CARA MEMOHON LATIHAN INDUSTRI DI BANK RAKYAT
Sejarahnya, saya pernah menjalani praktikal di bank rakyat jadi saya tahu serba sedikit perjalanan dan cara nak memohon untuk berpraktikal di bank rakyat (BR). Kenapa saya nak mintak praktikal di Bank Rakyat? Sebab saya ambil course mathematic dan lagi satu sebab Bank Rakyat Seremban dekat dengan rumah saya hahaha. Senang sikit kalau tempat praktikal dengan rumah dekat kan.
![]() |
Lokasi : Bank Rakyat Seremban |
Cara Memohon Latihan Industri di Bank Rakyat
Dari FB Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda :
Untuk makluman, saudara saudari boleh memohon Latihan Industri di Bank Rakyat dan untuk permohonan, sila hantar ke alamat seperti di bawah atau cawangan Bank Rakyat berdekatan:
Jabatan Pengurusan Bakat, Pelan Penggantian & Pembangunan Kerjaya
Tingkat 22, Menara 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No 33 Jalan Bank Rakyat,
50470 Kuala Lumpur
No telefon untuk urusan Latihan Industri Bank Rakyat: 032612900
No telefon untuk urusan Latihan Industri Bank Rakyat: 032612900
Syarat dan kelayakan pemohon bagi latihan Industri adalah:
- CGPA adalah 3.5 dan ke atas bagi diploma dan 3.25 dan ke atas bagi ijazah
- Tempoh minima Latihan Industri adalah 2 bulan dan ke atas
- Course yang kita ambil mesti lah ada kaitan dengan bank contohnya : akaun, matematik
**kalau rasa-rasa pointer kita hampir-hampir nak layak untuk memohon, jangan risau mohon je. Kalau ada rezeki kita, inshaaAllah kita diterima. Kerana ianya bergantung pada kekosongan Bank Rakyat tu sendiri. Kot-kot ada 5 kekosongan pelajar praktikal, dan kita seorang je yang minta di cawangan itu, mestilah mereka akan ambil kita juga.
![]() |
Kaunter pertanyaan Bank Rakyat Seremban |
Di bawah ini, ada Q&A (Question and Answer) tentang permohonan praktikal di BR. Soalan-soalan ini ialah soalan yang pernah ditanya oleh kawan saya dan kebiasaan orang yang hendak membuat Latihan Industri (LI) di BR. Dan jawapan itu berdasarkan info yang telah saya dapat sendiri dan sudah diconfirmkan dengan pihak Bank Rakyat. Saya juga ada menambah sedikit pengalaman saya semasa memohon praktikal di BR Seremban.
Q: Call dulu Bank Rakyat before apply atau terus hantar borang permohonan praktikal?
A: Call dulu dan tanya apa yang perlu kita buat kalau nak apply praktikal di situ. Time call tu, perkenalkan diri dulu nama apa, dari Universiti mana lepastu baru bagitahu hajat kita apa.
Q: Kalau kita nak buat praktikal di cawangan, call branch (cawangan) dia eh?
A: Mula-mula call cawangan BR yang kita nak praktikal. Cakap dengan dia yang kita nak praktikal kat situ. Kalau macam BR, nak apply melalui ibu pejabat BR (HQ) di Kuala Lumpur (KL) pun boleh, cawangan pun boleh.
Q: Kena apply kat ibu pejabat maksudnya?
A: Yela. Contohnya.. macam saya dulu, saya nak apply kat BR cawangan Seremban so saya call dulu BR Seremban. Lepastu, dorang kata kena apply melalui BR HQ kat KL, bukannya hantar borang permohonan/resume di BR Seremban. Lepastu, saya pun call BR HQ.
Q: So, sekarang ni alamat dekat borang permohonan Latihan Industri (LI) ni nak letak alamat HQ atau branch?
![]() |
contoh borang permohonan Latihan Industri |
A: Kalau nak mohon di cawangan Bank Rakyat, boleh terus mohon di cawangan tu sendiri atau di HQ. Kalau nak apply di HQ, letak alamat lengkap Bank Rakyat HQ then, kat hujung alamat tu tulis dalam bracket cawangan BR mana yang kita nak buat praktikal.
Contoh : Alamat Bank Rakyat HQ (Seremban)
Ataupun tak nak susah-susah, hantar je dokumen yang diperlukan ke cawangan dan cawangan akan hantar ke HQ.
Ataupun tak nak susah-susah, hantar je dokumen yang diperlukan ke cawangan dan cawangan akan hantar ke HQ.
Q: Boleh apply melalui online ke?
A: Tidak
Q: Berapa lama proses untuk keputusan dibuat bagi LI di peringkat HQ?
A: Mohon hubungi Jabatan Penyumberan & Pengambilan di talian 03-26129600. Biasanya 2-3 minggu daripada tarikh permohonan kita sampai ke bahagian HQ. Tapi kalau ikut pengalaman saya, proses akan jadi lama kalau kita tak push mereka. So, advice saya - selalu lah call tanya perkembangan macam mana dan adakah proses permohonan sedang dijalankan. So that mereka akan lebih alert dan nampak la kita ni seorang yang bersungguh-sungguh kan hehe.
Q: Dokumen apa yang diperlukan untuk LI?
A: Dokumen yang diperlukan adalah resume, salinan transkrip pengajian, salinan kad pengenalan, borang permohonan Latihan Industri dan surat kebenaran (cover letter) dari universiti untuk permohonan Latihan Amali.
Q: Boleh ke nak terus hantar face to face atau walk in permohonan Latihan Industri ke cawangan atau HQ?
A: Boleh.
Q: Macam mana kita nak tahu kita diterima ke tak?
A: Kebiasaannya jika kita diterima, pihak mereka akan hubungi kita untuk maklumkan. Tetapi kalau lama menunggu (lebih dari 2-3 minggu daripada tarikh dokumen kita sampai ke bahagian HQ) masih tiada jawapan, seeloknya hubungi lah mereka bertanyakan status permohonan kita. No tel 03-26129600.
![]() |
Kaunter atas -bahagian permohonan loan di tingkat satu Bank Rakyat Seremban |
Alamat umum BANK RAKYAT HQ: Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
No Telefon BANK RAKYAT HQ: 1-300-80-5454
No Fax BANK RAKYAT HQ: 03-2264 7272
Website: www.bankrakyat.com.my
Entri lain yang berkaitan dengan praktikal:
PELAJAR PRAKTIKAL HARUS BERSIKAP TIDAK MALU
KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
MERASA ELAUN PRAKTIKAL UNTUK KALI PERTAMA
Entri lain yang berkaitan dengan praktikal:
PELAJAR PRAKTIKAL HARUS BERSIKAP TIDAK MALU
KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
MERASA ELAUN PRAKTIKAL UNTUK KALI PERTAMA