banyak nak kena masak. Tentang servis dan pekerja tak mesra tu, saya no komen sebab saya tak pernah lagi pergi. Tak tahu betul ke tak dia cakap tu. Sebab ada post lain saya tengok pula dia puji je servis pelanggan kat situ. Takde pula pekerja tengking-tengking pelanggan ke seperti yang dimaklumkan oleh orang lain.
Haih macam-macam kan. Tapi yang penting, jangan dengar cerita orang. Entah betul atau tidak. Kalau nak komen lebih-lebih, kita kena pergi sendiri. Rasa dan tengok dengan bijik mata sendiri macam mana layanan pekerja dan owner gerai tu terhadap kita.
![]() |
Langkawi Char Kuey Teow Ketam credit to Liza Zakaria |
Mengiurkan betul tengok menu-menu ada di Teratak Dedap ni. Nasi Kukus Udang yang paling menarik hati saya! Yelaa saya kan suka nasi hahaha.
![]() |
Menu Char Kuey Teow di Teratak Dedap credit to Badrul Hisham |
![]() |
Pemandangan indah Tasik Biru credit to yusainimohdyusof,com |
Lokasi : Tasik Biru Kundang, Sg Buloh, Selangor (bersebelahan D'anjung steamboat-khemah putih)
Waktu operasi : Setiap hari kecuali Isnin&jika tiada bekalan udang/ketam
Masa : 1 p.m-11 p.m
Contact no. tel : 019-3427478
FB Warung Teratak Dedap : klik SINI
FB Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru : klik SINI
Saya harap sangat suatu hari nanti saya dapat pergi ke sini. So, korang dah pernah cuba ke? Ke tak pernah tahu pun kewujudan char kuey teow tsunami ni?