LIRIK LAGU OST FILEM MUNAFIK : KALAH DALAM MENANG-MAWI&SYAMSUL YUSOF
Selepas tengok movie Munafik di panggung wayang haritu, saya terdengar di hujung movie tu ada satu lagu. Macam kenal suara tu. Suara Syamsul Yusof. Permulaan lagu OST Munafik ni memang best dan menarik kita nak dengar dan dengar lagi. Semalam saya terus search 'LAGU MUNAFIK SYAMSUL YUSOF', haa keluar laa lagu yang superb ni! Lirik di sebalik lagu ni sangat deep. Sangat bermakna. Sangat menyedarkan kita. Tersedar sebentar.
Official Video Lagu OST Filem Munafik ni boleh tengok di SINI
![]() |
Kalah Dalam Menang : Mawi & Syamsul Yusof credit to : perfectmusiclyrics.com |
Lirik Lagu Kalah Dalam Menang
Yo!
Ya Allah, Ya Rahim
Siapa lebih berkuasa?
Ya Allah, Ya Rahim Renungkan
Kau, aku atau Dia? Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicaraBila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonyaLupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang
Berteduh di bumi Tuhan Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan Tiada siapapun yang tahu rahsia Tuhan
Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan insan
Siapa dulu pergi dulu mungin aku, mungkin kamuKau katakan tunggu dulu, kau belum 50 Sedang kematian lagi mengejarmu Kerasnya hati masih gagal mengerti Bangunlah di malam sunyi Bertanyakan pada Ilahi
Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya Kau fikir kau siapa? Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara Bila bicara, bicaranya semua besar Mendabik dada besar egonya Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkamJiwa tak tenang, kalah dalam menang Kalah dalam menang, hatimu takkan senang
Aku bukan hipnotis bukan juga isis Jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis
Hidup sarat protwist, sama macam sarkisDengan Tuhanmu jangan pernah prejudis
Dalam era penuh depresi Sebenarnya apa yang kau cari Kononnya nak inspirasi, huh inspirasi Tak perlu kau tercari-cari Bangun malam tanya Ilahi Beribu kali kau diingati Hidayah itu milik Ilahi
Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punyaKau fikir kau siapa? Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba Kau fikir kau raja? Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara Bila bicara, bicaranya semua besar Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha BesarHatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang Mari sini semua dengar ini cerita Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang Mari sini semua dengar ini cerita Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah
Orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosaSabarlah walaupun kau sedang kecewa Biarkan engkau miskin harta dan kuasa Tapi jangan kau miskin jiwa Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya Kau fikir kau siapa? Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicaraBila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya Kau fikir kau siapa? Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba Kau fikir kau raja? Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara Bila bicara, bicaranya semua besar Mendabik dada besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang
Penyanyi : Mawi & Syamsul Yusof
Komposer : Syamsul Yusof
Penulis Lirik : Syamsul Yusof/Anwar Faizal
Music Arrangement : Arteffects International
![]() |
Mawi & Syamsul Yusof credit to : pictigar.com |
Seriuss best sangat lagu ni! Saya bagi full marks lagu ni. 5 bintang! 5 HA! Selain lirik dia yang sangat 'kena' kat diri sendiri, susunan lagu dan melodi nya sangat catchy dan begitu addicted. Saya paling suka melodi lagu selepas ayat 'mari sini semua dengar ini cerita'. Perghhh bestt gilos muzik dia time tu!
Kali kedua saya dengar lagu ni, saya dah boleh ikut lagu ni. Dah boleh ikut rap Syamsul Yusof sekali tauu ngehngehngeh.
Kali kedua saya dengar lagu ni, saya dah boleh ikut lagu ni. Dah boleh ikut rap Syamsul Yusof sekali tauu ngehngehngeh.
Tak boleh nak dinafikan laa Syamsul Yusof time rap tu nampak macho giloss. Mawi pula ofcourse suaranya kena dengan lagu ni. Dan..Mawi dah kurus! Terkejut jugak tengok dalam video tu. Eh kurusssnya mawi. Mungkin sebab dah biasa tengok Mawi berisi sikit sebelum ni kan.
![]() |
antara babak dalam Video Lagu Kalah Dalam Menang credit to : mulpix.com |
Maksud/pengertian
hipnotis : jalan pintas faktor kritikal minda sedar diikuti oleh penubuhan pemikiran terpilih yang boleh diterima
isis : Islamic State of Iraq and Syria
ekstrimis : orang yang ekstrem / orang yang melampaui batas kebiasaan(hukum dsb) dalam membela atau menuntut sesuatu
optimis : positif
prejudis : prasangka
depresi : gangguan mental umum yang ditandai dengan kesedihan, kehilangan minat atau kesenangan, perasaan bersalah, kesulitan berkonsentrasi, tidur terganggu, nafsu makan berubah dan energi rendah