Tips Berguna Pada Hari Test JPJ
Ramai yang tak tahu apa yang nak buat pada hari test JPJ, macam mana keadaan semasa hari kejadian, apa yang nak kena bawa, apa yang tak payah bawa. Jadi, saya ada tulis 16 tips yang saya rasakan sangat berguna dan penting untuk orang yang nak ambil test JPJ.
![]() |
Lulus Test JPJ |
16 Tips Berguna Pada Hari Test JPJ
Apa perlu anda buat pada hari test JPJ?
1 1. Datang ke tempat kejadian (tempat kita ambil test JPJ) dengan jayanya dulu hehe.
2 2. Pastikan datang awal
- supaya boleh ambil aura memandu gituu, hilangkan nervous macam kita pergi final exam, boleh tengok keadaan sekeliling dulu, tidak terlepas dari dengar talk tentang procedure test JPJ)
3 3. Mintak lah restu dan doa mak ayah keluarga kengkawan sebelum hari test JPJ.
- Doa seorang ibu ni tak de hijab tau dengan Allah.
4 4. Kalau rasa anda pendek, saya sarankan bawa bantal
- letak di belakang badan. Cikgu yang suggest saya buat macam tu. Sebab saya pendek. Okay saya akui saya pendek =.= 147cm je. Alhamdulillah at least ada ketinggian ye dak? :P
![]() |
Lesen L |
5 5. WAJIB bawa kad pengenalan, lesen L & lesen L renew (jika ada)
- kalau lupa bawak, pergi cepat ambil.
- kalau takde 3 benda ni tak boleh ambil test JPJ. Merana badan wehh!
6 6. Ambil nombor giliran
- biasanya cikgu yang buat
7 7. Pergi tengok enjin kereta yang akan digunakan untuk test RSM&RPM
- kalau tak faham, tanya cikgu di situ / cari di internet sahaja. Kalau boleh pergi tengok, pergi je tengok. Takyah nak malu-malu rimau atau segan nak pergi tengok.
- supaya tak terkejut sangat semasa test JPJ yang real nanti
- supaya familiar dengan bentuk enjin viva/kancil.
8 8. WAJIB dengar talk sebelum test JPJ (around pukul 8-8.45am)
- Talk tu sangat berguna sebab encik/cik JPJ yang bagi talk tu akan terangkan apa yang perlu buat semasa test JPJ, apa yang perlu ada untuk mendaftar test JPJ.
- Senang cerita dia akan bagitahu perjalanan pada hari itu, tips, intipati penting, amaran dan sedikit details test JPJ di litar dan jalan raya.
- Sangat penting talk ni. Jangan skip! Dengar setiap patah abam JPJ tu cakap apa.
- Kalau rasa isi-isi dia penting dan bermanfaat untuk test JPJ kita nanti, catat je terus dalam buku/handphone.
9 9. Daftar test JPJ di kaunter berkaitan.
1 10. Duduk di kerusi yang disediakan.
1 11. Menunggu nombor giliran dipanggil
- Please be alert! Jangan leka. Fokus pada panggilan no giliran kita.
- Jika kita terlepas no giliran, maka kita dikira tidak hadir pada hari itu. Kita perlu membayar & menempah tarikh untuk test JPJ yang seterusnya.
- So please please jangan biarkan perhatian anda diganggu semasa menunggu nombor giliran.
1 12. Jika di tempat test JPJ saya, dia akan buat RSM dahulu baru start test JPJ di litar & jalan raya &RPM.
- Jika di tempat lain, saya tidak sure – sila rujuk pada cikgu.
1 13. Tengok orang lain buat test JPJ macam mana
- Jangan duduk sibuk message boyfriend ngadu “itewww tatutttt la awakk. Itewww ta kuad.” Err geli haha.
- Jangan juga sibuk tengok facebook lah, duk sibuk skrol twitter, duk selfie muka itik. Takyah takyah buat benda-benda alah tu sekarang.
- Fokus tengok orang lain buat RSM& test litar macam mana lagi bermanfaat. Manfaat untuk awak jugak, bukan untuk orang lain. *dah kenapa aku bebel macam nenek kebayan ni haahaha.
1 14. Kalau di tempat test JPJ saya, kitorang boleh pilih nak kereta viva/kancil untuk test kat litar. So, pilih lah kereta yang kita dah biasa/mudah nak memandu. Tapi semasa test jalan raya, semua orang kena guna kereta Axia.
1 15. Doa banyak-banyak
- Doa dipermudahkan urusan, dapat abam/akak JPJ yang baik dan bermurah hati bagi lulus, dapat kereta yang okay, tidak panik ketika test.
1 16. Selepas test JPJ selesai
- Kalau gagal, kita kena fotostat 3 benda - IC&lesen kereta L&renew lesen L dan beri pada cikgu yang jaga kita pada hari kejadian.
- Kalau lulus, ada dua pilihan sama ada kita buat sendiri lesen P di Pejabat JPJ atau kita nak cikgu(pihak tempat memandu kita) yang buatkan.
- Jika buat sendiri, tak silap saya harga nak buat lesen P ialah RM60.
- Jika di tempat memandu saya, kalau cikgu yang buat, cikgu akan charge RM20. So, total bayar RM80 lah kat cikgu. **psstt saya tak buat lagi lesen P haha.
Macam mana keadaan hari test JPJ? : sangat havoc, nervous,cuak, takut, debar dengan orang JPJ yang garang, prepared for the worst & bersedia untuk kecewa.
Saya ada buat satu benda ni dan saya sangat suka untuk uols yang nak ambil test JPJ ni buat jugak benda ni. ‘Benda’ tu ialah tengok result RSM & RPM & test di litar & jalan raya kita sendiri. Kalau sempat tangkap gambar, go ahead! Why not. Oh. Apa gunanya nak tahu result tu? At least kau tahu kau salah part mana. At least kau tak akan buat kesilapan yang sama kalau kau kena repeat test JPJ. At most pun, untuk kenang-kenangan nak tunjuk kat anak cucu cicit muahahaha.
Sediakan tisu pada hari kejadian, yelaa kot-kot gagal hahaha. Saya lah tu yang gagal tiga kali test JPJ kuang kuanggg. Sadiss. Cerita penuh kegagalan saya boleh baca di SINIye. Tapi mungkin saya jenis yang ‘positif-minded’ atau hati sado (but its not), saya tak pernah sekali pun nangis atas kegagalan saya dalam test JPJ. Because I know Allah’s plan is better than mine. So chill beb! J Tapi kena tahan la kalau ada orang ‘perli’ kita kena repeat hahaha. Yang penting, don’t give up. Setiap kesusahan pasti selepasnya ada kesenangan. *okay ceramah pulak haha.
![]() |
tiada kaitan dengan tajuk |
Entri berkaitan test JPJ :