Resepi Begedil Goreng Mudah Dan Auumm!
Kalau petang-petang takde idea apa nak masak untuk makan petang/malam yang santai , jom buat begedil goreng jom! Sedap, lembut, mengenyangkan dan sangat aummm! Anak-anak dan suami pasti suka. Ataupun tetamu datang singgah sekejap dan kita tak ada apa nak hidang untuk menjamu mereka makan, boleh buat begedil ni. Mudah je resepi dia. Bahan-bahan nya pun senang untuk didapati dan tidak begitu mahal. Ataupun nak bawak bekal ke sekolah atau potluck di tempat kerja, haaa kalau nak cepat dan pantas, boleh cuba masak begedil goreng ni. Tak menyesal punya lah !
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Begedil goreng |
Resepi Begedil Goreng
Bahan-bahan
Daun sup (daun bawang juga boleh digunakan)
Daging ayam kisar
Bawang
Kentang
Telur
Garam
Cara memasak
1. Potong halus daun sup dan bawang.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
daun sup |
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
bawang, daun sup dan daging ayam kisar |
2. Gaulkan bersama (bawang + daun sup) yang telah dipotong, daging ayam kisar, kentang yang sudah dilenyek dan sedikit garam.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
kentang dicampurkan dengan daun sup |
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
ramuan yang sudah digaulkan |
3. Bentukkan ramuan yang kita sudah gaulkan tadi mengikut bentuk yang kita mahu.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
begedil yang sudah dibentuk cantik |
4. Sediakan 1 atau 2 telur. Kacau telur itu sehingga kembang.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
telur ayam |
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
telur ayam yang sudah dikacau |
5. Sebelum begedil dimasukkan ke dalam kuali untuk digoreng, celupkan dahulu di dalam telur yang sudah dikacau.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
begedil yang sedang digoreng |
6. Siap untuk dimakan !
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
saje je taknak rotate gambar begedil ni. seni namanya :P |
Mudah kan kan?
Tiada sukatan yang tertentu kerana berapa banyak nak isi terpulang pada citarasa masing-masing. Kalau nak rasa kentang tu lagi menyerlah dari daging ayam kisar, makanya tambahkan amount kentang di dalam ramuan. Jika tidak suka sayur (daun sup), takyah masukkan. Kalau suka pedas-pedas, boleh masukkan cili merah. Kalau suka kosong je, takyah letak daun sup atau cili, just masukkan daging ayam kisar dan kentang dan garam sahaja.
Untuk bentuk juga.. terpulang pada masing-masing. Nak bujur ke, nak bulat ke, nak lonjong ke, nak bentuk love acah acah romantik pun boleh. Ikut citarasa dan kesenangan membuat masing-masing.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
makan bihun sup dengan begedil perghh torbaekk! |
Entri resepi yang lain :